You are on page 1of 9

Hijrah Nabi s.a.

w
Disusun oleh : Mohammad Naqib bin Hamdan

MUQADDIMAH

‫ وعلى آله وصحبه‬، ‫ والصالة والسالم على أشرف األنبياء واملرسلني‬. ‫احلمد هلل رب العاملني‬
... ‫ أما بعد‬. ‫أمجعني‬

... ‫بسم اهلل الرمحـن الرحيم‬


Hijrah adalah satu peristiwa yang besar dan agung di dalam sejarah islam. Semua orang
islam wajib mengetahuinya. Hijrah Rasulullah saw dan para sahabat ke Madinah Al-Munawwah
telah menjadikan dakwah islam berpindah ke satu tahap dakwah yang baru. Kaum muslimin
juga boleh beribadah dengan lebih selamat dan terbuka.

Sempena kedatangan bulan Muharram ini, saya ingin berkongsi beberapa faedah-
faedah yang diperolehi dari peristiwa hijrah nabi saw.

Daripada Aishah r.a berkata, Rasulullah saw bersabda :

)) ‫استُـْن ِفْرُُْت فَانِْفُرْوا‬ ِ ٌ ‫ ولَ ِكن ِجه‬، ‫(( الَ ِهجرةَ بـع َد الْ َفْت ِح‬
ْ ‫ َوإِذَا‬، ٌ‫اد َونيَّة‬ َ ْ َ َْ َْ
Maksudnya : “ Tidak ada hijrah selepas pembukaan (Mekkah), tetapi jihad dan niat
(yang baik). Apabila kamu disuruh bersiap sedia, maka bersedialah.” (1)

Imam Nawawi berkata di dalam kitabnya (Riyadus Solihin) :

Maknanya ; tidak ada hijrah dari Mekkah (selepas pembukaan Mekkah), kerana
telah wujudnya sebuah Negara Islam.

Katanya lagi di dalam (Syarah Sohih Muslim) (2) :

__________________________
(1)
Hadis riwayat Muslim
(2)
Sohih Muslim bi Syarh An-Nawawi oleh Imam Nawawi

1
Para ulamak berkata, hukum berhijrah dari Negara kafir harbi ke Negara Islam
masih kekal hingga hari kiamat. Pada hadis ini ada dua takwilan :

i. Tidak ada hijrah dari Mekkah selepas pembukaan Mekkah kerana telah
wujudnya sebuah Negara Islam, tetapi yang masih ada hanyalah hijrah
dari Negara Kafir harbi.
ii. Tidak ada hijrah selepas pembukaan Mekkah yang sama pahalanya
dengan hijrah sebelum pembukaan Mekkah sebagaimana firman Allah
swt :

 . . .           . . .

10. . . .tidaklah sama di antara kamu, orang-orang Yang membelanjakan


hartanya serta turut berperang sebelum kemenangan (Nabi Menguasai
Makkah). . . (3)

Dan maksud sabda Nabi saw : “ Tetapi Jihad dan Niat ”, adalah ;

Tetapi apa yang tinggal untuk kamu adalah jalan untuk jalan untuk memperoleh
fadhilat-fadhilat hijrah tersebut iaitu dengan jihad dan niat yang soleh dan baik
pada setiap perkara.

Dan maksud sabda Nabi saw : “ Apabila kamu disuruh bersiap sedia, maka bersedialah
”,adalah ;

Apabila pemimpin kamu menyeru kepada jihad atau berperang, maka pergilah.

BEBERAPA PERISTIWA PENTING DALAM HIJRAH NABI MUHAMMAD


SAW
Kisah-kisah berkenaan Hijrah Nabi Muhammad saw sedia maklum kita menegtahuinya.
Apa yang ingin saya kongsikan adalah faedah-faedah yang kita boleh ambil daripadanya. Namun
begitu, saya ingin sebutkan secara ringkas rentetan Hijrah Nabi saw.

 Kafir Quraisy berazam untuk membunuh Nabi Muhammad saw


 Malaikat Jibrail memberitahu kepada Nabi Muhammad saw berkenaan dengan
rancangan jahat kaum Quraisy dan keizinan dari Allah swt kepada Nabi untuk berhijrah
ke Madinah
__________________________
(3)
Surah Al-Hadid : 10

2
 Nabi memberitahu kepada Abu Bakr tentang rancangan Hijrah ini
 Mereka keluar dari Mekkah, pergi ke gua Thur
 Quraisy mencari Nabi sehingga sampai ke gua
 Abu Bakr gelisah dan takut dengan keselamatan Nabi ketika di gua
 Turunnya ayat Al-Quran, Surah At-Taubah : 40
 Mereka keluar dari gua selepas bersembunyi di situ selama 3 hari
 Suraqah mengejar Nabi dan janji Nabi kepada Suraqah
 Nabi tiba di Madinah
 Pembinaan Masjid Nabawi
 Mempersaudarakan antara Muhajirin dan Ansar

ISTIFADAH DARI PERISTIWA HIJRAH NABI SAW (4)

1. Musuh-musuh islam suka untuk membunuh para du’at

Sesungguhnya kafir Quraisy tidak hanya kekal di dalam kekufuran mereka,


mereka juga menghalang manusia dari dakwah, membuat cerita bohong mengenai Nabi
Muhammad saw, menyeksa sesiapa sahaja yang memeluk islam sehingga memaksa
mereka berhijrah sebanyak dua kali ke Habsyah.

Mereka juga memboikot dan memulaukan Nabi saw, sesiapa sahaja yang
mengikut baginda dan sesiapa yang ada hubungan dengannya. Iaitu pemulauan
ekonomi, dilarang melakukan sebarang urusniaga dengan mereka. Dan yang paling
teruk sekali ialah apabila mereka bersepakat untuk membunuh Nabi saw. Caranya,
mereka akan mengumpulkan pemuda-pemuda dari setiap kabilah dan menetak baginda
secara serentak.

Namun begitu, Allah swt telah menyelamatkan baginda dan mematahkan


rancangan jahat tersebut. Justeru, para duat tidak sepatutnya menjauhi orang-orang
yang memusuhi dakwah ini, walaupun mereka cuba membinasakan kita dengan cara
membunuh atau membuat tuduhan-tuduhan supaya kita dijatuhkan hukuman mati.
Biasanya orang yang melakukan komplot-komplot ini adalah dari kalangan pemerintah
dan pelaksana undang-undang.
__________________________
(4)
Al-Mustafad li Qisasil Qur’an oleh Dr. Abdul Karim Zaidan

3
Para duat perlu memahami dan menyedari bahawa tidak akan ada kehidupan
yang tenang antara ahli batil dan ahli kebenaran, lebih-lebih lagi jika ahli batil itu adalah
dikalangan orang yang mepunyai kuasa dan pangkat.

2. Mengambil asbab bagi setiap perbuatan

Para duat perlu mengambil setiap asbab yang dapat menggagalkan rancangan
jahat musuh, jangan lalai sehingga terlaksananya rancangan mereka. Carilah asbab-
asbab yang dapat menggagalkan rancangan jahat mereka.

Kita dapat lihat bagaimana Rasulullah saw menyuruh Ali r.a untuk tidur di atas
katilnya, bagaimana baginda keluar dari rumahnya, bagaimana mereka bersembunyi di
gua Thur dan menetap di situ selama beberapa hari supaya terlepas dari tipu daya kaum
musyrikin.

Justeru, setiap duat perlu mengambil setiap jalan-jalan yang dibenarkan syarak
supaya dapat menjauhi dari bahaya musuh seperti keluar dan menjauhi tempat tinggal
mereka dan pergi ke rumah kawan-kawan yang dipercayai, bersembunyi di situ, tidak
keluar darinya. Ataupun, tidak bercampur dengan mereka atau apa-apa sahaja jalan-
jalan yang dibenarkan oleh syarak yang dapat menjauhkan para duat dari bahaya.

3. Perlunya berhati-hati

Para duat perlu sentiasa berwaspada dan berhati-hati, dia tidak boleh
memberitahu orang lain sesuatu yang dapat menghalang dakwahnya, walaupun kepada
keluarga sendiri sekiranya ia boleh membawa kepada kemudharatan.

Kita dapat lihat bagaimana ketika dia tiba di rumah Abu Bakr, dia telah : “
Keluarkan semua orang selain dari engkau. ” Baginda telah datang sambil menyamar
iaitu dengan menutup kepalanya, dia datang pada waktu zohor, dan keluar dari rumah
Abu Bakr dari pintu belakang. Semua ini menunjukkan kepada keharusan berhati-hati
dan berwaspada dari musuh-musuh.

4
Justeru, para duat perlu melakukan semua ini, jangan menganggapnya sebagai
tindakan seorang pengecut yang dikeji. Tetapi ia adalah satu perancangan yang tersusun
dan menepati syarak.

4. Menyembunyikan nama, kerahsiaan

Para duat jika melihat suasana tidak sesuai dan perlu untuk menyembunyikan
nama-nama mereka atau sebahagian dari mereka ataupun perwatakan duat. Ini dapat
dilihat pada tindakan Abu Bakr ketika mereka di dalam perjalanan ke Yathrib (sebelum
ditukar kepada Maidnah Al-Munawwarah). Para duat jangan lalai atau lupa dengan
perkara ini.

Ketika di dalam perjalanan ke Madinah, Rasulullah berjalan di depan dan Abu


Bakr di belakang. Jadi, apabila dia ditanya siapakah orang di depan itu, dia akan
menjawab : “ Dia adalah penunjuk jalan ”. Maka orang yang bertanya itu akan
menyangka bahawa jalan yang dimaksudkan adalah jalan yang biasa, tetapi hakikatnya
ia adalah jalan ke arah kebaikan dan hidayah.

5. Beriman dengan mukjizat

Ketika Nabi Muhammad saw sedang berhijrah, telah berlaku beberapa mukjizat
yang menjadi bukti kebersamaan Allah swt dalam menjaga rasul-Nya. Diantara apa yang
diriwayatkan adalah ; sarang labah-labah dan burung merpati, dan tumbuhnya pokok di
depan pintu gua. Begitu juga peristiwa antara baginda dan Ummu Ma’bad, Suraqah
yang berjaya menjejaki nabi. Dia telah dijanjikan dengan kalung raja kisra.

Berkenaan dengan kisah burung merpati dan labah-labah, timbul satu persoalan.
Adakah kedua-duanya benar-benar ada?

Dr. Yusuf Al-Qardawi mengatakan :

“ Adapun merpati itu, tidak ada riwayat yang sohih atau hasan berkenaannya.
Manakala labah-labah pula, terdapat riwayat mengenainya. Ada yang mengatakan ia

5
hasan, ada pula yang mengatakan dhoif. Apa yang penting adalah, Allah swt
mempunyai tentera-tentera. Boleh jadi labah-labah yang mana Allah swt menyifatkan
sarangnya sebagai sarang yang rapuh.

            

        

Maksudnya : Misal bandingan orang-orang Yang menjadikan benda-benda Yang


lain dari Allah sebagai pelindung-pelindung (yang diharapkan pertolongannya) adalah
seperti labah-labah Yang membuat sarang (untuk menjadi tempat perlindungannya);
padahal Sesungguhnya sarang-sarang Yang paling reput ialah sarang labah-labah,
kalaulah mereka orang-orang Yang berpengetahuan.

Tidak peliklah jika Allah swt menjaga rasul-Nya dengan sarang yang rapuh atau
Allah swt menjaganya tanpa ada asbab-asbab yang kita boleh lihat. Apa yang penting,
rasul-Nya terjaga dan terpelihara.” (5)

Oleh itu, para duat tidak boleh menyembunyikan kisah ini malah perlu
menyebutkannya selagimana ia disebutkan di dalam sunnah nabawiyyah. Katakanlah
bahawa peristiwa ini menjadi bukti yang jelas kenabian Nabi Muhammad saw.

6. Meminta pertolongan dari kafir yang dipercayai

Para duat dibenarkan meminta pertolongan dari orang yang tidak beriman,
selagimana dia dipercayai. Kita boleh lihat bagaimana Nabi Muhammad saw dan Abu
Bakr mengupah seorang musyrik untuk menunjukkan jalan dalam penghijrahan mereka.
Sedangkan ia adalah waktu yang genting dan merbahaya.

Tidak syak lagi bahawa nabi saw dan Abu Bakr mempercayai dan merasa aman
dengannya. Ini menunjukkan bahawa orang-orang kafir, pelaku maksiat atau sesiapa
yang tidak berkaitan dengan jemaah islam, pasti ada dikalangan mereka yang boleh
dipercayai. Seperti mempunyai hubungan kekeluargaan, kenalan lama atau jiran.
__________________________
(5)
Khitabul Asy-Syeikh Al-Qardawi, juzu’ ke-4, dikumpulkan oleh Dr. Khalid Khalifah As-Saad

6
Atau mereka dipercayai kerana mempunyai asas akhlak yang baik seperti
amanah, suka kepada perkara kebaikan atau apa-apa sebab yang lain. Manakala,
masalah-masalah lain yang mungkin timbul, ia bergantung kepada kebijaksanaan duat
itu sendiri dan sejauh mana dia mengenali orang yang menolongnya.

7. Ketinggian kedudukan Abu Bakr As-Siddiq

Bagi setiap duat yang memperkatakan tentang peristiwa hijrah nabi saw, adalah
mustahak untuk turut menyebutkan ketinggian kedudukan Abu Bakr di sisi Nabi
Muhammad saw dan di sisi Islam. Buktinya, Nbi saw pergi berjumpa Abu Bakr dan
memintanya untuk meneman bagi saw selepas mendapat keizinan daripada Allah swt
untuk keluar berhijrah.

Manakala Abu Bakr pula, dia sangat takut jika berlaku sesuatu yang buruk
kepada baginda saw ketika di gua Thur, kerana dia sangat mengasihi baginda saw lebih
dari dirinya sendiri. Oleh itu, para duat perlu mengingatkan manusia akan kebaikan dan
budi pekerti Abu Bakr ini, serta menjadikannya dan para sahabat umumnya sebagai
qudwah dalam mencintai Nabi saw.

8. Kepentingan Masjid

Para duat perlu menggalakkan manusia supaya membina masjid di setiap


kampung dan tempat tinggal serta menjaganya. Ini dilakukan supaya dapat
mengingatkan manusia kepada solat, ibadah kepada Allah swt, perjumpaan untuk
mengkaji kitab Allah dan sunnah Nabi saw dan sebagainya. Kita dapat lihat
kepentingannya ketika mana Nabi saw tiba di Quba’, baginda telah membina masjid
untuk kaum muslimin solat.

Justeru, para duat tidak boleh memandang ringan pembinaan masjid ini
terutama di kampung-kampung sehingga kita meremehkan pembinaan dan
pembaikannya, kerana pengimarahan masjid itu bergantung kepada solat yang
ditunaikan di dalamnya disamping jumlah jemaah yang ramai. Tambahan pula, di antara
medan dakwah para duat adalah di masjid disamping khutbah jumaat, supaya khutbah
tersebut dapat mencapai tujuan yang syar’ie.

7
9. Bersama-sama melakukan perkara-perkara kebaikan

Apabila seseorang daie itu menyuruh manusia untuk melakukan sesuatu amalan
kebaikan seperti membina masjid atau sekolah, membaik pulih jalanraya, mengambus
lecak atau lopak, mananam pokok dan lain-lain perkara kebaikan, maka para duat
mestilah sama-sama turun padang membantu mereka supaya dia dapat menjadi
qudwah hasanah.

Kita dapat lihat bagaimana Rasulullah saw bekerja bersama-sama para sahabat
dalam membina Masjid Nabawi di Madinah.begitu juga jika dia menggalakkan manusia
untuk bersedekah, dia juga perlu melakukannya terlebih dahulu mengikut kadar
kemampuannnya walaupun sedikit.

10. Nasyid untuk menaikkan semangat

Sebagimana yang kita tahu, para sahabat bernasyid dengan beberapa bait syair
ketika mereka membina Masjid Nabawi di Madinah, sebagai perangsang kepada pekerja
dan meningkatkan keazaman, dan Nabi saw tidak menghalangnya. Ini menunjukkan
kepada keharusannya.

Oleh itu, para duat dibenarkan bernasyid sebagai perangsang dan pembangkit
semangat untuk melakukan perkara kebaikan. Begitu juga dibenarkan menggunakan
segala wasilah yang syar’ie sebagai perangsang.

Dr. Yusuf Al-Qaradawi ada mengatakan di dalam khutbah jumaatnya :

Sesungguhnya hijrah Nabi saw meninggal satu tempat yang paling disayangi
oleh baginda, paling disukai oleh Allah swt. Ia juga adalah tanah tempat tumpah darah
baginda, tempat yang penuh kenangan baginya, tempat baginda membesar. Lebih-lebih
lagi, ia adalah tanah haram Mekah Al-Mukarramah.

Namun begitu, jika bertemu antara tuntutan akidah dan kecintaan kepada tanah
air, maka tuntutan akidah lebih tinggi kedudukannya dan perlu didahulukan ke atas
yang lain. Tuntutan akidah juga lebih berharga dari keluarga, rumah, harta dan apa
sahaja yang disukai oleh manusia.

8
Nabi saw telah berhijrah meninggalkan negaranya dan kawan-kawannya.
Firman Allah swt :

          

40. Iaitu mereka Yang diusir dari kampung halamannya Dengan tidak berdasarkan
sebarang alasan Yang benar, (Mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata:
"Tuhan Kami ialah Allah". (6)

Semua itu lebih mudah untuk mereka tinggalkan berbanding dengan keredhaan
Allah swt. Ini kerana mereka ingin membina sebuah Negara Islam, kerana islam perlu
kepadanya. Sebuah begara yang terpisah yang dapat meningkatkan kalimah Allah di
situ, dilaksanakan syariat islam, ditegakkan syiar-syiar Allah dan memperlihatkan
kekuatan islam. (7)

PENUTUP
Semoga sedikit usaha ana ini diterima oleh Allah swt sebagai amal soleh amin.
Terjemahan yang dibuat bukanlah secara bulat-bulat, tetapi ana menggunakan uslub bahasa
yang lebih sesuai supaya mudah difahami.

‫ وصلّى اهلل على سيدنا‬. ‫ وما أصابك من سيّئة فمن نفسي‬، ‫ما أصابك من حسنة فمن اهلل‬
. ‫حممد وعلى آله وصحبه أمجعني‬

Wallahu’alam.

p/s : Sekiranya ada kesilapan-kesilapan yang terdapat dalam artikel yang ana terjemah ini,
khususnya pada baris hadis dan maksud hadis, ana mohon ampun dari Allah swt dan kemaafan
dari para pembaca.

__________________________
(6)
Surah Al-Hajj : 40
(7)
Khitabul Asy-Syeikh Al-Qaradawi

You might also like