You are on page 1of 6

Medan dakwah itu sangat luas, maka pilihlah mana yang

sesuai bagi diri kamu (1)

MUQADDIMAH

‫ وعلى آله‬، ‫ والصالة والسالم على أشرف األنبياء والـمرسلني‬. ‫الـحمد هلل رب العالـمني‬
... ‫ أما بعد‬. ‫وصحبه أجـمعني‬

... ‫بسم اهلل الرحـمـن الرحيم‬


Ketika mana dakwah itu masih di peringkat pengasasan dan pembinaan, para du‟at perlu memilih
mana-mana cara yang sesuai untuk dipraktikkan di tempat yang sesuai.

1. Mulakanlah dengan yang dekat sebelum yang jauh


2. Mulakan dengan yang kecil / muda sebelum yang besar / tua
3. Dahulukan yang tawadhu‟ berbanding yang takabbur
4. Dahulukan yang berpendidikan sebelum yang buta huruf
5. Utamakan yang masih bebas (tidak menganggotai mana-mana kumpulan) dari yang telah
ada keanggotaan
6. Utamakan kawan-kawannya di tempat kerja sebelum yang lain

1. Mulakanlah dengan yang dekat sebelum yang jauh

Maka dakwah kepada yang dekat ini tidak memerlukan kita berjalan jauh kerana
mereka sedia ada di depan kita. Hakikatnya, kaum kerabat kita dan jiran-jiran kita juga
ingin merasai sentuhan dakwah seperti yang kita dapat.

Mereka ini lebih kita kenali, malah tidak memerlukan kita untuk mengumpul
maklumat tentang diri mereka kerana telah dikenali sejak sekian lama. Malah tidak
memerlukan kepada mukadimah yang banyak.

1|Page
Para daie perlu menegur jiran-jiran dan kerabatnya dengan dengan baik, jika tidak
mereka akan lari. Dia tinggal bersama-sama mereka dan mereka melihat kebaikan dan
keburukannya, merasai suka dan duka bersama-sama mereka. Maka dia (para daie) itu
bertanggungjawab ke atas mereka.
Nabi saw telah mengkritik orang-orang yang tidak mengajar dan menegur jiran-
jiran mereka, malah telah mengancam dengan hukuman kerana lalai dengan taklifan
dakwah ini (2). Hatta Rasulullah saw sendiri ketika memulakan dakwah, Allah swt telah
menyuruhnya berdakwah kepada kaum kerabatnya. Firman Allah swt :

   

214. dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu Yang dekat (3).

Imam Ar-Razi berkata :

Maka selepas itu, Baginda saw disuruh berdakwah kepada kaum kerabatnya. Ini
kerana, apabila di dicaci dan menghadapi ujian, maka kerabatnya juga akan
menerimanya. (Lalu mereka boleh menolongnya).

Diriwayatkan di dalam Sohih Bukhori, dari Ibnu Abbas r.a katanya :

Ketika mana turunnya ayat ini ( Surah Asy-Syura : 214 ), Nabi Muhammad telah
menaiki bukit safa lalu dia menyeru : “ Wahai Bani Fahr, Wahai Bani „Adi ”.

Maka semua kaum Quraisy pun berkumpul, malah sesiapa yang tidak mampu
untuk keluar dari rumah, dia akan mengutuskan seseorang untuk mendengar perkhabaran
dari baginda. Sabda baginda : “Adakah kamu semua akan percaya jika aku mengatakan
bahawa ada sekumpulan kuda (tentera) ingin menyerang kamu semua, adakah kamu
akan percaya? ”.

Jawab mereka : “ Ya, kami tidak pernah melihat engkau berbohong ”. Lalu sabda
Nabi saw : “ Sesungguhnya aku ini adalah pemberi peringatan kepada kamu semua
tentang azab yang pedih ” (4).

Ibnu Hajar berkata :

Dan sebab mengapa disuruh supaya berdakwah kepada kaum keluarga dulu
adalah, supaya apabila dia berdakwah kepada orang lain, mereka tidak akan
memberikan sebab (mengapa tidak berdakwah kepada keluarga sendiri dulu) yang boleh
menghalang dakwah (5).
2|Page
2. Mulakan dengan yang kecil / muda sebelum yang besar / tua

Ini kerana budak kecil masih belum terikat pemikirannya dengan mana-mana
fahaman atau mana-mana pihak. Berurusannya dengannya adalah lebih mudah
berbanding dengan orang tua yang telah memilih jalan hidupnya sendiri, terikat dengan
banyak pihak dan penuh dengan tanggungjawab.
Manakala bagi budak kecil yang telah meyahut dakwah, dia terus boleh diproses
dan dibentuk. Para du‟at tidak perlu menghabiskan masa yang panjang untuk membuang
adat-adat dan kebiasaan jahiliyyahnya, malah lebih cepat untuk menerima dan
mengamalkan akhlak-akhlak islam.

Kanak-kanak ataupun budak kecil ini, memang sudah menjadi tabiat mereka
adalah menjadi pengikut kepada dakwah para rasul. Di dalam kisah Nabi Musa a.s. ,
Allah swt berfirman:

              

        

83. maka tidaklah ada Yang beriman kepada Nabi Musa melainkan sebilangan kecil dari
keturunan kaumnya, itupun Dengan keadaan takut kepada Firaun dan ketua-ketua kaum
mereka menyeksa mereka; kerana Sesungguhnya Firaun bermaharajalela di bumi, dan
sebenarnya ia dari orang-orang Yang melampaui batas.(6)

Tidaklah dimaksudkan dengan kata-kata ini, kita boleh meninggalkan


orang-orang tua. Tetapi apa yang dimaksudkan adalah penerimaan dan
penyambutan dakwah oleh budak kecil lebih cepat. Kanak-kanak pada hari ini
adalah pemuda masa depan, merekalah harapan ummah.

3. Dahulukan yang tawadhu’ berbanding yang takabbur

Sifat tawadhu‟ yang ada seseorang mad‟u itu adalah satu kemungkinan untuk dia
menyambut dakwah dan kebenaran. Manakala orang yang takabbur pula menunjukkan
kepayahannya untuk menerima kebenaran dan suka mencemuh manusia. Justeru, kita
dapati pengikut-pengikut para rasul adalah dari kalangan orang-orang kaya yang
bersyukur dan tawadhu’ ataupun orang-orang fakir yang lemah dan sabar.

3|Page
Dakwah kepada golongan sebegini lebih banyak membuahkan hasil pada
kebiasaannya. Ini juga bukanlah bermaksud melarang berdakwah kepada yang lain.
Sesungguhnya keuntungan yang diperolehi berdekatan dengan kita adalah lebih mudah,
sebelum kita mengaut keuntungan dari tempat yang jauh. Begitu juga dengan dakwah,
cari pendokongnya dari yang dekat. Maka apabila telah ramai pendokongnya, mudahlah
penyebaran dakwah itu sendiri.

4. Dahulukan yang berpendidikan sebelum yang buta huruf

Ini adalah kerana peranan yang boleh dimainkan oleh orang yang berilmu dan
berpendidikan itu lebih luas. Dia lebih berkemampuan dari yang lain untuk mengeluarkan
pendapat-pendapat dan membuat pemilihan. Iaitu memilih fikrah-fikrah yang dapat
memberikan kesedaran, dan kebiasaannya dia akan lebih beriltizam dengannya. Selain
itu, orang yang bijak dan berpendidikan ini lebih mengetahui perbezaan dan khilaf-khilaf
dikalangan para ulama‟ serta mengetahui sebab berlakunya perbezaan ini berbanding
yang lain.

5. Utamakan yang masih bebas (tidak menganggotai mana-mana


kumpulan) dari yang telah ada keanggotaan (Al-Muntama)

Orang yang masih „bebas‟ ini, tidak terikat dengan mana-mana pihak, dia duduk
di pertengahan. Manakala orang telah menganggotai mana-mana kumpulan (Al-
Muntama), maka dia telah terkeluar dari di pertengahan dan menjadi pendokong pihak
yang dianggotainya.

Untuk menarik mad‟u yang bebas ini adalah lebih mudah berbanding Al-
Muntama ini. Namun begitu, jika Al-Muntama ini menukar pendiriannya kepada sesuatu
fikrah yang lebih baik, dia akan mampu melebihi orang lain kerana mempunyai
pengalaman yang luas dan persediaan lebih baik. Hakikatnya, ia jarang-jarang berlaku.

6. Utamakan kawan-kawan di tempat kerja sebelum yang lain

Ini kerana, kawan-kawan di tempat kerja tersebut selalu kita jumpa, bidang
percakapan juga lebih luas serta banyak persamaan. Sebagai contohnya, doctor lebih
sepadan doctor berbanding jurutera, peguam lebih sesuai dengan peguam berbanding
guru atau pensyarah dan sebagainya.

4|Page
Oleh itu, para daie yang bersih hatinya dan mempunyai rasa berlumba-lumba
melakukan kebajikan akan cuba sedaya menjadikan rakan sekerjanya merasai sentuhan
tarbiyah ini.

Berdakwah mengikut marhalah-marhalah dakwah tersebut

Kadang-kadang dakwah itu berada di peringkat pengumpulan dan penyebaran,


kadang-kadang di peringkat melaksanakan misi atau projek-projek tertentu (seperti :
pendidikan, ekonomi, kemanusiaan @ kemasyarakatan dan politik). Maka pada setiap
peringkat mempunyai keperluan atau kehendak yang berbeza, yang kita perlu penuhi. Ini
dapat kita fahami dari sabda Baginda saw :

ِ َّ‫اْلَط‬
ْ ‫َِب َج ْه ٍل أ َْو بِعُ َمَر بْ ِن‬ ِ َ ‫ني إِلَْي‬
ِ ْ َ‫الر ُجل‬ ِ ِ
)) ‫اب‬ ْ ِ‫ بأ‬، ‫ك‬ َّ ‫ب َه َذيْ ِن‬ َ ‫(( اللَّ ُه َّم أَعَّز ا ِإل ْسالَ َم بأ‬
ِّ ‫َح‬
Maksudnya : “ Ya Allah, muliakanlah Islam ini dengan dua orang lelaki yang aku cintai :
Abi Jahal atau Umar Al-Khattab.” (7)

Kalau kita perhatikan, marhalah dakwah ketika itu adalah di Mekah. Dakwah
islam kebanyakannya tersebar dikalangan orang-orang yang lemah dan fakir. Dakwah
pada itu perlu disebarkan secara terang-terangan. Oleh itu, tokoh seperti Saidina Umar
sangat sesuai untuk menjadikan dakwah islam bertukar ke peringkat yang seterusnya,
iaitu disebarkan secara terbuka. Selepas Saidina Umar masuk islam, dakwah islam telah
memasuki fasa perubahan yang baru, iaitu dari sirr (rahsia) kepada jahar (terang-
terangan).

Di dalam kisah yang lain pula, ketika Mus‟ab bin Umair diutuskan ke Yathrib
(Madinah), dia telah berjaya mengislamkan dua tokoh besar di Madinah ketika itu iaitu ;
Usaid bin Hudhair dan Sa‟ad bin Mu‟az. Selepas mereka masuk islam, mereka telah
berjaya mempengaruhi kaum-kaum mereka untuk memeluk islam.

Kesimpulannya daripada dua kisah di atas, kita perlu memusatkan segala usaha
dakwah kepada pusat tumpuan atau markaz sesuatu masyarakat supaya kerja-kerja
dakwah dan proses merubah sesuatu masyarakat tesebut lebih cepat. Juga, kita perlu
berdakwah berdasarkan peringkat atau tahap dakwah tersebut.

Wallahu‟alam…

5|Page
PENUTUP
Semoga sedikit usaha ana ini diterima oleh Allah swt sebagai amal soleh amin.
Terjemahan yang dibuat bukanlah secara bulat-bulat, tetapi ana menggunakan uslub bahasa yang
lebih sesuai supaya mudah difahami.

‫ وصلّى اهلل على سيدنا‬. ‫ وما أصابك من سيّئة فمن نفسي‬، ‫ما أصابك من حسنة فمن اهلل‬
. ‫مـحمد وعلى آله وصحبه أجـمعني‬

Wallahu‟alam.

p/s : Sekiranya ada kesilapan-kesilapan yang terdapat dalam artikel yang ana terjemah ini,
khususnya pada baris hadis dan maksud hadis, ana mohon ampun dari Allah swt dan kemaafan
dari para pembaca.

_______________________
(1)
Qowaid Ad-Dakwah ila Allah oleh Dr. Hammam Abdul Rahim Sa‟id
(2)
Majma‟ Zawaid
(3)
Surah Asy-Syura : 214
(4)
Fathul Bari oleh Ibnu Hajar Al-Asqolani
(5)
Fathul Bari
(6)
Surah Yunus : 83
(7)
Hadis Riwayat At-Tarmizi

6|Page

You might also like