You are on page 1of 12

CABARAN MEREALISASI WAWASAN 2020

Pengenalan

Semasa pelancaran Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Februari 1991, Tun Dr Mahathir

Mohamad, Perdana Menteri pada ketika itu telah membentangkan satu kertas kerja bertajuk

"Malaysia - Melangkah ke Hadapan", yang mengandungi satu pemikiran dan rangka kerja

mengenai matlamat Malaysia menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020. Ianya dikenali

sebagai "Wawasan 2020". Wawasan 2020, wawasan yang baru dan berani bagi Malaysia.

Sepanjang dekad sebelum itu, negara kita berkembang pada kadar purata 8% setahun. Tiba

waktu tersebut, kita memerlukan objektif dan matlamat prestasi yang baru. Sasaran yang baru

adalah “menjadi sebuah negara maju dalam tempoh masa yang ditetapkan. Kita memutuskan,

masa yang logik, mudah dan sesuai adalah tahun 2020. Bagi pakar optometri, 2020 adalah

tahap penglihatan yang sempurna, dan kita impikan penglihatan sempurna untuk melihat masa

depan kita.1 Wawasan 2020 adalah unjuran yang optimistik, kerana kadar pertumbuhan yang

mahu dicapai adalah 7% setahun dalam 30 tahun, di antara 1991 dan 2020.

Wawasan 2020 bukanlah merupakan satu dasar khas tetapi merupakan tindakbalas

kepada perkembangan ekonomi, sosial dan politik yang berlaku di peringkat nasional dan

antarabangsa yang telah memberi cabaran hebat kepada negara. Wawasan ini telah

diketengahkan sebagai satu garis panduan dan rangka kerja mengenai pendekatan yang harus

diambil dalam memulakan langkah bagi perjalanan jauh yang akan ditempuh oleh negara.

Matlamat terakhir yang dicita-citakan ialah pembentukan sebuah negara Malaysia yang benar-

benar maju menjelang tahun 2020. Kemajuan yang dimaksudkan bukan terhad kepada bidang

1
Tun Dr Mahathir Mohamad, “Revisiting Vision 2020: New Challenges for Malaysia”, dari Readings on Development:
Malaysia 2057, edisi Nungsari dan Suryani, Kuala Lumpur: Khazanah Nasional Berhad
ekonomi sahaja malah ia akan merangkumi segala aspek kehidupan: ekonomi, politik, sosial,

kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan.

Menjelang tahun 2020, Malaysia sebagai sebuah negara merdeka akan menjadi negara

yang benar-benar maju, bersatu, mampu berdikari, progresif dan makmur. Rakyat akan

menikmati kehidupan yang sempurna dalam satu masyarakat yang demokratik, bertoleransi,

bermoral, adil, mampu bersaing, dinamik dan mempunyai daya ketahanan yang tinggi. 2 Ini

bermakna Wawasan 2020 bertujuan mewujudkan negara bermatlamat iaitu Malaysia akan

menjadi negara maju dengan caranya tersendiri tanpa terikut kepada cara dan corak negara

maju yang ada sekarang. Kemajuan yang dicita-citakan ialah kemajuan yang sempurna yang

tidak semata-mata diukur dari segi pencapaian lahiriah atau fizikal semata-mata malah ia akan

meliputi pewujudan satu masyarakat yang sempurna dengan nilai moral dan etika yang tinggi

dan boleh dicontohi oleh negara-negara lain.

Objektif di atas hanya boleh dicapai jika rakyat Malaysia dapat menghadapi dan

mengatasi pelbagai halangan/rintangan yang dianggap sebagai cabaran. Menjelang tahun 2020,

Malaysia dapat menjadi negara bersatu, dengan masyarakat Malaysia yang yakin, mempunyai nilai moral

dan etika yang kukuh, hidup dalam masyarakat yang demokratik, liberal dan bertolak ansur, penyayang,

adil dari segi pengagihan ekonomi, progresif dan makmur, dan mempunyai penguasaan sepenuhnya

terhadap ekonomi yang bersaing, dinamik, cergas dan kental. Di bawah ini dibincangkan beberapa

cabaran dalam merealisasikan Wawasan 2020. Tidak akan wujud Malaysia yang maju

sepenuhnya sehingga kita akhirnya dapat mengatasi sembilan cabaran strategik yang kita

hadapi sejak kelahiran kita sebagai sebuah negara merdeka.

2
Pusat Maklumat Rakyat, Perspektif Wawasan 2020 daripada http://pmr.penerangan.gov.my
Cabaran Dalam Merealisasikan Wawasan 2020

1.         Mewujudkan Negara Malaysia bersatu yang mempunyai   

        matlamat dikongsi bersama.

Malaysia mesti menjadi sebuah negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah

dan kaum, hidup dalam harmoni, bekerjasama sepenuhnya secara adil, dan terdiri

daripada satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada

negara. Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd  Najib Tun

Abdul Razak, Perdana Menteri, adalah langkah yang  bertepatan dengan suasana dan

cita rasa rakyat dalam mengadapi cabaran ini.  Konsep ini selari dengan apa yang

termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara.

1 Malaysia membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan

rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat.  Perkara asas yang perlu

diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati,

keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum. ‘1 Malaysia’ juga akan

mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan

rakyat sebagai mana slogan YAB Perdana Menteri iaitu ‘Rakyat didahulukan,

Pencapaian diutamakan’.3

2.         Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika.

Dalam tempoh pelaksanaan RMK 8, Pelan Intergriti Nasional (PIN), telah dilancarkan

bertujuan membentuk masyarakat yang bermoral dan beretika serta mempunyai nilai

keagamaan dan kerohanian yang utuh dan tahap etika yang tinggi dan seterusnya

3
Konsep 1 Malaysia daripada http://www.1malaysia.com.my
menyahut cabaran keempat Wawasan 2020. Undang-undang dan peraturan disemak

semula serta langkah penguatkuasaan diperketat oleh pelbagai badan kawal selia untuk

mempertingkat tadbir urus korporat. Langkah juga telah diperkenal untuk memperkukuh

etika perniagaan yang baik dalam sektor korporat.

Selaras dengan cabaran keempat Wawasan 2020 ini, iaitu untuk membentuk sebuah

masyarakat yang bermoral dan beretika dan mempunyai nilai keagamaan dan

kerohanian yang utuh dan menghayati budi pekerti yang luhur, usaha ditumpu ke arah

memperkukuh dan mempertingkat institusi serta organisasi tempatan seperti

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Rukun Tetangga dan

Jawatankuasa Penduduk serta menggunakan media massa untuk menyumbang ke arah

menjadikan integriti sebagai satu cara hidup. Kempen kesedaran dan program

pendidikan akan diperluas untuk mengingatkan individu mengenai perlunya menerap

nilai murni dan resam secara berterusan supaya dapat dihayati dan diamalkan sehingga

akhirnya menjadi sebahagian daripada cara hidup individu dan budaya masyarakat.4

3.        Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan

tinggi dan memandang ke depan, yang bukan sahaja pengguna teknologi tinggi

tetapi juga menyumbangkan kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.

Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi semasa pentadbirannya

telah mencetuskan revolusi idea dalam memberi penekanan terhadap usaha

membangunkan Modal Insan sebagai satu landasan kecemerlangan generasi hadapan.

Generasi hadapan merupakan aset insani Malaysia yang paling penting dalam usaha

kerajaan merealisasikan kewujudan sebuah negara bangsa yang maju, cemerlang,

gemilang dan terbilang menjelang Wawasan 2020. Bajet 2007 memberi peruntukan

4
RMK 9, Tadbir Urus Baik Untuk Pembangunan, Bab 25, ms 511.
besar kepada pembangunan modal insan iaitu sebanyak 21 peratus daripada

keseluruhan perbelanjaan. Ini kerana pendidikan dan modal insan merupakan dua

perkara yang saling bergantungan antara satu sama lain. Melalui pendidikanlah dapat

mengeluarkan modal insan dan modal insan tidak akan dapat dilahirkan tanpa adanya

pendidikan. 5

Apakah pula cabaran utama guru masa kini dalam melaksanakan tanggungjawab untuk

melahirkan modal insan holistik? Perkembangan semasa telah memberi kesan kepada

proses pembentukan sahsiah terutama dalam kalangan anak muda. Namun, apa yang

penting ialah perkembangan bidang pendidikan perlu diambil kira supaya seiring dengan

apa yang berlaku di negara maju. Penekanan perlu diberikan kepada pembangunan

secara menyeluruh (holistik). Dalam mencapai sasaran itu, pelbagai aspek telah diambil

kira termasuk soal kebajikan guru, antaranya kekurangan guru. Kementerian sedang

berusaha mengurangkan nisbah guru dan bilik darjah daripada 1:7 kepada 1:5. Selain

itu, usaha meningkatkan pendidikan negara dengan memberi penekanan terhadap

perkembangan aspek perisian iaitu meningkatkan kecemerlangan ilmu, inovasi dan

kreativiti dalam proses pembelajaran dan pengajaran (P&P). Penambahbaikan akan

dilaksanakan terhadap kurikulum dan kokurikulum di sekolah dalam melahirkan generasi

seimbang dari segi perkembangan rohani dan jasmani. Mengupas isu meningkatkan

infrastruktur pendidikan, ia tidak terhad kepada kemudahan luaran seperti membina

lebih banyak sekolah tetapi kerajaan perlu melengkapkan guru dengan pelbagai

kemahiran. Beberapa usaha lain juga dilaksanakan dengan mewujudkan jawatan

kumpulan sokongan bagi membantu guru melaksanakan kerja pentadbiran, antaranya

jawatan pembantu tadbir, pembantu makmal sains dan juruteknik di Pusat Kegiatan

5
Bajet 2007, Melaksanakan Misi Nasional Ke Arah Mencapai Wawasan Negara, diperoleh pada April 16, 2011
daripada http://ww2.utusan.com.my
Guru. Selain itu juga, kementerian mewujudkan jawatan pembantu pengurus murid gred

N17 di Kelas Pendidikan Khas dan murid prasekolah normal.6

Peranan guru dalam membentuk negara bangsa. Mereka bukan hanya berperanan

mendidik, malah membentuk bangsa yang bersatu padu dan bangsa yang mampu

memahami aspirasi negara seterusnya membawa Malaysia ke mercu lebih gemilang

pada masa depan. Kerajaan melihat bertapa pentingnya guru dalam membentuk

generasi lebih seimbang. Dalam hal ini, kerajaan menekankan aspek kualiti untuk

meningkatkan mutu pendidikan dan aspirasi lebih cemerlang dalam kerjaya mereka.

Masa depan negara bergantung kepada keupayaan guru melahirkan generasi

berkemahiran dan memenuhi cita rasa bangsa dan negara. Sempena Hari Guru tahun

tersebut, kementerian menyatakan akan memberi perhatian khusus kepada usaha

meningkatkan kemahiran guru agar lebih kreatif dan inovatif di samping memiliki ilmu

dan pengetahuan lebih luas. Guru juga bertanggungjawab membimbing anak kita untuk

terus menjadi manusia sempurna, insan kamil yang sekali gus dapat mewarisi usaha

membangunkan negara.7

4.    Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial

yang mengutamakan kepentingan masyarakat, kebajikan insan tidak akan 

berkisar kepada Negara atau orang perseorangan, tetapi sekeliling sitem keluarga

yang kukuh.

Bagi menghadapi cabaran ini, negara memerlukan generasi guru yang benar-benar

berwibawa. Guru mempunyai peranan paling penting, khususnya dalam mengawal

keseimbangan moral murid, bertanggungjawab dalam mengawasi disiplin murid, agar

mereka tidak hanyut dalam arus pembangunan kemewahan kebendaan yang begitu

pantas sekali.
6
Zainor Said, Tamrin Anuar & Norliza Abdullah, Guru Pendukung Aspirasi Membentuk Modal Insan Holistik.
7
Ibid
Pembangunan kemewahan yang tumbuh begitu cepat, mudah sekali menghasilkan

kemusnahan, baik alam fizikal, biologi, bahkan juga pada keruntuhan rohani dan

kejiwaan. Pembangunan manusia kini menghadapi krisis ketidakseimbangan antara

pembangunan kebendaan dengan kerohanian dan emosi. Kepesatan perkembangan

teknologi yang tidak selaras dengan pembangunan aspek nilai dan moral boleh

mengakibatkan manusia ketandusan nilai kemanusiaan sejati.8 Tajul Ariffin Mohd.

Noordin, 1992). Oleh itu, dalam membicarakan cabaran wawasan 2020 untuk

melahirkan masyarakat penyayang, matlamat ini tidak akan tercapai jika usaha tidak

dilakukan oleh semua pihak, lebih-lebih lagi sekolah dan rumah tangga.

5.     Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi.

Malaysia maju tidak harus mempunyai masyarakat yang mengaitkan kemunduran

ekonomi dengan kaum. Ini membawa makna kesamarataan pendapatan individu, iaitu

keadaan semua rakyat Malaysia mempunyai pendapatan yang sama. Justeru,

merapatkan jurang pendapatan kaum, melalui persamaan perkhidmatan sosial dan

infrastruktur yang lebih dekat, melalui pembangunan budaya ekonomi yang sesuai dan

melalui pembangunan sumber manusia sepenuhnya, adalah perlu dan memang

dikehendaki. Kita mesti menanam cita-cita menjelang tahun 2020 hendak mencapai

tahap tidak seorang pun dapat mengatakan kumpulan kaum tertentu pada asasnya

mundur dari segi ekonomi manakala satu kaum lagi maju. Keadaan seperti itulah yang

mesti kita usahakan secara lancar, berkesan, dengan adil dan penuh dedikasi.

"Perkongsian penuh dalam kemajuan ekonomi" tidak bermaksud perkongsian penuh

dalam kemiskinan. Ia mestilah bermaksud imbangan adil dari segi penyertaan dan

8
Tajul Ariffin Mohd Noordin & Nor Aini Dan, 1992.
sumbangan semua kaum termasuk Bumiputera Sabah dan Sarawak dalam sektor

ekonomi kita yang cepat membangun dan moden. Ia mestilah bermaksud agihan yang

adil dari segi kawalan, pengurusan dan hakmilik ekonomi moden. Dalam usaha

memperbetul ketidakseimbangan ekonomi, perlu wujud penekanan penuh untuk

mencapai kemajuan dengan segera serta hasil yang produktif dengan kos paling rendah

dari segi ekonomi dan masyarakat.9

Isu-isu Utama

Cabaran-cabaran di atas sebenarnya telah membangkitkan beberapa isu utama yang harus

dihadapi bagi membolehkan Malaysia mencapai taraf negara maju. Isu-isu ini ialah:-

(i) Pembentukan Satu Negara Bangsa Malaysia.10

Konsep satu negara bangsa mempunyai makna yang dalam kerana ia bermaksud sebuah

negara berdaulat yang rakyatnya tidak dapat diidentifikasikan melalui kaum, keturunan atau

warna kulit. Pembentukan satu negara bangsa adalah menjadi pra-syarat kepada kemajuan

kerana tanpa rakyatnya mempunyai satu pemikiran terhadap satu negara dan bangsa,

sebarang bentuk kerjasama untuk maju tidak akan terjalin. Bagi mengisi konsep ini istilah

seperti perpaduan negara, kesetiaan kepada negara, keharmonian dan toleransi perlulah

difahami dan diamalkan.

(ii) Negara Perindustrian 11

9
Malaysia Sebagai Negara Maju diperoleh pada April 15, 2011 daripada http://www.ipislam.edu.my
10
Konsep 1 Malaysia daripada http://www.1malaysia.com.my
11
Pusat Maklumat Rakyat, Dasar Perindustrian Negara. Diperoleh pada April 17, 2011 daripada
http://pmr.penerangan.gov.my
Negara yang telah berjaya mengubah corak ekonomi dan kehidupannya daripada pertanian

kepada perindustrianadalah mempunyai status negara maju. Wawasan 2020 berkehendakkan

rakyat Malaysia meneruskan proses transformasi ini yang telah dimulakan sejak merdeka

lagi kerana pencapaian sekarang masih lagi di pertengahan jalan. Ini adalah kerana proses ini

bukan sahaja melibatkan transformasi daripada kehidupan bertani kepada perindustrian malah

ia juga melibatkan perubahan teknologi, ekonomi, sosial dan kebudayaan. Masyarakat negara

maju adalah masyarakat yang didokong oleh kemahiran dan kepakaran sains dan teknologi

yang tinggi yang bukan setakat boleh mencedok atau mengubahsuai sahaja tetapi ia mestilah

boleh mencipta, menambah dan memperbaharui. Bagi mencapai taraf negara perindustrian

pertumbuhan ekonomi yangamat pesat amatlah penting. Ia sudah tentunya berkait dengan

sumbangan sektor perdagangan dan komersial yang secara langsung melibatkan soal modal,

pelaburan, daya saing, kualiti tenaga kerja, berdikari dan kekentalan menghadapi cabaran-

cabaran. Di peringkat ini peranan sektor swasta amatlah besar kerana ia akan menjadi jentera

Pertumbuhan.

(iii) Keadilan Ekonomi dan Sosial 12

Penwujudan satu masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi dan sosial memang tidak dapat

disangkal sebagai satu cabaran besar yang perlu dihadapi bagi penwujudan satu negara maju

dan bersatu. Ini ialah kerana dalam sebuah negara maju tidak patut wujud keadaan di mana

satu golongan rakyat mempunyai segala- galanya sedangkan satu golongan lagi tercicir.

Pernyataan Wawasan ini adalah mempakan penegasan semula keatas isu yang sentiasa diberi

dan meminta perhatian utama iaitu pembasmian kemiskinan, keseimbangan sosioekonomi di

antara kaum, di antara wilayah, di antara negeri dan diantara bandar dan luar bandar. Dalam

konteks ini Wawasan 2020 sebenarnya telah meminta semua rakyat Malaysia tidak salah tafsir

12
Pusat Maklumat Rakyat, RMK-10 Kemakmuran Ekonomi dan Keadilan Sosial. Diperoleh pada April 17, 2011
daripada http://pmr.penerangan.gov.my
terhadap bantuan yang diberikan kepada sesuatu kaum golongan sebagai tidak adil, sebaliknya

hendaklah menganggapnya sebagai satu usaha bagi memperbaiki ketidakadilan. Kesungguhan

bagi mencapai tahap keseimbangan ini seterusnya telah diterjemahkan ke dalam objektif Dasar

Pembangunan Nasional dan dilaksanakan melalui program dan projek Rancangan Malaysia

Keenam.

(iv) Moral dan Etika 13

Berlainan dengan konsep negara maju yang ada sekarang yang lebih bercirikan kebendaan,

negara maju ala Malaysia yang dicita-citakan seharusnyalah berpegang kepada falsafah moral

dan etika yang tinggi berasaskan kepercayaan agama. Penganutan falsafah ini adalah penting

kerana kemajuan kebendaan tanpa nilai-nilai moral dan etika tidak akan mewujudkan

kesejahteraan dan keharmonian yang berkekalan sebaliknya banyak membawa keburukan.

Pengamalan nilai-nilai murni (seperti di dalam Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam) akan menjadi

faktor penghalang dalaman untuk tidak menyalahgunakan kemahiran atau kekayaan yang

dimiliki.

(v) Pembangunan Masyarakat Berdasarkan Sistem Kekeluargaan.14

Wawasan ini telah mengetengahkan perkara pokok system sosial iaitu pembangunan keluarga

berdasarkan hakikatbahawa keluarga menjadi asas pembentukan masyarakat dan masyarakat

pula menjadi asas pembinaan negara. Ini membawa maksud bahawa kekuatan dan kemajuan

sesebuah negara itu bermula dan terletak pada keluarga dan masyarakat. Penegasan ini

amatlah benar kerana keluarga (rumah tangga) dan masyarakatlah yang mencorakkan kualiti

individu yang menjadi rakyat dan pemimpin sesebuah negara. Budaya bangsa yang

merangkumi sistem nilai dan cara hidup (termasuk masyarakat penyayang dan budaya

13
Pusat Maklumat Rakyat, Perspektif Wawasan 2020 daripada http://pmr.penerangan.gov.my
14
Ibid
menyayangi) sebagaimana yang dicita-citakan dalam Wawasan ini hendaklah digerakkan dari

awal lagi dan ini memerlukan rakyat menyedari kepentingan institusi keluarga dalam

memajukan negara dan mengambil langkah-langkah perlu bagi mewujudkan keluarga dan

masyarakat yang sempurna.

Penutup

Sekali imbas Wawasan 2020 seolah-olah merupakan wawasan ekonomi semata-mata kerana

ia mementingkan persoalan pembangunan ekonomi untuk Malaysia menjadi Negara

perindustrian, tetapi jika dihalusi ia sebenarnya lebih daripada itu oleh kerana ia juga

menyentuh perkara-perkara berkaitan dengan aspek sosial dan cara hidup seperti

pembentukan dan keperibadian bangsa, moral dan etika, kebudayaan kebangsaan,

pembangunan sumber manusia dan lain-lain.

Wawasan 2020 bukanlah slogan untuk dilaung-laungkan, tetapi ia lebih merupakan

rangka kerja tindakan framework of action bagi setiap rakyat untuk mengambil langkah-langkah

tertentu bagi memastikan Malaysia menjadi negara yang benar-benar maju dan makmur. Dalam

konteks ini Wawasan tersebut memerlukan beberapa perisian penting, di antaranya ialah kualiti

tenaga kerja yang dihasilkan oleh sistem pendidikan, perubahan sikap dan nilai, penekanan

keada sains dan teknologi, perancangan, dan peranan sektor swasta yang lebih dinamik.

BIBLIOGRAFI
Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010, Tadbir Urus Baik Untuk Pembangunan. Bab 25,
ms 511.

Tun Dr Mahathir Mohamad, (2009). “Revisiting Vision 2020: New Challenges for Malaysia”, dari
Readings on Development: Malaysia 2057, edisi Nungsari dan Suryani, Kuala Lumpur:
Khazanah Nasional Berhad, ms. 4

Tajul Ariffin Mohd. Noordin & Nor Aini Dan, (1992). Pendidikan dan Wawasan 2020. Kuala
Lumpur : Arena Ilmu Sdn. Bhd

Zainor Said, Tamrin Anuar & Norliza Abdullah. Guru Pendukung Aspirasi Membentuk Modal
Insan Holistik, dalam Wawancara bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin sempena
sambutan Hari Guru 2009.

Bajet 2007, Melaksanakan Misi Nasional Ke Arah Mencapai Wawasan Negara, Pembentangan
Bajet oleh Perdana Menteri Malaysia. Diperoleh pada April 16, 2011 daripada
http://ww2.utusan.com.my/utusan/special.asp?
pr=bajet2007&y=2006&dt=0901&pub=bajet2007&sec=Ucapan&pg=ub_01.htm

Dato’ Sri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak, Konsep 1 Malaysia. Diperoleh pada April 14, 2011
daripada http://www.1malaysia.com.my

Pusat Maklumat Rakyat, Dasar Perindustrian Negara. Diperoleh pada April 17, 2011 daripada
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?
option=com_content&view=article&id=246:dasar-perindustrian-negara&catid=88:dasar-
dasar-negara

Pusat Maklumat Rakyat, Perpekstif Wawasan 2020. Diperoleh pada April 14, 2011 daripada
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?
option=com_content&view=article&id=255:perspektif-wawasan-2020&catid=88:dasar-
dasar-negara

Pusat Maklumat Rakyat, RMK-10 Kemakmuran Ekonomi dan Keadilan Sosial. Diperoleh pada
April 17, 2011 daripada
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?
option=com_content&view=article&id=7433:rmk-10-kemakmuran-ekonomi-dan-keadilan-
sosial&catid=418:rancangan-malaysia-

You might also like