You are on page 1of 2

 

budi pekerti

Manusia adalah cermin bagi manusia yang lainnya. Jika seseorang berbudi pekerti
baik, maka orang lain akan berlaku serupa dengannya. Dengan demikian, hidupnya
menjadi tenang dan hatinya menjadi tenteram. Dan akan merasakan hidup dalam
masyarakat yang baik dan penuh kekeluargaan.
 
Bila seseorang manusia berakhlaq buruk dan berlaku kasar, maka dia akan mendapat
perlakuan buruk dan kasar pula. Orang yang tidak menghormati orang lain, maka tidak
akan dihormati pula oleh mereka. Orang yang berakhlaq baik akan lebih berjaya dalam
meraih ketenangan hidup dan lebih terhindar dari kecemasan, ketegangan dan
berbagai gejala yang menyakitkan. Selain itu, berakhlaq baik merupakan ibadah
kepada ALLAH dan termasuk hal yang sering dianjurkan oleh islam untuk dilakukan.
 
ALLAH Subhanahu wa Ta'ala berfirman yang bermaksud:
Jadilah engkau pemaaf, serulah orang-orang mengerjakan kebaikan dan berpalinglah
daripada orang-orang yang bodoh ( Surah Al-A'raf; Ayat 199)
 
Kepentingan Berakhlak Mulia

Hadith :

Daripada Abdullah bin Amru bin al-'As r.a, katanya, "Bukanlah rasulullah
s.a.w seorang yang bersifat keji dan baginda tidak pernah melakukan
perkara-perkara yang keji. Baginda bersabda, "Sesungguhnya orang-
orang yang terpilih antara kamu ialah orang-orang yang mulia
akhlaknya."
 
Riwayat al-Bukhari dan Muslim
 
Huraian
1. Rasulullah adalah manusia yang paling sempurna. Baginda terpelihara dari
sifat-sifat keji dan tidak pernah melakukan perbuatan keji.
2. Orang-orang yang berakhlak mulia adalah menjadi pilihan Allah dan mereka
diberikan beberapa keistimewaan di dunia dan kedudukan yang tinggi di
akhirat.
3. Kita hendaklah sentiasa berusaha menghindarkan diri daripada semua sifat-
sifat yang buruk dan keji serta memperbaiki kualiti diri dengan menambahkan
amal ibadat dan mengamalkan sifat-sifat mulia dari semasa ke semasa.

1- Bergembiralah dengan pilihan ALLAH untuk anda. sebab anda tidak


tahu tentang maslahat yang tersembunyi di sebaliknya. Boleh jadi
kesulitan itu lebih baik bagi anda daripada kesenangan.
 
2-Ketahuilah, bahawa ujian itu akan mendekatkan diri anda dengan
ALLAH, mengajar agar anda berdoa, dan menghilangkan sifat takabur,
ujub dan segala kesombongan dari diri anda.
 
3- Berbuat baiklah kepada sesama manusia, dan hulurkan kebaikan
kepada semua orang agar anda memperolehi kebahagian ketika
menziarahi orang sakit, memberi sesuatu kapada orang yang
memerlukan, dan menyayangi anak yatim.
 
4- Ketahuilah. bahawa anda sebenarnya memiliki berbagai kenikmatan,
dan memiliki pundi-pundi kebaikan yang ALLAH kurniakan kepada diri
anda.
 
5-Jauhilah buruk sangka, lemparkan angan-angan kosong, khayalan-
khayalan buruk dan fikiran-fikiran yang kotor.

You might also like