You are on page 1of 8

PENGENALAN MODEL ASSURE

Model ASSURE digubal oleh Heinich dan rakan-rakan (1982). Ia bertujuan menyediakan
panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media. Ia
lebih kepada berfokuskan kepada pengajaran dalam situasi bilik darjah dan bukan merangkumi
satu skop reka bentuk pengajaran yang luas.

Model ASSURE mempunyai 6 langkah iaitu:


A - Analyse learner ( Analisis pelajar)

S - State objective (Nyatakan objektif)

S – Select method, media, and materials (Pilih kaedah, media dan bahan)

U – Utilise media and materials (Guna media dan bahan)

R - Require learner participation (Dorong penglibatan Pelajar)

E - Evaluate and revise ( nIlai dan semak)

ANALISIS PELAJAR.

Pemilihan media yang hendak digunakan di dalam sesuatu P & P itu mestilah besesuaian dengan
cirri-ciri pelajar., kandungan pelajaran, kaedah, media dan bahan pembelajaran.

Pelajar mempunyai banyak cirri-ciri dan adalah amat sukar untuk menganalisis kesemua cirri-ciri
tersebut.daripada cirri-ciri tersebut, kita boleh merumuskan keopada 3 perkara penting. Iaitu:

(a) Ciri-ciri umum.


Diskripsi umum tentang umur, tahap/tingkatan, latar belakang sosio ekonomi dan
sebagainya.ciri-ciri ini dapat kita gunakan untuk mengenalpasti media dan bahan yang
sesuai yang akan digunakan. pendekatan seperti meneliti rekod pelajar dan berinteraksi
secara terus dengan pelajar dapat mengenalpasti harapan, sikap dan latar belakang pelajar
sasaran.
(b) Kompetensi khusus peringkat masuk.
Peringkat ini adalah untuk mengenalpasti pengetahuan sedia ada pelajar tentang tajuk dan
kandungan pelajaran yang akan dilaksanakan.maklumat ini boleh diperolehi dengan cara
ujian kemasukan dan interaksi bersama mereka.Aspek ini amat penting kerana pelajar
yang sudah ada pengetahuan asas tentang pelajaran yang akan dipelajari adalah amat
mudah untuk dibimbing berbanding pelajar yang tiada asas pengetahuan langsung tentang
topik yang bakal diajar. Sebagai contoh, pelajar yang mengetahui system metrik lebih
mudah memahami pertukaran system british kepada system metrik. Pelajar yang tiada
asas tentang system ini pasti mengambil masa untuk menguasai topic ini.

(c) Stail pembelajaran.


Aspek ini merujuk kepada kluster trait psikologi yang dapat menerangkan bagaimana
seseorang itu menganggap, berinteraksi dan bertindak balas kepada persekitaranya.Dunn
and Dunn (1992) telah membina satu instrument piawai mengukur stail pembelajaran dan
persekitaran yang digemari oleh setiap stail.ia adalah antara instrument terbaik dan
digunakan secara meluas di sekolah. Guru-guru yang merancang pembelajaran
berdasarkan analisis daripada instrumen ini mendapati ia Berjaya meningkatkan
pencapaian akademik, sikap dan disiplin pelajar.

NYATAKAN OBJEKTIF

Objektif pembelajaran bukan bertujuan mnyekat pelajar daripada belajar, ia digunakan untuk
menggariskan tahap minima apakah yang sepatutnya dipelajari oleh pelajar tersebut di dalam
sesuatu sesi pembelajaran.

Pelajaran yang bakal diajar seharusnya sesuatu yang baru dan bakal merubah persepri pelajar
tentang apa yang dipelajarinya.oleh itu, objektif harus difokuskan kepada apakah pengetahuan,
kemahiran dan sikap yang akan dipelajari oleh pelajar.
PILIH KAEDAH, MEDIA DAN BAHAN.

Ada 3 langkah dalam pemilihan .

Yang pertama , menentukan kaedah yang sesuai dengan tugasan pebelajaran.

Ada berbagai kaedah yang sesuai yang boleh digunakan dalam berbagai peringkat kerana setiap
peringkat pembelajaran memerlukan kaedah yang berbeza. Sebagai contoh, untuk menarik minat
pelajar, kaedah simulasi boleh digunakan dalam set induksi. Perlu diingatkan, set induksi yang
baik boleh membuka minda pelajar untuk menerima pelajaran dengan lebih berkesan.kaedah
demonstrasi boleh buat selepas itu serta latihan serta latih tubi untuk pelajar mempelajari
kemahiran yang baru.

Kaedah yang hendak dipilih seharusnya berkait rapat dengan objektif, kandungan pelajaran dan
kumpulan sasaran.

Yang kedua, memilih media yang sesuai untuk melaksanakan kaedah yang dipilih.

Di dalam pemilihan media ini, ada dua aspek yang perlu diambil kira. Pertama, memilih media
yang sudah tersedia dan kedua, memilih bentuk atau format media yang belum ternyata mesej di
dalamnya.. pemilihan media yang sudah tersedia adalah diutamakan. Pemilihan adalah
berdasarkan beberapa kriteria. Antaranya:

1) Sempadan kurikulum
2) Maklumat tepat dan terkini.
3) Bahasa yang jelas dan tepat.
4) Menarik minat dan boleh mencetuskan motivasi pelajar.
5) Menggalakkan penglibatan Pelajar.
6) Mempunyai teknikal kualiti yang baik.
7) Terdapat bukti kerberkesananya.
8) Bebas daripada bias atau keberatan yang tidak sama rata.
9) Mempunyai buku panduan yang lengkap.
Sumber media yang sudah tersedia boleh diperolehi daripadapelbagai sumber seperti
agensi pendidikan seperti Pusat Sumber Sekolah, Pusat Kegiatan Guru, Bahagian
Teknologi Pendidikan, Agensi kerajaan lain seperti Felda, Risda untuk Subjek pertanian,
Polis dan jabatan kehakiman untuk subjek Undang-undang dan masyarakat,Agensi Dadah
Kebangsaan utnuk subjek Dadah dan berbagai lagi.

Dan yang ke tiga ialah memilih, mengubahsuai atau mereka bentuk media yang telah
ditentukan..kaedah ini dilakukan jika kita berdepan dengan kesukaran untuk memperolehi
media sedia ada. Situasi ini mungkin boleh berlaku jika sekolah itu berada jauh di
pedalaman atau Pulau. Sekolah di Bandar juga mungkin boleh berdepan dengan situasi
ini. terdapat 7 perkara yang perlu diambilkira untuk melaksanakan pengubahsuaian
media atau merekabentuk media ini. Perkara tersebut ialah:

1) Objektif.
Objektif yang sesuai serta mudah untuk dicapai oleh pelajar.
2) Pelajar
Mengenalpasti keupayaan pelajar.peratusan objektif tercapai adalah bergantung
kepada sejauh mana kita mengenali pelajar kita.
3) Kos
Faktor kos memang menjadi halangan kepada semua perancangan.rancanglah
pengubahsuaian yang bersesuaian dengan kemampuan sekolah.
4) Kepakaran teknikal
Kepakaran teknikal juga penting untuk mengendali peralatan media yang hendak
digunakan.ini bagi menjamin pembelajaran tidak terganggu dengan masalah-masalah
teknikal.
5) Peralatan.
Pilih peralatan yang sudah ada dipersekitaran. Ia memudahkan pembelajaran
dilaksanakan.
6) Fasiliti atau kemudahan
Keberkesanan pembelajaran bergantung kepada kemudahan yang ada di sekolah.
Sebagai contoh, bekalan Elektrik. Dan kemudahan ICT yang lain.
7) Masa.
Masa adalah amat penting.kesesuaian media yang dipilih seharusnya selari dengan
peruntukkan masa yang diberi. Ini menjamin pembelajaran tidak terganggu.
GUNAKAN MEDIA DAN BAHAN.

Apabila Media dan bahan sudah disediakan. Jika tidak digunakan. Keberkesanan pembelajaran
akan berkurangan kerana impak yang diinginkan tidak berlaku.Oleh itu. Adalah amat perlu
Media dan bahan ini digunakan. Ada lima langkah penggunaan media yang baik yang boleh
dipraktikkan.

1) Melihat dahulu atau preview


Dengan melihat dahulu bahan yang bakal digunakan, guru boleh membuat
penambahbaikan atau pengubahsuain mengikut kerperluan.Adakalanya, kesilapan boleh
berlaku tanpa disedari.
2) Sediakan bahan.
Penyediaan bahan yang baik dapat memberi impak yang besar dalam pembelajaran.
3) Sediakan persekitaran
Penyediaan persekitaran yang baik perlu untuk pembelajarn yang kondusif.
4) Sediakan pelajar.
Kesediaaan pelajar untuk menerima pelajaran yang baru juga amat kritikal.fokus pelajar
perlu dibimbing untuk sedia menerima pelajaran baru. Kawalan kelas yang baik banyak
membantu mewujudkan suasa pembelajaran yang berkesan.
5) Sediakan pengalaman pembelajaran
Induksi yang baik dapat memwujudkan pengalaman belajar yang baik. Murid boleh
mengaitkan pembelajaran yang lepas dengan pelajaran yang bakal diterima.

LIBATKAN PELAJAR.

Pelajar harus dilibatkan di dalam aktiviti pembelajaran seperti membuat latihan, perbincangan
dalam kumpulan, pembentangan hasil perbincangan, latih tubi, kuiz, projek dan
sebagainya.selepas atau semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Pelajar
seharusnya digalakkan mengambil peranan.ini membolehkan pelajar mengingati pelajaran yang
lebih berkesan. Akitiviti latihan juga boleh menimbulkan kesinambungan pembelajaran yang
terhasil. kerja rumah dan projek antara aktiviti yang bagus untuk pelajar menggunakan
kemahiran yang diterima untuk diaplikasi.pengukuhan serta merta seperti kuiz dan perbincangan
dalam kumpulan. Minda pelajar perlu diasak setingkat lebih maju dari sedia ada untuk
merangsang kreativiti mereka.

NILAI DAN SEMAK.

Penilaian ialah proses membuat pertimbangan nilai tentang sesuatu perkara. Keputusan penilaian
akan mempengaruhi keputusan yang diambil terhadap perkara yang dinilai.proses penilaian
berlaku sebelum, semasa dan selepas pengajaran. Sebelum pengajaran berlaku, analisis pelajar
dilakukan untuk disesuaikan dengan isi kandungan, kaedah dan media yang akan digunakan.
Media juga perlu dinilai sebelum digunakan.Penilaian amat penting kerana penilaian boleh
membantu kita mencapai objektif yang disasarkan. Penilaian juga membantu kita membuat
persediaan kearah mencapai objektif yang dirancang.

Ada beberapa aspek penilaian yang perlu diteliti. Antaranya ialah:

a) Menilai pencapaian pelajar


b) Pembelajaran yang ihasilkan.
c) Menilai media dan kaedah.
d) Kualiti media yang digunakan
e) Penggunaan guru
f) Penggunaan murid.

Pencapaian pelajar boleh diukur berdasarkan 3 aspek. Iaitu:

1) Prestasi pelajar berdasarkan rujukan kriteria


Rujukan Kriteria ini boleh diukur berdasarkan suatu set objektif yang telah ditentukan.
Seperti kebolehan pelajar melakukan sesuatu dengan betul daripada 4 perkara.
2) Prestasi pelajar dalam aspek kemahiran,
Prestasi pelajar boleh diukur berdasarkan ujian samada sumatif ataupun formatif
3) Sikap pelajar.
Pembelajaran yang berimpak akan menghasilkan perubahan kepada sikap pelajar itu
sendiri.Ia boleh dilihat dr aspek perubahan tingkah laku ataupun peningkatan pencapaian
dalam ujian.
Contoh rancangan mengajar ASSURE

You might also like