You are on page 1of 2

Takut, malu punca remaja buang bayi – 2010/07/02

KUALA LUMPUR: Sebilangan besar individu yang terbabit dengan kes pembuangan bayi
dikesan berusia antara 18 hingga 25 tahun mengikut statistik bermula 2004 hingga 2009 yang
dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga
dan Masyarakat, Senator Heng Saei Kie berkata, sebanyak 20 kes dikesan PDRM
membabitkan individu berusia bawah 18 tahun dan sebanyak 33 kes buang bayi dicatatkan
individu berumur 25 tahun ke atas, manakala 403 individu gagal dikesan peringkat umur
mereka. Katanya, berdasarkan kajian yang dilakukan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),
status bayi luar nikah menjadi faktor utama bay i dibuang. Katanya, berdasarkan kajian yang
dilakukan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),
status bayi luar nikah menjadi faktor utama bayi
dibuang. “Faktor lain yang turut dikenal pasti adalah
kerana perasaan takut dan malu oleh remaja dan
wanita yang hamil luar nikah kerana tidak
mendapat sokongan keluarga dan masyarakat
mengenai kehamilan mereka. “Pembuangan bayi
juga disebabkan kurang pendidikan agama dan
nilai murni serta tiada pengetahuan mengenai
khidmat bantuan sosial yang disediakan agensi
kerajaan serta badan bukan kerajaan (NGO),” katanya. Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri
Ismail Omar, berkata usaha menangani gejala sosial golongan muda ketika ini perlu diteliti
bagi mencari penyelesaian terbaik untuk mengelak kes itu daripada berleluasa. Sebagai
contoh, katanya, cadangan menguatkuasakan larangan remaja bawah umur 18 tahun keluar
rumah selepas jam 12 malam, perlu dibincangkan dengan mendalam kerana ia membabitkan
hak kebebasan individu. “Tidak salah jika remaja keluar lewat malam bersama keluarga tetapi
jika keluar bersendirian atau bersama kawan, tidak bermakna mereka membuat perkara tidak
elok,” katanya.

- Berita Harian Online


Selangor catat kes pembuangan bayi tertinggi - Shahrizat

07/04/2010 2:57pm

KUALA LUMPUR 7 April - Selangor mencatatkan jumlah kes pembuangan bayi dan
penderaan kanak-kanak tertinggi di negara ini sejak lima tahun lepas bermula 2005,
Persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, mengikut statistik Polis DiRaja Malaysia
(PDRM), Selangor mencatatkan 105 kes
pembuangan bayi manakala statistik Jabatan
Kebajikan Masyarakat (JKM) pula merekodkan
3,234 kes penderaan kanak-kanak. "Secara
keseluruhannya, 407 kes direkodkan berkaitan
pembuangan bayi dan 10,758 kes penderaan
kanak-kanak dan bayi dicatatkan sejak lima tahun
lalu,” katanya. Beliau berkata demikian ketika
menja wab soalan Datuk Ismail Abdul Muttalib
(BN-Maran) yang ingin tahu jumlah kes pembuangan bagi dan penderaan bayi bagi tempoh
2005-2010 mengikut negeri dan sebab kejadian tersebut berlaku serta tindakan kerajaan
dalam menangani gejala tersebut. Selain Selangor, Johor mencatatkan 83 kes pembuangan
bayi, Sabah (65), Sarawak (34), Negeri Sembilan (24), Pulau Pinang (22), Perak (19), Pahang
dan Kedah (17), Kelantan (10), Terengganu (5), Melaka (3), Kuala Lumpur (2) dan Perlis (1). -
Bernama

You might also like