You are on page 1of 28

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( RPH )

Mata pelajaran : Bahasa Melayu

Tahun :3

Bilangan Murid : 7 orang

Tema : Pencemaran Alam Sekitar

Tajuk : Pencemaran Udara

Tarikh : 5 April 2011

Masa : 60 minit

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat;

i. Murid dapat menyatakan tentang pengalaman


mereka melihat berlakunya pencemaran udara ini
secara lisan.

ii. Membaca dan menyatakan 5 isi penting secara lisan


mengenai pencemaran udara yang berlaku dengan betul .

iii. Murid dapat menulis karangan pendek mengenai


gejala pencemaran dengan menggunakan sekurang-kurangnya 5 ayat majmuk
dengan betul.

1
Hasil Pembelajaran:

1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan


menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonansi dan nada yang
sesuai.

Aras 1 (i) berbual tentang sesuatu perkara yang dialami den didengar
dengan menggunakan bahasa yang sesuai.

5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonansi yang betul
dan memahami petikan yang dibaca.

Aras 2 (i) membaca pelbagai jenis ayat dengan memberikan penekanan


pada intonansi berdasarkan tanda baca.

8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu
penulisan teks tentang sesuatu tajuk.

Aras 3 (i) menyediakan perenggan dengan mengguna ayat tunggal dan


ayat majmuk berdasarkan tajuk yang diberikan.

Kemahiran Bahasa : Kemahiran bertutur, menulis dan mendengar.

Sistem Bahasa : Sistem ejaan, ayat tunggal dan ayat majmuk, sebutan
dan intonasi.

Ilmu : Bahasa Melayu, Alam sekitar

Nilai : Kebersihan, menghayati, menghormati dan menghargai.

2
Kemahiran Bernilai Tambah (KBT)

Kemahiran Berfikir : Membuat perbezaan, menbuat inferens, dan kemahiran mengkategori.


Kemahiran Belajar : Menerima maklumat, memproses dan melaporkan.
Kecerdasan Pelbagai : Kinestetik, intrapersonal, interpersonal, naturalis dan emosi.

Pengetahuan Sedia Ada : Murid dapat menceritakan pengetahuan dan


pengalaman mereka mengenai gejala pencemaran
alam sekitar dengan cara berdialog dan membina
ayat dengan menggunakan ayat mudah.

Bahan Bantu : Power point, klip lagu,klip video,buku latihan dan alat tulis.
Mengajar

3
Masa/ Isi Pengajaran Aktiviti Pengajaran
Langkah dan dan Catatan
Pembelajaran Pembelajaran
i)murid diminta untuk melihat KB : menghubungkait,
paparan power point dan menghayati Inferens
Murid lagu yang dipasang.
ditayangkan ii)murid diminta untuk membezakan BCB: menonton
Set Induksi power point yang jenis-jenis pencemaran dan dengan aktif
(5 minit) berkaitan dengan menyatakan pengalaman mereka
jenis-jenis sendiri. BBM : power point
pencemaran. iii)guru menjelaskan tujuan aktiviti Klip lagu
dan tajuk pengajaran yang akan Cintai Alam Kita
diajari pada hari itu.

i)murid dikehendaki untuk mengetik KB : membuat


salah satu pautan yang disediakan. inferens
ii)murid diminta membaca petikan itu
Guru memberi secara individu dengan kuat dan BCB : i) membaca
Langkah 1 teks cerita yang mengikut intonansi serta gaya yang dengan intonansi yang
(15 minit) berkaitan dengan betul. betul.
Pencemaran iii)murid-murid yang lain ii) mendengar dengan
Udara melalui dikehendaki mendengar dan meneliti aktif.
power point. teks sambil memahami petikan
tersebut. BBM :
iv)kemudian guru menanyakan teks cerita, powerpoint
soalan kepada murid berkaitan
dengan petikan tersebut.

KB :

4
i)murid dibahagikan kepada beberapa menghubungkaitkan,
Guru kumpulan. menjana idea
mengadakan ii)murid diminta untuk berada dalam
perbincangan kumpulan dan membuat BCB : memproses
kumpulan antara perbincangan. maklumat dan
Langkah 2 murid-murid dan iii)murid dikehendaki melaporkan
(15 minit) melakukan membentangkan isi-isi maklumat.
pembentangan penting mengenai pencemaran udara
melalui power dan bandingkan dengan pengetahuan KP : verbal
point. dan pengalaman mereka. linguistik,visual,
iv)guru menanyakan soalan yang intrapersonal,
berkaitan dengan tajuk dan interpersonal
pengetahuan sedia ada mereka dan
meminta mereka membuat ayat di Nilai : kerjasama,
hadapan kelas. hormat menghormati

BBM : power point

Guru memberi i)guru terlebih dahulu menanyakan KB : menjana idea,


latihan kepada kepada murid sekiranya mereka menghubungkaitkan,
murid-murid. masih tidak memahami tajuk membuat inferens.
Aktiviti pengajaran pada hari tersebut.
Pengayaan: BCB : mengumpul,
Menulis karangan ii)guru memberi latihan kepada murid memproses,
Langkah 3 pendek iaitu membuat karangan pendek mencatat dan
(20 minit) berdasarkan mengenai perbezaan pencemaran melaporkan
tajuk yang diberi. udara dengan mengambil isi-isi maklumat.
Aktiviti penting daripada petikan.
Pemulihan:
Menyudahkan iii)guru membimbing kumpulan
petikan yang murid yang memerlukan pemulihan KP :

5
diberikan dengan dengan menyediakan latihan yang Intrapersonal
mengisi tempat perlu dilengkapkan dengan mengisi interpersonal,
kosong. tempat kosong. visual,
verbal-linguistik.

Nilai : bekerjasama,
menghargai,.

BBM : kertas latihan

Guru membuat i)murid digalakkan supaya KB :


rumusan mengumpul maklumat tambahan menghubungkaitkan,
mengenai daripada bahan-bahan menjana idea
pengajaran yang yang lain bagi menambanhkan
telah diajar dan pengetahuan mereka. BCB : memproses
Penutup menanyakan ii)murid juga menyatakan nilai-nilai maklumat dan
(5 minit) soalan kepada murni yang telah dipelajari pada hari melaporkan
murid akan apa tersebut. maklumat.
yang mereka iii)Guru memainkan lagu cintai alam
telah pelajari. kita untuk renungan murid-murid. KP : verbal
Guru juga linguistik,visual,
menayakan nilai- Nilai-nilai murni : intrapersonal,
nilai murni yang -Menghargai interpersonal
terdapat semasa -Bersyukur
sesi pengajaran -Menghormati Nilai : Cintai alam
dan pembelajaran -bekerjasama
BBM : klip video
Cintai Alam Kita

Penilaian:

6
1) Pencapaian objektif i dapat dinilai berdasarkan aktiviti dalam set induksi.
2) Pencapaian objektif ii dapat dinilai berdasarkan pembentangan hasil dalam kumpulan
seperti dalam langkah dua.
3) Pencapaian objektif iii dapat dinilai melalui pemerhatian yang dijalankan dalam langkah
dua, tiga empat dan lima.

Pengenalan

7
Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran telah menjadi semakin
popular kerana keberkesanannya dalam mempertingkatkan pembelajaran murid-murid di dalam
bilik darjah. Penggunaan teknologi ini bukan lagi sesuatu yang asing di dalam kaedah atau teknik
pengajaran dan pembelajaran guru di sekolah berikutan peredaran masa dan zaman teknologi
yang serba canggih. Menurut Olcey J.R (1978), para pelajar hilang minat terhadap pembelajaran
disebabkan oleh bahan pengajaran yang disediakan tidak menepati objektif pengajaran,
organisasi isi kandungan yang tidakbersesuaian, persekitaran pembelajaran yang kurang
memuaskan dan pendekatan statik.Antara jalan penyelesaian terbaik ialah melalui Penggunaan
teknologi dalam pengajaran. Menurut Weinraub (1998), beliau mendapati bahawa pemahaman
pembelajaran pelajar menggunakan perisian berunsurkan multimedia adalah lebih tinggi dan baik
berbanding dengan pembelajaran menggunakan cara tradisional. Rancangan mengajar atau
persediaan mengajar boleh didefinisikan sebagai suatu rancangan pelajaran yang mengandungi
unsur-unsur seperti pengetahuan sedia ada murid, objektif pelajaran, media pengajaran, kaedah
dan teknik pengajaran, set induksi, perkembangan, penilaian dan penutup untuk satu atau dua
waktu pengajaran. Faktor penting yang perlu dipertimbangkan oleh guru semasa menyediakan
rancangan mengajar adalah tujuan utama atau matlamat yang mahu dicapai dari pengajaran yang
hendak disampaikan serta impaknya terhadap penerimaan isi pelajaran dan pemahaman murid.
Kemahiran dalam reka bentuk instruksional sangat perlu bagi guru dan pembina bahan
instruksional. Ia dapat membantu guru merancang pembinaan dan penggunaan media dan kaedah
yang sesuai. Model Reka Bentuk instruksional ASSURE, (Heinich, 1982) bertujuan
menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan
media.

 Menurut Dick dan Reiser (1989), Rekabentuk Pengajaran ialah suatu proses sistematik
untuk mereka bentuk, membangun, melaksana dan menilai pengajaran.Richey (1986) pula
medefinisikan RP sebagai sains untuk mencipta spesifikasi pengajaran dengan terperinci untuk
pengembangan, penilaian dan penyelenggaraan suatu keadaan yang boleh memudahkan
pembelajaran sesuatu unit pelajaran.Keseluruhannya model Rekabentuk Pengajaran
mengandungi enam perkara asas yang merangkumi seluruh proses pengajaran, iaitu untuk
menentukan keperluan pelajar, menentukan matlamat  dan objektif, membina prosedur

8
penilaian,mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian,mencuba sistem pengajaran dan
menilai keseluruhan sistem.

Di antara model-model yang sering diperkatakan berkenaan dengan keberkesanannya di


dalam mempertingkatkan tahap kefahaman dan pembelajran murid-murid ialah model ASSURE.
Model ASSURE digubal oleh Heinich dan rakan-rakannya (1982) bertujuan untuk menyediakan
panduan untuk merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media.
Ia berfokus kepada proses Pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dan ditujukan khas
kepada setiap pengajar.Di dalam model ASSURE terdapat enam langkah untuk mepertingkatkan
kefahaman dan tahap penguasaan murid-murid iaitu

 A- Analisa Pelajar (Analyze Learners) : Analisis ciri umum pelajar seperti peringkat
umur, tahap persekolahan, tahap kemahiran intelektual, stail pembelajaran dan
sebagainya sebelum sesuatu media dipilih dan digunakan.
 S- Menyatakan Objektif (State Objective) : Pernyataan objektif prestasi dalam
merancang sesuatu pengajaran untuk menentukan jenis bahan multimedia yang ingin
digunakan iaitu mengenalpasti kebolehan atau prestasi yang akan dipelajari atau
ditunjukkan oleh pelajar selepas mengikuti pelajaran.
 S- Memilih Kaedah, Media dan Bahan (Select Methods, Media and Materials) :
Memilih bahan sama ada menepati kehendak dan keperluan objektif atau mengubahsuai
bahan multimedia agar menepati objektif, ciri-ciri pelajar dan pendekatan yang akan
digunakan serta kekangan yang mungkin dihadapi sesuai dengan objektif pembelajaran.
 U- Menggunakan Media dan Bahan (Utilize Media and Materials): Guru harus
terlebih dahulu mengadakan pratonton media tersebut sama ada manual penggunaanya,
laporan, lampiran atau melihat sendiri sama ada melalui paparan komputer atau
mendengar audio atau membaca teksnya supaya sesuai dengan objektif pembelajaran.
 R- Memerlukan Penyertaan Pelajar (Require Learner Participation): Media
pengajaran yang baik membolehkan penyertaan respon pelajar dalam berinteraksi dengan
bahan yang disediakan serta mendapatkan maklumbalas. Penglibatan pelajar boleh
berlaku secara individu atau berkumpulan.
 E- Menilai dan Mengulangkaji (Evaluate and Revise): Penilaian perlu dibuat secara
berterusana dan bersepadu serta menyeluruh disemua peringkat untuk memberi gambaran
9
sejauhmana keberkesanan media yang dipilih terhadap prestasi pelajar serta bertepatan
dengan objektif atau hasil pembelajaran yang dikehendaki (Heinich, 1982)

Analisis Pelajar (Analyze Learners)

Kita kupas terlebih dahulu berkenaan dengan langkah yang pertama iaitu Analisis Pelajar.
Sebelum anda sebagai seorang guru memulakan sesuatu pengajaran, Kita haruslah mengenali
kumpulan sasaran kita terlebih dahulu yang semestinya adalah murid-murid kita.  Seorag guru
haruslah membuat sedikit kaji selidik berkenaan beberapa aspek murid-murid yang diajarnya
seperti karakterisitik umum mereka yang merujuk kepada umur,kumpulan etnik, jantina, mental,
emosil, fizikal dan taraf sosioekonomi mereka.Guru juga perlu melihat tahap kompetensi mereka
seperti kemahiran-kemhairan yang telah dikuasai,pengetahuan am dan sikap mereka serta gaya
pembelajaran yang berkaitan seperti verbal,logik,visual,muzik dan seni. Gardner menyatakan
bahawa “Tidak semua orang mempunyai kebolehan yang sama dan tidak semua orang belajar
dengan cara yang sama.” Dengan mengetahui ciri-ciri ini, tenaga pengajar dapat menjadikannya
sebagai asas dalam pemilihan media dan bahan.Setelah saya menjalankan kaji selidik berkenaan
dengan aspek-aspek yang telah dinyatakan di atas tadi terhadap murid-murid saya,apa yang saya
dapat lihat ialah kelas Tahun 3 ini terdiri daripada 7 orang pelajar berumur 9 tahun,berbangsa
Melayu yang mempunyai tahap pencapaian akademik yang lemah dan sederhana. Terdapat 3
orang perempuan dan 4 orang lelaki yang belajar di dalam kelas ini.Rata-rata ibu bapa mereka
bekerja sendiri sebagai sama ada pekebun atau penyawit.Majoriti daripada mereka datang ke
sekolah dengan berjalan kaki atau menaiki basikal. Sikap pelajar yang tidak bersungguh-sungguh
dan tidak komited terhadap pelajaran juga telah berjaya dikenal pasti. Seorang pelajar juga
merupakan pelajar perempuan kerap tidak hadir ke sekolah walaupun rumahnya sangat hampir
dengan sekolah. 4 orang pelajar,2 orang murid lelaki dan 2 orang murid perempuan telah berjaya
saya kesan mempunyai potensi yang tinggi untuk mendapat keputusan cemerlang sekiranya
berusaha dan menumpukan perhatian.

Bagi tajuk “pencemaran udara” yang akan diajar, murid mesti dapat menguasai
kemahiran membaca kuat,memberi idea dan menulis dengan baik. Dalam hal ini, selain dari
pembelajaran secara formal murid-murid dalam kelas kurang pengetahuan mengenai pencemaran

10
ini kerana latar belakang mereka yang berasal dari luar Bandar.Dalam analisis pelajar ini juga,
guru dapat mengenal pasti stail pembelajaran murid sama ada dari kategori murid visual, auditori
atau kinestetik. Penggunaan lagu “Cintai alam sekitar” dalam Set Induksi dapat menarik
perhatian murid terutamanya murid auditori untuk mengikuti pembelajaran. Penggunaan perisian
pembelajaran yang mengandungi animasi, grafik dan video memberi satu keseronokan kepada
murid visual yang perlu melihat apa yang sedang dipelajari untuk memahaminya.

Pengetahuan perlu ada dan stail pembelajaran murid yang telah dikenal pasti amat
membantu guru dalam menyediakan media dan kaedah pengajaran yang sesuai disamping
menjangka hasil pembelajaran yang diharapkan seterusnya memudahkan murid memahami
pengajaran guru.

Menyatakan Objektif (State Objective)

Menyatakan objektif merupakan suatu penyataan yang menentukan tingkah laku spesifik
yang boleh diukur dan dilakukan oleh murid setelah mengikuti sesuatu pengajaran dan latihan
yang diberikan. Harus diingatkan bahawa objektif pembelajaran bukan bertujuan menyekat
murid untuk belajar, Cuma ia merupakan tahap minimum tentang apakah sepatutnya dipelajari
oleh murid daripada pengajaran yang disampaikan. Selain itu, ia juga harus dinyatakan sebelum
memulakan pengajaran supaya pengguna tahu apa yang harus dicapai setelah pembelajaran
berakhir. Objektif pembelajaran harus difokuskan kepada apakah pengetahuan, kemahiran dan
sikap yang baru untuk dipelajari. Apabila kita telah mengetahui murid-murid kita dengan
baik,Penulisan objektif sudah boleh dimulakan.Langkah penulisan ABCD akan
digunakan,”Audience” iaitu kumpulan sasaran sudah tentunya murid kita,”Behavior” iaitu
perlakuan yang menghuraikan kebolehan baru yang akan diperolehi oleh kumpulan sasaran
selepas pengajaran.”Conditions” iaitu syarat persembahan yang perlu di beri perhatian oleh
murid-murid dan “Degree” iaitu tahap piawaian persembahan yang boleh diterima dan yang akan
dinilai selepas pengajaran dan pembelajaran.Pernyataan objektif ini penting bagi guru dalam
merancang sesuatu pengajaran untuk menentukan langkah dan bahan pengajaran yang ingin

11
digunakan bagi menjangka dan mengenalpasti kebolehan atau prestasi yang akan dipelajari atau
ditunjukkan oleh murid selepas mengikuti pelajaran. Selain dari itu, ia juga dapat menentukan
aktiviti dan tugasan yang sesuai untuk murid serta memudahkan guru menilai pencapaian murid
melalui aktiviti susulan.Dalam menentukan objektif, guru seharusnya menyatakan dengan jelas
dalam rancangannya. Objektif mestilah tepat dan selari dengan tajuk yang hendak disampaikan
dan disusun mengikut kebolehan, minat, nilai, sikap dan kemampuan murid dengan dirangka
secara teratur daripada mudah kepada yang susah dan yang penting harus berdasarkan sukatan
pelajaran dan huraian sukatan pelajaran.

Objektif Matapelajaran

Dalam Rancangan Pengajaran yang dibina, objektif difokuskan kepada pengetahuan,


kemahiran dan sikap yang baru dipelajari oleh murid daripada pengajaran yang dijalankan.
Pengetahuan bermaksud mengingat kembali perkara-perkara khusus, kaedah inkuiri dan
pencetusan idea. Pengetahuan mengenai perkara-perkara am seperti pencemaran udara Aspek
pengetahuan juga ada kaitannya dengan cara mengkritik, mempertimbangkan , mengkaji dan
mengolah. Melalui objektif yang terdapat dalam rancangan pengajaran yang dirancangkan di atas
Berdasarkan topik Pencemaran Udara bagi Bahasa Melayu Tahun 3 yang telah menjadi pilihan
saya,di akhir pengajaran dan pembelajaran,murid-murid Tahun 3 akan dapat menyatakan tentang
pengalaman mereka melihat berlakunya pencemaran udara ini secara lisan,mereka juga dapat
membaca dan menyatakan 5 isi penting secara lisan mengenai pencemaran udara dengan
betul.Mereka juga dapat menulis karangan pendek mengenai gejala pencemaran dengan
menggunakan sekurang-kurangnya 5 ayat majmuk dengan betul.

Memilih Kaedah, Media dan Bahan (Select Methods, Media and Materials)
Media dan sumber pengajaran adalah merujuk kepada bahan pengajaran seperti alat bantu
mengajar dalam suatu pengajaran, bahan rujukan seperti sukatan pelajaran dan juga bahan
pembelajaran seperti buku teks termasuk buku-buku kerja yang berkaitan. Bahan-bahan ini
perlulah digunakan sesuai dengan objektif dan tajuk bagi menarik minat murid untuk belajar dan
menguasai pelajaran dengan sepenuhnya dalam sesuatu masa. Guru haruslah kreatif untuk

12
mencipta atau memilih alat-alat dan bahan pengajaran dan menyampaikannya dengan kaedah
yang difikirkan sesuai dengan tajuk yang hendak diajar. Penggunaan alat mengajar yang lama
atau telah lapuk dan tidak mempunyai fungsi yang nyata ditambah dengan kaedah penyampaian
yang primitif akan menjemukan murid. Jelas di sini bahawa kaedah, media dan pemilihan bahan
yang sesuai dapat mempengaruhi suatu pengajaran berdasarkan kreteria yang perlu difikirkan.

Mengandungi unsur-unsur menghiburkan.


Bahan yang dibina atau dipilih perlulah menimbulkan suasana yang menyeronokkan dan
mengandungi unsur-unsur yang menghiburkan seperti klip lagu “Cintai alam sekitar” dalam Set
Induksi. Murid-murid yang berada di dalam alam kanak-kanak cenderung kepada hiburan dan
ini akan memudahkan guru menarik minat mereka mengikuti pelajaran. Menurut Hargie dan
rakan-rakan (1981) Set Induksi adalah suatu proses untuk mendapatkan perhatian atau penggerak
daripada murid supaya bersedia untuk belajar. Ia juga merupakan satu set untuk membina aliran
fikiran. Menggunakan pendekatan kaedah kelas dengan nyanyian sebagai medium pengajaran
secara tidak langsung murid memperolehi gambaran awal mengenai pencemaran udara. Proses
membuka minda murid ini disusuli dengan teknik soal jawab untuk menguji kesediaan murid
untuk mengikuti pelajaran yang akan disampaikan.

Menarik minat dan mencetuskan motivasi.


Selain mengandungi unsur-unsur yang menghiburkan, bahan tersebut perlulah menarik
minat dan dapat mencetuskan motivasi murid di mana ia memudahkan mereka menjalankan
kegiatan yang berbentuk kajian, menyelesaikan masalah, dan membuat kesimpulan dari apa yang
dilihat. Melalui kaedah kelas penggunaan perisian pembelajaran “Pencemaran Udara” yang
menggunakan PowerPoint menunjukkan perkaitan antara manusia dan alam sekitar serta akibat
dalam langkah pengajaran pertama.Kaedah kelas digunakan dalam langkah ini kerana ia
menjimatkan masa guru untuk menerangkan konsep yang baru dipelajari. Menurut Mat Nor
Hussein (1988) penerangan kepada suatu perkara yang baru untuk satu masalah yang serupa
adalah membuang masa dan tenaga jika dilaksanakan secara berkumpulan.

13
Dapat menghubungkait antara perkara yang konkrit dan abstrak.
Penggunaan PowerPoint interaktif yang terdapat dalam perisian pembelajaran seperti
dalam langkah dua juga dapat memberikan gambaran kepada murid dengan lebih jelas lagi.
Selain penggunaan perisian pembelajaran guru juga boleh menggunakan simbol-simbol dan
grafik yang sesuai untuk membina pemahaman murid menguasai isi pelajaran. Dalam langkah
pengajaran ke tiga guru telah menggunakan simbol untuk murid-murid mencuba untuk membina
ayat berdasarkan perkataan yang disediakan.

Memperkaya perbendaharaan kata dan maklumat.


Selain daripada memperkaya perbendaharaan kata dengan menggunakan bahasa yang
jelas dan mudah difahami ia juga membekalkan maklumat-maklumat terkini supaya menjadikan
proses pengajaran menjadi lebih bermakna dan berkesan. Pengenalan perkataan-perkataan dan
tatabahasa baru bagi memudahkan proses pembinaan ayat murid-murid berkenaan dengan tajuk
Pencemaran Udara ini.

Mempunyai teknikal kualiti yang baik


Bahan yang digunakan seharusnya perlu mempunyai teknikal kualiti yang baik pada
gambar dan suara. Kualiti gambar adalah jelas atau tidak kabur dan menggunakan warna yang
menarik sesuai dengan tahap murid yang berada pada Tahun 3. Suara dan bunyi juga mesti
terang dan nyata sebutannya supaya tidak menjejaskan tumpuan murid untuk meneruskan
pelajarannya. Selain daripada kriteria di atas, pemilihan media pengajaran mestilah berdasarkan
pada umur dan tahap pelajar. Bagi pengajaran Bahasa Melayu tahun 3 dalam tajuk Pencemaran
Udara ini,murid-murid terdiri daripada kanak-kanak yang memerlukan lebih panduan dalam
mengendalikan pelbagai jenis media. Justeru itu, setiap media pengajaran yang dipilih di dalam
pengajaran ini seperti cakera padat, komputer, LCD dan sebagainya perlu mempunyai buku
panduan bagaimana cara mengendalikannya.

Strategi penyampaian isi pelajaran yang digunakan dalam rancangan ini adalah
berpusatkan bahan,dan berpusatkan murid. Strategi ini dipilih kerana ia sesuai untuk pengajaran
sesuatu konsep asas iaitu pencemaran dan ia dapat menerangkannya dengan jelas dan mudah
difahami oleh murid-murid. Strategi pemusatan bahan pelajaran ialah pemilihan dan

14
penggunaaan bahan pelajaran yang menarik dan sistematik yang digunakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran memberi kesan kepada hasil dan objektif yang disasarkan oleh
guru. Bahan-bahan pelajaran boleh diklasifikasikan kepada dua iaitu bahan pengajaran dan bahan
pembelajaran. Bahan pengajaran adalah bahan yang digunakan oleh guru seperti carta, graf, peta,
spesimen, model, gambar, slaid, radio, perakam pita, video, televisyen dan projektor dan
powerpoint. Strategi pemusatan murid berfungsi dengan cara setiap murid akan lebih memainkan
peranan yang penting dalam proses pembelajaran. Melalui strategi ini, murid-murid digalakkan
dan berpeluang melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka. Di dalam bilik
darjah, tugas guru hanya merupakan seorang pemimpin yang membimbing murid-murid
menjalankan aktiviti pembelajaran, sama ada secara kumpulan mahupun secara individu. Di
dalam proses pengajaran dan pembelajaran, penekanan adalah lebih kepada aktiviti pembelajaran
murid.Kaedah-kaedah boleh dijalankan melalui aktiviti kumpulan, inkuiri penemuan,
perbincangan, penyoalan, penyelesaian masalah, bermain, simulasi, main peranan dan
sumbangsaran. Contohnya antara kaedah yang paling sesuai adalah kaedah sumbangsaran.
Kaedah ini berbentuk dua hala dan melibatkan interaksi di antara guru dan murid.

Menggunakan Media dan Bahan (Utilize Media and Materials)

Apabila pemilihan bahan yang akan digunakan dalam langkah pengajaran telah
dilaksanakan, guru perlu merancang bagaimana bahan yang dipilih tersebut dapat digunakan
secara optimum untuk mencapai objektif pengajaran. Bagi memastikan bahan tersebut digunakan
secara optimum beberapa langkah perlu diambil oleh guru baik sebelum atau semasa pengajaran
sedang berlangsung.

Sebelum penggunaan bahan yang dipilih atau dibina, guru harus terlebih dahulu
mengadakan pratonton media tersebut sama ada manual penggunaanya, laporan, lampiran atau
melihat sendiri sama ada melalui paparan komputer atau mendengar audio atau membaca
teksnya supaya sesuai dengan objektif pembelajaran. Bahan-bahan tersebut perlu dikendalikan
dengan baik oleh guru pada setiap tahap penyampaian isi pelajaran kerana ia akan memberi

15
kesan yang positif atau sebaliknya kepada pembelajaran. Guru mestilah mempunyai pengetahuan
dan kemahiran dalam penggunaan media pengajaran. Sebagai contoh, penggunaan komputer,
LCD, OHP, papan layar, klip video tumbuhan dan haiwan mesti dikendali dengan baik supaya
pelajar dapat memahami konsep sehingga boleh membentuk beberapa contoh rantai makanan.
Perkara ini perlu dilaksanakan terutamanya jika bahan yang dipilih melibatkan dengan teknologi-
teknologi terkini yang memerlukan latihan untuk mengendalikannya. Selain dari itu, keperluan
bilik yang akan digunakan juga perlu diambil perhatian seperti keamatan cahaya, punca kuasa
dan sebagainya.

Di dalam pengajaran dan pembelajaran topik Pencemaran Udara bahasa Melayu Tahun 3
ini,saya menggunakan 4 jenis media iaitu PowerPoint,klip bunyi,klip video dan lembaran
kerja.PowerPoint adalah tampilan program Microsoft Office yang telah dirancang untuk
menyampaikan suatu bentuk informasi atau data yang biasanya disebut sebagai
persembahan.PowerPoint kebiasaannya digunakan sebagai ejen promosi dan untuk menerangkan
sesuatu dengan lebih jelas dan berkesan.Ini telah diperakui bahawa pembelajaran yang
berbantukan komputer seperti ini menambah minat murid untuk meneroka isi pelajaran yang
akan disampaikan.Kajian ilmiah yang dijalankan oleh Kulik (1983, 1984, 1986) dan Robyler
(1988) telah membuktikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer
(PPBK) atau dengan erti kata lain penggunaan perisian pendidikan (courseware) telah
meningkatkan mutu dan prestasi pengajaran dan pembelajaran.

Guru akan menggunakan PowerPoint hampir di setiap langkah kecuali penutup.Di set
induksi guru akan menggunakan PowerPoint dan klip lagu ini untuk menarik perhatian murid
untuk mengikuti proses pengajaran pada hari ini dengan gambar-gambar pencemaran dan murid
diminta untuk membezakan jenis-jenis pencemaran dan menyatakan pengalaman mereka
sendiri..Di langkah 1,murid-murid akan diberikan pemahaman menggunakan nota-nota ringkas
berkenaan pencemaran udara dengan murid dikehendaki untuk mengetik salah satu pautan yang
disediakan.Kemudian guru akan menggunakan PowerPoint untuk membuat soal jawab secara
interaktif untuk menguji pemahaman murid-murid dengan murid dikehendaki membentangkan
isi-isi penting mengenai pencemaran udara dan bandingkan dengan pengetahuan dan pengalaman
mereka. Guru akan memberikan lembaran kerja di Langkah 3 bagi membolehkan murid-murid

16
mengaplikasikan apa yang telah mereka pelajari pada hari ini iaitu guru memberi latihan kepada
murid iaitu membuat karangan pendek mengenai perbezaan pencemaran udara dengan
mengambil isi-isi penting daripada petikan.Sebaiknya, lembaran kerja yang diedarkan mestilah
disiapkan oleh murid pada hari berkenaan juga. Hal ini bagi mengelakkan murid daripada
membawa balik lembaran kerja ke rumah kerana dikhuatiri bukan murid yang akan menyiapkan
latihan berkenaan.Di akhir pengajaran dan pembelajaran,guru akan menayangkan satu klip lagu
Cintai alam sekitar bagi memupuk nilai-nilai murni dan sebagai renungan mereka.

Memerlukan Penyertaan Pelajar (Require Learner Participation)

Menurut Wan Abdul Kadir (2005) bagi memastikan proses pembelajaran berlaku, murid
perlu dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran seperti membuat latihan, perbincangan, latih tubi,
kuiz, projek dan sebagainya. Media pengajaran yang baik membolehkan penyertaan respon
pelajar dalam berinteraksi dengan bahan yang disediakan serta mendapatkan maklumbalas.
Penglibatan pelajar boleh berlaku secara individu atau berkumpulan menggunakan berbagai
teknik pengajaran.

Kaedah perbincangan boleh digunakan untuk melibatkan murid dalam proses pengajaran
seperti dalam set induksi seterusnya sehingga langkah pertama dan kedua. Dalam langkah ini
murid berbincang dengan guru dan rakan sekelas mengenai pencemaran udara di dalam
kumpulan dan mengeluarkan isi-isi penting yang terdapat di dalam teks yang telah
disediakan.Dalam kaedah ini perancangan adalah perlu untuk memastikan perbincangan dibawa
kepada halatuju yang dikehendaki. Guru yang berkesan adalah guru yang mengetahui bagaimana
menyesuaikan bahan yang digunakan dengan objektif pengajaran seterusnya dengan
perbincangan yang sedang berjalan. Dalam set induksi misalnya, selepas murid mendengar lagu
‘Cintai alam sekitar’ mereka diajak berbincang dengan dorongan guru untuk menyatakan
hidupan yang terlibat melalui soalan-soalan yang diajukan kepada mereka.

Selain dari kaedah perbincangan, penglibatan murid dalam pembelajaran melalui media
yang digunakan juga boleh dibuat melalui sumbangsaran. Sumbangsaran merupakan satu cara
yang berkesan untuk mendapatkan banyak idea daripada murid dan kemudian menentukan idea

17
yang paling sesuai untuk digunakan dalam menyelesaikan suatu masalah ( Wan Abdul Kadir,
2005). Kaedah ini dapat dilihat melalui langkah pengajaran yang kedua di mana murid sama-
sama berbincang dan membina ayat seterusnya membentangkan hasil perbincangan mereka.
Dalam sesi ini tidak sesiapa dibenarkan mengkritik atau mentertawakan idea yang diberikan oleh
rakan mereka. Ia adalah untuk menggalakkan penglibatan murid dalam memberi idea.

Menilai dan Mengulangkaji (Evaluate and Revise)

Menurut Heinich (1982) penilaian perlu dibuat secara berterusan dan bersepadu serta
menyeluruh disemua peringkat untuk memberi gambaran sejauh mana keberkesanan media yang
dipilih terhadap prestasi pelajar serta bertepatan dengan objektif atau hasil pembelajaran yang
dikehendaki. Jika murid-murid dapat memahaminya ini bererti objektif pengajaran telah tercapai.
Kita dapat mengetahui pencapaian dan aras kefahaman murid melalui tindak balas dan perlakuan
yang baik, iaitu hasil daaripada aktiviti termasuklah latihan bertulis atau soalan lisan. Di samping
itu, kebolehan murid mengaplikasikan segala konsep yang baru dipelajari menandakan juga
mereka dapat mencapai objektif yang dikehendaki. Dalam rancangan pelajaran di atas, murid
dikehendaki menulis 5 ayat majmuk dan membuat satu karangan gejala pencemaran dengan
bimbingan guru. Melalui penelitian guru terhadap keupayaan murid membuat latihan dan
perbincangan, guru dapat menilai pencapaian murid dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan
nilai yang terkandung dalam objektif pengajaran. Dengan itu, guru juga dapat menilai
keberkesanan kaedah, media dan bahan yang digunakan dalam pengajaran seterusnya merancang
strategi pengajaran yang akan datang.Bagi mendapatkan ketelusan dalam keberkesanan kaedah
pengajaran dan pembelajaran,guru juga boleh membuat pra ujian dan soal selidik.Sebelum sesi
pembelajaran dijalankan murid-murid yang terlibat dalam rancangan pengajaran ini diberikan
ujian pra. Selepas itu guru menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran melalui kaedah yang
menggunakan Model ASSURE seperti yagn telah diterangkan di atas dengan murid-murid
tersebut selama satu jam dalam satu masa persekolahan. Pengajaran menerusi kaedah ini telah
dilakukan sebanyak sekali dan sekali sesi perbincangan.Prosedur penilaian tahap pemahaman
murid bagi kaedah ini adalah seperti berikut :-
i. Ujian Pra

18
(Untuk mengesan pencapaian awal murid)
Dijalankan sebelum proses pengajaran dan pembelajaran
dijalankan di kelas.Murid yang telah dipilih diberikan ujian pra
untuk menilai tahap penguasaan mereka sebelum diajar dengan menggunakan
model ASSURE. Soalan ujian merangkumi tajuk berkaitan topik pencemaran
udara. Soalan ujian pra dan ujian pasca terdiri dari 10 soalan di mana ia terdiri
dari soalan berbentuk objektif. Masa yang diperuntukkan untuk menjawab soalan
ini adalah 15 minit. Dalam bahagian ini soalan ujian digunakan untuk menguji
pengetahuan dan kefahaman murid-murid yang direka mengikut kajian dan
kesesuaian tahap murid-murid.Guru menganalisa markah ujian pra untuk menilai
tahap penguasaan mereka sebelum diajar dengan Model ASSURE.
(Rujuk Lampiran).

ii. Pengajaran menggunakan Kaedah PBK Model ASSURE


Guru membahagikan pelajar kepada lima kumpulan, bagi memudahkan sesi
pengajaran dan pembelajaran melalui kaedah ini dijalankan di dalam kelas.
Langkah-langkah yang dijalankan dalam proses pengajaran adalah seperti berikut:
a. Setiap murid dibahagikan ke dalam kumpulan tertentu. Setiap kumpulan terdiri
daripada murid-murid yang berbeza keupayaan.  

b. Guru menerangkan peranan setiap ahli kumpulan. Pengajaran dan pembelajaran serta
kaedah untuk mencapai objektif pengajaran dijalankan.

c. Murid-murid diberikan penerangan terlebih dahulu tentang tujuan serta hasil


pembelajaran sebelum diminta oleh guru untuk memberikan pendapat mengikut
kreativiti masing-masing berdasarkan objektif pengajaran dan isi pembelajaran pada
hari tersebut.

d. Dalam masa yang sama guru bertindak sebagai fasilitator untuk memantau dan
membimbing murid-murid serta membetulkan kesalahan murid-murid di dalam

19
perbincangan yang dibuat dan memberikan cadangan bentuk karangan dan isi penting
yang betul menggunakan PowerPoint.

e. Di akhir pembelajaran guru meminta murid-murid membuat kesimpulan berdasarkan


hasil perbincangan dan menulis karangan ringkas mengenai Gejala Pencemaran.

f. Guru seterusnya menyemak hasil kerja murid-murid.

g. Kejayaan murid menyiapkan isi-isi penting dan karangan yang lengkap diberikan
ganjaran.

iii. Ujian Pengesanan Akhir(Pasca)


(Untuk mengesan pencapaian murid).
Setelah murid-murid didedahkan dengan kaedah ini untuk
tempoh masa yang telah ditetapkan, guru menggunakan ujian pengesanan akhir
bagi menguji keberkesanan kaedah ini kepada murid-murid yang dipilih.Keputusan
ujian pra dan pasca dijadualkan untuk dibuat perbandingan.

Setelah semua perkara telah dinilai dan diambil kira,sebagai seorang guru saya akan
memberikan borang soal selidik(rujuk lampiran) kepada murid-murid yang terlibat bagai
menilai semula pengajaran saya dari aspek-aspek persembahan,kaedah,media dan bahan serta
tahap penglibatan mereka.Kaedah ini dijalankan selepas sesi pengajaran dan
pembelajaran.Murid-murid diberikan satu borang soal selidik dan respon mereka dikumpulkan
untuk dianalisa.Soal selidik digunakan untuk mengumpul maklumat tentang persepsi murid-
murid terhadap kaedah pembelajaran Model ASSURE yang telah mereka lalui.

Kesimpulan

20
Tanpa perancangan yang lengkap dan sistematik, seseorang guru itu tidak akan dapat
mencapai kompetensi dalam penggajaran. Semua guru yang melaksanakan tugas mereka dengan
jujur dan penuh minat akan sentiasa memikirkan apa yang perlu dilakukan dan bagaimana
mereka merancang untuk melaksanakannya. Justeru itu, Proses Pengajaran dan Pembelajaran
perlu dirancang dengan teliti untuk memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran yang
dirancang tercapai. Oleh yang demikian, Model Reka Bentuk Instruksional ASSURE boleh
digunakan untuk membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dalam bilik darjah
kerana hanya dengan perancangan pengajaran yang berkesan membolehkan murid memperoleh
kemahiran, pengetahuan dan sikap yang diharapkan disamping mewujudkan keyakinan,
kepercayaan dan rasa hormat mereka terhadap guru sekaligus membantu membina disiplin yang
positif melalui proses pengajaran yang sistematik dan menarik.

Dalam Model Reka Bentuk ASSURE ini, Analisis Pelajar sangat perlu jika sesuatu media
hendak digunakan dengan berkesan kerana ia harus disesuaikan dengan ciri-ciri pelajar,
pengetahuan perlu ada dan stail pembelajaran mereka sama ada dari kalangan pelajar auditori,
visual atau kinestatik. Objektif pengajaran pula perlu dinyatakan dengan jelas dan harus
difokuskan kepada pengetahuan, kemahiran dan sikap yang baru untuk dipelajari dan ia
merupakan tahap minimum yang perlu dicapai oleh pelajar daripada pengajaran yang dijalankan.
Selain dari itu, kaedah pengajaran yang digunakan haruslah sesuai dan dipilih berkait rapat
dengan objektif, kandungan pengajaran dan kumpulan sasaran atau pelajar kerana terdapat
beberapa peringkat dalam pengajaran yang memerlukan beberapa kaedah yang berbeza sama ada
secara kelas, berkumpulan atau individu. Pemilihan media pula harus bersesuaian dengan kaedah
yang dipilih dan keperluan penggunaanya dalam satu-satu pengajaran sama ada menggunakan
media sedia ada, mengubah suai atau mereka bentuk media yang telah ditentukan. Selain dari itu,
pelajar juga harus dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran seperti perbincangan, kuiz dan projek
bagi memastikan proses pembelajaran berlaku. Bagi melihat keberkesanan rancangan pengajaran
yang dibuat, penilaian perlu dilakukan sama ada sebelum, semasa dan selepas sesi pengajaran
yang melibatkan aspek pencapaian pelajar dan pembelajaran yang dihasilkan seterusnya
keberkesanan media dan kaedah pengajaran yang digunakan.

21
Penjelasan di atas jelas menunjukkan bahawa Model Rekabentuk ASSURE mengandungi
elemen-elemen penting yang boleh dijadikan satu panduan untuk merancang pengajaran agar
matlamat utama yang diharapkan dari pengajaran tersebut dapat dicapai. Melaluinya juga guru
dapat mengintegrasikan ketiga-tiga aspek pedagogi, psikologi dan teknologi dalam proses
penyampaian ilmu yang perlu dilakukan secara berterusan untuk melahirkan pelajar yang
berfikiran kritis dan kreatif, seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi seperti yang
dikehendaki dalam Falsafah Pendidikan Negara.

Prestasi Murid-murid Tahun 3 di dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca

22
Prestasi pencapaian responden bagi ujian pra dan ujian pasca dalam kajian ini ditunjukkan dalam
Jadual di bawah.

Skor Skor
Pelajar Jantina Perbezaan
(Ujian Pra) (Ujian Pasca)
P1 P
P2 P
P3 P
P4 P
P5 P
P6 L
P7 L

Prestasi Murid dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca

SOAL SELIDIK

Nama responden : ____________________________________________

23
Tahun : _____________________

Jantina : _____________________

Kerjasama anda amat dihargai dalam menjawab setiap soalan ini.


Sila tandakan ( / ) pada petak yang disediakan.
Pemilihan jawapan berdasarkan kepada skala yang diberikan
1 – Sangat tidak setuju
2 – Tidak setuju
3 – Tidak Pasti
4 – Setuju
5 – Sangat setuju

SKOP PERNYATAAN SKOR

Penggunaan Model ASSURE dalam tajuk


Pencemaran Udara dapat : 1 2 3 4 5

1.Pembelajaran ini lebih menarik daripada


pembelajaran biasa

24
Ingatan
2. Memudahkan saya memahami topik ini.

3. Bahan yang digunakan adalah menarik.


Kefahaman
4. Mengukuhkan kefahaman saya.
5. Membolehkan saya menjawab soalan

Penumpua dengan lebih baik.


6. Meningkatkan minat saya terhadap mata
n
pelajaran Bahasa Melayu.
7. Merangsang semangat saya untuk
menjadi lebih kreatif dan berinovasi.

Punca pencemaran

25
Kesan pencemaran udara
RUJUKAN

Abd Wahab Ibrahim.(1994). PULSAR Modul 5 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran, Pusat
Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Azwan bin Abidin & Rozita bt Nawi.(2002)E-Learning:penerokaan media pembelajaran terkini.
Atas talian.http:www.elearning.unimas.my/Articles
/archives/000002.html. 30 Julai 2005.
Ariff Mohammad (2005), “Membangunkan Perisian Multimedia Berbantukan
Komputer Bagi Tajuk Sumber Tenaga Penjana Elektrik Dalam Mata Pelajaran teknologi
Kejuruteraan Tingkatan 4. “UTM: Tesis Sarjana Muda.

26
Baharuddin Aris, Mohamad Bilai Ali. 2003. “Sains Komputer Teknik dan Teknologi.”
Selangor: Venton Publishing (M) Sdn Bhd.

Dick, Walter (1989). “Planning Effective Instruction. “New Jersey: Prentice Hall Inc.
Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir .2000. “Pengenalan Kepada Multimedia.” Kuala
Lumpur : Venton Publishing.

Heinich, R., Molenda M., Russel J.D dan Smaldino, S.E. 2002. Instructional Media and
Technologies for Learning. Edisi 7. New Jersey: Prentice Hall.
Ismail Zain (2002). Aplikasi Multimedia Dalam Pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publication
& Distributors Sdn. Bhd.
Jamalludin Harun, Baharuddin Aris dan Zaidatun Tasir (2001). “Pembangunan Perisian
Multimedia: Satu Pendekatan Sistematik. “Kuala Lumpur: Venton Publishing.

Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir. 2005. “Multimedia Konsep & Praktis.” Selangor :
Venton Publishing (M) Sdn Bhd.
Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM). (1997). The Malaysian Smart School: A Conceptual
Blueprint, Kuala Lumpur. Ministry of Education.
Kulik, J., Bangert, R. & Williams, G. (1983). Effect of computer based teaching on secondary
students. Journal of educational Psychology, 75 (1): 19-26.
Rosenberg, M.J (2000). E-Learning. New York:McGraw Hill.
Schramm, W.(1977). Big Media, Little Media, Beverelly Hills, CA: Sage Publication.
Sharifah Alwiah Alsagoff. (1992). Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka. Bab 12.
Som Hj. Nor & Mohd Dahlan Mohd Ramli (1998). Kemahiran Berfifkir Secara Kritis dan
Kreatif (KBKK). Kuala Lumpur. Longman Malaysia Sdn. Bhd.
Wan Abd Kadir Wan Ahmad, Ramlah Hamzah, Rosini Abu (2005). Prinsip teknologi
Pengajaran. Kuala Lumpur. OUM
Yusuf Hashim (1998). Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti. Sdn. Bhd.

27
Zakaria Kasa & Aida Suraya Md. Yunus (2001). Modul Teknologi Maklumat Dalam
Pendidikan. Serdang. IDEAL

28

You might also like