You are on page 1of 2

Keajaiban Air

bukti penemuan hasil kajian saintifik oleh Dr. Masaru Emoto seorang “pakar air” dari
Jepun. 

Penemuan oleh Dr Masaru Emoto ini sungguh menakjubkan. Beliau membuktikan


bahawa susunan molekul-molekul air boleh berubah mengikut apa yang diucapkan ke
atas air tersebut.

Ustaz Abdullah Mahmud yang pernah berceramah di Surau Wisma Telekom Semarak,
pada tahun lepas pernah menceritakan penemuan ini. Beliau memaklumkan bahawa
beliau telah mengikuti satu seminar yang disampaikan oleh seorang pakar air dari Jepun
di Hotel Istana. Dalam seminar itu, mereka telah ditunjukkan melalui slaid, contoh-
contoh air yang dilihat daripada mikroskop khas. Sumber air ini diambil daripada laut,
sungai, empangan, perigi dan sebagainya. Ada pelbagai bentuk, daripada rupa cantik
bercahaya seolah-olah seperti berlian hinggalah ke ‘hodoh dan mengerunkan” seperti
rupa jin bertelinga besar, bertanduk dan sebagainya.

Suatu ketika, apabila ditunjukkan “rupa air yang cantik bercahaya,” molekulnya tersusun
cantik, seperti berlian bersegi-segi, bersinar-sinar, berwarna-warni melebihi 12 warna,
para hadirin telah disoal pakar air tersebut tentang asal usul sampel air itu. Salah seorang
hadirin meneka, itu mungkin air Zam-Zam. Dan sememangnya telah disahkan benar oleh
pakar air tersebut. Kemudian beberapa hadirin dipilih untuk membuat kajian. Di atas
pentas, mereka dikehendaki membacakan sesuatu ke atas air mineral masing-masing.
Lalu salah seorang hadirin dikehendaki menunjukkan hasil kajiannya. Apabila
ditunjukkan di skrin kelihatan molekul air itu membentuk seolah-olah seperti tokong cina
( dengan janggut yang panjang dan perut buncit ).

Apabila tiba giliran Ustaz Abdullah, air tersebut dibacakan surah Al-Fatihah, Selawat dan
ayat Kursi, maka apabila dipaparkan di skrin kelihatan molekulnya seperti berlian yang
berkilau-kilau, cantik bercahaya. Kemudiannya beliau disuruh membaca sebarang ayat
atau kata-kata yang tidak elok, maka ternampaklah di skrin molekul air itu berubah
menjadi seperti sel-sel barah.

Banyak hadis dan ayat-ayat Quran, yang menceritakan fenomena ini. Air juga merupakan
makhluk Allah yang bernyawa. Dengan keizinan daripada-Nya, ia mampu menyembuh
dan memudaratkan seseorang, kerana dalam Islam ada kaedah-kaedah tertentu yang
menggunakan air, untuk berikhtiar mengubati penyakit. Salah satu daripadanya
mengunakan air penawar, atau dalam bahasa mudahnya air jampi. Seperti mana yang
pernah diamalkan Rasulullah, dan diikuti oleh ulama-ulama Islam, para ustaz, para imam.

Berikut ialah contoh-contoh air yang dilihat daripada mikroskop khas, yang telah
didedahkan dengan pelbagai situasi “suara dan kata-kata” seperti yang dibuktikan oleh Dr
Masaru Emoto melalui kajiannya.

You might also like