You are on page 1of 26

OpenOffice.org version 3.0.

0 Beta
(Sedikit Review)

OLEH: SHAHDAN BIN KAMARUDIN

Ebook ini dihasilkan menggunakan perisian OOo-dev Writer


(Dapatkan perisian ini di www.openoffice.org)

Informasi:
Ebook ini adalah review berkenaan OpenOffice.org versi 3.0 yang AKAN dikeluarkan nanti.
Sekarang ni masih diperingkat Beta. Saya, sebagai pengguna OOo akan review sedikit berkenaan
pembaharuan yang dilakukan pada OOo. Review ini adalah berdasarkan pengalaman saya yang
baru seminggu menggunakan OOo-dev 3.0. Oleh itu banyak lagi features terbaru OOo yang tidak
saya nyatakan. Disamping tu, saya juga akan berkongsi beberapa setting, Add-On dan penggunaan
OOo mengikut yang saya biasa buat semasa menggunakan OOo sehari-hari. Saya harap ebook ini
berguna kepada sesiapa yang mahu membiasakan diri menggunakan perisian OpenOffice.org yang
hebat ini.

Pengumuman penting:
Bahasa yang digunakan adalah bahasa seharian dan tidak mengikut tatabahasa Bahasa Melayu yang
betul dengan tujuan supaya pembaca mudah faham dan lebih bersifat santai. Penulis langsung tidak
bermaksud untuk memperlekehkan penggunaan Bahasa Melayu.
Jika anda cikgu Bahasa Melayu, penulis minta maaf terlebih dahulu. Harap maklum.

Oleh: Shahdan Best (YM: rudinshah)


Perisian OpenOffice.org 3.0 Beta ini saya install pada sistem operasi Windows XP SP2. Saya cuba
untuk beri review yang neutral berkenaan OOo versi baru ini. Saya juga akan beritahu perkara yang
saya suka dan tak suka berkenaan OOo 3.0 ini. Apa yang saya nyatakan adalah pendapat peribadi.
Sekiranya ada perkara yang saya kata tak berguna, itu adalah kerana ianya tak berguna kepada saya
tetapi mungkin pada orang lain ada gunanya. Review ni tak boleh digunakan untuk menggambarkan
OOo 3.0 secara keseluruhannya.

Splash Screen(yang cool..).

About dialog box.

Oleh: Shahdan Best (YM: rudinshah)


Kita boleh mulakan aplikasi ni melalui Start menu atau double click icon kat desktop. Paparan Start
page akan muncul.

Start page:
Adalah satu pembaharuan yang ketara untuk versi 3.0. Tapi.... saya tak rasa ini berguna sangat
kerana lebih baik saya terus klik pada mana-mana icon seperti icon OOo Writer untuk directly buka
aplikasi Writer. Tapi memang lawa la.. Tengok dan kita boleh faham kegunaan icon-icon yang ada.

Ke empat-empat icon disebelah kanan bawah akan membuka laman web OOo mengikut tujuan
masing-masing.
Kegunaan icon-icon tu ialah(dari kiri ke kanan); download template, tambah Add-On, register OOo
dan untuk dapatkan infromasi berkenaan OOo.

Oleh: Shahdan Best (YM: rudinshah)


Zoom Sliding(tak tau nama features ni apa sbnrnya)
Zoom in and out guna sliding. Fungsi ini hanya untuk Writer sahaja. Berguna jugak benda ni sebab
lagi mudah zooming.

Icon yang cantik.


Versi 3.0 ni menggunakan icon yang cantik yang sebenarnya kita boleh jumpa dalam OOo versi
GNU/Linux.

Extension Manager
Bagi pengguna Firefox, screenshot kat bawah ni macam familiar je. Pada OOo versi 2.x, ia
dinamakan Package Manager. Klik butang Add... untuk tambah extension baru. Extension adalah
dalam format .oxt

Oleh: Shahdan Best (YM: rudinshah)


PDF
Buka fail PDF guna extension tambahan PDF Import. Fail PDF akan dibuka dalam OOo Draw.

Kita boleh edit text yang ada. Bagaimanapun, seperti screenshot dibawah, teks yang di select tidak
meliputi satu ayat tetapi satu baris sahaja.

Bukan itu sahaja, jika ada penggunaan jenis font yang lain dalam satu ayat, ia akan anggap sebagai
teks yang lain. Contohnya, pada screenshot di bawah ni, perkataan Folder Option menggunakan
font Arial manakala yang lain guna Time New Roman.

Oleh: Shahdan Best (YM: rudinshah)


MS Office 2007(Word, Excel, PowerPoint)
OOo 3.0 boleh buka fail MS Office 2007 dan ini adalah satu perkara yang betul-betul best :-) tapi
saya belum test dengan fail docx yang complex lagi.
Selain tu, banyak jenis format untuk image boleh dibuka oleh OOo Draw. Walau macamanapun,
saya tak tau lagi macamana Draw handle fail-fail yang ada layer macam PSD tu. Screenshot
dibawah adalah daripada Open Dialog Box

Fail Word 2007

Fail PowerPoint 2007

Fail Excel 2007


Fail imej yang boleh dibuka

OOo Calc
Saya hanya guna Calc untuk perkara-perkara yang simple. Apa yang nampak lain ialah bentuk 3D
tu. Smart jugak color tu..

Oleh: Shahdan Best (YM: rudinshah)


Temporary file?
Tiap kali buka fail dalam OOo 3.0, akan ada lagi satu fail macam kat bawah tu. Mungkin fail
sementara.. Akan hilang sendiri bila kita close fail yang dibuka.

ODF 1.2
OOo 3.0 menggunakan ODF versi 1.2 sebagai default version untuk failnya. Tapi fail ni masih
boleh dibuka menggunakan OOo 2.x.

JRE 1.6.0_06(jre-6u6-windows-i586-p)
OpenOffice.org 3.0 menggunakan Java Runtime Environment yang paling latest iaitu update 6. Ini
yang didatangkan sekali masa saya download installer OOo 3.0.

File – Preview in Web Browser:


Fungsi ni amat berguna kalau kita buat web page guna OOo atau sekadar nak tengok macamana fail
yang kita buat tu kalau dipaparkan kat Web Browser. Fail temporary dalam format .htm akan
dicreate dan dipaparkan melalui default Web Browser. Bukan hanya fail Web sahaja yang kita boleh
Preview, fail seperti odt, odg, xls, dan lain-lain juga boleh kita preview. Fail asal tidak berubah.

MASALAH/ISU YANG SAYA HADAPI.


Saya mula-mula pasang OOo 3.0 Beta bersama-sama OOo 2.4 yang sedia ada. Masalah yang saya
hadapi ialah tak boleh nak tukar default open fail ODF kepada OOo 3.0. Tiap kali buka fail, ia akan
buka guna OOo 2.4. Lepas tu saya uninstall OOo 2.4, delete folder di Program Files, restart pc dan
saya langsung tak boleh buka fail ODF dengan double click pada fail tersebut. Dia mintak saya
search application untuk buka. Tapi masih tak boleh buka. Satu-satunya cara ialah dengan buka dulu
OOo dan Open file. Kemudian saya Uninstall OOo 3.0, delete folder di Program Files dan restart
PC. Lepas restart, saya install semula OOo 3.0, pastu cuba buka satu fail .odt, kene search aplikasi
untuk buka, baru ok. Kene buat manual sebab dia tak automatik register jenis fail ODF untuk
dibuka dengan OOo. Mungkin cuma saya je yang ada masalah ni. Tu saya tak tau la kan.

Satu lagi isu nya ialah cursor tidak berubah bila nak resize gambar. Icon beam yang ditunjukkan
dan bukan icon grab atau . Mungkin sebab pc saya yang tak power, jadi reactionnya pun lambat..

Sekarang ni saya terus menggunakan versi 3.0 dan mempunyai OOo 2.x versi portable yang boleh
dijalankan bersama-sama tanpa masalah.

Oleh: Shahdan Best (YM: rudinshah)


Setakat ni saja review saya yang baru seminggu menggunakan
OpenOffice.org 3.0 Beta.

KESIMPULAN

- Jika anda baru nak berjinak-jinak menggunakan perisian OOo, sila guna versi 2.x. JANGAN
terus guna OOo 3.0 Beta ni.

- Bagi yang nak guna OOo 3.0, elok lah uninstall dulu OOo 2.x sebelum install versi 3.0. Anda
boleh gunakan maklumat dalam muka surat seterusnya dalam ebook ini untuk lebih memahami
penggunaan OOo untuk kegunaan seharian terutama sekali aplikasi OOo Writer.

Bahagian Kedua:

Seterusnya ialah beberapa setting, features dan Add-On yang berguna untuk OOo versi 2.x ke atas.
Tapi screenshotnya saya buat kat OOo 3.0 sebab tu icon-iconnya macam best je. Apa yang saya
kongsi ni adalah setting yang saya perlukan/buat semasa menggunakan OOo Writer. Saya lebih
banyak menggunakan Writer berbanding Calc, Impress, Draw dan Base. Saya mengunakan perisian
ini untuk hampir semua keperluan text processing saya.

Ebook ini adalah PERCUMA untuk anda.

Anda digalakkan untuk menyebarkan ebook ini kepada rakan-rakan yang


berminat untuk menggunakan perisian OpenOffice.org.

Pada yang nak source fail(.odt) untuk ebook ini, sila email saya. Sila nyatakan
sekali tujuan kegunaan. Tiada bayaran dikenakan.

Sebarang komen amat dialu-alukan.


Jika ada pertanyaan, sila ym ke rudinshah@yahoo.com atau
email ke rudinshah@gmail.com. Kalau email lagi bagus.
Cuma, tolong jangan SPAM!

Oleh: Shahdan Best (YM: rudinshah)


TOOLS – OPTIONS:

Oleh: Shahdan Best (YM: rudinshah)


OOO-DEV – USER DATA:
Disini kita boleh isi data pengguna(anda). Biasanya hanya empat field sahaja yang saya isi, macam
kat bawah ni...

OOO-DEV – JAVA:
OpenOffice.org 3.0 akan install sekali jre-6u6-windows-i586-p(Versi 1.6.0_06). So kita tick pada
radio button tu lah..

Oleh: Shahdan Best (YM: rudinshah)


LOAD/SAVE – GENERAL:
Disini ada beberapa setting yang boleh kita buat.

Memula pasal Autorecovery. Fungsi ni penting kalau-kalau masa kita tgh wat kerja tetiba letrik xde,
system failure atau sebagainya. Boleh adjust default minutes kepada yang lebih kerap seperti 5
Minutes. Bererti setiap 5 minit, OOo akan save AutoRecovary Info fail kita tu.

ODF FORMAT VERSION:


Setting ni hanya ada pada OOo versi 3.0. OOo versi 2.x secara defaultnya akan guna ODF versi 1.1.
Walaupun OOo versi 3.0 guna ODF versi 1.2, OOo versi 2.x masih boleh buka fail tu. Cuma akan
keluar popup mesej yang mengatakan fail tersebut dihasilkan guna OOo versi 3.0 dan dia tanya kita
kalau-kalau nak upgrade. Itu sahaja. Klik butang berlabel Later, dan OOo 2.x akan paparkan fail tu.
Ketakserasian mungkin berlaku jika kita menggunakan fungsi yang lebih advance kat OOo versi 3.
Oleh itu, saya sendiri pilih setting 1.0/1.1 (OpenOffice.org 2.x) sebagai default ODF version untuk
save file. Kenapa? Sebab OOo versi 3.0 masih lagi ditahap Beta. Dan selagi OOo versi 2.x masih
belum support ODF versi 1.2, saya akan terus guna format ODF versi 1.1. Kalau nak tau lebih pasal
ODF, sila Google.....

Oleh: Shahdan Best (YM: rudinshah)


LANGUAGE SETTINGS – LANGUAGE:
Screenshot kat bawah adalah setting saya. Default Currency akan automatik bertukar ke MYR...
bila kita tukar Locale setting ke Malay (Malaysia)

Bagi penggunaan untuk support bahasa Chinese, Japanese atau Korean, perlu enablekan Asian
languages dan pilih bahasa yang dikehendaki.
Bagi penggunaan untuk support bahasa Arabic, India, Thai, Hindi, tamil, dan lain-lain perlu
aktifkan pilihan CTL dan pilih bahasa yang dikehendaki.

TOOLS – LANGUAGE:
Disini kita boleh tukar language(supaya OOo tau bahasa apa yang kita gunakan). Ada 3 pilihan; For
Selection, For Paragraph dan For all Text. Bagi yang menggunakan bahasa Melayu, anda boleh
tukar setting Default languages for documents - Western(kat language setting) kepada Malay
(Malaysia) supaya OOo tau anda menaip guna bahasa Melayu dan tidak akan keluar error.

Pada OOo interface, ada pilihan untuk AutoSpellcheck dan Spellcheck . Pada screenshot
dibawah, saya enablekan fungsi AutoSpellCheck. Dan oleh kerana Default bahasa yang saya guna
ialah English (USA), garisan merah akan keluar pada perkataan yang tiada dalam Dictionarynya.
Klik pada Icon untuk disablekan fungsi Autochecknya. Fungsi ni amat berguna jika kita buat
Tesis, surat atau apa-apa document dalam bahasa English kerana kesilapan ejaan akan dihighlight
untuk kita betulkan.

Oleh: Shahdan Best (YM: rudinshah)


Fungsi Spellcheck adalah untuk kita check setiap perkataan secara manual. Sebuah dialog box
akan muncul seperti dibawah.

Oleh: Shahdan Best (YM: rudinshah)


TOOLS – ADD-ONS:
Akan listkan sebahagian sahaja AddOn yang kita ada kerana AddOn yang lain letaknya kat tempat
lain. Contohnya, Sun_ODF_Template_Pack akan letak kat tempat template, ImpressTextResizer
dipasang sebagai toolbar untuk OOo Impress.

FILE MENU:

Oleh: Shahdan Best (YM: rudinshah)


FILE – NEW:
Boleh buka fail baru untuk berbagai jenis fail melalui menu ini. Atau klik icon pada OOo interface.

FILE – NEW – TEMPLATES AND DOCUMENTS:


Template yang saya ada ialah Sun_ODF_Template_Pack yang anda boleh download dari laman web
http://www.openoffice.org/

Oleh: Shahdan Best (YM: rudinshah)


Double click pada folder template pilihan. Dan paparan seperti dibawah akan kelihatan. Di sini saya
double clik pada Folder Presentation. Info berkenaan template akan muncul bila kita klik pada nama
template. Klik anak panah untuk kembali ke paparan folder sebelumnya atau Open untuk gunakan
template pilihan.

FILE – WIZARDS:
Wizard ni boleh memudahkan kita untuk buat fail yang dikehendaki. Tapi pada saya, lebih baik kita
install je template yang kita boleh download percuma tu dan edit ikut suka kita. Lagi mudah. Tapi
menggunakan wizard ni, kita akan ikut step-by-step langkah yang perlu untuk hasilkan sesuatu
document.

Oleh: Shahdan Best (YM: rudinshah)


FILE – EXPORT AS PDF:
Kita boleh direct convert file ke PDF melalui icon pada OOo interface. Tapi kalau guna pilihan
File – Export as PDF, kita boleh buat beberapa setting seperti kualiti, security dan lain-lain.

Lepas kita klik pada pilihan Export as PDF..., menu seperti dibawah akan dipaparkan.

Oleh: Shahdan Best (YM: rudinshah)


FORMAT MENU:
Ada satu setting penting kat sini iaitu page orientation. Kalau kat MS Word, setting ni ada kat File –
Page Setup(kalau tak silap la). Tapi kat OOo, setting ni ada kat Format – Page.

FORMAT – PAGE:
Kat sini lah kita set orientation, jenis kertas(biasanya A4), Margin dan lain-lain. Margin biasanya
aku guna untuk buat report.

Oleh: Shahdan Best (YM: rudinshah)


FORMAT – CHARACTER:
Kat sini lah kalau kita nak edit/set font. Font Effect untuk effect seperti Underline, strikethrough,
dll. Position untuk set subscript, superscript, rotation, dll.

Untuk setting character, adalah lebih mudah kalau kita letak iconnya terus pada OOo interface.
Mana yang secara defaultnya tak ada, kita boleh add ikut pada screenshot kat bawah.

Hasilnya...

Kita boleh add atau remove icon(customize OOo toolbar) ikut keperluan kita.

Oleh: Shahdan Best (YM: rudinshah)


INSERT MENU:

Untuk masukkan character selain huruf, kita klik pada menu Special Character. Kita juga boleh
masukkan Header ataupun Footer ikut keperluan..

INSERT – FIELDS:
Disini setting untuk kita letakkan Date, Time, Page, dan lain-lain...

Oleh: Shahdan Best (YM: rudinshah)


VIEW MENU:
Mungkin tak banyak setting yang biasa kita guna pada menu View. Tapi satu setting yang kita
mungkin perlu buat ialah berkenaan Toolbar.

VIEW – TOOLBARS – DRAWING:


Toolbar ni perlu kita pilih jika kita ada nak buat drawing pada fail kita. Biasanya toolbar ni akan
muncul kat bahagian bawah OOo interface.

VIEW – ZOOM:
Guna untuk zoom document. Anda boleh juga klik pada icon pada OOo interface

Oleh: Shahdan Best (YM: rudinshah)


FUNGSI-FUNGSI LAIN:
Kita boleh menukar font kepada UPPERCASE atau lowercase dengan cara highliht perkataan yang
ingin ditukar, klik kanan dan pilih Case/Characters – Uppercase atau Lowercase. Amat berguna
terutama sekali untuk Uppercasekan heading.

Create table dengan mudah menggunakan icon Table . Klik simbol segitiga terbalik dan
gerakkan cursor untuk tetapkan saiz table yang dikehendaki. Pilihan untuk hasilkan table adalah
bersifat dynamic, yang mana kita boleh pilih sebesar mana table yang kita nak cuma guna cursor
sahaja.
Default: Tetapkan saiz table:

BOOKMARK MENU:
Ini adalah salah satu Add-On OOo yang aku paling suka. Start OOo versi 2.4.0 kita boleh tambah
Add-On untuk OOo. Bookmark ni bleh guna kat OOo versi 2.4.0 ke atas dan 3.0.

Oleh: Shahdan Best (YM: rudinshah)


Tapi sebelum Menu Bookmark tu ada kat barisan menu, kita perlu klik kat Tools – Add-Ons –
Bookmarks Menu. Lepas tu klik OK.

Icon Edit File . Fungsinya ialah untuk kita beralih antara view untuk edit file(Default) mode
atau read-only mode. Berguna untuk kita view document kita. Hampir sama macam print preview,
tapi untuk view document dalam read-only mode sahaja(no editing).

Icon Line spacing . Icon ni tak ada secara default. Kene add/ visiblekan iconnya
sendiri macam nak visiblekan icon subscript dan superscript kat atas tadi.

BACKGROUND COLOR
Fungsi ni supaya document kita nampak fancy je kot. Cuma halakan cursor ke baris yang
dikehendaki dan pilih warna daipada pilihan yang ada. Sesuai untuk heading. Boleh juga untuk
highlight satu perenggan.

Oleh: Shahdan Best (YM: rudinshah)


OOO IMPRESS – EXPORT
Bila anda buat presentation slide guna Impress, anda ada pilihan untuk export fail tadi kepada SWF,
PDF dan XHTML. Bagaimanapun, fail yang anda export ke SWF tiada animation, dan anda juga
perlu klik untuk ke slide seterusnya. Cumalah fail .swf.

FILE – RECENT DOCUMENTS


Benda ni pun penting jugak sebab kadang-kadang aku tak ingat letak kat mana fail yang aku
working on tu. So, boleh buka melalui menu ni. Tapi pasni buat bookmark je la senang.

SEDIKIT TIPS:

Saya pasti akan ada yang menghadapi masalah apply style dan formating document anda sekiranya
anda direct menaip dalam Writer. Masalah ni boleh dikurangkan jika anda taip dahulu teks anda
dalam notepad atau Notepad++(amat digalakkan), kemudian copy dan paste kedalam Writer, baru
buat formating.

Semoga bahagian kedua ebook ni membuatkan pembaca rasa lebih yakin untuk
menggunakan perisian OpenOffice.org

Oleh: Shahdan Best (YM: rudinshah)


Beberapa drawing yang aku pernah buat guna OOo 2.4 Draw. Saja nak letak :-p

Oleh: Shahdan Best (YM: rudinshah)


Gambar lagi. Hahaha.....

Orang yang sama, tapi tak serupa....

Cute (Always) Smart (Sometime)

Oleh: Shahdan Best (YM: rudinshah)

You might also like