You are on page 1of 3

Abstrak

Kajian ini akan mendedahkan sejarah latar belakang masyarakat Tidong dan amalan
kebudayaannya di daerah Beluran. Masyarakat Tidong mempunyai sejarah yang unik dan
tersendiri di mana masyarakat ini berasal daripada Utara Kalimantan Timur dan mempunyai
sebuah kerajaan yang dikenali sebagai Kerajaan Tarakan. Kerajaan Tidong di Tarakan bermula
pada tahun 1557 dan lokasinya adalah di kawasan Pamusian. Daripada hasil kajian ini, kami
mendapati bahawa kedatangan masyarakat Tidong ke daerah Beluran berkonsepkan
penghijrahan. Antara tujuan masyarakat Tidong berhijrah ke daerah Beluran adalah untuk
mencari sumber pendapatan. Masyarakat Tidong terbahagi kepada beberapa suku kaum tetapi
secara umumnya, amalan kebudayaan yang diamalkan oleh mereka adalah sama sahaja.
Contohnya, seperti adat perkahwinan.

Cadangan

i. Pengiktirafan Perayaan kaum Tidong sebagai salah satu perayaan penting di negara
Malaysia.
 Perayaan-perayaan masyarakat Tidong seperti Pesta Air perlu diiktiraf sebagai
salah satu perayaan penting di negara Malaysia seperti mana perayaan-perayaan
kaum lain yang terdapat di Malaysia. Walaupun kaum Tidong merupakan kaum
minority yang terdapat di Sabah, namun kaum Tidong tetap diiktiraf sebagai
penduduk bumiputera Sabah. Maka, perayaan-perayaan kaumTidong perlu
diiktiraf.
ii. Memasukkan perayaan kaum Tidong dalam kalender
Bagi menunjukkan pengiktirafan kepada kaum Tidong sebagai salah satu kaum
bumiputera yang penting di Sabah. Ini bagi mengelakkan perayaan penting kaum
Tidong dicampuradukkan dengan perayaan-perayaan lain seperti perayaan
sempena sambutan Hari Kemerdekaan. Cadangan ini bertujuan agar generasi
akan datang dapat mengetahui dan memperingati bahawa wujudnya perayaan
tradisi kaum Tidong di negara kita. Hal ini juga turut dapat mengelakkan
perayaan kaum Tidong pupus ditelan arus pemodenan.
iii. Pihak kerajaan perlu memperbanyakkan lagi sumber-sumber rujukan kaum Tidong
 Kerajaan perlu memainkan peranan dalam memperbanyakkan sumber rujukan
mengenai kaum Tidong. Antara sumber-sumber rujukan yang boleh ditambah
oleh kerajaan ialah seperti buku rujukan berbentuk ilmiah mengenai kaum
Tidong di perpustakaan awam. Kerajaan juga bopleh menambah sumber rujukan
kaum Tidong di Internet. Selain itu, kerajaan boleh mengambil inisiatif dengan
menyebarkan informasi berkaitan dengan kaum tidong melalui peranan media
massa dan media elektronik seperti televisyen, surat khabar, majalah,dan radio.
iv. Peranan pihak sekolah dalam mengadakan aktiviti –aktiviti kaum Tidong dalam Kelab
Kebudayaan.
 Aktiviti yang dianjurkan seharusnya turut menekankan tentang kebudayaan
masyarakat atau kaum minoriti di Sabah seperti kaum Tidong selain kebudayaan
masyarakat lain. Dengan mewujudkan aktiviti-aktiviti kaum Tidong dalam
aktiviti kokurikulum kelab kebudayaan, pihak sekolah akan dapat
memperkenalkan kaum Tidong kepada pelajar sekolah dan sekaligus dapat
menambah pengetahuan mengenai kaum Tidong.
v. Mengadakan sebuah aktiviti yang melibatkan warga sekolah yang terdiri daripada
pelbagai kaum khususnya kaum Tidong.
 Intipati aktiviti ini ialah setiap kaum masing-masing akan menunjukkan adat
kebudayaan kaum mereka. Misalnya, kaum Kadazan akan menunjukkan tarian
kebudayaan masyarakat kadazan, kaum Tidong dengan adat perkahwinannya,
kaum Bajau dengan tayangan video yang berkaitan tentang adat kebudayaannya
dan seumpamanya. Dalam aktiviti tersebut, setiap kaum boleh menjalankan
perniagaan iaitu menjual makanan dan minuman. Setiap makanan tersebut
merupakan makanan tradisi masyarakat masing-masing. Aktiviti seperti ini bukan
sahaja menarik minat generasi muda malah impak positif yang dapat dilihat ialah
mengeratkan hubungan para pelajar dan guru-guru.
Rumusan/Kesimpulan

Secara keseluruhannya, kajian ini memperlihatkan kesan positif baik terhadap diri sendiri
mahupun masyarakat. Dari aspek kesan terhadap diri sendiri, seseorang individu itu tidak kira
pelajar ataupun guru akan lebih mengetahui dengan lebih mendalam mengenai sejarah dan
kebudayaan sesuatu masyarakat. Hal ini kerana, melalui kaji selidik yang dijalankan hanya
sebilangan sahaja masyarakat Tidong yang mengetahui sejarah, budaya, dan latar belakang kaum
mereka, apatah lagi kaum lain sudah pasti tidak akan mempunyai pengetahuan yang mendalam
mengenai masyarakat Tidong di Sabah ini.

Ekoran itu, melalui pengetahuan yang ada, seseorang individu itu akan sedar betapa
pentingnya mempunyai ilmu mengenai sesuatu kaum untuk meningkatkan lagi semangat
perpaduan dalam kalangan pelbagai kaum di Sabah ini. Kesan terhadap masyarakat pula ialah
generasi- generasi muda kaum Tidong akan dapat meneruskan kelangsungan serta kebudayaan
masyarakat Tidong agar tidak luput dicengkam arus zaman. Hal ini demikian, generasi-generasi
ini pasti akan mempertahankan budaya peninggalan nenek moyang mereka yang dahulunya
berasal daripada sebuah kerajaan yang berpengaruh di Indonesia.

Oleh yang demikian, kami menyediakan beberapa cadangan untuk memperkenalkan lagi
budaya kaum Tidong kepada orang ramai:

You might also like