You are on page 1of 3

AKHLAK CEMERLANG NEGARA

TERBILANG.

Yang dihormati, Tuan Pengersi Majlis,Yang dimuliakan barisan Panel Hakim


yang arif lagi bijaksana,guru-guru serta rakan-rakan yang dikasihi
sekalian.Berdirinya saya di majlis yang gilang –gemilang ini adalah untuk
menyampaikan syarahan yang bertajuk ‘AKHLAK CEMERLANG
NEGARA TERBILANG’.Allah berfirman,
Yang bermaksud :demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri
Rasulullah itu, contoh ikutan yang baik.Menerusi firman tersebut, jelaslah
bahawa betapa pentingnya akhlak yang sempurna, sesuai dengan tuntutan
agama,adat budaya timur, dan kerukunan hidup masyarakat
Malaysia.Akhlak yang cemerlang amat penting kerana akhlak merupakan
antara faktor untuk mewujudkan sebuah Negara yang bermaruah.Akhlak
yang bagaimanakah yang dikatakan cemerlang?Sudah tentu model yang
boleh dijadikan contoh ialah junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.Oleh
hal yang demikian, akhlak berlandaskan agama Islam merupakan yang
paling cemerlang dan patut diikuti oleh semua umat Islam.

Hadirin yang dihormati sekalian,


Bagi memastikan akhlak kita cemerlang,usaha yang paling penting ialah diri
kita sendiri.Kita tidak boleh mengharapkan orang lain untuk mengubah diri
kita sekiranya kita bersikap negatif..Bagaimanakah caranya untuk berubah
dan apakah yang perlu diubah?Saban malam, jika ada kelapangan,
berkunjunglah ke surau untuk berjemaah dan mendengar tazkirah. Ceramah
yang mengajak kita kearah kebaikan akan menyusup ke gendang telinga kita
dan meresap ke dalam jiwa.Selain itu, kita perlulah pandai memilih
rakan.Pilih rakan yang mempunyai wawasan hidup.Tetapi, jika kita bersikap
acuh, tidak acuh dan mengikut sahaja apa yang dilakukan rakan, akhirnya
kita akan terjebak dalam gejala keruntuhan moral, sekaligus mencemarkan
maruah sebagai umat Islam.Keluarga memainkan peranan penting dalam
menentukan kecemerlangan belia.Walaupun sibuk dengan kerjaya, tetapi
perhatian kepada anak-anak janganlah diabaikan.Masa yang berkualiti perlu
diberikan kepada anak masing-masing.Di rumah, jika ada
kesempatan,bolehlah solat berjemaah dan makan bersama-sama.Berikan
teladan yang baik kepada anak-anak supaya anak-anak tidak keliru dan
mempunyai model yang baik untuk dicontohi.Pada waktu yang sama, ibu
bapa perlu mengenalpasti rakan anak-anak mereka.Sikap “bagai melepaskan
batuk di tangga”dan menaruh kepercayaan “membabi buta” hendaklah
dielakkan.Dengan perhatian, kasih sayang dan model yang diberikan, anak
akan berasa dihargai, mempunyai wawasan hidup yang betul dan mereka
akan merasakan kehidupan ini begitu indah.

Hadirin yang dimuliakan sekalian,Masyarakat


juga memainkan peranan yang penting dalam melahirkan akhlak remaja
yang cemerlang.Jika dibuat perbandingan antara masyarakat kampung
dengan masyarakat kota, keruntuhan akhlak jelas kelihatan bagi masyarakat
kota.Hal ini demikian kerana masyarakat kota bersikap “bagai enau dalam
belukar, melepaskan pucuk masing-masing” terhadap apa yang dilakukan
oleh jiran tetangga.Bagi masyarakat yang masih mengamalkan corak hidup
berlandaskan roh keislaman, sudah pasti akan terjamin hidup mereka dan
akan terhindar dari gejala yang tidak baik.Selain itu, masyarakat yang terpuji
akan menjadi ikutan, terutamanya kepada remaja yang masih mencari-cari
arah hidup mereka.Bagi remaja yng masih bergelar pelajar,sebahagian masa
mereka banyak dihabiskan di sekolah.Oleh sebab itu, peranan sekolah dalam
melahirkan remaja berakhlak cemerlang tidak perlu disisihkan.Mata
pelajaran yang diajar di sekolah, contohnya Pendidikan Islam dan
Pendidikan Moral sebenarnya menuju kearah remaja yang berakhlak
mulia.Selain itu, beberapa mata pelajaran lain seperti Bahasa Malaysia, akan
menyisipkan nilai-nilai murni dalam pembelajaran.Pada waktu yang sama
menerusi aktiviti ko-kurikulum seperti unit beruniform dan berpersatuan
dapat mendedahkan pelajar tentang nilai-nilai murni yang perlu diamalkan
dalam aktiviti seharian.Melalui proses pembelajaran tidak langsung ini,
diyakini dapat melahirkan remaja berakhlak mulia dan terpuji.

Hadirin yang dikasihi sekalian,Sebagai masyarakat yang


hidup dalam Negara yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi, kerajaan
berusaha untuk memastikan seluruh masyarakat, terutamanya golongan
remaja sebagai barisan kepimpinan Negara yang mempunyai akhlak dan jati
diri yang mulia .Oleh itu peranan kerajaan diperlukan untuk memastikan
rakyat Malaysia yang masih bergelar remaja mempunyai akhlak yang
terpuji.Menerusi Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan telah
diadakan kempen ‘Budi Bahasa dan Nilai Murni’.Menerusi kempen tersebut,
masyarakat didedahkan dengan nilai-nilai murni yang perlu menjadi
amalan.Selain itu kerajaan turut mengawal dan menapis program televisyen
yang tidak sesuai dengan norma masyarakat di Malaysia.Secara tuntasnya,
“hendak seribu daya tidak hendak seribu dalih”.Sesuatu umat walau
bagaimana hebat kekuatan dan kekayaan yang dimilikinya, akan tetapi jika
budi pekertinya telah binasa, maka umat itu akan mudah binasa.Mereka
yang tidak mempunyai akhlak, mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk
kepentingan diri mereka.Mereka sanggup berbohong, membuat
fitnah,menjual maruah diri dan keluarga, malah dengan tidak segan silu lagi
akan menjual agama dan Negara.Jika akhlak mulia dijadikan tunjang dalam
menjalani hidup kita, nescaya semua ini tidak akan berlaku.Lalu
difikirkan,jika akhlak meresap ke dalam jiwa, adakah Presiden Amerika
Syarikat, George W.Bush akan menyerang Iraq dan Palestin akan terus
ditindas Israel?Tanpa ragu-ragu, kita hendaklah berusaha menyemai akhlak
yang mulia agar dapat melahirkan Negara yang maju dan matang melalui
pemimpin yang berakhlak terpuji lagi dihormati. Akhir kata terimalah
serangkap pantun dari saya:

JIKA TUAN PERGI KE


DARATAN,
CARIKAN SAYA LIMAU PURUT
,CERITA YANG BAIK JADI IKUTAN,
JIKALAU SALAH JANGAN DITURUT.Sekian, terima kasih.

You might also like