You are on page 1of 6

PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Pencemaran merupakan kemasukan bahan pencemaran seperti bahan kimia dan sisa-sisa toksik yang
mengakibatkankesan buruk yang boleh membahayakan kesihatan manusia,mengancam sumber alam dan ekosistem.
Beberapa pencemaran yang berlaku di kawasan parit panjang ialah:

PENCEMARAN AIR

Pencemaran air berlaku apabila berlaku perubahan keadaan di suatu tempat


penampungan air seperti danau, sungai, laut dan air tanah akibat daripada aktiviti manusia. Namun begitu,
perubahan kualiti air yang disebabkan oleh fenomena alam seperti gunung berapi tidak dianggap sebagai
pencemaran. Pencemaran air akan menyebabkan peningkatan kandungan nutrien yang mengarah kepada
berlakunya eutrofikasi. Eutrofikasi merupakan masalah alam sekitar yang disebabkan oleh limbah fosfat
khususnya di dalam ekosistem air tawar. Hal ini berlaku kerana kandungan nutrien di dalam ekosistem air
melebihi tahap yang sepatutnya. Air dikatakan sebagai eutrofik apabila kepekatan total phosporus (TP) di
dalam air berada pada paras 35-100 µg/L. Sebenarnya, eutrofikasi adalah satu proses semulajadi di mana
danau mengalami penuaan dan menjadi lebih produktif untuk pertumbuhan biomass. Ia memerlukan ribuan
tahu untuk berlakunya proses eutrofikasi ini. Namun begitu, aktiviti manusia yang tidak terkawal ini telah
menyebabkan proses ini berlaku dengan cepat.

Rajah 1 : Eutrofikasi

Eutrofikasi ini akan menyebabkan pertumbuhan alga berlaku dengan pesat.


Pertumbuhan alga ini akan merubah kualiti air seterusnya menyebabkan hidupan-
hidupan air yang lain tidak dapat berkembang dengan baik dan akan menjejaskan
keseimbangan ekosistem. Eutrofikasi ini dapat dikesan apabila warna air berubah
menjadi kehijauan, air yang keruh dan berbau busuk. Selain itu, pertumbuhaan alga
bloom juga akan berlaku. Hal ini akan menyebabkan nilai konservasi, estetika,
rekreasional dan pariwisata hilang sehingga wang yang banyak diperlukan untuk
menampung biaya sosial dan ekonomi bagi mengatasi masalah ini.
Punca utama berlakunya proses eutrofikasi ini adalah fosforus. Gambar rajah 2 di bawah
menunjukkan dari mana fosfat ini terhasil.

proses
semulajai
10%
sisa kumbahan industri
penternakan 7%
32%
detergen
11%

baja pertanian
sisa kumbahan 17%
manusia
23%

Rajah 2
Daripada gambar rajah di atas, kita dapat lihat bagaimana aktiviti manusia mempengaruhi proses ini
berlaku. Aktiviti manusia merupakan penyebab utama masalah ini berlaku dan masalah ini juga dapat
diatasi apabila aktiviti-aktiviti ini dapat dikawal. Sebenarnya, hanya dengan kepekatan 10 part per billion
(ppb/sepersatu miliar bagian) fosforus sudah memadai untuk pertumbuhan alga.

Bagaimana masalah ini dapat diatasi? Terdapat pelbagai cara boleh dilakukan untuk mengatasi
masalah ini seperti mengetatkan undang-undang untuk mengawal kadar kelahiran. Hal ini dilakukan untuk
mengurangkan kadar pelepasan fosfat ke dalam air. Selain itu, kerajaan juga perlu menggalakkan
usahawan-usahawan untuk tidak lagi menggunakan produk-produk yang mengandungi fosfat. Produk-
produk makanan yang dihasilkan juga tidak seharusnya mengandungi fosfat. Sektor pertanian dan juga
penternakan juga memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk mengatasi masalah ini daripada
terus berlaku dan menjadi semakin meruncing. Oleh sebab itu, semua pihak perlulah sedar akan
tanggungjawab mereka untuk mengatasi masalah ini dan kita perlulah bekerjasama untuk membanteras
masalah ini sehingga ke akar umbi.

PENCEMARAN UDARA

Pencemaran udara berlaku apabila terdapat satu atau lebih kandungan fizik, kimia dan biologi di
atmosfera dalam jumlah yang akan membahayakan kesihatan manusia, haiwan dan tumbuhan,
mengganggu estetika dan keharmonian atau merosak properti. Punca pencemaran udara dapat
dibahagikan kepada dua bahagian iaitu pencemar primer dan pencemar sekunder. Pencemar primer ialah
bahan pencemar yang terhadil secara langsung dari punca pencemaran udara. Karbon monoksida adalah
salah satu contoh pencemar primer. Pencemar sekunder pula ialah bahan pencemar yang terbentuk hasil
daripada reaksi pencemar-pencemar primer di atmosfera.

Aktiviti manusia

 Transportasi
 Pertanian
 Penternakan
 Industri/kilang
 Power plant
 Pembakaran (perapian, kompor, furnace, insinerator dengan berbagai jenis bahan bakar)
 Gas buang kilang yang menghasilkan gas berbahaya seperti (CFC)

Punca semulajadi

 Gunung berapi
 Rawa-rawa
 Kebakaran hutan
 Nitrifikasi dan denitrifikasi biologi

Punca-punca lain

 Transportasi amonia
 Kebocoran tangki klor
 Timbulan gas metana dari lahan uruk/tempat pembuangan akhir sampah
 Uap pelarut organik

Jenis-jenis pencemar

 Karbon monoksida
 Oksida nitrogen
 Oksida sulfur
 CFC
 Hidrokarbon
 Ozon
 Volatile Organic Compounds
 Partikulat

Pencemaran udara ini akan memberi kesan negatif kepada kesihatan manusia. Antara kesan yang
paling umum ialah ISPA (infeksi saliran pernafasan akut) sepeti asma, bronkitis dan gangguan pernafasan
yang lain. Beberapa zat pencemar dikenali sebagai toksik dan karsinogenik. Pencemaran ini juga akan
meyebabkan pertumbuhan terbantut. Tumbuhan-tumbuhan ini juga akan dihinggapi penyakit seperti
klorosis, nekrosis dan bintik hitam. Ia juga akan menyebabkan berlakunya hujan asid yang akan
menyebabkan berlakunya perkara-perkara berikut :
 Mempengaruhi kualitas air permukaan

 Merusak tanaman

 Melarutkan logam-logam berat yang terdapat dalam tanah sehingga mempengaruhi kualitas air
tanah dan air permukaan
 Bersifat korosif sehingga merusak material dan bangunan

Pencemaran udara ini juga akan menyebabkan berlakunya kesan rumah hijau dan kerosakan lapisan ozon.
Kesan rumah hijau (greenhouse effect) disebabkan oleh kehadiran CO 2, CFC, metan, ozon, dan N2O di
lapisan troposfera yang menyerap radiasi panas matahari yang dipantulkan oleh permukaan bumi.
Akibatnya panas terperangkap dalam lapisan troposfera dan menimbulkan fenomena pemanasan global.
Kesan pemanasan global ialah:

 Pencairan ais di kutub

 Perubahan iklim regional dan global

 Perubahan kitaran (siklus) hidup flora dan fauna

Lapisan ozon berada di stratosfer (ketinggian 20-35 km) adalah merupakan pelindung alami bumi yang
berfungsi penapis radiasi ultraviolet B dari matahari. Pembentukan dan penguraian molekul-molekul ozon
(O3) terjadi secara alami di stratosfer. Pelepasan CFC yang mencapai stratosfer dan bersifat sangat stabil
menyebabkan kadar penguraian molekul-molekul ozon menjadi lebih cepat dari pembentukannya, sehingga
terbentuk lubang-lubang pada lapisan ozon. Kerosakan lapisan ozon menyebabkan sinar UV-B matahari
tida kdapat ditapis dan akan mengakibatkan kanser kulit serta penyakit pada tanaman.

PENCEMARAN TANAH

Pencemaran tanah adalah keadaan di mana bahan kimia buatan manusia masuk dan merubah
persekitaran tanah semulajadi. Pencemaran ini biasanya terjadi kerana kebocoran air kumbahan atau
bahan kimia industri atau kemudahan komersial; penggunaan pestisid, kemasukan air permukaan tanah
yang ttercemar ke dalam lapisan sub-permukaan, kemalangan kenderaaan pengangkut minyak, zat kimia,
atau limbah; air limbah dari tempat penimbunan sampah serta kumbahan/polusi industri yang langsung
dibuang ke tanah secara tidak memenuhi terma/syarat (illegal dumping).

Pencemaran tanah ini akan memberi impak yang negatif kepada kesihatan manusia. Kromium
yang terdapat di dalam pestisid dan herbisid merupakan bahan karsinogenik untuk semua populasi. Ia
sangat berbahaya pada kanak-kanak kerana dapat menyebabkan kerosakan otak, serta kerosakan ginjal
pada seluruh populasi. Pendedahan kronis (terus-menerus) terhadap benzena pada kepekatan tertentu
akan meningkatkan kemungkinan terkena leukemia. Merkuri (air raksa) dan siklodiena dikenalpasti dapat
menyebabkan kerosakan ginjal, PCB dan siklodiena terkait pada keracunan hati. Organofosfat dan
karmabat akan menyebabkan ganguan pada saraf otot. Berbagai pelarut yang mengandung klorin akan
merangsang perubahan pada hati dan ginjal serta penurunan sistem saraf pusat. Terdapat beberapa kesan
terhadap kesihatan yang ketara seperti sakit kepala, pusing, letih, iritasi mata dan ruam kulit untuk
terdedahan bahan kimia yang disebut di atas. Yang jelas, pada dos yang besar, pencemaran tanah dapat
menyebabkan kematian.

Pencemaran tanah juga akan menyebabkan perubahan metabolism dari mikroorganism endemik
dan antropoda yang hidup di lingkungan tanah tercemar. Hal ini menyebabkan kemusnahan pelbagai
spesies primer dari rantai makanan, yang dapat memberi akibat yang besar terhadap pemangsa atau
tingkatan lain dari rantai makanan tersebut. Selain itu, sector pertanian juga akan mendapat kesan akibat
daripada pencemaran tanah ini. Hasil pertanian akan menurun dan pencemaran ini juga akan menyumbang
kepada berlakunya hakisan tanah. Oleh sebab itu, langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini perlulah
dilakukan untuk mengelakkan daripada masalah menjadi semakin teruk.

Antara langkah yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini ialah melalui remediasi dan
bioremediasi. Remediasi adalah kegiatan untuk membersihkan permukaan tanah yang tercemar. Terdapat
dua jenis remediasi iaitu in-situ (atau on-site) dan ex-situ (atau off-site). Pembersihan on-site bermaksud
pembersihan di lokasi. Pembersihan ini lebih murah dan lebih mudah, terdiri dari pembersihan, venting
(injeksi), dan bioremediasi. Pembersihan off-site pula meliputi penggalian tanah yang tercemar dan
kemudian dibawa ke daerah yang aman. Setelah itu di daerah aman, tanah tersebut dibersihkan dari zat
pencemar. Caranya ialahtanah tersebut disimpan di bak/tanki yang kedap, kemudian zat pembersih
dipompakan ke bak/tangki tersebut. Seterusnya zat pencemar dipompakan keluar dari bak yang kemudian
diolah dengan instalasi pengolah air limbah. Pembersihan off-site ini jauh lebih mahal dan rumit.

Bioremediasi adalah proses membersihkan tanah yang tercemar dengan menggunakan


mikroorganisme (jamur, bakteri). Bioremediasi bertujuan untuk memecah atau mendegradasi zat pencemar
menjadi bahan yang kurang beracun atau tidak beracun (karbon dioksida dan air). Rajah 3 menunjukkan
proses bioremediasi.
Rajah 3 : Kitaran aktiviti bioremidiasi

You might also like