You are on page 1of 4

Peristiwa 13 Mei 1969 

Share
Posted by arieDRifke on Monday, April 26, 2010 | 0 comments
Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan
di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan
yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara
Malaysia.

Isu perkauman dalam pilihan raya 1969

Pra-pilihanraya 1969, parti-parti politik Gerakan dan DAP telah memainkan isu perkauman dengan
lantang. Ia adalah lantaran dari slogan "Malayan Malaya" yang diperkenal oleh Lee Kuan Yew sebelum
Singapura dikeluarkan dari Persekutuan Malaysia pada 1965.

Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik dari kalangan parti
pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa
Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan
Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka.

Pada pilihanraya umum 1969, Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah gagal
memperolehi majoriti 2/3 diparlimen, walaupun masih berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Hal ini
disifatkan oleh parti pembangkang sebagai satu kemenangan yang besar buat mereka. Jumlah kerusi
yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964
kepada 66 kerusi pada tahun 1969.

Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat
(PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.

Terjadinya Perisitwa 13 Mei 1969 adalah rententan dari provokasi pihak pembangkang yang dimulakan
sejak malam 10 Mei 1969 untuk meraikan kemenangan mereka. Penyokong-penyokong Parti DAP telah
mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di
sekitar Kuala Lumpur. Ia berlarutan hingga ke 13 Mei 1969, bila mana sekumpulan orang melayu yang
sudah hilang sabar mengambil tindakan balas.

Pembangkang meraikan kemenangan

Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.

Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu, Selangor. Beliau minta
kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50
di Selangor. Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan
hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru. Sedangkan di Kampung Baru,
diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa terancam dengan kemenangan
pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato' Harun Idris.
Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka
sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula
pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir')
orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif
(sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.

Rumah Menteri Besar Selangor

UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya
peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua-dua
pihak. Perarakan ini tidak dirancang.

Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung
Baru, Kuala Lumpur. Dato' Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu cuba mententeramkan
keadaan. Rupa-rupanya, mereka yang berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang panjang
dan hanya menunggu arahan daripada Dato' Harun Idris untuk mengamuk. [perlu rujukan]

Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan ahli parti Gerakan tersebar dan meluap-luap. Jam
3.00 petang datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak, hanya dua kilometer dari
rumah Menteri Besar Selangor. Terdapat cerita-cerita lain mengenai seorang wanita mengandung
dibunuh dan kandungannya dikeluarkan dari perut dengan menggunakan besi penggantung daging
babi.Sebelum menghembuskan nafas terakhir wanita tersebut sempat memasukkan semula janin yang
terkeluar itu ke dalam perutnya.

4.00 petang dua penunggang motosikal Cina yang melalui Jalan Kampung Baru telah dipancung. Sebuah
van membawa rokok dibakar dan pemandunya dibunuh. Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari PKM
dan kongsi-kongsi gelap telah bertindak balas. Mereka membunuh orang-orang Melayu di sekitar Kuala
Lumpur. Rupa-rupanya orang Cina dan pemuda Cina ini lengkap dengan pelbagai senjata besi, tombak
dan lembing berparang di hujung seperti dalam filem lama Cina.

Cerita-cerita seperti ini yang tidak diketahui sama ada benar atau tidak telah menyemarakkan lagi api
permusuhan di antara Melayu dan Cina. Rusuhan besar terjadi. Perintah darurat dikeluarkan, semua
orang tidak dibenarkan keluar dari rumah. Pasukan polis berkawal di sekitar Kuala Lumpur. Tentera dari
Rejimen Renjer lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar Kuala Lumpur.

Panggung Odeon

Pemuda-pemuda Cina dari kongsi-kongsi gelap telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan
Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa Cina di skrin pawagam
menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung. Penonton Melayu di panggung tersebut
langsung tidak tahu membaca tulisan bahasa cina. Kesan daripada itu, pemuda-pemuda cina tersebut
telah menyerbu masuk ke dalam panggung dan menyerang dan menyembelih penonton yang ada.
Hampir semua penonton di dalam panggung tersebut mati di dalam keadaan yang sangat mengerikan. Ini
termasuklah dua orang Askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal, Kajang. Manakala di pasar pula
askar melayu telah menembak orang cina yang melanggar perintah berkurung dengan kereta perisai
mereka. Di lebuh raya persekutuan pula, penduduk melayu Kampung Kerinchi telah membuang pasu di
atas lebuhraya tersebut dan mengakibatkan kesesakan lalulintas dan kemalangan. Pemilik kereta
berbangsa cina ditetak dan dibunuh. Seluruh keluarga peniaga cina yang menjual bunga berdekatan
habis dibunuh. Di lapangan terbang Sungai Besi waktu itu yang merupakan lapangan terbang
antarabangsa, askar melayu telah menembak orang Cina yang baru balik dari luar negeri dengan
tanggapan bahawa mereka melanggar perintah berkurung.

Seorang polis bernama Rahim yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut menonton wayang di Odeon
terkena tetakan di kepala dan berpura-pura mati. Beliau masih hidup hingga sekarang. Sementara Mohd
Radzi mengalami pengalaman yang sama di Pawagam Federal, Jalan Chow kit, Kuala Lumpur ketika
menonton filem The Came To Rob Las Vegas arahan antonio Isasi Isasmendi. Akibat daripada tindakan
sebegini, orang-orang Melayu mulai bertindak balas, dan dikatakan kepala orang Cina yang dibunuh
diletakkan di atas pagar.

Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang datang ke Kuala Lumpur turut
terperangkap dan terkejut dengan rusuhan kaum yang tidak disangka-sangka pada 13 Mei itu. Beliau
turut melangkah-langkah mayat mereka yang telah terbunuh di atas jalan.

Khabar angin mengatakan Tentera Sabil dari Sungai Manik hendak datang ke Kampung Baru tetapi
tersekat. Begitu juga dengan Tentera Selempang Merah dari Muar dan Batu Pahat tersekat dan disekat
oleh polis di Balai Polis Kajang dan Cheras.

Ada 4 kiai di sekitar Kampung Baru mengedarkan air jampi dan tangkal penebat, iaitu ilmu kebal dengan
harga yang agak mahal. Sesiapa yang memakainya menjadi kebal dan boleh terbang. Apa yang pasti,
Askar Melayu juga telah menyelamatkan orang Melayu di Kampung Baru ketika itu. Mungkin juga ramai
yang pernah mendengar kisah parang terbang yang terbang di Kampung Cheras Baru dan penggal
kepala orang Cina.

Namun rusuhan kaum tidak terjadi di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di Perak, Kedah, Pulau Pinang
serta Perlis tiada sebarang pergaduhan. Negeri Johor dan Negeri Sembilan juga tidak terjadi apa-apa
kerana telah diberi amaran oleh PKM. Cuma ada sedikit kekecohan di Melaka. Di Betong ada tembakan
dilepaskan oleh PKM dan mereka memberi amaran jika askar melayu menembak orang cina, mereka
akan memberi senjata api kepada orang cina.

Ada yang menyifatkan pergaduhan ini sebenarnya adalah pergaduhan "politik" Datuk Harun dengan
sokongan Tun Razak yang tidak berpuas hati dengan Tunku Abdul Rahman bukannya perkauman
kerana pemimpin cina Parti Perikatan seperti, Tan Siew Sin, Ong Yoke Lin telah "lari" bersama dengan
Tunku Abdul Rahman ke Cameron Highlands. Sebelum peristiwa itu masyarakat Melayu dan Cina boleh
hidup dalam keadaan yang harmoni. Seperti dinyatakan pergaduhan tidak belaku di negeri seperti
Kelantan, Pahang dan Kedah. Jika ia merupakan isu perkauman, pastinya pada hari itu orang cina dan
melayu akan berbunuhan sesama sendiri di negeri tersebut seperti di selatan thai.

Angka korban
Polis dan tentera sedang mengawal Panggung Odeon yang menjadi sasaran rusuhan.

Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah.
Tapi ramai telah menganggar ramai lagi dibunuh. Sebuah thesis PhD. daripada Universiti California,
Berkeley menganggar seramai 20,000 orang hilang nyawa dalam peristiwa 13 Mei. [1]

Statistik tidak rasmi jumlah kematian:

* Melayu : 86 orang

* Cina : 342 orang

* Lain-lain : 3 orang

Statistik tersebut tidak begitu tepat kerana daripada kacamata orang ramai yang menjadi saksi, mereka
melihat berderet-deret lori membawa mayat yang tidak sempurna ke balai polis Jalan Travers waktu itu.

You might also like