You are on page 1of 15

NAMA: NOOR AZLAN BIN MAHMUD

TINGKATAN: 3 A

SEKOLAH: SEKOLAH ISLAM ADNI

GURU PENILAI: PUAN HAIDA LIZA

1
MAJLIS

PERBANDARAN

AMPANG JAYA

(MPAJ)

2
BIL ASPEK HALAMAN

.
1 TAJUK KAJIAN 1
2 SENARAI KANDUNGAN 3
3 PENGHARGAAN 4
4 OBJEKTIF KAJIAN 5
5 KAEDAH KAJIAN 6
6 HASIL KAJIAN

1. INSTITUSI PENTADBIRAN TEMPATAN 7-11

2. LATAR BELAKANG
7 PERANAN 12
8 PERKEMBANGAN 13
9 RUMUSAN 14

3
Syukur

ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan kuasa-Nya, telah dikurniakan kepada saya kesihatan

tubuh badan yang baik dan dapat saya jalankan Kerja Kursus Sejarah PMR 2011 ini dengan

jayanya.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan penghargaan saya kepada Guru bagi

subjek Sejarah saya, Puan Haida Liza atas segala tunjuk ajar, nasihat, tips-tips serta

dorongan yang telah diberikan kepada saya bagi menjalankan Kerja Kursus Sejarah PMR

2011 ini dengan jayanya. Segala usaha yang telah dicurahkan oleh beliau akan dikenang

hingga keakhirnya.

Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada ibu dan bapa saya iaitu Puan

Noorashikin binti Selamat dan En. Mahmud bin Abu Bakar yang telah banyak

mengorbankan masa, wang, tenaga, idea dan banyak lagi supaya Kerja Kursus yang saya

jalankan ini dilakukan dengan lancar serta dapat diterima baik oleh semua pihak.

Akhir Sekali, Saya juga ingin merakamkan penghargaan saya kepada rakan-

rakan seperjuangan yang telah bersama saya, berkongsi tenaga, bersepakat serta berkongsi

maklumat yang diterima sepanjang saya menjalankan Kerja Kursus ini supaya tiada cacat

cela yang akan timbul setelah selesainya Kerja Kursus ini nanti.

4
Melalui

Kerja Kursus

Sejarah PMR 2011 ini, perkara-perkara yang dapat saya pelajari adalah:

1.) mengenali latar belakang tempat kajian dengan lebih mendalam.

2.) Saya juga dapat mengetahui secara lebih mendalam matlamat Majlis Pembandaran

Ampang Jaya untuk membangunkan bandaraya Ampang

3.) Melalui kajian ini juga, saya dapat mengetahui sejarah penubuhan, undang-undang

kecil, peranan pentadbiran serta cara pelantikan pentadbir.

4.) Menanamkan semangat patriotism dan jati diri dalam kalangan generasi muda .

5
Bagi

menjalankan Kerja Kursus Sejarah PMR 2011 ini, saya telah menggunakan beberapa kaedah

bagi mendapatkan maklumat serta perkara-perkara yang dikehendaki untuk Kerja Kursus ini.

Antara kaedah-kaedah yang telah saya gunakan adalah seperti yang berikut:

1.)Melayari internet.

Maklumat-maklumat mudah diperoleh melalui internet. Internet dapat membantu saya dalam

memuat turun bahan-bahan yang saya perlukan dengan cepat.

2.) Keratan Akhbar

Saya juga mencari maklumat yang berkaitan dengan Majlis Pembandaran Ampang Jaya dalam

beberapa buah akhbar.

3.) Lain-Lain

Saya telah pergi ke MPAJ untuk mencari maklumat dan saya diberikan kertas tentang info-

info yang berkenaan dengan MPAJ

6
Tajuk kajian yang telah saya pilih ialah Pihak Berkuasa Tempatan. Pihak Berkuasa

Tempatan yang telah saya kaji ialah Majlis Perbandaran Ampang Jaya atau lebih dikenali

dengan nama ringkasnya MPAJ. Pihak Berkuasa Tempatan ini mentadbir di dalam dua

daerah iaitu Daerah Hulu Langat (bahagian Mukim Ampang) dan Daerah Gombak (bahagian

Mukim Hulu Kelang serta sebahagian Mukim Setapak). Keluasan kawasan pentadbirannya

ialah 14.350 hektar (143.5km²).

MPAJ berpusat di Menara MPAJ yang beralamat di Jalan Pandan Utama,

Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur, Selangor Darul Ehsan.

MPAJ telah menetapkan satu motto untuk dijadikan panduan dalam menentukan

sesuatu keputusan untuk membuat perubahan dalam kawasan pentadbirannya. Motto yang

diguna pakai oleh MPAJ boleh dilihat pada logo mereka. Motto mereka ialah “Berbakti,

Bersih, Berbudaya”. Berdasarkan motto tersebut, perkataan “Berbakti” bermaksud MPAJ

akan berbakti kepada masyarakat. Perkataan “Bersih” pula bermaksud MPAJ bersih

kepada alam sekitar dan pemikiran manakala perkataan “Berbudaya” pula membawa

maksud MPAJ terdiri daripada pekerja yang cekap, amanah dan cergas.

Setiap badan pentadbiran haruslah mempunyai misi dan juga visi yang perlu dicapai

agar apa yang dirancang dapat dikecapi. Misi yang ditetapkan oleh MPAJ adalah untuk

7
“Menjadikan Perbandaran Ampang Jaya Makmur dan Harmoni Menjelang 2015”. Visi

yang perlu dicapai oleh mereka adalah untuk “Menyediakan Perkhidmatan Perbandaran

yang Cekap dan Berkualiti bagi Memastikan Warga Ampang Jaya Menikmati

Kehidupan yang Selesa dan Sejahtera”.

8
MPAJ telah ditubuhkan pada 1 Julai 1992. Pihak Berkuasa Tempatan ini

telah dirasmikan oleh Y.A.B Tan Sri Dato’ Muhammad bin Haji Muhd Taib selaku

Menteri Besar Selangor pada masa itu.

MPAJ mula telah mula mengorak langkah untuk memulakan pentadbirannya

dengan menyewa bangunan kedai di Taman Ampang Utama pada tahun 1992. Pada tahun

1997, MPAJ mula memiliki bangunan sendiri setinggi 17 tingkat yang terletak di Pandan

Indah yang masih digunakan sehingga kini.

Tujuan penubuhan MPAJ adalah disebabkan oleh pertambahan penduduk yang

pesat di Ampang Jaya dan jumlah penduduk setinggan yang tinggi di Ampang Jaya. Selain

itu, ketiadaan penguasa tempatan yang dinamik serta ketiadaan pusat pentadbiran dan

ekonomi yang sesuai di kawasan Ampang Jaya juga menjadi faktor penubuhan MPAJ.

Seterusnya, untuk mempertingkatkan pemberian perkhidmatan Bandar yang berkualiti tinggi,

cekap dan berkesan serta untuk memastikan perancangan yang lebih teratur supaya

pembangunan yang lebih menyeluruh dan bersepadu dapat dihasilkan juga merupakan sebab

MPAJ ditubuhkan sehingga kini.

Mengikut Seksyen 102, Akta Kerajaan Tempatan telah memberi kuasa kepada

Pihak Berkuasa Tempatan untuk membuat Undang-Undang Kecil bagi kawasan yang

ditadbirnya. Oleh sebab itu, MPAJ telah menggubal dan mengguna pakai Undang-Undang

Kecil MPAJ.

Undang-undang di negara kita, Malaysia dibahagikan kepada bentuk-bentuk

9
seperti yang berikut: Akta; Enakmen; Undang-Undang Kecil/Perintah/Peraturan/Kaedah.

Akta merupakan suatu undang-undang yang digubal oleh kerajaan

persekutuan dan diluluskan di Parlimen.

Enakmen pula merupakan undang-undang yang digubal di peringkat negeri

dan diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) .

Undang-Undang Kecil/Perintah/Peraturan/Kaedah merupakan suatu

undang-undang yang dibuat di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan. Pihak berkuasa

tempatan seperti MPAJ boleh dari semasa ke semasa membuat, meminda atau membatalkan

undang-undang kecil mengikut perkara yang diingini bagi kawasan pentadbiran pihak

berkuasa tempatan tersebut.

Undang-undang yang diguna pakai oleh MPAJ adalah seperti yang berikut:

AKTA:

1. Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)

2. Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133)

3. Akta Perancang Bandar dan Desa 1976 (Akta 172)

ENAKMEN

UNDANG-UNDANG KECIL, PERATURAN DAN PERINTAH

SENARAI UNDANG-UNDANG KECIL MPAJ:

10
UUK Hotel (MPAJ)(2007) UUK Pelesenan, Tred, Perniagaan dan

Perindustrian (MPAJ)(2007)

UUK Tandas Awam (MPAJ)(2007) UUK Pusat Sukan Persendirian (MPAJ)

(2007)
UUK Iklan Pilihan Raya (MPAJ)(2007) UUK Vandalisme (MPAJ)(2007)
UUK Penjaja (MPAJ)(2007) UUK Taman (MPAJ)(2007)
UUK Krematorium (MPAJ)(2007) UUK Pelesenan Tempat Letak Kereta

Persendirian (MPAJ)(2005)
UUK Pusat Siber dan Kafe Siber (MPAJ) UUK Tanah Perkuburan Islam (MPAJ)

(2007) (2007)
UUK Pelesenan Anjing dan Rumah UUK (Mengkompaun Kesalahan-

Pembiakan Anjing (MPAJ)(2007) Kesalahan)(MPAJ) Kerajaan Tempatan

(MPAJ)(2005)
UUK Kolam Renang (MPAJ)(2007) UUK (Mengkompaun Kesalahan-

Kesalahan)(MPAJ) Jalan, Parit dan

Bangunan (MPAJ)(2005)
UUK Pusat Kecantikan dan Penjagaan UUK Bangunan Seragam Selangor 1986

Kesihatan (MPAJ)(2007) Pindaan (2005)


UUK Pasar (MPAJ)(2007) UUK Pengendali Makanan (MPAJ)(2007)
UUK Pemungutan, Pembuangan dan UUK Pelesenan Establisymen Makanan

Pelupusan Sampah Sarap (MPAJ)(2007) (MPAJ)(2007)


UUK Kerja Tanah (MPAJ)(2007)

Setiap Pihak Berkuasa Tempatan mempunyai fungsi atau peranan masing-masing.

Bagi MPAJ pula, peranannya adalah untuk memberikan perkhidmatan perbandaran

kepada masyarakat di bawah pentadbiran MPAJ merangkumi perkara-perkara

berikut:

a. Kawalan Pembangunan

b. Kawalan Perniagaan

11
c. Pengurusan Cukai Taksiran

d. Penyediaan dan Penyelenggaraan Infrastruktur serta Kemudahan Awam

e. Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Kawasan

f. Program Kemasyarakatan

Sumber Kewangan

12
Sumber Kewangan MPAJ diterima daripada pelbagai bentuk isu melalui bantuan kewangan

daripada kerajaan persekutuan ataupun kerajaan negeri dan juga kutipan hasil cukai & bukan

cukai.

Bentuk Sumber Kewangan

Bentuk Sumber Kewangan MPAJ terbahagi kepada 2, Bantuan daripada Kerajaan

Persekutuan & Negeri dan Kutipan MPAJ sendiri, Antara contoh Bantuan daripada Kerajaaan

Persekutuan & Negeri adalah Geran Pelancaran, Bantuan Tahunan, Bantuan Pinjaman dan

Bantuan projek-projek kecil. Contoh bagi kutipan MPAJ Sendiri adalah, Kutipan Cukai

Taksiran, Kompaun, Permohonan Lesen dan Penyewaan gerai-gerai dan dewan Majlis

13
Rumusan

Kesimpulannya, Institusi pentadbiran tempatan amatlah penting dalam membangunkan

sesebuah kawasan dan seterusnya memajukannya. Tanpa pentadbiran yang cekap, akan

lemahlah sesebuah bandar tersebut.

Melalui kajian ini, saya dapati banyak pengetahuan yang saya peroleh mengenai hala tuju

sesbuah pejabat pentadbiran kerajaan tersebut. dan saya sesungguhnya beruntung kerana saya

dapat mengetahui tentang Majlis Pembandaran Ampang Jaya dengan lebih mendalam.

Sesungguhnya, saya amat berbangga menjadi seorang penduduk di bandaraya Ampang dan

seterusnya menjadi warganegara Malaysia amnya. Saya juga berharap Majlis Pembandaran

Ampang Jaya akan terus maju dan membawa kemodenan kepada penduduk Ampang dan

seterusnya memajukan negara.

14
Sumber Rujukan

15

You might also like