You are on page 1of 9

(PKP3108

KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK)

TAJUK 3 STRATEGI PENGAJARAN MATEMATIK

3.0 SINOPSIS

Strategi pengajaran Matematik memerlukan penggunaan berbagai kaedah


yang disesuaikan dengan pendidikan khas yang mengambil kira masalah
yang dihadapi murid-murid. Aplikasi strategi yang sesuai dapat membantu
murid-murid pendidikan khas mengikuti mata pelajaran matematik dengan
berkesan.

3.1 HASIL PEMBELAJARAN

1. Mengenal pasti strategi-strategi untuk pengajaran dan


pembelajaran Matematik
2. Memilih strtaegi dan teknik yuang sesuai bagi mengatasi masalah
Matematik dalam kalangan murid-murid pendidikan khas
3. Mengaplikasi strategi yang sesuai dalam pengajaran dan
pembelajaran Matematik

3.2 KERANGKA TAJUK-TAJUK

Model Polya

Penerokaan
Model Newman

Strategi
Pengajaran
Matematik
Strategi
Penyelesaian Pembelajaran
Masalah
Masteri

Direct Learning

21
(PKP3108
KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK)

3.3 PENGENALAN

Penyelesaian masalah dalam mana-mana bidang akademik melibatkan satu


situasi yang memerlukan keputusan. Oleh itu, seorang penyelesai masalah perlu
mempunyai keupayaan dengan pelbagai cara untuk menyelesai sesuatu situasi
sepenuhnya.

Dalam Matematik, penyelesaian masalah umumnya melibatkan masalah bertulis


yang memerlukan murid untuk mengintepretasi dan memilih kaedah untuk
menyelesaikannya. Di samping itu, mematuhi prosedur matematik bagi
mencapai keputusan dan seterusnya menganalisis hasilnya untuk memastikan
sama ada penyelesaian boleh diterima berpandukan masalah yang
dikemukakan.

3.4 Strategi Penyelesaian Masalah

Berikut adalah beberapa strategi-strategi penyelesaian masalah:

1. Permudahkan masalah
Kadang kala masalah yang diberikan terlalu rumit dan kompleks.
Permudahkan masalah tersebut bermakna mewujudkan masalah
yang serupa dengan menggunakan angka-angka yang berbeza
dan mudah. Kemudian buatkan perbandingan dan akhirnya kita
yang memperolehi jawapan.
2. Melukis Gambarajah
Dengan melukis gambarajah kita dapat melihat pergerakan
masalah tersebut secara tersusun.
3. Memodelkan / Menjalankan simulasi / Melakonkan
Memodelkan atau menjalankan simulasi adalah strategi yang
paling berkesan untuk melihat pola perubahan dan keseluruhan
masalah dapat dihayati dengan jelas. Dengan menggunakan model
konkrit, ianya mempermudahkan penyelesaian masalah tersebut.
4. Mengenal pasti pola
Dalam strategi ini pelajar perlu menganalisa pola dan membuat
generalisasi berdasarkan pemerhatian mereka dan mengujinya
dengan menggunakan data yang baru. Pola boleh wujud dalam
bentuk gambar atau nombor.
5. Menyenaraikan / Menjadualkan secara sistematik
Jadual yang dibina seharusnya teratur dan tersusun agar maklumat
dapat dilihat dengan cepat dan mudah. Graf juga boleh boleh
digunakan untuk menunjukkan perhubungan di antara
pembolehubah-pembolehubah.
6. Cuba Jaya
Strategi ini adalah cara termudah tetapi ianya memerlukan tekaan
yang bijak dan penyemakan yang tersusun boleh membawa
kepada jawapan atau penyelesaian.

22
(PKP3108
KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK)

7. Pembailkan (reverse)
Pembalikan antara strategi yang sesuai untuk menyelesaikan
masalah ‘sequence’, pola, persamaan dan lain-lain.
8. Menaakul secara mantik
Pelajar menganalisa semua syarat-syarat dan memecahkan
kepada bahagian-bahagian tertentu. Sebahagian daripada masalah
itu boleh diselesaikan dengan penyelesaian bahagian-bahagian
kecil yang akan digabungkan semula untuk membentuk
penyelesaian masalah tersebut.
9. Menggunakan kaedah algebra
Kaedah algebra akan membentuk beberapa persamaan dan ia
dapat membantu menyelesaikan masalah matematik tersebut

3.5 Penerokaan (Exploration)

Guru memainkan peranan penting dalam memperkembangkan dispositioon


penyelesaian masalah murid. Mereka hendaklah memilih masalah yang boleh
melibatkan murid. Guru perlu mewujudkan persekitaran yang menggalakkan
murid untuk meneroka, mengambil risiko, berkongsi kejayaan dan kegagalan dan
perbincangan (Mayer, 2003). Dalam persekitaran itu, murid membentuk
keyakinan bahawa mereka perlu bagi meneroka masalah dan keupayaan untuk
membuat penyesuaian terhadap strategi penyelesaian masalah. Murid yang
kurang aktif juga mempunyai peluang untuk membentuk keupayaan dan
meningkatkan keyakinan mereka menggunakan bahan manipulatif melalui
kaedah penerokoaan ini. terdapat empat langkah pelaksanaan dalam kaedah
penerokaan (Glencoe/McGraw-Hill, 2001):

1. Penerokaan
Bagi langkah penerokaan ini, murid hendaklah digalakkan untuk
membaca masalah dengan teliti dan menentukan maklumat jenis
apa yang diperlukan bagi menyelesaikan masalah tersebut. Ia juga
memerlukan murid untuk mengenal pasti sama ada maklumat
relevan atau tidak bagi penyelesaian masalah.
2. Perancangan
Dalam langkah perancangan, murid hendaklah membina strategi
bagi mencari penyelesaian kepada masalah. Ini mungkin
memerlukan beberapa kaedah pengiraan atau membntuk
persamaan. Murid juga hendaklah digalakkan untuk satu andaian
atau jangkaan bagi penyelesaiannya. jangkaan ini boleh membantu
sama ada jawapan akhir yang dihasilakn bertepatan.
3. Penyelesaian
Selesaikan masalah dengan melaksanakan perancangan. Murid
akan melaksanakan pengiraan matematik yang perlu bagi
menentukan jawapan. Lazimnya, jawapan mungkin tidak diterima
pada percubaan pertama. Oleh itu, murid perlu sedar mereka

23
(PKP3108
KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK)

mungkin membuat pengiran beberapa kali bagi mencapai


keputusan yang dikehendaki. Malahan murid mungkin mendapati
kaedah pengiraan tersebut tidak boleh digunakan untuk
menyelesaikan masalah dan kaedah alternatif perlu dipilih.
4. Pemeriksaan
Akhirnya periksa jawapan murid dengan teliti dan pastikan ia
relevan dengan fakta terdapat dalam permasalahan yang diberi.
Murid hendaklah merujuk semula jawapan ramalan yang dibentuk
dalam langkah perancangan sama ada ianya menepati pengiraan
sebenar yang dibuat. Justru, murid hendaklah membaca masalah
berulang kali bagi memastikan ianya diintepretasi dengan tepat.
Jika jawapan tidak menepati masalah yang diberi, murid hendaklah
mengulang semula langkah perancangan dan penyelesaian
masalah.

Melalui pendekatan ini, guru memberi murid masalah matematik berdasarkan


konteks persekitaran dan membenarlkan murid membina strategi mereka sendiri
bagi menyelesaiakanmasalah men ggunakan sumber yang sedia ada. Mereka
boleh menggunakan gambar, perwakilan simbolik atau secara fizikal. Di samping
itu mereka digalakkan meneroka pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah.
Sepanjang pelaksanaan projek, murid mencipta kaedah sendiri dan berkongsi
dengan rakan sekelas. Proses untuk mendapatkan jawapan adalah lebih penting
berbanding jawapan itu sendiri (Bruning et.al, 1999).

3.6 Model Polya

Menurut Model Polya, penyelesaian masalah boleh dilaksanakan melalui empat


peringkat iaitu, memahami dan mentafsir masalah, merancang strategi
penyelesaian, melaksanakan strategi penyelesaian dan menyemak semula
penyelesaian. Strategi pengajaran dihuraikan mengikut model Polya adalah
seperti berikut :

1. Memahami dan Mentafsir Sesuatu Masalah


Pada peringkat ini, pelajar akan dibimbing untuk mengenal pasti
kata-kata kunci dan menerangkan masalah. Pelajar juga hendaklah
mengaitkan dengan masalah lain yang serupa dengan melukis
gambarajah dan bertanyakan beberapa soalan.
2. Merancang Strategi Penyelesaian
Selepas pelajar memahami soalan tersebut, guru membimbing
pelajar untuk merancang strategi yang sesuai dengan
permasalahan yang diberikan. Terdapat beberapa jenis strategi
penyelesaian masalah mengikut Polya. Antaranya ialah membuat
simulasi, melukis gambarajah, membuat carta, mengenal pasti
pola, cuba jaya, menggunakan analogi dan sebagainya.
3. Melaksanakan Strategi Penyelesaian

24
(PKP3108
KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK)

Sebaik sahaja strategi penyelesaian masalah dikenal pasti, pelajar


akan melaksanakan strategi tersebut dengan menggunakan
kemahiran mengira, kemahiran geometri, kemahiran algebra
ataupun kemahiran menaakul
4. Menyemak Semula Penyelesaian
Akhirnya, pelajar boleh menyemak semula penyelesaian tersebut
untuk menentukan sama ada jawapannya munasabah atau tidak.
Di samping itu, pelajar boleh mencari cara penyelesaian yang lain
atau membuat andaian serta membuat jangkaan lanjut kepada
masalah tersebut.

3.7 Newman’s Model

Model berasaskan teori Newman (1977) mendefinisikan lima kemahiran membaca


spesifik bagi penyelesaian masalah matematik: Membaca (decoding), Pemahaman,
Transformasi, Kemahiran Proses dan Encoding. Sepanjang proses penyelesaian masalah,
kemungkinan kesilapan yang tidak disengajakan berlaku.

Pelaksanaan Temuduga The Newman

1. Bercakap kepada murid dengan mesra, ringkas bagi memberi


keselesaan kepadanya. Jelaskan tujuan guru bercakap dengannya
adalah untuk membantunya dalam Matematik.
2. Beritahu murid yang guru mahukannya untuk membuat beberapa
masalah matematik terdahulu sekali lagi.
3. Sediakan murid dengan kertas soalan dan kertas jawapan yang baru dan
minta dia menjawab semula soalan terdahulu yang pernah dibuatnya tapi
jawapan salah. Galakkan murid tunjuk cara menyelesaikan masalah.
Guru diam sehingga murid selesai membuat latihan.
4. Tanya murid beberapa atau semua soalan/arahan Newman (rujuk di
bawah) atau soalan yang bersesuaian. jangan bantu murid dalam apa-
apa peringkat tetapi buat catatan ringkas tentang jawapan murid yang
sangat revealing.
5. Tentukan mengikut klasifikasi ralat Newman iaitu guru dapat mencari di
mana murid tidak boleh membuat latihan pada peringkat awal ujian
(sebelum temuduga).
6. Ulang 3, 4 dan 5 bagi ralat yang seterusnya.

Lima Soalan/Arahan Newman

1. Tolong bacakan soalan kepada cikgu.


2. Beritahu cikgu, apa yang soalan itu mahu awak lakukan.
3. Apa kaedah yang awak gunakan untuk mendapatkan jawapan?
4. Tunjukkan kepada cikgu bagaimana awak mendapat jawapan itu, dan
“bercakap kuat” semasa membuatnya suapaya cikgu faham bagaimana
awak berfikir.

25
(PKP3108
KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK)

5. Sekarang tulis jawapan awak yang sebenar.

Semasa Langkah 4, dengar dengan teliti apa yang murid cakap dan pastikan
guru berfikir di peringkat mana murid mengalami kesilapan membuat latihan.
Justru, klasifikasikan kesilapan/ralat yang murid lakukan.

Prosedur Analisis Kesilapan/Ralat Newman

1. Mengenal pasti ralat Bacaan: “Baca soalan kepada saya. Jika anda tidak
faham beritahu saya.”
2. Mengenal pasti ralat Pemahaman: “Beritahu saya, apa kehendak soalan
itu.”
3. Mengenal pasti ralat Transformasi: “Sekarang beritahu saya apa kaedah
yang awak gunakan untuk dapatkan jawapan.”
4. Mengenal pasti ralat Kemahiran Proses: “sekarang semak setiap langkah
dalam tugasan awak dan beritahu saya apa yang awak fikirkan.”
5. Mengenal pasti ralat encoding - keidakupayaan untuk menzahirkan
jawapan dalam bentuk yang boleh diterima pakai: “Beritahu saya, apa
jawapan kepada soalan itu? Tunjukkan jawapan awak.”

LAYARI INTERNET
http://www.curriculumsupport.education.nsw.gov.au/
primary/mathematics/assets/pdf/sqone.pdf
Buat rumusan anda daripada pembacaan artikel tersebut.

3.8 Kaedah Pembelajaran “Mastery”

Suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan semua murid


menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran
sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini
memerlukan peruntukan masa yang mencukupi dan proses pengajaran dan
pembelajaran yang berkualiti.

Dalam kaedah ini hasil pembelajaran perlu ditentukan dan mengikut hierarki
atau unit pembelajaran. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang
perlulah bermakna, berkesan, menarik dan menyeronokkan.

Penilaian dibuat berdasarkan Ujian Rujukan Kriteria dan hanya murid yang
berjaya menguasai 80 peratus aras masteri akan berpindah mempelajari unit
pembelajaran baru. Bagi murid yang gagal menguasai aras masteri akan diberi
pemulihan dan yang berjaya akan melakukan aktiviti pengayaan.

Penggunaan kaedah ini di dalam perancangan pengajaran perlu mengetahui


prinsip-prinsip pembelajaran masteri iaitu murid normal boleh mempelajari apa
yang diajar oleh guru. Pembelajaran perlulah dipecahkan kepada unit kecil
supaya mudah dikuasai. Di samping itu murid memerlukan masa yang

26
(PKP3108
KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK)

mencukupi untuk menguasai sesuatu hasil pembelajaran yang telah ditentukan.


Arahan guru juga perlu jelas bagi setiap unit pembelajaran.
3.9 Direct Learning

Direct learning merujuk kepada pembinaan peluang bagi penglibatan aktif dalam
persekitaran pembelajaran yang boleh membentuk pemahaman individu (Ewell,
1997, p.7). Apabila murid mempunyai sedikit pengetahuan tengang sesuatu
topik, direct learning amat diperlukan bagi mendapatkan pemahaman, mencipta,
mengubah atau mencorak semula model mental. (Halpern & Associates, 1997).
Direct learning terbahagi kepada tiga kategori:

1. Strategi ingatan (strategi untuk menyimpan dan menerima bahasa


yang disasarkan),
2. Strategi kognitif (strategi bagi penggunaan bahasa dan bagaimana
untuk memahaminya)
3. Strategi Imbuhan (compensation)-(strategi bagi penggunaan
bahasa akibat ruang lompang dalam pengetahuan)

3.10 Direct Instruction

Berasaskan teori pengajaran Zig Engelmann. Direct Instruction adalah strategi


mengajar yang paling popular untuk menggalakkan pembelajaran. Ia adalah
pengajaran guru dikuti struktur dan langkah spesifik yang digunakan
menggalakkan pembelajaran.

Prinsip Direct Instruction

1. Pengenalan/Semakan
Topik atau maklumat yang akan dipelajari disampaikan kepada
muid pada peringkat permulaan
2. Perkembangan
Guru memberi penjelasan, memberi contoh dan model yang tepat
apa yang akan dipelajari sambil memantau pemahaman murid
melalui teknik penyoalan.
3. Latihan Berpandu
peluang diberi kepada murid untuk membuat latihan apa yang
sepatutnya dipelajari sementara guru memantau aktiviti atau
tugasan yang diberikan.
4. Penutup
Guru menutup pengajaran dengan isi kandungan pelajaran yang
telah dipelajari.
5. Latihan Bebas
Tugasan diberi untuk mengukuh pembelajaran tanpa bantuan guru.
6. Penilaian
Maklum balas daripada hasil kerja murid (Magliaro, Lockee, &
Burton, 2005).

27
(PKP3108
KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK)

http://www.worksheetlibrary.com/teachingtips/directinstruction.html

LATIHAN 1
Dengan merujuk kepada bahan-bahan nota, senaraikan dengan
terperinci empat strategi yang boleh diambil untuk membantu
murid-murid pendidikan khas dalam pengajaran dan
pembelajaran Matematik

REHAT
Rahsia kejayaan ialah mengetahui sesuatu yang orang lain tidak
tahu”(Aristotle)

LATIHAN 2
Dengan sokongan pengurusan grafik banding bezakan strategi
pengajaran Model Polya dengan Model Newman dalam
pengajaran dan pembelajaran Matematik dalam kalangan murid-
murid pendidikan khas

BIBLIOGRAFI

Glencoe/McGraw-HilI. (2001) Glencoe MATHEMATICS Applications and


Connections, Course 1, 2 & 3. Columbus, Ohio: McGraw-Hill Companies,
Inc.

28
(PKP3108
KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK)

Ewell, P. T. (1997). Organizing for learning: A point of entry. Draft prepared


for discussion at the 1997 AAHE Summer Academy at Snowbird. National
Center for Higher Education Management Systems (NCHEMS). Available:
http://www.intime.uni.edu/model/learning/learn_summary.html

Hamideh Marefat. (2003) The impact of teaching direct learning strategies on the
retention of vocabulary by EFL learners. The Reading Matrix. Vol.3. No.2.

Halpern, D. F., & Associates. (1994). Changing college classrooms: New


teaching and learning strategies for an increasingly complex world. San
Francisco: Jossey- Bass.

Magliaro, S. G., Lockee, B. B., & Burton, J. K. (2005). Direct Instruction


Revisited:
A Key Model for Instructional Technology. Educational Technology
Research & Development, 53(4), 41-55

New Expanded Webster's Dictionary, edited by R.F. Patterson, M.A., D.Litt.


Copyright (1988). P.S.I. & Associates, Inc., 10481 S.W. 123rd Street,
Miami, Florida 33176.

Richard E. Mayer,( 2003) Learning and Instruction. Upper Saddle River, New
Jersey: Pearson Educaton, Inc.,

Roger H. Bruning, Gregory J. Schraw and Royce R. Ronning, (1999). Cognitive


Psychology and Instruction, 3rd edition. Prentice-Hall, Inc., Upper Saddle
River, New Jersey: Simon & Schuster/A Viacom Company,

Slavin, R. E. (2006) Educational Psychology. Boston, MA: Peason.

TAMAT
Usaha Tangga Kejayaan .....SELAMAT MAJU JAYA

29

You might also like