Professional Documents
Culture Documents
Politik
Mengelak Ancaman dan Pengaruh Komunis
- Pengaruh komunis semakin kuat apabila bekas anggota Parti
Tindakan Rakyat (PAP)- People’s Action Party berhaluan kiri
tubuhkan barisan Sosialis yg dipimpin oleh Lim Chin Siong.
Kekalahan PAP dlm pilihanraya 1961 menyebabkan pengaruh
komunis semakin merebak di Singapura.
- Perkembangan yg berlaku di Singapura membimbangkan Tunku
Abd Rahman. Penyatuan Singapura dgn Tanah Melayu dpt
menyekat pengaruh komunis
- Pengaruh komunis juga aktif di Sarawak seperti Parti Bersatu
Rakyat Sarawak dipengaruhi idealogi komunisme.
2. Mempercepatkan Kemerdekaan
- Mempercepatkan proses kemerdekaan bagi Singapura, Brunei,
Sabah dan Sarawak.
- dapat menamatkan penjajahan British di Asia Tenggara.
Ekonomi
3. Kerjasama ekonomi
- negara-negara anggota kaya dengan sumber ekonomi
boleh membantu untukm faedah ekonomi.
- Persekutuan Malaysia dapat membantu
mempertingkatkan pembangunan ekonomi. Tanah Melayu
kaya dengan sumber bijih timah dan Brunei dengan sumber
minyak.
Sosial
4. Keseimbangan Kaum
- Percantuman dgn Singapura boleh menimbulkan masalah
kaum yang tidak seimbang di Tanah Melayu. Lebih 75%
penduduk Singapura terdiri drpd kaum Cina. Komposisi kaum
Melayu 50% dan Cina 30% di Tanah Melayu.
- Bagi keseimbangan kaum, Sabah dan Sarawak perlu
digabungkan kerana mempunyai 70% kaum bumiputra.
Reaksi Awal Terhadap Gagasan
Sebab-sebab:
Perlembagaan : isu ekonomi dan kewangan yang
melibatkan penyelarasan perindustrian dan percukaian
Persaingan Politik PAP dan MCA: PAP melanggar
janjinya untuk hanya terlibat dalam kegiatan politik di
Singapura dan mereka berminat untuk menggantikan
MCA sebagai parti politik orang Cina. Tunku menyifatkan
PAP sebagai sebuah parti perkauman Cina dan tidak
diperlukan.
Masalah perkauman: Orang Melayu Singapura
diabaikan dan berlaku rusuhan kaum di Singapura pada
Julai dan September 1964. Konsep Malaysian Malaysia
yang dibawa oleh PAP telah mengenepikan institusi
beraja dan mencabar kedudukan istimewa orang Melayu
– Lee Kuan Yew telah membentuk gabungan parti politik
yang menjurus kepada bentuk perkauman dan
mendesak persamaan hak dengan orang Melayu
Perbezaan pendekatan Perikatan dan PAP: PAP mahu
mewujudkan masyarakat ‘bukan perkauman secara
serta merta’ manakala Perikatan yang diketuai UMNO
mahukan ianya ditangani secara beransur-ansur dan
tidak mahu diadakan debat secara terbuka bagi
mengelakkan berlakunya kekacauan akibat daripada isu-
isu perkauman
Akibat daripad ketegangan yang berlaku antara kerajaan
Persekutuan dengan Singapura, pada 9 Ogos 1965
secara rasmi Singapura keluar dari Malaysia.
Penutup
Pembentukan Malaysia melibatkan penyertaan Tanah Melayu
bersama Singapura, Brunei, Sabah dan Sarawak.
Pembentukan Malaysia mendapat pelbagai reaksi daripada
pelbagai pihak.
Penentangan daripada Indonesia (Konfrontasi Indonesia) dan
Filipina (tuntut Sabah).
Pengisytiharaan penubuhan Malaysia dibuat pada 16 September
1963.