You are on page 1of 17

BAB 10

MASYARAKAT MAJMUK

BACHELOR
Masyarakat
1. Masyarakat ialah kumpulan manusia yang menetap
bersama-sama di sesuatu tempat dengan mengikut
peraturan dan cara tertentu dan masyarakat ini pula
terdiri daripada beberapa kaum atau bangsa.
2. Majmuk terbentuk daripada beberapa bahagian yang
merupakan kesatuan atau dalam konteks masyarakat ia
terdiri dari beberapa kumpulan etnik.
Masyarakat Majmuk
 Satu kumpulan manusia yang terdiri daripada pelbagai
rumpun bangsa telah membentuk satu kesatuan,
khususnya dalam aspek politik, ekonomi dan sosial di
sesuatu tempat bagi membentuk satu kumpulan yang
bersatu-padu.
BACHELOR
Konsep Masyarakat Majmuk
Mula dipelopori oleh J.S. Furnivall dalam kajian
yang dibuat di Indonesia dan Burma.
 Menurut Furnivall :
- masyarakat majmuk merujuk kpd masyarakat
yang dicirikan dengan perpecahan dan
konflik antara kumpulan-kumpulan manusia
yang berada di bawah satu sistem politik.
- Ia muncul akibat drpd dasar-dasar penjajah
yang menggalakkan penghijrahan penduduk
mengikut keperluan ekonomi penjajah yang
mengakibatkan wujudnya kelompok-kelompok
yang pelbagai ragam dalam satu unit politik.
BACHELOR
Ciri-ciri Masyarakat Majmuk
 Masyarakat Majmuk : J.S Furnivall (1956) dalam bukunya
bertajuk Colonial Policy and Practice : A Comparative Study
of Burma and Netherlands India telah memberikan beberapa
ciri masyarakat majmuk berdasarkan kajiannya di Burma dan
Kepulauan Jawa iaitu :
a) terdapat pelbagai jenis manusia spt Eropah, Cina,
India dan penduduk asli (bumiputera)
b) mereka bercampur tetapi tidak bersatu
c) mereka hidup berdekatan tetapi tidak terpisah dalam
sistem politik yang sama
d) masing-masing berpegang kpd kpd kebudayaan ,
agama, bahasa, idea dan kaedah sendiri.
e) mereka bertemu di pasar ketika membeli-belah
kemudiannya masing-masing balik ke tempat kelompok
sendiri
f) terdapat pemisahan dalam bidang pekerjaan di mana
tenaga buruh terbahagi mengikut garis perkauman.

BACHELOR
 Perkembangan Masyarakat Majmuk
Sejarah pembentukan masyarakat majmuk ini bermula
selepas campur tangan British secara langsung dalam hal-
ehwal politik negeri-negeri Melayu pada pertengahan kedua
abad ke-19.
 Faktor British Membawa masuk imigran Asing
i) Org Melayu telah diketepikan atas dasar tidak mahu
menggugat struktur tradisional yg sedia ada maka British
telah membawa masuk buruh-buruh dari luar untuk
menampung keperluan sumber tenaga mereka dan mencapai
matlamat ekonomi.
ii) British tidak merlihat orang Cina dan India sebagai
ancaman kpd mereka malahan dapat memperkukuhkan
kuasa penjajahan mereka di Tanah Melayu.
iii) Org Melayu disisihkan drpd sumber hasil negeri oleh
British tetapi melihat orang imigran asing sbg buruh yang
murah, kuat bekerja, berdaya tahan dan berpotensi untuk
membangunkan sumber ekonomi Tanah Melayu.

BACHELOR
 Latarbelakang Kaum Utama dan Pembentukan Masyarakat
Majmuk di Malaysia
1. Tiga kaum terbesar di Tanah Melayu – orang Melayu, Cina dan
India. Sebelum penemuan tapak lombong bijih timah oleh Long
Jaafar pada tahun 1848, keseluruhan masyarakat adalah orang
Melayu.
2. Pertengahan abad ke-19, berlaku penghijrahan beramai-ramai
orang Cina dan India ke Tanah Melayu. Berlaku akibat dasar
kolonial British.
3. Kesan yang jelas melalui dasar liberal British ialah pembentukan
masyarakat negara yg berbilang kaum serta kepelbagaian cara
hidup dan keturunan
4. Pemajmukan masyarakat di Tanah Melayu telah menyebabkan
British menggunakan dasar ‘pecah dan perintah’ (divide and rule)

BACHELOR
Kaum Melayu
 Org Melayu ditafsirkan sbg penduduk asal Tanah Melayu.
 Sejak abad ke-9, berlaku penghijrahan beramai-ramai
masyarakat Melayu Indonesia ke Tanah Melayu. Masyarakat
Indonesia datang dari pelbagai pulau spt Jawa, Sumatera,
Sulawesi dan Riau.
 Sebelum zaman penjajahan, kegiatan utama ekonomi msyrkt
Melayu pesisir ialah perdagangan. Lokasi di sungai-sungai
dan tepi pantai. Kerajaan Melayu tradisional lebih tertumpu di
tepi dan muara sungai. Contoh Melaka.
 Terdapat ekonomi sara diri seperti bercucuk tanam,
mengerjakan sawah padi, penternakan dan mengutip hasil
hutan.
 Penguasaan ekonomi org Melayu merosot dan berubah
setelah campurtangan British dalam pentadbiran politik
tempatan serta kemasukan buruh asing.

BACHELOR
6. Dalam bidang pertanian, British memegang dasar agar org
Melayu kekal sebagi petani sara diri dan mengusahakan
hasil untuk sara-diri sahaja.

Kaum Cina
1. Penghijrahan beramai-ramai org Cina ke Tanah Melayu
berlaku sekitar kurun ke-19 hingga kurun ke-20. Mereka
berhijrah ke Tanah Melayu mempunyai dialek yang
berlainan iaitu Canton, Hokkien, Hakka, Hailam,
Kwangsai dan Teowchew.
2. Kebanyakan orang Cina datang ke Tanah Melayu berasal
dari selatan Tanah Besar China spt Kwantung, Fuchien
dan Kwangsai, Canton.
3. Kemuncak kedatangan imigran Cina berlaku pada tahun
1891 di mana hampir separuh penduduk Perak, Selangor
dan Sg. Ujong terdiri dari orang Cina. Antara 1895 – 1927
kira-kira 6 juta orang Cina berhijrah ke Tanah Melayu.

BACHELOR
4. Orang Cina bertumpu di kawasan perlombongan
bijih timah yang awal di Lukut dan Sg. Ujong. Selain
itu, mereka terlibat dengan perladangan gambir dan
lada hitam di Johor melalui Sistem Kangchu.
5. Pendudukan British di Pulau Pinang, Melaka dan
Pembentukan Negeri-negeri Selat memberi kesan
kepada kemasukan Orang Cina.

Faktor Penghijrahan Orang Cina ke Tanah Melayu


 Kesengsaraan hidup di negara China
 Bencana alam yang berleluasa- banjir dan kemarau
 Ketidakstabilan politik dan ekonomi di Negara China
 Pertumbuhan perusahaan getah dan bijih timah di
Tanah Melayu
 Kestabilan politik di Tanah Melayu.

BACHELOR
Kaum India
1. Kaum India merupakan kaum kedua terbesar yang berhijrah ke
Tanah Melayu. Kebanyakan berasal dari India Selatan
(Negapatam dan Madras)
2. Hubungan terawal bermula sejak abad pertama masihi apabila
penganut Hindu-Buddha menyebarkan agama Hindu di
Nusantara. Cth di Lembah bujang, Kedah.
3. Golongan penghijrah ialah orang Tamil berasal dari Chennai,
Telegu dan Malayalam
4. Selepas perjanjian Inggeris-Belanda 1824, kerajaan British telah
membawa masuk buruh tawanan India. Buruh tawanan dibawa
ke Tanah Melayu untuk membina bangunan, jalan keretapi,
jalanraya dan sebagainya.
5. Peringkat kedua, org India dibawa masuk untuk mengusahakan
ladang-ladang milik British spt ladang tebu di Seberang Perai dan
utara Perak , kopi di Selangor serta ladang teh dan getah apabila
Inggeris kuasai NNM sekitar tahun 1880-an.

BACHELOR
6. Sistem popular dalam usaha membawa masuk buruh-
buruh India melalui Sistem Kangani dan Sistem
Kontrak untuk bekerja di ladang-ladang getah, kopi
dan tebu.
Faktor Orang India Berhijrah Ke Tanah Melayu
 Kesukaran hidup di India - kemiskinan dan kebuluran
 Peluang pekerjaan yang luas dan pertumbuhan
ekonomi yang pesat di Tanah Melayu. Contoh bekerja
di ladang getah
 Mendapat galakkan dari British

BACHELOR
Asas-asas Kebudayaan Masyarakat Majmuk di Malaysia
MELAYU
-Agama Islam
-Kitab Al-Quran

CINA
- Agama Taoisme/Confusianisme
Agama dan -Konsep Yin dan Yang
Kepercayaan
INDIA
- Agama Hindu dan Kitab Veda
-Hukum karma dan kelahiran
semula

Iban – Kristian, Animisme


Kadazan – Animisme, Kristian
dan Islam
Bajau - Islam
BACHELOR
Kebudayaan dan Resam
Perayaan

Etnik Jenis Perayaan

Melayu Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji


Awal Muharram
Cina Tahun Baru Cina, Chap Goh Mei,
Perayaan Kuih Bulan
India Deevapali, Thaipusam,
Thai Ponggal
Kadazan Pesta Menuai

Iban Hari Gawai

BACHELOR
Pakaian

Etnik Jenis Pakaian

Melayu Baju kurung, Kebaya


Baju Melayu
Cina Samfoo
Cheongsam
India Sari (perempuan)
Dhotis, Kurta (lelaki)
Kadazan Sinuangga (perempuan)
Gaung (lelaki)
Iban Baju Burung

BACHELOR
Adat resam/Adat Istiadat

Etnik Adat resam/ Adat istiadat


Melayu Duduk bersila (lelaki)bersimpuh (perempuan)
Adat Melenggang perut
Adat bersanding
Cina Angpau
Penggunaan warna merah
Kalender orang Cina (tahun ikut 12 nama binatang)
India Sistem kasta (Brahmin, Ksyatria, Vaisya dan Sudra)

Kadazan Adat mintuhun- adat menjejakkan kaki bayi ke tanah

Iban ‘Ngetup Garam’ bayi baru lahir dimasukkan garam


ke dalam mulut
BACHELOR
Kesenian
Etnik – Muzik/Tarian
Muzik/Tarian
Melayu Wayang kulit
Kuda Kepang/Zapin
Rebana/seruling/Rebab
Cina Tarian Kipas Cina
Tarian Singa
Sona dan Pan ku (alat muzik),dram
India Tabla, baya,sitar
Tarian klasik India –
Bharata Natyam Mahari
Kadazan Tarian sumazau
Sumpoton
Iban Tarian ngajat
Engkerurai, Sape

BACHELOR
Penutup
 Secara keseluruhan, setiap kaum utama sama ada di
Tanah Melayu serta di Sabah dan Sarawak mempunyai
identiti dan kumpulan masing dalam kumpulan
masyarakat majmuk.
 Selain daripada tiga kaum utama juga terdapat
masyarakat Kadasan-Dusun, Bajau di Sabah dan org
Iban, org Melanau, Penan di Sarawak.
 Pada peringkat awal, percampuran antara kaum amat
sukar kerana perbezaan agama, budaya dan adat
resam.
 Wujudnya masyarakat majmuk yang harmoni di Malaysia
memberi kesan yg positif kepada politik, ekonomi dan
sosial serta mewujudkan negara berteraskan perpaduan
kaum ke arah pembinaan negara bangsa.

BACHELOR

You might also like