You are on page 1of 2

‫بسم الله الرحمن الر حيم‬

KONSEP PERKAHWINAN DALAM ISLAM & KONSEP PERKAHWINAN DALAM


MASYARAKAT MELAYU BRUNEI
Oleh Ahmad Rashidi bin Ansanawi

Perkahwinan atau pernikahan menurut bahasa ialah berkumpul dan


bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah Ijab dan Qabul (‘aqad) yang
menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan menurut peraturan yang
ditentukan oleh Islam dengan mengunakan perkataan ziwaj. "Hadis yang
diriwayatkan dari Abdullah bin Mas'ud RA Rasulullah SAW telah pun bersabda
kepada kami: "Wahai kumpulan pemuda, barang siapa yang mampu di kalangan
kamu berkahwin, hendaklah kamu berkahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu
boleh memejamkan mata dan memelihara faraj (dari melakukan zina). Dan barang
siapa yang tidak mampu berkahwin, maka wajib ke atasnya itu berpuasa. Maka
sesungguhnya berpuasa itu dapat mengurangkan hawa nafsu jantina." [Muttafaqun
'Alaih]
Hal ini adalah berlainan pula dengan konsep perkahwinan dari sudut
masyarakat melayu. Konsep perkahwinan bagi masyarakat melayu brunei
mempunyai pertambahan dan berperingkat-peringkat. Antaranya ialah bebadak,
beinai/berpacar, mulih 3 atau 7 hari, langkah dulang, langkah sungai dan bebasuh
kaki(Puak Tutong). Mojoriti masyarakat melayu brunei masih mengamalkan adat
resam dalam perkahwinan yang telah diturunkan dari nenek moyang kita. Ada
pepatah yang mengatakan "Biar mati anak, jangan mati adat" yang menunjukkan
bertapa kuatnya orang melayu mempertahankan adat meraka sendiri. Perkara ini
dapat dilihat melalui adat perkahwinan yang pada asalnya diwarisi atau diikut
daripada perkahwinan bangsa hindu yang kemudianya disesuaikan mengikut
unsur-unsur Islam.

Adat perkahwinan masyarakat melayu brunei biasanya di mulai dengan


berjarum-jarum atau merisik. Rombongan lelaki yang biasanya diwakili oleh kaum
keluarga akan pergi ke rumah perempuan dengan membawa 'pebuka mulut' yang
berupa wang ringgit dan sebentuk cincin. Ketua rombongan yang biasanya orang
berumur akan menyampaikan hasrat lelaki ingin berkahwin dalam bentuk pantun.
Jika diterima, keduanya akan dikatakan sudah bertunang. Peminangan atau
pertunangan hukumnya harus dan diterima oleh islam. Sunat juga bagi bakal
suami melihat bakal isteri seperimana dalam hadis rasul:

"Daripada Abu Hurairah RA berkata,sabda Rasullullah SAW kepada seorang


lelaki yang hendak berkahwin dengan seorang perempuan: "Adakah kamu telah
melihatnya? jawapanya tidak(kata lelaki itu kepada Rasullullah). Pergilah
melihatnya supaya perkahwinan kamu terjamin berkekalan." (Hadis Riwayat
Tarmizi dan Nasai) [Muttafaqun 'Alaih]

Setelah hari yang dijanjikan oleh kedua-dua pihak tiba, bakal pengantin akan
mula dimandikan dengan harum-haruman. Majlis ini dikenali sebagai 'bebadak
badak mandi' dan dihadiri oleh kaum keluarga yang rapat. Kemudian akan
diadakan majlis berinai/berpacar pada malam hari sebelum hari perkahwinan di
kediaman masing. Dalam upacara ini pengantin akan ditampai dengan inai oleh
orang tua keluarga mengikut giliran. Majlis akad nikah dimana terjadinya
penisytiharan bahawa kedua pasangan tersebut sudah menjadi suami isteri yang
sah. Istiadat bersanding dimana kedua-dua pengantin akan duduk bersebelahan di
atas pelamin yang berlangsung di kediaman pengantin perempuan.

Dari segi perspektif Islam, adat perkahwinan melayu boleh dikatakan


melampau dan menyusahkan. Ada jua yang sampai terlalu membesar-besarkan
hingga terjadi pembaziran dan pembaziran dari segi Islam adalah berdosa. Tidaklah
salah jika ingin menghebohkan sesuatu perkahwinan itu, malah sunat kerana ianya
dapat membuang fitnah tetapi hendaklah bersederhana dan Allah sangat membenci
pembaziran kerana ianya sifat Syaitan seperti dalam firmanya:“Sesungguhnya
orang-orang yang melakukan pembaziran itu adalah saudara-saudara syaitan,
sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya”
(Surah al-Isra’: 27)

You might also like