You are on page 1of 24

HUKUM INSURANS

DI DALAM ISLAM

Disusun oleh :

Mohammad Naqib bin Hamdan


Mahasiswa Tahun 3, Sesi 2010/2011
Universiti Al-Azhar Asy-Syarif cawangan Dumyat.

1
ISI KANDUNGAN

TAJUK MUKASURAT

TAKRIF INSURANS DARI SEGI BAHASA DAN ISTILAH 3

JENIS-JENIS INSURANS 4

RUKUN-RUKUN INSURANS 5

BAGAIMANA TERMETERAI AKAD (KONTRAK) INSURANS 6

CIRI-CIRI INSURANS 7

PERJANJIAN INSURANS 9

JENIS-JENIS KONTRAK INSURANS 10

HUKUM INSURANS 14

RUJUKAN 24

2
1.0 TAKRIF INSURANS DARI SEGI BAHASA DAN ISTILAH

1.1 Takrif dari segi bahasa :

Ia diambil perkataan amina – ya’manu – amnan, iaitu apabila mempercayai dan

cenderung kepadanya. Maka dia adalah amin.

Disebutkan di dalam lisanul ‘arab : Al-Amnu itu adalah antonim bagi takut, al-amanah

adalah antonim bagi khianat, al-iman adalah antonim bagi kafir, dan al-iman yang

bermaksud membenarkan, adalah antonim bagi mendustakan.

1.2 Takrif dari segi istilah :

Insurans adalah satu akad yang lazim (mesti) kepada pihak yang mengendalikan

rancangan pengumpulan risiko (syarikat atau insurer), memberikan kepada pihak

pelanggan (ahli yang menyertai rancangan pengumpulan risiko – insured) atau sesiapa

yang layak mendapatnya, dengan sejumlah harta (pampasan), secara sekaligus atau

berperingkat, ketika terjadinya perkara sesuatu risiko ketika masih di dalam akad. Semua

ini adalah ganti kepada apa yang diberikan oleh pelanggan (juga disebut premium)

kepada syarikat.

3
2.0 JENIS-JENIS INSURANS

Ia boleh dibahagikan kepada dua :

i. Takaful, atau juga disebut takmin takafuli atau takmin tabaduli.

ii. Insurans konvensional.

2.1 Takaful

2.1.1 Takaful ialah skim insurans yang diuruskan berdasarkan hukum syarak.

2.1.2 Tidak bermatlamatkan keuntungan semata-mata, tetapi lebih kepada saling

membantu antara peserta yang menyertai skim ini.

2.1.3 Ia seperti satu institusi kebajikan, yang menjaga kebajikan ahlinya.

2.1.4 Jenis-jenisnya :

i. Takaful Am dan Kesihatan.

ii. Takaful pelaburan. Jika ia di bank konvensional, maka ia adalah haram.

Tetapi jika dilaburkan di institusi kewangan islam, ia adalah halal.

2.2 Insurans

Lebih bermaksud mendapatkan keuntungan. Perbincangan mengenainya akan menyusul.

4
3.0 RUKUN-RUKUN INSURANS

3.1 Persetujuan antara kedua belah pihak.

Ia adalah persetujuan bagi dua kehendak atau lebih, yang membawa kepada tercapainya

hak-hak tertentu dengan syarat kehendak itu, dengan syarat ia dilakukan oleh orang yang

layak atau cukup syarat.

3.2 Perkara yang dikontrakkan.

Para ulamak berbeza pendapat pada perkara ini :

i. Risiko.

ii. Risiko dan premium (bayaran) yang disumbangkan oleh insured.

iii. Kepentingan atau bertujuan kewangan.

iv. Setiap risiko yang boleh diinsuranskan.

Disyaratkan pula :

i. Mesti disebutkan ketika termeterainya kontrak.

ii. Mempunyai kebarangkalian untuk terjadi atau berlaku pada masa akan datang.

iii. Mesti tertentu dan diketahui.

3.3 Sebab yang menjadikan termerainya kontrak ini.

5
4.0 BAGAIMANA TERMETERAI AKAD (KONTRAK) INSURANS

4.1 Mempunyai risiko.

Ia diumpamakan seperti barang jualan. Syarat-syaratnya adalah :

i. Mempunyai kebarangkalian untuk terjadi.

ii. Terjadi sendiri.

iii. Tidak berlawanan dengan undang-undang.

4.2 Premium.

Ia adalah bayaran (bulanan atau tahunan) yang diberikan oleh insured (pelanggan) bagi

mendapatkan perlindungan terhadap risiko.

4.3 Ganti rugi atau pampasan.

Ia adalah wang yang dibayar oleh insurer (syarikat) kepada insured apabila berlaku

risiko.

4.4 Kepentingan yang membawa kepada termeterainya kontrak.

Ia adalah satu perkaitan dimana pihak insured akan mendapat pampasan terhadap

perlindungan yang dimintanya dari syarikat. Manakala insurer syarikat akan mendapat

duit premium yang dibayar oleh insured jika risiko tidak berlaku.

6
5.0 CIRI-CIRI INSURANS

5.1 Akad Taradhi

Terjadinya ijab dan qabul dengan persetujuan dari kedua-dua belah pihak, dan setiap

pihak mestilah berkelayakan untuk membuat keputusan.

Sebahagian pendapat menyebutkan bahawa kontrak insurans ini bermula dengan

penyerahan premium oleh insured (pelanggan).

5.2 Akad Iz’an

Setiap pihak meletakkan syarat masing-masing yang dikendaki oleh mereka. Jika ia

diterima tanpa ada sebarang penambahan atau pengurangan, maka termeterailah kontrak

ini. Jika tidak, batallah kontrak ini.

5.3 Akad Muawadhoh

Setiap pihak mendapat pulangan dari apa yang diberikannya. Pihak insurer (syarikat)

mendapat bayaran premium dari pihak insured, dan mereka melindungi atau menanggung

risiko ke atas insured. Pihak insured pula akan mendapat pampasan jika berlakunya

risiko.

5.4 Akad Mulzim bagi sebelah pihak.

Setiap pihak tidak boleh membuat sebarang keputusan atau perubahan tanpa mendapat

bersetujuan dari pihak yang satu lagi.

7
5.5 Akad Ihtimali

Ini kerana kedua-dua belah pihak tidak mengetahui siapa yang akan mendapat

keuntungan atau kerugian ketika termeterainya kontrak. Jika risiko itu terjadi, pihak

insured yang akan mendapat keuntungan. Jika ia tidak berlaku, pihak insurer akan

mendapat keuntungan.

8
6.0 PERJANJIAN INSURANS

6.1 Nama-nama pihak yang memeterai kontrak insurans, tempat proses dilakukan dan

pihak yang akan mendapat pampasan.

6.2 Perkara yang diinsuranskan.

6.3 Risiko yang ingin dilindungi.

6.4 Nilai insurans.

6.5 Jumlah premium bulanan atau tahunan yang perlu dibayar oleh insured

(pelanggan), waktu bayaran dan cara pembayaran.

6.6 Jumlah insurans.

6.7 Tempoh perlindungan risiko.

6.8 Syarat-syarat tertentu ketika termeterai kontrak yang memberi kebaikan kepada

kedua belah pihak.

6.9 Tandatangan kedua belah pihak dan tarikh.

9
7.0 JENIS-JENIS KONTRAK INSURANS

7.1 Insurans Am

7.2 Insurans Hayat

7.2.1 Takmin li Halatil Wafah

7.2.1.1 Insurans hayat seumur hidup

7.2.1.2 Insurans hayat sementara

7.2.1.3 Insurans hayat kekal

7.2.2 Takmin li Halatil Baqa’

7.2.3 Takmin Mukhtalith

PERINCIAN :

7.1 Insurans Am

Pihak insured akan mendapat pampasan atau ganti rugi ketika berlakunya risiko

sebagaimana yang telah disepakati sewaktu kontrak dimeterai untuk mengelakkan

mudarat. Contoh bagi Insurans Am adalah :

i. Insurans kecuarian

ii. Insurans kebakaran

iii. Insurans kemalangan

10
Contohnya jika berlaku kebakaran pada rumah yang berharga RM 800 000, pihak insurer

tidak akan membayar keseluruhan harga rumah tersebut, tetapi ia akan hanya membayar

peratus kerosakan yang terhasil dari kebakaran itu. Jika kebakaran merosakkan 50% dari

rumah itu, jumlah pampasan yang diperolehi oleh insured adalah RM 400 000.

7.2 Insurans Hayat

Ia adalah satu skim insurans yang berkaitan dengan diri manusia sama ada pada

kehidupannya, kesihatannya atau keselamatannya. Ia juga disebut takmin ‘ala al-hayah.

Pihak insurer (syarikat) akan memberikan pampasan kepada insured (pelanggan) atau

pihak ketiga (contohnya waris bagi insured), dengan sejumlah wang ketika kematian

insured, atau dia masih hidup untuk tempoh tertentu.

7.2.1 Takmin li halatil wafah

Pihak insurer perlu membayar pampasan kepada pihak insured atau warisnya

ketika kematian insured. Ia mempunyai beberapa keadaaan :

7.2.1.1 Insurans hayat seumur hidup

Pihak insurer perlu membayar pampasan kepada waris insured selepas

kematiannya. Jika insurans itu dimeterai untuk suatu tempoh yang

tertentu (contohnya 20 tahun), dan insured sebelum tiba tempoh

matang, bayaran premium ditamatkan dan insurer akan mendapat

semua wang diberikan.

11
Jika insured masih hidup selepas tempoh itu, bayaran premium akan

ditamatkan tetapi pampasan tidak akan diberikan kepada waris insured

melainkan selepas kematiannya.

7.2.1.2 Insurans hayat sementara

Pihak insured membayar premium kepada insurer untuk suatu tempoh

yang tertentu yang mana jika dia mati dalam tempoh itu, insurer perlu

membayar pampasan kepada waris insured.

Jika insured tidak mati, dia tidak akan mendapat apa-apa.

7.2.1.3 Insurans hayat kekal

iaitu waris insured masih hidup selepas kematiannya. Justeru, pihak

insurer perlu membayar pampasan kepada waris jika dia masih hidup

selepas kematian insured.

Tetapi jika waris insured itu mati sebelumnya, terbatallah kontrak itu

dan dia tidak akan mendapat apa-apa.

7.2.2 Takmin li Halatil Baqa’

Iaitu pihak insured masih hidup selepas tempoh yang dipersetujui. Ini terbalik dari

keadaan yang pertama. Gambarannya adalah pihak insured membayar premium

kepada insurer untuk suatu tempoh yang tertentu (contohnya 20 tahun). Jika dia

12
masih hidup selepas tempoh itu, pihak insurer perlu membayar pampasan

kepadanya.

Tetapi jika dia mati sebelum tiba tempoh itu (sebelum genap 20 tahun),

terhentilah kontrak itu dan warisnya tidak akan mendapat apa-apa pun.

7.2.3 Takmin Mukhtalith

Ia adalah gabungan antara keadaan yang pertama dan kedua. Pihak insurer perlu

membayar pampasan kepada waris jika insured mati dalam tempoh yang

disepakati.

Atau insurer membayar pampasan jika insured masih hidup selepas tempoh yang

disepakati.

Terdapat satu lagi jenis skim iaitu insurans anggota badan. Pihak insurer perlu membayar

pampasan kepada insured (atau warisnya jika dia mati) jika berlaku sebarang kecelakaan kepada

anggota badan insured selagi mana dia di dalam tempoh yang disepakati.

13
8.0 HUKUM INSURANS

Para fuqaha berbeza pendapat mengenai hukum insurans konvensional ini kepada dua

pendapat :

8.1 Pendapat pertama : Mengharamkan insurans jenis ini. Kelompok ini adalah yang

paling ramai. Antara fuqaha kelompok ini adalah :

i. Syeikh Muhammad Bukhit Al-Muthi’e (Mantan Mufti Republik Arab

Mesir).

ii. Al-Allamah Ibrahim Al-Husain

iii. Syeikh Abdul Rahman Mahmud Qara’ah (Mantan Mufti Republik Arab

Mesir).

iv. Syeikh Muhammad Abu Zahrah (Anggota Majma’ Buhuth Islamiyyah).

v. Dr. Siddiq Muhammad Al-Amin Ad-Dhorir (Ketua Fakulti Syariah

Islamiyyah Unversiti Khortoum).

8.2 Pendapat kedua : Mengharuskan insurans konvensional. Antara fuqaha kelompok

ini adalah :

i. Al-Imam Muhammad Abduh (Mantan Syeikh Al-Azhar).

ii. Dr. Muhammad Yusuf Musa (Pensyarah Fakulti Syariah Islamiyyah).

iii. Syeikh Ali Al-Khofif (Anggota Majma’ Buhuth Islamiyyah).

iv. Dr. Muhammad Al-Bahi (Menteri Waqaf dan Hal Ehwal Al-Azhar).

v. Dr. Mustafa Az-Zarqa

14
DALIL PENDAPAT PERTAMA :

8.1.1 Kontrak insurans mengandungi unsur gharar yang merosakkan kontrak.

Kontrak insurans adalah akad muawadhoh (kontrak tukar milik), dan gharar merosakkan

semua kontrak akad muawadhoh. Sesungguhnya Rasulullah saw telah melarang semua

jenis jual beli yang mengandungi unsur gharar.

Nasnya adalah apa yang diriwayatkan oleh Muslim dari Ibnu Umar ra bahawa :

“Sesungguhnya Nabi saw melarang dari jual beli gharar”.

Apakah gharar yang terdapat di dalam skim insurans ini?

Gharar yang ada di dalamnya adalah gharar yang merosakkan akad. Antaranya :

i. Adakah risiko yang dilindungi itu akan berlaku atau tidak?

ii. Siapa yang akan mendapat keuntungan atau pampasan?

iii. Jumlah pampasan (kerana kita tidak tahu peratus kerosakan yang akan berlaku)?

iv. Tempoh sehingga berlaku risiko itu?

Contohnya, pihak insured membayar premium untuk melindungi dirinya dari risiko-risiko

yang mungkin terjadi. Tetapi semua risiko itu tidak lebih dari satu teka-teki, adakah ia

akan berlaku atau tidak. Malah pihak insurer (syarikat) mungkin menanggung kerugian

yang besar berbanding bayaran premium yang diperolehnya.

15
8.1.2 Skim insurans mengandungi jahalah (perkara yang tidak jelas), yang menyebabkannya

menjadi haram.

Jumlah premium yang diberikan oleh pihak insured (pelanggan) kepada insurer (syarikat)

tidak jelas. Ini lebih jelas di dalam insurans hayat seumur hidup. Malah kedua-duanya

tidak mengetahui kadar untung atau rugi yang mungkin diperolehi.

8.1.3 Kontrak insurans mengandungi unsur perjudian. Perjudian adalah haram di dalam islam.

Oleh itu, insurans menjadi haram.

Firman ALLAH swt : “Sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan menilik nasib

dengan batang anak panah, adalah kotor (dan ia) dari perbuatan keji. Oleh itu,

hendaklah kamu menjauhinya”

Ini kerana ia bergantung kepada risiko itu, sama ada ia akan berlaku pada masa akan

datang atau tidak. Inilah yang dikatakan perjudian.

Contohnya, pihak insured berharap akan mendapat pampasan yang besar dari risiko yang

berlaku, dan dia hanya membayar sejumlah wang premium yang sedikit.

16
8.1.4 Insurans mengandungi riba’ nasiah dan riba’ fadl. Kedua-dua jenis riba ini diharamkan

di sisi islam.

Bagaimana riba’ boleh terjadi di dalam kontrak insurans ini?

Pihak insurer (syarikat) akan membayar pampasan kepada pihak insured (pelanggan)

ketika terjadinya risiko. Terdapat tiga bentuk di sini :

i. Insured akan mendapat nilai yang lebih besar dari jumlah premium yang

dibayarnya – ini adalah riba’ nasiah dan riba’ fadl.

ii. Insured mendapat nilai yang sama dengan jumlah premium yang dibayarnya – ini

adalah riba’ nasiah (kerana ia termasuk menjual barang dengan barang yang

sama).

iii. Insured mendapat nilai yang sedikit dari jumlah premium yang dibayarnya – ini

adalah riba’ nasiah.

8.1.5 Insurans mengandungi konsep memakan harta orang lain dengan cara yang salah, dan ia

adalah ditegah. Oleh itu, insurans menjadi haram. Gambarannya adalah sangat jelas.

17
DALIL PENDAPAT KEDUA

8.2.1 Menyamakan (qias) antara insurans dengan wala’ al-muwalah. Ia adalah satu persetujuan

antara dua pihak supaya saling menolong. Contohnya jika si A melakukan suatu jenayah,

si B akan bersama-sama membayar diyat. Sebagai balasannya, si B akan mendapat semua

harta si A jika dia tidak mempunyai sebarang waris.

Munaqashah / perbincangan :

i. Sesungguhnya hukum ini telah dimansuhkan dengan Al-Quran dan Hadis :

(a) Firman ALLAH swt : “Dan ulul arham (ahli keluarga) itu adalah lebih aula

dari yang lain di sisi ALLAH swt”.

(b) Sabda Rasulullah saw : “Wala’ (setia) itu hanya bagi hamba yang

dibebaskan”.

ii. Wala’ al-muawalah yang sebenarnya adalah mewasiatkan dengan semua

hartanya. Mewasiatkan dengan semua harta bagi sesiapa yang tidak mempunyai

waris, adalah tidak dibenarkan di sisi syarak (mengikut mazhab Syafie).

Jawapan kepada munaqashah / perbincangan :

i. Sesungguhnya islam telah mengiktiraf wala’ al-muwalah sebagai satu sebab

kepada perwarisan harta. Firman ALLAH swt : “Dan orang-orang yang

mengikat perjanjian antara mereka, maka berikanlah bahagian mereka”.

18
ii. Hadis di atas tidaklah menghalang perkara atau sebab perwarisan yang lain, tetapi

ia tidak lebih dari tambahan (kepada penjelasan menganai sebab perwarisan).

Justeru, ia tidaklah menghalang wala’ al-muwalah dari menjadi sebab perwarisan.

iii. Harta orang yang tidak ada sebarang waris akan diletakkan di baitulmal. Harta itu

akan diberikan kepada sesiapa yang diwasiatkan oleh si mati berbanding

diberikan kepada baitulmal kerana dia lebih afdal dari baitulmal. Begitulah juga

keadaannya dengan wala’ al-muwalah.

Kritikan terhadap jawapan di atas :

Qias yang digunakan oleh mereka tidak tepat. Ia boleh dilihat dari beberapa aspek :

Aspek Insurans Wala’ al-muwalah

Tanggungan risiko - Pihak insurer yang menanggung Kedua-dua pihak


semua risiko yang mungkin menanggung risiko
terjadi. bersama-sama
- Pihak insured hanya membayar
premium tidak kira betapa besar
risiko yang ditanggung oleh
insurer.

Tujuan utama Keuntungan Saling menolong

19
8.2.2 Menyamakan (qias) antara insurans dengan kontrak mudharabah, iaitu perkongsian

keuntungan dengan modal dari satu pihak dan kerja dilakukan oleh pihak yang lain.

Kritikan terhadap qias di atas :

Qias yang digunakan oleh mereka tidak tepat. Ia boleh dilihat dari beberapa aspek :

Aspek Kontrak mudharabah Insurans

Tanggungan Kerugian @ risiko ditanggung Risiko ditanggung oleh insurer


kerugian @ risiko oleh pemodal (syarikat)

Hak kepemilikan Modal itu masih menjadi milik Premium yang dibayar menjadi
modal @ premium pemodal, bukan pekerja milik insurer
yang diberikan

Ketika kematian Waris pemodal mendapat hak Waris boleh mendapat


pemodal @ keuntungan jika ada pampasan yang lebih tinggi dari
pembayar premium jumlah premium yang dibayar

8.2.3 Menyamakan (qias) antara insurans dengan jaminan (dhoman) sesuatu yang tidak

diketahui (jahalah) atau tidak wajib. Si penjamin wajib membayar apa yang dijaminnya

walaupun dia tidak mengetahui akan benda yang dijaminnya.

Begitu juga dengan insurans, pihak insurer wajib membayar pampasan kepada insured

jika berlaku risiko walaupun ia tidak diketahui ketika kontrak dimeterai.

20
Kritikan terhadap qias di atas :

Qias yang digunakan oleh mereka tidak tepat. Ia boleh dilihat dari beberapa aspek :

Aspek Jaminan (dhoman) Insurans

Jenis Kontrak Akad Tabarru’ Akad Muawadoh

Jahalah Dimaafkan di dalam akad jenis ini Tidak dimaafkan

Rukunnya Dhamin (penjamin), Madhmun lahu, Dhamin (syarikat),


Madhmun lahu, Madhmun
Madhmun ‘anhu, madhmun

Punca dan cabang Penjamin adalah asal Penjamin (syarikat) adalah


asal
dan madhmun ‘anhu adalah cabang

8.2.4 Menyamakan (qias) antara insurans dengan nizom (sistem) ‘aqilah.

Sesungguhnya ahli keluarga (‘aqilah) akan menanggung bayaran diyat pada pembunuhan

tidak sengaja. Ini bagi meringankan kesan yang ditanggung oleh pembunuh yang tidak

sengaja itu.

Pihak insurer (syarikat) telah membuat satu sistem yang dapat membantu meringankan

beban yang ditanggung oleh insured ketika berlakunya risiko. Malah, islam sangat

menggalakkan konsep saling menolong antara manusia.

21
Kritikan terhadap qias di atas :

Qias yang digunakan oleh mereka tidak tepat. Ia boleh dilihat dari beberapa aspek :

Aspek Sistem ‘Aqilah Sistem Insurans

Asas Terbina di atas konsep tolong Bukan di atas konsep tolong


menolong sesame keluarga menolong, malah tidak ada
sebarang hubungan antara kedua
mereka

Tanggungjawab Setiap anggota keluarga Hanya ditanggung oleh pihak


menanggung beban berdasarkan insurer
kemampuan mereka (berbeza
antara yang kaya dan miskin…)

Hubungan Hubungan kekeluargaan antara Tidak ada hubungan antara


antara pembunuh dan ‘aqilah kedua-duanya
keduanya

8.2.5 Manusia sangat kepada skim insurans ini untuk memudahkan urusan mereka dan

mendapat keuntungan darinya untuk digunakan di dalam kehidupan seharian mereka.

Kritikan terhadap hujah di atas :

Sesungguhnya terdapat banyak lagi cara yang boleh digunakan untuk mendapatkan wang

untuk meneruskan kehidupan. Malah ALLAH swt tidak pernah menyempitkannya.

Justeru, ia tidak sampai ke tahap darurat yang membolehkan kita beralih kepada perkara

haram (seperti insurans). Malah sekarang ini terdapat skim yang dibenarkan syarak iaitu

insurans takaful.

22
8.2.6 Hukum asal bagi sebarang kontrak muamalat adalah harus selagi mana ia tidak

bertentangan dengan Al-Quran, Hadis dan maqasid syariah. Skim insurans adalah salah

satu jenis kontrak yang baru. Oleh itu, ia dibenarkan.

Kritikan terhadap hujah di atas :

i. Hukum asal bagi sebarang kontrak muamalat bukanlah harus, tetapi ia adalah

larangan kecuali jika ada dalil yang membenarkannya.

ii. Jikapun hukum asalnya adalah harus, ia tetapi tidak selari dengan Al-Quran dan

Hadis. Oleh itu, insurans terkeluar dari kaedah ini.

8.2.7 Skim insurans konvensional ini berdiri di atas konsep tolong menolong. Oleh itu, jika ia

mempunyai tujuan dan mashlahat yang jelas dan betul, maka ia dibenarkan berdasarkan

firman ALLAH swt : “Dan tolong menolonglah kamu pada perkara kebaikan taqwa”.

Kritikan terhadap hujah di atas :

Sesungguhnya tujuan bagi skim ini tidak termasuk di dalam tolong menolong pada

perkara kebaikan dan taqwa, tetapi ia digolongkan di dalam tolong menolong pada

perkara dosa dan permusuhan. Ia jelas dilarang oleh ALLAH swt di dalam ayat : “Dan

janganlah kamu tolong menolong pada perkara dosa dan permusuhan”.

23
8.3 Pendapat yang terpilih :

Pendapat yang terpilih adalah pendapat yang mengharamkan insurans konvensional.

Diantara sebab-sebabnya adalah :

i. Kontrak insurans mengandungi gharar, riba’, unsur-unsur perjudian yang

berkaitan dengan risiko, sama ada ia akan berlaku atau tidak.

ii. Ia adalah salah satu dari jenis kontrak yang baru dicipta tetapi ia tidak selari

dengan kontrak-kontrak sedia diketahui oleh para fuqaha’.

iii. Keburukan yang terhasil dari kontrak insurans ini lebih banyak dair kebaikan

yang mungkin diperolehi.

iv. Telah wujud insurans takaful yang selari dengan nas-nas syarak. Justeru, tidak ada

keperluan untuk mempraktikkan skim insurans konvesional ini.

9.0 RUJUKAN

9.1 Nazoriat Fiqhiyyah Muasiroh oleh Dr. Muhammad Mansur.

9.2 Mausuah Qadhoya Fiqhiyyah Muasiroh wa Iqtisod Islami oleh Dr. Ali Ahmad

Salus.

9.3 Tsalatsunat fi Qadhaya Fiqhiyyah Muasiroh oleh Dr. Sa’d Ad-Din Al-Hilali.

9.4 Semak Cepat SPM perdagangan oleh Khairiah bt. Ahmad dan Normal bt. Ramli.

‫ وما أصابك من سيئة فمن نفسي‬، ‫ما أصابك من حسنة فمن اهلل‬

‫واهلل أعلم بالصواب‬


24

You might also like