You are on page 1of 3

Azam pendorong kejayaan

09 Feb 2011, 10:37 AM | Motivasi

KEAZAMAN tinggi murid istimewa selebral plasy, Ahmad Faiz Ibrahim telah berjaya
membantunya memperoleh 4A  IB dalam peperiksaan  UPSR di Sekolah Kebangsaan kubang
kerian 1, Kota Bharu tahun lalu.

SUDAHKAH anda memasang azam untuk tahun ini. Ada yang sudah, ada yang belum dan
ada yang tidak mahu lagi berazam kerana kecewa azamnya selama ini tidak pernah tercapai.

Selain itu, ada juga yang berpegang kepada prinsip tidak perlu menunggu setiap awal tahun
untuk berazam. Ia boleh dilakukan bila-bila masa.

Azam, cita-cita atau visi penting untuk semua orang terutamanya kepada anda sebagai murid
yang menduduki peperiksaan pada September ini. Mendapat semua A dalam setiap mata
pelajaran adalah azam yang baik.

Manakala sebagai individu, anda perlu menanam cita-cita dan merancang arah tuju hidup
anda sendiri.

Jika tidak, anda hanya menerima apa sahaja yang diaturkan untuk anda walaupun tidak
meminatinya dan jika ini berlaku, sebagai remaja, anda sebenarnya akan kehilangan satu
nikmat hidup untuk merasai kegembiraan mencapai apa yang anda idam-idamkan.

Berikut dikemukakan cara-cara yang boleh membantu anda membina azam dan cita-cita:

1. Tetapkan sasaran sebenar

Bagi kanak-kanak, memang agak sukar untuk membayangkan masa depan anda.
Bagaimanapun, ini tidak seharusnya menghalang anda untuk merancang masa depan.

Menurut pakar psikologi, anda boleh mulakannya dengan `berangan'. Tetapi ingat, jangan jadi
seperti Mat Jenin, berangan kosong. Sebaliknya, angan-angan anda perlu `berisi' dan
bermakna.

Jadikan angan-angan anda sebagai sumber inspirasi yang boleh menggerakkan dan
memajukan diri sendiri.

Pastinya ramai yang berangan-angan untuk menjadi salah seorang daripada angkasawan
negara ataupun negarawan seperti Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Sertakan angan-angan itu dengan usaha-usaha yang setimpal untuk mencapai impian itu.

2. Fokuskan azam anda

Kadang kala ada antara kita yang mempunyai azam dan cita-cita yang terlalu luas dan abstrak
sehinggakan tiada fokus dan tidak tahu di mana mahu bermula.

Oleh itu penting untuk anda menjuruskan cita-cita dan azam anda. Ia lebih mudah daripada
memikirkan secara umum.

Contohnya cita-cita untuk menjadi tukang masak atau chef terkemuka, adalah terlalu umum.
Anda perlu tahu terdapat pelbagai bidang masakan yang boleh anda ceburi seperti kek dan
pastri, masakan barat, masakan timur, masakan antarabangsa dan sebagainya. Mana satu
kegemaran anda sebenarnya. Tanya diri anda yang mana yang paling anda minat dan
fokuskan cita-cita anda kepada yang satu itu.

Gunakan Internet untuk mencari maklumat lanjut mengenainya atau tanya orang yang
berpengalaman mengenai bidang ini.
Bagaimana ibu bapa atau guru dapat membantu pelajar berazam?

. Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah mencari makna sebenar atau menghuraikan
azam mereka supaya lebih fokus.

. Pelajar perlu diingatkan bahawa apa yang dicita-citakan itu perlulah melibatkan diri mereka
sendiri dan bukannya orang lain. Mereka sendiri perlu berusaha untuk mencapainya.

. Untuk memberikan motivasi kepada pelajar supaya lebih yakin dengan azam dan cita-cita
mereka, suruh mereka bayangkan diri mereka apabila apa yang dicita-citakan itu tercapai.

. Biarkan mereka gambarkan perasaan dan juga keadaan mereka apabila cita-cita menjadi
kenyataan.

. Minta mereka tuliskan cita-cita mereka dan juga minta mereka jawab, apa yang paling
membahagiakan mereka apabila cita-cita itu tercapai kelak.

. Minta juga mereka teliti azam dan cita-cita dan lihat di mana boleh dibuat penyesuaian.

. Mungkin cita-cita mereka terlalu ideal dan tidak realistik.

. Sentiasa ingatkan mereka azam dan cita-cita yang tinggi juga memerlukan usaha dan
komitmen yang tinggi.

. Bincang dengan mereka mengenai kecerdasan pelbagai untuk memudahkan mereka


mengenal pasti di mana kekuatan mereka dan adakah ia selari dengan apa yang diinginkan.

Anda boleh sentiasa merujuk Internet yang mempunyai pelbagai jenis ujian personaliti dan
minat yang boleh memberi sedikit idea kepada mereka di mana sebenarnya minat dan
kecenderungan mereka.

You might also like