You are on page 1of 13

Azfa Hanani

(Halis Azhan Mohd Hanafiah)


Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum (KPM)
 
Sinopsis
 
Novel ini memaparkan pengorbanan seorang gadis remaja, bernama Azfa Hanani ( Nani ).
Azfa Hanani merupakan murid tingkatan 5 Kenanga, Sekolah Menengah Seri Dian. Azfa
Hanani diminta menyamar sebagai Tengku Murni oleh Tengku Mazran dan isterinya
Syafinaz.Hal ini demikian kerana Tengku Murni telah meninggal dunia dalam satu
kemalangan jalan raya.Datin Maziah yang turut terlibat dalam kemalangan itu koma .Apabila
Datin Maziah sedar daripada komanya dia tidak dapat menerima kenyataan bahawa anak
perempuan tunggalnya telah di jemput Illahi.
 
Azfa Hanani yang hidup dalam kemiskinan di rumah Pak Madi (Pak Long) telah mengambil
buku rujukan tanpa kebenaran pihak sekolah.Tujuannya adalah untuk mengulang kaji
pelajarannya .Pada masa yang sama anak Pak Longnya Zuraini mengalami penyakit lumpuh.
Azfa Hanani yang merasakan dirinya membebani keluaga Pak Long bertekad untuk
menerima tawaran penyamaran sebagai Tengku Murni.Azfa Hanani menerima tawaran itu
kerana Tengku Mazran berjanji untuk menanggung kos rawatan Zuraini.
 
Azfa Hanani dibawa ke banglo Datuk Tengku Makmur untuk menemui Datin Maziah. Azfa
Hanani telah diberi penjelasan dan tunjuk ajar oleh Tengku Mazran dan isterinya tentang
tingkah laku Tengku Murni .Penyamaran itu nampaknya berhasil kerana Datin Maziah tidak
dapat mengesyaki apa-apa kekurangan yang ada dalam diri Azfa Hanani.Kemudian Azfa
Hanani dihantar bersekolah di Sekolah Menengah Taman Sari. Di situ,dia mengenali rakan-
rakan Tengku Murni,seperti Tengku Ellina, Suzana,Adriani,Ekran dan lain-lain.Azfa Hanani
turut mengenali beberapa orang pelajar yang tidak menyukai Tengku Murni iaitu
Laili,Syafikah dan Fuziana.Di banglo Datin Maziah dan di sekolah barunya pelbagai
peristiwa gembira dan sedih dilalui.
Azfa Hanani telah membaca diari Tengku Murni.Melalui diari ini terbongkar rahsia cinta
yang terhalang antara Tengku Murni dan Ekran.Cinta mereka terhalang disebabkan abang
Tengku Murni,Tengku Muzaffar mementingkan status keluarga mereka sebagai golongan
kaya dan bangsawan.Hal ini menyebabkan konflik berlaku antara Azfa Hanani dan Tengku
Muzaffar.Pertengkaran mereka telah didengari oleh Datin Maziah,akibatnya penyamaran
Azfa Hanani terbongkar.Datin Maziah telah menghalau Azfa Hanani .
 
Azfa Hanani pulang ke rumah Pak Long Madi di Kampung Merpati.Tengku Datuk Makmur
dan Datin Maziah datang ke Kampung Merpati untuk memohon maaf dan memujuk Azfa
Hanani agar kembali ke banglo mereka.Tengku Datuk Makmur menceritakan kisah yang
terjadi enam belas tahun yang lalu.Menurut beliau kematian ibu bapa Azfa Hanani
disebabkan kecuaiannya semasa memandu dalam keadaan mabuk.Teksi yang dinaiki oleh ibu
bapa Azfa Hanani telah terjunam ke dalam gaung dan Azfa Hanani tercampak keluar.Datin
Maziah yang bersimpati dengan Azfa Hanani telah menyusuinya.
 
Datin Maziah dan Datuk Tengku Makmur ingin menebus kesalahan mereka.Mereka
memujuk agar Azfa Hanani kembali tinggal bersama-sama mereka.Akhirnya Azfa Hanani
bersetuju untuk kembali tinggal di banglo itu dengan identiti sebenarnya.Dia juga mengetahui
bahawa ibu bapa Ekran sebenarnya merupakan pensyarah di Universiti Kebangsaan
Malaysia. Mereka bukannya miskin sebagaimana yang dikatakan oleh Tengku Muzaffar.
 
Sinopsis Bab Demi Bab
 
Takut
 
Ketika rakan-rakannya menumpukan perhatian terhadap pembelajaran Kimia, Azfa Hanani
diburu rasa takut sekiranya namanya dipanggil oleh pengetua kerana mencuri buku dari
perpustakaan. Padanya, dia bukan bertujuan untuk mencuri sebaliknya hanya "meminjam"
untuk mengulang kaji pelajaran kerana tidak mampu untuk membeli buku rujukan. Dia takut
dibuang sekolah kerana perbuatan mencuri yang dilakukannya. Semua hal ini terjadi
disebabkan kemiskinan keluarga Pak Long Madi yang memeliharanya sejak kedua-dua ibu
dan bapanya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Dia semakin takut apabila
pengetua mahu menemuinya.
 
Siapa Mereka?
 
Di dalam bilik pengetua, terdapat tetamu yang begitu asing baginya, iaitu Tengku Mazran,
Syafinaz dan Syarifah Rozan. Mereka memberitahunya dia seiras Tengku Murni, seorang
remaja yang meninggal dunia dalam suatu kemalangan empat bulan lalu. Tengku Mazran dan
Syafinaz memberitahu bahawa dia berkunjung ke rumah Syarifah Rozan semalam dan
ternampak gambarnya dalam album. Gambarnya seiras wajah adiknya, Tengku Murni. Azfa
Hanani ditawarkan menjadi anak angkat keluarga kaya dan menyamar sebagai Tengku Murni
kerana wajah mereka seiras.
Datin Maziah tidak dapat menerima hakikat bahawa anak gadis tunggalnya telah meninggal
dunia. Dia menuduh anak-anak lelakinya telah melarikan Tengku Murni. Oleh sebab itu,
mereka bercadang untuk mengambil Azfa Hanani menggantikan Tengku Murni bagi
menenangkan hati Datin Maziah. Azfa Hanani agak risau untuk menerima tawaran itu
walaupun dijanjikan dengan pelbagai kemewahan. Namun begitu, dia memerlukan keizinan
oleh pak long dan mak longnya.
 
Kerana Terdesak
 
Tengku Mazran dan Syafinaz yang ditemani oleh Abang Norman dan Pak Haji Arshad tiba di
rumah pak long untuk berbincang dengan pak long dan mak long. Pak Haji Arshad menjadi
orang tengah dalam perbincangan itu. Tengku Mazran menceritakan kemalangan yang
menimpa adiknya, Tengku Murni. Menurut Tengku Mazran, apabila ibunya, Datin Maziah
tersedar daripada koma, yang ditanyanya ialah Tengku Murni. Puas mereka berdalih dengan
mengatakan Tengku Murni mengikuti program pertukaran pelajar ke Jepun. Dia tidak mampu
berterusan menipu dan tidak mahu ibunya menghadapi tekanan jiwa. Tengku Mazran
meminta keizinan pak long dan mak long untuk membawa Azfa Hanani ke Kuala Lumpur.
Sebagai balasan, sekiranya Azfa Hanani mahu menggantikan tempat "Tengku Murni", kos
perubatan
anak pak longnya, Zuraini yang hampir lumpuh akan ditanggung. Azfa Hanani berfikir,
sekiranya dia masih kekal di Sekolah Menengah Sri Dian, dia akan dibuang sekolah kerana
mencuri buku di perpustakaan. Selain itu, bila-bila masa sahaja pak longnya akan
memberhentikan persekolahannya kerana kesempitan hidup. Setelah memikirkan masalah
dirinya dan penyakit Zuraini mampu sembuh, akhirnya dia menerima tawaran Tengku
Mazran.
 
Seawal Kehadiran
 
Di Hotel Universe, Tengku Mazran dan isterinya, Syafinaz mengajar cara-cara bertutur,
makan dan bergaul dengan Datin Maziah. Apabila tiba di banglo yang dimaksudkan, dia
dibawa ke bilik Tengku Murni . Tengku Mazran dan Syafinaz memujuk Azfa Hanani akan
sikap kasar Tengku Muzaffar yang mengungkapkan kata-kata menyakitkan hatinya. Azfa
Hanani kemudian berehat di dalam bilik itu. Ketika itu, dia teringat akan kata-kata Nordin
sebelum dia bertolak ke sini, bahawa bukan dia yang dituduh mencuri buku, sebaliknya
melibatkan beberapa orang pelajar lelaki. Apabila Datin Maziah terjaga daripada tidur, Azfa
Hanani dibawa bertemunya. Dia mengikut arahan seperti yang diajar oleh Tengku Mazran
dan Syafinaz.
 
Sebagai Murid Baharu
 
Azfa Hanani dihantar belajar di Sekolah Menengah Taman Sari. Di sekolah itu, dia
berkenalan dengan saudara dua pupu Tengku Murni, iaitu Tengku Ellina. Dia juga berkenalan
dengan rakan-rakan Tengku Murni yang lain seperti Adriani, Ekran, selain 'musuh' Tengku
Murni, iaitu Laili, Syafikah, dan Fauziana yang dipanggil,Kumpulan Budak Glamor. Tengku
Ellina menyatakan kehairanannya kerana sehingga kini kad pengenalan, kad ATM dan
dompet Tengku Murni belum ditemukan lagi.
 
Imbalan Budi
 
Sekembalinya Azfa Hanani dari sekolah, dia telah disambut oleh Datin Maziah. Dia makan
bersama-sama dengan Datin Maziah dan Kak Finaz. Dia kekok makan menggunakan sudu
dan garpu. Azfa Hanani bertanyakan tentang dompet Tengku Murni yang hilang itu kepada
Kak Finaz. Kak Finaz menyatakan bahawa mungkin dompet itu telah diambil orang. Azfa
Hanani bimbang rahsianya terbongkar. Kak Finaz meyakinkannya bahawa mayat yang
dikebumikan itu memang mayat Tengku Murni. Di dalam bilik, Azfa Hanani menemukan
diari Tengku Murni .Dia membaca diari itu untuk mengetahui peribadi Tengku Murni.
 
Tengku Datuk Makmur datang menemui Azfa Hanani di biliknya. Dia akan membayar
RM500 sebulan kepada Azfa Hanani sebagai upah kerana menyamar sebagai Tengku Murni.
Azfa Hanani tidak menyangka budinya akan dibalas dengan wang ringgit. Namun dia
terpaksa menerima wang itu demi membantu pak long di kampung.
 
Kerenah Laili
 
Azfa Hanani ke sekolah untuk menghadiri majlis perjumpaan pelajar tingkatan 5 bagi
membincangkan projek Hari Sumbangsih. Program yang diatur meliputi pasar ria, kejohanan
sukan terbuka, dan pameran. Pada tahun lalu program tersebut telah berjaya mengumpul
wang sebanyak RM 16 ribu. Laili tidak berpuas hati dan mendakwa kononnya terdapat
ketidakadilan dalam pengagihan slot. Dia tidak berpuas hati kerana tidak diberikan slot
mengendalikan Malam
 
Bakat Sumbangsih. Laili turut mempertikaikan kejujuran dan keikhlasan jawatankuasa yang
terlibat. Dakwaan Laili dibantah oleh Ekran dengan menjelaskan bahawa agihan slot dibuat
melalui undian. Setiap ketua tingkatan mengambil bahagian dalam undian tersebut dan
seharusnya soal ketidakadilan tidak sepatutnya ditimbulkan.
 
Tertanya-tanya
 
Azfa Hanani tertanya-tanya mengapa dia tidak dapat berbual panjang dengan Ekran.
Lidahnya menjadi kelu ketika berhadapan dengan Ekran. Dia juga tertanya-tanya akan hal
Ekran menjual burger berhampiran dengan Plaza Cahaya sedangkan gayanya tidak
membayangkan kesusahan hidupnya. Di perpustakaan, Fauziana dan Syafikah menawarkan
Azfa Hanani sebagai pengacara Malam Bakat Sumbangsih kerana suaranya sesuai. Azfa
Hanani tahu bahawa majlis itu diuruskan oleh pelajar Tingkatan 5 Sastera II, jadi dia
berangganggap bahawa dia tidak perlu masuk campur. Azfa Hanani menolak dengan baik
kerana menyedari niat mereka tidak ikhlas. Penolakannya itu membuatkan mereka begitu
marah. Ekran
 
Azfa Hanani mengikuti kelas bahasa Inggeris dan bahasa Jepun di Institut Lingua Franca. Dia
pergi ke Institut untuk meminjam beberapa buah buku. Sebenarnya itu cuma ralasan untuk
keluar dari rumah. Hasrat hatinya adalah untuk menemui Ekran. Ketika berada di tempat
tersebut, Iskandar mahu menghantarnya pulang dengan menaiki motorsikal. Azfa Hanani
menolak kerana dia tidak mengenali lelaki itu. Azfa Hanani berpeluang bertemu Ekran yang
menjual burger pada hari itu.Ekran menjelaskan minatnya untuk menjadi akauntan. Meluah
Rasa
 
Azfa Hanani meluahkan perasaannya kepada Ekran dan menjelaskan bahawa dia bukan
Tengku Murni. Dia hanya seorang budak kampung yang hidup dalam serba kekurangan. Dia
bukan anak manja Tengku Datuk Makmur dan Datin Maziah. Azfa Hanani hanya menyamar
sebagai Tengku Murni untuk memenuhi janjinya kepada Abang Mazran dan Kak Finaz. Dia
juga menerima tawaran mereka kerana tidak mahu keciciran dalam pelajaran. Selain itu dia
ingin membalas budi pak long dan mak longnya. Abang Mazran dan Kak Finaz telah berjanji
untuk menanggung segala kos rawatan Zuraini yang lumpuh.
 
Bukan Dirancang
 
Azfa Hanani tidak merancang untuk ke rumah Tengku Ellina. Tengku Ellina mengajaknya ke
rumah kerana pasukan Forum Remaja Sekolah Menengah Taman Sari akan mengadakan sesi
perbincangan dan latihan. Datin Maziah memberikan persetujuan agar Azfa Hanani ke rumah
rakannya, Tengku Ellina. Azfa Hanani berasa bersalah kerana berbohong kepada Datin
Maziah. Datin Maziah mengingatkan Azfa Hanani agar memberikan fokus terhadap SPM
supaya memperoleh keputusan cemerlang seperti "abang-abangnya". Tengku Muzaffar
menghantar Azfa Hanani dengan menaiki motosikal berkuasa tinggi. Setibanya di rumah
Tengku Ellina, rakan-rakannya telah sedia menunggu. Tengku Ellina meminta Azfa Hanani
menggantikan tempatnya sebentar sebagai Pengerusi Forum Remaja, sementara dia
mengendalikan mesyuarat sekretariat pameran luar untuk Hari Sumbangsih. Setelah ahli-ahli
pasukan Forum Remaja melihat kepetahan dan kelancaran Azfa Hanani sebagai pengerusi,
mereka memutuskan bahawa Azfa Hanani akan kekal mempengerusikan Forum Remaja.
Melulu pertandingan Forum Remaja yang akan diadakan di dewan besar sekolah bakal
berlangsung sebentar lagi. Azfa Hanani membuat persiapan; memakai tali leher dan
menghafal skrip. Azfa Hanani mendapat khabar gerai burger Ekran telah dibakar
menyebabkan dia bergegas ke bilik persatuan untuk mendapatkan penjelasan daripada Ekran.
Ekran tidak ditemui sebaliknya dia bertemu dengan Laili yang tidak berpuas hati akan
sikapnya menarik diri sebagai pengacara Malam Bakat Sumbangsih. Kata-kata hina yang
diucapkan Laili telah menggetarkan perasaan Azfa Hanani sebelum melangkah ke
pertandingan Forum Remaja.
 
Hadiah Bererti
 
Pasukan yang disertai oleh Azfa Hanani dalam pertandingan Forum Remaja telah berjaya
menjadi johan dan Azfa Hanani diumumkan sebagai Pengerusi Forum Terbaik. Ramai yang
memuji suara Azfa Hanani amat lunak dan sesuai menjadi pengacara televisyen. Seterusnya,
Datin Maziah telah mengadakan majlis ulang tahun yang ke-17 untuk Tengku Murni. Azfa
Hanani, walaupun mengambil peranan sebagai Tengku Murni, tetapi berasa terharu kerana
diraikan dalam majlis yang begitu meriah. Ekran datang lewat lalu menyerahkan hadiah
melalui pintu pagar rumah. Azfa Hanani meluahkan perasaan rindunya terhadap pak long
sekeluarga di kampung kepada Abang Mazran. Abang Mazran berjanji akan membawa Azfa
Hanani pulang bertemu dengan keluarganya di kampung. Abang Mazran juga meminjamkan
telefon bimbitnya kepada Azfa Hanani agar dia dapat menghubungi kawan-kawannya di
kampung.
 
Misteri Yang Tersimpan

Azfa Hanani memanfaatkan sepenuhnya peluang yang diberikan oleh Abang Mazran untuk
menghubungi rakan-rakannya di kampung. Azfa Hanani mengimbau perbualannya dengan
rakan-rakan sekampungnya, Falina dan Aini. Kak Finaz memberitahu Azfa Hanani bahawa
Abang Mazran bersetuju untuk memasang talian telefon di rumah pak long. Abang Mazran
juga akan membelikan Azfa Hanani telefon bimbit yang baharu. Azfa Hanani membuka
hadiah yang diberikan oleh Ekran. Azfa Hanani terkejut apabila mendapati hadiah itu berupa
dompet milik arwah Tengku Murni dan di dalamnya terdapat sejumlah wang, beberapa
keping kad, dan sehelai kertas catatan.
 
Kunjungan Mengejut
 
Azfa Hanani menyuarakan hasratnya kepada Kak Finaz untuk menyambut kepulangan pak
long dan Zuraini daripada menjalani rawatan di Indonesia. Kak Finaz berjanji untuk
membawa Azfa Hanani pulang ke kampung semasa cuti semester pertama nanti.
Sekembalinya daripada mengikuti kelas bahasa di Institut Lingua Franca, Azfa Hanani
terkejut melihat pak long dan Zuraini berada di rumah Datin Maziah. Kerinduan Azfa Hanani
terubat kerana dapat berbual-bual dengan pak long dan Zuraini. Menurut Zuraini, Tengku
Datuk Makmur seakan-akan sudah mengenali keluarga mereka sebelum ini.
 
Hari Sumbangsih
 
Hari ini berlangsungnya Hari Sumbangsih di Sekolah Menengah Taman Sari. Sambutan Hari
Sumbangsih pada tahun ini lebih meriah. Ekran yang menjadi pengerusi persatuan pelajar
tingkatan lima sibuk mengendalikan program sempena Hari Sumbangsih. Ada khabar angin
yang mengatakan bahawa Malam Bakat Sumbangsih akan dipulaukan oleh pelajar yang tidak
berpuas hati. Azfa Hanani mengambil kesempatan untuk berjumpa dengan Ekran di bilik
persatuan. Azfa Hanani mendesak Ekran untuk berterus-terang tentang punca dia menjauhkan
diri daripadanya. Akhirnya Ekran membuat pengakuan yang mengejutkan. Ekran mengakui
mempunyai hubungan istimewa dengan Tengku Murni. Namun hubungan itu terpaksa
diputuskan atas sebab-sebab tertentu. Pada pertemuan terakhir sebelum kemalangan itu,
dompet Tengku Murni tertinggal dan dia menyimpan dompet tersebut.
Terusir
 
Azfa Hanani masih lagi tertanya-tanya tentang hubungan antara Ekran dengan Tengku Murni.
Azfa Hanani membuat tekaan bahawa Datin Maziahlah punca hubungan Tengku Murni
dengan Ekran terputus. Dengan menggunakan teori fizik, Azfa Hanani berjaya membaca
rahsia yang terkandung di dalam diari Tengku Murni. Azfa Hanani lantas bersemuka dengan
Tengku Muzaffar untuk mendapatkan kepastian. Tengku Muzaffarlah rupa-rupanya yang
menjadi dalang yang merosakkan hubungan yang terjalin antara Tengku Murni dengan
Ekran. Tengku Muzaffar memberitahu bahawa dia menghalang hubungan antara Tengku
Murni dengan Ekran kerana ingin menjaga nama baik keluarga disebabkan Ekran daripada
keluarga miskin. Azfa Hanani berasa terhina kerana dirinya juga daripada keluarga miskin.
Azfa Hanani tidak berpuas hati kerana kini Tengku Muzaffar melarangnya berkawan dengan
Ekran pula. Akhirnya berlakulah pertengkaran antara mereka dan didengari pula oleh Datin
Maziah. Datin Maziah amat marah apabila mendapati Azfa Hanani selama ini menyamar
sebagai Tengku Murni. Azfa Hanani ditampar, kemudian dihalau keluar dari banglo itu.
 
Hakikat
 
Azfa Hanani mahu terus pulang ke kampung, tetapi Tengku Muzaffar menumpangkan Azfa
Hanani di rumah Tengku Ellina. Akhirnya, Azfa Hanani dapat kembali tinggal di rumah pak
longnya di Kampung Merpati. Namun, pak long dan mak longnya masih belum mengetahui
bahawa Azfa Hanani sebenarnya telah diusir keluar dari rumah Datin Maziah. Sebelum ini,
Abang Mazran dan Kak Finaz berjanji untuk memujuk Datin Maziah untuk menerima Azfa
Hanani kembali. Namun, Azfa Hanani telah membuat keputusan untuk terus tinggal di
kampung. Azfa Hanani terkejut apabila keluarga Tengku Datuk Makmur datang mencarinya
di kampung. Akhirnya terbongkar rahsia apabila Tengku Datuk Makmur menceritakan
bahawa dialah yang telah melanggar teksi yang dinaiki oleh Azfa Hanani sekeluarga sehingga
mengakibatkan kematian ibu dan bapa Azfa Hanani. Datin Maziah tidak sampai hati apabila
melihat Azfa Hanani yang ketika itu masih bayi menangis kelaparan lalu menyusuinya.
Selama 16 tahun, Tengku Datuk Makmur berusaha untuk menjejaki Azfa Hanani.
Pencariannya berhasil setelah berbual-bual dengan pak long yang kebetulan berkunjung ke
rumahnya sekembalinya daripada menemani anaknya, Zuraini yang mendapatkan rawatan di
Indonesia.
 
Segala-galanya Berakhir
 
Azfa Hanani kembali tinggal di banglo Tengku Datuk Makmur dan Datin Maziah. Kali ini
dia mahu dikenali dengan identiti sebenar, bukan sebagai Tengku Murni lagi. Tengku
Muzaffar pula semakin mendekatkan diri dengan agama. Aktiviti Hari Sumbangsih telah
berjaya mengumpul dana sebanyak RM16,655.00. Syafikah dan Fuziana bersikap baik
terhadap Azfa Hanani. Motosikal yang ditunggang oleh Iskandar terlibat dalam kemalangan
jalan raya dan Iskandar telah terbunuh. Manakala Laili yang membonceng motosikal tersebut
telah cedera parah dan kini di wad ICU.
Pasukan yang menyertai Forum Remaja telah menjadi johan peringkat negeri dan Azfa
Hanani telah dinobatkankan sebagai Pengerusi Forum Terbaik. Pada suatu hari, Azfa Hanani
menaiki teksi ke rumah Ekran. Ketika Azfa Hanani tiba, dia melihat Tengku Muzaffar sedang
membantu Ekran menyiapkan sebuah gerai. Akhirnya Azfa Hanani mengetahui kedudukan
perkara yang sebenar iaitu, Tengku Muzaffarlah yang membakar gerai burger Ekran.
Sementara itu, Ekran bukanlah daripada keluarga yang susah. Ayah dan ibunya merupakan
pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia yang kini sedang melanjutkan pelajaran di
peringkat doktor falsafah di Amerika Syarikat. Adik-adik perempuannya ikut serta manakala
adik lelakinya menuntut di sebuah sekolah berasrama penuh. Dia selesa tinggal dengan datuk
dan neneknya.
 

Persoalan
 
 
i. Persoalan ketaatan kepada agama, Azfa Hanani sering berdoa dan membaca al – Quran
kepada arwah ibu bapanya .
 
ii. Persoalan ketabahan seorang gadis remaja menghadapi kehidupan yang penuh ranjau. Azfa
Hanani dibesarkan oleh Pak Long Madi yang kurang berada.Dia juga tabah menghadapi liku
– liku hidup di rumah banglo milik keluarga baharunya. i
 
ii. Persoalan keberanian menghadapi risiko. Azfa Hanani, seorang gadis yang baru berumur
17 tahun tetap berani mengambil risiko menyamar sebagai Tengku Murni untuk membantu
sepupunya.
 
iv. Persoalan kegigihan menimba ilmu pengetahuan. Sikap ini ditonjolkan Azfa Hanani,
walaupun berasal daripada keluarga miskin dia gigih belajar dengan tujuan untuk membaiki
masa depan keluarga dan hidupnya.
 
v. Persoalan sikap mementingkan darjat atau pangkat. Tengku Datuk Makmur dan anaknya,
Tengku Muzaffar begitu ego dengan status mereka sebagai golongan elit. Mereka
memandang hina terhadap Azfa Hanani. Rakan-rakan Azfa Hanani juga memandang rendah
kepadanya kerana dia berasal dari kampung dan hidup miskin.
 
vi. Persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya, Datin Maziah terlalu menyayangi
Tengku Murni / Azfa Hanani.
 
Plot
 
Secara keseluruhannya plot drama digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat
garapan plot iaitu:
 
i. Permulaan Pada peringkat permulaan cerita, pembaca diperkenalkan dengan watak Azfa
Hanani yang berasa takut setelah mengetahui bahawa orang yang selalu mencuri buku-buku
rujukan di perpustakaan telah dikenal pasti dan akan dirangkap, Dia kemudiannya dipanggil
ke bilik pengetua. Wajahnya dikatakan seiras Tengku Murni oleh Tengku Mazran dan Kak
Syafinaz. Tengku Mazran meminta Azfa Hanani menyamar sebagai Tengku Murni iaitu
adiknya yang terbunuh dalam suatu kemalangan jalan raya. Memikirkan masa depan
persekolahannya serta peluang untuk membantu sepupunya, Zuraini mendapatkan rawatan,
Azfa Hanani bersetuju menerima tawaran Tengku Mazran. ii. Perkembangan Pada peringkat
perkembangan, Azfa Hanani dibawa ke Hotel Universe dan diajar cara bertutur, makan, dan
bergaul dengan Datin Maziah. Di rumah Datin Maziah, Azfa Hanani berjaya memainkan
peranan sebagai Tengku Murni. Azfa Hanani kemudiannya dihantar ke Sekolah Menengah
Taman Sari. Di sekolah barunya, Azfa Hanani telah berkenalan dengan Tengku Ellina,
sepupu Tengku Murni dan rakan-rakan yang lain seperti Suzana, Adriani dan Ekran. Azfa
Hanani turut terlibat dalam pertandingan Forum Remaja sekolahnya.
 
iii. Konflik Cerita sampai pada peringkat perumitan apabila Azfa Hanani menerima
bungkusan hadiah daripada Ekran ketika majlis sambutan ulang tahun Tengku Murni yang
ke-17. Azfa Hanani mencari Ekran untuk mendapatkan penjelasan tentang hubungannya
dengan Tengku Murni. Ekran mengaku bahawa hubungannya dengan Tengku Murni memang
istimewa tetapi tidak disenangi oleh seseorang iaitu Tengku Muzaffar.
 
iv. Klimaks
Klimaks cerita ini ialah apabila Azfa Hanani mengetahui bahawa abang Tengku Murni, iaitu
Tengku Muzaffarlah yang menjadi penghalang hubungan Ekran dengan Tengku Murni.
Pertengkaran antara Azfa Hanani dengan Tengku Muzaffar didengar oleh Datin Maziah.
Rahsia penyamaran Azfa Hanani akhirnya terbongkar. Datin Maziah begitu marah kerana
telah ditipu selama ini. Azfa Hanani telah ditamparnya lalu diusirnya keluar dari banglo
tersebut.
 
v. Peleraian
Pada pengakhiran cerita, Datuk Tengku Makmur memberitahu bahawa dialah yang
menyebabkan teksi yang dinaiki oleh ayah dan ibu Azfa Hanani terjunam ke dalam gaung 16
tahun yang lalu menyebabkan mereka terbunuh. Azfa Hanani kembali ke banglo Tengku
Datuk Makmur dan Datin Maziah dengan identitinya sendiri setelah dipujuk. Pasukan Forum
Remaja. Sekolah Taman Sari yang menyertai Forum Remaja telah menjadi johan peringkat
negeri dan Azfa Hanani terpilih sebagai Pengerusi Forum Remaja Terbaik. Azfa Hanani juga
telah mengetahui identiti sebenar Ekran dan berjaya mendapatkan kepastian daripada Ekran
tentang hubungan mereka berdua.
 
Watak dan Perwatakan
 
Watak Utama Azfa Hanani
 Gadis cantik dan berwajah lembut serta penyayang.
 Remaja berusia 17 belas tahun yang kematian kedua-dua orang tuanya.
 Dibesarkan oleh Pak Long Madi dan Mak Long Diah dalam serba kekurangan.
 Lemah dalam subjek bahasa Inggeris.
 Baik hati dan sanggup berkorban.
 Tabah mengharungi dugaan hidup.
 Mengenang budi.
 Berjaya menerima anugerah Pengerusi Terbaik Forum Remaja peringkat daerah.
 Sanggup menyamar sebagai Tengku Murni supaya Datin Maziah pulih daripada masalah
tekanan perasaan.
 
 
Watak Sampingan
 
Datin Maziah
 Isteri kepada Tengku Datuk Makmur.
 Ibu kepada lima orang cahaya mata, iaitu Tengku Murshadad, Tengku Mizran, Tengku
Mazran,Tengku Muzaffar, dan Tengku Murni.
 Ibu yang penyayang, terutamanya terhadap anak perempuan tunggalnya, Tengku Murni.
 Tertekan sebagai akihat kematian anak bongsunya, Tengku Murni.
 Sering berasa kesunyian setelah Tengku Datuk Makmur bernikah dengan seorang gadis
muda. Tengku Murni
 Anak perempuan tunggal dalam keluarga Tengku Datuk Makmur dan Datin Maziah.
 Wajahnya seiras wajah Azfa Hanani.
 Anak yang taat kepada orang tuanya.
 Dia begitu manja dengan ibunya.
 Sikap mesranya menyebabkan dia disenangi oleh rakan-rakannya.
 Pernah menjalinkan hubungan dengan Ekran, tetapi ditentang oleh abangnya, Tengku
Muzaffar.
 
Tengku Muzaffar
 Anak keempat Datuk Tengku Makmur dan Datin Maziah
 Pelajar Universiti Malaya tahun akhir dalam jurusan undang – undang
 Seorang yang sombong pada awalnya kerana statusnya
 Penyayang kerana mengambil berat akan keselamatan Azfa Hanani Datuk Tengku Makmur
 Seorang hartawan dan berketurunan bangsawan  Mempunyai dua orang isteri iaitu Datin
Maziah dan seorang wanita muda
 Seorang yang bengis dan sombong kerana bertindak kasar terhadap Azfa Hanani  Seorang
yang berpegang pada janji kerana menerima semula Azfa Hanani setelah mengetahui identiti
sebenarnya
 
Latar
 
Latar Tempat
 Di makmal kimia. Azfa Hanani berasa bimbang setelah mendapat tahu perbuatannya
mencuri buku-buku rujukan dari perpustakan telah diketahui dan dia mungkin akan dihukum
atas kesalahannya itu.
 Di bilik pengetua, iaitu ketika Azfa Hanani dikunjungi buat pertama kalinya oleh Tengku
Mazran, Kak Finaz, dan Kak Rozan.
 Di Hotel Universe. Azfa Hanani telah diberi tunjuk ajar oleh Kak Finaz tentang cara
Tengku Murni makan, bercakap, dan Iain-lain lagi.
 Di banglo milik Datin Maziah dan Tengku Datuk Makmur. Azfa Hanani akhirnya menetap
di banglo ini.
 Di Sekolah Menengah Taman Sari. Perjumpaan diadakan oleh pelajar-pelajar tingkatan
lima bagi berbincang tentang projek Hari Sumbangsih.
 
Latar Masa
 
 Selama beberapa bulan. Semasa Azfa Hanani menuntut di Sekolah Menengah Sri Dian dan
kemudiannya meneruskan persekolahannya di Sekolah Menengah Taman Sari selepas
berpindah ke rumah Datin Maziah.
 Pada waktu malam. Contohnya, Azfa Hanani dengan bersungguh-sungguh membaca dan
mengkaji diari Tengku Murni dalam usahanya mendapatkan jawaban siapakah yang menjadi
penghalang hubungan antara Ekran dengan Tengku Murni.  Pada waktu petang. Contohnya.
semasa Datin Maziah mengadakan sambutan hari lahir Azfa Hanani/Tengku Murni yang ke-
17.  Pada waktu pagi. Contohnya, Azfa Hanani menjalani kehidupannya sebagai pelajar
sekolah.

Latar Masyarakat
 Masyarakat yang sanggup berkorban demi kebahagiaan keluarga angkat serta kelangsungan
masa depannya. Contohnya, Azfa Hanani sanggup memenuhi tawaran Abang Mazran bagi
membantu sepupunya, Zuraini yang lumpuh mendapatkan rawatan.
 Masyarakat elit yang bongkak dan sombong kerana statusnya. Contohnya, Tengku Datuk
Makmur yang memandang hina terhadap Azfa Hanani kerana berasal dari kampung dan
miskin.
 Masyarakat pelajar yang gigih menuntut ilmu. Contohnya, masyarakat pelajar di Sekolah
Menengah Sri Dian tempat Azfa Hanani melanjutkan pelajarannya dalam Tingkatan Lima
Kenanga.
 Masyarakat yang berpegang pada janji. Contohnya, Tengku Mazran berusaha sedaya upaya
membantu sepupu Azfa Hanani mendapatkan rawatan bagi menyembuhkan penyakit
lumpuhnya dengan menghantar Zuraini ke Indonesia.
 Masyarakat yang sanggup menyamar untuk menelamatkan seseorang daripada menghadapi
tekanan jiwa. Contohnya, Azfa Hanani sanggup menyamar menjadi Tengku Murni supaya
Datin Maziah kembali pulih daripada tekanan perasaan sebagai akibat kematian anak
perempuan tunggalnya.
 
Teknik Plot / Teknik Penceritaan
 
1. Pemerian
Pengarang memerihalkan perasaan Azfa Hanani sewaktu mula-mula tiba di rumah Datin
Maziah.Contohnya , Begitu, aku terasa seperti berjalan di awang-awangan semasa mula-
mula tiba di situ. Banglo itu terlalu besar,berganda – ganda kalau mahu dibandingkan dengan
teratak buruk yang pernah kuhuni.
 
2. Dialog
Dialog antara Azfa Hanani dengan Ekran.Contohnya, “Saya nak Tanya satu pekara lagi.
Abang Mus datang ke mari ni… ada kaitan dengan gerai burger Ran yang terbakar dulu ke ?”
“ Saya tak perlu beritahu,sebenarnya. Setakat saya tahu dan Nani juga tahu, cukuplah,” jawab
Ekran .
Teknik Penulisan
 
3. Imbas Kembali Afza Hanani teringat akan pak long, mak long, dan sepupu- sepupunya di
kampung.Contohnya “Masakan mama memang sedap,” Aku menokok bersahaja kerana
wajah Zahidin melintas di ruang mata.Dia akan kecur liur kalau sesekali mak long
menggoreng ayam.dia akan makan nasi dengan sayur sahaja dahulu agar dapat meratah ayam
goreng selepas itu.
 
4. Suspens Ketika Syafinaz memberitahu Azfa Hanani bahawa Datin Maziah sudah sedar dan
dia mengajak Azfa Hanani turun menemui Datin Maziah. Azfa Hanani berdebar- debar
semasa menuruni anak tangga. Pembaca tertanya-tanya tentang apakah reaksi Datin Maziah
apabila melihat Azfa Hanani buat kali pertama.
 
Gaya Bahasa
 
i. Peribahasa. Contohnya, cempedak menjadi nangka, hidung tinggi, beraja di mata, bersultan
di hati, melukut di tepi gantang, rusa masuk kampong, kais pagi makan pagi kais petang
makan petang, serkap jarang, panjang tangan dan ke manalah tumpahnya kuah kalau tidak ke
nasi . i
i. Penggunaan bahasa Inggeris. Contoh, problem, special boyfriend, We go straight to the
point.
iii. Simile. Contohnya, Mereka bagaikan kembar, dia seperti juara semasa perlumbaan
motosikal 500 cc dunia, tapak kakiku seperti melekat di lantai simen dan aku umpama
peragawati apabila diminta bergaya seperti Murni
iv. Sinkope. Contohnya, ku, ni, tu, tak, nak.
v. Metafora. Contohnya pintu ilmu, batas kemelut
vi. Penggunaan bahasa Arab . Contohnya Insya – Allah , Alhamdulillah
 
Gaya Bahasa
 
i. Nilai pengorbanan. Contohnya, Azfa Hanani sanggup berkorban dengan menerima tawaran
Tengku Mazran untuk menyamar sebagai Tengku Murni demi menjaga kebahagiaan semua
pihak termasuklah keluarga Pak Longnya dan keluarga Datuk Tengku Makmur.
ii. Nilai kegigihan dan tidak mudah berputus asa. Contohnya, walaupun Azfa Hanani berasal
daripada keluarga miskin, namun dia tidak menjadikan kemiskinan itu sebagai alasan untuk
tidak meneruskan persekolahan. Sebaliknya, dia gigih dan tekun belajar demi masa depannya
dan keluarga pak longnya.
iii. Nilai kasih sayang. Contohnya, Datin Maziah amat menyayangi Tengku Murni/Azfa
Hanani. Dia begitu menyayangi anak gadisnya sehingga tidak membenarkan Azfa Hanani
menaiki has ke sekolah kerana bimbang akan keselamatannya.
iv. Nilai kerajinan. Contohnya, Ekran menjalankan perniagaan burger pada waktu petang
dengan tujuan mencari duit poket bagi perbelanjaan hariannya, selain mempraktikkan segala
teori yang telah dipelajarinya di sekolah.
v. Nilai kesyukuran. Contohnya, Azfa Hanani bersyukur kerana sepupunya, Zuraini dapat
berjalan semula selepas mendapatkan rawatan di Indonesia dengan bantuan keluarga
angkatnya.
 
Pengajaran
 
i. Kita hendaklah berkorban demi kebahagiaan orang lain. Contohnya, Azfa Hanani sanggup
menerima tawaran Abang Mazran dan Kak Finaz untuk menyamar sebagai Tengku Murni
semata-mata kerana tidak mahu Datin Maziah terus tertekan sehingga mengganggu
kesihatannya. ii
 
. Dalam usaha untuk mencapai kejayaan kita perlu gigih berusaha dan tidak mudah berputus
asa. Contohnya, Azfa Hanani sanggup berulang alik sejauh 30 kilometer semata-mata ingin
melanjutkan pelajarannya dalam aliran sains.

iii. Kita janganlah bersikap sombong atas kekayaan dan pangkat yang ada. Contohnya,
Tengku Muzaffar tidak dapat menerima hubungan adiknya, Tengku Murni dengan Ekran
kerana menyangka Ekran berasal daripada keluarga yang miskin. Sebaliknya, Tengku Mazran
begitu sederhana sifatnya walaupun berasal daripada keluarga elit.
 
iv. Kita hendaklah bersedia membantu orang yang memerlukan pertolongan. Contohnya,
Abang Mazran bersusah payah mendapatkan rawatan bagi Zuraini yang lumpuh, sehingga
akhirnya Zuraini dapat berjalan semula.
 
v. Kita hendaklah sentiasa bersikap sederhana dan merendah diri. Contohnya, Azfa Hanani
sentiasa bersederhana dalam segala hal walaupun keluarga angkatnya adalah golongan yang
elit
dan

berada.
 
vi. Kita hendaklah sedar akan asal usul kita. Contohnya, Azfa Hanani tidak pernah
melupakan asal usulnya yang datang dari kampung serta berasal daripada sebuah keluarga
yang miskin. Dia tidak pernah mengambil kesempatan atas kebaikan Abang Mazran ataupun
Datin Maziah.

You might also like