Professional Documents
Culture Documents
Blog ini akan memberi tumpuan terhadap peristiwa bab demi bab. Penulisan sinopsis, teknik
penceritaan dan bidang kajian novel yang lain menyusul kemudian. Tujuannya ialah supaya
murid memperoleh perspektif tentang cara menulis penyataan isi dan huraiannya berdasarkan
bukti peristiwa yang berkaitan.
Peristiwa 1:
Azfa Hanani cepat-cepat membuat penafian bahawa dia ada membuat kesalahan apabila
dipanggil oleh pengetua. Azfa berjaya meyakinkan Rozlan yang cuba membuat tebakan
sedemikian. Azfa juga akur dengan saranan Rozlan supaya berjalan di sebelah tepi kanan,
bukan di tengah-tengah.
1) Perwatakan
2) Nilai
4) Persoalan:
5) Pengajaran:
Kita hendaklah teliti dalam memberi maklumat
(huraian: gunakan peristiwa)
Apabila murid telah mahir membina ayat penyataan dan ayat huraian, langkah selanjutnya
ialah penulisan isi dan huraian yang dibuat secara bersinambungan. Maksudnya tidak
diasingkan seperti format di atas. Contohnya dalam peristiwa 2 di bawah:
Peristiwa 2:
Sangkaan Azfa Hanani bahawa dirinya akan diherdik dan disoal siat ternyata meleset apabila
disapa oleh pengetua dengan lunak. Guru perpustakaan dan guru disiplin yang disangka akan
mengendalikan kes kehilangan buku juga tiada di situ. Sebaliknya, terdapat dua orang tetamu
yang ingin membincangkan sesuatu perkara dengan Azfa Hanani.
1) Perwatakan Azfa Hanani ialah cepat panik. Belum tahu hujung pangkal sebab-
musabab
dia dipanggil ke pejabat pengetua, dia sudah menyangka bahawa dirinya akan
menghadapi
satu sesi soal siasat kerana kes kehilangan buku. Azfa Hanani masih berasa cemas
apabila terdapat dua orang tetamu yang tidak dikenali hendak berbincang sesuatu
dengannya.
3) Latar masyarakat yang dipaparkan dalam novel Azfa Hanani ialah masyarakat yang
cepat panik. (Huraian: sama seperti perwatakan).
4) Persoalan yang dipaparkan dalam novel Azfa Hanani ialah ketelitian dalam bercakap.
(gunakan huraian nilai di atas)
5) Pengajaran dalam novel Azfa Hanani ialah kita seharusnya teliti dalam bercakap.
(boleh juga: kita janganlah cepat panik ketika berhadapan dengan peristiwa cemas)
Peristiwa 3:
Azfa Hanani berterus terang bahawa dia anak orang miskin. Dia tidak pandai menyamar
sebagai Murni, anak orang kaya seperti yang diminta oleh dua orang tetamu yang
menjemputnya di bilik pengetua. Tawaran kemewahan dan terlepas daripada tuduhan
mencuri buku menyukarkan Azfa Hanani membuat keputusan.