You are on page 1of 68

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBACA EJAAN JAWI MURID-

MURID TAHUN LIMA SEKOLAH KEBANGSAAN DARAU:


SATU KAJIAN KES

NORINA BINTI MOHD NOR

LAPORAN AKHIR INI DIKEMUKAKAN UNTUK


MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT MEMPEROLEH IJAZAH
SARJANA MUDA PENGAJARAN DENGAN KEPUJIAN
DENGAN KEPUJIAN

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA


OPEN UNIVERSITY MALAYSIA
KUALA LUMPUR

2011

i
PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

28 MAC 2011 …………………………………..

NORINA BINTI MOHD NOR

690620115310002

ii
PENGHARGAAN

‫بسم اهلل الرحمن الرحيم‬

Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T Yang Maha Esa, selawat dan
salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W serta pada seluruh ahli
keluarga Baginda, para sahabat-sahabat Baginda dan semua pengikut-pengikutnya.
Dengan pertolongan dari Allah S.W.T dapatlah saya menghasilkan sebuah kajian
bertajuk Tahap Penguasaan Kemahiran Membaca Ejaan Jawi Murid-Murid
Tahun Lima : Kajian Kes Sekolah Kebangsaan Darau, Besut, Terengganu.

Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan


dan ucapan terima kasih kepada En Zulkifli bin Junoh selaku tutor penyelia kajian ini
di atas jasa tunjuk ajar, bimbingan dan dorongan yang diberikan sepanjang tempoh
penyelidikan ini dijalankan.

Jutaan terima kasih khas buat pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, Guru Besar
Sekolah kebangsaanDarau, Haji Mazuki bin Salleh, guru-guru dan murid-murid
Tahun Lima yang banyak membantu dan memberi kerjasama kepada saya sepanjang
tempoh kajian ini dijalankan.

Penghargaan khas saya tujukan buat suami tercinta, Zahadi bin Jusoh, anak-anak
tersayang iaitu Nursyafiqah, Nur Syakirah, Nur Syazwani dan serta alyarhamah dan
alyarham ibubapa iaitu Siti Aishah binti Abdul Ghani dan IMohd Nor bin Jusoh dan
kedua mertua iaitu Gayah binti Harun dan jusoh bin Mamat yang telah banyak
memberi dorongan kepada saya agar tekun dan tabah dalam menyempurnakan setiap
tugasan yang diberikan selama mengikuti kursus Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah
Rendah) di Universiti Terbuka Malaysia ini. Akhir kata terima kasih tidak terhingga
kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kajian ini .

Diharap kajian ini boleh dijadikan panduan untuk mencapai kecemerlangan dalam
pengajaran dan pembelajaran Jawi

iii
ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap penguasaan murid-murid dalam


membaca ejaan Jawi. Objektif khusus kajian ini ialah untuk menilai adakah tahap
penguasaan kemahiran membaca ejaaan Jawi di kalangan murid-murid Tahun Lima
Sekolah Kebangsaan Darau telah mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran
mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia. Kajian ini juga akan melihat sejauh manakah faktor minat, kaedah
pengajaran guru dan faktor persekitaran mempengaruhi tahap penguasaan murid
membaca ejaan Jawi. Seramai 60 orang murid yang terdiri dari 30 orang murid lelaki
dan 30 orang murid perempuan Tahun Lima Sekolah Kebangsaan Kor telah
dijadikan sampel untuk kajian ini. Penyelidik membentuk soal selidik dan membuat
temubual untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. Data dan maklumat yang
diperolehi dalam kajian ini dianalisis secara kualitatif dan kaedah peratus digunakan
sebagai menerangkan hasil kajian. Dapatan kajian menunjukkan 45% murid berada
pada tahap penguasaan yang tinggi, 30% berada di tahap sederhana dan 25% berada
di tahap lemah.

ABSTRACT

The purpose of this research is to determine the mastery level of students in reading
Jawi. The specific objective of this research is to testify whether the mastery skill in
reading Jawi among the Year 5 students of Sekolah Kebangsaan Kor had achieved
the teaching and learning objective according to the syllabus that had been fixed by
the Ministry of Education. This research is also to verify the students’ interest,
teacher’s teaching method and the environment factors influenced the students
mastery level in reading Jawi. 60 students consisted of 30 boys and 30 girls of Year 5
students of Sekolah Kebangsaan Darau had became the sample of this research.
Researcher had formed questionnaire and interviewed the students to get the
information needed. The data and information obtained of this research had been
qualitative analyzed and percentage method had been used to explain the research
result. The result shows that 45% of the students are in the high level of achievement,
30% of them are in the moderate level where as 25% are in the weak level.

iv
ISI KANDUNGAN

PENGAKUAN i
PENGHARGAAN ii
ABSTRAK iii
ISI KANDUNGAN 1-54
SENARAI JADUAL

Jadual 1 : Taburan Item Soal Selidik 22


Jadual 2 : Demografi Sampel Berasaskan jantina 29
Jadual 3 : Taburan Responden Mengikut Tempat Tinggal 29
Jadual 4 : Taburan Responden Mengikut Pekerjaan Ibu Bapa 30
Jadual 5 : Demografi Berdasarkan Sosial Keluarga 31
Jadual 6 : Taburan Responden Terhadap Tahap Pendidikan Ibu Bapa 32
Jadual 7: Penguasaan Membaca Ejaan Jawi 33
Jadual 8 : Penguasaan Membaca Ejaan Jawi 34
Jadual 9 : Tahap Penguasaan Membaca ejaan Jawi 35
Jadual 10 : Minat Mempelajari Mata Pelajaran jawi 37
Jadual 11 : Minat Mempelajari Mata Pelajaran Jawi 38
Jadual 12 : Minat Mempelajari Mata Pelajaran Jawi 39
Jadual 13 : Kaedah Pengajaran Guru 40
Jadual 14 : Pandangan Murid Terhadap Kerja Rumah 42
Jadual 15 : Kebolehan Membaca al-Quran 43
Jadual 16: Galakan Membaca Ejaan Jawi 43
Jadual 17: Kebolehan Membaca Ejaan Jawi 44

SENARAI RAJAH

Rajah 1: Demografi Sampel Berasaskan jantina 29


Rajah 2 : Taburan Responden Mengikut Tempat Tinggal 29
Rajah 3 : Taburan Responden Mengikut Pekerjaan Ibu Bapa 30
Rajah 4 : Demografi Berdasarkan Sosial Keluarga 31
Rajah 5 : Taburan Responden Terhadap Tahap Pendidikan Ibu Bapa 32
Rajah 6: Penguasaan Membaca Ejaan Jawi 33
Rajah 7 : Penguasaan Membaca Ejaan Jawi 34
Rajah 8 : Penguasaan Membaca Ejaan Jawi 35
Rajah 9 : Tahap penguasaan membaca Ejaan Jawi 36
Rajah 10 : Minat Mempelajari Mata Pelajaran Jawi 37
Rajah 11 : Minat Mempelajari Mata Pelajaran Jawi 38
Rajah 12 : Minat Mempelajari Mata Pelajaran Jawi 39
Rajah 13 : Kaedah Pengajaran Guru 40
Rajah 14 : Pandangan Murid Terhadap Kerja Rumah 42
Rajah 15: Kebolehan Membaca al-Quran 43
Rajah 16: Galakan Membaca Ejaan jawi 44
RUJUKAN 55-56

LAMPIRAN 57-63

SENARAI LAMPIRAN 61-63

v
BAB SATU : PENGENALAN

1.1 Pengenalan Tulisan Jawi 1


1.2 Latar Belakang Kajian 2
1.3 Penyataan Masalah 3
1.4 Soalan Kajian / Penyelidikan 4
1.5 Objektif Kajian 5
1.6 Definisi Istilah 5
1.6.1 Tahap 5
1.6.2 Penguasaan 6
1.6.3 Tahap Penguasaan 6
1.7 Kepentingan Kajian 7
1.8 Batasan Kajian 8
1.9 Kesimpulan 9

BAB DUA : TINJAUAN LITERATUR


2.1 Pendahuluan 10
2.2 Kajian Penguasaan Membaca Ejaan Jawi 10
2.3 Hubungan Sikap Dan Minat Dengan Pencapaian 13
2.4 Kaedah Pengajaran Guru Dan Pencapaian Akademik 15
2.5 Peranan Ibu Bapa Terhadap Pencapaian Pelajar. 17
2.6 Kesimpulan 18

BAB TIGA : METODOLOGI PENYELIDIKAN


3.1 Pendahuluan 19
3.2 Rekabentuk Penyelidikan 19
3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 20
3.4 Instrumen Kajian 21
3.5 Kajian Rintis 24
3.6 Prosedur Pengumpulan Data 25
3.7 Analisis Data 26
3.8 Kesimpulan 27

BAB EMPAT : ANALISIS DATA


4.1 Pengenalan 28
4.2 Hasil Kajian 28
4.2.1 Latar Belakang Responden 28
4.3 Dapatan Kajian 33
4.3.1 Penguasaan Ejaan Jawi 33
4.3.2 Tahap Penguasaan Kemahiran Bacaan Jawi 36
4.3.3 Minat Mempelajari Mata Pelajaran Jawi 37
4.3.4 Kaedah Pengajaran Guru 40
4.3.5 Peranan Ibu Bapa 42
4.3.6 Temubual Dengan Guru 45
4.4 Kesimpulan 46

vi
BAB LIMA : RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pendahuluan 47
5.2 Perbincangan Dapatan Kajian 47
5.2.1 Tahap Penguasaan Kemahiran Membaca Ejaan Jawi 47
5.2.2 Minat Mempelajari Mata Pelajaran Jawi 48
5.2.3 Kaedah Pengajaran Guru 49
5.2.4 Peranan Ibu Bapa 50
5.3 Rumusan Hasil Kajian 50
5.4 Implikasi Dapatan Kajian 52
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 53
5.6 Kesimpulan 54

RUJUKAN 55-56
SENARAI PELAJAR SEKOLAH KEBANGSAAN DARAU,
22000 JERTEH 57-58
BORANG KAJI SELIDIK 59-61

vii
BAB 1

PENGENALAN

1.0 PENGENALAN TULISAN JAWI

Tulisan jawi adalah antara tulisan yang terawal yang pernah ditemui. Tulisan ini

telah berkembang sejak zaman Kerajaan Pasai kemudian ke zaman Kerajaan Melaka,

zaman Kerajaan Johor dan juga Acheh pada abad ke-17. Bukti kewujudan tulisan

Jawi ini di Malaysia ialah penemuan Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702 H

bersamaan dengan tahun 1303M berbanding dengan tulisan Rumi yang paling awal

ditemui pada akhir kurun ke-19. Ini menunjukkan bahawa tulisan Jawi telah sampai

ke negara kita Malaysia lebih awal berbanding dengan tulisan Rumi.

Tulisan Jawi juga merupakan satu seni penulisan yang telah wujud berabad-

abad lamanya di Nusantara. Kemunculannya berkait rapat dengan kedatangan agama

Islam ke Nusantara. Tulisan Jawi berasal dari tulisan Arab dan merupakan huruf-

huruf Arab yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan bahasa Melayu. Tulisan

Jawi adalah tulisan rasmi bagi Negara Berunai Darussalam dan digunakan secara

meluas bagi penganut agama Islam di Malaysia, Thailand, Singapura, Filipina dan

Indonesia.

Tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak

Bersekutu semasa penguasaan British di Tanah Melayu. Kini tulisan Jawi digunakan

viii
dalam urusan Agama Islam dan adat istiadat Melayu di kebanyakan negeri di

Malaysia seperti Kelantan, Terengganu, Johor, Kedah dan Perlis.

Pada zaman dahulu, tulisan Jawi memainkan peranan penting dalam

masyarakat. Ia digunakan sebagai perantara penting dalam semua urusan

pentadbiran, adat istiadat dan perdagangan. Sebagai contoh tulisan Jawi digunapakai

dalam perjanjian-perjanjian penting antara pihak-pihak di–Raja Melayu dengan

pihak-pihak berkuasa Portugis, Belanda dan Inggeris. Selain itu Pemasyhuran

Merdeka 1957 bagi negara Malaysia antara lain juga tertulis dalam skrip Jawi.

1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN

Antara kelemahan sistem Pendidikan Islam hari ini ialah ia tidak mementingkan

pelajaran Jawi, sama ada di peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah.

Fenomena ini harus dipandang serius bukan sahaja kerana tulisan Jawi menjadi

warisan tulisan Melayu yang agung dan unggul, malah ianya juga merupakan elemen

terpenting di dalam mempelajari dan mendalami ajaran Islam.Tidak dinafikan, Islam

adalah ajaran yang mudah dan boleh dipelajari melalui pelbagai aksara, namum oleh

kerana kedatangan tulisan Jawi bersama dengan kedatangan agama Islam, ianya lebih

berkesan dan mudah terutamanya di dalam mempelajari al-Quran dan Hadis

Rasulullah SAW.

Kita tidak mahu kebutaan tulisan Jawi generasi masa kini dan generasi yang

akan datang menyebabkan al-Quran dan Hadis dibaca di dalam tulisan Rumi yang

akan mendatangkan satu fenomena pemesongan sebutan dan seterusnya menjejaskan

makna ayat-ayat al-Quran dan Hadis. Sekarang, majoriti pelajar Melayu tidak tahu

membaca dan menulis dalam tulisan Jawi, dan kejahilan inilah yang menjadi salah

ix
satu punca membawa kepada keruntuhan akhlak para remaja disebabkan kegagalan

menguasai dan menghayati al-Quran dan ajaran Islam itu sendiri.

Kementerian Pelajaran Malaysia, sewajarnya meluaskan penggunaan tulisan

Jawi di sekolah-sekolah rendah dan menengah termasuk juga di institut-institut

pengajian tinggi awam dan swasta dan di institut-institut perguruan dan berusaha

mencelikkan masyarakat tentang tulisan Jawi. Kita tidak mahu tulisan Jawi hanya

tulisan untuk golongan tua sahaja dan akan pupus ditelan arus kemodenan.

Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa tulisan Jawi merupakan citra

peradaban bangsa Melayu, sewaktu zaman kegemilangan Melayu dahulu, pihak

berkuasa Inggeris sama ada wakil kerajaan Inggeris atau pedagang berutus surat

dengan menggunakan bahasa Melayu dan tulisan Melayu iaitu tulisan Jawi.

Masalah buta Jawi sebenarnya bermula bila mana kerajaan Perikatan

dahulunya, telah membuang tulisan Jawi dari arus perdana sukatan pelajaran di

sekolah-sekolah pada tahun 1965 menjadikan generasi selepas itu ramai yang buta

Jawi dan sekaligus buta al-Quran .

1.2 PENYATAAN MASALAH

Mengikut sukatan mata pelajaran Jawi, murid-murid Tahun Satu dapat mengenal,

menyebut dan menulis dengan betul huruf-huruf tunggal Jawi, huruf-huruf yang

boleh disambung dan tidak boleh disambung, membaca dan menulis perkataan

sukukata terbuka, membaca dan menulis perkataan yang mengandungi huruf hamzah

(‫) ء‬.

Bagi murid Tahun Dua pula, mereka boleh mengenal, membaca dan menulis

sukukata tertutup serta dapat membaca dan menulis rangkaikata dan ayat. Bagi

x
murid-murid ahun Tiga pula, mereka dapat mengenal, membaca dan menulis

perkataaan berimbuhan dan ayat pendek. Manakala bagi murid Tahun Empat pula,

mereka dapat membaca ayat yang mengandungi tanda bacaan, melengkapkan tanda

bacaan pada ayat, menukar teks Rumi ke Jawi. Bagi murid Tahun Lima pula, mereka

dapat menulis pebagai jenis teks dan menulis teks berita dan laporan. Oleh itu murid-

murid Tahun Lima seharusnya dapat membaca ejaan Jawi dengan lancar yang

merangkumi perkataan-perkataan yang mengandungi suku kata terbuka, suku kata

tertutup, perkataan berimbuhan dan perkataan pinjaman. Oleh yang demikian, satu

kajian perlu dilakukan bagi meninjau tahap penguasaan murid-murid Tahun Lima

Sekolah Kebangsaan Darau selari dengan objektif sukatan pelajaran yang telah

ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

1.3 SOALAN KAJIAN / PENYELIDIKAN

Beberapa persoalan boleh dikemukan dalam membuat kajian ini. Di antara persoalan

tersebut adalah seperti berikut :

a) Adakah tahap penguasaan kemahiran membaca ejaan Jawi di kalangan

pelajar Tahun Lima Sekolah Kebangsaan Darau telah mencapai objektif

pengajaran dan pembelajaran mengikut sukatan?

b) Adakah terdapat hubungan antara minat dengan tahap penguasaan membaca

Jawi?

c) Adakah faktor kaedah pengajaran guru mempengaruhi minat pelajar ?

d) Sejauhmanakah peranan ibu bapa mempengaruhi tahap penguasaan pelajar

membaca ejaan Jawi ?

xi
1.4 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah bertujuan melihat aspek-aspek berikut:

a) Tahap penguasaan kemahiran membaca ejaan Jawi di kalangan murid Tahun

Lima.

b) Melihat kaitan antara kebolehan Jawi dengan minat pelajar.

c) Mengenal pasti kaedah pengajaran guru terhadap minat dan pencapaian

dalam penguasaan kemahiran membaca ejaan Jawi.

d) Melihat kaitan antara peranan ibu bapa terhadap penguasaan kemahiran

membaca ejaan Jawi.

1.5 DEFINISI ISTILAH

1.5.1 Tahap

Mengikut Kamus Dewan tahap bererti peringkat, tingkat (Hajah Noresah binti

Baharom). (2002 : 1343) Dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (edisi keempat)

tahap ialah peringkat, tingkat, fasa iaitu pemikiran sudah sampai ke peringkat yang

lebih tinggi; tahap-tahap peningkatan dalam profesion tertentu daripada tahap paling

bawah ke tahap paling tinggi yang boleh dicapai.

xii
1.5.2 Penguasaan

Dalam Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan, penguasaan membawa maksud

perbuatan atau hal menguasai, pemahaman, pencapaian dan pendapat. (Haji Zainal

Abidin Safarwan. 1995 : 940). Mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka

penguasaan ialah memiliki, menguruskan dan berkuasa atas sesuatu, iaitu model

untuk mengukur penguasaan, pencapaian atau prestasi pelajar dalam melaksanakan

tugas semasa pembelajaran atau ujian untuk mengukur penguasaan kemahiran dan

prestasi pelajar.

1.5.3 Tahap Penguasaan

Mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ( edisi keempat ) tahap penguasaan

ialah tahap-tahap peningkatan dalam profesion tertentu daripada tahap paling bawah

ke tahap yang paling tinggi yang boleh dicapai. Maksud tahap penguasaan dari

gabungan kedua definisi tahap dan penguasaan ialah peringkat atau tingkat

penguasaan yang membawa maksud perbuatan atau hal menguasai, pemahaman,

pencapaian dan pendapat.

a) Tahap penguasaan bacaan ejaan Jawi yang rendah ialah kebolehan membaca

ejaan Jawi yang lemah, dimana murid-murid hanya boleh membaca perkataa yang

mengandungi suku kata terbuka sahaja.

b) Tahap penguasaan bacaan Jawi yang sederhana ialah kebolehan membaca ejaan

Jawi yang kurang lancar tetapi murid-murid boleh membaca perkataan-perkataan

xiii
yang mengandungi suku kata terbuka, suku kata tertutup, perkataan berimbuhan dan

kata pinjaman.

c) Tahap penguasaan bacaan Jawi yang tinggi ialah kebolehan membaca ejaan Jawi

yang lancar merangkumi perkataan yang mengandungi suku kata terbuka, suku

kata tertutup, perkataan berimbuhan dan kata pinjaman.

1.6 KEPENTINGAN KAJIAN

Adalah menjadi harapan penyelidik segala maklumat yang dihasilkan dari kajian ini

mempunyai implikasi kepada perkara-perkara berikut :-

1.6.1 Hasil kajian ini diharapkan dapat dijadikan maklumbalas kepada pihak

Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), Kementerian Pelajaran Malaysia

(KPM) penambahbaikan sukatan pelajaran Pendidikan Islam khususnya

kemahiran membaca ejaan Jawi. Dapatan daripada kajian ini akan dapat

membantu pegawai-pegawai di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM),

Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan

sekolah untuk menitikberatkan faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian

kemahiran penguasaan membaca ejaan Jawi pelajar Tahun Lima.

1.6.2 Diharap segala data dan keputusan daripada kajian ini dapat digunakan

sebagai panduan untuk mengambil tindakan susulan yang sewajarnya bagi

menangani masalah kurang minat terhadap ejaan Jawi.

xiv
1.6.3 Diharapkan hasil kajian ini dapat membantu guru-guru memahami

tentang perlunya komitmen mereka membaiki tahap pengajaran dan pembelajaran

mereka dalam penguasaan membaca ejaan Jawi.

1.6.4 Hasil kajian ini diharap dapat dijadikan maklumbalas terutamanya kepada

pihak pentadbir sekolah dan ibubapa dalam perkara-perkara yang boleh

meningkatkan prestasi pelajar dalam penguasaan kemahiran membaca ejaan Jawi.

1.6.6 Diharapkan kajian ini akan dapat menambahkan lagi sumber rujukan

bagi mengkaji tahap pencapaian kemahiran membaca ejaan Jawi.

1.7 BATASAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan ini hanyalah kajian kes terhadap pelajar Tahun Lima di Sekolah

Kebangsaan Darau di daerah Besut. Tumpuan kajian ini berkisar kepada tahap

penguasaan kemahiran membaca ejaan Jawi di kalangan murid Tahun Lima. Di

samping itu akan melibatkan kaitan antara kaedah pengajaran dan pembelajaran

dengan minat murid, kaedah pengajaran dan peranan ibu bapa terhadap penguasaan

kemahiran membaca ejaan Jawi. Bilangan responden kajian adalah seramai 60 orang

yang akan disoal selidik yang sedang menuntut di Tahun Lima Sekolah Kebangsaan

Darau.

Kelancaran kajian ini juga bergantung kepada sejauh manakah pihak guru

besar dan guru-guru Pendidikan Islam serta guru j-QAF Sekolah Kebangsaan Darau

memberi kerjasama. Keesahan kajian amat dipengaruhi oleh kejujuran responden

memberi maklumat yang tepat.

xv
1.8 KESIMPULAN

Tulisan Jawi merupakan tulisan terawal dan digunakan secara meluas di Nusantara.

Bab ini menghuraikan latar belakang kajian dan pernyataan masalah. Mengikut

sukatan pelajaran, murid-murid Tahun Lima seharusnya dapat membaca ejaan Jawi

dengan lancar yang merangkumi perkataan-perkataan yang mengandungi suku kata

terbuka, suku kata tertutup, perkataan berimbuhan dan perkataan pinjaman. Objektif,

kepentingan dan batasan kajian juga dibincangkan secara terperinci di dalam bab ini.

xvi
BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1 PENDAHULUAN

Dalam bab ini, akan dibincangkan beberapa pendapat dan sorotan penulisan dari

beberapa kajian yang berkaitan dengan perkara berikut:-

a) Kajian penguasaan membaca ejaan Jawi.

b) Hubungan sikap dengan minat dengan pencapaian.

c) Kaedah pengajaran guru dan pencapaian akademik.

d) Peranan ibu bapa terhadap pencapaian pelajar.

2.2 KAJIAN PENGUASAAN MEMBACA EJAAN JAWI

Kementerian Pendidikan telah melaksanakan beberapa kajian mengenai celik huruf

Jawi. Antaranya Pusat Perkembangan Kurikulum di Kementerian Pendidikan telah

mengadakan kajian pelaksanaan Pelajaran Jawi di kalangan pelajar Kurikulum Baru

Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1992. Pada keseluruhan kajian ini mendapati

66.8% murid Tahun 1, 49% murid Tahun 2, 61.4% murid Tahun 3 boleh membaca

Jawi mengikut tahap mereka. Bagi tahap dua pula, sebanyak 57.7% murid Tahun 4,

67% murid Tahun 5 dan 67.1% murid Tahun 6 boleh membaca Jawi.

xvii
Manakala kajian yang dijalankan oleh Bahagian Pendidikan Islam dengan

kerjasama Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia (UPM) pada

tahun 1998 terhadap murid Tahun 6 di tiga buah negeri iaitu Johor, Selangor dan

Pulau Pinang mendapati bahawa 61% murid menguasai kemahiran membaca ejaan

Jawi.

Kementerian Pendidikan dari masa ke semasa berusaha mengatasi masalah

buta al-Quran dan tulisan Jawi. Kementerian Pendidikan telah mengadakan Seminar

Jawi Peringkat Kebangsaan pada 16 hingga 18 Oktober 2002. Pada tahun 2003,

Kementerian Pendidikan telah mengeluarkan Pekeliling Ikhtisas ke semua sekolah

untuk memberi penekanan kepada penguasaan Jawi dan al-Quran khususnya bagi

enam bulan pertama Tahun 1. Guru-guru yang mengajar Jawi dan al-Quran diberi

kursus dari masa ke semasa. Para guru juga hendaklah menjalankan pelbagai aktiviti

untuk mempertingkatkan penguasaan dan pengukuhan Jawi di kalangan murid.

Dalam agihan waktu mengajar mata pelajaran pendidikan Islam sekolah rendah telah

ditetapkan satu waktu untuk mengajar Jawi, manakala di peringkat sekolah

menengah pula, Pelajaran Jawi diperkukuhkan menerusi pelajaran Pendidikan Islam.

Kajian dilakukan oleh Muzni bin Haji Borhan pada tahun 1995 dari Fakulti

Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia. Kajiannya bertajuk Penguasaan

Pelajaran Jawi Di Kalangan Murid Tahun Lima Di Sekolah-Sekolah Rendah Daerah

Tampin, Negeri Sembilan Darul Khusus. Kajian ini mendapati kaedah pelajaran Jawi

dipraktikkan dengan baik oleh guru-guru, walau bagaimanapun pencapaian pelajar-

pelajar didapati kurang memuaskan. Kajian ini juga mendapati peruntukan masa

pembelajaran yang tidak mencukupi, bahan pelajaran Jawi yang kurang dan

kelemahan penguasaan pelajaran Jawi pelajar-pelajar Tahun Lima. Adalah

xviii
diharapkan faktor-faktor tersebut dapat diatasi oleh pentadbiran sekolah supaya

penguasaan Jawi dapat ditingkatkan.

Kajian yang dijalankan oleh En. Yazid bin Hj. Hasnam. Kajian dijalankan

untuk meningkatkan penguasaan ejaan Jawi dan menanam minat terhadap ejaan Jawi

di kalangan pelajar. Tujuan awal telah dijalankan kepada 15 orang pelajar dari

Tingkatan 3 Kritis. Perancangan tindakan difokuskan kepada penguasaan Jawi

dengan menggunakan “Kaedah Matlob”. Keputusan kajian yang dijalankan

menunjukkan bahawa peningkatan pelajar dalam penguasaan ejaan Jawi dilakukan

melalui modul-modul yang diberi sebab pelajar dapat lebih latihan dan mereka lebih

seronok membuatnya kerana mereka tidak merasa tertekan.

Dalam sidang Dewan Rakyat Pada 7 Oktober 2004, Timbalan Menteri

Pelajaran Dato’ Mahadzir Mohd Khir telah memberi penjelasan bahawa Kementerian

Pelajaran serius dalam menggalakkan murid-murid untuk bergiat dalam tulisan Jawi.

Kementerian Pelajaran memang sentiasa berusaha memartabatkan tulisan Jawi.

Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran telah menjadikan pengajian dan

pembelajaran Jawi dengan peruntukan waktu 60 minit seminggu. Kementerian

Pelajaran juga menetapkan bagi 6 bulan pertama murid-murid Tahun Satu sekolah

rendah diajar tulisan Jawi. Kementerian juga menyediakan buku teks Pendidikan

Islam dalam tulisan Jawi. Kertas peperiksaan untuk peringkat Penilaian Menengah

Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) juga disediakan dalam tulisan

Jawi.

Usaha lain yang sedang giat dilakukan pada masa ini adalah menyediakan

bahan-bahan bacaan dalam tulisan Jawi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Kementerian ini juga berpandangan usaha untuk memartabatkan tulisan Jawi akan

menghasilkan impak yang lebih positif sekiranya semua pihak turut serta memainkan

xix
peranan masing-masing. Berdasarkan pemantauan yang dijalankan usaha-usaha yang

dijalankan tersebut telah dapat membantu murid-murid membaca dan menulis Jawi.

Dengan pelaksanaan j-QAF Insya Allah Kementerian Pelajaran yakin murid-murid

dapat menguasai tulisan Jawi.

Kajian juga telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Bandar Raub, Pahang

oleh Hasanudin bin Hj. Borhan, yang mana Kajian Penguasaaan Tulisan Jawi ini

dijalankan adalah untuk mengenalpasti kelemahan dan memperbaiki kesalahan yang

sering dilakukan oleh murid-murid Tahun Empat di dalam penulisan terutama aspek

menulis bentuk huruf yang disebut dan menyambung huruf-huruf tersebut. Tinjauan

hasil semakan latihan awal yang diberikan kepada murid-murid, didapati murid-

murid sangat lemah di dalam menulis bentuk huruf yang tersebut berdasarkan teks

Rumi dan menyambung huruf tersebut menjadi perkataan. Perancangan tindakan ini

akan difokuskan kepada penguasaan kemahiran tersebut. Tiga sesi pengajaran dan

pembelajaran (60 minit setiap sesi) telah dijalankan dimana murid-murid belajar

kemahiran yang tersebut di atas secara kelas. Keputusan ujian yang dijalankan telah

menunjukkan prestasi penulisan murid-murid. Murid-murid mula menunjukkan

minat belajar kemahiran menyambung huruf untuk mengatasi masalah penulisan

mereka.

Pekeliling Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral (JAPIM) 5206/4/4.1 Jld. 2(4)

bertarikh 3 Januari 2003, mewajibkan pelajaran Jawi dimasukkan dalam mata

pelajaran Pendidikan Islam dengan peruntukan 60 minit seminggu bagi Tahun Satu

untuk tempoh 6 bulan pertama sahaja.Bagi murid Tahun Dua dan seterusnya

(termasuk sekolah menengah), aktiviti pemulihan dan pengayaan Jawi dilaksanakan

secara berterusan di samping penggunaannya dalam semua aktiviti pengajaran dan

pembelajaran Pendidikan Islam dan ujian serta peperiksaan Pendidikan Islam.

xx
2.3 HUBUNGAN SIKAP DAN MINAT DENGAN PENCAPAIAN

Sikap pelajar merupakan suatu angkubah yang sangat penting bukan sahaja sebagai

suatu objektif pengajaran tetapi juga sebagai faktor yang boleh menelah pencapaian

pelajar dalam berbagai kurikulum sekolah (Remmars dan Gage, 1943). Pendapat

Remmars dan Gage adalah selaras dengan hasil penyelidikan oleh Sullivan (1927)

seorang pengkaji yang awal yang menjelaskan sikap pelajar merupakan faktor

penting bagi menilai pencapaian pelajar. Kajian oleh Young (1932) membuktikan

pelajar yang berminat dalam satu-satu mata pelajaran itu akan berusaha

menambahkan pengetahuannya supaya pencapaian mereka menjadi lebih baik.

Rallison (1939) dengan menggunakan ukuran “ Vernon Measurement of

Abilities (VMA)” dalam kajian terhadap pelajar di bandar New Castle, Thyre dan

Northumberland yang berumur 11, 12 dan 13 tahun telah membuktikan bahawa sikap

dan minat pelajar mempunyai korelasi yang tinggi dalam pencapaian mereka. Beliau

juga mendapati bahawa faktor lokaliti antara bandar dan desa tidak mempengaruhi

sikap pelajar dan pencapaian sebaliknya beliau berpendapat faktor minat dan sikap

yang positif terhadap mata pelajaran tersebut lebih merupakan faktor penting untuk

dinilai.

Kajian-kajian yang terdahulu seperti Bolton (1937), Jordan (1941), Bigg

(1950), Brown (1953), Mc Gauvran (1955), Davidson (1956), Brodie (1964), Raja

Gopal (1976) dan Hamid Awang (1977) telah menunjukkan bahawa sikap pelajar

terhadap mata pelajaran mempunyai kaitan dengan pencapaian akademik mereka di

sekolah.

xxi
2.4 KAEDAH PENGAJARAN GURU DAN PENCAPAIAN AKADEMIK

William G. Spady (1973) telah melaporkan kajian yang dibuat oleh Stinchcombe

(1970) yang menganalisis kesan pengajaran guru telah mengatakan pengajaran guru

yang berkesan :-

a) Dapat menarik minat dan mengekalkan minat serta tumpuan di dalam

pembelajaran murid.

b) Mempunyai bahan tertentu dan menarik minat untuk disampaikan.

c) Menyampaikan dengan jelas dan tepat.

d) Menyampaikan dalam situasi yang menarik dan gaya yang memberangsangkan.

Biggs (1979, 1982 dan 1987) telah mendapati ada hubungan di antara tingkah laku

mengajar dengan tingkah laku belajar. Perhubungan ini dengan jelas dapat dilihat di

dalam model belajar yang dibentuk oleh Biggs (1987).

Ismail Daros (1981) dan Yaacub (1977) dalam penyelidikannya membuat

kesimpulan bahawa kelemahan pengajaran guru merupakan faktor yang

mempengaruhi minat pelajar terhadap persekolahan. Pelajar yang mundur cepat

bosan terhadap pelajaran yang kurang difahami serta kurang diminati dan guru pula

tidak berusaha untuk menarik minat pelajar. Dari segi pengajaran guru, pelajar

mundur biasanya terbiar dengan tidak diberi perhatian langsung oleh guru.

xxii
Flanders (1970) mendapati lebih sistematik seseorang guru itu mengajar

lebih positif kesannya kepada kefahaman murid.Gregore dan Ward (1977) mendapati

bahawa keserasian gaya pengajaran guru dengan gaya pembelajaran pelajar

menghasilkan pelajar yang berjaya.Tuckman (1970) mendapati lebih sistematik

seseorang guru itu mengajar lebih positif kesanya kepada perkembangan bacaan

murid.

Hanapi Saad (1983) telah mengemukakan pendapat Molstad (1974) yang

menyatakan pembelajaran murid-murid mengenai sesuatu maklumat boleh dicapai

dalam masa yang singkat melalui pengalaman teknologi. Pencapaian yang sistematik

adalah lebih berkesan dan lebih digemari oleh pelajar daripada kaedah atau cara

pengajaran tradisi yang biasa digunakan.

Turner dan Fattu (1961) telah mengemukan bukti iaitu guru-guru yang

mendapat latihan profesional adalah lebih efektif berbanding dengan mereka yang

tidak terlatih, dari segi kemampuan menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi

oleh guru professional. Stern (1963) menyatakan pengajaran yang baik adalah

ditentukan oleh sifat-sifat atau perlakuan yang berikut:

a) Kesediaan untuk lebih fleksibel,

b) Kesanggupan untuk menerima pandangan dan pendapat pelajar.

c) Kebolehan untuk menyediakan diri untuk pengajaran.

d) Kesediaan untuk diuji atau menghadapi cabaran.

e) Kemahiran dalam penyoalan.

f) Pengetahuan mengenai mata pelajaran yang diajar.

g) Menyediakan prosedur peperiksaan yang sempurna.

h) Menyediakan Bahan Bantu Mengajar yang mencukupi dan sempurna.

xxiii
i) Menunjukkan sikap menyokong dan penghargaan.

j) Menggunakan bahan yang baik dalam pengajaran.

2.5 PERANAN IBU BAPA TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR.

Dave (1965) dalam kajiannya tentang hubungan antara suasana rumah dengan

pencapaian pelajar mendapati bahawa dorongan ibu bapa, minat dan aktiviri pelajar

serta keadaan di rumah mempunyai hubungan dengan pencapaian akademik (kolerasi

0.80). Sementara itu suasana di rumah mempunyai hubungan yang kuat dengan

pencapaian dalam bahasa, tetapi kurang berpengaruh terhadap pencapaian kemahiran

Kajian di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa ibu bapa yang terpelajar

turut mengambil bahagian dalam menambahkan peluang-peluang pendidikan anak-

anak mereka. Menurut Lareau (1987,1989), Baker dan Stevenson (1986) dan

Stevenson dan Baker (1987), impak kelas sosial terhadap pencapaian adalah

berdasarkan penglibatan ibu bapa sedemikian. Ibu bapa yang berpendidikan tinggi

mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk menggunakan pelbagai strategi bagi

mempastikan anak-anak mereka ditempatkan di dalam kelas yang terbaik.

Sharifah Md Nor (1991), mendapati bahawa ibu yang mempunyai pendidikan

menengah mempunyai pengaruh yang lebih berkesan kepada pendidikan anak-anak

mereka. Boocock (1980), menyatakan bahawa hubungan taraf sosio ekonomi

keluarga dan pencapaian akademik telah dapat dilihat dalam tiap-tiap kelompok

masyarakat Barat berdasarkan pengalaman penelitian.

xxiv
Jenck (1972), dalam usahanya mengkaji semula beberapa penyelidikan di

Amerika, mendapati bahawa setengah daripada perbezaan dalam pencapaian

pelajaran adalah berpunca daripada faktor latar belakang keluarga.

Sewell dan Hausser (1976), mendapati bahawa taraf sosio ekonomi dan

kemampuan boleh dipengaruhi pencapaian melalui beberapa cara seperti galakan ibu

bapa, rakan sebaya dan guru. Kajian ini menunjukkan bahawa 75 peratus daripada

perbezaan dalam pencapaian pelajaran sekolah tinggi adalah berpunca daripada

perkara-perkara tersebut.

Fedigan dan Gary (1978), menggariskan beberapa faktor yang mempengaruhi

pencapaian akademik pelajar di sekolah. Faktor tersebut adalah saling berkait dan

boleh dibahagikan kepada tiga komponen iaitu masyarakat, sekolah dan pelajar.

2.6 KESIMPULAN

Perbincangan bab ini telah menyentuh faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian

akademik murid dalam mata pelajaran Jawi. Kajian-kajian terhadap pembolehubah

yang telah dijangkakan seperti minat, kaedah pengajaran guru dan peranan ibu bapa

yang telah diutarakan oleh pengkaji terdahulu menimbulkan beberapa persoalan

kajian. Ulasan karya penting kepada pengkaji bagi memudahkan pengkaji membuat

kajian seterusnya terutama dalam membentuk metodologi kajian.

xxv
BAB 3

METODOLOGI PENYELIDIKAN

3.1 PENDAHULUAN

Dalam bab ini, penyelidik akan cuba menerangkan mengenai kaedah dan tatacara

kajian iaitu rekabentuk penyelidikan, sampel kajian, instrumen kajian, prosedur

pengumpulan data dan analisis data. Kaedah utama kajian adalah bercorak kualitatif

di samping kaedah kuantitatif. Penggabungan kedua-dua kaedah ini perlu bagi

menghasilkan kajian yang lebih mendalam, bersistematik dan laporan yang lebih

menyeluruh.

3.2 REKABENTUK PENYELIDIKAN

Metod penyelidikan ini bercorak kajian kes iaitu kajian kes ke atas murid-murid

Tahun Lima di Sekolah Kebangsaan Darau. Mengikut Majid Konting ( 1992 ) kajian

xxvi
kes adalah penyelidikan yang dilakukan secara intensif oleh penyelidik ke atas satu

unit kecil sosial seperti individu, satu keluarga, satu kampung, satu kelas, satu

sekolah atau satu masyarakat. Kajian tersebut termasuk menyelidiki pelbagai aspek

pembolehubah yang terlibat dari segi sejarah dan perkembangan subjek. Penekanan

kajian kes adalah kepada pemahaman mengenai persoalan mengapa individu atau

unit sosial seperti keadaan sekarang dan bagaimana perubahan tingkahlaku pada

individu atau unit sosial tersebut berlaku disebabkan oleh pembolehubah berkaitan.

Mengikut Anderson ( 1990 ), kajian kes dapat menjelaskan perkara-perkara

yang terselindung dari sudut pandangan responden dan pengumpulan data melalui

kaedah ini mempunyai darjah kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Dalam

kajian kes yang akan dijalankan oleh penyelidik, fokus kajian adalah untuk melihat

tahap penguasaan kemahiran membaca ejaan Jawi di kalangan murid Tahun Lima.

Kajian secara mendalam akan cuba dilakukan untuk mengesan persoalan tersebut

melalui instrument soal selidik, temubual dan pemerhatian secara langsung.

3.3 POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN

Populasi merupakan satu set ciri yang menunjukkan cerapan atau ukuran yang

tertentu ke atas sekumpulan individu atau objek. ( Majid Konting : 1990 ). Populasi

kajian ini terdiri daripada murid-murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan Darau, sesi

persekolahan 2007 berjumlah 68 orang . Sekolah Kebangsaan Darau merupakan

sekolah gred A luar bandar.

Persampelan merupakan strategi penyelidikan bilamana penyelidik boleh

mendapatkan maklumat mengenai sesuatu populasi daripada sebahagian individu

yang menganggotai populasi tersebut. Sebahagian individu yang diambil melalui

xxvii
persampelan bagi mewakili sesuatu populasi yang dikaji dinamakan sampel. ( Majid

Konting :1990 )

Pemilihan sampel dalam kajian ini dibuat dengan menggunakan persampelan

rawak. Dalam konteks kajian ini, penyelidik telah memilih seramai 60 orang murid.

Taburan mengikut jantina juga seimbang, iaitu 30 orang murid lelaki dan 30 orang

murid perempuan.

3.4 INSTRUMEN KAJIAN

Data untuk kajian ini dikumpulkan melalui soal selidik dan temubual. Menurut

Sekaran (1992), soal selidik adalah kaedah pengumpulan data yang kerap digunakan

apabila melibatkan responden yang ramai. Ia biasa digunakan untuk mendapatkan

maklumat berkenaan fakta-fakta, kepercayaan, perasaan, kehendak dan sebagainya.

Soal selidik dapat meningkatkan ketepatan dan kebenaran gerakbalas subjek terhadap

rangsangan soalan yang diberi.

Untuk mencapai objektif kajian, satu set soal selidik digunakan sebagai

instrumen untuk mendapatkan respon dan maklumat yang berkaitan. Borang soal

selidik murid menjurus kepada penguasaan murid menguasai Jawi, minat murid

mempelajari pelajaran Jawi, kaedah pengajaran guru dan faktor persekitaran yang

menggalakkan mereka menguasai ejaan Jawi.

3.4.1 Instrumen kajian ini mengandungi empat bahagian iaitu :-

xxviii
Bahagian A : Penguasaan Kemahiran Membaca Ejaan Jawi. Soalan-soalan di dalam

bahagian ini mengandungi penguasaan murid dalam membaca ejaan Jawi. Bahagian

ini mengandungi 8 soalan yang bermula item 1 hingga 8.

Bahagian B : Minat Pelajar Mempelajari Mata Pelajaran Jawi.

Soalan-soalan di dalam bahagian ini terdiri daripada pandangan murid tentang minat

mereka terhadap mata pelajaran Jawi. Bahagian ini mengandungi 10 soalan yang

bermula dari item 1 hingga 10.

Bahagian C : Kaedah Pengajaran Guru.

Soalan-soalan dalam bahagian ini melihat pebagai teknik pengajaran guru dan tahap

keberkesanannya dari aspek pandangan murid. Bahagian ini mengandungi 7 soalan

yang bermula dari item 1 hingga 7.

Bahagian D : Peranan Ibu Bapa.

Soalan-soalan dalam bahagian ini mengandungi tahap penguasaan murid dalam

bacaan al-Quran. Soalan juga berkaitan dengan peranan ibu bapa dalam

meningkatkan penguasaan Jawi. Terdapat 7 soalan yang bermula dari item 1

hingga7.

3.4.2 Item- item soal selidik adalah seperti jadual 1 di bawah.

Pembolehubah Item Jumlah


Penguasaan Membaca Jawi 1 hingga 8 8
Minat Pelajar Mempelajari Jawi 1 hingga 10 10

xxix
Kaedah Pengajaran Jawi 1 hingga 7 7
Peranan Ibu bapa 1 hingga 7 7
Jumlah 32

Jadual 1 : Taburan Item Soal Selidik.

Temubual merupakan satu lagi kaedah yang digunakan oleh penyelidik dalam

kajianini. Mengikut Majid Konting (1990), temubual merupakan kaedah tertua yang

digunakan untuk mengumpulkan maklumat. Ia sangat praktikal digunakan untuk

mendapatkan maklumat yang tepat daripada populasi yang kecil, populasi yang

mempunyai pendidikan yang rendah, populasi yang buta huruf, populasi yang

berumur dan populasi kanak-kanak.

Temubual sering digunakan terhadap subjek yang gemar ditemubual daripada

menjawab soal selidik. Fink & Kosecoff (1985), Dijkstra & Van der Zouwen (1982),

menyatakan kaedah temubual mempunyai banyak kelebihan berbanding dengan

kaedah lain seperti untuk mendapatkan maklumat berkenaan dengan kepercayaan,

sikap, motivasi, cadangan dan lain-lain perkara yang sukar diperolehi. Darjah

kerjasama dari responden adalah tinggi di samping dapat mengelakkan mereka yang

tidak berkenaan menjawab soalan yang ditujukan.

Dalam kajian ini, tujuan penyelidik mengadakan temubual dengan murid-

murid untuk mengetahui tahap penguasaan membaca ejaan Jawi. Murid-murid akan

membaca petikan yang diberi. Penyelidik akan menilai samada tahap penguasaan

membaca ejaan Jawi telah mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran

sebagaimana sukatan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Temubual juga diadakan kepada dua orang guru Pendidikan Islam dan dua orang

guru j-QAF. Bagi guru, temubual amat penting untuk mendapatkan maklumat

mengenai kaedah pengajaran guru, tahap penguasaan murid, masalah pengajaran dan

xxx
peruntukan masa untuk mempelajari mata pelajaran Jawi. Soalan temubual untuk

guru dinyatakan dalam lampiran.

3.5 KAJIAN RINTIS

Satu kajian rintis (pilot study) sepatutnya dilakukan untuk mempastikan ketekalan

dan kebolehpercayaan dalaman (internal reliability) soal selidik yang dibina. Kajian

rintis penting untuk menentukan item-item dalam set soal selidik tidak disalahfaham

di samping untuk menguji kebolehlaksanaannya (feasibility). Gronland (1987),

menyatakan bahawa kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan sesuatu keputusan

peperiksaan. Oller (1979) pula menyatakan bahawa kebolehpercayaan ujian merujuk

kepada ketekalan sesuatu ujian dalam menghasilkan keputusan yang sama dalam

situasi yang sama tetapi pada masa ujian yang berlainan. Menurut Kerlinger (1973)

konsep kebolehpercayaan hendaklah boleh menjawab tiga pertanyaan iaitu:

a. Kalau kita mengukur sesuatu dengan menggunakan bahan pengukur yang

sama berkali-kali dan kita bandingkan adakah hasilnya sama. Soalan ini berkaitan

dengan konsep kestabilan, ketahanan ( tahan uji ) dan ketepatan.

b. Adakah hasil yang didapati daripada alat pengukur itu menepati apa yang

hendak diukur. Ini berkaitan dengan konsep ketepatan.

c. Berapa banyakkah kesilapan pengukuran di dalam alat pengukuran itu. Semakin

tinggi jumlah kesilapan, semakin tidak dipercayai bahan pengukuran atau bahan

ujian itu.

xxxi
Dalam konteks kajian ini, penyelidik turut membuat kajian rintis untuk

menguji soal selidik. Kajian tersebut dilakukan pada 05 Oktober 2010 yang

melibatkan 10 orang murid Tahun Lima Sekolah Kabangsaan Darau. Tujuan kajian

ini ialah untuk mengesan:

a. Item-item yang sukar difahami dan kurang jelas.

b. Bahasa yang digunakan difahami oleh responden.

c. Kenyataan-kenyataan yang kabur yang boleh menimbulkan takrifan yang

berlainan kepada responden.

d. Tempoh masa yang diambil oleh responden dalam menjawab soalan.

Hasil daripada kajian rintis tersebut dan juga garis panduan serta nasihat

daripada pensyarah penyelia, pengkaji telah membuat pengubahsuaian dalam soalan

soal selidik.

3.6 PROSEDUR PENGUMPULAN DATA

Sumber data dalam penyelidikan ini dari data primer. Data primer diperolehi

daripada maklumbalas responden melalui soal selidik yang diedarkan dan temubual

dengan responden. Temubual juga dilakukan kepada guru-guru yang mengajar murid

berkenaan.

Penyelidik akan membuat kajian lapangan selama dua minggu di sekolah

berkenaan. Bagi menjalankan soal selidik, penyelidik akan menerangkan tujuan

kajian dan mengedarkan soalan soal selidik dan seterusnya mengumpulkan jawapan

dari semua responden yang terlibat. Penyelidik sendiri akan menjalankan soal selidik

xxxii
dan akan dibantu oleh dua orang guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan

Islam dan dua orang guru j-QAF sekolah berkenaan. Responden akan diasingkan

daripada murid-murid lain dan dikumpulkan di Pusat Sumber Sekolah (PSS).

Keadaan tersebut perlu bagi memastikan responden menjawab dengan ikhlas, tanpa

berbincang dengan rakan-rakan mereka yang lain . Temubual dengan dua orang guru

pula adalah untuk mendapatkan maklumat yang perlu akan diadakan pada waktu

senggang. Temubual dengan responden dilakukan, dimana responden akan dipanggil

secara bergilir-gilir untuk menguji penguasaan membaca ejaan Jawi dengan cara

membaca petikan yang disediakan.

3.7 ANALISIS DATA

Pengukuran data dapat dibuat dengan menjumlahkan skor bagi jawapan ‘Ya’ dan

skor bagi jawapan ‘Tidak’. Pada keseluruhannya setiap maklumbalas kepada soalan

diberi jawapan ‘Ya’ atau ‘Tidak’. Nilai ‘1’ dan ‘2’ bagi setiap jawapan tidak

mempunyai apa-apa nilai tertentu tetapi sekadar membezakan di antara kedua-dua

jawapan.

Semua data dalam kajian ini dianalisis secara kualitatif. Bagi data yang

diperolehi melalui soal selidik, analisis data melibatkan penggunaan statistik

deskriptif. Penggunaan statistik deskriptif adalah untuk memperolehi data yang

dianggap sebagai ringkasan daripada keseluruhan set data. Teknik analisis yang

digunakan adalah peratus. Analisis data adalah dalam lingkungan bahagian masing-

masing iaitu pencapaian membaca Jawi, minat terhadap mata pelajaran Jawi, kaedah

pengajaran guru dan faktor persekitaran yang mempengaruhi pencapaian Jawi.

xxxiii
Kaedah temubual pula, pengkaji akan mencatatkan butir-butir penting

temubual dalam buku rekod catatan. Fakta-fakta penting yang berkaitan dengan

kajian akan diproses, dianalisis dan ditafsirkan. Sumber temubual adalah sumber

sokongan penting dalam memberikan maklumat sampingan kepada jawapan-jawapan

soalan-soalan soal selidik.

3.8 KESIMPULAN

Kajian ini akan menggunakan rekabentuk kajian kes kerana ingin mengkaji

sejauhmanakah pencapaian murid dalam menguasai kemahiran membaca ejaan Jawi

dipengaruhi oleh faktor minat, kaedah pengajaran guru dan peranan ibu bapa.

Instrumen kajian adalah soal selidik dan temubual. Analisis yang digunakan adalah

peratus.

xxxiv
BAB 4

ANALISIS DATA

4.1 PENGENALAN

Bab ini akan membincangkan hasil dapatan kajian daripada soal selidik dan temubual

oleh pengkaji. Analisis kajian dalam bab ini meliputi latarbelakang responden dan

beberapa aspek bagi menjawab persoalan kajian yang dikemukakan dalam bab 1

seperti berikut :

a. Tahap penguasaan kemahiran membaca ejaan Jawi di kalangan murid Tahun

Lima.

b. Sukatan Pelajaran Jawi dengan minat pelajar mempelajari Jawi.

c. Kaedah pengajaran guru terhadap minat dan pencapaian dalam penguasaan

kemahiran membaca ejaan Jawi.

d. Peranan ibu bapa terhadap penguasaan kemahiran membaca ejaan Jawi.

xxxv
4.2 HASIL KAJIAN

4.2.1 LATAR BELAKANG RESPONDEN

Berikut adalah demografi berhubung dengan sampel yang telah diperolehi.

Jantina Kekerapan Peratus (%)


Lelaki 30 50
Perempuan 30 50
Jumlah 60 100

Jadual 2: Demografi Sampel Berasaskan Jantina

Lelaki
Perempuan

Rajah 1

Jadual menunjukkan bahawa taburan sampel dari segi jantina adalah seimbang antara

murid lelaki dengan murid perempuan.

Kedudukan Kekerapa Peratus (%)

n
Bandar 0 0
Luar bandar 60 100

Jadual 3 : Taburan Responden Mengikut Tempat Tinggal

xxxvi
Bandar
Luar Bandar

Rajah 2

Jadual menunjukkan seramai 60 orang murid (100%) tinggal di luar bandar.

Jenis Pekerjaan Kekerapan Peratus (%)


Kerajaan 10 16.7
Swasta 15 25
Bekerja Sendiri 25 41.7
Lain-lain 10 16.6
Jumlah 60 100

Jadual 4 : Taburan Responden Mengikut Pekerjaan Ibu Bapa

Kerajaan
Swasta
Bekerja Sendiri
Lain-lain

Rajah 3

Jadual 4 menunjukkan bidang pekerjaan ibu bapa responden yang terdiri daripada 10

responden (16.7%) yang ibu bapanya bekerja kerajaan, 15 responden (25%) ibu

bapanya bekerja di sektor swasta, 25 responden (41.7%) ibu bapanya bekerja sendiri

dan 10 (16.6%) lain-lain pekerjaan.

xxxvii
Jumlah Pendapatan Kekerapan Peratus (%)
Kurang RM500 8 13.3
RM 500-RM 1000 32 53.3
Lebih RM 1000 20 33.4
Jumlah 60 100

Jadual 5 : Demografi Berdasarkan Sosial Keluarga

Kurang RM
500
RM500-
RM1000
Lebih RM
1000

Rajah 4

Jadual 5 menunjukkan 8 orang murid (13.3%) yang mempunyai ibu bapa yang

berpendapatan kurang RM 500 sebulan, manakala 32 orang murid (53.3%) yang

mempunyai ibu bapa yang berpendapatan antara RM 500 hingga RM 1000 sebulan

dan seramai 20 orang murid (33.4%) ibu bapa mereka berpendapatan lebih RM 1000

sebulan.

Tahap Pendidikan Kekerapan Peratus( %)

xxxviii
Tidak bersekolah 2 3.3
Tamat Sekolah Rendah 18 30
Tamat Sekolah Menengah 30 50
Diploma/Ijazah 10 16.7
Jumlah 60 100

Jadual 6 : Taburan Responden Terhadap Tahap Pendidikan Ibu Bapa

Tidak Bersekolah
Tamat Sekolah
Rendah
Tamat Sekolah
Menengah
Diploma/Ijazah

Rajah 5

Jadual 6 menunjukkan taburan sampel berdasarkan tahap pendidikan ibu bapa

dimana didapati golongan ibu bapa yang tidak bersekolah ada 2 orang (3.3%), ibu

bapa yang tamat sekolah rendah seramai 18 orang (30%). Golongan ibu bapa yang

tamat sekolah menengah seramai 30 orang (50%) manakala ibu bapa yang

berkelulusan diploma atau ijazah seramai 10 orang (16.7%)

4.3 DAPATAN KAJIAN

4.3.1 Penguasaan Ejaan Jawi

xxxix
Soalan soal selidik yang telah diberikan kepada responden adalah bertujuan untuk

melihat tahap penguasaan kemahiran membaca ejaan Jawi di kalangan murid Tahun

Lima.

Bil Keterangan Item Peratus (%)


Ya Tidak
1 Saya mengingati semua huruf Jawi 100 0
2 Saya dapat membaca sukukata terbuka dengan lancar 100 0
3 Saya dapat membaca suku kata tertutup dengan lancar 75 25

Jadual 7 : Penguasaan Membaca Ejaan Jawi

100%
80%
60%
Tidak
40% Ya
20%
0%
1 2 3

Rajah 6

Berdasarkan Jadual 7 100% murid menyatakan bahawa mereka mengingati semua

huruf Jawi dan dapat membaca suku kata terbuka dengan lancar. Bagi keterangan

item nombor 3 dan 4, 75% murid menyatakan mereka dapat membaca suku kata

tertutup dan perkataan berimbuhan dengan lancar, manakala 25% murid tidak dapat

membaca suku kata tertutup dan perkataan berimbuhan dengan lancar.

xl
Bil Keterangan Item Peratus

Ya Tidak
4 Saya dapat membaca perkataan berimbuhan dengan 75 25

lancar
5 Saya dapat membaca ejaan Jawi dengan lancar 66.7 33.3
6 Saya berpuashati dengan kebolehan dan pencapaian 33.3 66.7

dalam mata pelajaran Jawi

Jadual 8 Penguasaan Membaca Ejaan Jawi

100%
80%
60% Tidak
40% Ya
20%
0%
4 5 6

Rajah 7

Dapatan soal selidik bagi soalan nombor 5, menunjukkan 66.7% murid dapat

membaca ejaan Jawi dengan lancar manakala 33,3% pula tidak dapat membaca ejaan

Jawi dengan lancar.

Hanya 33.3 % murid menyatakan bahawa mereka berpuashati dengan

kebolehan dan pencapaian dalam mata pelajaran Jawi, manakala 66.7% pula tidak

berpuashati dengan pencapaian mereka.

Bil Keterangan Item Peratus

Ya Tidak
7 Saya yakin dapat meningkatkan pencapaian dalam 100 0

xli
bacaan ejaan jawi
8 Masa yang diperuntukkan mata pelajaran Jawi 25 75

mencukupi

Jadual 9 Penguasaan Membaca Ejaan Jawi

120
100
80
60 Tidak
40 Ya
20
0
7 8

Rajah 8

Semua murid yakin akan dapat meningkatkan penguasaan dalam membaca ejaan

Jawi. Ini menunjukkan mereka mempunyai kesungguhan untuk memperbaiki prestasi

penguasaan mereka dalam mata pelajaran Jawi. Bagi soalan yang berkaitan masa

yang diperuntukkan untuk mata pelajaran Jawi, 25% mengatakan bahawa masa yang

diperuntukkan adalah mencukupi manakala 75% mengatakan masa untuk mata

pelajaran Jawi perlu ditambah.

Selain soal selidik, pengkaji juga menemubual murid untuk mengetahui tahap

penguasaan membaca ejaan Jawi. Dalam temubual tersebut, responden diberi petikan

dalam ejaan Jawi untuk dinilai tahap penguasaan mereka membaca sama ada berada

pada tahap penguasaan yang rendah, sederhana atau tinggi. Kajian menunjukkan

45% murid berada pada tahap penguasaan yang tinggi iaitu kebolehan membaca

ejaan Jawi yang lancar merangkumi perkataan yang mengandungi suku kata terbuka,

suku kata tertutup, perkataan berimbuhan dan kata pinjaman.

xlii
Murid yang menunjukkan tahap penguasaan bacaan Jawi yang sederhana

sebanyak 30% iaitu kebolehan membaca ejaan Jawi yang kurang lancar tetapi

mereka boleh membaca perkataan-perkataan yang mengandungi suku kata terbuka,

suku kata tertutup, perkataan berimbuhan dan kata pinjaman.

Murid yang menunjukkan tahap penguasaan bacaan ejaan Jawi yang rendah

pula sebanyak 25% iaitu kebolehan membaca ejaan Jawi yang lemah di mana murid-

murid hanya boleh membaca perkataan yang mengandungi suku kata terbuka sahaja.

4.3.2 Tahap Penguasaan Kemahiran Bacaan Jawi

Tinggi
Sederhana
Rendah

Rajah 9

Rajah 9 menunjukkan tahap penguasaan kemahiran bacaan Jawi murid Tahun Lima.

Murid yang menguasai tahap penguasaan yang tinggi sebanyak 45%, tahap

penguasaan sederhana 30% manakala 25% bagi tahap penguasaan yang rendah.

4.3.3 Minat Mempelajari Mata Pelajaran Jawi

Jadual di bawah menunjukkan minat terhadap mata pelajaran Jawi di kalangan

murid-murid Tahun Lima.

Bil Keterangan Item Peratus


Ya Tidak

xliii
1 Saya meminati mata pelajaran Jawi 41.7 58.3
2 Saya lebih berminat dengan mata pelajaran Jawi 10 90

berbanding mata pelajaran lain


3 Mata Pelajaran Jawi amat berguna dalam kehidupan 46.7 53.3

seharian

Jadual 10 Minat Mempelajari Mata Pelajaran Jawi

100
80
60 Tida
40 k
20 Ya
0
1 2 3

Rajah 10

Berdasarkan jadual 10, didapati 41.7% murid meminati mata pelajaran Jawi,

manakala 58.3% murid tidak meminatinya. Hanya 10% murid lebih meminati mata

pelajaran Jawi berbanding dengan mata pelajaran lain.Soal selidik menunjukkan

46.7% menyatakan mata pelajaran Jawi amat berguna kepada kehidupan seharian

manakala 53.3% mengatakan sebaliknya.

Bil Keterangan Item Peratus


Ya Tidak
1 Saya mengulangkaji mata pelajaran Jawi di rumah 16.7 83.3
2 Saya selalu membaca petikan dalam ejaan Jawi 33.3 66.7
3 Mata pelajaran lain juga menyerapkan penulisan dan 0 100

pembacaan Jawi

Jadual 11 Minat Mempelajari Mata Pelajaran Jawi

xliv
100
80
60 Tidak
40 Ya
20
0
1 2 3

Rajah 11

Bagi item nombor 1, 16.7% mengatakan mereka mengulangkaji mata pelajaran Jawi

di rumah manakala 83.3% mengatakan mereka tidak mengulangkajinya. Bagi item

nombor 2, hanya 33.3% mengatakan mereka selalu membaca petikan dalam ejaan

Jawi manakala 66.7% pula mengatakan mereka tidak membaca petikan dalam ejaan

Jawi kecuali semasa belajar mata pelajaran Jawi dan Pendidikan Islam.Bagi soalan

nombor 3, 100% murid mengatakan mata pelajaran lain tidak menyerapkan penulisan

dan pembacaan ejaan Jawi kecuali Pendidikan Agama Islam yang bertulisan dengan

ejaan Jawi.

Bil Keterangan Item Peratus


Ya Tidak
1 Mata pelajaran Jawi amat membosankan 58.3 41.7
2 Mata pelajaran Jawi membuatkan saya takut dan tidak 58.3 41.7

selesa
3 Minat terhadap mata pelajaran Jawi didorong oleh guru 100 0
4 Saya belajar mata pelajaran Jawi kerana terpaksa bukan 58.3 41.7

kerana minat

Jadual 12 Minat Mempelajari Mata Pelajaran Jawi

xlv
100%
80%
60%
Tidak
40% Ya
20%
0%
1 2 3 4

Rajah 12

Merujuk Jadual 12, mata pelajaran Jawi amat membosankan dan membuat mereka

takut dan tidak selesa bagi 58.3% murid. Bagi 41.7% murid lagi, mata pelajaran Jawi

tidak membosankan dan membuat mereka tidak selesa. Bagi soalan nombor 3, 100%

murid menyatakan minat terhadap mata pelajaran Jawi didorong oleh guru.

Berdasarkan soal selidik yang telah dikemukakan 58.3% mengatakan bahawa

mereka belajar mata pelajaran Jawi kerana terpaksa bukan kerana minat. Sebanyak

41.7% murid pula mengatakan mereka mempelajari mata pelajaran Jawi bukan

kerana terpaksa tetapi berminat.

4.3.4 Kaedah Pengajaran Guru.

Pengkaji telah memberi soal selidik kepada murid untuk mengetahui dan menilai

kaedah pengajaran guru dari kacamata mereka.

Bil Soalan Setuju Kurang Tidak

setuju setuju
1 Guru mempunyai kesungguhan mengajar 91.7 8.3 0.0

dalam mata pelajaran Jawi


2 Guru mempelbagaikan kaedah pengajaran 50 40 10
3 Guru menggunakan bahan Bantu 0 100 0

mengajar semasa mengajar

xlvi
4 Guru menggunakan kaedah yang 63.3 30.0 6.7

menyeronokkan dalam pengajaran Jawi

Jadual 13 Kaedah Pengajaran Guru.

100
80
60 Tidak Setuju
40 Kurang Setuju
20 Setuju
0
1 2 3 4

Rajah 13

Berdasarkan jadual 13, 91.7 % murid menyatakan bahawa guru mempunyai

kesungguhan dalam mengajar mata pelajaran Jawi manakala 8.3% mengatakan

kadang-kadang dan 0% “tidak”. Bagi soalan nombor 2 iaitu guru sering

mempelbagaikan kaedah pengajaran, 50% mengatakan “setuju”,. 40% mengatakan

“kurang setuju” dan 10% mengatakan “tidak setuju”. Bagi soalan nombor 3, 100%

murid mengatakan “kurang setuju” apabila ditanya mengenai guru menggunakan

bahan Bantu mengajar semasa mengajar.

Respon tentang guru menggunakan kaedah yang menyeronokkan dalam

pengajaran Jawi adalah berbeza di kalangan murid. Bagi 63.3% mengatakan guru

selalu menggunakan kaedah yang menyeronokkan, 30% mengatakan kurang setuju

dan 6.7% mengatakan tidak setuju. Kaedah pengajaran guru semasa mengajar mata

pelajaran Jawi adalah baik bagi 91.7% murid dan 8.3% adalah sederhana.

Dari segi pandangan murid terhadap pengajaran guru sama ada jelas atau

tidak, 66.7% murid mengatakan jelas dan 33.3% mengatakan sederhana. Dari segi

tingkat kefahaman murid daripada pengajaran guru, 66.3% murid memahami

xlvii
keseluruhan pengajaran guru, 30% berada dalam tingkat kefahaman sederhana dan

6.7% tidak memahami pengajaran guru.

Bil Soalan Ya Tidak


1 Guru sering kali memberi kerja rumah mata pelajaran 100 0

Jawi
2 Guru sentiasa menyemak dan memeriksa buku latihan 100 0

Jawi saya
3 Guru menyuruh saya membuat pembetulan bagi ejaan 100 0

yang salah

Jadual 14 Pandangan Murid Terhadap Kerja Rumah

100%

50% Tidak
Ya
0%
1 2 3

Rajah 14

Bagi soalan nombor 1 dan 2 iaitu guru seringkali memberi kerja rumah dan sentiasa

menyemak serta memeriksa buku latihan Jawi, 100% bersetuju dengan pandangan

xlviii
sedemikian. Dari segi guru menyuruh membuat pembetulan bagi ejaan yang salah,

100% murid bersetuju.

4.3.5 Peranan Ibu Bapa

Pengkaji telah mengemukakan soal selidik untuk mengetahui kebolehan membaca al-

Quran dan peranan ibu bapa dalam menggalakkan anak-anak mereka menguasai

ejaan Jawi.

Bil Soalan Ya Tidak


1 Saya boleh membaca al-Quran dengan baik 45 55
2 Saya telah khatam al-Quran 13.3 86.7

Jadual 15 Kebolehan Membaca al-Quran

100%

50% Tidak
Ya
0%
1 2

Rajah 15

Berdasarkan jadual 15, 45% murid boleh membaca al-Quran dengan baik manakala

55% mengatakan tidak. Bagi soalan nombor 2, 8 orang iaitu 13.3 % murid telah

khatam al-Quran manakala 52 orang iaitu 86.7% murid belum khatam al-Quran. Bagi

soalan nombor 3, 11.7% mengatakan mereka belajar al-Quran dengan ibu bapa,

21.6% dengan datuk atau nenek manakala selebihnya iaitu 66.7% belajar al-Quran

dengan guru al-Quran.

Bil Soalan Setuju Kurang Tidak

Setuju Setuju
1 Ibu bapa menggalakkan saya 16.7 50 33.3

membaca ejaan Jawi di rumah.

xlix
2 Ibu bapa mengajar saya membaca 16.7 50 33.3

ejaan Jawi di rumah.


3 Saya bertanya kepada ibu bapa 11.7 21.6 66.3

tentang ejaan Jawi.

Jadual 16 Galakan Membaca Ejaan Jawi

100%
80%
60% Tidak Setuju
40% Kurang Setuju
20% Setuju
0%
1 2 3

Rajah 16

Berdasarkan Jadual 16, 16.7% murid mengatakan ibu bapa menggalakkan mereka

membaca dan mengajar membaca ejaan Jawi di rumah. Bagi 50% murid, mereka

mengatakan kurang setuju ibu bapa menggalakkan membaca dan mengajar membaca

ejaan Jawi di rumah. Bagi 33.3% murid pula mengatakan ibu bapa tidak

menggalakkan membaca dan mengajar membaca ejaan Jawi di rumah. Bagi soalan

nombor 3, hanya 11.7% murid bertanya kepada ibu bapa tentang ejaan Jawi, 21.6%

mengatakan kurang setuju dan 66.7% mengatakan tidak.

Bil Soalan Ya Tidak


1 Ibu bapa saya pandai membaca ejaan Jawi 83.3 16.7
2 Semua ahli keluarga saya boleh membaca ejaan Jawi 58.3 41.7

Jadual 17: Kebolehan Membaca Ejaan Jawi

l
100

50 Tidak
Ya
0
1 2

Rajah 17

Bagi soalan nombor 1, 83.3% murid mengatakan ibu bapa mereka pandai membaca

ejaan Jawi, manakala 16,7 % pula mengatakan ibu bapa mereka tidak pandai

membaca ejaan Jawi. Bagi soalan nombor 2 iaitu semua ahli keluarga mereka boleh

membaca ejaan Jawi dipersetujui oleh 58.3% dan 41.7% mengatakan tidak.

4.3.6 Temubual Dengan Guru

Pengkaji telah menembual dua orang guru Pendidikan Islam dan dua orang guru j-

QAF yang mengajar Tahun Lima. Guru Pendidikan Islam pertama telah berkhidmat

selama 12 tahun dan guru kedua selama 14 tahun. Kedua-dua guru menyatakan

mereka mengunakan bahan bantu mengajar dalam pengajaran. Namun begitu,

penggunaan bahan bantu mengajar digunakan bukan pada setiap masa pengajaran

tetapi mengikut keperluan dan kesesuaian tajuk.

Guru juga mempelbagaikan kaedah pengajaran bagi menarik minat murid

mengikuti mata pelajaran Jawi. Seterusnya kadang-kadang guru juga menggunakan

bahan pengukuhan seperti akhbar iaitu sisipan jawi Utusan Malaysia dan buku-buku

cerita tulisan Jawi untuk memantapkan penguasaan Jawi di kalangan murid.

Guru menyatakan mereka mempunyai tahap penguasaan yang baik dalam

sistem ejaan Jawi baru. Guru juga mengakui bahawa mereka pernah mengikuti

li
kursus sistem ejaan Jawi baru yang dianjurkan oleh Sektor Pendidikan Islam Jabatan

Pelajaran Terengganu dan Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran

Malaysia.

Guru mengatakan bahawa masa yang diperuntukkan untuk mengajar mata

pelajaran Jawi adalah tidak mencukupi. Masalah yang dihadapi dalam pengajaran

Jawi ialah kekangan masa. Masa untuk mata pelajaran Jawi tidak mencukupi dan

perlu ditambah. Murid juga menghadapi masalah untuk membatankan suku kata

terbuka dan suku kata tertutup kerana ada beberapa perkataan yang tidak boleh

disamakan dengan sistem ejaan Rumi.

Secara keseluruhannya guru kurang berpuashati dengan pencapaian murid-

murid dalam membaca ejaan Jawi tetapi ada murid yang menunjukkan penguasaan

yang baik dalam membaca ejaan Jawi. Ada murid yang berada pada tahap sederhana

tetapi menunjukkan peningkatan dalam membaca ejaan Jawi. Namun begitu ada

pelajar yang terlalu lemah dan memerlukan pemulihan dalam membaca ejaan Jawi.

Panitia Pendidikan Islam dan j-QAF telah mengadakan beberapa aktiviti

untuk memantapkan penguasaan Jawi di kalangan murid. Antaranya ialah

pertandingan tulisan cantik Jawi, pertandingan mengeja perkataan dalam ejaan Jawi

dan pertandingan membaca petikan dalam ejaan Jawi. Selain itu ditampalkan artikel

dalam tulisan Jawi di papan kenyataan.

4.4 KESIMPULAN

Kajian ini menunjukkan bahawa murid Tahun Lima boleh menguasai kemahiran

membaca ejaan Jawi pada peringkat tinggi, sederhana dan rendah. Kaedah

pengajaran guru amat penting dalam membentuk minat dan penguasaan murid dalam

lii
kemahiran membaca ejaan Jawi. Begitu juga peranan ibu bapa boleh meningkatkan

penguasaan murid dalam membaca ejaan Jawi. Kajian mendapati murid yang dapat

membaca al-Quran dengan baik akan dapat menguasai kemahiran membaca ejaan

Jawi dengan baik.

BAB 5

RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 PENDAHULUAN

Bab ini merupakan bab yang terakhir dalam kajian bagi membincang, merumus dan

mencadangkan hasil daripada maklumat dan data yang telah diperolehi dari

responden. Di akhir bab ini juga akan mengemukakan beberapa cadangan bagi

penyelidikan selanjutnya yang boleh dijalankan oleh pengkaji-pengkaji lain pada

masa hadapan.

5.2 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN

5.2.1 Tahap Penguasaan Kemahiran Membaca Ejaan Jawi

liii
Kajian ini menunjukkan semua murid dapat mengingati kesemua 36 huruf Jawi dan

dapat membaca sukukata terbuka dengan lancar. Dapatan kajian hasil dari temubual

dengan responden menunjukkan 45% murid berada pada tahap penguasaan yang

tinggi iaitu kebolehan membaca ejaan Jawi yang lancar merangkumi perkataan yang

mengandungi sukukata terbuka, sukukata tertutup, perkataan berimbuhan dan kata

pinjaman.

Murid yang menunjukkan tahap penguasaan bacaan Jawi yang sederhana

sebanyak 30% iaitu kebolehan membaca ejaan Jawi yang kurang lancar tetapi

mereka boleh membaca perkataan-perkataan yang mengandungi sukukata terbuka,

sukukata tertutup, perkataan berimbuhan dan kata pinjaman.

Murid yang menunjukkan tahap penguasaan bacaan ejaan Jawi yang rendah

pula sebanyak 25% iaitu kebolehan membaca ejaan jawi yang lemah di mana murid-

murid hanya boleh membaca perkataan yang mengandungi sukukata terbuka sahaja.

Namun begitu semua murid mempuyai keyakinan akan dapat mempertingkatkan

pencapaian dalam bacaan ejaan Jawi. Mereka perlu memperuntukkan lebih banyak

masa untuk membaca ejaan Jawi.

5.2.2 Minat Mempelajari Mata Pelajaran Jawi

Kajian ini memperlihatkan minat adalah faktor pelonjak penting ke arah peningkatan

pencapaian dalam mata pelajaran Jawi, begitu juga dengan keyakinan dan kebolehan

terhadap mata pelajaran tersebut. Dapatan menunjukkan sebanyak 41.7% yang

memang benar-benar berminat terhadap mata pelajaran Jawi. Bagi yang berminat

mempelajari, guru merupakan faktor pendorong yang penting. Mereka selalu

membaca petikan dalam ejaan Jawi dan menganggap mata pelajaran Jawi berguna

liv
dalam kehidupan seharian dan sebagai satu kelebihan yang dimiliki dari khazanah

bangsa Melayu sejak turun temurun.

Dapatan juga menunjukkan sebanyak 58.3% tidak meminati mata pelajaran

Jawi. Mata pelajaran Jawi amat membosankan dan membuatkan mereka berasa takut

dan tidak selesa bagi 58.3% murid. Kurang berminat terhadap mata pelajaran Jawi

sudah pasti menjejaskan prestasi dalam mata pelajaran tersebut dan mata pelajaran

Pendidikan Islam. Faktor minat dilahirkan melalui sikap murid terhadap mata

pelajaran tersebut.

Dapatan kajian ini menyokong dapat kajian yang telah dijalankan oleh

Mohammed Rashed Al-Shorgi (1987), Juliah Long (1975) dan Hamid Awang (1975)

dimana terdapat hubungan yang positif di antara sikap murid dengan pencapaian

mereka dalam sesuatu mata pelajaran. Kajian Abu Zahari (1987) menjelaskan minat

pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran amat mempengaruhi pencapaian mereka

dalam mata pelajaran tersebut.

5.2.3 Kaedah Pengajaran Guru

Peranan guru dalam membimbing murid-murid dan memberi kefahaman terhadap

sesuatu mata pelajaran memang tidak dapat dinafikan lagi. Shumway (1980)

melaporkan bahawa guru berpotensi dalam mempengaruhi sikap masa akan datang

pelajar. Combs (1965) menegaskan bahawa guru yang baik mempunyai pengetahuan

yang kukuh dalam bidangnya. Ia dapat menyampaikan pengajaran secara berkesan

dan dapat menyesuaikan diri dengan pengetahuan baru.

Dalam konteks ini, kaedah pengajaran guru memainkan peranan penting

sebagai satu media penyampaian kepada para pelajar. Kajian ini mendapati guru

lv
mempunyai kesungguhan dalam mengajar dan telah membuat persediaan rapi

sebelum mengajar. Kaedah pengajaran guru merupakan daya penarik utama murid

meminati mata pelajaran Jawi.

Kajian ini juga mendapati guru mempelbagaikan kaedah pengajaran dan

menggunakan bahan bantu mengajar. Charles B. Klasek (1972) menjelaskan

pengajaran guru yang sistematik ialah guru yang dapat menggabungkan media dan

bahan-bahan dalam pengajarannya. Bagi 63.3% murid bersetuju bahawa guru

menggunakan kaedah yang menyeronokkan dalam pengajaran Jawi. Guru juga

sentiasa memberi kerja rumah mata pelajaran Jawi dan menyemak buku latihan

murid.

5.2.4 Peranan Ibu Bapa

Berdasarkan soal selidik, hanya 13.3% murid telah khatam al-Quran. Namun begitu,

45% murid boleh membaca al-Quran dengan baik cuma belum khatam al-Quran.

Murid yang boleh membaca al-Quran dengan baik akan juga boleh membaca ejaan

Jawi dengan baik iaitu dapat membaca suku kata terbuka, suku kata tertutup, kata

pinjaman dan kata berimbuhan dengan lancar. Kajian juga mendapati ibu bapa tidak

memainkan peranan aktif dalam menggalakkan anak-anak menguasai kemahiran

ejaan Jawi. Ibu bapa kurang memberi penekanan kepada mata pelajaran Jawi

berkemungkinan kerana mata pelajaran Jawi tidak termasuk dalam mata pelajaran

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah. Ibu bapa juga tidak membeli bahan-bahan bacaan

dalam ejaan Jawi seperti akhbar dan buku untuk menambahbaikan penguasaan ejaan

Jawi anak-anak mereka.

lvi
5.3 RUMUSAN HASIL KAJIAN

Hasil kajian mendapati pencapaian murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan Darau

telah mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran mengikut sukatan pelajaran

yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kajian menunjukkan 45% murid berada pada tahap penguasaan yang tinggi

iaitu kebolehan membaca ejaan Jawi yang lancar merangkumi perkataan yang

mengandungi suku kata terbuka, suku kata tertutup, perkataan berimbuhan dan

perkataan pinjaman.

Murid yang menunjukkan tahap penguasaan bacaan ejaan jawi yang

sederhana sebanyak 30% iaitu kebolehan membaca ejaan Jawi yang kurang lancar

tetapi mereka boleh membaca perkataan-perkataan yang mengandungi suku kata

terbuka, suku kata tertutup, perkataan berimbuhan dan perkataan pinjaman.

Murid yang menunjukkan tahap penguasaan bacaan ejaan Jawi yang rendah

sebanyak 25% iaitu kebolehan membaca ejaan Jawi yang lemah dimana murid-murid

hanya boleh membaca perkataan yang mengandungi suku kata terbuka sahaja.

Dapatan kajian juga, menunjukkan murid yang menunjukkan minat terhadap

mata pelajaran Jawi akan dapat menguasai bacaan ejaan Jawi dengan baik iaitu

berada pada tahap yang tinggi. Murid yang tidak menunjukkan minat terhadap mata

pelajaran Jawi tetapi dapat menguasai bacaan ejaan Jawi yang sederhana didorong

oleh faktor lain seperti kaedah pengajaran guru dan peranan ibu bapa.

Dapatan daripada pemerhatian pengajaran guru dan temubual dengan murid

dan soal selidik, faktor kaedah pengajaran guru amat penting dalam membentuk

minat dan penguasaan kefahaman murid terhadap mata pelajaran Jawi. Jelasnya

lvii
kaedah pengajaran guru merupakan daya gerak penting bagi menjadikan mata

pelajaran tersebut diberi perhatian oleh murid.

Peranan ibu bapa juga penting dalam meningkatkan penguasaan murid dalam

ejaan Jawi. Ibu bapa yang menggalakkan anak-anak mereka dengan cara mengajar

ejaan Jawi di rumah akan meningkatkan pencapaian anak-anak mereka dalam mata

pelajaran Jawi.

Pelajar yang dapat membaca al-Quran dengan baik akan dapat menguasai

ejaan Jawi dengan baik. Keadaan ini kerana ejaan Jawi adalah sebahagian daripada

aksara Arab cuma ditambah beberapa huruf sesuai dengan perkataan-perkataan di

dalam Bahasa Melayu.

Kajian juga mendapati masa yang diperuntukkan untuk mata pelajaran Jawi

tidak mencukupi. Ini diakui sendiri oleh murid-murid dan guru . Pusat Perkembangan

Kurikulum disarankan menambah jumlah masa bagi mata pelajaran Jawi.

5.4 IMPLIKASI DAPATAN KAJIAN

Persoalan minat murid terhadap mata pelajaran Jawi perlu diberi perhatian. Ibu bapa

dan guru dipertanggungjawabkan dalam memupuk sikap pelajar terhadap mata

pelajara Jawi supaya murid meminati mata pelajaran ini. Dalam konteks ini, peranan

guru amat penting. Guru seharusnya sentiasa memberi motivasi kepada murid

tentang kepentingan mata pelajaran Jawi. Pengajaran guru harus mudah dan tidak

menyebabkan murid merasa sukar dan keliru. Sebagai seorang guru, mereka

seharusnya sentiasa mencari strategi bagi meningkatkan lagi minat dan prestasi

murid mereka.

lviii
Kaedah pengajaran guru amat penting dalam menentukan kefahaman murid

atau menyebabkan kegagalan guru untuk mencapai objektif-objektif pengajarannya

dan yang lebih penting akan mempengaruhi minat serta prestasi pencapaian murid

dalam mata pelajaran ini. Adalah dicadangkan guru mempelbagaikan kaedah

pengajaran. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar seperti alat pandang dengar, carta

dan gambar dapat meningkatkan lagi kefahaman murid. Pembelajaran secara

koperatif dengan membentuk kumpulan-kumpulan pembelajaran amat penting bagi

meningkatkan kefahaman murid. Dicadangkan pembentukan kumpulan perbincangan

berdasarkan gabungan murid yang lemah dengan murid yang lebih kehadapan dalam

mata pelajaran ini.

Panitia mata pelajaran Pendidikan Islam dan guru j-QAF boleh memainkan

peranan penting dalam melaksanakanan aktiviti sokongan. Pihak panitia boleh

menganjurkan kuiz antara kelas atau kuiz bercorak umum yang dilekatkan di papan

kenyataan sekolah atau di pusat sumber sekolah. Aktiviti kuiz ini dapat menanam

minat murid untuk lebih menguasai ejaan Jawi. Pihak panitia juga boleh mengadakan

“Sudut Jawi” di papan kenyataan sekolah untuk mewujudkan lebih banyak bahan

bacaan dalam ejaan Jawi. Panitia juga boleh bekerjasama dengan pusat sumber untuk

membanyakkan dan mempelbagaikan bahan bacaan dalam ejaan Jawi.

5.5 CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

5.5.1 Penyelidikan yang lebih mendalam dan lebih luas adalah dicadangkan

untuk mengenal pasti faktor-faktor pembolehubah bebas yang lain yang

mempengaruhi minat dan pencapaian murid dalam menguasai ejaan Jawi.

lix
5.5.2 Kajian ini Cuma dijalankan disebuah sekolah sahaja iaitu Sekolah

Kebangsaan Darau. Kajian selanjutnya boleh dijalankan dalam konteks yang lebih

luas iaitu semua sekolah dalam satu daerah. Kajian juga boleh dilakukan dalam

konteks perbandingan pencapaian murid sekolah-sekolah bandar dengan sekolah-

sekolah luar bandar. Kemungkinan dapatan kajian adalah berlainan dari apa yang

pengkaji perolehi.

5.5.3 Kajian yang lebih mendalam juga boleh dijalankan dengan menumpukan

kepada perbandingan dua atau lebih kaedah pengajaran guru. Respon dapat dilihat

dari aspek kaedah mana yang paling berkesan dari kaca mata murid.

5.5.4 Kajian lanjutan perlu melibatkan sampel yang lebih besar dan juga yang

diambil dari sekolah-sekolah daerah lain untuk memperolehi kesahan yang

lebih menyeluruh.

5.6 KESIMPULAN

Secara keseluruhan, kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap kebolehan membaca

ejaan Jawi dalam kalangan murid-murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan Darau,

Besut, Terengganu. Mengikut sukatan pelajaran murid-murid Tahun Lima dapat

membaca ejaan Jawi dengan lancar. Satu set soal selidik dan temubual digunakan

untuk mengetahui tahap penguasaan murid-murid.

Kajian juga melihat faktor-faktor minat, kaedah pengajaran guru dan peranan

ibu bapa terhadap penguasaan ejaan Jawi. Hasil kajian ini dapat dijadikan

maklumbalas terutamanya kepada para guru untuk mengambil tindakan susulan yang

sewajarnya untuk meningkatkan lagi prestasi murid-murid dalam penguasaan

lx
kemahiran membaca ejaan Jawi .Tulisan Jawi mempunyai perkaitan yang amat rapat

dengan tulisan al-Quran. Murid-murid yang dapat membaca al-Quran biasanya dapat

membaca ejaan Jawi. Kita mahu melihat tulisan Jawi kembali ke era kegemilangan

kerana tulisan Jawi merupakan citra peradaban bangsa Melayu.

RUJUKAN

Abu Zahari Abu Bakar. (1987), Memahami Psikologi Pembelajaran. Petaling Jaya:
Fajar Bakti.

Adnan@ Nan Khamis. (1977). Pertalian Antara Sikap Pelajar Terhadap Mata
Pelajaran Tertentu dan Pencapaian Dalam Peperiksaan SRP di Sebuah
Sekolah Menengah Kebangsaan. Tesis Master Of Education. Universiti
Malaya. KualaLumpur.

Ahmad Mohd Salleh. (2003). Pendidikan Islam : Falsafah Sejarah dan Kaedah
Pengajaran dan Pembelajaran, Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Anderson. G. (1990). Fundamentals of Education Research. New York: The Falmer


Press.

Awang Had Salleh. (1986). Kearah Pencapaian Akademik Yang Cemerlang di


Kalangan Pelajar Bumiputera Melalui Kauseling Dalam Konteks
PencapaianAkademik Pelajar Bumiputera Tanahair. Universiti Sains
Malaysia, Pulau Pinang.

Baker, D. & Stevenson (1986). Mother’s Strategies For Children’s School


Achievement:Managing The Transition To High School. Socialogy Of
Education. Banks, Olive. (1989). Sosiologi Pendidikan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Biggs J.B. (1987). Student Approaches To Learning And Studying. Harthron.


AustraliaCouncil For Education Research.

Hanapi Saad. (1983). Satu Kajian Perbandingan Mengenai Tiga Kaedah Pengajaran
Tauhid di Malaysia. Latihan Ilmiah, UKM.

Ismail Daros. (1981). Faktor Utama Yang Menyebabkan Pelajar di Tingkatan


Menengah Melakukan Kegiatan Ponteng Sekolah. Diploma Kaunseling.
UKM.

lxi
Mirani Adnan, Noraishah Ramdzan. (2003). Meningkatkan Kemahiran Mengenal
Pasti Pemboleh Ubah Dalam Soalan berbentuk Penyiasatan Saintifik. Jurnal
kajian Tindakan.

Mohd Najib Ghafar. (1997). Pembinaan Dan Analisis Ujian Bilik Darjah. UTM,
Skudai.

Noorizan Abd Latif & Anisah Abdullah. (2005). Guru Efektif Penjana
Kecemerlangan.Jurnal Pendidikan PKPSM.

Noresah bt. Baharom. (2003). Kamus Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Rahimah Ahmad. (1991). Penyeliaan pengajaran Ke Arah Peningkatan


ProfesionalismeGuru Pendidikan Islam. Jurnal Pendidikan Islam 4.

Rallison, R. (1993). The Interest Of Senior School Children in Non-Scientific


Subject.Journal of Education Psychology. Vol 9.

Surat Pekeliling (JAPIM) 5204/4/4.1 Jld 2(4) 3 Januari 2003. Pelaksanaan Jawi dan
al-Quran Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam
KBSR/KBSM Tahun 2003.

Suzilawati Abdullah. (2001). Satu Kajian Ilmiah Tahap Pencapaian Penulisan Jawi
Tahun Enam Di Sebuah Sekolah Setapak, Kuala Lumpur.

Wan Rahimah Othman. (1999). Satu Kajian Bacaan Jawi Dari Aspek Persepsi Dan
Pencapaian Murid Tahun Lima Sekolah Rendah Serta Permasalahan Dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran.

Zainal Abidin Safarwan. (1995). Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Seminar Antarabangsa Tulisan Jawi(SATUJA),


http://www.ubdbn/news/conferences/
satuja291005/rasional.htm

Permasalahan Jawi, http://www.parlien.gov.my, 12 Julai 2007 – 08- 22.

Senario Sang Jawi Yang Malang, http://aziziabdullah.blogspot.com.2006 04 01


archive.html.

Kempen Pembudayaan Tulisan Jawi Yang Berjaya,


http://www.terasmelayu.net/kempen tulisan jawi.htm.

Tulisan Jawi, http://www.anglefire.com/id/sulyh/tul.htm.

Tulisan Jawi, http://ms.wikipedia.org/wiki/Tulisan_Jawi

lxii
SENARAI PELAJAR SEKOLAH KEBANGSAAN DARAU, 22000 JERTEH

Bi
l NAMA JANTINA
1 ABDUL HAADI MUTTAQIN BIN ABDUL JALIL L
2 AHMAD ZUL IKMAL NORHAFIZU BIN NORHAFIZU L
3 MUHAMMAD AIDILL AZIM BIN KODIR L
4 MUHAMMAD AIMAN SYAZWAN BIN AHMADI L
5 MUHAMMAD AMIR IKHWAN BIN HASAN L
6 MUHAMMAD IKHMAL IZZUDDIN BIN YUSRI L
7 MUHAMMAD ZUHAIRI BIN ZAKARIA L
8 WAN MUHAMMAD AHNAF BIN WAN SAMSUDDIN L
9 WAN MUHAMMAD SIDEK BIN WAN ZAMRI L
1
0 WAN MUHAMMAD ZAIDI BIN RAMLI L
1
1 KHUSHAIDA BINTI KHAIRUDIN P
1
2 NAJWA NUR IMAN BINTI HARUN P
1
3 NIK NUR NATASYA AMYRA BINTI RAMLI P
1
4 NOORMIE SHAFIRA BINTI ZUKRI P
1
5 NUR AQILAH BINTI AZIZUL P
1
6 NUR AQILAH BINTI ROMELI P
1
7 NUR ATIKA BINTI AZMI P
1
8 NUR HAIZA SYAHIRA BINTI HAMZAN P
1
9 NUR MAISARAH BINTI AZEMAN P
2
0 NUR SYAZWANI BINTI ZAHADI P
2 NUR ULFAH BAHIRAH BINTI ZULKARNA P

lxiii
1
2
2 NURAINA MAISARAH BINTI MOHAMMAD P
2
3 NURTASYAMIN KHALISH BINTI MAT NATA P
2
4 NURUL ANIS AYUNI BINTI SAMSUDIN P
2
5 NURUL ASYIQIN BINTI ROSDE P
2
6 NURUL SHUHADA BINTI RAHMAT P
2
7 SITI NUR AISYAH BINTI AHMAD P
2
8 WAN NUR AYMUNIE BINTI WAN MOHAMMED NOOR P
2
9 WAN NUR HAZIQAH BINTI WAN ABD HALIM P
3
0 WAN NURSYAHADATUL NADWA BINTI WAN LATIF P
3 AHMAD NAZREEN BIN AZIZ L
1
3 IMAN ZULHAKIM ADAM BIN CHE HARUN L
2
3 MUHAMMAD ADIB IDHAM BIN MOHD SALLEH L
3
3 MUHAMMAD ALIFF BIN SEMAN L
4
3 MUHAMMAD ANAS ASYRAF BIN ZAMLI L
5
3 MUHAMMAD ARIEZ FIRDAUS BIN MAT ROZI L
6
3 MUHAMMAD AZRIL AREEF BIN MOHD YUSOFF L
7
3 MUHAMMAD FAHMI BIN MOHAMAD L
7
3 MUHAMMAD FATHURRAHMAN BIN ALFIAN L
9
4 MUHAMMAD HAFIZAN BIN WAHAB L
0
4 MUHAMMAD IZIE IKMAL BIN MOHAMAD GHAZALI L
1
4 MUHAMMAD KHAIRUL EKWAN BIN HASMIMI L
2
4 MUHAMMAD LUQMAN HAKIM BIN ZAKARIA L
3
4 MUHAMMAD QHAIDIR BIN AWANG L
4
4 MUHAMMAD RIDZUAN BIN MAT NOOR L
5
4 MUHAMMAD SABERI L
6
4 MUHAMMAD SHAHRUL AMERI BIN ANUAR L
7
4 MUHAMMAD ZUHDI BIN IMRAN L
8
4 MUHAMMAD LUQMAN BIN ZAHADI L
9
5 MUHAMMAD HAKIM BIN MOHD NOR L

lxiv
0
5 NOR AZIETA BINTI RAMLI P
1
5 NUR HUDA BINTI MAT NAIN P
2
5 NUR HUSNATULIZZAH BINTI AZMI P
3
5 NUR SYAFIQAH NAJWA BINTI SARIFUDIN P
4
5 NURUL NASUHA BINTI RAMLI P
5
5 NURUL NASYITAH BINTI SULAIMAN P
6
5 SUHAILA BINTI IBRAHIM P
7
5 AINUN MARDHIAH BINTI SANUSI P
8
5 HANIS HAIZA BINTI ZAHARUDIN P
9
6 NOOR SUHADA BINTI JUNAIDI P
0

lxv
LAMPIRAN B

Borang Kaji Selidik

Bahagian 1 : Demografi Responden

Latar Belakang Pelajar


Arahan: Tandakan (x) dalam ruang yang berkaitan

1. Jantina

1. Lelaki
2. Perempuan

2. Bangsa

1. Melayu
2. Cina
3. India
4. Iban
5. Lain (Nyatakan)

3. Lokasi Sekolah

1. Bandar
2. Luar Bandar
3. Lain(Nyatakan)

4. Pekerjaan Ibu bapa

1. Kerajaan
2. Swasta
3. Bekerja Sendiri
4. Lain-lain

lxvi
5. Sosial Keluarga

1. Pendapatan kurang RM 500


2. Pendapatan RM 500-1000
3. Pendapatan lebih RM 1000

6. Tahap Pendidikan Ibu Bapa

1. Tidak Berekolah
2. Tamat Sekolah Rendah
3. Tamat Sekolah Menengah
4. Diploma/Ijazah

7. Penguasaan membaca Jawi

1. Ya
2. Tidak

8. tahap Penguasaan bacaan Jawi

1. Peringkat Rendah
2. Peringkat Sederhana
3 Peringkat Tinggi

9. Minat Mempelajari Mata Pelajaran Jawi

1. Ya
2. Tidak

10. Kaedah Pengajaran Guru dalam Mata Pelajaran Jawi

1. kesungguhan Mengajar
2. Mempelbagaikan Kaedah Pengajaran
3. Menggunakan Bahan Bantu Mengajar
4. Kaedah Yang Menyeronokkan

11. Pandangan Murid Terhadap Kerja Rumah, penyemakan Buku Latihan dan

Membuat Pembetulan jawi

lxvii
1. Guru Seringkali memberi Kerja Rumah
2. Guru Memeriksa dan Menyemak Buku Latihan Jawi
3. Guru Menyuruh membuat Pembetulan

12. Kebolehan Membaca al-Quran

1. Boleh Membaca al-Quran dengan baik


2. Boleh Khatam al-Quran

13. Galakan Membaca Ejaan Jawi

1. Ibu bapa Menggalakkan saya membaca Jawi di rumah


2. Ibu bapa mengajar saya membaca ejaan Jawi di rumah
3. Saya bertanya kepada ibu bapa tentang ejaan Jawi

14. Kebolehan Membaca Ejaan Jawi

1. Ibu bapa saya pandai membaca Jawi


2. Semua ahli keluarga saya boleh membaca ejaan Jawi

lxviii

You might also like