You are on page 1of 3

SMAPK telah ditubuhkan pada 1 Disember 1989 dan terpaksa menumpang di Sekolah

Menengah Agama Persekutuan Labu buat sementara waktu bersama pengetua pertama, Ustaz
Saim Ithnin serta 5 orang guru perintis. Pada 12 Julai 1990, Sekolah Menengah Agama
Persekutuan Kajang telah berpindah ke lokasi tetapnya di Batu 13, Jalan Cheras, Kajang.
Sehingga 2011, 5 orang pengetua telah menjadi peneraju SMAPK. Pengetua kedua ialah
Ustaz Marzuki Abdul Hamid diikuti Pengetua ketiga, Ustazah Hajah Jumaiyah bt Haji
Hashim , Ustazah Norhayati bt Lebai Mat, Syed Baharom Syed Hussien dan kini Ustazah
Aminah bt Idris.

Kedudukannya yang strategik berhampiran dengan Putrajaya serta Kuala Lumpur dan juga
pelbagai universiti awam dan swasta menyebabkan Sekolah Menengah Agama Persekutuan
Kajang telah menjadi terkenal di seluruh negara. Pencapaian para pelajar Sekolah Menengah
Agama Persekutuan Kajang begitu membanggakan antaranya sebagai pemain catur
kebangsaan, mewakili negara dalam Olympiad Matematik di Argentina pada tahun 1997,
mewakili negara dalam Kongres Remaja Sedunia di Sarajevo pada tahun 2000, memasuki
perlawanan akhir Bahas Dato' Abdul Shukor pada tahun 2000, dua kali berturut-turut
melayakkan diri ke perlawanan akhir Bahas Bahasa Inggeris Piala Perdana Menteri pada
tahun 2000 dan 2001, melayakkan diri ke peringkat akhir Pidato Piala Diraja pada tahun 1998
dan pelbagai lagi kejayaan yang manis telah dicapai sama ada di peringkat SBP, Kebangsaan
dan Negeri. SMAPK juga terlalu sinonim dengan kumpulan nasyid kebanggaan mereka, All
For Ummah yang akhirnya berjaya melahirkan artis nasyid rakaman yang menamakan diri
mereka sebagai kumpulan Saujana.

Pencapaian di peringkat akademik tidaklah perlu diperkatakan lagi. Kejayaan merangkul 2


kali 100% pangkat 1 dalam SPM pada tahun 1993,1997 dan 1999 Sehingga tahun 2000, 3
orang pelajarnya telah berjaya merangkul straight A's dalam setiap matapelajaran dalam
SPM. Malah setiap kali keputusan peperiksaan SPM dan PMR diumumkan, ia tidak
mengecewakan.

Kecemerlangan pelajar-pelajar lepasan SMAPK diteruskan sehingga di peringkat IPT. Ada di


antara mereka telah menjadi pimpinan mahasiswa di universiti-universiti dan juga
pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan atau NGO's. Sumbangan bekas-bekas pelajar SMAPK
dalam mendaulatkan Islam menerusi gerakan dakwah dan mahasiswa negara amatlah
dibanggakan.

Sehingga ke hari ini, SMAPK telah melahirkan ribuan pelajar yang kini telah melanjutkan
pelajaran masing-masing ke Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, universiti-universiti
terkemuka luar negara dalam pelbagai jurusan. Bagi yang telah bekerja, mereka telah
menjawat pelbagai jawatan penting sama ada di sektor awam mahupun swasta.

VISI

Melahirkan pemimpin masa depan

MISI
Berusaha memastikan warga sekolah mencapai taraf dunia melalui pendidikan berkualiti dan
kesepakatan semua pihak selaras dengan tuntutan agama, bangsa dan Negara

MOTO

Berilmu, Beriman, Beramal

LENCANA

LAGU

S.M.A.P.K

SEKOLAHKU YANG TERCINTA


KAMI BELAJAR KAMI DIDIDIK

OLEH GURU-GURU BERWIBAWA

BAGI MENCAPAI CITA-CITA

WAWASAN NEGARA

ITULAH JANJI, ITULAH TEKAD

SEMOGA ALLAH MEMBERI RAHMAT

  

BERGANDING BAHU BERSATU PADU

TAAT SETIA BEKERJASAMA

KE ARAH KECEMERLANGAN BERWAWASAN

INTELEK, ROHANI, EMOSI, JASMANI

S.M.A.P.K.

MELAHIRKAN UMMAH GAGAH BERMARUAH

GENERASI PROGRESIF ANGKATAN PEMBELA

AGAMA, NUSA DAN BANGSA

ITULAH JANJI ITULAH TEKAD

SEMOGA ALLAH MEMBERI RAHMAT

SEMOGA ALLAH MEMBERI RAHMAT

SEMOGA....KAN DIRAHMATI

You might also like