You are on page 1of 10

BIL PERKARA MUKA

SURAT
1 PENGHARGAAN

2 OBJEKTIF KAJIAN

3 KAEDAH KAJIAN

4 HASIL KAJIAN

5 RUMUSAN

6 LAMPIRAN

7 RUJUKAN
Pertama sekali, saya ingin melahirkan rasa syukur ke hadrat Allah di atas segala petunjuk
dan hidayah-Nya. Alhamdulillah, Kerja Kursus Sejarah ini akhirnya telah berjaya
disiapkan dengan ilham, kurnia dan petunjuk yang telah dianugerahkan oleh-Nya.

Seinfiniti penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga ditujukan kepada
Pengetua Sekolah Raja Perempuan Taayah Puan Hajah Noor Aini binti Zainal Abidin
yang telah banyak memberi sokongan kepada para pelajar.

Ucapan penghargaan tidak terhingga juga saya tujukan khas kepada En. Suhaimi bin
Mahfuz selaku Guru Mata Pelajaran Sejarah yang terlalu banyak membantu,
membimbing dan juga sebagai pemudahcara sepanjang proses menyiapkan Kerja Kursus
Sejarah ini. Tanpa tunjuk ajar yang begitu jitu dan padu daripada beliau, mana mungkin
saya akan dapat menghasilkan Kerja Kursus Sejarah sebaik ini.

Jutaan penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat
secara langsung ataupun tidak langsung dalam saya menyiapkan Kerja Kursus Sejarah
ini. Antara pihak yang terlibat aktif ialah semua pegawai, semua staff sokongan dan
semua pekerja ladang di Pejabat Penyelaras Felda Lasah Sungai Siput Utara.

Tanpa sokongan padu daripada pihak mereka, mana mungkin Kerja Kursus Sejarah ini
dapat disiapkan dengan jayanya. Mudah-mudahan kita semua akan terus “Seiring
Merintis Keunggulan”.
1. Kajian yang saya lakukan ini dapat melatih saya dalam aspek mencari, mengumpul,
menganalisis, mentafsir serta merumus maklumat dan fakta tentang sejarah
pentadbiran institusi tempatan iaitu tentang Felda Lasah Sungai Siput.
2. Melalui kajian ini juga saya mengetahui dan memahami sejarah penubuhan, latar
belakang dan peranan yang dimainkan oleh Felda Lasah Sungai Siput.
3. Kajian ini juga dilakukan untuk mengetahui tahap perkembangan dan kemajuan
serta cabaran yang dihadapi oleh Felda Sungai Siput.
4. Akhir sekali, kajian ini dilaksanakan sebagai satu wadah penghargaan untuk
menunjukkan rasa bangga dengan kewujudan dan kemajuan yang dibawa oleh
Felda Lasah Sungai Siput.
Institusi Pentadbiran Tempatan
(Rancangan Pembangunan Tanah dan Wilayah)

Felda Lasah, Sungai Siput Utara

Pejabat Felda Lasah, 31120, Sungai Siput Perak Darul Ridzuan


PEJABAT FELDA LASAH

   
  PENGURUS  
  EN. NORIZAN BIN IBRAHIM  
   
 
 
PENOLONG PENGURUS
EN. MOHD SHAIRI BIN ARSHAD
 
 
         
PENYELIA PERINGKAT 01     PENYELIA PERINGKAT 03
EN. MUHAMMAD ASYRAF OMAR     EN. ABD. RAHIM BIN JAMHARI
         
         
PENYELIA PERINGKAT 22     PENYELIA PERINGKAT 23
EN. HENDRA BIN MOHD  
  EN. ABD. RAHIM BIN JAMHARI
NAZERI  
         
         
PENYELIA PERINGKAT 04     PEMBANTU TADBIR
EN. MOHD SHAIRI BIN
  EN. TAHAR BIN ABU
ARSHAD    
         
 
PEMBANTU TADBIR (R)     PEMANDU
PN. RUKIAH BINTI ARIFFIN     EN. MOHD ARIF BIN NORDIN
 
 
PENOLONG PENGURUS
  SOSIAL  
  EN. HENDRA MOHD NAZERI  
 
               
   
SDA (U) SDA (W)
CIK SITI HAJAR BT. AWANG
EN. ZAINURIN BIN HJ. ISMAIL KECHIL
Logo Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA). FELDA merupakan sebuah
agensi kerajaan Malaysia yang menangani penempatan semula penduduk luar bandar
yang miskin ke kawasan-kawasan yang baru dibangun agar meningkatkan taraf
ekonomi mereka.

Bakti Disemai Bukti Dituai


Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) di tubuhkan
pada 1hb.Julai 1956 di bawah Ordinan Kemajuan Tanah dengan
bermatlamat membuka dan memajukan kawasan pertanian
secara produktif dan seumpama melalui amalan Pengurusan
Pertanian yang berkesan dari segi kebersihan ladang,
pengeluaran hasil yang maksimum di samping menggerakkan
Peneroka supaya maju, produktif dan berdisiplin untuk
meningkatkan taraf hidup yang sempurna. FELDA di tadbirkan
oleh sebuah Lembaga yang bertanggungjawab kepada
YAB.Timbalan Perdana Menteri. Manakala FELDA Lasah telah di
buka pada tahun 1964 mengambil nama kawasan hutan yang di
buka iaitu Hutan Simpan Lasah, FELDA Lasah di serapkan
sebagai sebuah kampung JKKK pada tahun 2005 di samping
sedia wujud JKKR di bawah seliaan FELDA, Ketua Kampung
FELDA Lasah sekarang ialah Encik Ibrahim bin Ahmad Nor.
.
Pembukaan tanah rancangan Felda Lasah pada mulanya adalah diatas desakan
daripada ADUN kawasan Lintang iaitu YB. Dato' Ali Zaini dan Ahli Parlimen Kawasan
Sg. Siput mendiang Tun S.V Sambathan tujuan pembukaan tanah rancangan ini
untuk
membasmi kemiskinan dan membendung pengaruh komunis.

Felda Lasah mempunyai 387 orang peneroka terdiri daripada pelbagai kaum.
Setiap orang peneroka menerima seluas 3.2 hektar tanah bagi kawasan utama,
0.80 hektar kawasan dusun dan 0.1 hektar kawasan kampung.

Felda Lasah terletak dalam mukim Pulau Kemiri di bawah kawasan Pentadbiran
Daerah
Kuala Kangsar. Felda Lasah adalah salah sebuah rancangan Felda Wilayah Trolak.
kedudukannya adalah strategik hanya 19 km sahaja dari bandar Sg. Siput (u) dan 34
km
dari bandar Di Raja Kuala Kangsar. Dari bandaraya ipoh hanya 48 km sahaja.

You might also like