Professional Documents
Culture Documents
c. Kur. Al-Tajwid
- bererti memperelokkan sesuatu.
- Dari sudut istilahnya ia bermaksud ilmu atau kaedah mengenai cara-cara membaca al-Quran
dengan baik dan sempurna berdasarkan hukum-hukum yang telah ditetapkan.
- Dalilnya firman Allah yang bermaksud ....Dan bacalah al-Quran itu secara tartil.
- Hujahnya: Ia menunjukkan kepentingan membaca al-Quran secara tartil iaitu
menyempurnakan hak-hak huruf dan sifat-sifatnya.
d. Kur. Al-Tartil
- kaedah yang dihasilkan oleh gabungan kaedah tahsin al-saut, tajwid dan tarannum. Ia juga
merupakan bacaan cantik yang lengkap dan sempurna.
- Firman Allah s.w.t dalam Surah al-Furqan: 25:32:
Ayat ini menunjukkan bahawa Allah s.w.t menurunkan al-Quran ini dengan bacaan yang tartil.
4. Peranan Harakah
Bil. Perkara Catatan
1 SECARA UMUM
2 SECARA KHUSUS Harakah Pertama Hendaklah disesuaikan dengan harakah
yang terakhir pada lagu sebelumnya sama
ada gaya, tabaqah dan susunannya.
Harakah Kedua Ia merupakan harakah penggerak atau
rangsangan kepada harakah yang
berikutnya.
Harakah Ketiga Ia merupakan harakah jawab (harakah
tinggi) pada tiap-tiap lagu.
Harakah Keempat Ia merupakan harakah jawab al-jawab
(harakah tertinggi) pada tiap-tiap lagu.
Harakah Kelima Ia merupakan harakah persedian untuk
menurun.
Harakah Keenam Ia merupakan harakah penutup kepada
sesuatu lagu.
6. Dua Kumpulan Mazhab Disokong oleh Pendapat Para Sahabat dan Tabi`in
1. Definisi suara : suatu getaran bunyi yang diproses oleh udara dari paru-paru melalui selaput suara ke
rongga-rongga mulut atau hidung yang akan ditentukan bunyinya oleh alat pertuturan yang lain
mengikut kehendak yang tertentu.
2. Kategori suara
a. Seni muzik dan seni suara adalah sama hukumnya dengan memenuhi keperluan pancaindera yang
lain seperti makanan yang lazat dan pemandangan yang indah.
b. Islam menetapkan kesederhanaan dalam semua aspek termasuk menghayati seni musik dan seni
suara.
c. Fuqaha' terdahulu telah membenarkan seni muzik dan seni suara bila ada tujuan yang sesuai dan
munasabah dan menegahnya bila ada unsur luaran yang tidak berlandaskan Islam.
d. Seni muzik dan suara semuanya tertakluk di bawah kelulusan Ilahi yang bersifat umum.
4. Peranan suara
Bil Peranan Suara Catatan
Menentukan bunyi sesuatu huruf atau kalimah al- Iaitu menerusi alat-alat pertuturan yang
1
Quran dengan tetap. tertentu seperti Halqi, Lisani dan Shafawi.
Iaitu menerusi alat-alat pembesaran dan
Menentukan bunyi sifat-sifat huruf mengikut lahjah
2 penyuburan suara seperti Halqum,
yang dikehendaki.
Khayshum dan Jawf.
Menentukan tekanan bunyi yang menarik seperti Iaitu menerusi saluran udara dan
3
lembut, keras, halus, kasar dan licin. pernafasan yang tertentu.
Iaitu menerusi alat proses suara seperti
Menentukan peningkatan (Tabaqah) rendah,
4 dada, tekak, rongga hidung dan rongga
sederhana, tinggi dan tertinggi.
otak.
Iaitu menerusi proses penyusunan perkara-
5 Menentukan nada dan irama (lagu) yang tertentu. perkara di atas dengan teknikteknik yang
tertentu.
6. Bahagian Burdah
Kitab al-Quran dan Nabi Muhammad s.a.w merupakan dua aset yang tidak boleh dipisahkan.
Ini kerana pengkhususan penurunan al-Quran itu kepada Baginda s.a.w selaku pemikul amanah Allah
s.w.t, penyampai risalahNya, penerang segala isi kandungan al-Quran dan penyebar syiarNya.
Oleh sebab itu, menjadi hobi dan mainan bicara Baginda s.a.w dengan bacaan ayat-ayat suci al- Quran.
Perkara ini disebut oleh Imam Abu Daud dalam Sunannya seperti berikut:
Maksudnya: Daripada Abdullah ibn Maghaffal r.a berkata: Aku melihat Rasulullah s.a.w pada hari
pembukaan kota Makkah, sedang menunggang unta, beliau membaca surah al-Fath di mana bacaan itu
baginda melakukan tarji' (bacaan lambat dengan memahami isi kandungannya).
Zaman para Tabi`in r.a merupakan zaman bermulanya perkembangan yang begitu rancak dari sudut
kepelbagaian bentuk bidang keilmuan, budaya dan ketamadunan.
Falsafahnya adalah berkisar dalam lingkungan melagukan bacaan al-Quran iaitu suatu usaha ke arah
memperkasakan amalan membaca al-Quran dengan menjaga mutu dan kualiti yang bertepatan syara'
bagi menghubungkan rasa hati pembaca dan pendengar kepada menghayati keagungan Allah sebagai
Maha Pencipta.
Dalam mencapai matlamat dan falsafah tarannum, peranannya juga merupakan aset yang perlu
diketahui oleh setiap Qari dan Qariah, di antaranya ialah:
"Bayyati" adalah berasal dari bahasa Arab yang diambil dari wazan (asas pertimbangan asal perkataan)
baytun yang bermaksud rumah atau tempat kediaman.
Manakala dari sudut istilahnya pula, "Bayyati" bermaksud nama khusus bagi suatu jenis alunan tarannum
atau maqamat yang dipopularkan oleh para Qari dari Tanah Arab khususnya dari Mesir.
Diperkenalkan di Malaysia kira-kira pada tahun 1940-an iaitu selari dengan permulaan perkembangan
tarannum lahjah Arab Misri.
2. Di antara faktor tersebarnya seni tarannum khususnya maqam Bayyati di Tanah Melayu ketika itu
adalah penghijrahan pelajar Melayu bagi melanjutkan pengajian dalam bidang pengajian Islam di
Universiti al-Azhar, Mesir.
Ini kerana setelah tamat pengajian mereka di sana, sebilangan daripada pelajar ini bukan sahaja pulang
dengan segulung ijazah bahkan membawa bersama mereka pelbagai jenis ilmu dan fikrah khususnya
dalam bidang tarannum al-Quran.
Kemudian tugas mereka di tanah air sendiri adalah mengajar dan menyebarkan ilmu tersebut kepada
masyarakat umum. Perkara ini telah berterusan sehingga sekarang.
Kesan daripada tersebar luasnya tarannum Bayyati di Malaysia khususnya, ia menjadikan tarannum ini
sangat popular dan jika sesuatu persembahan bacaan al-Quran tidak memasukkan tarannum ini, maka
dirasakan seumpama masakan yang tidak cukup perisanya.
3. Sifat-sifat alunan tarannum Bayyati.
Mna-mana tarannum yang mempunyai angin yang hampir sama dengan bacaan Bayyati', seperti bacaan
Husayni, Kurdi dan `Iraqi. Jelasnya, jika berlaku:
a. Ketegangan pada persembahannya, maka ianya boleh diwaslahkan kepada tarannum Kurdi atau
`Iraqi.
b. Kelemahan pada persembahannya, maka ianya boleh diwaslahkan kepada tarannum Husayni dan
sebagainya mengikut kemahiran para Qari dan Qariah itu sendiri.
Perkataan "Husayni" adalah berasal dari bahasa Arab yang diambil dari wazan Husn yang bermaksud
cantik, anggun dan indah.
Manakala dari sudut istilah ilmu tarannum pula, "Husayni" bermaksud nama khusus bagi suatu jenis
alunan tarannum atau maqamat yang dipopularkan oleh para Qari dari Hijaz (Makkah
Taranum al-Husayni ini adalah merupakan bahagian kecil daripada tarannum Bayyati sama seperti al-
Shuri, al- Khiyari dan al-Asli
'Kurdi' bermaksud nama khusus bagi suatu jenis alunan tarannum atau maqamat yang dipopularkan oleh
para Qari dari bangsa Kurdi
Kemudian, alunannya telah diubahsuai dan dipopularkan oleh para Qari dari Mesir
'Iraqi' bermaksud nama khusus bagi suatu jenis alunan tarannum atau maqamat yang dipopularkan oleh
para Qari dari Negara Iraq mengikut suasana kebudayaan bangsa
Kemudian, alunannya telah diubahsuai dan dipopularkan oleh para Qari dari Mesir
Tinjauan dari sudut bahasa mendapati bahawa perkataan 'Nahawand' adalah nama bagi tempat yang
terletak di daerah Hamadan, Parsi.
Manakala dari sudut istilahnya pula, 'Nahawand' bermaksud nama khusus bagi suatu jenis alunan
tarannum atau maqamat yang dipopularkan oleh para Qari dari daerah tersebut mengikut citarasa dan
sosiobudayanya yang tersendiri.
Nahawand ini adalah merupakan suatu nama tempat di daerah Hamadan yang terletak di negara Parsi atau
sekarang dikenali sebagai Iran.yang sangat popular suatu ketika dahulu di mana di sana lahirnya sebuah
karya yang terkenal dalam bidang perubatan iaitu al-Qanun Fi al-Tibb yang ditulis oleh Bapa Perubatan,
iaitu Ibnu Sina
tarannum Nahawand juga tidak terlepas daripada perubahan. Perkara ini berlaku hasil daripada
pengubahsuaian para QurraÊ dari Mesir yang mengubahnya mengikut selera budaya mereka.
Dalam erti kata lain, mana-mana tarannum yang mempunyai angin yang hampir sama dengan bacaan
Nahawand seperti bacaan `Ajam, Rast, Kurdi dan `Iraqi. Jelasnya, jika berlaku:
a. Ketegangan pada persembahannya, maka ianya boleh diwaslahkan kepada tarannum Kurdi atau
`Iraqi.
b. Kelemahan pada persembahannya, maka ianya boleh diwaslahkan kepada tarannum `Ajam atau
Rast.
‘`Ajam’ adalah berasal dari bahasa Arab yang bermaksud diam, senyap
Manakala dari sudut istilah ilmu tarannum pula, ‘`Ajam’ atau `Ajami' bermaksud nama khusus bagi suatu
jenis alunan tarannum atau maqamat yang dipopularkan oleh para Qari dari Hijaz (Makkah) dengan
sedikit pengubahsuaian mengikut suasana budayanya.
Tinjauan dari sudut sejarah pula mendapati bahawa tarannum Rast adalah berasal daripada negara Parsi
(sekarang, Iran) atau lebih tepat lagi dari kalangan kelompok bangsa Kurdi.
Kemudiannya, ia telah diambil dan diubahsuai oleh pakar-pakar tarannum al-Quran dari negara Hijaz.
Tarannum ini seterusnya telah tersebar dengan meluas di kalangan Qari dan Qariah seluruh dunia Islam.
Selain itu, ia juga telah mengalami sedikit perubahan mengikut zauq yang berasaskan lahjah Arab Hijazi.
Para Qurra dari negara Mesir khususnya yang telah mengolah semula tarannum Rast ini mengikut
kesesuaian budaya mereka.
1.