You are on page 1of 1

Keselamatan di jalan raya tanggungjawab kita :

Pada era globlalisasi ini, kian hari kian banyak berlakunya kemalangan jalan raya tidak kira yang ringan atau yang berat. Hal ini dapat dibuktikan melalui media massa yang sering memaparkannya. Sebenarnya, punca utama berlakunya kejadian kemalangan jalan raya adalah disebabkan oleh kecuaian dan sikap pengguna jalan raya seseorang itu. Hal ini demikian, pelbagai tindakan haruslah diambil untuk mengatasi masalah tersebut. Antara tindakannya adalah seperti sebagai seorang pemandu, kita haruslah mengamalkan nilai kasih sayang. Kita harus peka dan prihatin terhadap orang lain serta menyayangi orang lain secara mendalam dan berkekalan. Apabila kita berada di jalan raya, kita patutlah lebih mngutamakan keselamatan diri dan orang lain serta prihatin terhadap sesiapa sahaja yang berada di jalan raya. Dengan ini, masalah kemalangan jalan raya akan berkurangan. Pengguna jalan raya juga akan selamat dan tidal perlu risau tentang berlakunya kemalangan jalan raya yang tidak diingini. Bukan itu sahaja, salah satu sebab kemalangan jalan raya berlaku ialah sebilangan pemandu gemar memandu sambil bercakap melalui telefon bimbit atau memandu melebihi had laju yang ditetapkan walaupun undang-undang melarang perbuatan tersebut. Amalan ini amat berbahaya dan boleh berlakunya kemalangan jalan raya bila-bila masa sahaja. Oleh sebab itu, kita wajiblah mengamalkan nilai mematuhui peraturan dan undang-undang. Kita haruslah menerima dan mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan tanpa mengira sesiapa dan di mana seseorang itu berada. Hal ini dapat mewujudkan jalan raya sebagai sesuatu tempat yang selamat dan selesa. Di samping itu, kita boleh saling bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup dengan mengamalkan nilai toleransi. Dengan ini, pengguna jalan raya tidak akan merebut tempat meletakkan kereta atau cepat naik marah akibat kesesakan jalan raya. Secara tidak langsung, masalah kemalangan jalan raya dapat dikurangkan serta dihapuskan dan keselamatan diri dapat dijamin. Kesimpulannya, saya sedar bahawa keselamatan di jalan raya adalah tanggungjawab kita. Semua pengguna jalan raya haruslah berganding bahu untuk menyelesaikan masalah sebelum nasi menjadi bubur agar pengguna jalan raya dapat menggunakan jalan raya dengan selamat.

You might also like