You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU SMK KG.

TUN RAZAK KALI PERTAMA TAHUN 2011

Tarikh : 3 Januari 2011 Tempat : Bilik Profesional , SMK Kg. Tun Razak Masa : 2.30 petang Hadir: 1. Pn. Samsiah Mohd Salim Ketua Panitia (Pengerusi) 2. En. Zulkifli Aziz - Setiausaha 3. En. Mohd Faizal Mahyun 4. Cik Norrul Afizah Zulkifli 5. Cik Rosmawati Asamawi

Tidak Hadir: 1. Cik Engku Izan Malia Tengku Besar (dengan kenyataan) 2. Cik Siti Maisarah Harman (tanpa kenyataan)

1. UCAPAN PENGERUSI

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli panitia yang menghadiri mesyuarat. Pengerusi menyeru semua guru agar berusaha melaksanakan tugas dengan lebih gigih pada tahun 2011.

Tindakan : Makluman semua

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

Minit Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu Kali Ketiga 2010 telah disahkan dengan pindaan yang berikut:

a) Batalkan ceraian 4.1 yang berbunyi GPS Bahasa Melayu SPM 2010 meningkat daripada 6.74 kepada 5.92.

i.

Gantikan dengan GPS Bahasa Melayu SPM 2010 meningkat daripada 6.90 kepada 5.91.

b) Batalkan ceraian senarai ahli yang tidak hadir iaitu Cik Siti Maisarah Harman (tanpa kenyataan).

i.

Gantikan dengan Cik Siti Maisarah Harman (dengan kenyataan).

Tindakan : Makluman semua

3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

a) 5.1 Seminar SPM 2010 Pengerusi memaklumkan bahawa seminar ini telah dilaksanakan pada 30 Oktober 2010 di Hotel Timotel, Mersing.

Tindakan : Makluman semua

4. PERSEDIAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Mesyuarat menerima makluman tentang perkara-perkara yang disediakan untuk pembelajaran dan pengajaran:

a) Sukatan dan Huraian Sukatan Pelajaran b) Rancangan Pengajaran Tahunan c) PLAN J

d) Melengkapkan Buku Rekod Mengajar Tindakan: Semua guru

5. PROGRAM TAHUNAN PANITIA

Mesyuarat menerima makluman tentang program yang akan dilaksanakan pada tahun ini seperti yang berikut: Bil. 1 2 3 4 Program Kursus Dalaman Kaedah P&P Komsas Kursus Dalaman Kaedah P&P BM untuk Pelajar Bukan Melayu Kursus Dalaman Karangan Bengkel Penyediaan Modul Novel T1, T2,T5 Tarikh 20 Januari 2011 2 Februari 2011 15 Mac 2011 20 Februari 2011 Penyelaras / Tindakan Pn. Samsiah Mohd Salim Pn. Afizah Zulkifli Pn. Samsiah Mohd Salim Pn. Afizah Zulkifli

Tindakan: Guru yang terlibat 6. HAL-HAL LAIN

a) Buku Kerja Mesyuarat bersetuju menerima cadangan untuk menggunakan buku kerja bagi memudahkan pembelajaran dan pengajaran.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

(ZULKIFLI BIN AZIZ) Setiausaha Panitia Bahasa Melayu

(SAMSIAH BINTI MOHD SALIM) Ketua Panitia Bahasa Melayu

You might also like