You are on page 1of 29

Bahasa Melayu

Annyss Sophillea

Tema dan Persoalan

1.Tema cerpen Annyss Sophillea karya Nisah Hj. Haron ialah perjuangan menentang kejahatan yang berakhir dengan kemenangan kepada pihak yang benar 2.Persoalan yang dikemukakan oleh pengarang pula ialah: a)Persahabatan murni antara penduduk dari gua alam yang jauh berbeza keadaannya. b)Sikap keji sesetengah pemimpin yang tamak akan kuasa sehingga sanggup melakukan kezaliman untuk mengekalkan kekuasaannya c)Pegorbanan demi membuktikan persahabatan sejati di samping menegakkan kebenaran.

Watak dan Perwatakan

Annyss Sophillea

 Annyss Sophillea ialah watak utama cerpen ini  Dia gadis Alstonia yang menjadi kembar kepada Eyrique Etiqaz.  Annyss Sophillea ialah sepupu Strenn  Ayah dan ibunya telah meninggal dunia  Annyss Sophillea digambarkan sebagai gadis yang lemah lembut  Annyss Sophillea bersikap tegas.Buktinya,dia segera menolak pemintaan sepupunya ,Strenn untuk dijadikan isteri sepupunya itu dan akan dilantik sebagai Permaisuri Alstonia.  Dia bersikap berani juga.sikapnya itu terbukti apabila dia turun ke bumi seorang diri untuk mencari kembarnya  Annyss Sophillea berwatak gigih kerana dia terus berusaha mencari Eyrique Etiqaz tanpa putus asa.  Annyss Sophillea turut memiliki beberapa kesaktian.pertama,dia dapat memanggil eustary turun ke bumi untuk membawanya kembali ke angkasa.kedua,dia mampu membesarkan saiz burung Inderawasih sehingga dapat dijadikan tunggangan untuk pergi ke pinggir Rimba Alstonia.ketiga,dia menjadi sangat kuat jika kuasanya bersatu dengan kuasa Eyrique Etiqaz

Strenn

 Strenn merupakan sepupu kepada Annyss Sophillea dan Eyrique Etiqaz.  Dia telah merampas kuasa dan memiliki takhta Alstonia yang sepatutnya menjadi milik Eyrique Etiqaz.  Strenn bersikap zalim.buktinya dia sanggup menyuruh penyikutnya menculik dan mengurung Eyrique Etiqaz di dalm bilik pada malam sepatutnya Eyrique Etiqaz ditabalkan menjadi maharaja Alstonia.  Strenn tamak dan ingin terus berkuasa di Alstonia.buktinya,dia megasingkan kedua dua orang sepupunya kerana penyatuan kuasa Annyss Sophillea dan Eyrique Etiqaz akan mengalahkan mana-mana seteru yang terhandal di Alstonia.  Strenn memiliki kesaktian,iaitu dapat menghasilkan pedang dengan meramas-ramas kedua-dua belah tangannya.  Akhirnya strenn mati ditembak oleh Akmal

Eyrique Etiqaz

 Eyrique Etiqaz ialah kembar Annyss Sophillea.  Dia merupakan pewaris takhta kerajaan Alstonia tetapi dikurung dalam suatu bilik rahsia oleh strenn,sepupunya yang tamak akan kuasa.  Keistimewaan Eyrique Etiqaz ialah dia akan menjadi kuat jika kuasanya bersatu dengan kuasa kembarnya.sebaliknya,dia akan menjadi lemah jika dipisahkan daripada kembarnya.  Eyrique Etiqaz mempunyai beberapa kesaktian.antara kesaktian itu termasuklah dia dapat memulihkan tenaganya dengan hanya menyentuh tanduk eustary.dia mampu juga menghasilkan pedang dengan hanya meramas-ramas kedua dua belah tangannya.

Akmal

 Akmal ialah penduduk bumi yang menjadi sahabat Annyss Sophillea  Dia telah pergi ke Alstonia kerana merasakan bahawa sahabat barunya itu berada dalam kesusahan.  Akmal telah menembak Strenn kerana mahu menyelamatkan Eyrique Etiqaz  Akmal mengalami kesakitan dan hampir terbunuh,kesan daripada perbuatannya itu tetapi sempat diselamatkan oleh kuasa yang dimiliki oleh Annyss Sophillea dan Eyrique Etiqaz.  Akmal berani.buktinya,dia berani naik ke Alstonia seorang diri  Akmal benci akan kezaliman.Buktinya,dia membunuh strenn yang bertindak zalim kerana sanggup mencolek dan mengurung kembar sahabatnya, Annyss Sophillea

Plot

1.Semua peristiwa dalam cerpen ini disusun secara kronologi.Jalinan peristiwa-peristiwa itu adalah seperti yang berikut  Annyss Sophillea pergi ke bumi untuk mencari kembarnya Eyrique Etiqaz.dia gagal menemui kembarnya disitu tetapi dapat berkenalan dengan seorang penduduk bumi,Akmal.  Annyss Sophillea balik ke Alstonia menaiki eustary setelah memberikan seutas kalung kepada Akmal sebagai kenang-kenangan dan sebagai tanda persahabatan mereka.  Setibanya di Alstonia Annyss Sophillea terus ke kubur ayah dan ibunya.dia berjanji akan menunaikan wasiat mereka,iaitu menjadikan kembarnya, Eyrique Etiqaz maharaja di Alstonia.  Pada ketika itulah Strenn datang menemui Annyss Sophillea.Strenn ialah sepupu Annyss Sophillea yang telah merampas kuasa dan kini isterinya dan seterusnya menjadi pemaisuri alstonia

 Annyss Sophillea menolak permintaan strenn,malahan menggertak strenn dengan mengatakan bahawa dia telah menemui Eyrique Etiqaz dan akan membawa kembarnya ke istana.  Annyss Sophillea telah pergi ke pinggir Rimba Besar Alstonia.di situ dia bertemu dengan Akmal yang baru sampai dari bumi dengan menaiki Austary.  Mereka berdua pun memasuki sebuah terowong rahsia. Di hujung terowong itu, di dalam sebuah bilik kurungan, mereka menemui Eyrique Etiqaz dalam keadaan lemah. Mereka berjaya mengeluarkan Eyrique Etiqaz dari kurungan itu.  Strenn dan konco-konconya datang ke situ. Eyrique Etiqaz masih ingat bagaimana konco-konco Strenn telah menculik dan menyembunyikan dalam bilik kurungan pada malam dia sepatutnya ditabalkan sebagai maharaja Alstonia. Perpisahan dengan Annyss Sophillea menjadi tenaga di dalam tubuhnya semakin lemah.

 Selepas itu, berlaku pertaruhan antara Strenn dengan Eyrique Etiqaz. Pada suatu ketika, apabila melihat Eyrique Etiqaz hampir tewas, Akmal segera menembak Strenn. Strenn terbunuh dan Akmal turut tumbang serta mengalami kesakitan walaupun dia tidak luka. Di Alstonia, sesiapa yang membunuh akan turut terbunuh  Annyss Sophillea dan Eyrique Etiqaz berpadu tenaga lalu meletakkan tangan mereka ke dada Akmal, cahaya biru meresap ke dalam tubuh Akmal lalu Akmal pun terselamat. 2.Pada bahagian permulaan atau eksposisi plot cerpen ini, pembaca diperkenalkan dengan watak utama, Annyss Sophillea yang terpaksa turun ke bumi untuk mencari kembarnya. Dia sempat berkenalan dan bersahabat dengan seorang penduduk bumi bernama Akmal. 3.Pada bahagian pertengahan konflik menjadi semakin rumit. Strenn telah mengurung Eyrique Etiqaz di sebuah bilik rahsia, sebaliknya Annyss Sophillea berusaha bermatimatian mencari kembarnya itu.

4.Plot mencapai tahap puncak atau klimaks apabila Annyss Sophillea dan Akmal berjaya membebaskan Eyrique Etiqaz tetapi mereka terpaksa berhadapan dengan Strenn pula. Ketika Strenn dan Eyrique Etiqaz berlawan, Akmal telah menembak Strenn. 5.Pada bahagian peleraian,Eyrique Etiqaz dan Annyss Sophillea telah bersatu tenaga menyelamatkan Akmal kerana di alstonia,sesiapa yang membunuh akan turut terbunuh. 6.Bagi mengembangkan plot cerita ini,pengarang telah menggunakan beberapa teknik plot.Antara teknik plot itu termasuklah dialog. Contohnya:

apa yang kau mahu datang ke sini?tegas Annyss sekadar bertanya khabar. kalau itu yang kau inginkan,khabarku masih baik .

7.Teknik saspens berjaya mendorong pembaca untuk terus membaca cerita berkenaan.misalnya,pembaca ingin tahu sama ada Annyss Sophillea berjaya atau gagal menunaikan wasiat ayah dan ibunya,iaitu menjadikan Eyrique Etiqaz sebagai maharaja di Alstonia. 8.Teknik kejutan terdapat juga dalam plot cerpen ini,iaitu apabila tanpa disangka-sangka Akmal menembak Strenn walaupun dia tahu akibat buruk daripada perbuatannya itu

Latar

Latar Tempat
Latar tempat dalam cerpen ini ialah bumi dan Alstonia. Antara tempat-tempat yang terdapat di Alstonia termasuklah pusara ayah dan mak Annyss Sophillea,pinggir Rimba Besar Alstonia terowong rahsia,dan bilik kurungan

Latar Masa
Pengarang menggambarkan latar masa dalam cerpan ini sebagai suatu gambaran futuristik atau masa akan datang Semua peristiwa belaku pada waktu siang atau malam Satu perbezaan yang nyata tentang masa ialah satu hari di Alstonia bersamaan dengan seminggu di Bumi

Latar masyarakat
Masyarakat yang digambarkan dalam cerpen ini ialah masyarakat Bumi dan masyarakat Alstonia yang berkemingkinan terletak di angkasa atau di planet lain.Hal ini jelas kerana semasa Annyss Sophillea hendak balik,dia memanggil eustary yang turun dari angkasa. Masyarakat Alstonia digamdarkan sebagai masyarakat yang memiliki kesaktian.misalnya, Annyss Sophillea boleh memanggil eustary atau burung inderawasih untuk membawa dan menerbangkannya kesesuatu tempat.selain itu, Eyrique Etiqaz dan Strenn mempunyai kesaktian untuk mencipta pedang dengan hanya menggosok-gosokkan tangan mereka

Terdapat juga anggota masyarakat yang tamak akan kuasa.Contohnya: strenn merampas takhta Alstonia yang sepatutnya menjadi milik Eyrique Etiqaz. Masyarakat yang dapat bekerjasama walaupun datang dari dunia yang berbeza digambarkan juga.Buktinya,Akmal telah membantu Eyrique Etiqaz dan Annyss Sophillea untuk menewaska strenn

Nilai dan Pengajaran

Nilai
1.Ada beberapa nilai kemanusiaan yang agak menonjol dalam cerpen ini. 2.Antara nilai nilai itu termasuklah seperti yang berikut a) Nilai gigih atau cekal.Contohnya,Annyss Sophillea begitu gigih mencari kembarnya, Eyrique Etiqaz yang telah disembunyikan ole strenn. b) Nilai berani,contohnya, Annyss Sophillea bertindak begitu berani sehingga sampai ke Bumi seorang diri untuk mencari pasangan kembarnya c) Nilai kasih sayang.Contohnya, Annyss Sophillea sangat sayang akan kembarnya dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menyelamatkan pasangan kembarnya itu yang disembunyikan oleh strenn

d) Nilai kerjasama.Contohnya,Akmal datang ke Alstonia semata-mata memberi pertolongan kepada Annyss Sophillea,dan akhirnya dia dapat membunuh strenn yang berniat jahat. e) Nilai belas kasihan.Contohnya,Akmal kasihan melihat Eyrique yang telah dikurung oleh strenn. f) Nilai amanah.Contahnya,Annyss tetap akan menunaikan wasiat bondanya supaya mencari Eyrique

Pengajaran
1. Kita hendaklah berani berjuang untuk menegakkan kebenaran dan menghapuskan kezaliman. Kita mestilah berkerjasama setiap masa bagi memastikan kemenangan dalam perjuangan Kita hendaklah juga bersedia memberi bantuan kepada seseorang yang berada dalam kesusahan Kita tidak harus bersikap tamak akan harta dan dan pangkat sehingga sanggup merampas hak dan kedudukan orang lain

2. 3.

4.

You might also like