You are on page 1of 2

SAIDATINA KHADIJAH BT KHUWAILID RIWAYAT HIDUP SAIDATINA KHADIJAH BT KHUWAILID

Saidatina Khadijah yang unggul mempunyai peribadi yang cukup menghayat hati. Saidatina Khadijah dikurniakan peribadi serta sifat-sifat yang sangat mulia tidak kira dari segi luaran mahupun dalaman. Saidatina Khadijah menjadi isteri yang pertama dalam hidup Nabi Muhammad S. A. W. dan peribadinya telah membuat hati dan hidup Nabi Muhammad S. A. W. cukup bahagia. Saidatina Khadijah amat bermakna dalam hidup Nabi Muhammad S. A. W. Saidatina Khadijah telah dikurniakan dengan berbagai gelaran antaranya ialah Ummul Muminin, Thahirah, penghulu wanita serta penghulu syurga. Beliau juga orang pertama yang beriman dan mengatakan Tuhan itu satu dan Nabi Muhammad S. A. W. itu utusan-Nya. Saidatina dilahirkan dari kalangan keluarga yang mulia. Oleh itu juga Saidatina Khadijah mempunyai peribadi yang mulia dan disanjung tinggi. Saidatina Khadijah suka menolong orang-orang yang berada dalam kesusahan. Beliau tidak sanggup melihat penderitaan orang lain. Beliau sanggup menderita demi menolong dan melihat orang sekelilingnya hidup senang. Beliau mempunyai ciri-ciri kepimpinan apabila beliau menguruskan dagangan keluarganya setelah ibu dan bapanya meninggal dunia. Di samping itu, sumbangan Saidatina Khadijah kepada Islam pada zaman awal Islam telah memberi banyak perubahan. Hartanya telah banyak dihabiskan untuk menolong Nabi Muhammad S. A. W. , keluarganya serta orang-orang Muslim. Tetapi beliau tidak pernah merungut tentang hartanya yang semakin berkurangan itu. Kisah Saidatina Khadijah ini telah memberi impak yang sungguh bagus dan positif kepada setiap umat Islam. Sifat semulajadinya yang sungguh agung dan tiada cacat celanya membuatkan dirinya lebih cepat mempengaruhi masyarakat Islam. Peribadinya itu memang patut kita jadikan contoh terbaik bagi menjalani kehidupan seharian kita. Saidatina Khadijah iaitu salah seorang tokoh Islam pada zaman dulu yang telah memberi banyak sumbangan terhadap Islam. Sumbangannya yang diberi kepada setiap orang Muslim tidak kira pangkat atau darjat itu memberi satu peringatan yang tidak akan lupus dari hati atau hidup seseorang Muslim itu.

PENDIDIKAN ISLAM

SAIDATINA KHADIJAH BT KHUWAILID

PENDIDIKAN ISLAM

You might also like