You are on page 1of 19

Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9

Aspek
Tajuk Kajian Senarai Kandungan Penghargaan Objektif Kajian Kaedah Kajian Hasil Kajian Rumusan Lampiran Rujukan

M/S

Saya Nida Huwaida Bt Isham dari kelas 3A ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan saya kepada ibu saya Mahani Bt Mohd Kasa dan bapa saya Isham Bin Mohd Noor yang sanggup mengorbankan masa dan wang untuk menolong saya menyiapkan kerja kursus ini. Tidak dilupa juga , guru sejarah saya , Puan Sagunthala , yang banyak menolong saya dengan memberikan idea-idea dan maklumat yang mendorong ke kejayaan kerja kursus ini. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang banyak menghulurkan bantuan serta menemani saya untuk pergi ke kawasan kajian dan bermurah hati untuk berkongsi maklumat dengan saya.

Kerja kursus sejarah ini dilaksanakan bagi memenuhi beberapa objektif: Untuk memenuhi keperluan kerja kursus sejarah peperiksaan menengah rendah 2011. Melalui kajian yang dijalankan saya mendapat kemahiran mencari dan mengumpul fakta sejarah berkaitan dengan institusi pentadbiran tempatan di negara kita seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. y Saya dapat menerangkan dengan lebih terperinci mengenai latar belakang Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. y y Saya dapat menghuraikan tentang kebudayaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Dapat mengetahui sumbangan yang diberi olah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kepada rakyat . y Mengenali dan mengetahui tentang tugas serta peranan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dalam masyarakat .

y y

Saya menggunakan beberapa kaedah dalam kajian ini seperti :a. Melayari Internet Saya telah menjalankan rujukan di laman web yang membantu saya mendapat maklumat- maklumat tentang DBKL. b. Melawat kawasan kajian Kaedah ini dilakukan di sekitar Bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.Kaedah ini dipilih bertujuan melihat keadaan kawasan itu.

c.

Perpustakaan Saya telah menjalankan penyelidkan di Perpustakaan Kuala Lumpur

bersama rakan-rakan untuk memperoleh majalah-majalah, surat khabar dan banyak lagi bagi menjayakan kerja kursus saya ini .

6.1 Institut Pentadbiran Tempatan -Nama Rasmi/Nama ringkas Nama rasminya adalah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan singkatannya , DBKL . -Lokasi Bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur beralamat diJalan Raja Laut,, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, 50350 . -Misi/Visi penubuhan Visi DBKL, merealisasikan Kuala Lumpur sebagai bandar raya bertaraf dunia menjelang tahun 2020 dengan menjadi PBT terunggul yang dapat memenuhi citarasa wargakota dan misi DBKL adalahmencapai kemajuan, kemakmuran dan kesejahteraan Ibu Kota Kuala Lumpur menerusi program pembangunan fizikal, sosio-ekonomi, kawalan perancangan dan perkhidmatan perbandaran secara terancang dan terselaras berteraskan kepada tadbir urus yang cemerlang. -Carta Organisasi . Di bahagian halaman belakang adalah carta organisasi dan senarai pentadbir :-

6.2 Latar Belakang DBKL -Sejarah Penubuhan Hal ehwal perbandaran Kuala Lumpur ditadbirkan oleh satu perbadanan tunggal (corporation sole), sejak 1 April 1961 iaitu Pesuruhjaya Ibu Kota yang kemudian diubah kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur apabila Kuala Lumpur dianugerahkan taraf Bandar Raya pada 1 Februari 1972. Tan Sri Dato' Lokman Yusof , bekas Pesuruhjaya Ibu Kota telah dilantik sebagai Datuk Bandar yang pertama. Beliau meninggal dunia pada 15.5.1972. Tan Sri Yaakob Latiff telah berkhidmat sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur yang kedua selama 10 tahun.Beliau telah digantikan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur yang ketiga iaitu Tan Sri Dato' Elyas Omar pada 1.2.1983. Datuk Bandar Kuala Lumpur yang keempat ialah Dato' Dr. Mazlan Ahmad yang telah dilantik pada 17.11.1992. Tan Sri Dato Kamaruzzaman Shariff, Datuk Bandar Kuala Lumpur kelima, dilantik sebagai Datuk Bandar pada 14.12.1995 hingga 13.12.2001. Beliau diganti oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur yang keenam iaitu Y. Bhg. Kol.Datuk Hj. Mohmad Shaid b. Mohd Taufek yang dilantik pada 14.12.2001. Kemudian, daripada 14.12.2004 sehinggalah 13.12.2006, jawatan Datuk Bandar yang ketujuh telah disandang oleh Y Bhg. Dato' Hj. Ruslin bin Hj. Hasan. -Undang-Undang tubuh/Undang-Undang kecil

1. Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 y y y Peraturan-Peraturan Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur 1989 Perintah Ibu Kota Persekutuan (Kawasan Bandaraya) 1974

2. Akta Kerajaan Tempatan 1976 y y y y y y y y y y Bayaran-Bayaran Yang Kena Dibayar Untuk Kelewatan Membayar Kadar Bayaran-Bayaran Bagi Waran Tahanan UUK (Lembu Kerbau) Perbandaran Kuala Lumpur 1968 UUK Kerajaan Tempatan (Krematorium Cheras) 1978 UUK Pengendali Makanan (WP) 1979 UUK Kedai Gunting Rambut & Pendandan Rambut (WP) 1979 UUK Taman (WP) 1981 UUK Stor Kayu & Kerja Kayu (WP) 1981 UUK Kolam Renang (WP) 1981 UUK Pemungutan, Pembuangan & Pelupusan Sampah-Sarap (WP) 1981

3. Akta Jalan, Parit & Bangunan 1974 y y Sewerage & Drainage By-Laws 1957 Street, Drainage & Building (Desludging of Septic Tank & Imhoff Tank Charges) (Federal Territory) By-Laws 1983 y y y y y y Street, Drainage & Building (Sewerage Charges) (FTKL) 1985 Private Sewage Plant Construction By-Laws 1960 Private Sewage Plants (Repair & Maintenance) By-Laws 1961 UUK Kerjatanah (WPKL) 1988 7. UUK Bangunan (WPKL) 1988 UUK Jalan, Parit & Bangunan (Mengkompaun Kesalahan-Kesalahan) (WPKL) 1985 UUK Jalan, Parit & Bangunan (Mendapatkan Tunggakan) (WPKL) 1990

4.Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982 y y Kaedah-Kaedah Ranchangan (Pembangunan) 1970 Kaedah-Kaedah (Perancangan) (Caj Pembangunan) Bandaraya Kuala Lumpur 1979

y y y

Kaedah-Kaedah (Perancangan) (Kelas-Kelas Kegunaan) Bandaraya Kuala Lumpur 1980 Kaedah-Kaedah (Perancangan) (Zon & Kepadatan) Wilayah Persekutuan 1985 Kaedah-Kaedah (Perancangan) Wilayah Persekutuan (Mengkompaunkan Kesalahan) 1986

5. Akta Pengangkutan Jalan 1987 y y y Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan (Saiz, Warna & Jenis) 1959 Kaedah-Kaedah Kenderaan Barangan (Memuatkan & Memunggah) (Kuala Lumpur) 1962 y y Perintah Lalulintas Jalan (Peruntukan Mengenai Tempat Letak Kereta) (Ibu Kota) 1969 Perintah Lalulintas Jalan (Peruntukan Terminal Bas) (Bandaraya Kuala Lumpur) 1973

6.Akta Hiburan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992 y Kaedah-Kaedah Hiburan (WPKL) 1993 y y . Kaedah-Kaedah Hiburan (WPKL) (Mengkompaunkan Kesalahan) 1993 . Perintah Hiburan (WPKL) (Perisytiharan) 1994

-Garis panduan penubuhan 1. Keperluan teknikal rekabentuk bagi bangunan melebihi 10 tingkat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2. Keperluan teknikal rekabentuk bagi bangunan sesebuah - pejabat, kompleks, industri di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Borang di Lampiran)

-Perincian peranan Datuk Bandar Menurut Akta Ibukota 1960, Kuala Lumpur ditadbirkan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur yang dilantik oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong.Datuk Bandar Kuala Lumpur adalah Ketua Eksekutif Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Lembaga Penasihat Akta Ibukota 1960 juga memperuntukkan pelantikan Ahli Lembaga Penasihat untuk menasihati Datuk Bandar dalam pentadbiran Bandaraya Kuala Lumpur. Jawatankuasa Beberapa Jawatankuasa telah dibentuk untuk membantu Datuk Bandar dalam urusan pentadbiran. Jawatankuasa-Jawatankuasa berikut adalah:y y y Jawatankuasa Penasihat Belanjawan dan Kewangan Jawatankuasa Perancang Bandar(TPC) Jawatankuasa Perunding Bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Institusi Profesional (JOBPIC) y y y y y y y y y y Jawatankuasa Penasihat Rekabentuk Bangunan Lembaga Tawaran Jawatankuasa Sebutharga Jawatankuasa Penasihat Pengindahan dan Rekriasi Jawatankuasa Cukai Pintu (Mendengar Bantahan) Jawatankuasa Pengurusan Penjaja Jawatankuasa Penasihat Lalulintas Jawatankuasa Bencana Alam Wilayah Persekutuan Jawatankuasa Penamaan Jalan Jawatankuasa Kerja-Kerja Jalan Persendirian

-Cara pelantikan pentabir tempatan . Datuk Bandar -Dilantik oleh Duli Yang Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong 12 Ahli Tidak Rasmi -Juga dilantik oleh Duli Yang Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong 1 Ahli Rasmi -Daripada Jabatan Perdana Menteri

6.3 Peranan -Kebudayaan y Menyedia , menggalak dan mempertingkatkan aktiviti kebudayaan dalam aktiviti kebudayaan dalam bidang tarian , drama , nyanyian, muzik dan pementasan. y Menyelaras , menganjur dan menguruskan aktiviti sosial seperti acara-acara Perayaan Awam Tahunan,Malaysia Fest , Anti Dadah, Pelancongan dan sebagainya -Kebajikan y Mengawal dan memperbaiki mutu makanan dan minumam yang disediakan untuk keperluan masyarakat. y Menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada ibu-ibu mengandung dan kanak-kanak dari masa lahir hingga umur enam tahun.

-Ekonomi y Menjamin kualiti alam sekitar dari pencemaran akibat perubahan bilangan penduduk dan aktiviti-aktiviti manusia dalam usaha memajukan sumber-sumber smulajadi ,perindustrian dan pembandaran y mengutamakan tumpuan terhadap perspektif-perspektif wilayah, nasional dan antarabangsa, mengguna peluang-peluang yang ada dan mendefinisikan peranannya secara khusus. -Pelancongan y Menampung asas penduduk yang lebih besar daripada penduduk Bandar Raya sendiri, kemudahan membeli-belah, hiburan, rekreasi dan kebudayaan yang lebih pelbagai dapat ditampung. y Membantu dalam memberi dorongan dan justifikasi kewangan terhadap langkah langkah yang memberi faedah kepada penduduk Bandar Raya seperti projek-projek pemuliharaan, pengindahan dan siar kaki, serta menjadi tuan rumah kepada acara-acara khas dan perayaan-perayaan yang bertujuan untuk menarik pelancong. 6.4 Perkembangan -Pengiktirafan DBKL telah dianugerahkan pensjilan MS ISO 9001:2008 oleh SIRIM Qas International Sdn Bhd pada 18 September 2009 iaitu genap 8 bulan 5 hari daripada tarikh arahan Datuk Bandar. Pensijilan ini adalah melibatkan kesemua 35 skop pensijilan yang ditetapkan. Pengiktirafan pensijilan ini telah disampaikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur pada 6 Oktober 2009.(Sijil di Lampiran)

-Kemajuan yang dicapai PEMBUKAAN PROJEK MENAIKTARAF BULATAN JLN CHERAS/JLN LOKE YEW Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah melaksanakan dua buah projek iaitu menaiktaraf Bulatan Jalan Cheras/Jalan Loke Yew dan Persimpangan bertingkat di persimpangan Jalan Cheras/Jalan Keluar masuk ke Taman Len Seng Kuala Lumpur. Kedua-dua buah projek ini dirasmikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, YB Dato JEJAMBAT JALAN DEWAN BAHASA Jalan Hang Tuah dan Jalan Dewan Bahasa merupakan sebahagian Jalan Lingkaran Dalam Kuala Lumpur dan satu daripada jaringan jalan yang penting untuk pengguna jalan raya dari arah selatan ke pusat perniagaan dan komersial di kawasan Bukit Bintang. Pembangunan pesat di kawasan ini telah menyebabkan kesesakan berlaku di persimpangan Jalan Dewan Bahasa, Jalan Hang Tuah, Jalan Maharajalela dan Jalan Loke Yew. Justeru, Jabatan Kerja Awam, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mengambil inisiatif dengan membina Jejambat Jalan Dewan Bahasa Jalan Hang Tuah. Jejambat yang disiapkan ini mewujudkan laluan terus (uninterrupted flow) dari Jalan Istana / Jalan Dewan Bahasa ke Jalan Hang Tuah dan sekaligus, dapat mengurangkan kesesakan lalulintas di kawasan ini. Pada 18 Januari 2010, jejambat ini telah dirasmikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, YB Dato Raja Nong Chik b. Raja Zainal Abidin.

-Cabaran yang dihadapi Dasar Perumahan Negara Bagi memastikan sektor perumahan dalam negara mencapai pembangunan yang sihat dan terus menyumbang secara positif kepada pertumbuhan ekonomi negara , pelbagai isu dan cabaran berkaitan perumahan perlu ditangani dengan berkesan. Antara isu-isu utama yang dikenalpasti ialah :(i) Kualiti rumah yang dibina; (ii) Projek rumah terbengkalai; (iii)Kemampuan serta aksesibiliti rakyat untuk membeli atau meyewa rumah yang disediakan; (iv) Permintaan yang melebihi penawaran bagi rumah kos rendah dan kos sederhana; (v) Pembangunan PRMM di lokasi yang tidak strategik; (vi) Isu pengagihan PRMM

-Saranan dan harapan Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 akan menjadi instrumen bagi memandu pembangunan untuk 20 tahun yang akan datang dan juga merupakan asas untuk penyediaan Pelan Tempatan Kuala Lumpur. Strategi dan dasar yang dirumus di dalam Pelan ini dihasilkan dari wawasan Kuala Lumpur sebagai sebuah Bandar Raya Bertaraf Dunia.Bagi merealisasikan strategi dan dasar ini, langkah-langkah pelaksanaan yang merangkumiperundangan dan kewangan DBKL perlu ditentukan. (i) Perundangan Kaedah-kaedah perancangan dan peraturan sedia ada yang digubal di bawah peruntukan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) No.46 1970 dan Akta Bandaraya Kuala Lumpur (Perancangan) 1973 perlu dikemas kini secara komprehensif dan diselaraskan dengan peruntukan Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982.

(ii) Kewangan Sumber pendapatan -Kaedah-kaedah untuk membiayai aktiviti-aktiviti ekonomi dan sosial DBKL akan melibatkan semua sumber sedia ada seperti taksiran harta, caj pembangunan, pulangan pelaburan, caj pelesenan dan denda, sewaan dan bantuan daripada Kerajaan Persekutuan. 976. Langkah-langkah kecekapan dan pengurangan kos -DBKL akan meneroka semua peluang yang ada untuk membentuk perkongsian dengan sektor swasta dalam usaha untuk mengurangkan beban belanjawan kewangan awam yang besar. Perkongsian sektor awam dan swasta dalam bentuk usaha sama, penswastaan dan pajakan perkhidmatan atau perjanjian konsesi boleh digunakan sebagai suatu cara untuk membiayai kos-kos modal dan operasi.

Melalui kerja kursus ini , saya mendapati bahawainstitut pentadbiran tempatan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur adalah penting untuk menjamin kedamaian negara serta memastikan keperluan dan kebajikan masyarakat terjamin . Di samping itu, ia juga memupuk semangat kerjasama dan bertolak ansur dalam kehidupan masyarakat. Ini penting kerana kita hidup di dalam masyarakat yang berbilang kaum . Sebagai kesimpulannya , institut pentadbiran tempatan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur , telah memberi kita pelbagai kemudahan yang membantu kita menempuh kehidupan seharian .

Dapatan Kajian
8.1-Konsep pencemaran alam sekitar Pencemaran merupakan kemasukan bahan pencemar seperti bahan kimia,hingar,haba,cahaya dan tenaga ke dalam alam sekitar yang mengakibatkan kesan yang memusnahkan sehingga membahayakan kesihatan manusia . Ia juga mengancam sumber alam dan ekosistem serta mengganggu ameniti dan kegunaan alam sekitar . Di kawasan kajian saya, terdapat 4 jenis pencemaran . Iaitu pencemaran air , udara , bau , bunyi . Mengikut kajian , pencemaran bau adalah paling tinggi di kawasan ini.

8.2 Jenis Pencemaran Alam Sekitar Di kawasan kajian ini terdapat pelbagai jenis pencemaran alam sekitar . Seperti pencemaran air , bau , bunyi dan udara . Untuk pencemaran bau , sampah sarap bertaburan di kawasan-kawasan pasar malam . Manakala longkang yang tersumbat dan pembuangan sampah ke dalam sungai terdorong kepada pencemaran air. Pencemaran udara adalah disebabkan pembakaran sampah secara terbuka dan pengeluaran asap-asap dari kilang . Akhir sekali , kenderaan berat yang sering lalu di kawasan ini menyebabkan pencemaran bunyi yang banyak mengganggu rutin harian penduduk

Majalah:Dato Professeor Dr. Khoo Kay Kim,1990.Album 100 Tahun Kuala Lumpur menjadi Penguasa Tempatan.Kuala Lumpur:Puteries Padilah Haji Ali,2010,Dewan Bahasa.Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Akhbar:Metro,24 Mac 2011, Halaman R20 VCD:Video Korporat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur,Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Internet:http://www.dbkl.gov.my/portalv7 http://smkpuchongutama1.com/blog-akademik/kerja-kursus-sejarahtingkatan-3-tahun-2011

You might also like