You are on page 1of 4

SURAT KEBENARAN MENJALANKAN KAJIAN KES ISU SOSIAL DI KAWASAN SETEMPAT Rujukan Kami : SMKSI Rujukan Tuan: SMK

Saujana Impian 43000 Kajang, Selangor.

Ahli Kumpulan 1, Kajian Kes Isu Sosial Di Kawasan Setempat, Tingkatan 5 Cendekia, SMK Saujana Impian. Tuan, Kebenaran Menjalankan Kes Isu Sosial Di Kawasan Setempat Dengan segalan hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Dengan ini dimaklumkan bahawa pihak sekolah membenarkan ahli Kumpulan 1, dari Tingkatan 5 Cendekia sekolah ini untuk menjalankan Kajian Isu Sosial di Kawasan Setempat di luar kawasan sekolah dan di luar waktu persekolahan. 3. Kajian Kes Isu Sosial di Kawasan Setempat iaitu Melepak yang dijalankan merupakan satu daripada komponen wajib dalam Sukatan Pelajaran mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewargenagaraan KBSM Tingkat 5. 4. Dengan kebenaran ini, diharapkan murid-murid akan menjalankan tanggungjawab dalam melaksanakan projek ini dengan bersungguh-sungguh dan mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh pelbagai pihak yang terbabit. Sekian. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menjalankan tugas, .............. (BASINAH BINTI HAJI TAIB) Pengetua, SMK Saujana Impian, 43000 Kajang, Selangor 17 April 2011

SURAT PENGENALAN DIRI MURID Rujukan Kami : SMKSI Rujukan Tuan : SMK Saujana Impian, 43000 Kajang, Selangor.

Kepada, Sesiapa yang berkenaan. Datuk/Datin/Tuan/Puan, KAJIAN KES ISU SOSIAL DI KAWASAN SETEMPAT Dengan segalan hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Dengan ini dimaklumkan bahawa pembawa surat ini merupakan ahli Kumpulan 1, dari Tingkatan 5 Cendekia SMK Saujana Impian. Murid ini sedang menjalankan Kajian Kes Isu Sosial di Kawasan Setempat iaitu Melepak yang merupakan satu daripada komponen wajib dalam Sukatan Pelajaran mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan KBSM Tingkatan 5. 3. Diharapkan agar pihak tuan dapat memberikan kerjasama kepada murid ini agar kajian yang telah dirancang dapat dijalankan dengan sempurna. 4. Pihak sekolah ingin merakamkan setinggi-tinggi pernghargaan dan ribuan terima kasih atas kerjasama pihak tuan. Sekian. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menjalankan tugas, .............. (BASINAH BINTI HAJI TAIB) Pengetua, SMK Saujana Impian, 43000 Kajang, Selangor. 17 April 2011

SURAT PERMOHONAN UNTUK MENJALANKAN KAJIAN ISU SOSIAL DIKAWASAN SETEMPAT SMK Saujana Impian, 43000 Kajang, Selangor.

Tuan, Memohon Menjalan Kajian Isu Sosial di Kawasan Setempat Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

18 April 2011

2. Saya, Aida Batrisyia bin Anuar, murid Tingkatan 5 Cendekia bersama-sama lima ahli kumpulan yang lain dari SMK Saujana Impian, sedang menjalankan kajian isu sosial iaitu melepak. Untuk pengetahuan tuan, projek ini merupakan komponen wajib dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 5. 3. Sehubungan dengan itu, kami ingin memohon kebenaran daripada pihak tuan untuk menjalankan satu projek yang bertemakan Isu Sosial di Kawasan Setempat. Tajuk kajian ini ialah Kajian Budaya Melepak. Tujuan projek ini adalah untuk mengkaji remaja di kawasan setempat tentang budaya melepak dan mengetahui punca,kesan dan cara untuk menanganinya. 4. Sekiranya kami dibenarkan menjalankan kajian ini di tempat tuan, kami akan berbincang dengan pihak tuan tentang kajian yang akan dijalankan dengan lebih terperinci pada masa yang akan ditetapkan. 5. Kami amat berharap agar permohonan ini diluluskan dan kerjasama daripada tuan amat kami hargai. Kami ingin merakamkan jutaan terima kasih atas sokongan dankeprihatinan tuan. Sekian. Yang menjalankan tugas, . (AISYA BINTI MOHD YUSOF) Pengerusi Kumpulan 1, Kajian Isu Sosial di Kawasan Setempat, Tingkatan 5 Cendekia, SMK Saujana Impian

SURAT PENGHARGAAN KEPADA PERSATUAN PENDUDUK IMPIAN INDAH SMK SAUJANA IMPIAN 43000 Kajang, Selangor

Pengerusi, Persatuan Penduduk Impian Indah, 43000 Kajang, Selangor. Tuan, Ucapan Penghargaan Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

20 APRIL 2011

1. Kami, ahli Kumpulan 1 yang menjalankan kajian tentang melepak yang bertemakan isu sosial di kawasan setempat ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas kerjasama yang diberikan kepada kami untuk menjayakan projek ini. 2. Untuk pengetahuan tuan, kami telah berjaya melaksanakan kajian kami pada tahun ini dengan lancar dan sempurna. Banyak nilai dan pengajaran yang telah kami peroleh semasa menjalankan projek ini. 3. Akhir kata, sekali lagi kami ingin mengucapkan terima kasih dan berharap agar tuan dapat memberikan kerjasama yang serupa pada masa akan dating. Yang menjalankan tugas . (AISYA BINTI MOHD YUSOF) Pengerusi Kumpulan 1, Kajian Isu Sosial di Kawasan Setempat (Melepak) Tingkatan 5 Cendekia SMK Saujana Impian

You might also like