You are on page 1of 4

Latar Belakang

Latar Belakang

Pengenalan Majlis Daerah Tanah Merah terletak 3 KM dari utara dari tebing Sungai Kelantan, dengan keluasan yang meliputi kira-kira 2, 993.10 hektar.Pejabat Pentadbiran MDTM terletak di : Majlis Daerah Tanah Merah, 17500 Tanah Merah, Kelantan. Tel : 09-9556026 / 9556023 Faks : 09-9556826 Sejarah Ringkas Majlis Daerah Tanah Merah telah ditubuhkan pada 1 Januari 1979 di bawah Akta Kerajaan Tempatan (Akta 171) dengan kawasan yang diwartakan seluas 136.60 km. persegi. Penubuhan ini dibuat dengan penyusunan semula beberapa kawasan untuk diletakkan di bawah satu pentadbiran iaitu gabungan tiga Penguasa Tempatan yang sedia ada serta beberapa pusat pertumbuhan ekonomi yang lain di jajahan ini. Berdasarkan kepada keluasan kawasan Majlis yang diwartakan pada 1 September 2005, ianya menjadikan keluasan pentadbiran Majlis kepada 867.67 km persegi dengan jumlah penduduk seramai 103,487 orang. Penduduk majlis terdiri dari komposisi kaum utama iaitu Melayu 95%, kaum Cina 3% dan kaum India 1%.

Latar Belakang

Majlis Daerah Tanah Merah Ditubuhkan pada tahun 1952 bagi mentadbir bandar Tanah Merah. Keluasannya adalah 1.95 km persegi yang kemudiannya di tambah menjadi 10.4 km persegi pada tahun 1958. Ianya kemudian dinaikkan taraf kepada Lembaga Bandaran Tanah Merah pada tahun 1958. Majlis Tempatan Gual Ipoh Ditubuhkan pada tahun 1962 bagi mentadbir pekan Gual Ipoh. Keluasannya ialah 7.8 km persegi. Majlis Tempatan Kusial Baru Ditubuhkan pada tahun 1962 bagi mentadbir pekan Kusial Bharu. Keluasannya ialah 2.6 km persegi. Ketiga-tiga Penguasa Tempatan telah digabungkan pada tahun 1979 dan ditubuhkan Majlis Daerah Tanah Merah di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976. Selain daripada ketiga-tiga kawasan tersebut, Majlis Daerah Tanah Merah juga merangkumi kawasan yang lain seperti Bukit Bunga, Batang Merbau, Batu Gajah, Kuala Tiga dan Bukit Panau. Luas keseluruhan kawasan ialah 136.6 km persegi.

Misi dan Visi


Misi & Visi Misi Memastikan perkhidmatan yang berkesan dan berkualiti dalam usaha mewujudkan kawasan persekitaran yang kondusif dan pembangunan perbandaran yang seimbang. Visi Ke arah organisasi yang cemerlang dalam memacu perkhidmatan yang unggul dari persekitaran hidup yang berkualiti Motto "Bersama Cemerlang Komuniti Gemilang"

Objektif
Menyediakan perkhidmatan dan kemudahan asas kepada para penduduk. Meningkatkan ekonomi dan taraf hidup para penduduk. Memastikan perancangan dan pembangunan yang teratur dalam kawasannya. Mempastikan kebersihan dan keindahan supaya sentiasa wujud. Meneguhkan kedudukan kewangan bagi menuju ke arah penguasa tempatan yang berdikari.

Fungsi

Fungsi

Memberi Perkhidmatan kebersihan dan keindahan dalam kawasan operasi. Melaksanakan penguatkuasaan undang-undang secara adil dan saksama. Merancang dan mengawal pembangunan kawasan mengikut Pelan Struktur dan Pelan Rancangan Tempatan. Menguruskan perbelanjaan dan hasil secara berhemah dan akauntabiliti.

Logo

Penerangan Logo Majlis Daerah Tanah Merah

Bulan, Bintang, Keris & Tombak -Lambang Kerajaan Negeri Kelantan. 1938 -Ialah tahun jajahan Daerah Tanah Merah ditubuhkan 1979 -Ialah tahun Daerah Tanah Merah ditubuhkan Dua ekor kijang dikiri dan kanan -Melambangkan Jata Negeri Kelantan
Mahkota -Lambang kedaulatan raja negeri kelantan

pijjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjPiagam Pelanggan

Proses Penggubalan Piagam Pelanggan Majlis Daerah Tanah Merah Menagenalpasti pelanggan utama Majlis Daerah Tanah Merah :

Pelanggan yang datang berurusan dengan jabatan ini adalah terdiri daripada orang ramai,jabatan/agensi kerajaan yang lain, pihak swasta, pertubuhan sukarela dan sebagainya.

Mengenalpasti kehendak pelanggan sebagaimana berikut : Menyediakan peti cadangan kepada pelanggan dan orang ramai Menyediakan borang khas untuk kegunaan orang ramai yang mana ditempatkan diruangan menunggu. Mengadakan sesi dialog atau cadangan dengan orang ramai bagi mengetahui kehendak mereka umpamanya dengan golongan peniaga. mendapatkan maklumbalas dari orang ramai samada dari surat atau lisan.

Menterjemahkan kehendak-kehendak pelanggan kepada standard keluaran atau perkhidmatan Meluluskan mendirikan bangunan dalam kawasan Majlis Daerah Tanah Merah Menjelaskan bil-bil cukai taksiran, lesen, sewaan, kompaun dan lain-lain bayaran perkhidmatan. Menyediakan ruang niaga. Menyediakan kemudahan awam, riadah dan taman rekreasi serta pengindahan Bandar. Menyediakan infrastruktur seperti jalan, sistem perlongkangan dan lampu jalan. Memberi perkhidmatan kebersihan dan tong sampah. Mengeluarkan lesen premis perniagaan/perusahaan. Menyediakan kemudahan lalulintas dan tempat letak kereta. Meluluskan perancangan dan gunatanah. Memberikan perkhidmatan penyewaan harta dan loji.

Menentukan kelas kualiti keluaran mengikut masa yang telah ditetapkan seperti berikut : Meluluskan permohonan mendirikan bangunan dalam tempoh 11 minggu dengan syarat ianya disertakan dokumen lengkap. Meluluskan lesen premis perniagaan dalam tempoh 4 minggu syarat disertakan dokumen yang lengkap. Perkhidmatan bil-bil cukai taksiran, lesen, sewaan kompaun dalam masa 15 minit jika tidak bermasalah. Perkhidmatan pungutan sampah dijalankan setiap hari.

You might also like