You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM KALI PERTAMA TAHUN 2011 TARIKH :17 Januari 2011 HARI : Isnin

TEMPAT :Bilik Pendidikan Islam PENGERUSI :Pn. Norhayaty Bt. Zakaria SETIAUSAHA : Pn. Suriyani Bt. Haron KEHADIRAN: 1. En. Mazlan Yaacub (PK Pentadbiran) 2. Pn. Normarjan Bt. Husin (Guru Kanan Sains Sosial) 3. Ustaz Mohd Nor Saman 4. Ustaz Hj. Mohd Bakri Mohd Nor 5. Pn. Norhayaty Bt. Zakaria 6. Pn. Suriyani Bt. Haron 7. Pn. Norizan Bt. Daud 8. Pn. Wan Rosmini Bt. Mat 9. Pn. Radiah Bt. Che Amat TIDAK HADIR: 1. Pn. Azelawati Bt. Md Daud -bersebab 2. Pn. Huslin Bt. Husain -bersebab 1.1 Ucapan Aluan Pengerusi Pengerusi memulakan majlis dengan bacaan al-fatihah. Pengerusi Mengucapkan terima kasih kepada semua ahli panitia yang dapat meluangkan masa untuk menghadiri mesyuarat kali pertama terutamanya kepada Penolong Kanan HEM En. Mazlan Bin Yaacob dan guru kanan sains dan kemasyarakatan Pn Normarjan Husin. 1.2 Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Setiausaha membentangkan minit mesyuarat panitia kali ke 3, tahun 2010. Ustazah Azelawati mencadangkan minit mesyuarat tersebut disahkan dan disokong oleh Ustaz Bakri. 1.3 Perkara-Perkara Berbangkit 1.3.1 Pengerusi menjelaskan tentang hutang panitia dengan JPN (rujuk lampiran)berkaitan dengan buku aktiviti.Beliau meminta bendahari menyemak semula resit pembayaran tahun berkenaan untuk diambil tindakan.Beliau juga menjelaskan bahawa buku aktiviti pendidikan Islam dan Tasawwur Islam untuk tahun 2011 telah siap ditempah. Tindakan: Bendahari Panitia Pendidikan Islam

1.3.2 1. 2. 1.3.3

Pengerusi menyampaikan pesanan Ustazah Huslin,iaitu: Mewajibkan penggunaan buku qiraati dan PAFA Mencadangkan guru penyelaras PSS(Pn. Suriyani) membanyakkan bukubuku bacaan dan novel tentang Islam. Ustaz Bakri mencadangkan penggunaan LCD dalam bilik Pendidikan Islam yang diambil daripada makmal sains.

1.4 Ucapan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Penolong Kanan HEM mengucapkan tahniah kepada Ketua Panitia baru yang dilantik bagi tahun 2011 iaitu Pn. Norhayaty.Beliau kemudiannya mengemukakan beberapa perkara untuk pengetahuan guru Pendidikan Islam : 1. Jumlah guru ugama yang ada diSMKBG sudah mencukupi iaitu seramai 11 orang.Beliau menasihatkan kepada ahli panitia supaya mengagihkan waktu P&P dengan segera dan menyerahkannya kepada encik Mokhtar untuk tindakan selanjutnya. 2. Perbelanjaan untuk aktiviti pendidikan Islam dianggarkan sebanyak RM3600.00 . -Beliau menasihatkan kepada ahli panitia supaya mengikuti proses perbelanjaan yang betul iaitu dengan mengisi borang nota minta ,kemudian berjumpa dengan pengetua untuk mendapat pengesahan. -Ahli panitia juga dinasihatkan supaya berbelanja secara berperingkat setiap bulan sehingga penghujung tahun. 3. Hutang buku JPN:Beliau meminta kepada ketua panitia supaya mendapatkan penjelasan daripada Ustaz Muhammad berkenaan dengan pembayaran yang dibuat pada tahun 2008 hingga 2009. 4. Program Badan Dakwah pada tahun 2011 dimulai dengan solat sunat hajat dengan bacaan yasin Tindakan: Semua guru Paniti Pendidikan Islam 1.5 Post-Mortem PMR 2010 Pengerusi menjelaskan dalam analisa PMR pada tahun 2010 SMKBG mendapat tempat ke 11 bagi seluruh Tanah Merah.Keseluruhan pencapaian meningkat yang mana dalam matapelajaran Pendidikan Islam seramai 44 orang pelajar SMKBG berjaya mendapat keputusan A dan merupakan keputusan yang terbaik dalam tempoh kebelakangan ini.

1.6 Penyelarasan Buku Persediaan Mengajar Semua ahli panitia bersetuju menghantar buku rancangan mengajar pada minggu ketiga mengikut sukatan dan rancangan pengajaran tahunan. Tindakan: Semua guru Panitia Pendidikan Islam 1.7 Perancangan Tahunan Panitia Pengerusi menjelaskan bahawa perancangan tahunan panitia akan diadakan seperti tahuntahun lepas dan akan dibuat penambahbaikan mengikut keadaan semasa. Tindakan:Ketua Panitia 1.8 Hal-Hal Lain Pengerusi menjelaskan oleh kerana ramai ustazah yang mengambil cuti bersalin,beliau menyarankan supaya jadual guru ganti diberi kepada guru-guru Pendidikan Islam yang sedia ada. Beliau juga meminta kepada ahli panitia supaya menyediakan headcount tingkatan 1 hingga 5 dan menampalnya didalam buku rekod mengajar. Tindakan:Semua guru Pendidikan Islam PENUTUP: Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam kali petama ini diharapkan dapat memperbaiki segala kelemahan dan kepincangan dalam pengurusan Panitia.Semoga dengan beberapa cadangan dan maklumat berguna daripada pentadbir dapat menaiktaraf pengurusan Panitia dengan lebih teratur dan mantap dimasa-masa akan datang. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.45 petang. Disediakan oleh, .. (Pn. Suriyani Bt. Haron) Setiausaha Panitia Pendidikan Islam SMKBG Disemak oleh, (Pn. Norhayaty Bt. Zakaria) Ketua Panitia Pendidikan Islam SMKBG

You might also like