You are on page 1of 43

PENGHARGAAN

Saya, Naviin Karunanithy ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan mengucap terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan dalam usaha saya menyiapkan kerja kursus ini yang bertajuk Majlis Perbandaran. Penghargaan dan ucapan terima kasih kepada guru sejarah saya, Puan Lalitha A/P Krishnan yang telah memberikan tunjuk ajar dan keyakinan kepada saya untuk menyiapkan tugasan kerja kursus sejarah ini.

Saya juga tidak melupakan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa saya yang telah memberi bantuan dari segi kewangan dan meluahkan masa mereka dengan membantu saya pergi ke Majlis Perbandaraan Seremban. Di samping itu, saya mengucapkan terima kasih ditujukan kepada kakak saya yang telah membantu saya bagi menyempurnakan tugasan ini. Selain itu, saya juga mengucapkan terina kasih kepada jiran saya yang bekerja di MPS dengan memberikan maklumat tentang MPS.

Akhir sekali, saya amat berharap tugasan ini dapat memenuhi kehendak kerja kursus ini.

OBJEKTIF KAJIAN
1

Kajian yang saya lakukan ini dapat mengajar saya untuk mencari, mengumpul, menganalisis, mentafsir serta merumus maklumat dan fakta-fakta sejarah pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Perbandaran Seremban (MPS) Melalui kajian, dapat saya juga mengetahui sejarah penubuhan, latar belakang dan peranan penting yang dimainkan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) Kajian ini juga dilakukan untuk mengetahui tahap kemajuan dan kemodenan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) Akhir sekali, kajian ini dilakukan sebagai suatu cara penghargaan untuk menunjukkan rasa yang bangga dan gembira dengan kewujudan Majlis Perbandaran Seremban (MPS)

KAEDAH KAJIAN
Kaedah kajian utama yang telah saya gunakan merupakan kaedah internet. Bahan-bahan untuk kajian ini saya perolehi daripada internet dengan melayari laman-laman web yang berkaitan
1. 2

dengan tajuk kajian. Terdapat beberapa laman web yang telah saya melayari untuk mendapatkan maklumat tentang kajian tersebut.

Antaranya ialah: http://www.mpsns.gov.my/web/guest/home

2. Akhir sekali, saya telah menggunakan kaedah menganalisis dokumen bagi mendapatkan maklumat tambahan. Terdapat beberapa dokumen-dokumen yang telah saya menganalisis. Antaranya ialah keratan akhbar dan gambar-gambar berkaitan dengan maklumat terkini Majlis Perbandaran Seremban (MPS)

HASIL KAJIAN
Nama rasmi majlis perbadaran ialah Majlis Perbandaran Seremban dan nama lain ialah Seremban Municipal Council (MPSNS). Lokasi MPS terletak di

Majlis Perbandaran Seremban Jln Yam Tuan, 70990 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus Malaysia. Visi penubuhan MPS ialah Menjadikan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) sebuah Majlis Perbandaran yang maju, bersih dan kukuh kewangannya. manakala, Misi penubuhannya ialah Memberi perkhidmatan perbandaran yang efisien dan berkualiti serta telus bagi memastikan warga Seremban menikmati kehidupan yang selesa dan sejahtera. Objektik penubuhan Majlis Perbandaran Seremban ialah

Meningkatkan pembangunan dan pengurusan sumber manusia yang cekap dan berkualiti. Pengurusan kewangan yang cekap, berkesan dan berakauntabiliti. Peningkatan pendidikan sivik dikalangan pelanggan MPS. Meningkatkan kerjasama dengan agensi kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan badan-badan profesional Peningkatan semua aspek infrastruktur dan prasarana kemudahan awam di Seremban.

Carta Organisasi Majlis Perbandaran Seremban

Senarai Pentadbir
5

Y. Bhg. Dato' Haji Abd. Halim Bin Haji Abd. Latif, DPTJ, ANS, PMC, PJK Yang DiPertua, Majlis Perbandaran Seremban Jalan Yam Tuan, 70990 Seremban. halim@mpsns.gov.my Y.B. Dato' Ab. Radzak Bin Ab. Rahman Pegawai Kewangan Negeri, Tingkat 5, Blok D, Wisma Negeri,70503 Seremban. abrazak@ns.gov.my Y. B. Dato' Ishak Bin Sahari Penasihat UndangUndang Negeri, Jalan Campbell, 70000 Seremban. puu_ns@agc.gov.my Y. Bhg. Dato' Tahar Bin Sudin Timbalan Setiausaha Kerajaan 1 (Pembangunan), Pejabat Setiausaha Kerajaan, Tingkat 5, Blok D, Wisma Negeri, 70503 Seremban. tahar@ns.gov.my Encik Hashim Bin Osman Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri, Tingkat 2, Blok C, Wisma Negeri, 70503 Seremban. hashim@ns.gov.my Y. Bhg. Dato' Ir. Dr. Roslan Bin Md. Taha Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri, Tingkat 2, Blok B, Wisma Negeri, 70503 Seremban. roslanMP@JKR.gov.my
6

Y. Bhg. Datin Dr. Hajah Zailan Binti Dato' Haji Adnan Pengarah Kesihatan Negeri, Jalan Lee Sam, 70590 Seremban. zailan@ns.gov.my Y.Bhg. Datuk Haji Mohd Noor Nordin Bin Abdullah, DMSM, DNS, KMN, PPN, JP No. 85, Taman Bukit Chedang, 70300 Seremban. mnordin@mpsns.gov.my

Y.Bhg. Dato' Haji Zaharudin Bin Haji Mohd Sharif Lot 1742, KM1. Jalan Astana Raja, 71300 Rembau. zaharudin@mpsns.gov.my Y. Bhg. Dato' Haji Drs Mohd Pilus Bin Yunus No. 10 Taman Bukit Kelana Jalan Paroi - Senawang 70400 Seremban mohdpilus@mpsns.gov.my Y. Bhg. Dato' Jaafar Bin Shahadan 10413, Golf Height, Ampangan, 70400 Seremban. jaafar@mpsns.gov.my Encik Tung Kong Ming PPN, PMC, PJK No. 257, Jalan S2 A7, Green Street Home, Seremban 2, 70300 Seremban. kmtung@mpsns.gov.my

ACP Saiful Azly Bin Hj.Kamarudin Ibu Pejabat Polis Daerah, Polis Diraja Malaysia, Seremban 2, 70300 Seremban. kptSeremban@rmp.gov.my Encik Siow Koi Voon No. 76, Ground Floor, Jalan Tuanku Munawir 70000 Seremban. kvsiow@mpsns.gov.my Puan Wong Pik Min 37 Jalan RK 6/1, Rasah Kemayan, 70300 Seremban. juliawong@mpsns.gov.my Encik Mohd Helmy Bin Din 262 Tingkat 1, Jalan Haruan 5/7 Oakland Commercial Centre, 70300 Seremban. helmy@mpsns.gov.my

Encik Leaw Kok Chan Tingkat 1, Pejabat Exco, Blok C, Wisma Negeri, 70503 Seremban. kcleaw@mpsns.gov.my Encik Ganesan A/L K Arumugam No. 5 RK 3/5, Rasah Kemayan, 70300 Seremban. ganesan@mpsns.gov.my Encik Krishnan A/L K. Govindan No. 2752, Jalan RJ 3/16, Taman Rasah Jaya, 70300 Seremban. krishnan@mpsns.gov.my

Encik Sam Keng Tat 610, Jalan Layang-layang 19, Taman Layang-layang, 70100 Seremban. ktsam@mpsns.gov.my Encik Thong Ah Nee No. 377, Jalan Lam Teck Choon, Jalan Tun Dr. Ismail, 70200 Seremban. anthong@mpsns.gov.my Encik K. Nadarajah No. 235, Taman Labu Jaya, Jalan Sungai Ujong, 70200 Seremban. nadarajah@mpsns.gov.my Encik Abu Razak Bin Bidin No. 1, Jalan Widuri 2, Kg. Sentosa Jaya, Jalan Paroi - Senawang 70400 Seremban aburazak@mpsns.gov.my

SEJARAH
Bermulanya Penempatan di Seremban

Bandar Seremban muncul seperti mana bandar-bandar lain di negara ini iaitu di sekitar tahun 1870-an dan dipercayai bermula apabila kawasan di sekitar Rasah di dapati kaya dengan hasil bumi iaitu bijih timah. Apabila ianya mengalami kemasukan penduduk (migrasi) yang pesat terdiri dari orang-orang Cina, Arab dan juga bangsa Melayu dari tempat lain. Seremban bukan sahaja menjadi pusat melombong bijih timah tetapi juga pusat perdagangan. Peniaga-peniaga pada masa itu menggunakan Sungai Linggi sebagai laluan pengangkutan perdagangan mereka manakala penduduk Melayu tempatan di kawasan ini kebanyakannya adalah petani. Pihak penjajah Inggeris mengambil kesempatan untuk mula campur tangan di atas pergolakan peperangan yang berpunca dari perebutan hak dan kawasan perlombongan bijih timah di antara Dato' Kelana dan Dato` Shahbandar. Ini telah memberi ruang kepada Inggeris menempatkan kuasa dengan melantik Residen pertamanya Kapten Murray di mana residensinya didirikan di Jalan Channer (Jalan Dato'Siamang Gagap). Bermula dari detik itu penduduk-penduduk Rasah mendirikan penempatan mereka di sekitar Jalan Channer kerana mereka merasakan tinggal di kawasan yang mempunyai undang-undang dan peraturan Inggeris selamat dan meyakinkan.

Era Lembaga Kesihatan Sebelum zaman pendudukan Jepun, peranan Unit Penguasa Tempatan Seremban (dikenali sebagai Lembaga Kesihatan - (1897) terletak dibawah pentadbiran Residen yang ditubuhkan melalui Warta Kerajaan No. 285 bertarikh 15hb. September 1899) masih lagi terhad kepada menyediakan keperluan asas sahaja. Namun selepas Perang Dunia Ke-II, pembangunan bandar Seremban begitu pesat dimana perubahan demi perubahan yang berlaku memaksa Lembaga Kesihatan
10

yang terhad aktivitinya diubah menjadi sebuah Lembaga Bandaran melalui Warta Kerajaan No. 143 bertarikh 12hb. Januari 1946 sehingga 1953 apabila ianya dinaikkan taraf kepada Majlis Bandaran Seremban. Pengerusi Lembaga Bandaran Seremban selepas perang ialah seorang pegawai Inggeris, LHN Davis manakala Pegawai Daerah Seremban merangkap Setiausaha Lembaga Perbandaran ialah YM Raja Azman Bin Raja Sir Chulan.

Asal-usul Seremban

Berikutan dari peristiwa di atas, maka muncul deretan kedai di sepanjang Jalan Murray (Jalan Kapitan Tam Yeong), Jalan Pasar dan jalan-jalan utama seperti di Jalan Paul (Jalan Yam Tuan) dan Jalan Birch (Jalan Dato` Bandar Tunggal) yang mana semua nama-nama jalan ini mengambil
11

sempena nama Residen - Residen British ketika itu. Seremban yang awalnya dikenali sebagai Sungai Ujong dipercayai mendapat namanya dari permainan tradisional " Sarimban " yakni sejenis permainan yang menggunakan batu-batu kecil dan amat diminati oleh kaum Cina untuk dimainkan dimasa lapang berhampiran dengan Stesen Keretapi Seremban.

Apabila Negeri Sembilan telah menjadi anggota Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896, Seremban dengan sendirinya menjadi pusat pentadbiran, perdagangan dan pertanian bagi Negeri Sembilan. Seremban dianggarkan pada waktu itu (1916) memiliki penduduk seramai 20,000 orang dimana deretan bangunan kedai telah pun mula dibina disepanjang Jalan Paul, Jalan Birch, Jalan Cameron (Jalan Dato` Lee Fong Yee) dan Jalan Setul (Jalan Tun Dr. Ismail).

Era Majlis Bandaran Seremban

12

Tanggal 1953, Perlembagaan Lembaga Perbandaran Seremban telah dimansuhkan oleh Raja-Raja melalui Warta Kerajaan No. 262 bertarikh 14hb. April 1953. Mematuhi Seksyen 51 (1) Ordinan Pilihanraya Pihak Berkuasa Tempatan 1950, Pilihanraya Kerajaan Tempatan yang pertama telah diadakan pada 22hb. Ogos 1953. Pentadbiran Majlis Perbandaran Seremban pada waktu itu sering silih berganti mengikut suasana politik semasa di bandar Seremban. Bandar Seremban telah dibahagikan kepada 4 kawasan pilihanraya iaitu kawasan Temiang, kawasan Lake, kawasan Rahang dan kawasan Lobak. Berikut adalah senarai Pengerusi atau Presiden Majlis Perbandaran Seremban bermula dari tahun 1953 - 22hb. Julai 1965. Pada tanggal 23hb. Julai 1965, pentadbiran Majlis Perbandaran Seremban telah diambil alih oleh YAB. Dato' Menteri Besar Negeri Sembilan.

Pengerusi (Presiden) Majlis Bandaran Seremban Bil. Nama 1 2 3 4 5 6 7 8 YM Tunku Mustapha En. Jaafar Bin Tahar En. Tham Tat Ming En. Robert Singam En. Lam Teck Choon En. Chin See Yin En. P Gumam Singh Gill En. Lai Pong Yuen Tahun 1954 -1956 1957-1958 1959 1960 1961 1962 1963 -1964 1965 -22 Julai 1965

Penyusunan Semula Kerajaan Tempatan di Malaysia Majlis Perbandaran Seremban telah disusun semula mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976 dimana ianya dinaikkan taraf dan diisytiharkan sebagai Majlis Perbandaran Seremban pada 1hb. Mac 1979 dengan YAB Dato` Menteri Besar Negeri Sembilan kekal selaku Yang DiPertua Majlis dan dibantu oleh seorang Timbalan Yang DiPertua yang menjalankan tugas eksekutif sepenuh masa. Sehinggalah pada 1hb. Ogos 1998,

13

tanggungjawab serta tugas selaku Yang DiPertua Majlis Perbandaran Seremban telah diserahkan secara rasmi oleh YAB Dato` Seri Utama Tan Sri Haji Mohd. Isa Bin Dato` Haji Abdul Samad, Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus kepada seorang pegawai kerajaan yakni Dato' Haji Hassan @ Hasanni Bin Mohd. Zain sebagai Yang DiPertua Majlis Perbandaran Seremban.

Yang DiPertua Majlis Perbandaran Seremban YAB Dato' Rais Bin Yatim 1978 - 1982

YAB Dato` Seri Utama Tan Sri Haji Mohd. Isa Bin 1982 - 31 Julai 1998 Dato` Haji Abdul Samad Dato' Haji Hassan @ Hasanni Bin Mohd. Zain Dato' Mohd Jaafar Bin Mohd Atan Dato' Haji Abd. Halim Bin Abd.Latif 1 Ogos 1998 -7 Julai 2003 1 Ogos 2003 - 15hb Ogos 2004 1 September 2004 sehingga kini

14

Undang - Undang penubuhan MPS


Bertanggungjawab memberi definisi undang-undang, mengubal undang-undang kecil dan penguatkuasaan undang-undang. Bagi menjalankan tanggungjawabnya. Majlis ini telah mengguna pakai beberapa undang-undang utama iaitu :

Akta 171 Akta Kerajaan Tempatan 1976 Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974 (Akta 133) Akta Perancang Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172) Road Traffic Ordinance 1958 (F.M.49 of 1958) (Bahagian III Ordinan) Akta Pemusnah Serangga-Serangga Pembawa Penyakit 1975 Akta Makanan 1983 Akta Pengangkutan Jalan 1987 Enakmen Hiburan Dan Tempat-Tempat Hiburan 1998 Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984

Selain daripada itu, MPS juga telah menggubal Undang-Undang Kecil seperti berikut :

Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Majlis Perbandaran Seremban (29.09.1979) Perintah Lalulintas Jalan (Peruntukan Mengenai Tempat Letak Kereta) (Majlis Perbandaran Seremban) 1992 (09.04.1992) Undang-Undang Kecil Pasar (Majlis Perbandaran Seremban) 1983 (01.03.1984) Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing (Majlis Perbandaran Seremban)1986 (18.06.1987) Undang-Undang Kecil Kerajaan Tempatan (Iklan Pilihanraya Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Sembilan 1990) (27.09.1990) Peraturan-Peraturan Bagi Pegawai-Pegawai Dan Kakitangan Majlis Perbandaran Seremban (Kelakuan & Tatatertib) 1981 (09.12.1982) Undang-Undang Kecil Taman (Majlis Perbandaran Seremban) 1988 (22.08.1988) Perintah (Kenderaan Berjalan Lambat) (Sekatan Penggunaan Jalan) (Majlis Perbandaran Seremban) 1987 (26.05.1988)
15

Undang-Undang Kecil Kedai Gunting Rambut Dan Pendandan Rambut (Majlis Perbandaran Seremban 1981) (16.07.1981) Undang-Undang Kecil Tandas Awam (Majlis Perbandaran Seremban) 1990 (25.10.1990) Undang-Undang Kecil Rumah Urut (Majlis Perbandaran Seremban) 1984 (14.03.1985) Undang-Undang Kecil Pemungutan Dan Pelupusan Sampah Sarap (Majlis Perbandaran Seremban) 1998 (04.07.1991) Undang-Undang Kecil Penjaja 01.02.1980 (Majlis Perbandaran Seremban) 1980 (01.02.1980) Undang-Undang Kecil Tred, Pemiagaan Dan Perindustrian (Majlis Perbandaran Seremban) 1996 (18.01.1996) Undang-Undang Kecil Larangan Merokok (Majlis Perbandaran Seremban) 1979 (16.08.1979) Undang-Undang Kecil Kawalan Dan Penyeliaan Tempat-Tempat Makan (Majlis Perbandaran Seremban) 1981 (30.07.1981) Undang-Undang Kecil Pelesenan Tempat Letak Kereta Persendirian (Majlis Perbandaran Seremban) 1986 (30.01.1986) Undang-Undang Kecil Kawalan Dan Peruntukan Ruang Letak Kereta Di Luar Jalan (Majlis Perbandaran Seremban) 1982 (11.01.1983) Undang-Undang Kecil Kadar Bayaran Bagi Tangki Najis dan Membuang Sampah (Majlis Perbandaran Seremban) 1980 (21.01.1980) Undang-Undang Kecil (Mengkompaun Kesalahan-Kesalahan) Majlis Perbandaran Seremban (Pindaan Kerajaan Tempatan 1980) (20.11.1980) Undang-Undang Kecil Mencegah Kekotoran (Majlis Perbandaran Seremban) 1986 (13.03.1985) Perintah Lalulintas Jalan (Letak Kereta Bermeter) (Majlis Perbandaran Seremban) 1994 (04.08.1994) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 1993 (18.11.1993) Undang-Undang Kecil Rumah Tumpangan (Majlis Perbandaran Seremban) 1999 (09.08.1999) Undang-Undang Kecil Kawalan Lembu-Kerbau (Majlis Perbandaran Seremban) 1982 (03.02.1983) Undang-Undang Kecil Kerja Tanah (Majlis Perbandaran Seremban) 1985 (02.01.1986) Undang-Undang Kecil Vandalism (Majlis Perbandaran Seremban) 1991 (04.07.1991)

Peranan
Sebagaimana Pihak-pihak Berkuasa Tempatan yang lain di Malaysia, Majlis Perbandaran Seremban ditubuhkan bagi memainkan peranan dan menjalankan tanggungjawab seperti berikut :

Memberikan perkhidmatan kepada semua penduduk yang tinggal di kawasan pentadbiran Majlis, diantaranya ialah perkhidmatan mengangkat sampah dan perkhidmatan pembersihan bandar. Menyediakan dan menyelenggarakan kemudahan-kemudahan untuk penduduk di kawasan pentadbiran Majlis seperti penyelenggaraan jalan-jalan, longkang serta lampu jalan.
16

Menyediakan berbagai-bagai kemudahan sosial dan riadah seperti taman permainan kanakkanak dan penyelenggaraan taman bunga. Mengawal kesihatan awam dengan melesenkan perniagaan, mencegah penyakit berjangkit dan mengawal pembinaan bangunan. Menceburkan diri dalam projek-projek pembangunan seperti usahasama membina pusatpusat perniagaan dan gerai bagi memberi peluang kepada orang ramai melibatkan diri dalam bidang perniagaan.

Peranan
Pendidikan
TABIKA

BIL 1.

ALAMAT Tabika Perpaduan Rasah A, Pusat KRT Rasah A, 70300 Seremban

NAMA GURU Norshamsiah bt. Hussain

NO. TEL 06-6323142 0193911132 06-7627094 (kelas) 0176761157 06-7672418 (kelas) 06-6014842 (Rumah) 0166821292 06-6334829
17

2.

Tabika Perpaduan Kg. Baru Rasah, Kg. Baru Rasah, 70300 Seremban

Ng Choy Fong

3.

Tabika Perpaduan Taman Layang-Layang, Ee Chai See 70100 Seremban

4.

Tabika Perpaduan Taman Rasah Jaya I, No.3088, Jln RJ 5/1C, Taman Rasah Jaya, 70300 Seremban Tabika Perpaduan Taman Rasah Jaya II, 70300 Seremban

Noor Nafisah bt Ahmad

0166730209 06-6335840 (kelas) 0166605445 06-6322941 (kelas) 0163979090

5.

Tan Toi Lee

6.

Tabika Perpaduan Taman Kelab Tuanku, Taman Kelab Tuanku, 70300 Seremban Tabika Perpaduan Taman Angsamas II, Taman Angsamas, 70300 Seremban

Azilah bte Mat Idris

7.

Rusni bte Shamsudin

0132248585 06-6339830 (kelas) 0135281970

8.

Tabika Perpaduan Taman Angsamas I, 1528 Taman Angsamas, 70300 Seremban Tabika Perpaduan Taman Sri Anggerik,Rantau, 71200 Rantau Tabika Perpaduan Taman Desa Rasah, Jalan Bayan 4, Taman Desa Rasah, 70300 Seremban

Rohasimah bt. Razali

9.

Zainun bt Zainal

01-6271998 06-6946772 (kelas) 06-6320832 0192168519 06-6328843 (kelas) 06-7671795 0162223544 06-6339851 (kelas) 067621544 / 01618

10.

Indra a/p Govindaraju

11.

Tabika Perpaduan Taman Thivy Jaya, 174, Taman Thivy Jaya, 70100 Seremban

Shanty a/p Rajoo

12.

Tadika Perpaduan Tmn. Bkt. Kepayang, No. 540, Jalan 2/7, Taman Bukit Kepayang,

Amnah bt Md. Dom

70200 Seremban 13. Tabika Perpaduan Taman Permai II Jalan Kaloi 15, Taman Permai 2, 70200 Seremban Azizah bt Abd Kadir

6214674 067635669 / 0133798303 06-7623357 (kelas) 0122863458 / 0123670568 067638088 / 0126073831

14.

Tabika Perpaduan Taman Permai I, Jalan Kurau 3, Taman Permai 70200 Seremban

Sabariah bt A. Ghani

15.

Tabika Perpaduan Ulu Temiang, Pusat RT Ulu Temiang, 70200 Seremban

Tam Swee Ngan

BIL ALAMAT 16. Tabika Perpaduan Desa Temiang, Balai Raya Taman Desa Temiang, Seremban Tabika Perpaduan Tmn. Bkt. Mutiara, Lot 2580, Jalan Bkt. Mutiara 4, Taman Bukit Mutiara, 70200 Seremba

NAMA GURU

NO. TEL

Neela a/p Mariappan 06-7645903 / 019-6788451

17.

Hjh. Maizam bte Jamin

019-6238388 (suami) / 06-7679819 (rumah) / 0193724267

18.

Tabika Perpaduan Rumah Pangsa Senawang II Bangunan KRT/Tbk, 70450 Seremban

Saminah bte Yaakob 06-6782745 / 0133637563 / 06-6752270 (kelas) Sabiah bt Mansor 06-7640641
19

19.

Tabika Perpaduan Lobak

Blok T, Flat Jln. Tan Sri Manickavasagam 70200 Seremban 20. Tabika Perpaduan Tmn Sri Mawar 1, Lorong 11, Taman Sri Mawar, 70450 Seremban

(rumah) / 012-6240589

Harlina bt Anuar Bek 06-7673697 / 0196643579 / 06-6777214 (kelas) Norma bt Rahmat 0136402165 / 0132772858 / 06-6752272 (kelas)

21.

Tabika Perpaduan Taman Seremban Jaya2, Bangunan KRT/Tbk, Jln.1/2 Taman Seremban Jaya, 70450 Seremban.

22

Tabika Perpaduan Taman Seremban Jaya 1, d/a Balairaya Taman Seremban Jaya, 704500 Seremban

Fadzilah Hanim bte Mohd Yusof

06-6782216 / 0166039640 / 06-6752273 (kelas)

23

Tabika Perpaduan Flat Cempaka, Seremban 2

Azlina bt Hj. Abdul Azis

0173621868 / 06-6936221 (kelas) 019-3460057 (suami) 013-2468237 06-7653975 019-6762724

24

Tabika Perpaduan Taman Ampangan, Balairaya Taman Ampangan, 70450 Seremban. Tabika Perpaduan Mantin A, Pusat RT Mantin A, R-E58 Jalan Sekolah, 71700 Mantin. Tabika Perpaduan Mantin C, PKSS Mantin C, Taman Asoka, 71700 Mantin.

Zainab binti Abu Samah

25

Asnah binti Ali

26

Vicneswari @ Uma A/P Suppiah

016-6385413 012-6670506 (suami)

20

27

Tabika Perpaduan Ulu Baranang, Balai Raya Ulu Baranang. Tabika Perpaduan Taman Samarak 2, 14-G-10 Taman Samarak 2 71800 Nilai Tabika Perpaduan Taman Gadong Jaya, No. 1173 Jln Gadong Jaya 27, Taman Gadong Jaya, 71900 Labu, NSDK Tabika Perpaduan Taman Satria Sepakat, Pusat RT Jalan Kenanga 21, 70450 Seremban.

Noor Baya binti Abd. 03-87611633 Ghani 019-3495980 Kalaivani A/P Paudiasilon 017-2155876

28

29

Salmah binti Musa

06-7582905 012-6595724

30

Rozilawati binti Ahmad

017-2115341 06-6783799 (Kelas)

Sekolah Menengah

Bil Nama Sekolah / Alamat 1. SMK.KING GEORGE V, JLN.ZABA, 70100 SEREMBAN

Pegawai dihubungi HAJI ZAKARIA MOHD ZIN

No. Tel 067623598 067612931 067620153 067655600 067620377 067620144

No. Faxs 067641214 067623236 067613221 067671255 067644757 067648185 067671486


21

2.

SMK.ST.PAUL, 70200 SEREMBAN YAP SEE MOI

3.

SMK.METHODIST ACS

THONG KOK CHOW

4.

SMK.PUTERI, 70200 SEREMBAN SMK. SERI AMPANGAN, 70400 SEREMBAN SMK. CAHN WA, 70200 SEREMBAN

SITI HAWA ABDUL MAJID DATIN HJH ROHAYAH HARUN LIM CHEE FOOK

5.

6.

7.

SMK.TUNKU AMPUAN NAJIHAH, 06HJH AZIZAH MOHD NOOR 70100 SEREMBAN 7622743

8.

SMK.DATO SHEIKH AHMAD,70400 SEREMBAN SMK. TUANKU AMPUAN DURAH, 70400 SEREMBAN SMK. BUKIT MEWAH, 70100 SEREMBAN SMK. MAMBAU,70300 SEREMBAN SMK.SENAWANG, 70450 SEREMBAN SMK.DATO HJ MOHD REDZA,70400 SEREMBAN SMK.PENDETA ZABA,70400 SEREMBAN SMKA.SHEIKH HJ MOHD SAID, 70400 SEREMBAN SMK.SERI PAGI,70400 SEREMBAN SMK.TMN.TUANKU JAAFAR, 71450 SEREMBAN SMK.SEREMBAN 2, 70300 SEREMBAN SMK.PANCHOR,70400 SEREMBAN

AISHAH ABU BAKAR

067622278 067625590 066315922 066310500 066774946 067617281 066785990

067670021 067618671 066320142 066327389 066781739 067677064 066795990 067627276 066789290 066792625 066011491 066788253 066771461 066338143 067619906
22

9.

HJH JUNAIDAH IBRAHIM

10.

WONG KAM PIEW HAJAH NORLIA ABDUL KARIM NORYAH HASHIM

11.

12.

13.

NORPISAH MOHD NOR

14.

NOORAINI MOHD DARUS

15.

HJH WAN RUHAYAH WAN 06YAACOB 7623778 AFSAH ABD HAMID 066789585 066774582 066013644 066787433 066721953 066339794 067625351

16.

17.

ZALEHA SIRAN DATIN FARADED MOHD DOM AZIZA ABDUL AZIZ MUHAMMAD AMIR @ SAFARBACHAR Y.M SHARIFF SADARIAH MD JALI

18.

19.

SMK. SEREMBAN JAYA,70450 20. SEREMBAN SMK. BUKIT KEPAYANG, 70300 SEREMBAN

21.

22. KOLEJ TUNKU KURSHIAH

CHE KAMALIAH ENDUD

23.

SMK.DATO ABDUL RAZAK,71450 SEREMBAN

HJ AZAM MD ATAN

067625681 067630388 067638307 067624981 066778013 066776118 067616476

066781790 067622885 067636985 067642464 066781739 066778253 067616476

24. SMK. SAINS, 70400 SEREMBAN

SABUDDIN BIN SANI

25.

SMK. TEKNIK TUANKU JAAFAR, HJ ARSHAD HJ MOHD 70400 SEREMBAN YUSOF SMK. TEKNIK AMPANGAN,70400 ROKIAH ISMAIL SEREMBAN SMK.SENAWANG 3, 70450 SEREMBAN SMK.SEREMBAN JAYA 2 ,70450 SEREMBAN SMK.WARISAN PUTERI, 70400 SEREMBAN JAMALUDDIN AHMAD

26.

27.

28.

FADHILAH SHAHURAIN

29.

CHEAH LEF NGAN

Keagamaan
KUIL DAN TOKONG

23

Sri Balathandayuthapani Temple, Jalan Yam Tuan Ia telah dibina pada 1819 dan telah diubahsuai pada tahun 2005. Kuil ini terletak hanya 2 km daripada Bandar Seremban . Ia menjadi tumpuan dikalangan masyarakat India di Seremban terutamanya pada sambutan Thaipusam dan perayaan - perayaan lain.

Gereja Visitation, Jalan Yam Tuan

Tokong Tong Tien Koon , Temiang

Tokong Liet Sing Koong, Jalan Kapitan Tam Yeong


24

Masjid

Masjid Jamek, Jalan Tun Dr. Ismail, Seremban Masjid Jamek Seremban terletak di jalan Tun Dr. Ismail. Masjid ini dibina pada tahun 1900 dan diasaskan oleh Kerajaan Negeri Sembilan. Masjid ini boleh memuatkan 1000 orang jemaah. Tapak masjid ini telah diwakafkan oleh keluarga Sheikh Abdul Kadir.

Pusat Dakwah Islamiah, Paroi Perletakan batu asas telah dilakukan pada tahun 1990. Terdapat 2 fasa pembinaannya iaitu fasa 1 : pembinaan sebuah dewan besar, 2 buah dewan makan , 1 dewan theatherate, 10 bilik kuliah, sebuah bilik VIP dan sebuah bilik menunggu. Ia siap dan digunakan pada 1/4/1995. Fasa 2 : surau dan 2 buah blok asrama. Ia siap dan digunakan pada Mac 1998.Perasmian telah disempurnakan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan ketika itu Pada 24 Jun 1999. Dan fasa 3: blok pentadbiran telah siap pada Disember 2004 dan mula digunakan pada Mac 2005

Masjid Negeri, Negeri Sembilan Masjid Negeri, Negeri Sembilan terletak di jalan Dato Hamzah. Masjid ini dibina pada tahun 1966 dan boleh memuatkan jemaah seramai 3000 orang dalam satu - satu masa. Tapak masjid ini

25

telah diwakafkan oleh kerajaan negeri. Ia telah dirasmikan oleh Paduka Seri Tuanku yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan pada hari jumaat, 24 November 1967.

Masjid Jamek Dato Klana Petra Sendeng Nama asal masjid ini ialah Masjid Jamek Ampangan, Seremban yang terletak di jalan Jelebu. Masjid ini dibina pada tahun 1928 yang diasaskan oleh YM Dato Kelana Putra Maamor bin Kasim, Undang Luak Sungai Ujong pada ketika itu. Selepas dibaik pulih pada tahun 1963, 1978 dan 1991, masjid itu kini boleh memuatkan lebih kurang 1500 jemaah berbanding 300 jemaah sebelum dibaik pulih. Tapak Masjid ini telah diwakafkan oleh Allahyarham Tok Mukim.

Masjid Sikamat, Seremban Kebudayaan 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Adat Bangunan Bunga Haiwan Juadah Kuih-muih Lagu Lambang Masakan :::::::::Adat Perpatih Rumah Tradisional Berbumbung Lentik Bunga Tanjung Kerbau Lemang Penganan dan cucur Bongai Istana Seri Menanti Masak Lemak Lado Api
26

10. 11. 12. 13. 14. 15. 16.

Minuman Muzik Pakaian Permainan Senjata Tarian Produk Kraftangan Buah Tangan/ 17. 'Hamper'

:::::::-

Air Jando Pulang Caklempong dan Tumbuk Kalang Baju Melayu (Lelaki), Baju Kurung (Perempuan) Dam Melayu Cangai Puteri Endang Buluh dan Rotan Produk-produk kuih tradisional Negeri Sembilan dan digalakkan diisi :dalam bekas rotan / buluh

Pelancongan
- Dataran Seremban

27

Kolam ikan, gelaran bagi kawasan tanah lapang di kawasan bandar Seremban yang sekian lama sinonim dan menjadi rungutan penduduk bandar Seremban, kini bertukar wajah. Tiada lagi pemandangan usang, terbiar dan didakwa menjadi tempat pembiakan nyamuk di tengah - tengah Pusat Bandar Seremban. Kini, Dataran Seremban yang menghiasi pintu masuk utama ke bandar Seremban mulai mengamit perhatian dan menjadi kawasan tumpuan pengunjung yang popular. Kawasan lapang yang selesa, pancuran air yang menenangkan, lampu hiasan yang indah, sesuai dijadikan persinggahan bagi melepaskan lelah selepas penat berjalan melawat Seremban. Di kawasan Dataran Seremban juga terdirinya tiang bendera Malaysia yang tertinggi di Negeri Sembilan iaitu mencecah hampir 100 kaki. Harapan Majlis Perbandaran Seremban, semoga Dataran Seremban yang mula beroperasi pada Mei 2008 dihargai dan digunakan dengan sebaik-baiknya oleh orang ramai. Ianya diharap akan terus dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat, bukan hanya setakat hari ini sebaliknya Dataran Seremban akan terus menjadi warisan berharga buat generasi masa hadapan. - Kompleks Kraf Negeri Sembilan

Kompleks Kraf ini dibina bagi memelihara kekayaan budaya dan warisan masyarakat Negeri Sembilan. Hasil kraftangan yang halus ini turut dipamerkan dan dijual di kompleks ini. Kompleks Kraf yang terletak di Jalan Dato Abdul Kadir, Seremban ini diuruskan oleh Perbadanan Kraftangan Negeri Sembilan turut menempatkan hasil kraftangan dari seluruh Negeri Sembilan. Pembukaan cawangan keenam Karyaneka Kraf Boutique di kompleks tersebut turut menyumbang kepada kepelbagaian pilihan kraf Malaysia untuk jualan. Kebanyakan kraftangan yang terdapat di sini dibuat di pusat inkubator dan latihan usahawan kraftangan Kuala Pilah. Di buka setiap hari dari 9.00 pagi hingga 6.00 petang. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Kompleks Kraf Negeri Sembilan di talian +606-7671341 atau Tourism Malaysia Negeri Sembilan di talian +606-763 5388 / 762 2388 / 762 4488. - Taman Tasik Seremban
28

Taman Tasik Seremban adalah merupakan pusat rekreasi dan riadah paling popular di Seremban yang berjaya menarik perhatian ramai pengunjung terutamanya pada hari cuti dan hujung minggu. Taman Tasik ini merupakan salah satu dari taman tasik semulajadi yang tertua di Malaysia. Lokasi yang ideal, mudah dikunjungi dan selamat untuk seisi keluarga menjadikan taman ini pilihan popular para pengunjung. Dihiasi dengan tanaman pokok-pokok tropika, bunga-bungaan, wakaf-wakaf bagi tujuan istirehat serta 2 buah tasik menjadikannya sebuah kawasan yang tenang dan sesuai untuk beristirehat. Berbagai kemudahan disediakan di sini seperti taman permainan kanak-kanak, jogging track, tandas dan sebuah pentas terapung. Pentas ini juga memiliki daya tarikan tersendiri dimana Program Hiburan Sekeluarga Serembang di Seremban dijalankan pada setiap hari Sabtu minggu kedua dan minggu keempat. Kawasan Taman Tasik Seremban ini berkeluasan 10 ekar meliputi Taman Malaysia dan Taman Lalulintas Kanak-Kanak SHELL dan ianya juga terletak berhampiran dengan 2 buah hotel bertaraf antarabangsa. Dibangunkan semula pada 2000 dengan anggaran kos RM 5 Juta, Taman Tasik Seremban kini memasuki Fasa III Program Naik taraf yang merupakan peringkat terakhir dan dianggar akan melibatkan kos RM 3 Juta. - Taman Malaysia

29

Sejajar dengan hasrat murni kerajaan untuk memastikan agar setiap bandar bukan sahaja moden tetapi pemodenan tersebut haruslah seiring ke arah menghijaukan bandar, maka Majlis Perbandaran Seremban telah mengenal pasti Taman Malaysia sebagai salah satu Taman Awam yang boleh dibangunkan bagi menampung keperluan rekreasi dan riadah serta pelancongan Bandar Seremban. Dengan keluasan lebih kurang 10 ekar, taman ini mudah di kunjungi oleh orang ramai memandangkan ianya terletak di tengah-tengah bandar Seremban. Taman ini amat sesuai bagi menampung semua bentuk keperluan aktiviti riadah di samping turut berfungsi sebagai tempat berkumpul dikalangan warga bandar agar terjalin hubungan sosial yang lebih erat. Ini diharapkan dapat membantu kerajaan dalam usaha menangani masalah sosial di kalangan remaja masa kini. Taman ini turut memberikan pendedahan kepada suasana hutan dan aktiviti perkhemahan di samping kemudahan rekreasi dan riadah kepada warga Seremban. Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan di taman ini adalah seperti berikut :1. 2. 3. 4. 5. 6. Bermalam / berehat. Perkhemahan. Seminar / kursus / program motivasi. Aktiviti sukan dan rekreasi hutan / tradisional. Aktiviti rakan muda / jiran muda. Kelas-kelas pembelajaran / pendidikan berhubung dengan tumbuhan dan haiwan kecil / alam sekitar. 7. Aktiviti perkhemahan persatuan beruniform sekolah / persatuan kelab. 8. Jamuan / sajian / hidangan. 9. Hari keluarga / perkhemahan keluarga. 10. Pertunjukan pentas / kebudayaan. 11. Lawatan / bersiar. 12. Ceramah / bengkel / perbincangan. 13. Lain-lain kegunaan yang dibenarkan dan diluluskan oleh Majlis.

Perkembangan
Pembangunan Prasarana
Menteri Besar yakin perkhidmatan tren laju mampu jana ekonomi, pembangunan lebih pesat di Negeri Sembilan SEREMBAN: Negeri Sembilan sudah bersedia menerima kemasukan perkhidmatan tren laju (ERL) yang akan dapat membantu menjana pembangunan lebih pesat di daerah ini, terutama dalam sektor hartanah dan komersial, kata Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

30

Beliau berkata, perkhidmatan berkenaan yang pada dasarnya sudah mendapat kelulusan Kerajaan Pusat, November lalu kini dalam peringkat kajian oleh sebuah jawatankuasa dan boleh dilaksanakan selepas semua prosedur selesai diperhalusi. "Kita sudah bersedia, baik pada peringkat kerajaan negeri atau pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Perbandaran Seremban (MPS) dan Majlis Perbandaran Nilai (MPN)," katanya, kepada pemberita selepas melancarkan projek perumahan eksklusif Mont Jade, di sini, baru-baru ini. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Woo Ah Lek, Yang Dipertua MPS, Abd Halim Abd Latiff serta Pengerusi Eksekutif OSK Property Holdings Berhad (OSK Property), Datuk Nik Mohamed Din. Projek perumahan berkenaan yang terbengkalai selama 14 tahun diambil alih oleh Aspect Potential Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh OSK Property, mengandungi 221 unit banglo pelbagai jenis yang dijual pada harga bermula daripada RM455,000 seunit. Mohamad berkata, perkhidmatan ERL berkenaan juga dicadang turut merangkaikan daerah peranginan Port Dickson bagi memudahkan pelancong mengunjungi pusat pelancongan itu tanpa perlu melalui kesesakan jalan raya. "Kemudahan pengangkutan awam ERL dicadangkan untuk menyokong pembangunan Seremban dan Port Dickson yang kini dimasukkan ke dalam kawasan Lembah Kelang Yang Besar bagi menampung limpahan pembangunan di Kuala Lumpur," katanya. Katanya, pengangkutan canggih berkenaan akan mewujudkan nilai tambah kepada Seremban dan Port Dickson untuk membangun sebagai pusat pelbagai sektor, terutama hartanah dan komersial kerana jaraknya yang berhampiran Lembah Klang. "Lembah Klang tidak mampu lagi menampung pembangunan kerana sudah terlalu padat. Jadi, kerajaan memilih Seremban dan Port Dickson untuk menampung limpahan itu dengan menyediakan pelbagai kemudahan seperti yang ada di Lembah Klang," katanya. Sehubungan itu, beliau berkata, sekarang adalah masa yang tepat untuk pemaju hartanah, termasuk kediaman membangunkan projek mereka di Seremban atau Port Dickson yang bakal lebih berkembang pada masa depan.

31

Kemajuan yang dicapai oleh MPS - Penilaian Laman Web Sektor Awam Kerajaan Malaysia Tahun 2010

32

Sijil Pengiktirafan disampaikan pada 11hb November 2010 Adalah dimaklumkan bahawa pihak Multimedia Development Corporation (MDEC) telah melaksanakan Penilaian Portal dan Website Kerajaan Malaysia 2010 (Malaysia Government Portals And Website Assessment 2010). Sebanyak 1,145 portal dan website agensi kerajaan telah dinilai dalam penilaian ini. Sukacita dimaklumkan Website Majlis Perbandaran Seremban merupakan salah satu daripada 101 agensi yang berjaya mencapai tahap 5 bintang dan satu - satunya agensi kerajaan Negeri Sembilan yang mencapai tahap tersebut. Bagi keseluruhan kategori Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis berada dalam kedudukan 10 terbaik iaitu kedudukan (ranking) ke tujuh (7). Bagi kategori Projek SKALI (Managed Portal Services) untuk semua agensi kerajaan, Majlis juga berada dalam kedudukan 10 terbaik iaitu kedudukan (ranking) ke lapan (8) manakala keseluruhan kedudukan (Overall Ranking), Majlis berada di kedudukan ke sebelas (11).

- Anugerah Kualiti Sektor Awam (AKSA 2008)

33

Cabaran yang dihadapi oleh Majlis Perbandaran Seremban


Jangan biarkan haiwan peliharaan berkeliaran
SEREMBAN 21 Okt - Pemilik anjing yang membiarkan haiwan peliharaan mereka berkeliaran sehingga menyebabkan orang ramai berasa kurang senang dan membahayakan keselamatan penduduk persekitaran bakal dikenakan tindakan keras. Itulah yang disuarakan oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seremban (MPS), Datuk Abd. Halim Abd. Latiff mengenai kebimbangan penduduk kawasan Garden Homes, Seremban 2 di sini yang mengalami masalah gangguan anjing liar di kawasan mereka. Tegasnya, langkah seperti mengenakan kompaun dan menangkap anjing yang berkeliaran tanpa penyeliaan pemilik akan dikenakan bagi memastikan kawasan penduduk bukan sahaja selesa bagi orang ramai menjalankan aktiviti seharian malah dapat menjamin keselamatan mereka. "Kami meminta pemilik haiwan peliharaan ini agar lebih bertanggungjawab dalam hal ini untuk memastikan anjing mereka tidak mendatangkan sebarang bahaya. Sekiranya mereka membiarkan anjing-anjing berkeliaran sehingga menyebabkan orang ramai berasa kurang senang, kami akan menggunakan kuasa yang sedia ada termasuk tindakan kompaun serta menangkap haiwan berkenaan, katanya ketika ditemui di sini hari ini. Abd. Halim menambah, pihaknya sentiasa mengambil berat mengenai masalah yang dihadapi oleh penduduk termasuklah menjalankan operasi menangkap anjing liar yang berkeliaran di sekitar kawasan perumahan supaya tidak menganggu masyarakat setempat secara berterusan. Kami tidak boleh menembak anjing-anjing liar namun kami menggunakan kaedah secara manual
34

sebagai langkah mengurangkan bilangan anjing yang berkeliaran di kawasan mereka dan kita menangkap anjing di bawah seliaan kawasan MPS sebanyak 20 ekor setiap hari. Namun atas sebab haiwan ini telah membiak tanpa kawalan menyebabkan masalah ini terus berlaku dan anjing yang ditangkap adalah anjing-anjing yang telah tua. Jadi masalah ini agak sukar untuk diatasi namun kami terus mencari alternatif bagi menyelesaikan masalah ini, ujar Abd. Halim.

Perancangan Masa Hadapan

Dewan Orang Ramai Taman Angsamas


Pemilik : Majlis Perbandaran Seremban

Jejantas Pejalan Kaki Di Jalan Seremban - Kuala Pilah


Pemilik : Majlis Perbandaran Seremban

Jalan Lingkaran Tengah Seremban : Ampangan


Pemilik : Jabatan Kerja Raya

Jalan Lingkaran Tengah Seremban : Rahang


Pemilik : Jabatan Kerja Raya 35

Jalan Lingkaran Tengah Seremban : Taman Permai


Pemilik : Jabatan Kerja Raya

Pasaraya Tesco
Pemilik : Tesco Stores (M) Sdn Bhd

36

Sekolah Menengah Taman Warisan Puteri


Pemilik : Kementerian Pelajaran Malaysia

Stesen Keretapi KTMB


Pemilik : Keretapi Tanah Melayu Berhad

Pusat Perubatan Swasta Columbia


Pemilik : Grafik Gelombang Sdn Bhd

37

Pejabat Jabatan Audit Negara Cawangan Negeri Sembilan


Pemilik : Jabatan Audit Negara

Kawasan Tempat Letak Kereta Awam Di Hospital Tuanku Jaafar


Pemilik : Kementerian kesihatan Malaysia

Pasaraya Carrefour
Pemilik : Magnificient Diagraph Sdn. Bhd.

38

RUMUSAN
Bertitik tolak daripada kajian yang saya lakukan ini terdapat beberapa unsur patriosme yang dapat saya perolehi. Melalui kajian ini yang saya lakukan, kita harus berbangga sebagai rakyat Malaysia. Kita harus berasa bersyukur kerana hidup di dalam sesebuah Negara yang aman damai yang pesat membangun. Pertimbangkan MPS. walaupun sebuah organisasi kecil, memainkan peranan penting dalam memajukan ekonomi rakyat dan Negara.

Melaui kajian ini juga, unsur semangat kekitaan dan perpaduan pelbagai kaum juga dapat diperhatikan. Melalui pemerhatian secara tidak langsung, salah satu faktor yang membawa kepada kemajuan MPS adalah kerana nilai-nilai murni yang diamalkan oleh semua para pegawai dan staf sokongan MPS.
39

Akhirnya, Kajian Kerja Kursus Sejarah ini menyedarkan saya tentang pentingnya sifat sentiasa berusaha dan produktif. Kerajinan dan kegigihan serta ketabahan menghadapi cabaran yang ditunjukkan oleh MPS dapat dijadikan inspirasi seluruh rakyat Malaysia agar terus menyokong dan melibatkan diri dalam sebarang usaha pembangunan Negara untuk menuju Wawasan 2020.

LAMPIRAN
- Gambar semasa di Majlis Perbandaran Seremban

- Laman Web MPS

40

RUJUKAN
Saya telah menggunakan internet sebagai rujukan untuk Kerja Kursus ini. Berikut merupakan laman-laman web yang telah saya gunakan.

http://www.mpsns.gov.my/web/guest/home

Selain itu, saya telah menggunakan buku-buku rujukan seperti berikut:

Nexus Vista Sejarah, karya Mohamed Samad Salleh, diterbit oleh Sasbadi Sdn Bhd A History Of Seremban, karya Michael Daniels, diterbit oleh Dewan Bahasa dan Pustaka

41

TUGASAN ESEI
Soalan:
Bagaimanakah institusi pentadbiran tempatan dapat memperkukuh integrasi nasional di negara kita? Tidak dapat dinafikan bahawa Majlis Perbandaran dan majlis daerah, memainkan peranan yang tidak kurang penting dalam menjana integrasi nasional di negara kita. Dalam pentadbiran institusi tempatan, elemen-elemen patriotisme hendaklah dihayati dan diterapkan demi menyatupadukan rakyat. Salah satu unsur patriotisme yang perlu diamalkan oleh kakitangan-kakitangan sektor awam ialah bertolak ansur dan bertoleransi dalam pentadbiran. Misalnya, sebarang masalah yang dihadapi oleh orang awam hendaklah ditangani dengan senyuman tanpa mengira kaum, agama atau warna kulit. Apabila tiada diskriminasi perkauman, maka wujudlah perpaduan nasional.

42

Selain itu, sektor awam sewajarnya menghormati raja dan pemimpin negara saban masa. Mereka akan menjadi contoh teladan yang sihat kapada orang awam agar menghormati raja dan pemimpin negara. Hal ini penting kerana kehormatan ini menjadi teras integrasi nasional. Seperkara lagi, elemen bersatu padu dan keharmonian merupakan elemen paling penting dalam melahirkan rakyat yang berjiwa patriotik. Oleh hal demikian, kakitangan institusi pentadbiran tempatan haruslah bergabung tenaga dan berkongsi idea dalam mengatasi masalah jenayah. Apabila wujudnya perpaduan dan keharmonian antara kedua-dua pihak ini, sudah pasti integrasi nasional dapat dikecap nikmat. Akhir sekali, sebarang masalah yang dihadapi rakyat patut menjadi prioriti pihak institusi pentadbiran tempatan. Dengan erti kata lain, pihak berkuasa haruslah peka dan sensitif akan masalah yang dihadapi orang awam. Apabila masalah masyarakat tidak wujud, maka masyarakat akan hidup bersatu padu. Konklusinya, unsur-unsur patriotisme dalam institusi pentadbiran tempatan perlu diterapkan jika kita hendak rakyat hidup harmoni dan bersatu padu. Dalam konteks ini, kakitangan awam haruslah menunjukkan iltizam yang tinggi dalam segala urusan pentadbiran yang melibatkan masyarakat. Dengan cara ini, konsep 1 Malaysia dan Wawasan 2020 akan dapat direalisasikan.

43

You might also like