You are on page 1of 10

X PENGENALAN

Satu lagi tarannum yang muktabar dan terkenal di kalangan para Qurra dunia
ialah tarannum Hijaz. Keasyikan dan kelembutan serta kelantangan tarannum
Hijaz ini telah membuatkan setiap Qari dan Qariah yang mempelajarinya pasti
meminatinya. Begitu juga dengan para pendengar, seandainya mereka
mendengar seseorang imam membacakan tarannum Hijaz di dalam solatnya
ataupun seseorang Qari membuat persembahan dengan lagu Hijaz, maka sudah
tentu mereka akan khusyuk dan suka mendengarnya. Ini kerana tarannum Hijaz
adalah sebuah tarannum yang unik disebabkan oleh kepelbagaian ciri dan
sifatnya.

Sesuatu persembahan bacaan al-Quran tidak akan bertenaga tanpa dimasukkan
tarannum Hijaz di dalamnya. Ia mampu memberi tenaga terhadap persembahan
al-Quran. Semua ini akan kita pelajari dalam topik-topik seterusnya.


HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menjelaskan tentang sejarah tarannum Hijaz, sifat-sifat dan
peranannya dalam bacaan al-Quran;
2. Menerapkan tarannum Hijaz di dalam surah-surah yang
mengandungi Mad Aridh Lissukun, Mad Iwad dan yang tidak
mengandungi mad di kepala ayat; dan
3. Mengaplikasikan tarannum-tarannum yang sesuai diwaslahkan
dengan Hijaz.
T
T
o
o
p
p
i
i
k
k
8
8
X Tarannum
Hijaz
X TOPIK 8 TARANNUM HIJAZ


104



SEJARAH TARANNUM HIJAZ

8.1.1 Definisi Hijaz dan Sejarah Perkembangannya
Hijaz adalah nama bagi suatu kawasan meliputi beberapa daerah di negara Arab
Saudi. Dinamakan tarannum ini sebagai Hijaz kerana ia berasal dari negara
Arab. Oleh kerana ia berasal dari tanah Arab, maka ia telah dipelopori dan
dipopularkan oleh Qari-qari Hijazi mengikut budaya bangsanya yang tinggal di
kawasan berpadang pasir yang tandus lagi panas.

Ia telah berkembang ke seluruh dunia dan dipelajari oleh setiap Qari dan Qariah
dari pelbagai negara. Seperti tarannum-tarannum lain, ia juga telah mengalami
pengubahsuaian oleh pakar-pakar tarannum Mesir. Di Malaysia, boleh dikatakan
ia mula popular sejak Musabaqah Tilawah al-Quran diperkenalkan. Ia dimulai
oleh tokoh-tokoh tarannum yang hebat ketika itu seperti Allahyarham Masom
Pergau dari Kelantan, Allahyarham Ismail Hasyim dari Kedah dan lain-lain.
Tokoh-tokoh hebat tarannum ini masing-masing mempunyai cara yang
berlainan dalam melagukan lagu Hijaz ini dan lagu-lagu lain. Kemudiannya ia
diwarisi oleh murid-murid mereka dari generasi ke generasi selepas mereka
sehinggalah ke generasi yang ada pada waktu ini.

Berdasar kepada pemerhatian, para Qari dan Qariah di Malaysia amat
menggemari tarannum ini terutamanya mereka yang memiliki suara yang tinggi
dan lantang. Boleh dikatakan setiap kali mereka memperdengarkan bacaan al-
Quran secara bertarannum, maka setiap kali itulah mereka tidak akan
ketinggalan untuk memasukkan tarannum Hijaz sebagai salah satu lagu
daripada susunan beberapa lagu lain yang mereka susun.

AKTIVITI 8.1
Musabaqah Tilawah al-Quran adalah acara tahunan yang dianjurkan oleh
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Bincangkan di dalam kumpulan tentang
kebaikan acara ini dan beri cadangan untuk memperbaharui perlaksanaannya.
8.1


Bincangkan tentang sejauh manakah pentingnya ilmu tarannum ini untuk
dikembangkan dan disebarkan kepada orang ramai.

SEMAK KENDIRI 8.1
TOPIK 8 TARANNUM HIJAZ W

105
8.1.2 Sifat-sifat Tarannum Hijaz
Secara umumnya, tarannum Hijaz dikenali sebagai sebuah lagu yang
mempunyai gerak yang ringkas dan tegas. Ia biasanya sesuai dibawa pada nada
nawa, jawab dan jawabul jawab. Pergerakan lagunya tidak begitu kompleks dan
fleksibel seperti tarannum-tarannum lain, akan tetapi ia tetap mampu memberi
kesan yang mendalam terhadap para pendengar setanding dengan tarannum-
tarannum lain. Oleh kerana sebahagian daripada keseluruhan gerakan harakat
tarannum Hijaz ini berada di tahap suara jawab, maka ia memerlukan
kelantangan suara untuk merealisasikannya dengan berkesan.

Justeru, tarannum ini amat sesuai dengan para Qari dan Qariah yang
mempunyai suara yang lantang dan tinggi. Jika tidak, berkemungkinan
pembawaan lagu ini akan menjadi sedikit hambar kerana Qari ataupun Qariah
yang membawa lagu ini tidak mampu mencapai tahap jawab dan jawabul jawab
yang merupakan tahap kemuncak dalam lagu ini. Rajah 8.1 berikut
menunjukkan beberapa sifat lain yang ada pada tarannum Hijaz.



Rajah 8.1: Sifat-sifat tarannum hijaz





X TOPIK 8 TARANNUM HIJAZ


106
8.1.3 Peranan Tarannum Hijaz
Tarannum Hijaz mempunyai peranannya yang tersendiri di dalam sesebuah
bacaan. Secara umumnya, ia juga seperti tarannum-tarannum lain yang
memainkan peranan untuk menghidupkan sesuatu bacaan serta memberi kesan
yang mendalam terhadap pendengar. Namun, ia tidak terhenti di situ sahaja,
bahkan tarannum Hijaz mempunyai peranan-peranan lain seperti yang
dinyatakan dalam Rajah 8.2 seterusnya.

Rajah 8.2: Peranan tarannum hijaz

AKTIVITI 8.2
Dengan merujuk pada surah al-Muminun ayat 21, al-Furqan ayat 15 dan al-
Qamar ayat 26, sila praktikkan tarannum Hijaz dengan berpandukan contoh
dari bacaan guru anda.
TOPIK 8 TARANNUM HIJAZ W

107
TATBIQ TARANNUM HIJAZ DALAM AL-
QURAN

8.2.1 Tatbiq Tarannum Hijaz dalam Surah yang


BerMad Aridh Lissukun
Surah al-Muminun: 21

`0 !# q9# m9#
) /39 {# 99 /3)` $ $/ /39 $ V. $]
=.'? $= ? 7=9# = tB )9 $=& %n <) % $)
) #7# !# $ /39 9) & )G?

8.2.2 Tatbiq Tarannum Hijaz dalam Surah yang


BerMad Iwadh
Surah al-Furqan: 15

`0 !# q9# m9#
% 79& z & _ $#:# L9# ` )G9# M%. ; #_ #
; $ $ '$ $#z %. ? 7/ # `
``s $ 7 !# `) `F& ==& $6 &
#= 69# #9$% 7s6 $ %. 7 $9 & G $9&
39 `FG $/# Lm # 2%!# #%. $% #/
8.2
X TOPIK 8 TARANNUM HIJAZ


108
8.2.3 Tatbiq Tarannum Hijaz dalam Surah yang Tidak
BerMad di Kepala Ayat
Surah al-Qamar: 26

`0 !# q9# m9#
> # U#39# {# $) #=` %$9# F ; :)?$
9# '; & $ 9# `% '/ . > Gt #$
7m$ $G ) #3 %. 1# $) $=& =
s n #%3 . G`sRQ#

TARANNUM YANG SESUAI


DIWASLAHKAN DENGAN HIJAZ
Tarannum Hijaz tidak seperti tarannum-tarannum lain yang mempunyai
kepadanan dan kecantikan apabila diwaslahkan dengan tarannum selainnya. Ini
kerana adalah menjadi sesuatu yang amat jarang di kalangan para Qari Mesir
mewaslahkan tarannum Hijaz dengan tarannum yang lain selain Iraqi. Ini
kerana ia agak kurang sesuai dan kurang padan dengan air lagu (cara
penyampaian lagu) yang terdapat pada tarannum-tarannum yang lain.
Perbezaan yang ketara pada bentuk dan air lagu ini akan menyebabkan sesuatu
persembahan itu akan berbunyi agak janggal dan sumbang sekiranya sesorang
Qari itu mewaslahkan Hijaz dengan tarannum lain yang tidak sesuai.

Namun, ini tidak bermakna bahawa lagu Hijaz tidak boleh digandingkan
dengan lagu-lagu selainnya. Seandainya seseorang Qari itu ingin mewaslahkan
AKTIVITI 8.3
Sila baca salah satu daripada ayat tersebut tadi dengan menggunakan
tarannum Hijaz berserta dengan waslah tarannum Iraqi pada awalnya.
8.3
TOPIK 8 TARANNUM HIJAZ W

109
ia dengan tarannum-tarannum lain, maka dia hendaklah betul-betul pakar dan
halus serta berhati-hati dalam melakukannya supaya persembahannya tidak
menjadi sumbang.

Di antara tarannum yang paling popular dan sepadan untuk diwaslahkan
dengan tarannum Hijaz ialah Iraqi. Hal ini adalah menurut pengamalan para
Qari muktabar dari negara Mesir seperti Almarhum Syeikh Mustafa Ismail,
Almarhum Syeikh Kamel Yusof al-Bahtimi, Almarhum Syeikh Abdul Basit
Abdul Samad, Dr. Ahmad Nuaina dan lain-lain.

Selain itu, tarannum-tarannum lain yang sesuai untuk diwaslahkan dengan Hijaz
adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 8.3.


Rajah 8.3: Tarannum-tarannum lain yang sesuai untuk diwaslahkan dengan hijaz

Waslah tersebut boleh dilakukan di permulaan, di pertengahan atau di hujung
lagu Hijaz. Walau bagaimanapun, ia bergantung kepada keperluan semasa Qari
ataupun Qariah yang melagukannya.

8.3.1 Peranan Waslah al-Mumasalah dalam Tarannum
Hijaz
Tarannum Hijaz biasanya diwaslahkan dengan tarannum-tarannum yang lain
kerana sebab-sebab berikut:

(a) Memberi Persediaan Sebelum Memulakan Pembawakan Tarannum Hijaz
Ini direalisasikan dengan membawa tarannum Iraqi terlebih dahulu
sebelum memasuki harakah Hijaz yang sebenar.

(b) Memberikan Gambaran tentang Lagu yang Akan Dibawa Selepasnya
Sebagai contoh, sekiranya seseorang Qari itu ingin membawa tarannum
Sikah selepas tarannum Hijaz, maka diharuskan baginya untuk
mewaslahkan lagu Hijaz tersebut dengan Sikah pada penghujung penutup
lagu Hijaz tersebut.
X TOPIK 8 TARANNUM HIJAZ


110

SEMAKKENDIRI8


Tarannum Hijaz adalah sebuah tarannum yang unik kerana mempunyai
kepelbagaian ciri dan sifat. Tanpa tarannum Hijaz, sesuatu persembahan
bacaan al-Quran tidak akan bertenaga.

Ia terkenal dengan gerak lagunya yang ringkas dan tegas. Ia sesuai dibawa
pada nada nawa, jawab dan jawabul jawab.

Walau bagaimanapun, untuk merealisasikannya dengan berkesan
tarannum Hijaz memerlukan kelantangan suara kerana sebahagian
daripada keseluruhan gerakan harakat tarannumnya berada di tahap suara
jawab. Tanpa suara yang lantang, pembawaan lagu ini mungkin akan
menjadi sedikit hambar.



Sila ulang kaji semula pelajaran dalam topik ini dengan menjawab
semua soalan berikut.

1. Jelaskan serba sedikit tentang latar belakang tarannum Hijaz.

2. Nyatakan sifat-sifat tarannum Hijaz.

3. Berdasarkan sifat-sifat yang ada pada tarannum Hijaz, apakah
bentuk ayat yang bersesuaian untuk diaplikasikan tarannum Soba
ke atasnya serta berikan contoh ayat tersebut.

4. Huraikan peranan-peranan yang dimainkan oleh tarannum Hijaz
dalam sesebuah bacaan.

5. Mengapakah kebanyakan para Qari dan Qariah meminati
tarannum Hijaz, khususnya di kalangan yang memiliki
kelantangan dan ketinggian suara?

6. Mengapakah para Qurra Mesir jarang mewaslahkan tarannum
Hijaz dengan tarannum lain?

7. Secara peribadi, apakah pendapat anda tentang tarannum Hijaz
yang telah dipelajari?
SEMAK KENDIRI 8.2
TOPIK 8 TARANNUM HIJAZ W

111
Melalui peranannya yang tersendiri, tarannum Hijaz turut berfungsi dalam
menghidupkan sesuatu bacaan serta memberi kesan yang mendalam
kepada pendengar. Pun begitu, tidak seperti tarannum-tarannum lain,
tarannum Hijaz tidak mempunyai kepadanan dan kecantikan apabila
diwaslahkan dengan tarannum selainnya kecuali Iraqi.

Namun, bagi Qari yang betul-betul pakar dan teliti dalam melakukan
waslah, tarannum Hijaz sesuai diwaslahkan dengan tarannum Nahwand,
Sikah dan Husaini.


Khusyuk
Muktabar
Sifat-sifat Alunan dan Peranan Hijaz


Tarannum Hijaz
Tatbiq


Mahdi Muhammad al-Hirazi. (2001). Bughyah al-Murid Min Ahkam al-Tajwid.
Beirut: Dar al-Basyair al-Islamiyyah.

Manna Khalil Qattan. (1998). Mabahis Fi `Ulum al-Quran. Beirut: Muassasah al-
Risalah.

Manna Khalil al-Qattan. (1973). Studi Ilmu-Ilmu Quran (terj. Drs. Mudzakkir
AS.). Jakarta: Litera AntarNusa.

Muhammad Abdul Azim al-Zalqani. (2001). Manahil al-Irfan fi Ulum al-Quran.
Beirut: Al-Maktabah al-Asriyyah.

Muhammad Khazar al-Mujali. (2003). Al-Wajiz Fi `Ulum al-Kitab al-`Aziz. Kuala
Lumpur: Universiti Malaya.

Muhammad Rajab Farjani. (1976). Kaifa Nataaddabu Maa al-Mushaf. Qahirah:
Dar al-Itisam.

Muhd. Ali Abu Bakar. (1997). Seni lagu al-Quran di Malaysia. Kuala Lumpur:
Darul Fikr.

KATA KUNCI
X TOPIK 8 TARANNUM HIJAZ


112
Nik Jaafar bin Nik Ismail. (1998). Qawaid Tarannum. Kuala Lumpur: Darul Fikr.

Salah `Abd al-Fattah al-Khalidi. (1994). Mafatih Li al-Ta`amul Ma`a al-Quran.
Dimashq: Dar al-Qalam.

You might also like