You are on page 1of 12

BIL: 1/2008

JANUARI-APRIL 2008

PUSAT PEMBANGUNAN AKADEMIK

Audit Akademik oleh MQA


Prof. Dr. Mohamed Amin Embi: Pemenang Anugerah Akademik Negara 2006 & Anugerah Melayu Cemerlang 2007 ...2 Penstrukturan Semula Pusat Pembangunan Akademik ...3

Pelaksanaan e-Pembelajaran di UKM ...4 Perkembangan & Inovasi Kurikulum : Fungsi & Peranannya ...6 Bengkel Penyetaraan dan Penarafan Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF) ...6 Inovasi Kurikulum Untuk Merealisasikan Potensi Pelajar Program Pemantapan Tenaga Akademik ...8 Kursus Kaedah Penyelidikan Kuantitatif dan Kualitatif (SLAB) ...9 Lawatan Kerja dari Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

QA (Malaysian Qualification Agency) telah menyatakan hasratnya untuk melakukan audit prestasi akademik. Semua program pengajian di Malaysia, termasuk di UKM akan diaudit. Ini menyebabkan pihak pengurusan fakulti, terutama penyelaras program sedang bertungkus lumus untuk menyiapkan laporan kendiri dan dokumendokumen sokongan yang berkaitan.

...7

PPA memandang audit ini amat penting yang semestinya mendapat tumpuan perhatian. Hasil audit ini akan menentukan programprogram yang bertaraf 5 bintang atau yang lebih rendah. Di samping itu, jika sistem audit dalaman didapati telah wujud dan semua program-program pengajian menunjukkan kualiti yang tinggi, UKM boleh mendapat status institusi akreditasi kendiri. Dalam masa yang sama, jawatan kuasa penubuhan universiti APEX juga mengambil kira hasil audit ini dalam membuat keputusannya. Oleh itu PPA tidak ada pilihan melainkan membantu fakulti dalam mematuhi Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM) yang menjadi asas pengauditan dan mewujudkan sistem audit dalaman yang kemas.
Prof. Ir. Dr. Riza Atiq O.K

...10

Penghargaan dan Terima Kasih Mantan Pengarah dan Kakitangan PPA ...11 Penerbitan PPA ...12

Sehubungan dengan ini, PPA semenjak tiga tahun lepas telah mula melatih pensyarah-pensyarah mengenai asas pengajaran-pembelajaran yang terdapat dalam KKM melalui kursus PTK dan Program Pemantapan Tenaga Akademik. Penekanan telah diberikan kepada perkara-perkara berikut:

Pusat Pembangunan Akademik Aras 3, Bangunan Canselori Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 UKM Bangi, Selangor. Tel: (603) 8921 3890 (603) 8921 3891 Fax: (603) 8926 4816 e-mel: staff_ppa@pkrisc.cc.ukm.my web: www.ukm.my/ppa

Pembelajaran Berasaskan Hasil Pembinaan kurikulum Berbagai-bagai kaedah pembelajaran-pengajaran Pengukuran kompetensi pelajar Penambah baikan berterusan

PPA berharap, dengan sedikit bantuan, fakulti-fakulti dapat memastikan program-program pengajiannya mendapat 5 bintang dan seterusnya UKM mendapat status institusi akreditasi kendiri. Walau bagaimana pun, apa yang lebih penting ialah selepas melalui perjalanan pembelajaran di UKM selama 3 atau 4 tahun, graduan UKM akan menjadi modal insan yang dicari-cari oleh majikan dan menjadi pemimpin yang membawa jati diri kebangsaan di persada antarabangsa.

BULETIN PEMBANGUNAN AKADEMIK Bil. 1 JAN-APR 2008 1

SEMASA

PUSAT PEMBANGUNAN AKADEMIK Pengarah Prof. Ir. Dr. Riza Atiq Abdullah O.K Rahmat Timbalan Pengarah (e-Pembelajaran) Prof. Dr. Mohamed Amin Embi Timbalan Pengarah (Latihan & Perkembangan Akademik) Dr. Salleh Amat Timbalan Pengarah (Perkembangan & Inovasi Kurikulum) Dr. Rosadah Abd. Majid Penolong Pendaftar En. Mohd. Najib Adun

Prof. Dr. Mohamed Amin Embi: Pemenang Anugerah Akademik Negara 2006 & Anugerah Melayu Cemerlang 2007
ahniah! Prof. Dr Mohamed Amin Embi telah dinobat sebagai pemenang sulung Anugerah Akademik Negara 2006 (Kategori Inovasi Pengajaran) dan Anugerah Melayu Cemerlang 2007 baru-baru ini. Beliau yang kini menyandang jawatan Timbalan Pengarah (e-Pembelajaran) di PPA, telah menghasilkan pelbagai inovasi pengajaran yang memberi manfaat bukan sahaja kepada pelajar/ pensyarah universiti tetapi juga para pelajar dan pensyarah institusi pengajian tinggi di seluruh negara. Antara inovasi yang dihasilkan beliau ialah program cara belajar bahasa Inggeris secara atas talian untuk penuntut pengajian tinggi di Malaysia melalui portal yang dinamakan e-Learn. Sebelumnya, beliau telah membangunkan sebuah portal pengajaran dan pembelajaran yang dikenali sebagai VirTEC (Virtual Teacher Education) untuk kegunaan pensyarah Fakulti Pendidikan IPTA di seluruh Malaysia khususnya dan di rantau ASEAN amnya. Portal ini dibangunkan melalui UNESCO Participation Programme 2000/ 2001. Menerusi inovasi VirTEC, beliau telah memenangi Pingat Emas di Pameran Penyelidikan dan Inovasi UKM 2003 dan Pingat Perak di Pertandingan Rekacipta dan Inovasi 2003 anjuran MOSTI. Dalam usaha menyediakan persekitaran guided self-directed learning, beliau telah mengasaskan pusat sumber online untuk pelatih TESL di Fakulti Pendidikan, UKM khususnya dan pelatih TESL di seluruh Malaysia amnya melalui portal ELT-TReC (English Language Teaching Online Resource Center). Beliau juga telah memperkenalkan alat pengarangan yang membolehkan pensyarah IPT mengurus bahan kuliah secara atas talian yang dikenali sebagai WeB-CEPT (Web-Based Creating, Editing, Publishing Tool). Ciptaan beliau ini telah memenangi Anugerah Inovasi dan Rekacipta UKM 2003. Pada tahun yang sama, beliau telah memperkenalkan sistem pengurusan epembelajaran yang dikenali sebagai e-MAS (e-Learning Management System) untuk membolehkan pensyarah di Fakulti Pendidikan UKM mengendalikan kursus secara atas talian. Sistem ini mendapat pengiktirafan universiti dan memenangi Anugerah Pengurusan Maklumat UKM 2005. Beliau juga telah memperkenalkan satu lagi inovasi pengajaran yang dikenali sebagai SaLMaS (Self-access Learning Management System) yang kini dipakai bukan saja oleh pelajar dan pensyarah UKM tetapi juga oleh 200 pensyarah IPT di seluruh negara. Menerusi inovasi SaLMaS, beliau telah memenangi Pingat Emas di Malaysia Technology Expo 2006 dan Anugerah Inovasi dan Rekacipta UKM 2005. Terkini, beliau telah membangunkan e-LOK (e-Learning Online Kiosk) dan mengasaskan My e-LeaRN (Malaysian e-Learning Research Network). Sebagai penerima Anugerah Akademik Negara 2006, beliau menerima sebuah piala, sijil dan wang tunai RM20,000. Di atas sumbangan berterusan beliau terhadap pendidikan negara, beliau telah menerima Anugerah Melayu Cemerlang pada 10 Mei 2008 di Majlis Anugerah Melayu Cemerlang sempena sambutan Ulangtahun UMNO ke 62.

Sidang Pengarang Buletin Pembangunan Akademik Penasihat Prof. Ir. Dr. Riza Atiq O.K Rahmat Editor Prof. Dr. Mohamed Amin Embi Mohd. Najib Adun Pengeluaran Md. Nora Md. Don - Ketua Pengeluaran Shah Emasintan Halim - Grafik / Pereka / Citra Elektronik Mohd Qurbani Mohd - Pengedaran Badris

MISI Merancang, melaksana dan memantau program latihan akademik, perkembangan dan inovasi kurikulum serta e-pembelajaran.

VISI Bertekad menjadi pusat rujukan dan penggerak program pembangunan akademik bagi merealisasikan UKM sebagai pusat ilmu terpilih.

MATLAMAT Memantap dan meningkatkan kualiti program pembangunan akademik UKM

DASAR KUALITI Menyediakan perkhidmatan secara profesional bagi menjamin dan memantapkan program PPA untuk menepati kepuasan pelanggan.

2 BULETIN PEMBANGUNAN AKADEMIK Bil. 1 JAN-APR 2008

SEMASA

Penstrukturan Semula Pusat Pembangunan Akademik

usat Pembangunan Akademik (PPA) yang ditubuhkah pada April 1998 telah distruktur semula bagi memantapkan peranan dan fungsinya selaras dengan status UKM sebagai Universiti Penyelidikan. Penstrukturan ini telah diluluskan oleh Mesyuarat Lembaga Pengurusan Universiti (LPU) bertarikh 25 Februari 2008 dan sejajar dengan keputusan tersebut, sebuah pusat baru dikenali sebagai Pusat Perancangan dan Komunikasi Korporat (PPKK) ditubuhkan.

Fungsi asal PPA iaitu Perancangan Strategik dan Pengurusan Kualiti diletakkan di bawah PPKK, manakala PPA memainkan peranan dalam Latihan dan Perkembangan Akademik, Perkembangan dan Inovasi Kurikulum serta e-Pembelajaran. Serentak dengan penstrukturan tersebut, portfolio bagi jawatan Pengarah dan Timbalan Pengarah baru dilantik untuk menerajui PPA. Fungsi baru yang dimainkan oleh PPA untuk memantap dan mempertingkatkan kualiti program akademik kepada semua fakulti/ pusat/ institut yang diharap dapat merealisasikan impian UKM sebagai universiti ulung di dunia.

Pengarah Prof. Ir. Dr. Riza Atiq Abdullah O.K Rahmat B.Eng., M.Eng., PhD., M.I.H.T. M.R.E.A.A.A, M.I.E.M, P.Eng.

Timbalan Pengarah (e-Pembelajaran) Prof. Dr. Mohamed Amin Embi B.A. Hons. (Brock, Canada), Dip. Pend. (UKM), M.Ed. TESOL, PhD. (Leeds, UK)

Memantau program pembangunan akademik meliputi: Perkembangan & inovasi kurikulum

Merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan


e-Pembelajaran. literasi dan latihan berkaitan dengan e-Pembelajaran. Mengawal, memantau dan menambahbaik kualiti kandungan pengajaran dan e-Pembelajaran.

Latihan & perkembangan akademik e-Pembelajaran

Meningkatkan

Timbalan Pengarah (Latihan & Perkembangan Akademik) Dr. Salleh Amat Bimbingan & Kaunseling, Personalia Pelajar

Timbalan Pengarah (Perkembangan & Inovasi Kurikulum) Dr. Rosadah Abd. Majid B.S.(Phys), M.S.Ed. (Sec. School), M.Sc. Ed. (Sp. Ed.)(N. Illinois), PhD. (U.K. Malaysia)

Menjalankan latihan dan kegiatan peningkatan yang


berkaitan dengan urusan akademik. Merancang dan melaksanakan program baru untuk pemantapan tenaga akademik. Menjalankan penyelidikan untuk peningkatan kemahiran pengajaran, pemyelidikan, penulisan dan perundingan ahli akademik. Menyedia dan menerbitkan modul latihan.

Memantau

Menjalankan program pembangunan kepimpinan dan


pengurusan akademik.

dan menambah baik kualiti kurikulum pengajaran dan pembelajaran. Memantau pelaksanaan sistem penilaian kompetensi pelajar selaras dengan keperluan Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM). Menyokong pembangunan dan inovasi kurikulum pendidikan berasaskan hasil (OBE). Mengembangkan penyelidikan berkaitan kualiti dalam pengajian tinggi dengan menggabungkan kepakaran dalaman dan luaran.

BULETIN PEMBANGUNAN AKADEMIK Bil. 1 JAN-APR 2008 3

e-PEMBELAJARAN

Pelaksanaan e-Pembelajaran di UKM


Prof. Dr. Mohamed Amin Embi
ersaingan dalam era ICT dan masyarakat berdasarkan pengetahuan telah menjadi lebih mencabar bagi sesebuah organisasi kearah mencapai kecemerlangan. Untuk bersaing, UKM sebagai sebuah institusi terkemuka dunia perlu berubah dan mengasimilasi budaya permodalan pengetahuan. Satu strategi untuk bersaing adalah dengan pembangunan dan pengukuhan e-pembelajaran dalam produk dan perkhidmatan akademik. Dalam konteks ini, seorang Timbalan Pengarah telah diwujudkan di Pusat Pembangunan Akademik khusus untuk e-Pembelajaran. Antara lain, bahagian ini bertanggungjawab

Dasar e-Pembelajaran
Bagi memantapkan lagi pelaksanaan e-Pembelajaran di UKM, Dasar e-Pembelajaran telah digubal dan diperakukan oleh Senat. Dasar umum e-Pembelajaran adalah seperti berikut:

e-Pembelajaran di UKM adalah kaedah intruksi pelengkap serta sistem sokongan yang digunakan oleh pensyarah bertujuan meningkatkan kualiti dan keberkesanan pengajaran & pembelajaran. e-Pembelajaran di UKM digunakan dalam mod blended learning iaitu gabungan antara kaedah pembelajaran konvensional dan kaedah pembelajaran maya. Justeru, pensyarah dan pelajar masih bertemu di bilik kuliah secara bersemuka mengikut jadual yang ditetapkan oleh universiti. Maklumat asas (silibus) setiap kursus yang ditawarkan oleh UKM pada setiap semester di peringkat prasiswazah dan siswazah disediakan secara atas talian mengikut format Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM). Kandungan kursus secara atas talian perlu diperkayakan secara berperingkat. Semua pensyarah perlu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran untuk menguruskan pengajaran dan pembelajaran secara atas talian. Semua pelajar perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran berkaitan e-pembelajaran. UKM bertanggungjawab menyediakan sumber, latihan dan sokongan berkaitan dengan epembelajaran.

merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan e-Pembelajaran di UKM, meningkatkan literasi dan latihan berkaitan dengan e-Pembelajaran di kalangan pensyarah dan pelajar UKM dan mengawal, memantau serta menambahbaik kualiti kandungan pengajaran dalam mod e-Pembelajaran.

Jawatankuasa e-Pembelajaran
Di peringkat governans, Jawatankuasa ePembelajaran (JKeP) telah diwujudkan menggantikan Jawatankuasa Akademik yang dahulunya di bawah Jawatankuasa Induk Teknologi Maklumat (sekarang dinamakan Majlis Teknologi Maklumat. JKeP dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah (ePembelajaran), PPA dan dianggotai oleh Dekan Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Dekan Fakulti Pendidikan, Pengarah Pusat Teknologi Maklumat, Pengarah Pusat Kembangan Pendidikan, Pustakawan serta beberapa pakar bidang e-Pembelajaran yang dilantik oleh pengerusi.

Kursus e-Pembelajaran
PPA telah merancang beberapa Kursus Pengajaran dan Pembelajaran secara Online serta Kursus Sistem Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran Interaktif (SPIN) untuk meningkatkan literasi dan kemahiran tenaga akademik UKM berkaitan dengan e-Pembelajaran. Kursus yang dirancang pada tahun 2008 adalah seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah.

Kursus

Siri 1

Siri 2

Siri 3

Siri 4

Kursus Pengajaran & Pembelajaran Secara Online Kursus SPIN

17-20 Jun

13-16 Okt.

31 Mac

5 Mei

16 Jun

4 BULETIN PEMBANGUNAN AKADEMIK Bil. 1 JAN-APR 2008

e-PEMBELAJARAN

PPA juga telah membangunkan pusat sehenti atas talian tentang e-Pembelajaran yang dikenali sebagai eLOK@UKM (e-Learning Online Kiosk) yang boleh dicapai di www.ukm.my/elok. Antara komponen eLOK@UKM ialah Buletin e-Pembelajaran, Seminar e-Pembelajaran, Pakar e-Pembelajaran, Kursus e-Pembelajaran, Penerbitan ePembelajaran, Penyelidikan e-Pembelajaran, Forum ePembelajaran & Hiperangkai e-Pembelajaran.

Akhir sekali, UKM juga telah membangunkan Sistem Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran Interaktif (SPIN) yang lebih user-friendly menggantikan portal Learning Care yang sedia ada. Di Kampus Induk Bangi, SPIN boleh dicapai di www.spin.ukm.my; manakala di Kampus KL, SPIN boleh dicapai di spin.medic.ukm.my.

Sekitar Training of Trainers SPIN pada 17 Mac 2008 bertempat di Makmal Multimedia Kompleks Tun Abdullah Mohd Salleh

BULETIN PEMBANGUNAN AKADEMIK Bil. 1 JAN-APR 2008 5

PERKEMBANGAN & INOVASI KURIKULUM

Perkembangan & Inovasi Kurikulum : Fungsi & Peranannya


Dr. Rosadah Abd. Majid

ntuk meningkatkan kualiti kurikulum UKM, satu unit khas yang menjurus kepada aspek Perkembangan & Inovasi Kurikulum (PIK) telah diwujudkan di bawah Pusat Pembangunan Akademik pada awal tahun 2008. Langkah ini cukup bertepatan dengan matlamat universiti menjadi pusat ilmu bertaraf dunia. Fungsi dan peranannya dijelaskan seperti berikut.

kepakaran dalaman dan luaran bagi membantu menambah baik pengajaran dan pembelajaran di UKM.

Skop Peranan PIK



Menyalurkan sokongan serta bimbingan kepada fakulti dalam usaha untuk penambahbaikan kualiti kurikulum pengajaran dan pembelajaran. Menyediakan latihan bagi membantu fakulti untuk membangunkan inovasi kurikulum seperti pendidikan berasaskan hasil (OBE), dan seumpamanya. Melatih panel untuk akreditasi program pengajian di peringkat dalaman. Merancang dan melaksanakan akreditasi dalaman untuk program pengajian. Menyalurkan sokongan serta bimbingan kepada fakulti dalam melaksanakan sistem penilaian kompetensi pelajar selaras keperluan Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM).

Fungsi PIK

Menyediakan garis panduan mengenai pelaksanaan sistem penilaian kompetensi pelajar selaras dengan keperluan Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM). Menyokong pembangunan dan inovasi kurikulum pendidikan berasaskan hasil (OBE). Memantau dan menambah baik kualiti kurikulum pengajaran dan pembelajaran. Mengembangkan penyelidikan berkaitan kualiti dalam pengajian tinggi dengan menggabungkan

Bengkel Penyetaraan dan Penarafan Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF)


Mohd. Najib Adun
usat Pembangunan Akademik (PPA) telah melaksanakan Bengkel Penyetaraan dan Penarafan Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF) pada 15 April 2008 di Hotel Marriot, Putrajaya. Seramai 48 peserta telah hadir dalam bengkel ini yang terdiri daripada Timbalan Dekan (Akademik/Prasiswazah), Timbalan Pengarah Pusat, Ketua Pengurus Kualiti dan Penolong Pendaftar. Tujuan bengkel untuk membantu pihak fakulti/pusat bagi penyediaan laporan kendiri yang akan diaudit pada bulan Jun 2008. Hasil bengkel adalah:

Sebanyak dua kertas kerja yang telah dibentangkan oleh Prof. Dr. Zita Hj. Mohd. Fahmi (Timbalan Ketua Eksekutif, Jaminan Kualiti, Agensi Kelayakan Malaysia) dan Prof. Dr. Che Husna Azhari (Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu, UKM). Bagi tujuan persediaan awal audit oleh pihak MQA pada bulan Jun 2008, PPA akan mengadakan Bengkel Penilai Kerangka Kelayakan Malaysia pada 22 Mei 2008.

Peserta memahami implikasi dan keperluan yang didasari oleh Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM). Peserta memahami senario serta trend perkembangan keperluan pendidikan di IPT. Peserta berkebolehan untuk menyediakan laporan kendiri bagi setiap fakulti dan pusat. Bengkel MQF pada 15 April 2008 di Hotel Marriott Putrajaya

6 BULETIN PEMBANGUNAN AKADEMIK Bil. 1 JAN-APR 2008

PERKEMBANGAN & INOVASI KURIKULUM

Inovasi Kurikulum Untuk Merealisasikan Potensi Pelajar


Dr. Rosadah Abd. Majid

erpilihnya seseorang pelajar untuk mendaftar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bererti dia telah berjaya memenuhi syarat-syarat kemasukan yang telah ditetapkan oleh pihak universiti. Dengan kata lain pelajar tersebut dianggap layak dan berpotensi untuk mengikuti pengajian di UKM. Berpotensi di sini bermaksud berkemampuan dari segi mental, fizikal serta emosinya untuk dibangunkan sehingga menjadi seorang graduan yang cemerlang. Ahli akademik merupakan antara agen yang mempunyai peranan dalam proses pembangunan potensi para pelajar tersebut. Khususnya dalam mengikuti program pengajian, proses pembangunan potensi pelajar perlu kepada perancangan yang mantap dalam rekabentuk kurikulum dan di dalam sistem penyampaian kurikulum.

Kerangka Kelayakan Malaysia


Bagi memastikan para graduan dari institusi pengajian tinggi di Malaysia mendapat pendidikan secara seimbang atau holistik, Agensi Kelayakan Malaysia atau Malaysian Qualification Agency (MQA) telah menggabungkan ciri-ciri graduan yang ingin dilahirkan dari IPT dalam satu kerangka yang dikenali sebagai Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualification FrameworkMQF). Walaupun terdapat satu penetapan di sini namun ia dimuatkan di dalam sebuah kerangka. Justeru ia memberi ruang untuk diterjemahkan secara lebih luwes oleh ahli akademik asal sahaja tidak melepasi batas kerangka yang diberikan.

Dimensi
Terdapat sekurang-kurangnya dua dimensi pengajaran dan pembelajaran (P&P) di peringkat pengajian tinggi. Dimensi pertama berkaitan dengan domain ilmu serta kemahiran professional dalam bidang pengajian yang dipilih, dan dimensi kedua berkaitan dengan kemahiran generik. Pada dimensi pertama kedalaman serta kompleksiti ilmu pengetahuan bidang pengajian sewajarnya disebatikan dengan para pelajar bagi memenuhi cabaran keperluan pembelajaran mereka dalam aspek kognisi dan psikomotornya. Dengan kata lain, kurikulum pengajian dibangunkan untuk kesinambungan penerokaan ilmiah khususnya pada aspek penyelidikan serta inovasi di kalangan para pelajar. Disamping itu keberkesanan kurikulum dan sistem penyampaian kurikulum terserlah didalam pembentukan tenaga profesional yang cekap bagi menyediakan sumber manusia yang berdaya saing. Apakah pula yang dimaksudkan dengan kemahiran generik? Kemahiran generik merujuk kepada kemahiran yang wajar dikuasai oleh setiap graduan yang dapat diperhatikan dalam pembangunan diri pelajar itu secara holistik. Pembangunan holistik yang dimaksudkan menuntut agar para pelajar terdidik menjadi seorang graduan yang bijaksana. Bagaimanakah gambaran seorang graduan yang bijaksana? Kebijaksanaan seseorang terserlah melalui keterampilan dirinya yang berwibawa dalam hubungan inter personal, mempunyai kesedaran sosial yang tinggi serta beretika, mandiri serta berpotensi melaksanakan pembelajaran sepanjang hayat, dan berhemah dalam membuat keputusan, dalam tindakan serta dalam berkomunikasi.

Inovasi Kurikulum
Kurikulum dilihat sebagai satu alat yang penting bertujuan untuk menghasilkan graduan yang mempunyai ciri-ciri seperti yang ditetapkan oleh MQF. Kurikulum merujuk kepada aspek komposisi bidang ilmu dalam satusatu bidang pengajian. Ia seterusnya diperincikan lagi menerusi isi kandungan kursus. Turut diberi perhatian sistem penyampaian kurikulum tersebut. Ini termasuk kaedah pengajaran dan pembelajaran serta proses penaksiran dalam perlaksanaan kursus. Persoalannya, bagaimanakah kurikulum serta sistem penyampaiannya boleh dijadikan berfungsi bagi menghasilkan pelajar seperti yang diharapkan, ia itu graduan yang bijaksana dan berjaya mencapai potensinya serta berdaya saing di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Justeru kurikulum serta mekanisma penyampaian kurikulum perlu kepada inovasi agar ia lebih mampu mencapai kepada hasrat yang diharapkan. Inovasi kurikulum bukanlah sekadar cuba jaya malah ia boleh dilaksanakan secara sistematik seperti pendekatan kajian tindakan yang menjadikan pengajaran dan pembelajaran sebagai sebahagian dari sumber penyelidikan. Kesimpulannya, kurikulum dan penyampaian kurikulum dilihat sebagai sesuatu yang dinamik yang perlu kepada inovasi serta pembangunan dari masa ke masa bagi memenuhi keperluan tuntutan peredaran zaman dalam membangunkan potensi individu.

BULETIN PEMBANGUNAN AKADEMIK Bil. 1 JAN-APR 2008 7

LATIHAN & PERKEMBANGAN AKADEMIK

Program Pemantapan Tenaga Akademik


Md. Nora Md. Don
enggunaan sistem kursus secara maya menggunakan Portal Learning Care UKM dengan kerjasama Pusat Komputer secara tidak langsung memberi perkhidmatan jaringan kepada keseluruhan peserta yang mengikuti kursus di bawah Pusat Pembangunan Akademik (PPA). Tidak ketinggalan dengan pengendalian program pemantapan tenaga akademik yang bertujuan bagi membantu ahli akademik mengikuti kursus-kursus yang diperlukan dalam perkembangan kerjaya. Sehingga bulan April 2008, Pusat Pembangunan Akademik telah berjaya mengendalikan 5 kursus di bawah Program Pemantapan Tenaga Akademik.

Ini menunjukkan program yang dirancang ini digubal dan dikemaskini dari masa ke semasa dan amat bertepatan dalam kemajuan kerjaya sebagai ahli akademik dan mampu untuk menarik dan menggunakan peluang yang tersedia ini bagi meningkatkan kualiti sama ada dalam aspek pengajaran dan pembelajaran, penulisan jurnal, penyeliaan, penyelidikan dan sebagainya melalui program latihan yang dilaksanakan agar kualiti akademik dapat bersaing di persada antarabangsa.

Nama Kursus

Tarikh

Tempat

Jumlah Peserta

Kursus Pengajaran dan Pembelajaran Efektif di IPT Kursus Analisis Data Penyelidikan Kuantitatif Kursus Penulisan Makalah Jurnal Berimpak dan Berindeks Kursus Analisis Data Penyelidikan Kualitatif Kursus Kemahiran Penyeliaan Efektif di IPT

22-24 Februari 2008 11-13 Mac 2008 25-27 Mac 2008 11-13 April 2008 18-20 April 2008

Hotel Royale Bintang Seremban, Negeri Sembilan Palm Garden, IOI Resort, Putrajaya Cyberview Lodge Resort dan Spa, Cyberjaya Hotel Bayview, Melaka

30

25

39

24

Hotel Regency Beach Resort, Tanjung Tuan, Port Dickson

24

Kursus Pengajaran dan Pembelajaran Efektif di IPT

Kursus Analisis Data Penyelidikan Kuantitatif

8 BULETIN PEMBANGUNAN AKADEMIK Bil. 1 JAN-APR 2008

LATIHAN & PERKEMBANGAN AKADEMIK

Kursus Kaedah Penyelidikan Kuantitatif dan Kualitatif (SLAB)


Md. Nora Md. Don

Peserta kursus diminta menyediakan proposal Pengisian penyelidikan dan membentangkan mengikut Sepanjang berkursus kumpulan kecil yang telah peserta diberi pendedahan dipecahkan kepada 3 dalam penulisan cadangan Kumpulan iaitu Gugusan penyelidikan kuantitatif Sains Sosial, Gugusan Sains berbentuk experimental/ dan Gugusan Perubatan dan tinjauan/survey manakala Kesihatan. Peserta perlu penulisan cadangan menghantar proposal penyelidikan kualitatif penyelidikan yang telah Kursus SLAB pada 24 - 27 Januari 2008 di berbentuk kajian kes atau dibentangkan serta KLIA, Sepang analisis dokumen/grounded diperbaiki untuk dinilai theory/ ethnography. Di semula oleh penceramah. samping itu penggunaan Penilaian proposal kaedah penyelidikan yang berbentuk tunjuk ajar penyelidikan akan diperakukan oleh Mesyuarat menganalisis data menggunakan perisian SPSS, SAS, Jawatankuasa Penilaian yang akan menentukan status AMOS dan Nvivo versi 7 dan 8 dalam pelbagai strategik peserta sama ada proposal penyelidikan yang dihasilkan pengumpulan, analisis data dan mengintergrasikan data baik, sederhana dan lemah. dalam menentukan kebolehpercayaan serta kesahan reka bentuk data kedua-duanya juga diperlihatkan kepada Jadual di bawah menunjukkan tarikh kursus peserta. Peserta kursus juga dapat membezakan pelbagai penyelidikan SLAB yang telah dilaksanakan sehingga bulan April tahun 2008.

elaksanaan kursus kaedah penyelidikan kuantitatif dan kualitatif di bawah Program SLAB adalah persetujuan bersama Unit Latihan, Pejabat Pendaftar dan PPA mulai tahun 2006. Kursus SLAB ini diadakan khas kepada tenaga akademik yang hendak bercuti belajar sama ada di peringkat Sarjana (Master) dan Doktor Falsafah (PhD).

reka bentuk penyelidikan kuantitatif dan kualitatif di samping dapat mengamalkan etika penyelidikan.

Proposal, Pembentangan dan Penilaian

Kursus

Tarikh

Tempat

Jumlah Peserta

Kaedah Penyelidikan Kuantitatif & Kualitatif (SLAB) Siri 1/2008 Kaedah Penyelidikan Kuantitatif & Kualitatif (SLAB) Siri 2/2008

24-27 Jan

Hotel Concorde Inn, KLIA, Sepang Hotel Concorde Inn, KLIA, Sepang

36

24-27 April

38

BULETIN PEMBANGUNAN AKADEMIK Bil. 1 JAN-APR 2008 9

HUBUNGAN LUAR

Lawatan Kerja dari Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia


Mohd. Najib Adun

ada 29 April 2008, PPA menerima kunjungan seramai tujuh orang kakitangan dari Jabatan Pengajian Politeknik & Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Lawatan bertujuan berkongsi pengalaman mengenai pelaksanaan Kursus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) kakitangan Akademik UKM. Kehadiran delegasi tersebut disambut oleh Prof. Ir. Dr. Riza Atiq Abdullah O.K Rahmat, Pengarah PPA di Bilik Senat, Bangunan Canselori. Dr. Salleh Amat, Timbalan

Pengarah (Latihan dan Perkembangan Akademik) memberikan taklimat mengenai perancangan dan pelaksanaan PTK Akademik UKM kepada semua delegasi. Delegasi tersebut juga berkesempatan melawat Muzium Warisan Akademik untuk melihat kejayaan dan kegemilangan UKM sejak ditubuhkan pada tahun 1970 hingga kini.

Prof. Ir. Dr. Riza Atiq O.K Rahmat menyampaikan ucapan aluan kepada delegasi

Taklimat disampaikan oleh Dr. Salleh Amat

Delegasi di Muzium Warisan Akademik

Para Pegawai PPA dan delegasi bergambar kenangan

10 BULETIN PEMBANGUNAN AKADEMIK Bil. 1 JAN-APR 2008

PENTADBIRAN

Penghargaan dan Terima Kasih Mantan Pengarah dan Kakitangan PPA


Mohd. Najib Adun

rof. Dato Dr. Muhammad Yahaya telah berkhidmat dengan cemerlang sebagai Pengarah PPA sejak tahun 2001 hingga 2007. Dengan sifat kepimpinan yang tegas dan berkeperibadian yang low profile, beliau telah berjaya menggerakkan PPA ke arah kecemerlangan universiti. Walaupun serius ketika menjalankan tugas sebagai pentadbir dan ahli akademik, namun beliau sentiasa mesra dengan kakitangannya. Sejak memegang tampuk pemerintahan PPA, beberapa kejayaan dan kegemilangan telah dicapai oleh PPA dan UKM:

Persijilan ISO Pengajian Prasiswazah Pelan Strategik UKM 2000-2020 Penstrukturan Fakulti dan Pusat Sambutan 30 dan 35 tahun UKM Penabayu dan Pekabayu Anugerah Kualiti UKM

Seluruh warga PPA mengucapkan syabas dan tahniah kepada beliau yang telah bersara dan sekarang berkhidmat sebagai Profesor di Pusat Pengajian Fizik Gunaan, Fakulti Sains dan Teknologi. Warga PPA juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua mantan kakitangan PPA yang telah tamat tempoh perkhidmatan dan bertukar ke jabatan lain selaras dengan penstrukturan semula PPA. Sesungguhnya jasa dan pengorbanan kalian di PPA amatlah dihargai. Selamat maju jaya ditempat baru. Jasamu tetap dikenang.

Anugerah Kualiti Perdana Menteri Universiti Penyelidikan

Nama

Jawatan

Tempat Baru

Prof. Dato' Dr. Muhammad Yahaya Prof. Madya Dr. Imran Ho Abdullah Prof. Madya Md. Zhahir Kechot Prof. Datin Dr. Siti Rahayah Ariffin Pn. Ruziyah Ahmad Pn. Norizwati Ibrahim Pn. Norjismi Abdul Malek Pn. Nila Kandi Juita Idris Pn. Mahanom Md. Yassin En. Ahmad Hazreen Wagiman En. Shahrin Anuar Pn. Norhayati Ibrahim

Pengarah Timb. Pengarah (Perancangan Strategik) Timb. Pengarah (Pengurusan Kualiti) Timb. Pengarah (Latihan Akademik) Ketua Penolong Pendaftar Pegawai Teknologi Maklumat Penolong Pegawai Tadbir Pem. Tadbir (Kesetiausahaan) Pem. Tadbir (Perkeranian/Operasi) Pem. Tadbir (Perkeranian/Operasi) Pem. Tadbir (Perkeranian/Operasi) Pem. Tadbir Rendah

Fakulti Sains dan Teknologi Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Fakulti Pendidikan

Pusat Perancangan dan Komunikasi Korporat

BULETIN PEMBANGUNAN AKADEMIK Bil. 1 JAN-APR 2008 11

Penerbitan PPA

uku ini mengandungi himpunan kertas kerja terpilih daripada Prosiding Seminar Kebangsaan ePembelajaran yang dianjurkan oleh Pusat Pembangunan Akademik, Universiti Kebangsaan Malaysia pada bulan Disember 2006. Buku ini juga mengandungi tiga tema utama iaitu Amalan Pedagogi dalam Persekitaran ePembelajaran, Pembangunan Bahan, dan Pelaksanaan Sistem Pengurusan Pembelajaran serta Isu dan Cabaran e-Pembelajaran. Tema pertama membincangkan pelbagai amalan pedagogi dalam persekitaran e-pembelajaran yang dipraktikkan oleh ahli akademik di IPT di Malaysia. Tema kedua mengemukakan elemen pembangunan bahan dan pelaksanaan sistem pengurusan pembelajaran yang dilaksanakan di IPT di Malaysia. Tema ketiga membahaskan isu dan cabaran yang diharungi oleh ahli akademik IPTA dalam pengimplementasian epembelajaran di Malaysia.

Pedagogi & Pembangunan e-Pembelajaran di Institusi Pengajian Tinggi 2007 Penerbit Pusat Pembangunan Akademik, UKM ISBN 978-983-2975-88-5, 245 hlm. RM20.00 Siti Rahayah Ariffin, Norazah Mohd. Nordin

Pembelian/Pesanan : e-mel : mnmd@pkrisc.cc.ukm.my Tel : 03-8921 5233

he success of e-learning depends on the policy governing its implementation strategies and the application factors. Policies governing the applications and usage of e-learning at tertiary education have to be in place in order to take advantage of the technological advances so that Malaysias aspiration to be the educational hub for the Asian region can be achieved.

This book is to prepare the readers to better understand the policy and implementation issues of elearning. The chapters presented are a collection of research and experience of educationists from various disciplines and universities in Malaysia and an overview of current research in e-learning for researchers, educators, policy makers and those who are involved in online learning.

Policy and Implementation of e-Learning At Institutions of Higher Learning 2008 Penerbit Pusat Pembangunan Akademik, UKM ISBN 978-983-2975-89-2, 239 hlm. RM20.00 Norizan Abdul Razak, Abd. Ghafur Ahmad

Pembelian/Pesanan : e-mel : mnmd@pkrisc.cc.ukm.my Tel : 03-8921 5233

12 BULETIN PEMBANGUNAN AKADEMIK Bil. 1 JAN-APR 2008

You might also like