You are on page 1of 16

BULETIN

BIL: 2/2008

MEI-NOVEMBER 2008

PUSAT PEMBANGUNAN AKADEMIK

Kandungan
Penilaian Prestasi Program Akademik Prasiswazah Lawatan Malim Sarjana Penubuhan PMPM Anugerah UNESCO Penyelidikan APC JTLHE Bengkel Buku Bengkel SPIN Kursus P&P Online SPIN Latihan Program SLAB Program Pemantapan Bengkel Penilaian KKM Penilaian Program Prasiswazah Program Kerjasama MARA Program Kerjasama KISDAR Lawatan USIM Struktur Organisasi Penerbitan ...1 ...2 ...4 ...5 ...5 ...5 ...5 ...7 ...8 ...8 ...9 ...10 ...10 ...11 ...12 ...13 ...14 ...14 ...15 ...16

PENILAIAN PRESTASI PROGRAM AKADEMIK PRASISWAZAH UKM MENGIKUT KEPERLUAN MQA


Penilaian prestasi akademik UKM yang meliputi sembilan domain memberi gambaran jelas pada keseluruhannya pada min pemarkatan 3.55 dan ini adalah pada tahap sederhana menurut skala yang digunakan iaitu diantara 1 hingga 5. Proses penilaian ini telah dilakukan pada 1-30 Julai 2008 ke atas 85 program pengajian prasiswazah yang merentasi 12 fakulti di UKM dan melibatkan seramai 92 orang panel penilai. Penilaian yang dibuat berdasarkan standard Code of Pactice Programme Accreditation (COPPA) dan Code of Practice Institutional Audit (COPIA).

Pusat Pembangunan Akademik Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 UKM Bangi, Selangor. Tel: (603) 8921 3890 (603) 8921 3891 Fax: (603) 8926 4816 e-mel: staff_ppa@pkrisc.cc.ukm.my web: www.ukm.my/ppa

Berdasarkan rajah tersebut menunjukkan bahawa domain kod amalan yang mendapat min pemarkatan paling tinggi ialah: Curriculum Design (3.70), diikuti oleh Academic Staff (3.67), dan Leadership and Governance (3.67).Manakala domain yang mendapat min pemarkatan paling rendah ialah Total Continous Quality Improvement- CQI (3.32). Kedua terendah ialah Programme Monitoring and Review (3.38) dan diikuti oleh Students Selection and Student Support Services (3.47). Sebagai persediaan untuk penilaian oleh pihak Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) pada bulan Januari 2009, semua fakulti diharap dapat meneliti dan menilai semula program pengajian prasiswazah agar dapat memenuhi standard yang ditetapkan oleh pihak MQA. Ini penting untuk memastikan kualiti program pengajian yang ditawarkan di UKM menunjukkan peningkatan berterusan dan menjadi pilihan utama pelajar.
BULETIN PEMBANGUNAN AKADEMIK Bil. 2 MEI-NOV 2008 1 BULETIN PEMBANGUNAN AKADEMIK Bil. 2 MEI-NOV 2008 1

BULETIN

SEMASA

PUSAT PEMBANGUNAN AKADEMIK


Pengarah Prof. Ir. Dr. Riza Atiq Abdullah O.K Rahmat Timbalan Pengarah (e-Pembelajaran) Prof. Dr. Mohamed Amin Embi Timbalan Pengarah (Latihan & Perkembangan Akademik) Dr. Salleh Amat Timbalan Pengarah (Perkembangan & Inovasi Kurikulum) Dr. Rosadah Abd. Majid Penolong Pendaftar Pn. Zaharah Zainal En. Mohd. Najib Adun Sidang Pengarang Buletin PPA Penasihat Prof. Ir. Dr. Riza Atiq Abdullah O.K Rahmat Editor Prof. Dr. Mohamed Amin Embi En. Mohd. Najib Adun Pengeluaran Ketua Pengeluaran Grak / Pereka / Citra Elektronik Pengedaran En. Md. Nora Md. Don

LAWATAN MALIM SARJANA

Pusat Pembangunan Akademik (PPA) telah menerima kunjungan daripada dua profesor pelawat pada 5 hingga 13 November 2008 iaitu Prof. Emeritus Dr. Jens Aage Hansen dari Aalborg University, Denmark dan Prof. Dr. Mohamed Ally dari Athabasca University, Canada. Dr. Jens Aage adalah pakar dalam bidang kejuruteraan awam dan sekitaran, namun beliau banyak terlibat dan aktif dalam projek penyelidikan berkaitan dengan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Berasakan Masalah (Problem Based Learning -PBL). Manakala Dr. Mohamed Ally adalah pakar dalam bidang e-Learning dan Mobile-Learning. Pelbagai program yang diaturkan sepanjang lawatan tersebut dan ramai warga akademik UKM hadir mengambil peluang ini.

En. Mohd Iqbal Ishak En. Mohd Qurbani Mohd Badris Pn. Shaidatulnurahim Mohd Bakir

MISI Merancang, melaksana dan memantau program latihan akademik, perkembangan dan inovasi kurikulum serta epembelajaran. VISI Bertekad menjadi pusat rujukan dan penggerak program pembangunan akademik bagi merealisasikan UKM sebagai pusat ilmu terpilih. MATLAMAT Memantap dan meningkatkan kualiti program pembangunan akademik UKM DASAR KUALITI Menyediakan perkhidmatan secara profesional bagi menjamin dan memantapkan program PPA untuk menepati kepuasan pelanggan.

2008 2 BULETIN PEMBANGUNAN AKADEMIK Bil. 2 MEI-NOV 2008 PEMBANGUNAN AKADEMIK 1

SEMASA

Biodata Prof. Emeritus Dr. Jens Aage Hansen


Dr. Jens Aage Hansen adalah seorang profesor dalam bidang Kejuruteraan Awam dan Sekitaran di University of Aalborg, Denmark. Beliau telah menghasilkan lebih 30 buah penerbitan. Antara penerbitan tersebut turut terdapat dalam jurnaljurnal terkemuka seperti Waste Management & Research dan Journal of Cleaner Production. Selain itu beliau juga pernah terlibat di dalam projek UNESCO bertajuk Capacity Building in Higher Education and Research : A key Component of Efcient Global Development. Disamping terlibat dengan penyelidikan serta penerbitan dalam bidang kejuteraan beliau juga aktif menjalankan projek berkaitan pendidikan khususnya kaedah Pengajaran Pembelajaran Berasaskan Masalah (Problem Based Learning-PBL).

Biodata Prof. Dr. Mohamed Ally


Dr. Ally is a Professor at Athabasca University in Canada. He completed his Ph.D. at the University of Alberta in Edmonton, Canada; his MA at Concordia University in Montreal, Canada, and his B.Sc. in Toronto, Canada. He is a Certied Training and Development Professional (CTDP) by the Canadian Society for Training and Development. Dr. Ally is a recognized leader in the areas of mobile learning (M-learning), E-learning, workplace training, and distance education. This is evident from his national and international activities around the world.

BULETIN PEMBANGUNAN AKADEMIK Bil. 2 MEI-NOV 2008 3 BULETIN PEMBANGUNAN AKADEMIK Bil. 2 MEI-NOV 2008 3

SEMASA

PENUBUHAN PERSATUAN MOBILE PEMBELAJARAN MALAYSIA (PMPM)


Pendekatan pembelajaran secara maya (elearning) telah dibudaya dan dipertingkatkan terutamanya di semua IPT di Malaysia. Kemajuan dan kepesatan ICT memerlukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlaku tanpa sempadan tidak mengira masa dan tempat. Kini, kaedah pembelajaran bergerak (Mobile Learning) baru diperkenalkan di Malaysia dan pengguna hanya memerlukan telefon bimbit (hand phone) sahaja untuk mendapatkan maklumat. Ini membolehkan pensyarah dan pelajar mencapai maklumat dengan pantas dan dapat berinteraksi dengan mudah dan cepat. Menyedari perubahan ini, UKM telah mengambil inisiatif menubuhkan Persatuan Mobile Pembelajaran Malaysia (PMPM) pada 12 November 2008 di Hotel Cyberview Lodge Resort, Cyberjaya. Penubuhan persatuan ini dilakukan sempena penganjuran International Workshop on Developing and Implementing Successful Distance Education, e-Learning and Mobile Learning.

2008 4 BULETIN PEMBANGUNAN AKADEMIK Bil. 2 MEI-NOV 2008 PEMBANGUNAN AKADEMIK 1

SEMASA

PROF. DR. MOHAMED AMIN EMBI


Dicalonkan Anugerah Unesco King Hamid bin Isa Al-Khalifa Prize For The Use Of ICT In Education
Buat julung kalinya Universiti Kebangsaan Malaysia telah mencalonkan Prof. Dr. Mohamed Amin Embi ke Anugerah Unesco King Hamid bin Isa AlKhalif, Prize For The Use Of ICT In Education pada 22 Ogos 2008. Beliau yang merupakan pensyarah di Fakulti Pendidikan kini menyandang jawatan Timbalan Pengarah (e-Pembelajaran) Pusat Pembangunan Akademik UKM sejak 1 Jun 2007. Kebolehan dan kemampuan beliau dalam bidang ICT dan e-Pembelajaran amat terserlah dengan kejayaan memenangi Anugerah Pengajar Cemerlang Peringkat Kebangsaan pada tahun 2006. Selain itu beliau juga telah menerima Anugerah Melayu Cemerlang (Bidang Pendidikan) sempena sambutan ulang tahun UMNO ke-62 pada 10 Mei 2008. Diperingkat UKM pula, beliau pernah menggondal Anugerah Pengajar Cemerlang, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Anugerah Penyelidikan.

TIGA PROJEK PENYELIDIKAN DI BAWAH PPA


Pusat Pembangunan Akademik UKM telah berjaya mendapatkan tiga projek penyelidikan di bawah Geran Operasi Universiti Penyelidikan (OUP) dan Geran Universiti Penyelidikan (GUP) untuk Nic Jati Diri Kebangsaan, Negara Bangsa, Kepelbagaian Budaya dan Globalisisasi. Projek penyelidikan ini memfokuskan tentang e-pembelajaran dan latihan serta perkembangan profesional ahli akademik UKM.

Projek Penyelidikan PPA.

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG UKM 2008


Tahniah diucapkan kepada Mohd Najib Adun dan Rosmah Mohd Noor di atas penerimaan anugerah perkhidmatan cemerlang UKM pada 31 Oktober 2008 daripada Yang Amat Mulia Tunku Laxamana Tunku Dato Seri Utama Naquiyuddin Ibni Tuanku Jaafar.

BULETIN PEMBANGUNAN AKADEMIK Bil. 2 MEI-NOV 2008 5 BULETIN PEMBANGUNAN AKADEMIK Bil. 2 MEI-NOV 2008 5

SEMASA

JOURNAL OF TEACHING AND LEARNING IN HIGHER EDUCATION (JTLHE)


www.ukm.my/jtlhe
Pusat Pembangunan Akademik (PPA) telah menerbitkan Journal Of Teaching And Learning In Higher Education yang memberi tumpuan kepada kaedah terkini pengajaran dan pembelajaran di IPT. Kewujudan jurnal ini memberi peluang kepada warga akademik UKM khasnya dan warga akademik IPT lain amnya untuk menyumbangkan artikel yang bersesuaian dengan peringkat pengajian tinggi. Bagi merealisasikan hasrat ini, Lembaga Editor yang diketuai oleh Pengarah PPA, Prof. Ir. Dr. Riza Atiq Abdullah O.K Rahmat telah ditubuhkan dan dibantu oleh editor lain seperti berikut: Bil. Nama Or gani sa si Peranan 1 Rosadah A bdul Maj id (P hD) Executive Centre for Academic Editor 2 Mohamed Amin Embi (PhD) Advancement, UKM Editors Professor 3 Salleh Amat (PhD) 4 Saemah Abd Rahman (PhD) Faculty of Education, UKM 5 Azami Zaharin (PhD) Faculty of Engineering, UKM Associate Professor 6 Muhammad Kamrul Kabilan School of Educational Abdullah (PhD) Studies, USM 7 Raja Maznah Raja Hussain Academic Development Centre, UM (PhD) Professor 8 Sidek Abdul Aziz (PhD) Centre for Academic Associate Professor Development, UPM 9 Mohamed Noor Hasan (PhD) Centre for Academic Professor Development, UTM 10 Ahmad Jelani Shaari (PhD) Centre for University Teaching & Associate Professor Learning, UUM 11 Centre for Academic Berhannudin Mohd Salleh Development, UTHM (PhD) 12 Zaharah Zainal Centre for Academic Technical 13 Advancement, UKM Editor Mohd Najib Adun Mohd Iqbal Ishak 14 Keluaran pertama jurnal ini dijangka pada bulan Disember 2008 dan seluruh warga akademik dijemput untuk menghantar artikel. Sehingga kini PPA telah menerima lebih daripada 15 jurnal dan sedang diwasit oleh Panel seperti berikut:
Bil. 1 2 3 Nama Prof. Dato' Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin Prof. Lynne Hunt Prof. Jens Aage Hansen Organisasi Vice Chansellor Universiti Kebangsaan Malaysia Pro Vice-Chansellor (Teaching & Learning) Office University of Southern Queensland, Australia Department of Chemistry, Biotechnology & Environmental Engineering Aalborg University, Germany Director, Centre for Distance Education Athabasca University, Canada Military Institute of University Education Hellenic Naval Academy, Greece Institute of Educational Studies & Development Airlangga University, Indonesia School of Electrical Engineering & Biomedical Engineering Program Bandung Institute of Technology, Indonesia Dept of Development & Planning, Aalborg University, Germany

4 5 6 7

Prof. Dr. Mohamed Ally Prof. Dr. Mikos E. Mastorakis Prof. Dr. Widji Soeratri Dr. Yoke Saadia Irawan

Prof. Dr. Anete Kolmos

2008 6 BULETIN PEMBANGUNAN AKADEMIK Bil. 2 MEI-NOV 2008 PEMBANGUNAN AKADEMIK 1

SEMASA

BENGKEL PENULISAN BUKU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN DI IPT : TEORI, APLIKASI DAN PRAKTIS
PPA telah mengadakan bengkel penerbitan buku pengajaran dan pembelajaran pada 28-30 November 2008 di Hotel Avillion Legacy Melaka. Seramai 21 penulisan telah dilantik untuk membantu PPA menerbitkan buku ini. Penerbitan buku ini sangat penting sebagai panduan kepada semua ahli akademik UKM untuk mengaplikasikan kaedah dan teknik terkini dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Buku ini ang dirancang untuk diterbitkan pada Januari 2009 dibahagikan kepada lima tema yang meliputi 24 bab seperti berikut:
Tema
Pembangunan Kurikulum Pengajian Tinggi

Tajuk Bab
Kurikulum Pengajian Tinggi Berdasarkan Pembelajaran Berasaskan Hasil Pembentukan Program Pengajian Berdasarkan Kerangka Kelayakan Malaysia Pembentukan Hasil Pembelajaran Kursus Penentuan Jam Pembelajaran Pelajar Kemahiran Generik Pembelajaran Dewasa Pembelajaran Kolaboratif & Koperatif Pembelajaran Terarah Kendiri Pembelajaran Berasaskan Masalah Pembelajaran Berasaskan Projek

Penulis
Prof. Ir. Dr. Wan Hamidon Wan Badaruzzaman Prof. Ir. Dr. Riza Atiq Abdullah O.K Rahmat Dr. Rosadah Abdul Majid Prof. Madya Dr. Abdul Halim Tamuri Prof. Madya Dr. Noriah Ishak Prof. Madya Dr. Norzaini Azman Dr. Saemah Rahman Prof. Dr. Mohamed Amin Embi Prof. Dr. Nabishah Mohamad Prof. Madya Dr. Ruhizan Mohd Yassin Dr. Norazah Mohd Nordin Dr. Mohd Arif Ismail Prof. Dr. Mohamed Amin Embi Dr. Badrulhisham Bahadzor Prof. Madya Dr. Supyan Hussin Prof. Madya Datin Dr. Norizan Abd. Razak Prof. Datin Dr. Siti Rahayah Ariffin Prof. Dr. Ima Nirwana Soelaiman Prof. Ir. Dr. Abdul Wahab Mohamad Prof. Dr. Nabishah Mohamad Prof. Madya Dr. Noriah Ishak Dr. Salleh Amat Prof. Madya Dr. Zuria Mahmud Prof. Madya Dr. Khairul Anwar Mastor

Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran

Teknologi Pengajaran dan Pembelajaran

Rekabentuk Pengajaran Media Pengajaran & Alat Bantu Mengajar Pembangunan Bahan Pembelajaran Kendiri Menggunakan SPIN Pembangunan Bahan Tutorial Multimedia Pengendalian Forum Atas Talian Pengendalian Kuiz Kendiri Atas Talian

Penaksiran dan Penilaian

Penilaian Formatif & Sumatif Mengikut Kerangka Kelayakan Malaysia Bentuk Penilaian Pembentukan Item Ujian Berdasarkan Hasil Pembelajaran Penilaian Berasaskan Kompetensi Penilaian Kemahiran Generik Motivasi dalam Pengajaran & Pembelajaran Bimbingan & Mentoran Profesionalisme dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Pendekatan Humanistik dalam Pengajaran dan Pembelajaran

BULETIN PEMBANGUNAN AKADEMIK Bil. 2 MEI-NOV 2008 7 BULETIN PEMBANGUNAN AKADEMIK Bil. 2 MEI-NOV 2008 7

e-PEMBELAJARAN

BENGKEL SPIN (SISTEM PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN INTERAKTIF)

KM telah membangunkan sistem e-pembelajaran baru yang dikenali sebagai SPIN (Sistem Pengajaran dan Pembelajaran Interaktif) bagi menggantikan Learning-Care. SPIN merupakan sistem yang berinteraksi dengan Sistem Maklumat Universiti (SMU) berperanan memasukkan nama pensyarah dan pelajar secara automatik pada setiap semester. Pembudayaan penggunaan e-pembelajaran antara pensyarah dan pelajar untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dipertingkatkan dari masa ke semasa dengan adanya SPIN. Bagi tujuan tersebut, PPA telah melaksanakan beberapa siri bengkel SPIN di kalangan pensyarah untuk membolehkan mereka menggunakan SPIN sepenuhnya untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Selain memasukan silibus dan nota kuliah, peserta yang hadir bengkel ini juga dilatih kaedah untuk melaksanakan kuiz secara online, pembahagian kumpulan untuk tugasan pelajar, tutorial dan forum.

Bil. Bengkel 1. SPIN Siri 3/2008 2. SPIN Siri 4/2008 3. SPIN Khas Dekan/ Pengarah 4. SPIN Khas Tenaga Pengajar Kursus PPA

Tarikh 05 Mei 2008 16 Jun 2008 21 Jun 2008 15 Julai 2008

KURSUS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SECARA ON-LINE


Dengan kemudahan teknologi maklumat terkini, aktiviti pengajaran dan pembelajaran boleh berlaku di mana sahaja tanpa mengira tempat dan masa. Pelajar dan pensyarah boleh berkomunikasi secara maya tanpa perlu berjumpa dan menggalakkan proses pembelajaran sepanjang hayat. Di UKM, SPIN (Sistem Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran Interaktif) merupakan satu sistem yang dibangunkan khas untuk membantu pensyarah dan pelajar melaksanakan pembelajaran secara on-line. Pensyarah bukan sahaja dapat memuatkan kandungan kursus/ syllabus, nota kuliah dan soalan kuiz dalam SPIN malahan aktiviti forum dan perbincangan dalam dilaksanakan secara on-line. Berdasarkan hakikat tersebut, PPA telah mengambil langkah proaktif melaksanakan Kursus Pengajaran dan Pembelajaran On-line kepada semua pensyarah bagi tujuan pembudayaan aktiviti e-pembelajaran di kalangan pensyarah. Sebanyak dua siri kursus tersebut telah diadakan pada 17-20 Jun 2008 dan 28-31 Oktober 2008 yang dihadiri seramai 75 pensyarah. Peserta yang hadir didedahkan dengan teori dan aplikasi e-pembelajaran, kaedah penyediaan nota kuliah interaktif dengan menggunakan perisian camtasia dan membangunkan bahan multimedia, kuiz serta ujian atas talian. Selain itu, peserta juga berpeluang membina item ujian menggunakan hot potatoes, pengurusan forum serta pembelajaran kolaboratif dan koperatif.
2008 8 BULETIN PEMBANGUNAN AKADEMIK Bil. 2 MEI-NOV 2008 PEMBANGUNAN AKADEMIK 1

e-PEMBELAJARAN

SPIN LATIHAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL


Sistem Pengajaran dan Pembelajaran Interaktif (SPIN) yang dibangunkan mempunyai empat enjin iaitu SPIN Kampus Bangi, SPIN Kampus Kula Lumpur, SPIN PKP dan SPIN Latihan dan Perkembangan Profesional. SPIN Latihan dan Perkembangan Profesional adalah di bawah kawalan dan seliaan PPA. Namun begitu, semua Fakulti, Pusat, Jabatan dan Bahagian yang ada menganjurkan kursus digalakkan menggunakan SPIN Latihan untuk memastikan kursus dapat dilaksanakan dengan efektif. Mulai Oktober 2008, semua kursus anjuran PPA akan menggunakan SPIN Latihan dan Perkembangan Profesional. Dengan adanya medium ini, peserta yang telah mendaftar kursus anjuran PPA akan diaktifkan namanya dalam SPIN ini dan boleh membuat persediaan awal sebelum menghadiri kursus. Ini kerana semua nota dan soalan ujian pengukuhan boleh dilayari oleh peserta sebelum hadir berkursus. Sehingga kini Kursus berikut telah dimasukkan dalam SPIN Latihan: i. PTK 3, PTK 4, PTK 5 dan PTK 6 ii. Kursus SLAB iii. Kursus Pengajaran dan Pembelajaran Secara Online iv. Kursus Pemantapan Tenaga Akademik

BENGKEL SPIN LATIHAN UNTUK PTSL


Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL) dengan kerjasama PPA telah melaksanakan bengkel spin pada 17 November 2008. Bengkel ini bertujuan melatih kakitangan PTSL yang terlibat secara langsung dalam mengendalikan kursus sama ada sebagai penceramah dan fasilitator untuk membangunkan modul secara online. Peserta didedahkan dengan pelbagai fungsi SPIN yang boleh diguna pakai untuk tujuan latihan secara online seperti memuat naik nota ceramah, soalan kuiz dan latihan, forum dan sebagainya. Selain itu, peserta juga dilatih menggunakan perisian camtasia untuk menyediakan nota kuliah dan tutorial secara interaktif.

PPA juga sedang merancang untuk memperluaskan penggunaan SPIN Latihan ini kepada Unit Latihan Jabatan Pendaftar, Pusat Teknologi Maklumat dan semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang secara aktif mengendalikan program latihan/ bengkel/kursus.

BENGKEL SCORM
(Sharable Content Object Reference Mode)
PPA merancang untuk menjalankan projek membangunkan bahan kuliah secara interaktif dengan menggunakan SPIN. Sebagai permulaan, sebelas kursus wajib dari Pusat Pengajian Umum (PPU) telah dipilih sebagai pilot projek untuk merealisasikan hasrat ini. Bagi membangunkan bahan kuliah interaktif, SCORM merupakan alat utama dan penting. Seramai 10 peserta terdiri dari kakitangan PPA dan PTM yang terlibat secara langsung membangunkan bahan kuliah interaktif telah hadir Bengkel Scorm di Universiti Multimedia pada 5-6 November 2008. Bengkel ini penting untuk mendedahkan peserta dengan pendekatan terkini e-pembelajaran dan pembangunan bahan interaktif.
BULETIN PEMBANGUNAN AKADEMIK Bil. 2 MEI-NOV 2008 9 BULETIN PEMBANGUNAN AKADEMIK Bil. 2 MEI-NOV 2008 9

LATIHAN & PERKEMBANGAN AKADEMIK

PROGRAM SLAB: KURSUS KAEDAH PENYELIDIKAN KUANTITATIF DAN KUALITATIF

rogram SLAB untuk kakitangan akademik yang akan bercuti belajar telah dilaksanakan oleh PPA dengan jayanya pada 2427 Ogos 2008 dan 23-26 Oktober 2008. Fasa pertama dikendalikan oleh Unit Latihan, Jabatan Pendaftar yang lebih menjurus kepada maklumat umum berkenaan prosedur dan syarat cuti belajar, urusan perundangan, hal-ehwal kewangan dan falsafah penyelidikan. Manakala fasa kedua dikendalikan oleh PPA yang memfokuskan kepada penulisan cadangan penyelidikan, pendedahan mengenai reka bentuk penyelidikan kuantitatif dan kualitatif, latihan penggunaan perisian SPSS, NVIVO, SAS dan AMOS. Peserta juga didedahkan dengan kaedah penganalisisan dan pengesahan data di samping membuat pembentangan cadangan penyelidikan di depan panel penilai dalam bidang tujahan gugusan. Seramai 45 peserta hadir ke kursus ini.
Bil 1 Kursus Kursus Kaedah Penyelidikan Kuantitatif dan Kualitatif Bil.3/2008 Kursus Kaedah Penyelidikan Kuantitatif dan Kualitatif Bil.4/2008 Tarikh 24 27 Ogos 2008 Tempat Bilik Latihan Kolej Keris Mas UKM. Hotel Residence Uniten, Bangi.

23 26 Okt. 2008

PROGRAM PEMANTAPAN TENAGA AKADEMIK


Perkembangan profesionalisme ahli akademik UKM sering diberi perhatian seiring dengan status UKM sebagai Universiti Penyelidikan. PPA sentiasa merancang program-program yang bersesuaian untuk ahli akademik supaya dapat terus berdaya saing dan kekal cemerlang di persada antarabangsa. Peranan PPA berfokus kepada peningkatan kualiti program akademik UKM yang selari dengan hasrat Kementerian Pengajian Tinggi untuk menjadikan Malaysia sebagai hub pendidikan tinggi. Bagi menzahirkan hasrat tersebut, PPA telah melaksanakan Kursus Analisis Data Penyelidikan Kualitatif pada 23-25 Mei 2008 di Hotel Blue Wave Shah Alam. Kursus yang telah dihadiri serama 35 peserta sangat membantu ahli akademik terutamanya dalam bidang tujahan sains sosial dan sains kesihatan untuk menjalankan penyelidikan menggunakan kaedah kualitatif. Selain itu, PPA juga telah melaksanakan Kursus Pengajaran dan Pembelajaran Efektif di IPT khususnya untuk tenaga pengajar ko-kurikulum UKM. Kursus ini telah diadakan pada 27-29 Jun 2008 yang telah dihadiri seramai 48 peserta. Kebanyakan peserta yang hadir dari kalangan pentadbir yang terlibat secara langsung mengajar kursus ko-kurikulum dan kursus ini mendedahkan teknik pengajaran dan penyampaian yang berkesan.
Bil 1 Kursus Kursus Analisis Data Penyelidikan Kualitatif Siri 2/2008 Kursus Pengajaran dan Pembelajaran Efektif di IPT Tarikh 23-25 Mei 2008 27-29 Jun 2008 Tempat Hotel Blue Wave Shah Alam Hotel Concorde Inn, KLIA Sepang

10 BULETIN PEMBANGUNAN AKADEMIK Bil. 2 MEI-NOV 2008 BULETIN PEMBANGUNAN AKADEMIK 1 2008

LATIHAN & PERKEMBANGAN AKADEMIK

PROGRAM PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN (PTK)


Pusat Pembangunan Akademik dipertanggungjawabkan mengendalikan pelaksanaan kursus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dikalangan ahli akademik. Kursus PTK adalah sebahagian syarat ahli akademik memohon kenaikan pangkat dan pergerakan gaji dalam Sistem Saraan Malaysia (SSM). Kursus PTK yang dilaksanakan oleh PPA meliputi Kompetensi Umum dan Kompetensi Khusus yang mempunyai Jawatankuasa Penggubalan Kurikulum PTK yang dilantik atas kelulusan Timbalan Naib Canselor (Akademik) untuk diberi mandat untuk menyediakan sinopsis, kurikulum, menyemak dan mengkaji semua kandungan silibus kursus. Program kursus PTK yang dijalankan pada bulan Mei 2008 dan berakhir pada Jun 2008 seperti berikut:
Bil. 1 2 3 4 Nama Kursus Kursus PTK 3 Kumpulan 17 Kursus PTK 5 Kumpulan 9 Kursus PTK 5 Kumpulan 10 Kursus PT6 Kumpulan 13 Tarikh Tempat Jumlah Peserta 32 37 38 12

27-30 Hotel Palm Garden, Mei 2008 Putrajaya 3-6 Jun 2008 10-13 Jun 2008 24-27 Jun 2008 Hotel Residence, Bangi Hotel Residence, Bangi Hotel Residence, Bangi

Bangi yang dihadiri seramai 12 orang. Terdahulu kesemua peserta PTK3/PTK5 dan PTK6 tenaga akademik telah menghadiri taklimat separuh hari ePembelajaran secara on-line.
Bil. 1 2 3 4 Nama Kursus Kursus PTK 3 Kumpulan 17 e-Pembelajaran (on-line) Kursus PTK 5 Kumpulan 9 e-Pembelajaran (on-line) Kursus PTK 5 Kumpulan 10 e-Pembelajaran (on-line) Kursus PT6 Kumpulan 13 e-Pembelajaran (on-line) Tarikh 6 Mei 2008 13 Mei 2008 20 Mei 2008 2 Jun 2008 Tempat Bilik Makmal Java, FTSM, UKM Bilik Makmal Java, FTSM, UKM Bilik Makmal Java, FTSM, UKM Bilik Makmal Java, FTSM, UKM Jumlah Peserta 32 37 38 12

PTK3 yang telah diadakan pada 27 hingga 30 Mei 2008 bertempat di Hotel Palm Garden dihadiri oleh 32 orang dan 3 orang daripadanya adalah dari Universiti Putra Malaysia (UPM). Kursus PTK5, telah dibahagikan kepada 2 kumpulan. PTK5 Kumpulan 9 telah diadakan pada 3 hingga 6 Jun 2008, bertempat di Hotel Residence, Bangi yang dihadiri seramai 37 orang. Manakala PTK5 Kumpulan 10 yang telah diadakan pada 10 hingga 13 Jun 2008 telah dihadiri seramai 38 orang yang juga diadakan di Hotel Residence, Bangi. Sementara PTK6 Kumpulan 13 telah diadakan pada 24 hingga 27 Jun 2008, bertempat di Hotel Residence,
BULETIN PEMBANGUNAN AKADEMIK Bil. 2 MEI-NOV 2008 11 BULETIN PEMBANGUNAN AKADEMIK Bil. 2 MEI-NOV 2008 11

PERKEMBANGAN & INOVASI KURIKULUM

BENGKEL PENILAI KERANGKA KELAYAKAN MALAYSIA (MQF)

ebagai persediaan m e n g h a d a p i proses penilaian program pengajian prasiswazah dari pihak Agensi Kelayakan Malaysia/ Malaysian Qualification Agency (MQA), PPA telah melaksanakan Bengkel Penilai Kerangka Kelayakan Malaysia pada 22 Mei 2008 di Hotel Equatorial Bangi. Bengkel yang dihadiri seramai 120 peserta telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dato Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Sahabudin, Naib Canselor UKM. Peserta yang hadir terdiri daripada kakitangan akademik yang telah dicalonkan oleh kedekanan fakulti masing-masing dan telah dilanitk sebagi panel penilai dalaman oleh Universiti. Semua peserta yang hadir telah didedahkan dengan Code of Practice Programme Accreditation (COPPA) dan Code of Practice Institutional Audit (COPIA). Kedua-dua kod amalan ini telah dibangunkan oleh pihak MQA dan merupakan garis panduan ynag perlu dipatuhi dan

diikuti oleh semua panel penilai ketika melakukan proses penilian dalam di semua fakulti. Selain itu, peserta turut diterapkan dengan amalan etika yang perlu wujud dalam diri sebagai seorang penilai serta memupuk kerjasama dalam satu pasukan dan membina keyakinan untuk melaksanakan penilaian dengan efektif. Selain daripada Prof. Zita Hj. Mohd Fahmi yang diundang sebagai fasilitator, bengkel ini turut dibantu oleh fasilitator yang berpengalaman dan sering terlibat dengan proses penilaian program akademik oleh pihak MQA iaitu Prof. Ir. Dr. Wan Hamidon Wan Badarozzaman dan Prof. Ir. Dr. Abdul Wahab Mohamad.

PENILAIAN PROGRAM AKADEMIK PENGAJIAN PRASISWAZAH UKM

u s a t P e m b a n g u n a n A k a d e m i k ( P PA ) bertanggungjawab memantau dan memastikan semua program pengajian prasiswazah di setiap fakulti mematuhi Kerangka Kelayakan Malaysia/ Malaysian Qualication Framework (MQF) seperti mana yang telah dipersetujui oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Sehubungan itu, Kurikulum bagi setiap program yang dibangunkan perlu ada Hasil Pembelajaran/ Leraning Outcome (LO) dan Hasil Program/ Programme Outcome (PO) dan Hasil Kursus/ Course Outcome (CO). Bagi memastikan UKM bersedia dinilai oleh pihak MQA pada bulan Januari 2009, PPA telah mengaturkan program penilaian terhadap semua program pengajian prasiswazah di setiap fakulti pada 10 30 Julai 2008. Seramai 98 panel penilai membantu dalam proses penilaian ini yang melibatkan 87 program pengajian prasiswazah. Semua panel penilai tersebut telah diberi latihan oleh PPA sebelum mereka layak untuk menilai program pengajian prasiswazah.
12 BULETIN PEMBANGUNAN AKADEMIK Bil. 2 MEI-NOV 2008 BULETIN PEMBANGUNAN AKADEMIK 1 2008

Kesemua laporan penilaian tersebut telah dimaklumkan kepada semua fakulti untuk diambil perhatian dan tindakan sewajarnya bagi meningkat dan memantapkan lagi dari masa ke semasa terhadap program pengajian yang sedia ada. Laporan ini juga amat penting bagi pihak fakulti untuk menerima kunjungan dari pihak MQA pada bulan Januari 2009 nanti.

HUBUNGAN LUAR

PROGRAM KERJASAMA MARA DENGAN PPA: KURSUS ENGLISH LANGUAGE FOR MATHEMATICS
Majlis Amanah Rakyat (MARA) dengan kerjasama Pusat Pembangunan Akademik (PPA) UKM telah mengendalikan Kursus English Language For Mathematics pada 22 26 Jun 2008 di Hotel De Palma Inn Shah Alam yang telah dirasmikan oleh Dr. Salleh Amat, Timbalan Pengarah (Latihan dan Perkembangan Akademik), PPA UKM. Seramai 28 peserta telah hadir yang terdiri daripada kalangan guru Institut Kemahiran MARA (IKM) seluruh Malaysia.

dan teknik yang efektif untuk meningkatkan tahap kefahaman dikalangan pelajar sewaktu di dalam kelas. Diakhir kursus peserta secara individu berpeluang membuat pembentangan pengajaran dalam sesi pengajaran mikro dan dinilai oleh fasilitator. Maklumbalas daripada fasilitator dalam sesi pengajaran mikro ini dapat diambil perhatian dan tindakan oleh semua peserta bagi tujuan penambahbaikan dan peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran sewaktu di bilik kuliah dari masa ke semasa. Objektif penganjuran kursus untuk meningkatkan tahap keyakinan mengajar subjek matematik dengan menggunakan bahasa Inggeris dikalangan guru tersebut. Disamping membantu peserta menulis hasil pembelajaran serta membentuk soalan yang tepat dalam bahasa Inggeris, mereka juga didedahkan tentang kaedah Seramai 8 kakitangan akademik UKM telah dilantik sebagai fasilitator untuk membantu kursus ini, iaitu Prof. Madya Dr. Kamisah Osman, Pn. Azizah Yaakob, En. Azhar Jaluddin, Pn. Nor Fariza Mohd. Noor, Pn. Azizah Mohd Zahidi, Cik Roslinda Rosli, Cik Rozita Ramli dan Cik Siti Noradah Mohd. Ramli.

BULETIN PEMBANGUNAN AKADEMIK Bil. 2 MEI-NOV 2008 13 BULETIN PEMBANGUNAN AKADEMIK Bil. 2 MEI-NOV 2008 13

HUBUNGAN LUAR

PROGRAM KERJASAMA KISDAR DENGAN PPA: KURSUS PENGUKURAN DAN PENILAIAN PEPERIKSAAN DI IPT
Kojel Islam Darul Ridzuan (KISDAR) Perak telah menjalinkan kerjasama dengan PPA UKM menganjurkan Kursus Pengukuran dan Penilaian Peperiksaan di IPT pada 29 -31 Oktober 2008. Kursus yang dirasmikan oleh Rektor KISDAR telah dihadiri seramai 32 pensyarah KISDAR. Kursus ini bertujuan untuk melatih peserta membuat dan menganalisa soalan-soalan peperiksaan peringkat pengajian tinggi mengikut aras kesukaran yang tertentu. Selain itu peserta juga didedahkan dengan teknik membina soalan ujian berdasarkan sinopsis kursus serta bagaimana untuk memilih, mengumpul, menyusun dan membina soalan peperiksaan berkualiti mengikut taksonomi bloom dan berdasarkan jadual spesikasi. Penceramah dan fasilitator UKM terdiri daripada Prof. Madya Dr. Abdul Gahfur Ahmad, Dr. Rokiah@ Rozita Ahmad, Dr. Azmin Sham Rambly dan Cik Faridatulazna Ahmad Shahabuddin yang kesemuanya merupakan pensyarah dari Fakulti Sains dan Teknologi.

LAWATAN KERJA DARI USIM


PPA telah menerima kunjungan daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 18 Jun 2008. Lawatan kerja bertujuan mendapatkan maklumat berkenaan pelaksanaan program latihan untuk kakitangan akademik UKM iaitu Kursus Pemantapan Tenaga Akademik, Kursus PTK, Kursus SLAB, Kursus e-Pembelajaran dan Kursus Bahasa Inggeris. Sebagai IPTA baru, pihak USIM memerlukan
14 BULETIN PEMBANGUNAN AKADEMIK Bil. 2 MEI-NOV 2008 BULETIN PEMBANGUNAN AKADEMIK 1 2008

bantuan dari segi pengalaman dan kemahiran untuk menubuhkan sebuah pusat yang berperanan memberi latihan kepada bagi peningkatan profesionalisme kakitangan akademik mereka. PPA mengharapkan hubungan yang terjalin dengan USIM akan dapat diteruskan dari masa ke semasa untuk berkongsi pengalaman dalam apa juga bidang demi kepentingan bersama.

STRUKTUR ORGANISASI

BULETIN PEMBANGUNAN AKADEMIK Bil. 2 MEI-NOV 2008 15 BULETIN PEMBANGUNAN AKADEMIK Bil. 2 MEI-NOV 2008 15

PENERBITAN

Senarai harga buku : 1) 2) 3) Online Teaching and Learning in ELT RM 36.00 Reading In Online Language Learning RM 32.00 Teknologi Maklumat & Komunikasi RM 35.00

Untuk pembelian buku sila hubungi :En. Mohd. Najib Adun Tel: 603-8921 3791 email: najib@ukm.my

16 BULETIN PEMBANGUNAN AKADEMIK Bil. 2 MEI-NOV 2008 BULETIN PEMBANGUNAN AKADEMIK 1 2008

You might also like