You are on page 1of 24

FOLIO SEJARAH 2011

NAMA: KELAS:
NO.KP: NAMA GURU:

no

tajuk

Muka surat

1 2 3 4 5 6 7

Penghargaan Objektif kajian Kaedah kajian Hasil kajian Rumusan Lampiran Rujukan

Penghargaan
Bersyukur ke hadrat Illahi dengan limpahkurnia-Nya akhirnya saya dapat jugamenyiapkan kerja kursus sejarah ini dalam tempoh masa yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah saya.Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada Pn.Chua selaku guru mata pelajaran sejarah tingkatan 2M yang banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta panduan ketika menyiapkan kerja kursus sejarah ini.Sekalung jutaan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada ibu saya Rokiah dan ayah saya sulaiman,serta ahli keluarga yang lain telah banyak bantu dari segi kewangan mahu pun pengetahuan atau mencari bahan.Tidak lupa juga kepada rakanrakan yang telah banyak membantu saya untuk menyelesaikan folio sejarah ini.

OBJEKTIF KAJIAN
Saya telah menjalankan kajian yang bertajuk Institusi Pentadbiran tempatan yang terdapatdi negara kita. Objektif kajian adalah seperti,melalui kajian yang dibuat, saya dapat mengenalpasti sumber-sumber institusi pentadbiran dengan sahih dan tepat seperti sejarah MBI dan juga carta organisasi mereka.Selain itu saya juga dapat mengetahui secara lebih mendalam matlamat Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) untuk membangunkan bandaraya Ipoh.Tambahan pula, melalui kajian ini juga, saya dapat mengetahui sejarah penubuhan,undang-undang kecil, peranan pentadbiran serta cara pelantikan pentadbir.Secara tidak langsungdapat menanamkan semangat patriotism dan jati diri dalam kalangan generasi muda .

KAEDAH KAJIAN
Dalam menyiapkan kajian ini, beberapa kaedah kajian telah digunakan untuk mendapat maklumat yang diperlukan. Antara kaedah yang saya gunakan ialah melayari internet maklumatmaklumat mudah diperoleh melalui internet.Internet juga dapat membantu saya dalam memuat turun bahan-bahan yang saya perlukan dengan cepat.Oleh kerana saya memilih Majlis Bandaraya Ipoh (MBI)sebagai topik saya dalam folio ini.

HASIL KAJIAN
Institusi Pentadbiran Tempatan Nama Rasmi:Majlis Bandaraya Ipoh Nama Ringkas:MBI Lokasi: Ipoh City Council Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450 Ipoh, Visi:VISI "Ipoh Bandaraya Sejahtera, Dinamik Dan Maju" MISI "Membina
Bandaraya Yang Kondusif Bagi Pembangunan Ekonomi, Sosio Budaya Dan Pembangunan Modal Insan "

VISI penubuhan: Antara objektif penubuhan MBI ialah mereka bertanggungjawab di atas perancangan kawasan dan pengawalan bagi mencapai matlamat yang dirancangkan.Selain itu, mereka jugabertanggungjawab dalam membuat dasar berkenaandengan perancangan dan pembangunan tanah dan bangunan di dalam kawasannya.Seterusnya mereka juga merancang dan melaksanakan program-program pembangunan, sosio-ekonomi dengan koordinasi, bantuan serta kerjasama Negeri dan Kerajaan Persekutuan.Memastikan semua bangunan yang dibina mengikut keperluanUndang-Undang Bangunan dan mematuhi garis panduan fizikal yang ditetapkan. Mereka juga akan memastikan perancangan dan pelaksanaan projek-projek pembangunan serta penyelenggaraan infrastruktur dijalankan dengan baik untuk kemudahan dan keselesaan

awam.Tambahan lagi MBI juga bertanggungjawab untuk mewujudkan sistem percukaiandan sewaan yang adil melalui penilaian dan pengurusan harta yang berkesan sertareliable. Akhirnya memastikan perkhidmatan perbandaran pada tahap yang memuaskan melalui proses penyeliaan yang cekap dan berkesan juga antara objektif penubuhan mereka.

Carta organisasi dan senarai pentadbir

LATARBELAKANG
Perkembangan pentadbiran Ipoh berkait rapat dengan keluasan kawasan pentadbiran Ipoh.Ini menjelaskan terbukti dari detik-detik sejarah yang akhirnya menaikkan taraf Ipoh sebagai bandaraya dan ibu negeri Perak Darul Ridzuan.

Ipoh pada mulanya hanyalah menjadi tumpuan tempat persinggahan dan perniagaan terpenting bagi daerah-daerah di sekitarnya.Nama Ipoh dipercayai berasal dari pokok Upas.Orang Inggeris menyebut Epu manakala orang cina pula menyebut Ipoh atau Paluh. Sehingga tahun 1890-an,Sungai Kinta menjadi perhubungan utama di antara ipoh dengan kawasan-kawasan lain atau luar negeri Perak.Selepas tahun 1874,perkembangan Daerah Kinta amat lembab terutama masalah perhubungan melalui Sungai Kinta .Kenderaan seperti sampan,gajah dan kereta lembu memakan masa yang lama. Dalam tahun 1884,jalan raya wujud menghubungi kawasan perkampungan Gopeng dan pelabuhannya di Kota Bahru dan seterusnya menghubungkan kawasan perlombongan Papan dengan Batu Gajah. Perkhidmatan bas bermula pada tahun 1910 dan tahun 1911 Pejabat Pendaftar Kereta Motor telah ditubuhkan di Ipoh.Pada tahun 19051915.Kinta Sanitary Board Northtelah diwujudkan dan tahun 191619941,Kinta District Board di bawah pentadbiran British Military Administrationmengambil tempat. Manakala dalam tahun 1946-1954, Kinta Town Board telah wujud yang bermula dibawah penyelarasan Major J.S Drake dan pada tahun 19541956,G.S Walker menjadi Pengerusi Ipoh dan Menglembu Town Coucil ditubuhkan pada tahun 1757-1962 diketuai oleh Encik Abdullah bin Udi.Pada 31hb Mei 1962,Ipoh telah dinaikkan taraf perbandaran dan dikenali sebagai Majlis Perbandaran Ipoh yang dipengerusikan oleh E.G Walker. Pada 27 Mei 1988,DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan telah mengisytiharkan taraf Bandaraya kepada Ipoh,ibu negeri Perak Darul Ridzuan.Majlis Perbandaran Ipoh dikenali sebagai Majlis Bandaraya Ipoh dan Ketua Eksekutifnya bergelar Datuk Bandar.Kini dibawah pimpinan Datuk Bandar,Majlis bandaraya Ipoh terus berusaha untuk menjadikan Bandaraya Ipoh sebagai sebuah Bandaraya yang dinamik dan unggul.

Undang-undang kecil

Undang-Undang Kecil Gerai-Gerai Milik Majlis 1. Undang-Undang Kecil MBI (Gerai-Gerai Tepi Jalan Kepunyaan Majlis) 1974 2. Undang-Undang Kecil MBI (Gerai-Gerai Tepi Jalan Kepunyaan Majlis) (Pindaan)1980 3. Undang-Undang Kecil MBI (Gerai-Gerai Tepi Jalan Kepunyaan Majlis)(Pindaan) 1981 4. Undang-Undang Kecil MBI (Gerai-Gerai Tepi Jalan Kepunyaan Majlis) (Pindaan) 1984 Undang-ungang penjaja 1. Undang-Undang Kecil Penjaja (MBI) 1981 2. Undang-Undang Kecil Penjaja (MBI) 1997 Undang-Undang Kecil Perlesenan Perdagangan Perniagaan Dan Perusahaan 1. Undang-Undang Kecil Perlesenan Perdagangan Perniagaan Dan Perusahaan [MBI] 1981 2. Undang-Undang Kecil Perlesenan Perdagangan Perniagaan Dan Perusahaan [MBI] [Pindaan] 1982 3. Undang-Undang Kecil Perlesenan Perdagangan Perniagaan Dan Perusahaan [MBI] [Pindaan] 1987 4. Undang-Undang Kecil Perlesenan Perdagangan Perniagaan Dan Perusahaan [MBI] [Pindaan] 1997. 5. UUK Perlesenan Tred, Perniagaan & Perindustrian [MBI] (Pin) 1997 Pembetulan 6. UUK Perlesenan Tred, Perniagaan & Perindustrian [MBI] (Pin) 1999- kebenaran bertulis daripada pemunya. 7. UUK Perlesenan Tred, Perniagaan & Perindustrian [MBI] (Pin) Pembetulan UUK3 Undang-Undang Kecil Pengendali Makanan 1. Food Handlers [Ipoh Municipal Council By-Laws 1981. Undang-Undang Kecil Pengawalan Dan Pengawasan Tempat-Tempat Makan 1. Undang-undang kecil pengawalan dan pengawasan tempat-tempat makan [MPI] 1981. Undang-Undang Kecil Mengkompaun Kesalahan 1. Undang-Undang Kecil (Mengkompaun kesalahan )(MBI) 1980 2. Undang-Undang Kecil (Mengkompaun kesalahan )(MBI) (Pindaan)1992

Undang-Undang Kecil Mengawal Pasar Awam Dan Pasar Swasta 1. Undang-Undang Kecil Mengawal Pasar Awam Dan Pasar Swasta [MBI] 1984. Pk.P.U.17/10.5.1984 1. Undang-Undang Kecil Mengawal Pasar Awam Dan Pasar Swasta [MBI] [Pindaan] 1985 Pk.P.U.41/29.8.1985 1. Undang-Undang Kecil Mengawal Pasar Awam Dan Pasar Swasta [MBI] [Pindaan] 1990 Pk.P.U.17/2.8.1990 1. Undang-Undang Kecil Mengawal Pasar Awam Dan Pasar Swasta [MBI] [Pindaan] 1997 Pk.P.U.5/2.8.1997 1. Undang-Undang Kecil Mengawal Pasar Awam Dan Pasar Swasta [MBI] [Pindaan] 1987 Pk.P.U.23/10.4.1997

Undang-Undang Kecil Pasar Malam 1. Undang-Undang Kecil [pasar malam] MBI 1973 Pk.P.U.30/30.8.1973. Undang-Undang Kecil Perlesenan Anjing 1. Undang-Undang Kecil Perlesenan Anjing [MBI] 1987 2. Undang-Undang Kecil Perlesenan Anjing [MBI] 1987 Pembetulan 3. Undang-Undang Kecil Perlesenan Anjing [MBI] [Pindaan] 1990 Undang-Undang Kecil Larangan Merokok 1. Undang-Undang Kecil Larangan Meroko Dalam Panggung [MPI] 1984. Undang-Undang Kecil Kedai Gunting Rambut Dan Pendandan Rambut

1. Undang-Undang Kecil Kedai Gunting Rambut Dan Pendandan Rambut [MPI] 1981. Undang-Undang Kecil Rumah Urut 1. Undang-Undang Kecil Rumah Urut [MPI] 1981. 2. Undang-Undang Kecil Rumah Urut [MPI] [Pin] 1997. Undang-Undang Kecil Tandas Awam 1. Undang-Undang Kecil Tandas Awam [MBI] 1990 Undang-Undang Kecil Iklan 1. Undang-Undang Kecil Iklan [MPI] 1987 2. Undang-Undang Kecil Iklan [MBI] [Pindaan] 1994 3. Undang-Undang Kecil Iklan [MBI] [Pindaan] 1997 Undang-Undang Kecil Iklan Pilihanraya 1. Undang-Undang Kecil Kerajaan Tempatan [Iklan Pilihanraya][MBI] 1990. Undang-Undang Kecil [Gas Petroleum Cecair] 1. Undang-Undang Kecil [Gas Petroleum Cecair] MP1 1972. Undang-Undang Kecil Kolam Renang 1. Undang-Undang Kecil Kolam Renang [MPI] 1983. 2. Undang-Undang Kecil Kolam Renang [MPI] [Pindaan]1984 Undang-Undang Kecil Kawalan Dan Penyeliaan Kolam Renang 1. Undang-Undang Kecil Kawalan Dan Penyeliaan Kolam Renang [MPI] 1985 2. Undang-Undang Kecil Kawalan Dan Penyeliaan Kolam Renang [MPI][Pin] 1997

Tanggungjawab bidang tugas pentadbir


1. Unit sokongan ialah menguruskan pentadbiran jabatan, pergerakan fail serta bersurat danaduan rakyat 2. Unit kesihatan am ialah pemeriksaan premis atau kilang makanan, siasatan dan aduan kacauganggu dan melesenkan perniagaan bukaan makanan 3. Unit kawalan mutu makanan ialah pemeriksaan premis atau kilang makanan, penilaian premismakanan dan mengambil contoh makanan. 4. Unit pegurusan penjaja ialah melesenkan penjaja-penjaja, urusan penyewaan gerai milik majlis dan menguruskan lessen pasar malam. 5. Unit pengurusan pasar ialah melesenkan perniagaan di dalam pasar awam dan swasta, pemeriksaan kesihatan pasar awam dan pasar swasta, menyiasat atau tindakan keatas aduan danmenyelenggara kebersihan pasar awam 6. Unit lesen premis ialah pelesenan papan iklan dan memproseskan semua jenis permohonanlessen premis perniagaan. 7. Unit kawalan vector ialah siasatan demam denggi berdarah dan demam denggi, semburankabus dan pengurangan punca pembiakan. 8. Unit kawalan penyakit ialah mencegah, mengawal, menyiasat dan mengawasi kejadian penyakit yang berjangkit. 9. Unit pendidikan kesihatan ialah merancang dan melaksanakan aktiviti pendidikan kesihatan. 10. Unit kesihatan sekolah dan suntikan ialah merancang dan melaksanakan aktiviti kesihatansekolah, memberi suntikan AntiThypoid kepada pengendali makanan, Memberi suntikan pelalian untuk perjalanan keluar Negara dan pemeriksaan kesihatan.

Cara perlantikan pentadbir tempatan


MBI diketuai oleh seorang Datuk Bandar yang merupakan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) yang dilantik oleh Kerajaan Persekutuan. Selainitu, Datuk Bandar juga merupakan ahli majlis yang memikul tanggungjawab bersama ahlimaljis yang lain bagi setiap dua tahun tempoh lantikan. Ahliahli majlis ini terdiri daripadaahli politik,golongan professional,ahli akademik dan tokoh korporat.Pengutusan majlis juga dianggotai oleh Timbalan Datuk Bandar ,Timbalan Setiausaha dan pengarah-pengarah jabatan serta ketua-ketua bahagian yang mengetuai beberapa portfolio.

PERANAN

Hari Perayaan Keagamaan


Islam

Hari Awal Muharram Hari Raya Aidil Adha Hari Raya Aidil Fitri Hari Maulidur Rasul. Hari Nuzul Quran Hari Israk dan Mikraj

Kristian

Hari Ahad Easter Hari Natal (Krismas)

Buddha

Hari Wesak

Cina

Hari Chap Goh Mei Hari Kuih Bulan Hari Tahun Baru Cina Perayaan Ching Ming Pesta Tanglung

Hindu

Hari Deepavali Hari Durga Puja Hari Thaiponggol Hari Thaipusam

Lain-lain

Hari Gawai Hari Kaamatan Hari San Pedro

Pendidikan
Bagi menyambut cabaran kerajaan dalam melahirkan generasi yang berilmu dan berintegrasi di kalangan penduduk Perak amnya dan penduduk Ipoh khasnya,Majlis BandarayaIpoh (MBI) telah menyediakan beberapa kemudahan infrastruktur pendidikan seperti perpustakaan, sekolah, university dan kolej bagi memberikan kemudahan pembelajaran. Selaindaripada itu,MBI telah melaksanakan projeknya supaya dapat meningkatkan taraf hidup di kalanganmasyarakat Perak yang kebanyakannya berada di luar dan di dalam Bandar. MBI juga member perhatian terhadap pendidikan di kalangan pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan iaitudengan mengeluarkan biasiswa kepada pelajarpelajar yang memerlukan.Antara pusat pendidikan yang dibanggakan oleh masyarakat Perak adalah KolejSunway,Kolej Teknologi Antarabangsa Cosmopoint,Kolej Taj dan juga Kolej Universiti SainsKesihatan Masterskill

Kemasyarakatan

Majlis Bandaraya Ipoh adalah Pihak Berkuasa Tempatan yang ditubuhkan sejak tahun 1893 sebagai Ipoh Sanitary Board oleh pihak British. Ia telah melalui beberapa variasi pentadbirandaripada town board kepada town council dan seterusnya menjadi Majlis Perbandaran Ipoh pada tahun 1962 dan akhirnya telah diisytiharkan sebagai Majlis Bandaraya Ipoh pada 27 Mei,1988. Pada hari ini, kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh meliputi 643 km persegidengan populasi penduduk sejumlah 560 ribu orang. Terdapat 12 jabatan dengan pebagaifungsi untuk memberikan perkhidmatan berkualiti kepada pembayar cukai.Objektif utama Majlis Bandaraya Ipoh adalah untuk memberikan perkhidmatan kesihatandan kebajikan kepada wargakota Ipoh, mengekalkan kesihatan awam, perkhidmatan perbandaran, kawalan perancangan dan pembangunan, pengurusan trafik, penyelenggaraan daninfrastruktur bangunan, lesen serta penguatkuasaan undang-undang kecil PBT.Peranan MBI kini diperluaskan termasuk membantu mempromosikan pelancongan danindustri.Sebagai penjawat awam yang paling hampir dengan masyarakat, anggota Pihak Berkuasa Tempatan perlu mengetahui kehendak wargakota. Namun kehendakkehendak yang perlu dilayan adalah kehendak yang membawa kebaikan dan kemajuan, bukanlah kehendak yang membawa kemusnahan atau menunjukkan bahawa kerajaan ini lemah dan tidak progresif.Bagi menyambut seruan masyarakat supaya bersatu padu,Majlis Bandaraya Ipoh (MBI)telah mengadakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan serta menubuhkan pelbagai kempen dan persatuan.Visi utama bagi kemasyarakatan adalah supaya dapat memupuk silaturrahimdikalangan ahli-ahli persatuan dan keluarga ahli-ahli serta masyarakat Perak.Dapatmengekalkan perhubungan baik antara masyarakat Perak dan MBI,menjalankan danmenggalakkan kerja-kerja amal dan menyediakan bantuan kewangan mengikut kemampuan bagi kebajikan pelajaran anak-anak serta terhadap masyarakat warga emas dan uzur sertakepada sesiapa yang memerlukan bantuan akibat ditimpa kemalangan,kesusahan,bencana alamdan sebagainya.

Pelancongan
Sektor pelancongan merupakan antara kegiatan yang memberikan perkhidmatan kepadaorang ramai dan menyumbangkan kepada sumber pendapatan negara. Pihak MBI menyediakan banyak tempat pelancongan yang menarik di sekitar Shah Alam. Antaranya ialah Masjid Negeri Perak, hotel , Bulatan Sultan Idris Shah, Keretapi Tanah Melayu, Dataran Ipoh,Muzium Negeri, Perpustakaan Negeri, Taman D.R Seenivasagam dan banyak lagi. Malah, penubuhan Pusat Pelancongan Perak Darul Ridzuan juga banyak membantu dalammenyebarkan tempat tempat menarik yang boleh dilawati di sekitar Perak.

PERKEMBANGAN
Kemajuan yang dicapai
. MBI telah mencapai beberapa kemajuan dalam perkembangannya. Oleh sebab MBI telah banyak menyumbangkan jasa kepada penduduk, bandar Ipoh semakin maju. Struktur pentadbiran MBI yang bijak dan cekap telah berjaya membangunkan Ipoh. Antara kemajuanyang dicapai oleh Ipoh adalah Program Bandar Raya Berkembar bersama Bandar FukuokaJepun .Selain itu, dalam usaha MBI membangunkan Ipoh, ia telah menganjurkan beberapa aktivitiMajlis Amanah Saham ,pelawanan bola sepak, program Sains Dan Teknologi dan lain- lain.Aktiviti aktiviti yang telah dianjurkan mendapat sambutan yang hangat daripada penduduk kerana mereka kian mengetahui tentang pentingnya perpaduan yang dipupuk dalamaktiviti sosial. Seterusnya, ramai pelabur datang ke negara kita. Hal itu juga merupakan salahsatu kemajuan pentadbiran MBI daripada segi perindustrian. Pentadbiran MBI juga telahmenarik ramai pelancong datang ke negara kita.Di samping itu, daripada segi pendidikan pula generasi hari ini semakin celik ilmu keranawujudnya kesedaran tentangkepentingan ilmu dalam kehidupan. MBI juga telah menyediakan banyak kemudahan pendidikan untuk kebaikan penduduk.Pengiktirafan/ penghargaan Berdasarkan usaha dan sumbangan MBI, ia layak diberi pengiktirafan dan penghargaanyang sewajarnya. Antara pengiktirafan yang diterima sepanjang tahun 1991 hingga tahun 2011

Pengiktirafan/ penghargaan
Berdasarkan usaha dan sumbangan MBI, ia layak diberi pengiktirafan dan penghargaanyang sewajarnya. Antara pengiktirafan yang diterima sepanjang tahun 1991 hingga tahun 2011adalah MBI JULANG PIALA JUARA KESELURUHAN KEJOHANAN SUKANKERAJAAN TEMPATAN NEGERI PERAK 2011 dan sebagainya.Majlis Bandaraya Ipoh sering mendapat pengiktirafan dari pelbagai badan kerjaan yanglain . Ini adalahdisebabkan pengurusan di dalam majlis teratur dan sangat aktif . Contohnya ,Program Kerjasama AntaraBandar Ipoh dan Hokkaido , Jepun . Program sebegini dapatmengeratkan kerjasama antara bandar .Selain itu , Majlis Bandaraya Ipoh mendapat pengiktirafan dari pihak kerajaan . Pihak kerajaan memuji Majlis Bandaraya Ipoh kerana petadbiran yang sistematik dan tenaga kerja mereka yang optimum.Cabaran yang dihadapi Dalam gah mencipta kegemilangan, MBI turut menghadapi cabaran sepanjang pentadbirannya. Antaranya ialah sektor perindustrian bandar terjejas. Hal ini berlakudisebabkan oleh kegawatan ekonomi dunia. Malah, para peniaga dan pengusaha sudah mula

Cabaran yang dihadapi

Dalam gah mencipta kegemilangan, MBI turut menghadapi cabaran sepanjang pentadbirannya. Antaranya ialah sektor perindustrian bandar terjejas. Hal ini berlakudisebabkan oleh kegawatan ekonomi dunia. Malah, para peniaga dan pengusaha sudah mula hilang keyakinan terhadap ekonomi Ipoh terutamanya sektor eksport. Jika hal ini dibiarkan berterusan, pendapatan MBI akan terjejas berikutan kekurangan hasil ekonomi.Tambahan pula, pihak MBI terpaksa pula mengeluarkan belanja besar bagi membaikikemudahan awam yang rosak akibat vandalisme yang dilakukan oleh penganggur. Selain itu,cabaran yang dihadapi oleh MBI ialah persaingan antara Ipoh dengan bandar bandar lainseperti Shah Alam,Putrajaya dan Selayang. Persaingan bandar bandar ini berlaku daripadasegi pembangunan, ekonomi dan lain lain. Implikasi jangka panjang daripada pembangunan bandar bandar ini boleh menjejaskan penaiktaraf bandar Ipoh bahkan daya tarikan Perak akan menurun berikutan dengan penghijrahan penduduk ke bandar bandar lain.Akhir sekali, MBI juga menghadapi masalah dengan ketidakpuasan terhadap keutuhan pentadbirannya sehinggakan terpaksa berhadapan dengan pelbagai tohmahan, prasangka dantanggapan negatif. Tetapi, tohmahan -tohmahan tersebut dianggap sebagai pembakar semangatuntuk terus mencipta kejayaan.

Perancangan masa hadapan


Bagi mencapai visi, misi dan matlamat penubuhan, MBI telah merancang beberapa perancangan masa hadapan. Antaranya ialah. MBI juga telah merancang untuk meningkatkan keupayaan sumber manusia untuk kebaikan penduduk Ipoh. Selain itu,organisasi ini merancang untuk memperkasa ICT penduduk bagi mencapai matlamat kerajaanyang inginkanrakyatnya celik IT.Terdapat beberapa perancangan Majlis Bandaraya Ipoh pada masa akan datang . Antaranya ialah menjadikan Ipoh Bandaraya yang indah dan 0% pencemaran . Hal ini dapat direalisasikan dengan bantuan rakyat sendiri .

RUMUSAN
Bertitik tolak daripada kajian yang saya lakukan ini terdapat beberapa unsur patriotisme yang saya perolehi. Melalui kajian yang saya lakukan,kita haruslah berbangga sebagai rakyat Malaysia.Kita harus merasa bersyukur kerana hidup di dalam sesebuah negara yang aman damai yang pesat membangun. Kita dapat perhatikan MBI yang sentiasa berusaha membantu memajukan ekonomi rakyat dan negara.

LAMPIRAN

Kilang perlombomgan

Peta Wilayah Pentadbiran MBI

RUJUKAN
INTERNET
http://www.mbi.gov.my/web/guest/home http://www.scribd.com/doc/55517114/Folio-Sejarah-Tingkatan-22011-MBI

BORANG MARKAH
NAMA: KELAS: NO K.P:

GRED Elemen 1 Elemen 2 Elemen 3

Tandatangan Guru:____________

You might also like