You are on page 1of 6

ABDUL RAHMAN BIN AUF Di dalam dunia hari ini, kita sering teruja apabila didedahkan dengan barisan

manusia terkaya di dunia. Harta kekayaan mereka mencecah jutaan dollar Amerika bukan lagi Ringgit Malaysia. Bahkan ada yang tidak terhitung lagi banyaknya. Hidup mereka pula disaluti kemewahan dunia yang amat berkilauan dan mereka menjadi idola kepada ramai orang lain. Kayanya mereka, sehinggakan ada sesetengahnya membina rumah bagaikan istana di kayangan dan deretan rumah lain sebagai istana hinggapan. Kayanya mereka, sehingga mampu membeli jet peribadi sendiri, yang membolehkan mereka terbang dengan pantas ke sana ke mari. Kereta mewah mereka jangan dihitung lagi, pakaian mereka pula pastinya daripada butik tersohor jahitan tukang ternama. Pendek kata, mereka menikmati hidup di atas dunia ini semahu-mahunya. Namun, pernahkah kita terfikir atau diajak berfikir, kenapa ada manusia yang kaya dan mereka dikayakan lagi oleh Allah SWT di atas dunia ini. Bahkan, sesetengah daripada mereka yang kaya itu, sudah menjadi terlalu kaya. Tanpa menyangkal bahawa ada manusia kaya yang lupa daratan; namun ada yang menjadi makin akrab dengan Allah SWT dengan kekayaannya. Maka, dalam kesempatan ini kita akan melihat sepintas lalu sejarah seorang lelaki yang dicatat sebagai antara manusia berjaya dan terkaya pada zaman Rasulullah SAW. Ya, mungkin kita pernah terdengar, kisah seorang sahabat Rasulullah saw bernama Saiyidina Abdul Rahman bin Auf r.a, yang sangat kaya. Sebenarnya, Abdul Rahman bin Auf bukan terkenal kerana kekayaannya; tetapi kerana kemurahan hatinya. Beliau tercatat di dalam sejarah sebagai orang kaya yang sangat merendah diri dan tidak berhidung tinggi. Semasa berhijrah dari Kota Mekah ke Madinah, Abdul Rahman dipaksa meninggalkan kesemua harta kekayaannya di Mekah jika tegar mahu bersama nabi. Setibanya di Madinah, beliau telah dipersaudarakan oleh Rasulullah s.a.w dengan Saiyidina Saad bin Rabi, seorang lelaki daripada kaum Ansar yang kaya dan baik hati. Saad menawarkan harta dan isterinya kepada Abdul Rahman. Namun Abdul Rahman memilih untuk mendapatkan sedikit dinar daripada Saad dan diminta agar ditunjukkan pasar. Kehadiran Abdul Rahman bin Auf di pasar Madinah menggoncang kedudukan para pedagang Yahudi yang terkenal suka membelit, mengeksploitasi dan mengenakan riba kepada pembeli. Monopoli mereka dipecahkan. Akhirnya dalam sekelip mata Abdul Rahman menjadi pedagang yang kaya. Ada ungkapan menyatakan, jika Abdul Rahman mengambil segenggam pasir di bumi dan dilontarkannya kembali, maka ia bertukar menjadi emas. Begitulah orang menggambarkan kehebatan Abdul Rahman dalam dunia perniagaan.

Hakikatnya, Abdul Rahman dibantu Allah agar menjadi manusia yang kaya. Beliau memang pedagang yang cerdik; namun yang paling utama beliau dibantu Allah agar kekal berjaya. Kombinasi kecerdikan dalam berniaga ditambah dengan pertolongan daripada Allah s.w.t, maka jadilah satu formula kejayaan yang tidak dapat ditahan-tahan oleh sesiapa juga. Dikhabarkan, Abdul Rahman jika berniaga unta maka beliau akan menjual unta berkenaan pada harta beliannya. Maka, ramailah manusia yang datang kepadanya. Namun, Abdul Rahman mengenakan harga yang berbeza-beza pada tali pengikat kuda berdasarkan jenis dan kualitinya. Dalam istilah perniagaan, Abdul Rahman mengaplikasikan kaedah lost leader, iaitu rugi sedikit tidak mengapa untuk untung banyak pula akhirnya. Konsep inilah yang banyak diamalkan oleh para peniaga pada hari ini. Persoalannya, kenapa Allah s.w.t membantu Abdul Rahman? Ya, ini kerana kekayaannya menjadikan dia lebih tunduk dan tawadhuk kepada Allah s.w.t. Pernah digambarkan bagaimana Abdul Rahman enggan menjual buah tamar yang baharu dipetik. Beliau enggan menjualnya kerana beranggapan, jika dijual maka makin bertambahlah kekayaan dirinya. Namun, akhirnya buah tamar yang sudah kering dijemur mentari secara alami itulah, dicari-cari oleh seorang saudagar yang lain. Akhirnya, buah tamar kering itu laku juga dan mahal pula harganya. Dalam satu kisah lain, beliau pernah bersedekah dengan jumlah 40 ribu dinar dalam satu masa, bahkan pernah menyerahkan 500 ekor unta berserta 500 ekor kuda perang bagi kegunaan tentera Islam lewat Peperangan Tabuk. Kerendahan hati beliau turut tergambar apabila Abdul Rahman menitiskan air mata saat menjamu tetamunya. Apabila ditanya, beliau menyatakan bahawa Nabi Muhammad SAW telah wafat sedang nabi dan keluarganya tidak pernah merasai nikmat kekenyangan dengan roti gandum. Tawadhuknya Abdul Rahman juga dapat dinilai berdasarkan kenyataannya mengenai dua orang sahabat nabi, kata beliau: Sesungguhnya Masab adalah lebih baik daripadaku kerana ia meninggal dunia pada zaman Rasul dan pada waktu meninggal dunia, dia tidak memiliki sepotong kain yang dapat dijadikan kafan untuk membungkusnya. Sesungguhnya Hamzah bin Abdul Muttalib (juga) adalah manusia yang lebih utama daripadaku, padahal ia tidak mempunyai kain yang dapat dijadikan kafan untuk memakamkannya. Aku khuatir aku ini termasuk di antara orang-orang yang dipercepat untuk menikmati kebahgiaan dunia fana ini dan aku khuatir bahawa aku akan tersisih daripada para sahabat Nabi di akhirat kelak, disebabkan kerana aku mempunyai banyak harta. Dalam satu kisah yang sangat popular, Abdul Rahman bin Auf dikhabarkan telah terlewat mendirikan solat berjamaah bersama Rasulullah SAW di Masjid Nabi. Beliau terlambat dalam erti kata, tidak dapat mengangkat takbiratul ihram bersama-sama dengan jemaah solat yang lain di belakang Nabi Muhammad
2

SAW. Ini kerana, di dalam solat berjamaah, pahala seseorang yang solatnya seiring dengan takbir imam adalah berbeza dengan orang yang lambat, dan ia diistilahkan sebagai muwafiq dan masbuq. Abdul Rahman tidak mendapat status muwafiq lantaran beliau terpaksa mengalu-alukan kepulangan kabilah dagangnya yang baharu tiba dari luar Madinah. Apabila dia kembali ke belakang Nabi Muhammad SAW, dia sudah tertinggal dan terpaksa masbuq. Sesudah solat, Rasulullah SAW menegur Abdul Rahman di atas sikap beliau yang lebih mengutamakan urusan perniagaannya berbanding solat yang sudah hampir didirikan. Abdul Rahman amat terpukul dengan teguran daripada Nabi Muhammad SAW dan belia amat menyesal dengan kesilapannya. Lalu, Abdul Rahman telah menawarkan kepada Rasulullah SAW, untuk menginfakkan kesemua harta dagangannya demi menebus pahala solat yang telah luput itu. Namun nabi menggelengkan kepalanya, yakni pahala itu tidak sama nilainya dengan keseluruhan harta dagangannya. Abdul Rahman bertambah sugul, lalu Abdul Rahman menawarkan untuk memberikan seluruh harta dagang itu bersama unta-unta pembawanya; namun nabi masih menyatakan ia tidak sama. Akhirnya, Abdul Rahman bertekad untuk menginfakkan segala-galanya yang ada di dalam rombongan dagang itu, termasuklah para hamba dan pekerjanya kepada Islam; namun Nabi Muhammad SAW masih menyatakan, pahalanya tidak sama. Demikianlah secebis gambaran, betapa tingginya nilai ketakwaan Abdul Rahman. Sehinggakan tertinggal takbiratul ihram pun, beliau sanggup memberikan segala miliknya demi menebus kesilapan yang mungkin dianggap kecil sahaja oleh ramai orang pada hari ini. Daripada satu sisi lain, itulah nilai harta kekayaan pada Abdul Rahman, ia tidak melekat di hatinya tetapi sentiasa berada di hujung jari-jemarinya untuk disedekah dan diinfakkan di jalan Allah SWT. Unggulnya peribadi manusia kaya ini di sisi Allah SWT dan Rasul-Nya. Demikianlah, Abdul Rahman binAuf. Beliau semakin kaya, semakin merendah diri dan semakin tunduk kepada Allah SWT. Maka, tidak hairanlah Rasulullah saw sendiri pernah menggelarkan sahabat baginda ini dengan nama Saudagar Allah. Ini kerana, Abdul Rahman bin Auf bukan sekadar seorang yang hebat berniaga dengan segala kekayaan dagangnya; bahkan beliau juga seorang saudagar yang memanfaatkan hartanya demi perjuangan Islam. Digunakannya harta-bendanya untuk memastikan Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya. Allahu akhbar!

SAIDINA ABDUL RAHMAN BIN AUF Abdul Rahman Bin Auf adaltah salah seorang sahabat Rasulullah yang akrab. Beliau juga adalah salah seorang sahabat Rasulullah yang terkaya sebagaimana juga halnya dengan Saiyidina Uthman Bin Affan r.a. Menurut ahli sejarah, Abdul Rahman Bin Auf 3

dilahirkan 10 tahun sesudah tahun gajah dan beliau hidup sebagai seorang pemuda Quraisy dikota Mekah yang ketika itu penuh dengan bermacam-macam kemaksiatan jahiliah berupa penyembahan berhala maupun kejahatan-kejahatan lainnya. Namun demikian Abdul Rahman terhindar dan bermacam-macam kejahatan yang berleluasa ketika itu. Bahkan sebelum memeluk agama Islam lagi, Abdul Rahman Bin Auf telah mempunyai anggapan bahawa minuman arak itu adalah terlarang. Abdul Rahman Bin Auf telah memeluk Islam sebelum Rasulullah s.a.w memasuki Darul Arqam lagi. Dengan hal demikian nyatalah bahawa beliau tergolong orang-orang Islam yang permulaan dan menurut riwayat beliau adalah orang yang 8 dan orang-orang permulaan yang memeluk Islam. Adalah diriwayatkan bahawa ibu Abdul Rahman Bin Auf sesudah mengetahui Abdul Rahman Bin Auf memeluk Islam, iapun berkata kepada anaknya, "Aku akan berjemur dipanas matahari yang terik di waktu siang dan di waktu ma1am yang sejuk aku akan bermalam diruang lapang, hinggalah engkau mengaku akan kembali semula kepada agama nenek moyangmu. Dimikian ibunya mengancam. Sungguhpun begitu Abdul Rahman Bin Auf tetap tegak memeluk ugama suci dan mencintai Rasulullah S.A.W. Adapun nama asal Abdul Rahman sebelum beliau memeluk Islam ialah Abdul Ka'abah, tetapi kemudian setelah Islam beliau menukar namanya kepada Abdul Rahman. Sebagai seorang sahabat Rasulullah yang akrab, Abdul Rahman mempunyai satu keistimewaan yang khas iaitu berjuang untuk menegakkan ugama Allah bukan saja dengan pedangnya bahkan dengan harta dan kekayaannya. Beliaulah antara para sahabat yang banyak sekali mengorbankan kekayaannya untuk memperjuangkan kepentingan Islam. Abdul Rahman pernah membahagikan dua kekayaannya untuk dibahagikan kepada fakir miskin dan pernah pula menyerahkan seluruh kekayaannya untuk keperluan sabilillah demi menegakkan panji-panji Islam. Ramai sahabat yang telah memimpin penjuangan Islam dan menyibarkan syiar Islam yang berjuang sebagai panglima atau sebagai pahlawan Islam yang dikenal sejarah, tetapi Abdul Rahman Bin Auf telah melakukan kepahlawanannya dengan jalan menyerahkan seluruh kekayaannya dalam menegakkan Islam. Sebagai seorang Islam yang permulaan, Abdul Rahman Bin Auf juga telah mengalami berbagai penderitaan dan penyiksaan dari masyarakat Quraish di Mekah. Oleh kerana memandangkan keadaan kaum Muslimin yang sangat sedikit itu sementelahan pula mengalami berbagai macam ancaman maka Rasulullah s.a.w akhirnya telah memerintahkan para pengikutnya supaya melakukan hijrah ke negeri Abbysinia kerana menurut Rasul disana ada sebuah kerajaan yang tidak berlaku zalim terhadap rakyatnya. Tidak lama kemudian maka berangkatlah rombongan pertama yang melakukan hijrah yang terdiri dan 10 orang lelaki dan 4 orang wanita dan 17 wanita serta anak-anak. Dan diantara yang melakukan hijrah yang terdiri dan 10 orang lelaki dan 4 orang wanita lalu disusul dengan rombongan kedua yang terdiri dan 83 lelaki dan 17 wanita serta anak-anak. Dan di antara yang melakukan hijrah tersebut termasuklah Abdul Rahman Bin Auf. Tidak lama kemudian Abdul Rahman Bin Auf dan beberapa temannya telah kembali ke kota Mekah sehingga sampai pada waktu Allah s.w.t memenintahkan kepada Rasulullah s.a.w untuk melakukan hijrah keYathrib( Madinah) dilakukan Rasulullah sendiri dan para sahabatnya dan diantaranya termasuk juga Abdul Rahman Bin Auf. 4

Setiba di Madinah sebagaimana yang diperlakukan oleh Rasul terhadap lain-lain sahabat dalam rangka memberikan bantuan, maka Abdul Rahman Bin Auf telah dipersaudarakan oleh Baginda dengan Sa'ad Bin Rabi' seorang daripada golongan Ansar. Demi kecintaan Saad Bin Rabi' kepada saudaranya dan golongan Muhajirin, beliau telah mengatakan kepada Abdul Rahman demikian antara lainnya, "Saudara, ketahuilah bahawa saya adalah seorang Ansar yang banyak harta, dan kiranya saudara sudi ambillah separuh dan kekayaan saya itu. Saya juga mempunyai dua orang isteri dan kiranya Saudara sudi mana satu antaranya, saya sedia mencaraikannya supaya boleh saudara mengahwininya. Mendengarkan kata-kata sahabatnya itu Abdul Rahman Bin Auf seraya menjawab, "Saudaraku, semoga Allah akan memberikan berkat terhadap keluarga dan hartabenda saudara. Janganlah disusahkan tentang din saya ini, yang penting bagi saya ialah kiranya saudara sudi menunjukkan saya jalan menuju ke pasar. Sungguh beliau memang seorang pedagang yang berbakat dan pintar. Dalam sekejap masa saja beliau berjaya menunjukkan keahliannya dalam berdagang hingga berjaya memperoleh harta yang banyak. Beliau mempunyai 100 ekor kuda yang dapat dipergunakan dalam peperangan 100 ekor unta dan 10,000 ekor kambing sehingga diwaktu beliau meninggal, tatkala dihitung seperempat dan kekayaannya menyamai jumlah 84 ribu dinar. Akan tetapi disamping kekayaannya yang melimpah-limpah itu, bellau termasuk orang yang paling dermawan dan paling pemurah juga merupakan seorang tokoh sahabat yang paling banyak berbuat kebajikan terhadap kaum fakir miskin. Pada zaman Rasulullah S.A.W, beliau pernah membahagikan seluruh kekayaannya dan menyerahkan yang sebahagian itu kepada orang-orang yang memerlukannya. Pernah terjadi dalam satu peristiwa, Abdul Rahman Bin Auf mengeluarkan sedekah sekali duduk sebesar 40 ribu dinar, dan pernah ia membiayai peperangan dengan menyediakan perlengkapan sebanyak 500 ekor kuda tempur lengkap dengan senjatanya pakaian makanan untuk dipergunakan oleh para perajurit dan juga dalam waktu yang sama membawa konvoi perbekalan yang diangkut oleh 500 unta. Memandangkan jasa dan pengorbanan menegakkan Islam dengan hanta kekayaannya Rasulullah S.A.W pernah bersabda, "Abdul Rahinan Bin Auf adalah saudagar Tuhan " sebagai memujinya atas peranannya menegakkan ugama ALlah dengan harta kekayaan. Dalam satu riwayat lain pula Rasulullah pernah bersabda, "Sesungguhnya mereka yang memelihara keluarga saya setelah saya meninggal dunia adalah manusia yang benar dan manusia yang mempunyai kebajikan. Dalam hal ini Abdul Rahmanlah salah seorang sahabat yang menyahut seruan Rasulullah s.a.w kerana beliaulah yang menyiapkan kemudahan untuk Ummul Mu'minin dalam melakukan ibadah haji dibawah lindungan beliau. Disamping memiliki kekayaan yang melimpah-limpah beliau adalah seorang yang takut dan benci kepada harta kekayaan dan selalu menghindarkan din dan penganuh kekayaannya. Adalah diriwayatkan bahawa pada suatu han Abdul Rahman Bin Auf menangis tersedu-sedu lalu ia ditanyai orang apakah yang menyebabkan beliau menangis itu, lalu dijawabnya, "Sesungguhnya Mas'ab adalah lebih baik daripadaku kerana ia meninggal dunia di zaman Rasul dan diwaktu meninggal dunia ia tidak memiliki sepotong kain yang dapat dijadikan kafan untuk membungkusnya. 5

Sesungguhnya Hamzah Bin Muttalib adalah manusia yang lebih utama daripada saya padahal ia tidak mempunyai kain yang dapat dijadikan kafan untuk memakamkannya. Saya khuatir saya ini termasuk di antara orang-orang yang dipercepat untuk menikmati kebahgiaan dunia fana ini dan saya khuatir bahawa saya akan tersisih daripada para sahabat Nabi diAkhirat kelak disebabkan kerana saya mempunyai banyak harta. Dalam satu riwayat yang lain pula diceritakan orang bahawa tatkala Abdul Rahman Bin Auf memberikan makanan kepada tamunya beliau tiba-tiba menangis lalu ditanyai orang, "Mengapakah engkau menangis hai Ibnu Auf ?" Ia lalu menjawab, "Nabi telah wafat, sedangkan ia dan keluarganya tidak pernah kenyang oleh roti gandum. Demikianlah jiwa Abdul Rahman Bin Auf salah seorang sahabat besar Rasulullah. Memandangkan besarnya semangat pengorbanannya itu maka tidaklah hairan kiranya Rasulullah s.a.w mengatakan bahawa Abdul Rahman adalah di antara sepuluh orang yang telah digembirakan oleh baginda Rasul akan memasuki syurga. Dizaman Khalifah Umar Al Khattab, Abdul Rahman Bin Auf telah memperoleh kehormatan dan keutamaan di sisi Khalifah. Di zaman Khalifah, beliau pernah dilantik oleh Khalifah Umar untuk memimpin rombongan haji pada tahun pertama setelah Saiyidina Umar dipilih sebagai khalifah. Malah beliau jugalah salah seorang yang telah diwasiatkan oleh Khalifah Umar Al Khattab sebelum kewafatan beliau menjadi salah seorang ahli dalam majlis jawatankuasa di antara enam orang anggota bagi memilih calon khalifah yang akan menggantikan baginda. Beliaulah juga tokoh yang mengetuai tugas untuk menentukan siapakah yang bakal menggantikan Khalifah Umar Al Khattab sebagai khalifah ketiga umat Islam yang akhirnya jatuh ketangan Saiyidina Uthman Bin Affan r.a. Pada tahun 31 Hijrah, setelah menempuh hidup didunia yang fana mi selama 74 tahun, berpulanglah tokoh sahabat besar ini kerahmatullah. Dalam usia 75 tahun. Dan sebelum meninggalnya, Ummul Mu'minin Aisyah telah menawarkan bahawa jika ia menghendakinya akan ditempatkan kuburannya nanti di sisi kuburan Nabi, Abu Bakar dan Umar r.a. Dengan suara yang merendah diri ia menjawab bahawa ia malu jika diberi kedudukan yang sedemikian tingginya untuk berkubur di samping Rasul. Dan ia juga menyatakan bahawa dirinya telah terikat janji dengan Uthman Bin Mazh'un bahawa jika salah satu di antara mereka berdua meninggal dunia lebih dahulu, maka ia akan berkubur di samping kuburan kawannya yang lain. Jenazah beliau telah dikebumikan di Baqi dan disembahyangkan oleh Saiyidina Uthman Bin Affan, Zubair Ibnul Awwam dan lain-lain tokoh sahabat.

You might also like