You are on page 1of 6

KEJAYAAN ASEAN SEBAGAI SEBUAH PERTUBUHAN SERANTAU.

PENGENALAN
ASEAN ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 di Bangkok oleh lima buah negara Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand. Brunei menyertai ASEAN pada 8 Januari 1984. Ia disusuli dengan penyertaan Vietnam pada 28 Julai 1995, Laos dan Myanmar 23 Julai 1997 manakala Kemboja pula menjadi ahli ASEAN pada 30 April 1999. Pengembangan keanggotaan juga menambah jumlah penduduk yang diwakilinya memandangkan rantau ASEAN mempunyai penduduk dianggarkan 500 juta orang dengan keluasan 4.5 juta kilometer persegi. Jika diambil kira peluasan peranan dan strategi ASEAN, dengan adanya pertemuan seperti Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS), jumlah penduduk yang diwakili dan dibabitkan bersama menjangkau tiga bilion orang. Ia bersamaan dengan separuh daripada jumlah penduduk dunia pada masa sekarang. Daripada hanya lima buah negara, selepas 38 tahun keanggotaan ASEAN sudah dua kali ganda. Timor Leste, negara paling muda di dunia dan pernah berada di bawah pemerintahan Indonesia, kini berharap menjadi anggota ke-11 ASEAN.

MATLAMAT DAN TUJUAN Matlamat penubuhan Asean meliputi bidang ekonomi, politik dan sosial. Antaranya ialah mempercepatkan pertumbuhan ekonomi, sosial dan budaya melalui kerajasama rapat di kalangan negara sahabat. Setiap ahli hendaklah mencari jalan ke arah keamanan dan kestabilan selaras dengan prinsip Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Selain itu anggota pertubuhan ini akan bantu-membantu dari segi program ekonomi, budaya, teknikal, saintifik , pentadbiran, penyelidikan, pendidikan dan khidmat profesional. Setiap negara cuba bekerjasama dalam bidang perindustrian dan pertanian serta pedagangan serantau. Kajian tentang Asia Tenggara akan dijalankan dari semasa ke semasa bagi menggalakkan persefahaman yang lebih luas. Di peringkat antarabangsa, Asean akan mengekalkan kerjasama dan sependapat ketika berhubung dengan pelbagai organisasi antarabangsa, wilayah lain dan antarabangsa. Matlamat di atas lebih menekankan kerjasama ekonomi tetapi realitinya kerjasama politik lebih menonjol. Ini ada kaitan dengan sejarah penubuhan Asean itu sendiri. Ia bertolak dari kesan kelemahan dan ancaman bersama menghadapi Teori Domino dan bukan hasil dari 'kekuatan bersama' sebagaimana Kesatuan Eropah. Rantau Asia Tenggara amat berpotensi untuk berperang . Terdapat pelbagai isu untuk dijadikan bahan sengketa. Antaranya peristiwa Ganyang Malaysia, tuntutan bertindih terhadap Pulau Sipadan dan Ligidan, Pulau Batu Putih, tuntutan Filipina terhadap Sabah, isu Tawi-Tawi, Patani, perpisahan Singapura dan Malaysia , Kepulauan Spratly dan banyak lagi isu politik.

Mujurlah pemimpin Asean yang dinamis bersedia ke meja rundingan dan mengenepikan isu 'remeh' yang ada. Ancaman Teori Domino , pelampau politik dan agama, sengketa kaum di dalam negeri dan ancaman pengganas komunis memperkuatkan lagi kerjasama Asean. Asean juga didokong dari belakang oleh Amerika, Eropah dan Australia bagi menampan pengaruh komunis Rusia dan China di Indochina. PRINSIP ASAS Dalam hubungan antara satu sama lain, negara-negara anggota ASEAN telah menerima pakai prinsip-prinsip asas berikut, seperti yang terkandung dalam Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama di Asia Tenggara (TAC) tahun 1976: 1. Saling hormat menghormati kemerdekaan, kedaulatan, kesaksamaan, integriti wilayah dan identiti nasional semua negara; 2. Hak tiap-tiap Negeri untuk memimpin kewujudan nasional bebas daripada campur tangan luar, subversif atau paksaan; 3. Bukan gangguan dalam urusan dalaman antara satu sama lain; 4. Penyelesaian perbezaan atau pertikaian dengan cara yang aman; 5. Penolakan ancaman atau penggunaan kekerasan dan . PIAGAM ASEAN
Deklarasi Kuala Lumpur Bagi Pembentukan Piagam ASEAN yang akan ditandatangani pada Sidang Kemuncak ASEAN Ke-11 minggu 2005 sebagai 'sesuatu yang paling penting kepada kita'. Pembentukan Piagam ASEAN menunjukkan bahawa ASEAN mahu bergerak sebagai satu entiti perundangan untuk menggalakkan tadbir urus yang baik, hak asasi dan demokrasi. Ia akan menjadi satu prinsip pegangan. "Janganlah kita dihalang oleh kata-kata,'' kata Syed Hamid ketika ditanya mengenai agenda ASEAN yang kadangkala dilihat penuh dengan retorik. Beliau berkata, kemampuan ASEAN untuk melaksanakan apa yang telah dipersetujuinya merupakan satu faktor yang akan mempengaruhi tanggapan umum sama ada ia sedang bergerak ke arah yang betul. ASEAN bukan sekadar bercakap tetapi lebih cenderung untuk bertindak seperti yang dibuktikan menerusi Pelan Tindakan Hanoi yang diluluskan pada 1998 dan disiapkan pada 2004. Ia merupakan rancangan yang pertama daripada satu siri pelan tindakan atau program ke arah menjayakan Wawasan ASEAN 2020. Pelan itu diikuti Program Tindakan Vientiane. Pelan Perancangan Integrasi ASEAN yang dipersetujui pada Sidang Kemuncak ASEAN Ketujuh di Brunei mempunyai tiga tonggak mengurangkan jurang pembangunan khususnya dalam membantu Kemboja, Laos, Myanmar dan Vietnam, mengukuhkan kerjasama ekonomi dan meningkatkan integrasi ekonomi. Dalam konteks lebih luas, ASEAN sedang menuju ke arah kerjasama ekonomi lebih luas menerusi EAS.

KEJAYAAN ASEAN YANG MEMBANGGAKAN Asean telah mengemukakan pelan Zopfan, konsep kawasan bebas senjata nuklear dan mempunyai 'power broker' dalam pelbagai isu antarabangsa. Suara Asean amat menonjol di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Pusingan Uruguay, Pertubuhan Perdagangan Sedunia ( WTO), Unesco, isu Kampuchea dan isu Bosnia Herzegovina. 1. POLITIK

Teras utama kejayaan politik Asean ialah meja rundingan dan tidak mengamalkan kekerasan bagi melaksanakan keadilan. Sehingga kini semakin banyak negara ingin menyertai Asean. Antaranya ialah Myanmar, Kemboja, Laos , Vietnam, Sri Langka dan Bangladesh. Kesatuan Eropah turut mengiktiraf suara Asean sehingga ASEM ditubuhkan. Sebelum ini Jepun dan Amerika telah mengadakan rundingan dengan Asean. Sejak tahun 1967 ASEAN telah mengeratkan politik utama yang menyumbang kepada semula rantau keamanan dan kestabilan, dan hubungannya dengan negara-negara lain, wilayah dan organisasi. Yang utama antaranya ialah: Pada 27 November 1971 menteri-menteri luar negara anggota ASEAN kemudian bertemu di Kuala Lumpur dan menandatangani Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) Deklarasi. Ia melakukan semua anggota ASEAN untuk "mengerahkan usaha untuk mendapatkan pengiktirafan dan penghormatan untuk Asia Tenggara sebagai Zon Aman, Bebas dan Berkecuali, bebas daripada apa-apa cara campur tangan oleh kuasakuasa luar," dan "membuat usaha untuk meluaskan kawasan kerjasama, yang akan menyumbang kepada kekuatan mereka, perpaduan dan hubungan rapat. " ZOPFAN mengiktiraf "hak setiap negeri, besar atau kecil, untuk memimpin kewujudan nasional bebas daripada campur tangan luar dalam urusan dalaman sebagai gangguan ini akan menjejaskan kebebasan, kemerdekaan dan integriti." Lima tahun yang akan datang sebelum pembangunan utama seterusnya dalam kerjasama politik akan datang Sidang Kemuncak Asean pertama di Bali, apabila pemimpinpemimpin ASEAN menandatangani tiga dokumen utama: Deklarasi ASEAN Concord, Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama di Asia Tenggara, dan Perjanjian Mewujudkan Sekretariat ASEAN. Berlepas dari Deklarasi Bangkok lebih berwaspada, Deklarasi ASEAN Concord yang dinyatakan untuk pertama kalinya bahawa negara-negara anggota akan memperluaskan kerjasama politik. Ia juga mengguna pakai prinsip-prinsip untuk kestabilan serantau dan program tindakan bagi kerjasama politik. Program ini dipanggil untuk mengadakan sidang kemuncak ASEAN di kalangan ketua-ketua kerajaan; menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama di Asia Tenggara; menyelesaikan pertikaian intraregional "dengan cara yang aman secepat mungkin"; memperbaiki jentera ASEAN untuk mengukuhkan kerjasama politik; belajar bagaimana untuk membangunkan kerjasama kehakiman termasuk kemungkinan satu perjanjian ekstradisi Asean, dan mengukuhkan perpaduan politik dengan menggalakkan pengharmonian pandangan, menyelaraskan

kedudukan dan, jika boleh dan wajar, mengambil tindakan yang sama. Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama (TAC) di Asia Tenggara. TAC menaikkan peruntukan Deklarasi Kuala Lumpur ke tahap perjanjian untuk yang lain negara-negara Asia Tenggara boleh menyertai dan dengan negara-negara yang nonregional boleh mengaitkan diri mereka sendiri. Perjanjian itu menampakkan prinsip-prinsip berikut: saling menghormati kedaulatan satu sama lain; tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman; penyelesaian pertikaian secara aman intraregional; dan kerjasama yang berkesan. 2. EKONOMI

Rantau ini, yang mempunyai penduduk berjumlah 500 juta orang dan Keluaran Dalam Negara Kasar terkumpul sebanyak AS$737 bilion, telah melangkah maju dari segi pembangunan ekonomi dengan negara-negara seperti Malaysia, Singapura dan Thailand yang dahulunya bergantung kepada eksport bahan mentah kini menghasilkan barangan bertaraf dunia.

Dari segi kerjasama ekonomi, kejayaannya tidaklah begitu ketara sebagaimana kejayaan politik. Sikap cemburu, saling bersaing menarik pelabur dan bersaing mencari pasaran bahan mentah menyebabkan kuasa beli 250 juta penduduk Asean diabaikan. Pelbagai program dan penyelaras diadakan bagi melaksanakan agenda ekonomi. Antaranya AseanCCI, PTA, AIP, AIC, AIJV dan lain-lain lagi. Malangnya ia tidak cukup berkesan dan ada yang terbengkalai di tengah jalan sahaja. Mengenai kejayaan dalam bidang
ekonomi pula, ASEAN menjalin kerjasama di pelbagai peringkat, antaranya mewujudkan Pelan Projek-Projek Perindustrian ASEAN dan Skim Usaha Sama Perindustrian ASEAN. Pembentukan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) pula merupakan satu lagi kejayaan penting ASEAN dalam proses globalisasi.

Kawasan Perdagangan Bebas Asean juga hampir menemui jalan buntu apabila masingmasing negara enggan mengurangkan subsidi , quota, tarif dan cukai barangan. Namun begitu Kawasan Perdagangan Bebas Asean akan berhadapan dengan Pertubuhan Perdagangan Antarabangsa ( WTO ) yang menekankan pasaran terbuka dan perdagangan bertaraf antarabangsa. Pada akhirnya Asean terpaksa menerima konsep pasaran terbuka dan perdagangan bercorak global. Dekad 1990-an menampakkan kerjsama tiga hala lebih berjaya. Kerjasama Segitiga Selatan, Kerjasama Segitiga Utara dan Kerjasama Segitiga Timur lebih berpotensi untuk berjaya. Bidang kerjasama ekonomi yang dipilih juga lebih relevan .Antaranya ialah kerjasama dalam bidang perlancongan, janakuasa elektrik, projek hiliran petroleum , pengangkutan maritim dan sebagainya. Filifina dan Vietnam yang dahagakan pembangunan kini mendapat nikmatnya. Secara tidak lansung teori Domino 'pupus' dan wilayah autonomi Filipina Selatan berjaya diadakan. Negara tabir besi Myanmar akan turut serta dalam Asean sungguhpun ditentang hebat oleh negara Eropah dan Amerika. Keretapi rentas negara SingapuraKunming akan dibina dan pada akhirnya ancaman China akan ' berakhir '.

Namun begitu Asean tidak sekuat EEC mahupun NAFTA. Lantaran itu Dr Mahathir segera mencadangkan EAEC supaya kuasa rundingan lebih kuat di kalangan negara membangun. Malangnya ia terhalang oleh APEC dan lain-lain. Sesungguhnya Asean masih perlu bekerja keras. Kawasan Perdagangan Bebas Asean (AFTA) Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) kini telah hampir ditubuhkan. Negaranegara anggota ASEAN telah mencapai kemajuan ketara dalam mengurangkan tarif antara rantau melalui Tarif Keutamaan Berkesan (CEPT) Skim bagi AFTA. Lebih daripada 99 peratus daripada produk dalam Senarai Kemasukan CEPT (IL) ASEAN-6, iaitu Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand, telah dibawa ke pelbagai tarif 0-5 peratus. ASEAN baru ahli, iaitu Kemboja, Laos, Myanmar dan Vietnam, tidak jauh ketinggalan dalam pelaksanaan CEPT mereka komitmen dengan hampir 80 peratus daripada produk mereka telah berpindah ke masing-masing CEPT ILS. Item ini, kira-kira 66 peratus sudah mempunyai tarif dalam jalur 0-5 tarif peratus. Vietnam mempunyai sehingga 2006 untuk menurunkan tarif produk dalam Senarai Kemasukan untuk tidak lebih daripada 5 peratus tugas, Laos dan Myanmar pada 2008 dan Kemboja pada tahun 2010. Berikutan menandatangani Protokol untuk Meminda Perjanjian CEPT-AFTA bagi Penghapusan Duti Import pada 30 Januari 2003, ASEAN-6 telah komited untuk menghapuskan tarif ke atas 60 peratus daripada produk mereka di IL dengan tahun 2003. Sehingga tarikh ini, tarif 64,12 peratus daripada produk dalam IL yang ASEAN-6 telah dihapuskan. Tarif purata bagi ASEAN-6 di bawah Skim CEPT kini turun kepada 1.51 peratus daripada 12,76 peratus apabila menjalankan tarif memotong bermula pada tahun 1993. Pelaksanaan Skim CEPT-AFTA telah meningkatkan dengan ketara pada bulan Januari 2004 apabila Malaysia mengumumkan pengurangan tarif bagi membina sepenuhnya (CBU) dan terurai sepenuhnya (CKDs) unit automotif secara beransur-ansur memenuhi keperluan CEPT komitmen satu tahun lebih awal daripada jadual. Malaysia sebelum ini telah dibenarkan untuk menangguhkan pemindahan dari 218 garis tarif CBU dan CKDs sehingga 1 Januari 2005. Produk yang kekal daripada Skim CEPT-AFTA ialah Senarai Amat Sensitif (iaitu beras) dan Senarai Pengecualian Am. Jawatankuasa Penyelarasan Pelaksanaan CEPTScheme bagi AFTA (CCCA) sedang menjalankan kajian semula semua Pengecualian Senarai Ketua bagi memastikan hanya mereka yang konsisten dengan Perkara 9 (b) 1 CEPT Perjanjian termasuk dalam senarai.

KESIMPULAN
Sebagai badan yang penting di rantau ini ASEAN tidak pernah bebas ataupun sunyi daripada cabaran. Ketika ASEAN mengorak langkah ke arah mencapai satu identiti, satu matlamat dan satu komuniti, ia kini semakin terdedah kepada isu-isu sensitif seperti konflik politik dalaman, demokrasi, tadbir urus yang cekap, malapetaka semula jadi, dan hak-hak asasi iaitu isu-isu yang sebelum ini kurang mendapat perhatian. Justeru, ASEAN sentiasa menjadi tarikan dan dilihat sebagai contoh kerjasama ekonomi yang berdaya maju. Jika dilihat dari sudut yang lebih luas, hampir kesemua kuasa ekonomi dunia sekarang ini menjadi rakan dialog ASEAN, dan negara-negara lain juga ingin berbuat demikian. Malahan, Taiwan telah melahirkan minat untuk menjadi anggota ASEAN. Rusia dan Taiwan juga memperlihatkan keinginan untuk bersama ASEAN. Usaha sedemikian telah menyumbang kepada tindakan mengekalkan keamanan dan keselamatan serantau menerusi langkah-langkah membina kepercayaan walaupun terdapat cabaran. Dalam pelbagai kejayaan yang direkodkan, keamanan dan kestabilan mengambil kedudukan utama. Di sebalik peredaran zaman, ASEAN tetap relevan dan dinamik lagi kukuh dengan memasyarakatkan ASEAN sebagai badan yang unggul di peringkat global dalam jangka panjang.

You might also like