You are on page 1of 4

Sekapur sirih

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.Lafaz syukur di panjatkan kepada ilahi dengan limpah kurnianya tugasan kerja kursus pendek ini Bahasa Melayu 1 dapat disiapkan dengan jayanya walaupun berbagai dugaan yang dihadapi.

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah Pengajian Bahasa Melayu saya Puan Habibah Binti Mohd Samin kerana telah banyak membantu dalam menyiapkan kerja kursus pendek ini. Tanpa bantuan dan dorongan daripada beliau, mungkin kerja kursus pendek ini tidak dapat disiapkan mengikut prosedurprosedur yang telah ditetapkan.

Ribuan terima kasih juga saya tujukan kepada rakan-rakan guru pelatih yang banyak membantu saya dalam perkongsian ilmu melalui perbincangan bersama secara kolaburasi.

Tidak lupa juga kepada ibu dan adik-beradik saya yang selalu memberi katakata semangat dan dorongan yang padu untuk menyiapkan kerja kursus ini. Faktor ini juga juga telah memberikan saya semangat yang kuat untuk menyiapkan tugasan ini walaupun terdapat dugaan dan cabaran yang perlu saya tempuhi.

Akhir sekali, ribuan terima kasih saya tujukan kepada sesiapa sahaja yang telah banyak membantu menyiapkan kerja kursus pendek ini.Saya juga berharap agar tugasan ini akan dapat dijadikan sebagai landasan dan panduan untuk saya memahami serta menguasai ilmu pengajian Bahasa Melayu untuk pembelajaran yang akan akan dating. Sekian terima kasih.

Ciri-ciri bahasa melayu

Bahasa Sebagai Satu Simbol Tarif: Perkataan yang terdapat dalam suatu bahasa dinamakan lambang atau simbol. Ahli logik dan kaji makna menggolongkan lambang sebagai satu kod pada kumpulan objek yang dinamakan isyarat. Tiga jenis lambang: a. Indeks b. Ikon c. Konvensi Indeks Terbahagi kepada dua jenis: Manusia contoh:Tangis ( Lambang Sedih ) Bukan Manusia contoh: Jalan raya basah ( Lambang hujan ) Ikon Melambangkan sifat yang ada pada dirinya sendiri. contoh: bunyi-bunyi anomopeik seperti gedebum, miau Konvensi Takrif tidak ada ikatan antara simbol itu dan benda rujukannya. Lambang jenis inilah yang disebut simbol Simbol konvensional adalah bukan bahasa, contoh: Tolak (-) dan Darab (x) dalam bidang ilmu hisab. Simbol Dalam Konteks Terdapat pelbagai jenis simbol dan konteks dimana simbol itu hadir iaitu: Konteks Tepat Sesuatu simbol yang digunakan untuk merujuk objek atau benda yang ada didalam persekitaran terdekat. Konteks Teralih Dalamkonteks ini orang atau objek yang menjadi rujukan tidak ada sewaktu ia disebut.konteks yang sering ditemui dan digunakan untuk menyebut benda dan orang yang tidak ada dalam sekitaran terdekat kita. Konteks Terpindah Simbol sebagai alat untuk memindahkan kegunaannya dari satu kumpulan objek atau situasi kepada kumpulan yang setaraf. Contoh: Gadis itu manis tetapi mukannya masam. -manis dan masam biasanya merujuk kepada sifat benda tertentu seperti gula atau buah, tetapi ciri wajah manusia boleh diterangkan dengan istilah tersebut. Pendekatan Saintifik Dalam Kajian Makna Teori Imej Mental Makna sesuatu perkataan itu sama dengan imej mentalyang berkaitan dengan simbolnya. Kelemahan Tidak dapat menjelaskan beberapa masalah pokok mengenai makna. contoh : Tiga segi yang ideal, sebab banyak bentuk boleh disebut segi tiga. Teori Behaviorisme Golongan behavioris mengemukakan teori mereka berdasarkan ransang dan tindak balas. Kelemahan Ia tidak dapat menerangkan perkataan linguistik. contoh: jenis kata sendi Teori Logik Simbolik

Dikenal dengan nama analisis logik @ analisis linguistik Terdapat tiga kajian makna: -Semantik -Sintaksis -Pragmatik Semantik Mengkaji hubungan antara lambang dengan rujukan, biasanya ditafsirkan sebagai makna perkataan. Untuk membuat asas penilaian dan jangkaan proses pergolongan perlu dibuat antaranya: Pembahagian : Dengan memebezakan sifat am sesuatu benda atau perkara. Sintaksis Mengkaji hubungan yang terdapat antara satu lambang dengan lambang lain. Bermaksud, sesuatu ayat bergantung kepada susunan dan tingkatan lambang itu. Contoh: unsur orang dan kaya -menghasilkan dua makna yang berbeza iaitu orang kaya dan orangkaya. Perbezaan makna antara keduanya ialah tidak semua orang kaya itu kaya. Pragmatik Mengkaji hubungan antara lambangdan perlakuan. Unsur ini mendapat perhatian daripada para pengkaji makna kerana dalam proses komunikasi makna sesuatu maklumat dinilai dari sudut adakah ia sampai kepada penerimanya atau tidak. Bahasa Sebagai Alat Komunikasi Proses komunikasi ialah adanya maklumat yang hendak di sampaikan oleh penutur kepada pendengar. Komunikasi dalam masyarakat: Penghasilan maklumat Orang yang menghasilkan maklumat contoh:pakar perubatan, para pengarang pakar sains dan sebagainya. Penyampai Maklumat Orang yang menyebarkan maklumat. contoh: Wartawan, juru hebah, guru dan pembawa cerita. Penapis Maklumat Orang yang menyekat sesuatu maklumat daripada disebarkan. contoh: ahli politik, golongan tua, ahli agama, pegawai kerajaan dan para pengembang agama. Penerima Maklumat orang yang menerima maklumat. contoh: kanak-kanak, orang awam dan golongan yang hanya menerima sahaja maklumat umpamanya orang yang terlalu tua atau cacat. Seseorang akan mengubah bahasanya sesuai dengan peranan yang dimainkan pada masa atau keadaan tertentu. Faktor Yang Mengubah Bahasanya. a.Pendengar: orang yang dilawan bercakap. ciri-ciri hubungan antaranya dengan pendengar menentukan bahasa yang digunakan. b. Tempat: situasi sekeliling dimana pertuturan itu mengambil tempat, termasuklah benda- benda yang berada di sekitarnya. c.Butir Pertuturan: Tajuk percakapan antara penutur dengan pendengar sama ada terdiri daripada hal-hal peribadi atau rasmi.

Komunikasi berlaku dalam tiga arah: a. Komunikasi setaraf: antara ahli-ahli kelompok yang setaraf kedudukannya. Contoh: antara dua orang sahabat baik, rakan sejawatan, antara angota sesuatu kelab sukan. b. Komunikasi dari atas ke bawah: Terjadi antara pekerja dan majikan ibu bapa kepada anak, antara anggota polis kepada penjenayah. c. Komunikasi dari bawah keatas: Terjadi antara anak murid kepada guru, rakyat kepada menteri, adik kepada abang. Tiga Peranan Bahasa Sebagai Alat Komunikasi. -Menyimpan maklumat -Menyatakan perasaan -Menyatakan suruhan atau larangan

You might also like