You are on page 1of 17

ISI KANDUNGAN

TOPIK

MUKA SURAT

Abstrak

1.0 Pengenalan

1.1 Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu 1.2 Kejayaan bahasa lain yang berjaya 2.0 Faktor Bahasa Melayu Hilang Upaya

2 3 5

2.1 Faktor sejarah 2.2 Faktor pendidikan 2.3 Faktor sikap pengguna bahasa

7 7 9

3.0 Langkah-langkah golongan intelek

10

3.1 Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka 3.2 Peranan Pemimpin dan Kementerian 3.3 Peranan Guru 3.4 Peranan Pelajar Institusi Pengajian tinggi (IPTA dan IPTS) 4.0 Kesimpulan

11 12 13 14 16

Abstrak Tidak hilang Melayu di dunia''. Adakah kata-kata keramat Laksamana Hang Tuah ini mungkin hanya tinggal sebagai kiasan semata-mata sekiranya bangsa Melayu tidak menjaga keunggulan ataupun integriti bangsa dan bahasanya? Suatu ketika dahulu sejarah telah membuktikan bangsa Melayu merupakan satu bangsa yang gah. Bangsa Melayu mampu menjelajah dunia dan negeri Melaka bertamadun yang bernama Melayu. Secara peribadi, saya berpendapat kemelut ini berlaku disebabkan kehendak masyarakat itu sendiri. Demi menunjukkan mereka berada dalam kelompok yang lebih tinggi, masyarakat rela meracuni bahasa sendiri. Dengan penggunaan bahasa rojak bila komunikasi, masyarakat melihat ianya sebagai sesuatu yang membanggakan. Contohnya penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Masyarakat dalam kelompok elit, gemar menonjolkan penggunaan bahasa Melayu rojak bagi memperlihatkan tahap pendidikan seseorang. Bagi masyarakat Melayu khususnya yang berada dalam golongan elit, sesiapa yang yang tidak tahu berbahasa seperti ini akan dianggap tidak berpendidikan tinggi. Contoh paling mudah dan dekat ialah blog. Ramai penulis-penulis blog terutama dalam kalangan awal dan pertengahan umur 20an menggunakan bahasa rojak dan bahasa slanga dan pada pandangan saya keadaan semakin memualkan. Tetapi blog-blog beginilah yang mempunyai ramai pengikutnya. Kerana mungkin mereka merasakan jika penulisan menggunakan bahasa formal, tidak ramai yang akan mengikuti penulisan blog mereka. Pada pandangan saya, penulis-penulis blog sebegini seperti mencari publisiti murahan dengan memperdagangkan bahasa mereka sendiri. Mereka lupa bahawa dengan cara telah menjadi pusat peradaban suatu bangsa

penulisan sebegitu, tanpa disedari mereka menjatuhkan martabat bahasa Melayu dan bangsa Melayu. Pada saya Bahasa menunjukkan bangsa dan bahasa menunjukkan siapa kita.

1.0 1.1

Pengenalan Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu

Pada pandangan saya bahasa ialah maruah bangsa dan negara. Bahasa Melayu akan terus menghadapi cabaran dalam memenuhi peranannya dalam melestarikan kebudayaan moden. Bahasa sebagai salah satu tonggak tamadun bangsa atau jati diri bangsa, tidak boleh tercicir atau tersisih bahkan mesti diperkukuh dan diperluas peranannya. Dalam usaha memperkukuhkan bahasa Melayu di Malaysia, ada pula bintik-bintik hitam yang mengeruhkan keadaan. Penggunaan bahasa Melayu yang tidak betul dalam kalangan masyarakat kian menjadi-jadi. Ianya seolah-olah menjadi kemestian dalam proses komunikasi sekarang ini. Penggunaan bahasa Melayu secara tidak betul bukan sahaja berlaku dalam komunikasi tidak formal namun sekarang ini, dalam komunikasi formal juga telah berlaku. Apabila kita ingin mengetahui asal usul sesuatu bahasa, kita perlu mengetahui asal bangsa yang menjadi penutur utama bahasa tersebut. Hal ini demikian adalah kerana bahasa itu dilahirkan oleh sesuatu masyarakat penggunanya dan pengguna bahasa itu membawa bahasanya ke mana pun ia pergi. Demikianlah juga halnya dengan bahasa Melayu. Apabila kita ingin mengetahui asal usul bahasa Melayu, maka kita perlu menyusurgaluri asal usul bangsa Melayu. Menurut W. Marsden dalam kajiannya beliau mendapati bahawa bahasa Melayu dan bahasa Polinesia (iaitu bahasa yang digunakan di beberapa buah pulau yang terdapat di Lautan Pasifik) merupakan bahasa yang serumpun. Manakala E. Aymonier dan A. Cabaton pula mendapati bahawa bahasa Campa serumpun dengan bahasa Polinesia, manakala menurut Hamy, beliau berpendapat bahawa bahasa Melayu dan bahasa Campa merupakan warisan
3

daripada bahasa Melayu Kontinental. Di samping keserumpunan bahasa, W. Humboldt dalam kajiannya mendapati bahawa bahasa Melayu (terutama bahasa Jawa) telah banyak menyerap bahasa Sanskrit yang berasal dari India. J.R. Foster yang membuat kajiannya berdasarkan pembentukan kata, pula berpendapat bahawa terdapat kesamaan pembentukan kata dalam bahasa Melayu dan bahasa Polinesia. Beliau berpendapat bahawa kedua-dua bahasa ini berasal daripada bahasa yang lebih tua yang 2 dinamainya Melayu Polinesia Purba. Seorang ahli filologi bernama A.H. Keane pula berkesimpulan bahawa struktur bahasa Melayu serupa dengan bahasa yang terdapat di Kampuchea. 1.2 Kejayaan bahasa lain yang berjaya

Di negara-negara barat seperti Rusia, Jerman, Perancis, mereka gah menggunakan bahasa negara mereka dalam institusi pendidikan. Kita lihat pula negara industri di Asia seperti Jepun, Korea, China dan beberapa buah negara lain telah membangun dengan pesat berdasarkan keupayaan bahasa mereka sendiri sebagai bahasa ilmu yang ulung dan mantap. Mereka mempertahankan kewibawaan bahasa mereka sendiri dan menjadikan bahasa mereka sebagai sains dan teknologi, bahasa kepustakaan ilmu serta pengetahuan. Menurut Profesor Abdullah Hassan (2009), dalam penulisannya yang bertajuk Bahasa Melayu Sebagai Teras Maruah Bangsa Jepun mengekalkan minda aslinya melalui bahasanya sendiri. Pada tahun 1856 Commodore Perry datang dan memaksa Jepun membuka pintunya kepada dunia. Jepun perlu membuat perubahan. Jepun yang diancam oleh Barat mesti belajar dari Barat, menandingi Barat, dan mengalahkan Barat dalam permainannya sendiri. Bagaimanakah pemimpin Jepun membina generasi Jepun moden yang berminda Jepun asli? Pemimpin Jepun yang memulakan pembaruan pada Zaman Meiji, Yukichi Fuzukawa, berkata Jepun hendaklah belajar dari Barat untuk maju. Count Okuma membuat laporan mengenai pendidikan di Jepun dalam buku Japan by Japanese (1904) berkata, Jepun mesti kekal Jepun untuk Jepun. Jepun mahu belajar dari Barat, tetapi mahu mengekalkan kebebasan belajar ilmu pengetahuan. Mereka mementingkan kemandirian ilmu. Bebas menurut kerangka minda Jepun. Dengan demikian Jepun mengekalkan keaslian minda mereka.

Menurut Profesor Abdullah lagi, pada mulanya Jepun mencuba menggunakan bahasa pinjaman sebagai bahasa pengantar. Mereka mengajar ilmu medan perang dalam bahasa Rusia, undang-undang dan falsafah dalam bahasa Perancis, kejuruteraan dan sains dalam bahasa Jerman, dan kemanusiaan dalam bahasa Inggeris. Amalan ini dihentikan kerana pendidikan tidak sampai kepada rakyat dengan sempurna. Jepun mementingkan penguasaan ilmu dengan bebas menurut kerangkanya sendiri. Selepas itu, Jepun menggunakan bahasanya sendiri untuk menyampaikan ilmu supaya dikuasai oleh semua rakyat.
3

Dalam penulisan beliau juga (Abdullah Hassan : 2009) turut menyatakan bahawa negara Thailand turut menyampaikan pendidikan dalam bahasa Thai, dan minda rakyat Thai kekal asli dan kreatif. Begitu juga Indonesia, Korea, Cina, Taiwan, dan Hong Kong. Malah seluruh rantau Asia-Pasifik mengalami perkembangan ekonomi. Inilah juga kawasan yang menggunakan Bahasa Kebangsaan sendiri dalam pendidikan. Negara-negara yang menggunakan bahasa pinjaman untuk menyampaikan pendidikan tidak dapat menyaingi kepesatan perkembangan ekonomi bangsa-bangsa yang mindanya asli. Bangsa-bangsa ini dapat bermegah dengan kejayaan material negaranya. Kejayaan-kejayaan inilah yang meningkatkan maruah bangsanya.

2.0 Faktor Bahasa Melayu Hilang Upaya

Mengapakah bahasa Melayu, atas pertimbangan sejarah, politik dan sosiologi dengan jumlah penutur seramai 195 juta orang, masih lagi tidak dianggap sebagai salah satu bahasa utama di dunia? Apakah lagi yang hendak dibuktikan? Apakah lagi yang hendak disejajarkan? (James T.Collins, 1996)

Bahasa menunjukkan bangsa, bahasa menunjukkan siapa kita. Bahasa juga menunjukkan bahawa kita adalah bangsa yang merdeka. Di mana rakyat dalam sesebuah negara itu boleh berbahasa dengan bebas menggunakan bahasa mereka sendiri tanpa rasa ragu. Secara peribadi saya tidak bersetuju untuk menyatakan bahasa Melayu hilang upaya untuk bersaing dengan bahasa-bahasa lain di dunia. Cuma ia semakin terpinggir kerana sikap masyarakat yang tidak yakin terhadap penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa antarabangsa. Sejarah bahasa Melayu antarabangsa tidak pudar dalam edaran zaman. Sekarang pun bahasa Melayu dipelajari bukan sahaja di Asia Tenggara, malah puluhan universiti di Eropah, Australia, New Zealand dan Amerika Utara (Ismail Hussien, 1995)

Menurut Wan Hashim Wan Teh (1996) Bahasa Melayu telah digunakan di Kepulauan Melayu kira-kira abad ke tujuh. Pada waktu itu terdapat 200 bahasa yang dituturkan di kepulauan tersebut. Penggunaan bahasa Melayu semakin meluas kerana bahasa tersebut mudah dituturkan berbanding dengan bahasa yang lain. Ciri-ciri keterbukaan yang terdapat dalam bahasa Melayu yang dapat menerima pengaruh bahasa-bahasa lain menyebabkan

bahasa tersebut dapat berkembang dengan pesat dan menjadi lingua franca dan bahasa ilmu bagi rantau kepulauan Melayu. Menurut ensiklopedia keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka, menjelaskan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu ialah peranan bahasa Melayu itu sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan atau sebagai alat untuk menyampaikan ilmu pengetahuan moden seperti fizik, kimia, kejuruteraan, perubatan, ekonomi, undang-undang, kesusasteraan, dan agama. Bahasa Melayu telah berjaya di martabatkan sebagai bahasa ilmu melalui
5 perkembangan agama Islam di Alam Melayu bermula abad ke 10 dan 11 lagi (Wan Hashim

Wan Teh, 1996). Malah bahasa Melayu telah memainkan peranan utama dalam meluaskan perkembangan Islam, manakala Islam pula telah meningkatkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu ( Syed Muhammad Naquib Al-Attas, 1972). Latar belakang ringkas ini bertujuan untuk menunjukkan bahawa telah lebih 500 tahun yang lalu, bahasa Melayu pernah wujud sebagai salah satu bahasa antarabangsa dan antara bahasa-bahasa yang besar jumlah penuturnya di dunia. Penuturnya tidak terhad dalam kalangan penduduk Alam Melayu sahaja, tetapi menjadi bahasa pertuturan para pedagang, pengembara dan pendakwah serta alim ulama dari luar Alam Melayu. Di dalam penulisan ini, ingin saya lontarkan beberapa pandangan dari Tan Sri Ismail Hussien (1996) berkaitan pandangan beliau mengenai kedudukan bahasa Melayu pada masa hadapan dalam penulisannya yang bertajuk Bahasa Melayu di Dunia Melayu. Menurut Tan Sri Ismail Hussien, antara negara-negara Asean, Thailand antara negara yang menarik perhatian kerana jutaan penutur bahasa Melayu sedia ada di negara tersebut dengan gigih telah mempertahankan diri walaupun dalam desakan politik yang amat rumit. Di Thailand jauh lebih mudah meningkatkan penguasaan bahasa Melayu baku di universiti. Warga Thailand yang bukan Melayu giat mempelajari bahasa Melayu untuk keperluan perdagangan dan pelancongan. Dengan segala kemungkinan, dapat dikatakan bahawa bahasa Melayu di Thailand semakin berkembang dan bukan sebaliknya.

Kedudukan bahasa Melayu di Filipina tidak jelas data tentang penggunaan. Penggunaan bahasa Melayu di Kepulauan Mindanao terbatas hanya kepada pedagang, pengembara ataupun pendatang. Tetapi sentimen terhadap bahasa Melayu dalam kalangan penduduk muslimnya tetap tinggi. Begitu juga kedudukan bahasa Melayu di Vietnam dengan adanya kelompok penutur bahasa Melayu di kota dan persisiran tebing sungai di selatan negara tersebut. Menurut Tan Sri Ismail Hussien, beliau yakin bahawa bahasa Melayu akan menjadi pilihan pertama bagi negara-negara dalam Asean khususnya kerana bahasa Melayu merupakan bahasa pribumi Asean yang terbesar, termoden, mudah dipelajari dan paling kaya dari segi khazanah kebudayaan dan ilmu pengetahuan. Ia akan memberi alasan dan kesempatan kepada 6 kelompok minoriti Melayu di Thailand, Filipina dan Vietnam untuk mendalami basa ibunda asal secara rasmi.

2.1 Faktor sejarah Kedaulatan bahasa Melayu tidak pernah tergugat sehingga tahun 1930an. Keadaan mula berubah secara mendadak apabila sistem pendidikan aliran Inggeris diperkenalkan. Pengenalan pendidikan moden menerusi bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dan bahasa Ilmu mula mengubah nilai terhadap bahasa Melayu. Secara tidak disedari pendidikan aliran Melayu dan bahasa Melayu mula dipinggirkan dan diletakkan di tempat kurang penting. Seperti yang telah diperkatakan pada awal penulisan, seseorang itu dianggap layak memasuki golongan elit, satu kelompok kelas menengah baru yang amat tinggi setatusnya jika mereka menerima pendidikan tinggi menerusi aliran Inggeris dan mampu bertutur dengan fasih dalam bahasa Inggeris. Seterusnya bermula era di mana mereka yang menerima pendidikan dari aliran Melayu dianggap sebagai penerima pendidikan kelas dua dan tidak mampu menerima pekerjaan yang baik dan berprestij setelah menamatkan pengajian. Golongan ini dianggap hanya mampu bekerja sebagai guru sekolah, anggota polis dan tentera, budak pejabat serta mandur atau buruh. 2.2 Faktor pendidikan
8

Dalam usaha menjamin ketrampilan Malaysia dalam bidang ekonomi mengatasi segalagalanya. Oleh itu bahasa Inggeris dianggap penting fungsinya. Lebih mengkhuatirkan lagi dewasa ini apabila muncul institusi pendidikan yang menawarkan kursus yang bersama-sama dianjurkan oleh universiti luar negara bagi peringkat ijazah sarjana muda. Sistem universiti kembar yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar (Ahmat Adam, 1996). Seharusnya Malaysia mencontohi negara-negara seperti Belanda, Jerman, negaranegara Scandinavia menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Tetapi, dalam masa yang sama bahasa kebangsaan tetap menjadi alat komunikasi utama antara rakyat sesama sendiri. Negara-negara ini tidak perlu menuliskan bahasa Inggeris pada papan tanda di mana7 mana pun seperti yang dilakukan oleh firma-firma perdagangan dan pihak-pihak swasta di

Malaysia. Akhbar berbahasa Inggeris tidak perlu diterbitkan untuk menyalurkan maklumat terkini kerana bahasa kebangsaan sudah mampu menjadi media maklumat dan pemikiran canggih (Ahmat Adam. 1996). Perancangan secara berperingkat-peringkat melalui sistem pendidikan kebangsaan, dengan penegasan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, telah berhasil melahirkan ahli ilmu yang terdidik dalam bahasa Melayu, sekurang-kurangnya hingga peringkat ijazah pertama. Walaupun begitu, pada saat sistem pendidikan menunjukkan kejayaannya, ada cabaran-cabaran dari kalangan kepimpinan orang Melayu yang tidak yakin bahawa bahasa Melayu boleh menjadi bahasa ilmu untuk menyampaikan sains dan teknologi. Bagi menolak pernyataan bahawa bahasa Melayu hilang upaya sebagai bahasa ilmu dan bahasa antarabangsa, kita lihat sahaja kejayaan pendidikan sains dan teknologi dalam bahasa Melayu. Kejayaan pendidikan sains dan teknologi dalam bahasa Melayu cukup memberangsangkan dan membanggakan bagi mereka yang menelitinya secara objektif. Pertama, peratusan bumiputera dalam bidang sains dan teknologi telah meningkat. Mengikut risalah Pusat Penyelidikan Strategi Malaysia, MSRC peratusan lulusan daripada universiti berkaitan pelbagai bidang dan jurusan antaranya jurutera 35%, doktor perubatan 28%, arkitek 24% dan juru ukur 45 % (Shaharir Mohamad Zain, 2004). Padahal 20 tahun sebelumnya peratusan bumiputera dalam bidang-bidang tersebut kurang daripada 10%.
9

Khazanah karya sains dan teknologi dalam bahasa Melayu dalam bentuk buku, tesis, jurnal dan makalah ilmiah juga cukup memberangsangkan walaupun masih ketinggalan berbanding dengan khazanah negara-negara maju. Di UKM sahaja menurut Shaharir Mohamad Zain (2004), khazanah sains dan teknologi patut menjadi renungan bagi pihak yang sangsi akan kemampuan bahasa Melayu dan penuturnya secara lisan dan tulisan. Pada keseluruhannya bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan akademik sudah agak mantap. Tentulah tidak munasabah jika menyatakan bahawa bahasa Melayu tidak mampu menjadi bahasa ilmu dan hilang upaya untuk bersaing dengan bahasa-bahasa lain di dunia. Apabila bercakap tentang untung rugi pendidikan di negara kita dalam bahasa Melayu, adakah 8 negara kita tidak maju? Adakah imej negara dan bangsa tidak lagi menonjol? Sehingga kini tidak ada mana-mana kaum di negara ini merosot pencapaian dalam bidang akademik kerana menerima pendidikan dalam bahasa Melayu dan aliran Melayu semasa berada di sekolah rendah atau sekolah menengah mahupun ketika berada di peringkat kolej atau universiti. Orang Melayu rata-rata bertambah baik pencapaiannya akademiknya, begitu juga orang bukan Melayu yang tetap cemerlang pencapaian mereka. 2.3 Faktor persepsi pengguna bahasa Bahasa merupakan alat penting bagi kemajuan bangsa. Bahasa adalah alat budaya sesuatu bangsa ( Datuk Dr Hassan Ahmad, 1996). Pernyataan yang tepat dan bernas ini mentakrifkan maksud hubungan antara bahasa dengan kemajuan manusia. Masalah yang dihadapi oleh dasar untuk mengembangkan bahasa Melayu di Negara ini sebagai bahasa pendidikan, bahasa ilmu dan bahasa pembangunan atau kemajuan negara sesuai dengan tarafnya sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan Negara Malaysia, bukan masalah yang ada kena mengena dengan bahasa Melayu itu sendiri tetapi masalah yang timbul dan ditimbulkan di luar sistem bahasa itu ( Datuk Dr Hassan Ahmad, 2008) . Wujud persepsi yang menyatakan bahawa bahasa Melayu hanya melambatkan pembangunan ekonomi negara. Persepsi ini menyebut bahawa jika negara kita ingin maju, selaras dengan kemajuan oleh negera maju yang lain di dunia, maka kemajuan itu dapat
10

dicapai hanya melalui bahasa Inggeris. Setelah lebih 53 tahun Malaysia merdeka kita masih berhadapan dengan sikap masyarakat yang tidak yakin dengan bahasa mereka sendiri. Ada pihak yang berpendapat bahasa Melayu belum mampu untuk menjadi bahasa ilmu terutama dari golongan teknokrat atau golongan elit. Mereka dilihat berkecenderungan untuk membataskan peranan bahasa Melayu kepada dua fungsi sahaja. Pertama sebagai bahasa urusan rasmi pentadbiran kerajaan dan kedua sebagai bahasa perpaduan. Terdapat beberapa pemimpin Melayu yang terlalu risau tentang kelemahan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar, tetapi mereka tidak pula risau melihat penggunaan bahasa Melayu dalam sektor pembangunan ekonomi negara semakin terpinggir. Amalan bahasa rojak iaitu mencampur-adukkan perkataan Inggeris semasa menggunakan 9 bahasa Melayu merupakan gejala yang mendatangkan pelbagai kesan negatif. Dengan jelas, penggunaan perkataan Inggeris yang tidak diterjemahkan atau disesuaikan ketika menggunakan bahasa Melayu merupakan tamparan kepada identiti dan kewibawaan bahasa kita. Masalah kecekapan komunikasi timbul apabila mereka tidak menguasai kedua-dua bahasa dengan baik. Bangsa yang bermasalah dalam komunikasi menunjukkan ia gagal menjelaskan idea yang dimiliki. Sudah tentu bangsa ini akan gagal meyakinkan orang lain apabila tidak dapat mengungkapkan idea secara berkesan. Apabila tidak dapat menjelaskan idea, maka ia juga mencerminkan kegagalan untuk berfikir secara tersusun dan menghalang penerokaan dan percambahan buah fikiran baru.
3.0 Langkah-langkah golongan intelek

Alasan yang menyatakan bahasa Melayu tidak mempunyai perbendaharaan kata yang cukup untuk mengungkapkan sesuatu idea tidak boleh diterima. Ini kerana bahasa Melayu bersifat terbuka dan boleh kata. menerima Namun perkataan-perkataan begitu, Inggeris bagi menambahkan itu hendaklah perbendaharaan perkataan-perkataan Inggeris

diterjemahkan atau disesuaikan menurut kaedah yang teratur seperti mana telah ditetapkan oleh pakar-pakar bahasa.

11

Justeru, disarankan kesedaran harus disemai terhadap penggunaan bahasa yang betul di semua peringkat rasmi dalam masyarakat. Selaku pemimpin masyarakat, golongan berpendidikan tinggi dan intelektual, mereka harus mengawal diri dalam menggunakan bahasa supaya sentiasa menggunakan bahasa yang betul, baik semasa menggunakan bahasa Melayu, mahupun Inggeris terutama dalam majlis-majlis rasmi seperti forum, seminar dan program-program dalam yang berkaitan dengan media elektronik serta seumpamanya.
3.1 Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka

Penubuhan DBP merupakan usaha mempersiapkan bahasa Melayu sebagai sarana komunikasi bangsa dan negara merdeka bagi tujuan pentadbiran, pendidikan, undang-undang, media am, ekonomi, dan bidang yang lain. Pada tahun 1956 itu juga Jawatankuasa Pelajaran Razak telah menghasilkan laporan yang menjadi asas Akta Pelajaran 1961, yang berorientasikan ciri kebangsaan dari segi kurikulum, dengan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama. 10 Selama lebih lima dekad, DBP melaksanakan amanah bangsa dan negara dalam proses pembinaan negara melalui kerja yang berkaitan dengan perancangan bahasa, sastera kebangsaan dan penerbitan. Dalam bidang bahasa, DBP melaksanakan amanah membangun, mengembang dan membina bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi. Bahasa Melayu hendaklah berfungsi sebagai wahana komunikasi dalam semua bidang kehidupan rakyat. Dalam tempoh tidak sampai setengah abad, berbanding dengan pembinaan bahasa-bahasa moden lain (yang mengambil masa ratusan tahun), DBP bersama dengan pihak lain seperti institusi pendidikan dan pengajian tinggi, telah berhasil membina bahasa Melayu moden yang mampu menjadi pengungkap pelbagai bidang ilmu moden dan dapat membentuk pelbagai wacana kehidupan Moden Dalam bidang sastera, DBP berperanan membina minda bangsa dengan menyajikan karya-karya sastera yang dapat memungkinkan penghayatan nilai-nilai kemanusiaan, ketuhanan, persefahaman dan sebagainya. Demikian juga, melalui bidang penerbitan, DBP berperanan besar dalam memperkaya khazanah persuratan bangsa dan negara dalam pelbagai bidang, iaitu ilmu, profesional dan kreatif. Kesemua hasil atau produk, baik dalam bidang

12

bahasa, sastera mahupun penerbitan itu merupakan sumbangan DBP dalam pembinaan dan pembangunan negara, khususnya dalam aspek pembangunan yang bersifat dalaman, iaitu pembangunan minda dan budaya (Dewan Bahasa & Pustaka Online).
3.2 Peranan Pemimpin dan Kementerian

Menurut Dr Awang Sariyan (2010) dalam penulisan beliau yang bertajuk Pemartabatan Bahasa Kebangsaan dalam Pembinaan Negara Bangsa, penubuhan Jawatankuasa Pelajaran Razak pada tahun 1956 turut memperlihatkan kejelasan tentang wawasan pembentukan negara yang turut memperhitungkan peranan bahasa, apabila Laporan Razak menegaskan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama dalam sistem pendidikan negara ini. Pancang yang diasaskan oleh Jawatankuasa Razak dan kemudian diperkukuh oleh Jawatankuasa Rahman Talib (1960) itulah yang kemudian menjadi asas Akta Pendidikan 1961 dan diperteguh pernyataannya dalam Akta Pendidikan 1996, yang malangnya tidak dihormati apabila asas itu diketepikan dengan keputusan pengajaran sains dan matematik serta subjeksubjek teknikal dalam bahasa Inggeris, bermula pada tahun 2003. Namun setelah enam tahun berlangsung, akhirnya telah diputuskan untuk dimansuhkan sepenuhnya menjelang tahun 2012. Dalam portal ITNM telah disiarkan berita mengenai Persidangan Meja Bulat Memartabatkan Bahasa Melayu. Berikut adalah sebahagian petikan berita tersebut: Secara umumnya, frasa memartabatkan bahasa Melayu didefinisikan sebagai memberi kedudukan tinggi lagi bermaruah serta berprestij kepada bahasa Melayu dalam kalangan penutur aslinya serta masyarakat lain, pada peringkat nasional, serantau dan global. Bahasa Melayu yang bermartabat adalah bahasa yang mempunyai kedudukan ekonomi yang tinggi, sebagaimana dibuktikan oleh bahasa-bahasa utama dunia khususnya bahasa Inggeris, Perancis dan Jepun. Bagi memartabatkan bahasa Melayu, ia tentu sekali perlu menjadi bahasa yang mendukung pelbagai disiplin ilmu dan digunakan sepenuhnya dalam pentadbiran negara, penggubalan dan perumusan undang-undang, perbicaraan kes di mahkamah dan sektor kehakiman, sektor perdagangan, ekonomi, korporat dan pasaran saham, kedoktoran, kejuruteraan, teknologi maklumat serta pelbagai bidang penting dan utama yang menunjangi
13 11

kemajuan bangsa serta negara di pentas global. Dalam perbincangan ini, KPM telah membentangkan program yang dilaksanakan bermula tahun 2010 sehingga 2012 dalam usaha memperkasa dan memartabatkan bahasa Melayu (ITNM Online, 2010).
3.3 Peranan Guru

Peranan guru sebagai tunjang utama dalam memperkasakan dan memajukan bidang pendidikan di negara ini sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Fungsi dan peranan guru dipandang tinggi dan diiktiraf bukan sahaja sebagai penyampai ilmu, jurutera sosial, penyubur perpaduan, pencorak minda, pembangun sahsiah malah sebagai agen perubahan. Peranan guru juga besar dalam memastikan keberkesanan dan kelancaran dasar memartabatkan bahasa Melayu dalam pendidikan negara. Guru perlu menjadi contoh pengguna dasar ukuran bahasa yang baik. Guru juga perlu meningkatkan pengetahuannya dalam bidang ketatabahasaan. Selain itu, guru juga perlu memainkan peranan aktif dalam membimbing pelajar mempelajari bahasa Melayu. Guru seharusnya kreatif dalam pengajaran supaya mampu menarik minat mereka mempelajari bahasa Melayu.
12

3.4 Peranan Pelajar IPTA dan IPTS

Apabila bercakap mengenai pembinaan tamadun, masyarakat akan memandang pelajar institusi pengajian tinggi di universiti atau kolej samada di IPTA atau IPTS sebagai organ utama dalam merealisasikan tamadun sesebuah bangsa itu. Untuk merealisasikan pembinaan tamadun Melayu ini, pelajar pengajian tinggi harus memainkan peranan dalam memperjuangkan soal kebangkitan bahasa ibunda iaitu kebangkitan Bahasa Melayu. Mengapa sebagai pelajar institusi pengajian tinggi mereka perlu mengambil peranan dalam memperjuangkan isu bahasa ini? Antara faktor-faktor pelajar institusi pengajian tinggi harus melaksanakan tanggungjawab ini ialah:
Pembinaan jatidiri sesuatu bangsa itu harus dimulai dengan mencintai bahasa

ibundanya.
Kemajuan

sesuatu bangsa itu bukannya bergantung kepada bahasa asing.

Masyarakat akan mudah terpengaruh dengan budaya-budaya negatif yang datang dari barat.
14

Harus melihat kembali bagaimana kejayaan empayar Islam suatu ketika dahulu yang

telah menjadi tamadun yang gemilang melangkaui tamadun sedia ada dan sebelumnya.
Kebimbangan penggunaan Bahasa Melayu ini akan terhakis sedikit demi sedikit

hingga kepada pemansuhan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar seperti yang berlaku kepada bahasa jawi. Tanggungjawab pelajar pusat pengajian tinggi:
Memupuk kesedaran di kalangan mahasiswa tentang peri pentingnya mencintai dan

menghargai bahasa kebangsaan.


Mengadakan perbincangan yang secara ulang tetap di antara tenaga pengajar, pelajar

dan pentadbir universisti serta pihak swasta.


Meningkatkan penulisan dan penterjemahan buku-buku, makalah-makalah ilmiah. Mendidik diri untuk menjadi professional serta pejuang bahasa. 13
4.0 Kesimpulan/penutup Untuk meletakkan bahasa Melayu ke dunia yang luas, kita memerlukan satu bahasa yang dapat diistilahkan sebagai bahasa Melayu global dan bukan dialek-dialek nasional sedia berkembang. Minat ahli politik dan ahli akademik terhadap pembinaan bahasa Melayu global memang selalu ada, tetapi kerapkali diselubungi oleh sikap dan tindakan yang bertentangan. Oleh itu, kita seharusnya membuka jalan kepada setiap lapisan masyarakat untuk memahami dan menguasai bahasa Melayu. Jika kita bersedia dan dapat bersikap seperti sedemikian, maka barulah kita dapat berucap atau bercakap tentang kebesaran bahasa Melayu secara global. Perkembangan bahasa Melayu dan usaha memartabatkannya sebagai bahasa ilmu dan untuk bersaing dengan bahasa-bahasa lain di dunia global pernah melalui pelbagai peristiwa. Menjadi harapan supaya bahasa melayu mampu diperkembang, diperkukuh serta diperluas penggunaannya menjadi bahasa perdagangan seperti zaman silam. Bahasa yang akan dipergunakan oleh golongan korporat dalam sektor swasta serta sepenuhnya bidang kehakiman. Saya tidak menolak kepentingan mempelajari bahasa-bahasa asing kerana fungsi bahasa tersebut dalam meluaskan pemikiran dan percambahan minda tidak dapat dinafikan.

15

5.0

Rujukan :

14

Abdullah Hassan Prof. Dr (2004). Pendidikan dan patriotisme Malaysia. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka. Ahmat Adam Prof Dr. (1996). Isu bahasa dan pembentukan bangsa. Universiti Malaysia Sabah. Awang Sariyan, Dr (2004). Bahasa Melayu di Malaysia: Suatu tinjauan tentang perkembangan dan masalahnya. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka. Ismail Hussien, (1996). Bahasa Melayu di dunia Melayu. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka. Shaharir Mohamad Zain, (1996). Benturan dua budaya dalam pembangunan sains dan teknologi di Malaysia. Bangi, Universiti Kebangsaan Malaysia T.Collins, James, (1996). Bahasa Melayu sebagai bahasa antarabangsa. Bangi, universiti Kebangsaan Malaysia.

16

Wan Hashim Wan Teh, (1996). Penggunaan Bahasa Melayu di Institusi Pengajian Tinggi: Kemajuan dan Harapan. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka

___________Dewan Bahasa dan Pustaka http://dbp.gov.my/lamandbp/main.php? Content=articles&ArticleID=1585 ____________Institut Terjemahan Negara Malaysia, (2010) Persidangan Meja Bulat Memartabatkan Bahasa Melayu. http://www.itnm.com.my/news/detail/siaran_akhbar_perbincangan_meja_bulat_memartabatkan_bahas a_melayu_mbm/

15

17

You might also like