You are on page 1of 20

SMK DATO ONN BUTTERWORTH

PENDIDIKAN MORAL

Tajuk: Menangani Bencana Alam Tanggungjawab Bersama Nama: Su Zhen No I/C: ******-**-**** Tingkatan: 2 Sigma Nama Guru: Pn. Kok Foong Moi

BIODATA SAYA....
Nama: Ching Su Zhen Umur: 14 tahun Sekolah: Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Onn Butterworth Kelas: 2 Sigma Tempat lahir: Subang Jaya Medical Centre, Kuala Lumpur Makanan kegemaran: Minuman kegemaran: Hobi: Cita-cita: Mata pelajaran kegemaran: Bahasa Inggeris

Moto hidup: Strive for excellence in you life.

ISI KANDUNGAN

Perkara

Muka Surat

Biodata Isi kandungan Sumber Objektif Pengenalan Punca Bencana Alam Dan Kesannya Terhadap Kehidupan LANGKAH- LANGKAH PERSEDIAAN DALAM

pg 2 pg3-4 pg 5 pg6 pg7-11 pg 12

pg 13-14

MENGHADAPI BENCANA ALAM. LANGKAH- LANGKAH UNTUK MEMELIHARA pg 15-19

DAN MEMULIHARA ALAM SEKITAR.

Rumusan Penghargaan

pg 20 pg 21

SUMBER

i)

http://ms.wikipedia.org/wiki/Bencana_alam

ii)

http://en.wikipedia.org/wiki/Tsunami

iii)

http://ms.wikipedia.org/wiki/Tanah_runtuh

iv)

http://www.dbp.gov.my/klikdbp/klikdbp5ogos6.pdf

v)

http://www.scribd.com/doc/4266740/PEMELIHARAAN-DANPEMULIHARAAN

vi)

http://www.dbku.gov.my/recycle.htm

A. OBJEKTIF
Nama saya Su Zhen. Saya belajar dalam Tingkatan 2Sigma di Sekolah 5

Menengah Kebangsaan Dato Onn Butterworth. Saya memilih tajuk Menangani Bencana Alam Tanggungjawab Bersama untul Folio Pendidikan Moral saya. Objektifnya ialah saya dapat mengetahui bencana alam yang berlaku pada setiap masa dengan lebih jelas. Contohnya seperti punca bencana dan kesan terhadap kehidupan, dan langkah-langkah untuk memelihara dan memulihara alam sekitar. Di samping itu, maklumat-maklumat ini dapat menambahkan ilmu pengetahuan am saya. Saya juga dapat mengetahui isu-isu semasa berkenaan bencana alam, jadi tidaklah saya bak kata pepatah melayu seperti katak di bawah tempurung.

B.PENGENALAN
Bencana alam merupakan kesan buruk daripada sesuatu kejadian atau gabungan aktiviti semula jadi. Bencana alam terbahagi kepada beberapa jenis seperti:-

i) Gempa BumiGempa bumi ialah sejenis fenomena di mana pergerakan permukaan bumi disebabkan pergerakan mengejut di permukaan bumi yang berbatu. Contoh gempa bumi yang berlaku kebelakangan ini ialah gempa bumi di utara Jepun. Kira-kira 20,000 orang yang terkorban dalam tragedi ngeri ini.

Gambar ini diambil dari enjin pencarian google images

ii) Tsunami1

Tsunami merupakan sejenis ombak yang disebabkan oleh perpindahan dari

air, biasanya lautan, walaupun berkemungkinan berlaku di tasik-tasik besar. Tsunami kerap

berlaku di Jepun. Seperti contoh, baru-baru ini, selepas gempa bumi menimpa Jepun, tsunami turut melanda. Keadaan ini menyebabkan ramai orang terkorban.0,00

Gambar ini diambil dari google images.

iii) Tanah runtuhTanah runtuh merupakan satu 8

tragedi yang dikaitkan dengan kegelongsoran tanah. Tanah runtuh boleh menyebabkan kematian serta kehilangan harta benda. Terdapat beberapa faktor
Gambar ini diambil daripada Wikipedia

yang turut menyumbang kepada kejadian tanah runtuh: - cerun curam yang terbentuk oleh hakisan sungai, glasier atau ombak laut . - Cairan salji atau hujan lebat yang melemahkan cerun batu atau tanah. - letusan Gunung berapi yang mendorong kepada mendakan abu, hujan lebat, serta aliran sampah. - Struktur pembinaan manusia yang beratnya melampau memberi tekanan kepada cerun lemah hingga runtuh. - Cerun yang tidak stabil disebabkan tekanan air bawah tanah.

Gambar ini diambil dari Wikipedia

vii)

KemarauKemarau atau krisis air merupakan tempoh cuaca kering yang berlarutan dengan terdapat sedikit hujan atau tiada hujan langsung. Pada masa ini juga, tempat yang berair seperti tasik atau sungai akan turut kering juga. Ini memberi kesan besar terhadap keseimbangan ekosistem serta kawasan pertanian yang terbabit. Ramai haiwan dan manusia juga akan mati kehausan.

10

Gambar ini diambil dari internet

viii)

BanjirBanjir merupakan bencana yang paling kerap berlaku di setiap pelosok dunia.

C. PUNCA BENCANA ALAM DAN KESANNYA TERHADAP KEHIDUPAN

Contoh: Banjir. Banjir berlaku apabila hujan yang berterusan tanpa henti. Air hujan akan dialirkan ke sungai di kawasan rendah.Sungai yang dipenuhi akan melimpah keluarsehingga menyebabkan kawasan rendah dipenuhi air. Jika banjir, air banjir

11

tidak boleh diminum kerana air tersebut kotor. Jadi, banyak aktiviti seharian yang tidak boleh dijalankan.

D.LANGKAH- LANGKAH PERSEDIAAN DALAM MENGHADAPI BENCANA ALAM.

Bencana alam merugikan orang. Pada masa itu, banyak barang akan musnah di samping banyak nyawa terkorban. Antara langkah persediaan dalam menghadapi bencana alam ialah :-

a) Contohnya untuk banjir: Sebelum Banjir


Mendapatkan lebih maklumat tentang banjir. Lubang air sama ada lubang air mahupun saluran najis seharusnya diperiksa dengan teliti.

Membuat persediaan dengan memastikan terdapat pusat pemindahan atau pusat bantuan bencana berdekatan rumah.

Perlatan kecemasan haruslah Disediakan.

12

Sebelum Banjir - Semasa Tanda-Tanda Dikesan


Mendengar pengumuman radio. Menyimpan air bersih kerana semasa banjir air mungkin akan menjadi kotor.

Menyimpan perkakas luar rumah dengan teliti. Menyimpan semua barangan atau dokumen penting di tempat yang selamat.

Semasa Banjir - Di Luar Rumah

Pergi ke tempat yang tinggi dan selamat agar lebih selamat contohnya bumbung rumah.

Jangan berenang dalam air banjir kerana air tersebut kotor dan mungkin deras yang akan menyebabkan lemas.

Jangan memegangwayar yang terjatuh. Ibu bapa harus mengawasi anak-anak mereka agar tidak ditimpa bahaya. Semasa

Semasa Banjir - Semasa Pemindahan


Segera berpindah setelah menerima arahan . Cepat berpindah sebelum air banjir meningkat atau Sewaktu hari belum gelap kerana masa itu lebih selamat.

13

Selepas Banjir

Menunggu arahan daripada pihak berkuasa untuk memastikan keselamatan di rumah.

E.LANGKAH- LANGKAH UNTUK MEMELIHARA DAN MEMULIHARA ALAM SEKITAR.


Dewasa ini, kebanyakan masyarakat semakin mementingkan kebendaan. Mereka tidak sedar bahawa mereka telah banyak mencemarkan alam sekitar kita. Antara langkah-langkah untuk memelihara dan memulihara alam alam sekitar ialah:A. Sumber Digunakan Dengan Cara Betul 1. Definisi- Sumber perlulah digunakan dengan bijak untuk mengelakkan berlakunya pembaziran. 2. Antara cara menggunakan sumber dengan betul ialah :a. Penggunaan sumber secara terkawal. Contoh, peralatan elektrik haruslah ditutup sekiranya tidak digunakan. b. Penggunaan sumber patutlah dirancang dengan teliti. Contoh, surat khabar serta kertas-kertas yang tidak lagi digunakan boleh dihantar

14

untuk diproses semula menjadi kertas baru.Dengan ini, sumber kayu balak dapat dikurangkan. c. Pembaziran bahan, wang atau tenaga harus dielakkan. Contoh, bahan yang boleh digunakan semula tidak perlu dibuang seperti tin minuman, botol kaca dan kertas dapat dikitar semula dan menjimatkan pembaziran sumber. B. Penghutanan Semula 1. Definisi- Usaha menanam semula pokok-pokok hutan yang telah ditebang untuk kegiatan pembalakan. 2. Penebangan pokok hutan secara berleluasa tanpa kawalan boleh mendorong kepada : a. Hidupan liar akan semakin terancam dan lama kelamaan akan pupus. b. c. Sumber air yang berkurangan Sumber hutan yang makin lama makin sikit dan dikhuatiri akan habis. 3. Peranan Dasar Perhutanan Negara- menyelaraskan undang-undang yang berkaitan dengan pentadbiran, pengurusan, pemeliharaan, dan pembangunan hutan.

15

4. Institut Penyelidakan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) ditugaskan untuk memelihara, memulihara, dan mengawal sumber hutan. 5. Antara cara pemeliharaan dan pemuliharaan hutan ialah: a. Mewartakan taman negara bagi melindungi species flora dan fauna yang terancam. b. c. Pokok-pokok yang telah ditebang harus ditanam semula. Pengeluaran lesen pembalakan untuk penebangan terpilih harus dihadkan. e. Menguatkuasakan undang-undang untuk kegiatan pemburuan dan pembalakan. C.Tebus Guna Tanah 1. Definisi- Satu cara menukarkan tanar yang tiada nilai atau dibiarkan begitu sahaja berguna kepada manusia dan mampu mengelakkan pembaziran kawasan tersebut. 2. Contoh kawasan yang boleh ditebus guna semula ialah:a. Bekas lombong- Contohnya, bekas lombong bijih timah yang banyak terdapat di Perak dan Selangor boleh ditebus guna. Taman Tasik

16

Perdana yang terletak di Kuala Lumpua. Tasik ini merupakan sebuah bekas lombong bijih timah ketika zaman pemerintahan British. b. Tanah paya. c.Pinggir Laut

Gambar ini diambil dari internet .

E. 1.

Mengamalkan konsep 3R Reduce, Reuse and Recycle Konsep ini bermaksud mengurangkan, mengguna semula dan kitar

semula. 2. a. Tujuan kosep 3R ini ialah: Masalah pencemaran alam sekitar dapat dikurangkan.

17

b. c.

Sumber alam dapat dijimatkan demi mengelakkan pembaziran. Jumlah bahan buangan dapat dikurangkan.

F. 1.

Rawatan Sisa-sisa Buangan Salah satu cara untuk mengatasi masalah pencemaran ialah dengan merawat sisa buangan supaya kurang bahayanya. 2. a. b. Tujuannya ialah: Pencemaran alam sekitar dapat dielakkan. Memastikan sisa buangan tidak merosakkan sumber lain seperti sumber air. c. Menjamin keselamatan semua kehidupan tidak kira di darat, laut atau udara.

18

RUMUSAN
Sesetengah bencana alam sebenarnya juga berpunca daripada tindakan manusia yang tidak bertanggungjawab. Disebabkan bencana alam yang semakin lama semakin meningkat, semua orang seharusnya memberi kerjasama agar bencana alam dapat dibendung. Alam sekitar sebenarnya merupakan penghubung antara manusia dengan alam sekitar. Alam sekitar memainkan penting dalam kehidupan kita. Manusialah yang ditugaskan untuk menjaga alam sekitar kita agar masih kekal dan tidak tercemar.Dengan itu, marilah kita sama-sama menjaga alam sekitar demi kesejahteraan hidup kita.

19

PENGHARGAAN
Saya, ***** ** ****, pelajar Tingkatan 2 Sigma dari Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Onn Butterworth, berasa terhutang budi atas beberapa pihak yang telah membantu saya semasa saya sedang melakukan folio. Tanpa bantuan mereka,kemungkinan saya akan menghadapi lebih masalah untuk menyiapkannya. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru Pendidikan Moral saya, Puan Kok Foong Moi yang telah banyak memberikan tunjuk aja, nasihat serta bimbingan tanpa jemu sepanjang tempoh saya membuat folio ini. Selain itu, saya juga ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya, Encik $%****** dan Puan (*&^^^*) yang banyak memberikan bantuan dari segi kewangan, ajaran, teguran, sokongan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan folio ini. Tidak dilupakan juga beberapa orang rakan yang sudi berkongsi maklumat serta banyak memberikan buah fikiran untuk membantu melancarkan proses pencarian maklumat sepanjang saya membuat folio ini.

20

You might also like