You are on page 1of 3

** Galakkan Pergi Ke Masjid

Diriwayatkan oleh al-Imam at-Thabrani daripada Ibnu 'Uthman, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Masjid itu adalah rumah bagi tiap-tiap yang bertaqwa dan Allah memelihara mereka yang menjadikan masjid rumahnya untuk mencari kerehatan dan rahmat serta melalui di atas landasan untuk menuju kepada keredhaanNya masuk ke syurga".

** Wajib Bersembahyang Jumaat Secara Berjemaah Kecuali Kepada Empat Golongan


Diriwayatkan oleh al-Imam Abu Daud daripada Tariq bin Syihab, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Sembahyang Jumaat hak yang wajib ke atas setiap orang Islam dengan cara berjemaah kecuali empat: Hamba yang dimiliki atau perempuan atau kanak-kanak atau orang sakit"

** Amalan Makan Bersama


Diriwayatkan oleh al-Imam Ibnu Majah daripada Umar bin al-Khattab, Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Makanlah kamu bersamasama dan janganlah kamu makan sendiri-sendiri maka sesungguhnya berkat itu adalah dalam berjemaah".

888 Kepentingan Mahabbah (Kasih Sayang Sesama Manusia)


Hadis daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda yang bermaksud:"Tidak beriman seorang daripada kamu sehinggalah ia mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri". (Hadis riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim)

888 Penghapus kesalahan


Diriwayatkan oleh Imam Muslim, daripada 'Aisyah radhiallahu 'anha bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, maksudnya: "Setiap apa yang menimpa seorang mukmin daripada kesakitan yang tetap, kepenatan, kesakitan yang biasa, kesedihan sehingga menyebabkan kemurungan, maka hal ini merupakan penghapus bagi kesalahan-kesalahannya".

888 Titih Dalam Pekerjaan


Hadis daripada Sayyidatuna Aisyah radhiallahu 'anha bahawa beliau mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah Subhanahu Wa ta'ala menyukai apabila seseorang melakukan sesuatu pekerjaan, ia melakukannya bersungguh-sungguh". (Hadis riwayat Imam al-Baihaqi)

888 Galakkan Bermuka Manis Menyambut Kawan Atau Tetamu


Diriwayatkan oleh Imam Muslim, daripada Abu Dzar bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, maksudnya: "Jangan memperkecilkan sesuatupun dari perbuatan kebaikan, walaupun sekadar menyambut kawan dengan muka yang manis".

Sentiasa mengingati Allah

Firman Allah subhanahu wa ta'ala dalam surah al-Baqarah: ayat 152, tafsirnya: "Kamu ingati Aku, nescaya Aku akan mengingati kamu pula".

888 Pemimpin Yang Adil


Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Sa'id radhiallahu 'anhu, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang paling dicintai oleh Allah pada hari kiamat dan paling hampir tempat duduknya ialah ketua (pemimpin) yang adil, dan orang yang paling dibenci oleh Allah pada hari kiamat dan baginya azab yang paling pedih ialah ketua (pemimpin) yang zalim". (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Perkara sunat ketika memberi nama anak yang baru lahir


Diriwayatkan oleh Imam Abu Daud, dari Abu Darda radhiallahu 'anhu dia berkata bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya kamu sekalian akan dipanggil pada hari kiamat dengan menyebut nama-nama kamu dan nama-nama ayah kamu, maka perelokkanlah nama-nama kamu".

888 Memelihara pandangan mata


Firman Allah subhanahu wa ta'ala dalam Surah an-Nur: ayat 30, tafsirnya: "Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka".

Galakkan menziarahi kubur


Diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah, dari Ibnu Masud, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, maksudnya: "(Sebelum ini) aku telah menegah kamu daripada ziarah kubur, maka (sekarang) ziarahilah ia kerana ziarah kubur itu memalingkan daripada dunia dan mengingatkan kepada akhirat".

Ganjaran Bagi Penduduk Negeri Yang Beriman Dan Bertaqwa


Firman Allah subhanahu wa ta'ala dalam Surah Al-A'raaf ayat 96, tafsirnya: "Sekiranya penduduk negeri itu, beriman dan bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi".

***KELEBIHAN MEMBERI MAKAN KETIKA BERBUKA PUASA DIBULAN RAMADHAN


Diriwayatkan daripada Zaid bin Khalid al-Juhaniy r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesiapa yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka, dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan sedikitpun pahala orang yang berpuasa tersebut." (Hadis riwayat Imam Tirmizi).

*** AMALAN PEMBERI SYAFA'AT DIHARI KIAMAT


Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amru r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: "Puasa dan al-Quran akan memberi syafaat kepada seseorang hamba pada hari kiamat." (Hadis riwayat Imam Ahmad).

DOA MALAM LAILATUL QADAR


Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya: Aku bertanya: Wahai Rasulullah! Apa pendapat kamu sekiranya aku mengetahui (mendapati) malam lailatulqadar, apakah yang harus aku baca pada malam tersebut? Baginda s.a.w. bersabda:"Bacalah doa: Yang bermaksud: Ya Allah! Sesungguhnya Engkau adalah Zat Yang Maha Pengampun dan suka memberi pengampunan, oleh yang demikian ampunilah diriku)." (Hadis riwayat Imam Tirmizi).

***ORANG MUKMIN YANG DIUJI ALLAH S.W.T.


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:"Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun." (Hadis riwayat Imam Tirmizi)

SETIAP UMAT ADA UJIANNYA


Diriwayatkan daripada Kaab bin Iyadh r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap umat itu ada ujiannya dan ujian umatku adalah harta kekayaan. " (Hadis riwayat Imam Tirmizi).

SOLAT SUNNAT ENAM RAKAAT


Diriwayatkan dari Abi Hurairah r.a sabda Rasulullah s.a.w " Barangsiapayang solat sesudah maghrib enam rakaat dimana tidak berkata-kata ia diantaranya dan kata-kata buruk, menyamailah solat itu baginya dengan ibadah 12 tahun"

***BALASAN SYURGA PADA YANG SABAR


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda di dalam Hadis Qudsi: Allah s.w.t berfirman: "Tidak ada balasan kecuali syurga bagi hambaku yang beriman yang telah Aku ambil kembali kekasihnya (Aku mematikan seseorang yang disayanginya seperti anak, adikberadik dan sesiapa sahaja yang di sayangi oleh seseorang) dari kalangan penghuni dunia dan dia hanya mengharapkan pahala daripadaKu (dengan bersabar). " (Hadis riwayat Imam Bukhari).

PENANGGUHAN HUTANG
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Baginda s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang menangguhkan hutang orang yang belum dapat membayarnya atau membebaskannya, pada hari kiamat kelak Allah s.w.t. akan menaunginya di bawah naungan Arasy, di mana pada hari tersebut tidak ada naungan kecuali naunganNya." (Hadis riwayat Imam Tirmizi).

*** ADAB MAKAN DAN MINUM


Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: "Apabila salah seorang di antara kamu makan, hendaklah dia makan dengan menggunakan tangan kanannya dan apabila dia minum hendaklah dia minum dengan menggunakan tangan kanannya kerana sesungguhnya syaitan itu, dia makan dengan menggunakan tangan kirinya dan minum juga dengan menggunakan tangan kirinya." (Hadis riwayat Imam Muslim).

***PENYESALAN DIHARI KIAMAT


Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : "Orang yang paling menyesal pada hari Kiamat ialah lelaki yang ada peluang menuntut ilmu di dunia tetapi ia tidak mengambil kesempatan menuntutnya, dan lelaki yang mengajar ilmu kepada orang lain; lalu yang belajar darinya mendapat faedah dari ilmu itu sedangkan ia sendiri tidak mendapat apa-apa."

TANDA-TANDA MUNAFIK
5. Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, Tanda-tanda munafik itu ada tiga, iaitu Apabila berbicara, dia dusta, Apabila berjanji, dia mungkir dan Apabila dipercayai, dia khianat.

You might also like