You are on page 1of 380

ANTARA DUA BIDADARI

- IQBALSYARIE -

BAB 1

Tiitt..Tiitt, telefon bimbit Sony Ericsson milik Johari berbunyi nyaring mengejutkan dia yang sedang rancak berbual-bual dengan sahabat-sahabatnya. Jarinya menggagau ke dalam poket seluarnya. Dengan bersusah payah, telefon itu dikeluarkan.

Ayah harap Joe dapat balik sekarang juga

SMS dari Datuk Hamzah dibacanya lambat-lambat. Ah, ada-ada saja bapanya ini. Dengan berat hati, anak muda itu meminta izin untuk pulang. Dia berganjak ke kauter pembayaran untuk membayar harga milo ais yang sudah berada di dalam perutnya. Lantas, dia menuju kearah keretanya yang diletakkan bertentangan dengan restoren mamak yang sentiasa dipenuh dengan pelanggan-pelanggan beraneka bangsa dan agama itu. Saat itu, otaknya berfikir sendirian. Mengapa restoren mamak ini menjadi pilihan utama warga kota? Adakah kerana layanan mereka yang mesra dan ramah? Tiada jawapan.

Johari menghidupkan enjin keretanya lalu Proton Waja berwarna hitam itu meluncur laju mengusik ketenangan warga kota. Tak sampai 15 minit, kereta itu berhenti di sebuah banglo mewah.

Eh, kereta siapa kat luar tu? Tak pernah nampak pun. Ni mesti tetamu-tetamu ayah ni, hatinya tertanya-tanya.

Dengan suara yang tidak dikuatkan, dia memberi salam seraya melangkah masuk. Di ruang tamu, keadaan hingar-bingar dengan gelak tawa ayahnya yang sedang duduk di sofa bersamasama tetamunya. Johari menapak ke ruang tamu selepas di panggil oleh bapanya.

Di sisi bapanya ialah ibunya, Datin Roza. Bertentangan dengan mereka ialah sepasang suami isteri. Si tetamu lelaki itu, nampak sudah beruban dan berkedut. Johari mengagak bahawa mungkin tetamu itu sebaya dengan bapanya. Lelaki itu memandang Johari sambil tersenyum lebar. Begitu juga dengan isterinya. Johari kemudian membalas dengan senyuman yang tidak kalah manisnya.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 2

Joe, kenal tak siapa ni?, tanya Datuk Hamzah sambil merujuk kepada tetamu mereka.

Berkerut-kerut dahi Johari, berfikir. Dia cuba mengingat tetapi gagal.

Johari dah tak ingat pak cik ke? Dulu masa Johari kecik-kecik, kan Johari selalu datang panjat pokok rambutan rumah pakcik. Masa tu kita dekat Pahang dulu.

Tetamu bapanya itu tersenyum. Dalam hatinya, timbul rasa bangga dan kagum melihat Johari. Ah, betapa roda masa itu berputar laju. Dahulu, Johari ialah seorang budak comot, manja dan selalu menangis. Kini, dia membesar menjadi seorang pemuda yang tampan dan sasa.

Johari cuba berfikir. Matanya dialih pula keapada wanita di sisi lelaki itu. Silih berganti. Akhirnya dia ingat.

Aaa, Pak Cik Azizi kan? Pak cik Azizi yang pindah duduk dekat Australia kan?

Encik Azizi tersenyum seronok kerana Johari masih ingat kepadanya. Encik Azizi berdiri lalu menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Johari. Johari menggenggam kemas tangan itu.

Johari kemudian mengambil tempat di sofa yang berasingan. Dia juga nyata gembira dapat berjumpa kembali dengan Encik Azizi dan Puan Mona. Seingat Johari, Encik Azizi dan Puan Mona dahulu sangat rugged. Dilihat dari penampilan dan cara hidup, memang mereka boleh dikatakan sebagai pasangan yang sangat moden. Kini, penampilan mereka sudah tidak seperti dulu. Mungkin faktor usia yang meningkat senja menjadi penyebab utama.

Johari mengimbas kembali kenangan dahulu kala. Saat keluarga Encik Azizi mahu berpindah dahulu, Johari ialah orang yang paling sedih kerana teman baiknya, Aisyah akan mengikuti bapa dan ibunya ke Australia. Perpisahan antara kanak-kanak, biasalah jika berakhir dengan mereka saling bertukar-tukar hadiah. Aisyah memberi Johari teddy bear kesayangannya, manakala Johari pula menghadiahkan Aishah kereta mainan kesayangannya. Tetapi selang beberapa hari, Johari merengek-rengek mahu bapanya membelikan kereta mainan yang baru. Ah, lucu betul jika difikir-fikirkan kembali.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 3

Perbualan dua keluarga itu rancak benar. Namun, Johari banyak menjadi pendengar sahaja. Sesekali dia menjawab apabila ditanya dan sesekali dia akan turut ketawa apabila Datuk Hamzah melawak. Bapanya memang seorang yang ceria dan ramah. Sedikit sebanyak, sifat bapanya itu diwarisi olehnya.

Pak Cik, Aisyah di mana sekarang ya?, Johari bertanya tiba-tiba.

Encik Azizi baru sahaja mahu membuka mulut untuk menjawab tetapi sudah dicelah oleh isterinya, Puan Mona. Aisyah sekarang berada di U.K, belajar di sana. Sekarang dia di tahun akhir. Hujung tahun ni insyaAllah dia akan balik Malaysia.

Ooo.. jauhnya, Johari berbasi-basi. Memang jika diikutkan, banyak soalan tentang Aisyah mahu ditanya tapi dia malu dan bimbang jika disalah anggap pula.

Dahulu, Aisyah dan Johari ialah kawan baik. Dia duduk di sebelah Johari dalam kelas 3 Bijak. Dahulu juga, Johari ialah seorang budak yang manja. Memang kerap dia diejek oleh teman sebaya. Tika itu, Aisyah pasti akan hadir untuk melindungi. Satu demi satu ejekan dibalas sinis. Mujur saja tidak bertumbuk. Ah, Aisyah bertumbuk dengan budak lelaki? Bukannya tak pernah. Ya, pernah sekali dia melihat Aisyah berperangai seperti singa betina. Seorang budak lelaki yang galak mengejek Johari, akhirnya menangis tersesak-esak!

Johari budak manja! Johari budak manja!

Johari geram tapi dia hanya mampu diam membatu. Dia takut untuk melawan. Memang sehingga sekarang pun Johari tidak suka bertekak. Dia lebih suka berdiam diri dan bersabar sahaja. Saat itu, Aisyah pula yang hilang sabar. Dia memekik kuat kepada budak itu. Mereka bergaduh mulut. Akhirnya, Aisyah memukul kepala budak lelaki itu dengan pembarisnya. Pembarisnya patah. Budak itu pula menangis sambil memegang kepalanya yang benjol.

Aisyah dipanggil ke bilik guru. Apa yang terjadi selepas itu, Johari tidak tahu. Yang dia tahu, tiga hari dia tidak dibenarkan keluar bermain dengan Aisyah. Wajah Encik Azizi menyinga semasa Johari menjerit-jerit memanggil Aisyah untuk keluar dari rumah. Aisyah didenda bapanya. Perintah berkurung daripada keluar bermain, berkuat kuasa serta merta.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 4

Johari tersenyum seorang diri memikirkan kenangan indah mereka berdua dulu kala. Ingin sangat dia tahu keadaan Aisyah sekarang. Adakah masih kasar seperti dahulu? Atau kesopanannya mengalahkan gadis melayu terakhir? Dia tersenyum lagi.

Johari, mak cik dan pak cik gerak dulu ya. Ada masa, datanglah rumah kami di Ampang. Kami baru sahaja sebulan pindah balik ke sini. Nanti-nanti datanglah ya, kata Puan Mona sungguh-sungguh.

InsyaAllah. InsyaAllah, balasnya sambil menyalami kedua-dua orang tetamunya. Mereka berlalu pergi.

Johari menyusun langkah ke biliknya. Dia mahu merehatkan tubuhnya. Langkahnya terhenti apabila ayahnya memanggilnya. Dia patuh seraya merapati ayahnya yang masih enak bersandar di sofa.

Ada apa ayah?

Kamu tahu kenapa Pak Cik Azizi dengan Mak Cik Mona datang tadi?, tanya Datuk Hamzah. Tangannya memegang gelas berisi jus oren.

Alaa ayah, mestilah nak ziarah kita. Sudah dekat 15 tahun tak jumpa. Joe pun dah lupa rupa mereka. Lain sangat, dah tua. Rambut pun dah putih macam ayah. Johari ketawa mengusik.

Datuk Hamzah senyum. Dia membalas selamba, Yang putih ini pun sebab memikirkan bagaimana nak membesarkan budak manja macam kamu ni lah

Mereka menghambur ketawa. Sememangnya keluarga ini benar-benar keluarga yang harmoni dan bahagia.

Johari meminta izin untuk naik ke biliknya. Selepas bayang-bayang Johari tiada, Datuk Hamzah bermonolog perlahan, Hmm... Azizi Akhirnya kau berubah juga. Dia tersenyum syukur.
Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/) Page 5

* Pagi itu, usai sahaja solat subuh di Surau al-Hamdaniyyah yang diimami sendiri olehnya, Johari tidak terus pulang. Dia mencapai al-Quran di rak dan dia membaca ayat-ayat cinta itu dengan rasa penuh khusyuk dan penghayatan. Setiap hari, dia pasti akan membaca al-Quran sebanyak satu muka dahulu sebelum pulang ke rumah untuk bersiap-siap ke pejabat.

Itulah rutin seharian Adam Johari Bin Hamzah setiap pagi. Dia ialah anak sulung kepada pengurus besar syarikat gergasi al-Mukmin Holdings, iaitu syarikat yang mendominasi pasaran busana muslim di asia tenggara. Johari baru mencecah usia 24 tahun tahun ini. Dia sudah bekerja sebagai seorang executive pemasaran di syarikat milik bapanya itu.

Saat menerima tawaran daripada bapanya untuk bekerja di syarikat itu, Johari berasa berat hati. Dia bercadang mahu bekerja di tempat lain sahaja. Tapi kerana pujukan Datuk Hamzah yang tidak putus-putus, dia mula menimbang-nimbang. Satu yang dibimbangi, dia takut jika jawatan yang datang dari cable besar itu tidak halal dan tidak berkat. Kedua, dia juga risau dengan kata-kata orang yang akan dengki kepadanya.

Mujur sahaja dia membuka laman web Ustaz Zaharuddin dan terbaca satu artikel dari ustaz itu tentang jawatan menerusi bantuan orang dalam. Ustaz itu menyimpulkan bahawa jika seseorang itu memiliki kelayakan yang sesuai dan tepat, maka tidak menjadi masalah untuk dia menerima jawatan itu. Berbeza dengan orang yang menerima jawatan tanpa kelayakan yang betul. Itu tidak sah dan dikira sebagai berdosa.

Jadi, apa masalahnya? Ijazah miliknya dari Universitiy of Yarmouk sudah melayakkannya untuk menyandang jawatan itu. Dan yang lebih membahagiakan, rakan sekerjanya semuanya baik-baik. Setakat ini, masih belum ada caci maki yang dituju kepadanya. Juga, masih belum ada surat layang atau apa-apa saja bentuk kebencian ditujukan kepadanya.

Johari mengucapkan syukur. Sungguh banyak nikmat yang telah Allah kurniakan kepadanya. Keluarga yang bahagia, hidup yang senang, dan paling utama, nikmat islam dan iman. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah hendak kamu dustakan?, hatinya bersuara halus.

Petang itu, Johari tiba ke rumahnya tepat jam 6.15 petang. Dia bersegera menunaikan solat asar. Di akhir solat, dia berdoa ringkas. Selesai, dia memandang jam tangannya. Sudah pukul 6.35 petang! Sempat lagi ni, fikirnya. Dia menyarung track bottom dan baju-T. Dia mahu berjogging. Tidak lama, sebentar pun cukuplah.
Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/) Page 6

Dari laman rumahnya, dia mengelilingi taman perumahannya. Banglo-banglo mewah di Taman Kemuncak itu dilewati. Jika terserempak dengan orang-orang yang turut sama berjogging, Johari tak kedekut untuk memberi senyum. Jika dirasakan sesuai, dia menyebarkan salam juga. Bukankah itu suatu sunnah yang diberi pahala. Falsafah hidup yang dipegangnya; Mengapa perlu malu untuk menjadi orang beragama?

Sekitar 6.50 petang, dia sudah berada di luar rumah. Kereta Honda Unser milik bapanya sudah berada di garaj. Bapanya mungkin baru pulang. Johari bergegas ke biliknya untuk mengeringkan peluh sebelum membersihkan badannya. 20 minit kemudian, dia sudah lengkap berpakaian dengan memakai jubah putih. Atas kepala, serban putih berjejalur merah melilit kopiah putih yang dipakainya. Ah, dia tampak sangat segak dalam pakaian solat.

Mujur saja maghrib hari itu lewat, 7.23 petang. Johari menyusun langkah ke surau alHamdaniyyah, surau kecil yang sudah pun diaggap sebagai rumah keduanya. Lambat-lambat, Datuk Hamzah dan Datin Roza menyusul langkah anak sulung mereka, beriringan ke surau.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 7

BAB 2

Aisyah merengus rimas. Di hujung-hujung kuliahnya, dia merasa semacam tekanan yang sangat membebankan mentalnya. Tangannya mencapai mancis. Sebatang rokok yang berada di tangannya sejak tadi dinyalakan. Entah sejak bila dia menjadi perokok, dia sendiri tidak tahu. Asap rokok itu dihembus perlahan-lahan, tanpa nikmat. Aisyah mungkin antara seorang daripada seratus perokok yang merokok bukan untuk mencari kenikmatan. Dia hanya merokok kerana dia mahu. Dan dia memang begitu.

Aisyah memandang ke luar bilik empat seginya. Senja di Birmingham memang indah. Panaromanya sungguh jauh beza dengan Malaysia. Lantaran itu, otaknya berkira-kira untuk terjun ke dalam lautan manusia yang sedang pulang ke rumah dari pejabat. Dia mahu menongkah arus untuk ke taman.

Lantas, tangannya menyambar baju tebal yang tersangkut di birai katil. Aisyah menyarung jaket dan melilit skaf ke lehernya. Dengan penuh cermat, dia mengunci pintu bilik dan melangkah perlanan. Kononnya mahu mencari ketenangan. Aisyah berjalan sendirian meninggalkan rumah comelnya di Pritchatt Road. Dia kemudiannya berjalan ke arah kanan, ke Edbouston Park Road. Kawasan itu masih lagi di dalam kawasan University of Aston.

Angin sejuk menyapa lembut pipi Aisyah yang sedang berjalan perlahan. Di sini, setiap orang sangat suka berjalan. Para pelajar di sini juga ramai yang tidak memiliki kenderaan sendiri. Bukan tidak mampu, tetapi lebih kepada tidak mahu. Edgbaston Park Road ini memang sentiasa sibuk dengan pemuda-pemudi yang lalu lalang sambil memegang buku atau menyandang beg di bahu mereka hampir setiap masa kerana kebanyakan pelajar-pelajar itu menginap di apartment di seberang jalan sana. Dekat sahaja untuk ke fakulti masing-masing.

Hampir 15 minit berjalan, dia tiba di sebuah taman yang sangat cantik. Winterbourne Botanic Garden. Langkah Aisyah mati di sebuah kerusi panjang di taman itu. Dia duduk bersandar penuh nikmat, melepaskan lelah berjalan tadi.

Matanya meliar memandang suasana di taman yang sudah mulai suram dek kerana matahari yang sudah seperti tidak sabar-sabar untuk menamatkan siang. Lampu-lampu dinyalakan untuk menerangi taman botani itu. Dalam limpahan cahaya lampu, Aisyah menikmati kehijaun dan kesegaran pokok-pokok yang mencantikkan taman ini. Senyuman terukir di bibirnya.
Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/) Page 8

Tidak jauh dari kerusi tempat dia sedang duduk, ada sepasang kekasih sedang asyik bercanda. Mereka nampak seperti orang tempatan. Ah, di sini tiada siapa mahu kisah dengan bendabenda begitu. Bercumbuan di tempat awam juga tidak menjadi kesalahan bagi mereka bahkan sudah menjadi budaya pula. Apa tidaknya, ini bukannya negara islam.

Aisyah mencebik. Jelek melihat kelakuan tidak senonoh mereka. Dilarikan pandangannya ke balik tasik kecil di sebelah kirinya. Ah, di sana juga sama. Sepasang kekasih bercumbu di tepi tasik tanpa sedikit pun rasa takut dan malu. Jika tasik itu mampu berkata-kata, pasti dia akan memarahi dan menghina kelakuan tidak bermoral remaja-remaja itu.

Memang waktu-waktu begini, nafsu pemuda dan pemudi sedang meluap-luap. Lagi-lagi bagi pelajar universiti. Alasan stress dan tekanan belajar sering sering dikeluarkan untuk menjustifikasikan perbuatan-perbuatan liar dan tidak bermoral mereka seperti seks bebas dan mabuk-mabuk. Aisyah sendiri pernah mabuk kerana dipaksa minum bersama-sama temanteman sekuliah. Baru minum secawan, sudah mabuk. Mujur sahaja dia tidak diapa-apakan saat kewarasan akalnya hilang. Rahsia kejahatannya itu disimpan rapat-rapat daripada pengetahuan ibu dan ayahnya.

Aisyah menghela nafas panjang. Dia memejamkan matanya sejenak. Bunyi tapak kaki dan gelak ketawa orang ramai yang melalui jalan ini sedikit sebanyak mencacatkan permai sebuah senja. Aisyah berbisik sendirian, Adakah ini tenang yang aku cari? Sebuah nafas berat dihembus. Jauh dari sudut hatinya, dia terpaksa akur bahawa hidupnya sangat tertekan.

Study.. study.. dan study. Mahu sahaja dia quit sebentar. Lari daripada segala yang menyesakkan otak manusianya.

Lebih memeningkan, teman sekuliahnya James telah meluahkan isi hatinya pada Aisyah. Dan dia meninggalkan satu soalan yang perlu dijawab oleh Aisyah esok. Mahu berpacaran atau tidak? Fikiran Aisyah melayang jauh memikirkan lelaki inggeris, anak watan kota London itu. Pemuda itu tinggi dan kacak. Hidungnya yang mancung itu cukup memikat. Ditambah pula dengan bebola matanya yang berwarna kelabu, James berjaya membuatkan ramai gadis termimpi-mimpikan akan dirinya. Dan jejaka itu datang kepada dirinya, meluahkan rasa cinta yang terpendam tanpa disangka-sangka.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 9

Aisyah serabut. Sangat serabut. Dia mengangkat punggung meninggalkan kerusi di taman itu saat matahari sudah pun terbenam hampir satu jam yang lalu. Sampai di biliknya, terus saja dia merebahkan badannya ke katil. Malam itu, dia tidur dengan memikul seguni beban dalam otaknya.

Esoknya, dia bangkit dengan kondisi badan yang sangat tidak selesa. Badannya panas. Mungkin lebih panas daripada bahang matahari di luar biliknya. Aisyah terbatuk-batuk kecil di atas katil. Badannya masih melingkar kemalasan di balik selimut tebalnya. Enak sungguh begitu.

Batuk-batuknya tadi mengejutkan Candy, teman serumah Aisyah yang sedang bersiap-siap ke kuliah. Dia sedang memasukkan buku-buku rujukan yang tebalnya lebih daripada seinci setiap satu ke dalam beg sandang. Dia menghampiri Aisyah yang masih menutup mata. Tangannya yang lembut menjamah dahi Aisyah. Panas.

Aisyah, you demam ke? Tanya Candy risau. Candy ialah gadis cina dari Ipoh. Dia berkongsi bilik dengan Aisyah sejak hampir setahun yang lalu. Entah mengapa, Aisyah ternyata tidak gemar berkawan dengan orang Australia sedangkan dia bersekolah menengah di sana. Bahkan, ketika di awal-awal minggu orientasi lagi, dia sudah mula duduk bersamasama dengan pelajar-pelajar dari Malaysia.

Nope. Dont worry. Im okey, Aisyah membalas lembut. Mukanya cuba diceriakan.

Sure? I nak pegi kuliah ni. You jaga diri ya. Kalau you rasa you tak sihat, you pergi klinik tau. Kalau tak larat, you SMS saja i. Nanti i balik, i temankan you ke Queen Elizabeth Hospital, Candy mengingatkan.

Okey, balas Aisyah sepatah. Mulutnya dipaksa untuk mengukir senyum kepada teman sebiliknya yang baik hati itu.

Ah, kalau aku demam pun aku masih boleh berjalan ke Queen Elizabeth Hospital. Hanya beberapa ratus meter sahaja, bisik Aisyah di dalam hati.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 10

Dumm. Kedengaran bunyi pintu rumah dikunci dari luar. Candy sudah keluar, meningalkan Aisyah sendirian dalam bilik. Hari itu, kelas Aisyah dijadualkan pada sebelah petang. Aisyah kemudian Aisyah bangkit dari katil dengan payah. Dia ke dapur, mencari-cari apa yang boleh dimakan. Dia perlu segera kembali bekerja keras menyiapkan assignments yang bertangguh sejak malam tadi. Diambil sekeping roti dan diletakkan dicalit sedikit jem. Lalu dia menjerang air dan dibuatnya minuman coklat. Sungguh, nikmatnya benar-benar terpampang di riak wajah gadis berusia bertubuh langsing itu.

Aisyah bersarapan ringkas sebelum menelan sebiji ubat demam. Lalu dia kembali ke meja belajarnya. Sedikit rasa cemas timbul di dada memikirkan bahawa dia sedang kesuntukan masa. Baru 10 minit sahaja kerjanya berjalan, telefon bimbitnya berbunyi bingit memuntahkan suara Lady Gaga yang sedang menyanyikan lagu Alehandro, lagu yang penuh dengan kontroversi dan agenda rahsia freemason.

Panggilan dari James! Hendak angkat atau tidak? Aisyah ragu-ragu. Lantas, dia membiarkan sahaja hingga telefon bimbit i-phone miliknya senyap dengan sendiri. Aisyah menarik nafas lega. Tapi, tak lama kemudian, satu SMS diterima.

Dear, are you busy?- James.

Aiyah membaca dengan fikiran yang kosong. Dan SMS itu juga dibiarkan tanpa berbalas.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 11

BAB 3

Joe, sabtu ni kamu sibuk tak?, tanya Datin Roza kepada anak bujangnya itu.

Sabtu ni saya ingat nak main futsal dengan kawan-kawan saya. Kenapa mak?, tanya Johari.

Datuk Hamzah, Datin Roza, Johari, Johan dan Salina sedang makan malam bersama-sama. Johan dan Salina ialah adik kepada Johari. Johan sedang bersekolah di tingkatan 4, manakala Salina pula baru tingkatan dua. Pasangan Datuk Hamzah dan Datin Roza dikurniakan 4 orang cahaya mata. 3 orang putera dan hanya seorang puteri. Johari yang sulung, diikuti oleh Harris, yang lewat 2 tahun daripada Johari. Dia sedang mengikuti pengajian dalam bidang sains pertanian di UiTM kampus Jengka, Pahang.

Mak ingat mak nak ajak kamu ke rumah Pak Cik Azizi dengan Mak Cik Mona. Kan dulu mereka sudah datang rumah kita. Tapi kita aje yang belum datang rumah mereka. Mak hajat lama dah nak pergi dengan ayah kamu. Tapi ayah kamu tu sibuk sangat dengan golf. Tiap-tiap weekend hanya ingat nak main golf aje!, ibunya mencebik. Dia menghentikan suapan nasi.

Terasa dirinya menjadi bahan perbualan, Datuk Hamzah menyangkal, Eh, saya yang sibuk dengan golf atau awak yang sibuk melayan Datin Salmah, bestfriend awak tu?

Saya selalu temankan dia pun sebab dia dalam masalah. Abang kan tahu yang suami dia kahwin isteri muda. Masa dia tengah dalam kesedihan inilah masa dia paling dekat dengan Allah. Dia pun sudah banyak berubah sekarang. Jadi semakin baik dan sekarang dia sudah bertudung pun, balas Datin Roza bersungguh-sungguh.

Tidak mahu mengalah, Datuk Hamzah pula membalas, Saya pun sama. Saya main golf sebab nak dakwah. Sekarang kawan-kawan saya mana betting dah masa main judi. Tak ada sudah satu lubang satu ringgit. Saya sudah bertegas dengan mereka. Kalau ada pertaruhan, saya tak main. Mereka akhirnya akur dengan kehendak saya. Jadi sekarang, mana ada perjudian di padang golf lagi. Hah tu bukan dakwah ke?

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 12

Johari senyum. Dia menoleh, memandang adik-adiknya. Mereka juga senyum, mungkin kerana terasa lucu mendengar celoteh ibu dan ayah mereka. Bagi sesetengah keluarga, mereka menjadikan meja makan sebagai medan untuk setiap ahli keluarga berkumpul, berkongsi masalah dan saling memberikan pandangan tetapi bagi Datuk Hamzah sekeluarga, saat makan malam ini dinikmati dengan lebih berhemah dan bijaksana. Mereka sengaja bercakap-cakap tentang islam, tentang dakwah, tentang amal-amal wajib dan sunnat di meja makan bersamasama. Ini pendekatan Datuk Hamzah. Dia jarang sekali menasihat atau menegur anak-anak secara terus. Dia lebih suka untuk menujukkan contoh teladan supaya ia mudah diikuti oleh anak-anaknya.

Di ruang makan yang bersaiz sederhana ini jugalah Datuk Hamzah dan Datin Roza akan berdebat kadang-kala. Pasangan suami isteri ini semacam bersaing. Datuk Hamzah dengan pendekatan dakwah dia yang tersendiri, dan Datin Roza juga dengan pendekatannya yang tersendiri. Secara tak langsung, anak-anak mereka akan belajar banyak perkara terutamanya tentang kesesuaian dan priority dalam islam. Bahkan apa yang mereka belajar secara tidak langsung ini adalah lebih mudah untuk diamalkan kerana mereka dapat melihat contoh teladan secara terus yang ditunjukkan oleh ibubapa mereka sendiri.

Mak, kita pergi satu family ke?, tanya Johari sambil mencapai lauk kari daging yang berada di tengah-tengah meja. Dia makan dengan begitu berselera sekali.

Iyalah. Kecuali kalau kamu tak mahu ikut, balas ibunya dengan bersahaja.

InsyaAllah, saya ikut. Ringkas Johari menjawab tapi muktamad.

Datin Roza tersenyum penuh makna.

Matahari pagi itu terasa berbahang. Baru jam 10 pagi namun bahangnya terasa membakar seperti sudah masuk tengahari. Johari yang sedang membutang bajunya tersentak apabila suara bapanya keras memanggil namanya dari bawah. Dengan segera, Johari keluar dari bilik lalu terus mendapatkan bapanya.
Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/) Page 13

Ada apa ayah?, tanya Johari separuh cemas.

Dah siap ke?, ayahnya memandangnya dengan wajah selamba.

Laaa saya ingatkan apa la tadi, Johari terasa seperti dikenakan. Hatinya sedikit meradang tapi segera rasa itu padam apabila melihat bapanya ketawa mengekek melihat wajah Johari yang kelat. Johari akhirnya turut ketawa.

Takpe.. Hari ni hari ayah. Esok-lusa saya kenakan ayah balik, kata Johari. Nadanya tidak seperti orang bergurau.

Datuk Hamzah ketawa sahaja mendengar ancaman itu. Bagi Datuk Hamzah, dalam sesebuah institusi kekeluargaan, bergurau sesama ahli keluarga adalah sangat penting. Dia memerhatikan dalam banyak keluarga, seorang anak hanya diajak bergurau semasa mereka masih kecil. Sesudah usia mereka meningkat dewasa, keceriaan dan kemesraan sebegini jarang sekali dipamerkan oleh ibubapa kepada anak-anak mereka. Kerana itu, anak-anak yang sedang meniti kedewasaan itu mudah yakin dan senang berkongsi masalah dengan kawankawan mereka berbanding dengan ibubapa mereka sendiri. Kalau kawan-kawan mereka itu terdiri daripada orang yang baik-baik, itu tak jadi masalah. Tapi kalau yang jenis jahat dan nakal, bagaimana?

Johari kembali ke biliknya. Dia belum pun menyisir rambutnya lagi. Dia meletakkan sedikit gel lalu diratakan ke seluruh rambutnya lalu disikat kemas. Selepas itu, dia turun ke bawah sekali lagi. Johan sudah siap di bawah dengan Datuk Hamzah. Mereka bertiga betul-betul segak pagi itu sedangkan mereka hanya mahu ke rumah Encik Azizi dan Puan Mona di Taman Cermai Jaya, Ampang. Hanya kurang 15 minit sahaja dari Taman Kemuncak.

Kemudian, Salina pula menyusul dengan berbaju kurung dan bertudung sopan. Dia menyandang beg tangan. Entah apa yang ada di dalam beg kulit berwarna gelap itu. Walaupun masih muda remaja, Salina nampak sangat matang. Yang terakhir sekali siap ialah Datin Roza. Dia tersenyum lebar memandang anak-anak dan suaminya yang kemas.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 14

Mereka berangkat dengan kereta Honda Unser Datuk Hamzah. Johari memandu dengan perlahan. Dia jarang benar memandu dengan kelajuan sebegini kerana kerjayanya sebagai executive pemasaran menyebabkan dia seringkali ada janji temu dengan pelangganpelanggannya. Kerana ketepatan masa ialah sesuatu yang dipandangnya sebagai amat penting, Johari akan memandu laju supaya dia dapat sampai ke destinasi dengan lebih awal.

Dari Taman Kemuncak, kereta Honda itu melepasi beberapa lampu isyarat sebelum melewati satu papan tanda besar bertulis Taman Cermai Jaya. Encik Azizi telah membeli rumah di situ. Ia adalah sebuah rumah teres dua tingkat yang sangat sederhana tapi selesa. Encik Azizi sebenarnya bekerja di sebuah syarikat elektronik bertaraf antarabangsa yang berpengkalan di Jalan P. Ramlee, Kuala Lumpur. Syarikat itu mempunyai sebuah cawangan di Sydney, Australia. Lima belas tahun yang lepas, Encik Azizi telah dihantar ke sana dan kini, dia telah dinaikkan pangkat dan dihantar pulang ke Malaysia. Encik Azizi dan Puan Mona sangat bersyukur kerana akhirnya doa mereka untuk pulang ke bumi bertuah yang sentiasa dirindui ini dimakbulkan Allah.

Lebih manis, mereka juga dapat bersama-sama kembali berjiran dengan jiran lama mereka saat masing-masing masih baru merangkak di alam rumahtangga semasa di Pahang. Rezeki Allah, tiada siapa tahu. Hamzah dan isterinya sudahpun bergelar Datuk dan Datin, tapi yang bagusnya, mereka tetap merendah diri. Pasangan suami isteri itu berkeras tidak mahu dipanggil dengan gelaran datuk dan datin, lebih-lebih oleh Encik Azizi dan isterinya yang sudahpun dianggap seperti saudara kandung sejak mereka di Kuantan dahulu.

Setibanya mereka di rumah Encik Azizi dan Puan Mona, mereka disambut dengan penuh keceriaan dan kemesraan. Encik Azizi menjemput mereka untuk duduk di set sofa dari Itali ini. Reka bentuknya sangat unik. Tambahan pula, fabrik dan kusyennya juga sangat selesa. Dari dapur, orang gaji Indonesia yang sudah agak berumur menatang satu talam berisi air minuman. Dia kemudiannya menuangkan ke dalam gelas-gelas kaca yang disusun di dalam talam. Dia kemudian kembali dengan membawa 2 piring pisang goreng yang masih berasap panas.

Encik Azizi menjemput tetamunya makan. Sambil-sambil itu, mereka berbual-bual. Ada ketika, ia berkisar tentang kerjaya dan bisnes dan ada ketika juga, perbualan mereka beralih kepada soal anak-anak. Di depan peti televisyen pula, Johan dan Salina sedang berbual-bual dengan anak-anak Encik Azizi yang hampir sebaya dengan mereka. Jelas, mereka tidak merasa canggung dan janggal. Cuma Johari sahaja yang lebih banyak senyap. Ada sesuatu yang mengganggu fikirannya.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 15

Joe, kenapa banyak diam je hari ni?, tanya Puan Mona. Dia mengesan ketidak selesaan Johari. Anak muda itu banyak termenung.

Johari tersenyum simpul. Dia menjawab pantas, Eh takde apa-apa makcik. Saya okey aja. Bimbang juga dia sekiranya sikapnya tadi membuatkan Puan Mona dan Encik Azizi berasa kurang enak dan selesa.

Secara tiba-tiba sahaja, Aisyah menjadi topik perbualan dua keluarga itu. Muka Johari merah padam apabila cerita tentang Aisyah pernah menjadi body guard Johari diperkatakan semula. Memang lucu apabila lelaki pula yang dilindungi oleh wanita. Tapi itu zaman kanak-kanak dahulu. Sudah 15 tahun ia berlalu. Johari pun sudah berubah. Dia bukan lagi lelaki lemah. Setidaknya, dia ada sedikit ilmu persilatan yang pernah dipelajari masa dia di Kedah, rumah bapa saudaranya.

Puan Mona dan Encik Azizi banyak bercerita tentang kehidupan mereka di Australia. Johari rasa tercuit mendengar cerita bagaimana Aisyah dan adik-adik perempuannya menyesuaikan diri di negara orang. Johari ketawa terkedeh-kedeh apabila cerita Encik Johari bercerita yang Aisyah menangis-nangis mahu pulang Malaysia. Bukannya kerana rindukan kampung halaman atau apa-apa, tetapi kerana rindukan nasi dan beras. Di sana, beras tidaklah semudah untuk didapati seperti di Malaysia. Kerana itu, mereka jarang sekali dapat menjamahnya.

Namun, secara mendadak cerita-cerita lucu itu bertukar serius. Melalui cerita bapa Aisyah sendiri, Johari mengetahui bahawa Aisyah berbubah sikap. Dia sudah menjadi insan yang kejap-kejap berada dalam landasan islam. Pemikirannya nampak lebih bebas dan sekular. Dan lebih berat, dia memuja dan mengagungkan cara hidup warga Australia yang majoritinya penganut agama kristian. Pasti sahaja mereka berfahaman hedonism. Aisyah turut sama dirasuk virus itu.

Dari serius pula, perbualan menjadi sayu sedikit demi sedikit. Encik Azizi dan Puan Mona ternyata menyimpan kerisaun yang menggunung terhadap cara hidup Aisyah. Dengan suara yang sebak dan perlahan, Encik Azizi mengadu tentang sikap anak dara sulung mereka yang lain daripada adik-adiknya.

Hamzah Kau betul-betul seperti abang aku. Dari masa kita berjiran di Pahang hingga aku pindah ke Australia, kau tidak putus-putus bertanya khabar kami sekeluarga di sana. Kau juga tidak kering bibir memberi kami nasihat yang tersangat-sangat kami hargai. Kali ini, aku
Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/) Page 16

mahu sangat mendengar nasihat kau tentang bagaimana kau mendidik Johari sehingga dia membesar menjadi pemuda yang baik, soleh dan berjaya seperti sekarang, Matanya memandang tepat kepada bebola mata Datuk Hamzah.

Puan Mona pula menunjukkan tanda-tanda tidak selesa. Ada kerut yang jelas di sebalik kedutan di kulit dahinya. Namun dia hanya mampu berdiam diri.

Johari beristighfar dalam hati. Tak senang apabila dirinya dikaitkan dengan baik soleh dan berjaya,. Dia merasakan pujian yang menggunung itu tidaklah layak untuk dirinya.

Datuk Hamzah meletakkan tangannya di atas bahu Encik Azizi itu. Aziz Aku tak ada rahsia apa-apa pun sebenarnya. Cuma satu aje. Aku teringat hadis-hadis dari Rasulallah berkenaan dengan doa ibubapa yang sangat makbul. Allah sangat makbulkan doa daripada kita. Selain itu, ada satu hadis juga dari Abu Hurairah bahawa Allah akan turun ke langit dunia di hujung-hujung malam. Allah akan ampunkan dosa orang yang minta ampun. Allah akan terima taubat orang yang bertaubat dan Allah juga akan makbulkan doa orang yang berdoa. Maka, bangunlah di akhir-akhir malam. Lakukanlah solat dan doakan apa-apa yang kau nak doa kerana doa ialah senjata mukmin.

Panjang ceramah daripada Datuk Hamzah. Semua yang mendengar memberi tumpuan. Encik Azizi dan Puan Mona mendengar penuh khusyuk. Sesekali mereka mengangguk. Bahkan, mata Puan Mona tampak berkaca-kaca.

Terima kasih Hamzah atas nasihat kau. InsyaAllah aku pegang elok-elok. Ada sinar harapan pada raut wajah yang semakin tua itu.

Hari itu, mereka makan tengahari di rumah Encik Azizi sahaja. Makanan yang pelbagai itu dimasak oleh 3 orang tukang masak. Puan Mona dan Datin Roza membantu kerja-kerja memasak Mak Mah di dapur. Kerja mereka tidak banyak kerana Mak Mah memang sangat expert dalam bab masak-memasak. Manakala di ruang tamu, Encik Azizi sedang menunjukkan album keluarganya sepanjang mereka di Australia. Johari pernah melancong ke Eropah semasa dia sedang menuntut di Jordan satu ketika dahulu, namun dia masih tetap berasa teruja mendengar celoteh Encik Azizi. Datuk Hamzah pun sama. Johari membelek album yang sarat dengan gambar keluarga Encik Azizi. Dia melihat dengan jelas betapa cantiknya negara yang terkenal dengan kanggaru itu. Rumah-rumah di sana comel-comel belaka. Bahkan, bersih pula. Tasik-tasik di sana juga nampak jernih dan menenangkan. Jauh
Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/) Page 17

bezanya dengan Malaysia. Johari perasan ada beberapa keeping gambar Aisyah di dalam album itu. Aisyah berambut lurus dan diwarnakan dengan warna perang. Bentuk mukanya bulat. Alis matanya melentik. Kulitnya cerah. Ah, Aisyah memang cantik. Johari beristighfar. Dia tidak perasan sejak bila pandangan matanya tertumpah kepada gambar-gambar Aisyah. Segera dia meletakkan album itu di atas meja dengan penuh cermat.

Tidak lama kemudian, suara Puan Mona kedengaran lantang memanggil mereka bertiga ke meja makan. Encik Azizi mengetuai mereka ke meja makan yang dihias kemas. Di tengahtengah, sudah terhidang beraneka jenis lauk-pauk yang menyelerakan. Ada gulai ayam masak cili api, ada daging goreng kicap, ada ikan pari, dan ada juga beberapa jenis sayur-sayuran untik dibuat ulam. Johari makan dengan penuh selera. Datuk Hamzah juga sama. Bahkan, dia makan sampai 2 pinggan kerana diprovok oleh Encik Azizi.

Usai makan tengahari, mereka bersolat berjemaah bersama-sama di ruang tamu. Tikar dan sejadah dibentangkan memanjang. Datuk Hamzah melaungkan iqomat dan dia menolak Encik Azizi supaya menjadi imam. Encik Azizi tidak dapat mengelak.

Tidak lama selepas selesai solat, Datuk Hamzah meminta izin untuk pulang. Dia mewakili ahli-ahli keluarganya tidak henti-henti mengucap tahniah atas hidangan tengahari yang menyelerakan. Mak Mah yang berada di dapur tersipu-sipu apabila dia mendengar namanya dipuji-puji kerana menjadi ketua tukang masak di dapur tadi. Mereka bersalaman sebelum pulang. Saat Johari berjabat tangan dengan Encik Azizi, dia merasakan lelaki separuh abad itu menggenggam tangannya lama. Encik Johari membisik perlahan, Pak Cik bangga dengan kamu. Kalau boleh, Pak Cik nak sangat ada anak macam kamu.

Johari hanya senyum nipis. Baginya, lelaki itu terlalu suka memujinya. Tanpa dia sedari, rupa-rupanya perkataan nak sangat ada anak macam kamu itu rupa-rupanya bakal menjadi sebuah episod baru dalam kamus hidupnya.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 18

BAB 4

Johari duduk bersandar di katilnya. Tangannya sedang memegang mushaf al-Quran dengan kemas. Salah satu amalan hariannya ialah membaca al-Quran sebelum tidur. Selain surahsurah lazim dan surah al-Mulk, dia juga akan menghabiskan tilawah al-Qurannya. Targetnya ialah sekurang-kurangnya 3 juzuk seminggu dan dia tidak pernah gagal mencapai target itu.

Dimulakan dengan bacaan taawuz, Johari melunakkan suaranya membaca ayat-ayat suci ini. Suaranya dikuatkan sedikit, tapi cukup sekadar bergema di dalam biliknya sahaja. Saat bacaannya sampai kepada ayat 3 daripada surah Ghafir, dia memberhentikan bacaannya seketika. Dadanya sesak. Hatinya sayu. Badannya menggeletar. Allah ayat ini ternyata sangat menyentuh hati dan perasaannya.

Yang Mengampuni Dosa lagi Menerima Taubat serta keras siksaan-Nya; Yang Mempunyia Kurnia. Tiada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nyalah semua makhluk akan kembali

Johari teringat kembali kisah gelapnya. Kisah yang pernah tertulis di dalam diari hidupnya oleh malaikat-malaikat pencatit yang tidak pernah lalai hatta sesaat. Ya, ia adalah kisah ajaib dan penuh misteri tentang kehidupannya. Ia adalah kisah bagaimana seekor kucing kurap bertukar menjadi singa jantan yang gagah mengaum di tengah-tengah kawanan serigala.

Johari ingat benar tarikh itu. 25 September 2007. Tarikh yang banyak mengubah haluan dan kiblat kehidupannya. Juga, sempadan imannya turut sama berubah. Saat itu, dia sedang berada di Jordan, mengambil ijazah dalam jurusan perakaunan di University of Yarmouk. Ia sebuah universiti yang sangat cantik, unik, bersejarah serta penuh dengan barakah.

Kehidupan di negeri orang nyata tidak semudah yang diceritakan. Satu hari, dompet Johari hilang. Dia yakin ia hilang semasa dia berada di dalam bas, dalam perjalan untuk membeli barang-barang keperluannya. Itu pun hanya disedarinya semasa di toko buku. Saat mahu menjelaskan bayaran, dia meraba-raba poketnya. Ternyata dompetnya tiada! Dia membatalkan pembelian. Hatinya dirundum sejuta rasa kesal, marah, dan sedih. Lebih-lebih lagi wang di dalam dompet itu bukan sedikit. Dan dia sangat-sangat memerlukan wang itu dengan segera.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 19

Atas nasihat Hafiz dan Akram, teman-teman serumah Johari, Johari ke balai polis untuk membuat laporan tentang kehilangan dompetnya. Hafiz ialah seorang anak jati Kelantan. Dia ialah imam di dalam rumah sewa mereka kerana antara kesemua ahli rumah itu, Hafiz ialah yang paling senior dan paling bertanggungjawab. Hafiz juga ada kelebihan untuk berbahasa arab dengan cantik sekali. Lancar dan sangat indah gaya bahasanya. Ia jauh berbeza dengan penguasaan bahasa arab oleh Johari yang sangat berterabur.

Seorang lagi temannya, Akram merupakan anak jati negeri Kedah. Dia berpangkat adik di dalam rumah itu kerana antara 6 orang ahli rumah itu, dialah yang paling muda. Baru 19 tahun. Biarpun begitu, pemikiran dan tindakannya mencerminkan kematangan.

Selesai membuat aduan polis, Akram dan Hafiz sengaja mengheret Johari untuk singgah ke masjid Ar-Rahman, tidak jauh dari rumah sewa mereka. Jahori mengakui kelemahan dirinya. Dia memang seorang yang agak liat untuk ke masjid. Dia selesa dengan hanya ke masjid sekali seminggu, untuk bersolat jumaat. Sedang amalan-amalan yang wajib pun perlu pada mujahaddah yang besar, ini apakan pula untuk melakukan amal-amal sunnat. Ah, perkaraperkara itu seolah-olah tiada langsung dalam agenda hidupnya. Jauh panggang dari api.

Awalnya, Johari semacam keberatan. Namun, ajakan yang bersungguh-sungguh oleh kedua orang temannya itu akhirnya menyebabkan Johari akur. Kerana bagi Johari, merekalah teman sejatinya. Seboleh-bolehnya, dia tak mahu mengguris hati mereka. Mereka inilah pengganti adik beradiknya di Kuala Lumpur. Mereka jugalah insan-insan yang banyak bersabar melayan kerenah dirinya, Adam Johari bin Datuk Hamzah. Oh! Anak datuk biasalah ada-ada saja yang tak kena. Cerewetnya pun luar biasa

Joe, Allah itu Maha Mengkabulkan segala doa-doa kita. Lebih-lebih lagi, orang-orang teraniaya seperti kau, lembut suara Hafiz menyapa hatinya. Hati Johari yang gundah tadi berasa terpujuk.

Ini satu bentuk ujian daripada Allah kepada kau Joe. Allah nak kau ingat kepada dia. Nak kau merayu kepada dia. Ujian adalah satu petanda bahawa Allah merindui rintih rayu kita, sambung Hafiz lagi. Dia menepuk lembut bahu Johari. Mukanya manis, memancarkan cahaya ketenangan.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 20

Johari dirundum bercaman persoalan. Allah rindu kita? Di sebelahnya, Akram sedang tunduk memandang lantai masjid. Mereka berada di luar ruang wuduk. Akram mendengar sahaja dari tadi. Yang pasti, telinga dan akalnya juga sedang berusaha menterjemah kata-kata Hafiz.

Berkerut-kerut dahi Johari mahu memahami maksud tersirat itu. Seperti mengetahui dilema yang dilalui sahabatnya, Hafiz menyambung bicaranya dengan membacakan ayat ketiga daripada surah Ghafir, surah ke -40.

Yang Mengampuni Dosa lagi Menerima Taubat serta keras siksaan-Nya; Yang Mempunyia Kurnia. Tiada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nyalah semua makhluk akan kembali

Maksud ayat itu benar-benar meresap jauh ke dalam ulu hatinya. Dia memikirkan maksud ayat itu dalam-dalam. Lantas, muncul satu perasaan yang sangat aneh, timbul tenggelam.

Pagi itu juga, dia mula cuba-cuba bersolat sunnat dhuha sebanyak 4 rakaat kemudian diikuti dengan solat sunnat hajat. Menurut Hafiz, solat sunat dhuha ini besar fadhilatnya. Hafiz jugalah orang yang bertanggungjawab mengajar Johari akan cara solat ini serta doa-doa khusus yang ada. Selesai bersolat, Johari mengagkat tangan dan merintih dengan penuh kesungguhan agar Allah menemukannya dengan dompetnya yang hilang itu, beserta isiisinya. Jika ia sekadar wang yang hilang, pasti Johari tidak jadi runsing sebegini. Namun, yang hilang itu termasuklah dengan dokumen-dokumen pengenalan diri beserta kad pelajar serta beberapa kad-kad yang lain, yang sama pentingnya.

Petang itu, Johari berkira-kira untuk menelefon ke Malaysia mengkhabarkan tentang musibah yang berlaku pagi tadi kepada bapanya. Sedang dia mahu mendail nombor telefon bapanya, pintu rumahnya diketuk bertalu-talu. Ada suara yang garau di sebalik pintu memberi salam. Segera Johari mematikan niat itu dan menjenguk ke luar biliknya.

Rakan mereka, Lutfi yang baharu sahaja pulang dari mengikuti program di universiti membuka pintu yang diperbuat daripada kayu itu kerana dia berada paling hampir dengannya.

Maaf mengganggu. Seorang lelaki arab berpakain seragam polis bersuara penuh tertib.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 21

Ya. Ada apa?,balas Lutfi. Hatinya penuh dengan tanda tanya. Mengapa polis Jordan datang ke rumah sewa mereka?

Begini. Saya mencari saudara Adam Johari Bin Hamzah. Dia tinggal di sini kan?

Johari yang sekadar memerhati dari luar pintu biliknya sedari tadi, tampil mendapatkan polis itu.

Saya Johari. Ada apa encik?

Kamukah orang yang membuat laporan tentang kehilangan dompet pagi tadi?, tanya anggota polis yang bertubuh sasa itu. Misainya hitam pekat dan tebal. Sesekali, ia kelihatan bergerakgerak mengikut rentak mulutnya.

Ya. Saya. Johari mengagguk. Dadanya berdebar-debar.

Dompet awak telah kami jumpa. Kemungkinan besar ia telah dicuri oleh penyeluk saku kerana lelaki itu dibawa ke hospital dengan dokumen pengenalan diri milik kamu, terang anggota polis itu.

Hospital? tanya Johari kehairanan. Lutfi juga turut hairan. Mereka menyangka bahawa ada saudara atau sahabat mereka dari Malaysia dimasukkan ke hospital.

Tengahari tadi, seorang lelaki tempatan telah melintas jalan ke arah kedai elektronik di Mukhaayum road, dan dia dilanggar oleh sebuah kereta. Dia kini dirawat di Hospital al-Saal. Alhamdulillah, keadaannya stabil. Kami merujuk kepada rekod jenayahnya dan dia memang pernah kami tangkap atas kesalahan menyeluk saku beberapa bulan yang lepas, terang Polis itu. Suaranya tegas, jelas menampakkan kebenciannya atas jenayah yang dilakukan oleh lelaki itu.

Maknanya dompet saya telah ditemuilah ni?. Johari meminta kepastian. Hatinya bertukar ceria. Mukanya yang muram nampak bercahaya kembali.
Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/) Page 22

Anggota polis itu menggukkan kepala dan tersenyum.

Alhamdulillah, Johari bersyukur. Memang patut untuk dia bersyukur.

Baiklah Encik Johari. Anda boleh claim dompet anda di balai. InsyaAllah, segala isi-isi di dalamnya masih dalam keadaan baik dan selamat. Saya minta diri dulu. Assalamualaikum,. Polis itu mengulum senyum dan berjabat tangan dengan Johari. Dia berlalu pergi. Johari tercegat lama di muka pintu hinggakan ditegur oleh Lutfi.

Lutfi mengucapkan syukur dan tahniah. Johari yang masih terkasima dengan berita itu sekadar membalas dengan senyum. Fikirannya ternyata bukan di sini lagi. Otaknya melayang jauh meneroka angkasa kasih sayang Tuhan. Dia merenung segala hikmah dan pengajaran daripada Allah. Dadanya sebak tiba-tiba.

Ya Allah, terima kasih kerana memulangkan baranganku. Engkau sangat baik. Sangat-sangat baik kepada aku. Terlalu banyak kurnia dan pemberian-Mu kepada aku yang aku balas dengan maksiat, ibadah yang ditangguh-tangguh, ibadah yang caca-merba, serta ibadah yang tiada kualiti. Ya Allah, saat aku banyak melakukan dosa dan silap, Kau tidak sekali pun mengazab aku. Terima kasih Ya Allah. Terima kasih Ya Rahman. Kau sangat baik, hati Johari menangis.

Mata berkaca. Dadanya terasa sempit seketika. Tidak lama, manik-manik jernih mula mengalir lembut di pipinya. Memang dia wajar jika mahu menangis kegembiraan kerana bertemu kembali dengan wang dan dokumen-dokumen penting miliknya. Tapi sebenarnya, air matanya berjejeran hanyalah kerana dirinya baru sahaja dapat merasakan kehebatan Allah. Lebih 21 tahun, baru hari ini dia berpeluang untuk mengecapi perasaan itu!

Johari insaf. Peristiwa itu menyedarkannya akan satu kenyataan. Dia tahu bahawa Allah sangat baik terhadap dirinya. Selepas satu, datang pula lagi satu nikmat. Allah tak pernah jemu memberi, cuma dia sahaja yang jemu untuk membalas dengan syukur. Jika dinilai dengan ucapan alhamdulillah, memanglah ia sering meniti di bibirnya, tapi kesyukuran tidak seharusnya hanya di mulut, tapi perlu dibuktikan dengan amalan.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 23

Bagi membuktikan bahawa dia tidak main-main melafazkan taubat, Johari berhijrah. Ia bukan hijrah fizikal, tetapi ia adalah satu penghijrahan yang total. Dia sudah mula duduk dalam majlis-majlis agama. Pengajian-pengajian agama pimpinan syeikh-syeikh di masjid-masjid sekitar bandar Irbid, hampir semua dihadirinya. Bahkan, dia juga menjadi orang yang paling sibuk dengan al-Quran di rumah itu. Dia baru belajar untuk bermanja-manja dengan kalam Allah itu.

Hafiz, Akram, Lutfi dan rakan-rakan sebiliknya senang dengan perubahan positif Johari. Secara tak langsung, Johari telah mengemukakan cabaran. Cabaran untuk mencari redha Ilahi. Dan rumah mereka bercahaya dengan pancaran iman. Terang Apakah tidak, setiap warga rumah itu seolah-olah faham benar maksud fastabiqul khairat yang bererti berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan.

Sudah pasti orang yang paling gembira dengan perubahan Johari ialah Datuk Hamzah. Sejak belum bergelar datuk lagi, Datuk Hamzah sudah dikenali ramai kerana kesederhanaan dan kedermawanannya. Datuk Hamzah pernah menghabiskan usia kanak-kanaknya di madrasah al- islamiyyah, Kedah. Kerana teras agamanya kukuh, dia membesar sebagai lelaki yang beriman.

Sejak belum kahwin lagi, Datuk Hamzah sudah mengamalkan doa agak kelak, dia dikurniakan isteri dan anak-anak yang soleh serta solehah. Tika dia dengan Datin Roza menunaikan ibdah umrah, doa inilah jugalah yang dipanjatkan sepenuh hati kepada Allah, di hadapan kaabah.

Sesekali, Datuk Hamzah terfikir yang Allah belum memakbulkan doanya lagi kerana anak sulungnya, Johari memang tidak menunjukkan minat dengan hal-hal keagamaan. Pertengkaran kecil selalu berlaku. Dia masih ingat, semasa Johari berada di tingkatan 1, dia bersungguh-sungguh mahu memasukkan anaknya itu ke sekolah agama. Johari tidak mahu. Dia membantah sekeras-kerasnya tapi kuasa Datuk Hamzah sebagai bapa bersifat muktamat. Hampir pasti bakal dimasukkan ke salah sebuah sekolah agama di pantai timur, Johari mogok lapar, sebagai jalan terakhir. Seharian dia tidak mahu makan dan akhirnya, menyebabkan dia pengsan lalu dikejarkan ke hospital.

Datuk Hamzah dan Datin Roza risau bukan kepalang. Akhirnya Johari menang dengan tindakan bodohannya. Dia akhirnya disekolahkan di sekolah menengah yang sekular. Sedikit sebanyak, dia menjadi muslim yang memahami islam secara pecahan-pecahan dan bukan

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 24

secara keseluruhan. Fahaman sekular yang menyerang setiap saraf iman Johari itu cukup untuk membuatkan ayah dan ibunya runsing tak bertepi.

Ktok.. Ktok, bunyi ketukan di pintu biliknya menyedarkan Johari dari lamunan.

Abang dah tidur ke?, suara dari luar itu ditujukan kepadanya.

Johari memandang kearah jam. Jarum pendek sudah berada di nombor 11. Sudah lewat begini, tapi kenapa Johan belum tidur lagi?, gumamnya sendiri di dalam hati.

Belum. Abang belum tidur. Sekejap ya. Johari bingkas bangun dan meletakkan al-Quran. Tangannya mengelap air mata yang masih berbaki. Johari membuka pintu. Dia nampak di luar biliknya, Johan sedang memandangnya dengan wajah yang masam mencuka.

Aik, macam ayam berak kapur je muka kamu tu, Johari cuba bergurau.

Tak lawak, Johan membalas spontan.

Er.. masuklah. Johari mati akal apabila gurauannya dibalas dingin. Dia menjemput adiknya untuk masuk ke dalam biliknya. Johan mengambil kerusi dan duduk. Johari pula duduk di atas katil, bertentangan dengan adiknya.

Kenapa muka kamu macam dalam masalah aje abang tengok?. Naluri seorang abang kuat mengatakan adiknya dalam masalah. Johan merapatkan kedua belah tangannya. Dia memandang Johari.

Abang sudah nak tidur ke? Johan membalas pertanyaan abangnya dengan pertanyaan juga.

Ish.. tak adalah. Esok kan hari Ahad. Abang cuti. Boleh tido lewat sikit. Kenapa? Kamu ada masalah ke? Cerita lah kat abang, Johari senyum. Senyuman yang ikhlas datang dari lubuk hati yang mahu membantu adiknya.
Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/) Page 25

Johan memandang mata abangnya. Lama dia diam meyusun perkataan.

Abang pernah bercinta? Cinta monyet?, tanya Johan. Suaranya perlahan dan tersekat-sekat. Mungkin kerana malu.

Dalam ketawa kecilnya, Johari menjawab ringkas, Pernah juga sekali.

Johari masih ingat akan gadis itu, Nur Nasuha binti Haji Norman. Junior dia setahun masa mereka di SMK Cemerlang.

Abang Long pernah bercinta? Wau! Tak sangka! Sebenarnya, saya nak tanya pendapat abang tentang cinta ni,sambung Johan. Sempat juga dia mengusik abangnya itu. Johan sudah tidak gagap seperti tadi. Wajahnya juga nampak berseri-seri berbicara tentang cinta.

Johari faham apa yang dimaksudkan oleh adiknya. Sama ada adiknya meminati seseorang ataupun adiknya yang diminati seseorang, salah satu daripada dua kemungkinan ini ialah pasti. Biasa berlaku kepada anak-anak remaja di usia begini. Tarikan seksual akan mendorong mereka untuk berkenal-kenal dan berkasih-kasih. Ia bukan suatu yang bahaya selagi mana ia tidak dilayan. Tapi jika perasaan dan dorongan itu diberi perhatian dan layanan yang baik, pasti ia akan mengheret seseorang itu ke lembah kebinasaan. Itu pasti.

Nak abang jawab dari sudut agama atau dari sudut kemanusiaan?, tanya Johari pula. Bibirnya masih tersenyum.

Ada beza ke?,tanya Johan kehairanan.

Johan seorang yang bijak. Dia tak seperti Johari. Johari khatam al-Quran semasa dia di Jordan, itupun selepas dia mendapat hati yang baru. Johan pula, seawal darjah empat sudah khatam al-Quran. Johan juga seringkali mengikuti Datuk Hamzah ke surau dan majlis-majlis keagamaan. Johari tidak. Dia dahulu selalu berkurung dalam bilik sahaja. Lalai dengan dunia sendiri. Jauh dari sudut hatinya, Johari mengakui bahawa adiknya itu ialah johan dalam rumah ini. Harris pun kalah.
Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/) Page 26

Johari senyum lebar mendengar soalan adiknya. Pandai. Memang sepatutnya tidak wujud perbezaan dalam cinta. Cinta asalnya satu, daripada Allah. Tapi manusia memecah-belahkan cinta. Kerana itu wujud beza antara cinta manusia dengan cinta agama, terangnya.

Kenal Charles Darwin?, tanya Johari. Suaranya tinggi sedikit.

Johan mengagguk-anggukkan kepada. Darwin kan seorang yang mencipta teori pembohongan yang mengatakan manusia ini berasal dari monyet. Tapi, dialah satu-satunya monyet itu!

Darwin kata manusia ini berasal dari monyet. Dan al-Quran pula berkata bahawa monyet itu berasal dari manusia, kata Johari. Dia kemudiannya mencapai naskah al-Quran terjemahan di hujung katil. Dia membelek-belek, dan menyuruh adiknya membaca ayat yang ditanda olehnya.

Surah al-Baqarah ayat 65.

Kerana mereka cinta dengan dunia, mereka jadi tamak. Jadi ingkar dan langgar larangan Allah daripada menangkap ikan pada hari sabtu. Allah jadikan mereka monyet. Inilah salah satu contoh cinta yang salah, terang Johari dengan penuh semangat.

Johan mengangguk-angguk. Matanya masih pada al-Quran. Mungkin hatinya sedang diselimuti rasa kagum terhadap kitab suci ini.

Allah memandang cinta sebagai satu perkara yang suci, sesuai dengan sifat Allah yang Maha Mencintai. Allah mencintai kita. Dia telah menjadikan segala yang ada di bumi untuk berbakti kepada kita. Daripada haiwan yang kecil seperti nyamuk hinggalah kepada haiwan-haiwan yang besar seperti lembu dan kambing, semua memberi manfaat kepada kita, sambung Johari lagi.

Johan menyampuk, Mana ada bang. Nyamuk bukannya memberi manfaat apa-apa. Bagi penyakit ada la

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 27

Dalam al-Quran surah al-Baqarah, Allah sebut tentang nyamuk. Allah tak malu membuat perbandingan tentang nyamuk. Jelas, nyamuk ialah makhluk yang hebat. Raja Namrud, raja yang angkuh mati penuh hina kerana nyamuk masuk dalam telinganya hingga dia memerintahkan rakyatnya memukul kepalanya untuk melegakan kesakitannya. Akhirnya dia mati kerana diketuk kepala oleh rakyatnya sendiri, dengan selipar dan kasut. Sangat hina cara kematiannya. Nyamuk juga dikaitkan dengan penyakit. Betul. Tapi lihatlah hikmahnya. Manusia sudah mula menjaga alam sekitar. Bukankah itu hikmah?,jelas Johari.

Johan mengagguk-angguk. Dia setuju dengan hujah abangnya. Benar, Allah mencintai manusia kerana hujah segala yang ada di bumi ini boleh digunakan oleh manusia itu masuk akal. Sangat masuk akal. Subhanallah..

Johari menyambung. Seharusnya, cinta itu membawa manusia kepada cinta yang lebih besar, iaitu cinta Tuhan. Di sinilah terletaknya falsafah cinta. Ia mesti berakhir dengan redha dan kasih sayang Allah. Ia mesti dinoktahkan dengan syurga. Jika rasa cinta itu hanya mendorong kepada maksiat, itu bukan cinta. Itu hanya dusta.

Johari berhenti sebentar. Bunyi kipas di syiling biliknya memecah kesunyian.

Abang perhatikan, zaman sekarang ni banyak sangat maksiat. Dari sekecil-kecil hinggalah kepada sebesar-besar maksiat, semuanya telah pun menjadi barah dalam masyarakat. Lebih parah, umat islam berbangsa melayu lah yang paling banyak terjebak. Semuanya kerana mereka mengejar cinta yang dilaknat Allah

Kerana itu, abang meletakkan cinta itu di gerbang alam perkahwinan. Cinta yang didasari oleh rasa ingin bersama-sama dalam syurga itulah yang akan menjadi ramuan rahsia kebahagiaan dunia akhirat. Macam mak dengan ayah, Johari tersenyum luas.

Johan pula tergelak kecil, Sebab tulah abang takde makwe kan?

Aduh!

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 28

Setelah hampir satu jam dia berbual dengan abangnya, akhirnya Johan meminta izin untuk keluar. Jam menunjukkan pukul 12 tengah malam. Patutlah dia menguap saja dari tadi. Masa Johan baru sahaja mengangkat punggung untuk keluar, abangnya bersuara, Kamu minat orang atau orang yang minat kamu?

Johan hanya tersenyum. Dia hanya menjawab sepatah, Orang, lalu dia keluar dari bilik Johari.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 29

BAB 5

Johari memandang kipas di syiling biliknya yang sedang berputar laju dengan pandangan yang kosong. Perbualan dengan adiknya tadi membuatkan dia tidak dapat tidur. Puas mengiring ke kanan, dia mengiring ke kiri. Puas ke kiri, dia menelentang pula. Tapi semua tidak mampu mengembalikan rasa mengantuk yang tadi, hebat benar memburunya!

Otaknya kembali menyusun puzzle sejarah, menyusun nama seorang gadis yang pernah bertakhta dalam hatinya. Gadis itu Nurul Nasuha binti Haji Norman. Johari membiarkan lipatan kisah silamnya yang tersimpan rapi selama ini kembali dibuka.

Sejak kecil, Johari ialah seorang pelajar yang bijak. Allah mengurniakan otak yang cerdas kepadanya tapi malang, Johari seorang pemalas. Dunianya ialah pada video games sahaja. Hatinya ialah pada konsol PS2. Saat Datuk Hamzah dan Johan sibuk berzikir di surau, dia sibuk berzikir depan televisyen. Itu rutinnya dan juga kegemarannya yang tidak boleh dihalang-halang.

Di sekolah juga, rutinnya tak banyak berbeza. Masanya lebih banyak dihabiskan dengan bermenung dan berborak-borak walaupun ketika guru sedang mengajar.Bezanya, dia masih boleh menangkap apa yang diajar oleh gurunya walaupun dia langsung tidak memberi perhatian dan konsentrasi kepada insan yang mengajar itu. Zaman sekolah benar-benar zaman gelapnya. Itulah yang difirkankannya.

Pernah satu ketika, sedang dia dan kawan-kawan makan di kantin sekolah, matanya terpaku pada susuk tubuh seorang pelajar perempuan. Gadis itu sederhana tinggi, berkulit putih melepak, dan paling membuatkan Johari cair ialah mata bulat gadis itu. Gadis itu dengan penuh tertib dan sopan menyuakan kuih karipap ke mulutnya sedang dia tidak menyedari bahawa ada mata-mata yang memandangnya dengan niat yang tidak baik.

Melalui bantuan kawan-kawannya, dia mendapat informasi bahawa gadis itu baru sahaja berpindah ke sekolah ini. Dengan kuasanya sebagai super senior, ditambah pula dengan jawatannya sebagai pengawas yang sepatutnya dia tidak dapat, maka dia pun keraplah mencuri-curi pandang kepada Nasuha.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 30

Akhirnya, sebuah pertemuan dirancang. Nasuha yang baru 3 bulan berada di sekolah baru itu gusar. Seribu macam persoalan menghenyak otaknya. Dia bersoal jawab di dalam hati. Sendirian. Mengapa aku dipanggil oleh pengawas untuk berjumpa dengannya di taman sains? Hanya berdua?. Nasuha memegang nota ringkas yang diterimanya pagi tadi daripada seorang pelajar tingkatan 5, kawan kepada Johari.

Nasuha yang masih teragak-agak, berjalan perlahan ke Taman Sains SMK Cemerlang selepas 10 minit loceng berbunyi, menandakan masuknya waktu rehat.

Assalamualaikum, dia menyapa Johari dari arah belakang. Johari saat itu sedang berdebar hebat. Maka, pandangannya cuba dialihkan kepada pokok-pokok yang ditanam di taman itu. Sesekali, terlapas juga ke arah kolam buatan yang luas, tapi sedikit kotor petanda penyelenggaraan yang kurang.

Er..er.. waalaikumussalam, Johari menjawab salam seraya berpaling kearah suara itu. Tali leher yang terikat turut sama berayun saat badannya dipusing ke belakan. Matanya bertembung dengan mata bulat Nasuha. Serta merta timbul rasa segan dan malu.

Kenapa abang panggil saya?,tanya Nasuha penuh curiga. Tangannya diletakkan di belakang.

Penggunaan kata ganti nama abang itu membuatkan dada Johari berdegup lebih kencang.

Ish Nasuha sangat comel. Sopan pula tu, bisik Johari dalam hati. Johari ketika itu sama seperti remaja lain di usia yang sama, yang baru sahaja mahu mengenali cinta. Dirasakannya, ia suatu yang tidak peri indahnya. Johari berlagak tenang. Yang penting, dia mencuba control macho. Ah, biasalah pengawas sekolah. Tambahan, anak Datuk pula. Mestilah ada ego yang sedia terbina dalam dirinya. Berlapis-lapis pasti.

Nah. Johari menghulurkan sepucuk surat. Riak wajahnya cuba ditegangkan.

Apa ini?,Nasuha menyambut dengan sejuta rasa hairan.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 31

Johari senyum. Nanti kat rumah bacalah ya. Maaf ya Nasuha jika pertemuan ini membuatkan Nasuha tidak selesa. Dia harus segera beredar. Bimbang juga kalau-kalau ada Papparazi yang memerhati sambil tersenyum dengan niat. Lebih dirisaukan jika ada guru yang memerhati. Dia kan pengawas. Itu akan jadi lebih bermasalah.

Saya pergi dulu. Jangan lupa baca surat tu ya! Assalamualaikum, Johari berlalu pergi meninggal Nasuha yang masih termagu-magu kehairanan.

Dan surat itu ialah permulaan kepada sebuah perhubungan luar biasa antara dua insan yang sama bertatih di alam keremajaan. Mereka tegas menafikan bahawa mereka sedang bercinta saat rakan-rakan sebaya mengusik. Hakikatnya, satu demi satu pertemuan di luar sekolah diatur oleh Johari, semata-mata mahu bertemu dengan buah hati pengarang jantungnya. Johari memang sudah biasa menipu. Jadi, untuk membuat alasan mahu keluar bersama Nasuha, itu bukan perkara yang sukar. Group study untuk SPM, itulah yang di beritahu kepada Datuk Hamzah dan Datin Roza.

Yang menanggung beban perasaan ialah Nasuha. Antara mahu berbohong dan tidak, dia pilih untuk berbohong sahaja. Alasan keluar mengulangkaji pelajaran bersama rakan ialah alasan yang popular dan sering diulang-ulang. Hakikatnya, dia beriringan dengan Johari menonton wayang di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur.

Nasuha ialah anak kedua daripada pasangan Haji Norman dan Hajjah Kalsum. Mereka baru berpindah ke Kuala Lumpur kerana Haji Norman telah dilantik menjadi ketua jabatan di syarikatnya. Keluarga ini kuat berpegang pada islam. Haji Norman bukan calang-calang orang. Dia ialah seorang anggota jemaah tabligh yang terlibat secara serius dalam aktiviti dakwah dan mengamalkan sunnah-sunnah Rasulallah. Tarbiyyahnya kepada anak-anak dan isteri bukannya pada permukaan sahaja. Nasuha sendiri setiap selepas asar akan menghabiskan masa mengaji dengan ibunya walau dia sendiri sudah beberapa kali mengkhatamkan bacaan al-Qurannya.

Setiap hujung minggu pula, bapanya akan bersolat jemaah di rumah. Bapanya akan mengajar sedikit sebanyak ilmu agama kepada mereka adik beradik. Jika di hari lain, bapanya menjadi penunggu setia di masjid beredekatan rumah sewa mereka.

Bagi Nasuha, Johari ialah seorang lelaki yang tampan. Kelakar di balik keramahan. Nasuha sangat menghormatinya kerana Johari ialah pelajar yang cemerlang. Bahkan, dia juga sangat
Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/) Page 32

popular di SMK Cemerlang. Terasa beruntung apabila pria yang banyak meniti di bibir-bibir para gadis, sudi mengambilnya sebagai teman istimewa.

Hati gadisnya berbunga-bunga apabila bersama dengan Johari. Pasti Johari juga merasai rasa yang sama. Ah, inikah cinta?

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 33

BAB 6

Malam itu hujan turun dengan lebatnya, selebat tangisan yang jatuh dari pipi Nasuha. Apa tidaknya, satu penampar dari bapanya, Haji Norman hinggap di pipinya yang gebu. Tamparan itu tidak menyakitkan fizikalnya, tapi hatinya yang teruk diusik rasa bersalah yang bertali arus sejak dari tadi lagi.

Hajjah Kalsum hanya diam membatu di ruang tamu. Malam itu dia menyaksikan betapa berang dan marahnya suaminya. Selama ini, dia melihat suaminya sangat lemah lembut dalam segala perbuatan. Tapi malam itu, suaminya benar-benar nampak seperti seorang sultan yang garang, yang sedang mengadili rakyat marahaen yang bersalah.

Kami keluar tengok wayang saja! Bukannya buat apa pun!, protes Nasuha. Hatinya bengkak. Malam itu, rahsianya bocor. Ah! Alang-alang bocor, Nasuha melepaskan segala isi hatinya yang selama ini dipendamnya. Dia melepaskan segala pemberontakan jiwa remajanya.

Apa Su ingat tengok wayang dengan lelaki bukan mahram itu bukan satu maksiat, satu dosa?, tanya bapanya keras. Matanya menjeling tajam kearah anak gadisnya. Dia marah, tapi marahnya didasari oleh rasa mahu mendidik. Sedaya upaya, dia cuba mengawal supaya amarahnya tidak disalah tafsir sebagai satu bentuk kebencian atau tekanan.

Nasuha senyap. Sesaat kemudia, dia membalas dengan suara yang separuh menjerit. Dia seakan-akan sudah lupa diri. Habis tu? Semua benda tak boleh! Kalau macam inilah kolotnya hidup keluarga kita. Su tak rela! Ayah dengan umi sajalah duduk dalam batu!!!

Nasuha! Sudah pandai melawan ya! Tidak semena-mena, tangan bapanya hinggap di pipi. Nasuha terkejut! Sambil memegang pipi yang dirasakan panas, dia menangis laju. Segera dia berlari ke bilik dan menguncinya rapat-rapat. Suara keras bapanya yang memanggil namanya berulang-ulang kali tidak diendahkan. Lantas, Nasuha merebahkan badannya di atas katil. Dia memeluk bantal. Air matanya merembes keluar dengan laju. Mungkin lebih laju daripada titisan hujan yang mengenai bumbung rumah itu.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 34

Lama dia melayan perasaan sambil teresak-esak, tiba-tiba pintu biliknya diketuk perlahan dari luar. Ayah! Apa lagi yang ayahnya mahu?

Nasuha, maafkan ayah. Ayah tak berniat nak menampar kamu sayang. Ayah Cuma nak mengajar kamu adab.Berdosa seorang anak mengakat suara melebihi ibubapanya. Bukankah Nasuha selalu baca surah al-isra ayat17 ?, suara Haji Norman lembut di balik pintu. Tidak ada tanda-tanda marah seperti tadi lagi.

Walaupun suara bapanya lembut seakan-akan berbisik, tapi Nasuha dapat mendengar setiap patah perkataan itu dengan jelas. Semakin laju pula air matanya tumpah. Dia rasa berdosa!

Nasuha sayang. Ayah Cuma nak lindungi kamu daripada pengaruh-pengaruh yang tidak elok. Kita bukan masih berada di kampung. Kita berada di KL. Kota hiburan, kota kelalaian dan kota penipuan. Nasuha anak yang solehah, ayah semacam tak sangka Nasuha boleh tipu ayah. Buat alasan mahu study group, tapi Nasuha entah ke mana. Ayah dan umi sayangkan Nasuha. Ayah dan umi risaukan Nasuha. Itu saja, sambung Haji Norman lagi.

Suara bapanya semakin lembut. Ia terus meluncur laju masuk ke dalam hati Nasuha.

Nasuha, ayah dan umi minta maaf ya sayang. Jangan menangis lagi ya sayang. Tidurlah, sambung Haji Norman lagi. Assalamualaikum, bapanya memberi salam dari luar dan berlalu pergi.

Nasuha menjawab salam itu di dalam hati. Matanya masih memerah keluar air mata hingga jelas kelihatan bengkak-bengkak di kedua belah mata itu. Dalam sendu, dia berfikir sendirian. Adakah aku telah dikira sebagai menderhaka?

Didorong oleh rasa berdosa dan bersalah, Nasuha keluar ke ruang tamu. Hajatnya, dia mahu memohon kemaafan kepada ibubapanya. Nyata mereka sudah berada dalam bilik mereka. Nasuha tidak mahu menganggu mereka, lalu dia pun kembali ke dalam biliknya. Nasuha ke bilik air dan mengambil wuduk. Dia tidak menunggu lama untuk bertaubat. Lalu, dengan rasa bersalah yang masih meluap-luap, dia mengerjakan solat hajat itu dan untuk kesekian kalinya, air matanya tumpah lagi.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 35

Aku akan betulkan kesilapan ini!, hatinya menjerit kuat. **

Kenapa?, satu demi satu soalan menghujani Nasuha. Kesabaran Johari meruncing. Hatinya hancur dan luluh. Johari tidak menyangka dia akan dikecewakan oleh anak dara Haji Norman itu. Akalnya seolah-olah tidak mampu menerima kenyataan yang dia telah gagal di dalam percintaannya yang pertama. Hubungan dia dan Nasuha hanya sempat bertahan kurang sebulan, dan bakal dinoktahkan sebentar lagi.

Cukuplah Allah tak suka kita begini. Ibubapa saya juga tak suka hubungan kita ini, balas Nasuha perlahan. Sedaya upaya dia cuba menahan tangis. Di telinga Johari, tutur kata Nasuha saat itu bukan lagi muzik untuk jiwanya, tetapi seperti bunyi guruh di angkasa, yang memberi seribu sebab untuk manusia merasa sedih, takut dan runsing.

Nasuha memandang ke bawah. Dia tidak mampu memandang mata Johari lagi. Kekuatan yang dikumpul sejak malam tadi dirasakan semakin sedikit. Dia takut jika di depan Johari, air matanya tumpah kembali. Sungguh! Keputusan untuk berpisah kerana Allah bukan satu keputusan yang mudah bagi Nasuha. Lebih-lebih lagi, Johari ialah orang pertama yang mendapat tempat yang istimewa dalam hatinya. Bak kata orang, inilah first love.

Johari berang. Dia berdiri tegak, bercekik pinggang di depan Nasuha. Fine! Aku pun tak hairanlah dengan manusia kolot macam kau sekeluarga. Aku benci kau!. Suaranya kuat hinggakan beberapa ekor burung pipit yang terbang rendah di atas dahan pepohon rendang di sini terkejut dan beterbangan pergi. Johari lalu pergi meninggalkan Nasuha keseorangan di kawasan rekreasi Taman Tasik Jaya dengan hati yang meluap-luap marah dan geram. Nasuha pula menangis juga akhirnya. Dia sudah tidak berupaya menahan tangis lagi.

Tentu keadaannya tidak akan begitu jika Johari sanggup menerima cadangan dan permintaannya untuk menamatkan hubungan yang penuh tipu daya ini. Nasuha terasa seakanakan separuh semangatnya hilang apabila ditengking oleh Johari. Tidak dia sangka, lelaki itu akan bertindak mengherdiknya di kawasan awam sebegini. Nasuha malu saat dirinya perasan yang beberapa pasang biji mata sedang menjeling kearahnya dengan seribu macam andaian yang bukan-bukan.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 36

Tapi Johari pula sebaliknya. Dia tidak malu kerana dia sudah dikuasi oleh rasa marah yang mendidih-didih. Dia menyimpulkan bahawa keluarga Nasuha terutama umi dan ayah Nasuha saling tidak tumpah dengan ibu dan bapanya. Mereka masih mengamalkan cara hidup yang dirasakan Johari sebagai kolot, ketinggalan dan tidak moden. Johari tidak suka dengan cara bapanya. Hampir segala kehendak diri Johari tidak diberi perhatian oleh bapanya. Pernah sekali, dia menyindir bapanya, Semua benda haram. Semua benda tak boleh. Kalau macam tu, kita semua boleh jadi wali lah!

Astaghfirullah..

Rasa cinta dan kasih Johari terhadap gadis itu berubah kepada benci yang tidak bertepi. Pantang benar dia jika nama Nasuha disebut-sebut. Pernah seorang sahabat diancam untuk ditumbuk kerana mengusiknya. Nama itu benar-benar mahu dilupakannya. Cara Johari menerima perpisahan ini sangat berbeza dengan Nasuha. Nasuha sentiasa berdoa supaya Johari diberikan hidayah dan petunjuk agar dia hidup dengan lebih terbimbing. Jauh di sudut hati Nasuha, dia sebenarnya masih tidak dapat melupakan lelaki itu.

Johari masih mengelamun di atas katil. Memikirkan Nasuha, menyebabkan dirinya tidak mampu tidur. Sudah hampir satu jam dia berbaring di atas katil itu. Dia merindui gadis itu, walaupun ketika di sekolah dahulu, dia seringkali menarik muka apabila bertembung dengan Nasuha. Bahkan, di saat-saat akhir menjelang peperiksaan SPM pun, Johari tidak tegar untuk menerima hadiah tanda kemaafan daripada Nasuha. Dia melayan Nasuha seperti musuh. Tapi kini, wajah lembut gadis itulah yang kerap menerpa ke dalam ruang fikirannya. Johari duduk bersila di atas kati. Lalu, dia ke bilik air untuk mengambil wuduk dan bersolat sunnat. Walaupun dia masih belum tidur, tapi itu bukan alasan untuk dia tidak melakukan solat sunnat.

Daripada memikirkan Nasuha yang sudah 5 tahun tidak ditemuinya, lebih dia beribadah. Itulah yang dia fikirkan. Dari satu salam ke salam yang lain, Johari beribadah dengan penuh khusyuk. Seketika dia berehat kerana penat. Lalu diambilnya tasbih, dan dia berzikir pula. Dia berada dalam keadaan begitu hingga hampir jam 5 pagi. Selesai membaca doa, dia berbaring sebentar. Bukan untuk tidur, tapi untuk melegakan penat.

Wajah Nasuh tiba-tiba muncul kembali. Dengan segera Johari cuba mematikan layangan wajah itu dari terus menjerutnya.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 37

Ya Allah jika dia ialah jodohku, temukanlah kami kembali..", Johari berdoa dengan sayu dengan tangan yang masih menari-nari mengira biji tasbih.

Di bumi UIAM, Gombak, Nasuha pun baru selesai bersolat sunat. Dia mencapai naskah alQuran yang dihadiah dari umi nya. Saat mahu memulakan bacaan, dia teringat akan Johari. Tiba-tiba. Lantsa, dia mendoakan agar lelaki itu beroleh hidayah.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 38

BAB 7

Surau al-Hamdaniyyah bergema dengan alunan ayat-ayat suci al-Quran daripada Syeikh Abdul Rahman Sudais yang dipancarkan melalui alat pembesar suara. Merdu suaranya memberi kesegaran kepada Johari. Namun begitu, surau ini jarang benar memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran dengan kuat sejak dua bulan lalu.

Datuk, maafkan saya jika permintaan saya ini agak melampau. Seorang lelaki datang bertamu ke rumahnya untuk berbincang sesuatu dengan Datuk Hamzah. Mujur sahaja pagi ahad itu, ayahnya ada di rumah.

Ya. Katakan saja, Datuk Hamzah tersenyum. Mereka berdua, dia dan tetamu itu sedang duduk di ruang tamu. Hanya berdua, kerana Johari ketika itu tidak ada di rumah.

Datuk ialah pengerusi surau taman ini kan?, tanya lelaki berambut kerinting itu sambil merujuk kepada Surau al-Hamdaniyyah. Matanya yang sepet itu memandang tepat ke wajah Datuk Hamzah.

Datuk Hamzah mengangguk. Memang dia ialah pengerusi surau itu, tetapi sebenarnya bukan dia yang meminta jawatan itu melainkan orang ramai yang sebulat suara memilihnya. Kata mereka, Datuk Hamzah ialah seorang yang alim, punyai jaringan kenalan yang ramai serta punyai kedudukan yang tinggi di dalam masyarakat. Entah ya, entah tidak. Yang pasti, jika ia adalah jawatan yang berkaitan dengan urusan dunia, pasti akan ramailah orang berebut. Tapi jawatan dalam urusan akhirat, memanglah sambutannya tidak sehebat dan semeriah yang bersifat keduniaan. Itu lumrah.

Begini.. Datuk, sebelum saya bercakap, saya nak minta maaf dulu. Sebenarnya saya nak minta supaya pihak surau tidak memasang bacaan al-Quran sebelum subuh kerana ia mengganggu saya dan anak-anak untuk tidur. Datuk pun tahu, pukul 5.20 pagi adalah masih awal. Dan kalau boleh juga, saya nak minta supaya azan dilakukan dalam surau sahaja, bukan di luar. Bisinglah, kata lelaki itu serius. Matanya yang sepet itu nampak seakan-akan ditutup saat dia bercakap.

Dato Hamzah mengucap panjang. Bising?


Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/) Page 39

Lelaki itu mengangguk, tanpa sedikit pun rasa bersalah. Dia ialah seorang melayu, bekulit gelap dan berambut kerinting. Ya, seorang melayu walaupun matanya sepet seperti orang cina. Kemungkinan besar dia juga ialah seorang yang islam kerana tadi, dia memperkenalkan diri sebagai Azman Akhil. Nama orang islam bukan?

Encik.. Saya mewakili para jemaah Surau al-Hamdaniyyah mengucap maaf kepada encik dan keluarga sekiranya selama ini kegiatan kami beribadah mengganggu encik dan keluarga. Dalam hal bacaan al-Quran, saya akan mempertimbangkan permintaan encik, tapi untuk tidak membenarkan azan dilaungkan di luar surau, maaf. Saya terpaksa tolak mentah-mentah, Datuk Hamzah menyusun kata penuh hati-hati. Hatinya sebenarnya meradang tapi dia tahankan sahaja. Dia benar-benar rasa terhina apabila seorang islam boleh mengatakan azan itu sebagai gangguan.

Mahu sahaja dia menghalau tetamunya pulang kerana kebiadabannya kepada agama. Namun, Datuk Hamzah masih boleh bertenang dan rasional. Dengan suara yang cuba dilunakkan, Datuk Hamzah menyambung bicaranya.

Bukannya apa Encik Azman.. Encik Lim dan Puan Wong sendiri datang mengucapkan terima kasih dan mereka memberi penghargaan kepada surau al-Hamdaniyyah kerana melaungkan azan subuh yang mengejut mereka sekeluarga. Kata mereka, kalau tiada azan, memang anak-anak mereka tak bangun. Jadi, tak sempat ke sekolah, dan tak sempat ke tempat kerja juga. Hari cuti pula, Puan Wong dan jiran-jiran kita yang berbangsa cina akan berjoging. Kata mereka, jogging awal-awal pagi ini nyaman dan baik. Kerana orang bukan islam sendiri pun selesa dengan azan, mengapa encik yang beragama islam harus berasa terganggu?

Kata-kata Datuk Hamzah itu pada literalnya memang kedengaran lembut, tetapi ia sangat tegas. Siapa tidak jengkel melihat perangai umat islam yang sebegitu. Namun, Datuk Hamzah bersyukur kerana Encik Azman Akhil sanggup berkompromi. Setidak-tidaknya, dia tidak mengheret isu azan ini ke dalam masalah yang lebih besar.

Pulang sahaja Johari ke rumah pada tengahari itu, Datuk Hamzah terus memberitahu hal itu kepadanya. Johari berang. Seperti ayahnya, dia rasa terpukul. Dia beristighfar panjang memikirkan karenah umat islam yang sebegitu. Johari bertegas dan berkeras mahukan bacaan ayat-ayat suci al-Quran diteruskan setiap hari sebelum subuh. Tapi bapanya memujuknya dengan lembut dan hemah. Dalam paksa, Johari terpaksa akur dengan permintaan Encik Azman Akhil.
Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/) Page 40

Mudah-mudahan ada hikmah yang besar di sebaliknya, itulah yang selalu Johari ucapkan pada dirinya. Setidak-tidaknya, ia membantu dirinya untuk bersangka baik dan berfikiran positif.

Johari memandang ke penjuru surau yang sederhana luas ini. Ada beberapa butir najis cicak di atas permaidani surau. Segera Johari mencapai penyodok kecil yang disediakan di dalam stor dan mengaut najis kering itu lalu dibuangnya jauh. Mulut Johari kelihatan bergerak-gerak mengikuti alunan ayat-ayat suci al-Quran dari corong radio itu.

Johari kembali duduk di tengah-tengah ruang solat. Dia memandang ke hadapan, ke ruang solat imam. Hatinya tenang setiap kali berada di sini. Bagi Johari, surau ini sudah dilayan seperti rumahnya yang kedua. Dia mengucap syukur kerana Allah menanam rasa kasih dan cintanya untuk menghidupkan surau ini dengan amalan solat berjemaah dan tempat menuntut ilmu. Paling utama, Johari gembira kerana dia memperolehi peluang untuk menyenaraikan dirinya sebagai tetamu Allah.

Bukankah manusia yang sentiasa berulang-alik ke rumah Allah itu merupakan salah satu daripada enam golongan manusia yang bakal dinaungi oleh Allah semasa di padang mahsyar kelak? Johari faham itu. Kerana itulah, dia bersungguh-sungguh mahu merebut ganjaran itu.

Enam tahun yang lepas, ketika keluarga mereka mula-mula berpindah ke sini, surau ini mati. Ketika itu, tempat ini baru sahaja dibuka dan dimajukan. Surau itu pun masih tidak diberi nama lagi. Pada awalnya, ia sekadar seakan-akan sebuah pondok kecil yang ada bebapa batang pili air untuk kita mengambil wuduk. Peralatan asas di dalam surau itu serba tidak mencukupi. Daripada bilangan jemaah yang seorang, ia bertambah menjadi dua dan semakin ramai. Sepakat, mereka mengumpul dana untuk memaju dan menghidupkan surau mereka ini.

Bahkan, Datuk Hamzah sendiri sukarela untuk membeli alatan-alatan itu pada awalnya. Mungkin kerana itulah dia diangkat menjadi Pengerusi surau, sekaligus menggondol jawatan sebagai imam, kerana kawasan itu pun masih sedikit penguninya dan tiada orang alim yang boleh mengimani para jemaah yang lain.

Lamunan Johari terhenti apabila telinganya menangkap bunyi air yang mengalir dari pili.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 41

Assalamualaikum, Johari disapa oleh Wak Aris. Wajah lelaki lewat 60 tahun itu sentiasa manis. Pagi itu juga sama. Dia memberikan senyuman indah buat Johari. Mereka bersalaman.

Awal kamu Johari?, satu soalan diajukan oleh Wak Aris. Soalan itu berbaur sindiran bagi Johari, kerana memang selalunya datang hidung dia akan terpacul seminit dua sebelum azan. Johari hanya mampu tersengih, menyembunyikan rasa malu. Wak Aris tinggal di rumah anaknya di sini. Sesekali anaknya, Abang Hamdan muncul di surau. Itupun jika dia free.

Johari hanya tersengih. Lidahnya kelu untuk membalas. Wak Aris pula, terus sahaja ke hadapan untuk bersolat sunat. Usai, dia menggenggam tasbih dan mula berzikir dan terus hanyut dalam dunianya. Ketika itu juga, imam Abdul Rahman As-Sudais selesai membaca surah An-Nisa dan dia sedang menyambung dengan bacaan surah al-Maidah pula. Merdunya suara beliau. Johari terpikat.

Semakin menghampiri subuh, para jemaah pun sudah mula berpusu-pusu tapi tidaklah banyak sangat pun, sekadar dua saf sahaja. Itupun jika dicampur dengan kanak-kanak yang belum lagi baligh. Subuh itu, Ustaz Saufi ada di rumah. Dia ialah imam satu surau ini. Tapi kerana faktor kerjaya dan dakwah, Ustaz Saufi jarang ada di rumah. Sekejap dia ke Pattani, sekejap ke kampung orang asli dan pernah juga dia bermusafir ke Palestin. Ustaz muda yang baru sahaja berumur 30 tahun itu memang disegani di taman ini. Selain keramahan dan ketinggian budi, dia juga sangat ringan tulang dan juga mudah untuk mesra dengan orang.

Lima minit sebelum masuk waktu, Johari menutup radio. Saat dia berpaling, dia melihat di pintu masuk surau, bapanya sedang melangkah penuh tertib. Masuk saja waktu subuh, Johari melaungkan azan. Suatu yang menarik tentang surau itu ialah ia bersifat sangat fleksibel. Sesiapa saja boleh azan, sesiapa saja boleh jadi siak dan sesiapa saja boleh jadi imam selagi ada ilmu walaupun surau ini sudah ada jawatan kuasa tetapnya.

Usai solat subuh, Johari bingkas mahu pulang. Kepalanya terasa berat kerana masih belum tidur. Otaknya sejak tadi memanggil-manggil bantal dan tilam. Baru sahaj mahu melangkah, Ustaz Saufi sudah menarik tangannya. Johari kembali duduk.

Joe! Kamu sihat?, sapa Ustaz Saufi mesra. Dia nampak berseri-seri pagi itu. Jubahnya yang peutih bersih, berbau harum dengan sedikit calitan minyak wangi.
Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/) Page 42

Johari tersenyum manis. Alhamdulillah ustaz, balasnya ringkas.

Seperti biasa, apabila Ustaz Saufi mengajak Johari duduk-duduk bersamanya, pasti mereka akan bercakap tentang permasalahan agama. Yang menarik tentang ustaz muda itu, dia tidak malu dan segan untuk bertanya pendapat dan berbincang dengan Johari. Jauh di pangkal hati, Ustaz Saufi mengakui akan ketinggian ilmu yang dimiliki Johari. Bahkan, dia malu dan segan dengan Johari. Antara mereka, Johari lebih muda. Tambahan pula, dalam banyak keadaan Johari lebih lantang dan tegas dalam menyuarakan kebenaran. Ilmu dan amalnya juga hebat. Hanyalah kerana title ustaz yang disandangnya, dia dipandang lebih mulia berbanding Johari.

Kemuliaan itu hanyalah bagi orang yang bertaqwa, akhirnya Ustaz Saufi terpaksa akur dengan hakikat itu.

Jam 6.40 pagi, dua sahabat baik ini berpisah. Sesampai saja di kamar, Johari menukar pakain dan membenamkan wajahnya ke bantal. Dengan nama Allah, dia lena dan sedar pun apabila mendengar azan yang dilaungkan Wak Aris. Kelam-kabut dia! Bahana tidak tidur semalaman, dia terlepas solat sunat dhuha.

HaishNasuha oo Nasuha, hatinya mengeluh seperti menyalahkan bayang-bayang gadis itu kerana membuatkan dia tak dapat tidur malam tadi.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 43

BAB 8

Nasuha termenung jauh. Dia terkenangkan arwah ayahnya yang tercinta, Haji Norman. Ayahnya meninggal dunia semasa dia berusia 19 tahun. Tika itu, dia sedang menunggu keputusan peperiksaan SPM. Ya, siapa sangka bapanya akan dipanggil mengadap Ilahi dalam keadaan Nasuha dan adik-adiknya masih terkapai-kapai mencari erti sebuah kehidpan. Haji Norman meninggal dunia di usia 45 tahun, masih muda jika dibanding dengan sahabat handai yang lain.

Punca kematian Haji Norman ialah kerana kemalangan. Dia sedang menunggang motosikal, pulang dari solat subuh di masjid sebelum dirempuh oleh sebuah teksi yang dipandu oleh seorang lelaki india. Haji Norman parah dan dikejarkan ke hospital oleh orang ramai yang rata-ratanya sedang dalam perjalanan ke tempat kerja. Sedang dalam perjalanan ke hospital, dia menghembuskan nafas yang terakhir. Menurut cerita orang yang melihat kematiannya, Haji Norman tidak henti-henti menyebut nama Allah dan meninggal dengan kalimah agung itu juga. Sekurang-kurangnya, Nasuha sedar bahawa bapanya meninggal dengan cara yang mulia.

Pagi hari kejadian, Nasuha sedang menyiapkan sarapan untuk bapanya. Dia dirundum tanda tanya. Selalunya dalam jam 6.20 pagi, bapanya sudah pulang untuk menukar pakain dan bersarapan ringkas sebelum dia bergerak ke pejabatnya. Tapi hari ini, sudah jam 7 pagi. Namun, batang hidung bapanya pun masih tak kelihatan. Kebetulan, ibu Nasuha cuti hari itu. Kalau tidak, memang dia akan turut bersama suaminya ke masjid. Alah..bukannya jauh pun jarak masjid dengan rumah. Sekadar 5-10 minit perjalanan sahaja.

Tiba-tiba, jiran mereka Abang Fairuz dengan isterinya bertandang ke rumah. Tentu saja Hajah Kalsum dan anak-anaknya dirundum hairan kerana dikunjungi tetamu pagi-pagi begini. Lebih-lebih lagi, wajah dua orang jiran yang ramah itu nampak sangat kelat pagi itu. Nyata, berita yang dibawa mereka cukup untuk membuatkan Hajah Kalsum terduduk lemah. Nasuha juga. Laju air matanya merembes keluar. Adiknya, Rahman turut sama menangis. Dia bukan kanak-kanak lagi. Rahman bakal menduduki UPSR tahun ini. Tika itu, dia sedang menunggu bapanya untuk menghantarnya ke sekolah. Cuma adik bongsunya, Najwa sahaja yang pastinya tidak akan faham. Dia baru sahaja berusia 1 tahun, untuk memahami bahawa dia sudah tidak berbapa!

Tengahari itu juga, adik lelaki Nasuha, Arif Fahmi pulang dari utara tanah air. Dia bersekolah asrama di situ. Matanya merah dan juga bengkak. Pasti dia juga bersedih. Sangar-sangat!
Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/) Page 44

Dan itu jugalah titik tolak yang banyak merubah hidup Nasuha. Paksi kehidupan Nasuha sudah berubah. Dia terpaksa segera matang. Syukurlah, Allah benar-benar memudahkan dia untuk menjadi pembantu ibunya mentadbir adik-adik yang masih sedang merangkak mengenali erti hidup. Seminggu selepas kematian bapanya, mereka membuat keputusan untuk tidak terus tinggal di Kuala Lumpur lagi. Kota itu, dirasakan sangat kejam bagi mereka. Sebaliknya, mereka sekeluarga berpindah ke kampung datuk Nasuha di Pekan, Pahang.

Datuk dan neneknya sendiri yang datang ke Kuala Lumpur menjemput mereka. Mereka bersungguh-sungguh mahukan Hajah Kalsum dan cucu-cucu mereka untuk tinggal bersama mereka. Paling tidak, mereka kepingin untuk melihat cucu-cucu mereka membesar.

Nasuha menyedari bebanan dan tekanan yang terpikul di belakang ibunya. Bahkan, Nasuha juga nampak di pundaknya, tekanan dan beban yang tidak kurang hebatnya terpikul. Ibunya, Hajah Kalsum bukanlah orang yang terpelajar sangat. Jika kaca mata dunia moden digunakan untuk menilai dirinya, maka akan jelas ternampak kekurangan Hajah Kalsum. Dia tidak punya kelayakan akademik yang hebat. Hanya sijil SPM sahaja dia miliki. Itupun sudah tidak sah. Bagaimana mahu mencari kerja? Pasti sukar! Maka, di kampung ini, dia sekadar berniaga di pasar tani. Itupun berniaga kuih muih tradisional. Untungnya pun sedikit cuma.

Mujur sahaja arwah suaminya meninggalkan beberapa kapuk wang simpanan di dalam bank yang sedikit sebanyak boleh menampung belanja hidup. Hidup di kampung dengan di bandar tak sama. Jika di kampung, seribu sebulan adalah sudah lebih daripada cukup. Sayur-sayuran tak perlu dibeli. Kutip saja di belakang rumah. Ikan-ikan pun tak perlu dibeli. Kalau rajin, pergilah memancing. Ada rezeki, dapatlah seekor dua anak sembilang. Buah-buahan pun banyak. Tak perlu dibeli. Cuma rajin atau tidak saja untuk mengait atau memanjat.

Dalam kesedihan menerima kematian tunjang keluarga, Allah memberikan Nasuha dengan sedikit gula-gula, cukup untuk memujuk hatinya yang masih lemah. Nasuha mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan SPM. Kejayaan yang dia capai sangat mirip dengan kejayaan milik Johari. Nasuha senyum lebar membalas dakapan si ibu yang bangga dengan kejayaan anaknya. Air mata Nasuha tumpah pada hari itu. Terkilan dia, tidak dapat bekongsi bahagia yang sama dengan ayahanda yang dirindui.

Nasuha sengaja tidak mahu apply untuk ke luar negara, sedangkan peluangnya sangat cerah. Memang dahulu dia pernah memasang cita-cita untuk ke Jordan, ke university yang sama dengan Johari. Tapi sekarang, niat itu telah pun terkubur. Nasuha tak mahu jauh dari
Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/) Page 45

keluarganya. Baginya, datuk, nenek, ibu, dan adik-adiknya inilah segala-galanya yang dia ada di dunia ini. Dan mereka semua tidak pernah sekali pun tertinggal dalam doa kudus Nasuha setiap kali selepas solat.

Tiba-tiba Nasuha terasa ada setitis air yang hangat mengalir di pipinya. Disekanya dengan kain telekung yang masih melingkari tubuh.

Astaghfirullah. Jauh betul aku berfikir, katanya dalam hati. Dia berdiri, menanggalkan telekung dan melipatnya dengan kemas sebelum disumbat di dalam almari.

Dia mahu bersegera ke meja belajar. Study week harus digunakan sebaik-baiknya. Nasuha sedar bahawa orang-orang yang dia cinta tak henti-henti mendoakan kejayaannya. Dia harus berusaha! Dia perlu berjaya, untuk mereka! Nasuha senyum. Mengingati keluarga tersayang benar-benar ialah satu motivasi buatnya. Sesaat kemudian, otak dan sendi tangannya mula bekerja. Sedar-sedar, sudah jam 9.30 pagi. Sudah hampir dua jam setengah dia mengulang kaji dan membuat nota. Akhirnya dia terpaksa akur, bahawa perutnya sudah mula membuat kugiran. Lapar Tiba-tiba, telefonnya Nasuha yang diletakkan di hujung meja berbunyi. Ada SMS masuk.

Su, jom study di library. Ana tengah study dengan Mi. Bosanlah Su tak ada

Ana atau nama penuhnya, Nur Suhana ialah sahabat yang banyak berbudi kepada Nasuha. Semuanya tidak pernah terpadam dari ingatan Nasuha. Salah satu yang paling Nasuha tidak akan lupakan ialah peranan Suhana menjadi jurucakap kepada Nasuha ketika gadis itu dikacau dan diusik oleh lelaki berhidung belang. Cukuplah. Dia belum mampu melupakan Johari. Dan paling penting, dia tak mahu bercinta dengan cinta yang tidak halal lagi. Biarlah sekali cuma dia terjerat dengan cinta monyet. Sekali pun dia tidak mahu melalui jalan yang sama lagi.

Saat membaca SMS itu, Nasuha senyum sebentar. Jari jemarinya laju membalas OK. InsyaAllah dalam 15 minit lagi saya sampai. Saya mahu bersiap-siap sebentar

**

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 46

Nasuha menarik nafas lega. Peperiksaan untuk semester itu sudah tamat. Bermakna, dia hanya ada 1 semestar sahaja lagi sebelum dia akan mula terjun ke lapangan pekerjaan. Itu pun kalau ada pekerjaan yang menanti. Bukan dia tak risau. Zaman sekarang orang ada ijazah pun kerja kilang aja. Apapun, dia sentiasa berdoa kepada Allah. Apa perlu dirisaukan sangat? Bukankah kita diajar supaya ikhtiar, doa dan tawakkal. Nasuha senyum. Dia teringat bahawa itu ialah salah satu daripada pesanan-pesanan arwah bapanya. Ikhtiar, kemudian bertawakkal.

Dada Nasuha terasa lepang melangkah keluar dari dewan peperiksaan. Saat itu, hanya satu perkara sahaja bermain di benaknya. Balik kampung! Di bilik, dia membelek-belek kalendar. Sepatutnya, dia sudah boleh balik namun kerana beberapa urusan dan aktiviti yang masih memerlukan komitmen darinya, Nasuha rela menangguh.

Dia bercadang untuk balik pada 2 haribulan. Lagi seminggu. Lalu, dia mengajak Suhana untuk menemaninya ke Hentian Pekeliling bagi membeli tiket bas ke Kuantan. Suhana tidak banyak bersoal jawab. Cuma, dia mahu mengajak Nasuha untuk singgah ke KLCC selepas itu. Katanya, dia ingin membeli beberapa buah buku dan novel. Suhana ialah ulat buku. Nasuha juga. Mereka minat membaca. Namun, Nasuha tidak banyak membeli buku kerana sumber kewangannya tidak kukuh. Suhana sangat memahami keadaan kawan karibnya itu. Dia tidak lokek untuk memberi pinjam buku-buku dan novel-novel miliknya kepada Nasuha.

Seperti yang dijanjikan, pagi sabtu itu Nasuha memakai baju labuh bewarna hijau. Dipadankan pula dengan tudung yang menutup dada, juga bewarna hijau, tapi sedikit lebih gelap. Tidak lupa, dia mencapai stoking tangan dan menyarungnya. Begitu juga di kaki. Nasuha kelihatan cukup cantik walaupun tanpa solekan. Lagipun, dia memang selesa begitu.

Suhana juga tidak kurang ayu. Dia memakai blouse labuh bewarna hitam dan dipadankan dengan tudung kelabu. Secalit gincu dikenakan di bibir. Bukan untuk menarik perhatian, tapi hanya untuk mencegah bibirnya dari menjadi kering.

Mereka berjalan seiringan. Sesekali, mereka berpimpingan tangan apabila terpaksa bersesaksesak dengan warga kota yang bertali arus memenuhi inci bandaraya Kuala Lumpur. Lebih menarik, rata-rata mereka yang berada dalam dalam bas RapidKL itu ialah warga asing. Nasuha dan Suhana berbual-bual perlahan semasa di dalam bas. Setibanya di Hentian Pekeliling, mereka segera turun.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 47

Langkah mereka laju. Bukan apa, risau juga berjalan di Kuala Lumpur ni. Bukannya selamat sangat pun. Nauha meluru ke kaunter tiket bas Plusliner dan membeli tiket Kuala Lumpur ke Pekan pada jam 10 pagi. Lelaki yang menjaga kaunter tiket itu memandang Nasuha dengan pandangan yang nakal. Dia mengusik Nasuha tapi sedikit pun tidak diberi perhatian oleh gadis itu. Nasuha muak dan jengkel. Selesai sahaja urusan pembelian, dia segera berpaling meninggalkan lelaki itu yang ketawa terdekeh-dekeh dengan seorang sahabatnya, juga lelaki.

Suhana memerhati dengan senyuman. Sempat juga dia menyiku lembut lengan sahabat karibnya itu. Kena kacau lagi... Mereka ketawa kecil. Suhana dan Nasuha seiringan berjalan, mendapatkan LRT untuk ke stesen Masjid Jamek. Baru sahaja Nasuha menoleh ke kiri, dia perasan satu raut wajah yang cukup dekat dengan hatinya. Wajah itulah yang sering muncul dalam angannya. Cuma, wajah itu nampak lebih matang dan berseri-seri sekarang.

Johari sedang berjalan perlahan di bahagian kiri. Dia sedang menoleh ke kiri dan ke kanan untuk menyeberang jalan. Pagi itu, Johari sebenarnya sedang menghantar adiknya Haris pulang ke UiTM Jengka, Pahang. Adiknya mengambil diploma sains pertanian di sana.

Nasuha kaget saat terpandang Johari. Ya Allah! Itu Johari. Baik aku pergi sebelum dia perasan, bisik Nasuha dalam hati. Nasuha gugup. Benar-benar rasa gelisah walaupun dia sebenarnya merindui lelaki itu. Lantas, dia menarik tangan Suhana untuk melajukan ayuhan kaki. Suhana hairan, tapi dia mengikut sahaja. Tiba-tiba..

Nasuha!

Ada orang memanggil namanya. Suhana mahu menoleh, tapi sengaja Nasuha menarik tangannya. Hasrat itu mati.

Nasuha! Su! Tunggu kejap!

Suara itu dikeraskan. Nasuha berhenti melangkah. Air mukanya berubah. Suhana menoleh ke belakang. Dia melihat seorang lelaki sedang bergerak cergas kearah mereka. Lelaki itu ialah Johari.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 48

Nasuha kan? Nurul Nasuha Binti Haji Norman?,tanya Johari. Nafasnya turun naik, mungkin lelah kerana mendapatkan gadis itu. Di bibirnya, muncul sebuah senyuman yang indah.

Ya, balas Nasuha pendek. Dia memandang lantai. Nyata dia tidak berdaya untuk memandang wajah Johari. Hatinya bergetar hebat. Ah, mengapa aku masih bertemu dengan lelaki ini?

Johari perasan yang Nasuha tidak selesa. Dia juga. Tapi entah dari mana datang kekuatan untuk dia mengejar Nasuha.

Beli tiket balik Pahang ke?,tanya Johari. Mereka bertiga masih tercegat di tepi jalan.

Aah.Balik Pekan. Rumah atuk, balas Nasuha ringkas. Kepalanya diangkat sedikit, tapi masih dia tidak berani memandang tepat wajah Johari. Di sisinya, Suhana masih terdiam membatu. Tangannya digenggam erat oleh Nasuha.

Ini kawan Su?,tanya Johari sambil tersenyum simpul kepada Suhana. Suhana membalas senyuman Johari. Dia mengangguk.

Ya. Kawan sekuliah saya, jawab Nasuha. Lidahnya kelu.

Nasuha sedang belajar di mana?,tanya Johari lagi.

UIAM, ambil bidang Engineering,balas Nasuha. Tudung labuhnya meliuk lentuk ditiup angin. Angin yang datang dari mana, dia sendiri tidak pasti. Yang dia sempat perhatikan, keadaan sekelilingnya kotor. Puntung-puntung rokok bertaburan di jalan raya, mencerminkan kerendahan adab para pencandu rokok yang tidak kenal teknologi yang bernama tong sampah.

UIAM? Johari tersentak sedikit. Dia kerap berulang-aling ke sana. Dia juga mempunya ramai sahabat di sana. Sahabat dalam usrah. Hampir setiap minggu dia akan ke masjid UIAM untuk mengikuti program-program keagamaan. Sangat tak sangka bahawa Nasuha juga sedang
Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/) Page 49

menuntut di sana. Ah, pelajar UIAM bukannya seratus. Bukan juga seribu. Memanglah dia tidak akan perasan.

Baguslah Su. Abang gembira terserempak dengan Su. Su belajar baik-baik ya. Ada jodoh, kita jumpa lagi. Assalamualaikum Johari berlalu meninggalkan Nasuha yang masih berdiri tegak. Matanya turut sama berlajan, mengikut setiap derapan langkah kaki Johari yang semakin menghilang di balik-balik beg-beg besar para penumpang bas. Ketika itu, Suhana menjadi manusia yang paling pelik kerana dapat menonton drama ini.

Sejak daripada pertemuan yang tidak disangka-sangka itu, wajah Nasuha berubah murung. Sedaya-upaya dia cuba menahan tangis. Mujurlah dia berada di tempat awam. Jika di bilik, pasti empangan air matanya pecah. Pecah kerana gembira bercampur sedih. Nasuha gembira melihat perubahan Johari. Tadi pun dia hampir tak kenal itu Johari kerana penampilan Johari sangat berbeza dengan Johari yang dia kenal dahulu. Tutur katanya juga lembut dan sopan. Tiada lagi tanda kebencian lelaki itu terhadapnya.

Tadi, Johari mengenakan baju kemeja bewarna coklat dan ada kopiah di kepalanya. Tambahan pula, ada sejemput janggut di dagunya. Nampak sangat kacak. Suhana yang baru melihatnya sekali mengakui bahawa Johari memang kacak. Nasuha teringat kembali detikdetik pahit di Taman Tasik Perdana, tiga tahun yang lepas.

Kita berpisah kerana Allah. Nasuha melafazkan kata-kata keramat itu yang mana menyebabkan lelaki tadi terus-terusan menanam benci. Nasuha pula, sentiasa dia dirundum kesedihan. Sedih kerana lelaki yang dia minat dan suka membencinya.

Su, awak okey tak? Kalau tak, kita balik kampus saja lah ya. Lain kali kita boleh singgah KLCC lagi, bisik Ana lembut, memecah lamunannya. Nasuha batuk kecil, menyembunyikan perasaannya yang bercelaru saat itu. Dia kemudiannya tersenyum kepada Suhana yang masih menanti respon daripada Nasuha. InsyaAllah Su okey. Jomlah kita ke KLCC.

Train mereka laju meninggalkan stesen Titiwangsa, stesen PWTC, Sultan Ismail, dan stesen Bandaraya. Di stesen Masjid Jamek, mereka meluru keluar. Sekali lagi mereka berpimpin tangan sambil mengelak daripada dilanggar oleh lelaki-lelaki Bangladesh di sebelah mereka.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 50

Di dalam kereta, Johari juga diserang oleh sebak. Dia sangat tidak menjangkakan pertemuan ini. Dia memanjangkan istighfar. Mohon supaya diberi kekuatan oleh Allah untuk melawan perasaan-perasaan yang tidak elok ini. Jauh di sudut hatinya, dia mengakui bahawa Nasuha sudah berubah. Semakin cantik dan penampilannya juga sudah semakin sempurna, melambangkan ciri-ciri muslimah sejati.

Ya Allah, aku buntu dengan perasaan ini,keluh hati kecil Johari. Kereta waja miliknya bergerak dengan kelajuan sederhana di tengah kota. Ada tempat yang ingin dia tuju. UIAM!

Usrah mereka pagi itu dijalankan tanpa kehadiran Johari. Benar jasadnya ada di dalam halaqah, tapi dia tidak dapat memberi konsentrasi. Dengan susah payah, dia cuba melupakan hal-hal yang tidak perlu dan mendengar kata-kata daripada Ustaz Mujab, pensyarah dalam bidang syariah di universiti ini dan sekaligus merupakan murabbi (pendidik) kepada mereka.

Dalam majlis kecil itu, dua orang ahli usrah tidak dapat hadis. Shahrul ialah naqib di UPM. Dia membimbing kumpulan-kumpulan kecil pelajar UPM untuk mengenal Ilahi. Hari itu Shahrul terpaksa pulang ke Kedah, ada walimah saudaranya. Seorang lagi yang tidak dapat hadir ialah Asyraf. Asyraf ialah pembantu naqib di kolejnya. Sengaja dia menolak untuk menjadi naqib. Alasannya, dia belum ada keyakinan sedangkan semua orang mengakui ketinggian ilmu dan pemahamannya tentang islam.

Johari juga seorang naqib. Dia membimbing satu kumpulan kecil pelajar-pelajar UKM cawangan Kuala Lumpur. Sebenarnya, Johari baru sahaja beberapa tahun mengenal usrah dan dunia tarbiyyah ini. Bermula di Jordan dahulu, Johari tekad untuk istiqomah (konsisten) hingga di tanah air. Baginya, usrah ini memanglah bukan segala-galanya. Ia sekadar salah satu bentuk tarbiyyah, mengajar manusia untuk kenal kepada Rabb. Tapi Johari faham benar bahawa segala-galanya memerlukan kepada tarbiyyah. Di Jordan dahulu, dia suka duduk di dalam majlis-majlis para syeikh di sana. Antara mereka yang terkenal ialah syeikh Mahmud Faris. Syeikh yang sebaya bapanya itu cukup banyak memberi nasihat, pengajaran-pengajaran dan mutiara-mutiara hikmah.

Selain belajar daripada syeikh-syeikh, dia turut belajar dari teman-teman rumahnya. Terutamanya Hafiz. Hafiz seorang huffaz yang menghafal 30 juzuk al-Quran. Sesuai benar nama itu dengannya. Dialah juga orang yang bertanggungjawab memberi khidmat nasihat dan tunjuk ajar kepadanya. Dialah juga yang banyak mengajar Johari membaca dan menghafaz beberapa ayat al-Quran yang penting.
Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/) Page 51

Memanglah semua ayat al-Quran itu penting. Tapi sesetengah ayat itu dapat dikutip untuk dijadikan hujjah dan solusi terhadap setiap masalah manusia. Hafizlah yang sudi mengambil tanggungjawab untuk mengajar dan membantunya. Sekarang, Hafiz berada di selatan tanah air. Dia bekerja dengan Petronas. Tapi, mereka masih kerap berhubung. Sesekali bertemu, mereka akan berpelukan dan ia masih hangat lagi seperti dulu.

Sebagai orang yang berjalan di atas jalan dakwah, kita memerlukan teman. Ya, tiada siapa yang boleh hidup sendirian tanpa teman. Teman yang ana maksudkan ialah teman-teman yang membawa kita kepada kebahagiaan di dunia dan akhirat. Inilah yang seperkatakan oleh Allah dalam surah at-Taubat ayat 18, suara Ustaz Mujib kedengaran lantang dan penuh semangat.

Kita tidak diakui beriman selagi kita tidak menjadikan Allah, Rasul dan orang-orang beriman sebagai teman kita. Apa maksudnya? Maksudnya ialah kita perlu menghabiskan banyak masa kita dengan rintih, rayu kepada Allah. Dia teman kita, bahkan dalam surah Qaf, Allah mengatakan bahawa antara dia dengan kita sangat dekat! Lebih dekat daripada urat leher., tangan Ustaz Mujib bergerak-gerak, menaikkan lagi semangat.

Semua orang yang duduk di dalam bulatan itu mendengar dengan senyap. Mereka memberi perhatian. Dari jauh, kelihatan beberapa orang lelaki berbangsa arab sedang melakukan solat sunnat.

Selepas Allah, Rasulallah. Cara kita menjadikan Rasulallah sebagai teman ialah dengan kita mengikuti sunnah-sunnah Rasulallah. Ini lah yang dicontohi oleh para sahabat ra. Hinggakan seorang sahabat, Abdullah bin Umar ra, ketika dia berjalan di satu jalan, dia tunduk sedangkan tidak ada apa-apa halangan yang memaksanya untuk tunduk. Apabila ditanya, beliau menjawab, Aku melihat semasa Rasulallah masih hidup, Baginda pernah melalui jalan ini. Di sana, terdapat sepohon pokok. Dan apabila melalui pokok itu, Baginda akan tunduk untuk mengelak dahan pokok itu. Kini, pokok itu telah tiada. Telah ditebang namun begitu, aku tetap tunduk kerana aku lihat Rasulallah juga tunduk satu ketika dulu

Para sahabat, kecintaan mereka sangat mendalam kepada Rasulallah. Dari perkara-perkara yang kecil hinggalah kepada perkara-perkara yang besar, semua mahu ditiru oleh Rasulallah, suara Ustaz Mujib turun ketika itu mungkin kerana dalam hatinya, terbit rasa malu dan kagum dengan para sahabat Rasulallah s.a.w. Sememangnya para sahabat nabi ialah sebaik-baik generasi. Untunglah sesiapa yang mencontohi mereka.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 52

Ana mahu membawa antum menyoroti peribadi mulia seorang sahabat bernama Abu Bakar ra. Abu Bakar ini ialah teman Rasulallah semasa Baginda berhijrah dari Mekah ke Madinah. Sekejap-sekejap Abu Bakar ra. berjalan di hadapan. Sekejap, di belakang Baginda pula. Alasannya, dia bimbang sekiranya Baginda di serang di depan atau dari belakang.

Beberapa orang yang hadir mencatat-catat sesuatu di buku nota mereka. Tetapi Johari tidak.

Saidina Abu Bakar ra. mencintai Rasulallah lebih daripada segala-galanya. Buktinya banyak sekali. Semasa peristiwa hijrah, Abu Bakar pernah disengat oleh kala jengking kerana dia tidak mahu mengganggu Rasulallah dari tidur. Dalam peristiwa Perang Tabuk pula, Abu Bakar ra. ialah sahabat yang paling banyak menyedekahkan hartanya. Habis segala hartanya diinfakkan di jalan Allah hinggakan sebatang jarum yang sudah patah pun disedekahkan. Saat ditanya apa yang dia tinggalkan kepada keluarganya, Abu Bakar ra. Menjawab; Hanya Allah dan Rasul-Nya. Dan aneh, dia dan keluarganya sentiasa dicukupkan oleh Allah, sambung Ustaz Mujib. Wajahnya nampak sayu. Matanya menyoroti setiap mata yang berada di hadapannya dengan penuh kecintaan.

Kalau zaman sekarang, orang nak beri sedekah RM10 pun kedekut. Jangan cakap RM10, RM1 pun hanya diberi selepas 5 kali fikir. Sedekah sikit, tapi tetap jatuh miskin! Aneh bukan?, dia menimbulkan persoalan yang sudah ada jawapannya.

Dan sahabat setia yang terakhir ialah para solihin, lelaki dan wanita. Dalam surah al-Hujurat, banyak Allah menceritakan tentang hubungan persahabatan dan persaudaraan. Setiap kita bersaudara, dan kita diperintahkan untuk saling berkenal-kenal. Bukankah ada pepatah mengatakan Tak kenal maka tak cinta? Maka, penting sekali untuk kita mengenali saudara kita, jiran kita, kawan sekerja kita dan orang-orang sekeliling kita.

Inilah yang dinamakan sebagai ikramul muslimin iaitu satu sifat yang dimiliki para sahabat ra. Mereka akan sentiasa mendahulukan sahabat mereka lebih daripada keinginan peribadi mereka. Saat Rasulallah mempersaudarakan Abdul Rahman Bin Auf ra. Dengan Saad bin Rabi, Saad offer separuh harta kekayaannya kepada Abdul Rahman. Bukan itu saja, Saad juga meminta Abdul Rahman memilih salah seorang daripada dua orang isterinya supaya Saad boleh menceraikan dan kelak, Abdul Rahman boleh menikahinya setelah tamat tempoh iddahnya. Abdul Rahman tidak meminta apa-apa. Cuma satu iaitu agar Saad bin Rabi menunjukkan di mana pasar. Sifat Saad ini sangat wajar dipuji. Dia mencintai Abdul Rahman atas talian iman. Atas persaudaraan akidah. Dan inilah jua yang disabdakan oleh Rasulallah ;
Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/) Page 53

Tidak sempurna iman seseorang itu jika dia tidak mencintai saudaranya seperti dia mencintai dirinya.

Semua orang yang mendengar dalam bulatan kecil itu mengangguk-angguk tanda faham. Benar, bicara murabbi sentiasa menusuk kalbu. Itulah yang dirasakan oleh 6 orang anak muda itu. Bukan calang-calang orang. Mereka ialah golongan professional tapi masih tetap ketagih untuk menuntut ilmu agama. Bahkan, mereka juga menyampaikan ilmu-ilmu mereka. Dakwah pula sudah menjadi satu kemestian bagi mereka. Paling kurang, dakwah kepada diri sendiri.

Pertemuan mereka pada hari itu berakhir sekitar jam 12.30 tengahari. Johari menyalami dan mendakap erat sahabat-sahabat serta murabbi yang dihormati. Dia berkira-kira untuk pulang sahaja. Zohor masuk jam 1.20 minit petang. Dari sini ke rumahnya, lebih kurang 30 minit. Maknanya, dia akan sempat solat di Surau al-Hamdaniyyah.

Sedang dia menyusun langkah untuk keluar dari Masjid UIA, Ustaz Mujab memanggilnya.

Enta sibuk ke? Ustaz Mujab memegang belakang Johari. Tangannya yang sebelah lagi sedang memegang mushaf al-Quran beserta buku agama yang dijadikan rujukannya.

Johari senyum nipis. InsyaAllah tak sibuk. Kenapa ustaz?

Begini. Ana ingat ana nak bertadarrus dengan enta. Kita check dan saling betulkan tajwid. Lepas solat zuhur, kita makan kat Gombak. Dekat restoren adik ipar ana. Amacam?, ajak Ustaz Mujib. Wajahnya nampak teruja.

Johari terus bersetuju. Asalkan ustaz yang belanja.

Mereka ketawa perlahan.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 54

BAB 9

Restoran milik adik ipar Ustaz Mujab itu sangat unik. Reka bentuk dan hiasan dalamannya bercirikan budaya masyarakat Timur Tengah. Bahkan, masakan-masakan dari Tanah Arab juga ada disediakan dan dipopularkan di sini. Johari memesan sebiji kebab arab. Makanan yang dirinduinya sejak pulang dari Jordan.

Ustaz Mujib juga memesan makanan yang sama. Mereka menjamu selera sambil berbual.

Enta tak rasa nak membina baitul muslim?, Pertanyaan dari ustaz Mujib itu benar-benar mengejutkan Johari.

Dia berhenti menyuapkan makanan. Matanya cuba memandang bebola mata murabbinya itu.

Kenapa? Enta tak suka dengan pertanyaan ana tadi ke?, Ustaz Mujib serba salah melihat reaksi Johari.

Baginya, saat Johari untuk menyempurnakan separuh dari urusan agamanya sudah tiba. Iyalah, Johari sudah bekerjaya. Punyai kereta sendiri, gaji besar pula tu. Memang dia sudah layak benar untuk membina keluarga dakwah yang akan melahirkan pula generasi-generasi umat Muhammad yang akan memperjuangkan islam.

Kahwin?, tanya Johari. Mohon kepastian. Dahinya berkerut sedikit.

Ustaz Mujib senyum dan mengagguk. Ya, kahwin. Enta tak mahu ke?

Uishhh.. takkanlah tak nak ustaz. Mestilah hendak. Itu kan sunnah Rasulallah. Bahkan ia separuh daripada urusan agama kan?, balas Johari sambil tersenyum. Dia rasa pelik bercampur kelakar. Tak sangka perkara ini pula yang akan menjadi topik perbualan antara dia dengan Ustaz Mujib petang itu.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 55

Sebenarnya, Datuk Hamzah dan Datin Roza juga pernah cuba-cuba bertanya tentang hal ini kepada Johari. Johari, saat dihujani soal kahwin, pasti dia akan mengelak. Kadang-kadang sengaja dia mengubah topik. Johari sebenarnya merasakan dirinya belum bersedia untuk bercakap soal itu. Kadangkala, dia terfikir sendiri. Umurnya baru mencecah 24 tahun. Rasanya tidaklah terlalu lewat. Sahabatnya ramai yang sudah mencecah umur 30 tahun dam ramai dalam kalangan mereka masih lagi bujang. Bujang lapok.

Ana bukan apa Johari Ana tengok enta sudah ada kerjaya yang baik. Ada kereta. Ada gaji besar. Ada rupa. Dan enta juga ada ilmu agama yang kuat. Akhlak serta sahsiah enta juga baik. Jadi ana ingat enta ni seharusnya sudah mampu untuk membina satu keluarga dakwah. Hidup bersama isteri yang menjunjung islam, dan melahir serta membesarkan anak-anak yang turut bersuara untuk islam. Itu juga salah satu tanggungjawab kita sebagai khalifah dan abid di muka bumi ini, kata Ustaz Mujib. Panjang tapi benar.

Seraya Johari teringat akan isi kandungan buku Apa Ertinya Aku Menganut Agama Islam karangan almarhum Ustaz Fathi Yakan, ulama yang Johari sangat segani. Buku itu banyak membantu dan memacu dirinya dalam memahami apa tujuan dia menjadi manusia.

Hanya dua tugas manusia, iaitu menjadi khalifah yang bererti penguasa atau pemakmur alam ini dan tugas yang kedua, menjadi abid iaitu orang yang beribadah kepada Allah semata-mata. Kedua-duanya dinyatakan oleh Allah dalam al-Quran secara jelas pada surah al-Baqarah ayat 30 dan pada surah Az-Zariyat ayat 56.

Enta dengar tak apa ana cakap ni? Ustaz Mujib memandang Johari sambil ketawa kecil.

Haiibaru cakap pasal kawin, dah berangan jauh nampak? Dah ada calon ke?, Dia mengusik lagi.

Johari tersengih-sengih. Dia cuba menutup kesilapan diri. Dengan pantas, nama Nasuha terbit. Wajah gadis itu terlintas. Tambahan pula, baru beberapa jam tadi dia terserempak dengan gadis itu. Gadis yang pernah menawan hatinya, dan gadis itu juga yang satu-satunya insan yang berani melafazkan kata-kata keramat, Kita berpisah kerana Allah.

Tanpa disangka-sangka, terpacul dari mulut Johari, Ada.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 56

Ustaz Mujib sedikit terkejut bercampur teruja.

Alhamdulillah. Siapa gadis bertuah tu?, dia mengusik lagi.

Johari tak segera menjawab. Dia mengunyah-ngunyah kebab yang baru suku dinikmatinya. Dalam hati, dia memarahi dirinya Aduh..bodoh betul lah aku. Macam mana aku boleh kata ada ni. Hmm..terpaksalah aku cerita pasal Nasuha

Dia muslimah di UIAM juga. Mungkin ustaz kenal dia. Suara Johari mendatar. Dia teragakagak juga pada awalnya.

Sungguh? Siapa nama dia?, tanya Ustaz Mujib, tidak sabar.

Johari diam lagi. Dia menggigit dan mengunyah kebab di pinggannya, walaupun dia sedar bahawa Ustaz Mujib sedang memandangnya penuh minat.

Enta malu ya?. Ustaz Mujib ketawa kecil. Cakaplah nama dia. Untung-untung kalau dia berada di bawah fakulti ana, ana boleh tolong enta. Sambungnya lagi.

Nama gadis itu, Nurul Nasuha Binti Haji Norman, balas Johari. Ada getar dihujung-hujung suaranya.

Nasuha, otak Ustaz Mujib bekerja keras mencari-cari si pemilik badan yang bernama Nasuha itu.

Ana rasa macam pernah dengar, tapi

Alaa ustaz. Bukan seorang dua bernama Nasuha, Johari tersenyum simpul.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 57

Ustaz Mujib mengangguk tanda setuju. Dia bertanya lagi, Dia course apa?

Engineering, pendek jawapan balas Johari.

Keterlanjuran Johari meluahkan isi hati yang terbuku lama, mengundang gundah. Selama ini, dia jarang serius dalam memikirkan gadis itu. Sekali pun tidak pernah dia membayangkan dia akan melangkah kea lam pernikahan bersama gadis itu. Ternyata, sisa-sisa jahiliyyah yang bertakung dalam hati membuatkan dirinya tidak betah untuk memikirkan soal yang lebih besar, iaitu nikah.

Agak-agaknya Nasuha sudah jadi isteri orang tak? Agak-agaknya Nasuha sudah ada teman istimewa tak?. Johari berperang dengan perasaannya. Kebab yang berada di tangan diletakkan kembali ke pinggan. Johari berfikir sejenak. Nasuha ialah gadis solehah. Cantik pula tu. Kemungkinan besar dia sudah berpunya. Lebih-lebih lagi, sikapnya semasa bertemu Johari pagi tadi juga sangat dingin. Ah, semuanya masuk akal!

Hmm, ana yakin zaujah ana kenal Nasuha ni kerana dia pelajar engineering dan zaujah ana juga mengajar subjek itu, kata Ustaz Mujib antara dengar dan tidak. Suaranya tenggelam di balik kunyahan kebab yang luar biasa lazatnya.

Zaujah (isteri) Ustaz Mujib juga merupakan seorang pensyarah di UIAM. Dia ialah pensyarah di bidang kejuruteraan. Jika diperencikan, Kejuruteraan Pembuatan. Tidak ramai penyasrah wanita yang mengajar bidang kejuruteraan, tapi Ustazah Asyiqin ialah salah seorang daripadanya.

Dan seperkara lagi yang menarik, Ustazah Asyiqin bukan hanya mengajar subjek kejuruteraan, tapi dia juga sesekali akan mengadakan kuliah untuk wanita.Dia jugalah orang yang bertanggungjawab menguruskan jenazah wanita di kawasan perumahan mereka, di Taman Melati, Gombak.

Fikir Johari, ustaz Mujib sangat beruntung memiliki isteri seperti Ustazah Asyiqin. Mungkin Nasuha juga begitu? Atau lebih baik? Johari tersenyum sendirian.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 58

Di akhir pertemuan itu, Ustaz Mujib berjanji mahu membantu Johari untuk mendapatkan alamat rumah Nasuha. Johari membuang segan yang menebal tadi. Dia sedar, sudah tiba masanya untuk dia berusaha mencari jodoh. Ustaz Mujib tersenyum lebar. Dan dia juga tidak henti-henti berpesan kepada Johari supaya memperbanyakkan melakukan solat istikharah. Johari mengagguk tanda faham. Mereka bertukar senyum sebelum masing-masing menuju ke kereta yang diletak saling bersebelahan.

Ana nak tahu ke apa yang berlaku siang tadi?, tanya Nasuha. Mereka sedang berada di dalam bilik Nasuha. Teman sebilik Nasuha iaitu Yati sedang pulang bermalam di rumah kakaknya di Petaling Jaya. Biasalah, hujung minggu yang lapang.

Suhana berkata lembut. Terserah kepada Su lah. Ana sesekali tidak memaksa, dan tidak mendesak. Cuma Ana nak Su tahu, kita bukan berkawan sehari dua. Bukan juga setahun dua. Kita berkawan sudah lama. Kesusahan Su ialah kesusahan Ana juga. Kegembiraan Su ialah kegembiraan Ana juga

Suhana tersenyum manis. Digenggamnya tangan sahabatnya yang dia cinta kerana Allah erat. Nasuha sebak. Memang Suhana ialah teman yang tidak boleh dia tukar ganti. Teringat dia akan kata-kata Imam Syafie; Aku suka bercampur dengan orang-orang soleh. Mudahmudahan, aku juga dapat manfaat daripada mereka. Bagi Nasuha, Suhana ialah seorang teman yang baik. Sangat baik.

Tanpa teragak-agak, Nasuha bercerita perihal Johari dari awal hingga akhir. Penceritaan yang disertakan dengan emosi yang berubah-ubah ini sesekali menyebabkan dia sebak dan pada hujung-hujung, dia menangis perlahan. Suhana memegang bahunya erat, menenangkannya.

Maknanya, dia dah berubah?, tanya Suhana. Dia merujuk kepada penampilan Johari siang tadi. Sangat mirip seperti seorang ustaz muda.

Balas Nasuha sepatah, Entah. Harap-harap begitulah

Malam itu, Nasuha pula yang tak dapat tidur kerana memikirkan Johari!

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 59

BAB 10

Untuk ke Pekan, Pahang dari Kuala Lumpur, bas yang dinaiki Nasuha terpaksa melalui Lebuhraya Pantai Timur. Biarpun lebuh raya itu lengang tanpa kenderaan yang banyak, tetap dia akan menempuh perjalanan melebihi empat jam. Itupun selepas dicampur dan ditolak dengan masa bas berhenti di kawasan rehat.

Nasuha duduk di kerusi bernombor 14, di sebelah tingkap. Di sebelah kirinya ialah seorang perempuan tua berbangsa cina. Perempuan tua itu agak ramah. Mereka berbual panjang masa awal-awal perjalanan sebelum Nasuha terlelap saat bas itu melewati tol Gombak. Sedar-sedar, bas Plusliner itu sedang memasuki parking untuk berehat di hentian R&R Temerloh. Perempuan tua itu keluar. Nasuha menurutinya dari belakang.

Suasana di tempat rehat itu penuh sesak. Memandangnya sahaja sudah terasa penat. Nasuha melirik memandang jam tangannya. Ia sudah menunjukkan pukul 12 tengah hari. Tidak hairanlah kenderaan bertali arus memasuki ruang parking. Sudah masuk waktu makan tengahari rupanya. Nasuha tidak berhajat untuk makan. Sebaliknya, dia berjalan pantas ke tandas dan di sana, dia terpaksa beratur panjang!

Dia kembali ke dalam bas. Nasuha membuka bekalan makanan yang dibawanya. Dia mengeluarkan sebiji kuih pau. Dicubit sedikit di tangan kanan. Dia membaca basmallah dan menyuap kuih itu ke dalam mulutnya. Dia melemparkan pandangan ke luar tingkap. Gelagat seorang kanak-kanak yang sedang berkejaran di taman mencuit hatinya. Bibirnya menguntum senyum tiba-tiba.

Sebenarnya, Nasuha sudah tidak sabar untuk berjumpa dengan ibu, adik-adik, datuk dan paling dia utama, ialah neneknya. Menurut cerita ibunya di telefon beberapa hari lepas, neneknya sedang terlantar sakit. Puncanya ialah kencing manis. Menurut doktor, walaupun penyakit itu tidaklah seteruk mana, tapi dek kerana usianya yang sudah lanjut, neneknya tidak berupaya untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang biasa. Hanya mampu terlantar di katil usangnya sambil tangan sibuk menggenggam biji tasbih dan berzikir.

Nasuha senyum nipis. Dia diberitahu bahawa ibunya sudahpun memiliki lessen memandu. Ia satu berita yang mengembirakan Nasuha kerana selepas dua kali gagal dalam ujian daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), akhirnya ibunya lulus. Nampaknya sekarang Tuan Haji Roslan iaitu datuknya, sudah boleh goyang kaki kerana dia sudah mempunyai driver untuk
Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/) Page 60

kereta proton iswara miliknya yang dibeli pada tahun 1990. Sungguh nostalgia kereta itu. Walaupun usang, tapi dia sungguh sayang akan kereta itu. Ganti baru? Oh! Jangan haraplah

Nasuha tersenyum lagi. 10 minit ditemani suara juruhebah di radio yang dipasang dalam bas, perempuan cina tua yang duduk di sebelahnya masuk. Tidak lama kemudian, perjalanan diteruskan. Hampir jam 2 petang, Nasuha sudah tiba di Hentian Bas Daerah Pekan. Itupun kerana bas itu dipandu laju. Sambil menjinjing beg pakaian, Nasuha memerhati ke sekililing. Sayup-sayup dia melihat adik bongsunya, Najwa yang semakin membesar melambai-lambai sambil tersenyum lebar. Najwa sudah pun masuk tadika. Di balik wajah ceria adiknya, kelihatan sosok tubuh ibunya yang sama- tersenyum bahagia menanti.

Tangan ibunya disalami. Dicium dan dipeluk kemas. Saat ini, Nasuha rasa bersalah kerana sudah hampir 3 bulan dia tidak pulang. Hanya sekadar menelefon dari jauh. Mereka segera ke kereta. Nasuha duduk di depan. Dia mengusik ibunya, Wah.. kali pertama dapat merasa naik kereta yang umi bawa. Nampaknya Su kena pakai pakai tali pinggang keledar ni, sambil tangannya memasang tali pinggang keselamatan itu. Dia ketawa mengekek.

Najwa yang berada di kerusi belakang turut ketawa kecil. Dia bersandar dengan penuh enak.

Tak apa.. Umi bawa tak laju pun. Setakat 120 km/h aje, kata Hajah Kalsum tiba-tiba. Dia sedang mengundurkan keretanya. Matanya sekejap memandang cermin kiri dan sekejap memandang cermin kanan.

Terbeliak biji mata Nasuha mendengar kata-kata ibunya. Lama dia melopong begitu. Hajah Kalsum ketawa, melihat reaksi yang tidak disangka-sangka daripada anak sulunga itu. Mereka ketawa bahagia. Tidak lama kemudian. kereta itu mula meluncur di atas jalan raya tapi bukan dengan kelajuan 120km/h! Hanya separuh daripada angka itu sahaja!

Setibanya Nasuha di rumah datuknya, dia segera mencari-cari datuknya. Tak ada. Mungkin ke kedai kopi, fikirnya. Nasuha kemudiannya bergerak pantas ke bilik neneknya. Neneknya sedang berbaring di katil. Nasuha tidak sampai hati mahu mengejutkan neneknya yang sedang tidur. Lalu dia bergerak ke biliknya pula dan melepaskan beg-begnya pakaiannya ke atas katil itu. Matanya meleret melihat jam. Pukul 2.45 petang. Dia segera ke bilik air, menunaikan solat zuhur secara tamam.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 61

Malam di rumah datuk nyata lebih meriah daripada malam-malamnya di UIAM. Di sini, tiada ASTRO. Tiada juga bilik televisyen. Yang ada cuma sebuah peti televisyen using. Televisyen yang jika tidak dibuka, lebih baik. Adik-adiknya pun tidak menonton. Kata mereka, gambar dan imej yang kabur itu menyakitkan mata sahaja. Nasuha senyum lucu.

Memang pada pandangan peribadinya, dia melihat bahawa punca kerosakan akhlak remaja ialah paling banyak berpunca dari televisyen. Lepas satu demi satu drama yang tidak bermoral disajikan kepada masyarakat, muncul pula drama berunsur islam yang membuat tafsiran yang salah terhadap ajaran islam sendiri. Drama itu melambangkan bahawa orang-orang yang beragama, akan sentiasa dibenci, difitnah, dimaki, dan mundur. Secara tak langsung, ia membuatkan para ibubapa merasa takut untuk menjadikan anak-anak mereka sebagai cerdik pandai agama. Ini kerana peranan televisyen yang sering mengaitkan orang agama dengan kemiskinan dan penindasan. Sebaliknya, rancangan-rancangan berbentuk hiburan pula yang mendapat liputan yang lebih. Lebih ditakuti, rancangan-rancangan nyanyian dan hiburan kanak-kanak pula semakin meningkat. Macam cendawan tumbuh lepas hujan, ibubapa berpusu-pusu mahu anak mereka jadi artis.

Nasuha beristighfar panjang. Dalam diam, dia tahu ibunya sengaja membiarkan televisyen itu usang tidak berganti keraa ia adalah salah satu usaha daripada ibunya untuk mendidik anakanaknya agar tidak menonton televisyen. Jika dibuang terus, ia tidak membantu bahkan akan mengeruhkan lagi kefahaman mereka.

Orang kata, televisyen mempunyai manfaat. Nasuha tidak menafikan kata-kata itu. Tetapi dalam masa yang sama, mudharat yang ada adalah lebih banyak jika dibandingkan dengan manfaat yang disediakan di televisyen. Ah! Jika mahu dilihat dengan cara itu, arak juga dikatakan ada manfaat. Kononnya untuk menghangatkan badan. Tapi nyata mudharatnya jauh lebih banyak.

Bagi Nasuha lagi, dia lebih selesa untuk membaca bahan-bahan di internet sahaja untuk membantunya peka dengan keadaan sekeliling. Menonton berita di televisyen bukanlah suatu yang Nasuha gemar kerana dia sedar, banyak fitnah dan penyelewengan di dalamnya.

Nasuha memandang ke luar jendela. Datuknya masih belum pulang dari masjid. Di dapur, ibunya sedang melayan karenah Najwa yang meminta-minta dibuatkan air milo. Ibunya sengaja tidak membenarkan Nasuha turun ke dapur malam itu. Katanya, Nasuha perlu berehat. Tetapi Nasuha bukanlah jenis manusia yang suka melihat sahaja. Dia memang jenis manusia yang ringan tulang. Dia tidak betah melihat ibunya sibuk, tanpa dia juga sibuk.
Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/) Page 62

Maka, dia mengambil tugas memasak. Hasilnya ialah sepinggan telur goreng kicap dan sayur kobis goreng. Memang ia ringkas, tapi di dalam masakan itu, wujud dua jenis bahan tambahan, iaitu zikir dan sayang.

Seketika, Nasuha teringat akan ceramah seorang ustaz semasa dia kampus. Ustaz itu sedang menghuraikan hadis tentang niat, iaitu hadis yang direkodkan dari Umar al-Khatab riwayat Muslim. Hadis itu berbunyi, Setiap amal bermula dengan niat. Seseorang itu akan mendapat apa yang dia niatkan. Jika dia berhijrah kerana Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya ialah untuk Allah dan Rasul. Dan sesiapa yang berhijrah kerana wanita, atau kerana dunia, maka dia akan mendapat apa yang dia niatkan.

Imam Syafie menyatakan bahawa hadis ini merangkumi satu per tiga daripada keseluruhan ilmu. Dan benar kata ustaz itu juga, bahawa jika setiap perbuatan itu diniatkan kerana Allah, pasti ada pahala dari sisi-Nya. Bukankah antara memasak telur dengan memasak telur kerana Allah, adalah perbuatan yang sama iaitu memasak. Tapi di sisi Allah, satu perbuatan itu ada pahala dan satu perbuatan lagi tidak mengandungi pahala.

Nasuha menapa menuju ke bilik neneknya. Neneknya sudahpun berusia 65 tahun. Wajahnya dipenuhi kedut-kedut dan kelihatan cekung. Rambutnya sudah putih beruban. Badannya pula kurus tak bermaya. Nasuha duduk di sisi neneknya dan menguncup dahi neneknya dengan lembut. Kasih benar dia kepada neneknya.

Neneknya hanya memandang Nasuha tanpa bicara. Hanya bibirnya sahaja yang senyum. Petang tadi, dia berbual panjang dengan cucu sulungnya itu. Cucu yang dahulu selalu dibawa ke dusun mangga. Ya, Nasuha ialah cucu yang rajin. Jika disuruh memotong rumput, pasti cucunya itu akan bermandi peluh untuk memotong. Jika diminta menyapu laman, pasti bersihlah laman itu. Walaupun masih di bangku sekolah rendah, cucunya itu memang sangat ringan tulang. Kerana itu, asal saja ada majlis-majlis kemasyarakatan seperti doa selamat atau majlis tahlil, pasti Nasuha akan dibawa bersamanya. Bahkan, orang selalu fikir yang Nasuha ini anak kepadanya. Ah! Lucu betul..

Dan kini, seorang demi seorang kawannya meninggal dunia. Mengenangkan itu, Hajjah Mariam sedih. Dia akan sentiasa termenung sendiri, terkenangkan sahabat-sahabat yang pergi seorang demi seorang. Dirasakan bahawa kematian semakin lama semakin mendekati. Kerana itu, kadang-kadang dia tidak sedar yang air matanya sedang mengalir, memikirkan kematian.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 63

Nek nak air? tanya Nasuha lembut. Dia duduk bersimpuh berhampiran neneknya.

Hajah Maryam tersenyum. Tak apalah. Eh, Su masa di universiti, kamu belajar susah sangat ke?, tanya neneknya. Matanya memandang tepat kepada Nasuha.

Ish..tak lah. Tak ada la sukar sangat kehidupan di sana. Lagipun suasana kampus penuh dengan cirri-ciri keislaman. Su pun ada kawan-kawan yang baik-baik. Solehah pula tu. Alhamdulillah, jawab Nasuha sambil senyum lembut.

Bukan apa..nenek tengok kamu tu kurus betul la. Kamu tak makan ke kat sana? Atau kena dera?, tanya Hajah Mariam lagi. Nadanya sekata.

Terburai tawa Nasuha tapi ia masih jauh daripada melampau. Pertanyaan neneknya tadi kedengaran amat melucukan, dan logiklah jika dia terasa geli hati. Nasuha teringat bahawa Rasulallah s.a.w juga pernah ketawa. Bezanya dengan kita, Baginda ketawa dengan cara yang sangat sopan. Jika mampu kita lihat bagaimana, pasti kita akan jatuh hati menyaksikan kemuliaan akhlak dan etika Baginda.

Tawa Baginda cukup sekadar dengan menampakkan barisan gigi yang hadapan sahaja. Tidak ada suara yang kuat atau terbahak-bahak. Dari sudut sains, ketawa adalah satu terapi fizikal dan mental yang sangat efektif. Sejak kurun ke-18 lagi, pesakit-pesakit di Eropah dirawat dengan cara rawatan ini, dan ia terbukti sangat berkesan!

Tapi awas! Ketawa yang berlebih-lebihan dan terbahak-bahak akan memberi mudharat kepada badan. Jantung boleh berhenti berfungsi dan paling penting, ia boleh menyebabkan hati manusia mati. Ini disebutkan dalam hadis riwayat Imam al-Baihaqi sebagaimana yang diceritakan oleh Saidatina Aisyah r.anha.

Hajah Mariam memandang Nasuha. Dia sedang menanti-nanti jawapan balas daripada cucunya itu. Bibirnya nampak seperti sedang senyum. Dia juga terasa geli hati. Niatnya bertanya soalan itu tadi hanyalah kerana mahu mengusik sahaja. Hanya sekadar itu. Nasuha sedang mengurut-ngurut kaki neneknya ketika itu. Dia membalas gurauan neneknya dengan guraun yang sama, Apa lah nek ni mana ada Su kurus. Nenek tu yang kurus. Atuk tak kasi makan yang cukup ke?

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 64

Kini giliran neneknya pula untuk menghambur tawa. Aku kan sakit. Dah tua pula tu. Memanglah kurus. Tapi kau tu.. kalau kurus sangat, tak ada jantan yang akan suka tau

Nasuha tidak membalas. Dia sekadar senyum sambil tangannya naik ke atas, mmicit-micit bahu neneknya yang kurus itu dengan penuh kelembutan dan kasih sayang.

Dalam diam, dia melihat dirinya, Aku kurus sangat ke?

Sebenarnya bukanlah begitu. Nasuha berbadan sederhana saja. Tidaklah tinggi dan tidaklah pendek. Tidak kurus, juga tidak gempal. Lagipun baginya, jika seseorang itu mencintai seseorang dengan ikhlas, dia tidak akan peduli dengan kecantikan lahiriyyah. Sebaliknya kecantikan iman itu yang lebih diutamakan. Maka, kata-kata neneknya tadi tidak langsung membuatkannya runsing.

Nasuha mengimbau kembali saat-saat sukar dia di universiti. Sekalipun di universiti itu, ada huruf I yang membawa maksud islam, tapi pengahayatan pelajar-pelajarnya masih tetap ada compang-campingnya. Seorang demi seorang punjangga datang menawarkan cinta. Falsafah cinta Nasuha cukup mudah. Jika seseorang pemuda jatuh cinta kepada seorang gadis, maka janganlah dia merosakkan hati si gadis dengan berterus-terang kepadanya. Sebaliknya, isi hati itu hendaklah diluahkan kepada ibubapa atau wali si gadis itu. Pilihlah jalan pernikahan, bukankah itu yang Allah redha?

Su! Ibunya tiba-tiba memanggil dari arah dapur.

Nek, saya keluar dulu ya. Umi panggil, Nasuha meminta izin. Neneknya mengagguk.

Nasuha menjengah ke dapur. Ada apa, umi?

Tolong temankan adik kamu ni pergi tandas dekat luar, ibunya menjuihkan mulutnya sedikit. Tangannya ligat menggulung daun pisang untuk membalut kuih yang sedang dibuatnya.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 65

Di sudut dapur, Najwa nampak seperti cacing kepanasan. Dia memandang Nasuha sambil tersengih malu. Seperti kerang busuk. Huh! Memang busuk pun!

Nasuha senyum sambil menggeleng-gelengkan kepala. Dah besar-besar pun masih penakut ke?

Adiknya itu mencebik. Nasuha mengekor dan menuggu di luar. Alahai..bukannya jauh pun. Lebih kurang 10 langkah sahaja jarak tandas itu dengan pintu dapur.

Hampir 5 minit kemudian, adiknya keluar. Dah basuh?, tanya Nasuha separuh mengusik.

Sudah! Bersih, balas Najwa acuh.

Lalu, Nasuha mengunci pintu rapat-rapat. Di tengah dapur, ibunya sedang membuat kuih untuk dijual di Warung Pak Man esok.

Nasuha kenal benar dengan kuih itu kerana ia adalah kuih yang dia gemar sedari kecil lagi. Ibunya memang pakar dalam membuat kuih itu, kuih tepung pelita. Nasuha juga ada belajar dengan ibunya untuk membuat kuih yang sama tapi entah di mana silapnya, lidahnya tetap bersaksi bahawa kuih buatan ibunya itu jauh lebih sedap daripada kuih yang terhasil dengan tangannya sendiri.

Nasuha menarik kerusi mendekati ibunya. Ibunya nampak sangat tekun. Tangannya penuh dengan sisa-sisa tepung yang pekat.

Umi.. Arif Fahmi tak balik?, tanya Nasuha berbasi-basi. Bukannya dia tidak tahu yang cuti sekolah hanya akan bermula lebih kurang dalam dua minggu lagi.

Ada juga dua bulan lepas. Lagipun lagi dua minggu saja, dia akan mula bercuti panjang, balas ibunya.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 66

Di luar, kedengaran suara datuknya memberi salam. Haji Roslan sudah pulang dari masjid. Datuknya ke dapur. Dia belum makan malam lagi. Dia kemudiannya ke sinki, membasuh tangan dan mengambil tempat di meja makan yang diperbuat daripada kayu itu. Nasuha berganjak ke bilik adik lelakinya, Abdul Rahman untuk memanggilnya turun makan bersamasama.

Katanya, dia sibuk benar hari itu. Kerja rumahnya berlonggok-longgok. Kerana itu hari ini dia tidak ikut datuknya ke masjid. Nasuha mengangguk-angguk sahaja mendengar keluhan adik lelakinya itu. Dia geram dan rasa tertekan kerana guru-gurunya di sekolah suka benar memberi kerja rumah yang bertimbun-timbun. Sebagai kakak, Nasuha tidak akan terus-terus bersetuju dengan adiknya. Sesekali, dia akui bahawa adiknya memang memerlukan lebih banyak latihan dan soalan-soalan latih tubi kerana adiknya, Abdul Rahman atau mesra dipanggil Aman, ialah pelajar yang sederhana cuma. Lagipun dia akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) hujung tahun ini. Wajarlah dia berusaha lebih

Aman keluar dan menapak ke dapur selepas namanya diseur beberapa kali. Di meja makan, Nasuha mencedok nasi untuk datuk, adik, dia dan ibunya. Najwa sudah makan. Dia tiada di dapur. Barangkali dia sedang berada di dalam bilik neneknya sambil mendengar cerita-cerita daripada Hajah Mariam yang sangat suka bercerita.

Satu perkara yang menarik diamalkan di rumah itu, mereka membudayakan makan secara berjemaah bersama-sama. Antara salah satu hikmahnya, ia mengeratkan hubungan sesama mereka. Mereka berbual-bual di sini. Datuknya selalu bercerita perihal orang kampung. Si Anu itu sakitlah Si Anu itu dapat cuculah Anak Si Anu itu mahu berkahwinlah banyak betul cerita datuknya. Nasuha mengangguk sahaja. Sesekali, dia akan ketawa mengikut rentak datuknya itu. Di kampung itu, dia bukannya kenal sangat dengan orang-orang kampung. Cuma beberapa nama sahaja yang di kenal. Memanglah, dia bukan membesar di sini.

Kamu ke yang masak ni Su?, tanya datuknya. Di usia 66 tahun, datuknya masih sihat dan bertenaga. Nasuha sentiasa bersyukur dan bahagia melihat datuknya sihat.

Ya. Su yang masak. Kenapa? Atuk tak suka ke? Tanyanya kembali. Takkanlah tak sedap? Berselera tu atuk makan,bisiknya di dalam hati.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 67

Ibu dan adik lelakinya itu juga sama. Makan dengan berselera sekali.

Sedap!. Sepatah kata datuknya sambil tersenyum sekilas. Tangannya mencubit telur goreng yang diletakkan di dalam pinggannya.

Adiknya, Aman yang setuju dengan datuknya pula menambah, Akak dah boleh kawin ni

Mereka ketawa. Nasuha malu. Sedikit sebanyak, usikan daripada adiknya itu melontar dirinya ke dalam sebuah persoalan. Kahwin? Dengan siapa? Johari?,hatinya berbisik seraya dia beristghfar dan menghabiskan baki makanan.

Siang itu, adik kepada Hajah Kalsum datang melawat nenek dan datuknya. Datuknya mempunyai hanya dua orang anak. Hajah Kalsum ialah anak yang sulung dan adiknya bernama Khairul Azmi. Menurut cerita ibunya, dahulu adiknya dipanggil dengan nama Roy. Nasuha ketawa lucu. Roy? Khairul Azmi menjadi Roy? Jauh sungguh!

Menurut cerita ibunya lagi, dahulu bapa saudaranya itu memang sangat nakal. Biasalah, nakal budak kampung tak sama macam nakal budak Bandar. Seteruk-teruk mereka, malam jumaat datang juga ke masjid. Baca Yassin, makan moreh dan paling penting, kehadiran untuk solat jumaat sentiasa penuh.

Kenakalan bapa saudaranya beransur nipis apabila dia menjejakkan kaki ke sekolah menengah. Selepas tamat sekolah, dia memohon untuk menjadi polis dan kini, dia sedang bertugas sebagai seorang anggota polis di Kangar dan sudahpun berkahwin dengan seorang gadis yang berasal dari sana. Kini, dia sudahpun dikurniakan dengan 3 orang cahaya mata.

Pak Cik Azmi datang dengan sahabatnya, 2 orang. Katanya, ada kerja di Kuantan. Alangalang sampai, mereka curi-curi masa untuk singgah. Rugilah jika tidak singgah. Selepas makan tengahari, mereka beransur pulang. Sebelum pulang, Pak Cik Azmi sempat menghulur sedikit wang kepada Haji Roslan dengan sukarela dan ikhlas. Keikhlasannya jelas terpancar dari air muka yang nampak seakan bercahaya-cahaya.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 68

Ayah, ambil lah sedikit. Saya tak bagi banyak dan saya tahu ayah pun tak akan minta. Tapi ayah dengan mak tak pernah mengeluh masa membesarkan saya yang nakal dulu-dulu. Jasa mak dan ayah langsung tak boleh saya bayar dan balas. Ambil lah duit ni ayah. Sebagai tanda terima kasih saya, kata Pak Cik Azmi separuh berbisik. Matanya berkaca-kaca menahan sebak. Akhirnya air matanya tumpah juga semasa dia menguncup dahi ibu tercinta yang terlantar sakit.

Ah, polis pun menangis? Ya, selagi bergelar manusia, tetap begini fitrah kita.

**

Nasuha sedang bercuti panjang. Hampir 2 bulan lama cutinya. Rutinnya di rumah ialah membantu ibu untuk berniaga, berbakti kepada neneknya, membantu adik-adiknya dan sekali sekala, ke dusun membantu datuknya.

Datuknya mempunyai sebidang tanah yang luas. Separuh ditanam dengan buah mangga, dan separuh lagi ditanam dengan buah cempedak. Sepanjang tahun, pasti akan ada hasil di tanah itu. Dan setiap minggu juga, peraih dari Kuala Lumpur akan datang terus ke dusunnya untuk membeli buah-buahan datuknya. Nasuha seringkali membantu datuknya dalam proses urus niaga. Dalam diam, hatinya berbisik sendirian dengan penuh keterujaan. Wah! Lumayan betul kerja sebagai petani ya! Sekali jual hasil, sudah dapat beratus-ratus!

Rutin harian Nasuha tidak berubah. Masih sama tetapi pada keesokan harinya, Nasuha mendapat tetamu yang istimewa iaitu daripada Ustazah Halimah, guru besar di sekolah agama rakyat As-Syakireen yang terletak tidak sampai 4 kilometer dari rumah Haji Roslan ini.

Nasuha sedia tak untuk gantikan seorang guru sebentar untuk mengajar di sekolah agama? Dia ada sedikit urusan peribadi. Kalau Nasuha bersetuju, pihak sekolah akan membayar saguhati kepada Nasuha, pinta Ustazah tua itu. Usianya nampak lebih kurang sebaya dengan Haja Kalsum yang turut berada di ruang tamu, pagi itu.

Nasuha melopong sekejap. Aku? Mengajar? Boleh ke?

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 69

Boleh! Ya, semua orang tahu Nasuha boleh. Memang di university dahulu, Nasuha sering membimbing study group atau mereka panggil sebagai syudy circle. Dia akan mengetuai rakan-rakan karibnya untuk belajar. Memang Nasuha merupakan seorang pekajar yang tajam akal fikirannya, tapi dalam masa yang sama, dia juga antara manusia yang paling muda kalah dengan emosi.

Bukankah rencana Allah hebat? Setiap insan punya kelemahan jua kelebihan yang tersendiri. Nasuha juga tidak terkecuali.

Dalam pertemuan ringkas dengan Ustazah Halimah pagi itu, Nasuha gagal memberi kata putus. Dia mahu berfikir-fikir dahulu.

InsyaAllah esok saya datang ke sekolah agama. Saya beri kata putus Nasuha senyum. Ustazah Halimah membalas. Nasuha tunduk sedikit lalu mempelawa tetamunya untuk minum air teh yang dihidang sejak dari tadi lagi.

Apabila Ustazah Halimah sudah pulang, Nasuha bermenung jauh. Keupayaan mengajar bukanlah topik utama atau masalah yang besar. Yang dirisaukan ialah adakah dia mampu mengawal kesabaran melayan karenah kanak-kanak itu? Dengan Najwa yang seorang ini pun dia sudah mengeleng-gelengkan kepala. Apatah lagi dengan sekumpulan kanak-kanak yang pastinya memiliki peel (tingkah laku) yang pelbagai.

Nasuha menarik nafas panjang. Sebentar, fikirannya melayang mengingati kata-kata pensyarahnya, Puan Asyiqin, atau lebih mesra dipanggil Ustazah Asyiqin. Hebatnya beliau, bukan setakat mengajar di universiti, tapi turut mengajar di sekolah agama. Pesan dari ustazah itu, Mengajar ini ialah satu pekerjaan yang sangat mulia. Kalian, walaupun bukan bakal grad sebagai guru, tetap wajib menjadi guru

Ada dahi-dahi yang berkerut dalam dewan itu. Nasuha ialah salah seorang daripadanya.

Iya. Bukankah hadis dari Imam Bukhari ini jelas : Sampaikanlah dariku walau satu ayat. Hadis ini menekankan pentingnya kita untuk memberitahu apa yang kita tahu kepada masyarakat. Lebih-lebih lagi dalam hal-hal keagamaan. Dalam surah al-Baqarah ayat 159, Allah berfirman yang berbmaksud Sungguh, orang-orang yang menyembunyikan apa-apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan dan petunjuk, setelah Kami jelaskan
Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/) Page 70

kepada manusia dalam kitab (al-Quran), mereka itulah yang dilaknat Allah, dan dilaknat pula orang mereka yang melaknat.

Nasuha mula mengerti. Seraya, akalnya laju menghadam kata-kata pensyarahnya itu,

Paling kurang, kita boleh menyampaikan ilmu kita kepada insan-insan yang paling dekat dengan kita seperti isteri, suami, dan anak-anak kita. Kata Ustazah Asyiqin lantang. Suaranya kedengaran jelas di dalam dewan itu.

Nasuha faham benar akan kelebihan menyebarkan ilmu ini. Ia adalah satu daripada dakwah. Dan ia juga termasuk dalam salah satu daripada tiga pahala amalan yang berterus-terusan dinikmati di dalam kubur, iaitu pahala daripada ilmu yang bermanfaat. Ibu Nasuha pula sudah memberi persetujuan. Datuknya pula lebih daripada setuju hingga membawa kepada mendesak pula.

Seperti yang dijanjikan, Nasuha muncul di pejabat Sekolah Agama Rakyat As-Syakirin pada keesokan harinya. Dia datang dengan ditemani oleh ibunya. Sengaja ibunya menghantar pada jam 4 petang kerana jam 4 hingga 4.30 ialah masa rehat. Sebenarnya, pejabat ini digabungkan bersama-sama dengan bilik guru. Ruangnya hanya sederhana besar. Ada 7 buah meja dan setiap satu ialah untuk setiap orang guru. Di satu sudut, ada mesin fotostat usang dan bersebelahannya ialah satu komputer lama.

Sangat dhaif keadaan sekolah ini. Dengan sumber kewangan yang begitu terhad, guru-guru disini terpaksa menjernihkan niat mereka sentiasa. Dengan bahasa mudah, bekerja di sini saling tak tumpah seperti bekerja di pusat-pusat kebajikan. Kerja banyak! Tapi elaun yang diberi dengar-dengar, kurang daripada RM 500 dan tidak setimpal dengan kerja mereka.

Di sekolah ini, hanya ada 7 orang staf. Merekalah guru, merekalah technician, merekalah tukang kebun, bahkan mereka jugalah ibubapa. Sangat dhaif! Nasuha masuk ke bilik guru atau pejabat dengan diikuti oleh Hajah Kalsum. Nasuha langsung terus ke meja guru besar. Dalam bilik itu, meja guru besarlah yang paling luas. Di sisinya ada sebuah rak yang sarat dengan fail-fail.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 71

Ustazah Halimah tersenyum melihat Nasuha. Dia bangun dan mempersilakan Nasuha ke mejanya. Ibu Nasuha, Hajah Kalsum sudah pun duduk berbual dengan Ustazah Saniah. Mereka bersahabat.

Nasuha menyalami Ustazah Halimah dan duduk di atas kerusi yang disediakan. Dia memerhati meja-meja di dalam bilik itu. Hampir semua di penuhi oleh ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah. Mereka sedang membuat kerja masing-masing. Ada yang sedang menulisnulis, dan ada juga yang membuka kitab. Mungkin untuk mengulangkaji. Apapun, kesemua mereka nyata lebih berusia nampak seperi berpangkat ibu atau bapa dan Nasuha pasti juga, mereka semua orang yang baik-baik dan pasti tidak ralat untuk memberinya tunjuk ajar. Walaubagaimanapun, ada sebuah meja kosong. Nasuha membuat tafsiran dan tekaan. Fikirnya, inilah meja ustaz yang dikatakan tidak dapat datang bertugas hingga hujung minggu hadapan. Kerana dia, Ustazah Halimah ke rumahnya meminta supaya dia menggantikan sebentar guru yang tidak dapat hadir itu.

Nasuha, awak boleh tolong gantikan Ustaz Azzam tak?, tanya Ustazah Halimah sekali lagi.

Ooo nama ustaz itu Azzam. Nasuha mengaggukkan kepala dengan penuh yakin dan semangat. InsyaAllah ustazah. Saya akan cuba sedaya-upaya.

Ustazah Halimah bertukar gembira. Bukan apa, sekiranya sekolah mereka kurang seorang guru, maka proses pembelajaran di sini tergendala teruk. Ada kelas yang akan tidak ada guru dan akhirnya, mereka akan membuat bising. Jelas ia mengganggu kelas-kelas yang berdekatan.

Kalau Nasuha setuju, hari isnin nanti Nasuha datang pukul 2 petang ya. Kelas kita bermula jam 2.30 petang. Pukul 4, kita rehat setengah jam dan kemudian kita mula kelas semula sampai jam 5.30 petang, terang Ustazah Halimah. Bibirnya masih menguntum senyum.

Nasuha mengagguk. Dia sudah tahu tentang perjalanan sesi pembelajaran di sekolah agama ini daripada mulut ibunya.

Saya nak Nasuha ajar budak-budak darjah 1. Boleh? Sepatutnya Ustazah Saniah yang menguruskan mereka, tapi saya fikir lebih baik jika saya serahkan budak-budak darjah 1 ini

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 72

kepada kamu. Atau kamu hendak ajar budak-budak darjah 5?, tanya Ustazah Halimah sambil melihat kepada jadual kelas.

InsyaAllah budak darjah 1 saja. Tiba-tiba dia merasa berdebar-debar. Takut-takut, bukan dia yang mengaja, tapi dia pula yang diajar.

Ustazah Halimah tersenyum gembira. Baiklah Ustazah Nasuha

Ustazah Nasuha? Nasuha merasa janggal apabila dipanggil begitu. Ah, bukankah nanti aku akan dipanggil begitu oleh bakal anak-anak muridku?, bisiknya dalam hati. Ada senyuman terukir di bibirnya.

Hari itu ialah hari jumaat, penghulu sekalian hari. Nasuha berfikir sendirian. Jumaat minggu hadapan ialah hari persekolahan yang terakhir untuk tahun in. Ertinya, dia akan mengajar cukup-cukup selama seminggu bermula isnin ini dan tamat perkhidmatannya, sama-sama dengan bermulanya cuti persekolahan. Wah! Kebetulan

Sambil berbaring untuk melelapkan mata, Nasuha tersenyum sendirian. Dua bermonolog dengan penuh semangat, InsyaAllah, ini cabaran baru bagi aku!

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 73

BAB 11

Seawal jam 1.45 petang, Nasuha sudah meminta datuknya menghantarkannya ke sekolah agama. Petang isnin yang panas terik itu, Nasuha memakai baju kurung bewarna kuning lembut. Tudungnya dilabuhkan melepasi dada. Tadi, semasa Nasuha sedang bersiap-siap di hadapan cermin, dia teringat akan pesan ibunya semasa dia di bangku sekolah menengah dahulu, Memakai tudung itu ramai orang boleh buat, tapi untuk menyembunyikan susuk tubuh, sedikit sahaja yang mahu buat. Umi harap Su mampu menjaga kemuliaan dan kecantikan diri Su untuk bakal suami Su sahaja.

Jarak masa perjalanan dari rumah datuknya ke sekolah agama itu tidak pun sampai 15 minit. Jika menaiki kenderaan, pasti ia lebih pantas. Dekat sahaja jaraknya. Fikirnya, lebih baik dia berjalan kaki sahaja ke sekolah itu. Lagipun dia lihat di sepanjang jalan, kiri dan kanannya ialah rumah-rumah orang. Dia tidak perlu risau kalau-kalau ada orang lelaki mahu mengusiknya. Ah, lelaki mana yang nak mengusik perempuan bertudung labuh? Setahunya perempuan-perempuan yang tidak pakai cukup syarat itulah yang selalu diusik. Apapun, dia tidak boleh terlalu yakin. Seraya dia teringat pesanan arwah ayahnya. Berkali-kali Haji Norman berpesan; Janganlah suka minta dengan manusia. Tapi mintalah dengan Allah.

Kenangan bersama arwah bapanya yang bertandang saat kakinya melangkah berat ke pejabat sekolah. Di dalam, Ustazah Halimah menyambutnya dengan senyuman lebar, penuh kasih sayang dan keramahan.

Sebelum Nasuha masuk ke kelas buat petama kalinya, Ustazah Halimah memberi Nasuha sedikit nasihat dan tips. Nasuha mengangguk-angguk dan sesekali menggeleng sambil tersenyum manis. Dia menghadam nasihat dan tunjuk ajar daripada guru besar sekolah agama itu. Molek-molek, ia boleh dijadikan panduan yang pastinya akan membantunya nanti.

Satu yang ditekankan oleh Ustazah Halimah ialah tentang hikmah. Nasuha bakal berdepan dengan kanak-kanak berusia 7 tahun. Antara mereka, ada yang nakal, ada yang suka menangis dan ada juga yang tidak akan berminat dalam pelajaran. Pesannya, mengajarlah dengan cara yang hikmah. Nasuha mengangguk tanda faham. Dia teringat akan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Rasulallah yang mana Baginda mengajar kita supaya bercakap mengikut keupayaan akal pendengar. Nasuha tahu, tugasnya tidak leceh, tetapi tidak juga enteng.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 74

Mereka beriringan masuk ke dalam Kelas Satu. Nasuha ke belakang sedikit. Ustazah Halimah memberi salam. Mukanya manis, nampak begitu lembut dengan kasih dan sayang. Bilik darjah itu bergema dengan suara kanak-kanak kecil menjawab salam. Siap ada lagu dan berenggok-lenggok pula bunyinya.

Hari ni ustazah nak kenalkan guru baru kamu semua. Ustazah Halimah memulakan bicara. Wajahnya memandang ke seluruh kelas, kiri dan kanan. Dua orang budak lelaki yang sedang duduk di tempat paling hujung berhenti bergurau-senda apabila mereka merasakan yang Ustazah Halimah sedang menjeling ke arah mereka.

Kelas menjadi riuh rendah seketika. Para pelajar berbisik-bisik sesama mereka. Mata-mata kecil mereka memandang-mandang ke arah Nasuha yang sedang tersenyum lebar.

Selepas Ustazah Halimah bercakap beberapa patah perkataan, dia meminta izin untuk keluar. Kakinya melangkah ke kelasnya di bangunan sebelah. Dia perlu mengajar murid-murid darjah 5.

Dalam setengah minit yang pertama, lidah Nasuha terasa kelu untuk berbicara. Hanya matanya sahaja yang memandang ke wajah setiap seorang anak muridnya yang belum pun lagi dia kenal nama-nama mereka. Tika itu, yang kedengaran hanyalah bunyi daripada kipas usang yang berputar laju, dan mengeluarkan bunyi yang bingit. Bilik darjah itu sangat sederhana atau lebih tepat, dhaif. Cat berwarna putih di dindingnya sudahpun luntur dan kotor. Kesan tapak-tapak kasut jelas dilihat di sekeliling dinding bilik itu.

Pasti ini kerja budak-budak nakal ni, fikir Nasuha. Apa yang lebih menarik perhatiannya, kelas-kelas di sini masih menggunakan papan hitam dan kapur untuk menulis. Fikir Nasuha, teknologi-teknologi begini hanya terdapat masa zamannya sahaja, masa zaman dia bersekolah. Zaman sekarang, semua orang mahu menulis di whiteboard. Lebih bersih. Kalau papan hitam, Oh! Jenuhlah mahu berperang dengan habuk.

Semua itu membuatkan Nasuha jadi semakin bersemangat untuk mengajar. Di sudut hatinya, dia mahu supaya kedhaifan ini secara tak langsung menjadi pembakar semangat dan inspirasi kepada anak-anak kampung ini untuk berusaha dengan lebih gigih. Ya, itulah harapannya!

Subjek pertama hari itu ialah berkaitan dengan rukun iman.


Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/) Page 75

Dah hampir akhir tahun dah, takkanlah baru nak belajar rukun iman?, hatinya tertanyatanya.

Sebelum bermula, Nasuha memperkenalkan diri. Sesi taaruf ini disambung dengan muridmuridnya. Semua orang diminta untuk memperkalkan diri, tempat tinggal, dan cita-cita mereka. Tidak lupa, mereka juga diminta untuk menyenaraikan hobi dan minat mereka.

Nasuha mendengar dengan penuh minat. Sepanjang di bilik darjah ini, bibirnya tidak pernah lekang dengan senyuman. Yang pasti, dia sangat menyenangi kanak-kanak yang seramai 12 orang perempuan dan 10 orang lelaki itu.

Kamu semua tak pernah belajar tentang rukun iman ke?, tanya Nasuha. Di tangannya ialah sebuah buku teks agama darjah satu. Dia sebenarnya tidak memerlukan buku itu pun.

Ketua kelas, Farid Audah menjawab, Pernah ustazah. Semua kami dah hafal dah

Lalu Nasuha menyuruh mereka membaca 5 rukun islam dan 6 rukun iman. Kesemua membaca satu per satu tanpa sebarang masalah.

Ooo maknanya aku kena hurai tentang rukun iman lah ni, getus hati ustazah muda itu.

Hadi.. tolong beritahu kepada kawan-kawan, apa rukun islam yang pertama, Nasuha menyuruh seorang murid yang duduk paling kanan untuk menjawab.

Seorang kanak-kanak lelaki yang comel bernama Hadi berdiri dan menjawab, Mengucap dua kalimah syahadah iaitu aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad s.a.w itu adalah pesuruh Allah.

Nasuha senyum dan memintanya duduk. Dia menghela nafas. Hatinya berdoa, mohon diberi ilham untuk berkata-kata. Bukannya mudah mahu berhikmah!

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 76

Sebelum itu, ustazah nak tanya.. apa beza antara yakin dengan percaya?, Nasuha membulatkan biji mata, memerhati respon anak-anak kecil dihadapannya.

Senyap sepi. Kesemua 22 orang kanak-kanak itu menggaru-garu kepala.

Aduhh terang-teranglah mereka tak tahu. Budak darjah 1 kan.. apa lah aku ni.., Nasuha memarahi diri sendiri. Dia tersenyum kelat, rasa bersalah pula.

Ustazah nak buat contoh, Nasuha mengambil nafas. Dia harus berusaha untuk menghuraikan sesuatu dengan cara yang paling senang untuk difahami.

Satu hari, ada satu pesta di padang. Seorang pemanah telah di panggil untuk membuat persembahan. Kiranya macam sarkis lah. Ada seorang budak berdiri di tengah-tengah orang ramai. Di atas kepala budak tu, ada sebiji epal. Pemanah itu mahu memanah epal di atas kepala budak tu, cerita Nasuha. Suaranya dilunakkan, menarik minat kanak-kanak itu untuk mendengar dengan penuh tumpuan.

Lalu, pemanah tu berkata kepada orang ramai, Kamu semua percaya tak, yang aku ini ialah seorang pemanah yang hebat?. Orang ramai yang berada di sana menjawab, Kami tak percaya. Sila tunjukkan bukti yang kamu itu pemanah yan hebat. Kemudian baru kami akan percaya. Pemanah itu pun berkata, Baiklah. Sekarang perhatikan apa yang aku mahu buat ini. Nasuha berhenti sebentar. Dia membuat mimik dan gaya seakan-akan mahu memanah.

Dia mengambil sebatang anak panah dan meletakkan di busur. Busur tu kiranya tempat yang nak panah lah. Kemudian, dia mensasarkan anak panahnya kepada epal yang berada di atas kepala budak itu. Kemudian dia pun tarik panahnya dan dubb, anak panah tu tepat kena kepada epal itu, sambungnya lagi.

Eeeiiinasib baik tak kena budak tu!, seorang murid perempuan bersuara.

Nasuha senyum lebar.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 77

Kemudian, orang ramai pun tepuk tangan dan mengucapkan tahniah kepada pemanah itu. Pemanah itu kemudian berkata kepada orang ramai, Sekarang, kamu percaya atau tidak yang aku ini seorang pemanah yang hebat?. Orang ramai pun menjawab, Ya. Kami percaya sungguh-sungguh. Kamu memang hebat. Pemanah itu kemudiannya menyeru, Ada sesiapa tak dalam kalangan kamu semua berani untuk aku letakkan biji epal di atas kepalanya untuk aku tembak epal itu? Semua orang diam. Tidak ada seorang pun yang berani untuk meletakkan sebiji epal di atas kepala mereka untuk dipanah oleh pemanah yang hebat itu. Lalu, pemanah itu ulang permintaannya sebanyak 3 kali dan tiada seorang pun yang berani tampil keluar. Lalu pemanah itu berkata, Nampaknya kamu semua telah percaya yang aku ini hebat, tapi kamu semua tidak yakin.

Nasuha berhenti mengambil nafas. Jadi, percaya itu macam kita tahu dan kita beritahu orang apa yang kita tahu. Manakala yakin pula, kita percaya tapi kita buat dan amalkan apa yang kita percaya tadi.

Dalam rukun iman, kita tidak boleh sekadar percaya sahaja. Kita tidak boleh hanya mengiyakan bahawa Alah itu wujud, malaikat itu wujud. Tapi, kita juga perlu membuktikan kepercayaan kita dengan kita sendiri melaksanakan apa-apa yang disuruh oleh Allah. Itu baru yakin, terang Nasuha.

Faham tak?, Nasuha bertanya. Tiada orang yang membalas lalu dia berkata, Bagi ustazah, kalau kamu tak faham.. kamu tanya. Kalau kamu tak tanya kamu faham. Jadi kamu faham tidak apa beza percaya dengan yakin itu?, tanya Nasuha sungguh-sungguh.

Kanak-kanak itu menjawab serentak, Faham ustazah.

Benar kata Ustazah Halimah, mereka semua ni memang pintar dan cepat belajar. Nasuha tersenyum puas.

Malam itu, Nasuha bercerita tentang pengalamannya siang tadi kepada ibunya, kemudian kepada neneknya. Neneknya mendengar dengan penuh minat cerita-cerita daripada cucu kesayangannya itu. Tangan tuanya memegang tangan Nasuha, tanda yang dia bangga dengan
Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/) Page 78

cucunya itu. Nasuha kemudian menyambung ceritanya sambil menyuapkan bubur nasi kepada neneknya. Neneknya makan dengan berselera malam itu.

Begitulah rutin Nasuha sejak hari itu. Di waktu pagi, dia akan membantu ibunya mengemas rumah. Kadang-kadang, dia membasuh baju. Selesai, dia akan memasak pula. Ibunya, sejak Nasuha pulang, dapatlah buat kuih lebih sikit. Iyalah, kerja-kerja di dapur banyak yang Nasuha sudah selesaikan. Dengan itu, dapatlah pulangan yang lebih.

Satu petang yang permai, Nasuha melihat ada sebuah kereta proton waja berwarna hitam di laman rumahnya semasa dia pulang dari mengajar.. Dia melihat nombor pendaftaran kereta itu. Hatinya berbisik hairan, Ini tetamu dari KL ni. Siapa ya?

Dia memberi salam dan melangkah masuk ke rumah datuknya. Di ruang tamu, ada ibunya, datuknya dan juga neneknya. Nasuha bertambah hairan melihat neneknya sedang duduk di sofa sambil tersenyum lebar kearahnya yang masih menjinjing beg. Eh? Bukankah neneknya tidak boleh bangun? Nenek sudah sihatkah?

Mata Nasuha kemudian terpaku pada seorang lelaki yang memakai jubah dan berserban kemas di kepala. Lelaki itu ialah Johari! Wajahnya tampak bercahaya terang. Dia memandang Nasuha yang masih terkejut dan kaku itu sambil tersenyum manis. Hajah Kalsum dan Haji Roslan turut sama tersenyum kepada Nasuha.

Ibunya kemudian berkata, Su.. kenalkan, itulah suami kamu, Adam Johari.

Apa?? Suami??!, Nasuha separuh menjerit. Tiba-tiba

Astaghfirullah! Astaghfirullah!, Nasuha bingung. Dia memandang-mandang sekeliling.

Rupa-rupanya dia sedang berada dalam bilik tidurnya. Matanya melirik melihat jam pada telefon bimbit. Pukul 4.45 pagi! Ah! Aku bermimpi!!,katanya dalam hati.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 79

Nasuha terduduk bingung. Peluh dingin mengalir di dahinya. Tangannya diletakkan di dada yang masih berombak hebat. Mimpi tadi dirasakannya cukup aneh. Selama ini ,dia jarang sekali bermimpi. Tak sangka tadi dia boleh bermimpi tentang Johari tadi sedangkan selama ini sekali pun lelaki itu tidak pernah berjaya lolos masuk ke dalam tidurnya.

Nasuha termenung. Dia beristighfar dan berzikir sendiri, mahu memulihkan semangat yang separuhnya sudah terbang tadi. Benar-benar dia jadi keliru. Akhirnya, dia menyusun langkah ke bilik air. Dia mahu bersolat sunnat menanti subuh. Di akhir solatnya, dia berdoa supaya dikurniakan ketenangan abadi.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 80

BAB 12

Johari nampak tertekan. Sebentar lagi, dia perlu menghadiri satu mesyuarat. Di atas mejanya pula, bertimbun-timbun kertas kerja yang perlu dia siapkan. Esok dia perlu membentangkan kertas kerja itu. Dalam syarikat itu, Johari ialah salah seorang staff yang dianggap cemerlang. Dia tidak pernah lewat, juga tidak punya masalah disiplin. Langsung tiada.

Kerja-kerjanya juga diakui baik. Pendek kata, dia memang disenangi oleh semua orang samada orang atasan atau orang bawahannya. Salah satu daripada rahsia dia disenangi ialah kerana dia mempunya nilai-nilai yang baik.

Johari sedang melihat ke skrin computer. Jari-jemari menari-nari menaip di atas keyboard, memasukkan matlumat-matlumat ke dalam sistem.

Joe, jom pergi rehat. Sekarang kan break time. Rosli, rakan sepejabatnya menyapa.

Dah pukul 10 pagi dah ni, sambung seorang lagi rakannya.

Johari melihat kea rah jam yang membelit pergelangan tangannya. Sudah pukul 10.05 pagi.

Tak apalah. Korang pergi lah. Aku nak siapkan kerja ni. Sikit aje lagi, Johari cuba berlapik. Dia tersengih-sengih.

Kau ni rajin betul lah Joe. InsyaAllah ko cepat naik pangkat, balas Rosli sambil tersenyum penuh makna. Dia sebenarnya hanya separuh bergurau sahaja.

Aminn, Johari mengaminkan gurauan rakannya itu seraya tersenyum simpul.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 81

OK la. Kami pergi dulu, Rosli dan seorang lagi rakan sepejabatnya berjalan ke kafe yang berada di tingkat bawah, meninggalkan Johari yang kembali menyambung kerjanya dengan tekun tanpa lelah.

Petang itu, sesampainya di rumah, Johari bersolat asar. Dia tidak berjogging seperti biasa keran malam nanti, dia ada usrah. Dia perlu membuat ulangkaji serba sedikit. Mencari bahanbahan yang dirasakan perlu dan sesuai untuk dibincangkan dalam pertemuan dengan para pelajar UKM kampus Kuala Lumpur, malam ini.

Destinasinya ialah satu rumah milik sewa di Apartment Seri Indah, Cheras. Rumah itu telah disewa oleh adik-adik usrahnya yang seramai 5 orang semuanya. Kesemua mereka ialah pelajar-pelajar bidang perubatan, tetapi mereka dipecah-pecahkan lagi kepada beberapa subjek yang akan dikhusukan.

Johari bersolat isyak di Masjid Jalan India sahaja malam itu. Dia sengaja mahu singgah ke kedai buku yang berhampiran. Ada sebuah kitab yang dia mahu beli iaitu Kitab Hadis Shahih Muslim. Dia tidak membuang masa. Selesai wirid pendek dan berdoa, dia meluru keluar mendapat mencari kitab itu daripada salah sebuah kedai buku yang berderet di sana. Jumpa! Sebuah kitab tebal yang menghimpunkan jilid 1 hingga 4 daripada siri yang sama, dipegangnya kemas dengan sebelah tangan. Sebelah tangan lagi mengeluarkan dompet dan tanpa lengah, dia menjelaskan bayaran dan melangkah keluar ke arah kereta yang diletak agak jauh dari situ.

Dia memandu laju. Janjinya, dia mahu tiba di sana pada pukul 9.30 malam. Sekarang sudah jam 9.10 malam. Ah, masih ada 20 minit lagi!

Setelah meletakkan kenderaan di ruang meletak kenderaan, Johari memanjat tangga ke tingkat 3. Tiba di sebuah rumah, dia mengetuk pintu sambil memberi salam. Tidak lama, seorang lelaki muda becermin mata membuka pintu dan mempersilakannya untuk masuk. Mulut lelaki itu nampak manis dengan senyuman.

Johari melangkah perlahan. Matanya sempat melirik melihat suasana rumah itu. Rumah itu cukup sederhana. Ia mempunya 3 biji bilik dan dua bilik air yang sangat uzur. Sinkinya tidak berfungsi selain daripada airnya yang mengalir lambat-lambat. Biasalah rumah lama. Sudah berbelas orang menghuni rumah ini. Lagipun sewanya pun bukannya mahal sangat. Cuma RM 450 sebulan. Dikongsi oleh 5 orang, maka setiap seorang perlu membayar RM 90 sahaja.
Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/) Page 82

Johari melabuhkan punggungnya di atas lantai marmar yang sudahpun dilapik dengan tikar.. Di ruang tamu yang sesak itu, terdapat hanya sebuah rak buku yang besar dan tinggi serta ada 3 buah meja belajar. Lantainya pula, hampir seluruh ditutup dengan tikar. Johari meneka. Mungkin 3 orang belajar di meja dan 2 orang belajar di atas lantai kerana dia melihat, di hujung ruang tamu itu ada set alat tulis yang sedikit bersepah, tanda-tanda yang ada orang bertapa di situ bersama nota-nota mediknya.

Seorang demi seorang penghuni rumah itu keluar dan menyalami Johari. Mereka membuat bulatan dan mengelilingi Johari. Dalam masa yang sama, Johari perasan ada orang baru duduk bersama mereka. Mungkinkah dia seorang ahli baru?

Jalaluddin, seorang pelajar dari Besut, Terengganu ditugaskan untuk menjadi pengerusi majlis. Dia memberi sepatah dua kata-kata aluan dan membuka majlis dengan bacaan Surah Fatihah. Terus, dia mencadangkan agar sesi taaruf diadakan dahulu supaya dapat mereka berkenal-kenalan dengan ahli baru itu yang tersenyum-senyum sejak tadi.

Jalaluddin memperkenalkan dirinya dahulu. Antara perkara yang biasa disebut ialah nama penuh, asal dan nama sekolah lama.

Nama saya Jalaluddin bin Hamid. Boleh panggil Jalal. Asal saya dari Besut, Terengganu dan sekolah lama ialah MRSM Kuala Terengganu. Korang dah kenal kan? Jadi baik jangan tanya apa-apa, dia bergurau di hujung-hujung dan disambut dengan deraian tawa sahabatsahabatnya. Sememangnya Jalaluddin ialah orang yang paling suka bergurau dan melawak dalam kalangan mereka.

Seorang demi seorang memperkenalkan diri sampailah tiba kepada giliran Johari untuk bertaaruf.

Assalamualaikum. Nama ana Ahmad Johari Bin Hamzah. Ana lahir dekat Kuantan dan kemudian berpindah ke KL. Sekarang tinggal di KL dengan family. Masih bujang dan sedang bekerja di KL juga, di syarikat Al-Mukmin sebagai seorang executive pemasaran. Umur 24 tahun. Itu saja mungkin, katanya dengan penuh sopan.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 83

Jalaluddin tiba-tiba bersuara. Dia hanya mengusik. Bila ya abang kita ni nak kahwin?

Pertanyaan itu mengundang senyum penuh makna di setiap bibir mereka yang duduk dalam halaqah itu. Johari juga. Dia membuka mulut, memberi jawapan yang paling selamat, Bila sudah sampai jodoh, kahwinlah.

Semua berpuas hati. Mengagguk-angguk, tanpa soal lagi. Selepas itu, giliran Shamil pula untuk bertaaruf dan diikuti oleh ahli baru itu.

Assalamualaikum, dia nampak tidak yakin.

Waalaikumussalam, jawab semua yang mendengar, hampir serentak.

Nama saya, Sufi Bin Mansor. Boleh panggil saya Sufi. Matanya memandang mata Johari. Seolah-olah taaruf ini hanya untuk Johari seorang sahaja.

Asal saya Banting, Selangor. Sekarang menuntut di UKM cawangan Kuala Lumpur juga. Sama macam mereka, Cuma saya junior mereka setahun. Sekolah lama saya ialah Sekolah Menengah Sultan Ibrahim, Selangor. Hmm Itu saja kot.., dia senyum.

Selesai sesi taaruf, mereka membaca dan mentadabbur al-Quran. Surah Ali-Imran mulai ayat 141 hingga ayat 148. Satu muka surat sahaja. Selesai mentilawahkan ayat-ayat suci, mereka membaca terjemahan dan kemudian barulah mereka akan mula melihat ayat-ayat itu dengan lebih terperinci.

Johari mengangguk-angguk sendiri. Matanya masih terpahat pada huruf-huruf arab yang tersusun cantik di dalam al-Quran yang dipegangnya tika itu. Bagi Johari, setiap ayat al-Quran ialah ayat-ayat cinta daripada Allah Yang Esa. Dia menurunkan firman-Nya kepada kita. Agar kita menuruti, jadikan ia sebagai pedoman dan seterusnya ia akan menjamin kejayaan kita di dunia ini dan di akhirat kelak.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 84

Ayat-ayat yang mereka sedang hayati itu ternyata sangat istimewa. Mulai dari ayat 142, Allah telah meninggalkan satu sindiran kepada manusia.

Kamu mengaku kamu beriman. Tapi mengapa kamu tidak berjihad? Mengapa kamu tidak sabar?

Ayat 142 itu ternyata sangat-sangat menikam kalbu. Zaman ini, bukan sedikit manusia yang mengaku dirinya beriman tapi jika dilihat pada amalan dan penghayatan, saling tak tumpah dengan orang kafir. Islam yang dianuti bersifat juzuk iaitu dia islam dalam beberapa keadaan yang tertentu sahaja. Sebagai contoh, semasa urusan menunaikan ibadah haji dan umrah, seorang wanita itu menutup aurat dengan cukup lengkap dan sempurna. Tapi, sekembalinya dia ke tanah air, dia kembali membuka aurat. Orang-orang seperti ini seolah-olah menjadi islam semasa dalam ibadah sahaja, tapi tidak dalam kehidupan. Jelas sekali ia bersalahan daripada kebenaran islam itu sendiri.

Seterusnya dalam ayat 143, Allah menceritakan tentang sikap sejumlah sahabat Rasulallah S.A.W yang mengharapkan mati syahid. Dalam islam, mati syahid di jalan Allah ialah sebaikbaik kematian. Allah akan mengampunkan dosa-dosa orang yang mati semasa menegakkan kalimah tauhid ini. Tapi dalam satu hadis diceritakan bahawa orang yang mati syahid pun rohnya tergantung akibat hutang. Kerana itu, bersegera melunaskan hutang itu hukumnya wajib.

Zaman sekarang, apa yang tidak berhutang? Kereta.. rumah.. PTPTN lagi.. Oh! semuanya hutang. Kadang-kadang nak beli susu tepung anak pun berhutang juga! Bayangkanlah, jika seorang yang mati syahid pun roh nya tertahan akibat hutang, agaknya apalah yang bakal terjadi kepada orang-orang yang mati dalam hutang sedangkan dia tidak mati di jalan Allah?

Ayat 143 juga mempunya sebab-sebab penurunan (asbabun nuzul) sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim. Menurut Ibnu Abbas, ayat ini diturunkan berhubung sejumlah sahabat yang berkata, Semoga mati syahid seperti para syuhada di Perang Badar. Lalu dalam perang Uhud, Allah memberi mereka ujian dan mereka tidak tabah, kecuali sebilangan sahaja yang masih bertahan di medan Uhud. Lari dari medan perang ialah salah satu daripada 7 dosa besar yang menghancurkan, sebagaimana yang pernah disabdakan oleh Rasulallah.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 85

Kemudian, pada ayat 144, Allah menurunkan firman yang bermaksud, Sesungguhnya Muhammad itu hanyalah seorang Rasul yang sebelumnya telah berlalu beberapa orang rasul.. Saat Rasulallah s.a.w wafat, seluruh para-para sahabat sedih. Terlampau sedih. Hari itu, Saidina Usman ra. menjadi orang tak betul hari itu. Dia langsung tidak berbicara. Hatta apabila ditegur pun, dia tidak memandang. Dia terlampau sedih. Saidina Umar ra. bahkan lebih teruk. Saat itu, dia keluar dan berseru kepada seluruh para sahabat, Jika sesiapa berkata bahawa Muhammad telah mati, maka dia akan aku pancung!. Lalu Abu Bakar ra. bangkit membacakan ayat. Saat itu juga, hati Umar ra. seperti disiram oleh embun yang sejuk. Dia yakin dan menerima kewafatan Rasulallah. Peristiwa ini juga mengajar kita bahawa ayat-ayat al-Quran ini mempunyai kuasa rahsia yang dapat mendatangkan ketenangan, melebur kemarahan dan menghilangkan stress.

Sambungan pada ayat 145, Allah bercerita tentang maut serta niat manusia yang berbezabeza. Di dunia, setiap yang bernyawa akan mati. Itu pasti. Bahkan, manusia mati tanpa membawa harta sedikit pun. Walaupun assetnya berjuta, manusia hanya akan membawa 3 lapis kain kafan sahaja ke dalam kubur. Hanya itu sahaja harta yang dibawa. Selain itu? Keretanya akan berpindah milik. Isterinya pula akan mendapat suami baru! Tidakkah manusia harus sedar bahawa dalam hidup yang sebentar ini, mereka harus menyiapkan amal sebanyakbanyaknya?

Dalam ayat yang sama juga Allah ada menceritakan perihal niat. Sesiapa sahaja yang melaksanakan sesuatu perkara semata-mata kerana mahukan dunia, maka Allah tidak kedekut. Dia beri semua yang kita pinta. Sebaliknya jika kita melaksanakan sesuatu perkara dengan niat untuk mendapatkan pahala akhirat, maka Allah Maha Pemurah. Di dunia pun Allah beri, di akhirat pun Allah beri.

Bukankah Allah sangat baik? Jadi mengapa manusia susah sangat hendak bersyukur?

Dalam ayat yang seterusnya, iaitu ayat 146, Allah sekali lagi bercerita tentang jihad. Dan di akhir ayat itu, Allah membuat satu pengakuan. Dan Allah mencintai orang-orang yang sabar. Sabar ini ialah satu ibadah yang jarang-jarang dapat kita hayati. Para ulama telah mengelaskan jenis-jenis sabar. Ada empat jenis semuanya. Yang pertama ialah sabar ketaatan. Sebagai contoh, dalam solat. Kita bersabar daripada makan atau berbual-bual dalam solat kerana ia akan membatalkan solat. Sabar yang kedua ialah sabar apabila menghadapi musuh. Ketiga, sabar menerima qada dan qadar dan yang terakhir, sabar dalam meninggalkan benda haram. Sabar yang terakhir itulah sabar yang paling susah. Hanya sedikit orang-orang mampu untuk menggigil-gigil menahan ketagihan rokok, sedangkan ia suatu yang haram.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 86

Pada ayat ke 147 pula, Allah menukilkan doa yang dibaca oleh Nabi-nabi dan pengkikutpengikut mereka yang terdahulu. Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakantindakan kami yang berlebihan dalam urusan kami dan tetapkanlah pendirian kamu, dan tolonglah kami terhadap orang kafir

Menurut al-Ustaz Fathi Yakan, orang kafir ialah golongan manusia yang sentiasa menghalang aktiviti dakwah tetapi seringkali pula mereka mempromosikan maksiat. Mereka ini ialah agen-agen syaitan serta pengikut-pengikut syaitan buat selama-lamanya.

Dan pada ayat 148, Allah memberi mereka iaitu para nabi dan pengikutnya tadi pahala di dunia berupa kemenangan, dan juga pahala yang besar di akhirat. Ini kerana mereka ialah orang yang berjuang. Benar-benar berjuang, bukan hanya berjuang dengan air liur sahaja. Dan pada akhir ayat, sekali lagi Allah membuat pengakuan, Allah mencintai orang-orang yang membuat kebaikan dan benarlah, Allah sangat besar cinta-Nya kepada manusia, cuma manusia sahaja yang sedikit benar cintanya kepada Allah.

Ayat-ayat dari Surah Ali-Imran itu benar-benar menyentuh hati dan perasaan Johari. Walaupun dia mampu bercakap dengan lancar semasa menghurai satu per satu ayat suci alQuran tadi, di sudut hati, Johari rasa sangat tersentuh dan gemuruh.

Selepas sesi tadabbur, program diteruskan dengan agenda seterusnya iaitu tazkirah. Tazkirah bererti peringatan. Pernah satu ketikadahulu, Jalal mengeluh.

Ana tak pandailah bang nak beri tazkirah ni. Lagipun ana ni bukannya baik sangat nak beriberi nasihat ni. Wajahnya mendung.

Johari hanya mendengar. Dia menelan air liur. Sebenarnya kita sudah banyak salah faham tentang konsep tazkirah. Sebenarnya, memberi tazkirah ini bukanlah bererti kita perlu jadi lebai atau jadi mufti, baru kita rasa kita layak hendak beri peringatan. Sangat salah fahaman sebegitu

Yang sebenarnya, tujuan memberi peringatan ini tidak lain dan tidak bukan ialah untuk diri kita sendiri. Sekali kita berakap, kita akan ingat apa yang pernah kita sebut tadi berkali-kali ganda lebih mudah daripada orang yang mendengar. Telinga kita dengan telinga orang, mana yang lebih dekat? Telinga kita kan? Maka, jelas tazkirah adalah lebih untuk diri si penyampai
Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/) Page 87

itu. Lagipun, manusia itu sifatnya pelupa. Bukan melayu saja, semua manusia dicipta untuk memiliki sifat lupa. Sedangkan benda-benda yang kita nampak seperti kunci kereta pun kita boleh lupa kita letak di mana, inikan pula benda-benda yang ghaib seperti urusan akhirat yang ghaib dan tidak nampak. Sudah pasti kita lebih cepat lupa. Kerana itulah kita perlu untuk saling ingat mengingati, terang Johari panjang. Dan berkenaan dengan isi tazkirah kita, kita cakaplah apa-apa yang kita betul-betul yakin dan tahu. Kalau rasa tak tahu sangat, boleh bukak buku dan baca hadis 40 Imam Nawawi. Yang penting, ana nak antum latih diri untuk bercakap., Johari menambah. Memang tujuan sampingan memberi tazkirah ialah untuk membina confident level dalam diri. Kata-katanya tadi diikuti oleh anggukan dan senyum nipis daripada setiap orang yang duduk dalam bulatan itu. Mereka faham. Benar-benar faham.

Mulai saat itu, Jalaluddin dan rakan-rakannya nampak tidak canggung untuk memberi pesanan (tazkirah) lagi kerana mereka faham, ia adalah wadah untuk memperbaiki diri sendiri.

Hari itu, tugasan memberi tazkirah diamanahkan kepada Shamil. Anak muda itu mengingatkan setiap telinga yang mendengar bicaranya agar bersyukur. Ia adalah tazkirah ringkas dan hanya mengambil masa kurang 10 minit sahaja.

Seterusnya, mereka berganjak ke agenda yang seterusnya iaitu akhbar alam islami. Slot ini dikhususkan untuk membincangkan persoalan-persoalan yang timbul dalam dunia umat islam hari ini. Setiap persoalan akan dibincangkan hingga ke akar umbi, tak kira di Malaysia atau di luar Negara.

Antara isu yang sering menjadi tumpuan ialah tentang pergolakan di Palestin serta kezaliman tentera Zionis. Johari juga sering mengikuti perkembangan yang berlaku di bumi barakah, Baitul Maqdis. Dia punya satu cita-cita yang besar! Dia mahu melihat orang islam di Palestin merdeka dan dia mahu melihat kiblat pertama umat islam, Masjid al-Aqsa bebas dari cengkaman orang Yahudi laknat.

Walaupun berada di Malaysia, Johari tidak mahu perjuangannya mandul. Dia sentiasa konsisten menyumbangkan wang ringgit ke dalam misi-misi bantuan ke Gaza. Dia juga ada memboikot barang-barang keluaran Yahudi. Syukur, memang keluarganya cukup berhati-hati dalam membeli barangan, dengan barangan keluaran Yahudi akan berada di senarai mesti beli yang paling akhir.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 88

Berkenaan dengan ini, Rasulallah pernah bersabda seperti yang diceritakan oleh Abu Hurairah ra. daripada Rasulallah; Orang islam itu ialah saudara bagi orang islam yang lain. Dia tidak boleh menzalimi dan tidak boleh membiarkan saudaranya terbinasa-Hadis Shahih riwayat Abu Daud dan Tirmizi.

Bapanya, Datuk Hamzah sering menitik berat akan matapelajaran ini, iaitu at-Taawun. Taawun bermaksud membantu. Sejak Johari kecil lagi, dia sering melihat Dato Hamzah sering benar membantu golongan fakir-fakir miskin, golongan pelajar-pelajar pondok tahfiz, bahkan orang-orang bukan islam juga dia beri sedekah. Benar-benar ayahnya seorang yang pemurah.

Setiap harta yang ada pada kita adalah kurniaan Allah. Jadi, kenapa kita perlu menjadi kedekut sedangkan Allah langsung tidak kedekut kepada kita, kata-kata Datuk Hamzah itu terlekat dalam hatinya. Johari sentiasa ingat akan itu.

Hampir 20 minit berlalu. Satu demi satu isu dan berita dikupas. Selesai, Jalaluddin menjemput Johari untuk menyampaikan bahan perbincangan. Johari bermula dengan puji-pujian terhadap Allah. Benar-benar dia merasakan bahawa kehadirannya di dalam majlis itu pun kerana pilihan Allah, kerana taufik dan hidayah-Nya.

Bukankah waktu-waktu begini, ramai benar warga kota tenggelam dengan rancangan televisyen yang benar-benar melalaikan? Jika tidak pun, bukankah masa-masa begini ramai benar anak muda yang berpeleseran dengan teman masing-masing? Seolah-olah kematian itu tidak akan menjemput mereka.

Johari sedar betapa hidayah dan kesedaran yang diberikan Allah itu tidak mampu dibeli dengan wang. Tanpa itu, pasti dia juga turut hanyut dalam syurga buatan sendiri.

Ikhwan sekalian. Marilah kita merenung sejenak firman Allah di dalam surah Al-Anfal ayat 22. Johari berhenti sebentar, memberi ruang untuk adik-adik usrahnya membelek al-Quran dan melihat terjemahan maksudnya.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 89

Dalam ayat ini, Allah berkata bahawa makhluk yang paling buruk ialah mereka-mereka yang pekak dan bisu. Apa maksudnya? Maksudnya ialah orang-orang yang tidak mahu mendengar pengajaran-pengajaran daripada al-Quran dan tidak mahu memahaminya. Dan orang-orang itu, dinilai sebagai orang-orang yang tidak mengerti

Ayat ini mengajar kita supaya sesekali jangan berasa ego, sombong dan takabbur untuk mendengar nasihat, mendengar tunjuk ajar, dan mendengar pengajaran-pengajaran tentang islam

Penyakit tidak mahu mendengar ini bukan lagi sekadar wabak kepada masyarakat awam, sebaliknya ia sudah bertukar menjadi virus yang menyerang sendi-sendi pemikiran seorang pendakwah dan orang-orang alim. Tidak sedikit golongan mereka ini yang akan melenting apabila ditegur. Lupakah kita, bahawa kita ini manusia? Sesekali kita tidak mungkin mencapai darjat kesempurnaan. Kerana itu, apabila diperingatkan atau ditegur, sesekali jangan kita memandang kepada siapa yang menegur, sebaliknya lihat kepada apa yang ditegur itu

Johari berdehem, melegakan kerongkongnya. Sebenarnya, kata-kata nasihat ini pernah diberikan oleh seorang Syeikh yang mengajar di salah sebuah masjid di Jordan. Johari bersama rakan-rakannya duduk di dalam majlis pengajian yang dijalankan secara percuma. Syeikh yang mungkin sudah separuh abad itu cukup bersemangat dan bertenaga dalam menyampaikan syarahannya. Johari akan menyalin serba ringkas isi-isi penting ke dalam buku notanya. Dia belajar dengan cara itu, mencatit dan kemudian membacanya kembali.

Jauh di sudut hati Johari, dia kesal kerana dahulu, dia membelakangkan cadangan bapanya untuk menghantarnya ke sekolah agama. Sudahlah ia sekolah agama, duduk di asrama pula tu. Johari mogok lapar dan akhirnya bapanya tidak jadi untuk menghantarnya ke sekolah agama. Akibatnya, Johari mendapat didikan sekular, dan selama 21 tahun dia tidak mengenal tujuannya dia hidup.

Sesudah bayu hidayah meniup ubun-ubunnya, dengan bertirik tolak akan peristiwa dompet hilang di Jordan, Johari benar-benar berusaha menjadi muslim yang sejati. Mungkin jika dilihat dengan kesungguhannya, dia seperti mahu menebus kelalaiannya selama ini. Dan kerana itu, dia menjadi amat berminat mendalami ilmu agama seterusnya menajamkan ketaqwaan dan kehambaan diri kepada Allah, Tuhan yang sekalipun tidak mengazab Johari walaupun banyak benar keingkaran yang dia lakukan. Bahkan, Johari juga merasa hiba mengenangkan betapa Allah itu sangat baik. Sentiasa menutup aibnya walaupun dia berhak untuk dimalukan atas sebab dosa-dosanya yang menggunung.
Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/) Page 90

Johari tiba-tiba sebak. Sedaya upaya dia cuba menahan perasaan. Dia menghela nafas panjang dan meneruskan bicaranya.

InsyaAllah pada malam ini kita akan lihat satu tajuk yang cukup ringkas iaitu Halanganhalangan daripada mengenali Allah

Johari memandang wajah adik-adik usrahnya. Dia merenung mata setiap dari mereka. Ada pancaran ikhlas dari mata-mata itu.

Sacara ringkas, halangan-halangan ini terbahagi kepada dua, iaitu kerana tuntutan hawa nafsu dan kerana kejahilan. Dalam ayat terakhir surah Fatihah, kita melihat ada 3 golongan manusia yang disebut oleh Allah. Pertama ialah orang-orang yang Engkau telah beri nikmat. Kedua ialah bukan jalan orang yang Engkau murkai dan golongan ketiga ialah orang-orang yang sesat. Basically, golongan yang dimurkai itu ialah orang Yahudi manakala yang sesat itu ialah Nasrani ataupun kristian

Orang-orang Yahudi dimurkai kerana mereka menuntun hawa nafsu, yang juga merupakan sebab pertama menghalang manusia untuk menganal Allah. Bayangkanlah, orang-orang Yahudi ini sangat-sangat kenal akan Rasul terakhir, Muhammad S.A.W tetapi dek kerana dia berbangsa arab, bukannya berbangsa Yahudi, maka puak-puak ini menjadi duri dalam daging, sentiasa menentang islam. Di Malaysia, agak-agaknya wujud atau tidak golongan yang mulutnya berkata, aku islam! tapi dalam masa yang sama mereka merancang strategi untuk menghancurkan orang-orang islam itu sendiri supaya mereka meninggalkan perintah-perintah Allah?

Johari bercerita penuh semangat.

Orang-orang Nasrani atau juga dikenali sebagai orang kristian dikatakan sebagai orang jahil kerana mereka tidak mahu berfikir. Bagaimana mereka boleh mengatakan Isa as. sebagai anak Tuhan sedangkan Tuhan itu tidak mati, tidak makan dan tidak tidur. Kerana faktor kejahilan inilah, mereka banyak benar melakukan perkara-perkara yang tidak masuk akal

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 91

Perbincangan ini menjadi semakin hangat. Johari bahkan sudah mula masuk kepada persoalan-persoalan yang sangat dalam dan terperinci. Ayat-ayat al-Quran satu demi satu digali dan dikeluarkan lalu dihujjah sesuai dengan konteks dan contoh yang digunakan. Faktor-faktor dan jalan penyelesaian juga telah di bincangkannya. Jalan penyelesaian hanya dua, iaitu bermujahadah serta konsisten menuntut ilmu.

Hampir 40 minit Johari bercakap. Tekaknya terasa kering. Setelah selesai membawa bahan perbicangan itu, dia meneguk secawan air. Cukup terasa kelegaannya.

Selesai dengan agenda itu, mereka terus kepada agenda seterusnya iaitu mutabaah ibadah dan juga slot musykillah. Mutabaah ibadah itu bermaksud setiap dari mereka dikehendaki untuk membudayakan dan istiqomah dalam melaksanakan sesuatu amal ibadah. Sebagai contoh, mereka dikehendaki supaya solat berjemaah at least 3 kali sehari. Sebenarnya, ia adalah bentuk latihan kepada mereka agak setelah mereka dapat konsisten berjemaah 3 kali sehari, maka nanti bilangan itu akan bertambah kepada 4 dan terus meningkat. Ia merupakan satu platform untuk mendidik diri bagi melakukan amal ibadah.

Dalam sesi musykillah, ia adalah satu slot yang diperuntukkan untu soal jawab. Jika sesiapa ada sebarang keraguan, mereka boleh bertanya kepada Johari, walaupun perkara itu tidak selalunya berkaitan dengan keagamaan. Mereka juga dialu-alukan untuk berkongsi masalah tidak kiralah ia berbentuk peribadi ataupun tidak.

Jalaludin melihat ahli baru, Sufi kelihatan seperti mahu bertanya tapi seperti segan-segan. Lalu dia dengan selamba berkata, Yaaa! Akhi Sufi kita mahu tanya. Tanyalah sufi kalau nak tanya aku pun taka pa. Tapi kalau tanya aku, aku akan jawab juga tapi nasib-nasib dapatlah jawapan bodoh, Jalaluddin ketawa. Yang lain turut tertawa termasuklah Johari dan Sufi. Sungguh, Jalaludin banyak menceriakan suasana dan kehadirannya benar-benar menjadikan majlis itu santai, lancar dan tidak membosankan.

Sufi akhirnya bersuara. Abang, saya sebenarnya baru pertama kali join usrah ni. Jadi saya nak tanya, sebenarnya usrah ini apa dan bagaimana?

Johari senyum kelat. Rupa-rupanya Sufi masih belum faham akan usrah ini walaupun dia sudah duduk selama lebih 1 jam setengah bersama-sama mereka.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 92

Sebenarnya, usrah ini telah wujud sebelum peristiwa Hijrah itu lagi. Semasa perjanjian Aqabah yang pertama, Rasulallah telah membuat perjanjian dengan penduduk Madinah seramai 12 orang. Cuba kita lihat, bagaimana dengan 12 orang itu, mereka kembali ke madinah dan menyebar luaskan tentang islam yang mana akhirnya, dalam perjanjian Aqabah kedua, para penduduk Madinah berbesar hati dan berfikiran luas, sedia mengangkat Rasulaallah S.A.W untuk memimpin mereka di sana, Johari berhenti sebentar. Dia menelan air liur. Tekaknya terasa sedikit perit lagi.

Sama juga dengan usrah. Kita sebenarnya sedang belajar untuk menjadi pendakwah. Kita tidak hanya boleh menjadi bijak atau alim dengan diri. Kita perlu menyiapkan orang lain untuk bijak dan alim juga. Kita tidak boleh masuk syurga sendiri, tapi kita dituntut untuk menyiapkan orang-orang lain untuk sama melangkah ke syurga, beriringan dengan kita. Faham?, tanya Johari serius.

Sufi mengagguk-angguk tanda faham. Sesekali, tangannya menari-nari dia atas buku notanya. Pasti dia sedang mencatat sesuatu yang dirasakannya sebagai penting dan bermanfaat.

Hampir jam 11 malam, Johari menekan pedal minyak. Kereta waja berwarna hitam itu meluncur membelah kegelapan, meninggalkan warga kota yang masih sedang galak memuaskan nafsu.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 93

BAB 13

Telefon di meja Johari berdering. Johari tersentak sedikit. Konsentrasinya terhadap kerja terganggu sedikit. Dia mencapai ganggang.

Hello, Johari bersuara lembut.

Hello. Assalamualaikum encik Johari, ada suara wanita di hujung ganggang.

Johari senyum. Dia kenal benar akan suara itu. Itulah Kak Ros, personal assistant bapanya. Sememangnya, dia cukup mengenali Kak Ros, suami serta anak-anaknya. Asal saja bapanya menganjurkan majlis-majlis keramaian seperti kenduri doa selamat, pasti Kak Ros dengan keluarga akan dijemput. Hubungan ini bahkan sangat erat kerana kebetulan pula, suami Kak Ros, Abang Reza, ialah anak kepada sepupu Datuk Hamzah.

Waalaikumussalam kak. Ada apa?, tanya Johari. Pasti ada sesuatu yang mahu dibicarakan.

Ayah suruh datang pejabatnya, kata Kak Ros

Kening Johari terangkat. Datuk suruh masuk pejabat? Johari mahukan pencerahan.

Datuk apenya Dia mana ada cucu lagi. Kamu tu lah belum mahu kahwin. Ayah kamu la yang nak jumpa tu Joe. Datuk Hamzah, terdengar Kak Ros ketawa kecil di hujung ganggang. Sengaja dia mahu mengenakan Johari.

Johari hanya mengulum senyum hambar sebelum dia meletakkan ganggang. Johari berkemas sedikit. Sememangnya dia seorang yang sangat beretika dan berdisiplin tinggi. Sesekali dia tidak akan membiarkan mejanya bersepah-sepah walaupun dia berpergian hanya sekadar 5 minit seperti ke tandas. Dan apabila mahu menyambung pekerjaan, dia akan memastikan dia bermula dengan membaca lafaz basmallah; Bismillahirrahmanirrahim.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 94

Johari menuju ke bilik ayahnya di tingkat 5, satu tingkat lebih tinggi daripada arasnya. Bangunan 5 tingkat ini sememangnya milik syarikat al-Mukmin. Segala urusan-urusan pentadbiran syarikat dilaksanakan dalam bangunan ini. Walaupun ia terletak di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur, tapi ia tidak menjadi satu kesukaran bagi para staff dan kakitangan disini untuk mendapatkan ruang parking kenderaan.

al-Mukmin ialah syarikat gergasi yang besar. Kilang-kilangnya sudah ada 3 di Malaysia. 2 buah di Selangar, dan sebuah di Terengganu. Syarikat inilah juga yang bertanggung jawab untuk membekalkan pakain islam untuk lelaki dan perempuan. Daripada pakain-pakain yang berskala kecil seperti stoking, tudung, kopiah, songkok, hinggalah kepada jubah, semua dibuat dengan bahan-bahan yang berkualiti dan suci. Itu terbukti.

Johari memanjat tangga. Tiba di tingkat 5, dia menapak ke bilik bapanya. Di kiri dan kanan laluan, ada beberapa buah bilik pejabat orang-orang penting syarikat ini. Sudah pasti ia sangat selesa. Johari ke meja Kak Ros. Kak Ros menyambutnya dengan senyuman. Johari mengetuk pintu. Setelah mendapat kebenaran dari bapanya untuk masuk, Johari bergerak ke dalam. Dia melihat bapanya sedang bercakap-cakap sesuatu dengan Encik Hamid, salah seorang pengurus dalam syarikat ini. Johari memberikan senyum kepada Encik Hamid dan mengambil tempat di sofa yang berada di hujung bilik. Dilihatnya, wajah Encik Hamid berseri-seri. Tekaan awalnya, En. Hamid mesti dinaikkan pangkat.

Tidak lama, mereka berdiri dan berjabat tangan. Encik Hamid meleretkan senyum kepada Johari sebelum melangkah keluar. Johari bingkas ke meja bapanya dan duduk.

Ada apa ayah?, tanya Johari. Dahulu, memang dia tersangat janggal untuk membahasakan bapanya Datuk dan Datuk Hamzah juga selesa dan tidak terasa sedikitpun dengan panggilan ayah. Hubungan apa yang lebih istimewa selain hubungan kekeluargaan atas paksi syahadah?

Ayahnya tidak segera membuka bicara. Matanya memandang ke skrin computer di sisinya. Lalu, Johari bertanya lagi, En. Hamid tu senyum memanjang aje ayah. Naik pangkat ke?

Bapanya senyum luas. Dia meletakkan kaca matanya dan menghela nafas panjang, sedia untuk bercakap.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 95

Begini Joe. Encik Hamid tu memang telah dinaikkan pangkat. Dari manager, dia dinaikkan pangkat menjadi Senior Manager.

Tekaan Johari tepat. Dia terseyum sendiri. Patutlah, bisik hatinya.

Dan, tempatnya itu akan dikosongkan. Maka, ayah dan ahli lembanga pengarah yang lain telah bermesyuarat. Kami sepakat mahu melantik kamu untuk menggantikan tempat En. Hamid, Datuk Hamzah tersenyum lebar.

Johari sedikit terkejut. Dia seolah-olah tidak menyangka yang dia akan menerima kenaikan pangkat dengan begitu segera. Lalu dia bertanya, Ayah ke yang mencadangkan nama saya?

Datuk Hamzah menggeleng. Tidak. Ayah hanya senyap dan merekalah yang mencalonkan nama kamu. Kata mereka, kerja-kerja kamu berkualiti. Disiplin dan etika kamu baik. Bahkan kamu juga mempunyai public relationship yang baik dengan para staf dan klien kita. Kerana itu nama kamu naik

Johari terdiam. Separuh hatinya berasa bangga dan separuh lagi berasa gusar, takut-takut sekiranya peluang kenaikan pangkat ini bererti dia akan menjadi semakin jauh dengan Allah. Itu yang dirunsingkannya.

Joe, suara Datuk Hamzah mematikan lamunannya.

Setuju atau tidak?,tanya bapanya.

Johari diam berfikir. Sudah tentu amat bodoh jika dia tidak mengambil peluang itu. Kenaikan pangkat bererti kenaikan gaji dan kesenangan. Tapi di sudut hatinya, dia mengakui bahawa ia juga bererti tanggungjawabnya akan meningkat juga.

Lama dia begitu. Berfikir. Dalam surah al-Qasas ayat 77, Allah berfirman yang bermaksud dan carilah pahala akhirat dengan apa-apa sahaja yang telah dikurniakan oleh Allah. Ini

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 96

bererti, dengan kekuasaan dan harta yang diberi, peluangnya untuk melaksanakan dakwah lebih terbuka luas. Paling tidak, kepada bakal-bakal staff nya.

InsyaAllah. Setakat ini jawapan saya ialah ya, balas Johari sambil bibirnya menguntum senyum.

Setakat ini bermakna Johari masih mahu melakukan Solat Istikharah, dan itulah yang dia pernah lakukan dahulu sebelum dia bersetuju mahu bekerja dengan syarikat bapanya.

Cerita tentang kenaikan pangkat Johari menjadi topik perbualan mereka sekeluarga di meja makan. Antara mereka, Salina ialah orang palik galak mengusik Johari. Adiknya itu nampak begitu ceria dan suka.

Wah lepas ni boleh la Abang Long cari makwe yang cantik-cantik, kan mak?, Salina berpandangan dengan ibunya. Datin Roza meleret senyum.

Johari meneruskan suapannya, seolah-olah dia tidak mendengar kata-kata nakal adiknya itu.

Abang kamu tu bukannya reti mengorat. Takut perempuan, ibunya membalas dengan sinis. Walaupun sekadar usikan, ada betulnya di hujung-hujung.

Johari hampir tersedak. Aku takut perempuan?! Jauh di sudut hatinya, dia memang akui bahawa dia memang tidak selesa bergaul dengan wanita yang bukan mahramnya. Pernah sekali sahabat ibunya, Datin Cat atau nama penuhnya, Datin Khairina menjadi tetamu di rumah ini. Dia datang bersama dengan anak gadisnya yang baru pulang dari kursus kedoktoran di India. Sengaja mereka menyuruh Johari berbual-bual dengan anak gadis datin yang vogue itu kerana mereka sama-sama lepasan luar Negara. Bahkan, mereka sebaya pula. Johari jadi serba salah. Lebih-lebih lagi, gadis itu terlalu mesra alam dan peramah. Banyak sungguh soalan-soalan dihujani kepada Johari dan Johari hanya menjawab lebih kurang.

Selepas tetamu-tetamunya pulang, ibunya menyindir sambil senyuman penuh makna terukir di bibirnya, Dah besar panjang pun masih takut perempuan lagi ke?
Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/) Page 97

Johari bukannya takut. Dia cuma kurang selesa. Itu saja. Mujur sahaja ketika itu, Johan tidak ada di rumah. Jika tidak, pasti rahsia yang dia pernah bercinta semasa zaman sekolah dulu akan pecah. Ah! Cinta monyet dia dengan Nasuha.

Saat ini, Johan sedang mengikuti program motivasi di Janda Baik, Pahang. Kursus itu dikendalikan oleh seorang pakar motivasi terkenal, Ustaz Mawi atau nama sebenarnya Ustaz Ahmad Nizam. Dia digelar sebagai Ustaz Mawi kerana dia memilki suara yang merdu mirip seperti Mawi, penyanyi terkenal tanah air.

Datuk Hamzah menghantar Johan mengikuti kem ini kerana tahun hadapan, Johan bakal menduduki SPM. Sebagai satu ikhtiar supaya anaknya itu rajin belajar dan ikhlas menuntut ilmu, dia tidak kisah sekalipun dia sendiri yang terpaksa memandu ke Janda Baik, Pahang.

Lagipun, Datuk Hamzah pernah terdengar pesan seorang ustaz yang dijemputnya untuk memberi kuliah maghrib di Surau al-Hamdaniyyah. Ustaz lulusan Universiti Al-Azhar itu berucap; Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah. Maafkan saya. Sebenarnya, saya sedikit terkilan dengan situasi masyarakat kita hari ini. Ada ibubapa datang bertemu saya, meminta air jampi buat penerang hati. Katanya, anaknya mahu menduduki peperikasaan. Bahkan banyak tempat menganjurkan aktiviti solat hajat perdana buat anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan besar seperti PMR dan SPM ini. Tempat tuan-tuan saya tak tahu. Ada buat tak?

Ustaz yang berjanggut sejemput itu senyum. Sayup-sayup ada hadirin yang menjawab, Ada.

Ustaz itu menyambung. Sebenarnya, buat solat hajat ini bukannya apabila sudah dekat exam, tapi setahun sebelum exam!

Ada hadirin yang tebeliak mendengar perkataan setahun. Datuk Hamzah tidak terkecuali. Setahun? Lamanya!, bisiknya dalam hati.

Ustaz berkulit gelap itu tidak hanya berhenti disitu. Dia menerangkan maksud kata-katanya tadi. Sebenarnya, sebelum berdoa supaya anak lulus cemerlang dalam peperiksaan, ibubapa perlu berdoa supaya anak-anak jadi rajin belajar. Kemudian selepas 3 atau 4 bulan sebelum
Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/) Page 98

exam, berdoalah pula supaya anak-anak mudah mengingati dan semakin rajin berdoa. Dah dekat-dekat nak exam, barulah solat hajat dan berdoa supaya anak-anak boleh ingat balik apa yang dia pernah belajar

Hadirin sudah dapat mengerti apa yang dimaksudkan oleh Ustaz itu.

Ini tidak. Di satu tempat yang saya pernah mengajar, ada mak cik tu datang kepada saya mengadu yang sudah berbotol-botol air penerang hati dia beri anak dia minum. Dah berbuihbuih mulut dia berdoa, tapi result anak dia teruk. Saya kata kepada dia, kalau anak kita memang tak belajar atau malas mengulang kaji, kita bagi dia makan kismis satu lori pun anakanak tidak akan berjaya. Sebabnya, memang dia tidak belajar. Dalam islam, ada konsep usaha dan ada juga konsep tawakkal. Setiap kali kita berdoa, Allah akan memakbulkan seperti hujan. Maka, kita perlu sediakan bekas untuk menadah air hujan itu. Jika tidak, ia hanya akan jatuh atas tanah sahaja, panjang lebar kata-kata ustaz itu.

Dan bagi Datuk Hamzah, menghantar Johan ke kem motivasi yang punya teras islam ini ialah salah satu cara dia menyediakan bekas untuk menadah air hujan. Mudah-mudahan Allah memberkati ikhtiar yang kerdil ini, doanya selalu.

Tengah malam itu, sebelum tidur, Johari berdoa dan bangkit melakukan solat istikharah. Petunjuk yang dicari, dirasakan sudah diberi. Dan malam itu juga, dia tidur lena hingga hampir-hampir dia tidak dapat berjemaah di surau kerana terlalu lena.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 99

BAB 14

Nasuha merenung ke luar tingkap. Hujan yang turun mencurah-curah sejak pagi ternyata membantutkan banyak aktiviti harian manusia. Sekarang memang musim tengkujung di Pantai Timur. Menurut cerita datuknya, beberapa kampung sudah dinaiki air kerana hujan yang tidak berhenti-henti sejak kelmarin. Nasuha berdoa penuh pengharapan agar kampungnya tidak terjejas.

Cutinya berbaki kurang seminggu sahaja lagi sebelum dia pulang ke UIAM, berperang dengan kertas dan pena. Tahun akhir sememangnya menjanjikan cabaran yang lebih dan Nasuha perlu menyiapkan mental dan fizikalnya untuk itu.

Sedang dia asyik melihat titis-titis hujan yang turun dari bumbung, telefon bimbitnya berbunyi. Ada SMS diterima. Nasuha mencapai telefon yang berada di atas meja tulisnya.

Assalamualaikum Su. Bagaimana keadaan Su di kampung? Dalam berita kata beberapa kawasan di Pantai Timur sudah dinaiki air. Kampung Su terjejas?-Ana.

Nasuha tersenyum saat membaca SMS itu. Sememangnya Suhana sentiasa peduli tentang dirinya. Suhana orang Negeri Sembilan. Dan sudah tentu di sana cuacanya tenang-tenang sahaja. Nasuha berfikir sejenak. Jari-jarinya kemudiannya laju menekan pad telefon, membalas SMS itu.

Alhamdulillah. Su sihat. Di sini hujan renyai-renyai sejak semalam. Tapi air tidak naik. Syukur. Mohon doa ya, supaya tidak berlaku perkara-perkara yang tidak diingini di sini

Sebentar, satu SMS balas diterima.

InsyaAllah Ana doakan. Su jaga diri ya

Nasuha tersenyum. Dia meletakkan telefonnya ke atas meja kembali. Lalu dia bingkas bangun dan keluar ke ruang tamu.
Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/) Page 100

Di ruang tamu, adiknya Aman sedang menonton televisyen yang jarang benar terpasang. Entah cerita apa yang terpasang pun Nasuha tidak tahu kerana gambarnya jelas kabur dan bergaris-garis. Fikirnya yang adiknya itu sudah tersangat bosanlah tu. Jika tidak, pasti dia akan membuat benda-benda lain.

Bilik Arif Fahmi, adiknya yang baru 2 minggu pulang ke rumah tertutup rapat. Barangkali dia masih enak dibuai mimpi. Hujan-hujan begini memang menjanjikan nikmat tidur yang luar biasa. Nasuha memandang jam. Baru pukul 10 pagi.

Hajah Kalsum dan Najwa tiada. Mereka ke klinik kesihatan. Adik bongsunya itu demam katanya.

Datuknya pula sedang berada di luar rumah. Sebelah tangannya memegang payung dan sebelah lagi sedang memberi dedak kepada ayam-ayam peliharaannya. Datuknya memang suka benar membela ayam. Bahkan neneknya pernah bercerita yang datuknya ketika muda selalu sahaja masuk ke hutan, menembak ayam hutan. Kadangkala ada sampai berhari-hari dia di dalam hutan. Datuknya akan pergi bersama rakan-rakannya yang sama veteran sekarang. Tidak pernah dia masuk hutan seorang diri.

Nasuha ketawa lucu apabila kerana seringkali apabila datuknya pulang dengan tangan kosong, dan ketika itu, neneknya akan membebel, Huh baik tak payah pergi berburu lah. Buang masa saja. Kalau dapat habuan, tak apa. Ini penat aje yang dapat

Nasuha tahu yang datuknya hanya memburu kerana suka-suka. Senapang patah milik datuknya masih tersimpan kemas di bawah katil, tanpa peluru.

Nasuha berganjak ke dapur. Dia mencari-cari pekerjaan untuk dibuat. Sebenarnya, dia juga agak bosan. Kerana itu dia mahu mencari kerja apa yang dia boleh buat di rumah itu. Lalu dia melihat kepada baju-baju adiknya yang masih bertimbun di satu sudut, tidak berlipat. Nasuha melipat dan menyusun di rak pakaian.

Selesai, dia kembali ke dalam bilik. Sementara menunggu jam 11 pagi, dia mahu menghabiskan membaca novel Degup Cinta Medik yang dipinjakan Suhana kepadanya. Jam
Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/) Page 101

11 pagi, Nasuha ke dapur, menyiapkan makanan tengahari. Saat melalui bilik neneknya, dia melihat neneknya sedang mengaji dalam keadaan bersandar di hujung katil. Nasuha tersenyum bahagia. Neneknya semakin baik. Sudah boleh bergerak bebas. Bahkan sudah boleh berjalan walaupun masih dalam sedikit kesukaran. Penyakit kencing manisnya juga beransur baik kerana dietnya sangat-sangat dijaga oleh Nasuha.

Menjelang tengahari, hujan pun berhenti. Lalu adik-adik lelakinya pun hilang. Mungkin keluar ke rumah kawan-kawan mereka. Di kampung ini, Nasuha tidak punya kawan pun kecuali seorang. Ini kerana selepas berpindah di kampung ini 2 tahun lepas, Nasuha terus ke UIAM. Tidak sempat berkenal-kenal dengan sesiapapun, kecuali dengan Sarah. Sarah ialah cucu perempuan Nek Jah, sahabat kepada neneknya. Sudah beberapa kali Sarah bertamu ke rumahnya kerana mengikuti Nek Jah. Nek Jah mahu menziarahi neneknya, maka Sarah pun tumpang sekali untuk berbual-bual dengan Nasuha.

Sarah ialah gadis kampung. Dibesarkan sejak dari kecil di kampung ini. Selepas peperiksaan SPM, Sarah sudah mula bekerja. Itu pun sebagai pembantu di Warung Pak Man, salah satu kedai makan di kedai ini yang ada melanggan kuih-kuih daripada ibunya.

Hari itu Nasuha memasak tom yam. Tom yam yang dia masak mungkin tidak bertaraf 5 bintang tetapi cukup untuk membuatkan Aman dan Arif menambah hingga dua pinggan. Nasuha bahagia melihat adik-adiknya makan dengan berselera.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 102

BAB 15

Aisyah merenggangkan badannya yang lenguh-lenguh. Tangannya di lurut ke hadapan. Wajahnya yang mendung menjelaskan betapa dia bosan terperangkap di atas udara. Hampir 10 jam dia berada di dalam pesawat Boeing 777 milik Qantas Airways ini. Sudah puas dia tidur dan bangun. Dia memandang ke luar tingkap. Tiada apa yang kelihatan kecuali kepulan awan yang memutih. Sesekali kapal itu bergegar. Namun Aisyah tahu bahawa ia adalah sesuatu yang normal berlaku di dalam kapal terbang.

Dia mencapai headset yang berada di depannya lalu disangkut di telinganya. Tangannya sibuk memilih-milih lagu. Kesemuanya hampir 500 buah lagu dari berbagai-bagai bahasa. Kerana pesawat ini ialah pesawat dari Australia, maka hampir kesemua lagu-lagu di dalamnya ialah lagu inggeris. Aisyah memilih sebuah lagu nyayian bintang pujaannya, Justin Biebier. Sesekali kepalanya mengangguk-angguk menuruti lantunan muzik.

Sistem IFE atau in fligh entertainment bagi pesawat B-777 adalah antara yang termaju pada abad ini. Penumpang boleh bermain video game dengan pilihan sehingga 100 jenis permainan. Jika tidak, mereka juga boleh menonton filem-filem yang hampir 100 jenis. Filem yang dimuat turun ke dalam sistem adalah filem-filem terbaru yang pastinya tidak membosankan para penumpang.

Satu demi satu lagu dimaikan. Berulang-ulang, silih berganti. Aisyah menoleh sedikit kepalanya ke sebelah. Di sebelahnya ialah seorang lelaki cina dari Singapore. Dia sedang menonton sebuah filem aksi di skrin kecil yang berada di hadapannya. Tiba-tiba, Aisyah terpandang seorang lelaki arab sedang membetangkan sejadah di satu kawasan lapang, tidak jauh dari tempat duduknya.

Kawasan itu sekadar mencukupi untuk satu atau dua orang untuk berbaring. Sememangnya ruang di dalam kapal terbang sangat terhad. Lebih-lebih lagi pada kelas ekonomi. Kerusinya tersusun dengan padat sekali.

Lelaki berjambang lebat itu bersolat walaupun dia tahu beberapa pasang mata sedang memerhatinya dengan penuh curiga. Solat isyak barangkali. Aishah? Dia memang jarang benar bersolat. Bukannya tidak tahu atau tidak boleh, tetapi malas. Baginya, solat hanya dikerjakan di rumah sahaja. Itu pun jika tiada urusan-urusan penting. Sedangkan apakah yang lebih besar daripada solat?
Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/) Page 103

Semakin lama, kelakuan lelaki arab yang bersolat itu menarik perhatian ramai penumpangpenumpang lain di dalam kelas ekonomi. Antara mereka, ramai yang berbisik-bisik. Pramugara dan pramugari yang bertugas juga turut sama terpegun. Mungkin ini adalah kali pertama mereka melihat orang bersolat di dalam kapal terbang.

Bahkan, seorang pramugara berbangsa Inggeris menghampiri lelaki itu. Dia bercakap sesuatu dan tangannya mahu dihalakan ke arah lelaki yang sedang sujud itu. Sebelum sempat dia menyentuh lelaki itu, seorang penumpang bersuara, menegahnya daripada mengganggu lelaki arab itu.

He is praying right now. Please dont disturb him, seorang lelaki berbangsa cina bersuara tegas.

Pramugara tadi mengagguk-angguk tanda faham. Lalu dia bergerak meninggalkan lelaki itu. Para penumpang yang sedari tadi memandang dengan pelik akhirnya sudah mula duduk dan melayan perasaan masing-masing.

Sebenarnya, solat merupakan sesuatu yang sangat dititik beratkan oleh islam. Walaupun seseorang itu sedang sakit, dia tetap perlu bersolat. Bagi orang yang berada dalam kenderaan pula, mereka juga perlu bersolat tapi dengan cara yang sedikit berbeza.

Di dalam pesawat sebagai contoh, seseorang itu perlu mencari ruang yang bersih yang membolehkannya untuk berdiri. Jika tiada ruang langsung, dia boleh solat di tempat duduknya. Kemudian, dia hendaklah berwuduk secara ringkas dengan membasuh anggotaanggota yang wajib sahaja memandangkan bekalan air bersih di dalam kapal terbang adalah sangat terhad. Kemudian, dia juga harus mengetahui kiblat. Ini boleh dilakukan dengan ijtihad sendiri samada dengan melihat kepada peta ataupun jika tidak tahu, maka pilihlah mana-mana arah yang kita rasa paling berkemungkinan. Sekiranya keadaan kapal terbang itu bergoyanggoyang, maka seseorang itu dibenarkan untuk duduk dan melakukan rukuk dan sujud dengan isyarat menundukkan badan. Pastikan tunduk semasa sujud itu adalah lebih daripada tunduk ketika rukuk. Akhir sekali, seseorang itu digalakkan untuk bersolat secara jamak (mengumpulkan dua waktu, Zuhur dengan Asar atau magrib dengan Isyak) dan qasar (mengurangkan 4 rakaat kepada 2)

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 104

Dahulu semasa di Malaysia, Aisyah telah diajar tentang perkara-perkara sebegini tetapi dia tidak ambil peduli. Fikirnya, itu tidak penting.

Pesawat yang dicat dengan warna putih dengan gambar kangaroo berwarna merah di belakang itu sedang menyusuri ruang angkasa laut China Selatan. Destinasinya ialah KLIA. Hati Aisyah girang apabila juruterbang mengumkan bahawa mereka dijangka tiba dalam masa satu jam lagi. Aisyah sudah tidak sabar untuk bertemu bapa, ibu dan adik-adiknya. Sepanjang 3 tahun dia berada di U.K, hanya tiga kali sahaja dia berjumpa ibu dan ayahnya. Kesemua semasa di Sydney, Australia. Kini, dia akan pulang ke Malaysia dan tidak akan ke sana lagi.

Hatinya menyanyi riang. Bertemu keluarga yang dirindui dengan segenggam ijazah. Ah! Ia benar-benar membahagiakan.

Ruang menunggu Kuala Lumpur International Airport (KLIA) riuh rendah dengan orang ramai yang berpusu-pusu. Di sana, Encik Azizi, Puan Mona dan adik-adik Aisyah sedang setia menunggu penuh rindu dan sabar. Aisyah juga begitu. Setelah pesawat yang bewarna merah putih itu selamat mendarat dan taxi ke ruang ketibaan, Aisyah cepat-cepat mencapai beg tangannya dan meluru keluar. Kiranya dia seolah-olah menjadi ketua, mengetuai kawanan manusia ke tingkat atas. Langkahnya kemas dan pantas. Rindu di dadanya membuak-buak.

Ayah mak... Aisyah dah balik!

Sempat juga matanya meleret memandang cermin. Aisyah berhenti seketika. Dia membetulkan rambutnya yang dipotong pendek, tapi lurus. Ada sedikit warna perang dicalit pada rambutnya. Bagi sesetengah orang, warna itu menambah kecantikan diri dan sesetengah mengatakan yang warna-warna itu mencacatkan kecantikan semulajadinya. Aisyah tidak peduli. Baginya, dia menyukai rambutnya begitu.

Sayup-sayup dia terlihat susuk tubuh manusia-manusia yang sering bertandang ke dalam mimpinya. Encik Azizi melambai-lambaikan tangan kearah Aisyah. Puan Mona pula memeluk tubuh. Riak wajahnya berubah dari gelisah kepada gembira. Di sebelah mereka, adik-adik Aisyah memerhati penuh rindu.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 105

Aisyah menerpa kearah ibubapanya. Disalami mereka lalu dipeluk ibunya penuh perasaan. Ada manik-manik halus mengalir hangat di pipinya, membasahkan kain tudung ibunya. Ibunya juga sama. Tangisnya memburai. Manakala Encik Azizi memandang penuh sayu.

Puan Mona mencium pipi anaknya. Selamat pulang Aisyah, dia cuba untuk senyum.

Aisyah menyeka air matanya. Dia turut senyum dan menyalami bapanya seterusnya adikadiknya yang semakin membesar. Mereka berbual-bual ringkas. Encik Azizi sedang membantu Aisyah mengambil barang-barang dan beg kepunyaannya. Semua sekali ialah 2 beg dan satu kotak yang agak berat.

Aisyah bawak balik apa ni? Batu ke?, Encik Azizi bergurau.

Apalah ayah ni, Aisyah mencebik tapi ada kemanjaan di hujungnya.

Dari KLIA, kereta Honda yang dipandu bapanya hinggar dengan ketawa yang berselang seli. Aisyah bercerita itu dan ini seolah-olah dia langsung tidak penat selepas menempuh perjalanan selama lebih 10 jam.

Aisyah lapar? Nak makan?, tanya Encik Azizi sambil tangannya mengawal stereng. Dia memandu dengan kelajuan sederhana. Jam menunjukkan pukul 9 malam. Masih belum lewat.

Sebenarnya tadi semasa dalam pesawat, dia telah disajikan dengan sebiji burger bersama segelas jus oren. Dia mengunyah dengan berselera sekali. Tadi, dia tiba-tiba sahaja merasa lapar semula. Tapi untuk meminta bapanya berhenti, dia malu.

Aisyah menjawab soalan bapanya itu dengan soalan pula. Ayah, mak dengan adik ni dah makan ke belum?

Ibunya yang duduk di kerusi hadapan menjawab, Belum. Tapi kat rumah mak sudah masak

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 106

Segera Aisyah membalas, Kalau macam tu, kita makan kat rumah sajalah! Aisyah pun dah lama betul tak makan masakan mak!

Adik-adiknya yang banyak diam daripada tadi ketawa.

Kak, bukan emak pun yang masak. Bibik yang masak..

Encik Azizi tersenyum menahan ketawa manakala Puan Mona mencebik.

Tadi mak tak sempat lah. Esok ajelah mak masak

Aisyah senyum tawar. Akhirnya kereta Honda itu berhenti di sebuah restoran Mc Donald.

Aisyah bangkit dari tidur dengan rasa yang sangat puas. Sebenarnya inilah kali pertama dia tidur di rumah ini sejak ayahnya berpindah pulang ke Malaysia. Di Sidney, biliknya nyata lebih kecil berbanding biliknya yang baru ini. Sudah jam 10 pagi. Matahari pun sudah tinggi. Aisyah turun ke bawah. Dilihatnya, Puan Mona sedang menonton televisyen. Dia mengambil tempat di sebelah ibunya.

Ibunya mengerling. Ada riak pelik di wajahnya tuanya.

Mak, mana Lisa dan Anis?, Aisyah bertanya tentang adik-adiknya.

Lisa keluar dengan kawan-kawan perempuan dia. Katanya nak tengok wayang. Anis pula ada tu dalam bilik dia. Yang kamu ni baru bangun ke? , tanya Puan Mona.

Bukan apa. Rambut Aisyah kusut masai dan nampak sangat comot. Aisyah tidak menjawab. Malas. Matanya jatuh kearah skrin televisyen.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 107

Puan Mona bertanya, Hari ni Aisyah nak makan apa? Mak nak masak. Hari ni mak tak pergi butik.

Puan Mona mempunyai satu butik kecil di Mid Valley yang disewanya dan baru sahaja dibuka sebulan yang lepas. Sekarang, dia memiliki 4 orang pekerja melayu. Butik itu menjuah pakain-pakain dan akseseori wanita dari dalam dan luar negera. Pakain-pakaian dan aksesoriaksesori keluara syarikat al-Mukmin juga melambak, dan ia sangat digemari oleh para pelanggannya.

Wajah Aisyah bertukar ceria mendengar kata-kata ibunya. Memang dia rindu benar dengan masakan Puan Mona. Dia juga tidak lupa satu fakta bahawa dia tidak reti memasak. Baginya, dia mempunyai alasan yang konkrit untuk berhujah apabila ada kawan-kawan lelaki yang mengejeknya tidak tahu memasak. Tak ada masa! Itulah alasan yang sering diulang-ulang. Mujurlah Candy Lee, kawan serumahnya sepanjang 3 tahun dia di U.K pandai memasak. Jika tidak, pasti hari-harilah Aisyah akan mengadap roti dengan jem.

Hari ni Aisyah nak makan gulai ikan patin!. Aisyah memeluk tangan ibunya. Manja!

Dah. Kamu pergi bersiap. Ikut mak pergi pasar beli barang-barang, kata ibunya bernada perintah.

Pergi pasar? Okey juga tu.. Aisyah berlari-lari anak memanjat tangga. Wajahnya riang.

Tidak lama kemudian, dia turun dengan memakai baju T sendat bewarna hitam dan seluar jeans. Puan Mona hanya sempat menggeleng sebelum mereka terus bergerak ke pasar.

Hari ini, sudah 3 hari Aisyah berada di Kuala Lumpur. Kebosanan sudah mula melanda dirinya. Jika dahulu, semasa di Australia, dia akan berjalan-jalan di sekitar taman, menyedut udara nyaman. Sesekali, pasangan Uncle Gregg dan Auntie Lass akan menyapa. Mereka ialah jirannya di Australia dan mereka sangat menggemari kucing. Di sana, hobi membela kucing tidaklah menjadi sepopular membela anjing. Di sana juga, orang yang membela anjing diberikan beberapa kemudahan dari pihak berkuasa seperti dibekalkan dengan sarung plastic khas untuk mengutip najis anjing mereka.
Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/) Page 108

Kebetulan, Aisyah juga seorang penggemar kucing. Maka, Pak Cik Gregg dan Puan Lass tidak kisah jika Aisyah datang ke rumah mereka untuk bermain-main dengan kucing mereka. Bahkan mereka suka dengan kunjungan Aisyah. Paling tidak, mereka punya teman berbual kerana anak-anak mereka, semuanya sudah besar dan berhijrah ke bandar-bandar lain. Di rumah mereka, kucing-kucing comel itu diberikan layanan yang sangat istimewa. Uncle Greeg telah membina sebuah pondok kecil di sudut laman rumah mereka, khas untuk kucingkucing mereka yang berbulu lebat sebanyak 15 ekor itu.

Tiba-tiba, rasa rindu kepada lelaki dan perempuan yang berusia itu bertandang. Aisyah senyum sendiri. Kini, di Malaysia, dia tiba-tiba merasa sedikit canggung sedangkan ini ialah negara asalnya. Inilah tempat dia dilahirkan dan membesar sehingga berusia 10 tahun. Ketika itu, sahabat baiknya hanya seorang iaitu Johari. Johari si budak manja! Terdetik di dalam hatinya akan keadaan Johari. Ah, adakah dia masih sama seperti dahulu?

Aisyah tersenyum sendiri. Dari kamarnya, dia menapak ke ruang tamu. Dia mengambil tempat di sebelah Anis, adiknya yang bongsu. Tahun depan, adiknya itu akan melangkah ke sekolah menengah. Ibu dan bapanya berkira-kira mahu memasukkannya ke asrama. Sekarang mereka sedang menunggu surat balas daripada SBP dan MRSM.

Kau tak bosan ke?, Aisyah bertanya kepada adiknya. Anis sedang memandang skrin televisyen. Tumpuannya hanya terarah kepada filem yang sedang disiarkan saat itu. Pertanyaan dari kakaknya dibiarkan tidak berjawab.

Aisyah geram. Oi, orang cakap dengan dia ni!, suaranya ditinggikan sedikit.

Anis terpinga-pinga. Ya, kak? Apa dia?. Anis tersengih-sengih.

Aisyah mencebik seraya membalas, Tak ada apa-apa lah

Di kaca televisyen, berlaku adengan tembak menembak antara pihak polis dengan perompakperompak bank. Pihak polis yang dilakonkan oleh Jacky Chan, berjaya menembak seorang perompak tepat di dada. Jika tidak silap, itu ialah sedutan dari filem The Police Story 3.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 109

Aisyah memandang dengan pandangan kosong. Bosan!, rengusnya perlahan. Lalu dia berganjak ke laman rumah teres dua tingkat itu. Di laman, terdapat sebuah kerusi panjang. Di sekelilingnya ialah bunga-bunga yang berbagai jenis dan warna. Cantik!, bisik hatinya.

Aisyah duduk di laman sambil bermenung jauh. Dia teringat kembali apa yang telah berlaku sepanjang 3 tahun dia berada di Birmingham, sebuah bandar yang sangat unik di U.K. Aisyah teringat akan James, pemuda yang pernah menawarkan cinta kepadanya.

Pada mulanya, dia menolak. Tapi James tidak putus asa. Dia mencuba berbagai-bagai cara untuk menawan hati Aisyah hingga pernah satu ketika, James menawarkan diri untuk tolong menyiapkan assignments Aisyah ketika Aisyah diserang selsema. Aisyah menolak tawaran itu. Dengan susah payah, dia siapkan sendiri namun James tidak putus asa. Dia sentiasa cuba membuatkan Aisyah rasa istimewa dan akhirnya, dia berjaya hinggalah Aisyah merasa dia sudah patut memberi peluang itu kepada lelaki tinggi lampai itu.

Hubungan mereka sangat intim. Ke kuliah, mereka berpegangan tangan dan ke wayang pun mereka bersama. Bahkan, James sering membawanya bersiar-siar di sekitar bandar yang damai itu. Aisyah tidak risau kerana hatinya sudah mula mencintai lelaki inggeris itu. Dia rasa selamat bersama dengannya.

Tapi kebahagiaan itu nyata tidak lama. Ada satu permintaan dari James terasa cukup sukar untuk dipenuhi. James minta Aisyah tidur bersamanya. Aisyah berperang dengan nafsu sendiri. Aisyah menolak dan akan mengelak setiap kali James meminta. Aisyah menolak dengan halus dan berhati-hati hingga lelaki Inggeris itu mati akal untuk meminta lagi. Akhirnya dia diam. Ternyata diam itu bukan sembarangan diam. James menyimpan dendam sebenarnya. Satu hari, dia cuba memasukkan ubat tidur ke dalam air minuman Aisyah. Dia ada satu agenda rahsia yang jijik.

Ternyata Allah menyelamatkan Aisyah daripada kejahatan lelaki itu. Air minuman yang sepatutnya diminum oleh Aisyah ditakdirkan bertukar tangan. James tidak perasan bahawa dia tersalah ambil air sedangkan dialah orang yang menyediakan air, dialah juga orang yang memasukkan ubat dan dialah juga orang yang tersilap! Dia terjatuh dalam perangkap buatan sendiri. Inilah yang dikatakan sebagai jerat memakan tuan. Hanya beberapa saat, ubat tidur itu telah membuatnya terjelupuk di rumahnya sendiri. Patutlah beriya benar dia meminta Aisyah datang ke rumahnya hari itu!

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 110

Aisyah tersedar akan rancangan jahat lelaki itu. Sejak hari itu,dia melarikan diri dan menjauhinya. Dia juga mengugut untuk membuat laporan kepada pihak-pihak yang berkenaan jika James cuba-cuba mendekatinya lagi.

Bagi Aisyah, dia mengaitkan peristiwa itu dengan kebodohan dan kecuaian James. Sedikit pun dia tidak merasakan bahawa Allah lah yang telah menyelamatkan dia daripada kejahatan manusia berhidung belang itu.

Lama Aisyah termenung di kerusi hinggalah bunyi deruman engin kereta ibunya mematikan lamunannya. Ibunya memberhentikan keretanya. Apabila melangkah keluar dari kereta, dia perasan Aisyah berada di kerusi itu. Anaknya kelihatan muram.

Puan Mona mendekati Aisyah. Why dear? Macam sedih aje?, tanya Puan Mona sambil mengusap lembut kepala anak gadisnya. Naluri ibunya kuat mengatakan yang anaknya itu seperti sedang dalam masalah.

Aisyah tidak membalas.

Mak tengok Aisyah macam sedih aje? Tak suka balik Malaysia? Tak suka jumpa mak dan ayah?, ada nada merajuk pada bicara si ibu.

Aisyah memandang wajah ibunya seraya berkata, Tak adalah mak. Aisyah Cuma rindukan kawan-kawan Aisyah saja. Lagipun Aisyah dah bosan la duduk rumah. Aisyah ingat, mulai esok Aisyah nak cari kerja la mak, luahnya.

Puan Mona senyum mendengar luahan Aisyah. Aik. Semangat betul nak cari kerja ni? Tak nak rehat-rehat dulu ke?

Bosan lah mak duduk sini. Lagipun Aisyah bukannya familiar dengan Kuala Lumpur, Aisyah cuba menjustifikasikan keinginannya.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 111

Puan Mona tidak membalas. Dia hanya tersenyum dan mengajak Aisyah masuk. Mereka masuk beriringan.

Malam itu, Aisyah meluahkan hasratnya untuk mencari pekerjaan kepada bapanya. Encik Azizi tidak membantah. Sebaliknya, dia berjanji akan membantu anaknya mencari manamana pekerjaan yang sesuai dengan ijazah kejuruteraan awam yang dimiliki oleh Aisyah. Sesudah itu, Aisyah berjaya membuat senarai pendek syarikat-syarikat yang menawarkan pekerjaan sesuai dengan kelayakan yang dimiliki selepas di hampir dua jam dia berada di hadapan computer dan menyemak menggunakan akses internet.

Aisyah tersenyum puas. Dia yakin yang dia pasti akan mendapat pekerjaan yang sesuai.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 112

BAB 16

Sejak bergelar sebagai seorang Pengurus Pemasaran di Syarikat al-Mukmin, Johari merasakan bahawa dirinya semakin sibuk. Kadangkala, dia terpaksa pulang lewat kerana mahu menyiapkan kerjanya yang semakin bertimbun. Ternyata pengalaman dalam alam perkerjaan ini masih kurang. Kerana itu, dia terpaksa mengambil masa yang lama untuk membuat satusatu keputusan. Mujurlah staf-staf di bawah kendaliannya sangat memberi kerjasama terutama sahabatnya, Rosli.

Hari itu, Johari tiba di rumah saat azan maghrib baru dilaungkan. Bergegas dia ke surau alHamdaniyyah dengan pakain kerjanya. Kebetulan, dia bersolat sebelah bapanya!

Selesai solat maghrib, Johari bergerak cergas pulang membersihkan diri dan turun ke surau beberapa minit sebelum isyak. Acap kali dia begitu. Bahkan pernah juga dia tiba di rumah selepas orang selesai menunaikan solat maghrib.

Malam itu, selesai saja makan malam, Datin Roza bercakap sesuatu kepada Johari.

Esok Joe ikut mak ye,kata ibunya.

Ke mana?,tanya Johari kehairanan. Jarang sekali ibunya mengajaknya keluar.

Ke rumah Mak Cik Mona, balas ibunya ringkas.

Esok ialah hari sabtu. Johari bercuti. Tanpa berfikir panjang, dia bersetuju.

Kita berdua saja ke? Ayah?, tanya Johari.

Wajah ibunya bertukar mendung apabila nama bapanya disebut. Dengan sedikit mencebik, dia menjawab. Ayah kamu tu sibuk dengan golf dia. Biarlah dia
Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/) Page 113

Johari ketawa kecil. Dia tahu yang ayahnya itu memang hantu golf tapi menurut ibunya, bertahun-tahun main pun tetap tak champion juga.

Cuaca pagi itu sungguh nyaman. Sang suria tidak segan-segan memberi sinarnya, menerangi seluruh pelusuk bumi Kuala Lumpur. Johari memakai kemeja berkotak-kotak dan dipadankan dengan seluar berwarna coklat. Dia nampak sangat santai tapi kemas.

Ibunya juga tidak kurang hebatnya. Nampak anggun dengan jubah ala-ala Arab walaupun usianya sudah melewati separuh abad. Dari rumah, Johari memandu dengan kelajuan yang sederhana.

Tiba di rumah Encik Azizi dan Puan Mona, Datin Roza memberi salam. Puan Mona tersenyum lebar menyambut Datin Roza dan Azizi. Segera mereka dijemput ke dalam. Datin Mona menyerahkan buah tangan berupa satu beg plastik buah langsat yang dibeli dalam perjalanan ke sana.

Johari mengambil peluang untuk berbual-bual dengan Encik Azizi manakala ibunya pula rancak berbual dengan Puan Mona. Dalam hati, dia tertanya-tanya. Mengapa ibunya bersungguh-sungguh mahu ke rumah Puan Mona? Kalau setakat mahu berbual-bual, mengapa dia mahu mengajak teman?

Tiba-tiba Puan Mona bercakap sesuatu kepada Encik Azizi, Abang, pergilah panggil Aisyah kat bilik dia. Ni Johari ada. Dah lama betul mereka tak jumpa tu

Encik Azizi senyum dan meminta izin untuk bangun. Terus dia ke tingkat atas memanggil Aisyah.

Johari, apabila terdengar sahaja yang Aisyah berada di sini terus diserang debar. Tiba-tiba sahaja dia merasa kecut perut bercampur malu untuk berjumpa dengan orang yang pernah menjadi kawan baiknya dan juga menjadi pelindungnya zaman kanak-kanak dulu.

Tidak lama, Encik Azizi turun mendapatkan Johari. Kejap lagi dia turun
Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/) Page 114

Johari tersenyum tawar. Encik Azizi bertanya tentang kerja Johari. Johari hairan. Bagaimana Pak Cik Azizi boleh tahu yang aku dinaikkan pangkat? Mak beritahu ke?, gumam hatinya.

Tiba-tiba, Johari melihat ada susuk tubuh seorang gadis menghampirinya. Dengan suara yang lantang, Aisyah memanggil namanya. Johari! Long time no see!

Aisyah nampak sangat ranggi dan moden. T-shirt yang dipakainya sendat, menampakkan susuk tubuhnya yang pasti akan membuatkan jantan-jantan miang tidak lepas pandang. Johari kaget. Dia tidak menyangka perempuan itu ialah Aisyah. Dia jauh lebih moden berbanding di dalam gambar.

Aisyah bersalaman dengan Datin Roza. Mereka bertanya khabar, sekadar berbasi-basi. Kemudian, tangan yang halus itu dihulur kepada Johari. Johari menjadi serba salah. Matamata yang berada di situ melihat apakah yang bakal dilakukan oleh Johari. Disambut atau tidak?

Johari bangkit dan membuat muka yang semanis mungkin. Lalu, dilekapkan kedua-dua belah tangannya di dadanya dan dia menundukkan kepala sebagai isyarat bahawa dia tidak bersalam dengan wanita. Rona-rona merah timbul di muka Aisyah. Mungkin dia malu, tapi segera dia menjernihkan ketegangan itu dengan bergurau, Joe, you nampak gemuk lah!

Bingkas Johari membalas, Mana ada. you tu yang kurus. Mereka ketawa serentak.

Johari dan Aisyah tidak mengambil masa yang lama untuk mesra. Daripada satu topik ke satu topik mereka bualkan. Anehnya, jika dengan perempuan lain, Johari akan merasa tidak selesa bercampur malu tetapi dengan Aisyah, dia merasa seperti malu itu sedikit cuma. Jauh di sudut hatinya, dia akui bahawa itu bukan satu petanda yang baik.

Aisyah juga begitu. Dia cukup merasa bertuah dapat berjumpa kembali dengan temannya semasa kanak-kanak. Segala kenangan mereka semasa zaman itu diimbas kembali. Johari dan Aisyah ketawa silih berganti, saling mengenakan antara satu sama lain.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 115

Joe, I dengar you berborak dengan ayah i tadi. I dengar you sudah manager. Wau! Baru 24 tahun, tapi sudah ada karier yang baik. I jealous lah dengan you. I ni baru je nak cari kerja, kata Aisyah.

Johari melemparkan senyuman. Ala.. I kan ada cable besar,katanya sambil merujuk kepada ayahnya, Datuk Hamzah.

Eh, orang kalau dah ada gaji besar, kereta besar ni, mesti jadi kegilaan punya. You dah kahwin ke Joe?, Aisyah menembak. Dia tergelak di hujung.

Muka Johari berubah, tapi tidak ketara. Sebenarnya, esok dia mahu berjumpa dengan Ustaz Mujib, murabbinya. Dua hari lepas, Ustaz Mujib sudah memberitahu bahawa dia sudah dapat mencari alamat rumah Nasuha dan mengajak Johari ke rumahnya untuk berbincang.

Belum, balas Johari ringkas.

As I expect, balas Aisyah sinis. Dalam hati, dia tahu bahawa sejak kecil Johari ini tidak gemar bergaul dengan perempuan. Cuma dia satu-satunya kawan perempuan Johari masa tu. Dan dia ingat juga yang Johari menangis semasa teksi yang membawa dia dan ibubapanya ke lapangan terbang sedang dia hanya memerhati dengan pandangan yang kosong.

Hey, you ingat I ni tak laku ke? I bukan apa, I aje yang malas, Johari tidak mahu kalah.

Aisyah ketawa panjang. Habis tu? you tunggu siapa? Tunggu i?

Aisyah terdiam sejenak. Tiba-tiba sahaja, ada perasaan yang halus terdetik di hatinya.

Johari perasan perubahan reaksi Aisyah. Dia bertanya, Aisyah, kenapa?

Aisyah cuba menyembunyikan gelodak emosinya. Nope. I tanya, you tunggu siapa? Puteri gunung ledang ke?
Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/) Page 116

Giliran Johari pula ketawa . Taklah. I tunggu bidadari i lah, balasnya separuh bergurau lalu tiba-tiba, bayang Nasuha muncul

Hampir setengah jam kemudian, ibunya mencuit bahunya mengajaknya pulang. Johari mengangguk. Dia berdiri dan bersalam dengan Encik Azizi. Manakala ibunya bersalaman dengan Aisyah. Mereka bercakap-cakap sekejap. Johari tidak mahu tahu.

Sebelum dia melangkah keluar, Aisyah meluru mendapatkannya.

Joe, your phone number please. Tangan Aisyah memegang i-phone yang dibelinya semasa jualan murah di U.K

Johari memberikan nombor telefonnya. Aisyah senyum. Nanti i miscall you, okey?

Johari mengagguk. Dia menghidupkan enjin kereta dan perlahan-lahan, kereta itu bergerak meninggalkan rumah teres dua tingkat itu dengan senyuman manis gadis bernama Aisyah Qistina di pintu rumah itu.

Di dalam kereta, Johari hanya berdiam. Dia memasang radio IKIM. Ibunya yang duduk di sebelah memandang mukanya, tepat. Dia senyum.

Mak tengok, bukan main mesra kamu dengan Aisyah tadi?, ibunya mengusik.

Ternyata usikan itu meninggalkan bekas di dalam hatinya. Dia berperang dengan perasaan, Betul ke apa yang aku buat tadi? Tapi, dia kan kawan aku dulu, takkanlah aku tak boleh nak berbual-bual dengan dia?

Ibunya menyiku lengannya perlahan. Takkan baru sekejap dah teringat dekat budak tu kot?

Ibunya menahan ketawa. Ternyata dia silap mentafsir dilema hati anak terunanya ini.
Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/) Page 117

Johari senyum tawar. Tak adelah mak. Joe fikir benda lain

Iyelah tuu.., balas ibunya.

Johari senyum.

Malam itu, Johari menerima panggilan pertama daripada Aisyah. Johari serba salah. Mahu angkat atau tidak?

Hello, suara Johari parau. Tekaknya sakit sejak petang tadi.

Hello Joe. Kenapa dengan suara you? , Aisyah bertanya, berbaur risau.

Tak. Tekak i sakit tiba-tiba, Johari berterus terang.

Dah makan ubat?, tanya Aisyah lagi.

Dah. I dah makan stepsile tadi. Ada apa you call i malam-malam buta ni?, tanya Johari. Sebenarnya panggilan itu sedikit sebanyak mengganggunya. Dia sedang menelaah sebuah buku agama bertajuk Malam pertama di alam kubur. Buku itu benar-benar membuatkan emosinya turun naik. Jantung bergetar kuat. Sesekali, air matanya bergenang di tubir mata. Johari benar-benar sedang menghayati buku ini sebelum telefonnya berdering tadi.

Esok you bawak i pergi jalan-jalan kat KL boleh? I nak kenal dengan bandar KL

Johari mengucap panjang dalam hati. Gila! Ajak aku pergi jalan-jalan. Ah, tak nak aku! Lagipun esok kan aku sudah berjanji nak jumpa Ustaz Mujib, bentaknya dalam hati.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 118

Esok? Tak boleh lah Aisyah. I ada janji dengan kawan i nak pergi rumah dia, Johari cuba berlapik. Dia tidak mahu jika Aisyah berfikir yang bukan-bukan.

OK. Tak apalah Joe. Sorry kacau you malam buta ni, suara Aisyah perlahan di hujung ganggang. Mungkinkah dia merajuk?

Tak apa. Anyway, i minta maaf ya tak dapat teman u, balas Johari.

Nevermind. Ok lah. Good night. Assalamualaikum, Aisyah mematikan perbualan.

Johari meletakka telefonnya di atas katil. Dia mencapai kembali buku yang diletakkan di sebelahnya. Kembali, perenggan tadi dibacanya sekali lagi, tapi saat itu fikirannya melayang. Dia tidak dapat memberikan konsentrasi. Dia memikirkan tentang perbualannya dengan Aisyah tadi. Mengapa mahu keluar dengan aku?

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 119

BAB 17

Dari rumahnya, Johari memandu terus. Destinasinya ialah Taman Melawati, Gombak. Rumah Ustaz Mujib menjadi titik perhentian. Dari jalan utama ke rumah Ustaz Mujib, Johari perlu melalui beberapa batang jalan yang bersimpang-siur. Jika orang yang pertama kali mahu ke rumah Ustaz Mujib, pasti mereka tidak akan dapat mengingat kembali jalan mana yang perlu dia lalui. Johari juga. Dahulu.

Johari memberi salam. Di muka pintu, Ustaz Mujib sedia menanti bersama senyuman. Dia menjemput Johari ke dalam. Johari melangkah sopan. Raut mukanya juga tidak kalah dengan senyuman. Di dalam, kelihatan anak-anak ustaz Mujib sedang belajar huruf ABC dengan ibu mereka. Nampak sahaja Johari, mereka datang bersalam. Ah, comel sekali akhlak begitu. Johari mencubit pipi salah seorang anak Ustaz Mujib. Barangkali dia geram.

Ustazah Asyiqin pula ke dapur menyiapkan air minuman dan dihidangkan kepada suaminya dan juga Johari. Untuk mengelakkan anak-anaknya daripada membuat kecoh di hadapan tetamu, dia turut menyediakan air yang berasingan untuk mereka.

Tengoklah. Ustaz Mujib menghulurkan sehelai kertas kepada Johari.

Dengan ragu-ragu, Johari mengambilnya. Tangannya bergetar sedikit. Perlahan-lahan kertas itu dibuka.

Di dalam kertas itu tertulis nama penuh Nasuha, nama penjaganya, dan alamat rumahnya.

Johari membaca satu persatu. Hatinya tertanya-tanya, mengapa nama penjaganya ialah Haji Roslan Bin Muhammad Amin? Bukankah bapanya bernama Haji Norman? Adakah bapanya sudah meninggal? Johari membiarkan persoalan itu tidak dijawab. Dia membaca alamat rumah Nasuha. Oh! Pekan, Pahang.

Oh, kiranya Nasuha sudah berpindah ke Pahang. Patutlah rumah lamanya kini dihuni oleh satu keluarga cina.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 120

Jadi, bila enta nak merisik?

Wah! Ustaz Mujib sangat berterus-terang.

Johari tidak terus menjawab. Lama dia berdiam, kemudian barulah dia membuka mulut, Sebenarnya, keluarga ana belum tahu tentang hasrat ana. Kepalanya tunduk memandang lantai.

Ustaz Mujib senyum. Tak apa. Kalau dah jodoh, tak kemana. Tapi awas, jangan tunggu lama-lama, nanti dia disambar orang!, Ustaz Mujib melawak.

Johari ketawa.

Erm.. Nasuha ialah pelajar kejuruteraan. Jadi, zaujah ana lah yang tolong dapatkan alamat dia, cerita Ustaz Mujib.

Menurutnya, Nasuha memang seorang pelajar yang sopan dan aktif dengan persatuan islam. Dia seorang yang berjiwa besar, berkeyakinan dan juga sangat cerdas. Melalui ceritanya, memang ana rasa enta padan benar dengan dia, sambung Ustaz Mujib.

Johari menghirup air teh di cawannya. Kata-kata Ustaz Mujib tadi menyebabkannya berasa malu. Memang dia tidak nafikan bahawa Nasuha ialah seorang yang baik. Sejak dulu, memang Nasuha seorang gadis yang mempunyai sifat-sifat yang terpuji. Dan Nasuha jugalah manusia yang mengajarnya untuk berpisah kerana Allah. Kerana itu jugalah, dia memasang hasrat untuk mengadakan satu hubungan yang halal kerana Allah!

Sebelum berpisah, ustaz Mujib berpesan supaya Johari memperbanyakkan solat istikharah. Dia juga mengingatkan Johari supaya segera berbincang dengan ibubapanya. Ustaz Mujib juga sedia menawarkan diri untuk menjadi jurucakap untuk merisik nanti, sekiranya Johari mahu.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 121

Ustazah Asyiqin juga berpesan perkara yang sama, iaitu supaya segera merisik kerana Nasuha bakal masuk tahun terakhir pengajian, sebelum dia keluar dengan segulung ijazah dalam bidang kejuruteraan kimia. Dan Ustazah Asyiqin juga mengulang perkataan ini berluang kali, Nasuha memang seorang yang baik. Untung siapa yang dapat memilikinya.

Johari pulang dengan rasa yang bercampur-campur beserta sekeping kertas yang disimpan rapi di dalam poket seluarnya.

Aisyah menyisir rambutnya. Pipinya memerah. Matanya disapu dengan warna-warna, membangkitkan jelita di daerah itu. Bibirnya kelihatan basah dan merah berkilau. Aisyah memandang ke cermin. Skirt yang baru dibelinya minggu lepas dibetulkan sedikit. Selepas dia berasa puas hati, dia melangkah turun sambil menyanyi-nyayi ceria.

Di bawah, ibu dan ayahnya sedang bersarapan. Kelibat adik-adiknya tiada. Mungkin mereka sedang bersiap-siap ke sekolah.

Morning ayah! Morning mak, sapa Aisyah sambil mengambil tempat di sebelah ayahnya.

Encik Azizi sekadar mengaggukkan kepala. Dia sudah lengkap berpakaian pejabat. Puan Roza hanya tersenyum tawar. Perasaannya bercampur baur. Dia menghulurkan secawan milo yang masih berasap kepada Aisyah. Aisyah menyambutnya gemalai. Tangannya memanjang mencapai sekeping roti bakar yang berada di tengah-tengah meja makan itu.

Hari ini ialah hari pertama Aisyah akan bekerja. Dia diterima bekerja di sebuah syarikat kejuruteraan di Petaling Jaya. Padan benarlah dia nampak begitu gembira.

Puan Mona menegur anak gadisnya,Kerja masuk pukul berapa? Balik pukul berapa?

Macam biasa mak. Pukul 8 sampai 5, balas Aisyah sambil mengunyah roti bakar. Sedap, bisiknya dalam hati.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 122

Puan Roza mengagangguk sendirian. Aisyah mengerling melihat jam tangannya.Ah, sudah pukul 6.30 pagi. Dia harus segera pergi kerana walaupun jarak antara rumah dengan pejabat barunya itu dekat, dia bimbang-bimbang juga sekiranya dia terperangkap di dalam kesesakan jalan raya. Biasalah Kuala Lumpur. Aisyah mencuci tangan dan mulutnya. Kemudian, dia menyalami ibu dan ayahnya seraya bergerak pantas menuju kereta Perodua Kelisa yang diparkir di luar rumah. Kereta itu ialah kereta terpakai yang dihadiahkan bapanya untuk memudahkannya bergerak seiring dengan derasanya arus kerjayanya.

Dia menghidupkan enjin kereta. Lebih kurang 5 minit dia membiarkan enjin itu memanas, barulah dia mula bergerak perlahan-lahan meninggalkan rumah.

Di meja makan, Encik Azizi bersuara luruh,Awak tengok apa yang dia pakai? Skirt paras lutut!

Puan Mona mengela nafas panjang. Riak wajahnya jelas menunjukkan dia tidak selesa dengan penampilan anaknya itu. Dia membalas, Tak tahu lah bang. Saya dah penat menasihat dan menegur dia, tapi dia buat-buat tak dengar aje. Abang pula lah yang tegur, mana tahu dia akan dengar...

Nadanya mendatar. Ada tanda-tanda kekecewaan dan putus asa di hujung suara.

Encik Azizi membatu. Dalam hatinya, dia berdoa supaya Allah melembutkan hati anak gadis sulungnya itu.

Hmm Saya pergi kerja dulu, kata Encik Azizi. Puan Mona mencium tangan suaminya dan menghantar suaminya dengan senyuman. Di meja tadi, Mak Mah sedang berkemaskemas. Pinggan dan cawan-cawan yang kotor diangkatnya ke dapur untuk dicuci.

Puan Mona melepaskan badannya di sofa apabila suaminya hilang dari pandangan. Sepintar, otaknya berputar memikirkan perihal anak gadisnya yang seorang itu.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 123

BAB 18

Aisyah seronok bekerja di syarikat itu. Walaupun baru sekali dia menikmati gaji, dia sudah berasa sangat selesa dan sudah dapat menyuaikan dirinya. Ini bermakna dia juga sudah sebati untuk bangun seawal jam 6pagi, sesuatu yang jarang benar berlaku dalam hidupnya selama ini. Hatinya sendat dengan ceria. Kerjanya tidak banyak. Tidak seperti semalam dan kelmarin, kerjanya tidak meleret-leret. Hari itu, dia lebih banyak berehat dan berbual kosong. Lapang benar.

Semasa atas jalan raya, lain pula ceritanya. Sebuah kereta vios bewarna hitam mengikut rapat kereta kecil Aisyah. Lampu tinggi dipancarkan oleh si pemandu, menandakan bahawa dia mahu memotong. Aisyah tidak perlahan. Dia berada di lorong paling kanan, memintas deretan kereta di kiri. Namun, dia terpaksa akur lalu perlahan-lahan, dia membelok ke kiri, menukar lorong. Kereta yang dibelakangnya itu terus sahaja meluncur laju. Lagak betul gayanya.

Aisyah menyumpah dalam hati. Dia berasa bengkak dan geram dengan sikap dan pemanduan yang begitu. Lajunya ibarat pelesit. Yang pasti, kereta tadi sudah jauh melebihi had laju yang ditetapkan oleh pihak berwajib. Sayup-sayup, matanya melirik memandang kereta tadi. Kereta itu ke kiri, ada susur keluar di sana. Sedang ia membelok ke kiri, tiba-tiba Aisyah perasan yang ada sebuah motosikal di bahagian kiri masuk ke jalan utama dari lorong motosikal. Motosikal itu bergerak perlahan dan tiba-tiba, kereta vios hitam tadi melanggar penunggang motosikal itu. Semua kenderaan membrek serentak. Aisyah juga tidak terkecuali. Kelamkabut dia mengawal keretanya sambil matanya menjeling-jeling kearah tempat nahas itu. Dari ekor mata, dia melihat si penunggang itu tercampak jauh di depan. Darah memuhi ruang tempat dia terkulai. Kepalanya yang masih berbalut topi kaledar menghalang mukanya daripada jadi perhatian. Yang pasti, keadaan menjadi gawat.

Terkedek-kedek seorang lelaki cina mendapatkan orang yang dilanggarnya tadi. Wajahnya cemas bukan kepalang. Kereta diberhenti terus di tepi jalan. Akibatnya, lebih ramai kereta yang turut sama berhenti, memberi bantuan dan perhatian kepada mangsa yang Aisyah fikir, jika tidak mati, sudah pasti dia cedera parah dengan kombinasi tulang yang patah.

Sekelip mata, trafik menjadi sangat perlahan. Fenomena biasa. Ramai yang mahu melihat dan sedikit cuma yang mahu menolong.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 124

Aisyah seriau. Tidak semena-mena, bolo roma di lehernya naik, melihat badan yang terkulai bermandi darah itu diangkut ke dalam kereta sebelum meluncur laju. Pasti destinasinya ialah hospital yang terdekat.

Malam itu, Aisyah bercerita tentang apa yang dia lihat petang tadi dengan ayah dan ibunya. Ibunya nampak cuak. Bapanya yang sedari tadi mendengar dengan penuh perhatian bersuara lembut tapi penuh makna, Itulah manusia. Sesiapa pun tak tahu dia mati masa muda atau masa tua. Bahkan, tak ada seorang pun akan tahu bagaimana dia mati. Mati dalam iman atau mati dalam Allah murka.

Aisyah terus terdiam. Dia yang banyak berceloteh sedari tadi terus terdiam mendengar bicara lembut sang bapa. Puan Mona pula menambah, Aisyah, nanti nak drive tu, bacalah doa. Mohon supaya Allah lindungi kita ya?

Aisyah mengagguk sahaja. Perlukah aku beritahu mak yang aku tidak tahu menahu doa naik kenderaan?,hatinya berperang sediri. Resah dan gelisah. Akhirnya, dia meminta diri untuk ke biliknya. Berbicara dengan ayah dan ibunya benar-benar membuatkan hati Aisyah merasai satu perasaan yang aneh. Perasaan yang sangat halus. Jika diperhalusi lagi, ia adalah sebuah rasa bersalah. Ah! Peritnya!

Hatinya berbisik, Apa akan jadi kalau aku juga mati macam tu sedangkan aku ni banyak sangat dosa-dosa dan kesalahan?, Tiba-tiba sahaja hatinya menjadi sebak! Setitis dua air matanya jatuh dari kelopak mata. Malam itu, Aisyah tertidur dengan air mata dan hati yang masih berbaki dengan rasa gelisah. Tidurnya nampak tidak tenang. Dia meracau-racau. Mengigau. Dengan separuh menjerit, dia terjaga dan terus terduduk. Dadanya berombak hebat. Peluh dingin mengalir di dahinya yang lebar. Mimpi tadi benar-benar mengerikan. Setiap sendi tubuhnya menggigil ketakutan. Dia menangis hebat.

Aisyah berasa sangat takut. Dia memeluk tubuh sambil menyelimuti seluruh tubuhnya yang mugil itu. Hampir 10 minit dia begitu, namun perasaan takut dan risau itu tidak hilang-hilang. Dia menangis lagi. Bahkan, semakin laju.

Lalu dia mencapai telefon bimbitnya. Dia mendail nombor Johari. Dia sendiri tidak tahu kenapa Johari yang ditelefonnya saat-saat begini tetapi hatinya kuat mengatakan yang hanya Johari sahaja yang akan mendengar luahnya saat-saat begini!

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 125

Telefon Johari berbunyi nyaring. Telefon itu diletakkan di bawah bantalnya kerana Johari mengunci penggera pada jam 5 pagi. Dan apabila ia berbunyi nanti, Johari akan segera sedar kerana ia akan berbunyi nyaring, di bawah telinganya sahaja.

Johari yang belum puas tidur meraba-raba telefonnya. Siapalah yang call tengah-tengah malam ni? Hatinya sedikit meradang kerana tidurnya terganggu.

Lambat-lambat, dia menyambut panggilan itu.

Hello, suara Johari lemah berbaur rasa mengantuk yang masih kuat.

Hello. Joe.. ni i, Aisyah, Aisyah cuba menahan sendu. Dia masih menangis. Dadanya masih bedegup kencang. Dia takut. Sangat takut!

Aisyah.. ada apa?, tanya Johari malas-malas.

Sorry kacau you. Joe, i nak mintak tolong. Tadi i mimpi buruk. I takut. I tak dapat tidur, Aisyah menangis di hujung talian.

Serta-merta Johari berasa segar. Mengantuknya hilang diganti dengan risaau. Aisyah you menangis? You okey?

Nope. Im not okay. Joe, tolong i.. i takut sangat. Mimpi i tadi tu sangat scary, berhamburan tangis gadis itu.

Aisyah.. dengar sini. You baca ayat kursi, kemudian baca surah al-Ikhlas 3 kali. You selawat banyak-banyak dan istighfar banyak-banyak. Kemudian you tutup mata dan cuba tidur semula. Ok? Awal lagi ni, Johari memberi nasihat.

Aisyah yang mendengar membalas, Thanks Joe. Ill try. Tomorrow i nak jumpa you, boleh?

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 126

Esok you call i semula. Sekarang, i nak you baca ayat-ayat al-Quran, istighfar, selawat dan doa. Selamat malam Aisyah, suara Johari meresap masuk ke dalam hati Aisyah.

Ya. Selamat malam juga. Sorry sebab kacau you tido. Bye Joe

No big deal. Bye. Assalamualaikum. Johari menutup telefonnya. Dia membenamkan semula kepalanya ke arah bantalnya. Dengan keluhan kecil, dia memejamkan matanya kembali. Pukul 5 nanti aku nak bangun Ya Allah. Maka, mudahkanlah aku.., doanya dilafaz pendek dalam hati. Dia menyambung lena yang terganggu sebentar tadi.

Di atas katil, Aisyah membaca ayat Kursi perlahan-lahan. Dia sendiri tidak pasti dengan tajwidnya. Pasti berterabur, fikirnya. Kemudian, Aisyah membaca pula ayat-ayat lazim yang dia ingat. Empat Qul diulang-ulang. Aisyah baru tersedar bahawa rupa-rupanya dia seorang yang jahil. Hanya empat surah itu sahaja yang segar dalam otaknya. Dan surah-surah itu juga yang diulang-ulang dalam solatnya. Itupun jika dia bersolat. Aisyah kemudiannya berselawat dan beristighfar panjang. Hatinya yang tegang merasa sedikit tenang sesudah dia beristighfar.

Dia mengulang-ulang istighfar. Di satu sudut, dia merasakan bahawa dia banyak berdosa kepada Allah. Ada kekesalan lahir di hatinya tanpa dibuat-buat. Ya Allah, tolonglah aku, hatinya merintih sayu.

Di pejabat, Aisyah bermuram durja. Kerjanya berjalan dengan lambat-lambat. Dia tidak dapat menumpukan perhatiannya. Mimpinya malam tadi masih mengantuinya. Dia masih tertanyatanya dan ketakutan. Sesekali, dadanya akan berombang memikirkannya. Perubahan yang ketara kepada gadis periang dan banyak celoteh itu disedari oleh rakan-rakan sekerja Aisyah.

Seorang rakan sekerjanya yang bernama Azlin mendekati Aisyah. You okay Aisyah?,tanyanya. Wajahnya serius. Rona-rona risau terbit di wajahnya. Aisyah, walaupun pekerja baru di syarikat itu, tapi dia cepat benar dapat menyesuaikan diri. Keramahan bersama mulutnya yang banyak celoteh itu ternyata satu aset yang berharga. Buktinya, dia dapat menawan hati setiap staf di syarikat itu. Hatta, tukang sapu pun turut hormat dan senang dengan Aisyah kerana Aisyah tidak lokek dengan senyuman dan dia juga tidak kedekut untuk menyapa dan mengucapkan selamat pagi, walaupun kepada tukang cuci.

Tapi hari itu dia lain benar. Seperti sedang sarat dengan masalah.
Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/) Page 127

Mendengar pertanyaan daripada Azlin, Aisyah cuba senyum. Ternyata ia tidak mempunyai kemanisan seperti selalu. Tak ada apa-apa Lin. I okey

Aisyah sedaya-upaya menyembunyikan keresahan yang terbuku di dalam dadanya.

Sure? Kami tengok Aisyah lain benar sejak dari pagi tadi. Macam dalam masalah besar aje?, Lin menduga.

Aisyah menggeleng. Nope. I cuma tidur lewat malam tadi. I terminum kopi, Aisyah mencipta alasan dengan harapan yang Azlin akan percaya.

Lin meleret senyum. Oh. Im glad if ur okey

Aisyah membalas senyum temannya itu. Sebenarnya dia baru sahaja berkira-kira mahu bercerita tentang perkara yang telah merobek tembok ketenangannya kepada Azlin. Namun, saat mahu membuka mulut, secara tiba-tiba hasrat itu mati. Aisyah sebenarnya malu kepada Azlin kerana dahulu dia pernah menarik muka masam terhadap sahabat yang sangat peka dengan dirinya.

Azlin betudung litup. Sopan dan juga penuh dengan tatasusila. Di pejabat ini, Azlin ialah orang yang paling hampir dengan Aisyah. Selalunya, mereka akan turun makan tengahari berdua dan juga akan ke solat berdua juga. Satu hari, Azlin menghadiahkan Aisyah sebuah buku. Mula-mula, Aisyah teruja kerana itu adalah hadiah yang pertama diterimanya daripada rakan-rakan sekerja.

Aisyah membelek-belek buku itu. Matanya tertumpu kepada tajuk buku itu, Indahnya Wanita Bertudung. Aisyah memandang wajah Azlin sinis. Tanpa ucapan terima kasih, dia meletakkan buku itu di meja dan terus meneruskan pekerjaannya meninggalkan Azlin yang masih berdiri di hadapannya termagu-magu kehairanan.

Bagi Aisyah, hadiah itu saling tak tumpah seperti satu penghinaan buat orang-orang sepertinya. Orang-orang yang free-hair! Dia merasakan seolah-olah hak privasinya telah pun
Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/) Page 128

diceroboh oleh orang luar. Aisyah ego! Kesombongannya itu jikalau mahu diukur, pasti sama tingginya dengan Gunung Kinabalu. Mungkin dalam beberapa situasi, ia boleh juga menjadi setinggi Gunung Everest.

Seharian dia tidak mahu bercakap dengan Azlin. Azlin rasa sangat bersalah. Puas dia memujuk Aisyah. Berjuta juga ucapan maaf diulang-ulang. Akhirnya, selepas Aisyah sejuk, dia juga turut sama meminta maaf kepada Azlin atas sikapnya yang ego tadi. Sejak peristiwa itu, Azlin belajar sesuatu. Dia perlu lebih bijaksana dalam menyentuh hati sahabatnya itu kerana ternyata gadis yang nampak periang dan peramah itu ternyata memiliki segunung ego di baliknya. Dan pendekatan dakwah dengan akhlak ialah satu-satunya pendekatan dakwah yang terbaik untuk mereka semua.

Aisyah menghela nafasnya. Dia mengalihkan pandangannya kepada kerja-kerjanya yang berbaki. Ternyata tumpuannya benar-benar tidak hadir sekalipun dia mencuba bersungguhsungguh. Akhirnya Aisyah kalah dengan perasaan. Dia mendail nombor Johari.

Saat itu, Johari sedang berhempas pulas memerah otak. Di tangannya ialah fail yang tebalnya barangkali 2 inci. Satu proposal lengkap dengan lampiran-lampiran tebal harus dinilainya penuh hati-hati sebelum dia membuat keputusan samada untuk meluluskannya ataupun tidak. Justeru, satu per satu helaian dokumen itu diperhatikan penuh teliti.

Johari meletakkan fail itu di atas mejanya lalu dia menghela nafas panjang. Ada beberapa perkara yang dia tidak setuju dan tidak senang pada kerja staf di bawah kendaliannya. Kadangkala, ia hanya kesilapan-kesilapan yang remeh dan tidak sepatutnya berlaku kepada golongan profesional. Akibat daripada kesilapan itulah, kerja-kerjanya bertambah dan sudah beberapa projek terpaksa ditangguhkan. Bahkan bukan sekali atau dua dia dimarahi orang atasan.

Tiba-tiba, telefonnya berdering. Aisyah! Agaknya apa lagi yang gadis ini mahu? Sekelip mata, dia teringat yang dia sendiri ada meminta Aisyah untuk menelefonnya hari ini. Tapi, bukankah sekarang ialah masa bekerja?

Assalamualaikum Joe, halus benar suara Aisyah.

Waalaikumussalam Aisyah. Aisyah okey?, tanya Johari, terus.


Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/) Page 129

Erm maybe. Tonight kita jumpa ya Joe. I ada hal nak cerita pada you

Johari berfikir sebentar. Malam itu dia free. Tidak ada usrah dan tidak pula ada janji lain. Johari bersetuju.

I datang rumah you malam ni. Kita berbual di rumah you saja ya, balasnya.

No. Kita dinner di luar. I belanja. Please, Aisyah merayu. Dia arif benar dengan kelainan Johari. Sangat susah nak buat janji dengan orang perempuan.

Okey. But with 2 conditions, pintas Johari.

Aisyah sudah mengagak bahawa pasti akan ada syarat-syarat yang diminta oleh Johari.

Okey. Tell me.., Aisyah membalas.

Kita keluar lepas solat isyak dan i nak you bawak sekali Anis ikut kita. Bukan apa, kita ni bukannya mahram. Tak manis keluar berdua, pinta Johari lembut.

Aisyah membalas pantas. Baiklah. Kita jumpa di Bennis jam 9.15malam. Dont be late

Sure. Lagipun, i bukannya akan bersolek lama-lama macam you, Sengaja Johari mengusik. Dia mahu berjenaka, membangkitkan ceria di hati gadis periang itu.

Aisyah hanya mendengar. Sedikitpun dia tidak berasa apa-apa dengan guraun Johari.

Ok. See you tonite. Assalamualaikum, dia menutup perbualan.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 130

Johari termanggu-manggu seketika. Lalu dia kembali menghabiskan kerjanya.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 131

BAB 19

Malam itu Aisyah berpakain ringkas. Sehelai baju-T lengan panjang disarung. Terpampang di dadanya, tulisan bersaiz besar berwarna putih, Dare to dream. Baju itu dipadankan dengan sehelai seluar panjang yang juga berwarna gelap. Dia tahu, untuk bertemu dengan Johari memang dia perlu berhati-hati sedikit dengan pakaiannya. Jika tidak, memang sahabatnya itu akan menyindir sinis. Atau tidak pun, dia akan mendengar ceramah free yang selalunya berakhir dengan Aisyah akan mengejek Johari sebagai mak nenek.

Aisyah tersenyum sendirian di depan cermin. Malam ini dia tidak memakai mekap. Biarlah. Johari bukannya kisah pun aku pakai mekap atau tidak, bisiknya dalam hati. Seperti yang dia telah janji kepada Johari, dia menunaikan solat isyak terlebih dahulu sebelum bersiap-siap.

Aisyah turun ke bawah dengan berhati-hati. Saat terpandang akan Aisyah, Puan Mona menegur. Aisyah nak keluar ke mana? Mak Mah sudah siap masak tu

Aisyah nak jumpa Johari. Kami makan kat luar,balas Aisyah berterus terang. Dia tahu ibunya pasti tidak akan membantah jika orang itu ialah Johari. Sayang benar ibunya dengan Johari, itu yang Aisyah perasan.

Oh! Kirim salam mak pada dia ya, pesan Puan Mona. Sebenarnya, dia tidak gemar anak gadisnya itu keluar malam-malam begini. Sebagai ibu, dia pasti akan bertanya ke mana Aisyah mahu keluar dan dengan siapa Aisyah keluar. Malangnya, Aisyah sedikit sebanyak merasakan bahawa dia seolah-olah dikongkong oleh ibunya. Namun begitu, jauh di sudut hatinya, dia sedar bahawa memang itu tanggungjawab seorang ibu. Jika dia sudah bergelar ibu kelak, pasti dia akan melakukan perkara yang sama. Bukankah ada pepatah melayu mengatakan, Sayangkan anak, tangan-tangakan .

Aisyah memandu laju. Sebenarnya, dia sengaja berbohong dengan Johari. Dia tidak mengajak adiknya, Anis untuk menemaninya kerana baginya, apa yang bakal dia bincangkan nanti terlalu rumit, sensitif dan terlalu bersifat peribadi. Walaupun ia sensitif, dia tidak merasa canggung untuk bercerita kepada Johari kerana dia tahu, Johari ialah orang yang tepat. Dia yakin Johari tidak akan mengheboh-hebohkan cerita itu dan dia juga yakin bahawa Johari dapat memberi jawapan-jawapan terhadap persoalan-persoalan yang mengganggu fikirannya sejak awal pagi tadi.
Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/) Page 132

Aisyah menekan pedal minyak dengan lebih kuat lagi. Deruman enjin keretanya terdengar gerang. Kereta yang sudahpun sedia laju, semakin laju maranya, memotong deretan-deretan kereta lain, mujur tanpa asap tebal. Jam sudah menunjukkan hampir ke pukul 9 malam. Dia mahu sampai lebih awal. Bimbang juga sekiranya tiada meja yang kosong untuk dia dengan Johari. Tangannya dihulur ke depan, menekan butang on bagi radio. Bunyi muzik yang bingit kedengaran. Segera Aisyah menukar stesen radio. Saat-saat sebegini, dia sendiri merasakan yang muzik-muzik dan lagu-lagu bukannya membantu menghilangkan tekanan, sebaliknya menambahkan lagi beban di mentalnya pula.

Dari satu stesen ke satu stesen radio, semunya membosankan bagi Aisyah. Tiba-tiba, dia terdengar satu ceramah agama. Aisyah menjeling ke skrin. Frequency stesen adalah 91.5 FMIKIM. Aisyah berfikir sendiri, Hmm..apa salahnya aku dengar ceramah pula hari ni. Harihari duk layan lagu aja. Dirinya terasa sangat mahu mengubah angin dan benar, kuliah tafsir yang disampaikan oleh Ustaz Zahazan itu benar-benar menyentuh hatinya.

Dari Jalan Permata Aisyah membelok memasuki Jalan Intan. Hampir 5 minit kemudian, dia meletakkan keretanya di sebuah tapak kosong. Itupun selepas matanya sibuk melilau mencari. Dia berjalan dengan penuh hati-hati. Restoren yang bernama Bennys itu ialah satu restoren yang agak ekslusive dan istimewa. Lukisan-lukisan yang digantung di dinding-dinding mencerminkan suasana flora dan fauna yang cukup indah. Aisyah sangat menggemari suasana di dalam restoren ini. Lampu-lampunya juga bercahaya indah. Cukup cantik dan unik.

Aisyah duduk di sebuah tempat di satu sudut restoren mewah itu. Seorang pelayan datang kepadanya dan bertanyakan pesanan. Aisyah menggeleng. Dia memberitahu yang dia akan membuat pesanan sebentar lagi kerana dia mahu menunggu Johari. Pelayan itu menagguk tanda faham dan berlalu.

Hampir 5 minit kemudian, Johari tiba. Aisyah yang memandang dari kejauhan melambailambaikan tangannya. Johari perasan lambaiannya dan mampir ke arah meja lalu menarik kerusi dan duduk di depan Aisyah.

Wah.. macam baru balik berceramah aje Pak Ustaz, Aisyah ketawa mengusik. Inilah kali pertama dalam hari ini dia mampu untuk ketawa. Itupun dengan Johari di hadapan.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 133

Johari turut ketawa. Malam itu, Johari memakai baju melayu bewarna biru cair. Dia juga menyarung seluar jenis khakis berwarna coklat manakala rambutnya ditutup oleh songkok bewarna putih.

Sorry. Tadi tak sempat balik rumah. Dari surau, i terus drive datang sini. Tak sabar, ada orang nak belanja, Johari turut bergurau. Mereka ketawa kecil.

Tiba-tiba Johan perasan yang Aisyah datang seorang diri. Dia bertanya, Eh, kata nak bawa Anis. Dia mana?

Anis sakit perut. Dia tak dapat ikut. Aisyah berbohong. Sejak tadi dia memikirkan alasan.

Joe, mak saya kirim salam pada awak, Aisyah secara tiba-tiba membahasakan dirinya dan Johari dengan panggilan saya dan awak.

Johari tersentak tapi segera dia menyesuaikan diri dengan perubahan itu. Dia menjawab salam daripada Puan Mona, Waalaikumussalam. Perlahan.

Aisyah mengangkat tangan memanggil pelayan untuk membuat pesanan makanan. Dia meminta satu set chicken chop, jus oren dan sepinggan kentang manakala Johari pula memesan nasi goreng ikan masin dan sirap ais.

Ai malam-malam macam ni pun maka chicken chop ke? Tak takut gemuk?, usik Johari,

Aisyah senyum. Hari tu awak juga yang kata saya ni kurus sangat"

Johari ketawa.

Aisyah awak nak cakap apa-apa?, Johari berkias. Dia tidak mahu nampak terlalu memaksa kerana dia nampak banyak kelainan pada Aisyah malam ini.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 134

Aisyah diam membatu. Dia teragak-agak. Lambat-lambat, dia membuka mulut.

Joe. Saya takut

Johari memandang wajah Aisyah. Dalam hati, dia mengakui kecantikan dan kecomelan gadis itu. Tapi sayang, kecantikan itu ditayangkan ke khalayak umum, bukannya di simpan kepada orang yang lebih berhak. Kecantikan Aisyah tidak kalah jika mahu dibandingkan dengan Nasuha. Cuma, Nasuha menutup aurat dengan sempurna. Hanya itu bezanya.

Ah, tiba-tiba saja nama itu muncul.

Awak takut apa?, tanya Johari. Dia harus serius kerana dalam situasi sebegini, jika dia tersalah bergurau, ia boleh mengguris hati Aisyah.

Semalam saya melihat satu kemalangan ngeri. Dengan mata kepala saya sendiri. Saya lihat, seorang lelaki terbaring lembik di atas jalan. Darah penuh membasahi jalan raya. Ketika itu, saya tidak merasakan apa-apa. Cuma rasa ngeri bercampur kasihan. Lalu malam tadi, saya ceritakan kepada ibubapa saya. Ayah saya bercakap tentang mati. Mati tu tak kenal usia. Tua muda boleh mati. Mati pun tak tahu tempat. Di dalam kereta, depan TV, di kelab atau di masjid, mana-mana tempat kita boleh mati. Saya terfikir tentang itu. Tiba-tiba saya jadi takut. Sangat-sangat takut. Tak pernah saya fikir akan mati. Dan sekarang, saya rasa sangat takut..

Aisyah menahan tangis. Matanya berkaca-kaca. Suaranya serak. Dia mengehentikan sebentar bicaranya kerana memberi ruang untuk seorang pelayan lelaki berambut kerinting untuk menghantar pesanan makanan mereka tadi. Tangannya bergerak cergas. Kemudian, dia berlalu pergi.

Aisyah menghela nafas. Dia mencari-cari kekuatan untuk meneruskan bicaranya. Satu pinggan chicken chop terhidang di hadapannya. Di pandangnya dengan pandangan yang kosong, sekosong perasaannya saat itu.

Joe, kita makan dulu ya, pinta Aisyah. Sebenarnya, dia bukannya lapar tetapi dia sedang berusaha menahan diri daripada menangis lagi. Dia sedar bahawa sejak semalam, air matanya cukup murah. Dia tidak mahu teresak-esak di depan Johari. Di depan orang ramai.
Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/) Page 135

Johari mengangguk. Dia berdoa ringkas. Dia menyuap nasi goreng di pinggannya ke dalam mulutnya.

Senyap. Mereka tidak bersuara. Masing-masing sedang sibuk melayan perasaan.

Aisyah memotong ayam yang berada di pinggannya lalu menyuakan ke dalam mulut. Dikunyahnya lambat-lambat. Tadi semasa di dalam kereta, perutnya berbunyi-bunyi mengalunkan melodi lapar. Tapi apabila rezeki sudah di depan mata, seleranya hilang sedikit demi sedikit. Mungkin kerana emosinya yang turun dan naik.

Johari juga begitu. Dia seperti dapat mengagak apa masalah yang berlaku pada Aisyah. Dia cuba membuat andaian. Dia menduga bahawa Aisyah sedang di dalam tekanan atau mungkin dalam trauma kerana melihat kemalangan tapi selalunya, jika seseorang itu trauma, dia tidak berani berada di jalan raya. Ini bermakna trauma bukanlah masalah sebenar.

Sebenarnya, mereka berdua merupakan pasangan yang paling pelik malam itu. Johari bersongkok dan berbaju melayu manakala Aisyah pula ber t-shirt sendat dan tidak bertudung. Pelanggan-pelanggan yang datang silih berganti memandang mereka dengan pandangan yang pelbagai.

Ada yang memandang mereka dengan pandangan yang sinis dan ada juga yang cuba bersangka baik. Sememangnya itu bukanlah satu pemandangan yang biasa-biasa. Rasanya, jarang benar seorang lelaki yang berpakain sebegitu sudi untuk duduk bersama-sama dengan wanita yang tidak menutup aurat. Jarang benar

Tapi bagi Johari pula, dia sedikit pun tidak merasa canggung. Sememangnya, dia selesa dengan imejnya yang begitu. Berbaju melayu dan kadang-kadang, bersongkok. Bahkan Johari juga tahu bahawa dia tidak perlu merasa canggung untuk dekat dengan gadis yang seakanakan jauh dengan nilai-nilai agama kerana tugasnya sebagai kawan hanyalah untuk memberi nasihat, berdakwah dan membantu Aisyah. Menghukum dan membenci, itu diluar tanggungjawabnya. Gadis itu perlukan bimbingan bukannya makian. Apatah lagi kebencian!

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 136

Johari melihat ke pinggan Aisyah. Masih banyak makanan yang berbaki. Lalu, Johari memperlahankan suapannya. Dia mahu menyaingi Aisyah.

Tiba-tiba Aisyah bertanya, Joe, awak pernah mengalami mimpi ngeri tak?

Johari segera menjawab. Pernah juga. Kenapa?

Aisyah diam. Dia meletakkan sudunya. Johari juga berbuat perkara yang sama. Semalam saya mimpi buruk. Sangat buruk. Saya yakin ia bukan satu mimpi yang biasa-biasa. Joe, saya mimpi semalam yang saya dikejar oleh seseorang. Sekeliling saya hanyalah kegelapan dan di hadapan saya cumalah sebatang jalan yang bercahaya. Saya berlari mengikuti arah jalan yang bercahaya itu. Saya berlari dan terus berlari. Tiba-tiba saya terjatuh dan saya memandang ke belakang. Orang yang mengejar saya itu semakin hampir. Saya lantas bangun dan kembali berlari hingga saya tiba di satu kawasan curam. Di situ, tiba-tiba sahaja keadaan menjadi cerah. Saya dapat melihat orang yang mengejar saya. Dia memakai pakain serba hitam dan menutup muka. Saya ketakutan. Saya tidak punya tempat untuk melarikan diri kerana di hujung saya ialah satu curam yang sangat dalam. Lelaki itu berjalan setapak demi setapak kearah saya. Saya menangis. Saya merayu kepadanya supaya jangan mengapa-apakan saya tapi terus, dia mampir kearah saya. Saya semakin hampir dengan tebing jurang itu. Jarak saya hanyalah selangkah sahaja lagi. Saya semakin takut. Saya menjerit meminta tolong. Saat itu, saya berdoa kepada Allah dengan linangan air mata. Saya berdoa sungguh-sungguh. Tibatiba, ada satu pancaran kilat memancar dari langit dan menyambar lelaki itu. Serta merta dia lenyap

Aisyah berhenti sejenak. Dia menghela nafas. Saya fikir saya sudah selamat, tapi secara tibatiba, tanah tempat saya berpijak itu runtuh. Saya terjatuh ke dalam gaung. Kepala saya terhantuk dengan sebiji batu besar dan pecah.Lalu, saya tersedar dari tidur. Saya ketakutan. Saya menangis. Ketika itu saya tidak tahu apa harus saya lakukan. Kerana itu, saya menelefon awak, Joe..

Akhirnya air mata yang ditahan sedari tadi tumpah juga. Pantas disekanya dengan tisu. Dia takut sekiranya ada orang lain terpandang dan melemparkan pandangan yang buruk-buruk kepadanya.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 137

Joe.. sampai sekarang saya masih rasa takut. Seolah-olah kematian itu mengintai-ngintai saya. Saya takut untuk mati. Saya banyak dosa. Terlalu banyak dosa. Aisyah menangis. Suaranya tersekat-sekat.

Johari yang hanya menjadi pendengar setia sejak daripada tadi tidak bersuara sedikit pun. Dia menunggu Aisyah tenang sedikit.Setelah merasakan yang Aisyah sudah okey sedikit, Johari menyusun kata-kata. Dia perlu berlapik dan berhati-hati berbicara dengan orang yang sedang dipukul ombak kesedihan.

Aisyah Pertama sekali, saya nak kata bahawa saya ini bukannya ahli tafsir mimpi

Dia melihat ada senyuman terukir di bibir Aisyah.

Kedua, saya rasa bahawa mimpi tadi merupakan satu peringatan daripada Tuhan kepada awak

Aisyah memandang mukanya dengan tanda tanya. Peringatan daripada Tuhan?

Allah sangat sayang kepada manusia. Dan awak ialah salah seorang yang bertuah, yang disayangi oleh-Nya. Allah mahu memberi sedikit peringatan kepada awak, Johari berbicara dengan serius. Sesekali, tangannya bergerak ke kiri dan ke kanan. Lagaknya mirip benar dengan penceramah yang berceramah di kaca televisyen.

Dalam satu hadis riwayat Imam At-Tabarani, Rasulallah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud, cukuplah kematian itu menjadi sebaik-baik peringatan. Allah membawa awak untuk melihat sebuah kemalangan ngeri yang kemungkinan besar berakhir dengan sebuah kematian. Itu bermakna, Allah mahu awak mengambil peringatan daripadanya, suara Johari direndahkan sedikit.

Dan mimpi itu ialah bukti yang Allah benar-benar mahu kamu memikirkan tentang peringatan itu, sambungnya.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 138

Bagaimana saya boleh mengambil peringatan itu?, tanya Aisyah. Hatinya berdebar-debar. Perbicaraan ini dirasakan seperti sebuah perbicaraan di mahkamah. Dia menanti hukuman daripada tuan hakim. Lepas, penjara, atau hukum gantung?

Aisyah. Kita hidup di dunia ini sekali cuma. Kerana itulah kita perlu menggunakan peluang yang sekali ini untuk menjadi orang islam yang sebenar-benarnya. Kita perlu taat kepada Allah. Setiap yang Allah larang kita perlu tinggalkan dan setiap yang Allah suruh, perlu kita laksanakan

Aisyah diam. Dia memandang lantai. Tak sanggup dia memandang mata Johari kerana dia tahu, dalam perkara ini, dia harus merendahkan egonya dan belajar menerima nasihat dan teguran. Lebih-lebih lagi daripada seorang yang dianggapnya sebagai teman yang paling hampir dengannya.

Ada orang percaya pada karma. Mereka percaya bahawa selepas mati, mereka akan dilahirkan sekali lagi ke dunia ini. Mereka akan menjadi apa-apa sahaja mengikut tahap kebaikan mereka semasa hidup. Jika semasa hidup, dia sentiasa berbuat kebaikan, maka selepas mati, dia akan menjadi benda-benda yang baik. Johari merasa tekaknya haus lalu dia meneguk air yang masih berada di sebelahnya. Terasa nyaman kembali.

Ada juga segelintir manusia yang percaya bahawa selepas sahaja mereka mati, maka berakhirlah segala-galanya. Mereka tidak akan dihidupkan lagi. Kerana itu, mereka beranggapan bahawa mereka perlu berhibur sepuas-puasnya, mencari harta sebanyakbanyaknya dan mereka merasakan mereka bebas melakukan apa sahaja di dunia ini.

Johari berhenti seketika. Dia memandang wajah Aisyah. Ternyata masih ada air mata yang bergenang pada mata yang membulat itu. Aisyah masih mendengar tanpa bersuara sedikit pun.

Manakala, kita pula percahaya bahawa selepas sahaja kita mati, kita akan dibangkitkan semula oleh Allah. Kita akan ditanya oleh malaikat-malaikat di dalam kubur. Soalan-soalan itu ialah berkaitan dengan keimanan dan keyakinan kita. Mereka akan bertanya siapa Tuhan kita. Saat itu, mulut kita tidak mampu mencipta jawapan kerana jawapan yang keluar daripada mulut kita ini bergantung kepada amalan kita di dunia. Jika di sini kita taat sungguh-sungguh kepada Allah, maka dengan automatik kita dapat menjawab yang Tuhan kita ialah Allah. Begitulah dengan soalan-soalan seterusnya. Kita juga percaya kepada penghitungan amalan.
Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/) Page 139

Allah akan membuat pengadilan kepada kita. Setiap satu perbuatan kita akan dinilai. Satu kebaikan walaupun kecil, tetap akan dikira dan satu kejahatan walaupun kecil, tetap akan dinilai oleh Allah s.w.t, sambung Johari. Dadanya berombak-ombak. Rasa takut dan risau silih berganti menyentuh sanubarinya apabila dia membayangkan saat perhitungan amal itu.

Segala pengkhianatan dan kezaliman kita terhadap orang lain juga akan dikira. Mereka akan mendatang kita, lalu mengambil pahala kita. Jika tiada pahala yang berbaki, maka kita pula yang akan menanggung dosa mereka. Bayangkanlah apa yang akan terjadi kepada kita. Sudahlah dosa kita sendiri menggunung banyak, kini ditambah pula dengan dosa-dosa orang lain. Pasti kita akan murung kerana tahu destinasi kita bukanlah syurga. Sebaliknya, jika pahala kita banyak, kita akan tersenyum-senyum memasuki syurga, sambung Johari. Dia cuba mentafsir raut wajah Aisyah. Gadis itu muram, tetapi Johari tahu dia mendengar setiap kata-katanya tadi.

Johari memberi nasihat. Aisyah, saya rasa awak patut banyakkan istighfar. Mohon ampun kepada Allah. Allah sengaja mahu menyedarkan awak. Mungkin selama ini ada dosa-dosa yang telah kita lakukan tanpa kita sendiri tahu. Dan Allah itu Maha Pengampun, pasti setiap dosa orang yang meminta keampunannya akan segera dimaafkan

Aisyah menangis lagi. Kepalanya ditundukkan ke lantai. Kata-kata ikhlas dari insan yang berada di hadapannya itu meniup kesayuan yang tiada tara ke dalam hatinya. Saat itu dia merasakan seperti dia bukan lagi berada di restoren mewah, tetapi berada di bilik kaunseling.

Sebentar, Aisyah mengangkat wajahnya dan memandang Johari. Matanya membungkam merah. Seketika, matanya bertemu dengan mata Johari yang memandangnya dengan penuh rasa kasihan. Johari melarikan anak matanya.

Joe. Saya sedar bahawa selama ini saya sangat jauh dengan Allah. Saya sangat tidak menggemari cara hidup dan prinsip islam. Bagi saya, islam itu jauh daripada kemajuan. Saya suka berdebat dan mempertikaikan islam hinggakan kawan-kawan saya yang alim dan kuat berpegang dengan islam pun menjauhi saya. Tapi saya tak kisah. Bagi saya, itu kebebasan saya sebagai penganut untuk saya mengkritik satu-satu perkara yang bagi saya, tidak sesuai dengan diri saya. Ternyata saya silap. Kata-kata awak tadi banyak menyedarkan saya. Saya takut mati. Saya takut jika ditanya oleh malaikat di dalam kubur. Saya juga takut apabila Allah membuat penghisaban kelak

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 140

Aisyah menyeka air mata. Ternyata, dia menjadi tumpuan beberapa mata di sekeliling. Pasti mereka aneh apabila melihat seorang gadis menangis di hadapan seorang lelaki yang berpenampilan seperti seorang ustaz.

Aisyah tidak ambil pusing. Di saat-saat begini, ego nya seperti telah lesap. Dia sudah bersedia untuk berubah. Tambahan pula, dia mempunya Johari sebagai pendorongnya. Dengan sendu yang masih bersisa, Aisyah menyambung.

Saya mahu berubah. Saya mahu jadi seorang perempuan yang baik. Saya mahu bertaubat

Riak di wajahnya menunjukkan kesungguhan. Johari senyum syukur. Dalam hatinya, dia tidak henti-henti melafazkan rasa syukur kerana Aisyah telah diberikan hidayah. Lebih manis lagi, dia rasa beruntung kerana dalam banyak-banyak sahabat, Aisyah memilih untuk menceritakan masalah ini kepadanya. Ternyata tidak sia-sia dia berusaha mendekati Aisyah dengan menjadi seorang sahabat yang setia. Alhamdulillah. Dakwahnya akhirnya menujukkan tanda-tanda kejayaan.

Joe. Help me. I want to change, kali ini suara Aisyah seakan-akan merayu. Air matanya sudah kering tapi matanya nampak membengkak.

InsyaAllah. I will. I promise, Johari melafazkan janji. Sungguh, dia benar-benar ikhlas mahu membantu gadis itu.

Sepi tiba-tiba menguasai.

Hey. Tengok pinggan awak. Banyak lagi tu yang tak habis. Why? Takut gemuk?, Johari cuba berjenaka sambil tangannya menunjukkan ke arah hidangan di hadapan Aisyah. Dia tidak mahu gadis itu terus-terusan sedih. Wajah itu terlalu indah untuk bersedih.

Aisyah cuma ketawa kecil dan ia bukan dibuat-buat. Johari tersenyum bahagia.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 141

Ya Allah, Kau berilah taufik, hidayah serta keampunan kepadanya, Johari berdoa dalam hati.

Malam itu, Aisyah pulang ke rumah dengan satu semangat baru. Dia tidak henti-henti melafazkan penyesalan di atas dosa-dosa silamnya. Saat mengenangkan dosa-dosa itu, hatinya akan dirundum kesedihan. Dia menahan tangis. Bimbang-bimbang sekiranya ibu, ayah dan adik-adiknya perasan yang mata Aisyah membengkak. Dia tidak mahu bersoal-jawab dengan mereka.

Aisyah menghempaskan badannya ke atas tilamnya yang empuk. Perkara pertama yang bermain di mindanya ialah tentang tudung. Dia perlu menutup aurat. Perkara itu sudah beberapa kali dibebelkan oleh ibunya. Bahkan, ayahnya turut sama memberi teguran. Bosan kerana ditegur setiap kali, akhirnya Aisyah akur. Dia sudah tidak memakai skirt dan legging. Jeans ketatnya juga sudah jarang disarungnya. T-shirtnya juga semakin panjang.

Pernah juga Johari menegur tentang pakaiannya. Ketika itu, dia masih tidak arif dengan jalanjalan di Kuala Lumpur. Lebih tepat, Malaysia. Dia telah dipanggil untuk di temuduga oleh sebuah syarikat antarabangsa berpangkalan di Shah Alam. Mahu diajak ayahnya, ayahnya ada mesyuarat penting. Mahu diheret ibunya, ibunya pula mahu berjumpa dengan pelanggan pentingnya. Hanya Johari sahajalah yang ada. Lalu, dia mendail nombor jejaka tampan itu. Puas dia memujuk dan merayu, barulah pemuda itu sudi mengambil cuti untuk menemaninya. Semasa Johari sedang memandu, dia bersuara. I rasa kalau you pakai macam ni, you tak akan dapat kerja tu..

Aisyah fikir Johari bergurau. Dia ketawa mengejek. Kenapa pula? Hari itu, Aisyah memakai baju kemeja lengan panjang bergaris-garis dan sepasang skirt paras lutut.Iyalah. Pakain macam ini Allah tak suka. Kalau Dia tak suka, macam mana dia nak beri kita rezeki?

Serta merta wajah Aisyah mencuka. Ditakdirkan Allah, dia gagal dalam temuduga itu dan langsung dia menyalahkan Johari kerana mengganggu moodnya pagi itu. Tentang penampilan diri, Aisyah merasakan bahawa itu hak dan kebebasannya sebagai seorang manusia. Dia merasakan yang dia bebas memakai apa sahaja yang dia suka. Bukannya dia berbogel pun, fikirnya lagi.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 142

Aisyah bangkit dari katil menuju kearah almari pakaiannya. Ada beberapa helai baju kurung yang masih baru di dalamnya. Dia mengeluarkannya daripada almari. Kemudian, dia mencaricari tudung di bawah lipatan pakainnya. Tudungnya pun hanya ada sehelai sahaja. Aisyah mencapai tudung berwarna hijau cair itu dan diletaknya ke atas katil. Ia kelihatan masih baru seolah-olah masih belum digunakan. Sebenarnya, itu ialah tudung hadiah daripada ibunya. Aisyah teringat, dia hanya memakai tudung itu beberapa kali sahaja. Itu pun kerana mengikuti program-progam anjuran komuniti pelajar-pelajar muslim yang diadakan di sebuah masjidmasjid sekitar Birmingham.

Aisyah memanaskan seterika. Lalu, di halakannya seterika itu keatas tudungnya. Selesai, dia mengambil baju kurungnya pula dan dia melakukan perkara yang sama. Hatinya diburu rasa bersalah dan kesal memikirkan betapa besar dosanya kerana membuka aurat sejak baligh dahulu.

Aisyah memperkasakan azamnya untuk berubah. Sebelum tidur, dia melakukan pesan-pesan daripada Johari sebentar tadi. Dia menunaikan solat sunnat taubat dan berdoa memohon keampunan daripada Allah. Air matanya merembes keluar mengenangkan dosa-dosa silam. Bahkan malam itu juga, buat pertama kali dalam hidupnya, dia dapat menikmati satu perasaan yang sangat nyaman berupa ketenangan yang selama ini dicari-cari olehnya. Dalam hati, dia mengucapkan syukur. Dia sedar bahawa ketenangan yang selama ini mahu dicari dengan jalan berhibur ternyata telah dia temui dengan ibadah yang disertakan dengan rasa takut dan mengharapkan rahmat Allah. Mulut Aisyah menyebut, Alhamdulillah

Pagi itu, Encik Azizi dan Puan Mona menjadi manusia yang paling terkejut. Mereka terlopong seakan-akan tidak percaya memandang Aisyah. Aisyah berbaju kurung. Bahkan, dia juga bertudung.

Assalamualaikum mak, ayah. Selamat pagi, Lembut dan sopan Aisyah menyapa ayah dan ibu tercinta.

Dia menarik kerusi lantas duduk bertentangan dengan bapanya. Bapanya masih terkasima.

Kenapa pandang saya macam nampak hantu saja?, tanya Aisyah. Pelik benarkah aku bertudung?, tanyanya dalam hati.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 143

Encik Azizi teragak-agak mahu menjawab. Eh. Tak adalah. Ayah rasa anak ayah hari ni luar biasa jelitanya. Samakin cantik

Aisyah ketawa kecil. Dia tahu yang bapanya sengaja mahu mengambil hati. Pandangannya tumpah kepada ibunya yang sedang menghirup air milo panas. Mata mereka bertemu.

Alhamdulillah. Akhirnya kamu bertudung juga. Emak dah lama teringin nak tengok kamu pakai macam ni, kata Puan Mona jujur. Setiap hari, dia dan suaminya akan mendoakan anakanak mereka dan doanya kepada Aisyah selalunya lebih lama.

Senyuman Aisyah semakin melebar. Dia mengambil sekeping roti di depannya lalu menyuap ke dalam mulutnya. Sebenarnya dia merasa sangat asing pagi itu kerana ayah dan ibunya sedari tadi memandangnya seolah-olah sedang mahu memastikan yang itu ialah anak mereka.

Aisyah ketawa dalam hati. Mak, ayah. InsyaAllah, saya akan kekal macam ini, Aisyah mengukir janji dan ia benar-benar datang jauh dari sudut hatinya.

Sebelum dia bertolak ke tempat kerja, dia bersalaman dengan ibunya dan ibunya menghantar Aisyah ke muka pintu dengan senyuman dan hati yang sarat dengan rasa syukur dan bahagia. Semua orang pelik memandang Aisyah. Hampir-hampir sahaja mereka fikir itu ialah staf baru. Akmal yang selalu mengusik dan bersiul-siul setiap kali selisih dengan Aisyah, tiba-tiba sahaja diam melopong hari ini. Vijay yang gatal seperti ulat bulu, yang mata nakalnya suka memandang tubuh Aisyah setiap pagi, nyata kecewa kerana tidak dapat berbuat demikian hari itu.

Namun, di antara mereka, Azlin ialah orang yang paling gembira melihat perubahan penampilan Aisyah. Memang selama ini matanya sakit melihat Aisyah berpakaian ketat dan memakai skirt. Memanglah ia ialah pakaian pejabat, tapi sebagai muslim, tidak seharusnya ia menjadi pakaian di tempat awam. Hatta di rumah pun ia tidak boleh sekiranya yang melihat itu bukan muhrimnya.

Pagi itu juga, Aisyah menangis lagi di hadapan Azlin. Itu pun selepas puas disorok mukanya yang sedang teresak-esak itu. Dia meminta maaf kerana selama ini, dia tidak mengendahkan nasihat-nasihat ikhlas dan seruan-seruan kearah kebaikan daripada sahabatnya itu. Azlin juga
Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/) Page 144

sebak. Hampir-hampir dia turut sama menangis. Mulutnya tidak henti-henti mengucap syukur apabila Aisyah berbisik, Lin saya nak jadi baik. Saya tahu saya orang jahil, berdosa dan jahat. Saya nak berubah. Saya harap sangat Lin boleh bimbing saya, boleh bantu saya

Azlin membalas genggaman tangan halus Aisyah erat-erat. InsyaAllah, ada sinar kesungguhan di anak matanya.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 145

BAB 20

Nasuha bingung. Panggilan telefon daripada ibunya mengundang rasa gundah di dalam hati. Lama dia termenung di meja belajar. Berusaha mencari kekuatan kembali untuk membedah buku yang sedang terbuka luas di depannya.

Su, sebenarnya petang tadi, ada orang merisik bertanya pasal Su, suara ibunya lembut tapi cukup untuk membuatkan seluruh tubuh Nasuha menggeletar seperti terkena renjatan elektrik bervoltan tinggi. Dia terkejut bukan kepalang.

Siapa?, Nasuha bertanya.

Ustaz Azzam, balas ibunya sepatah.

Nasuha seolah-olah pernah mendengar nama itu. Dia cuba mengingat kembali. Bukankah itu nama ustaz yang dia pernah ganti untuk mengajar di Sekolah Agama Rakyat As-Syakirin?, bisiknya.

Mak, itu ustaz yang mengajar di sekolah agama tu ke?, Nasuha meminta kepastian.

Bukan setakat sekolah agama je Su Sekarang tiap-tiap hari sabtu dan ahad, dia akan mengajar di masjid kampung kita, balas Hajah Kalsum.

Hah. Bukan dah tua ke?, tanya Nasuha pelik kerana semasa seminggu dia mengajar di sekolah agama itu, semua tenaga pengajar ialah daripada golongan yang berusia. Maka, dia fikir yang Ustaz Azzam juga sudah berusia lanjut, sama seperti ustaz-ustaz dan ustazahustazah yang lain.

Dari hujung telefon, dia mendengar ibunya ketawa kecil. Nasuha pelik.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 146

Tak adalah Su. Umur dia baru mencecah 25 tahun. Dia lepasan Universiti Yarmouk, Mesir. Ustaz Azzam ni anak bongsu kepada Tuk Imam Haji Wahab, imam kampung kita ni, tambah ibunya lagi.

Melalui nada suara dan cara ibunya bercakap, dia kelihatan sangat senang dengan ustaz itu. Nasuha terdiam. Ada perkara yang mengusik hati kecilnya.

Jadi, apa kata mak?, tanya Nasuha.

Mak kata mak nak bincang dulu dengan Su. Lagipun, yang nak kawin itu Su. Jadi mak rasa mak tak boleh sesuka hati buat keputusan. Atuk kamu pun cakap macam tu. Jadi,Su boleh balik tak hujung minggu ni? Kita bincang-bincang sikit. Malam tu, kita ke masjid dengar kuliah Ustaz Azzam. Mak rasa Su pun belum pernah jumpa dia lagi kan?

Nasuha berasa bersyukur kerana ibunya tidak terus menyatakan jawapan. Keterbukann ibunya itu satu anugerah buatnya. Hati kecilnya sebenarnya memuji kebijaksanaan Ustaz Azzam yang menyatakan keinginan untuk menjadikannya sebagai teman hidup melalui saluran yang betul. Sepanjang dia menuntut di universti ini, acap kali juga dia menerima SMS, surat layang, bahkan mendegar luahan perasaan jejaka-jejaka yang menyatakan hasrat hati mahu menjadikan Nasuha sebagai teman hidup. Tapi segera Nasuha tolak mentah-mentah. Baginya, itu bukannya cara yang betul. Fikirnya, jika benar seseorang lelaki itu menyukai seseorang wanita, orang yang paling awal harus tahu ialah ibubapa perempuan itu. Bukannya wanita itu.

Ada perasaan yang bercampur dalam hatinya. Tanpa memanjangkan perbualan, Nasuha berjanji untuk pulang hujung minggu nanti.

Dan sekarang, Nasuha benar-benar celaru. Sepatutnya, dia merasa ceria kerana menurut cerita ibunya, lelaki yang merisik itu bukan calang-calang. Dia seorang guru agama di sekolah, bahkan turut mengajar di masjid-masjid. Lebih daripada itu, dia juga seorang lepasan Universiti Yarmouk, Jordan dan juga anak seorang Imam. Tetapi entah mengapa hatinya seperti masih berharap kepada lelaki itu, Johari. Dia beristighfar. Ternyata dia hanya perlu berharap kepada Allah, bukannya kepada manusia.

Nasuha menutup bukunya. Otaknya terasa berat sekali. Lalu, dia merebahkan badan di atas katilnya. Dia memasang azam untuk bangun kembali pada jam 3 pagi untuk meneruskan
Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/) Page 147

ulangkaji. Selepas menyelaraskan penggera di telefon bimbit, dia meletakkannya di tepi telinganya. Dari hujung matanya, dia melihat Yati sedang tekun belajar. Tidak lama, bayang itu lenyap dan diganti dengan dengkuran halus.

Perjalanan dari kampus yang mengambil masa 4 jam itu dirasakan pendek. Nasuha banyak menghabiskan masanya dengan termenung dan berfikir. Hati dan fikirannya melayang. Di dadanya terbit sedikit debar. Dia pulang untuk membuat keputusan yang sangat besar. Keputusan yang mungkin akan menentukan hidupnya beberapa tahun akan datang.

Sebagai pelajar tahun akhir, Nasuha tidak memiliki banyak masa yang hendak dibazirkan. Kesibukan dan kepadatan aktiviti banyak membantutkan hasratnya untuk pulang berziarah ke kampung halaman. Jika tiada urusan, memang dia tidak akan pulang.

Dari Terminal Bas Pekan, Nasuha lebih banyak berdiam diri. Sepatah yang ibunya tanya, maka sepatah juga yang dia akan jawab. Ibunya tidak kisah. Bahkan, ibunya tersenyum melihat sikap dingin Nasuha. Dia mengerti yang Nasuha sedang berdepan dengan satu persimpangan. Nasuha harus membuat keputusan yang paling tepat untuk dirinya dan masa depannya.

Kereta ibunya memasuki laman rumah. Kelihatan, neneknya sedang membakar dedaun kering yang melambak di laman rumah. Neneknya sudah benar-benar sembuh. Semasa Nasuha meninggalkan kampung untuk ke kampus, neneknya belum benar-benar sihat lagi. Dia cuma mampu berjalan beberapa langkah. Kini, dia sudah pun boleh kembali melakukan aktivitiaktiviti rutinnya.

Datuknya pula berada di dusun. Ada peraih dari Kuala Lumpur datang untuk mendapatkan buah-buahan. Mereka sangat suka untuk berurus niaga dengan datuk Nasuha. Ini adalah kerana buah-buahan yang mereka ambil semuanya berkualiti dan harga yang ditetapkan juga nyata tidak membebankan.

Nasuha memanjat tangga dan langsung ke bilik, meletakkan beg kecil yang disandangnya. Arif Fahmi sudah pulang ke asrama. Maka, yang tinggal hanyalah Aman dan Najwa. Aman tiada di rumah. Mungkin sedang bersama-sama dengan rakan sebayanya. Najwa pula berada di bawah, sedang menolong neneknya.
Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/) Page 148

Nasuha menanggalkan tudung yang menutup rambutnya yang ikal itu. Dia lalu turun ke dapur untuk membantu ibunya menyiapkan makan tengahari. Di dapur, mereka berbual-bual seperti biasa. Antara yang dibualkan ialah tentang pelajaran Nasuha. Ibunya walaupun hanya mendapat pendidikan sehingga sekolah menengah tetapi dia faham benar dengan kehidupan di universiti. Dia tahu Nasuha sedang berada di saat-saat yang genting kerana dia perlu memerah keringat dan berusaha sehabis upaya untuk mendapat lulus dengan cemerlang demi keluarga ini.

Su. Bila nak ajak Suhana datang rumah kita?, ibunya bertanya tentang Suhana. Nasuha seringkali bercerita perihal Suhana kepada ibunya. Ibunya tahu bahawa Nasuha sudahpun menganggap gadis itu seperti kakaknya. Tambahan pula, Nasuha kan anak sulung, tidak punya kakak. Dalam hati, dia sebenarnya sangat bersyukur kerana Nasuha mempunyai seorang sahabat yang baik, solehah. Itu cukup untuk membuatkan naluri ibunya merasa tenang.

Nasuha sedikit terperanjat. Inilah kali pertama ibunya bertanya tentang sahabat karibnya itu. Dia ada kelas esok mak. Kelas ganti, jawab Nasuha jujur.

Hajah Kalsum senyum. Kalau macam tu, nampaknya dia hanya akan datang masa majlis tuning Su lah.

Hajah Kalsum senyum mengusik. Nasuha memandang dari ekor matanya. Dalam kesamaran, dia cuba mentafsir guraun ibunya itu. Sememangnya dia sedar yang ibunya suka dan senang dengan Ustaz Azzam. Pastinya dia mahu sekiranya bermenantukan pemuda seperti Ustaz Azzam. Ibunya seakan-akan sedang menyuruh Nasuha untuk menerima pinangan itu. Dan sungguh, suruhan ini dilakukan secara kiasan dan bukannya secara terus. Nasuha faham itu.

Datuknya pulang beberapa minit sebelum pukul 1 petang. Di tangannya ialah satu beg plastic berisi buah mangga. Nasuha menyambut beg plastik itu lalu ke sinki dan membasuhnya. Tanpa perlu disuruh, Nasuha mengupas kulit buah-buah mangga itu. Manakala datuknya pula bergegas ke bilik air dan bersiap-siap menuju ke masjid yang terletak beberapa ratus meter sahaja dari rumah kampung mereka. Mereka makan tengahari bersama-sama selepas datuknya pulang dari solat.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 149

Malam itu, Nasuha, ibunya, neneknya dan adik perempuannya berjalan dengan berpimpin tangan ke masjid. Masjid yang sederhana besar itu sedang mula dimuat oleh manusia. Bilangan jemaah lebih ramai berbanding biasa kerana kononnya, malam itu ada kuliah agama yang dipimpin oleh ustaz muda lepasan Universiti Yarmouk. Nama Ustaz Azzam cukup gah di kampung itu. Orang kampung senang dan suka dengan Ustaz Azzam. Kata mereka, ceramah ustaz bersemangat dan penuh hikmah.

Nasuha memasuki ruang solat wanita. Rata-rata jemaah wanita ialah golongan tua yang sebaya neneknya. Golongan ibu-ibu yang sebaya dengan Hajah Kalsum juga ramai. Nasuha memandang sekeliling. Ada beberapa muka yang dia kenal. Antaranya ialah Ustazah Halimah. Guru besar sekolah agama itu yang sedari tadi tersenyum-senyum kepada Aisyah. Sayup-sayup, dia terpandang Sarah, sahabatnya. Sarah datang dengan neneknya.

Solat maghrib malam itu diimamkan oleh Ustaz Azzam. Suaranya merdu saat membaca ayatayat al-Quran. Selesai solat, dia memimpin bacaan zikir dan doa. Selepas solat sunat selepas maghrib, dia mengambil mikrofon dan mula menyampaikan kuliah.

Ketika itu, Nasuha dapat melihat dengan jelas wajah Ustaz Azzam dari balik tirai yang memisahkan ruang solat lelaki dengan ruang solat wanita. Ustaz Azzam berkulit hitam manis. Dia memakai kaca mata. Di dagunya, ada sejemput janggut yang nampak terjaga dan kemas. Nasuha membuat analisa tentang rupa paras Ustaz Azzam. Baginya, ustaz itu sedang-sedang sahaja. Tidak kacak dan tidak juga hodoh.

Nasuha teringat tentang pesan Rasulallah kepada umatnya saat mahu mencari jodoh. Syarat pertama ialah agama. Tentang agama, dia yakin dengan kelayakan dan keperibadian ustaz muda itu. Namun, dia juga harus menilai aspek rupa paras dan keadaan fizikalnya juga kerana Nasuha sedar, dia akan berkhidmat kepada suaminya sesudah dia berkahwin. Maka, dengan melihat sendiri orang yang merisiknya, dia dapat mempersiapkan dirinya untuk berkhidmat penuh setia kepada sang suami.

Tiba-tiba sahaja dia teringat akan satu dialog dalam novel Ketika Cinta Bertasbih. Dialog itu dilafazkan oleh seorang teman Ana Attaufinnisa, watak utama novel popular itu. Agama itu sudah tentu. Tapi kalau badannya berbau, bagaimana aku mahu berkhidmat dengan penuh kasih dan ikhlas?

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 150

Nasuha menumpukan perhatian kepada kuliah yang disampaikan oleh Ustaz Azzam. Ternyata ustaz muda itu cukup bijak untuk memancing tumpuan para hadirin. Sesekali dia membuat jenaka. Nasuha turut ketawa kecil mendengar. Ustaz Azzam ialah lulusan dalam bidang ilmu hadis. Malam itu, dia membawakan banyak hadis dan ayat-ayat al-Quran. Dia menghuraikan dengan cara yang sangat santai.

Ustaz muda itu suka menggunakan kaedah tamsilan ataupun perbandingan. Cara itu dirasakan cukup bijak kerana majoriti pendengarnya ialah orang-orang kampung yang tidaklah maju dan moden seperti warga kota. Dalam hati Nasuha, dia berasa kagum dengan penyampain guru muda itu. Sedang Ustaz Azzam pula, dia langsung tidak tahu bahawa gadis yang hanya dikenali melalui cakap orang dan sekeping gambar, turut sama duduk di dalam majlisnya.

Selesai solat isyak, mereka sekeluarga berjalan beriringan pulang ke rumah. Mereka berjalan lambat-lambat sambil membincangkan kembali tentang apa yang mereka dengar dari Ustaz Azzam sebentar tadi. Neneknya tidak habis-habis memuji Ustaz Azzam. Katanya, pengajian ustaz itu sangat menarik sehingga rata-rata anak muda turut sama jatuh hati untuk duduk di dalam majlis. Menurut neneknya lagi, Ustaz Azzam telah berjaya merecruit ramai anak muda untuk solat berjemaah dan meninggalkan aktiviti lagha dan sia-sia. Ternyata pendekatan yang dilakukan berjaya membuatkan anak-anak muda di kampung ini berubah menjadi manusia yang lebih baik. Bahkan, kaki lepak pun sudah jadi kaki surau.

Ibunya mengiyakan cerita neneknya itu. Nasuha hanya mendengar tanpa bersuara sedikit pun. Dalam kegelapan malam, mukanya merona merah. Bibinya menguntum senyum. Tiada siapa tahu.

Selesai makan malam, mereka sekeluarga berkumpul di ruang tamu. Najwa menyorok di balik langsir. Dia mahu curi-curi mendengar. Aman pula berkurung di dalam bilik. Mungkin sedang menelaah pelajaran. Tahun ini dia bakal menduduki PMR.

Nasuha tunduk memandang lantai. Dia nyata terlalu malu untuk bertentang mata dengan orang. Ibunya dari tadi tersenyum. Dia seolah-olah dapat meneka apakah bakal jawapan Nasuha sebentar lagi.

Su, apa pendapat Su tentang Ustaz Azzam?, tanya datuknya secara terus.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 151

Bertambah malulah Nasuha. Mukanya memerah. Dia tidak menjawab, sebaliknya dia bertanya, Bagaimana Ustaz Azzam kenal Su?

Dia kenal melalui Ustazah Halimah. Takkan Su tak tahu, Ustazah Halimah itu kan ibu saudara dia, jawab ibunya.

Dia pernah tengok Su?, tanya Nasuha lagi. Sebenarnya dia pelik mengapa ustaz muda itu merisiknya sedangkan mereka tidak pernah pun bersua muka.

Dia tengok dalam gambar saja. Su ingat tak gambar yang Su ambil dengan ustaz dan ustazah sekolah agama As-Syakirin dulu? Gambar itulah, jawab ibunya dengan senyum.

Nasuha teringat. Memang semasa hari terakhir percekolahan, Ustazah Halimah meminta semua tenaga pengajar yang ada untuk bergambar kenang-kenangan dengan Nasuha. Tapi gambar itu kabur. Bahkan, gambar mukanya di dalam foto itu tersangat kecil.

Datuk dan neneknya lebih banyak mendengar. Datuknya terbatuk. Sekali lagi dia mengulangkan pertanyaannya, Su rasa Ustaz Azzam tu macam mana?

Nasuha malu. Sebenarnya, hatinya sudah rasa terpikat dengan Ustaz Azzam. Dia mahu berhenti daripada mengharapkan Johari. Lagipun, Johari tu anak datuk, anak orang kaya. Pasti dia tidak mahu kepada anak orang kampung sepertinya, fikirnya.

Melihat cucu kesayangannya tertunduk malu, neneknya pula bertanya, Diam maknanya setuju. Kamu setuju tak?

Lambat-lambat Nasuha mengagguk.

Datuknya melafazkan rasa syukur. Ibu dan neneknya juga sama. Raut wajah mereka jelas mempamerkan yang mereka gembira dengan jawapan daripada Nasuha. Mereka berasa beruntung kerana Ustaz Azzam itu orang yang baik, bertanggungjawab, sopan dan juga terpelajar. Mereka yakin Nasuha akan bahagia.
Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/) Page 152

Manakala Nasuha pula masih tuduk memandang lantai. Dia bertekad mahu melupakan Johari. Nasuha terharu menerima panggilan daripada ibunya. Siang tadi, Ustaz Azzam datang untuk mendengar jawapan. Ibunya juga memberitahu bahawa pihak Ustaz Azzam bercadang agar majlis pertunangan diadakan awal bulan hadapan. Lebih menyentuh hatinya, bakal tunangnya itu sendiri berpesan melalui ibunya bahawa Nasuha tidak perlu pulang ke kampung sepanjang majlis pertunangan itu sekiranya dia sibuk. Nasuha terharu dengan sifat timbang rasa yang ditunjukkan oleh Ustaz Azzam.

Bagi Azzam pula, dia sedar bahawa Nasuha sedang di tahun akhir dan dia memerlukan usaha yang lebih. Azzam tidak mahu jika dirinya menjadi punca kemerosotan prestasi akademik Nasuha.

Menurut Hajah Kalsum lagi, Azzam sudah memiliki nombor telefon Nasuha. Itu pun bukannya dia yang yang minta tetapi Hajah Kalsum sendiri yang beri. Kata ibunya, jika ada apa-apa yang mahu dibincangkan terutamanya berkaitan dengan pertunangan dan tak lama lagi, perkahwinan bolehlah dibincangkan berdua melalui telefon.

Nasuha jadi malu sendiri. Perasaan malu dan mahu datang silih berganti. Ia satu kombinasi perasaan yang menghasilkan melodi bahagia. Jauh di sudut hatinya, Nasuha merasa syukur dengan nikmat Allah berupa bakal suami yang soleh. Namun, dia juga sedar bahawa segalagalanya belum lagi pasti selagi mereka tidak diijab kabulkan. Hanya dengan tali perkahwinan, dia menjadi halal untuk lelaki itu.

Nasuha beristigfar panjang. Bayangan wajah Azzam tiba-tiba diganggu oleh bayang-bayang Johari. Secara tiba-tiba, lelaki itu muncul dalam ingatannya. Nasuha berusaha memadamkan memori dan perasaan hatinya yang masih kuat terhadap anak Datuk Hamzah itu. Nasuha sedar, tidak adil baginya untuk memiliki perasaan terhadap manusia yang belum menjadi suaminya, baik Azzam mahupun Johari.

Nasuha beristighfar lagi. Dia gagahkan diri. Dia tidak mahu tenggelam dengan perasaan dan kelalaian. Doa dipanjatkannya kepada Allah agar cinta yang selama ini hanya diberikan kepada Allah, tidak tertumpah kepada orang yang bukan suaminya. Bukan kepada Johari, dan bukan juga kepada Azzam. Cuma, dia mahu melupakan Johari kerana hampir pasti dia dengan Azzam akan disatukan atas landasan perkahwinan.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 153

Kegembiraan ini dapat dihidu oleh Suhana, teman baiknya. Ternyata kejutan yang mahu diberikan tidak kesampaian. Nasuha sebenarnya mahu menunggu sehingga majlis pertunangannya dengan Azzam terlaksana, baru dia mahu berkongsi cerita dengan Suhana. Namun, Suhana bijak membaca ceria dan seri di wajah Aisyah. Puas dikorek-korek, akhirnya Nasuha bercerita. Nasuha seperti masih ternampak air mata kesyukuran tumpah dari kelopak mata sahabatnya itu.

Su beruntung memiliki sahabat seperti Ana yang sudi bahagia bersama-sama Su, dan Su beruntung punya Ana sebagai sahabat yang sudi berduka bersama-sama Su, bisik Nasuha di telinga Suhana. Mereka berpelukan.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 154

BAB 21

Johari memandang kipas yang melekat di syiling biliknya. Laju ia berpusing. Sedikit lebih laju dengan roda waktu yang berpusing. Di tangan Johari, tergenggam kemas lipatan kertas yang mengandungi alamat rumah Nasuha. Kertas putih itu nampak masih elok, tanpa renyuk sedikit pun.

Kesibukan dengan kerja ternyata berjaya membuatkan dia lupa tentang hasratnya untuk merisik gadis bermata galak itu. Tambah menyukarkan, dia masih belum berbincang dengan ibu dan ayahnya lagi. Hendak berterus-terang, dia segan. Lalu otaknya bekerja keras mencari jalan bagaimana untuk menyatakan hasratnya untuk membina masjid di samping meyakinkan ayah dan ibunya yang dia boleh menguruskan urusan itu dengan sendiri. Johari hanya mahukan restu dan doa mereka. Yang lain, dia mahu uruskan sendiri. Kerana itu, dia perlu meyakinkan mereka.

Johari turun ke tingkat bawah. Ayah, ibu dan Johan sedang menonton sebuah telemovie di TV3. Johari berbisik sesuatu di telinga Johan tanpa disedari oleh ayah dan ibunya yang sedang khusyuk. Pandangan mereka mati pada skrin televisyen itu sejak tadi. Johan memandang abangnya. Dengan sedikit keluhan, dia melangkah ke biliknya dengan langkahan yang berat. Johari senyum. Mulutnya berkata terima kasih, tetapi tanpa suara.

Kini hanya tinggal dia, ayah dan ibunya sahaja di ruang itu. Johari berdoa di dalam hati. Dia perlu menunjukkan confident level yang tinggi di depan mereka. Jika terpaksa berpura-pura pun, Johari tidak kisah asalkan dia dapat meyakinkan ibu dan ayahnya itu.

Ayah.. Mak.. Johari nak cakap sesuatu ni. Penting ni. Johari memulakan bicara.

Cakaplah.., balas ayahnya dengan acuh. Matanya masih tertancap kepada skirn televisyen.

Datin Roza juga begitu. Matanya tertumpu kepada telemovie lakonan Rosyam Nor di kaca YV.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 155

Boleh tak kita tutup TV sekejap. Joe nak cakap benda yang sangat penting, Johari bersuara lembut tapi tegas.

Datin Roza bingkas memalingkan matanya kearah Johari. Pandangan mata mereka bertemu.

Baiklah.., balas Datuk Hamzah seraya mematikan televisyen. Keadaan ruang tamu serta merta menjadi hening. Yang kedengaran hanya bunyi alat penghawa dingin yang dihala kearah mereka.

Begini ayah.. mak.. Joe ingat Joe nak pindah rumah sendiri la, kata Johari.

Dahi Datin Roza berkerut-kerut. Datuk Hamzah pula memandang anaknya dengan tanda tanya.

Pindah? Pindah ke mana?, tanya Datin Roza. Ternyata dia tidak faham maksud Johari.

Ke mana-mana sahajalah yang dekat dengan pejabat dan rumah ini. Joe kan sudah besar. Sudah ada gaji besar. InsyaAllah, Joe boleh berdikari, boleh hidup sendiri, balas Johari.

Joe.. rumah ini kan besar. Kalau kamu tak duduk sini, siapa lagi nak duduk sini?, ibunya membalas. Ada nada protes dan penolakan di hujung suaranya.

Johari pening. Sangkaannya, ibu dan ayahnya dapat memahami apa yang dia maksudkan dengan mahu hidup sendiri. Perlukah aku berterus terang sahaja? Johari berperang dengan hati.

Kamu nak kahwin Joe?, tiba-tiba Datuk Hamzah suara.

Johari lega ayahnya dapat menangkap kiasannya tadi. Memang dia punya hasrat untuk berpindah, tetapi sekarang dia lebih bermaksud agar ibu dan ayahnya tahu yang dia mahu mendirikan rumah tangga.
Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/) Page 156

Datuk Hamzah tersenyum. Datin Roza pula terkulat-kulat di atas sofa.

Dah ada calon?, tanya Datuk Hamzah lagi. Ternyata malam itu, lelaki itu bersikap terus.

Johari mengagguk. Dia gadis dari Pahang. Sedang menuntut di UIAM di tahun akhir

Mengapa jauh sangat? Aisyah yang dekat kan ada, ibunya menyampuk.

Hati Johari sedikit meronta dengan kata-kata ibunya itu. Mengapa perlu nama Aisyah dibangkitkan sedangkan dia telah menyatakan bahawa dia sudah ada calon. Fikirnya, bukankah ibunya perlu meletakkan kepercayaan kepadanya untuk memilih teman hidupnya sendiri?

Datuk Hamzah tenang memandang Johari tepat ke dalam anak matanya seolah-olah mencaricari sesuatu.

Siapa gadis itu?, tanya Datuk Hamzah lagi.

Nama gadis tu Nurul Nasuha Binti Norman. Dia seorang gadis yang baik, beragama, sopan dan solehah. Saya mendapat alamat rumahnya ini melalui Ustaz Mujib. Untuk pengetahuan ayah, saya bercadang untuk ke rumahnya kemungkinan besar pada hujung bulan ini. Saya mahu mengajak Ustaz Mujib saya sendiri untuk merisik Nasuha. Kerana kami hanya mahu merisik, saya rasa ayah dan emak tidak perlu ikut. Kalau diterima, insyaAllah kita satu keluarga pergi. Bukan apa ayah, saya risau kalau dia sudah berpunya. Nanti kita pula yang malu. Lagipun, perjalanan ke kampungnya bukannya sekejap. Comfirm penat punya..

Johari berusaha meyakinkan ibu dan ayahnya supaya memberi izin dan restu kepadanya. Dia tidak mahu ayah dan ibunya turut serta kerana dia tidak mahu menyusahkan ibu dan ayahnya itu. Johari mahu berdikari. Dia perlu belajar untuk berusaha sendiri kerana kelak, dia bakal memimpin isteri dan bakal anak-anaknya.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 157

Emak nak ikut, tiba-tiba ibunya bersuara lantang, mematikan kegembiraan Johari sebentar tadi. Dia menggaru-garukan kepalanya yang tidak gatal itu.

Roza usah. Biarkan dia uruskan sendiri. Kita datang nanti masa majlis pertunangan, Datuk Hamzah bersuara lembut memujuk isterinya. Datuk Hamzah ternyata bersikap lebih terbuka dan lebih memahami Johari. Johari terharu dan bersyukur kerana bapanya memahaminya.

Tapi kita perlu tengok juga bakal menantu kita, Datin Roza berusaha menjustifikasikan keinginannya untuk turut bersama semasa merisik.

Johari diam. Dia hanya berdoa dan berharap supaya bapanya dapat meyakinkan ibunya.

Joe kata dia budak baik dan solehah. Bukankah itu perkara yang paling penting?

Tapi mukanya kita tak tengok lagi, Datin Roza menambah.

Alaa.. nanti sudah jadi menantu, kamu tengoklah puas-puas. Kita perlu percaya dengan Johari. Dia faham agama. Saya pasti dia juga faham bagaimana untuk mencorakkan hidupnya sendiri, kata-kata Datuk Hamzah itu dirasakan seperti hujan yang turun ke bumi dan meninggalkan pelangi di dalam hati Johari. Dia gembira. Akhirnya, ibunya akur.

Ketika dia mahu melangkahkan kaki ke bilik, tiba-tiba Datuk Hamzah bersuara.

Kamu betul ke nak pindah?

Johari ketawa kecil dan membalas. Tak. Tadi tu gimik je. Apapun terima kasih ayah kerana memberi restu. Johari lalu ketawa kecil. Dia berjaya juga mengenakan bapanya. Dia bingkas memanjat tangga meninggalkan ibu dan ayahnya yang masih terkulat-kulat di atas sofa.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 158

Johari merebahkan badan. Sekali lagi, alamat di atas kertas itu dibacanya perlahan-lahan. Dia tersenyum-senyum sendirian lagi.

Ustaz, hujung bulan ini ustaz free tak?, tanya Johari di balik corong telefonnya. InsyaAllah ana free, balas Ustaz Mujib. Telefon bimbitnya diletakkan di celah-celah bahu dengan mukanya yang dirapatkan. Kedua-dua tangannya sedang menaip sesuatu di keyboard computer ribanya.

Johari sedang berada di luar surau pejabatnya. Dia baru selesai solat dhuha. Sekarang ini ialah masa rehat pagi. Johari jarang memanfaatkan masa rehat yang setengah jam itu untuk dudukduduk di kafe, atau menikmati hembusan asap rokok yang keluar dari mulut sahabatsahabatnya. Dia lebih suka untuk berada di surau kecil itu. Kadang-kadang sendirian dan kadang-kadang berteman dengan orang yang turut sama melakukan ibadah yang mengkayakan si pengamalnya yang ikhlas ini ini.

Ada apa Johari?, tanya Ustaz Mujib pula. Dia berasa janggal pula menerima panggilan daripada Johari di masa-masa begini. Selalunya jika ada apa-apa yang mahu dibincangkan, Johari akan menelefon pada waktu malam, selepas solat isyak.

Ana nak ajak ustaz temankan ana merisik Nasuha. InsyaAllah, ibu dan ayah ana sudah memberi restu, Johari berterus-terang. Suaranya seakan membisik. Mungkin dia malu.

Boleh. InsyaAllah. Ana boleh jadi jurucakap bagi pihak enta, balas Ustaz Mujib. Hatinya terasa lapang mendengar rancangan murni Johari itu.

Kalau macam tu, nanti ana call balik nanti ya. Lagipun lagi 2 minggu kan, Johari berkata.

Ustaz Mujib masih menekan-nekan keyboard komputer ribanya. Okey, balasnya pendek.

Johari mengucapkan terima kasih beserta salam lalu mematikan talian. Dia kemudiannya menyarung stoking dan kasutnya lalu bingkas memanjat anak tangga menuju ke pejabatnya
Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/) Page 159

semula. Di tangga, dia terserempak dengan Rosli, sahabatnya yang juga merupakan pekerja bawahannya.

Rosli menegur dari jauh. Bos. Ceria betul muka ni? Ada apa-apa ke?

Sengaja Rosli mahu mengusik. Kerana itu dia memanggil Johari dengan panggilan bos sedangkan sedari mula-mula Johari dinaikkan pangkat lagi, dia sentiasa berkata kepada orang bawahannya supaya tidak membeza-bezakan antara Johari yang sebelum dengan Johari yang selepas menjadi pengurus pemasaran di syarikat ini.

Senyuman Johari makin melebar. Dia meletakkan tangannya di atas bahu Rosli. Dipicit-picit kuat bahu Rosli. Rosli ketawa mengelak. Badannya meliuk ke kiri dan kanan, mengelak dari dipicit.

Okey..okey.. aku surrender, kata Rosli dalam tawa yang masih tersisa.

Pergi mana tadi? Tak nampak pun dekat kafe,tanya Rosli lagi. Sebenarnya dia sudah dapat mengagak Johari ke surau. Tapi dia pelik, apa yang Johari buat di dalam sana. Dan persoalanpersoalan yang bermain di benaknya itu dibiarkan tanpa jawapan, tanpa ditanya.

Aku dari surau. Solat sunat Dhuha, balas Johari. Mereka beriringan memanjat tangga. Surau berada di tingkat 1 menara al-Mukmin. Kafe pula, di seberang jalan sahaja. Pejabat mereka pula di tingkat 4. Semuanya dekat-dekat sahaja. Rosli yang sebenarnya berniat mahu mengunggu lif, dengan separuh rela terpaksa berjalan beriringan dengan Johari memanjat tangga.

Kakinya terasa penat selepas melangkau satu tingkat. Sememangnya dia berbadan agak gempal. Badannya semakin berisi kerana sikapnya yang tidak suka untuk bersukan. Bahkan, untuk naik tangga pun dia keberatan. Johari perasan Rosli penat. Kerana itu di sengaja melambat-lambatkan langkahan kakinya, biar sama dengan Rosli.

Johari bertanya, Kau tak nak join aku buat solat sunat dhuha?

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 160

Rosli menggeleng. Dia rasa penat. Kerana itu dia mengelak daripada membuka mulut.

Tapi kan Li banyak betul kebaikan dan fadhilat solat ini, kata Johari.

Dia tidak menunggu respon daripada Rosli. Dia menyambung, Antara kebaikan yang boleh kita dapat melalui solat ini ialah rezeki yang dilipat gandakan. Dalam banyak hadis disebut tentang kelebihan ini. Selain daripada pintu rezeki kita dibuka luas serta dimudahkan Allah, kita juga akan mendapat ketenangan jiwa. Kerja tak stress sangat. Allah akan tolong sort out masalah kita juga. Lagi satu, kalau solat sunnat dhuha, lepas tu kita akan rasa lebih fresh tau

Rosli mendengar penuh minat. Hanya kurang 10 anak tangga lagi mereka akan tiba di pejabat mereka. Rosli bertanya, Bestnya. Macam mana aku nak buat?

Johari senyum memandang Rosli. Tangannya memegang lengan Rosli yang padat dengan lemak bercampur isi itu. Esok kau ikut aku. Kita solat sama-sama. Nanti aku ajarkan caracaranya

Rosli tersenyum dan mengangguk. Jauh di sudut hati, dia mengakui keberkesanan dakwah melalui menunjukkan cara seperti yang dilakukan oleh Johari. Buktinya jelas. Jika dahulu, ketika Johari belum bekerja di pejabat ini, akan ada staff lelaki yang ponteng solat jumaat, kini Johari sendiri akan memegang tangan mereka-mereka itu. Johari sendiri yang akan mengeluarkan wangnya untuk membelanja mereka makan tengahari di gerai bersebelahan masjid. Secara tak langsung, orang-orang yang dahulu tak berasa malu mengaku uzur, hari ini sudah mula memahami erti malu. Terima kasih Johari, bisik hati kecil Rosli.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 161

BAB 22

Hujung minggu itu dinikmati dengan penuh debaran. Semalaman Nasuha tidak dapat tidur lena. Sekejap-sekejap, dia terjaga. Perasaannya bercampur baur. Direnung jam di dining. Sudah pukul 11 pagi. Beberapa jam lagi, majlis pertunangan antara dia dengan Azzam bakal dilansungkan. Ia hanya sebuah majlis yang kecil dan dihadiri oleh orang-orang masjid yang dijemput.

Rumah datuknya yang separuh kayu separuh batu itu riuh rendah dengan suara ibu-ibu yang sedang memasak. Keluarga Nasuha mengadakan satu kenduri kecil yang merangkumi majlis pertunangan Nasuha, kenduri tahlil arwah ayahnya dan juga majlis solat hajat untuk adikadiknya yang bakal menduduki peperiksaan besar hujung tahun ini. Cuma majlis tahlil dan solat hajat bakal diadakan di masjid. Selepas selesai kedua-dua majlis itu, barulah akan berlangsung majlis pertunangan antara dia dengan Azzam. Itu rancangan kedua-dua belah pihak.

Nasuha berada di kamarnya. Dia berusaha untuk bertenang. Di sisinya ialah Suhana. Mereka sudah tiba di kampung Nasuha sejak awal petang semalam lagi. Pandangan Nasuha meleret kearah sahabatnya yang setia berada di sisi sejak 3 tahun dahulu lagi. Suhana tampak cantik dengan baju kurung bewarna merah. Tambah mempersonakan apabila dipadankan dengan tudung yang berwarna merah jambu. Manakal Nasuha, dia hanya berbaju T-shirt labuh dan menutup kepala. Usai solat zuhur nanti barulah dia akan mengenakan baju kurung berwarna hijau dan tudung yang berwarna putih yang pastinya lebih cantik dan kemas.

Berdebar?, tanya Suhana.

Nasuha mengangguk. Dia seolah-olah ayam berak kapur. Sekejap duduk, sekejap berdiri. Sekejap memandang ke luar jendela, sekejap memandang ke lantai kayu. Hatinya kembang kuncup. Dikenang-kenang kembali masa-masa remaja. Ah, dia sendiri seakan-akan kurang percaya bahawa dirinya bakal menjadi tunangan orang sedikit masa lagi. Lebih merisaukan, tunangannya itu bukan sembarangan. Dia ialah seorang pemuda soleh. Layakkah aku? Persoalan-persoalan itu kerap benar menganggunya.

Su Tahniah ya, Suhana memegang bahu sahabat karibnya itu. Saat melafazkan ucapan tahniah, dia memeluk tubuh ramping di sebelahnya. Pelukannya dibalas. Tiba-tiba sahaja
Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/) Page 162

Nasuha menghambur tangis. Serta merta Suhana meleraikan pelukan. Dia memegang keduadua belah bahu Nasuha. Dia kaget.

Su kenapa menangis ni?, suaranya separuh terkejut bercampur risau.

Ana Su takut jika Su ini bukan orang yang sebenar-benarnya sesuai untuk Ustaz Azzam. Dari awal Su cuba meletakkan diri Su setara dengannya. Ternyata Su tidak mampu berdiri di tempat yang dia sedang berdiri, suara Nasuha tersekat-sekat menahan esak.

Maksud Su?, Nasuha memohon pencerahan.

Dia belajar di Jordan. Su tidak. Dia pandai berceramah. Su tidak. Dia berilmu. Su tidak, Nasuha tidak mampu meneruskan bicaranya. Dia merasa sangat rendah diri apabila dia membandingkan diri dengan bakal tunangnya itu.

Shhhh. Jangan begitu Su. Ana yakin, kalaulah dia tidak percaya dengan Su, pasti dia tidak akan merisik. Su bukannya tidak baik. Su baik. Bahkan terlalu baik. Sepanjang Ana kenal dengan Su, tiada satu keburukan pun yang Ana nampak. Semuanya baik-baik sahaja. Ana yakin, Su memang layak dengan Ustaz Azzam, Suhana berusaha memulihkan semangat Nasuha.

Dia menyeka air mata Nasuha yang masih bergenangan di tubir mata. Jangan nangis lagi ya. Tak elok nanti orang tengok mata Su bengkak-bengkak. Dia memeluk Nasuha erat.

Kemudian, Suhana cuba mencetuskan perbualan yang santai. Suhana memuji-muji kampung Nasuha. Sememangnya dari semalam dia kelihatan kagum dan takjub menikmati persekitaran kampung Nasuha. Dengan pepohon yang menghijau di tepi-tepi jalan, ditambah pula dengan anak sungai yang masih mengalir deras tanpa tumpahan bahan-bahan kimia, suasana sebegini dirasakan asing kepadanya. Di Gombak mahupun di rumah bapanya di Seremban, suasana permai sebegini tidak pernah wujud. Asap-asap kenderaan berkepul-kepul menjilat ozon. Sedikit demi sedikit ia menipis, meninggalkan hangat di kepala dan juga di hati para penduduk kota.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 163

Nasuha tertawa terkedek-kedek malam tadi apabila Suhana yang buat pertama kalinya merasai kesejukan air perigi terketar-ketar keluar dari bilik mandi yang luasanya hanya dua depa itu. Menurutnya, dia mengambil masa hampir 10 minit berfikir bagaimana mahu mengambil air dari dalam perigi yang dalamnya lebih daripada 20 kaki. Dan selepas subuh tadi juga sama. Terketar-ketar tubuh mugil itu menahan dingin. Bagi Nasuha, sejuk itu bukan masalah. Dia sudah biasa.

Tiba-tiba, ada suara dari luar memberi salam. Wajah Ustazah Halimah dan Hajah Sumaiah terpampang di muka pintu. Wajah mereka berseri-seri memandang Nasuha yang sedang duduk di hujung katil. Mereka melangkah ke arah gadis itu lalu menyalami Nasuha. Nasuha mencium tangan kedua-dua wanita itu. Suhana yang memerhati sedari tadi sudah boleh mengagak sesuatu.

Hajah Sumaiah ialah ibu kepada Azzam. Usianya sudah lanjut. Lebih tua daripada Hajah Kalsum, ibu Nasuha. Namun, wanita itu tidak lokek dengan senyuman dan kemesraan. Dahulu, semasa Nasuha masih remaja pun wanita itu selalu berbual-bual dengan Nasuha. Mereka bertemu di masjid. Itupun jarang-jarang kerana Nasuha hanya akan mengekor neneknya. Neneknya sihat, maka sihat jugalah Nasuha. Neneknya terbaring, maka Nasuha turut terbaring. Dalam kesempatan yang singkat bersama dengan Nasuha, dia akan bertanya tentang pembelajaran Nasuha. Cuti sampai bila? Bila mahu balik sana? Dan lain-lain. Bahkan, tika cuti Nasuha berbaki beberapa hari cuma, Hajah Sumaiah pasti akan membekalkan Nasuha dengan kata-kata nasihat yang terbit ikhlas dalam hati seorang ibu atau lebih enak, bakal ibu mertua Nasuha.

Nasuha memandang wajah ibu Azzam. Ada garis-garis waktu di dahinya, mengingatkan diri dan orang yang memerhati bahawa dia sedang dimamah usia. Pandangan mata mereka bertautan. Nasuha tertunduk malu.

Su okey?, tanya Hajah Balqis. Dia mengesan kerisauan dan debar di dada Nasuha.

Nasuha tersentak. Ini ialah kali pertama Hajah Sumaiah memanggilnya dengan gelaran nama itu. Selama ini, dia memanggil Nasuha dengan nama penuh.

Nasuha menguntum senyum. Sedaya upaya dia cuba membuat muka yang paling manis buat insan yang melahir dan mendidik manusia hebat seperti Azzam. Saya okey mak cik. Nasib

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 164

baik kawan saya tu ada, balas Nasuha dengan tertib sambil tangannya menunjukkan ke arah Suhana.

Suhana senyum.

Ini kawan Su dari universiti? Nama awak apa?, tanya Hajah Sumaiah dengan penuh kemesraan.

Nama saya Suhana. Nasuha ni kawan baik saya sejak kami mula-mula masuk universiti lagi, balas Suhana panjang lebar. Senyuman di wajahnya juga lebar. Dia sebenarnya bangga punyai sahabat yang cantik, solehah dan berjiwa besar macam Nasuha.

Hajah Sumaiyah berbual-bual dengan Suhana. Ustazah Halimah, merangkap ibu saudara Azzam mengambil peluang ini untuk berbual-bual dengan bakal tunang anak saudaranya itu. Memang sejak dari awal pertemuan mereka dahulu lagi, masa Nasuha belum menjadi guru lagi pun, dia sudah mula terpikat dengan ketinggan akhlak Nasuha. Gadis itu ringan tulang. Sebentar dia membantu ibunya membuat, membungkus dan menjual kuih sebentar kemudian dia ke dusun pula dengan datuk dan adiknya membantu menguruskan tanaman buah-buahan yang melimpah-limpah. Sebentar lagi, dia akan menyuapkan makanan buat neneknya yang terlantar sakit satu ketika dahulu. Ah, baginya gadis itu benar-benar hebat.

Saat mahu memberi hadiah sagu hati dahulu pun, ada sesuatu yang menarik mencuit hati wanitanya. Dia pernah berjanji untuk memberi saguhati kepada Nasuha jika sedia untuk menjadi guru sementara, menggantikan anak saudara, Azzam yang ketika itu sedang berada di selatan tanah air. Dia sedang mengikuti kursus imam-imam negeri Pahang kerana menggantikan bapanya yang tidak dapat serta kerana sakit kaki dek terjatuh ke dalam lubang semasa menebas di tanah kebun mereka. Kursus itu berlangsung selama 1 minggu bertepatan dengan hari pertama Nasuha mula bertugas menggantikan Azzam di sekolah agama dan berakhir seiring dengan berakhirnya tugas Nasuha.

Ustazah Halimah menghulurkan sampul surat yang mengandungi beberapa not kertas berwarna hijau berkilau-kilau. Pada mulanya Nasuha menolak. Berbagai-bagai alasan Nasuha kemukakan untuk menolak sampul surat berwarna coklat itu daripada bertukar milik. Akhirnya dia terpaksa akur dengan ketegasan dan kesungguhan Ustazah Halimah. Dengan penuh berat hati, dia menyambut sampulan itu dengan rasa syukur yang menggunung dan terima kasih yang tidak terhingga.
Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/) Page 165

Tanpa menunggu sehingga esok, petang itu juga Nasuha datang ke rumahnya dengan membawa sampul tadi! Katanya, RM 200 yang dihulurkan itu terlalu tidak setimpal dengan usaha dan keringatnya yang hanya setitik dua sepanjang satu minggu itu. Puas Ustazah Halimah cuba meyakinkan Nasuha supaya menyimpan sahaja wang itu kerana ia langsung bukan sumbangan daripada pihak sekolah melainkan hadiah daripada simpanan peribadi Ustazah Halimah sendiri. Bagi Ustazah Halimah, peristiwa ini membuktikan betapa cermat dan berhati-hatinya Nasuha saat menerima satu-satu pemberian. Dia khuatir sekiranya wang itu ialah wang pihak sekolah. Jika ia betul, maka dia merasakan bahawa dia telah melakukan satu penipuan. Namun, setelah diberitahu berulang kali bahawa ia wang ikhlas daripada simpanan peribadi Ustazah Halimah, barulah Nasuha menerima dengan sepenuh hati. Itupun selepas dipesan bahawa wang itu ialah bagi tujuannya belajar.

Ustazah Halimah mengambil tempat di sisi Nasuha. Bahu mereka berlaga. Ustazah Halimah berkata, Su Mak cik tak pernah salah dalam menilai hati budi Su. Mak cik bersyukur sangat-sangat Su sedia menerima Azzam sebagai bakal suami Su. Lagipun mak cik yakin Su mampu menjadi orang yang setia membantu usaha dakwah dan perjuangan Azzam

Ustazah Halimah tersenyum lembut. Diraupnya jemari halus Nasuha dan digenggamnya eraterat. Dia sangat-sangat berharap agar Nasuha bisa menjadi teman hidup yang terbaik buat anak saudara bongsunya itu.

Suhana dengan Hajah Sumaiyah masih rancang berbual-bual. Sesekali tawa Suhana kedengaran. Memang itulah sifat Hajah Sumaiyah. Dengan sesiapa sahaja dia boleh masuk. Yang tua, yang muda, yang biru, yang hijau, semuanya akan jatuh suka mendengar bicarabicara hikmahnya. Jauh di sudut hati Nasuha, dia mahu memiliki keistimewaan itu kerana ia adalah satu kelebihan yang sangat membantu dalam usaha dakwah.

Hampir 15 minit mereka berbual-bual. Nasuha turut ketawa. Sesekali dia akan menyembunyikan wajahnya apabila diusik oleh ibu Azzam. Ternyata ibu Azzam benar-benar menyukai gadis berkulit cerah yang berada di sampingnya. Sebelum mereka melangkah keluar, Hajah Sumaiyah membisikkan sesuatu ke telinga Nasuha lantas Nasuha ketawa. Lantas dia menutup mulutnya dengan tangannya, tak mahu ketawanya itu meleret. Dengan senyuman lebar, kedua-dua wanita yang dihormati itu keluar meninggalkan Nasuha dengan ketawanya yang masih berbaki dan Suhana yang tertanya-tanya. Lantas dia merapati Nasuha dan bertanyakan apa yang dibisikkan oleh Hajah Sumaiyah.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 166

Dengan ketawa yang ditahan-tahan, Nasuha berkata, Mak Azzam kata, muka Ana cantik, macam heroin Hindustan. Tu yang Su gelak tu..Hindustan..

Suhana mencebek. Tak lama, tawa mereka bertemu.

Nasuha memandang cermin solek di kamarnya. Dia seakan-akan tidak percaya yang dia sudah menjadi tunangan orang. Dicubitnya pipinya. Ah, sakit. Dia tidak bermimpi. Dia berseorangan di dalam bilik itu kerana Suhana terpaksa keluar kerana di panggil oleh Hajah Kalsum, ibu Nasuha.

Tiba-tiba pintu biliknya diketuk. Hajjah Sumaiyah, ibu azam dan Hajah Kalsum beriringan masuk ke dalam bilik yang tidak tertutup pun sedari tadi. Bilik Nasuha kecil dan cukup sederhana. Yang ada hanyalah sebuah almari pakaian, sebuah meja solek dengan cermin dan sebuah almari kecil untuk menyimpan barang-barang peribadi yang lain. Bilik itu tidak mempunyai kipas syiling. Yang ada ialah kipas meja yang sudahpun berusia. Di hujunghujung sudut, ternampak rekahan-rekahan cat yang sudah tertanggal lalu ditutupi oleh tikar getah bercorak dedaun hijau.

Hajah Kalsum dan ibu Azzam tersenyum manis. Mereka tidak berbicara panjang kerana mereka sebenarnya mahu memanggil Azzam untuk turut masuk ke dalam bilik. Azzam berjalan perlahan-lahan dalam malu. Dia hanya berdiri di muka pintu bilik Nasuha. Nasuha malu bukan kepalang. Dia kaget. Dia tidak menyangka yang ibunya dan ibu Azzam berkomplot mahu mempertemukan mereka berdua. Azzam mengangkat muka. Dari kejauhan, dia mengucapkan salam kepada Nasuha. Nasuha berusaha untuk menjawab salam itu.Gemuruh di dada, hanya Tuhan yang tahu. Ia adalah perasaan yang sangat berbeza semasa dia bertemu dengan Johari di Pekeliling tempoh hari. Saat itu, dia merasa takut bercampur risau yang silih berganti. Kini, dia rasa lebih selamat kerana yang berada di sisinya ialah ibu Azzam dan ibunya sendiri.

Hanya sepatah! Hanya itu saja menjadi modal untuk perbualan pertama dua orang tunang ini. Azzam meminta izin untuk berlalu. Dia melemparkan senyuman yang nampak seperti dibuatbuat. Yang pasti, hatinya sedang dilanda gemuruh yang hebat. Hajah Sumaiyah kemudian memeluk tubuh Nasuha dan berbisik ke telinga kanannya, Terima kasih kerana mahu menerima Azzam sebagai tuning dan bakal suami Su. Nasuha tidak mampu bersuara. Dia bahagia.
Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/) Page 167

Nasuha berbaring di atas katilnya. Dia membelek-belek cincin yang berada di jari manisnya. Cantik. Itulah cincin pertunangannya yang disarungkan oleh ibu Azzam. Saat cincin itu sudah tersarung di jarinya, ibu Azzam menguncup dahinya. Nasuha tidak malu diperlakukan begitu. Bahkan, dia bahagia melihat kemesraan dan kasih sayang yang ditunjukkan oleh bakal ibu mertuanya. Petang itu, ibu Azzam berbisik di telinganya sekali lagi semasa dia mahu berangkat pulang.

Su, kalau nak tahu cincin itu tidak mahal. Mak cik harap Su tak meradang sebab cincin itu murah tapi nanti kalau Su dah jadi isteri Azzam, mak cik suruh Azzam belikan cincin berlian sebesar satu penumbuk. Okey?

Nasuha menahan ketawa. Aduh Hajah Sumaiyah pandai benar melawak. Ah, kalau tidak ada cincin pun, aku bukannya peduli sangat, kata Nasuha dalam hati.

Benar, itulah yang dia rasai. Bagi Nasuha, keikhlasan dan kesungguhan seorang anak adam untuk mencari pasangan hidup yang sejati tidak boleh dinilai dengan harta benda. Jika dikira dengan harta, maka sudah tentulah para artis dan jutawan merupakan pasangan yang paling bahagia di dunia. Majlis mereka bukan kecil. Kadang-kala dilakukan di hotel. Siap ada konsert dan liputan berita lagi. Bahkan, wang hantaran perkahwinan sahaja mencecah ratusan ribu. Jika benar mereka bahagia begitu, mengapa akhirnya mereka bercerai-berai? Jawapannya ialah keberkatan daripada Allah telah pun mereka hilangkan dengan keborosan itu dan maksiat yang disengajakan sebelum, semasa dan selepas pernikahan.

Nasuha membelek-belek cincin itu lagi. Baginya, cincin itu cantik. Sangat cantik kerana ia adalah hadiah daripada Azzam. Sudah pastilah ia cantik. Nasuha tersenyum sendirian. Gayanya seperti orang kemaruk bercinta. Tanpa dia sedari, Yati sedang memandangnya sambil tersengih penuh kelucuan.

Amboi senyum seorang diri nampak. Ada orang teringat dekat tunang lah tu, dia mengusik. Yati tidak dapat turut menemani Nasuha dalam majlis pertunangannya kerana Yati ada masalah keluarga yang perlu diselesaikannya. Apapun, dia telah membelikan sebuah buku bertajuk **** tulisan **** buat Nasuha.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 168

Nasuha malu serta merta. Malu kerana terlalu jauh dia berangan. Dia segera mengucapkan istighfar kerana lalai dengan perasaan sendiri. Dia perlu berpijak ke bumi nyata kerana yang pasti, dia dengan Azzam hanya bertunang dan antara mereka, belum ada ikatan yang sah lagi. Selagi itulah, dia tidak boleh terbawa-bawakan bayang Azzam ke dalam hidupnya lagi.

Yati mengekek-ngekek kelucuan melihat telatah Nasuha yang sedang menahan malu. Nasuha tersengih-sengih kegeraman. Yati akhirnya terdiam dengan sendiri.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 169

BAB 23

Johari sedang berjalan-jalan sendirian melewati bazzar-bazzar di Jalan Masjid India. Hari masih terlalu awal untuk sebuah hujung minggu. Kerana itu, Johari dapat melihat-lihat dan berjalan dengan tenang serta ceria tanpa perlu melanggar atau dilanggar orang ramai yang pastinya akan mengerumuni bazzar-bazzar di sini dalam masa beberapa jam lagi.

Johari memandang-mandang bazzar-bazzar di kiri dan kanannya. Bermacam-macam kedai, barangan dan perkhidmatan ditawarkan di sini. Mujur sahaja dia bukan spesis manusia yang suka bergaya. Jika tidak, pasti akan kelabulah matanya memilih gadjet, aksessori, baju dan lain-lain. Bagi Johari, tempat ini sangat unik kerana ia tempat pertembungan budaya masyarakat melayu, india dan cina. Bahkan, di sini jugalah tempat pertembungan budaya masyarakat asing dari luar negara seperti dari Bangladesh, Indonesia, Arab,Syria, Turki, Thailand dan lain-lain negara juga.

Dari satu kedai ke deretan kedai yang lain, Johari hanya memandang sahaja. Jika ada bendabenda yang menarik perhatiannya, dia akan berhenti di kedai itu. Dibelek-beleknya lama, tapi tidak juga dibelinya.Sebenarnya, Johari sedang berkira-kira mahu membelikan hadiah hari jadi buat Datin Roza. Ibunya bakal menyambut ulang tahun kelahirannya hari rabu nanti. Johari buntu memikirkan apakah yang mahu dibelinya. Matanya melilau melihat-lihat kedaikedai yang tersusun kemas itu.

Tanpa dia sedar, dia telah terlanggar seorang bahu seorang wanita.

Aduh, wanita yang bertudung coklat itu mengaduh.

Serta merta Johari jadi kaget sendiri. Perasaan bersalah serta merta menghujaninya dari setiap penjuru akalnya. Ah, bodohnya aku ni. Berjalan tak tengok depan, Johari memarahi dirinya sendiri.

Er.. cik.. maafkan saya. Saya tak sengaja. Saya tak perasan cik tadi, Johari meminta maaf. Wajahnya yang keruh itu menceritakan isi hatinya yang sedang dilanda perasaan bersalah.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 170

Wanita itu berpaling kearah Johari sambil tangannya kirinya memegang bahunya yang masih terasa sakit. Mukanya sedikit merah. Ada tanda-tanda yang dia berang kerana dilanggar dengan kasar.

Hampir sahaja dia memarahi Johari, namun secara tiba-tiba rasa geram itu bertukar dengan gamam.

Johari Bin Datuk Hamzah. Apa awak buat di sini? Gadis bertudung biru itu separuh menjerit. Dia terkejut melihat Johari.

Azlin! Wah! Lama tak jumpa. Tak sangka awak masih ingat saya ya?, Johari pula teruja. Tak sangka perempuan yang dilanggarnya itu ialah bekas rakan sekelasnya di sekolah menengah dahulu. Ah, tak sangka betul.

Awak bukan duduk Jordan ke Johari?, tanya Azlin. Wajahnya ceria bertemu teman lama.

Ish. Dah lama saya balik Malaysia. Dah lebih dua tahun pun saya balik, jawab Johari jujur. Dia juga ternyata gembira dengan pertemuan yang tidak disangka-sangka ini. Rasa bersalah dan gementarnya tadi lenyap.

Eh Azlin. Sorry ya langgar awak tadi, Johari meminta maaf. Senyuman masih lagi terukir di bibirnya yang merah itu.

Eh.. tak apa. Tak apa. Kalau orang lain, saya marah la, Azlin menjawab dengan gurauan. Mereka ketawa di hadapan kedai tudung itu. Orang-orang yang lalu lalang di kiri dan kanan tidak mengendahkan mereka. Memerhati pun tidak.

Tiba-tiba, Aisyah keluar dari kedai tudung. Di tangannya ialah sehelai tudung dan sehelai shawl. Dia terkejut melihat Azlin sedang berbual mesra dengan Johari. Hari itu, dia sengaja mengajak Azlin untuk menemaninya membeli-belah. Aisyah merapati Azlin dengan dada yang diselubungi rasa pelik.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 171

Lin kenal Johari?. Azlin dan Johari sedang berbual-bual. Pertanyaan Aisyah itu mengejutkan mereka. Johari, saat terpandang Aisyah semakin lebar senyumnya. Sudah tentu dia gembira kerana dua orang sahabatnya ada bersama.

Haa.. Aisyah. Johari ni kawan Lin dulu. Kawan sekelas masa sekolah menengah, balas Azlin dengan muka yang berseri-seri.

Kini giliran Aisyah pula untuk ketawa kecil. Aduhai.. tak sangka ya

Aisyah dengan Azlin buat apa berpagi-pagian di sini?, tanya Johari.

Eh awak la yang pelik. Buat apa awal-awal begini sudah keluar ke sini? Bukankah selalunya orang jantan, tengah hari baru bangun?, tanya Aisyah kembali. Pertanyaan tadi disambut oleh Azlin dengan tawa.

Johari turut meleret senyum. Memang dahulu, dia suka begitu. Asal cuti, pasti dia akan membayar hutang-hutang tidurnya. Tanpa disedari, sikapnya itu merugikan dirinya sendiri juga. Sudah hampir tengahari baru dia akan terjaga. Masa yang berharga, dibazirkan dengan tidur melebihi daripada apa yang diperlukan oleh badannya.

Mana ada awal pagi. Dah pukul 9 pagi kan? Erm.. sebenarnya saya ingat nak beli hadiah untuk mak saya. Hari jadi dia minggu depan, balas Johari.

Tapi, sampai sekarang tak tahu nak beli apa, dia menambah. Berterus terang.

Aisyah teruja. Betul ke? Wah! Saya pun nak beli hadiah juga ni, katanya tanpa selindung. Ia mengundang rasa pelik kepada Azlin. Sebenarnya, sedari tadi lagi dia sudah tertanya-tanya bagaimana Aisyah mengenali jejaka tampan di depan mereka ini.

Aisyah kenal mak Johari?, Azlin bertanya perlahan ke telinga Aisyah. Namun, soalan itu dapat didengar oleh Johari yang berdiri berdeketan dengan mereka.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 172

Family Aisyah dengan family saya rapat. Ayah saya kawan kepada ayah Aisyah. Kami sebenarnya sudah berkawan sejak kecil lagi. Tapi Aisyah ni bawak diri ke Australia, Johari menjawab tanpa Aisyah sempat membuka mulut. Dia tersenyum manis.

Ooo.. saya faham, Azlin mengangguk-anggukkan.

Aisyah hanya tersenyum nipis menampakkan lesung pipit di pipinya. Pagi itu, Johari merasakan bahawa yang berada bersama-sama dengan dia dengan Azlin itu bukannya Aisyah tetapi seseorang yang sangat berbeza. Perubahan Aisyah semenjak hari itu sangat ketara. Aisyah sudah bertudung. Pakaiannya sudah dilabuhkan dan tidak diikat sehingga mencekik daging sendiri. Bahkan yang lebih indah, Aisyah turut memakai stoking tangan dan stoking kaki sedangkan bagi kebanyakan wanita muslim yang mungkin lebih banyak belajar agama pun mereka masih tidak menutup aurat sesempurna Aisyah.

Perubahan penampilan Aisyah dihiaskan dengan bunga-bunga akhlaknya yang semakin mekar, indah. Aisyah tidak lagi ketawa mengilai. Tidak juga suka mengumpat dan bergossip. Aisyah juga sudah pandai untuk mengelak daripada usikan-usikan liar si jantan miang. Dia benar-benar komited dengan azamnya untuk berubah.

Dari depan kedai tudung, mereka bergerak ke sebuah restoren di kaki lima. Mereka berbualbual di meja yang paling hampir dengan kaunter. Johari tidak risau kerana dia bukannya berdua-duaan dengan wanita. Tambahan pula, mereka duduk di tempat yang paling terbuka.

Azlin dah kawin?, tanya Johari. Dua orang kawan lama ini rancang berbual-bual. Tanpa disedari, Aisyah tiba-tiba sahaja diserang rasa cemburu. Cemburu kenapa?

Saya sudah bertunang. InsyaAllah bulan 5 nanti majlis akad nikahnya. Nanti saya hantar kad jemputan buat Johari ya, balas Azlin sambil tersenyum bahagia. Tiba-tiba sahaja dia teringat akan tunangnya berada di Kelantan kerana bekerja di sana.

Alhamdulillah Sudah sampai seru lah tu, balas Johari pendek. Namun, hatinya turut sama gembira mendengar berita itu.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 173

Eh, dari tadi saya nak tanya. Macam mana Azlin dengan Aisyah boleh kenal?, Johari meluahkan persoalan yang berbuku di dalam benaknya sedari awal tadi.

Laa ingatkan dah tahu. Kami ini rakan sekerja, Balas Azlin sambil matanya melirik memandang wajah lembut Aisyah. Aisyah membalas dengan senyuman yang dipaksa.

Di meja itu, Aisyah terasa sesuatu yang tidak pernah dia rasakan selama ini. Hatinya sayu, geram, resah, gelisah dan marah apabila melihat kemesraan Johari kepada Azlin, walaupun dia sangat faham bahawa kedua mereka ini adalah kawan lama. Bahkan, Azlin ialah kawan baiknya. Bagaimana mungkin dia tergamak untuk berterus-terang? Adakah aku sukakan Johari? Aisyah menundukkan wajahnya.

Aisyah dengan Azlin boleh tak cadangkan apa yang patut saya beli untuk ibu saya?, Johari menghela nafas panjang. Tangannya menggenggam kemas tangkai gelas minumannya. Pelahan-lahan, teh tarik itu mengalir laju ke dalam kerongkongnya.

Beg tangan, jawab Azlin.

Apa kata awak belikan tudung sahaja. Belilah yang cantik-cantik, jawab Aisyah pula. Tersenyum.

Kedua-dua gadis itu memberi cadangan yang sangat baik. Johari berfikir seketika. Erm.. saya beli dua-dua sajalah. Dia tersenyum gembira.

Hampir setengah jam mereka berbual hingga Azlin dan Aisyah meminta diri. Ada detinasi yang perlu dituju lagi. KLCC. Mereka bergerak ke kiri manakala Johari pula ke kanan. Mereka mengikut hala tuju masing-masing.

Dari restoren mamak yang dibuka 24 jam itu, Johari meninjau-ninjau kedai-kedai yang berhampiran. Dia mencari kedai-kedai yang ada menjual beg tangan. Langkahnya diperlahankan. Sambil berjalan, sambil melihat-lihat.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 174

Ah, mahukah ibu dengan beg yang dijual di sini? Johari berfikir sendiri. Akhirnya dia membatalkan cadangan itu dan dia kembali ke kedai tudung tadi, tempat di mana dia telah terlanggar bahu Azlin.

Dari luar sudah nampak bermacam jenis kain tudung dipamerkan. Bermacam-macm corak dan warnanya. Johari segara melangkah ke dalam. Terkesima dia keseorangan. Wah! Banyaknya kain!, bisiknya. Lagaknya seperti orang yang jakun.

Kakinya tercegat. Matanya meliar memandang-mandang kain-kain dan tudung-tudung yang beraneka itu. Hampir sahaja kepalanya menjadi pening, dia dilayan oleh seorang gadis genit, berbaju sendat dan bertudung bulat. Dia tersenyum ramah. Gadis itu bercakap dengan bahasa Indonesia yang agak pekat, tapi masih boleh difahami dengan jelas oleh Johari.

Johari tidak mahu lama-lama. Lantas, dia berkata sahaja kepada gadis itu supaya menunjukkan sehelai tudung yang labuh daripada kain yang paling berkualiti. Corak dan warnanya, Johari serahkan kepada citarasa gadis itu untuk menilai. Johari akur dengan kelemahan dia untuk memahami citarasa wanita. Lalu, gadis Indonesia itu membawakan 3 jenis kain yang sama, tapi berlainan warna dan design. Ketiga-tiganya cantik dan nampak anggun. Johari memilih yang berwarna merah cair sahaja kerana dia tahu ibunya menyukai warna merah.

Di kaunter pembayaran, lain pula ceritanya. Seorang gadis melayu bertudung singkat memandang Johari dengan senyuman yang penuh lebar. Lirikan matanya menyebabkan Johari tidak senang.

Cik, di sini ada sediakan perkhidmatan untuk membungkus tak?, tanya Johari sopan.

Ada. Encik nak saya bungkuskan tudung ini?, tanya gadis itu. Bibirnya merah dengan calitan gincu itu menguntum senyum.

Ya. Boleh balutkan sekali tak?, pinta Johari.

Boleh. Tapi kami tak punya banyak jenis kertas pembalut. Yang ada cuma 2 corak sahaja, kata gadis itu seraya menunjukkan dua jenis kertas pembalut yang berwarna biru dan merah.
Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/) Page 175

Itu tak jadi masalah. Balutkan dengan kertas biru itu ya, Johari senyum.

Encik kena tambah RM 2, gadis itu mengingatkan.

Johari angguk.

Baiklah. Sebentar ya. Saya pergi ambil kotak

Gadis itu kembali dengan sebuah kotak yang bersaiz sederhana. Dia melipat tudung itu kemas, lalu dimasukkan ke dalam kota itu lalu dengan penuh cermat, dia membalut kotak berisi dengan tudung tadi dengan kertas pembalut berwarna biru tadi.

Johari melihat kerja tangan gadis itu. Kemas. Tidak sampai 5 minit, segalanya sudah selesai. Lalu Johari membayar harga tudung dan kos membalut tadi. Dia keluar dengan rasa kesyukuran kerana dapat mencari sesuatu yang istimewa untuk ibunya.

Johari mengerling kearah jam tangannya. Sudah jam 11.30 pagi. Dia sebenarnya berhasrat untuk singgah ke kedai buku di sini. Melihat buku-buku agama terbaru. Dia melangkah ke satu kedai buku milik Haji Mustapa. Memang sedari dulu, dia suka benar membeli di kedai ini. Saat dia melangkah masuk, Haji Mustapa menegurnya mesra.

Assalamualaikum Johari. Ya. Mahu beli buku apa?, Haji Mustapa tersenyum lebar. Lelaki tua, imegran dari India itu sangat ramah dan kaya dengan senyuman. Janggutnya yang memutih bergerak-gerak ditiup kipas yang dipasang berdekatan dengan mejanya. Dia melangkah menuju Johari dan bersalam dengan Johari.

Johari gembira. Haji Mustapa memang akan menyambutnya begitu setiap kali dia berkunjung ke toko buku agama ini.

Waalaikumussalam. Haji, hari ni saya mahu tengok-tengok dulu, Johari membalas senyuman lelaki tua itu dengan senyuman juga. Lebarnya pun tidak kalah.
Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/) Page 176

Oh.. tengoklah. Awak pun sudah lama betul tak ke sini, kata Haji Mustapa.

Johari mengiyakan kata-kata lelaki itu. Maaflah. Saya sebenarnya sibuklah haji... Semakin sedikit masa untuk membaca. Suara Johari halus. Ada kekesalan di sana.

Haji Mustapa menepuk-nepuk belakang Johari. Tidak apa. Biasalah sibuk itu. Tapi kalau boleh, gunakan masa-masa terluang untuk agama. Johari kan masih muda. Masih kuat. Tulang masih besi. Lainlah macam saya, Haji Mustapa ketawa kecil.

Johari turut sama ketawa. Matanya melirik ke kini dan kekanan melihat buku-buku yang disusun kemas di rak-raknya. Sesekali dia mencapai beberapa buah buku yang dirasakannya menarik hatinya. Dibelek sedikit-sedikit, kemudian diletakkannya semula.

Haji Mustapa kembali ke kaunter kerana ada pelanggannya yang mahu membuat bayaran. Selepas pelanggan itu berlalu, dia bersuara, Kalau awak mahu cari buku-buku yang baru sampai, awak pergi di situ.., tangannya menunjukkan kearah satu rak buku yang kecil. Banyak betul buku-buku berbagai saiz disusun dengan teliti serta cermat.

Tangan Johari menyambar sebuah buku bertajuk Aisyah Humairah- kesayangan Rasulallah. Buku berkulit tebal itu menarik perhatiannya. Dia membelek-belek kulit buku itu. Mahu dibuka, ia berbalut. Hatinya seolah-olah rasa terpanggil untuk menghadiahkan buku itu kepada Aisyah. Ya, Aisyah! Sejak pertemuan mereka di Bennys tempoh hari, Aisyah jarang benar menelefonnya. Bahkan, sejak sebulan yang lepas, inilah kali pertama dia bertemu Aisyah dan tadi juga ialah kali pertama dia melihat keayuan gadis itu dalam pakaian islam.

Johari sebenarnya terkejut bercampur segan juga melihat penampilan Aisyah, namun kerana pertemuan yang tak disangka-sangka dengan Azlin tadi, dia jadi teruja lalu fikirannya tidak melayang kepada Aisyah. Rasa bersalah pula kerana terlihat gadis itu banyak mendiamkan diri sahaja di restoren mamak tadi.

Johari tersenyum. Sedang dia baru sahaja berkira-kira mahu membeli buku itu, matanya tibatiba terpaut kepada sebuah mushaf al-Quran beserta terjemahan yang sangat comel. Kulitnya keras dan berwarna merah jambu. Quran bersaiz kecil itu diangkatnya dan dibelek. KalimahAntara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/) Page 177

kalimah suci al-Quran ditulis di atas kertas yang cukup bermutu. Di sisi ayat al-Quran itu, ada terjemahan di dalam bahasa Malaysia. Dia berfikir-fikir kembali. Dia mahu menghadiahkan al-Quran ini kepada Aisyah juga. Tapi buku ini?

Di tangan kanan Johari ialah al-Quran di tangan kirinya pula ialah buku. Johari termanggumanggu sendirian berfikir mana satu yang hendak dia beli. Dibelek-belek pula tanda harga. Ah, itu bukan masalahnya. Dia bukannya tidak berduit. Haji Mustapa tersenyum sendirian melihat Johari. Johari beli saja dua-dua, dia senyum.

Johari membalas pandangan Haji Mustapa. Senyuman manis lelaki itu dibalas.

Al-Quran itu untuk kamu dan buku itu untuk isteri kamu. Macam mana?, cadangan lelaki tua itu. Tangan kanannya sedang sibuk memetik-metik biji tasbih. Pagi itu dia lapang sedikit kerana orang tidak ramai. Ah, memang tak ramai orang yang berminat membaca buku-buku agama.

Pernah satu dahulu, kedai ini hampir-hampir sahaja gulung tikar kerana sambutan daripada para pelanggan yang tidak memberansangkan. Tapi syukur, Allah masih menyelamatkan perjuangan Haji Mustapa.

Johari tersenyum lebar. Ternyata cadangan daripada Haji Mustapa itu masuk akal dan sangat cantik. Dia melangkah laju ke arah lelaki yang sedar tadi tersenyum-senyum memandangnya. Disusunnya kitab-kitab itu di atas meja.

Berapa?, tanya Johari.

Haji Mustapa mengambil kitab-kitab itu dan memasukkannya kedalam sebuah beg plastik.

RM 34, balas Haji Mustapa. Senyum.

Johari seakan-akan tidak percaya. RM 34? Itu harga al-Quran sahaja. Buku ini?

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 178

Haji Mustapa senyum manis. Saya hadiahkan buku ini buat isteri Johari

Johari terbeliak. Dia tekedu di depan meja itu. Lidahnya tiba-tiba kelu.

Er..er.. saya..tak ada isteri, Kata Johari. Dia seperti masih terkejut dengan kebaikan lelaki di hadapannya.

Haji Mustapa tersenyum lagi. Bahkan, makin lebar pula. Tak apa. Kalau belum ada, simpakan sahaja dahulu. Berikan kepada bakal isteri awak

Tapi

Johari, saya ikhlas. Ini hadiah daripada saya, Haji Mustapa memotong cakap Johari. Wajahnya masih berseri dengan senyuman sedari tadi, tapi suaranya tampak muktamad.

Jika begitu, baiklah. Tapi tuan kena doakan saya lah, semoga saya mendapat isteri yang solehah, balas Johari. Wajahnya yang masih terkejut itu lenyap,diganti dengan sebuah senyuman manis.

InsyaAllah. Saya pasti awak akan mendapat isteri yang solehah. Sejujurnya, jika saya ada anak perempuan yang masih bujang, pasti akan saya jodohkan dengan lelaki seperti awak. Awak kerja bagus. Bahkan, agama pun bagus, Haji Mustapa memuji Johari. Lembut suaranya bercakap tentang kebaikan pemuda di hadapannya. Namun, di wajahnya jelas ternampak tanda-tanda kesedihan. Dia nampak bersungguh saat melafazkan kata-kata itu.

Johari tersenyum pahit. Pujian itu dirasakan tidak layak untuk dirinya. Dia mengeluarkan dompet kulit dari belakang seluar khakis hitamnya. Dia menghulurkan not RM 50. Haji Mustapa menyambutnya dengan cermat lalu dia menyerahkan baki wang.

Johari menjinjing beg plastik berisi buku dan naskah al-Quran itu. Dia kemudian mengucapkan terima kasih lantas bersalaman dengan Haji Mustapa. Haji Mustapa kemudian menghantar Johari keluar dari kedainya dengan senyuman yang bukan dibuat-buat, ikhlas.
Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/) Page 179

Jauh dari sudut hatinya, dia mendoakan agar kehidupan pemuda jujur dan sopan itu diberkati Allah.

Usai solat asar, Johari menukar pakaiannya. Dia mahu beriadah. Kesibukannya yang semakin menjadi-jadi semenjak kebelakangan ini menyebabkan dia hanya tiba ke rumah di saat senja hampir-hampir sahaja berlabuh. Langsung dia tidak punya kesempatan untuk bersukan seperti kebiasaannya dahulu. Johari memandang dirinya di balik cermin. Alhamdulillah, pakainnya menutup aurat.

Akalnya berfikir sejenak. Dia menjadi pelik apabila membayangkan ada segelintir manusia yang tidak sensitif dengan permasalahan aurat mereka terutamanya dalam bersukan. Sedangkan, bersukan itu adalah satu daripada anjuran islam. Dalam sebuah hadis riwayat Muslim, Rasulallah bersabda yang bermaksud bahawa orang islam yang sihat itu adalah lebih disukai oleh Allah berbanding orang islam yang lemah dan tak bermaya.

Johari tersenyum di depan cermin sendirian. Dia bersyukur kerana Allah benar-benar memberikannya keringanan tubuh badan untuk beribadah. Dia turun ke bawah dan bertembung dengan adiknya, Johan di tangga.

Johan menegur abangnya. Mahu jogging ke bang? Nak ikut

Johari senyum dan mengangguk. Abang tunggu dekat bawah

Johan tersenyum gembira. Antara Johan dan Johari, kedua beradik kandung ini nampak sangat mirip. Cuma Johan sedikit gempal manakala abangnya bertubuh sasa. Tambahan, dia juga berkaca mata manakala Johari tidak.

Johari menuruni anak tangga satu persatu perlahan-lahan. Dia pelik sendiri. Jarang-jarang Johan mahu mengikut dia berjoging. Bahkan, jika diajak pun dia menolak. Johari tersenyum sendirian. Dia melewati ruang tamu. Sepi. Tiada sesiapa di hadapan televisyen.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 180

Johari menjenguk ke luar rumah. Kelihatan ibunya sedang mengemas dan menyusun pokokpokok bunga orked di laman. Dia dibantu oleh Salina. Johari senyum bahagia melihat dua wanita yang penting dalam hidupnya itu. Salina, walaupun kecil molek, tapi bersikap dewasa. Adiknya itu pandai menjaga diri dan pergaulan. Bahkan, dia juga tidak manja dan tidak suka dimanjakan. Berbeza dengan kebanyakan anak gadis, terutamanya anak bongsu.

Baginya, adik bongsunya itu ialah satu lambang kejayaan didikan agama yang diterapkan oleh ibu dan ayahnya sejak dia kecil. Johari memerhati lama hingga disedari oleh adiknya.

Abang nak pergi jogging ke?, tanya Salina. Dia mengelap peluh di dahinya dengan hujung baju.

Datin Roza yang sedang bercangkung memasukkan tanah ke dalam pasu turut memandang Johari. Dia seperti kepenatan.

Mak, nanti kalau Harris balik, dia nampak mak kacau bunga dia, mesti dia marah, Johari mengusik ibunya.

Datin Roza membalas. Mak cuma tukarkan pasu saja. Mana ada kacau. Datin Roza tersenyum teringatkan Harris, anak keduanya. Harris memang sukakan pertanian. Dialah yang mengesyorkan tanah apa dan baja apa yang sesuai dengan bunga-bunga di lama rumah mereka ini. Bahkan, di belakang rumah mereka juga ditanam beberapa pohon sayur-sayuran dan buah-buahan. Tanah yang tidak sampai 10 hasta itu langsung tidak dibazirkan. Ah, minat dia memang pada pertanian. Jika dihantar di ceruk pendalaman, pasti dia lebih suka.

Kamu tengah tunggu siapa ni?, tanya ibunya pula. Pelik.

Johan. Tak siap-siap lagi tu, balas Johari.

Tidak lama, Johan turun dengan pakaian track bottom dan t-shirt. Dia menyarung stoking dan kasut sukan berjenama nike. Kasut berwarna hitam putih itu ialah hadiah daripada Johari kepadanya tahun lepas. Sengaja Johari mahu menggalakkan adiknya untuk bersuka.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 181

Hari itu Johari punya teman untuk bercakap-cakap semasa berjoging. Tidaklah bosan seperti biasa. Johan mengikut abangnya lambat-lambat. Baru beberapa langkah, dia sudah mula terasa bahang kepenatan. Kerana itu, dia tidak bercakap. Abangnya sahaja yang bercakap seorang. Melihat adiknya sudah tampak letih, Johari memperlahankan derapan kakinya. Seiring.

Lebih 30 minit mereka beriadah. Johan kebasahan. Bajunya lencun dengan peluh. Johari juga sama. Dia benar-benar berpuas hati dapat bersenam-senam selepas hampir seminggu hasratnya tertangguh dek kekengan kerjaya. Di tengah-tengah meja makan, ibunya menyediakan air oren. Air sejuk itu diteguknya perlahan-lahan. Ah, nikmatnya terasa sampai ke hujung-hujung. Datin Roza sudah membersihkan badan. Dia dengan Salina sedang dudukduduk di hadapan kaca televisyen, menonton rancangan bual bicara agama. Di lantangkan sedikit suara televisyen itu supaya Johan dan Johari yang berada di ruang makan boleh mendengar dan mendapat manfaat.

Jauh di sudut hati Johari, dia kagum dengan ibunya. Ibunya melarang Datuk Hamzah menggaji pembantu rumah. Katanya, dia lebih suka kiranya dia dapat berbakti untuk keluarga tersayang. Datin Roza berhenti kerja apabila mereka sekeluarga berpindah ke Kuala Lumpur, hampir 10 tahun lalu. Bagi Johari, ibunya itu benar-benar lambang isteri dan ibu mithali. Sekalipun dia tidak pernah melihat ibunya melenting kepada ayahnya. Bahkan, kepada anakanak juga tidak sesekali. Ibunya lah rahsia di sebalik kejayaan ayahnya.

Johari tidak menunggu sehingga peluhnya kering. Dia bingkas ke biliknya. Bajunya ditanggalkan dan dilemparkan ke dalam bakul pakaian kotor. Esok, dia akan membasuh sendiri. Di rumah ini, Johari lebih menyukai membasuh pakaiannya sendiri dengan tangan. Bukannya di bawah tiada mesin basuh, ada dan besar pula. Cuma, Johari merasa tenang apabila membasuh pakaiannya sendiri.

Dalam bab kebersihan, ibunya cukup teliti dalam mengikut hukum feqah. Ibunya akan mengasingkan pakain-pakaian yang bernajis daripada pakain yang lain. Seluar dalam dan baju dalam, akan dibasuh dengan berasingan. Ini adalah kerana menurut feqah, apabila ada pakaian bernajis dimasukkan di dalam mesin basuh lalu dibasuh bersama-sama pakain yang bersih tanpa najis, maka secara automatik, najis itu akan merebak kepada semua. Jika mahu ia suci, seseorang perlu untuk membilasnya dengan air yang mengalir, seperti dengan memasang pili. Sehelai demi sehelai.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 182

Johari duduk bersila di atas lantai. Dia terpandang dua buah bungkusan beg plastik di atas mejanya. Satu ialah hadiah untuk ibunya, dan satu lagi untuk Aisyah. Dia mengensot kearah meja dan tangannya mencapai telefon bimbitnya. Telefon bimbit berjenama Sony Ericsson itu digenggamnya kemas. Hajatnya, dia mahu menelefon Aisyah. Namun, tiba-tiba sahaja dia merasa tidak enak begitu. Lantaran itu, dia merasa lebih elok jika dia menghantar SMS sahaja.

Aisyah sedang membelek-belek buku bertajuk Aishah Humairah- kesayangan Rasulallah yang dibelinya dari kedai buku Kinokuniya ,KLCC siang tadi bersama-sama Azlin. Daripada satu muka surat hingga kepada muka surat seterusnya, Aisyah membaca dengan penuh minat. Sejujurnya, itulah kali pertama dia menjadi begitu teruja dengan buku-buku agama. Jika dahulu, untuk memandang sahaja pun dia sudah tidak sudi.

Dada Aisyah sebak. Sesekali, bulu romanya meremang. Hatinya turut sayu dan matanya akan berkaca-kaca. Dia sedang menghayati kehidupan seorang wanita istimewa, kekasih Rasulallah s.a.w. Aisyah kagum. Dia cuba memandang dirinya yang juga bernama Aisyah dengan Aisyah Humairah, isteri Rasullah. Dia tersungkur dalam rasa kesal, malu dan sedih. Sangatsangat!

Air matanya tumpah di atas buku itu. Serta merta dia menyapu dengan tangan halusnya. Buat sekelian kalinya, fikiranya melayang jauh mengenangkan dosa-dosa silamnya. Otaknya mengimbas kembali peristiwa-peristiwa yang sudah berlaku dalam hidupnya sepanjang 24 tahun dia bergelar manusia.

Semuanya datang bagaikan roda. Laju ia berputar ke belakang. Semakin kuat tangisan Aisyah. Dia menutup buku setebal 300 muka surat itu. Diletakkannya di atas meja di sisi katilnya. Aisyah memeluk bantal. Dia sedih.

Tidak semena-mena, telefon di sisinya berbunyi dan bergegar. Ada SMS masuk, dari Johari. Lambat-lambat, gadis itu membuka.

Malam ini awak dan keluarga ada di rumah?-Johari.

Aisyah tidak segera membalas. Dia menunggu sehingga tangisnya beransur hilang. Dengan cermat, SMS daripada jejak tampan, sahabatnya semasa kecil dibalas ringkas.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 183

Ada. Kenapa?

Hanya beberapa saat kemudian, satu lagi SMS balas sampai.

Saya mahu datang ke rumah Aisyah malam ini. Saya seorang. Lepas isyak boleh?

Aisyah berfikir sejenak. Esok ialah hari ahad, dia tidak bekerja. Ibubapa dan adik-adiknya juga turut ada di rumah. Aisyah bersetuju. Dia membalas ringkas.

InsyaAllah.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 184

BAB 24

Selepas solat isyak, Johari bergegas pulang ke rumahnya. Dia menyarung seluar panjang, menggantikan kain pelikat jawanya. Rambutnya disikat rapi. Dia mencapai naskah al-Quran di atas meja. Oh, hampir-hampir dia terlupa untuk menyimpan hadiah pemberian Haji Mustapa tadi. Hadiah yang bakal diberikan kepada bakal isterinya. Siapa? Mungkinkah Nasuha? Johari senyum sendiri.

Joe tak makan kat rumah. Nak pergi rumah kawan, pendek sahaja kata-kata Johari saat melintasi ruang tamu. Datuk Hamzah hanya mengerling pada anak sulungnya sekilas dan mengangguk. Dari dapur, Datin Roza sedang menatang dan menyusun lauk-pauk yang serba ringkas di atas meja. Hanya ada ikan merah goreng, sayur air, dan telur dadar. Sangat ringkas. Seolah-olah tidak seperti keluarga yang berada pula. Sungguh, keluarga ini tidak gemar bermewah-mewah di meja makan. Cukuplah besederhana. Makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang.

Johari memandu laju. Dari rumahnya ke rumah Aisyah, perjalanan hanya memakan masa kurang 15 minit sahaja. Itu pun jika jalan raya tidak sesak seperti di awal pagi dan senja.

Johari tiba di hadapan rumah Encik Azizi. Dia meletakkan kereta wajanya di bahu jalan, dihadapan rumah Encik Azizi. Dia memberi salam. Beberapa saat kemudiam, salamnya dibalas oleh satu suara garau. Wajah Encik Azizi terpacul di mula pintu, menyambutnya dengan mesra dan ramah.

Dia menjemput Johari masuk. Langkah Johari mantap. Bibirnya tidak lekang dengan senyum. Mereka duduk di ruang tamu, bertanya khabar serba sedikit. Hanya beberapa saat, Puan Mona sudah memanggil suaminya dengan Johari untuk sama makan malam.

Johari tidak dapat mengelak kerana tangannya ditarik oleh encik Azizi. Dengan hati yang separuh memberontak, dia akur. Dia mengambil tempat di hujung sekali, sebelah Encik Azizi. Sungguh, dia benar-benar dilanda rasa segan dan malu yang tiada tepi. Tiba-tiba sahaja rasa kesal mencengkam diri. Kesal kerana datang semasa orang baru mahu makan malam. Tadi di rumahnya, dia menolak untuk makan kerana berasa tidak lapar. Tapi tak sangka pula, di rumah Encik Azizi, dia bertemu rezekinya.

Puan Mona, Aisyah juga berada di meja kayu yang lebar itu. Mak Jah menatang air dan menuangkan ke dalam cawan-cawan yang tersusun di hadapannya. Malam itu, Aisyah tampak sopan benar. Walaupun di rumah sendiri, dia masih mengenakan tudung litup kerana di hadapannya ialah Johari. Aisyah tidak banyak berkata-kata malam itu. Bahkan, memandang Johari pun dia segan. Entah mengapa, hatinya seperti membisikkan rasa yang lain terhadap lelaki itu.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 185

Perasaan itu muncul dek kerana kerendahan budi dan keluhuran akhlak Johari. Hanya itu. Dia hanya membiarkan Johari berbual-bual dengan ibu dan ayahnya. Tangannya disibukkan dengan menyuap nasi ke mulutnya. Ah, biar kenyang dulu.

Joe nak tahu. Lauk-lauk ni Aisyah yang masak. Mak Jah pun tadi tolong saja, bisik Mak Cik Mona kepada Johari, namun ia cukup untuk mengetuk gegendang telinga Aisyah.

Makin kebawahlah gadis itu tunduk. Sedikit pun mukanya tidak diangkat. Cukup untuk membuatkan orang tidak tahu mukanya sudah berubah merah.

Johari yang hanya mencedok sejemput nasi menjadi kagum. Sungguh, lauk-pauk yang dijamahnya itu memikat seleranya yang mati pada awalnya. Spontan, satu pujian ikhlas diberikan buat tukang masak itu. Aisyah hanya tersenyum nipis menerima pujian.

Johari dan Encik Azizi selesai makan dan mereka berlalu ke ruang tamu. Encik Azizi rupa-rupanya seorang perokok. Dia menghidupkan sebatang dan dihembusnya di ruang udara. Johari yang duduk bertentangan sedikit terganggu dengan bau rokok itu. Namun, sebagai tetamu, dia sedaya upaya tidak mahu menunjukkan reaksi yang negetif kerana takut-takut ia bakal mengguris perasaan lelaki yang sebaya ayahnya itu. Mereka berbual-bual santai manakala Aisyah, Puan Mona dan Mak Jah masih berada di meja dapur dan berkemas. Dari sana, mata Puan Mona terarah kepada gumpalan-gumpalan asap yang datang dari bibir Encik Johari. Ah, nampaknya dia sangat-sangat menikmati rokok itu.

Ish... tengoklah... depan Johari pun dia hisap rokok, bebel Puan Mona kepada suaminya.

Encik Azizi berubah rupa. Kelat. Dia cuba menyembunyikan rasa bersalah dengan memberi senyuman, tapi nyata ia tawar.

Joe, beri nasihat sikit pada pak cik kamu tu..., Puan Mona semakin geram. Memang sejak dari dahulu, Encik Azizi berjanji mahu berhenti. Namun tidak pernah menjadi kenyataan. Mujur sahaja sejak pulang Malaysia sini, dia dapat mengurangkan rokok. Tapi untuk berhenti? Ah, harap-haraplah bukan selepas mati.

Johari rasa lucu. Dia senyum lebar. Encik Azizi membuang puntung rokok yang masih bersisa ke dalam ashtray. Dia memandang tepat ke dalam mata Johari. Dengan suara yang perlahan, dia seakanakan berbisik. Hmm... pak cik ni macam inilah. Dari muda sampai ke tua, tak dapat-dapat buang ketagihan ini. Pak cik sebenarnya sudah lama tahu yang merokok ini haram di sisi islam. Berdosa. Tapi entahlah...pak cik selalu cuba, tapi tak dapat Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/) Page 186

Suara Encik Azizi tersekat-sekat. Wajahnya yang kelat tadi semakin ketara pahitnya. Masalah itu rasanya terlalu bersifat privasi, tetapi untuk dikongsikan dengan anak muda yang terpelajar, soleh dan jujur seperti Johari, Encik Azizi tidak kisah. Dia mahu mendengar pendapat dan nasihat daripada pemuda itu.

Johari menunggu sehingga Encik Johari merasa selesa dan tenang dahulu. Otaknya bekerja laju, menyusun ayat sebelum membuka bicara. Bimbang-bimbang hati tua itu terguris. Dengan lafaz bismillah yang hanya didengar oleh hati sendiri, dia membuka mulut.

Erm. Saya faham pak cik. Benda-benda macam ini memang susah nak tinggal. Bagi saya, kalau tak boleh tinggal terus, kita kurangkan setakat yang boleh, balas Johari lembut. Penuh diplomasi.

Encik Azizi nampak ceria mendengar kata nasihat daripada anak muda itu. Dari kaca matanya, dia melihat Datuk Hamzah serta anaknya Johari sebagai manusia yang berhati baik. Tidak suka memperkatakan tentang keburukan orang lain jua tidak pernah punya hasad dengki. Kerana itu jugalah, dalam banyak hal, Encik Azizi suka bercerita dan mendengar nasihat daripada Datuk Hamzah. Encik Azizi juga yakin dengan pepatah kemana tumpahnya kuah jika bukan ke dalam nasi. Ya, sahsiah Johari sangat mirip dengan bapanya!

Encik Azizi memandang lantai. Kakinya dikuis-kuis di atas karpet buatan Pakistan. Terima kasih Johari. Pak cik memang sudah berazam sungguh-sungguh nak tinggalkan rokok ni. Kawan-kawan pak cik pun ramai betul yang sudah meninggal kerana rokok. Itulah kata orang... buat jahat jangan sesekali. Pak cik dulu masa remaja baya-baya kamu, merokok hanya kerana mahu mencuba. Sukasuka. Tapi akhirnya beginilah. Sudah seperti hamba kepada rokok pula. InsyaAllah bulan enam nanti, pak cik dengan mak cik kamu nak menunaikan umrah. Malu kami. Umur sudah lanjut, tapi baru sekali cuma ke sana. Dan insyaAllah, kami pun telah mendaftar di tabung haji tahun lepas. Harap-harap dalam masa tiga atau empat tahun lagi dapatlah kami menunaikan haji pula,

Encik Azizi memandang tepat ke muka Johari. Dia mengukir senyum lalu menyambung. Jadi, pak cik berazam sungguh-sungguh. Sebelum kami berangkat ke sana, pak cik mahu tinggalkan rokok terus. Minta doa ya Joe.

Tiba-tiba, Aisyah datang ke ruang tamu dengan membawa piring berisi buah epal yang sudah dipotong-potong.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 187

Minta doa apa ayah? Aisyah dengar tadi macam ayah minta doa saja?, tanya Aisyah kepada ayahnya sebelum sempat punggungnya dilabuhkan di sisi bapanya itu.

Encik Azizi dan Johari berpandangan. Mereka berbalas senyum. Tak ada apa. Ayah cuma minta Johari berdoa supaya kamu dapat jodoh yang baik-baik, tiba-tiba Encik Azizi melencongkan topik.

Johari yang sedang mengunyah potongan buah epal manis itu hampir-hampir sahaja tersedak. Dia lihat Encik Azizi tersenyum memandangnya. Ah, dia bergurau sahaja. Aisyah pula terasa berbahang. Malu. Dia membalas kata-kata ayahnya.

Ish... kenapa minta dia pula doakan. Ayah lah yang kena doakan, pendek, tapi jelas.

Kalau ayah doa, ayah doakan kamu kahwin sahaja dengan Johari tu. Ha! Kan mudah!, Encik Azizi mengusik. Dia ketawa kuat.

Johari tersentak dengan guraun itu. Namun, dia cuba mengawal diri. Dia tersenyum tawar. Tidak menjawab. Aisyah pula semakin merona merah. Di capai tangan ayahnya lalu dicubit mesra.

Encik Azizi mengaduh dan tersenyum lebar.

Pak cik gurau saja Johari. Tadi Aisyah sudah cakap yang kamu datang nak jumpa dia. Kamu berdua berbual lah. Pak cik naik ke atas dulu. Mahu berehat-rehat sebentar sebelum tidur, senyuman di mukanya belum hilang. Nakal.

Silakan, pak cik, Johari senyum simpul. Dia bangkit dan menyalami Encik Azizi. Matanya mengekori langkahan lelaki tua itu hingga bayang-banyangnya hilang di balik tangga. Dari kejauhan, dia melihat adik-adik perempuan Aisyah sedang ralit menonton rancangan televisyen dengan bunyi yang tidak kuat.

Apa awak bualkan dengan ayah tadi? Seronok betul dia. Pertanyaan Aisyah mengejutkan Johari. Serta merta pandangan mata mereka bertemu. Cuma sebentar. Laju ia dilarikan ke lantai.

Tak ada apa. Biasa-biasa sahaja, Johari merasa tidak perlu untuk dia bercerita tentang luahan Encik Azizi tadi.
Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/) Page 188

Aisyah, saya sebenarnya nak beri awak sesuatu, kata Johari.

Aisyah memandang Johari. Dia teruja untuk menunggu perkataan-perkataan yang seterusnya.

Tapi saya tertinggal di dalam kereta. Saya pergi ambil kejap ya, Johari bingkas. Dia keluar menuju keretanya dan mengambil naskah al-Quran terjemahan yang diletaknya di kerusi sebelah pemandu. Dia kembali ke dalam rumah.

Aisyah memandang Johari dengan pandangan yang kosong. Mulutnya tidak bersuara. Cuma hatinya sahaja yang masih berteka-teki. Apakah yang pemuda itu mahu beri?

Nah. Hadiah daripada saya, Johari menghulur beg plastik berwarna hitam. Aisyah menyambut dengan teragak-agak.

Apa ini?, tanyanya sambil membelek-belek isi kandungan beg plastik berwarna hitam itu. Al-Quran! Dadanya tiba-tiba seperti ditikam. Nafasnya serta merta turun naik. Berombakombak. Tanpa tanda, airmatanya tiba-tiba sahaja berjejeran tumpah.

Johari kaget. Dia kaku di atas kerusi. Dia terkejut melihat reaksi balas Aisyah yang terlalu jauh berbeza daripada sangkaan awalnya. Dia menyangka bahawa gadis itu akan menerima dengan gembira, tapi lain pula yang terjadi.

Aisyah mendakap al-Quran terjemahan itu ke dadanya. Dia sebak, terharu dan paling jelas, dia malu. Dia tidak mahu kelihatan begitu di hadapan Johari. Tidak! Dahulu dia pernah menangis dan hari ini, sekali lagi dia gagal mengawal sebak. Dia menyeka air matanya segera. Takut-takut adik-adiknya yang berada di depan televisyen memandang keadaanya yang begitu. Nanti panjang pula ceritanya.

Dia mencapai kotak tisu di tengah meja kayu yang berada di tengah-tengah ruang tamu. Matanya dikesat. Tadi, ia basah dan sekarang, ia berubah lempab. Emosinya sudah stabil. Johari masih terdiam di tempat duduk. Sebenarnya, dia masih kaku dan terkejut.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 189

Aisyah, awak tak suka ke dengan hadiah ini?, tanya Johari berterus-terang. Jika tidak suka, tidak mengapa. Dia boleh menyimpannya sahaja, atau mungkin boleh juga dihadiahkan kepada orang lain sahaja.

Maafkan saya Johari. Maafkan saya kerana menangis. Sebenarnya, saya sangat suka dengan hadiah ini. Sungguh, balas Aisyah jujur. Dia cuba mengikhlaskan dirinya dalam berkata yang demikian.

Tapi, ada beberapa perkara yang menyebabkan saya berasa sangat malu. Malu dengan awak, Aisyah membuat pengakuan.

Dia tidak menunggu Johari untuk memberikan reaksi. Lantas, dia menyambung, Sebenarnya, saya malu. Malu sangat-sangat. Saya sebenarnya tidak tahu membaca al-Quran

Wajahnya ditundukkan. Aisyah merasakan bahawa dia seperti sedang berlumuran dengan lumpur. Kotor dan memalukan. Dia rasakan bahawa dia tidak layak untuk memegang kitab suci ini. Sebabnya, dia tidak tahu membaca langsung. Yang dia tahu cuma 3 surah akhir dalam al-Quran dan juga surah al-Fatihah. Hanya itu yang diulang-ulang di dalam solatnya, setiap hari dan setiap kali. Dia malu sangat-sangat.

Aisyah. Maafkan saya. Kiranya hadiah saya menyebabkan Aisyah bersedih, Johari bersuara perlahan. Wajahnya muram.

Tak. Tak. Saya suka al-Quran ini. Terima kasih banyak-banyak, laju Aisyah mencantas kata-kata Johari. Dia senyum tawar. Mukanya yang mencuka tadi dimaniskan.

Tapi saya malu sebab usia saya sudah mengampiri suku abad, tapi... saya tidak tahu membaca al-Quran, serta-merta rasa bersalah, kesal dan sedih menikam kalbunya dari setiap inci.

Kalau Aisyah nak belajar, boleh je, Johari senyum manis.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 190

Aisyah gembira. Dia mengakat kepalanya memandang pemuda tampan di depannya. Betul ke ni? Johari nak ajar ke?

Tak. Tak manis kalau saya yang ajar. Tapi saya ada kenalan. Dia ialah seorang ustazah yang mengajar kelas mengaji untuk anak-anak jirannya. Kalau Aisyah mahu, saya akan beri nombor telefon ustazah itu dan beritahu dia hasrat Aisyah untuk belajar mengaji, Johari tersenyum manis. Dia bertekad mahu membantu Aisyah. Sehingga sekarang, dia banyak mengkagumi ketabahan gadis itu. Perubahannya sangat positif. Sekali dia jadi baik, dia tidak lagi menoleh ke belakang.

Aisyah gembira bukan kepalang. Dia seperti ikan yang hampir mati kekeringan, lalu dicampak ke dalam air semula. Dia gembira. Wajahnya berubah serta merta. Teruja, itu lebih tepat.

Of course saya mahu. Siapa nama ustazah tu? Dia tinggal di mana? Bila saya boleh mula belajar?, tanya Aisyah bertalu-talu.

Johari tersenyum lebar melihat telatah Aisyah. Dia seorang pensyarah. Isteri kepada guru saya. Dia tinggal di Gombak. Erm, nanti awak telefon saja dia. Buat temu janji dengan dia. Boleh?

Aisyah senyum bahagia. Tidak lama lagi dia sudah mampu untuk membaca al-Quran, kitab suci yang sudah dia lupakan sejak 15 tahun yang lalu.

Terima kasih Johari. Terima kasih.., suaranya perlahan.

Aisyah mengunci pintu biliknya. Dia menghempaskan badannya ke atas katil. Penghawa dingin yang dipasang menyejukkan badannya, tapi bukan hatinya. Al-Quran pemberian Johari dikeluarkan dari dalam beg plastik. Dia menatap kulit al-Quran itu. Merah jambu. Cantik dan benar-benar memikat hatinya.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 191

Dibukanya muka hadapan, kemudian kedua, ketiga dan seterusnya. Huruf-huruf arab dipandang dengan mata pandangan yang kosong. Rasa malu makin menebal, menyebabkan perasaannya menderita. Dia malu dan berasa sangat bersalah dan berdosa kerana terlalu mengabaikan al-Quran.

Aisyah masih teringat, 15 tahun dahulu dia ada belajar al-Quran daripada Datin Roza, ibu Johari. Saat itu, dia akan duduk bersimpuh belajar mengaji bersama-sama dengan Johari. Haris yang baru bersekolah tadika juga kan turut duduk bersama, tapi lebih kepada sesi mengacau abangnya sahaja. Aisyah ketika itu sudahpun kenal dan mampu membaca al-Quran. Walaupun lambat-lambat, tapi dia masih berupaya membaca dengan jelas. Johari pula, jauh ketinggalan. Johari masih belum mampu membaca al-Quran. Sekadar iqra sahaja. Dan itu pun belum habis.

Mereka akan belajar mengaji selepas solat maghrib. Dia masih ingat yang setiap kali mereka belajar mengaji, Datin Roza akan memujinya di hadapan Johari. Sebabnya, Johari liat dan susah nak belajar al-Quran. Dari satu huruf, hinggalah kepada satu baris, pasti ada-ada saja silap Johari. Setiap kali dipuji, Aisyah akan tersenyum bangga kepada Johari dan Johari akan membalas dengan mencebik, menyampah. Begitulah berulang-kali.

Aisyah tidak sedar. Air mata yang kering sejak tadi tertumpah lagi. Kenangan itu menyesakkan dadanya. Dek kerana kelalaian dan hanyut dengan dunia ciptaan sendiri, dia meninggalkan al-Quran. Memandang pun sudah dia tidak sudi, apatah lagi untuk dibelekbelek dan dibaca. Sebagai balasan atas kelalaiannya selama ini, Allah tarik kembali pengetahuannya membaca al-Quran. Di saat ini, dia jadi keliru sendiri dalam membezakan huruf-huruf arab. Membaca? Atapatah lagi.

Aisyah membungkam kesedihan. Kerinduan yang bertandang untuk kembali membaca ayatayat Allah ini membuatkan nafasnya sesak. Dia seperti masih teringat kembali pembohonganpembohongannya terhadap kedua ibubapa tercinta.

Aisyah, jangan tinggalkan solat. Jangan lupa baca al-Quran, jangan lupa berdoa. Jaga diri. Sentiasa ingat Allah ya. Ayah dan mak jauh. Kami tidak mampu jaga Aisyah, tapi Allah dekat. Dia sentiasa jaga kita, pesan bapanya dengan mata yang berkaca-kaca semasa di lapangan terbang Sydney semasa Aisyah mahu berangkat ke U.K untuk pengajian peringkat ijazah. Dari bumi Sydney ke Birmigham, jaraknya tidaklah sejauh mana. Untuk pulang pun kosnya tidaklah semahal untuk pulang ke Malaysia.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 192

Aisyah mendengar dan mengangguk-angguk sahaja. Dia memandang wajah bonda tersayang. Dia menangis. Aisyah turut sebak melihat tangisan si ibu. Lantas didakap rapat-rapat. Puan Mona berbisik ke telinganya perlahan, Jaga diri. Ingat Allah

Aisyah sekadar mendengar. Ya, sekadar itu. Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Di Birmingham, usahkan mahu membaca al-Quran, solat pun cuma sesekali. Allah cuma hadir di dalam program-program persatuan pelajar islam sahaja. Itupun, penglibatan Aisyah adalah sangat minima.

Al-Quran yang sentiasa diperingatkan oleh ibubapanya hilang entah kemana. Aisyah sedikit pun tidak mencari, apatah lagi untuk membeli yang baru. Baginya, al-Quran itu hanyalah seperti majalah atau buku-buku yang lain. Yang hanya dibaca untuk suka-suka. Dia juga berhujah kepada diri sendiri, mengapa perlu baca kitab itu sedangkan dia tidak faham bahasa arab. Dan kerana pemahaman yang silap itu, dia menyesal sekarang. Kini, ingatannya tentang huruf-huruf yang bersambung nan indah itu lenyap sama sekali.

Dada Aisyah tambah sakit, sempit dan sesak memikirkan apa yang telah dilakukannya terhadap al-Quran. Pernah sekali, Aisyah mengherdik seorang sahabat sebilik yang membaca al-Quran. Insiden hitam itu berlaku saat dia baru sahaja selesai peperiksaan akhir. Ya, final examination bagi penggal kedua pengajian. Aisyah tidak tidur semalaman kerana membuat persediaan saat akhir untuk peperiksaan. Usai sahaja dengan peperiksaan, dia bersegera pulang mencari katil dan bantal. Di rumah, teman serumah Aisyah yang bernama Fateema sedang membaca al-Quran. Suaranya lantang dan mendayu kuat. Yang sebenarnya, gadis Australia berbangsa arab itu tidak tahu pun yang Aisyah ada di kamarnya. Jika Fateema tahu, pasti dia akan merendahkan suaranya.

Kebetulan, Fateema baru selesai solat zuhur. Dia masih bertelekung dan bersimpuh di atas tikar solat. Dari satu baris kepada baris yang berikutnya dihayati.

Fateema!, bentak Aisyah kasar. Menyinga. Dia berdiri, bercekak pinggang di muka pintu bilik Fateema.

Fateema kaget. Dia terkejut bukan kepalang disergah sebegitu. Dirasakan jantungnya hampirhampir sahaja gugur. Dia beristighfar. Tanpa sempat bertanya, Aisyah sudah melampiaskan amarahnya.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 193

Awak pun tahu saya tak tidur seharian. Boleh tak awak senyap sekejap? Saya nak tidur. Mengganggu betul lah!!

Fateema terkedu. Gadis behidung mancung itu seakan-akan seperti dipanah petir. Badannya menggeletar. Dia tidak menyangka bahawa Aisyah akan begitu marah kepadanya. Fateema menahan air matanya daripada gugur. Dia bersuara perlahan, Saya minta maaf Aisyah...

Aisyah mendengus kasar. Wajahnya masam mencuka. Tanpa membalas apa-apa, dia meninggalkan Fateema yang masih ketakutan dan diselubungi resah. Sudahlah Aisyah tidak bersolat zuhur hari, dia juga memarahi seorang sahabat yang sedang membaca al-Quran! Esoknya, dia masih menarik muka masam kepada Fateema. Dan gadis itu terkocoh-kocoh kalut meminta maaf kepadanya dan Aisyah hanya melayan dengan sombong dan kasar.

Sekarang, Allah memutarkan kembali kepada Aisyah satu per satu perbuatannya semasa jahiliyyah dahulu. Dia sayu. Tersangat sayu mengenangkan dosa-dosanya. Air matanya berjejeran membasahkan pakaiannya. Al-Quran kecil di tangannya itu didakap. Dengan penuh kekesalan, bibir mugil itu merintih memohon ampunan Yang Maha Kuasa. Kini, dia benarbenar menyesal.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 194

BAB 25

Datin Roza tersenyum lebar. Dadanya berbunga-bunga. Dia terasa bahagia dan sangat disayangi kerana suami serta anak-anaknya sudi menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 45 tahun.

Usai solat isyak, Johari memimpin ayah dan adik-adiknya membacakan doa kepada ibunya. Doa yang dipanjatkan khusus buat ibu tersayang. Malam itu, makan malam mereka lebih istimewa sedikit. Datin Roza membuat pizza sendiri. Mereka makan pizza, tapi hasil air tangan si ibu. Johan, Harris dan Salina mengunyah dengan penuh selera. Johari dan ayahnya juga tidak kalah.

Habis satu potong, dia mencapai potongan yang lain pula. Datin Roza bahagia sekali melihat anak-anak dan suami makan dengan penuh selera. Lebih istimewa, Harris turut sama ada bersama mereka. Hari ini, keluarga mereka lengkap. Semua orang berkumpul sama. Harris yang sedang belajar di UiTM Jengka juga sanggup pulang semata-mata mahu meraikan hari lahir bonda tercinta, tapi esok pagi dia sudah perlu pulang kerana pada sebelah petangnya, dia ada kelas.

Sedaplah pizza mak buat. Fuhh..mak betul-betul boleh bukak syarikat pizza la, seloroh Harris lalu disambut mesra oleh ayahnya.

Mak kamu tu lebih suka menguruskan rumah aja. Kalau dia betul-betul nak berbisnes, ayah tak kisah keluarkan modal, selamba Datuk Hamzah menjawab, tapi ada kesungguhan di balik kata-kata itu.

Datin Roza tersenyum. Bahkan makin lebar. Dari lama dulu, Datuk Hamzah menjadi penggemar dan pengkritik nombor 1 bagi setiap masakannya. Datuk Hamzah juga tidak ralat untuk menjadi tukang rasa bagi resepi-resepi terbaru isterinya. Datuk Hamzah tahu, isterinya memang suka untuk berbakti kepada keluarga tercinta. Dia menolak saat Datuk Hamzah bercadang mahu mengupah orang gaji menyelenggara dan mengurus rumah ini. Bagi Datin Roza, menguruskan rumah tangga ialah tugasnya. Dia mahu menjadi tukang masak, tukang sapu dan juga tukang cuci buat anak-anak dan suami. Dia mahu berbakti.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 195

Dan bagi Datuk Hamzah pula, dia berbesar hati dan gembira dengan permintaan isterinya. Baginya, isterinya ialah seorang isteri mithali yang tak jemu dan bosan menguruskan anakanak dan dirinya.

Datuk Hamzah senyum memandang wajah isteri tercinta. Terkenang-kenang pula kisah cinta lama mereka dahulu kala.

Semoga awak beroleh kebaikan yang baik di sisi Allah kerana menjaga kami selama ini, bisik Datuk Hamzah lembut di cuping telinga isterinya.

Johari yang memandang berbisik dalam hati. Romantik benar...

Inilah cara Datuk Hamzah dan keluarga menyambut hari lahir. Mereka akan berkumpul. Saling membaca dan mengaminkan doa, saling memberi ucapan dan nasihat dan juga saling memberi hadiah.

Usai makan, mereka akan ke ruang tamu. Saling memberi dan membuka hadiah. Seronok.

Hadiah pertama ialah daripada Salina. Bermula daripada yang paling bongsu. Mereka saling berteka-teki tentang isi kandungan hadiah yang dibalut dengan kertas pembalut yang meriah dengan gambar-gambar watak animasi, Mickey Mouse. Datin Roza meneka yang ia adalah sebuah buku. Masuk akal kerana melihat kepada saiznya, memang ia tampak seperti sebuah novel tebal, 300 muka surat.

Datin Roza mengoyak bungkusan dengan hati-hati. Dia kemudian menarik keluar hadiah daripada Salina daripada kotaknya. Sangkaannya meleset. Ia bukan buku atau novel tetap ia adalah satu frame gambar yang sangat comel. Ada sebuah gambar dia dengan Salina di dalam itu. Gambar itu diambil semasa mereka sekeluarga melancong ke Cameroon Highlands pada tahun 2006 dulu. Dalan gambar itu, Salina sedang memeluk ibunya, manja. Tangan ibunya juga melingkari pinggang Salina yang masih lagi kanak-kanak saat itu. Keceriaan, kemesraan dan kecintaan ternampak jelas di wajah dua beranak ini.

Di sudut gambar itu, ada dua baris tulisan yang dihasilkan melalui komputer yang sangat menyentuh hati Datin Roza.
Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/) Page 196

Lina mencintai mak dengan sepenuh jiwa Lina. Tapi maafkan Lina, kerana walau sehebat mana pun Lina berusaha, Lina tidak mampu menandingi cinta mak kepada Lina. Love U Mum..

Datin Roza terus memeluk Salina. Dia menangis terharu. Salina juga. Dengan sendu, dia mencium pipi ibu tersayang dan membisikkan, I love u mak.. dan dibalas dengan perkataan yang sama oleh ibunya.

Harris nakal mengusik ibu dan adiknya. Kononnya seperti slot Jejak Kasih. Sang anak lari meninggalkan ibu ketika masih kecil. Sang ibu mencari anaknya dengan berbekalkan gambar yang ditinggalkan lalu bertemu dan mereka berpelukan dengan sayu. Datin Roza tersenyum geram dengan usikan anak keduanya itu. Salina pula mencubit lengan abangnya. Geram. Yang lain, mengambur ketawa melayan kenakalan Harris.

Selepas Salina, Johan pula memberikan hadiahnya. Hadiahnya dibalut rapi. Kecil sahaja hadiah itu. Lama juga ibunya berfikir dan cuba mengagak. Kali ini, Datin Roza mengagak yang di balik hadiah itu ialah seutas jam tangan. Lalu dia mengoyak balutan dan membuka kotak hitam yang berada di tangannya. Benar, ia adalah sebuah jam berjenama. Berwarna putih berkilau-kilau. Sangat cantik.

Terima kasih Johan. Cantik jam ini, kata Datin Roza. Dia membelek-belek jam itu. Hatinya senang.

Mak suka? Baguslah. Lagipun saya beli di Petaling Street sahaja. RM 20 sahaja, Johari berterus terang sambil tersengih-sengih.

Datin Roza ketawa kecil. Dia tidak marah, bahkan dia suka begitu. Hadiah yang murah-murah sahaja sudah cukup. Sebenarnya, bukan ini maksud utama mereka sekeluarga memberi-beri hadiah. Tujuan yang sebenar ialah satu sahaja, iaitu supaya kasih sayang sesama anggota keluarga menjadi tambah erat. Bukankah Rasulallah menggalakkan umatnya bertukar-tukar hadiah kerana dengan ini, rasa cinta akan semakin mekar.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 197

Kemudian, Johan menyalami lalu memeluk dan mencium Datin Roza. Dia berbisik lembut, Thanks Mak. Moga mak sentiasa sihat dan panjang umur.

Kini, giliran Harris pula memberikan hadiahnya. Ia adalah sebatang pen kilometriko gel yang berharga RM 5, tanpa dibalut pun. Alasannya, dia tidak sempat membeli hadiah kerana sibuk dengan praktikal dan kelas-kelasnya. Jadi, dia pun singgahlah sebentar ke kedai alat tulis semasa mahu menunggu bas semasa di terminal tadi.

Datin Roza tidak kisah. Dia senyum manis menerima pen yang tidak berbalut pun itu. Salina ketawa mengejek abangnya. Harris mencebik.

Kini, tiba giliran Johari pula. Dia menghulurkan dua bungkusan hadiah. Datin Roza terpingapinga.

Dua hadiah?, tanyanya.

Satu daripada Aisyah. Yang besar itu dari Aisyah. Dari saya yang bewarna hitam itu. Aisyah minta saya berikan pada mak semalam. Katanya dia tak boleh datang malam ini, ada janji dengan kawan, balas Johari.

Datuk Hamzah tiba-tiba menyampuk. Dia tahu hari lahir mak kamu?

Datin Roza mengangguk-angguk mengiyakan pertanyaan suaminnya. Dia juga hairan bagaimana Aisyah tahu yang hari itu ialah hari lahirnya.

Ahad lepas saya terserempak dengan dia. Dia tanya saya mahu beli apa, jadi saya bagitahu saya mahu beli hadiah buat mak. Lalu, dia pun mahu sama, jelas Johari dengan tenang.

Datuk Hamzah dan Datin Roza tersenyum simpul. Mereka faham.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 198

Kalau macam tu mak bukak hadiah kamu dulu lah ya, kata Datin Roza. Tangannya merabaraba dan otaknya berteka teki.

Johari tersenyum melihat ibunya berkerut dahi, meneka isi kandungan kotak itu. Datin Roza sedang membandingkan antara saiz kotak dengan berat, lalu dia meneka bahawa di dalam kotak itu ialah sehelai tudung.

Johari ketawa kecil. Pandangan matanya melirik melihat pembalut dibuka cermat. Datin Roza tersenyum lebar melihat tudung berwarna hijau yang dihadiahkan oleh anaknya. Cantik. Dan seperti yang lepas, Johari akan menyalami, memeluk ibunya dan berbisik di cuping telinga bonda tercinta, mendoakan kesejahteraan dan kebaikan buat insan mulia itu.

Datin Roza nampaknya suka benar dengan tudung itu walaupun dia tahu bahawa harganya tidaklah mahal mana. Apapun, ia adalah hadiah daripada anaknya. Maka wajarlah untuk dia seronok, bahagia dan menghargai. Tambahan, warnanya yang cantik juga sangat memikat naluri wanitanya.

Hadiah daripada Aisyah ini mak buka dekat atas ya, kata Datin Roza. Keluarga Datuk Hamzah nampak sangat berbeza daripada keluarga-keluarga orang kaya yang lain. Mereka, apabila mahu meraikan hari lahir, pasti akan menganjurkan parti kecil. Orang ramai akan dijemput hadir untuk memeriahkan majlis. Namun, bagi keluarga ini lain caranya. Mereka tidak suka untuk mengehebah-hebahkan hari lahir mereka kepada orang lain.

Cukuplah hari yang bermakna ini disambut oleh insan-insan yang paling dekat, keluarga. Dan cukuplah jika ia dilalui dengan doa dan kesyukuran. Datin Roza mengangkat hadiah daripada Aisyah dan meletakkannya di sisi. Jauh di sudut hatinya, kegusaran timbul sedikit. Bimbang juga jika dia telah menyusahkan Aisyah, gadis anak teman baiknya.

Tiba-tiba, pandangan mata semua orang tertumpu kepada Datuk Hamzah yang sedang duduk di sebelah kiri isterinya.

Hadiah ayah rahsia. Tertinggal di atas, Datuk Hamzah memandang isterinya sambil ketawa apabila perasan yang dia sedang diperhatikan. Reaksi mukanya nampak sangat lucu.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 199

Eleh... rahsia lah konon, Harris mengusik.

Biasalah... tak romantik la beri hadiah depan orang, sambung Johan. Terburai tawa mereka sekeluarga. Datin Roza merona merah. Malu-malu, tapi tetap mampu ketawa kecil. Dia sangat bahagia malam itu!

Ya Allah, berkatilah hidup ibuku. Jadikanlah dia sebagai manusia yang hidup di sisi-Mu. Ampunkanlah dosa-dosanya dan janganlah kau biarkan matanya menangis, kecuali dengan rasa bahagia. Johari melafazkan doa dalam hati sambil mulutnya masih tersenyum memandang ibu, ayah dan adik-adiknya. Dia bahagia lagi bersyukur.

Ustaz, ana cadang hujung bulan ni, ana nak merisik Nasuha, Johari bersuara lambat-lambat.

Alhamdulillah. Enta nak ajak ana temankan ke? Tak ada masalah. InsyaAllah, balas Ustaz Mujib seakan-akan sudah dapat membaca niat Johari.

Mereka sedang duduk-duduk di luar surau at-Taufiqiyyah, surau di kawasan perumahan Ustaz Mujib. Baru sahaja tamat usrah. Ahli yang lain sudah pulang selepas solat zuhur tadi. Cuma Johari dengan Ustaz Mujib sahaja yang tinggal.

Johari tersenyum segan. Dia duduk bersimpuh menghadap guru yang diseganinya itu. Hatinya mengucap syukur, kerana hingga saat dan ketika ini, jasa Ustaz Mujib dan isterinya tersangatlah besar.

Jazakallah ustaz, mulut Johari mengulum senyum. Bahagia.

Ustaz Johari meletakkan tangannya ke bahu Johari. Ana berbesar hati kerana menjadi orang tengah enta. Apapun, kita jangan meletakkan pengharapan kepada makhluk. Sesekali jangan, sebaliknya, berharap sahaja kepada Allah, madah ustaz yang berusia 39 tahun itu lembut merombos masuk ke dalam sanubari Johari.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 200

Johari faham, sebagai insan yang dikurniakan dengan akal dan kudrat, dia perlu berusaha mencari jodoh. Dan usaha itu hendaklah mengikut cara yang diajarkan oleh islam. Merisik dan berkenal-kenal. Bukannya dengan cara bercouple. Bukan dengan tengok wayang berdua, bukan juga dengan berkirim surat, SMS, emel dan lain-lain. Perkenalan hendaklah melalui orang tengah. Mujur, Ustaz Mujib sudi mengambil tanggungjawab itu.

Dalam persoalan jodoh, ramai manusia faham bahawa setiap jodoh pertemuan itu telah pun ditetapkan Allah. Tapi, sedikit dalam kalangan itu yang faham bahawa jodoh itu tidak akan jatuh dari langit. Manusia perlu berusaha, dan usaha yang diredhai ialah dengan cara begini. Johari, mohon doa banyak-banyak. Moga Allah redha usaha enta ini, bahu Johari diramas. Matanya tepat memandang mata Ustaz Mujib. Lalu dia mengangguk tanda faham.

Oh ya. Hari itu enta kata kawan perempuan enta mahu belajar al-Quran dengan isteri ana. Sudah beri nombor telefon isteri ana kepada kepada kawan enta itu?, tiba-tiba sahaja Ustaz Mujib bertanyakan tentang itu.

Johari ingat. Tiga hari lepas, dia ada menelefon Ustaz Mujib meminta nombor telefon Ustazah Asyiqin. Kata Johari, ada seorang gadis yang teringin belajar membaca al-Quran. Ustaz Mujib berbesar hati untuk membantu. Segera dia memberi nombor telefon isterinya kepada Johari, untuk disampaikan kepada gadis itu. Johari pula tidak menunggu lama. Ketika itu juga dia memanjangkan nombor telefon Ustazah Asyiqin kepada Aisyah. Aisyah girang. Ucapan terima kasih dikirim, tanda kesyukuran.

Sudah ustaz. Kawan saya itu dahulu tinggal di Australia dan belajar pula di U.K. Memang dahulu, hidupnya jauh dengan islam. Pegangan agamanya, minima sungguh. Tapi alhamdulillah, Allah beri dia hidayah selepas dia menyaksikan satu kemalangan ngeri dengan mata kepalanya. Kini, dia betul-betul berubah ustaz. Saya jadi kagum melihat bagaimana seorang muslimah yang dahulu berpakain ketat, tanpa tudung boleh berubah sekelip mata menjadi muslimah yang banyak diam, pemalu, dan menutup aurat, cerita Johari panjang lebar. Penuh semangat.

Dia masih bujang?, tanya Ustaz Mujib.

Ya. Kami sebaya ustaz, pendek balasan daripada Johari.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 201

Lalu, mengapa enta tidak pinang saja gadis itu? Dia memerlukan bimbingan daripada suami yang soleh. Enta lah orangnya, lembut kata-kata Ustaz Mujib. Matanya memandang reaksi Johari. Bimbang-bimbang juga jika anak muda itu melatah.

Ternyata Johari tenang. Dia menyimpul senyum. Entahlah ustaz. Saya tak terfikir pula begitu. Bukankah kita dianjurkan agar memilih gadis yang beragama lebih daripada segalagalanya?

Pasti. Lalu, bagaimana enta yakin bahawa sahabat enta ini kurang beragama berbanding dengan Nasuha?, senyumannya meleret, penuh makna.

Ustaz, ana tidak ada jawapan tentang itu... , Johari beterus terang.

Maafkan ana Johari. Jikalau ana ialah enta, ana akan menikahi gadis yang sedang baru merangkak mahu mengenal islam. At least, dia mahukan bimbingan, Ustaz Mujib serius. Matanya merenung Johari tajam, tapi menenangkan.

InsyaAllah jika Nasuha menjadi isteri ana, dia juga mahu menerima bimbingan, pantas Johari memotong cakap gurunya.

Dia senyum. Apapun ustaz, ana yakin bahawa jodoh pertemuan ini segalanya telah ditentukan. Ana sebagai hamba hanya berikhtiar sahaja

Ustaz Mujib senyum mendengar. Dia gembira. Jika begitu, beristikharahlah..

Johari mengangguk.

Menghampiri jam 2.30 petang, Johari meminta izin untuk pulang ke rumah. Hujung minggu begini memang seronok jika dihabiskan di rumah sahaja. Tapi bagi Johari, dia lebih seronok jika dia boleh menghabiskan masa yang terluang bersama ahli-ahli agama. Sekurangkurangnya jika dapat duduk bersama-sama mereka pun, dia sudah dapat tempias kebaikan berupa nasihat-nasihat dan kata-kata hikmah daripada mereka.
Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/) Page 202

Johari menguatkan bacaan al-Quran yang dipasang. Dia suka memandu sambil mendengar bacaan ayat-ayat suci al-Quran. Bukan setakat beroleh pahala, bahkan ia juga membantu Johari dalam menghafal surah-surah dan ayat-ayat suci. Setakat ini, hampir tiga per empat daripada keseluruhan ayat-ayat suci di dalam musfah al-Quran berada di dalam otaknya. Selebihnya, masih dalam proses hafalan. Sungguh menakjubkan anak muda ini. Dalam kesibukannya dengan kerjaya dan program-program dakwah, dia tetap juga mampu menyelit untuk membaca dan menghafal al-Quran. Dan bacaannya akan disemak oleh Ustaz Mujib.

Bagi Johari, Ustaz Mujib sudah tidak tumpah seperti abang kandungnya sendiri. Jika dianggap sebagai bapa pula, tidak sesuai kerana Ustaz Mujib baru 39 tahun dan Johari pula 24. Namun begitu, hubungan mereka berdua sangat istimewa.

Lebih-lebih lagi kerana bapanya, Datuk Hamzah juga turut mengenali dan bersahabat dengan Ustaz Mujib. Mereka pernah bertemu dan pernah tinggal sebilik semasa di tanah suci dahulu ketika masing-masing sedang menunaikan ibadah umrah buat pertama kali, 5 tahun yang lepas. Ketika itu, Johari masih berkerat tulang menghabiskan sisa-sisa pengajiannya di Jordan dan dia belum pun mengenali Ustaz Mujib lagi.

Johari hanya berkenalan dengan Ustaz Mujib ketika Ustaz Mujib datang ke rumahnya dalam rangka menziarahi Datuk Hamzah dua tahun lepas Johari ketika itu baru sahaja tamat pengajian di Jordan. Pertemuan yang tidak disangka-sangka ini mekar menjadi satu hubungan yang sangat akrab. Dalam pertemuan yang pertama juga, Ustaz Mujib dengan Johari sudah boleh berbual panjang. Seolah-olah mereka sudah lama berkenalan. Bahkan, Ustaz Mujib sendiri yang menjemput Johari untuk turut bersama dalam program usrah.

Ah, Johari pasti tidak akan lupakan pertemuan itu. Terlalu manis untuk dilupakan. Johari senyum sendirian. Dia bahagia.

Ayah... Mak... InsyaAllah hujung bulan ni saya akan ke Pekan dengan Ustaz Mujib. Saya mahu merisik Nasuha untuk diri saya, Johari bersuara lembut tapi tegas. Dia benar-benar tekad untuk memberitahu semua ahli keluarganya tentang perancangan masa hadapannya. Saat itu, mereka sedang makan.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 203

Datin Roza dengan Datuk Hamzah hanya mendengar dengan tenang. Tangan mereka masih menyuap nasi ke dalam mulut. Adik-adik Johari pula sebaliknya. Johan dan Salina melopong terkejut. Nasi yang baru sahaja mahu disuap, diletak kembali ke dalam pinggan.

Abang nak kahwin?, tanya Salina. Matanya memandang Johari tepat.

Johari membiarkan soalan itu tidak berjawab. Dia lebih mengharapkan respon daripada ayah dan ibunya.

Salina yang masih terkejut menarik tangan ibunya pula. Mak, betul ke abang nak kahwin?. Matanya bersinar-sinar. Mungkin teruja kerana abang sulungnya sudah menyimpan hasrat begitu. Maknanya, impiannya untuk memiliki seorang kakak akan tercapai juga.

Datin Roza tersenyum manis dan mengaggukkan kepalanya untuk menjawab pertanyaan anak bongsunya itu. Johan pula yang sekadar memerhati sedari tadi tiba-tiba mengusik abangnya, Dengan siapa? Dengan cinta lama ke?. Johan lalu ketawa mengekek.

Johari menjengilkan matanya sebagai jawapan bagi pertanyaan tadi. Jari jemarinya masih tertanam di atas pinggan. Hanya suku yang baru dijamahnya. Mungkin kerana tertanggu dek memikirkan yang tarikh untuk dia merisik Nasuha hanya kurang 2 minggu sahaja lagi.

Tak apa lah. Mak dengan ayah mendoakan yang terbaik untuk Joe. Nanti kalau-kalau pihak di sana menerima, insyaAllah kami pun sama setuju. Ayah dan mak sudah berbincang. Kami tidak kisah status dia. Tak kisah dia anak orang miskin ke atau anak orang kampung ke... Yang kami kisah hanyalah dia solehah ataupun tidak sahaja. Jika bagi Joe, dia orang yang beragama dan baik, maka insyaAllah, dia juga baik di mata kami, ucap Datuk Hamzah. Matanya memandang tepat kepada Johari dari balik kaca matanya. Senyuman manis lagi lebar terukir indah di bibirnya.

Johari terharu. Sungguh, dia merasakan sangat dihargai dan dipercayai. Ditatap wajah Datin Roza. Ibunya itu tersenyum lebar. Mukanya manis, tanda dia meredhai pilihan anak sulungnya itu. Johari gembira tidak terkata. Dia bersyukur punya ayah dan ibu yang sangat memahami.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 204

Terima kasih ayah.. Terima kasih mak.. Jangan berhenti doakan saya, pinta Johari dengan rasa sebak.

Johan dan Salina hanya saling berpandangan. Ada senyuman terukir di bibir mereka, tapi ia terlalu sukar untuk ditafsir.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 205

BAB 26

Mentari pagi menyapa lembut penduduk-penduduk bumi, membawa keceriaan kepada Aisyah. Gadis itu keluar dari rumah dengan senyuman yang terukir nan indah di bibir. Dia memandu kereta kecilnya perlahan. Tidak perlu gelojoh. Nanti sampai ke pejabat juga.

Assalamualaikum Lin. Selamat pagi, sapa Aisyah kepada Azlin. Azlin baru sahaja mengambil tempat di mejanya saat Aisyah melangkah masuk ke dalam pejabat itu.

Waalaikumussalam. Wah.. ceria aja pagi ni, seloroh Azlin. Dia meletakkan briefcase nya di tepi meja.

Aisyah bergerak ke mejanya yang hanya beberapa hasta sahaja di sebelah meja Azlin. Dia duduk di kerusi empuk. Aisyah nampak cantik pagi itu. Baju kurung berwarna kuning cair nampak begitu sesuai dengan dirinya. Tudung yang dilabuhkan makin menambah seri yang bukan dibuat-buat. Aisyah nampak lebih ayu daripada dahulu sedangkan dirinya sudah tidak bermekap, atau lebih tepat, dia sudah tidak mahu melaram seperti dulu kala. Berhabis duit untuk fesyen dan set alat mekap. Huh, cantik pun sementara cuma.

Aisyah senyum lebar memandang Azlin. Dia belum menjawab soalan sahabatnya itu. Aisyah mendongakkan kepala, melihat rakan-rakan sekerja. Masih banyak yang kosong. Yang ada di pejabat itu hanyalah dia, Azlin dan 3 orang pekerja wanita yang baru sahaja sampai. Ah, biasalah. Waktu pejabat kan bermula pukul 8.00 pagi nanti.

Dari tempat duduknya, dia bangkit menuju Azlin. Azlin sudah pun membuka komputer dia hadapannya. Mungkin juga sudah mula melakukan kerja. Azlin memandang Aisyah mesra. Dia menunggu-nunggu apakah yang bakal dikatakan oleh sahabatnya itu.

Lin, saya rasa seronok sangat hari ni, kata Aisyah. Mukanya memang benar-benar bermaksud seperti yang dikatakan olehnya tadi

Apa yang seronok sangat? Tak nak kongsi?, balas Azlin. Dia teruja.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 206

Aisyah tersipu-sipu. Dia seakan-akan teragak-agak mahu berkongsi. Lin, sebenarnya saya seronok sebab saya sudah boleh membaca al-Quran

Azlin sedikit terkejut di awalnya. Tapi dia pantas menyorokkan rasa terkejut dan hairannya. Mukanya dikawal agar tidak berubah. Dia masih senyum memandang Aisyah, tanpa berkatakata.

Aisyah memeluk bahu sahabatnya itu. Mesra sungguh. Nasib baik ketika itu, pejabat masih lenggang, bolehlah dia bermanja-manja dengan teman yang terlalu banyak menabur jasa kepada dirinya. Teman yang jika ditilik-tilik penuh teliti, punya karisma dan ciri-ciri sahabat sejati dunia akhirat. Jauh di sudut hati, dia bersyukur dengan sedalam-dalam hatinya kerana dikurniakan sahabat yang begitu membantu dia dalam rangka mengenal Ilahi yang telah lama dia lupakan sedari dulu.

Lin, awak mesti tak tahu kan pasal ni?, tanya Aisyah. Tanggannya masih melingkar di bahu sahabatnya.

Azlin mendongak, memandang Aisyah yang berada di hujung kepalanya. Aisyah tersenyum manis. Azlin turut senyum. Tak. Saya tak tahu pun. Pandai Aisyah sorokkan daripada saya ya, Azlin pura-pura marah. Dia mencubit manja tangan Aisyah.

Aisyah mengaduh kecil. Dia melepaskan tangannya apabila menyedari beberapa orang pekerja sedang menapak ke meja masing-masing. Segan.

Itulah... saya sangat jahil. Dulu, saya pandai baca al-Quran tapi sebab lama sangat tak baca, saya jadi lupa terus hinggakan huruf arab pun saya sudah tak kenal, balas Aisyah. Dia sudah tidak mudah diserang kesedihan apabila dia mengakui kesilapan dan kekurangan diri.

Kenapa Aisyah tak cakap awal-awal? Saya boleh ajarkan, tanya Azlin. Matanya tepat memandang mata Aisyah yang berkilau cemerlang.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 207

Malu. Saya malu dengan Azlin, balas Aisyah ringkas dan jujur. Dia bertenggek di tepi meja Azlin. Masih ada 15 minit sebelum jam 8 pagi dan pejabat ini pun belum lagi benar-benar dipenuhi. Pekerja-pekerja yang datang awal, semuanya sedang berbual. Rasanya, hanya Azlin sahaja yang sudah mula bekerja.

Laaa... awat nak malu?, tiba-tiba sahaja Azlin bercakap dengan lorat Pulau Pinang. Memang kampung ibubapanya ialah di Balik Pulau. Tambahan, tunangnya juga berasal dari sana. Orang kampung ibunya juga.

Tak ingat ke dulu saya pernah marah Lin masa Lin suruh saya baca buku yang bertajuk Indahnya Wanita Bertudung ?

Azlin ketawa kecil. Masakan dia lupa saat itu. Dia jadi kecut perut dengan Aisyah. Aisyah begitu lantang dan garang memarahi dia. Kononnya, dia telah menghina Aisyah sedangkan niatnya baik. Niatnya ialah supaya Aisyah yang seksi dan tidak memakai ikut sesuka hatinya serta boleh faham mengapa perlu setiap manusia menutup aurat. Namun, dia juga terasa bersalah. Mungkin dakwahnya tidak berhikmah.

Oh ya... Aisyah sudah habis baca?, tanya Azlin tiba-tiba. Dahulu, buku itu dipulangkan dengan kasar oleh Aisyah. Azlin pula yang terkocoh-kocoh meminta maaf kepada gadis itu. Namun, sebulan selepas peristiwa itu, Aisyah tampil ke pejabat dengan auratnya tertutup cantik. Bukan sekadar badan dijaga, mulut dan pergaulannya sesama lelaki juga sudah dikawal. Dan Azlin pula, terpaksa membuka laci mejanya mengeluarkan kembali buku yang setebal 2 inci itu kerana mahu dipinjam oleh Aisyah.

Belum lagi... Sekarang saya sudah ada buku yang saya sangat suka. Al-Quran. Johari yang beri, balas Aisyah. Dia tersenyum lebar.

Alhamdulillah. Al-Quran ini ialah ayat-ayat daripada Allah. Diturunkan-Nya kepada kita, manusia. Kerana itu, bodoh dan rugi besarlah orang-orang yang tak mahu membacanya. Tahniah Aisyah. Saya bangga dengan Aisyah, Azlin memuji sahabatnya. Sungguh, dia kagum bercampur bahagia melihat kesungguhan sahabatnya itu.

Aisyah hanya senyum simpul. Matanya dileretkan kearah jam tangan hadiah daripada ibunya bersempena hari lahirnya. Oh, lagi 5 minit sebelum jam 8. Lantas, dia kembali ke mejanya.
Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/) Page 208

Sempat dia berkata menjeling manja sambil berkata, Terima kasih kerana masih sudi berkawan dengan saya walaupun saya pernah marah Lin.

Azlin hanya mengangguk dan ketawa kecil mengenangkan peristiwa itu. Tidak lama, masingmasing sudah tenggelam dengan kerja masing-masing.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 209

BAB 27

Kelas mengaji antara Aisyah dengan Ustazah Asyiqin berjalan dengan lancar pada setiap hari sabtu. Ustazah Aisyiqin akan membimbing Aisyah dalam menyebut dan membaca kalimahkalimah arab. Ia bukanlah tugas yang sukar kerana Aisyah sudah mempunyai asas, cuma dia lupa.

Selain belajar daripada Ustazah Asyiqin, Aisyah juga belajar mengaji daripada Azlin. Hampir setiap hari, dia akan meminta Azlin untuk mendengar dan membetulkan kesilapan dan kesalahan di sepanjang bacaannya. Biasanya ia dilakukan semasa waktu rehat. Kadangkala, semasa waktu rehat makan tengahari, selepas solat zuhur. Itupun hanya pada masa-masa yang dia boleh sahaja.

Aisyah juga sudah habis membaca terjemahan al-Quran sekali. Sungguh, dia merasakan seperti baru terjaga daripada mimpi. Selama ini, dia menganggap yang al-Quran ini hanyalah sekadar bahan bacaan, seperti orang ramai membaca surat khabar. Kini, dia mula yakin dan percaya bahawa al-Quran ialah sumber rujukan kehidupan. Hebatnya al-Quran, Allah sendiri telah menyelit dan memberikan jalan penyelesaian sebelum masalah itu timbul lagi.

Aisyah kagum. Dirinya benar-benar dapat merasai nikmat membaca terjemahan dan maksud ayat-ayat al-Quran. Benar lah, antara menjaga huruf dengan menjaga hukum-hukum di dalam al-Quran, yang lebih utama ialah menjaga hukum. Dia bermuhasabah dengan sekeliling. Nafas berat dihela. Apa tidaknya, zaman ini bukan main banyak orang yang hebat membaca al-Quran, tapi hanya beberapa kerat sahaja daripada orang itu yang benar-benar melaksanakan apa yang dia bacakan. Hipokrit sungguh.

Dalam-dalam, Aisyah berazam. Dia mahu menjadi muslimah yang sejati. Dia tidak mahu mempersia-siakan peluang kedua yang datang bergolek ini. Dia mahu menjadi hamba kepada Allah. Ya, hamba yang sebenar!

Pagi itu, cuaca agak mendung. Aisyah sedang dalam perjalanan ke rumah Ustazah Asyiqin. Sebelum berkunjung, dia akan menelefon dahulu bertanyakan kesediaan Ustazah Asyiqin. Syukur, Ustazah Asyiqin tidak sibuk. Hati Aisyah melonjak-lonjak girang lantaran minggu lepas, dia tidak dapat bertemu dengan Ustazah Asyiqin yang sudahpun dianggap sebagai kakak sendiri.
Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/) Page 210

Perjalanan dari rumahnya di Ampang ke Taman Melawati, Gombak dirasakan lebih lama daripada selalu. Hampir 30 minit dia berada di jalan raya, akhirnya kereta kecil Aisyah diberhentikan di perkarangan rumah berbumbung merah gelap itu.

Assalamualaikum. Aisyah memberi salam. Tidak terlalu kuat tapi cukup untuk mengejutkan orang yang berada di dalam rumah.

Ustaz Mujib yang sedang bersiap-siap untuk keluar menjawab salam. Songkok putih disarung di kepalanya, menyembunyikan bahagian hadapan rambutnya yang jarang-jarang. Dia ke muka pintu, menjengah melihat si tetamu yang hadir.

Oh. Aisyah. Silakan masuk. Ustazah ada di dalam, pelawa Ustaz Mujib. Ramah dan sopan.

Terima kasih, senyum Aisyah. Tangannya memegang beg kecil berisi set alat tulis, buku nota dan juga naskah al-Quran hadiah daripada Johari. Dia melabuhkan punggung di atas sebuah kerusi kayu. Dari dapur, dia mendengar suara tangisan anak-anak Ustazah Asyiqin yang masih kecil. Ustaz Mujib pula selepas mempersilakan dia duduk, lenyap ke dalam biliknya. Tidak lama, dia keluar dengan membawa briefcase. Tangan kirinya memegang blazzer. Dia nampak sangat kemas.

Aisyah berbasi-basi. Mahu ke mana ustaz sabtu-sabtu begini?

Ustaz Mujib senyum. Ana ada mesyuarat di universiti sebentar lagi. Ana pergi dulu. Ukhti tunggu sebentar ya, nanti ustazah datang. Tuu.. Adham merengek nak susu. Itu yang mak dia pergi buat tu.

Ustaz Mujib lalu keluar dan memecut laju dengan keretanya hondanya. Aisyah termenung sebentar di ruang tamu. Tiba-tiba dia berasa sayu dan cemburu melihat kebahagiaan keluarga ini. Suami dan isteri, sama-sama melaksanakan dakwah. Dua-dua mereka mengajar, memberikan manfaat kepada insan-insan seperti dirinya yang dahagakan ilmu. Hatinya seakan-akan menjerit mahu mendapat jodoh yang soleh seperti Ustaz Mujib juga. Tapi, separuh hatinya lagi mengakui bahawa dirinya kotor dan jahil. Ah! Mengapa perlu bermimpi?

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 211

Aisyah.. maafkan ana kerana lambat, lembut Ustazah Asyiqin menyapa dari dapur. Dia menatang talam berisi air teh dan sepiring biskut kering. Adham, anak ketiga dia mengekor dari belakang sambil enak meyusu dari botol.

Aisyah geram dengan kecomelan Adham yang berusia 3 tahun itu. Lebih-lebih lagi, budak itu sedang belajar bercakap. Makin dilayan, makin aktif. Dia menarik Adham ke pangkunya. Dibelai-belai rambut budak itu dan dicium pipi mugil itu. Tiada respon daripada Adham. Bertambah geramlah Aisyah. Ustazah Asyiqin yang sudahpun melabuhkan punggung di sisi Aisyah tersenyum melihat telatah Aisyah dengan anaknya.

Lama sampai?, tanya Ustazah Asyiqin.

Aisyah yang sedang memangku Adham di ribanya menjawab, Taklah ustazah. Baru saja sampai ni.

Adham merengek rengek minta dilepaskan. Dia kemudian berlari menuju kearah ibunya dan menyusu di samping ibunya. Manja. Bahkan sangat comel juga.

Hari ni nak belajar mengaji lagi?, tanya Ustazah Asyiqin. Matanya memandang Aisyah. Hatinya memuji-muji kecantikan gadis itu. Bahkan, segunung rasa kagum terhadap gadis itu muncul kerana melihat kesungguhan dan ketekunan gadis itu dalam belajar daripadanya. Sungguh sukar untuk melihat orang yang sedia mengakui kelemahan diri dan bekerja kuat memperbaikinya. Aisyah ialah salah seorang daripada yang sedikit itu.

Hari ini saya tak boleh baca al-Quran ustazah. Jadi saya ingat saya nak belajar tentang solat dengan ustazah. Boleh?, tanya Aisyah. Jujur.

Ustazah Asyiqin mengangguk. Adham yang menyusu di sisinya tadi berlari ke depan televisyen. Menonton rancangan kartun dengan kakak dan abangnya. Ah, kyusuk betul!

Ya. Hari-hari kita solat, tapi jarang kita nak ulangkaji tentang solat. Kan?, kata Ustazah Asyiqin. Matanya dengan mata Aisyah bertembung, saling berpandangan.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 212

Ustazah Asyiqin mula bercakap-cakap, bercerita tentang solat bagi wanita. Kadangkala, dia bangkit menunjukkan contoh satu-satu rukun. Aisyah pula mendengar dengan penuh perhatian. Kadangkala dia menyalin sesuatu pada buku nota, tapi kebanyakan masa, dia mengangguk-angguk tanda faham. Sesekali dia bertanya soalan kepada ustazah Asyiqin, meminta pencerahan atas keraguan yang timbul.

Hampir dua jam mereka di situ. Dari jam 8.30 hingga 10.20 pagi. Aisyah sudah semakin faham tentang solat. Selama ini, dia memang banyak solat ikut-ikut orang. Maka, sesudah belajar semula hari ini, dia sedar bahawa banyak juga kesilapan dan kesalahan yang dia lakukan di dalam solat. Ada juga perkara-perkara yang dibuat-buat, yang tidak diajar dalam islam dia buat. Dia akui kejahilan diri. Lantas, dirinya menaman azam untuk membetulkan dan mengelokkan solatnya.

Suara Adham menangis meresahkan Ustazah Asyiqin. Dia melangkah melihat Adham yang duduk dengan abang dan kakaknya. Aisyah hanya menjeling dari jauh. Tak lama, budak itu senyap dan Ustazah Asyiqin pun kembali ke tempatnya.

Huh... kena cubit dengan kakak dia sebab main tarik-tarik rambut dia. Padanlah, kata Ustazah Asyiqin kepada Aisyah.

Aisyah ketawa kecil mendengar. Memang kanak-kanak itu nakalnya lebih sikit. Belum pun sempat tawanya berhenti, Ustazah Asyiqin tiba-tiba sahaja bertanya.

Enti sudah 24 tahun. Tidak mahu berkahwin?

Aisyah serta merta terdiam. Tunduk. Perlahan dia menjawab dengan senyum yang diukir dengan paksa.

Siapalah hendak pada saya ustazah. Gadis jahil dan banyak dosa macam saya ini, pasti bukannya gadis impian lelaki-lelaki soleh, suara Aisyah mendatar bercampur hiba.

Ish. Tak baik cakap macam tu Aisyah. Jodoh ini urusan Allah. Ana cuma nak tahu, enti mahu berkahwin tidak? Jika sedia, mungkin nanti ana boleh carikan mana-mana lelaki soleh
Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/) Page 213

untuk diperkenalkan kepada enti.., balas ustazah Asyiqin lembut. Tangannya diletakkan di atas jemari-jemari Aisyah. Memujuk.

Aisyah tidak menjawab. Menggeleng tidak, angguk pun tidak. Tapi, bibirnya mengukir senyum. Terima kasih ustazah. Tapi saya ingat, saya nak tunggu diri saya bersedia dulu. Saya rasa saya masih belum layak untuk menjadi isteri seorang lelaki soleh. Atau lebih tepat, saya belum puas bercinta dengan Allah. Kerana itu, saya tidak yakin saya mampu mencintai seseorang kerana Dia

Jawapan mantap daripada Aisyah itu mengundang lebih banyak rasa kagum dalam hati Ustazah Asyiqin. Gadis di hadapannya ini bukan sahaja cantik di mata, tapi juga indah pada budi dan akhlak insani. Ustazah Asyiqin mengulum senyum. Lembut dan manis.

Apa pendapat enti kepada Johari? Dia pun masih bujang, kan?, tiba-tiba Ustazah Asyiqin bertanya. Bukannya dia tidak tahu Johari ada hati dan bakal mengkhitbah pelajarnya, tapi dia bertanya untuk memancing dan melihat reaksi gadis itu.

Johari lelaki yang baik, pasti jodohnya juga daripada orang yang baik-baik. Bagi saya, jika jodoh, jadi isteri kedua ayahnya juga saya tidak kisah, jawab Aisyah dengan ketawa. Dia bergurau.

Ustazah Asyiqin turut sama ketawa mendengar gurauan lucu yang keluar daripada mulut gadis itu.

Kalau macam itu, banyakkanlah berdoa dan solat hajat. Mohon kepada Allah agar Dia beri apa-apa yang terbaik buat diri kamu. Aisyah tersenyum dan mengangguk. Hatinya tenang.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 214

BAB 28

Nasuha sedang membasuh baju seorang diri saat dia terdengar perbualan dua orang mahasisiwi berbual-bual tentang lelaki. Sangat mengejutkan.

Kau tahu Meen, si Eddy melutut merayu minta aku temankan dia dekat rumah sewa dia

Wah... Sejak bila kau jadi girlfriend dia ni Nad?, tanya gadis yang dipanggil Meen.

Nasuha merasa tidak selesa. Ada beberapa perkara yang tidak kena dengan perbualan mereka. Dia berhenti menggosok pakaian, mahu mencuri dengar perbualan kedua anak gadis yang nampak sedikit bercanggah dengan ajaran islam. Mahu ke rumah orang lelaki? Girlfriend? Ini bukan budaya islam.

Baru aja. Eddy is such a very funny and romantic guy. Aku ingat malam ni aku tak dapat menolak lagi. Dah berkali-kali dia ajak aku tidur di rumah dia. Katanya, mak dia ada di rumah sewa dia di Kajang. Dia mahu kenalkan aku dengan mak dia juga, balas gadis yang dipanggil Nad. Dia meluahkan kata-kata itu dengan lantang tanpa dia perasan bahawa Nasuha sedang menyorok di balik pintu-pintu bilik mandi yang lebar itu. Lagipun, bilik mandi dengan kawasan untuk mencuci juga terpisah, tapi masih dalam bilik yang sama luas.

Nasuha yang memakai baju t-shirt dan seluar track mengintai dengan berhati-hati. Gadisgadis yang seronok berbual tentang lelaki itu sedang berkemban, mahu mandi barangkali. Nasuha tidak sedap hati dengan kehendak gadis bernama Nad yang mahu ikut teman lelakinya pulang ke rumah. Dia harus lakukan sesuatu. Nasihat! Ya. Dia perlu memberi nasihat!

Kau tak takut kena tipu ke Nad? Eiii.. entah-entah dia duduk sorang-sorang tak, tanya sahabat gadis yang dipanggil Nad itu. Mukanya menunjukkan tanda protes, mencebik tanda tidak setuju.

Alaa.. Eddy baik. Aku yakin dia tak tipu punya.., selamba sahaja gadis yang dipanggil Nad menjawab tanpa sekelumit pun rasa bersalah dan takut. Masihkah ada tempat untuk Tuhan di dalam hatinya?
Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/) Page 215

Nasuha tekad. Dia perlu tampil untuk memberi nasihat. Nasuha sengaja menjatuhkan baldinya yang kosong ke lantai. Dumm! bising bunyi itu, mengejutkan dua orang gadis yang sedang ralit berbual itu. Mereka terkejut besar. Disangka bahawa hanya mereka berdua sahaja di awal pagi itu. Biasalah, hari ahad. Tidak ramai yang akan bangun awal-awal begini.

Mereka bingkas menuju ke ruangan membasuh. Kepala mereka dipanjangkan, mengintai dari mana datang bunyi itu. Terlihat Nasuha sedang mencangkung mengangkat baldi birunya.

Kak.. okey?, tanya salah seorang daripada mereka berdua.

Nasuha tersenyum. Lakonan dia sudah mula berjaya memancing perhatian dua gadis itu.

Akak okey. Nasib baik baldi yang jatuh, bukan akak yang jatuh, dia berseloroh.

Dua-dua gadis itu ketawa kecil. Dalam hati, masing-masing masih terkejut dengan bunyi yang kuat tadi.

Eh, lupa nak kenalkan diri. Nama akak Nasuha. Nurul Nasuha. Adik-adik ini nama apa?, Nasuha taaruf ringkas sebagai salah satu usahanya berdakwah. Dia memandang gadis-gadis di hadapannya sebagai golongan manusia yang memerlukan kasih dan persaudaraan islam. Dia ikhlas mahu menjalin hubungan dengan mereka.

Nama saya Nadia dan kawan saya ini Jasmeen. Akak boleh panggil saya Nad dan kawan saya sebagai Meen, Salah seorang daripada gadis itu memperkenalkan diri. Mereka tersenyum lebar kepada Nasuha. Mereka berjabat tangan, meraikan perkenalan yang disengajakan di dalam bilik mandi!

Oh, tadi kak Nasuha terdengar perbualan awak berdua. Pasal lelaki. Atau telinga akak yang salah dengar?, tanya Nasuha sambil membahasakan diri sebagai kakak. Lagipun, dia sedang di tahun akhir pun sedang gadis-gadis itu nampak seperti junior.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 216

Gadis yang bernama Nadia teragak-agak. Kenapa kak?, tanyanya.

Tak ada apa dik. Akak sebenarnya nak kata sesuatu. Kita jangan percaya sangat dekat lelaki ni dik. Lagi-lagi kalau dia ajak kita tidur rumah dia. Sedangkan nak dating pun kita tak boleh, ini apatah lagi kalau nak datang rumah.. eiii.., Nasuha cuba melembutkan suaranya. Kerana dalam menyampaikan mesej dakwah, nada suara harus lembut kerana ia akan memberi rasa tenang pada hati orang yang dinasihat.

Nasuha berhenti memerhati reaksi gadis-gadis itu. Yang pasti, wajah gadis bernama Nadia itu kelat. Mungkin malu. Sahabatnya pula sekadar menundukkan kepala.

Eh.. janganlah rasa bukan-bukan. Akak bukannya marah Nad dengan Meen. Akak sebenarnya sayangkan awak berdua. Kita kan sesama perempuan. Itulah akak nak pesan, cinta ini sesuatu yang indah, tapi juga suatu yang misteri. Kuasa cinta ini boleh mengubah manusia menjadi monyet, dan juga boleh mengubah monyet jadi manusia. Kerana itu, dalam bercinta kita perlu ikut cara-cara, supaya betul. Nad dengan Meen nak dengar cerita?, tanya Nasuha sambil tersenyum manis memandang dua orang adik-adik barunya.

Nadia diam seolah-olah berfikir. Jasmeen pula nampak teruja. Nak! dia membalas laju.

Orang lelaki ni kan, mereka diciptakan supaya menjadi pelindung wanita. Tapi kalau kita tengok surat khabar hari ini, lelaki bukannya melindung, tapi menjahanamkan pula. Dalam satu kajian, dilaporkan bahawa dalam sehari, 30 orang isteri akan ditampar atau dilanyak oleh suaminya. Banyak kan?, tanya Nasuha. Sengaja dia mahu memancing minat dan perhatian gadis-gadis itu.

Nadia sudah mula mengakat muka, menatap wajah Nasuha. Jasmeen juga, bahkan dia makin bersemangat untuk mendengar.

Nasuha senyum. Dia bingkas menyambung. Dalam rumah tangga, kita wanita kena bijak memilih suami. Jika seorang lelaki yang belum menjadi suami kita, tapi sudah pun pandai ajak kita keluar, nampak sangat dia tidak jujur dengan hubungan kita.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 217

Tapi Eddy ajak saya keluar pun, kami tak buat apa-apa. Dia belanja saya makan dan tengok wayang. Itu saja. Dia baik kak. Saya satu sen pun tak pernah keluar duit, pintas Nadia. Suaranya sedikit lantang. Mungkin kerana berasa panas hati dan rasa terpanggil untuk melindungi sang arjuna idamannya. Nasuha senyum. Dia sudah menyangka hujah-hujah sebegini akan keluar daripada mulut gadis itu. Nasuha mantap. Dirinya sudah perkasa dan bersedia untuk menangkis hujah-hujah sebegitu. Ah, ini bukannya kali pertama dia tampil memberi nasihat kepada gadis-gadis muslimah seperti Nadia dan Jasmeen. Bahkan, pernah juga dia diherdik atas tiket amar maruf nahi munkar sebegini. Bukankah tugasan dakwah itu tugas semua manusia?

Cuba kita buat perumpamaan. Nadia ada sebatang pensel. Akak nak guna pensel tu. Jadi akak curi dari Nadia. Akak guna tanpa pengetahuan Nadia. Akak guna untuk tulis ayat alQuran lagi. Baik kan? Guna pensel Nadia untuk buat baik, tapi tanpa kebenaran. Tiba-tiba, Nadia rasa nak guna pensil tu. Cari-cari... tak ada. Lama baru akak pulangkan pensel tadi pada Nadia. Masa tu, pensel Nadia sudah tumpul. Akak kata akak guna untuk buat benda baik. Nadia marah tak?, tanya Nasuha. Dia cuba menggunakan pendekatan psikologi.

Entah. Mungkin tak sebab buat benda baik..., balas Nadia ragu-ragu.

Tapi pensil itu sudah tumpul? Takkan Nadia tak marah kot bila akak guna barang Nadia tanpa kebenaran kot?, tanya Nasuha kembali. Senyuman yang penuh makna terukir di bibirnya. Manis dan tersirat.

Kalau guna tanpa kebenaran... mestilah saya akan marah. Semua orang akan marah kot.., balas Nadia. Tegas.

Senyuman di bibir Nasuha melebar. Dah kena!

Haa.. samalah dengan kita, perempuan. Selama mana kita belum berkahwin, kita ialah hak milik Allah dan hak milik ibu dan bapa kita. Jika seorang lelaki bawa kita keluar berduaduaan walaupun dengan niat baik seperti tengok wayang cerita sirah ataupun jalan-jalan berdua di masjid pun, selagi ia tanpa kebenaran daripada ibubapa dan Allah, ia tetap tidak boleh. Apakah kebenaran itu? Nikah., jawab Nasuha.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 218

Nadia dan Jasmeen mendengar penuh minat dan beberapa kali mereka menganggukanggukkan kepala tanda faham.

Kita kalau nak hidup tenang dan senang, kita jangan sesekali mencuri hak orang dan biarkan hak orang dicuri. Sebagai wanita, kita ialah hak Allah. Maka, jangan biarkan lelaki-lelaki yang bukan suami kita mencuri kita. Nanti, kita juga yang menyesal. Kalau pensil yang jadi tumpul, kita boleh asah lagi. Tapi kalau wanita itu dicemari, takkan dapat ia disucikan seperti sediakala. Kerana itu kita orang perempuan kena hati-hati. Setuju?, tanya Nasuha. Lagaknya sangat mirip dengan seperti seorang pakar motivasi yang sedang memberi ceramah kepada pelajar-pelajar yang bermasalah.

Nadia tertunduk malu. Dia sedar atas kebodohannya kerana bercakap kuat-kuat tentang hasratnya untuk bermalam di rumah teman lelakinya tadi. Tapi, yang lebih dia malu ialah malu kepada Allah. Kata-kata Nasuha tadi meninggalkan kesan dalam hatinya yang selama ini gelap, ditutupi oleh keenakan maksiat. Lantaran lalai dan hanyut dengan cinta palsu yang ditawarkan oleh Eddy.

Dia berfikir sejenak, Tidur di rumah Eddy?. Oh... Tidak! Nadia serta merta membatalkan niat yang sudah bulat tadi. Dia membenarkan kata-kata Nasuha ; Wanita ialah milik ibubapanya selagi dia belum bersuami.

Bagi Jasmeen pula, dia gembira dan bersyukur dengan pertemuan yang tidak disangka-sangka ini. Sungguh, dia mengkagumi Nasuha. Inilah kali pertama dia bersua muka dengan Nasuha kerana dia baru sahaja beberapa bulan tinggal di blok ini. Dalam masa yang sama, dia bersyukur kerana paling kurang, dia mengenali seorang kakak yang baik hati, lembut tutur kata dan ramah. Dia selesa dengan cara Nasuha memberi nasihat dan dakwah. Tidak menekan, dan tidak juga merimaskan.

Kak... terima kasih atas nasihat akak. Jujurnya, akak buat saya terfikir dalam. Betul kata-kata akak tadi. Hmm.. saya harap saya boleh selalu jumpa dengan akak, kata Nadia sambil matanya tepat memandang wajah Nasuha yang masih tersenyum manis.

Aneh betul pagi itu. Tiada seorang pun yang datang untuk mandi atau membasuh baju. Hanya mereka bertiga sahaja. Dan pasti, perbualan tadi akan menjadi perbualan mereka bertiga sahaja. Rahsia.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 219

Pasti boleh! Datanglah bilik akak. Akak duduk bilik E-36. Nanti bila-bila ada kelapangan, datanglah.. kita boleh sembang lebih lama, pelawa Nasuha. Dia mencapai tangan Nadia. Sebelah lagi tangannya memegang tangan Jasmeen.

Gadis itu terkejut sebentar. Dia berasa terharu dengan kemesraan dan kebaikan Nasuha. Pertama kali berjumpa pun sudah boleh memberi nasihat. Bahkan, sangat terkesan pula! Sedangkan selama ini, dia cukup susah untuk mendengar cakap orang. Yang pasti, Nasuha benar-benar telah memikat hatinya.

Terima kasih juga kak atas nasihat akak.... Senyuman manis terukir di bibir Jasmeen. Hatinya girang. Aku sudah ada kakak, lonjaknya hatinya, girang.

Ternyata, perkenalan Nasuha dengan dua orang gadis junior, Nadia dan Jasmeen secara tidak sengaja di dalam bilik mandi menjadi satu bingkisan sejarah kearah satu hubungan yang akrab. Ia adalah titik tolak kepada sebuah hubungan yang ikhlas, dihiasi dengan bunga-bunga ukhuwah yang sangat manis.

Yang menariknya, kedua-dua orang gadis itu muncul di muka pintu bilik Nasuha, petang itu juga. Pagi mereka bertemu, petang mereka bertemu lagi. Yang penting bagi Nasuha, kini dia sudah mempunyai dua orang adik di UIAM. Adik-adik yang mahu dan sedia untuk membersihkan diri, dan mengenal Ilahi.

Nasuha gembira. Bukan sekadar gembira kerana dakwahnya yang kerdil diterima, namun juga bahagia kerana Nadia sendiri mengakui kesilapannya. Lantaran menyedari hakikat sebuah hubungan adam dan hawa memerlukan Allah sebagai matlamat, Nadia menyuruh teman lelakinya, Eddy untuk mengahwininya. Eddy bukanlah seorang mahasiswa lagi. Dia sudahpun bekerja, bahkan sudah punya rumah dan kenderaan sendiri lagi. Pergaduhan hebat berlaku, dan pecahlah segala pembohongan Eddy, lelaki penipu yang sentiasa mengintai-intai peluang untuk merosakkan gadis-gadis kampung seperti dia. Malam itu, dia menangis di pangkuan kakak yang baru dikenali beberapa jam yang lepas.

Seperti kebiasaan di hujung minggu, Yati iaitu teman sebilik Nasuha akan pulang. Maka, Nadia tidak segan menangis berkongsi rasa, berkongsi cerita. Jasmeen juga tidak banyak bezanya. Dia dibesarkan di kampung. Tapi bukan seperti orang kampung yang biasa-biasa
Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/) Page 220

kerana pengangan agama keluarganya sangat longgar. Dengan seorang abang dan adik lelaki yang sedang dalam tahanan di pusat serenti, Jasmeen akui bahawa dia juga bukan gadis yang baik.

Matanya sembab, menahan tangis yang akhirnya, meluncur laju membasahi tudung kepalanya. Nasuha yang menjadi pendengar setia, turut sama dirundum sebak yang luar biasa. Dia turut mengalirkan tangis. Sungguh, dia bersyukur kerana Allah datangkan dua orang gadis untuk dia bimbing, sayang dan jaga seperti dia menjaga adik-adik kandungnya yang 3 orang di kampung.

Lama mereka berbual di dalam bilik itu hinggakan telefon Nasuha berbunyi pun dia tidak sedar. Hanyalah selepas hampir 20 minit SMS itu diterima, baru Nasuha perasan dan segera dia membaca. Satu SMS diterima daripada Suhana. Walaupun mereka berdua akrab, tetapi mereka tidak tinggal sebumbung. Suhana tinggal di tingkat 4 di blok F manakala Nasuha di blok E.

Yati ada tak? Ana ingat Ana nak datang rumah Su malam ni. Boleh?

Nasuha memandang Nadia dan Jasmeen. Kawan baik akak nak datang. Kamu berdua nak kenal tak? Dia orang yang baik tau, Nasuha bertanya kepada dua orang gadis itu. Dia rasakan bahawa kegembiraan dan kebahagiaan atas persaudaraan ini tidak hanya perlu dikongsi mereka bertiga, tapi dengan seramai mungkin. Bukankah setiap orang beriman itu bersaudara? Dan bukankah juga orang yang tidak menyayangi orang islam yang lain, imannya tidak sempurna?

Nadia dan Jasmeen berpandangan. Mereka senyum. Kami tak kisah kak..

Nasuha senyum syukur. Jari jemarinya laju menaip jawapan balas kepada SMS itu. Diselitkan bersama permohonan maaf kerana dia lambat membalas.

Malam itu, taaruf mereka semakin melebar. Jaringan ukhuwah juga semakin kukuh ditegakkan atas dasar fillah. Suhana tidak punya masalah untuk bergaul dengan dua orang adik angkat Nasuha ini. Bahkan, dia juga banyak memberi perkongsian berkisar tentang kehidupan peribadi dan diselitkan dengan tazkirah-tazkirah yang singkat, tapi signifikan.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 221

Jam hampir melewati pukul 12 malam. Barulah Nadia dan Jasmeen mengundur diri. Sebelum berpisah, mereka berpelukan. Rasa terharu dan bahagia jelas terpampang pada muka dua orang gadis ini. Mungkin hingga saat inilah baru mereka dapat merasai apakah yang dimaksudkan dengan bertemu dan berpisah kerana Allah. Ada kemanisan iman yang masih berbaki, terasa.

Su.. comel adik-adik Su, puji Suhana. Berseloroh, tapi jujur.

Iyalah.. comel macam Ana lah, balas Nasuha sambil menjuihkan bibir kearah Suhana yang masih nampak comel dengan baju labuhnya. Ringkas.

Suhana ketawa kecil mendengar gurauan Nasuha. Tapi tidak lama. Kerana tujuan asal dia datang ke bilik Nasuha ialah kerana mahu berbicara tentang sesuatu yang serius.

Su... sebenarnya Ana nak beritahu. Umi dan Abi Ana sudah menerima lamaran daripada seorang jurutera yang bekerja di Seremban. Lelaki itu berusia 27 tahun. Sudah ada rumah dan kereta sendiri. Suhana bersuara lambat-lambat. Mukanya suram seperti ada kedukaan merembes masuk ke dalam dirinya.

Nasuha teruja mendengar berita itu. Mahu sahaja dia memeluk sahabatnya itu tapi hasrat itu dimatikan apabila terlihat kemuraman gadis yang dilahirkan di Seremban, Negeri Sembilan itu. Seakan-akan dia sendiri tidak redha dan setuju dengan keputusan ibu dan ayahnya.

Ana tak suka dia?, tanya Nasuha. Meminta kepastian yang bakal kunjung tiba.

Suhana tidak menjawab. Dia sekadar menggeleng-gelengkan kepala.

Mengapa?, tanya Nasuha. Pasti ada alasan, bisiknya.

Entah. Ana tak kenal dia, balas Suhana jujur.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 222

Bukankah pertunangan itu ialah masa untuk berkenal?, tanya Nasuha kembali. Dia senyum manis. Cukup manis. Jika lelaki yang melihat, pasti luluh hati mereka. Dan jika wanita pula yang memandang, maka dari duka terus bertukar suka.

Suhana juga. Dia sangat berterima kasih dengan Nasuha kerana sahabatnya murah dengan senyuman yang menenangkan, tapi sangat bijak untuk menyembunyikan senyum manis itu daripada menjadi kegilaan pria-pria yang bukan mahram nya. Ah, untunglah Ustaz Azzam kerana bakal memiliki Nasuha, hatinya masih sempat berbisik sendiri.

Tapi Ana mahu lelaki yang beragama, Suhana berterus terang kepada Nasuha. Jika dahulu, Nasuha yang bercerita dan meminta nasihat dan pandangannya berkenaan dengan jodoh, hari ini giliran dia pula untuk bercerita.

Ha... mana Ana tahu lelaki itu bukan orang beragama? Yang tidak soleh?, tanya Nasuha pula. Dia jadi aneh.

Mungkin kerana dia engineer.., Suhana menjawab dengan teragak-agak.

Nasuha hampir ketawa mendengar jawapan itu. Tapi dia tahankan sahaja kerana takut-takut ia akan mengguris hati sahabatnya itu.

Beginilah Ana... Su pasti Ana faham bahawa bukan gelaran dan pekerjaan dia itu yang menjadi kayu ukur agama dia. Kayu ukur itu hanyalah taqwa. Jika dia engineer yang bertaqwa, dia adalah lebih mulia daripada mufti yang takut. Jika dia engineer yang beriman, dia adalah sejuta kali ganda lebih elok daripada ustaz-ustaz yang curang, lembut suara Nasuha memberi nasihat.

Su yakin Umi dan Abi Ana telah buat satu keputusan yang tepat. Umi dan abi Ana bukannya orang yang rambang. Bahkan, sangat sensitif dengan agama. Abi Ana kan imam, mesti dia tahu tentang keperluan untuk memilki menantu yang soleh. Maka, Su pasti bahawa lelaki itu sangat hebat kerana dia berjaya menambat hati umi dan abi Ana, Nasuha menepuk-nepuk perlahan belakang Suhana. Senyuman yang manis tidak lekang dari wajahnya sedari tadi. Memberi satu semangat dan keyakinan kepada Suhana.
Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/) Page 223

Suhana pula ibarat orang yang baru dikejutkan daripada tidur. Dia baru sahaja terfikir, bahawa dia selama ini memang dia selalu menilai manusia dengan pangkat, darjat dan gelaran. Jika bukan ustaz, ustazah atau ulama, maka mereka itu bagi Suhana bukanlah orang-orang yang beragama dan bukan juga daripada lelaki-lelaki yang dirasakan mampu membimbing dirinya menyusuri liku-liku alam rumah tangga.

Dia lupa bahawa di sisi Allah, taqwa itu ialah kunci bagi segalanya. Suhana akhirnya tersenyum lebar. Dia pasti bahawa umi dan abinya tahu apa yang terbaik buat dirinya.

Istikharahlah sayang... mohonkanlah agar Allah beri ketenangan fikiran dan jiwa, pesan Nasuha lagi. Tangannya memengan tangan Suhana, erat.

InsyaAllah. Moga-moga Ana dapat mengenali dia. InsyaAllah nanti bulan depan Ana nak balik kampung. Umi dan ayah kata majlis pertunangan akan dilansungkan bulan depan. Make sure you are available during that couple of days!, kata Suhana sambil mencuit hidung Nasuha. Nasuha menepis. Mereka ketawa, bahagia.

Eh... Ustaz Azzam macam mana?, tiba-tiba sahaja Suhana bertanya.

Nasuha mengangkat kening. Pelik dengan soalan itu. Macam mana apa?

Dia tidak contact Su ke?, tanya Suhana. Pelik juga, kerana selalunya di masa-masa begini orang yang bercinta gemar berutus-utus surat, berkirim balas SMS, Emel dan lain-lain, tapi Nasuha tidak begitu pula.

Tak. Dia jujur dan tak mahu ambil kesempatan barangkali. Dia ada nombor telefon Su, tapi sampai hari ini, dia lebih suka untuk menawan hati ahli keluarga Su aja. Dari dulu, setiap kali kami berbual di telefon, pasti umi akan bercerita tentang Ustaz Azzam. Ada-ada saja ceritanya. Dia datang ziarah la.. datang tolong atuk di kebun la.. macam-macam. Nampaknya umi Su betul-betul sukakan dia, balas Nasuha dengan wajah yang bersahaja dan selamba. Mungkin dibuat-buat.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 224

Su suka dengan Azzam?, tanya Nasuha pula. Soalan yang penuh kontroversi itu hampir sahaja membuatkan Nasuha melompat, terkejut.

Mestilah suka. Dia bakal suami Su kan..., balas Nasuha tenang. Pipinya mula memerah.

Habis, Johari pula bagaimana?, tanya Suhana lagi. Kali ini, dia benar-benar berjaya membuatkan Nasuha terkejut besar.

Nasuha menarik nafas panjang. Dalam-dalam. Su akan lupakan dia kerana hati Su buat masa sekarang, hanya menunggu-nunggu untuk diserahkan kepada Azzam. Itupun selepas akad.

Suhana mengangguk tanda faham. Dia tersenyum-senyum.

Baguslah begitu. Kita doakan yang terbaik buat dia, buat Su dan juga buat Ana, balas Suhana perlahan. Matanya tajam memandang Nasuha. Kasih.

Mereka saling bertukar senyum.

Ya Allah, berilah ketenangan kepada aku dan juga kepada Johari. Ya Allah, berikanlah dia teman hidup daripada kalangan hamba-hamba-Mu yang solehah, doa ikhlas Nasuha berlagu dalam hatinya yang suci...

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 225

BAB 29

Johari bingung. Sepucuk surat layang ditujukan kepadanya. Surat itu disangkut pada wiper keretanya. Sepucuk surat daripada seorang yang misteri lagi mistik, mengkritik Johari. Saat membaca surat yang dicetak dari komputer itu, dada Johari terasa berat.

Johari sebenarnya tidak menyangka bahawa ada sesetengah pihak di dalam pejabat ini tidak berpuas hati dengan kenaikan pangkatnya yang mendadak. Dalam surat itu, si pengirim tidak habis-habis menyatakan bahawa Johari merupakan seorang yang tidak malu kerana memintaminta jawatan daripada bapanya. Pengirim surat itu berkata lagi bahawa jawatan pengurus ini tidak layak buat Johari kerana dia masih muda dan masih baru dalam syarikat, sedangkan ramai lagi pelerja yang lebih senior mengintai-intai kenaikan pangkat itu. Mereka itu dirasakan sebagai lebih layak.

Johari membungkam sedih. Mujur sahaja tiada ayat-ayat berbaur lucah dan tidak senonoh dihambur kepadanya. Johari beristighfar apabila otaknya tiba-tiba sahaja membayangkan beberapa orang pekerja yang dirasakannya berkemungkinan sebagai orang yang bertanggungjawab mengirim surat ini. Dia segera memadamkan bayang-bayang mereka.

Johari tidak mahu ada sekelumit pun rasa syak dan prasangka kepada sesiapa. Dia bukannya tidak tahu, bahawa syaitan itu tugasnya ialah memecah belahkan manusia. Jika dia sudah menanam kebencian, syak dan buruk sangka kepada seseorang, maka mudah-mudah sahaja dia akan menjadi benci kepada orang itu. Johari tidak mahu begitu!

Biarlah ada orang yang benci kepadanya, atau lebih tepat, iri hati dengannya. Asalkan dia tahu, apa yang sedang dia usahakan ini adalah mengikut syarat, prosedur dan paling utama, dia menjaga amanah yang dimandatkan oleh pihak pentadbiran syarikat ke atas pundaknya. Menjadi pengurus bukan lagi tugasan yang mudah. Bahkan, ia memeritkan. Lebih-lebih lagi apabila mengetahui bahawa ada beberapa manusia yang tidak menyukai si empunya diri.

Ah, disangka panas sampai ke petang tapi ternyata hujan pula di tengahari. Kepala Johari diletakkan atas stereng keretanya. Surat layang itu diletakkan di kerusi sebelah. Ikut hati, mahu saja dia renyuk-renyukkan dan koyak-koyakkan surat itu. Tapi Johari mahu bertindak rasional. Dia perlu bijak. Dia perlu segera mengubah persepsi orang itu terhadapnya. Dia perlu bersikap lebih terbuka dan paling utama, memperbaiki hubungan dengan para pekerja, agar mereka tidak lagi menyimpan rasa dengki terhadapnya.
Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/) Page 226

Ya! Jika dia melatah, itu jelas mempamer kegagalan dan kejatuhan kredibiliti dirinya!

Johari menghidupkan engin kereta. Lalu, keretanya meninggalkan bangunan enam tingkat, menara al-Mukmin menuju ke rumah. Suara juruhebah bertugas di stesen radio IKIM sedikit pun tidak meresap masuk ke ruang fikir Johari walaupun radio itu terpasang dengan agak kuat. Fikiran Johari melayang, memikirkan surat layang tadi yang sudahpun dimasukkan kembali ke dalam sampulnya dan disimpan di dalam laci kereta. Rapi.

Ya Allah, bantulah aku. Janganlah Kau jadikan aku merasa syak kepada sesiapapun. Ya Allah, janganlah Kau biarkan benih-benih permusuhan tumbuh di syarikat ini. Berikanlah aku kekuatan kesabaran untuk menghadapi dugaan ini. Aminn, doa Johari penuh harap dalam hati.

Sesampai sahaja ke rumah, jarum jam sudah menghampiri angka 6. Bukan jam enam petang, tapi 6:30 petang. Johari bergegas ke biliknya. Mengeringkan peluh dan membersihkan badan. Malam ini dia ada janji temu dengan adik-adik usrahnya. Selepas membersihkan badan, Johari tekad. Dia mahu berhenti memikirkan dan mahu melupakan is kandungan surat tadi kerana secara asasnya, surat itu bukannya mengkritik cara dia bekerja, tapi ia lebih kepada luahan rasa tidak puas hati dan dengki yang ditujukan kepadanya.

Bagi Johari, sekiranya ia adalah satu bentuk nasihat atau kritikan yang membina, dia tidak kisah dan selama-lamanya akan sudi mendengar dan memperbaiki dirinya. Dia yakin bahwa dia bukan manusia yang bagus, apatah lagi sempurna. Kerana itu, dia sedia menerima teguran dan nasihat. Di dalam mesyuarat pun, dia selalu mengulang-ulang ayat ini; Tegur saya bila saya silap, dan izinkan saya juga menegur anda jika anda silap. Kita tanamkan rasa saling membantu dan membetulkan.

Johari tersenyum sendirian. Tiada apa yang harus dirunsingkan sangat. Allah kan ada!

Usai solat isyak, dia memandu laju ke rumah sewa adik-adik usrahnya. Lebih 2 jam dia di sana, membuat perkongsian islamiyyah. Hampir jam 11.30 malam, barulah dia memandu pulang. Hatinya tenang dapat duduk dalam majlis ilmu. Yang pasti, tenang dan rasa gembira ini tidak datang secara tiba-tiba atau secara kebetulan. Ini adalah kurniaan daripada ArRahman.
Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/) Page 227

Bukankah majlis-majlis ilmu itu ialah taman-taman syurga? Logiklah jika ia memberi ketenangan bagi orang-orang yang duduk di dalam majlis-majlis sebegini. Janji Allah dan Rasulallah begitu. Maka, begitulah...

Johari memandu dengan agak laju. Dia sudah pun mengantuk sebenarnya. Mahu segera bertemu dengan bantal dan tilam. Johari memberhentikan kereta pada sebuah lampu isyarat di simpang 4, menunggu ia bertukar hijau. Tiba-tiba, kedengaran bunyi yang sangat bingit daripada ekzos-ekzos motosikal pada jalan yang bertentangan dengannya. Ah! Satu gerombolan anak-anak muda tidak kurang daripada 10 biji motosikal sedang laju mengambil selekoh. Mereka tidak menunggang sendirian. Di belakang-belakang mereka, gadis-gadis genit berpakaian menjolok mata memeluk erat si penunggang. Mereka membonceng, seolaholah tidak ada sedikit pun rasa takut padahal, anak-anak muda itu bukannya menunggang dengan hemah. Johari memerhati sebuah demi sebuah motosikal berlalu, meninggalkan asap gelap dan geram kepada penduduk bumi lainnya.

Hati kecil Johari menangis. Menangis melihat masalah ummat. Menangis juga kerana melihat betapa jauhnya remaja dengan kehidupan islami yang sebenar. Namun begitu, Johari tidak marah, juga tidak membenci. Dia cuma sedih. Johari akui, bahawa kebanyakan golongan anak muda yang bermasalah ini bukannya memilih untuk terus kekal dalam kehidupan yang sangat jauh dari paksi islam.

Lampu isyarat bertukar hijau. Johari menekan pedal, meneruskan pemanduan. Otaknya masih memikirkan anak-anak muda tadi. Bagi Johari, dia rasa tidak wajar sekiranga mereka itu dimarahi dan disalahkan. Dia memandang bahwa masalah ini adalah bertitik tolak dengan keculasan dan sikap pemimpin-pemimpin yang berkuasa, yang tidak habis-habis menyogok anak-anak ini dengan hiburan yang melalaikan.

Untuk menganjurkan konsert, bukan main mudah bagi pihak-pihak itu memberi kebenaran. Tapi, untuk menganjurkan ceramah agama, bukan main banyak pula prosedur. Ah! Dunia, apabila diberikan kepada orang yang tidak punya rasa Allah Maha Melihat, maka inilah yang terjadi. Segala urusan ditadbir dengan akal. Syariat pula dipijak-pijakkan.

Johari terkedu. Hampir-hampir sahaja air matanya keluar. Dia terkenang akan bagaimana remaja-remaja seperti itu dirosakkan. Sungguh, syaitan ialah makhluk yang terpaling bijak. Johari akui benar.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 228

Syaitan tidak terus mengajak manusia untuk sembah patung. Jika dia membisikkan begitu, pasti bisikan tadi terus dipatahkan dengan mudah. Tapi syaitan mengajak manusia untuk mendekati benda-benda yang berdosa kecil dahulu.

Contoh yang paling mudah ialah penagih dadah. Mereka tidak terus bermula dengan dadah. Tapi mereka bermula dengan rokok. Daripada rokok, mereka berjinak-jinak dengan dadah. Ketagihan, lalu mati dengan virus HIV.

Begitu juga dengan zina. Seorang gadis tidak akan sewenang-wenangnya menyerahkan mahkota kegadisannya kepada lelaki. Tapi dek kerana disajikan dengan filem-filem cinta yang tidak mendidik, juga kerana tiada pelaksanaan hukuman hudud bagi penzina, maka lahirlah bayi-bayi yang suci, tapi tanpa ibu dan ayah. Lalu, dibiarkan mati kesejukan di balik semak.

Johari sedih. Dia harus akur dengan kenyataan bahawa tugas berdakwah ini ialah tugas semua, dan dakwah terbesar ialah menegur pemimpin yang silap percaturan. Cara hidup islamlah yang perlu diagung-agungkan, bukannya cara hidup kuffar dicanag-canangkan. Jika dakwah dimatikan, maka Johari yakin benar, dalam masa kurang 10 tahun lago, Malaysia akan menjadi negara yang berkiblatkan Amerika dan Israel, bukan lagi baitullah di Mekah.

Malam itu, Johari tidur dengan nafas yang berat dan rayu rintih pada Tuhannya, agar satu ketika nanti, Allah akan buka pitu hati anak-anak muda tadi untuk mengenali-Nya.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 229

BAB 30

Ustaz, ahad ini confirm ya, tanya Johari. Dia sedang menelefon Ustaz Mujib semasa waktu rehat. Minum pagi.

InsyaAllah. Lagi 4 hari saja ni. Banyakkan doa dan bermuhasabah, pesan Ustaz Mujib dari balik corong telefon bimbitnya.

InsyaAllah ustaz. Terima kasih. Assalamualaikum, Johari memutuskan talian. Dia tersenyum sendirian sebelum telefon tadi disimpan ke dalam poket seluarnya.

Rosli yang sedang menyarung stokin merasa aneh melihat Johari tersenyum-senyum sendirian.

Ai... da pandai senyum sorang-sorang ni, ada apa?, Rosli menegur sahabatnya.

Mereka berdua baru usai solat sunnat dhuha di surau kecil ini. Rosli, sejak mula belajar tentang solat ini daripada Johari terus sahaja dapat istiqomah. Jika diberi kesempatan untuk memberikan testimoni, Rosli akui yang dia merasa tenang dan lebih bertenaga selepas menunaikan ibadah itu, sebanyak 4 rakaat. Bahkan, kerjanya juga dirasakan seakan-akan dipermudahkan. Yang utama, dia rasa bersyukur kerana dapat mengenali ibadah ini daripada sahabat baiknya, Johari.

Johari ketawa kecil apabila mendengar usikan temannya tadi. Dia belum lagi memberitahu sesiapa pun tentang hasrat dia mahu merisik Nasuha. Lagi 4 hari cuma, sebelum dia dengan Ustaz Mujib akan bermusafir ke Pekan, Pahang.

Tak ada apa pun Li.., balas Johari pendek. Mukanya segar dengan senyuman.

Eleh.. iya lah tu.. Dengan aku pun kau nak berahsia, balas Rosli dengan muka seakan-akan tidak mempercayai jawapan daripada Johari tadi.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 230

Johari yang sedang menyarung kasut kulit jenama Vestino sedikit tersentak. Dia berperang dengan diri. Mahu beritahu, atau tidak? Kalau beritahu, tapi tak jadi.. kan malu, bisik Johari dalam hati. Dilema barangkali.

Kau nak kahwin ke Joe?, tiba-tiba soalan itu terpancul dari bibir Rosli. Dia mengesan perubahan pada Johari yang lebih ceria daripada biasa hari itu. Bukan hari itu sahaja, hari-hari sebelumnya juga.

Kau ni kan Li.. macam tahu-tahu aja. InsyaAllah, hujung minggu ni aku nak pergi merisik seseorang. Dekat Pekan, Pahang, akhirnya Johari berterus-terang. Dia rasa dia tidak perlu terus-terusan berselindung.

Ha! Kan aku dah kata. Kau ni nak berahsia sangatlah konon. Aku dapat agak da, balas Rosli. Suaranya tinggi sedikit. Mungkin kerana teruja dengan cerita sahabatnya itu.

Bukan aku nak berahsia Li.. aku takut-takut kalau aku kena reject, kan malu tu.. Johari berterus terang. Dia tersenyum tawar.

Ish... Tak kesah lah kau diterima atau ditolak. Yang pasti, kalau diterima kita syukur. Kalau ditolak, kita sabar, Rosli pula mengajarnya tentang itu.

Johari tergelak kecil. Dia mengangguk tanda faham. Yelah... dalam bab nikah ni, kau memanglah profesional. Tak lama lagi bakal dapat anak sulung lah katakan...

Mereka ketawa riang. Seiringan memanjat tangga. Sebelum mereka sampai ke pintu masuk, Johari separuh berbisik, Doakan aku.

Rosli mengangguk dan tersenyum mesra. Pasti!, jawabnya sepatah.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 231

Selesai solat subuh hujung minggu itu, Johari bergegas pulang ke rumah. Dia ke bilik mandi, memberishkan badan serba sedikit, walhal tadi sebelum solat subuh dia telah pun mandi.

Dia membuka almari pakaian. Sehelai baju kemeja lengan panjang jenama Paul Smith disarung ke badan. Seluar khakis jenama Snails bewarna coklat yang dibelinya tahun lepas disarung cermat, untuk dipadankan bersama-sama baju tadi. Selesai. Dia merapikan rambutnya. Janggutnya yang sejemput itu diraba-raba. Bimbang jika ia tidak kemas. Selepas merasa yakin dengan kekemasan dan penampilan diri, dia turun.

Di ruang tamu, hanya ayah dan ibunya sahaja yang ada. Mereka menonton rancangan Tanyalah Ustaz di TV9. Adik-adiknya tidak kelihatan. Mungkin sedang menyambung tidur selepas solat subuh tadi. Biasalah... hujung minggu.

Johari melangkah perlahan kearah ibu dan ayahnya.

Mak.. ayah.. Joe nak pergi dah ni. Doakan Joe ya, lembut suara Johari menerobos masuk ke dalam gegendang telinga ibu dan ayahnya.

InsyaAllah. Mak dan ayah doakan yang terbaik sejak dulu lagi, balas Datuk Hamzah. Dia sedang duduk melunjur di atas sofa, mengadap kearah peti televisyen.

Sampaikan salam kami kepada ibu dan ayah Nasuha ya Joe, Datin Roza menambah. Riak wajahnya manis dan redup, menambahkan keyakinan dan semangat Johari.

Johari lantas bersalaman dengan mereka. Dia mencium tangan ayah dan ibu, lantas dengan nada suara yang perlahan, dia berkata lagi, Doakan saya..

Datuk Hamzah dan Datin Roza mengulum senyum dan mengangguk. Johari lega bercampur bahagia. Dia kemudian mula menapak kearah keretanya dan terus memecut meninggalkan rumah.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 232

Di ruang tamu rumahnya, Datin Roza tiba-tiba tersedar akan sesuatu. Lantaran itu, dia bertanya kepada suaminya. Eh, Joe tak sarapan dulu ke tadi?

Tak. Alaa..biasalah orang tengah exited tu. Mana ingat sarapan, selamba Datuk Hamzah membalas. Datin Roza tersenyum simpul, penuh makna.

Mata Johari melirik ke arah jam di dashboard keretanya. Jam digital itu menunjukkan pukul 7:18 minit pagi. Dia telah berjanji dengan Ustaz Mujib untuk datang ke rumahnya pada jam 8 pagi.

Tiba-tiba rasa kesal bertandang kerana terlalu terburu-buru keluar rumah. Apa tidaknya, dia keluar tanpa sempat bersarapan pun. Johari memberi signal ke siri dan berhenti di sebuah kedai makan dia bahu jalan, tidak jauh lagi dari rumah Ustaz Mujib.

Kedai itu nampak sangat sederhana. Mungkin lebih tepat, gerai. Gerai itu tidaklah besar atau hebat mana pun, tapi pelanggannya ramai. Penuh hinggakan Johari terpaksa duduk di hujunghujung.

Seorang lelaki mungkin sebaya umurnya datang meminta pesanan. Johari hanya meminta minuman teh tarik. Tangannya sudah menarik sebungkus nasi lemak yang ada diatas meja itu. Hanya beberapa minit, air yang dipesan dihantar ke meja.

Johari menyuap nasi lemak itu lambat-lambat. Dia tidak mahu terlalu berkejar-kejar. Tambahan pula, sejak awal pagi tadi lagi dia sudah merasa debaran yang luar biasa, mengenangkan matlamat dia keluar awal-awal pagi ini.

Johari memastikan jam menunjukkan pukul 7:45 pagi, kemudian barulah dia bergerak ke kaunter untuk membayar harga makanan yang dia makan. Selepas itu, dia kembali memandu perlahan menuju ke rumah Ustaz Mujib yang hanya beberapa kilometer sahaja berbaki.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 233

Di rumah Ustaz Mujib, deruman enjin kereta Johari menyebabkan Ustaz Mujib keluar menyambutnya. Di sisinya ialah isterinya, Ustazah Asyiqin yang lengkap bertudung seperti biasa. Johari memberi salam dan dijawab oleh suami isteri itu.

Sudah sarapan?, itu pertanyaan pertama daripada Ustaz Mujib. Kalau belum, jomlah masuk. Kita sarapan dulu, pelawanya tanpa sempat Johari menjawab.

Ana sudah ustaz. Ustaz kalau belum, silakanlah. Ana tunggu, balas Johari.

Ana sudah. Ana tanya enta aja, balasnya sambil senyum. Kalau begitu, ayuhlah, sambung Ustaz Mujib lagi.

Ustazah Asyiqin berdiri di muka pintu, menghantar suami tercinta. Dia berpesan kepada Johari supaya jangan terlalu gugup pula nanti. Johari menyambut dengan senyuman mesra.

Pagi itu, Ustaz Mujib berpakaian ringkas. Berbaju kemeja dan berseluar panjang. Dari rumah Ustaz Mujib, Johari menganggarkan bahawa dia akan tiba di kampung Nasuha dalam pukul 12 atau 12:30 tengahari. Itupun jika mereka berjalan terus, tanpa halangan-halangan yang diluar jangkaan.

Di sepanjang perjalanan, mereka berbual-bual. Daripada satu cerita ke cerita yang lain, mereka tampak sangat mesra. Johari pula memandu dengan sederhana, cuma sesekali sahaja keretanya mencapai 120 km/h.

Ustaz nak dengar cerita lucu tak? Cerita ini mak ana yang ceritakan. Menurut emak ana, anak sahabat dia yang duduk di Terengganu beritahu, tanya Johari. Matanya memandang ke hadapan, memberi tumpuan terhadap pemanduan.

Apa dia?, tanya Ustaz Mujib yang duduk di sebelah. Dia nampak berminat untuk tahu.

Johari diam sejenak. Keretanya baru sahaja melewati terowong sempadan antara SelangorPahang dan sedang melewati simpang masuk ke Genting Highland, kawasan tumpuan kaki
Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/) Page 234

judi seantero Asia. Dia juga pernah ke sana, dengan keluarga. Sekadar percutian dan bermainmain di taman temanya sahaja.

Anak kepada kawan mak ana cerita. Dia cikgu di sebuah kampung di Terengganu. Pedalaman juga la kiranya. Dia kata, pernah seorang ustaz muda datang beri ceramah di masjid. Ustaz tu kata seorang lelaki boleh pegang orang perempuan yang bukan mahramnya. Semua orang pelik. Ustaz tu kata lagi, boleh pegang sebab dalam al-Quran, tak ada ayat yang kata lelaki dengan perempuan tidak boleh bersentuhan. Lagi parah, ustaz muda tu kata dia belajar di Mesir tuu, bibir Johari muncung, menambah perasa dalam penceritaan.

Ustaz Mujib yang mendengar terus ketawa. Tapi tidak lama, tawa tadi berubah jadi muram durja.

Kasihan... Sedih betul ana melihat orang-orang muda zaman sekarang ni. Mereka senangsenang ditipu oleh golongan-golongan yang entah mana-mana entah. Ada yang jadi golongan anti-hadis, ada pula yang jadi golongan anti-bidaah. Alih-alih, masyarakat jadi keliru. Pecahbelah. Habis orang kafir ketawa tengok dunia islam, respon Ustaz Mujib. Penuh emosi.

Itulah ustaz... Ana tak faham betul. Orang zaman sekarang sibuk nak cegah benda-benda kecil. Kononnya baca Yassin malam jumaat dosa besar, masuk neraka. Padahal, pemimpinpemimpin mereka duduk minum arak, berjudi, buat program maksiat, mereka tidak tegur. Orang mengaji juga yang mereka nak hentam, keluh Johari. Kesal dengan golongan manusia sebegitu.

Betul tu Johari. Seperkara lagi, ana kesal dengan golongan muda-mudi zaman sekarang yang kebanyakan mereka belajar agama bukannya niat kerana Allah, tetapi kerana duniawi dan kemahsyuran. Kerana itu, ada yang belajar tinggi-tinggi, balik Malaysia duduk bersongkol memberi tanda tangan persetujuan bila menteri nak bina pusat maksiat. Sepatah pun tak berani tegur..

Alaa ustaz bukannya tak tahu. Mereka kalau tegur, habislah periuk nasi mereka. Memalukan! Belajar agama, tapi untuk merosakkan agama. Bukan untuk memperjuangkannya, sambung Johari pula.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 235

Perbincangan mereka semakin hangat. Masing-masing menyuarakan pendapat dan hujah masing-masing hinggakan Johari yang memandu berasa sangat segar dan berkobar-kobar.

Yang paling kasihan ialah orang awam macam kita. Kita jadi keliru. Satu benda itu boleh jadi halal, dan boleh pula jadi haram. Masyarakat tak tahu... akhirnya mereka jadi malas dan terus hilang keyakinan dengan islam, Ustaz Mujib bersuara perlahan. Kesal dan sedih jelas terpancar pada riak wajahnya yang suram.

Johari mengangguk. Dia juga merasa kasihan kerana dia juga termasuk dalam kalangan manusia yang dikelirukan. Ah, susah benar mahu mencari islam yang sejati, yang syumul di zaman ini. Semuanya sudah dieksploitasi mengikut citarasa. Faham sekular bermaharajalela. Akibatnya, islam dipisahkan dalam hidup. Islam hanya di surau dan masjid, begitukah?

Bagi sesetengah yang mahu belajar agama pula, mereka mudah terpedaya dengan dakyahdakyah golongan yang sesat. Mereka tertarik dengan jenama. Sebagai contoh, ustaz muda tadi tu. Selamba sahaja dia tolak hadis mentah-mentah. Tapi kerana ia adalah jenama dari Mesir, ada juga orang yang percaya dan ajak dia berceramah. Huh... memanglah dalam alQuran tak ada sebut lelaki tidak boleh sentuh wanita yang bukan mahram, tapi dalam hadis banyak. Salah satu ialah hadis daripada Maqil bin Yasar ra. Rasulullah s.a.w bersabda; Seseorang di antara kamu dicucuk kepalanya dengan jarum dari besi adalah lebih baik baginya daripada dia menyentuh perempuan yang tidak halal untuknya. Hadis itu riwayat atTabrani dan Baihaqi, dan sangat jelas., sambung Ustaz Mujub lagi.

Itulah... kasihan ustaz. Benarlah firman dalam surah al-Hujurat bahawa fitrah dan sifat semulajadi manusia ialah dia akan menyukai apa-apa saja kebaikan. Tapi dek kerana jahil, ramai yang telah di sesatkan. Kerana itu, orang-orang yang faham agama macam kita perlu sentiasa memberi tahu perkara-perkara kebaikan, berlandaskan al-Quran dan hadis. Mungkin hari ini dia sepak kita, esok dia terjajang kita, tulat dia ludah kita, tapi ana yakin ustaz, lamalama nanti dia akan sedar kesilapan dia dan sedia untuk memohon maaf dan membetulkan kesilapan. Cuma, kita jangan putus asa, kata Johari penuh semangat. Tangan kanannya digenggam tanda semangat yang menjulang tinggi. Matlamat? Pastinya membetulkan diri sendiri dan juga orang lain.

Johari juga sedar bahawa setiap manusia melakukan silap. Seperti dirinya juga. Dia tidak lahir-lahir terus sahaja menjuangkan islam. Bahkan dahulu dialah antara manusia yang melawan islam. Dia mengelak saat bapanya mengajak dia ke surau. Dia merengus marah apabila dia ditegur ibunya memakai seluar pendek di luar rumah. Ah, itu sejarah gelapnya sebelum Allah memberi dia hidayah di Jordan dahulu...

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 236

Daripada itu, Johari sedar bahawa dia perlu belajar memberi peluang untuk orang lain. Dia perlu memberi ruang dan peluang untuk orang lain berubah. Dia tidak kisah berhabis masa, wang ringgit dan tenaga untuk kerja dakwah ini. Bahkan, dia tidak pernah membenci sesiapa. Untuk mencela, lagilah tidak. Yang dia mahu dan tahu, dia akan sentiasa mendoakan supaya Allah memberinya hidayah dan Allah juga menjadikan dirinya sebab untuk orang lain beroleh hidayah. Itu saja.

Ustaz Mujib melontarkan pandangannya ke luar tingkap. Melewati pepohon yang tinggi menghijau. Tangannya menutup air-cond yang dihala tepat kearahnya. Sejuk. Dengan perlahan-lahan, dia berkata, Tugas dakwah, selamanya tidak akan terhenti. Tugas dakwah, selamanya tidak akan mudah. Tugas dakwah, selamanya tidak akan selesai. Hanya mati sahaja yang akan memisahkan manusia dengan dakwah..

Johari mendengar dengan sayu. Hatinya melafazkan rasa syukur kerana peluang bermusafir dengan murabbi yang diseganinya itu ternyata bukan hanya musafir jasad, tapi juga kembara rohani, mencari pengisian diri. Yang pasti, ilmu dan penghayatannya terhadap islam semakin bertambah hari itu. Syukurlah.

Johari meneruskan pemanduannya. Jam 10.30 pagi, mereka berhenti rehat sebentar di hentian termeloh. Menunaikan solat dhuha dan minum di kafe, sebelum menyambung perjalanan yang masih berbaki lebih dari setengah. * Hajah Kalsum terkejut. Dia baru sahaja selesai menyiapkan makan tengahari ketika itu. Telinganya menangkap suara orang memberi salam dari luar rumahnya. Segera dia menjawab, dan berlari-lari anak ke pintu hadapan.

Di laman rumah, ada dua orang lelaki yang berpakain baju kemeja. Mereka datang dengan kereta proton waja hitam. Berkilau. Daripada dua orang tetamu itu, seorang nampak sedikit berusia, manakal seorang lagi masih muda. Ah, macam kenal sahaja lelaki muda itu!, bisiknya dalam hati.

Dia bergegas mengambil dan menyarung tudung menutup rambutnya yang sehelai dua, sudah disaluti dengan uban. Najwa, disuruhnya untuk memanggil nenek yang sedang berada di belakang rumah. Entah apa yang dia buat dengan itik dan ayam di reban sana.

Ada apa encik?, tanya Hajah Kalsum dari muka pintu. Dia senyum, memuliakan tetamu.
Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/) Page 237

Begini makcik. Ini rumah Haji Dahlan ke?, tanya Johari sopan.

Ya. Ya. Jemputlah naik dulu, pelawa Hajah Kalsum. Dia masih berusaha untuk mengingati siapa gerangan anak muda yang sedang bertamu di rumahnya itu. Macam kenal.

Ustaz Mujib dan Johari saling berpandangan. Mereka senyum dan menyusun langkah mendaki tangga. Terus ke ruang tamu.

Jemputlah duduk encik berdua, pelawa Hajah Kalsum. Dia mempersilakan Johari dan Ustaz Mujib duduk di kerusi kayu. Kerusi lama yang bertahun-tahun tidak ditukar. Buat apa? Masih boleh pakai lagi.

Dari dapur, Nek Mah berjalan perlahan-lahan ke arah mereka. Mukanya jadi hairan menerima kunjungan daripada orang yang dianggap asing. Dia senyum mesra kepada mereka dan terus duduk di sisi Hajah Kalsum.

Ada apa encik?, tanya Hajah Kalsum. Dia masih ragu dan tertanya-tanya. Pertama sekali, dia yakin tetamu-tetamu dia ialah orang Kuala Lumpur. Ini kerana melalui pakaian dan juga nombor plat kereta Johari. Kedua, dia masih merasa seperti pernah bertemu dengan lelaki muda yang duduk sopan dihapan.

Johari tersenyum tawar. Sedaya upaya dia cuba mengawal diri dan menyembunyikan gemuruh serta debarnya. Dia mencuit Ustaz Mujib, memberi isyarat agar Ustaz Mujib sahaja yang bercerita.

Ustaz Mujib mengagguk tanda faham seraya tersenyum simpul. Maafkan kami jika kedatangan kami ini agak tiba-tiba dan tidak beradab. Nama saya Abdul Mujib Bin Rashid. Ini pula ialah adik saya, Ahmad Johari. Kami datang dari Kuala Lumpur. Tapi sebelum itu, boleh tak saya tahu, siapa wali kepada anak puan, Nurul Nasuha Binti Haji Norman ?, tanya Ustaz Mujib berterus terang.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 238

Mendengar perkataan wali, Hajah Kalsum dapat meneka apa tujuan dua lelaki ini berkunjung. Dia tersenyum nipis.

Oh.. Nasuha, anak perempuan saya. Erm, bapanya sudah meninggal dunia. Jadi, walinya sekarang ialah datuknya. Tapi datuk dia tidak ada di rumah kerana dia mengikuti majlis perkahwinan seorang sahabatnya di kampung sebelah. Jadi, paling awal dia akan balik pun selepas zuhur, mungkin juga selepas asar nanti. Encik berdua ada urusan dengan dia?, tanya Hajah Kalsum. Matanya tekun memandang Ustaz Mujib yang nampak tenang, tidak seperti Johari yang nampak sedang berperang dengan rasa malu.

Nek Mah yang duduk bersandar hanya mendengar, tanpa menyampuk sedikit pun. Orang tua itu sesekali batuk untuk melegakan tekak yang terasa perit.

Begini sebenarnya puan.. Kami datang dengan niat yang baik. Kami mahu merisik anak puan. Bukan untuk orang lain, tapi untuk adik saya ini, Johari, Ustaz Mujib bersuara jelas dan lancar. Dia tampak berkeyakinan.

Johari..? Johari anak Datuk Hamzah ke ni?, tanya Hajah Kalsum. Dia teringat bahawa anaknya, Nasuha pernah dahulu bermadu kasih dengan lelaki itu. Memang ia sudah lama, tapi peristiwa itu masih utuh dalam lipatan ingatannya.

Ya mak cik. Saya kawan lama Nasuha di SMK Cemerlang dahulu, jawab Johari lambatlambat. Pemuda itu masih berdebar hebat.

Oh.. Mak cik ingat! Subhanallah.. , spontan Hajah Kalsum tersenyum. Lebar. Nampaknya budak itu telah membesar menjadi orang yang kacak dan segak.

Tapi kami dah lebih 2 tahun berpindah pulang ke sini. Mana Joe dapat alamat rumah kami?, sambungnya.

Daripada isteri saya. Dia pensyarah Nasuha di UIAM, jelas Ustaz Mujib. Sebuah senyuman ikhlas menguntum di bibirnya.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 239

Oh..., sepatah perkataan keluar dari bibir Hajah Kalsum. Tiba-tiba dia teringat bahawa dia belum menghidangkan air untuk tetamu-tetamunya sedar tadi. Baru sahaja dia mahu meminta diri ke dapur, Johari dan Ustaz Mujib bingkas menghalang. Mereka berkeras mengatakan mereka masih kenyang dan tidak mahu menyusahkan tuan rumah.

Hajah Kalsum mengangguk dan kembali duduk. Di hujung langsir, Najwa sedang mencuricuri dengar perbualan mereka. Dia memang suka berbuat begitu! Ah, anak kecil. Pastinya tidak tahu bahawa perbuatan mencuri-curi dengar itu salah.

Anak-anak ni dari mana? Kerja apa ya?, tiba-tiba Nek Mah, nenek Nasuha bertanya. Mata tau nya dilarikan kepada Johari sambil dia tersenyum menampakkan gigi-giginya yang masih kuat sekalipun sudah jarang. Gigi yang masih kuat itu, barangkali kerana berkat amalan siwak atau bersugi.

Oh... saya bekerja di sebuah syarikat pakaian. Abang saya ini pula pensyarah, di universiti tempat Nasuha belajar nek.., jawab Johari. Sedikit demi sedikit, dia dapat menyesuaikan diri. Lebih-lebih lagi kerana penerimaan dan kemesraan Hajah Kalsum. Gugup dan debar, hilang sedikit demi sedikit.

Hajah Kalsum senyum. Dia kagum sebenarnya. Dalam hati, dia sedang berfikir jalan yang paling baik untuk menyatakan situasi sebenar; status Nasuha sekarang.

Joe, pertama sekali, mak cik rasa syukur dan gembira dapat menerima kunjungan dan ziarah daripada Joe dan Encik Mujib berdua. Mak cik harap, ini bukanlah pertemuan terakhir kita, balas Hajah Kalsum dengan suara yang mendatar.

Johari resah. Dia dapat meneka sesuatu yang tidak baik. Ustaz Mujib juga sama tapi berbanding Johari, wajahnya masih tenang dan nampak manis. Mereka menunggu-nunggu Hajah Kalsum untuk meneruskan cakapnya.

Begini, Nasuha sebenarnya sudah bertunang, kata Hajah Kalsum. Perlahan dan sopan, tapi bagi Johari, ia ibarat satu sambaran petir di langit. Tembok ketenangannya seperti dipecahkan oleh berita itu.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 240

Sudah sebulan dia bertunang. Dengan orang kampung ini juga. Maafkan mak cik ya Johari.., Hajah Kalsum berusaha memujuk Johari. Johari tersenyum kelat. Dia mati akal. Entah mengapa, dia rasa kecewa sangat. Mungkin kerana selama ini dia terlalu meletakkan harapan kepada gadis itu.

Johari cuba tersenyum. Antara dengar atau tidak, dia melepaskan nafas yang berat. Ustaz Mujib faham bahawa pemuda itu kecewa. Lebih tepat, sedang dikecewakan. Lantaran, dia menggosok-gosok belakang badan pemuda itu lantas membisik di telinganya, Innallah ha maas sobirin (Allah bersama orang-orang yang sabar).

Maafkan mak cik ya Joe... kalau kamu cepat sikit, mungkin lain pula ceritanya. Tapi apa nak buat, semuanya telah diaturkan oleh Allah. Maafkan kami ya, lembut dan perlahan sahaja nada suara Hajah Kalsum. Mengusik hati Johari yang sedang lara. Aturan Allah. Ya, Johari sedar bahawa dia harus akur dengan aturan ini.

Dia mengambil nafas panjang, mengumpul saki baki kekuatan yang ada. Tak apa makcik. Alhamdulillah, saya tumpang bangga mendengar berita yang Nasuha sudah bertunang. Saya gembira bagi pihak dia. Apapun, saya redha dan yakin bahawa semua ini ketentuan Allah. Saya harap mak cik boleh mendoakan saya agar saya dapat ketemu gadis yang sama atau lebih baik daripada Nasuha.

Hajah Kalsum berasa sayu dan kasihan. Tapi apakan daya, hanya simpati yang dia mampu beri. InsyaAllah nak.. mak cik doakan supaya kamu beroleh kebahagiaan berserta jodoh yang lebih baik, balas Hajah Kalsum. Dia tersenyum manis, menyembunyikan rasa yang bercampur baur di dalam benaknya.

Nek Jah yang duduk mendengar turut jadi kasihan melihat pemuda itu. Dia berkata, Nek juga doakan agar Allah ganti dan berikan jodoh yang terbaik buat kamu.

Terima kasih nek, spontan Johari membalas. Dia senyum.

Jika begitu, kami minta maaf kerana mengganggu mak cik dan nenek di hujung-hujung minggu begini. Kami minta diri dulu ya, kata Johari. Dia cuba mengawal rasa sedihnya. Untuk apa ditunjuk-tunjuk, fikirnya.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 241

Baiklah jika begitu. Jalan baik-baik ya. Kami sekeluarga juga memohon maaf atas segalagalanya. Dan seperti yang mak cik katakan tadi, janganlah pertemuan ini menjadi pertemuan terakhir kita, ya Joe, kata Hajah Kalsum bersungguh-sungguh. Mukanya nampak sedih. Mungkin ada rasa bersalah.

Baiklah makcik. InsyaAllah kita akan berjumpa lagi. Oh ya, ibu dan ayah saya menyampaikan salam buat makcik dan nenek, sekeluarga, Johari teringat.

Waalaikumussalam, balas Hajah Kalsum perlahan. Kamu pun sampaikan salam mak cik kepada ibu dan ayah kamu ya, balas Hajah Kalsum pula. Ketika itu, Johari dengan Ustaz Mujib sudah pun berada di bawah, menyarung kasut.

Johari memandang sekilas. Senyum dan mengangguk. Ustaz Mujib turut sama memberi senyum, tanda perpisahan. Sebelum kereta itu meluncur meninggalkan rumah kampung itu, Johari memberi salam dan mengangkat tangan. Dari dalam rumah, Hajah Kalsum, Nek Jah dan Najwa sekadar memandang penuh simpati, hinggalah kereta itu hilang dari bayangan.

Hajah Kalsum mampir kearah ibunya. Seakan-akan berbisik. Kasihan budak tu kan mak. Moga-moga dia dapat jodoh yang lebih baik berkat kesabaran dan penyerahan dirinya kepada Allah.

Nek Jah mengangguk, Iyalah... Balasnya perlahan.

Hajah Kalsum kemudian kembali ke dapur, menyiapkan kerja-kerja dapur yang masih berbaki manakala Nek Jah kembali duduk ke kerusi kayu tadi. Fikirannya melayang jauh ke bumi Gombak. Dia rindu Nasuha, tiba-tiba.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 242

BAB 31

Ustaz Mujib melirik ke kanan, mengerling ke muka Johari. Enta sabar ya.. Pasti ada rancangan Allah di balik semua ini, lembut Ustaz Mujib bersuara.

Mereka baru sahaja meninggalkan perkarangan rumah datuk Nasuha. Baru beberapa meter sahaja.

Ustaz, apa kata kita solat zuhur di sini?, pinta Johari.

Okey. Ana tak kisah, balas Ustaz Mujib. Dia memandang jam. Hampir pukul 1 petang.

Kereta waja hitam Johari meluncur di jalan kampung yang sempit hinggakan apabila berselisih dengan kenderaan dari arah bertentangan, salah seorang mesti memberhentikan kenderaannya di tepi untuk memberi laluan kepada kenderaan yang datang supaya lepas dahulu. Itu belum dicerita tentang lopak-lopak dan selut yang menebal di sepanjang jalan.

Mereka berhenti di sebuah masjid. Masjid Kampung Tok Badak. Cuma beberapa meter sahaja daripada rumah datuk Nasuha tadi. Johari ke tandas masjid. Hampir 5 minit, dia keluar dengan muka yang tidak senang. Reaksi Johari itu ditonton oleh Ustaz Mujib yang sedang duduk mengambil udara kampung.

Kenapa? Tandas tak elok?, tanya Ustaz Mujib.

Biasalah ustaz... ana betul-betul tak faham. Kenapa tandas shopping mall lebih bersih daripada tandas-tandas di masjid?, balas Johari yang sedang menanggalkan songkok yang disarung sebelum keluar kereta tadi. Songkok itu diletakkan di atas para. Dia mahu mengambil wuduk.

Ustaz Mujib tidak menjawab. Dia cuma tersenyum sinis dan turut sama berganjak ke tempak wuduk. Baginya, isu kebersihan tandas masjid ini sudah lama dan sudah kerap diperkatakan.
Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/) Page 243

Sudah ramai orang yang mengadu bahawa tandas-tandas di kebanyakan masjid tidak diselenggara dengan baik. Secara tidak langsung, ini memberi imej buruk terhadap institusi masjid. Tapi, yang lebih utama ialah ia bercanggah jauh daripada ajaran islam. Islam mengajar umatnya menjadi pembersih, bukannya pengotor.

Ustaz Mujib tidak mahu bercakap panjang. Dia sendiri pergi ke tandas. MasyaAllah. kata Johari. Busuk benar! Bahkan ada satu tandas itu, masih ada najis di dalamnya! berapa kurun terbiar, tanpa ada seorang pun rasa terpanggil untuk membersihkan. Mujib keluar. Matanya terpandang kepada sebuah baldi besar. Lantaran, dia mengisi dalam baldi.

Benar Entah Ustaz air ke

Ustaz Mujib menyinsing lipatan seluar hingga di bawah lutut. Selepas baldi itu penuh dengan air, dia membawa baldi itu masuk dan menjirus air itu ke dalam tandas yang ada najis tadi. Fuh! Baunya memang tak boleh dibayangkan. Hampir-hampir sahaja Ustaz Mujib termuntah di situ juga. Segera dia keluar.

Johari yang baru siap berwuduk dan memerhati tindakan murabbinya. Dia insaf dan rasa malu dengan diri sendiri. Dia sibuk menyalahkan pihak pentadbiran masjid ini tidak menjaga kebersihan tandas, tapi dia sendiri tidak mengambil tanggungjawab itu. Dia sedar bahawa sifat seorang muslim sejati ialah sentiasa berebut-rebut mahu untuk melakukan kebaikan. Dia insaf dan terus-terusan mengutuk dirinya sendiri. Di pili air, Ustaz Mujib masih mengisi air ke dalam baldi itu. Hampir-hampir ia melimpah, Ustaz Mujib akan tutup dan membawanya ke tandas tadi dan menjirus. Empat kali dia berulang alik. Akhirnya dia mencuci tangan serta kakinya, dan mengambil wuduk juga.

Masjid Kampung Tok Badak ini ialah masjid yang besar. Tapi, banyak kedhaifannya. Banyak keperluan-keperluan asas yang diperlukan. Johari membuka pintu, dan mencari-cari suis kipas. Berkali-kali dia cuba memasang kipas, tapi yang menyala ialah lampu. Akhirnya dia ke satu sudut dan memasang kipas dinding sahaja. Jam menunjukkan pukul 12.55 tengahari. Masih awal kerana waktu zuhur ialah 1.20 petang.

Johari menunaikan solat sunnat tahiyyatul masjid. Usai, dia berniat iktikaf. Dari hujung mata, dia perasan yang Ustaz Mujib sedang bersolat tidak jauh di belakangnya. Johari bermuhasabah, mencari tenang. Hatinya masih sedih dengan berita tadi. Tapi dia harus akui, bahawa semua ini adalah perancangan Allah.

Satu ayat daripada al-Quran memberinya semangat. Kamu merancang, Allah juga merancang dan Allah ialah sebaik-baik perancang. Johari ikhlas menerima takdir Tuhan.
Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/) Page 244

Johari duduk mengadap kiblat. Mulutnya beristghfar dan berzikir. Di saat-saat begini, dia benar-benar merasakan bahawa hanya Allah yang dapat memujuk hatinya. Dia melepaskan keresahan dan mengadu kepada Allah. Hanya kepada Dia sahaja, tempat untuk orang beriman mengadu dan bermohon harap.

Sayup-sayup, dia mendengar bunyi enjin motosikal di luar. Nampaknya orang kampung sudah mula datang untuk solat berjemaah. Johari tindak ambil pusing. Dia khusyuk dengan zikirnya. Jam menghampiri pukul 1.15 petang. Lagi 5 minit, azan akan dikumandangkan. Johari tersentak apabila merasakan ada tangan memegang bahunya, lembut. Ustaz Mujib tersenyum manis.

Nak jamak atau solat tamam?, tanya Ustaz Mujib. Sebenarnya, dalam bermusafir, Rasulallah mengajar ummatnya untuk melantik imam atau ketua dalam musafir itu. Ini dinyatakan dalam sebuah hadis riwayat Abu Dawud yang bermaksud; Apabila tiga orang bermusafir bersama, hendaklah dilantik salah seorang daripada mereka menjadi ketua.

Tapi mereka berdua, bukan bertiga. Jadi bagi Ustaz Mujib, dia lebih suka untuk mengambil kata sepakat sahaja. Johari memandang Ustaz Mujib. Mata mereka bertaut. Kita solat zuhur dengan imam, kemudian selesai saja terus kita ke belakang solat jamak asar. Boleh?, balas Johari.

Good idea!, balas Ustaz Mujib sepatah. Mereka bertukar senyum, dan terus dengan ibadah zikir masing-masing.

Seorang lelaki tua bangkit menuju mikrofon dan melaungkan azan zuhur. Suaranya lantang tetapi tidak berlagu. Johari memerhati sekeliling. Jemaah yang hadir boleh tahan juga ramainya, tapi mereka selesa melepak di luar, di atas motosikal. Ah, ruginya. Datang awal ke masjid, tapi lepak di luar. Berborak-borak pula, sampaikan orang azan pun tidak reti-reti berhenti. Tapi yang lebih menarik, semua jemaah ini ialah golongan veteren, yang jalan terhincut-hincut sudah. Mana perginya orang muda? Pupuskah?

Johari bangkit menunaikan solat sunnat sebelum zuhur. Selesai memberi salam, dia terlihat kelibat seorang lelaki muda berjubah putih dan beserban. Dari susuk tubuh itu, dia seakanakan mengenali pemuda itu. Hajatnya untuk menyapa dimatikan apabila mendengar bilal tadi melaungkan iqamat. Segera Johari mara ke saf solat.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 245

Ustaz Mujib bahkan lebih awal lagi berdiri dalam saf. Mereka berdiri di saf pertama, di sebelah kanan imam. Kali ini, Johari sempat menatap muka pemuda tadi saat dia mara menjadi imam. Azzam! Johari tidak mahu memikirkan lelaki itu. Dia mahu solat. Mahu khusyuk.

Namun, di sebelah kanannya, masih lagi punya ruang. Di menoleh ke belakang. Ah! Masih ada pakcik-pakcik yang masih tersenyum ketawa. Johari mengucap dalam hati, bukan terkejut tetapi sedih. Jauh di sudut hati, dia perasan benar sikap orang Malaysia, atau lebih tepat, orang masjid di Malaysia. Mereka tidak suka berebut saf hadapan dan paling jelas, mereka tidak suka bersesak-sesak. Sedangkan kesempurnaan saf solat ialah apabila tumit kita selaras dengan tumit orang di sebelah dan apabila bahu bertemu bahu. Huh! apa boleh buat? Berbuih mulut menegur pun orang ramai masih menganggap ini perkara remeh dan tidak perlu di perbesarkan.

Tidakkah mereka takut jika solat berjemaah ini tidak dipandang oleh Allah dek kerana saf yang berterabur? Jadi, sampai bila hati-hati ummat islam akan bersatu?

Imam mengangkat takbir. Johari berniat dan mengangkat takbir, menyusuli imam. Selesai sahaja dengan solat. Johari bangkit ke belakang. Bilangan jemaah yang cukup-cukup satu saf memudahkan dia untuk ke belakang. Ustaz Mujib menyusul keluar daripada saf. Ustaz Mujib mengimamkan solat asar. Mereka solat jamak takdim.

Imam di hadapan sedang berzikir dan berwirid. Usai sahaja Johari dan Ustaz Mujib solat jamak dan qasar, kebetulan imam pun baru sahaja mula membaca doa. Mereka berdua turut mengaminkan doa itu. Sungguh sayu benar suara imam membacakan doa. Ah, andailah pakcik-pakcik di hadapannya faham, pasti mereka tidak akan bergoyang-goyang seperti kera kena belacan.

Ustaz Mujib dan Johari berada jauh di belakang. Mereka berdua bersalaman, selesai sahaja doa diaminkan. Dari jauh, imam tadi mampir kepadanya sambil tersenyum manis. Assalamualaikum. Johari! Subhanallah, Azzam menegurnya.

Dia duduk bersila mengadap Johari dan Ustaz Mujib. Tangannya dihulur penuh keikhlasan. Hampir-hampir dia tidak percaya, bahawa dia dapat bertemu dengan Johari di sini. Di kampungnya.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 246

Johari juga turut teruja. Dia juga tidak menyangka bahawa dia akan bertemu dengan Azzam di sini. Dia tahu Azzam orang Pekan. Tapi Pekan itu satu daerah yang besar. Subhanallah. Allah temukan mereka di rumah-Nya. Ustaz Mujib pula terpinga-pinga tapi dia diamkan sahaja. Memerhati dengan senyap itu lebih bijak daripada bertanya tanpa memerhati.

Ustaz, kenalkan.. ini sahabat ana semasa di Univesiti Yarmouk dulu, Azzam, Johari memeperkenalkan Azzam kepada Ustaz Mujib yang sedari tadi hanya tersenyum manis sahaja.

Azzam senyum. Nama ana Abdul Mujib, Ustaz Mujib memperkenalkan diri.

Ana Khairul Azzam. Kebetulan, imam di masjid ini, Azzam memperkenalkan dirinya kepada Ustaz Mujib pula. Mukanya yang sedia hitam manis, tampah lebih indah dengan senyumannya. Lesung pipitnya kelihatan saat dia tersenyum.

Subhanallah.. enta sudah jadi imam di sini ya?, Johari menepuk bahu sahabatnya.

Ya.. Imam yang tidak official. Sekadar menggantikan ayah ana yang tidak sihat. Ana sebenarnya mengajar di sekolah agama di sini. Itu pun sambil-sambil menunggu pekerjaan yang sesuai datang. Dulu, ana ada juga apply untuk kerja di Jabatan Agama Islam Daerah Pekan. InsyaAllah next week interview, panjang lebar cerita Azzam.

Johari mengangguk dan tersenyum bahagia. Enta pula bekerja di mana?, tambah Azzam lagi.

Ana alhamdulillah, bekerja di syarikat ayah ana sahaja. Di Kuala Lumpur, Johari menjawab jujur. Dia masih gugup atas pertemuan yang tidak disangka-sangka ini. Dahulu, dia dengan Azzam sama-sama belajar di Jordan. Azzam mengambil bidang fiqh, manakala Johari ambil bisnes. Tapi ia bukan penghalang untuk mereka menjalinkan ukhuwah.

Azzam dan Johari mulanya jarang bertemu. Seorang duduk di utara, seorang di selatan. Kampus yang berlainan memisahkan mereka, tapi ternyata bumi Jordan ialah bumi bertuah,
Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/) Page 247

bumi para nabi dan rasul, dan juga bumi pertemuan dua hati kerana Allah. Johari ingat, satu ketika pelajar-pelajar Malaysia mengadakan perlawanan persahabatan bola sepak. Pelajarpelajar Malaysia di sana ramai. Yang lelaki sahaja sudah boleh membentuk hingga 2 pasukan bola sepak. Lengkap dengan pemain simpanan lagi.

Pagi itu, Johari dan para pelajar Malaysia ke sebuah padang di Irbid, Jordan. Johari bersemangat benar pagi itu. Terlebih semangat barangkali. Hari itu, pasukannya akan menentang pasukan Azzam. Pelajar-pelajar engineering bergabung dengan para pelajar economy, melawan pelajar-pelajar bidang agama. Sebelum bermain, seperti biasa mereka akan mendengar tazkirah ringkas daripada Ustaz Zawawi, seorang rakyat Malaysia yang sudah hampir 20 tahun bermastautin di sana. Bagi pelajar-pelajar Malaysia, Ustaz Zawawi ini sudah diibaratkan seperti ayah mereka kerana apabila ada masalah sahaja, mereka akan merujuk kepada Ustaz Zawawi.

Perlawanan tanpa pengadil, juga tanpa peraturan yang ketat ternyata membawa padah. Johari yang bermain di posisi penyerang nampak lincah di tengah padang yang kering itu. Dia menggelecek beberapa orang pihak lawan. Bahkan, dia sudah bersedia untuk membuat satu rembatan kencang ke arah gawang, sedang dia baru mahu menyepak, bola itu dirampas oleh Azzam.

Tanpa disengajakan, dia tersepak kaki Azzam. Ya Allah!, Azzam menjerit kuat. Serta merta permainan diberhentikan. Semua orang panik melihat Azzam terbaring kesakitan sambil memegang-megang kakinya. Pastinya orang yang paling panik ialah Johari. Dia kaget. Serba salah. Dengan rasa bertanggungjawab, dia mara melihat-lihat Azzam. Azzam menahan sakit. Dia cuba berdiri. Lalu, Johari memapah dia keluar padang.

Mujur, ia hanya satu kecederaan yang biasa-biasa. Peritnya pun cuma sementara. Di luar padang, Johari tidak habis-habis mengucapkan maaf. Azzam tersenyum cuma. Bukannya patah pun akhi... jangan takut. Jangan risau, Azzam memujuk Johari yang sedang dipayungi rasa bersalah.

Di luar padang itu jugalah, mereka jadi semakin akrab dan semakin kenal. Taaruf yang selama ini hanya berkisar tentang nama dan asal, sudah mula menerobos ke dimensi yang lebih dalam. Hanya kerana sebuah insiden di tengah padang, ia menjadi asbab bagi ukhuwah ini. Azzam dan Johari tidak sambung bermain, sebaliknya mereka berdua berbual dengan ceria di tepi padang. Mesra, seolah-olah tidak ada apa yang berlaku tadi.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 248

Sejak daripada peristiwa itu jugalah, ikatan persaudaraan mereka menjadi makin erat dan intim. Mereka kerap bertemu di dalam majlis-majlis ilmu yang diadakan di masjid-masjid. Bukan setakat itu, mereka juga sering bersua di dalam seminar-seminar serta ceramahceramah di universiti. Tidak lupa, usrah dalam kalangan pelajar-pelajar Malaysia juga menjadi medan pertemuan dua insan yang berlainan personaliti, tapi berkongsi realiti yang serupa.

Azzam dengan Johari sebaya. Tapi, Azzam terpaksa menghabiskan kuliah dan pengajiannya di Jordan lebih lama daripada Johari. Johari pulang ke tanah air pada tanggal 2 Julai, manakala pengajian Azzam di sana pula hanya akan tamat enam bulan selepas itu.

Mereka bertukar-tukar alamat rumah di Malaysia. Tapi malang bagi Johari, kertas yang tertera alamat rumah Azzam telah hilang. Puas dia mencari dan menyelongkar bagasi-bagasi dan barang-barangnya setibanya ke Malaysia. Tidak berjumpa. Lalu, dia menyimpulkan bahawa kertas itu mungkin tertinggal di sana, di Jordan. Johari sedih bukan sedikit. Pernah juga dia bertanya kepada kawan-kawan yang lain, tapi ternyata mereka juga tidak tahu.

Enta macam dalam masalah aja?, Azzam bertanya. Dia seakan-akan dapat membaca isi hati Johari.

Ustaz Mujib tersenyum simpul. Tapi tersirat.

Ustaz, tolong jawabkan boleh. Ana tak cukup kuat la.., Johari meminta Ustaz Mujib untuk bercerita sahaja. Sebenarnya, dia bukannya tidak kuat ataupun tidak dapat menerima hakikat, tetapi dia sebenarnya malu dan segan.

Azzam, ikhwan kita ini sebenarnya tengah frust tu... , Kata Ustaz Mujib. Dia senyum mengusik.

Johari pula ketawa kecil. Dia perasan bahawa mata Azzam sedang tepat memandang Ustaz Mujib. Nampaknya sahabatnya itu benar-benar mahu menyoroti kesedihannya.

Kami datang untuk mengkhitbah seorang gadis, tapi gadis itu sudah bertunang, Ustaz Mujib terus.
Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/) Page 249

Azzam tersenyum simpul. Oh... sebab itu ke? Hmm.. Joe.. Sabar aja. Moga-moga Allah temukan enta dengan gadis yang lebih baik. Azzam turut bersimpati.

Iya. Mudah-mudahan begitulah.. Oh ya! Enta sudah berkahwin?, tanya Johari. Suaranya ceria sahaja. Gembira dengan pertamuan yang tidak dirancang ini.

Azzam tersenyum simpul. Tiba-tiba sahaja bayang Nasuha menjengah ke jendela fikirannya. Semakin lebar pula senyumnya.

Erm.. alhamdulillah. Ana sudah bertunang. InsyaAllah, tahun depan akan membina baitul muslim, jawab Azzam.

Ustaz Mujib dan Johari hampir serentak memberikan ucapan tahniah. Yang jelas, Johari nampak sangat ceria dan suka. Mungkin juga kerana dia tidak tahu bahawa tunangan Azzam itu ialah Nasuha. Jika dia tahu, mungkin lain pula ceritanya.

Hampir 15 minit mereka berbual-bual di kerusi yang disediakan di bawah perdu pokok mangga. Pokok itu sangat rendang. Angin kampung seringkali menjengah, memberi kesegaran semulajadi. Beginilah damai kampung, tiada di kota pastinya.

Azzam, kami sebenarnya nak sangat berbual dengan enta lebih lama. Tapi kami perlu teruskan perjalanan kami. Jika boleh, kami nak sampai ke Kuala Lumpur sebelum maghrib, Johari menutur kata-kata itu perlahan, tapi penuh tertib dan santun.

Iya Azzam. Ana sendiri berasa beruntung diketemukan dengan enta di sini. InsyaAllah kita akan ketemu lagi, sambung Ustaz Mujib pula.

Azzam menghela nafas. Berat terasa hatinya untuk melepaskan sahabat yang sekian lama terpisah untuk pergi. Bukan seminggu dia tidak bersua muka tapi hampir 2 tahun!

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 250

Oh.. maafkan ana kerana mengambil masa antum. Erm, kita saling bertukar nombor telefon boleh?, pinta Azzam kepada Ustaz Mujib dan Johari.

Mereka berdua mengangguk. Azzam mengeluarkan telefon bimbitnya dan menyalin nombor telefon Johari dan Ustaz Mujib.

Di akhir-akhir perpisahan, mereka berpelukan. Azzam menghantar Johari dan Ustaz Mujib hingga di luar pintu kereta waja milik Johari. Di balik cermin yang telah diturunkan, sekali lagi dia berpesan kepada Johari supaya jangan lagi lost contact dengan dia. Johari ketawa mengekek, menyedari kesilapan dan kecuaian dia dahulu.

Seperkara lagi, dia menutur lembut dan perlahan, Jodoh dan pertemuan itu selamanya dalam rahsia Allah. Mungkin kita fikir seseorang gadis itu solehah dan baik untuk kita, tapi kita juga perlu ingat bahawa Allah telah tentukan segalanya. Jadi, jangan sesekali kita mengharapkan cinta gadis, tapi haraplah pada cinta Allah

Johari mendengar jadi sayu. Dari dalam kereta, dia menggenggam erat tangan sahabatnya itu. Pandangan mata mereka bertemu. Dan senyuman yang mekar mewarnai perpisahan mereka.

Ustaz, kita makan dulu yuk, kata Johari. Matanya ditumpukan kepada pemanduan. Cuma mulutnya sahaja yang berkata-kata.

Jom! Ana pun lapar ni, positif balasan yang diterima.

Johari senyum. Keretanya membelok ke kiri jalan dan berhenti di sebuah restoren melayu. Saat mahu membuat bayaran, Johari terlebih dahulu membayar harga makanan mereka berdua. Baginya, apa yang dia belanjakan dan korbankan, sama sekali tidak sama nilainya dengan apa yang telah dikorbankan oleh Ustaz Mujib kepadanya. Ah, lelaki berusia 39 tahun bahkan terlalu baik!

Dari sana, mereka terus menyusur masuk ke lebuhraya dan menghala terus ke Kuala Lumpur. Johari memandu dengan kelajuan sederhana. Dia banyak berdiam diri sahaja kerana Ustaz
Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/) Page 251

Mujib telah terlena di tempat duduk sebelah. Mungkin dia terlalu penat kerana malam semalam, dia memimpin satu majlis qiamullail di sebuah masjid di Lembah Klang, sebelum dia pulang kerumahnya usai solat subuh tadi dan selepas itu pula, duduk bersama-sama Johari dalam kereta. Memang wajar sekiranya Ustaz Mujib merasa penat sebegitu.

Johari termenung jauh. Hatinya masih berbaki dengan kesedihan. Dia terkilan mengenangkan kesilapannya kerana terlalu menaruh harap pada Nasuha. Dia juga kesal kerana terlambat masuk. Benarlah kata M. Nasir dalam lagunya, Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama, dia diambil orang. Tapi Johari segera mengkaitkannya dengan takdir dan ketentuan daripada Allah S.W.T.

15 minit sebelum jam 6, mereka sampai di rumah Ustaz Mujib.

Terima kasih ustaz kerana sudi bermusafir dengan ana. Walaupun matlamat kita tidak tercapat, tapi ana bersyukur kerana hari ini, ana beroleh banyak ibrah (pengajaran) bersama ustaz, Kata Johari. Wajahnya nampak bersungguh ketika melafazkan kata-kata itu. Ustaz Mujib mengangguk dan tersenyum lebar tanda syukur. Mereka bersalaman dan berpelukan.

Banyakkan muhasabah diri Johari. Moga-moga Allah semakin cinta kepada enta dan memberi enta kebaikan yang tidak disangka-sangka, bisik Ustaz Mujib lembut.

Di muka pintu, Ustazah Asyiqin sedang merangkul Adham. Dia nampak sedikit muram mendengar berita itu. Nasihatnya juga sama dengan orang lain, iaitu nasihat kepada kesabaran. Dari dalam kereta, Johan mengangkat tangan dan memecut meninggalkan rumah itu.

Ustaz Mujib dan isterinya saling berpandangan, tanpa kata. Yang pasti, hati mereka saling berbicara.

Sebelum jam 7 petang, Johari tiba di rumah. Kelihatan Datuk Hamzah sedang bersiap-siap untuk ke surau. Ibunya dan adik-adiknya tidak kelihatan. Mungkin sedang bersiap-siap atau sedang membersihkan diri dalam bilik masing-masing.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 252

Johari memberi salam dan meluru kearah Datuk Hamzah dan menyalami bapa yang tercinta. Datuk Hamzah nampak terkejut, tapi dia diamkan sahaja. Dia seolah-olah dapat membaca kesedihan anak sulungnya itu. Tanpa bertanya, dia memberi senyuman mesra seorang bapa kepada anak.

Ternyata senyuman itu mempunyai tenaga yang luar biasa. Johari gembira, kerana dia pasti bapanya sedia berkongsi kekecewaan ini. Bahkan sejak dari kanak-kanak lagi dia lebih banyak berkongsi masalah dengan bapanya berbanding ibu. Tidak seperti anak-anak kecil lain yang lebih manja dengan ibu mereka, Johari pula lebih manja dengan ayahnya. Apa yang dia kagum dengan ayahnya itu ialah sifat tenangnya. Datuk Hamzah tidak mudah melatah, apatah lagi melulu dalam tindakan.

Pernah dahulu dia memecahkan sebuah pasu bunga di laman. Ibunya menyinga. Marahnya tidak dapat ditahan-tahan. Johari ketakut. Memang salah dia kerana mengabaikan larangan daripada ibunya tadi supaya tidak menendang bola kuat-kuat. Johari ketika itu bukan kanakkanak lagi, sudah masuk sekolah menengah pun. Dia sengaja mahu nakal terhadap adiknya, Harris. Lalu, dia menyepak bola sepak yang dibeli oleh bapanya dengan sekuat tenaga. Terus sahaja ia melencong ke arah pasu-pasu yang tersusun indah di tepi pagar.

Prangg!!! Bukan satu, tapi dua biji pasu pecah. Pokok bunga orked hutan kesayangan ibunya menyembah bumi. Tanah-tanah hitam berderai jatuh. Dari dalam rumah, dia terdengar ibunya seakan-akan menjerit marah. Johari takut. Sangat takut. Harris pula awal-awal lagi sudah berlari dan menyorok di belakang rumah.

Haaa... kan mak dah kata tadi! Jangan tendang kuat-kuat! Tapi kamu degil! Degil!, tengking ibunya. Johari hampir menangis. Sebenarnya, dia sudah pun. Sakit sekali telinganya dipulas dan ditarik oleh ibunya yang sedang radang itu. Balasan atas kenakalannya.

Datuk Hamzah terus mampir ke depan, menenangkan isterinya. Ajaib benar bapanya, entah ilmu pengasih apa yang dia guna. Sekejap sahaja ibunya sudah tenang dan terlalu ke dalam rumah selepas berpesan supaya Johari membersihkan semula apa yang telah dia buat.

Datuk Hamzah memegang kepala Johari. Diusap rambut anak yang baru sahaja melalui usia baligh. Dah. Jangan nangis. Orang jantan kena kuat. Dah... Jom tolong ayah bersihkan pasu
Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/) Page 253

tu, suara lembut ayahnya memberikannya satu ketenangan dan kebahagiaan. Petang itu, Johari bingkas sedar bahawa ayahnya sangat penyabar, tenang, ramah dan penyayang.

Dan sifat-sifat itu tidak pernah luntur walaupun kedutan sudah jelas pada wajahnya.

Ayah... Nampaknya hajat ayat untuk mendapat menantu terpaksa ditangguh dahulu lah, kata Johari sambil tersenyum tawar.

Tak apa. Ayah pun dulu 2 kali kena reject. Kali ketiga baru lekat dengan mak kamu. Bahagia sampai sekarang. Rancangan Allah Maha Sempurna. Sabar ajalah Joe, bapanya benar-benar sedang memujuk hatinya. Johari tersenyum. Bahagia bercampur gembira. Walaupun tadi dia kecewa, tapi dia paling tidak, dia tahu bahawa Datuk Hamzah masih tetap akan menyokongnya seperti dulu, dan sampai bila-bila.

Saya naik atas dulu ya ayah. Takut tak sempat solat maghrib di surau pula, kata Johari sebelum dia berlari-lari anak memanjat tangga menuju ke biliknya.

Belum pun sempat dia menutup pintu bilik, Datin Roza tiba-tiba menegur dari luar. Dia sedang dalam pakaian solat wanita, lengkap bertelekung.

Ha.. Joe. Macam mana?, tanya ibunya dengan rasa curiga bercampur teruja.

Mak tanya dekat ayah aja ya. Nanti makan malam baru saya cerita. Saya nak mandi-mandi ni mak..takut tak sempat aja ni, balas Johari ringkas tapi sopan. Dia faham, kedudukan ibu bagi setiap insan ialah ibarat kedudukan kepala pada badan. Golongan ibu ini dimuliakan lebih daripada segala yang lain. Bahkan ketika solat sunnat, seorang anak wajib memberhentikan solat itu apabila si ibu menyeru namanya lebih daripada 3 kali.

Datin Roza senyum dan mengangguk faham. Dia bergegas ke tingkat bawah, mahu mengorek cerita daripada suami. Johari pula segera masuk ke dalam biliknya. Kepalnya didongak sedikit, melihat jam di dinding. Dia berperang dengan masa. Tanpa lengah, dia bersiap-siap.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 254

Malam itu, Datin Roza nampak sedikit kecewa. Tapi seperti suaminya, dia juga menitipkan pesan supaya Johari bersabar. Johari senyum. Seawal jam 10 malam, dia sudah lena dengan harapan mendung di hatinya akan segera menghilang.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 255

BAB 32

Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah, Johari berzikir dengan suara yang perlahan. Yang dengar hanyalah telinganya sahaja.

Pagi itu, dia merasakan seakan-akan wujud satu tenaga dan kekuatan baru. Usai solat subuh di surau al-Hamdaniyyah, Johari membaca zikir-zikir al-mathsurat. Dalam langkah kaki ke rumah pun mulutnya masih bergerak-gerak dengan zikir, termasuk juga hatinya.

Allah ternyata sedang membantu dia untuk melupakan Nasuha. Bukan lupa sepenuhnya, tapi hanya melupakan Johari daripada terus berharap kepada Nasuha. Ya, Johari tekad. Dia hanya mahu mendoakan kebahagiaan buat gadis itu. Gadis yang pertama dan setakat ini, satusatunya yang pernah berjaya memikat dan menawan hatinya. Dia tidak gentar untuk menerima hakikat bahawa Nasuha bakal dimiliki orang lain. Pastinya lelaki itu beruntung, dan pasti juga lelaki itu bukan calang-calang orang kerana berjaya menawan hati Nasuha.

Johari hanya berserah sahaja kepada Allah... Hatinya bulat untuk sebuah kenyataan.

Sampai-sampai sahaja di pejabat, Rosli sudah siap dengan soalan-soalannya.

Bagaimana semalam? Cik adik setuju?, tanya Rosli dalam gurau, seperti selalu.

Johari sudah bersedia untuk menerima soalan-soalan sebegitu. Dia nampak sangat tenang dan bersahaja. Redha dengan ujian ini.

Alhamdulillah... Dia sudah jadi tunangan orang, balas Johari sambil senyum manis.

Waahhh! Hari tu cakap nak merisik saja, tapi semalam terus tunang? Tahniah Joe!, Spontan Rosli memberi penghargaan. Dia nampak sangat bahagia dan gembira. Padahal dia sudah salah faham!

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 256

Johari ketawa, tapi masih ditahan-tahan. Aduh Li... bukan tunang dengan aku, tapi dia sudah bertunang. Dia tunang orang la Li.., Johari memberi penjelasan.

Serta merta wajah Rosli yang ceria berubah rasa. Tunang orang? Habis, kenapa kau macam gembira aja?, tanyanya. Dia aneh melihat reaksi Johari. Kebanyak orang apabila ditolak, mereka akan bersedih dan muram. Tak kurang juga yang akan mengamuk dan meradang apabila isu-isu berkaitan dibangkitkan. Tapi Johari tidak. Dia kekal dengan sifat tenangnya.

Habis tu Li.. Kalau aku sedih pun, bukannya aku dapat apa-apa. Baik aku bersyukur dan sabar sahaja. Aku redha dengan semua ini. Allah pasti ada rencana yang lebih baik untuk aku. Johari melemparkan senyum. Ikhlas dan manis.

Rosli menundukkan kepala. Dia kagum. Bahkan, sangat kagum dengan penerimaan dan kerendahan hati lelaki di hadapannya itu. Sejak bersahabat hampir dua tahun, tidak pernah dia lihat lelaki di hadapannya itu bermuram. Dia sentiasa tenang. Ah, Rosli jadi cemburu sendiri.

Baguslah macam tu Joe. Tak apa, InsyaAllah ada hikmahnya. Rosli menepuk-nepuk lembut bahu sahabatnya itu. Dia kemudian bergerak ke mejanya dan Johari pula, melangkah masuk ke biliknya.

Johari bersndar di kerusi empuk. Briefcasenya diletakkan di atas meja. Di hujung, dia mencapai naskah al-Quran terjemahan dan dibukanya. Dibaca sebanyak satu muka lalu dtutup dan disimpan di tempat asal. Dia mengela nafas panjang. Matanya melirik kearah jam tangan. Sudah hampir jam 8 pagi. Johari kemudian mula bekerja. Tenang. Awan gelap semalam ternyata sudah dibawa angin tenang, hari ini. Alhamdulillah...

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 257

BAB 33

Nasuha terkejut besar. Badannya tiba-tiba kesejukan. Menggigil-gigil saat menerima berita itu. Sedaya upaya dia menahan suaranya. Bimbang ibunya mengesan sesuatu yang tidak kena pada dirinya.

Sejurus selepas ibunya meletakkan ganggang, air matanya gugur. Tidak laju, tapi disulam rasa sedih, kesal dan bersalah. Berita kedatangan Johari merisiknya itu merobek ketenangan jiwanya. Dikerling kearah jari manis di tangan kanan. Ah, itu cincin pertunangannya! Disarung oleh ibu Azzam. Ya! Dia tunang Azzam!

Yati bersimpati. Dia bertanya punca Nasuha menangis, tapi gadis itu diamkan sahaja. Puas dipujuk, tapi dia pendamkan sahaja. Akhirnya Nasuha berhenti menangis dan menzahirkan muka yang manis tapi ia sangat palsu.

Nasuha sebenarnya diserang rasa bersalah yang bukan sedikit. Dia rasa bersalah kerana dia tahu, dia sudah mengkhianati janjinya kepada Johari. Johari rupa-rupanya benar-benar datang menagih janji. Janji yang dilafaznya saat mahu berpisah dahulu.

Abang.. Su minta... kita berpisahlah kerana Allah. Jika ada jodoh, pasti kita akan bersama juga nanti. InsyaAllah

Dia baru berusia 16 tahun pada saat kata-kata itu meluncur keluar dari bibirnya. Tapi dia bukannya tidak faham dan dia juga bukannya main-main. Dia benar-benar maksudkan itu. Lebih tepat, dia sentiasa menunggu-nunggu kedatangan Johari. Tapi malang, Johari terlambat.

Di dalam kelas engineering pagi itu, Nasuha tidak dapat memberi kosentrasi yang sepenuhnya. Fikirannya sesekali melayang jauh. Sekejap ke kampung halaman di Pekan. Sekejap memikirkan tunangnya. Sekejap memikirkan Johari pula. Puas dia beristighfar dan berzikir di dalam hati dengan harapan, bayang-bayang itu dapat lenyap tapi ternyata ia sangat liat dan sukar.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 258

Kelas selama 2 jam yang dipimpin oleh Ustazah Asyiqin itu tamat dengan Nasuha hanya dapat memberi tumpuan kurang daripada suku kelas sahaja. Dia mencela dirinya. Kesal dan marah atas kelalaian diri. Saat mahu melangkah meninggalkan dewan, Ustazah Asyiqin memanggilnya. Nasuha akur. Dia menyuruh sahabat-sahabat yang lain untuk beransur dahulu.

Ya Ustazah.. ada apa?, tanya Nasuha kehairanan. Di universiti itu, Ustazah Asyiqin memang dipanggil dengan gelaran Ustazah walaupun dia bukan mengajar subjek-subjek berteraskan islam. Bagi orang luar, mereka akan merasa aneh dan pelik. Nasuha juga, tapi itu dahulu.

Alhamdulillah. Ana baru sahaja tahu bahawa enti sudah bertunang, ustazah Asyiqin tersenyum mesra. Giginya tersusun cantik, mengindahkan raut wajahnya yang segar.

Nasuha tersentak. Dia sebenarnya terkejut juga. Hati kecilnya berbicara, Bagaimana ustazah tahu ni?

Terima kasih Ustazah. Sebenarnya ana sudah lama pun bertunang ni. Sudah lebih sebulan, Nasuha berterus terang.

Oh. Maaflah.. ana baru sahaja tahu. Iyalah, pertunangan ini bukannya perlu diwar-warkan pun kan?, Ustazah Asyiqin tersenyum manis. Kepalanya diangguk-angguk sedikit.

Nasuha membalas senyuman itu. Otaknya mengingat kembali pada sebuah hadis riwayat Imam Ahmad daripada Abdullah bin Zubair r.a; Rahsiakan pertunangan dan war-warkan (maklumkan) tentang perkahwinan. Nasuha memang sengaja tidak mahu semua orang tahu tentang pertunangannya, kerana dia berjanji dengan dirinya, mereka semua itu akan dia jemput ke walimahnya juga kelak. InsyaAllah.

Nasuha masih tertanya-tanya sendirian. Hatinya masih berteka-teki akan bagaimana Ustazah Asyiqin boleh tahu tentang berita ini. Suhana? Tidak mungkin kerana Suhana bukannya kenal rapat dengan pensyarahnya itu. Suhana pelajar bidang usuluddin. Fakultinya juga di bangunan yang lain. Jauh.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 259

Afwan ustazah.. boleh ana tahu, dari mana ustazah tahu pasal ini?, tanya Nasuha penuh hati-hati, bimbang jika dia dianggap sebagai seorang yang terlalu sensitif dan tidak bersikap terbuka.

Ustazah Asyiqin ketawa kecil. Ana kenal enti daripada Johari. Dialah yang minta alamat rumah enti pada ana. Ana juga yang silap... patutnya ana tanya dahulu status enti...

Nasuha tersenyum simpul. Akhirnya dia tahu juga dari mana Johari mendapat alamat rumahnya. Mahu sahaja dia bertanya tentang lelaki itu kepada Ustazah Asyiqin, tapi hasrat itu dimatikan. Dia tidak perlu tahu dan tidak juga akan beroleh apa-apa jika pertanyaan tadi dimuntahkan dari bibirnya.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 260

BAB 34

Johari melangkah turun. Langkahan kakinya dilajukan. Jam di tangannya sudah menunjukkan pukul 6:30 petang. Di lobi, dia sempat memberi salam kepada Saleem, pengawal keselamatan warganegara Pakistan. Saleem ialah pemuda yang jujur dan kuat bekerja. Dia tidak suka curi tulang. Bahkan, dia juga menepati waktu solat.

Saleem sedang berlegar-legar di lobi. Di sudut bangunan itu, beberapa orang lagi pengawal keselamatan sedang duduk-duduk berbual.

Johari merasakan bahawa dia ialah orang yang paling lewat keluar dari pejabat hari itu. Banyak betul kerjanya tadi. Mahu sahaja dia menghambur marah dengan hasil kerja orangorang bawahannya. Bukan sedikit kesilapan yang mereka buat, bahkan ia kesilapan yang kecil-kecil. Silly mistakes!

Kerana kesilapan itulah, dia terpaksa berhempas-pulas untuk membuat beberapa kerja tambahan. Masalah yang timbul adalah di saat mahu memasukkan data-data ke dalam sistem. Oh! Ia sangat memenatkan dan membuang masa. Sekiranya pemuda itu bukanlah jenis manusia yang penyabar, pasti akan bergegarlah bangunan enam tingkat itu dengan laungan kemarahannya.

Saat mahu membuka pintu kereta, matanya jatuh kearah sesuatu yang menyentap kesabaran. Hampir-hampir sahaja dia menjerit marah. Segera dia beristighfar, menyejukkan hati yang sedang marah. Tayar keretanya pancit. Lebih benar, dipancitkan dengan sengaja. Ada kesankesan sentuhan tangan manusia sedang menguji kesabarannya yang meruncing.

Johari merengus geram. Ah! Dia benar-benar terkilan. Tidak sangka ujian Allah datang berturut-turut begini. Selepas diuji dengan berita pertunangan Nasuha, dia diuji dengan kesabaran atas kesilapan para pekerjanya yang culas. Belum habis dengan surat layang, hari ini dia dikhianati pula.

Johari buntu. Takkanlah dia mahu pulang dengan kereta yang pancit begini? Paling tidak, dia perlu menukar tayar itu terlebih dahulu. Mujur yang dipancitkan cuma satu sahaja.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 261

Johari memandang jam tangannya. Sudah pukul 6.40 petang, sedangkan maghrib jatuh pada jam 7.15 malam. Masih sempat! Johari mengambil nafas panjang, mengumpul kesabaran, rasional dan kekuatan. Dia ke booth belakang dan membawa keluar tayar simpanan dan jack. Dia kemudiannya menanggalkan tali lehernya dan menyinsing lengan bajunya. Dengan susah payah, dia menekan-nekan jack, menaikkan tayar sehingga beberapa inci dari tanah. Tiada sesiapa yang membantu kerana yang jelas, walaupun banyak kenderaan yang lalu lalang, tetapi semua pasti sibuk mahu segera pulang ke sarang penginapan masing-masing. Semua orang mengenal penat. Johari juga. Tapi dia terpaksa banyakkan bersabar.

Sedang tangannya bekerja keras, hatinya dipasrahkan dan dipaksa untuk mengingati Allah. Keringat yang mengajir, dibiarkan tidak disapu. Mudah-mudahan ia akan datang kepada Tuhan sebagai saksi atas kesabarannya saat diuji begini.

Johari berhenti seketika. Penatnya bukan kepalang. Tangannya hitam dan kotor. Bajunya lencun dengan peluh. Dia jadi tidak selesa dengan badan yang sudah hamis. Keadaan sekeliling sudah semakin gelap, tanda jelas bahawa maghrib sedang merangkak datang. Dia perlu cepat. Paling tidak, mahu membiarkan peluhnya kering dahulu sebelum dia tampil mengadap Yang Maha Kuasa, mengadu dan merintih.

Hari itu, Johari bersolat maghrib di surau pejabatnya sahaja dengan bermakmumkan Saleem. Hanya mereka berdua bersama Allah yang sedang menilai kesabaran hamba-Nya.

Peristiwa petang itu menjadi titik tolak yang baru buat Johari. Dia insaf. Selama ini, pergantungannya kepada Allah longgar. Hanya dalam beberapa keadaan yang boleh dikira dengan jari sahaja. Selain itu, dia lebih banyak bergantung dengan yang selain daripada Allah.

Dalam setiap solat, bahkan solat sunnat, Johari akan berdoa supaya orang-orang melakukan dengki kepadanya untuk tampil. Tidak berselindung, dan tidak berpura-pura lagi. Paling tidak, dia mahu tahu sebab apa dia dibenci. Adakah kerana kesilapannya? Jika ia berasal dari kelemahan dan kesilapan dirinya, Johari sedia untuk memperbetulkan diri. Jika perlu, dia juga sedia untuk turun daripada jawatan pengurus itu. Ah, baru jawatan pengurus, sudah ada orang yang dengki. Agaknya, ayahnya yang menjadi pengerusi pasti lebih banyak musuhnya.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 262

Johari cuba berlagak ceria seperti biasa. Dia akan menyapa dan menyebarkan salam kepada semua. Tapi tidak kepada pekerja wanita. Ada sebab mengapa dia nampak seperti menjauhi daripada mesra dengan pekerja-pekerja wanita. Ini kerana di dalam surat layang yang ditujukan kepadanya, pengirim mengatakan bahawa dia kaki perempuan. Johari terasa seperti mahu ketawa. Setahunya, dia tidak pernah sesekali pun keluar dengan wanita. Cuma jika terpaksa, seperti kerana urusan kerja, Johari sendiri akan memastikan bahawa tempat yang dituju ialah tempat awam, terbuka dan telus.

Sebenarnya Johari tidak tahu dan tidak sedar bahawa dia telah menjadi subjek perbualan para pekerja wanita di pejabat itu. Di pejabat pentadbiran ini, syarikat al-Mukmin mempunyai seramai lebih 200 orang pekerja termasuklah dengan tukang cuci dan pengawal keselamatan. Separuh daripada bilangan itu ialah wanita. Datuk Hamzah, sebagai pengerusi syarikat, bijak dalam merencana hala tuju syarikat. Dia lebih mengutamakan para pekerja lelaki berbanding wanita sedangkan majoriti yang memohon kerja di syarikat ini saban hari ialah wanita. Tambahan, bilangan wanita melebihi lelaki.

Johari sebenarnya memang diminati ramai wanita. Pertama, kerana dia kacak. Dia sentiasa kemas, terampil, dan segak. Rambutnya sentiasa tersisir rapi. Janggutnya yang sejemput pula seakan-akan bonus, menambah lagi ketampanan dirinya. Tapi bukan setakat itu kerana jika mahu dinilai dengan penilaian rupa sahaja, ada beberapa orang yang juga tampan dan segak. Tapi Johari istimewa kerana dia seorang pengurus. Jawatan besar, gaji pula tinggi. Bahkan, dia juga ialah anak kepada Datuk Hamzah. Sudah pasti dia punya harta yang banyak.

Siapa yang tidak mahu hidup senang? Maka tidak hairanlah jika Johari digilai oleh pekerjapekerja wanita di pejabat itu. Yang bertudung, yang tidak bertudung, semua mengakui bahawa Johari ialah lelaki yang baik, jujur dan beriman. Bukan seorang dua yang mengaku bahawa Johari itu jauh lebih baik daripada teman lelaki mereka yang sesuka hati memeluk tubuh mereka. Mengambil kesempatan apatah lagi.

Antara gadis-gadis yang sering berusaha menawan hati Johari ialah Qistina Azra. Seorang gadis berdarah kacukan melayu dan cina. Sangat cantik. Kulitnya putih melepak, matanya galak, dahinya licin. Ah, gadis itu benar-benar cantik. Ditambah pula dengan lesung pipit di pipinya, memang ramai lelaki yang tergoda.

Lebih menarik degan gadis itu ialah dia bertudung. Tapi tujuannya bertudung bermacammacam. Yang paling utama ialah untuk menarik perhatian Johari. Dia sering berlama-lama di dalam bilik Johari saat menghantar fail-fail dan dokumen-dokumen untuk disahkan dan
Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/) Page 263

ditandatangani oleh Johari. Sesekali dia akan leka memandang lelaki itu hingga Johari akan berdehem-dehem kuat, memberi isyarat supaya dia pergi. Ketika itu jugalah dia akan malu sendiri.

Bahkan, Qistina Azra bukan sekadar berusaha memenangi hati Johari, tapi Datuk Hamzah juga. Caranya, dia berkawan-kawan dengan Kak Ros, personal assistant Datuk Hamzah yang juga merangkap anak kepada sepupu Datuk Hamzah. Banyak juga rahsia tentang keluarga Johari yang dia telah dia bongkar. Ah, hendak dikorek dari Johari sendiri, mustahil dapat. Sedangkan mahu diajak berbual pun lelaki itu sudah keberatan, apatah lagi jika diajak keluar.

Johari senyum simpul seorang diri. Dia dapat mengagak bahawa si pengirim surat layang itu sebenarnya tidaklah benar-benar dengki terhadap pangkatnya, tetapi ia lebih kepada dengki dan cemburu kerana melihat Johari menjadi kegilaan wanita-wanita di pejabat itu.

Saat-saat sukar diuji begini, Johari tidak segan untuk berbincang dengan Rosli, temannya yang paling dipercayai di pejabat itu. Respon Rosli juga sama saat membaca isi surat layang itu, Spesis manusia ini dengki sebab kau jadi kegilaan perempuan-perempuan di pejabat ini Joe.., kata Rosli sungguh-sungguh.

Johari terkejut kehairanan. Kegilaan apanya?

Dia tidak pernah menyangka dan tahu bahawa selama ini dia diperhatikan. Tidak sesekali terlintas bahawa dia akan mendapat tempat yang istimewa di dalam hati wanita, lebih-lebih lagi pekerjanya sendiri.

Itulah... kau mana tahu sebab kau duduk dalam bilik. Tutup pula tu. Kami yang kat luar ni tahu la.. hampir semua perempuan yang bujang kat sini pot-pet pot-pet duk cakap pasal kau..., balas Rosli. Mukanya serius. Tangannya terangkat-rangkat.

Johari ketawa lagi. Dia terasa lucu mendengar kerana baginya, segala ini tidak masuk akal sama sekali.

Pasal perempuan-perempuan ni, aku tak kisah Li.. Yang aku kisah ni haa!, Johari menunjuk-nunjuk kearah surat yang sudah dilipat atas meja itu.
Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/) Page 264

Aku nak tahu juga siapa yang kirim surat ini. Aku bukan nak marah, tapi aku nak menyelesaikan salah faham ini. Aku tak suka berdendam, dan aku tak nak orang berdendam dengan aku, sambungnya perlahan. Tapi ada ketegasan di balik nada.

Aku ada cadangan!, suara Rosli sedikit tinggi. Dia bersemangat.

Ha.. apa dia?, Johari berubah wajah. Dia mendekatkan kepalanya kearah Rosli yang sedang tersenyum lebar, menunggu-nunggu ayat seterusnya keluar daripada mulut sahabatnya itu.

Mulai esok, kau parking kereta dekat-dekat dengan bangunan ni. Lepas tu, kau suruh si Saleem tengok-tengokkan kereta kau. Setakat ni, kan peminat misteri kau letak surat di wiper. So, ko suruhlah si Saleem tu tengok-tengok siapa yang letak. Dia kan sudah dekat 8 tahun kerja di sini, jadi hampir semua orang dia kenal di sini, cadang Rosli penuh semangat.

Johari tidak terus setuju. Dia berfikir sejenak. Yang dia pasti, Saleem tidak akan kenal dengan semua orang kerana staf yang bekerja di syarikat ini bukan hanya 10 atau 20 orang, tapi semuanya 226 orang tidak termasuk dia dan Rosli.

Okey juga cadangan kau tu. Walaupun aku tak berapa yakin akan dapat cari orangnya, tapi tak salah kita mencuba, kan?, Johari tersenyum lebar. Tangannya membetulkan tali lehernya yang lari sedikit kerana tersangkut pada hujung meja. Rosli tersenyum. Dia gembira dapat membantu sahabatnya walaupun sedikit.

Petang itu, sebelum pulang, Johari memanggil Saleem dan seorang lagi pengawal keselamatan berbangsa Bangladesh. Dia pekerja baru, tapi sebenarnya sudah hampir 3 bulan juga. Cuma Johari yang agak sibuk, tak sempat berkenal-kenal dengan lelaki betubuh gempal dan bermisai tebal itu. Sesekali berselisih, Johari hanya akan memberi salam dan akan dijawab lancar oleh lelaki itu.

Nama awak apa?, tanya Johari kepada lelaki dari Bangladesh itu. Briefcasenya diletakkan di atas bawah. Penat untuk terus dipegang.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 265

Nama saya Farouk tuan, balas lelaki itu dengan bahasa melayu yang lancar. Dia senyum memandang Johari, senang dengan lelaki yang tidak malu untuk memberi salam kepada pengawal keselamatan seperti dia. Zaman sekarang, siapa yang sanggup memberi salam kepada orang yang berpangkat lebih rendah.

Begini. Farouk dan Saleem. Saya ada sesuatu nak minta tolong ni, Johari meletakkan tangannya di atas bahu Saleem dan Farouk.

Ada apa tuan?, tanya Saleem. Pemuda dari Pakistan itu sudah pun berkahwin dan mempunyai 3 orang anak lelaki, tapi mereka semua di Pakistan. Saleem tidak mampu untuk membawa mereka pulang ke sini kerana di Pakistan, pekerjaan sangat-sangat sukar untuk didapati. Jika ada pun, gajinya terlalu kecil. Kerana itulah dia terpaksa berhijrah dan mencari rezeki di negara orang. Negara orang pun, masih lagi di bumi Tuhan.

Saya nak minta tolong tuan-tuan berdua untuk tengok-tengokkan kereta saya. Ituu.. nampak kereta saya?, tanya Johari sambil tangannya menunjuk kearah sebuah kereta waja berwarna hitam yang menghadap terus kearah mereka. Tidak jauh, cuma beberapa meter sahaja.

Tuan mahu kami tengok-tengokkan kereta tuan?, tanya Farouk kehairanan.

Ya. Saya akan beri sedikit upah kepada Farouk dan Saleem setiap hari. Tugas awak berdua senang sahaja. Setiap hari, saya akan meletakkan kereta saya di situ. Jika bukan situ, dekatdekat dengan situ juga. Dan saya mahu awak tengok-tengok jika ada orang yang datang dekat dengan kereta saya dan meletakkan sesuatu pada wiper kereta saya. Saya nak awak camkan mukanya. Saleem.., saya yakin awak boleh cam muka pekerja-pekerja di sini kerana awak pun sudah lama bekerja di sini,kan? Johari memandang Saleem. Mukanya nampak tegang, menzahirkan serius.

Saleem mengangguk. Tidak semua, tapi mungkin saya kenal

Johari tersenyum lega. Baiklah. Mulai esok, saya nak kamu tengok-tengokkan ya. InsyaAllah, saya akan beri upah sedikit

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 266

Johari mengambil briefcase, menyalami kedua orang muslimin itu dan berganjak ke keretanya. Di jalan raya, Johari tersenyum sendirian. Matanya tertumpu di ke hadapan, bersesak-sesak dengan kenderaan yang bersimpang siur namun fikirannya seolah-olah tertinggal di lobi, masih kepada Saleem dan Farouk. Johari berfikir sendirian. Tidak rugi rupanya jika kita melayan orang lain dengan baik, bahkan tidak rugi jika kita bergaul dengan semua orang tanpa mengira kasta atau kududukan. Jika bagi kebanyakan orang, mereka akan merasa lekeh dan jelek untuk bergaul dengan orang yang berpangkat rendah dan hina. Tapi Johari tidak. Pertama sekali, dia tahu bahawa setiap muslimin itu bersaudara, dan setiap manusia yang berbeza-beza bangsa dan keturunan ini, diciptakan Allah supaya kita saling berkenal-kenalan.

Johari riang. Jauh di sudut hati, dia memanjatkan doa agar benda-benda yang tidak diiingini tidak lagi terkena kepadanya, juga tidak kepada orang lain.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 267

BAB 35

Aisyah sedang duduk menyandar di atas kerusi di dalam biliknya. Matanya yang bulat memandang kearah komputer riba yang terbuka, tetapi dengan pandangan yang kosong. Entah mengapa sejak beberapa hari ini dia merasakan sesuatu yang sangat lain dan luar biasa menyapa hatinya yang baru belajar mengenal erti ketenangan. Kadang-kadang, muncul bayang-bayang seorang lelaki yang sangat dia kenal. Ketika itu juga, Aisyah akan merasa gementar, sayu dan kadang-kadang, bahagia. Aneh sekali!

Aisyah mengakses ke internet. Sebenarnya baru beberapa minggu sahaja dia meminta ayahnya memasang talian internet jalur lebar di rumah mereka. Pada mulanya, adik-adik perempuannya mendesak hebat ayah mereka untuk memasang internet di rumah mareka, tetapi Encik Azizi buat tidak endah. Namun selepas campur tangan Aisyah yang termakan pujuk rayu adik-adiknya, Encik Azizi terpaksa bersetuju. Bukan apa, Aisyah tahu bapanya bimbang sekiranya nafas-nafas yang tidak sihat masuk melalui kemudahan internet tadi dan menyerang pemikiran anak-anak gadisnya yang semakin membesar. Encik Azizi belajar itu dari pengalaman. Daripada Aisyah!

Di bumi kangaroo dahulu, ternyata Encik Azizi telahpun gagal dalam tugasnya sebagai bapa. Dia terlalu memberi kebebasan kepada anak sulungnya. Mahu berparti? Mahu keluar dengan kawan-kawan? Mahu keluar lewat malam? Ah, semuanya boleh asalakan Aisyah tidak mematikan telefon bimbit. Aisyah, bukannya tidak boleh menipu. Sudah bertan-tan penipuan, tapi tetap bapanya masih percaya. Langsung dia tidak bertegas.

Cuma sejak dia berubah dan bertemu kembali jalan pulang, Aisyah sudah tekad untuk tidak lagi menyoroti jalan kelam lagi gelap itu. Dan dia benar-benar membuktikan keluhuran niatnya untuk berubah. Aisyah melarikan tetikus ke kiri dan kekanan, mahu membuka kantung emel. Dia senang dapat berutus emel dengan sahabat-sahabatnya. Aisyah seorang yang universal. Jaringan kenalannya tidak hanya terhad dengan sahabat di Malaysia, tapi di merata dunia. Bahkan, sahabatnya di Asutralia lebih banyak daripada sahabatnya yang berada di sini, Malaysia.

Satu emel daripada Ameena diterima. Ameena ialah seorang gadis yang berhidung mancung persis seludang. Ameen juga ialah gadis arab yang pernah dimarahi dan ditengking oleh Aisyah kerana membaca al-Quran dengan kuat. Ya, itulah Siti Nur Ameena, teman sebilkinya semasa di awal-awal pengajiannya di University of Aston. Baris demi baris ayat dalam emel itu dibaca. Satu perkataan pun tidak tertinggal. Wajah Aisyah yang nampak suram tadi bercahaya-cahaya. Matanya galak. Senyum di bibir terukir kemas.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 268

"I'm getting married with my mum's choice early next year"

Perkataan itu membuatkan Aisyah teruja. Dia syukur dan turut merasa bahagia atas berita itu. Segera jari-jemarinya menari laju, menekan-nekan keyboard komputer. Dia mengirim ucapan tahniah dan sepotong doa buat sahabatnya itu yang tidak pernah sesekali membecinya atas segala khilaf silamnya.

Selesai, Aisyah menutup komputer itu. Komputer riba jenama Acer itu sebenarnya sudah berusia hampir 5 tahun tapi masih gah memberi khidmat. Sejak dia menjadi pelajar universiti lagi, dia sudah berdamping dengan benda itu.

Aisyah merebahkan badannya di katil. Mengelamun jauh. Bunyi deruman enjin motosikal di luar rumah sedikit pun tidak merangkak masuk ke dalam mindanya. Fikirannya menjauh bermuhasabah, mengira-ngira perjalanan hidupnya sendiri. Liku-liku di jalan gelap sudah dia lalu dan sudahpun ditinggalkan. Yang menanti, ialah liku-liku di jalan cerah, pastinya ia lebih berat dan sukar.

Aisyah bertanya hatinya sendiri. Dia mahu kiranya dia boleh membawa hatinya untuk bersenda gurau dan berbual-bual menemaninya. Dia akui bahawa cabaran yang paling sukar dan getir bagi dirinya ialah untuk istiqomah, iaitu untuk konsisten dan berterusan dalam meneruskan perkara-perkara baik yang telah di mulakan dahulu. Akhirnya Aisyah terpaksa akur dengan kebaikan Azlin, teman yang banyak menjadi pendengar setia saat dia melempiaskan kesedihan yang terbuku dalam hati.

Siapa yang tidak sedih apabila niat mahu berubah, ditfsir sebagai niat mahu mengada-ngada menunjuk-nunjuk?

Itulah reaksi negetif yang dilontar kepadanya daripada kebanyakan orang yang dia kenal. Siapa lagi jika bukan teman-teman sepejabatnya juga. Sinis sahaja mereka bercakap, seolaholah mereka dapat tahu apa yang bermain di dalam kalbu gadis itu. Kesal sungguh. Apa tidaknya, perubahannya mendadak! Sangat-sangat mendadak. Daripada seorang gadis yang memakai skirt ke pejabat, dia terus menjadi gadis berbaju kurung. Siap dengan tudung kepala lagi!

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 269

Aisyah bangkit dari berbaring. Dia duduk bersila di atas katil. Matanya terkebil-kebil, menolak rasa sedih yang kian mendatang. Ah, buat apa dilayan kesedihan ini. Bukannya memberi untung pun! Aisyah marah dengan dirinya yang kadang-kadang, terlalu lemah dalam mainan perasaan.

Tangannya dipanjangkan ke arah meja di sisi katil. Dia mencapai mushaf al-Quran comel yang berwarna merah jambu pada kulit luarnya. Serta merta senyuman manis terukir tanpa dibuat-buat. Dia terkenangkan si jejaka soleh yang menghadiahkan al-Quran ini. Tidak dinafikan. kerana lelaki itulah Aisyah jadi semangat mahu keluar daripada kebutaan al-Quran. Kerana jejaka itu jugalah, dia sedar dan menyesali silap semalam kerana dia terlalu mengabaikan al-Quran, apatah lagi petunjuk-pentunjuk di dalamnya.

Aisyah sebenarnya bangga dengan dirinya. Dia sudah mampu membaca. Lancar itu tidaklah, tapi paling tidak, dia sudah banyak boleh membaca dnegan laju berbanding dahulu. Bantuan daripada Ustazah Asyiqin dan sahabatnya, Azlin sangat-sangat ditagih dan mereka berdua benar-benar tidak kisah memberi bantuan. Dia senyum lagi, terkenangkan dua wanita yang sangat istimewa dalam hatinya.

Aisyah membuka al-Quran yang beserta terjmahan itu. Gemersik suaranya memenuhi ruang bilik tidurnya., tapi cukup untuk dia seorang sahaja mendengar. Tidak dia kuatkan, bimbangbimbang keluar hingga ke luar rumah pula. Saat bacaannya sampai di surah An-Nur ayat 26, dadanya tiba-tiba sebak.

Maksud ayat yang sudah sedia difahaminya itu menyebabkan hatinya terasa sayu. Dia juga mengharapkan jodoh dari kalangan lelaki yang baik-baik dan mahu membimbingnya. Dia mahu bahagai. Ya, dia mahu. Namun dia sedar bahawa dia gadis kotor, yang pernah melalui liku-liku kehidupan yang gelap, kelam dan berselimut dengan tawa yang terbahak-bahak. Ah, semuanya silam.. tapi, itulah hakikatnya. Aisyah sedar, dia tidak solehah. Dia pernah minum arak, bahkan pernah juga hampir-hampir kehilangan kegadisannya.

Tidak semena-mena, matanya basah. Airmata yang turun, bukan lagi dipanggil-panggil. Ia jatuh sendiri berserta sekelumit rasa insaf yang ada hujung pangkalnya. Aisyah menggenggam tangan putihnya. Diletakkan al-Quran itu di dadanya. Dia sedih...

Apakah ada cinta seorang lelaki soleh untuk hamba yang jijik ini, Ya Allah?, dia merintih perlahan, tetapi bukan sendirian. Aisyah tahu, Allah sentiasa ada!
Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/) Page 270

****** Pagi itu Aisyah bangun sedikit terlewat. Dia kesal sendiri kerana bangun-bangun sahaja, azan subuh sudahpun berkumandang. Hari itu dia tidak sempat bersolat sunnat sebelum subuh dek kerana malam tadi dia hanya terlelap sesudah hampir pukul 1 pagi sedangkan badannya ketika itu sudahpun meronta-ronta meminta direhatkan.

Segera dia mendi dan mnunaikan solat subuh. Aroma kesegaran solat subuh menyelinap ke seluruh sarafnya. Terasa enak sekali. Selesai dengan perintah solat, Aisyah bersiap-siap untuk ke pejabat, menunaikan perintah-perintah Allah yang lain pula. Dia menyarung pakain yang sopan. Matanya memandang-mandang jauh ke dalam almari pakain. Baju-baju yang ketatketat, terdedah dan senteng banyak benar dibiar tanpa sentuhan sekian lama. Ah, biarkan saja ia terbiar di situ. Nanti apabila sudah bersuami, bolehlah dia kembali berpakain seperti itu semula. Melaram depan suami, bukannya dosa pun. Tapi, siapa mahu mengambilnya sebagai isteri. Dia tidak mahu lelaki biasa-biasa, yang mengenyit mata kepada gadis berdahi licin.

Tanpa mekap yang tebal-tebal, hanya secalit gincu, Aisyah turun ke dapur. Seperti kebiasaan. Mak Jah sudah menyiapkan sarapan untu mereka satu keluarga. Encik Azizi sedang memakai tali leher di depan cermin. Rambutnya juga masih belum di sisir. Dia tersenyum memandang anak gadisnya. Cantik dan ayu benar. Puan Mona memanggil Aisyah untuk duduk. Dia menuangkan air milo panas ke dalam cawan dan disuakan kepada Aisyah. Gadis itu menyambutnya dengan penuh cermat.

Pagi itu mereka berbual-bual ringkas seperti selalu. Aisyah tidak menunggu lama. Dia menghabiskan secawan milo panas dan sekeping roti bakar. Selesai, dia bersalaman dengan ayah dan ibu dan terus ke pejabatnya yang selalunya mengambil masa antara 30-45 minit. Bahkan, kadang-kadang jadi 1 jam. Dia memberi salam dan pergi bersama senyuman.

Di meja, Encik Azizi masih mengucah potongan roti yang dicalit dengan jem kaya. Sarapannya ringkas, tapi masuk dengan seleranya pagi-pagi begini. Isterinya sekadar memandang. Ada sesuatu yang bermain di dalam hatinya.

Dua orang adik Aisyah, Lisa dan Anis masih belum datang bersarapan, masih sedang bersiapsiap untuk ke sekolah. Sejak ada internet, semakin lambat pula mereka selesai bersiap pergi. Apa tidaknya, semua tidur lambat. Tapi selalunya mereka berdua itu memang tidak mahu makan pagi. Kerana itu, Puan Mona akan menyediakan sebungkus bun kacang merah untuk setiap seorang, supaya mereka bertenaga di awal pagi begini.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 271

"Bang... hati saya sejuk sangat melihat perubahan Aisyah tu... Saya gembira sangat-sangat..", Puan Mona meluahkan rasa hatinya pagi itu, di meja makan.

"Ya. Saya tahu.. saya pun suka. Tapi takkanlah hari-hari awak nak cakap kot..", balas Encik Azizi separuh bergurau. Dia juga berbangga dan bersyukur tidak terhingga. Hampir setiap malam,sebelum tidur dia dan isteri akan memuji dan menginsafi diri melihat perubahan positif anak gadisnya. Walaupun agak drastik, tapi segalanya baik. Ibu mana yang tidak suka? Bapa mana yang tidak gembira?

Puan Mona tersipu. Malu dengan dirinya yang nampak macam terlalu teruja. Hampir setiap malam, sebelum tidur dia akan bercerita, memuji dan bercakap-cakap perihal anak sulungnya itu. Topik perbualan mereka suami isteri banyak berkisar tentang anak mereka itu. Paling jelas, dia dan suaminya jadi malu sendiri dengan anaknya itu. Tidak langsung, ia memberi satu tekanan yang halus kepada mereka suami isteri supaya turut sama berubah kearah kebaikan.

Puan Mona bermuhasabah. Dahulu, dia juga agak nakal. Zaman remajanya juga ada cerita yang tersendiri. Ah, terasa malu pula untuk dibongkar kembali. Dia menginsafi diri.

"Abang... Saya rasa Aisyah tu sudah sampai masanya untuk berumah tangga", bisik Puan Mona perlahan. Mukanya nampak begitu bersungguh-sungguh.

Encik Azizi yang leka mengunyah sedikit terkejut. Keningnya diangkat. "Kahwin?", tanyanya sepatah.

"Iya.. dia sudah 24 tahun lah bang..", tambah Puan Mona. Bibirnya mengulum senyum, penuh makna. Terbayang-bayang juga anaknya duduk di pelamin, tersenyum manis malu-malu.

"Dengan siapa? Setahu saya, Aisyah bukannya ada teman lelaki", kata Encik Azizi. Tangannya mengangkat cawan milo panas dan air itu dihirup penuh nikmat.

"Mak! Ayah! Kami pergi sekolah dulu ya!", tiba-tiba Lisa dan Anis berteriak sedikit kuat. Mereka dua beradik laju menapak ke luar rumah, tergopoh-gapah menuju sekolah.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 272

"Eh..eh.. tunggu dulu jap", Puan Mona menyuruh dua orang anak gadisnya yang sedang menyarung kasut sekolah itu untuk tunggu sebentar. Dia bergegas menghulurkan 2 bun roti kepada anak-anaknya, supaya dimakan sebelum ke kelas.

Sempat juga dia mengomel, "Tidur lagi lambat, bangun pun lambat! Lepas tu, bukannya tahu nak salam dengan orang dulu"

Lisa dan Anis tersengih malu. Mereka bersalaman denga ibu mereka. "Ayah, kami pergi dulu ya"

Encik Azizi hanya memandang dengan ekor matanya. Dia mengangkat tangan, seperti melambai.

"Jalan baik-baik!", pesan Puan Mona di muka pintu.

"Iya. Baiklah mak. Assalamualaikum"

Puan Mona dan Encik Azizi menjawab hampir serentak. Puan Mona kembali ke kerusi yang ditinggalkan tadi, mahu menyambung kembali perbincangan mereka tentang Aisyah.

"Itu saya tahu... Aisyah memang tak ramai kawan lelaki. Tapi.. ada seorang pemuda tu... abang jagan lupa..", kata Pun Mona. Senyumannya melebar.

"Siapa?", tanya Encik Azizi. Dia semacam terlupa yang dia perlu pergi kerja hari ini. Lalai melayan isterinya. Dia melirik memandang jam. 'Tak apa, masih ada masa', bisiknya dalam hati.

"Dia lelaki baik.. soleh...segak.. tampan.. dan paling penting, dia sangat rapat dengan Aisyah", Puan Mona bercakap dengan nada yang turun naik. Dia bercerita, seolah-olah ia pula yang dibuai angin asmara.
Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/) Page 273

"Johari?", Encik Azizi meneka.

Puan Mona ketawa kecil. "Iyalah.. siapa lagi? Takkan abang tak suka Johari kot?", tanyanya pula, meminta pandangan suami.

Encik Azizi tersenyum manis. Tangan kirinya mengusap-ngusap dagunya yang dihinggapi setompok janggut.

"Ish.. mestilah saya suka. Bagus budak tu", puji Encik Azizi pendek. Tidak mahu dia membongkar satu per satu kebaikan pemuda itu. Senang kata, jika pemuda yang dimaksudkan itu ialah Johari, maka dia akan berkenan benar. Tanpa teragak-agak dia akan bersetuju.

"Tapi.... budak dua orang ini bagaimana?", tanya Encik Azizi tiba-tiba. Risau jika salah seorang dari mereka tidak bersedia, walaupun bukan itu yang dia harapkan.

Puan Mona ketawa kecil. "Pasal itu, abang jangan risau. InsyaAllah saya akan usahakan".

Mereka bertukar-tukar senyum. Masing-masih sudah membayangkan untuk mendapat menantu yang soleh. Johari!

*********

Hari itu Johari tiba di pejabatnya lebih awal dari biasa. Keretanya diletak di tapak yang paling dekat dengan pintu. Biar senang untuk diperhatikan. Johari segak berbaju kemeja dan bertali eher. Tangannya menjinjing kemas briefcase. Langkahnya kemas menuju ke lobi. Sebelum melangkah ke tingkat atas, matanya mencari-cari dua orang pengawal keselamatan semalam, Farouk dan Saleem. Sayup-sayup, dia terpandang Saleem yang sedang berpakain uniform putih sedang berjalan lambat ke arahnya. Johari tersenyum mesra. Dia menghulurkan salam kepada lelaki Pakistan itu.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 274

"Hari ini shift pagi?", tanya Johari. Bangunan 6 tingkat milik syrikat al-Mukmin ini menggaji 9 orang pengawal keselamatan. 3 orang bagi setiap shift dan Johari kenal semuanya.

"Ya. Sampai pukul 6 petang nanti", jawab Saleem pantas.

"Baguslah. Nanti sebelum pukul 6, awak tunggu saya di sini ya. Saya mahu laporan daripada awak", Johari menepuk belakang lelaki itu. Oh ya, Farouk mana?, matanya galak memandang ke sekeliling lobi bangunan al-Mukmin. Di tingkat itu, yang ada cumalah beberapa buah bilik stor, tandas, dan juga surau. Di hujung sudut kanan pula ialah ruang menunggu. Ada disediakan meja dan beberapa buah kerusi. Selalunya para pengawal keselamatan inilah yang akan duduk, itupun secara sembunyi-sembunyi. Biasalah.. kerusi mereka, kerusi kayu yang keras dan tidak selesa. Manakala di sana pula ialah kerusi yang empuk. Sekali duduk, rasa malas aja nak kembali berdiri.

Saleem seakan-akan berfikir sebentar. Oh.. Farouk ambil cuti hari ini tuan. Katanya, dia kurang sihat..

Johari pelik. Semalam, lelaki berbadan gempal itu nampak sihat dan ceria saja. Ye ke? Dia sakit apa? Awak duduk serumah dengan dia kan?

Saleem mengangguk. Katanya dia demam. Tadi lepas solat subuh, terus dia sambung tidur. Badannya panas sedikit, tapi tuan jangan risau. Lepas pergi klinik, insyaAllah tidak ada apaapa..

Saleem menghadiahkan senyum kepada Johari. Dia rasa beruntung kerana mengenali orang yang baik semacam Johari. Johari dengan Datuk Hamzah, kedua-dua mereka langsung tidak kekok dan merasa segan mahu bergaul dengan orang-orang yang berkasta rendah sepertinya.

Kalau macam itu, tak apalah... nanti petang tunggu saya di sini ya.., pesan Johari kembali sebelum dia bingkas dari kerusi dan terus mara ke biliknya. Sampai-sampai sahaja, dia terus menghenyak kerusi empuk di pejabat. Mulutnya terkumat-kamit, berdoa agar dia dapat mencari siapakah orang yang bertanggung jawab memberi surat layang dan memancitkan tayar keretanya.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 275

Johari terus berganjak ke rak di sebelah. Fail-fail yang setebal tidak kurang 2 inci, tersusun rapi dan berlabel, penuh cermat dan teliti. Dia mengambil satu laporan, dan dibelek dengan penuh perhatian. Serta merta otaknya mula bekerja hingga dia tidak perasan pun sudah mengahmpiri pukul 9 pagi dek kerana terlalu khusyuk dengan kerja.

"Tookk!" "Tookk!", Pintu biliknya diketuk. Tidak kuat, tapi mengejutkan Johari yang sedang menulis-nulis sesuatu.

"Masuk", suaranya dilantangkan sedikit. Memberi arahan agar orang di luar tadi untuk masuk.

Qistina Azra menapak masuk. Dia berjalan perlahan dan hati-hati kearah pengurus muda itu yang masih sibuk menulis sesuatu di mejanya. Sedikitpun kepalanya tidak didongak. Ah, terlalu sibuk mungkin.

Qistina Azra menyedut nafas. Dia berdiri di depan meja Johari. Betul-betul di depan lelaki itu. Mukanya sengaja dimaniskan. Matanya dikecilkan. Lesung pipt di pipi, timbul saat dia memberi senyuman lebar. Sungguh cantik dan manis sekali.

Ada apa Azra?, tanya Johari. Matanya hanya memandang Qistina Azra sekilas cuma.

Qistina Azra mengetap bibir. Geram kerana lelaki itu tidak melayan dia. Tumpuannya hanya terarah kepada kerja sahaja.

Qistina menghulur sekeping fail nipis kepada Johari. Sengaja dia tidak mahu letak sahaja, kerana dia mahu lelaki itu mengambil sendiri dari tangannya dan pasti, dia akan memandangnya.

Apa ini?, tanya Johari sambil menyambut fail itu. Riak wajahnya sukar ditafsir. Ada tandatanda pelik bercampur geram kerana diganggu.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 276

Laporan yang encik minta tadi, balasnya. Ada nada rajuk dan kecil hati di hujung-hujung. Wajahnya yang manis dan ceria tadi juga sudah bertukar sedikit suram.

Alhamdulillah, spontan Johari mengucap syukur. Sebenarnya dia sudah terlupa bahawa dia memerlukan laporan itu, untuk dilampirkan bersama dengan kertas kerja ini. Patutlah sejak tadi dia merasakan ada sessuatu yang tidak lengkap sahaja.

Terima kasih Azra. Saya betul-betul sudah lupa yang saya ada request laporan ini. Mujurlah awak cepat. Kalau lambat hantar, habislah saya kena mulakan semula kertas kerja ini. Kata Johari sambil senyum manis.

Qistina Azra turut senyum. Nampaknya rajuk dia telah tenggelam, berganti suka kerana dapat menatap senyuman manis jejaka itu.

Terima kasih Azra, Johari tersenyum lebar.

Qistina Azra mengangguk. Hatinya berbunga-bunga. Gembira dipuji oleh Johari. Hatinya berbisik, Nampaknya aku masih ada peluang!. Dia menunggu-nunggu kata lanjut daripada Johari. Takkanlah lelaki itu tidak mahu memujinya? Atau mungkin, belanja dia minum?

Johari khusyuk memerhati dan membelek laporan urusniaga dan kerjasama syarikat alMukmin dengan pihak kilang yang di hantar oleh Qistina Azra, hinggakan dia tidak perasan yang gadis bertudung hijau itu masih berdiri tegak di hadapannya!

Qistina Azra geram kerana tidak dilayan. Kalau tidak ada apa-apa, saya pergi dulu..., balasnya lemah. Sengaja mahu menunjukkan rajuk dan sedih yang terbuku dengan harapan, dia berjaya memancing simpati Johari. Dia berpusing dan melangkah perlahan.

Azra! Tunggu kejap, tiba-tiba Johari menyuruhnya berhenti.

Qistina Azra gembira. Dalam hati, dia merasakan bahawa taktik memancing simpati tadi berkesan. Dia lantas berpusing, dengan muka yang tersenyum penuh makna.
Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/) Page 277

Ya. Ada apa?, tanyanya. Dia mengharap agak lelaki itu memujinya, atau jika boleh, mengajaknya keluar makan tengahari ini, atau bila-bila masa sahaja. Pasti dia akan sentiasa sudi!

Terima kasih ya, Johari tersenyum nipis.

Qistina Azra hampir menjerit geram. Hatinya panas. Tanpa membalas, dia melangkah laju keluar dari bilik Johari. Langkahnya laju dek kerana geram.

Sementara itu, Johari yang masih berada di dalam pejabat terus ternggelam dengan kesibukan bekerja. Otaknya tidak sempat memikirkan gadis itu. Segalanya tertumpu kepada kerja.

Qistina Azra menghenyak kerusi di mejanya. Dia merengus geram. Reaksinya dipandang sinis oleh pekerja-pekerja yang berdekatan. Bukannya mereka tidak tahu yang perempuan itu tergila-gilakan Johari, tapi Johari pula menjeling pun tidak mahu pada gadis kacuk itu.

Qistina memandang kearah alat penghawa dingin yang diletak di hujung bilik. Dia merasakan suhu di bilik itu panas. Sedangkan, yang panas itu ialah hatinya. Bukan sekali dua dia dilayan begini, tapi sudah beberapa kali. Bahkan, bukan dia seorang sahaja yang mendapat layanan dingin daripada Johari, tapi pekerja-pekerja wanita yang ada hati kepada Johari juga mendapat layanan yang sama. Bezanya, mereka semua sudah menyerah kalah. Tapi Qistina Azra tidak.

Dia duduk bersandar di kerusi. Hampir 15 minit juga begitu sehingga dia ditegur oleh Kak Maimun, ibu beranak 3 yang duduk tidak jauh dari meja. Qis, tak ada kerja ke? Kalau tak ada, bolehlah tolong akak..., katanya sinis.

Qistina Azra mencebek, lalu dia pun kembali menyambung kerjanya.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 278

BAB 36

Bagaimana? Ada nampak benda-benda yang mencurigakan?

Saleem menggeleng-gelengkan kepala. Tak ada tuan..

Johari diam sejenak. Riak wajahnya semacam kecewa. Tak apalah.. mungkin besok sahaja. Beginilah Saleem... awak tolong tengok-tengokkan lagi untuk esok boleh? Sampai esok saja... Boleh?, pinta Johari bersungguh-sungguh. Dia risau juga jika lelaki Pakistan di hadapannya itu enggan.

Saleem senyum lebar. Seminggu pun boleh tuan... tapi jika boleh, saya mahu tahu mengapa tuan minta saya dan Farouk tengok-tengokkan kereta tuan?

Johari memandang mata lelaki itu. Matanya tampak kuyu. Mungkin penat, dan mungkin juga bosan. Biasalah kerja sebagai pengawal keselamatan begini. Johari menelan liur. Mulutnya kemudiannya bergerak-gerak, bercerita tentang surat layang dan juga tentang tayar keretanya yang dipancitkan orang dahulu.

Saleem menggeleng-gelengkan kepala tanda kesal. Ada riak tidak puas hati yang jelas di bayang wajahnya. Dia geram apabila mendengar cerita Johari. Siapalah yang busuk hati sampai sanggup menyusahkan orang begitu. Tiba-tiba dia teringat kejadian petang itu, dimana Johari muncul di surau waktu maghrib dengan badan yang bermandi peluh. Saleem mahu bertanya, tapi niatnya dimatikan kerana melihat wajah kelat Johari. Rupa-rupanya waktu itu dia baru siap menukar tayar kereta, sendirian!

Baiklah tuan. InsyaAllah saya akan cuba tolong sedaya yang saya mampu. Tuan sudah banyak tolong saya. Tuan juga sangat baik dengan saya, dan kawan-kawan saya. Moga Allah membantu tuan dan menjaga tuan daripada kejahatan manusia-manusia yang busuk hati ini, lancar sahaja kata-kata itu meniti keluar dari bibir kering Saleem. Misainya yang tebal, ternyata dapat melindungi orang daripada perasan bahawa bibirnya kering. Hati kecilnya berdoa agar Johari dilindungi daripada apa-apa yang tidak elok.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 279

Saleem memandang jam besar di muka pintu. Sudah hampir pukul 6 petang. Pejabat itu sebenarnya sudah mulai lenggang sejak pukul 5 petang tadi. Cuma Johari sahaja yang lewat sedikit, sengaja mahu menunggu orang lain keluar dahulu. Tidak mahu jika orang misteri itu dapat menghidu rancangannya itu.

Malam itu, Johari melakukan solat hajat sebelum tidur. Pesan arwah datuknya, jika kita ada sesuatu keinginan, maka lakukanlah solat hajat dan mintalah kepada Allah. Johari ketika itu masih di bangku sekolah rendah, mendengar pesan datuknya dengan teliti. Datuknya, Haji Sohor memang suka bercerita. Lebih-lebih lagi kepada dia, cucu lelaki sulungnya.

Tanpa sedar, setitis airmata Johari tumpah semasa dia sedang memanjatkan doa kepada Allah. Dia rindu atuknya..

Johari mengerling memandang jam tangannya. Sudah pukul 1 petang. Patutlah urat-urat perutnya mengembang dan menguncup, memberi satu kombinasi rasa sakit yang menyucuknyucuk lapar.

Dia menutup fail-fail yang terbentang di atas meja. Disusunnya ia di satu sudut. Dia mahu keluar makan sebentar. Tak lama. Selepas solat zuhur dan makan tengahari, dia tidak akan curi tulang ke mana-mana, terus ke meja ini kembali.

Johari mengayun langkah sederhana. Hari itu dia berjalan sendirian kerana Rosli terpaksa bercuti kerana membawa isterinya bertemu doktor. Isterinya baru mengandung 3 bulan, tapi sudah bermacam-macam penyakit yang pelik-pelik dihidapinya. Johari, apabila mendengar cerita panjang Rosli, menahan-nahan dirinya daripada ketawa. Agaknya kelak apabila dia sudah berumah tangga, isterinya juga akan jadi macam ini kah? Johari tersenyum seorang diri.

Di lobi, dia mencari-cari juga Saleem dan Farouk. Mereka tiada di situ. Mungkin makan atau mungkin sedang di surau, berehat-rehat menunggu solat zuhur. Ah, waktu-waktu begini sudah pastilah orang misteri itu tidak berani melakukan perkara-perkara yang bodoh pada keretanya. Mata Johari melirik pandang kereta waja hitam yang dia letak beberapa kaki sahaja dari pintu. InsyaAllah, semuanya okey, bisiknya dalam hati.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 280

Tadi, semasa turun dari pejabat, dia ada juga mencari-cari staf-staf lelaki. Tiada. Yang ada ialah staf-staf wanita yang masih duduk di meja mereka, berbual-bual dan merenggangrenggangkan badan. Ada juga antara mereka yang sedang membelek-belekkan kuku. Khusyuk, sampai tak perasan yang pengurus muda mereka lalu. Siapa? Qistina Arwa! Gadis itu memang agak obses dengan kecantikan. Itulah yang membuatkan Johari geli-geleman. Johari melangkah ke restoren melayu yang berada cuma beberapa meter sahaja dari bangunan al-Mukmin. Seorang dirilah nampaknya dia hari itu. Datuk Hamzah ada mesyuarat di Putrajaya. Kalau tidak, dia boleh ajak ayahnya makan sekali.

Dari kejauhan, Johari sudah dapat membaca dengan jelas perkataan Restoren Masakan Melayu pada papan tanda besar di gerbang pintu restoren. Sememangnya, restoren itu agak terkenal dengan keenakan makanannya di samping harga yang berpatutan. Tidak hairanlah ia sentiasa sahaja penuh. Hari itu juga sama penuhnya. Hampir semua meja telahpun dikelelilingi para pelanggan yang sedang menikmati makan tengahari mereka. Ada yang makan dengan gelojoh, dan ada yang sengaja mahu melepak-lepak di kerusi seakan-akan tidak nampak yang orang lain sedang menunggu-nunggu tempat kosong untuk duduk.

Johari berfikir sejenak. Jika bukan kerana azab perut yang merayu minta diisi, pasti dia batalkan saja hasratnya untuk makan tadi. Dia masuk dalam barisan. Mengambil nasi dan lauk-pauk. Johari tidak leceh dalam bab makanan. Cuma, dia lebih suka makan ikut sunnah Rasulallah. Cara Nabi makan kalau diikut, ada pahalanya.

Antara yang pernah diajar oleh datuknya ialah jika mahu memilih lauk, jangan campur makan haiwan darat dengan haiwan laut. Datuknya juga selalu melarang dia makan dengan sudu dan garfu. Perlu guna tangan. Katanya, pada tangan kita sendiri ada enzyme. Sebab itu, Rasulallah sesudah aja makan, akan menjilat hujung jarinya. Selain itu, datuknya juga selalu berpesan supaya jangan membazir dan berhenti makan sebelum kenyang kerana jika kenyang sangat, maka datanglah segala macam sakit. Johari tersenyum sendirian. Kata-kata datuknya betul. Apa tidaknya, di Malaysia ini, orang tidak mati kerana lapar, tapi orang ramai mati kerana kenyang.

Johari melilau mencari tempat kosong. Di satu sudut, ada sebuah meja kosong. Seorang lelaki dan seorang gadis baru selesai menjamu selera dan berganjak ke kaunter. Mereka nampak mesra. Ah, suami isteri barangkali, Johari bersangka baik. Johari duduk. Selesai membaca doa ringkas, dia menyuap nasi. Penuh tertib dan santun.

Boleh saya duduk sini Encik Johari?, suara lembut seorang gadis menyapa gegendang telinganya, mengusik hati lelakinya.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 281

Johari mendongak memandang sosok tubuh itu. Qistina Arwa sedang membungkam senyum. Di tangannya ialah sepinggan makanan dan segelas air suam. Johari serba-salah. Dia memandang-mandang sekeliling kedai. Ternyata restoren ini sarat dengan pelanggan yang rata-rata ialah pekerja-pekerja syarikat al-Mukmin juga. Johari risau juga, jika dia membiarkan gadis kacuk arab itu duduk makan bersamanya berdua, orang akan salah faham. Lebih-lebih lagi, gadis itu sendiri tidak malu-malu cuba menawan hatinya. Dengan berat hati, Johari mengangguk. Dia tiada alasan untuk menolak kerana yang pasti, hanya mejanya sahaja yang masih kosong.

Qistina Arwa tersenyum manis. Penuh makna. Ini ialah kali pertama dia berjaya duduk berdua-duaan dengan Johari selepas beberapa siri percubaannya gagal. Johari ternyata bukan calang-calang lelaki yang mudah tersunggkur pada kecantikan dan kelembutan seorang gadis, termasuklah pada Qistina Arwa. Semua orang mengakui bahawa Qistina Arwa ialah gadis yang paling cantik di pejabat itu. Tapi bagi Johari, tiada sekelumit pun yang cantik pada gadis itu. Hanya sekadar rupa. Ya, hanya itu sahaja.

Johari berusaha untuk senyum. Paling tidak, dia rasa bertanggungjawab untuk memuliakan gadis itu. Tanpa sepatah kata, dia kembali mengadap makanan di pinggannya dan terus menyuap, padahal seleranya sudah semakin mati.

Qistina Arwa pula tidak terus makan. Dia ada agenda peribadinya. Di sekelilingnya, suarasuara orang ramai bingit sekali. Asap rokok berkepul-kepul naik ke atas, dan terus dikisar deras pusingan kipas, berpecah-pecah masuk ke dalam jantung semua manusia yang duduk dalam kedai itu. Sesuatu yang sangat tidak elok!

Encik Johari seorang saja?, tanya Qistina Arwa berbasi-basi. Dia bukannya tidak nampak yang Johari keseorangan.

Johari menjawab sepatah, Ya... seorang.

Encik Rosli mana? Selalunya saya tengok Encik Johari keluar dengan dia saja. Berkepit macam kembar pula.., tanya Qistina Arwa, sedikit bergurau. Dia sedang menyuapkan makanan melalui sudu ke dalam mulutnya.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 282

Rosli cuti. Isterinya ada appointment dengan doktor hari ini, balas Johari. Dia tidak memandang gadis yang duduk di depannya. Bukan Johari tak berani, tapi dia merasakan dia tidak layak untuk menatap wajah cantik dihadapannya itu kecuali jika keadaan benar-benar memerlukan.

Qistina Arwa mati akal. Sepatah dia tanya, sepatah Johari jawab. Lelaki ini benar-benar pendiam. Tak pernah dia bertemu lelaki seperti Johari. Selama ini, semua lelaki yang dia kenal sentiasa mahu berusaha menawan hatinya. Semua tidak segan menabur janji, bahkan memberi hadiah. Macam-macam! Tapi Qistina Arwa hanya akan menyambut dengan tawa mengada. Hadiah yang ditawar, dia terima. Tapi cinta yang dihulur, dia tinggal.

Tapi sejak kali pertama bertemu Johari, dia sudah merasakan lelaki itu sangat hebat. Ketokohannya teserlah jelas dan bertambah hebat kerana dia ialah anak kepada Datuk Hamzah, pengarah syarikat ini. Bahkan, nilai Johari di mata Qistina semakin tinggi semenjak dia dinaikkan pangkat sebagai pengurusnya. Jelas sekali yang gadis cantik molek itu sudah benar-benar jatuh hati kepadanya.

Qistina Arwa meletakkan sudu dan garfunya. Dia mengetap bibir. Geram dengan lelaki itu. Gadis itu rasa terhina kerana dia tidak diberikan layanan dan perhatian yang dia fikir, selayaknya untuk diberikan kepada gadis moden sepertinya.

Johari... Why everytime i cakap dengan you, you buat-buat tak dengar?, tanya Qistina Arwa sedikit meninggi. Dia benar-benar malu. Bukan malu jika dipandang orang akan kelakuannya, tapi malu kerana jejaka itu tidak melayannya. Apa yang kurang dengan dia? Dia cantik. Manis. Berpendidikan tinggi dan anak orang berada pula tu! Apa lagi?!

Johari yang masih menyuap makanan tadi terpana. Dia tersentak dengan kelakuan Qistina Arwa yang sangat tidak diduga itu.

Dia terdiam. Dilihatnya gadis yang dihadapannya itu merah padam, memandangnya tajam.

Awak sangat sombong Johari! Sangat-sangat sombong! Awak tidak pernah nak ambil tahu tentang perasaan orang kepada awak! I hate you!, kali ini suaranya keras. Beberapa orang pelanggan di kedai itu memandang mereka. Terkejut kerana melihat drama percuma tengah hari begini.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 283

Johari terkedu. Dia mahu berkata sesuatu, tapi dia rasa lidahnya kelu. Suaranya diraskan tersekat di kerongkong, tak boleh diluah. Dia hanya mampu memandang dengan sayu. Gadis cantik di hadapannya itu telahpun menghamburkan tangis. Saat itu, Johari benar-benar rasa malu. Sangat-sangat malu kerana mereka berdua telahpun menjadi tumpuan. Johari tidak mampu berbuat apa-apa. Tersepit antara mahu memujuk dan berdiam. Johari memilih untuk diam membatu sahaja.

Qistina Arwa bangkit. Kasar sekali hinggakan kerusi plastik yang menampung beratnya tadi seakan-akan mahu terjatuh. Disentapnya kasar beg tangan yang diletakkan di sisi lalu dengan laju dia melangkah keluar sambil tangannya ditengkup ke muka, menahan air matanya daripada terus berderai di depan khalayak ramai. Manakala di meja tadi, Johari menjadi seperti orang bodoh. Lebih tepat, orang bermimpi. Dia masih keliru dan terkejut dengan drama spontan itu.

Orang ramai yang memandangnya sejak tadi sudah kembali melayan urusan masing-masing. Selera Johari mati terus. Dia merasa kenyang dengan kejutan tadi. Dia meneguk air suam yang diambil tadi, dan terus dia melangkah keluar dari kedai itu. Sedang berjalan keluar itu, dia perasan bahawa ada beberapa pasang mata mengekorinya dan berbisik-bisik di belakang. Ah, mereka bukannya orang lain. Pekerja-pekerjanya juga!

Zohor itu, Johari berwirid lebih lama daripada biasa. Dia memanjangkan rantaian zikir dan doa, memohon Allah memberi ketenangan kepada dia dan Qistina Arwa dan paling dia pohon ialah agar Allah menyelamatkan dia daripada fitnah wanita.

Menangani fitnah wanita di akhir zaman, tidak semudah mahu menangani masalah serangan serangga perosak di kebun sawi. Jika dikebun sawi, petani boleh menyembur racun serangga yang tidak membahayakan tanamannya. Lalu, serangga pun mati dan sayur dapat tumbung segar dan subur. Tapi menangani ujian wanita, lelaki tidak boleh sembareno menyembur racun. Sebalinya, orang lelaki itu sendiri perlu kuat anti-body nya. Ya, iman orang lelaki perlu kuat!

Ya Allah, ampunkanlah aku... dan ampunkanlah juga dia. Berilah aku hidayah dan taufik serta berilah dia juga hidayah dan taufik. Ya Allah, bantulah dia untuk melupakan aku. Tabahkanlah dia dan berilah dia bertemu jodoh yang baik. Amiinn, doa Johari senyap.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 284

Untuk ke pintu biliknya, dia terpaksa melalui meja Qistina Arwa. Matanya menjeling kearah meja tempat gadis itu bekerja. Kosong. Sedangkan, jam sudah menunjukkan pukul 2.05 petang manakala rehat hanya sampai pukul 2 petang. Mungkin dia masih di surau wanita..., Sangja Johari lalu dia terus maju ke biliknya.

Arwa, maafkan saya..., hatinya berbisik.

Johari muram. Dia masih terkejut dengan peristiwa di restoren semalam. Dan hari ini, satu lagi masalah timbul. Hebat benar ujian yang dihadapi saat ini. Di tangannya ialah surat perletakan jawatan. Bukan dari siapa-siapa, tapi daripada gadis kacuk itu!

Perkara yang paling awal dia harus fikirkan pagi itu ialah surat itu. Qistina Arwa tidak banyak bercakap. Meminta maaf, jauh sekali. Memandang wajahnya juga gadis itu sudah tidak sudi sedangkan selama ini, wajah dialah tempat pandangan mata gadis itu tertumpah. Nampaknya gadis itu sudah benar-benar menanam kebencian kepada dirinya. Ah! Biarkan!

Terima kasih Encik Johari. Tolong jangan pujuk saya. Saya sudah tekad mahu berhenti. Hakikatnya, saya tidak suka bekerja di sini, gadis itu bersuara lantang. Nadanya tegas tidak seperti selalu. Selalunya gadis itu akan melunakkan suaranya. Halus, dan kadangkala membuatkan hati teruna cair. Hanya hari itu dan semalam sahaja Johari mendengar suara gadis itu tidak mendayu lagi.

Qistina Arwa tidak menunggu jawapan Johari. Dia tidak memerlukan jawapan daripada lelaki pertama yang berjaya meremukkan hatinya. Dia tergesa-gesa keluar dan mengemas mejanya. Dia benar-benar tekad. Sepatah pun tidak menjawab pertanyaan sahabat-sahabat yang memerhati penuh simpati.

Johari buntu. Sendirian termenung di mejanya. Dia terpaksa akur dengan kehendak gadis itu tapi dengan rasa bersalah kerana menghampakan harapan kasih gadis perawan itu.

Maafkan aku Arwa... Aku hanya mengimpikan cinta yang syarie, Johari sekadar bermonolong dengan perasaan. Tidak lama, dia kembali menumpukan perhatian ke monitor komputer, menyambung kerjanya, membiarkan rasa yang tidak enak tadi hilang dibawa roda masa.
Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/) Page 285

Tiba-tiba, telefon bimbit Johari berbunyi dan bergegar hebat. Terperanjat jug dia. Terus, dia mencapai telefon yang berada dalam poket kirinya dan terus mengambil panggilan itu. Dari Datuk Hamzah!

Assalamuaikum ayah... Kenapa?, Johari memberi salam dan terus bertanya.

Waalaikumussalam. Ayah dapat berita, ada seorang pekerja kamu mohon berhenti. Betul?, tanya bapanya. Nada suaranya sukar dijangka.

Johari sedikit gelabah. Dia tak sangka berita itu tersebar begitu cepat. Ya... Qistina Arwa nama gadis itu. Dia tak beri alasan kenapa dia berhenti. Dia cuma kata dia tidak seronok sahaja. Hanya itu...

Tak seronok atau tidak bahagia?, tanya ayahnya sinis.

Johari bingung. Apa maksud ayah?

Kamu ada apa-apa dengan dia?, tanya Datuk Hamzah. Suaranya jelas bernada protes walaupun perbualan itu berlaku di hujung telefon.

Astaghfirullah.. ayah, saya datang bilik ayah sekejap ya. Kita bincang dalam sana, cadang Johari dan ia disambut positif oleh Datuk Hamzah. Serta-merta Johari menapak ke tingkat atas, ke bilik ayahnya. Saat melalui meja-meja pekerjanya, dia perasan yang meja Qistina Arwa sudah lengang. Ya, semua barang-barang peribadi milik gadis itu sudah dibawa pulang bersama hati yang pasti telah remuk.

Johari mengetuk pintu dan memberi salam. Dia melangkah sopan dan terus duduk di kerusi depan meja bapanya. Datuk Hamzah nampak bersahaja. Wajahnya tiada riak-riak marah. Biasa-biasa saja.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 286

Ayah dengar ada cerita yang kurang enak tentang kamu..., Datuk Hamzah bersuara. Mendatar sahaja, tapi wujud sedikit curiga.

Johari mengangkat kening. Dia sedikit terkejut. Cerita? Pasal apa ayah?, dia bertanya penuh hairan.

Kamu bercinta dengan pekerja kamu itulah. Orang kata semalam kamu bergaduh dengan dia di restoren masakan melayu, depan tu. Gadis tu sampai menangis lagi. Betul ke?, tanya ayahnya. Nadanya masih lembut seperti tadi. Tenang sahaja.

Johari mengulum senyum. Ayah rasa macam mana?. Dia cuba menduga bapanya.

Datuk Hamzah ketawa kecil. Matanya merenung tajam ke dalam bebola mata anak lelakinya.

Ayah tak lupa apa yang Joe pernah pesan dulu.., kata Datuk Hamzah sepatah.

Johari tergelak. Peristiwa dua tahun lepas kembali segar dalam ingatan. Peristiwa di mana rumah mereka diserang oleh keluarga En. Wong, jiran lama mereka. En. Wong datang dengan muka yang bengis. Kulit muka yang semulajadi putih bertukar merah menahan amarah.

Datuk! Anak you sudah pukul sama i punya anjing!, bentaknya meninggi.

Johan jadi panas hati. Dia menahan sabar. Dia bukannya sengaja mahu memukul anjing Encik Wong, tapi anjing itu yang dibiarkan lepas dari pagar dan tidak semena-mena menggigit kakinya. Dia yang baru pulang dari aktiviti kokurikulum terkejut bercampur perit. Tangannya secara automatik menyambar ranting kayu yang kebetulan ada di sebelah dan melibas anjing jenis bulldog itu, sepenuh hati. Ketika itu, Encik Wong muncul di muka pintu, kononnya mahu menutup pintu pagar. Menjerit dia saat melihat anjing kebanggaannya dipukul kuat. Anjing itu mungkin kesakitan. Terus ia berlari ke dalam rumah sambil menyalak seakan-akan mengejek Johan.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 287

Hoi! Budak kurang ajar. Apa awak buat pada anjing saya haa??, jerit Encik Wong keras. Dia tergesa-gesa menyarung selipar. Dengan hanya berbaju pagoda dan seluar pendek, dia mendapatkan Johari yang sedang sakit, sambil membelek-belekkan kaki yang digigitnya.

Ikut aku! Aku mahu jumpa ayah kau!, Encik Wong merentap tangannya kasar. Johan tidak sempat mempertahankan diri. Bahkan, dia tidak diberi peluang untuk berbuat demikian. Jika dituruti darah muda yang mengalir dalam jasad remaja yang mencecah 15 tahun, mahu sahaja dia menyentap tangannya yang ditarik kasar itu dan melawan. Tapi dia tahu jika dia buat begitu, akibat yang akan berlaku pasti lebih buruk.

Datuk Hamzah baru sahaja pulang dari pejabat saat itu. Tali lehernya pun masih belum ditanggalkan, sekadar dilurut sahaja. Dia sedang menghirup secawan air teh dan sekeping pisang goreng. Benda biasa yang akan disediakan oleh Datin Roza kepada suaminya ketika suaminya tiba dari pejabat.

Dan di saat-saat indah itu jugalah lelaki cina yang kurang diajar itu menjerit-jerit memanggil namanya, bertalu-talu. Gelagatnya seperti orang meroyan sahaja. Sungguh! Datuk Hamzah yang berada di dapur, terkejut besar. Berderau darahnya apabila namanya diteriak begitu. Lantas dia meninggalkan meja makan dan keluar, mendapatkan tetamu yang sudah semakin menggila itu. Johari sedang bersiap-siap mahu berjogging turut sama turun dan melihat.

Datuk! Anak awak pukul anjing saya guna kayu! I saw with my eyes! So rude!

Johan yang berpakain sukan nampak kelat. Beg yang disandangnya tadi delucutkan daripada bahu. Dia menundukkan matanya, tak berani mahu melawan pandangan tajam bapanya yang nampak marah.

Johan! Siapa ajar kamu macam ini ha? Ayah tak pernah ajar kamu untuk menzalimi binatang! Kamu belajar dari siapa ha?, ayahnya menengking. Kuat dan lantang. Johan jadi kecut perut.

Tapi ayah... anjing tu gigit saya dulu.., dia memberanikan diri untuk melawan kemarahan dua orang lelaki yang sedang menyinga kearahnya. Johari memandang sahaja, menunggu peluang untuk mencelah.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 288

Tipu! Anjing saya mana ada gigit orang!, Encik Wong menjengilkan biji mata. Geram.

Uncle! Saya ada bukti yang anjing uncle yang gigit saya dulu, Johan melawan. Suaranya ditinggikan. Dia marah!

Datuk Hamzah bengang dan geram dengan anaknya. Sudahlah menzalimi binatang, kini sudah pandai berdebat mahu menegakkan benang yang basah pula. Dia malu.. sangat malu! Jika diikutkan hati, makan penampar juga anaknya itu.

Johan! Minta maaf dengan Uncle Wong! Kamu benar-benar dah melampau!. Kesabaran Datuk Hamzah semakin menipis.

Johari yang menjadi pihak berkecuali sedari tadi tampil bersuara. Ayah.. Encik Wong... why dont us let Johan speak first?

Encik Wong mencebik. Dia bukan mahu mendengar alasan, tapi dia mahu ganti rugi. Ya! Dasar orang yang tiada akidah. Memfitnah dan menzalimi pun dihalalkan, janji dapat wang. Tidak ada beza langsung dengan ahli-ahli politik yang berlumuran najis rasuah. Hari-hari perut mereka di isi dengan najis. Najis orang-orang yang ditindas dan dizalimi tanpa belas.

Sorry to say Datuk Hamzah, but your son is a liar! You should be shame of him!, sindir Encik Wong. Lelaki itu benar-benar sudah melampau. Masih ada akal kah dia?

Darah Johari tiba-tiba mendidih marah. Dia berzikir dalam hati. Silap haribulan, lelaki cina didepannya itu memang akan menjadi mangsa buku limanya. Datuk Hamzah pula tidak senang. Wajahnya merah padam menahan marah dan malu. Malu diserang sebegitu.

Mukanya memandang tepat kepada wajah Johan. Muka anaknya itu sayu, meminta simpati. Tapi Datuk Hamzah tidak peduli. Dia sangat geram. Dalam hati, dia sudah mengagak-ngagak hukuman apakah yang paling sesuai untuk anak ketiganya itu.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 289

Encik Wong pula senyum sinis. Dia fikir yang dia sudah menang kerana berjaya mencalar maruah Datuk Hamzah. Dia yakin Datuk Hamzah tidak akan berani memarahinya. Ah, lelaki itu terkenal sebagai orang yang baik. Lebih-lebih lagi, dia orang berpengaruh di taman ini. Mana dia mahu menyorokkan air muka jika dia melakukan apa-apa perkara yang bodoh ketika itu.

Ayah... please... kita dengar dulu apa Johan nak kata..., lembut suara Johari, seakan memujuk.

Iyalah ayah. Saya sebenarnya....

Diam Johan!, Datuk Hamzah memotong cakap anaknya. Matanya merah, seakan singa yang sedang bersiap-siap mahu membaham rusa sahaja lagaknya.

Ayah..., Johari mengurut-urut bahu bapa tercinta. Penuh lembut dan cinta. Sabar... ayah... dahulu... Imam Syafie juga pernah dipenjara kerana difitnah oleh orang-orang yang dengki kepada dia. Orang ramai dengki dengan jawatan dia sebagai gabenor, lalu mereka memfitnah Imam Syafie sebagai pembawa ajaran syiah dan sesat. Dia dipenjarakan. Saat mahu dibicarakan oleh khalifah Harun Ar-Rasyid, dia hanya membawa al-Quran sebagai hujjah, saksi dan peguam bela. Surah al-Hujurat, ayat 6. Allah mengingatkan kita bahawa sekiranya ada seorang lelaki membawa berita, jangan terus percaya. Selidik dahulu. Itu perintah Allah. Jadi saya cadangkan kita dengar dulu apa Johan nak kata.. ya ayah... Johari mengukir senyuman manis buat ayah tercinta. Datuk Hamzah menghela nafas, sedikit tenang dengan kata-kata tadi.

Mr. Wong... it is unfair if i only listen the story from you, katanya kepada Encik Wong yang nampak sedikit gelabah. Mungkin kerana melihat Datuk Hamzah yang sudah semakin berpihak kepada anaknya. Dia tidak bersuara, hanya memandang dengan meluat.

Johan, tell us the truth, tegas Datuk Hamzah. Ia satu perintah.

Johan mengumpul tenaga. Dia menyedut nafas dalam-dalam. Dari luar rumahnya, dia ternampak kelibat ibunya, Datin Roza yang sedang mengintai-intai dari balik jendela. Mungkin dia tidak keluar kerana tidak ada penutup kepala saat itu. Auratnya terdedah.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 290

Saya baru sahaja balik dari aktiviti kokurikulum di sekolah. Ada kawad sempena hari sukan dua minggu lagi. Masa lalu depan rumah Encik Wong, anjing dia sudah menyalak-nyalak. Baru saja saya lepas pintu pagar dia yang tak ditutup itu, anjing tu datang dan terus gigit kaki saya. Saya terkejut dan sangat sakit. Jadi saya ambil ranting kat sebelah saya dan saya pukul anjing itu, cerita Johan. Dia tunduk, membuka kasut dan menyinsing seluar track kelabu. Jelas ternampak kesan gigitan haiwan itu. Mujur juga stoking Johan singkat. Maknanya, boleh nampak kesan gigitan mamalia yang konon-kononnya dipanggil sebagai mans bestfriend.

Encik Wong terdiam. Datuk Hamzah pula tersenyum penuh makna. Johari mengucap syukur. Syukur kerana Allah memberi mereka solusi yang segera atas permasalahan ini.

So?, Datuk Hamzah memandang mata Encik Wong. Encik Wong cuba membalas, tapi segera dia melarikan pandangannya ke tempat lain. Hatinya membara dengan kesumat.

Jadi tidak ada masalah lagilah kan? Adik saya bukannya memukul anjing encik dengan sengaja, tapi dia hanya mahu menyelamatkan dirinya sahaja, Johari berkata kepada Encik Wong. Bibirnya menguntum senyum. Bukan jengkel dengan kebiadapan lelaki cina itu, tapi senyum itu terukir dek rasa syukur.

Johan lega. Paling tidak, dia terselamat daripada dihukum ayahnya. Tuhan itu adil. Ya, itu buktinya.

Encik Wong merengus marah. Tanpa kata maaf atau apa-apa, dia beredar laju meninggalkan banglo Datuk Hamzah. Datin Roza yang sekadar memerhati dengan debar sejak tadi, segera pergi mendapatkan Johan. Biasalah, ibu... Mana bisa membiarkan anak diluka, walaupun anaknya itu sudah besar. Dia membelek luka di kaki Johan. Terdapat empat bekas tusukan gigi anjing, membentuk satu kawah luka yang kecil.

Semestinya Johan telah melakukan samak petang itu. Joharilah yang membantu dan mengajar. Datuk Hamzah tidak bercakap apa-apa hinggalah masa makan malam, baru dia bercakap. Maafkan ayah kerana tidak menyelidik terlebih dahulu... Johari dan Johan saling berpandangan. Hampir serentak mereka membalas, Ayah tak salah apa-apa... jangan risau... Mereka sekeluarga tersenyum bahagia.

Joe... jauhnya mengelamun! Ayah sedang tunggu ni!, Lantunan suara Datuk Hamzah tadi mematikan lamunan Johari. Suara ayahnya tidak kuat, tapi nadanya tegas.
Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/) Page 291

Johari tersengeh-sengeh sendirian. Tak sangka dia masih punya masa untuk mengelamun sedangkan ayahnya berada di depan mata, menunggu jawapan dia. Dia rasa bersalah.

Sorry ayah. Lost sekejap tadi, Johari berseloroh dan disambut dengan senyum tenang oleh bapanya.

Sebenarnya, saya dengan dia bukan ada apa-apa. Orang kata dia tu yang tergila-gilakan saya. Saya pun tak tahu. Itupun Rosli yang bagitahu saya ayah..., cerita Johari tanpa selindung. Tidak perlu malu dengan ayah sendiri. Ah, dahulu masa dia baligh pun, dia belajar mandi wajib dengan ayahnya. Jadi mengapa dia perlu malu pula bila dewasa kini?

Ayah sendiri pun tahu apa kriteria wanita idaman saya. Saya tak mahu gadis-gadis yang macam Qistina Arwa. Tidak bijak menjaga pergaulan. Dan tidak gentar menzahirkan kecantikan..., Johari menyambung. Kepalanya ditundukkan ke bawah. Ada angin kesedihan tiba-tiba mengalir lembut. Dia terkenangkan Nasuha, gadis solehah yang lama diminati dan kini, hampir pasti menjadi milik lelaki soleh. Siapa? Johari tidak tahu.

Datuk Hamzah mengangguk-angguk. Dia memang faham benar dengan anaknya yang berusia 24 tahun itu. Masakan dia ada hati pada gadis seperti Qistina Arwa. Jikalah bukan kerana Rosmah, Personal Assitant yang merangkap anak saudaranya berbisik kepadanya tadi, dia pasti tidak akan mahu ambil pusing. Gosip-gosip begini, lebih banyak yang salah daripada yang benar. Lebih banyak auta daripada fakta.

Jadi ayah, tak ada apa lagi kan?, tanya Johari.

Ada. Ada. Tapi hal peribadi. Malam ini sajalah..., balas Datuk Hamzah sambil tersenyum penuh makna.

Kalau begitu.. see you tonight ayah. Assalamualaikum, Johari melangkah keluar daripada bilik ayahnya. Di luar, Kak Ros hanya memandang Johari dengan pandangan yang kosong bersama dengan senyuman yang turut kosong dengan kemanisan.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 292

BAB 37

Ayah, tadi kat pejabat ayah kata nak cakap something. Tanya Johari. Tangannya nampak sibuk menyuap nasi ke dalam mulut. Di tengah meja makan kayu itu ialah semangkuk tom yam thailand dan sebelahnya ialah ulama-ulaman dan sayur kubis goreng. Keluarga itu selalu besederhana dalam makan, tapi itulah yang menaikkan selera Johari dan adik-adiknya untuk makan.

Datuk Hamzah yang turut sedang menyuapkan makanan teringat. Dia ada janji nak cakap sesuatu dengan Johari. Matanya dilarikan ke sebelah kanan, kearah Datin Roza yang tersenyum penuh makna yang tersirat memutar. Ini semua idea dia lah!

Nanti... lepas makan nanti, balas Datuk Hamzah pendek. Cukup untuk membuatkan Johari faham bahawa perbincangan nanti akan bersifat sedikit peribadi kerana tidak mahu didengari oleh Johan dan Salina.

Selesai makan, Johari ke ruang tamu. Dia menyalakan alat penghawa dingin yang sesekali cuma terpasang. Malam itu suhu agak panas, sesuai dengan musim kemarau sekarang ini.

Ayah dan ibunya mampir. Mereka duduk berdampingan, bertentangan dengan Johari. Salina dan Johan berada di ruang televisyen. Mereka bukan kanak-kanak lagi yang suka mendengar secara curi-curi. Masing-masing sudah matang, sudah mampu memahami akan apa yang sedang dan akan berlaku.

Johari tersenyum sendirian memandang ibu dan ayahnya. Walaupun mereka sudah berumur, tapi kemesraan dan keintiman mereka berdua tidak jauh beza dengan pasangan kekasih yang sedang bermadu kasih. Kadangkala dia jadi cemburu sendiri. Hati kecilnya juga seringkali meronta-ronta, mahu memiliki teman hidup yang terbaik untuk dirinya dan perjalanan dakwahnya. Yang dia yakin, orang itu bukan Nasuha.

Joe... kamu sudah dapat lupakan Nasuha?, soalan bersifat provokasi dan curiga dilontar. Datin Roza memandang wajahnya dengan serius, seakan-akan mencari sesuatu dari dalam anak mata Johari yang hitam.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 293

Johari terkejut dengan soalan itu tapi dia berlagak selamba. InsyaAllah. Saya doakan kebahagiaan dia. Saya redha dia bukan jodoh saya, balasnya jujur. Memang itulah hakikat. Dia redha, dan dia jarang-jarang lupa untuk mendoakan gadis itu.

Alhamdulillah... itu yang terbaik Joe. Nasuha pun bakal jadi isteri orang. Kita doakan dia berjaya jadi isteri yang tebaik saja, sambung Datuk Hamzah sambil tersenyum manis.

Johari membalas dan mengangguk, mengiyakan kata-kata bapanya.

Ayah dengan mak sudah berbincang. Kami ingat, kami nak kenalkan Joe pada seorang gadis. Bagi kami, dia gadis yang baik dan sopan. Dari segi rupa, hampir sempurna. Yang kurang mungkin hanya pada ilmu. Gadis ini mahukan bimbingan. Dia mahu seorang lelaki untuk membimbingnya. Lelaki macam kamu, Datuk Hamzah menuntun bait-bait kata penuh hatihati dan lembut.

Johari diam. Kata-kata bapanya masuk satu per satu dalam hatinya.

Joe... kami berkenan sangat dengan gadis ini, tambah Datin Roza. Niatnya, dia mahu meyakinkan Johari.

Johari yang tunduk tadi mengangkat muka. Wajah ibu dan ayah tercinta direnung dalamdalam. Dia berperang dengan diri sendiri, Ayah dan mak suka gadis itu. Mesti gadis itu hebat sampai berjaya menawan hati mereka. Tapi... jika boleh, aku mahukan produk yang sudah siap, bisik hatinya. Ya, jika diberi pilihan, Johari mahukan gadis yang sudah ditarbiyyah, sudah alim, dan sudah siap dibimbing. Logiknya, ia akan memudahkan dan pasti membantu dalam mewujudkan keluarga dakwah yang Johari impi-impikannya selama ini.

Atau kamu ada calon yang lain?, tanya Datuk Hamzah tiba-tiba. Pelik, sepatutnya dia bertanya awal-awal tadi. Dia tidak bertanya kerana dia menjangkakan Johari tidak punya calon lain. Masa bercakap tentang Qistina Arwa pagi tadi pun nampak jelas Johari tidak ada calon. Tapi malam ini dia senyap pula, macam dalam kekeliruan pula gayanya.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 294

Johari menjawab soalan bapanya dengan bahasa badan. Kepala digeleng beberapa kali. Dia semacam sedang berfikir. Datuk Hamzah dan Datin Roza berdebar menanti respon daripada Johari.

Ayah, mak... saya tak boleh buat jawapan sekarang. Pertama sekali, sebab saya tidak kenal siapa orang itu.., Johari menyusun perkataan dengan cermat. Tidak mahu terjatuh biadap pula, tanpa sedar ia mungkin boleh berlaku.

Datin Roza dan Datuk Hamzah tersenyum sesama sendiri. Joe, kamu dah kenal gadis itu, bahkan kami yakin kamu berdua sudah terlalu kenal, ibunya tersenyum manis.

Johari tersentak. Dia kenal gadis tu?

Siapa mak?, Tanyanya pantas. Wajahnya nampak ragu.

Siapa lagi jika bukan Aisyah.. anak Pak Cik Azizi kamu, balas ibunya sambil tersenyum penuh makna. Datuk Hamzah sama tersenyum bersama harapan yang menggunung.

Telefon bimbit Johari bergegar-gegar dari dalam kocek seluar slack berwarna hitam.

Salam. Aku sedang di Hospital Besar Kuala Lumpur. Wife aku dalam wad. Bleeding. Doakan kami

Johari terkedu. Sesaat, kepalanya terasa berat lalu segera ia dihenyak ke kerusi empuk di pejabatnya. Nafasnya tersekat-sekat, terkejut membaca SMS daripada Rosli. Baru kelmarin dia ke rumah Rosli menziarahi Anisa Syahira, isteri teman baiknya itu yang kandungannya sudah pun masuk bulan 5. Rangkain penyakit pula bertubi-tubi menyerang tubuh kecil wanita itu. Rosli pun sudah beberapa kali mengambil cuti bagi menjaga isterinya itu. Sakit semasa mengandung, itu biasa tapi bagi isteri Rosli ini, ia luar biasa sedikit. Penyakitnya bertimpatimpa.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 295

Tengahari itu, Johari bekerjaran ke Hospital Besar Kuala Lumpur. Dia menuju ke wad yang menempatkan isteri Rosli. Rosli ada disitu. Dia sebagai teman, rasa bertanggungjawab untuk mendoakan dan menenangkan sahabatnya. Kesedihan ini tidak hanya boleh dipikul oleh Rosli dan keluarga seorang kerana bagi Johari, Rosli ialah keluarganya juga!

Johari laju menyusun langkah kaki. Dia memintas beberapa orang jururawat yang berpakain seragam putih didepannya yang sedang berjalan lambat-lambat. Berborak kosong.

Dari kejauhan, dia terpandang Rosli yang sedang duduk menunduk di sebuah kerusi panjang. Johari menarik nafas panjang. Rona-rona di wajah Rosli suram, dan ia bermakna kesuraman juga pada dirinya.

Assalamualaikum Li.., sapa Johari beberapa kaki daripada Rosli.

Rosli mengangkat muka. Saat matanya bertemu dengan mata Johari, sedikit sebanyak wajahnya yang muram tadi berubah sedikit ceria. Dia menjawab salam, dan mempersilakan Johari duduk di sebelahnya. Dia mengukir senyum, tapi tawar. Penuh dengan paksaan sematamata.

Johari mengesan mendung di hati sahabatnya. Tangannya dilarikan atas bahu Rosli. Dipicitpicit sedikit sambil bibirnya lembut menutur sesuatu.

Maaf aku lambat Li. Li, bagaimana dengan Anis?, tanyanya.

Rosli membungkam. Dia sedih, tapi sedaya upaya dia menahan rasa itu.

Anisa masih sedang dirawat. Dia masih tidur. Keadaannya stabil, jawab Rosli mendatar sahaja.

Alhamdulillah..., spontan Johari memanjatkan syukur. Anisa Syahira itu bukan orang lain baginya. Dia juga ialah sahabat Johari. Anisa Syahira sangat menghormati Johari kerana sejak suaminya berkawan rapat dengan Johari, suaminya berubah. Sangat ketara perubahannya.
Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/) Page 296

Rosli yang dahulu, solatnya seumpama patukan ayam. Laju seperti bullet train tapi sekarang, solatnya teratur dan dia juga berjemaah di surau berhampiran. Rosli yang dulu juga suka menghabiskan masa dengan menonton rancangan televisyen yang merapu, tapi sejak bergaul dengan Johari, dia lebih banyak membaca buku-buku agama, bahkan mengajar pula isteri tercinta. Anisa Syahira menunjukkan rasa terima kasih dengan seringkali mendesak suaminya menjemput Johari makan di rumahnya, dan Johari juga tidak janggal dengan perempuan itu. Mereka bersahabat. Baik pula...

Kandungannya bagaimana?, tanya Johari lagi.

Tidak semena-mena, Rosli memeluknya di situ juga. Air matanya berjejeran jatuh. Laju. Johari membalas pelukan sahabatnya itu. Dadanya juga sebak.

Anis keguguran. Bayi yang dikandung itu sudah meninggal dunia. Sekarang doktor sedang menguruskannya, jawab Rosli dalam suara yang tersekat-sekat. Dia sedih yang teramat kerana impian untuk memiliki anak tidak kesampaian lagi. Usia perkahwinan mereka sudah hampir 2 tahun, dan putera yang dikandung itu sangat-sangat dinantikan oleh mereka suami isteri.

Johari sebak. Dia meniupkan kata-kata semangat dan nasihat-nasihat kesabaran buat sahabatnya. Saat itu, dirinya bermuhasabah. Allah sangat hebat rencanan-Nya. Dia memperingatkan Rosli, jua dirinya akan janji-janji Allah dan yang pasti, ujian Allah bukan bermakna Dia tidak sayang kita, tapi kerana Dia sayang kitalah, Dia menguji. Ya, Allah...

Johari tidak berada lama di situ. Setelah melihat perubahan emosi Rosli yang semakin memulih dan mula menerima takdir dengan redha serta sabar, Johari meminta izin pulang. Dia sempat ke kafeteria hospital dan membeli sebungkus bun roti dan satu tin air minuman. Dia makan tengahari di dalam kereta sahaja hari itu.

Usai solat zuhur di tingkat bawah, dia sempat berbual-bual sebentar dengan Saleem, pemuda Pakistan yang akrab dengannya.

Tuan... saya rasa orang yang dengki dengan tuan sudah insaf, katanya separuh gurau lalu disambut dengan sebuah senyuman lebar daripada Johari. Logik juga, kerana semenjak
Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/) Page 297

peristiwa dahulu, sudah tiada orang yang menitipkan surat layang kepadanya, apatah lagi memancitkan tayar keretanya lagi.

Alhamdulillah. Harap-harap begitulah., balas Johari ringkas sebelum dia memanjat tangga, kembali berhempas pulas di medan kerjaya. Ya, inilah jihad ekonominya. InsyaAllah.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 298

BAB 38

Sudah dua hari Johari terpaksa pulang lewat ke rumah. Solat maghrib di pejabat dan sesampai sahaja ke Taman Kemuncak, azan isyak sudahpun dilaungkan. Bahkan, dia terpaksa menangguhkan usrah yang sepatutnya berjalan malam semalam kepada hujung minggu ini dek kerana kepenatan yang berkepuk-kepuk pada jasad mudanya.

Datuk Hamzah dan Datin Roza memahami kesibukan Johari. Hajat mereka untuk berbincang tentang Aisyah tertangguh-tangguh. Johari bukan mengelak, tapi dia benar-benar keletihan. Dua orang pekerjanya tidak ada. Rosli bercuti seminggu manakala Qistina Arwa pula telah berhenti kerja. Yang paling merana ialah Johari juga.

Malam itu awal Johari bergerak ke dalam bilik. Dia hanya menjamah 3 suap nasi sahaja, bagi mengikis kelaparan sepanjang hari. Jika diikutkan nafsu makan yang membuak-buak, mahu juga dia makan hingga berpinggan-pinggan. Tetapi dia sedar akan satu hakikat. Islam memerintahkan umatnya untuk menjaga kesihatan fikizkal dan mental. Ia wajib. Kerana itu, apa-apa perkara yang boleh merosakkan salah satu daripada dua kesihatan itu ialah haram. Dan makan banyak sebelum tidur ialah salah satu daripadanya.

Usai membaca surah al-mulk yang sentiasa tersimpan kemas dalam kotak ingatan, Johari melabuhkan kepalanya yang masih basah dengan wuduk. Dia tidur mengiring, sambil berharap agar Allah membangunkannya satu jam sebelum subuh.

Baru sahaja matanya dipejam, telefon bimbitnya memuntahkan suara. Ada panggilan istimewa. Ya, dari seorang sahabat yang istimewa, Azzam!

Assalamualaikum syeikh!, Johari meletakkan telefon itu di telinganya seraya memberi salam. Hatinya berbunga-bunga menerima panggilan dari jauh.

Waalaikumussalam. Ana belum 40 tahun lagi enta nak panggil syeikh, balas Azzam sambil diiringi ketawa kecil. Kebiasaan di beberapa tempat, seperti di negara-negara yang terletak di asia timur, mereka biasa menggelar orang yang sudah berusia dengan gelaran syeikh.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 299

Johari juga turut ketawa. Akhi, apa kabar?

Alhamdulillah. Sejahtera. Cuma sedang berdebar-debar sahaja, balas Azzam penuh tersirat.

Wah! Alhamdulillah. Ni mesti nak jemput ana ke walimah enta. Kan?, tanya Johari dengan teruja. Dia sekadar menduga.

Azzam ketawa lagi. Enta ni pandai betul meneka ya. InsyaAllah, dalam masa sebulan dari sekarang, ana akan melangsungkan perkahwinan. 25 haribulan 9 ini jika diizinkan Allah, kata Azzam.

Johari melafazakan rasa syukur. Gembira atas jemputan ini. Tahniah akhi. Cepat betul enta berumah tangga ya.. tinggallah ana si bujang lapuk, Johari ketawa. Dia bahagia dapat bergurau begini.

Ana bukan apa akhi. Tidak jadi masalah bagi ana jika mahu dilewatkan perkahwinan ini. Tapi Nasuha minta dipercepatkan. Jadi kami sepakat bernikah seminggu selepas dia tamat kuliahnya, jelas Azzam. Dia tidak sedar bahawa dia telah tersasul menyebut nama tunangnya, Nasuha.

Nasuha? Tunang enta nama Nasuha ya?, tanya Johari.

Ya. Nurul Nasuha Binti Norman. Pelajar tahun akhir bidang kejuruteraan di UIAM, terang Azzam malu-malu.

Johari terkejut besar. Dirasakan seperti ada paluan kilat menerejah gegendang telinganya. Dia terdiam sebentar. Tak sangka yang tunang Nasuha ialah Azzam. Ya, dia terlambat kerana Nasuha telah dipinang oleh Azzam, sahabatnya sendiri.

Tapi dengan segera, Johari mengawal perasaan. Dia kembali berpijak ke dunia nyata. Subhanallah.. enta tahu tak? Dia tu bekas junior ana masa di Kuala Lumpur dulu..., Johari

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 300

mencuba melantangkan suara. Biar nampak seperti orang teruja agar Azzam tidak dapat mengesan perasaan hatinya yang kelat saat itu.

Oh! Ya ke? Ana tahu yang dia dahulu tinggal di Kuala Lumpur. Apabila ayahnya meninggal dunia, dia balik dan terus tinggal di rumah datuknya di sini, balas Azzam yang turut sama teruja. Siapa sangka yang bakal suaminya ialah kenalan Johari juga.

Mereka berbual agak panjang. Hampir 10 minit kemudian, Azzam meminta izin untuk menghabiskan perbualan. Sebelum dia memutuskan panggilan, dia sempat meminta alamat rumah Johari untuk mengirim kad jemputan tapi ditolak oleh Johari kerana tidak mahu menyusahkan sahabatnya itu. Azzam juga ada meminta alamat rumah Ustaz Mujib yang mana Johari berjanji akan SMS sahaja kepadanya nanti.

Akhi.. jangan tunggu lama-lama sangat. Istafti qalbak. Jangan lupa... , kata Azzam separuh bergurau. Johari membalas dengan ketawa kecil. Dia faham maksud sahabatnya. Istafti Qalbak itu bererti berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan. Dan kebaikan yang dimaksudkan itu ialah perkahwinan. Azzam mengingatkan Johari supaya bersegera mendirikan rumah tangga islami, yang akan merangkumi separuh urusan agama.

Usai berbual-bual dengan Azzam, mengantuk dan penatnya dirasakan menghilang. Dia berusaha melelapkan mata. Hampir 15 minit dia bertukar-tukar posisi, tapi kepalanya masih melayang kepada gadis itu. Nasuha!

Johari duduk bersila atas katilnya. Kedua belah tangan dilengkup ke muka. Rasa bersalah, berdosa dan malu silih berganti menghentam. Dia malu kerana masih memikirkan gadis itu walhal gadis itu bakal menjadi isteri orang dan orang itu bukanlah orang lain. Sahabatnya juga, Azzam.

Jauh di sudut hati, dia memanjatkan syukur kerana dia tahu setidak-tidaknya, bakal suami Nasuha ialah seorang lelaki soleh yang jauh lebih baik daripada dirinya. Dirinya memanjatkan doa untuk kebahagiaan mereka berdua. Tika itu juga nama Aisyah bergema, mematikan bayang Nasuha. Aisyah, bolehkah dia?

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 301

Joe.. Anis kirim salam kepada kau. Rosli menegur Johari semasa mereka sama-sama mahu memanjat tangga ke pejabat. Sudah 4 hari Rosli bercuti dan hari ini, dia muncul di awal pagi dengan muka yang manis. Manis kerana orang pertama yang dia temui ialah orang beriman yang juga sahabat karibnya, Johari.

Johari menjawab salam. Bagaimana keadaan dia?, tanya Johari dengan simpati.

Alhamdulillah. Beransur baik. Mak dan ayah aku datang dari kampung untuk jaga dia sementara aku pergi kerja ni, jawab Rosli.

Jauh di sudut hatinya, dia mengakui bahawa Rosli ialah suami yang baik, romantik dan penyayang. Pernah dia diajak untuk menemani Rosli membelikan hadiah untuk hari jadi Anis. Johari yang tidak tahu menahu tentang apa kebanyakan wanita suka dan tidak suka, menjadi tahu ketika itu.

Bahkan, Rosli juga suami yang bertanggungjawab. Dia tidak pernah lalai dan cuai menjaga kebajikan isteri. Walaupun isterinya juga bekerja, tapi Rosli tidak pernah kedekut. Wang Anis ialah milik dirinya, tapi wang Rosli pula, milik dia dan juga isterinya. Rosli tidak membebankan isterinya dan tidak pernah sesekalipun keaiban isterinya dicanang.

Aku sentiasa berdoa untuk kesejahteraan kau berdua dan keluarga, kata Johari sambil mengukir senyum ikhlas buat sahabat.

Terima kasih Joe, balas Rosli pendek. Tangan Johari dipegang kemas, penuh rasa syukur dan terharu.

Mereka berpisah ke meja masing-masing. Setibanya ke meja, Johari terus mencapai al-Quran bersama terjemahan di rak sebelah kanannya. Dia membaca sebanyak satu muka dan dia istiqomah begitu setiap hari.

Jam 12 tengahari, Johari sudah turun ke lobi. Hari ini hari jumaat. Pekerja-pekerja lelaki sudah dibenarkan untuk ke solat jumaat pada jam 12 tengahari dan kembali ke pejabat jam 2. 30 petang. Sedang mahu turun, dia sempat menjeling dari ekor mata beberapa orang pekerja lelaki yang diperkatakan orang sebagai tak tahu malu. Ia cerita dhaif yang didengar dari
Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/) Page 302

mulut-mulut orang sahaja. Kononnya masa orang solat jumaat, mereka ini akan buat forum sendiri. Khutbah ke mana... solat pun kemana... tapi dalam masa yang sama, Johari bersyukur kerana sejak dia bergaul dan menyelami hati 3 orang lelaki yang hampi baya dengannya itu, mereka bertiga punya sinar insaf dan mula segan untuk ponteng lagi. Jauh di sudut hati, Johari berdoa agak hidayah dan taufik ini dikekalkan oleh-Nya.

Johari tunggu di dalam kereta. Dia menaip SMS kepada bapanya. Sebenarnya hari itu dia ke pejabat dengan ayahnya kerana kereta ayahnya sedang dalam bengkel. Ada masalah pada enjin. Radio IKIM di buka. Kalimah-kalimah zikir dinikmati dengan penuh lembut oleh Johari.

Lima minit kemudian, Datuk Hamzah turun dan menapak menuju kereta Johari. Johari memandu kereta menuju Masjid Tariq Bin Ziyad di Jalan Belang. Datuk Hamzah menggunakan kesempatan berdua-duaan dengan Johari untuk kembali bertanya tentang Aisyah. Dengan lambat-lambat, Johari membalas sambil tersenyum, InsyaAllah malam ahad ini saya siap dengan keputusan saya.

Datuk Hamzah diam. Fikirannya segera melayang mengikuti alunan zikir dari corong radio itu.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 303

BAB 39

Ustaz fikir bagaimana?, tanya Johari lemah. Suaranya kedengaran tidak ceria.

Dalam saki-baki fajar siddiq, dia sudah pun tercegat di rumah Ustaz Mujib, murabbinya. Sengaja dia bangkit awal, memandu dari rumahnya di Kuala Lumpur ke Gombak. Dia sempat bersolat subuh dan terus duduk mendengar kuliah subuh daripada Ustaz Mujib. Kebetulan hari itu Ustaz Mujib menyampaikan kuliah bulanan di Surau Hidayah, Taman Gemerlapan dan sememangnya niat utama Johari ke mari ialah mendengar syarahan daripada kitab bertajuk Keindahan Di Langit karangan Harun Yahya.

Itu satu kitab yang indah, sesuai benar dengan namanya.

Hampir jam 7 pagi, para jemaaah di Taman Gemerlapan yang seramai 18 orang sahaja tadi sudah beransur pulang. Di luar surau, Johari mendapatkan Ustaz Mujib dan berbual sepatah dua perkara sebelum Ustaz Mujib menarik Johari ke rumahnya dan bersarapan dengannya.

Ustaz Mujib terdiam terjenak saat diasak dengan soalan demikian. Johari tidak bertanya sesuatu yang mudah. Jika dia tersilap jawab, dia mungkin boleh termasuk dalam kategori fitnah atau paling ringan, berbohong.

Air kopi O yang berada di cawan ditenung oleh Ustaz Mujib. Asapnya berkepuk-kepuk, menaikkan aroma pagi yang masih segar. Anak-anaknya Ustaz Mujib yang seramai 4 orang itu masih tidur, tapi yang dia pasti, anak sulungnya yang berusia 10 tahun sudah solat subuh. Itupun selepas dikejutkan berkali-kali oleh Ustazah Asyiqin yang sedang duduk di sisi suaminya ketika ini.

Ana rasa lebih baik kita tanya zaujah ana, kata Ustaz Mujib sambil tangannya diletakkan di atas tangan isteri tercinta. Digenggamnya kemas, penuh kasih.

Johari, afwan. Akak sebenarnya sudah lama mahu bercakap tentang ini. Akak rasa sangat baik jika enta jadikan Aisyah sebagai isteri enta..., Ustazah Asyiqin tidak berselindung tapi terus menyampaikan isi hatinya.
Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/) Page 304

Johari mendengar dengan teliti. Kedatangannya pagi itu sebenarnya juga bermotifkan ini; mendengar dan berbincang dengan Ustazah Aisyiqin tentang Aisyah kerana gadis itu banyak menghabiskan masa bersama Ustazah Asyiqin dalam rangka mahu memperkasakan ilmu dan penghayatan terhadap islam.

Akak kenal Aisyah sebagai seorang gadis yang berjiwa besar. Dia tidak malu untuk berubah walaupun kekangan dari sahabat lama banyak meruntum semangatnya. Dia memerlukan seorang pembimbing, seperti enta. Tidak salah jika akak kata, dia seolah-olah ada perasaan juga terhadap enta. Setiap kali nama enta disebut di depannya, dia akan tertunduk malu. Akak sudah lama perasan tentang itu.., cerita Ustazah Asyiqin panjang lebar.

Ustaz Mujib menyambung, Ana pun melihat Aisyah sebagai gadis yang penyayang kepada kanak-kanak. Setiap kali dia ke mari, pasti dia akan melayan Adham dan anak-anak kami dengan baik. Sering juga dia datang dengan hadiah. Memang budak-budak tu suka betul dengan akak Aisyah mereka tu, katanya sambil mengulum senyum.

Ustazah Asyiqin turut sama senyum, mengiyakan kata-kata suaminya tadi. Aisyah, baginya ialah seorang gadis yang penuh dengan kasih dan cinta. Dia tidak meragui kemampuan Aisyah untuk mencintai bakal suaminya. Ah, beruntunglah jika orang itu ialah kamu, Johari, bisiknya dalam hati.

Datuk Hamzah bagaimana? Mereka tahu?, tanya Ustaz Mujib.

Dia sendiri yang meminta ana menikahi Aisyah, balas Johari perlahan.

Ustaz Mujib dan Ustazah Aisyiqin nampak sedikit terkejut lantas mereka saling tersenyum. Ha... baguslah jika ibu dan ayah enta sendiri sudah redha dan suka, sambung Ustaz Mujib.

Tapi ustaz... secara jujur, ana impikan gadis yang sudah siap ditarbiyyah, bukan yang baru mahu bertatih, luah Johari.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 305

Maksud enta?, tanya Ustaz Mujib. Tangannya masih mengenggam tangan isterinya. Romantik.

Ana impikan produk siap, ustaz. Jika diizinkan untuk memberi contoh, ana maksudkan ustaz sendiri. Ana mahu isteri yang seperti Ustazah Asyiqin, yang sedia faham agama dan sedia memperjuangkan agama sebelum ana berkahwin dengannya lagi. Ustaz faham maksud ana?, tanya Johari pula.

Ustazah Asyiqin mengangguk. Ustaz Mujib juga. Dia berkata, Ana faham maksud enta. Enta mahukan isteri yang turut memperjuangkan agama, dan dia sendiri ialah orang yang sudahpun berjuang, bukannya baru mahu bersiap. Kan?

Johari angguk. Tangannya memegang cawan air kopi O tadi. Dihirup perlahan. Terasa nikmat sampai ke kerongkong.

Baiklah. Jika enta diberi pilihan untuk memiliki sebuah ferrari mewah dengan sebuah van second-hand, yang mana enta pilih?, tanya Ustaz Mujib. Tiba-tiba satu soalan yang kelihatan lucu meluncur keluar dari mulutnya.

Johari terdiam sebentar. Sudah tentulah Ferrari mewah tu, jawabnya.

Ustaz Mujib senyum. Dia sememangnya suka untuk menjerat orang-orang untuk berfikir, bukan untuk memalukan. Kaedah begini ternyata banyak membantu meningkatkan kehafaman kerana ia menggalakkan kita supaya berfikir dan membuat analisa yang kritikal.

Kenapa tidak mahu van second-hand itu?, tanyanya kembali.

Johari rasa tercabar dengan soalan yang remeh itu. Dia segera menjawab, Ferrari itu cantik manakala van itu pula buruk dan lama

Ustaz Mujib tersenyum penuh makna mendengar jawapan itu. Ya. Logik benar jawapan enta. Jika ana, ana juga mahukan Ferrari itu. Tapi itu hanya impian ana kerana hakikatnya, ana
Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/) Page 306

akan pilih van itu. Pertama, kerana ia murah. Kedua, kerana ia memuatkan lebih banyak orang dan muatan. Ketiga, maintenance bagi van tadi jauh lebih mudah daripada kereta Ferrari yang mewah itu, jawab Ustaz Mujib.

Johari terlopong. Mengapa tiba-tiba masuk cerita pasal kereta pula?

Jadi, sama juga dengan kes enta. Enta inginkan gadis yang punya ciri-ciri yang enta idamkan, tapi enta tidak sedar bahawa Aisyah itu memiliki ciri-ciri gadis idaman enta dengan lebih jauh lagi. Pertama, keluarga enta dan keluarganya mengharapkan pekahwinan kalian. Maka, ia akan membahagiakan mereka semua. Kedua, Aisyah juga mempunya potensi yang besar untuk berdakwah. Dia lancar dan sangat pandai menulis. Jika ada bimbingan daripada enta, pasti dakwah mata penanya akan menjadi setajam kata-katanya juga. Ketiga, Aisyah sedang dalam proses transformasi. Mengahwininya bererti enta telah membantu dan melindunginya. Rasulallah s.a.w juga berkahwin dengan isteri-isterinya bukan kerana nafsu, tapi kerana Baginda mahu menjaga dan melindungi mereka, jelas Ustaz Mujib lebar.

Johari mengangguk faham. Ustazah Asyiqin yang mendengar mencelah, Johari, setakat ini apa perasaan enta pada Aisyah?

Neutral. Ana sudah anggap dia sebagai kawan lama. Tidak lebih dan tidak kurang, balasnya jujur.

Jika begitu... istafti qalbak, seru Ustaz Mujib sambil tersenyum manis. Johari turut mengulum senyum simpul.

Hampir 30 minit di rumah Ustaz Mujib, dia pun pulang dengan hati yang masih berbelah bagi. Sedang memandu, fikirannya melayang jauh memikirkan kata-kata Ustaz Mujib tadi, Istafti Qalbak!

Secara mudahnya, Ustaz Mujib mengajarkan Johari supaya meminta fatwa daripada hatinya. Ya, fatwa yang lahir daripada hati yang suci dan murni. Iaitu hati hamba-hamba Tuhan yang takut melakukan dosa dan banyak mengumpul bekalan akhirat.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 307

Johari mencongak-congak memikirkan Aisyah. Dia akui, gadis itu sedikit demi sedikit telahpun berjaya mencuit hatinya. Dahulu, gadis itu pernah menjadi teman rapatnya, tapi semenjak dia pulang dari U.K dengan penampilan yang kurang enak di pandang, Johari mempamerkan sikap yang sedikit dingin buat Aisyah. Aisyah tidak lama dengan penampilan jahiliyyahnya itu kerana bayu hidayah akhirnya mengetuk pintu hatinya. Dia berubah.

Dan sejak dia berubah, Aisyah sebenarnya kembali nampak cantik di mata Johari. Tetapi di saat itu, Johari sebenarnya telah meletakkan harapan yang menggunung buat Nasuha. Lantas, Aisyah tidak berpeluang untuk menyelit masuk dalam hati. Selepas dia kecewa pula, dia sibuk bekerja. Terlalu sibuk hinggakan tiada masa untuk memikirkan gadis itu.

Sampai ke rumah, dia menunaikan solat sunnat dhuha dan diikuti dengan dua rakaat solat sunnat istikharah. Dia memanjatkan doa setinggi-tingginya. Selesai, dia berasa yakin dan seronok. Ya, ketenangan ini sudah cukup untuk meyakinkan dia dan fatwa hatinya berbisik begitu. Dia nekad. Jika Aisyah setuju, dia juga tidak akan menolak untuk menjadi suami gadis itu. Inilah dakwahnya!

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 308

BAB 40

Aisyah termagu-magu di ruang tamu. Matanya terarah ke skrin televisyen, tapi fikirannya melayang ke tempat lain. Beberapa hari kebelakangan ini, dia merasa sedikit mudah terusik. Saat bersendirian sebelum lena menanti siang, pasti air matanya berjejeran jatuh. Jika bukan kerana terusik saat membaca ayat-ayat cinta daripada al-Quran, dia menangis kerana menyesali perbuatan diri. Dan kadang-kadang, air matanya tumpah mengenangkan seorang jejaka, Johari.

Dia keliru. Selama ini, dia tidak pernah merasakan begitu. Asyik terbayangkan kebaikan Johari. Sifatnya yang mulia, akhlaknya yang terpuji serta bicaranya yang penuh hikmah. Tanpa sedar, air matanya bergenang. Aisyah segera menutup televisyen dan berganjak ke dapur.

Dia tida mahu terus-terusan melayan perasaan ini. Bimbang-bimbang, ia salah satu daripada bisikan-bisikan syaitan. Jika tidak hati-hati, dia bisa terjerat.

Mak Mah, Aisyah nak tolong masak boleh?, sapa Aisyah lembut dan penuh hormat kepada orang gaji dari Indonesia itu.

Mak Mah tersenyum manis. Boleh. Jom tolong Mak Mah kupas kulit bawang ni

Mak Mah ialah anak watan Acheh, Indonesia. Dia sudah bekerja di rumah Encik Azizi sejak Encik Azizi berpindah ke Malaysia semula. Mak Mah ialah seorang janda beranak tiga orang. Suaminya telahpun meninggal dunia semasa musibah tsunami tahun 2006 yang lalu. Mak Mah dan tiga lagi anaknya terselamat. Menurut ceritanya, suaminya itu enggan untuk berlindung di masjid. Dia menolak dengan bongkak. Katanya, dia bisa selamat dengan hanya berpaut di julai pohon kelapa. Akhirnya, pohon kepala di mana, dia dimana. Ditemui, jasadnya sudahpun kembung dek dipukul hebatnya ombak Ilahi. Syukur, semua orang yang berlindung dalam masjid itu selamat. Bahkan, masjid itu sendiri tidak disentuh oleh pekat air laut yang membanjiri daratan. Satu keajaiban Tuhan, buat hamba yang berfikir.

Mak Mah dan anak-anaknya kemudian berhijrah ke Malaysia. Anak-anak lelakinya bekerja di sekitar Kuala Lumpur, manakala seorang lagi anak perempuannya tetap di Acheh sana,

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 309

berkahwin dengan lelaki di sana dan membina hidup di atas kerosakan demi kerosakan, kesan bencana tsunami yang lepas.

Eh... bukan begitu cara potongnya Aisyah. Jika potong begitu, lambat sekali. Begini..., kata Mak Mah seraya menunjukkan cara yang betul mengupas kulit bawang. Dia senyum sendirian, kelucuan melihat anak dara Encik Azizi dan Puan Mona itu terkial-kial mahu belajar memasak.

Aisyah ketawa kecil dan tersengeh. Dia malu juga kerana di usia yang setua itu, dia baru sahaja mahu belajar memasak. Bagaimana jika sudah bersuami kelak? Pasti akan ada masalah kerana kebanyakan suami membayangkan isteri mereka mestilah seorang pakar masakmemasak hinggakan ramai yang terlupa bahawa setiap isteri juga dambakan suami mereka pakar dalam hal-hal keagamaan. Dahulu, masa Johari ke rumahnya dengan hadiah al-Quran comel, memanglah Aisyah yang masak di dapur. Senduk-senduk berlaga di bawah kawalan tangannya. Namun, hanya itu sahaja menu yang dia pakar. Gulai cili api. Aisyah sedar, variasi itu penting. Takkan mahu biar suami makan gulai cili api setiap hari kot!

Aisyah cepat belajar. Itu puji Mak Mah, juga puji daripada Ustazah Asyiqin. Aisyah senyum sendirian. Ada banyak perkara yang membuatkan dia berasa syukur serta bangga yang tidak melampau. Buat masa sekarang, dia sudahpun berjaya menghabiskan separuh bacaan alQuran. Mungkin agak lambat kerana dia membaca terjemahan ayat-ayat suci itu juga.

Aisyah teringat pesanan daripada Ustazah Asyiqin berkenaan adab membaca al-Quran. Beliau memperingatkan Aisyah supaya jangan terlalu menekankan sangat dalam menjaga perkataan al-Quran hingga mengabaikan ajaran-ajaran yang terkandung di dalamnya. Aisyah membenarkan pesanan guru mengajinya itu.

Benar, al-Quran bukannya diturunkan Allah untuk dibaca semata-mata. Memanglah jika kita baca, kita dapat pahala tapi yang lebih utama daripada itu ialah melaksana dan merealisasikan perintah-perintah dan petunjuk-petunjuk yang terkandung di dalamnya.

Kerana itulah, wujud qari dan qariah yang sedap mendendangkan bacaan al-Quran hinggakan bisa menyebabkan orang menangis mendengarnya. Tetapi, selepas habis membaca al-Quran, dia terus meninggalkan ajaran-ajaran yang dibaca. Melihat kemungkaran, tidak dicegah. Bahkan disokongnya pula. Pelik...

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 310

Aisyah cergas di dapur. Sesekali dapur itu bergema dengan tawa mereka. Mak Mah tidak janggal melayan Aisyah. Gadis itu dianggapnya seperti anak sendiri. Di saat usia yang mencecah 55 tahun, Mak Mah memang banyak pengalaman dan kisahnya. Dan Aisyah tidak segan-segan mahu mengorek cerita daripada wanita tua itu untuk panduan dan pengajaran kepada dirinya yang masih mentah ini. Itulah istimewanya golongan veteran, bukan?

Makan tengahari pada hujung minggu itu siap lebih cepat dari biasa. Selesai makan tengahari bersama ibu serta adik-adiknya, Aisyah bergegas ke biliknya tanpa menunggu perutnya yang sudah separuh dipenuhi untuk lega. Sudah beberapa minit waktu zuhur menarik tirainya.

Dipanjatkan doa penuh rasa harap agar Allah memberinya ketenangan akal fikiran dan jiwa. Tidak dilupakan, dia berdoa agar Allah memberinya jodoh yang baik dan mampu membimbingnya. Adakah orang itu ialah Johari?

Aisyah terkenang zaman jahilnya dahulu. Dia tidak suka berdoa. Katanya, itu satu kebodohan kerana baginya, Allah tidak memberi dan memakbulkan doa-doa manusia. Sebaliknya, dia lebih yakin pada usaha sahaja berbanding doa dan tawakkal. Allah datangkan istidraj buat dirinya. Di saat muslimat-muslimat asyik dan khusyuk berdoa, Aisyah akan ketawa sinis kerana masa peperiksaan, keputusan yang dia raih sentiasa lebih baik daripada kawankawannya yang berdoa. Lantas dia membuat kesimpulan bahawa berdoa bererti kita memperbodohkan diri sendiri.

Ketika itu juga, rasa sebak datang. Dia menangis lagi kerana terbayangkan kejahilan lampaunya yang melampau. Huh, benar-benar jauh dia tersasar. Bagitu rapuh dan buruk hubungannya dengan Allah dahulu. Kini, sesudah diberi peluang kedua, Aisyah benar-benar tekad mahu memperbaiki hubungannya dengan Allah. Dia mahu hubungan hamba-pencipta ini menjadi sebuah hubungan yang istimewa. Tersangat istimewa.

Aisyah membuka telekung dan menyangkutnya di dinding. Sejadahnya dilipat kemas. Tibatiba kedengaran suara ibunya lembut dari luar biliknya. Aisyah bingkas menuju pintu dan mempersilakan ibunya masuk.

Puan Mona tersenyum manis melihat wajah bercahaya anaknya itu. Mereka duduk di hujung katil. Puan Mona mengusap-usap rambut anaknya yang ikal itu. Penuh kasih sayang. Aisyah pelik tetapi dia seronok dan bahagia diperalakukan begitu. Setidak-tidaknya, dia masih merasai kehangatan kasih ibu yang tetap sama sejak dia lahir dahulu. Tidak pernah berkurangan langsung.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 311

Aisyah... mak nak tanya sesuatu boleh?, tanya Puan Mona lembut. Matanya memandang muka anaknya yang ayu itu manakala tangannya masih meusap rambut anak gadisnya itu.

Tanyalah mak, Aisyah tersenyum simpul.

Aisyah sudah ada teman lelaki?, tanya Puan Mona lagi.

Aisyah ketawa kecil. Nampak comel dan manis sekali. Ish... mana ada masa nak bercintacinta ni mak. Dia beralasan.

Iya lah tu tak ada masa, atau... terlalu memilih kot?, duga Puan Mona seraya tersenyum lebar.

Bertambah galaklah Aisyah ketawa. Lucu benar kerana ibunya nampak serius benar berbicara soal jodoh dengannya. Mestilah saya memilih sebab mak dengan ayah pasti tak nak menantu yang bersiul-siul di kaki lima, kan?, balasnya sambil berseloroh, mengusik ibunya.

Puan Mona turut ketawa. Kata-kata anaknya tadi dirasakan benar sangat. Sebagai ibu, dia tidak rela anaknya berkahwin dengan lelaki-lelaki hidung belang yang hanya mahukan keseronokan tapi tidak memikirkan tanggungjawab sebagai suami.

Sudahlah mak... nanti sajalah kita cakap pasal ni. Ha.. macam mana dengan persiapan umrah mak? Lagi 2 minggu saja, Aisyah cuba mengubah topik. Dia segan apabila bercakap-cakap tentang jodoh.

Puan Mona tunduk. Senyum yang mekar tadi bertukar muram bercampur sebak. Macammacam sebenarnya mak rasakan sekarang ni. Sedih ada, takut ada, gembira ada, teruja pun ada nak ke sana. Sedih bila mengenangkan dosa-dosa mak selama ini. Takut juga nanti di sana, mak tidak dapat menjadi tetamu yang istimewa. Mak bukanlah orang yang baik. Mak jahil. Mak takut diazab Allah atas dosa-dosa mak bila mak mati nanti...

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 312

Makkkk!!! Janganlah cakap macam ni..., potong Aisyah. Dia sudahpun memeluk tubuh ibunya. Kepalanya lentok di bahu ibu tercinta. Dia sebak dan hampir menangis.

Tak. Bukan apa Aisyah... mak cuma harap nanti kalau-kalau mak dan ayah sudah meninggal, Aisyah dan adik-adik boleh menjadi anak-anak yang solehah. Boleh mendoakan mak dan ayah di dalam kubur nanti, pesan Puan Mona lagi. Airmata bergenangan di tubir matanya.

Aisyah menguatkan pelukannya. Hangat sekali dan dibalas oleh ibunya, dengan cinta. Dia tidak dapat menahan air matanya daripada jatuh buat kali yang keberapa kali entah.

Mak... jangan cakap macam itu. Entah-entah, Aisyah yang mati dahulu daripada mak dan ayah, katanya sambil menangis. Sayu benar.

Puan Mona mencium dahi anak gadisnya. Setitik air mata tumpah ke dahi Aisyah dan dikesat dengan tangannya.

Tak kisahlah siapa yang pergi dulu. Yang penting, semua kena bawa bekalan amal masingmasing. Yang pastinya nanti kita semua akan seorang diri, sambung Puan Mona lagi.

Aisyah angguk. Dengan separuh bisik, dia berkata, Mak... i love you. May Allah always bless you

Puan Mona tersenyum mesra. Dikesatnya air matanya dan dia membalas dengan perkataan yang serupa.

Bagaimana?, tanya Datuk Hamzah sepatah, memecahkan suasana hening di ruang tamu. Malam itu, usai sahaja makan malam, Johari bersama ayah dan ibunya ke ruang tamu. Datin Roza nampak cemas dan berdebar-debar. Datuk Hamzah juga. Cuma Johari sahaja yang nampak tenang. Air mukanya bercahaya.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 313

Johari mengukir senyum, tapi sangat nipis. InsyaAllah... saya serahkan keputusan bagi pihak mereka. Diri saya, insyaAllah telah setuju dan ikhlas, balasnya lembut tapi tegas.

Datin Roza meruap kedua-dua belah tangan ke mukanya, memanjatkan syukur. Datuk Hamzah juga senyum lebar. Dia menghela nafas lega mendengar jawapan anak sulungnya itu. Dia syukur kerana impian dua belah keluarga ini bakal terlaksana juga.

Oh ya. Saya lupa nak beritahu. Bulan depan ada walimah rumah Nasuha. Kita satu keluarga dijemput, Johari memberitahu. Raut wajahnya tenang.

Alhamdulillah. Bagaimana kamu tahu? Dia yang beritahu?, tanya Datuk Hamzah pula.

Johari senyum simpul. Ayah ingat tak dengan Azzam? Kawan Johari yang Johari pernah cerita masa di Jordan dulu. Alaa..yang Johari pernah sepak kaki dia masa main bola dulu.., tanya Johari sambil menahan ketawa. Lucu terkenang peristiwa itu.

Aaa.. ayah ingat. Kamu ada cerita. Tapi ayah da lupa siapa nama budak tu. Kenapa?, tanya Datuk Hamzah lagi.

Ha... dialah tunang Nasuha. Kawan saya, Azzam, cerita Johari sambil tersenyum. Di lubuk hati, dia sebenarnya tumpang gembira dengan berita pernikahan itu. Apa tidaknya, dia juga sedang bergerak ke arah itu juga, tapi bukan lagi dengan Nasuha, tetapi dengan Aisyah pula.

Oh.. ya ke? Subhanallah.. kecil betul ya bumi ni, spontan kata-kata itu termuntah dari mulut Datuk Hamzah. Datin Roza mentertawakan suaminya. Apalah abang ni... Biasalah perempuan baik, mestilah permintaannya tinggi Datin Roza mengejek.

Johari ketawa senang melihat ibunya. Datuk Hamzah mencebek, Alaaa... tapi kenapa kita masa dulu-dulu, kenapa saya pula yang menjadi rebutan? Mungkin kerana saya terlalu baik kot, katanya sambil ketawa terdekah-dekah membalas.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 314

Perasan!, balas Datin Roza seraya turut sama ketawa dengan suami dan anaknya. Dalam hati, dia bersyukur memiliki suami yang bertanggungjawab dan anak yang soleh. Dan insyaAllah, bakal menantu sulung yang solehah juga. Dia bahagia.

* Buat pertama kali Johari selepas beberapa siri pertemuan dengan Aisyah, Johari diterpa oleh perasaan yang sangat aneh. Dia berasa sangat-sangat mahu untuk memandang wajah gadis di hadapannya tetapi dia malu. Perasaan malu itu bukan dibuat-buat, tapi ia datang sendiri.

Aisyah juga bahkan lebih malu. Dia tidak bersuara sepatah pun. Mukanya sentiasa ditundukka. Tidak sanggup untuk menatap wajah jejaka tampan yang duduk di samping ibubapanya.

Jadi, macam mana kita ni Hamzah?, tanya Encik Azizi ceria. Mukanya nampak gembira dan bercahaya menerima kedatangan keluarga Datuk Hamzah, beserta berita yang sangat mengembirakan.

Sesekali matanya dilarikan kepada Johari yang nampak tersipu-sipu. Ah, lelaki itu memang pemalu. Isterinya turut sama gembira. Dari tadi asyik saja tersenyum. Entah apa yang dia fikirkan.

Kita tanya tuan punya badan saja lah, balas Datuk Hamzah ringkas. Dia menyiku lengan Johari agak kuat.

Er... saya... minggu depan pun boleh, Johari tiba-tiba menutur kata-kata itu. Dia sebenarnya tidak bermaksud sama sekali. Tetapi dek kerana gementar, debar dan kalut, tiba-tiba sahaja dia boleh berkata begitu. Ditambah pula dengan rasa sakit dan terkejur saat lengannya disiku bapanya. Ah, semuanya tidak sengaja! Dia memarahi dirinya.

Tak.. maksud saya bukan minggu depan.. tapi...

Ha! Bagus sangat lah kalau minggu depan! Bagaimana kata kamu, Hamzah?, tanya Encik Azizi sambil tersenyum lebar.
Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/) Page 315

Aisyah merona merah. Dia terkejut sebenarnya. Tak sangka seawal itu!

Datuk Hamzah ketawa kecil. Bagus sangat tu! Lagipun lagi 2 minggu kau nak menunaikan umrah, kan? Jadi aku rasa baik mereka dinikahkan minggu depan sahaja. Hari sabtu, paginya. Sabtu kita buat walimah kecil-kecilan di rumah kau dan ahad, di rumah aku pula. Bagaimana?

Johari tercengang. Saya tersasul tadi!, Dia cuba membetulkan kesilapan tadi.Bimbang jika dikatakan orang sebagai gelojoh. Gila! Tak pernah dibuatnya orang, minggu ini dua keluarga berbincang, minggu depan majlis ijab dan kabul.

Joe.. benda baik jangan dilewat-lewatkan. Lagipun nanti masa pak cik dan mak cik menunaikan umrah, kamu boleh lah duduk di sini tengok-tengokkan Aisyah dan adikadiknya, kata-kata Encik Azizi lembut menerajah ke sukmanya.

Betul tu Joe. Benda ibadah jangan ditangguh, tambah Puan Mona pula. Sedar tadi dia mahu menyampuk tetapi terpaksa membatalkan hasratnya keran hari itu Encik Azizi banyak pula celotehnya.

Di kiri Johari, Datin Roza tersenyum penuh makna. Aisyah pula bagaimana?, tanyanya kepada Aisyah yang sedari tadi menundukkan muka.

Aisyah yang masih dibungkus rasa malu yang teramat memandang wajah bakal ibu mertuanya. Sekilas, pandangannya bertautan dengan Johari. Wajahnya yang putih dan ayu bertukar merah.

Saya ikut saja. InsyaAllah, balasnya lembut.

Alhamdulillah. Jadi sekarang bagaimana? Johari setuju minggu hadapan?, tanya Encik Azizi. Matanya membulat memandang wajah Johari.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 316

Jika pak cik yakin dan percaya dengan saya. InsyaAllah,jawabnya ringkas. Jantungnya seakan-akan mahu meletup sahaja saat itu. Ada cahaya bahagia mula menyelinap ke dalam jiwa. Aisyah!

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 317

BAB 41

Malam itu, Johari tidak dapat melelapkan mata. Fikirannya dihujani bermacam-macam perkara, dari bermacam-macam penjuru. Dia bermuhasabah diri. Dalam masa seminggu sahaja, dia akan menjadi suami orang. Ya, itu sebuah tanggungjawab yang tersangat-sangat berat! Ya. Dirinya masih seakan-akan tidak menyangka begitu cepat sekali dirinya akan memikul tanggungjawab ini.

Orang pertama yang mendapat khabar berita ialah Rosli. Dia jelas terkejut. Lantas dia memeluk bahu Johari sambil ucapan tahniah tidak berhenti keluar dari mulut. Dalam masa yang sama, dia pelik sedikit kerana tiada majlis pertunangan dibuat. Katanya, ia sesuatu yang sangat pelik. Bahkan, ia ganjil.

Johari ketawa kecil. Dia menjelaskan kepada Rosli tentang pertunangan. Yang sebenarbenarnya, pertunangan ialah suatu ikatan janji antara pihak lelaki dengan pihak perempuan untuk melangsungkan perkahwinan mengikut tarikh yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Tidak disyariatkan pun untuk diadakan majlis. Sepintas lalu, ia ibarat kerangka.

Rosli mengangguk-angguk. Maknanya, kau ialah tunangan orang lah ni?.

Johari ketawa besar Oi... mestilah tunang orang. Takkan tunang beruk kot!.

Rosli turut sama ketawa. Dia rasa sedikit bodoh kerana bertanya soalan seperti itu. Dengan tawa yang masih panjang, dia membetulkan ayatnya. Tak. Aku tanya. Kau sudah ada tunang la ni?

Kali ini Johari mengangguk dan senyum tawar. Rosli faham. Maknanya, selama ini masyarakat kita telah salah faham tentang sesebuah pertunangan. Kononnya, jika tiada cincin RM 5000, maka tidak jadi tunang. Jika tidak ada kenduri, juga tidak jadi tunang. Padahal, ia adalah persetujuan dua belah keluarga. Seperti Johari, mereka bersetuju untuk melangsungkan perkahwinan dalam tempoh satu minggu lagi.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 318

Hari itu, Johari bekerja lebih kuat daripada biasa. Masa makannya dikorbankan untuk menyiapkan kerja dan di hujung harinya, dia pulang selepas jam 9 malam! Gigihnya bersebab. Dia akan mulai bercuti mulai hari rabu hinggalah rabu minggu hadapan. Johari senyum sendirian, mungkin terkenang akan wajah redup Aisyah menahan malu.

Mulai hari itu juga, Johari mula mengkhabarkan dan menjemput sahabat-sahabatnya untuk ke majlis walimah antara dia dengan Aisyah. Seorang demi seorang sahabat yang jauh dan dekat ditelefon. Pastinya orang yang paling terkejut antara semua ialah Azzam. Mengenangkan perbualan mereka sahaja sudah cukup untuk membuatkan Johari ketawa lucu, sendirian.

Ya Allah... cepatnya? Ni bila punya rancangan ni?, tanya Azzam terkejut. Drastik betul

Johari yang sedang duduk bersimpuh di katilnya ketawa kecil. Kelmarin punya rancangan

Subhanallah... Mudahnya urusan enta, Azzam melahirkan rasa kagum.

Biasalah... Bukan ana yang melamar, tapi ana yang dilamar, balasnya bergurau. Mereka berdua ketawa. Di hujung-hujung perbualan, Johari menjemput Azzam untuk hadir, dan jemputan itu dibalas dengan InsyaAllah daripada lelaki itu.

Selesai menelefon Azzam, Johari segera mendail nombor telefon Ustaz Mujib. Seperti yang dijangka, Ustaz Mujib juga terkejut tapi tidaklah seketara Azzam tadi. Lagipun, dia hanya terkejut dengan tarikh majlis, bukan dengan siapa. Ustaz Mujib mengucapkan syukur dan tahniah seraya berjanji akan menghadirkan diri ke walimah hujung minggu itu.

Malam itu Johari tidur dengan mulut yang tersenyum. Dia hanyut di lautan rindu buat Aisyah.

Segar. Itulah yang dirasakan oleh Aisyah. Pagi itu dia bangkit dengan hati yang berbungabunga. Selepas berdoa ringkas, dia berganjak ke bilik air dan berwuduk. Dikerlingnya jam yang tersangkut di dinding biliknya. Jam berwarna putih bersaiz sederhana besar itu menunjukkan pukul 5.15 pagi.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 319

Nasuha menyarung telekung. Saat mahu mengangkat takbir, tiba-tiba dia teringatkan Johari. Ah, pasti lelaki itu sedang hanyut dalam munajat. Lama dia begitu, kemudia barulah takbir diangkat dengan penuh rasa kehambaan. Aisyah berdoa agar dia bisa menjadi peneman terbaik, buat pejuangan Johari.

Hari itu, Aisyah sudah mula bercuti. Cutinya 2 hari lebih lama daripada Johari. Di pejabatnya semalam, dia sudah pun menghebahkan tentang majlis hujung minggu ini. Seperti yang dijangka, ada yang senyum lebar tumpang bahagia dan ada juga yang tersenyum sinis, penuh dengan sangkaan yang buruk-buruk.

Antaranya ialah Jane. Jane, nama saja gempak tetapi bukannya orang cina atau orang eropah. Dia orang melayu juga, bahkan orang kampung sahaja. Tetapi dek kerana lupa daratan, dia terus-terusan meninggalkan cara hidup orang melayu, apatah lagi orang islam. Jane atau Jamilah, pada awalnya ialah sahabat yang rapat dengan Aisyah di pejabat itu. Bahkan, Aisyah lebih rapat dengannya berbanding dengan Azlin.

Tetapi, selepas dia mula tersedar daripada kejahilan dan bertemu jalan pulang, dia mula sedar bahawa sahabat-sahabat seperti Jane, bukanlah sahabat yang baik. Mereka bahkan boleh menjadi barah pula jika tiada langkah berjaga-jaga. Perlu dijauhi. Ya! Perlu singkir!

Pada awalnya, perubahan mendadak Aisyah sering diperlekehkan oleh Jane dan teman-teman yang sama ideologi dengannya. Namun, selepas Aisyah sendiri menyeru mereka pulang ke pangkal jalan, terus sahaja lekeh yang diberi ditukar pula dengan gelapnya dendam kesumat. Pun begitu, Aisyah tidak kisah dan jauh lagi untuk kecil hati. Benar, hatinya terluka kerana layanan buruk yang diterima daripada kawan-kawannya itu, tapi jauh di dasar hatinya, dia menyedari hakikat bahawa setiap orang punya turning point mereka masing-masing.

Seraya dia teringat akan Ameena, gadis arab yang tidak putus-putus cuba menarik dia kembali ke pangkal jalan. Walaupun usaha gadis itu gagal semasa mereka di U.K dahulu, tapi ternyata usahanya membuahkan hasil hanya sesudah Aisyah pulang ke tanah air. Benarlah, dakwah ini bukan perniagaan yang hasilnya segera. Ia tidak datang segera, melainkan selepas datang jerih yang bertimpa-timpa.

Pagi itu, Aisyah ikut ibunya ke butik. Dia sudah sepakat dengan Johari untuk mengenakan pakain yang ringkas-ringkas sahaja. Baju melayu, sampin dan songkok bagi pengantin lelaki dan gaun pengantin muslimah bagi pengantin perempuan. Ringkas kan?

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 320

Temanya ialah hijau. Warna kegemaran Johari dan warna kesukaan Aisyah juga. Tiada masalah bagi Aisyah kerana ukuran badannya standard. Sangat mudah untuk mencari pakain buat tubuh lansingnya. Selesai menempah, lebih tepat, menyewa set pakaian, mereka ke Pasar Seni pula membeli sedikit sebanyak barang-barang untuk dijadikan hantaran balas. Aisyah pening sendiri. Baru hari ini dia tahu yang adat-adat melayu ni bermacam-macam. Kadangkala, terlalu membebankan pula.

Tiba-tiba, satu SMS diterima. Aisyah, pesan pada mak cik supaya jangan beli barang hantaran mahal-mahal sebab barang hantaran dari saya pun biasa-biasa saja. Yang special tunggu lepas akad~

Aisyah menangkup mulutnya dengan tangan. Dia menahan ketawa. Lucu benar SMS dari Johari itu. Dia kemudian menaip SMS balas, OK.

Mak, kita nak beli apa?, tanya Aisyah pada ibunya yang liar memandang deretan kedai cina dan kedai malayu di kiri dan kanan. Matanya galak, langkahnya bersemangat.

Hadiah untuk suami kamu lah, balas ibunya acuh.

Mak... Johari pesan jangan beli yang mahal-mahal, Aisyah berterus terang.

Puan Mona sedikit pelik. Kenapa?, tanyanya pula.

Sebab... dia pesan macam itu. Katanya, dia risau jika ia membawa kepada pembaziran, boros dan menunjuk-nunjuk. Katanya lagi, kalau nak beri juga, berilah sebagai hadiah, balas Aisyah panjang lebar.

Hmm.. ya lah. Mak faham. Kalau macam itu, kita carikanlah hadiah untuk dia satu, kata Puan Mona lagi. Dia senyum mengerti. Apa nak buat, bakal menantu alim macam ustaz. Mesti lebih faham agama, bicaranya dalam hati sendiri.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 321

Aisyah tersenyum manis dan bertenaga. Sejak kelmarin dia berdoa agar Allah memudahkan urusan walimah ini dan benar, Allah sedang memakbulkan doanya. Ternyata ibu dan ayahnya tidak banyak kerenah dan ragam. Dengan senyuman yang melebar, Aisyah menarik tangan ibunya ke sebuah kedai jam.

Jom!

Aisyah membenarkan ibunya memilih jam yang cantik. Sebuah jam tangan berjenama Polo yang sangat elegen dan bergaya. Saat mahu membuat bayaran, Aisyah tampil mahu membayar tapi dihalang oleh Puan Mona. Ini hadiah daripada mak buat bakal menantu mak. Kamu punya, sendiri-sendiri lah ya, Puan Mona senyum penuh makna lalu disambut Aisyah dengan muka yang mencebik. Mereka ketawa kecil, bahagia.

Sesampai sahaja di rumah, jam sudah menunjukkan pukul 3 petang. Mujur mereka sudah bersolat zuhur di butik ibunya tadi jadi mereka tidaklah terburu-buru dan berkejar-kejar. Aisyah dan ibunya sedang memindahkan barang-barang yang dibeli mereka tadi dari booth kereta, ke ruang tamu. Banyak juga barang yang dibeli. Apapun, Aisyah masih berpuas hati kerana dia belum lagi mencapai tahap berlebih-lebihan dan membazir.

Mak Mah yang berada ruang tamu sambil melayan sinetron Indonesia tampil membantu. Wahh... cantiknya bunga-bunga ni..., puji Mak Mah. Dia sedang membelek-belek sebakul bunga telur yang dihiasi dengan bunga-bunga plastik yang beraneka warna dan jenis.

Puan Mona sekadar memerhati sambil senyum. Dia berkata, Nanti kita beri tetamu bunga telur saja. Biar nampak macam style kampung sikit.

Puan, kalau nak buat gubahan bunga, tak perlu upah orang. Saya reti buat. Dulu, masa saya di Acheh, saya ambil upah untuk buat gubahan bunga sempena orang bernikah ini, kata Mak Mah sambil tersenyum bangga. Dia terkenangkan masa-masa dia di kampung halaman dahulu. Memang dia gemar dengan seni-seni begini sejak dari kecil lagi. Bahkan, semasa di Aceh dahulu pun, Mak Mah punya sebuah gerai kecil menjual barangan kraf dan seni kepada pelancong-pelancong di sana.

Aisyah yang sedang duduk melepaskan lelah hanya memandang ibunya dan Mak Mah berbual sesama mereka. Fikirannya malayang jauh memikirkan Johari. Tiba-tiba mukanya yang putih bersih bertukar merah. Malu. Rasa kekok masih menebal dalam dirinya saat
Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/) Page 322

memikirkan bahawa dia dengan Johari, rupa-rupanya bakal menjadi suami isteri tidak lama lagi. Sedangkan dahulu, mereka hanya berkawan. Tiada langsung cinta, dan tiada langsung perasaan yang bukan-bukan.

Teringat dia akan kata-kata Azlin tempoh hari. Inilah takdir Allah. Ada orang bercinta bagai nak rak tapi hubungan itu tidak berakhir dengan perkahwinan. Masa bercinta, bukan main manja... tapi bila sudah berpisah, langsung terus jadi musuh. Bersyukurlah Aisyah... Allah benar-benar mudahkan jodoh kau. Iya, jodoh itu kan rahsia-Nya. Betul kan?

Aisyah senyum sendirian di kerusi itu. Tidak sedar yang ibunya sudah tidak ada di ruang tamu lagi. Dia memandang sekeliling. Rupa-rupanya ibunya sedang duduk bersila mengadap Mak Mah yang sedang tekun memintal-mintal straw-straw minuman.

Aisyah pelik. Mak-mak berdua ni buat apa?, tanyanya sambil bergurau manja.

Buat bunga, sahut Mak Mah seraya tersenyum.

Aisyah bertambah hairan. Dia memandang ibunya. Mak, straw kita beli banyak-banyak ni bukan untuk kasi orang minum ke?. Dahinya yang keputihan itu sedikit berkerut memandang Puan Mona.

Puan Mona ketawa kecil. Tetamu minum guna cawan lah.. buat apa bagi straw.., jawabnya ringkas.

Mak... buat gubahan bunga pakai straw tu dah ketinggalan lah.. Orang dah tak buat macam ni dah..., kata Asiyah. Suaranya lembut tetapi ada sedikit protes dihujung-hujung.

Itulah... Aisyah belum tengok lagi hasil kerja tangan Mak Mah. Kalau dah siap nanti, mesti Aisyah tak peduli lagi moden atau tak moden. Mesti semua orang akan suka sebab cantik, sampuk Mak Mah sambil tangannya laju menggulung-gulung straw yang telah dipotong pendek. Wajahnya nampak teruja.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 323

Puan Mona menambah, Betul tu. Lepas siap nanti, orang tak akan kisah style lama atau tak lama sebab orang hanya peduli ia cantik atau tak aje.

Aisyah akur. Dia tersenyum manis. Kalau macam tu, Aisyah ikut aje. Asalkan tak menyusahkan Mak Mah, sudahlah..

Tak susah la Aisyah. Mak Mah memang suka kerja-kerja ni , balas Mak Mah. Segera.

Aisyah senyum, memerhati dengan penuh minat dan akhirnya, dia terlelap di kerusi. * Aisyah... Aisyah... Bangun nak, kejut Puan Mona lembut. Tangannya mengelus rambut ikal Aisyah. Rambut itu lurus, cantik dan wangi. Pernah satu ketika, rambut itu menjadi warna perang kerana diwarnakan, tapi itu dahulu. Sekarang, ia kembali kepada fitrah.

Aisyah terpinga-pinga. Dia menggosok-gosokkan mata. Astaghfirullah... Aisyah tidur kat sini?, suaranya perlahan. Dia memandang wajah ibunya yang sedang senyum lebar.

Jom! Solat asar berjemaah, ajak ibunya. Aisyah memandang kearah jam di dinding. Sudah pukul 4.35 petang. Dia tersenyum seraya mengangguk. Jom!

Aisyah bingkas ke bilik dan bersiap-siap. Dia kehairanan. Sejak tadi tidak ternampak kelibat dua orang adiknya itu. Selalunya adik-adiknya akan pulang dari sekolah pada pukul 2 petang.

Aisyah ke bilik bacaan. Di situ, Puan Mona sudah siap dengan telekung dan menghampar sejadah. Di tangannya ialah naskah al-Quran mini. Dia membaca beberapa baris ayat suci alQuran sementara menunggu Aisyah bersiap.

Mak, mana si Lisa dengan Anis? Takkan tak balik lagi?, tanya Aisyah.

Mereka ada program kokurikulum. Pukul 5.30 baru balik, balas ibunya ringkas.
Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/) Page 324

Ooo... patutlah, monolog Aisyah perlahan. Dia sedang menyarung telekung ke kepalanya. Dia tiba-tiba teringat akan satu nasihat daripada Ustazah Asyiqin kepadanya. Satu ketika, dia bertanya tentang hukum memakai kain telekung untuk bersolat kerana di Birmingham dahulu, dia sering melihat gadis-gadis arab terutamanya, bersolat tanpa memakai telekung. Dia hairan kerana sejak kecil dahulu, dia seakan-akan diajar bahawa tidak sah solat tanpa telekung.

Ustazah Asyiqin memberikan satu jawapan yang cukup memuaskan hati. Orang Malaysia jarang-jarang kisah tentang aurat. Ramai yang beranggapan bahawa aurat hanya dijaga masa solat sahaja, tapi tidak diluar solat. Kerana itulah anak-anak gadis suka berpakain ketat dan terdedah. Jika tidak terdedah kepala, terdedah lengan. Jika menutup lengan pula, kaki pula terdedah. Sedangkan aurat ialah semua kecuali muka dan tapak tangan. Kerana itulah ulamaulama menyuruh mereka memakai telekung untuk menutup aurat yang tadi, tidak tertutup dengan sempurna

Aisyah senyum simpul sendirian. Dia membuat kesimpulan bahawa jika wanita itu benarbenar menjaga auratnya, tanpa telekung pun dia boleh bersolat.

Aisyah imam ya, kata Puan Mona berbaur perintah.

Aisyah akur. Dia mengangguk. Tidak lama, dia mengangkat takbir lalu diikuti Puan Mona, dengan penuh rasa kehambaan.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 325

BAB 42

Sebelum pulang, Johari sempat berbual ringkas dengan Saleem dan Farouk serta seorang lagi pegawai keselamatan orang tempatan yang usianya sudah melangkau separuh abad. Dia Johari menjemput mereka untuk hadir ke walimahnya. Istimewa.

Saleem dan Farouk sangat teruja hinggakan air muka mereka jelas mengambarkan perasaan sebenar mereka itu. Johari dihujani nasihat-nasihat yang sangat baik. Saleem dan Farouk, sama-sama sudah punya isteri. Cuma yang kasihan, mereka berjauhan. Masing-masing mereka terpaksa meninggalkan anak dan isteri di kampung halaman sahaja. Kerana itu, berita pernikahan Johari tadi sedikit sebanyak mencampakkan mereka ke dalam lautan rindu kepada isteri mereka yang jauh di mata, pastinya.

Mereka berpelukan erat. Sebelum Johari menapak ke kereta, Saleem berbisik di cuping telinganya, Baguslah tuan mahu kahwin. Lepas ni takde dah la perempuan yang nak menggatal kejar tuan lagi

Mereka ketawa sama.

Malam itu, seperti biasa Johari akan ke Ampang, berjumpa dengan adik-adik usrahnya. Malam itu juga, pertemuan mereka berlangsung lebih lama berbanding kebiasaan. Adik-adik usrah seramai 7 orang yang dibimbing olehnya itu terkejut bercampur teruja. Ada juga yang semacam tidak yakin pula dengan berita itu. Bukan apa, Johari sangat berahsia dan seringkali mengelak apabila diusik dengan soalan-soalan berbaur pernikahan.

Kalau ada jodoh, adalah..., itulah jawapan Johari. Sentiasa, jawapan itulah yang akan keluar dari mulutnya apabila ada orang yang bertanya tentang nikah. Bagi Johari, begitu lebih baik. Pertama sekali, ia membawa orang yang bertanya, dan orang yang ditanya itu untuk kembali ingat, bahawa jodoh pertemuan itu adalah milik Allah S.W.T semata-mata. Kedua, dengan memberi jawapan sebegini, dia merasa lebih selamat. Setidaknya, otaknya tidak akan melangkau jauh memikirkan si dia. Ketiga, jawapan sebegini tidak akan membawa si penanya untuk pergi lebih dalam lagi. Untuk apa dikorek-koreknya rahsia orang? Jika tidak membawa aib, ia mungkin membawa fitnah.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 326

Betul ke bang? Tahniah, kata Jalal dengan penuh keterujaan. Anak muda dari terengganu itu mengetuai sahabat-sahabatnya memberi ucapan tahniah. Johari senyum bahagia. Sebelum berpisah, dia tidak lupa untuk menjemput kesemua adik-adiknya itu untuk hadir memeriahkan lagi majlis.

Doakan ana ya..., pesan Johari di muka pintu sebelum memberi salam perpisahan.

Johari melayan perasaan. Matanya memegang stereng, kemas. Tetapi otaknya melayang entah ke mana. Sekejap tenggelam memikirkan Aisyah, sekejap memikirkan tanggungjawab. Sedang dia mahu melalui satu simpang, tiba-tiba sahaja keretanya dilanggar oleh sebuah motosikal.

Baaamm!!!

Seorang lelaki, menunggang motosikan RXZ melanggar cermin sisi keretanya di bahagian kiri. Terkejut Johari. Segera dia memperlahankan kenderaan. Mendadak. Di bahu jalan, penunggang motosikal tadi telahpun berhenti sambil menahan sakit di bahu. Jelas bahunya itu terlanggar cermin sisi kereta Waja milik Johari itu.

Johari susur ke kiri dan berhenti sama di kaki lima. Dia menjeling sekilas ke arah cermin sisi yang dilanggar tadi. Senget sedikit. Johari segera ke arah penunggang motosikal tadi yang sedang kesakitan di bahu. Tangan kirinya memegang bahu kananya. Dari balik topi kaledar, Johari sempat melihat wajah pemuda itu menahan sakit.

Awak tak apa-apa?, tanya Johari sedikit cemas.

Pemuda yang sedang menahan sakit itu mengangkat muka. Hey!! Awak ni pandai drive ke tidak? Tiba-tiba saja menyusur ke kiri tanpa beri signal!!, bentaknya marah.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 327

Dalam kegelapan malam yang hanya disinari oleh lampu jalan, Johari dapat meilhat raut wajah lelaki itu. Dia marah. Benar-benar marah. Johari pula keliru. Dia sebenarnya pelik. Rasa-rasanya, bukan dia yang salah kerana dia hanya melalui jalan yang lurus. Yang sebenarnya salah ialah lelaki itu kerana tidak berhati-hati semasa mahu memotong keretanya. Laju pula tu dia memandu!

Johari tiba-tiba dikuasai marah. Dirasakan mahu sahaja mulutnya mengeluarkan ayat-ayat yang tidak kalah pedasnya. Dia geram kerana yang patut diheret ke kandang salah dalam kejadian tadi bukanlah dia tetapi lelaki itu! Bahkan, cermin sisi keretanya juga telah senget! Namun, secebis rasa kasihan timbul melihat lelaki itu kesakitan menyebabkan niatnya untuk bertekak dibatalkan. Biarlah dia sahaja yang meminta maaf. Lagipun yang menanggung sakit ialah lelaki itu, bukannya dirinya.

Tangan encik macam mana?, tanya Johari lagi. Dia memandang dengan penuh simpati.

Macam mana apa? Kau nak aku patahkan tangan kau juga?!, balas lelaki itu marah. Kasar dan tandus dengan etika dan adab.

Johari menghela nafas panjang. Dia bukannya takut dengan lelaki di hadapannya, tetapi kasihan. Lebih kasihan, lelaki itu pula yang menolak kebaikan yang cuba dia hulurkan.

Saya bawa encik pergi hospital sajalah. Kita periksa bahu encik. Bayarannya nanti biar saja saya yang jelaskan, kata Johari lembut, separuh memujuk.

Macam ini sajalah. Awak bagi saya RM 200. Kita settle, kata lelaki tadi. Dia turun dari motosikalnya. Topi kaledar di kepalanya masih tersarung kemas. Jika dilihat dari segi fizikal, lelaki itu mungkin sebaya dengan Johari.

Dua ratus?, tanya Johari separuh terkejut. Untuk apa?

Hoi brader... kau dah langgar aku, pastu kau nak biar macam ni aje? Bayarlah ganti rugi!, suara lelaki itu keras seakan mengugut. Dia merapati Johari yang masih tegak memandang lelaki itu.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 328

Tapi encik, yang bersalah bukan saya tapi encik. Encik salah sebab tidak berhati-hati. Saya sudah ikut jalan yang betul!, Johari cuba membela diri. Dia geram. Rasa tercabar.

Di jalan raya, keadaan masih sesak dengan kebanjiran kenderaan warga kota walaupun sudah melewati tengah malam. Bandaraya Kuala Lumpur ternyata tidak pernah tidur. Siang malam sentiasa sibuk. Jika siang, sibuknya kerana kerja tapi malam pula, sibuknya lebih kepada hiburan.

Hoi!! Beri sajalah!!, Lelaki itu menengkingnya.

Johari beristighfar dalam hati. Jika diikutkan rasa hati, mahu saja dia patah-patahkan saja tangan lelaki itu. Dia tidak lupa ilmu persilatan yang pernah dipelajarinya sebelum ke Jordan dahulu. Dia berguru daripada seorang guru di Kedah, di kampung pak cik Amir, bapa saudaranya. Tapi seboleh-bolehnya, dia tidak mahu bergaduh. Ya, dia tidak mahu!

Serta merta hadis Rasulallah berkenaan jangan marah menyedarkan dia. Benarlah kata Baginda lagi, bahawa orang yang bijak ialah orang yang mahu mengawal kemarahan.

Baiklah. Saya akan bayar. Tapi dengan satu syarat, kata Johari lambat-lambat. Bibirnya digetap, tanda geram.

Apa dia?, tanya lelaki itu. Suaranya sudah direndahkan sedikit. Egonya dijernihkan setitis. Mungkin kerana merasakan bahawa dia bakal menerima RM 200 malam ini. Ah! Inilah yang dinamakan rezeki dalam malang.

Johari membuka dompetnya dan mengerkan 4 keping not bernilai 50 ringgit. Dia membaca selawat dan sedikit doa, sebelum wang itu bertukar tangan. Lelaki itu tiba-tiba berubah muka. Seronok! Ya, wajahnya nampak teruja! Seolah-olah tidak ada kesakitan. Dasar pembohong!

Dia memasukkan wang itu ke dalam poket jeans. Dia memandang wajah Johari. Apa syarat kau?, tanyanya dengan suara mendatar.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 329

Saya nak encik berubah. Lepas ini bawa motosikal dengan lebih berhemah dan hati-hati. Saya juga harap encik dapat belajar untuk bersabar dan bersopan dengan orang. Oh ya, seperkara lagi, saya berdoa agar encik dapat menjadi orang yang beriman, kata Johari. Suaranya bergetar-getar berbaur emosi. Matanya memandang tepat kearah pemuda tadi. Kali ini wajah pemuda itu nampak lebih jelas kerana disinari cahaya lampu jalan yang betul-betul berada di atas kepalanya.

Itu saja?, tanya lelaki itu mencebik. Dia merasa jengkel bercampur menyampah.

Ya. Saya minta maaf jika saya bersalah, kata Johari lembut. Dia merasakan sudah tiba masanya untuk dia mengikhlaskan diri. Harap-harap, ia mampu menjadi turning point bagi lelaki itu.

Baiklah. Terima kasih, balas lelaki itu pendek. Dia kembali ke motosikalnya dan terus meluncur laju di jalan raya. Sekejap sahaja, bayangnya lenyap dibalik malam.

Hah... bawak motosikal macam pelesit. Mana tak langgar orang...., gumam Johari dalam hati. Dia pun kembali ke keretanya. Dibelek-belek cermin yang dilanggar tadi. Esok kena hantar workshop lah, keluhnya kesal. Tiada siapa mendengar.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 330

BAB 43

Johari duduk termenung laman rumah. Lagi 2 hari, dia akan menjadi suami orang. Tanggungjawab yang bakal dipikul bukan sebarang. Dia akan disoal oleh Allah Taala kelak. Itulah yang diatakuti sangat-sangat. Sebenarnya, itulah perkara yang paling banyak difikirkan; adakah dirinya mampu untuk menjadi pembimbing?

Dari balik muka pintu, Datuk Hamzah sedang khusyuk memerhati gelagat anaknya itu. Ah, macam cacing kepanasan sesekali lakunya. Senyuman nipis terukir di bibirn tuanya, penuh erti yang berselirat. Senyap-senyap dia keluar dan merapati Johari yang sedang mengelamun jauh.

Nervous?, tanya Datuk Hamzah sepatah. Bibirnya mengukir senyum lebar.

Johari melihat bapanya mengambil tempat di kerusi kayu yang panjang itu. Di sebelahnya. Dia membalas senyum indah bapanya dan menganggukkan kepala, menjawab pertanyaan bapanya tadi.

Datuk Hamzah meletakkan tangannya yang sudah mula ada tanda-tanda kedut ke atas paha Johari. Dengan penuh kasih dan sifat kebapaan, dia memberi suntikan semangat buat Johari. Pesanan-pesanan yang berkisar tentang tanggungjawab sebagai suami. Johari menganggukangguk. Sepatah pun dia tidak menyampuk. Dia mendengar dengan teliti padahal bendabenda itu sudah beberapa kali diperingatkan kepadanya, sejak dari kursus pra-perkahwinan lagi.

Angin petang sekejap-sekejap muncul. Dari kejauhan, mereka dapat melihat dengan jelas beberapa orang wanita cina yang sudah berusia sedang mengambil angin. Mereka berjalan dalam satu kumpulan kecil, tapi cukup untuk menimbulkan suasana yang sedikit kecoh dengan perbualan mereka dalam bahasa mandarin. Kaum wanita berbangsa cina memang nampak mengambil berat tentang kesihatan mereka. Tidak hairanlah, seawal jam 6.30 pagi lagi mereka sudahpun keluar rumah, berjalan kaki laju dan kadangkala berlari-lari kecil. Ah, hari-hari mereka begitu.

Abang... Joe... mari masuk. Ada pisang goreng ni, tiba-tiba Datin Roza menjengah dari muka pintu.
Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/) Page 331

Jom, kata Datuk Hamzah. Ada nada perintah di sana yang akhirnya menyebabkan Johari turut bangkit menyusul bapanya ke ruang makan. Dia duduk dan mengambil sekeping pisang goreng yang masih panas. Terasa enak sekali dijamah masa ia masih panas dan berasap halus.

Abang, bila orang nak datang pasang khemah?, tanya Datin Roza. Mulutnya sedang mengunyah-ngunyah sekeping pisang goreng.

Petang sabtu nanti, balas Datuk Hamzah acuh. Tumpuannya ialah pada pisang goreng itu. Sedap!

Pak Cik Amir nak datang bila?, Johari bertanya. Dia teringat akan Pak Cik Amir, bapa saudaranya yang tinggal di Kedah. Dia ialah adik kepada ibunya, dan sangat rapat dengan Johari walaupun Pak Cik Amir sudah mempunya anak-anak yang sedang membesar. Seorang anaknya ialah junior Johari masa di University Yarmouk dan sekarang berada di tahun akhir.

InsyaAllah mereka bertolak selepas solat jumaat, balas ibunya. Semalam, dia sempat berbual-bual dengan adiknya yang seorang itu. Dari Alor Setar ke Kuala Lumpur, rasanya sempat sampai sebelum isyak. Itupun jika kereta dipandu laju.

Johari menjamah sedikit pisang goreng. Dia kemudian beransur ke sinki, membasuh tangan dan ke biliknya. Hajatnya, dia mahu bersiap-siap ke surau. Hari mahu beriktikaf dan bermuhasabah terlebih dahulu. Iyalah... jam baru sahaja menunjukkan pukul 6.05 minit petang.

Dia melihat telefonnya. Ada dua panggilan tidak berjawab daripada Azzam. Hatinya girang bercampur tanda tanya. Dia memerlukan Azzam. Nasihat, tunjuk ajar, dan kata-kata semangat daripada Azzam sangat-sangat dia dambakan, seperti ketika mereka di Jordan dahulu.

Johari duduk di kerusi dan mendail nombor telefon Azzam. Tidak lama, ada suara ceria seorang lelaki menjawab.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 332

Afwan akhi.. tadi ana dekat bawah. Ambil angin, Johari meminta maaf.

Tak apa. Ana cuma mahu bertanya khabar enta. Biasalah bakal pengantin baru ni, selalunya ada penyakit-penyakit baru yang pelik-pelik, balas Azzam sambil ketawa mengekek. Dia seronok dapat mengusik Johari.

Johari turut sama ketawa. Ana sihat. Alhamdulillah. Eh, orang nak kawin kena penyakit apanya?, tanya Johari pelik.

Penyakit gatal, sahut Azzam. Berderai ketawa dua sahabat ini. Dengan tawa yang masih bersisa, Johari meluahkan rasa yang terbuku dalam dada.

Ana rasa macam-macam la akhi. Exited ada, happy ada, tapi yang paling kuat, rasa takut. Takut apabila memikirkan tanggungjawab dan lebih takut apabila memikirkan bahawa Allah akan menghisab dan mempersoalkan akan tanggungjawab ana kelak, Johari bertukar sayu.

Ish... enta janganlah sedih-sedih ya. InsyaAllah, ana yakin dengan kemampuan enta membimbing zaujah enta kelak. Banyakkan doa. Kekalkan hubungan baik enta dengan Allah. Pasti setiap ujian yang mendatang, enta dapat lalui dengan sukses. InsyaAllah, lembut suara Azzam menerajah masuk menusuk hati Johari.

Ingat Johari... perkahwinan itu salah satu daripada sunnah Rasulallah. Allah berfirman dalam surah ali-Imran ayat 31; jika kita cintakan Allah, maka kita kena ikut Rasulallah. Niatkan perkahwinan ini sebagai medan enta untuk mendekati-Nya. Semakin enta dekat dengan Allah, pasti Allah makin sayang. Maka, setiap ujian tidak lagi jadi beban, tapi menjadi gula-gula bagi enta. Ana sentiasa mendoakan enta dengan zaujah. InsyaAllah, sambung Azzam lagi.

Ketika itu, Johari sebak hingga hampir sahaja air matanya tumpah tapi dapat ditahan.

Terima kasih Azzam. Ana sangat mengharapkan doa daripada enta, balas Johari lembut. Mereka berbual lama. Sesekali Johari akan ketawa. Dia benar-benar rasa terubat dapat berbual dengan sahabat yang jauh di Pantai Timur hingga tidak sedar yang jam sudah menunjukkan pukul 6.45 petang.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 333

Walimah rumah enta hari ahad ini kan?, tanya Azzam. Dia meminta kepastian. InsyaAllah. Majlis akad nikah akan diadakan di rumah pihak perempuan pada pagi sabtu, terang Johari pula. Sememangnya kedua-dua belah pihak merancang tidak mahu mengadakan majlis besar-besaran. Cukuplah bersederhana walaupun mereka sama-sama mampu, samasama berada. Berkat itu lebih utama untuk dicari. Bukankah begitu?

Kalau macam itu, ana akan datang ke rumah enta hari ahad ni. InsyaAllah, Azzam menabur janji. Dia berniat untuk memeriahkan majlis sahabatnya itu serta meraikannya.

Johari serba salah. Enta drive sendiri?,tanyanya. Dia seboleh-bolehnya tidak mahu menyusahkan sahabatnya itu. Dari Pekan ke rumahnya di Kuala Lumpur, perjalanannya bukan memakan masa sejam dua. Mungkin sampai 4 jam juga.

InsyaAllah. Tapi ana seorang saja kerana ayah ana tidak sihat dan mak ana kena jaga dia. Adik-adik ana yang lain sedang berada di universiti, jawab Azzam panjang lebar.

Enta tak perlulah datang kalau ia menyusahkan enta. Yang penting, doa enta tu..., kata Johari mendatar. Memanglah diceritakan dalam hadis, hukum untuk memenuhi jemputan majlis perkahwinan ialah wajib. Tetapi, ulama telah menggariskan beberapa perkara yang mengangkat status wajib itu. Antaranya ialah kenduri yang dijamu dengan arak dan perkaraperkara yang memabukkan, kenduri yang dijamu dengan makanan yang tidak halal termasuklah sumbernya, kenduri yang jika kita datang, akan ada orang yang menjatuhkan maruah kita, kenduri yang hanya diri kita dijemput tapi tidak ahli keluarga kita terutamanya isteri, kenduri yang membezakan antara si kaya dengan si miskin dan yang terakhir, kenduri yang jaraknya jauh.

Kiranya, Azzam sudah tidak jatuh hukum wajib datang walaupun dijemput kerana jarak perjalanannya jauh.

Jangan macam tu Johari... InsyaAllah, ana nak sangat tengok enta. Rindu nak jumpa enta. Tak sangka ya... ana yang bertunang dahulu, enta pula yang kahwin dulu, seloroh Azzam. Dia ketawa kecil di hujung talian.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 334

Kalau macam itu, enta jangan lupa telefon ana nanti ya. Alamat rumah ana enta sudah ada, kan?, tanya Johari. Wajah dan hatinya ceria.

Ada. Harap-harap ana tak sesatlah. Kalau kita tak sempat jumpa kat dunia, kita jumpa kat akhirat, tambah Azzam lagi. Bergurau.

Ya... begitulah... InsyaAllah, Johari membalas ringkas. Dia bahagia dapat berbual dengan Azzam. Terima kasih Azzam, hatinya berbisik.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 335

BAB 44

Nasuha memandang wajah Ustazah Asyiqin. Matanya yang bulat bak guli itu bertembung dengan mata pensyarahnya. Tajam hingga menembusi kaca mata wanita berusia 35 tahun itu.

Betul ke ni ustazah?, tanyanya perlahan. Dia mencari-cari kebenaran daripada cerita Ustazah Asyiqin. Bukan dia tidak percaya, tapi dia cuma terkejut dan hairan.

Ustazah Asyiqin sekadar mengangguk dan tersenyum nipis. Nah. Dia menghulur sekeping kad bewarna coklat. Kad itu mempunyai corak-corak bunga. Sekali imbas, sudah dapat diteka bahawa itu adalah kad jemputan kahwin.

Ini kad jemputan daripada Johari. Dia minta ana tolong sampaikan pada enti, tambah Ustazah Asyiqin lagi.

Nasuha mengambil kad itu dengan ragu-ragu. Serta merta kad itu dibuka.

Majlis walimatul urus Adam Johari Bin Hamzah dengan Aisyah Qistina Binti Azizi

Nasuha membaca setiap perkataan yang tertulis dalam kad itu. Kemudian, dia membelekbelek pula peta kecil yang dilampirkan bersama kad itu. Serta-merta, senyuman lembut terukir di bibirnya.

Alhamdulillah. Dia sudah dapat jodoh, kata Nasuha. Matanya masih lagi menatap kad berwarna coklat itu.

Di dalam dewan kuliah itu, yang tinggal hanya dia dengan Ustazah Asyiqin. Seperti biasa, Ustazah Asyiqin akan meminta dia untuk tunggu sebentar jika dia mahu bercakap tentang sesuatu yang tiada kena mengena dengan pelajaran kepada Nasuha.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 336

Ana kenal bakal zaujah dia. InsyaAllah, daripada kalangan wanita-wanita yang solehah juga, tambah Ustazah Asyiqin. Mulutnya mengulum senyum. Matanya yang sedia sepet, nampak makin mengecil kerana senyum.

Terima kasih ya ustazah keran sampaikan Tapi ana rasa ana tak dapat nak pergi..., Nasuha berterus terang. Dia punya masa yang semakin suntuk. Peperiksaan akhir hanya selang satu bulan sahaja. Dia perlu memanfaatkan setiap detik yang berbaki untuk mengulang kaji, membuat kajian serta membuat perbincangan bekumpulan. Bukan setakat itu, dia juga rasa kemungkinan besar dia tidak dapat datang kerana dia seorang gadis. Ya, gadis pastinya punya protokol, adab serta peraturan yang lebih ketat.

Ustazah sampaikan saja salam saya nanti. Kata pada dia, saya minta maaf dan sampaikan ucapan tahniah dari saya. Boleh?, pinta Nasuha. Suaranya perlahan. Mungkin sisa terkilan kerana tidak dapat datang masih menebal.

InsyaAllah, balas Ustazah Asyqin sepatah. Nasuha tersenyum gembira. Terima kasih ustazah * Usai solat isyak, Nasuha memanjangkan doa buat Johari dan bakal isterinya. Tiba-tiba dia merasa hiba. Perasaan yang datang tanpa disangka-sangka. Perasaan hiba itu bertapak tidak lama kerana diganti oleh rasa gembira. Nasuha senyum sendirian.

Alhamdulillah... Allah berikan gadis yang lebih baik untuk kau, bisiknya dalam hati. Hanya Allah sahaja yang mendengar monolog hatinya. Dia tumpang gembira dan syukur.

Selesai melipat telekung ke dalam almari, telefon bimbit Nasuha yang diletakkan atas katil berbunyi nyaring. Ada panggilan daripada ibunya. Dia segera mencapai telefon itu dan menjawab tanpa lengah.

Perbualan dua beranak ini berkisar tentang majlis pernikahan Johari. Rupa-rupanya ibunya juga turut diundang ke walimah tapi awal-awal lagi Hajah Kalsum menyatakan bahawa dia tidak mampu untuk datang. Selepas hampir 5 minit mereka menamatkan perbualan mesra di hujung telefon, pintu bilik Nasuha diketuk perlahan dari luar. Segera Nasuha mencapai tuala yang tersangkut di hujung katil bagi menutup rambutnya yang terdedah. Teman sebiliknya tidak ada di bilik kerana menghadiri study group.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 337

Nasuha membuka pintu. Jasmeen dan Nadia tersenyum manis di muka pintu. Nasuha menjemput mereka masuk. Dengan tertib, dua orang gadis manis itu menapak ke dalam bilik bersaiz kecil itu. Ruang lapang di tengah-tenganya cuma cukup-cukup untuk sekadar 7 orang duduk sekali.

Kakak sibuk?, tanya Jasmeen. Nasuha sedang menyelongkar almarinya dan mengeluarkan satu tin biskut beraneka jenis lalu dihidang pada tetamu istimewanya malam itu.

Alhamdulillah. Tak sibuk pun. Nad dengan Meen ada apa?, tanya Nasuha sambil mengeluarkan 2 buah cawan plastik dari balik meja di hujung bilik. Tangannya kemudian bekerja lagi, menuang air mineral dari sebuah botol besar ke dalam cawan, untuk adik-adik angkatnya itu.

Terima kasih kak, hampir serentak dua orang gadis itu bersuara. Mereka sekadar memandang, tidak dijamah pun biskut yang diletakkan di dalam piring kecil di depan mereka itu.

Sebenarnya kak... kami nak minta nasihat sikit, kata Nadia perlahan. Wajahnya nampak serba salah.

InsyaAllah. Katakanlah... akak akan bantu jika termampu, balas Nasuha lembut. Dia melunakkan suaranya dengan harapan, gemuruh dalam dada Nadia akan segera hilang. Gadis yang berada di depannya itu nampak gelisah. Nampaknya dia benar-benar perlukan nasihat. Di sebelahnya, Jasmeen yang agak lebih berisi diam membatu. Dia lebih suka mendengar dan menghargai sahaja.

Saya segan nak cerita sebenarnya. Tapi saya percayakan akak. Saya anggap akak macam kakak kandung saya. Jadi saya harap sangat kak dapat beri sepatah dua nasihat kepada saya, Nadia berhenti sekejap. Dadanya berombak perlahan, sedikit beremosi dia kala itu.

Nasuha memandang dengan penuh simpati. Dia mengensot merapai Nadia. Tangannya lembut mengucap tangan Nadia, memberi kekuatan. InsyaAllah dik. Akak janji akan bantu sedaya mampu

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 338

Saya tak tahu macam mana saya nak tegur ibu dan ayah saya. Mereka hidup dengan cara yang bukan islamik kak. Emak saya sudah 45 tahun, tapi masih belum bertudung. Ayah saya pula, walaupun tua 3 tahun daripada emak, tapi dia masih lagi liat nak bersolat di masjid. Solat jumaat pun kadangkala ya, tapi selalunya tidak, luah Nadia jujur. Ada manik-manik halus bergenang di tubir matanya.

Nasuha terkedu. Ujian Allah kepada adik angkatnya itu nampaknya terlalu besar. Diuji dengan ahli keluarga yang tidak mengamalkan islam. Ah, sukar sekali. Ligat otaknya berfikir, mencari-cari jalan penyelesaian. Dia harus membantu walau susah. Dia harus menolong walaupun perit.

Nasuha mengingat-ingat kembali sirah. Pasti zaman dahulu, ada juga sahabat Rasulallah s.a.w yang beriman, tapi ibubapanya enggan. Antaranya ialah Abdul Rahman bin Auf r.a. Ibunya yang masih kuat berpegang dengan agama menyembah patung pernah menggugut tidak mahu makan. Abdul Rahman bin Auf r.a, walaupun cinta kepada ibunya menggunung tinggi, tapi dia dia lebih mencintai Allah dan Rasul-Nya. Jika ibu punya 10 nyawa, dan 10 kali juga ibu mati, pasti aku tetap juga tidak akan keluar daripada agama yang aku anuti ini.

Nasuha juga teringat akan kisah Abdullah, anak kepada Abdullah bin Ubay. Ayahnya ialah seorang tokoh munafik. Pernah dia mencela Nabi Muhammad s.a.w di depan anaknya, Abdullah. Anaknya itu mengamuk. Ketakutan, akhirnya Abdullah Bin Ubay mencela dirinya sendiri dengan celaan yang sama telah dia lontar pada Rasulallah s.a.w.

Banyak lagi lembaran sirah yang temanya serupa. Anak beriman, ibubapa tidak. Nasuha menyedut udara dalam-dalam. Dia mencari kekuatan untuk mula berbicara.

Nad... maafkan akak. Akak tumpang simpati, Nasuha melahirkan rasa kasihan yang menebal dalam benaknya.

Untuk kita berdakwah kepada ibubapa atau ahli keluarga, ia tidak sama macam kita mahu berdakwah pada kawan-kawan. Method dan caranya harus berbeza, lebih seni serta lebih halus. Akak cuma dapat fikirkan beberapa cara sahaja. Antaranya ialah dengan Nad berbakti kepada mereka. Tunjukkan akhlak yang terbaik. Sentiasa ringan tulang, ambil berat dan tunjukkan kasih serta cinta pada mereka. Ibubapa yang bersikap tegang dengan kita, pasti suatu masa akan lembut hatinya. Bahkan, lunak jiwanya apabila menerima layanan yang baik daripada kita, Nasuha bersuara lembut.
Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/) Page 339

Yang paling penting, Nad kena perbanyakkan berdoa agar Allah membuka pintu hidayah buat ibubapa Nad. Manusia seperti kita terhad hanya kepada usaha. Yang memberi jaya atau gagal, cumalah Allah semata-mata. Allah akan uji kesungguhan kita berdakwah. Hanya itu. Nad, perbanyakkan doa di akhir-akhir malam. Dalam sujud tahajjud, sertakan sekali doa yang kudus serta tidak putus-putus itu, sambung Nasuha lagi. Matanya tajam memandang wajah Nadia yang sudah mula menangis perlahan.

Akak sudah tidak ada bapa. Tapi akak tahu sikap seorang bapa. Mereka lebih sukar untuk tersentuh, tetapi sekali dia tersentuh, kesannya lebih besar. Nad kena tunjukkan akhlak yang terbaik. Bukan sekadar baik, tetapi paling baik. Biarlah jika kita meletakkan diri kita seperti hamba yang berkhidmat pada tuannya. Harap-harap, inilah yang dinamakan sebagai dakwah melalui akhlak. InsyaAllah, akan lunaklah hati-hati mereka, Nasuha menghabiskan kata-kata.

Di dalam hatinya, dia sedar bahawa dua orang gadis di hadapannya itu bukan dari kalangan keluarga yang tinggi pegangan agamanya. Lahir daripada keluarga yang mengabaikan agama, bukanlah alasan bagi seseorang itu untuk dia turut menjauhi petunjuk-petunjuk islam. Ya, itu bukan alasan kerana Allah telah membuka seluas-luasanya jalan bagi hamba-hambaNya untuk mencari jalan keluar. Dan dua orang gadis itu beruntung kerana mereka berjaya mencari jalan keluar yang sedikit tersembunyi di balik-balik pintu maksiat dan dosa.

Nasuha tunduk menghitung diri. Dia merasa bertuah dan bersyukur kerana dilahirkan dalam keluarga yang tinggi amal agamanya. Ibu, ayah, serta datuk dan neneknya cukup menitik beratkan soal-soal agama. Satu pun tidak dianggap remeh. Dahulu, Nasuha rimas juga. Tapi itu dulu, masa dia tidak faham agama lagi namun selepas kemanisan islam meresap masuk dalam jiwa dan memenuhi hatinya, pandangan Nasuha tentang islam berubah mendadak. Islam itu indah. Tersangat indah...

Jasmeen yang hanya mendengar dengan penuh perhatian sejak tadi terbatuk kecil, memecah hening di bilik kecil itu.

Terima kasih kak. InsyaAllah, hujung minggu ini saya akan balik kampung. Dahulu, masa saya balik dengan tudung labuh, mak dan ayah saya memandang saya semacam saja. Saya tak tahu apa yang mereka fikirkan, tapi ayah teringat kata-kata sinis ayah saya; Sudah jadi ustazah ya kau sekarang. Entahlah kak... saya rasa tak sedap hati dengan sikap dingin ayah saya sejak saya berimej begini. Apapun, seperti apa yang akak kata tadi, saya yakin bahawa ini adalah perintah Allah dan saya lebih menyukai untuk patuh pada perintah Allah daripada ayah sendiri, Nadia bersuara tegas berselubung semangat yang kunjung selepas mendengar nasihat daripada kakak yang dia sanjungi itu. Mengapa tidak? Nasuha lah orang yang
Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/) Page 340

pertama, merintis dirinya kearah keindahan hidup bersyariat. Hidup yang berpaksi pada Allah semata-mata. Lembayung kasih Tuhan dirasakan sangat hampir.

Nasuha senyum mendengar. Hatinya berbunga-bunga. Keazaman dan semangat Nadia tinggi. Itulah salah satu perkara yang dia kagum pada gadis kecil molek yang dilahirkan di Hulu Selangor itu. Dengan senyum yang masih jelas, dia mempersilakan tetamunya untuk menjamah sekeping dua biskut. Alah, pelajar universiti. Biasalah...

Jasmeen senyum. Dia mencapai sekeping biskut dalam piring dan disua ke dalam mulut. Bukan lapar, tetapi sekadar mahu mengambil hati Nasuha selepas Nasuha sungguh-sungguh membuat pelawa.

Lepas ni nak buat apa?, tanya Nasuha. Matanya mengeriling kearah jam di sudut meja belajarnya. Malam masih muda. Baru pukul 9.30 malam.

Study sikit-sikit, balas Jasmeen dan disambut dengan aggukkan daripada Nadia. Mereka tinggal sebilik dan kebetulan, berada dalam kelas pengajian yang sama.

Tiba-tiba, telefon bimbit Nadia berbunyi nayaring. Daripada mak saya, beritahu Nadia separuh bisik. Dia kemudiannya meminta diri untuk berjanjak ke belakang sedikit bagi menjawab panggilan itu. Tidak semena-mena, dia terduduk tidak bermaya. Nasuha dan Jasmeen memerhati cemas. Sepantas kilat, mereka mendapatkan Nadia yang sudah mula menangis hebat.

Ayah saya.... kemalangan..., lambat-lambat perkataan itu merangkak keluar dari mulunya.

Ya Allah!, Nasuha spontan tejerit kecil. Dia memeluk gadis itu, kejap. Jasmeen juga menangis. Terkejut. Seakan-akan tidak percaya yang musibah ini akan berlaku.

Malam itu juga Nadia pulang ke kampungnya. Dia diambil oleh abang sulungnya yang bertugas sebagai polis di Cheras. Bapanya kemalangan kerana dilanggar kereta semasa dia hendak ke kedai kopi, tempat lepak biasa setiap malam. Keadaannya serius berikutan kehilangan banyak darah dan masih tidak sedarkan diri.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 341

Nasuha tidak turut. Dia tidak berupaya kerana esoknya, dia ada komitmen-komitmen yang tidak memungkinkan dia untuk datang sama. Dengan doa yang dipanjangkan buat bapa Nadia, Nasuha terlelap malam itu dengan berendam dalam sendu. Dia teringatkan ayahnya yang juga meninggal dunia kerana dilanggar kereta. Bezanya, bapanya dari masjid manakala bapa Nadia pula dari rumah ke kedai kopi.

Subhanallah...

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 342

BAB 45

Semua okey?, tanya Datuk Hamzah. Dia nampak segak dengan memakai jubah putih, bersih lagi cantik. Sedikit minyak wangi dicalit pada badan. Memberi kesegaran bagi orang yang hampir.

Johari membetulkan songkok hitam di atas kepalanya. Dia tersenyum nipis, menjawab soalan bapanya. Mulutnya dirasa berat untuk terbuka, sesuai dengan suasananya. Pagi itu, Johari nampak sangat segak dengan sepasang baju melayu putih beserta sampin dari sutera. Wajahnya tenang, walaupun dalam hati, penuh dengan perasaan yang bercampur-baur.

Di ruang tamu, Datin Roza juga nampak cantik dengan jubah yang dibelinya di Madinah semasa umrah tahun lepas. Dia sedang menyusun piring-piring hantaran perkahwinan, untuk dibawa bersama di dalam kereta nanti. Di luar, Pak Cik Amir, Haris dan Johan sedang berbual-bual kosong. Mereka juga nampak kemas dan segak seakan-akan mahu bertanding dengan bakal pengantin, Johari.

Mak Cik Siti, ibu saudara yang juga isteri kepada Pak Cik Amir yang tingkah di ruang tamu memuji-muji Johari. Memang pagi itu Johari nampak lain benar. Sangat segak dan berseriseri. Wajahnya redup, memberi tenang buat mata-mata yang memandang. Biasalah, hari ini hari istimewanya. Hanya lebih kurang 1 jam lagi, dia akan diijab kabulkan dengan Aisyah. Wajarlah dia nampak berseri. Johari memegang telefon bimbit. Dia sedang membaca SMS daripada Rosli yang masih galak mengusiknya. Johari senyum nipis. Dia bahagia.

Sepuluh minit kemudian, dua buah kereta keluar dari perkarangan rumah banglo Datuk Hamzah, menuju ke rumah Encik Azizi. Kereta yang dipandu Datuk Hamzah berada di hadapan dan diikut rapat oleh kereta yang dipandu Pak Cik Amir. Anak-anaknya yang masih bersekolah rendah riuh rendah di dalam kereta. Barangkali teruja kerana Abang Johari yang mesra dengan mereka itu akan berkahwin. Mak Cik Siti tersenyum-senyum. Biasanya memang begitu. Kanak-kanak akan menjadi golongan yang paling riuh dan gembira, kerana di sana, ada habuan yang mereka rebut-rebutkan; coklat-coklat yang enak dan mahal.

Setibanya di rumah Encik Azizi, gemuruh Johari datang lagi. Kali ini lebih dahsyat pula. Ribut, membuat dadanya berdebar hebat. Jantungnya bekerja keras mengepam darah ke seluruh urat yang selirat. Dari dalam kereta, Johari dapat melihat orang-orang sudah ramai yang tiba di rumah bakal bapa mertuanya itu. Kereta-kereta pun sudah berduyun-duyun membanjiri bahu-bahu jalan. Dua buah khemah juga tegak didirikan. Kelihatan beberapa
Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/) Page 343

orang pekerja katering sedang mundar-mandir menyiapkan makanan. Disusun rapat-rapat atas meja.

Dengan langkah kaki kanan, Johari turun dari kereta. Mulut dan hatinya berzikir-zikir perlahan. Hanya dia yang dengar. Debar di dada masih seperti tadi, bukan dibuat-buat. Dia menyoroti ayah dan ibunya ke dalam rumah. Sempat juga di menjeling ke arah tetamu-tetamu yang rata-rata mereka ialah kawan-kawannya juga. Rosli yang sedang bersama isterinya tersenyum lebar memandang Johari yang nampak tegang dan dibalas dengan senyuman yang nipis oleh Johari.

Encik Azizi sebagai tuan rumah menjemput mereka masuk. Di dalam, Ustaz Hamid sudahpun menunggu. Saat pandangan mata mereka bertembung, Ustaz Hamid menghulur tangan dan bersalam-salam dengan Johari dan Datuk Hamzah. Ustaz Hamid bukan calang-calang. Pengalamannya luas. Menjadi jurunikah... ah, itu memang tugasnya.

Johari duduk bersila di ruang tamu itu. Dia tiba-tiba terasa asing padahal dia sudah sangat sering berada dalam rumah besar ini. Sempat Johari memerhati sekeliling. Itupun dengan ekor matanya sahaja. Oh, ternyata bilangan tetamu di dalam jauh lebih ramai daripada yang diluar. Kaum wanita saja sudah berduyun-duyun, memenuhi baris-baris depan. Ada yang mengambil gambar, tapi Johari buat tidak tahu sahaja. Fikirannya lebih terarah Ustaz Hamid yang sedang berbual-bual dengan ayahnya dan bakal bapa mertuanya.

Hanya beberapa saat punggung Johari mencecah lantai yang dialas dengan permaidani buatan Turkeu, Aisyah sudah dipanggil turun dari tingkat atas, biliknya. Dia nampak anggun, persis bidadari. Ya, sangat mirip dnegan bidadari, cuma tanpa sayap yang memutih. Itu saja. Gaun pengantin muslimah yang dipakainya nampak cocok benar. Johari hanya memandang sekilas. Itupun sekadar di hujung-hujung ekor mata. Dia terlalu malu untuk memandang terus walaupun nafsunya mendesak hebat.

Ustaz Hamid senyum kepadanya. Saat melihat Aisyah juga sudah ada, sudah bersedia, dia bersuara sedikit kuat, Sudah boleh mula ni. Bagaimana?

Dia meminta dokumen-dokumen yang berkaitan daripada Johari, juga daripada Aisyah. Johari yang masih gemuruh segera memberi. Dia sempat mengerling ke arah Aisyah yang juga menundukkan wajahnya. Nampaknya dia terlebih malu.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 344

Encik mahu kahwinkan atau encik mahu saya wakilkan saja?, tanya Ustaz Hamid kepada Encik Azizi.

Encik Azizi yang sedang duduk di sebelah Datuk Hamzah tersenyum simpul. Ustaz sajalah.., balasnya ringkas. Jika dibicarakan soal berkat, memang terlebih baik sekiranya bapa sendiri yang mengahwinkan anak gadis mereka. Tapi yang jelas, Encik Azizi cenderung untuk memberi kehormatan itu kepada Ustaz Hamid.

Ustaz Hamid mengangguk tanda faham. Lalu, pandangannya terarah kembali kepada Johari yang duduk bersila di hadapannya. Orang ramai yang memenuhi ruang itu semakin teruja. Ramai juga yang mengambil gambar, termasuklah Rosli juga.

Ustaz Hamid nampak begitu profesional dan berdisiplin. Dia memimpin para hadirin untuk beristighfar sebanyak 3 kali. Selesai, dia memegang tangan Johari. Kemas.

Sejuknya tangan.., sempat dia mengusik lalu disambut dengan senyum tawar oleh Johari dan orang lain. Memang benar tangannya sejuk kerana takut bercampur gemuruh.

Awak tahu kan bagaimana mahu menjawab akad?, tanya Ustaz Hamid lalu dibalas dengan aggukan daripada Johari.

Dengan memulakan membaca lafaz bismillah, Ustaz Hamid membacakan akad, dan dijawab dengan fasih, lancar dan yakin oleh Johari. Gagap dan kelu, sedikit pun tidak singgah. Ustaz Mujib bertanya pada saksi-saksi di keliling mereka. Sepakat, para saksi yang ditugaskan mengiya dan mengatakan sah, menurut syarat dan etika.

Alhamdulillah..., kata Ustaz Hamid dan disambut oleh orang ramai dengan ucapan yang sama. Johari juga. Dia lebih-lebih lagi bersyukur. Satu ketenangan yang tidak dapat digambar menusuk ke dalam kalbu. Tenang yang bukannya biasa-biasa. Johari menggagahkan diri untuk senyum dan kali ini, ia nampak lebih manis daripada tadi.

Ustaz Hamid membacakan doa seperti yang diajarkan oleh Rasulallah. Suaranya lunak dan sayu, memohon keberkatan atas perkahwinan ini. Hadirin yang hadir semuanya turut mengangkat tangan mengaminkan doa yang dibaca oleh Ustaz Hamid. Harapan mereka juga
Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/) Page 345

sama, agar kebahagiaan dan keberkatan sentiasa kunjung tiba dalam kehidupan dua orang insan yang diikat dengan landasan taqwa ini.

Johari mampir kearah isterinya. Ya, isterinya! Status Aisyah sudah berubah daripada kawan baik sejak lahir kepada isteri dan insyaAllah, peneman perjuangan sepanjang kehidupan yang masih berbaki. Johari memandang wajah isterinya. Sebentar, pandangan mereka bertemu tapi segera Aisyah tunduk kembali kerana malu yang masih menebal. Lebih-lebih lagi di kiri dan kanan, teman-temannya tidak henti mengusik.

Sebelum itu, Johari sudahpun menyalami ibu dan ayah mertuanya. Mereka berdua senyum lebar pada Johari. Kebahagiaan jelas terpampang di wajah mereka kerana Johari sudah selamat menjadi menantu mereka. Bahkan, Encik Azizi memeluknya tanpa silu. Ia seakan mendadak, tapi kehangatan, keceriaan, kegembiraan dan kecintaan dua beranak; menantumertua itu dengan jaya dirakam dalam beberapa keping gambar, juga spontan.

Di luar, hadirin sudah mula memenuhkan perut masing-masing. Encik Azizi, Datuk Hamzah dan Pak Cik Amir sedang berbual-bual di luar, sambil-sambil melayan tetamu yang hadir. Beberapa orang anak muda sedang enak menikmati kelazatan lauk-pauk yang disediakan. Satu kumpulan yang hadir ialah adik-adik usrah Johari. Mereka mengintai-intai bayang Johari dari luar. Sebetulnya, mereka mahu berjumpa dengan naqib mereka, mengucapkan tahniah.

Ustaz Mujib dan sahabat-sahabat Johari juga sedang menjamah makanan. Mereka berbualbual sesama mereka. Topik perbualan mereka masih berkisar tentang perkahwinan. Ah! Hebat benar mereka. Di mana-mana, yang dibualkan di mulut pasti ada kaitannya dengan agama. Yang dilontarkan dari bibir, pasti yang mendekatkan diri dengan Ilahi. Hebat bukan?

Tidak lama di dalam, Johari keluar bersama adik-adik dan juga keluarga pak ciknya. Mereka, kecuali Johari, memegang piring-piring berisi hadiah daripada keluarga Encik Azizi pula. Johari menyalami ayah, ibu dan rombongan pihak keluarganya yang sudahpun selesai menjamah makanan sebelum mereka pulang, meninggalkan Johari di rumah Encik Azizi.

Encik Azizi memegang bahu Johari sambil tersenyum lebar. Kemesraan yang ditunjukkan oleh bapa mertuanya itu menambahkan lagi kebahagiaan yang sedia tercipta dalam hatinya. Dia membawa bapa mertuanya kearah sahabat-sahabatnya dan dikenalkan mereka seorang demi seorang.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 346

Ada antara mereka yang sudah selesai makan. Mereka memberi ucapan tahniah kepada Johari. Dalam kalangan mereka, ada pekerja-pekerjanya, rakan sekolahnya, rakan usrah, dan ada juga adik-adik usrahnya. Johari tidak kering dengan senyuman menerima usikan dan ucapan tahniah daripada mereka. Hatinya benar-benar rasa bahagia dan beruntung, lebih-lebih lagi apabila Ustaz Mujib menghadiakan doa pengantin baru buatnya. Mereka berpelukan erat seperti adik beradik yang lama terpisah.

Menghampiri jam 1 tengahari, sahabat-sahabat Johari sudah ramai yang pulang. Tapi Johari masih setia melayan satu kumpulan tetamu lelaki. Mereka ialah teman sekerja Aisyah. Dapatlah Johari berkenal-kenal dengan sahabat isterinya. Sifat peramah yang dimiliki Johari menguntungkannya. Dia nampak seronok sekali berbual hingga tidak perasan bahunya disentuh lembut oleh seseorang. Johari tersentak seraya menoleh. Aisyah sedang tersenyum manis kepadanya. Tanganya yang lembut itu masih di bahu Johari.

Terima kasih sebab sudi datang, kata Aisyah kepada teman-teman pejabatnya.

Sama-sama Aisyah. Kami doakan agar kau dengan Johari bahagia sampai akhir hayat, balas seorang lelaki yang berkacam mata dalam kalangan mereka. Sahabat-sahabat Aisyah yang lain turut sama melahirkan ucapan tahniah. Mereka kemudian meminta izin untuk pulang. Sebelum pulang, Johari sempat menghadiahkan setiap seorang dengan satu beg kecil sebagai buah tangan kepada mereka.

Merangkak jam 2 petang, tetamu semakin lama semakin berkurang. Teman-teman dan sahabat mereka sudah ramai yang pulang. Lebih-lebih lagi sahabat Aisyah. Dia tak punya ramai kenalan, sekadar teman di pejabatnya sahaja. Azlin juga sudah pulang. Dia telah muncul di sini sejak pukul 8 pagi tadi lagi, menemani Aisyah di dalam kamarnya. Dia jugalah yang menenangkan debaran di dada Aisyah.

Erm... abang.., Aisyah bersuara lembut. Dia terasa kaku dan janggal memanggil Johari dengan panggilan abang kerana selama ini, lelaki di hadapannya itu sekadar dipanggil dengan namanya.

Johari tersenyum nakal. Dia terasa lucu, tapi bahagia. Ya sayang.., balasnya tidak kalah.

Abang pergi solat dululah ya. Aisyah dengan ayah pergi layan tetamu dahulu. Nanti abang dah solat, abang pula yang layan. Boleh?, tanya Aisyah dengan nada yang manja. Wajarlah,
Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/) Page 347

kerana yang mendengar pun hanya mereka berdua. Hatinya berbunga riang. Matanya merenung mata Johari dalam-dalam.

Ok. Tapi abang tak tahu di mana bilik sembahyang.., balas Johari berterus terang. Dia juga sedikit janggal menggunakan kata ganti nama abang. Walaupun lahir pada tahun yang sama, tapi jika diikuti tarikh lahir, dia tua 3 bulan daripada Aisyah.

Aisyah ketawa kecil. Dia menyedari kesilapannya. Selesai akad nikah tadi, dia hanya bersalaman dengan Johari dan mengambil beberapa keping foto sahaja. Kemudian, dia dibawa untuk mengenali pak cik dan mak cik Johari serta sepupu-sepupu Johari. Johari belum dibawa masuk ke dalam bilik lagi. Memanglah dia tidak tahu mahu bersolat di mana.

Jom, Aisyah memegang hujung jari Johari. Rasa malu yang masih menebal menghalangnya untuk memimpin terus tangan Johari ke dalam rumah. Di dalam, keadaan masih sedikit riuh rendah. Tetamu-tetamu ibunya dari kalangan rakan perniagaan sedang berborak-borak dengan ibunya. Johari dan Aisyah sekadar melempar senyum lebar. Saat ditanya mahu kemana, dia menjawab ringkas. Johari nak solat dulu mak, dan dibalas dengan anggukan kepala daripada Puan Mona. Dia masih senyum manis sejak tadi. Bahagia.

Aisyah nak bawa abang pergi mana?, usik Johari. Kakinya mengikut rentak kaki Aisyah, memanjat tangga ke tingkat atas.

Nak pergi mana lagi.. solatlah. Ini bilik kita. Ada bilik air sekali. Abang solat dulu ya. Nanti selesai, panggil saya ya, balas Aisyah lembut. Tangannya kemas membalas genggaman tangan suaminya. Rasa bahagia sekali. Aisyah kemudiannya memulas tombol pintu kayu itu dan menyuruh Johari masuk.

Sayang tak nak masuk sekali?, tanya Johari sambil tersengih nakal.

Aisyah senyum manis. Tetamu di bahagian perempuan masih ramai lagi bang.., balasnya ringkas tapi padat dan kukuh.

Baiklah. Abang solat dulu ya. Pintu nak kunci ke?, tanya Johari lagi. Kali ini, dia bergurau.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 348

Ikut suka abanglah ya. Saya turun dulu, balas Aisyah dengan senyum yang masih terukir indah di balik wajahnya. Nampaknya garis-garis kebahagiaan mulai menapak jelas dalam jiwanya.

Subhanallah... Alhamdulillah... Allahuakhbar..., hati dan mulutnya berzikir. Ya Allah, terima kasih... * Sayang... kita solat magrib sama-sama ya, kata Johari lembut. Badannya berpeluh kerana terpaksa bekerja keras membersihkan laman rumah bapa mertuanya. Kebetulan, kedua-dua orang adik iparnya perempuan. Jadi, sebagai satu-satunya anak lelaki dalam keluarga ini, dia sedar bahawa dia perlu menjadi lebih bertanggungjawab. Selesai solat asar tadi, dia terus turun ke bawah, membantu menanggalkan khemah. Sempat juga dia berkenal-kenalan dengan jiran-jiran baru. Yang nyata, mereka semua sangat ramah dan menyenangi Johari. Encik Azizi juga kagum melihat sifat-sifat positif Johari. Baru beberapa jam menjadi ahli rumah ini, tapi dia nampak begitu ringan tulang dan ramah dengan jiran tetangganya seolah-olah sudah lama kenal.

Selesai membantu orang-orang menanggal dan memasukkan khemah yang disewa tadi ke dalam lori, Johari memunggah pula sampah sarap yang masih bersisa. Dia mengikat plastik sampah itu kemas dan mengangkatnya untuk diletakkannya di luar rumah. Di dalam rumah, Aisyah, Mak Mah dan Puan Mona sedang mengemas dapur. Dua orang adik Aisyah, Lisa dan Anis diminta untuk mengemas ruang tamu. Semua orang bekerja sama-sama. Muafakat.

Abang nak mandi?, tanya Aisyah lembut. Dia perasan yang suaminya masih tercegat di sisi, memandangnya tanpa berkelip di dalam bilik mereka. Dia hairan.

Abang ni... pandang orang macam tak pernah tengok aje.., sambungnya dengan malu-malu. Mukanya sudah merona kemerahan.

Johari duduk di samping Aisyah. Matanya masih meliar menikmati kecantikan isterinya, suatu perkara yang dia tidak pernah buat selama ini walaupun dia selalu bertemu dengan Aisyah sebelum ini.

Tak... abang baru tahu yang isteri abang ni cantik, katanya sambil tersenyum lebar.
Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/) Page 349

Oh... selama ini saya tak cantiklah ya?, tanya Aisyah sambil tersenyum mengusik.

Cantik. Tapi sayangnya, tidak halal untuk dinikmati. Alhamdulillah... Sekarang Aisyah sudah halal untuk abang. Abang bertuah... Abang minta isteri yang solehah cuma, tapi Allah beri kedua-duanya. Cantik dan solehah.., terang Johari panjang lebar sambil tersenyum penuh makna.

Aisyah menjadi sayu. Tiba-tiba, air matanya mengalir keluar dari kelopak mata. Johari tersentak.

Sayang... kenapa menangis?, tanyanya cemas. Dia memegang bahu isterinya kejap. Matanya memandang tepat ke dalam anak mata Aisyah.

Saya terharu dan bersyukur sangat abang sudi ambil saya jadi isteri. Saya bukan orang yang baik. Saya pernah jalani hidup di jalan yang sangat gelap. Saya pernah lupakan Allah. Saya...

Aisyah tak sempat menghabiskan bicaranya kerana jemari Johari melekat di bibirnya.

Sayang... stop it. Abang tak mahu tahu perkara-perkara silam. Let bygones be bygones okey? Yang abang tahu, sayang betul-betul sudah berubah. Cukuplah jika sayang janji mahu sentiasa memperbaiki aspek-aspek kehidupan, menjadi insan yang bertaqwa. Boleh?, tanya Johari lembut tapi tegas. Dia benar-benar maksudkannya.

InsyaAllah. saya janji akan jadi isteri yang terbaik untuk abang, balas Aisyah. Dia mahu memeluk Johari, tetapi suaminya menolak lembut. Badan berpeluh, Johari memberi alasan.

Aisyah ketawa kecil. Abang pergi mandi ya. Aisyah nak turun kejap. Nanti Aisyah naik semula, kita solat sama-sama ya.., kata Aisyah sambil melepaskan gengaman tangannya dan terus menguak pintu dan turun ke tingkat bawah. Johari hanya memandang Aisyah dengan ekor matanya. Hatinya berbisik halus, Semoga Allah merahmati rumah tangga kita..

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 350

Selesai solat maghrib yang diimamkan oleh Johari, Aisyah menempek manja dalam pelukan suaminya. Kepalanya dilentokkan di dada tegap Johari. Telinganya seakan-akan terdengardengar bunyi degupan jantung suaminya.

Abang tak menyesal kahwin dengan saya?, tanya Aisyah, sekadar menguji.

Johari mencium ubun-ubun isterinya. Tangannya merangkul jemari halus isterinya. Kenapa pula?, tanyanya kembali.

Iyalah... saya tak pandai agama. Ilmu agama saya sangat cetek. Abang tak rasa macam satu kekurangan ke apabila saya tidak mampu membantu abang berdakwah?, tanya Aisyah lagi. Tiba-tiba sahaja dia dirundum emosi. Dia sedar bahawa dia bukanlah seperti segelintir wanita solehah yang punyai ketinggian ilmu agama seperti Ustazah Asyiqin.

Johari mencium ubun-ubun isterinya sekali lagi. Kali ini, dengan lebih lama dan hangat. Terasa bahagia sekali Aisyah dilakukan begitu. Erm... buat apa nak menyesal. Abang kan kahwin dengan seorang wanita yang sedia mahu menuntut ilmu. Sayang... jangan risau tentang dakwah lagi.., Johari berhenti sebentar. Tangannya tiba-tiba nakal dilarikan ke perut Aisyah. Aisyah terkejut tapi dia membiarkan sahaja.

Ini... tak lama lagi, jika kita sudah punya anak... Barulah betul-betul sayang bertanggungjawab untuk mendidik, jawab Johari ringkas. Dia teringat akan satu kelebihan wanita. Wanita dijadikan Allah dengan fitrah yang lemah. Mereka juga diwajibkan berdakwah, tetapi tuntutan kepada mereka tidaklah sehebat tuntutan kepada lelaki. Suatu ketika, Saidatina Aisyah r.anha bertanya kepada Rasulallah. Wahai Rasulallah, aku kira bahawa amalan yang terbaik buat lelaki ialah berperang di jalan Allah. Mengapa wanita dikecualikan daripada jihad fisabilillah itu? Rasulallah senyum dan membalas, Seorang wanita apabila melaksanakan haji secara ikhlas, menyamai lelaki yang terjun ke medan perang untuk berjihad.

Sayang... abang tak minta lebih. Abang cuma minta sokongan daripada sayang saja. Abang bukannya sempurna. Mungkin ada beberapa keadaan, abang akan silap. Maka, abang harap sayang sudi untuk memberi teguran yang membina untuk abang. Kita sama-sama bercinta sampai ke syurga Allah. Mahu?, tanya Johari. Suaranya lunak dan lembut.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 351

InsyaAllah. Itulah doa saya selama ini. Moga-moga Allah berikan saya suami yang soleh, yang sudi membimbing saya. Allah makbulkan permintaan saya. Alhamdulillah... saya beruntung benar..., kata Aisyah dengan penuh emosi.

Johari terharu mendengar luahan hati isterinya. Abang pun sama. Terima kasih jadi isteri abang. Walaupun masa kita kecil-kecil dulu, sayanglah yang selalu lindungi abang, tapi sekarang, biar abang saja yang jadi pelindung sayang. Okey?, kata Johari lalu disambut dengan ketawa daripada isterinya. Mereka ketawa riang, mengenangkan keindahan zaman kanak-kanak mereka dahulu.

Tapi sayang... satu je abang minta...

Apa dia?, tanya Aisyah. Dia mendongak sedikit memandang wajah tampan suaminya.

Kalau sayang marahkan abang, sayang janji jangan pukul abang dengan pembaris sampai patah ya, macam sayang buat pada budak yang ejek abang masa dekat sekolah dulu...

Johari ketawa mengekek. Seketika, Johari kelam kabut mengelak apabila dicubit manja oleh isterinya yang geram diusik begitu. Akhirnya, tawa mereka bersatu. Penuh bahagia, penuh barakah.

Tiba-tiba, Puan Mona memanggil mereka untuk makan malam. Aisyah berbisik pada suaminya, Wah... hebat betul kita hari ni kan bang... nak makan pun ada orang yang jemput. Sekali lagi, mereka berdua ketawa sama. Jom!, Aisyah menarik tangan Johari. Dia kemudian menanggalkan telekung yang masih membalut tubuhnya. Tanpa sedar, Johari merenungnya nakal. Eiii... tak malu ambil kesempatan tengok isteri sendiri tukar baju, ejek Aisyah dengan separuh gurau. Johari ketawa kecil. Tidak lama, mereka beriringan turun ke bawah.

Johari tidak terus ke meja makan. Kakinya dilangkah ke ruang tamu mendapatkan bapa mertuanya. Encik Azizi sedang membelek-belek surat khabar dengan tekun, hinggakan tidak perasan akan kehadirannya.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 352

Surat khabar hari ini ke ayah?, tanya Johari sekadar mahu berbasi-basi. Dia melabuhkan punggung di atas sofa hampir dengan ayahnya.

Encik Azizi senyum. Aah. Hari ni punya. Tadi ayah tak sempat baca, balasnya.

Apa ceritaa hari ini ya?, tanya Johari pula. Dia menjeling keratan akhbar itu.

Macam biasalah Joe... cerita pasal jenayah, kemalangan dan rasuah. Hari-hari berlaku, keluh Encik Azizi. Dia menyambung, Ayah tengok... Malaysia ni nama saja dipimpin oleh perdana menteri yang beragama islam, tapi corak kepimpinan jauh sekali berlandaskan konsep islam. Ayah bukannya pandai dalam agama, tapi paling tidak ayah tahu juga yang mengambil rasuah itu hukumnya haram. Dosa besar. Alhamdulillah... sepanjang kerja, satu sen pun duit rasuah ayah tak ambil walaupun banyak kali ditawar. Itu baru rasuah Joe... belum lagi dengan sistem kroni, luah Encik Azizi panjang lebar.

Sistem kroni? Apa maksud ayah?, Johari berpura-pura bertanya. Dia hanya sekadar mahu mendengar benang-benang pemikiran dalam kepala ayah mentuanya itu.

Cronyism. Itu dalam bahasa inggeris. Kalau diterjemah dalam bahasa melayu, ia membawa maksud melantik seseorang yang rapat dengan kita dengan cara yang secara tidak sah untuk sesuatu jawatan atau kekuasaan, hurai Encik Azizi. Dia nampak bersemangat sekali bercerita.

Di Malaysia, benda ini kita dapat lihat pada pelantikan orang-orang yang tidak layak untuk sesuatu jawatan. Selain itu, tender-tender bagi sesebuah projek juga seringkali diberi pada syarikat-syarikat yang tidak memenuhi standard piawaian hanya kerana syarikat itu ada hubungan yang baik dengan mereka. Disebabkan syarikat-syarikat itu diberikan amanah sedangkan mereka tidak layak, maka hasil kerja mereka juga tidak bermutu. Akhirnya yang rugi ialah rakyat. Wang mereka dikikis dan dimakan oleh orang-orang atasan. Mereka tidak sedar dan tidak tahu yang mereka telah ditipu mentah-mentah, sambung Encik Azizi. Nadanya turun naik saat berkata-kata. Ternyata dia bersemangat tinggi, bersama kesedaran yang jitu untuk menentang segala penipuan ini.

Johari mendengar dengan teliti. Dia hanya mencelah sesekali. Dia kagum dengan ayah mertuanya. Walaupun hidupnya tidaklah terlalu islamik, tetapi beliau sangat peduli dan menjaga hal ehwal orang lain. Teringat Johari akan satu sabdaan Rasulallah s.a.w
Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/) Page 353

sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dan Tirmizi. Hadis itu bermaksud setiap orang mukmin itu bersaudara. Mereka tidak boleh menzalimi dan tidak boleh membiarkan orang mukmin itu teraniaya.

Johari sedar, bapa mertuanya itu berhati baik. Walaupun tatkala bercakap, dia nampak beremosi, tetapi Johari tahu niat bapanya itu bukanlah untuk menghentam atau mencela golongan yang mengambil keuntungan daripada kesusahan rakyat. Sebaliknya, ayahnya mahu membantu golongan yang dizalimi dan berbuat zalim. Dalam sebuah hadis yang lain, Rasulallah s.a.w berpesan kepada umatnya supaya membantu orang yang dizalimi serta orang yang berbuat zalim. Saat Baginda Rasulallah s.a.w ditanya akan cara untuk membantu orang yang membuat kezaliman, Baginda menjawab, caranya ialah dengan menghalang dan menghentikan mereka daripada terus-terusan berbuat sesuka hati mereka.

Johari termenung sebantar di kerusi itu. Sayup-sayup dia mendengar derapan tapak kaki Aisyah mampir mendapatkan mereka. Tangan Aisyah memegang bahu Johari dengan lembut dan penuh kasih.

Ayah... jom makan. Dah lama makanan dihidang tu, ajak Aisyah kepada bapanya.

Abang pun.. jomlah... tangannya meleret mengheret lengan suaminya. Dengan malasmalas, Johari bangkit menuruti bapa mertua dan isterinya ke meja makan. Dia mengambil tempat di sebelah isterinya. Turut berada di meja itu ialah Lisa dan Anis. Masing-masing nampak penat mengemas rumah sejak petang.

Aisyah melayani suaminya. Dia menyenduk nasi ke dalam pinggan. Encik Azizi menyuruh Johari mengetuai bacaan doa. Johari akur dan membaca doa ringkas. Sambil makan, mereka berbual-bual.

Esok kita bertolak pukul berapa bang?, tanya Puan Mona kepada Encik Azizi. Tangannya sibuk membuang tulang ikan merah yang dimasak gulai. Cukup menyelerakan masakan Mak Mah malam ini.

Pukul berapa yaa Joe? Tadi ayah lupa pula nak cakap dengan ayah kamu, Encik Azizi bertanya Johari pula.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 354

Johari berhenti menyuap sebentar. Pukul 11 pagi okey kot. Alaa... rumah ini ke sana pun cuma 15 minit saja, balas Johari. Aisyah yang makan di sampingnya tersenyum sendirian.

Selesai makan, Johari dan Aisyah duduk di ruang tamu bersama ayah, ibu dan adik-adik mereka. Di televisyen, sebuah filem aksi sedang ditayang. Johari hanya menonton dengan pandangan yang kosong. Dia lebih banyak melayan perasaan sambil berbual-bual dengan bapa mertua dan ibu mertuanya. Encik Azizi memang pandai berbual. Macam-macam perkara yang mereka bualkan hinggakan Lisa dan Anis sesekali menoleh ke belakang semacam geram apabila mendengar suara bapa mereka ketawa. Menganggu konsentari mereka untuk menonton filem di kaca televisyen itu!

Menjelang jam 9. 30 malam, Encik Azizi dan Puan Mona beransur ke bilik tidur. Masingmasing sudah kepenatan. Esok pula, ada majlis di rumah Datuk Hamzah pula. Lelah memanglah lelah, tapi mereka tidak kesal kerana membuat majlis tanpa selang hari kerana hujung minggu hadapan, mereka akan berangkat ke tanah suci pula. Aisyah dan Johari juga berbuat perkara yang serupa. Mereka beredar ke bilik mereka yang sama, di tingkat atas. Yang tinggal ialah dua beradik itu. Mata mereka masih melekat pada skrin televisyen.

Aisyah mengunci pintu bilik. Bibirnya yang merah mengulum senyum. Lebar dan manis amat, khas buat Johari seorang sahaja.

Sayang... Jom solat dulu, Johari berkata dengan lembut tetapi berbaur seperti arahan. Johari ke bilik air dan mengambil wuduk. Selepas dia keluar, Aisyah pula masuk dan mengambil wuduk. Mereka belum bersolat isyak lagi. Johari mengimamkan solat isyak itu dengan penuh khusyuk dan penghayatan. Dia membaca surah Ar-Rahman. Satu surah, dibaca dalam dua rakaat. Saat bacaannya sampai kepada ayat 56, dia terasa sebak kerana ayat itu memberi maksud yang sangat mendalam. Allah bercerita tentang syurga-Nya di mana didalam syurga, disediakan bidadari-bidadari yang sangat cantik yang tidak sekalipun pernah dipandang oleh manusia atau jin, selain daripada suaminya, iaitu ahli syurga itu. Johari mahu, sekiranya Aisyah menjadi ketua bagi semua bidadari disitu. Sungguh, Johari mahu ke syurga bersama Aisyah!

Usai berzikir dan membaca doa, mereka bersalaman. Seketika, mata mereka saling berpautan tanpa bicara. Hanya hati yang membisikkan nota-nota cinta. Hanya perasaan yang menari-nari bahagia. Johari tesenyum nakal. Dia mendekatkan mukanya kemuka Aisyah seakan-akan mahu menguncup kening isterinya. Aisyah segan tapi dia biarkan saja. Dia memejamkan mata. Tiba-tiba Johari melarikan bibirnya ke sebelah telinga Aisyah dan berbisik di telinganya, Sayang... malam ni kita tidur awal ya. Abang penat sangat ni.... Hasilnya,

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 355

dicubit manja oleh Aisyah yang geram dikenakan suaminya. Mengekek Johari ketawa, bersambung dengan Aisyah sama. Mereka bahagia.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 356

BAB 46

Johari terjaga jam 5 pagi. Bunyi titis-titis air jatuh dari dalam bilik air, mengejutkannya daripada tidurnya yang enak. Sudah tentu enak! Di dalam bilik air, Aisyah sedang mandi. Tidak lama, dia keluar dari dalam bilik air dengan keadaan yang masih berkemban.

Aisyah menjerit kecil. Terperanjat dia memandang suaminya sedang tercegat, memandangnya. Ternyata rasa malunya masih menebal. Segera dia melengkup kain batik ke badannya yang terdedah.

Awalnya sayang bangun..., puji Johari. Lemah sahaja bunyinya. Rambutnya kusut masai. Matanya juga masih kuyu. Rasa mengantuk masih tersisa dalam dirinya.

Eiii... abang ni buat saya terkejut sajalah..., balas Aisyah. Nah, Aisyah menghulurkan tuala Johari yang tersangkut di penyangkut. Abang pergi mandi dulu. Saya tunggu abang, kita solat sunnat sama-sama, kata Aisyah lagi.

Johari hanya tersengih mendengar kata-kata isterinya yang berbaur arahan itu. Dia kemudiannya melangkah ke dalam bilik air yang kecil itu. Dalam hatinya, dia merasa kagum dengan isterinya yang baru dinikahinya semalam. Wanita itu benar-benar bersungguh dalam beribadat.

Mereka bersolat sunnat bersama-sama dan diikuti dengan solat subuh secara berjemaah. Kemudian, Aisyah mengeluarkan naskah al-Quran yang pernah dihadiahkan oleh Johari kepadanya.

Abang ingat tak al-Quran ni?, tanya Aisyah sambil tersenyum manis.

Johari mengangguk seraya tersenyum simpul.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 357

Saya sayang sangat al-Quran ini. Kerana al-Quran inilah, saya kenal siapa diri saya. Apa tujuan saya hidup, dan kemana saya akan pergi selepas mati..., kata Aisyah. Nada suaranya sedikit sayu.

Johari tersenyum nipis. Alhamdulillah... Abang pun harap agar kehadiran abang ke dalam hidup sayang lebih mendekatkan sayang kepada Allah, lebih membuatkan sayang kenal Allah dan bersedia untuk berpimpin tangan dengan abang ke dalam syurga

Aisyah terharu. Dia lantas memeluk dada suaminya yang tegap itu. Johari membalas, dengan erat. Dia mencium kepala isterinya dengan penuh kasih dan ikhlas. Lama mereka begitu. Hanyut dengan perasaan masing-masing.

Abang... betulkan Aisyah punya bacaan boleh?, tanya Aisyah lembut selepas dia meleraikan pelukannya. Matanya memandang tepat ke dalam mata suaminya.

Johari senyum manis dan segera mengangguk. Lepas tu, kita tukar-tukar turn pula ya. Sayang pula check bacaan abang

Aisyah bersetuju. Dia mula membaca ayat-ayat al-Quran dari surah An-Nur. Johari mendengar dengan teliti. Dia membuat rujukan dengan naskah al-Quran yang berasingan. Sesekali, dia menegur beberapa kesilapan-kesilapan kecil yang dilakukan secara tidak sengaja oleh isterinya. Selepas beberapa muka surat, Aisyah pula mengambil giliran untuk memeriksa bacaan al-Quran oleh suaminya. Ternyata, Johari sangat fasih dalam membaca al-Quran. Setiap huruf dibunyikan dengan cukup sempurna, cukup berkesan. Aisyah bertambah kagum.

Mereka tidak hanya membaca tulisan arab, tetapi juga menghayati maksud-maksud ayat dalam bahasa melayu. Johari tidak punya banyak masalah dalam memahami kerana dia fasih berbahasa arab. Sememangnya, dia sedar bahawa mulai semalam lagi dia sudah bertanggungjawab untuk memberi tarbiyyah kepada isterinya. Johari bercerita tentang ayatayat al-Quran yang dibacanya itu dengan merujuk kepada kitab tafsir Ibn Katshir yang kukuh bertapak dalam otaknya.

Tiba-tiba telefonnya berbunyi menandakan satu SMS diterima, daripada Azzam.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 358

Salam tuan pengantin baru, ana sudah bertolak dari rumah ni. InsyaAllah kalau ikut perancangan manusia, ana akan sampai sebelum zuhur. Jumpa nanti ya akhi. Rindu da nak jumpa pengantin baru ni. Hehe

Johari senyum nipis, mengundang tanda tanya pada Aisyah. Johari tidak mahu membiarkan isterinya kehairanan. Biasalah... pasti semua isteri akan hairan apabila melihat suami mereka tersenyum sendirian saat membaca SMS.

Kawan abang SMS. Dia kawan baik abang masa di Jordan dulu. Nama dia Azzam. Kiranya masa dulu-dulu, kami ni kamceng sangat-sangat..., Johari bercerita panjang. Aisyah mendengar sahaja. Sesekali dia tersenyum, sesekali dia ketawa. Johari dan Aisyah banyak berbual-bual walaupun hakikatnya, mereka sudah berkenalan sejak kecil lagi. Tapi mungkin kerana berkat mereka kurang berbual semasa belum kahwin dahulu, banyaklah topik dan isu yang diperbualkan sesudah hubungan mereka menjadi halal.

Menghampiri jam 7.30 pagi, Aisyah memimpin tangan Johari turun ke bawah. Johari masih berkain pelekat dan berbaju melayu. Di bawah, Mak Mah sedang menatang sekoleh air teh ke meja makan. Ibu mertua Johari, Puan Mona berada di depan televisyen bersama Encik Azizi. Mereka sedang menonton rancangan Tanyalah Ustaz di saluran TV9. Aisyah dan suaminya berpimpin tangan. Mereka mengambil tempat di kerusi sofa, sebelah ibu dan ayah mereka.

Wah... Ustaz Zawawi Yusof!, Aisyah bersuara sedikit kuat. Dia teruja. Tangannya yang membelit lengan Johari tiba-tiba memicit kuat lengan suaminya. Johari mengaduh perlahan.

Sorry... sorry..., Aisyah tersengih-sengih meminta maaf dari suaminya. Serta merta dia melabuhkan kepalanya ke bahu suaminya.

Joe... kalau nak tahu, Aisyah memang suka dengar ceramah Ustaz Zawawi, kata Puan Mona.

Encik Azizi tersengih menyampuk, Sampai dulu, pernah dia cakap yang tak kisah kalau jadi isteri nombor dua ustaz tu.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 359

Mereka mengambur ketawa, kecuali Aisyah yang merah padam menahan malu. Semakin eratlah dia memeluk lengan suaminya. Manja sungguh. Alaaa ayah... Allah dah beri Aisyah suami yang lebih baik daripada Ustaz Zawawi, Ustaz Johari... kan? Kan?

Puan Mona dan Encik Azizi ketawa panjang. Mereka betul-betul rasa terhibur dengan kehadiran seorang anggota baru dalam keluarga ini. * How do i look?, tanya Aisyah sambil menggaya-gayakan jubah yang dihadiahkan oleh Johari sempena pernikahannya semalam. Jubah itu dibeli masa di Jordan dahulu. Lama ia tersimpan di dalam laci. Sememangnya Johari siap-siap membeli untuk isterinya. Kebetulan, saiznya sangat sesuai dan padan dengan Aisyah. Lebih benar, ia bukannya suatu kebetulan tetapi rancangan Ilahi semata.

Cantik. Sangat cantik, balas Johari tersenyum. Wajahnya berseri-seri.

Aisyah tersenyum malu. Tiba-tiba, dia berundur ke almari dan mengeluarkan sepasang jubah yang lain, gaun pengantin semalam. Johari terpinga-pinga sekejap.

Kenapa nak tukar pakaian pula?, tanyanya hairan.

Sebab abang cakap saya sangat cantik, jadi saya tak mahu pakai jubah itu depan orang lain. Biarlah abang seorang saja yang cakap saya cantik. Saya taknak orang lain cakap saya macam itu, balas Aisyah lembut, menikam kalbu Johari. Johari termagu. Dia tidak membalas, cuma hatinya saja yang memuji kebaikan isterinya.

Aisyah menukar pakain. Dia menyarung kembali gaun pengantin muslimah yang telah dipakainya semalam! Ya, semalam!

Orang tak perasan pun. Kalau mereka nak mengata pun, apa kita peduli. Yang penting kita bahagia, bisik Johari lembut di telinga isterinya sebelum sebuah ciuman hinggap di pipi itu. Aisyah tersenyum, tenang.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 360

Mereka beriringan turun ke bawah. Bapa mertua Johari, Encik Azizi segak berbaju melayu dan bersongkok hitam. Puan Mona juga tidak kalah. Dia juga nampak aggun. Cuma, adik-adik perempuannya, Anis dan Lisa sahaja yang nampak seakan-akan tidak bersiap lagi. Aneh.

Lisa dengan Anis tidak mahu ikut. Mereka ada tuisyen sepatutnya hari ini. Lagipun, kereta kita bukannya muat pun, beritahu Encik Azizi saat Aisyah bertanya tentang adik-adiknya.

Di dalam kereta, Encik Azizi bergurau mesra, Ayah rasa, majlis perkahwinan kamu berdua inilah majlis yang paling simple di Kuala Lumpur. Sudahlah kenduri bersambung, lepas tu pengantin lelaki pula yang drive kereta. Semua orang ketawa mesra. Menghidupkan suasana.

Johari mengawal kereta milik bapa mertuanya dengan cermat. Kereta itu bergerak perlahan di atas jalan. Sesekali, matanya melirik ke cermin belakang. Rupa-rupanya Aisyah sedang merenung dia dari cermin itu. Saat pandangan bertembung, mereka berdua tersenyum nipis. Tiada siapa menyedari.

Saya rasa unik betul la pernikahan mereka ni bang, kata Puan Mona. Dia duduk di kerusi belakang pemandu. Belakang Johari.

Encik Azizi tak menjawab. Dia senyum lebar. Matanya memandang hadapan.

Sudahlah majlis perkahwinan bersambung hari sabtu dan ahad, majlis bersanding pula tidak ada. Yang paling best tu, pakainya pun sama macam yang semalam punya, suara Puan Mona turun naik. Dia ketawa di hujung-hujung dan diikut oleh Aisyah.

Alaa mak. Baju ni kalau nak sewa untuk sekali pakai, dekat beratus juga. Jadi baik kita pakai banyak-banyak kali sementara dia masih bersih. Kan?, dia tersengih memandang Puan Mona yang masih tersenyum lebar.

Iyalah... benda-benda tu bukannya jadi syarat pun dalam agama. Baguslah apa yang anakanak mak sedang buat ni. Paling tidak, ia menjadi contoh kepada masyarakat. Sedangkan Allah pun tidak membebankan hamba-Nya untuk berkahwin, siapa kita untuk memberatberatkannya. Sebab demand-demand mereka inilah, ramai orang yang sudah mampu, terhalang untuk bernikah, balas Puan Mona panjang lebar. Sememangnya dia dengan Encik
Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/) Page 361

Azizi, juga Datin Roza suami isteri bersetuju dan menyokong benar dengan tindakan anakanak mereka ini. Jika dilihat dari sudut material, mereka bukannya tidak mampu untuk mengadakan majlis di hotel-hotel atau dengan besar-besaran. Cuma itulah... perkahwinan perlu keberkatan Allah. Barulah ia kekal dalam tenang dan bahagia.

Johari yang sedang memandu tersenyum nipis mendengar perbualan rancak di tempat duduk belakang. Mujur adik-adiknya tidak turut serta kerana tidak cukup ruang. Kalau tidak, pasti dia dan Aisyah akan merasa segan juga diusik begitu.

Jam baru menunjukkan pukul 10.30 pagi. Memang keadaan di rumah Johari masih lagi renggang. Tetamu-tetamu yang ada di rumah Datuk Hamzah tika itu hanyalah terhad pada sanak saudaranya sahaja. Johari memperkenalkan Aisyah kepada mereka. Aisyah tidak janggal, bahkan dia sangat mudah mesra dan pandai pula mengambil hati. Lebar sentiasa senyum di bibirnya, petanda sebuah bahagia sedang diukir.

Dari jauh, Johari melihat bapanya dan bapa mertuanya sedang duduk-duduk di bawah khemah. Mereka bersama beberapa lagi orang lelaki yang sebaya umur mereka, berbual rancak. Sesekali ketawa mereka menjengah ke dalam telinga Johari yang sangat peka. Aisyah sedang berbual dengan Mak Cik Anis bawah khemah perempuan.

Di sudut laman, beberapa orang lelaki sedang memunggah makanan dari dalam van dan disusun di atas meja. Mengikut atucara, tetamu akan datang mula datang selepas jam 11 pagi. Masih ada setengah jam untuk para pekerja katering itu bersiap-siap. Mereka diupah bukannya dengan bayaran yang murah. Kerana itu, mereka perlu profesional dan beretika, selain cermat dalam kerja. Didorong dengan sifat semulajadi yang ramah, Johari mengambil kesempatan itu untuk berbual-bual dengan mereka, para pekerja katering yang Johari agak, mencapai 20 orang juga kesemuanya.

Johari menghampiri seorang lelaki yang sedang menyusun cawan di atas meja. Lelaki itu, bersama kawan-kawannya memakai baju kemeja putih lengan panjang dan berseluar hitam. Kesemua mereka nampak kemas. Segak dan bersih. Johari memerhati lelaki itu penuh minat. Lama, hingga lelaki itu perasan yang dia sedang diperhatikan.

Dia memusingkan badannya dan melemparkan senyuman manis kepada Johari. Spontan sahaja lagaknya. Tiba-tiba, senyuman di wajahnya bertukar perasa. Ah, kelat sahaja. Lelaki itu ialah penunggang motosikal yang telah melanggar cermin sisi keretanya malam itu! Ya, malam di mana Johari terpaksa membayar sejumlah wang, RM200.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 362

Johari sedar perubahan pada riak wajah lelaki itu. Air mukanya nampak tidak ceria. Tanpa lengah, Johari menghulur tangan dan menghadiahkan senyuman ikhlas. Ya, yang paling ikhlas. Lelaki itu teragak-agak untuk menyahut tangan Johari. Lambat-lambat, tangan mereka bertaut. Er... er... saya..., lelaki itu kelu saat memandang Johari. Dari atas ke bawah.

Johari masih mengenggam tangan lelaki itu. Matanya memandang wajah lelaki itu. Tepat. Jangan risau encik. Saya nak minta maaf pasal malam itu, Johari bersuara.

Lelaki di hadapannya menundukkan kepala selepas tangannya dilepas oleh Johari. Saya yang perlu minta maaf dengan encik sebab saya yang salah. Memang betul kata encik, saya yang menunggang laju, katanya pula. Dia telah tersedar daripada kesilapannya malam itu.

Tak. Tak. Saya juga bersalah kerana saya baran malam itu, sanggah Johari. Wajahnya masih dimaniskan.

Sejak malam itu, saya rasa semacam tak kena. Saya rasa sangat bersalah. Lebih-lebih lagi apabila terpandang duit RM 200 yang saya curi daripada encik. Tangan saya akan terketarketar apabila saya memegang duit itu, cerita lelaki kurus itu. Wajahnya jelas menunjukkan yang dia benar-benar kesal dan rasa bersalah.

Laaa... kenapa tak guna? Saya sudah halalkan duit itu kepada awak. Kasihan awak malam itu. Tangan awak sakit. Saya tak sakit apa-apa, sambung Johari. Dia terkejut mendengar cerita lelaki itu. Sangkanya, lelaki itu pasti seronok mendapat hadiah daripadanya.

Maafkan saya encik...

Johari, Johari memperkenalkan dirinya. Keningnya diangkat sedikit. Encik pula nama apa?, tanyanya pula.

Nama saya Danial, balas lelaki kurus tadi pendek.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 363

Encik Danial jangan salah faham. Apa yang saya beri malam itu tidak lain hanyalah sebagai satu bentuk hadiah ikhlas daripada saya. Saya tidak suka bertekak. Lebih-lebih lagi, tangan encik pasti sakit teruk malam itu. Maafkan saya, suara Johari mendatar.

Danial memandang wajahnya sayu. Dia berdiri tegak. Di belakangnya, rakan-rakannya sibuk menyusun tray-tray makanan. Mereka menjeling kearah Johari dan Danial. Pasti mereka menyangka yang kedua-dua itu ialah bersahabat. Mungkin.

Encik gunalah wang itu untuk sesuatu yang bermanfaat buat encik. Saya sungguh-sungguh telah memberi halal. Saya juga meminta maaf dengan encik jika saya ada membuat salah, kata Johari. Dia kemudian menghulur tangan, sekali lagi kepada Danial.

Kali ini Danial tidak teragak-agak seperti tadi. Dia menyambutnya pantas. Terima kasih Encik Johari. Saya doakan kebahagiaan encik dan isteri encik. Saya minta maaf atas kejadian malam itu. Saya sudah berazam. Wang RM200 itu saya tidak akan gunakan untuk kepentingan diri saya sendiri. Saya akan sedekahkan pada anak-anak yatim. Saya harap, ada ganjaran buat encik. Saya bersalah dengan encik. Cukuplah dengan rasa tertekan dan tidak tenang yang bertakung dalam hati saya. Saya harap Encik Johari akan maafkan saya dan tidak menyimpan dendam sekelumitpun dengan saya

Johari tersenyum lebar. InsyaAllah Encik Danial. Saya maafkan awak. Maafkan saya juga. Saya ada hal sekejap. Nanti saya datang balik. Saya mahu bersahabat dengan awak, balas Johari jujur. Dia nampak peluang dakwah yang terbuka luas untuknya. Allah telah memberinya ruang untuk melebarkan ajaran islami. Hatinya berbunyi syukur.

Danial senyum manis kepada Johari buat pertama kali. Saya berbesar hati jika orang kaya dan hebat seperti Encik Johari sudi bersahabat dengan orang jahat macam saya, balasnya dengan muka yang manis. Dia nampak kembali bersemangat. Ya, dia merasakan seperti bulan jatuh ke riba pula. Sebenarnya, sejak peristiwa malam itu, atau lebih tepat, peristiwa di mana Johari memberi nasihat saat RM200 bertukar tangan, dirinya berasa semacam kelainan. Sayu, sedih, dan rasa bersalah. Semua memburu, tanpa lengah, tanpa belas. Dia kesal dan buat kali yang entah ke berapa, Danial rasa berdosa. Dan sebenarnya, dia ada juga memanjatkan doa untuk bertemu dengan Johari lagi.

Johari tersenyum lebar kearah Danial yang masih nampak sayu. Dia berpusing ke belakang dan mengangkat tangan sebelum kakinya kearah Aisyah dan saudara mara perempuannya.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 364

Kawan abang ke tu?, tanya Aisyah sambil memandang suaminya.

Johari senyum. Kawan baru. Baru kenal tadi. Dia ketawa kecil. Kaum hawa yang turut mendengar juga tersenyum simpul.

Kamu tu memang... semua orang boleh jadi kawan, kedengaran suara Mak Cik Anis mengusik.

Berkawan biar sejuta tapi bermusuh, jangan seorang pun, balasnya bersahaja tapi tegas.

Mak Cik Anis tersenyum mendengar jawapan itu. Bahkan, semua yang turut mendengar dari kalangan saudara-mara Johari juga turut senyum, membenarkan kata-katanya. Aisyah yang duduk di situ berasa sangat bangga dengan suaminya. Hatinya berbunga riang, biar mekar.

Menghampiri jam 11.20 tengahari, berduyun-duyun sahabat Johari mula datang. Deretan kaki lima sepanjang hujung jalan telah pun penuh dengan kenderaan yang diparkir cermat. Johari menyambut tetamu-tetamunya dengan besar hati dan syukur. Sememangnya dia punya jaringan persahabatan yang luas. Walaupun sahabatnya ramai yang berkunjung, tetapi Johari mampu untuk memberi layanan yang sama rata dan sama hangat walaupun sesekali dia terpaksa berkejaran juga.

Setiap yang datang, tidak kira apa bangsa, apa ideologi, semua akan dijemput untuk makan dan diberi layanan yang baik dan ramah oleh Johari. Seorang demi seorang sahabatnya datang dan pergi. Berganti-ganti. Daripada teman-teman sekolah, hinggalah kepada temannya di Jordan dan di syarikat al-Mukmin, semuanya akan dilayan penuh mesra dan ramah.

Aisyah juga begitu. Dia berada di khemah wanita, melayan tetamu wanita yang rata-rata ialah rakan-rakan pejabatnya dan juga jiran tetangga Datuk Hamzah. Dia banyak tersenyum dan ketawa kecil. Lebih-lebih lagi, banyak soalan tentang Johari diajukan kepadanya, daripada teman sepejabat yang tidak dapat datang semalam. Jauh di lubuk hatinya, dia baru tersedar bahawa selama ini Johari sangat menjaga diri hinggakan ada yang menggelarnya sebagai orang yang misteri. Ah, padan benar!

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 365

Seperti semalam, Johari dan Aisyah bertukar-tukar giliran untuk solat zuhur. Hari itu, tetamu yang datang tidaklah seramai semalam kerana ramai yang sudah datang ke majlis di rumah Aisyah. Kerana itu, mereka yang tidak hadir hanya berpesan dan mendoakan Johari. Pun begitu, Johari tidak kecewa sedikitpun kerana dia sememangnya sudah menjangka begitu.

Assalamualaikum!, dari kejauhan, Johari sudah memberi salam. Dia sebenarnya teruja. Kerana itu, dia bersuara agak kuat hinggakan beberapa orang sahabatnya yang menjamu selera mengangkat muka juga, kearah jalan sana.

Waalaikumussalam. Barakallah huma, lelaki berbaju melayu putih menjawab salam Johari. Mereka bersalaman dan seterusnya berpelukan erat.

Subhanallah Joe. Enta betul-betul kacak, segak, dan bergaya sekarang. Baru satu tahun kita tak jumpa, tapi enta betul-betul nampak lain lah.., Hafiz bersuara lembut, memujinya. Hafiz datang bersama-sama teman mereka dari Universiti Yarmouk, Jordan. Johari kemudian berpelukan pula dengan Akram, Lutfi dan beberapa lagi orang sahabatnya. Mereka semuanya sudah bekerjaya. Hafiz sekarang bekerja di Jabatan Agama Islam Negeri Johor, di tempat kelahirannya orang rumahnya. Akram pula bekerja sebagai ustaz di sekolah menengah di Negeri Sembilan. Sekolah asrama penuh dengar-dengarnya. Manakala Lutfi pula baharu beberapa bulan mendapat pekerjaan.

Johari, saat bertemu rakan-rakan istimewanya, berasa sangat sebak dan terharu. Jauh dalam sudut hatinya, dia mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran atas kesudiaan sahabatnya yang dirindui.

Mana zaujah enta?, Akram berbisik dengan maksud bergurau. Dahulu, mereka pernah juga sama-sama memasang cita-cita untuk memiliki isteri yang solehah, yang cantik pada akhlak dan juga elok pada paras rupa. Akram sekadar bergurau. Johari faham. Dia tidak memanggil Aisyah, tetapi sekadar mulutnya sahaja dimuncungkan kearah Aisyah yang sedang melayan sahabat-sahabat wanitanya.

Antum bila pula mahu berkahwin?, tanya Johari pula. Dia mengukir senyum manis tetapi nakal.

Akram, Lutfi dan beberapa orang sahabat Johari tersengih-sengih. InsyaAllah, bila sampai jodoh. Hafiz pula, sekadar meleretkan senyum kerana dia sama seperti Johari, baru sahaja
Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/) Page 366

berkahwin. Bahkan, dia lebih awal daripada Johari. Semasa mereka makan, Johari berbualbual mesra. Banyak perkara yang mereka bualkan, walaupun sesekali Johari terpaksa meminta diri untuk melayan tetamu-tetamu yang lain.

Tiba-tiba, Johari teringat akan Azzam. Eh, enta tahu di mana Azzam? Dia beritahu ana dia akan sampai sebelum zuhur

InsyaAllah. Sekarang sudah 2.30 petang. Mungkin dia sudah sampai, tapi terlambat kerana sesat. Biasalah Kuala Lumpur, jalannya bersimpang siur. Kami semua ni sebenarnya dari rumah seorang ibubapa Lutfi, beritahu Hafiz. Dia sedang menggigit secebis daging yang sedikit liat. Berselera sungguh nampaknya.

Iyalah... InsyaAllah, balas Johari pendek. Dia tidak boleh menafikan satu hakikat, iaitu dia sebenarnya teringin benar berjumpa Azzam. Azzam... Tunang kepada Nasuha... Dalam hatinya, dia sebenarnya merasa syukur dan kagum atas ketetapan Allah. Benarlah, kadangkala Allah tidak memberi apa yang kita mahu, tetapi Dia memberi apa yang kita perlu. Bagi Johari, Aisyah ialah satu kurnia yang paling baik pernah dia miliki. Alhamdulillah...

Hampir satu jam mereka berbual-bual. Johari tidak kering gusi ketawa mesra melayan jenaka daripada Akram yang terkenal dengan sifat lucunya. Satu yang Johari kagum dengan Akram, walaupun lelaki itu beperwatakan begitu, dia sebenarnya sangat matang membuat keputusan. Dia tidak culas dalam tanggungjawab, juga tidak berbohong dalam setiap gurau sendanya.

Kami minta diri dulu ya, kata Hafiz lembut. Wajahnya masih manis dan segar seperti tadi. Cuma perutnya sahaja yang sedikit kembung diisi makanan yang sedap-sedap semuanya. Yang lain juga mengikutinya, meminta diri untuk pulang.

Johari senyum manis menghantar sahabat-sahabat istimewanya. Masakan tidak istimewa, kerana mereka inilah saksi perubahan Johari. Ya, merekalah individu-individu yang bertanggungjawab menjadi pemangkin kepada perubahan dirinya. Zulumat kepada Nur.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 367

BAB 47

Johari lelah. Usai solat asar jam 5 petang tadi, dia membaringkan badannya di atas kati. Aisyah sedang dalam bilik air. Baru sahaja mahu mengambil wuduk dan bersiap-siap untuk solat. Johari memejamkan mata. Dia mahu kiranya dapat lelap seketika. Tempoh dua hari ini dirasakan sangat memenatkan. Namun, sangat membahagiakan juga.

Abang... tak eloklah tidur petang-petang ni, Aisyah yang baru menyarung telekung menegur suaminya lembut. Johari yang hanya matanya sahaja tertutup, celik dan terus senyum manis kepada isterinya. Abang cuma tutup mata saja..., dia tersengih-sengih. Johari kemudian bingkas berdiri. Abang nak tolong Harris dan ayah dekat bawah, katanya sambil mencapai sehelai seluar track. Kain pelekat yang dipakai tadi, diganti dengan seluar panjang.

Johari menapak turun. Baru sahaja beberapa langkah, dia teringat akan Azzam. Lelaki itu belum sampai-sampai lagi. Johari kembali ke biliknya untuk mengambil telefon bimbit yang ditinggalkan di atas meja. Dilihatnya, Aisyah sedang bersolat. Johari memandang isterinya dari belakang beberapa saat. Bibirnya tersenyum sendiri. Hatinya rasa tenang dan sejuk sekali melihat isterinya dalam keadaan sedang bersolat. Johari kemudian menutup pintu biliknya rapat dan turun ke bawah.

Joe, mana Azzam? Dia tak datangkah?, tanya Datuk Hamzah kepada Johari. Pertama, dan utama. Datuk Hamzah sedang mengelap keringat yang jatuh di dahinya dengan tuala kecil yang membelit lehernya. Tika itu, dia sedang memancarkan air paip ke dalam longkang. Longkang itu telah dibersihkan tadi. Sisa-sisa makanan, tisu dan puntung rokok, semuanya telahpun dia masuk dan kumpulkan dalam beg plastik.

Johari mengikat hujung beg plastik hitam itu dan mengangkatnya ke luar pintu pagar. Sambil itu, dia menjawab pertanyaan bapanya. Entah la ayah. Saya pun tak tahu. Pagi tadi dia SMS saya kata dia bertolak pagi. Takkan lah tak sampai-sampai lagi kot.

Johari nampak runsing. Jelas di riak wajahnya, dia terbayang akan sesuatu yang tidak baik telahpun berlaku. Datuk Hamzah juga berkerut dahinya. Takkanlah tak sampai-sampai lagi. Dari Pahang ke Kuala Lumpur, bukannya jauh sangat pun. Datuk Hamzah sebenarnya teringin benar untuk bertemu dengan Azzam kerana melalui cerita-cerita yang keluar daripada mulut Johari, Azzam ialah seorang sahabatnya yang paling rapat dan paling banyak membantunya masa di Jordan dahulu.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 368

Baik kamu telefon dia Joe..., Datuk Hamzah memberi saranan. Dia menutup pili. Getah paip yang panjang itu ditarik keluar dari kepala paip sebelum diikat-ikat untuk disimpankan ke dalam stor di tepi rumah.

Johari tambah runsing. Dia mengangguk, bersetuju dengan cadangan bapanya. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya dari dalam poket seluar dan mencari nombor telefon azam. Seketika kemudian, dia meletakkan telefon bimbitnya ke telinga. Senyap...

Tak ada orang angkat pun, gumamnya sendiri.

Johari tidak putus asa. Dia mendail nombor Azzam sekali lagi. Datuk Hamzah yang sedang berdiri berdekatan stor kecil di tepi rumahnya memandang Johari senyap. Kali ini, selepas lama mengunggu, panggilan Johari berjawab.

Hello. Assalamualaikum

Johari tersentak. Suara perempuan yang mengangkat.

Er.. Waalaikumussalam. Boleh saya bercakap dengan Azzam?, balas Johari. Matanya dilarikan ke arah Datuk Hamzah. Mereka berpandangan.

Perempuan yang menjawab itu senyap. Terdengar sendu halus di hujung talian. Abang Azzam sedang dirawat di Hospital Gombak. Dia kemalangan pagi tadi

Astaghfirullah. Ya Allah... betul ke ni? Boleh saya tahu siapa di talian?, Johari cemas. Mukanya merah. Dirasakan bahawa jantungnya seakan-akan berhenti berdenyut saat itu. Dia terkejut bukan kepalang. Datuk Hamzah mengesan sesuatu yang tidak baik. Dia berjalan kearah Johari. Wajahnya juga nampak runsing dan gelisah.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 369

Saya tunang dia, Nasuha, jawab perempuan itu. Nasuha ketika itu sedang berteman dengan Suhana. Saat mendapat berita, mereka berdua bergegas ke Hospital Gombak, meninggalkan diskusi kumpulan tadi. Berderai tangisnya tanpa dapat ditahan saat berita itu kunjung ke dalam gegendang telinga Johari.

Johari kelam kabut naik ke biliknya. Dia sempat memberitahu ayahnya bahawa Azzam kemalangan. Ayahnya nampak terkejut.

Di dalam bilik, Aisyah sedang melipat sejadah. Melihat wajah muram suaminya, ditambah pula dengan kelakuannya yang kelam kabut, Nasuha bertanya lembut, Kenapa ni bang?

Kawan abang kemalangan tadi. Sekarang di Hospital Gombak. Katanya, keadaan dia agak teruk. Abang nak pergi sana. Sayang nak ikut?, tanya Johari sambil menukar pakaiannya. Dia bersiap-siap mahu ke hospital. Mujur, semua kerja dibawah tidak banyak kerana Johan dan Harris, sama-sama bergandingan bahu.

Aisyah nampak terkejut. Dia juga kemudiannya bersiap-siapa sama. Sempat dia bertanya, Ayah dan mak tahu?. Johari sekadar mengangguk.

Di dalam kereta, Johari memandu dengan agak laju. Mukanya masam dan muram. Aisyah yang berada di sebelah turut sama terkesan dengan perubahan mendadak Johari. Sesekali, jarinya yang halus mendapatkan tangan Johari. Abang... jangan risau sangat ya. InsyaAllah semuanya okey. Sebagai isteri, dia sedar tanggungjawabnya untuk menghiburkan suaminya. Johari senyum tawar. Terima kasih

Mereka tiba di Hospital Gombak jam 6.30 petang dan terus sahaja mereka ke wad kecemasan tanpa lengah. Dari kejauhan, Johari lihat sosok tubuh Nasuha bersama seorang gadis sedang duduk di kerusi yang disediakan di ruang menuggu. Masing-masing nampak cemas. Johari memberi salam. Lengannya masih lagi dipaut oleh Aisyah, kemas.

Nasuha mengangkat muka. Matanya kemerah-merahan menahan tangis. Suhana yang duduk di sebelahnya juga nampak sedih. Tangannya memegang-megang bahu Nasuha.

Bagaimana keadaan Azzam?, tanya Johari.


Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/) Page 370

Abang Azzam kemalangan teruk tadi. Sekarang doktor sedang melakukan pemindahan darah. Darahnya banyak yang telah hilang, jelas Nasuha perlahan. Dalam hatinya, dia masih tertanya-tanya, bagaimana Johari boleh kenal dengan tunangnya. Namun, teka-teki itu tidak terlontar dari kotak fikirannya kerana saat itu, keselamatan Azzam lebih utama, lebih ditumpu.

Aisyah yang berdiri di samping Johari sedar tadi mengambil tempat duduk di sebelah Nasuha. Dia bersimpati dengan gadis itu. Lantas, dia mengusap-usap lembut bahu Nasuha dan memujuknya, walaupun dia belum lagi kenal dengan gadis itu. Mungkin kerana penampilan Nasuha yang nampak warak, alim dan sopan menyebabkan Aisyah tidak ragu-ragu untuk mendampinginya.

Pandangan mata mereka bertembung. Mata Nasuha yang berkaca-kaca memandang Aisyah. Bibirnya menguntum senyum tawar. Tangannya menggenggam tangan Aisyah. Maafkan saya kerana tidak mampu datang ke majlis perkahwinan kalian, ucapnya pendek.

Dia tahu, perempuan yang bersama Johari itu ialah isterinya. Melalui cara mereka berkomunikasi pun sudah dapat diketahui yang mereka itu suami isteri. Bahkan, mesra yang dipamer, juga jelas bukan yang biasa-biasa lagi.

Johari masih berdiri. Dia mundar-mandir. Sesekali, dia cuba mengintai ke dalam bilik kecemasan itu. Tindakannya disedari oleh seorang pengawal keselamatan berjasad tua yang berada di dalam bilik itu. Lantas, wanita india itu menjengilkan biji mata, seakan-akan memarahi tindakan Johari. Johari mundur kembali, mendapatkan isteri dan tunang Azzam yang sedang bercakap-cakap perlahan.

Mak dan ayah Azzam tak datang?, tanya Johari kepada Nasuha.

Datang. Tapi lepas asar kerana ada masalah dengan kenderaan, jawab Nasuha. Dia masih berpegangan tangan dengan Aisyah. Di sisi, Suhana juga keruh dan cemas. Ah, jelas sekali.

Apapun Joe, saya minta maaf sebab tak dapat datang ke majlis awak, kali ini Nasuha meminta maaf kepada Johari pula. Matanya memandang wajah Aisyah. Dalam hati, dia memuji kecantikan Aisyah, tapi untuk diluah saat itu, dia tak mampu.
Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/) Page 371

Tak apa Su. Eh, kalian sudah berkenal-kenal?, tanya Johari. Dia mencuba untuk mewujudkan rasa segar di kawasan itu sesudah suram dan sedih lama menguasai hati mereka. Nasuha terutamanya.

Alhamdulillah... Joe bertuah dapat isteri macam kak Aisyah ni. Sudahlah comel, peramah pula, puji Nasuha. Bibirnya mengulum senyum, tapi masih tawar seperti tadi. Di sebelah, Suhana juga tersenyum.

Ish... tak ada apalah Nasuha. Akak ni biasa-biasa saja, Aisyah merendah diri. Matanya melayang memandang suaminya yang berdiri tegak sambil memeluk tubuh. Johari melirikkan matanya kearah jam tangannya.

Sudah lama dia di dalam?, tanya Johari.

Sudah hampir 3 jam, jawab Nasuha pendek. Dia diberitahu bahawa pakar-pakar perubatan di hospital ini sedang cuba membuat pembedahan di bahagian tempurung kepalanya. Kata mereka, ada darah beku berkumpul di situ. Bagaimana? Ah, kesan hentakan barangkali.

Hampir masuk waktu maghrib, ahli keluarga Azzam pun tiba. Tapi tidak ayahnya kerana dia tidak boleh berjalan jauh. Biasalah... orang tua. Sakitnya berpakej-pakej. Nasuha berpelukan gangat dengan ibu Azzam dan Ustazah Halimah. Air matanya yang sudah pupus saat Johari dan Aisyah sampai tadi, jatuh kembali tapi sedikit cuma.

Memandangkan mereka hanya dibenarkan menunggu sehingga jam 7 malam, Johari dan Aisyah mengambil keputusan untuk bersolat magrib di hospital sahaja. Begitu juga dengan Nasuha dan Suhana. Mereka juga sama bersolat maghrib disini. Hanya ibu serta ibu saudara Azzam sahaja yang menunggu di wad kecemasan. Johari, sebelum dia disuruh keluar oleh pengawal keselamatan, sempat dia berpesan kepada ibu Azzam dan Ustazah Halimah, terutamanya supaya memberi setiap perkhabaran terkini tentang Azzam selalu. Nombor telefonnya ditinggal, beserta harapan yang mencecah kepulan awan.

Di surau wanita, Aisyah sempat berbual-bual dengan lebih bersama Nasuha dan Suhana. Saat mahu pulang, Aisyah sempat menawarkan diri untuk menghantar mereka berdua pulang ke

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 372

UIAM. Nasuha dan Suhana ada kelas awal pagi esok. Pelawaan itu disambut baik oleh mereka berdua. Bahkan, dirasakan sebagai rahmat juga.

Di dalam kereta, mereka berbual-bual lagi. Ah, ketiga-tiga mereka semacam kawan lama yang juga lama terpisah. Lagaknya begitu, panjang bualannya. Perjalanan dari Hospital Gambak ke UIAM tiba-tiba sahaja memakan masa hampir setengah jam hari itu. Punca kesesakan adalah kerana sebuah kemalangan kecil dilaporkan beberapa meter di depan. Aisyah banyak berbual. Mulutnya ramah. Setidak-tidaknya, ia membuatkan Nasuha bertukar dari muram menjadi ceria. Johari sesekali mencelah perbualan tiga orang wanita itu; Nasuha, Aisyah dan Suhana. Dalam masa yang sama, dia tidak henti mengucapkan syukur kerana mempunyai isteri yang memahami, seperti Aisyah.

Johari menghantar Nasuha dan Suhana sampai ke kampus. Dia sekadar duduk dalam kereta, tetapi Aisyah turun keluar, bersalaman dan berpelukan. Dia sempat menitipkan kata-kata semangat dan doa agar Nasuha dan Suhana diberi kekuatan dan kejayaan yang senantiasa oleh Ilahi. Johari yang memerhati dari tempat duduk pemandu, tersenyum simpul. Bermacammacam perkara bermain di mindanya, yang dirasakan terlalu unik dan indah, dimiliki dua wanita itu. Bibirnya memuji Allah, perlahan.

Dari UIAM, mereka beransur pulang. Baru kenal tadi tapi abang tengok sayang sudah rapat benar dengan dia?, usik Johari. Dia masih risaukan Azzam, tapi sedikit sebanyak, dia sudah rasa terpujuk dan tenang.

Aisyah tersengih. Matanya memandang ke hadapan. Kereta yang dipandu Johari sedang membelok ke kiri. Entah la bang... Saya rasa saya suka sangat dengan Nasuha tu, balas Aisyah jujur. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia boleh senang dengan gadis itu walaupun sedikit pun dia tidak mengenalinya sebelum ini.

Nasuha itu tunang Azzam ya?, tanya Aisyah selepas keadaan sepi dan senyap seketika.

Johari ketawa kecil. Ya. Tunang Azzam.

Habis tu, macam mana abang kenal dia? Azzam yang cerita?, tanya Aisyah lagi. Wajahnya penuh dengan persoalan.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 373

Johari tidak terus menjawab. Dia seperti ragu-ragu. Sekilas, dia memandang Aisyah. Isterinya itu ternyata sedang menunggu-nunggu jawapan daripadanya. Nasuha itu bekas junior abang masa sekolah rendah dahulu. Kami dahulu pernah juga bercinta. Ala... cinta-cinta monyet katakan tapi tak lama, cuma sebulan sahaja. Masa abang di Jordan, dia pindah balik ke rumah datuknya di Pahang. Abang tak tahu menahu pun. Sekali, abang terserempak dengan dia di Pekeliling. Rupa-rupanya dia student Ustazah Asyiqin. Abang pernah melamar dia tahu taw, cerita Johari panjang. Intonasi suaranya turun naik, menaikkan meriah ceritanya. Aisyah yang mendengar hanya diam. Dia diburu sedikit rasa cemburu, tapi segera ia hilang saat mendengar perkataan dulu.

Lepas tu dia reject?, duga Aisyah. Dia menahan ketawa. Bimbang suaminya akan terasa.

Johari ketawa kecil. Aah... kena reject sebab Azzam sudah masuk dulu. Apapun, abang tak kisah sebab Allah sudah beri seorang wanita yang lebih baik dan sempurna untuk abang. Tangan kiri Johari menjalar mendapatkan tangan Aisyah. Digenggamnya kemas, penuh kasih dan sayang.

Aisyah senyum lebar. Dia bahagia.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 374

BAB 48

Bagaimana keadaan Azzam?

Johari dihujani soalan-soalan berbaur risau daripada Datuk Hamzah. Datuk Hamzah baru sahaja pulang dari surau ketika kereta waja milik Johari memasuki laman rumah dan berhenti betul-betul di belakang kereta bapanya.

Johari tersenyum nipis. Alhamdulillah... lepas maghrib tadi, Azzam baru sahaja keluar dari bilik bedah. Kepalanya ada darah beku, terang Johari.

Dia eksiden dengan apa?, tanya Datuk Hamzah lagi.

Menurut cerita Nasuha, kereta Azzam terbabas dan melanggar pembahagi jalan. Betul-betul masa keluar daripada tol Gombak dari lebuhraya Pantai Timur, jawab Johari. Seketika, keadaan menjadi hening. Aisyah masih berkepit dengan suaminya. Wajahnya ada riak-riak halus kepenatan dan lelah.

Kami naik atas dulu ya ayah. Solat isyak belum lagi ni, Johari meminta izin. Beradap. Dia lalu memimpin tangan Aisyah ke bilik. Mereka solat isyak bersama-sama. Malam itu, doa mereka dipanjatkan khusus kepada Azzam. Semoga Azzam sejahtera sentiasa.

Baru sahaja mereka selesai solat, telefon Johari berbunyi. Kebetulan! Johari segera mencapai. Terpampang nombor telefon Azzam di skrin. Johari segera mengangkat.

Hello.. assalamualaikum, dia memberi salam. Dada Johari berdebar sedikit.

Waalaikumussalam..., terdengar suara seseorang di hujung ganggang. Itupun dengan sangat perlahan dan lemah. Suara Azzam. Ya, Azzam! Dia meminta Ustazah Halimah, ibu saudaranya untuk mendail nombor telefon Johari. Bersungguh benar!

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 375

Johari tersentak. Azzam! Ya Allah... alhamdulillah... enta sudah sedar Azzam..., spontan Johari bersuara. Agak kuat kerana bercampur teruja dan lega. Dia mengucap syukur. Serta merta, wajah Johari yang sugul berubah ceria dan gembira.

Alhamdulillah. Maaf tak dapat datang..., perlahan suara Azzam. Agak sukar juga untuk didengar hinggakan Johari terpaksa menutup telinganya sebelah lagi. Terlalu perlahan! Aisyah yang memandangnya wajah redup suaminya sedari tadi berubah rasa. Bertambah pelik.

Tak apa Azzam. Enta sihat pun ana syukur sangat-sangat, balas Johari ikhlas. Memang itu yang dia harap dan doa-doakan sepanjang beberapa jam ini.

Siapa kata ana sihat lagi? Ana baru tersedar saja. Tadi doktor ada beritahu yang kesan daripada hantukan kepala ana yang kuat tadi, menyebabkan tisu di bahagian kepala cedera teruk. Tadi mereka buang darah beku, dan malam ini mereka akan buat satu lagi pembedahan. Ada jangkitan kuman, sambung Azzam. Suaranya sangat perlahan. Tutur katanya lambatlambat. Sesekali, dia berhenti menahan kesakitan. Peritnya, hanya Allah tahu.

Azzam..., Johari kelu. Dia tidak tahu mahu berkata apa. Dia sedar bahawa saat-saat begini, dia perlu jadi lebih kuat, lebih tahan dan lebih bersemangat. Tapi dia tidak mampu! Air matanya bergenangan di tubir mata. Penderitaan sahabat itu dirasakan miliknya sama!

Enta jangan sedih-sedih. InsyaAllah dalam masa sejam dua lagi, ana akan masuk dalam dewan bedah lagi. Kepala ana sakit sangat ni. Tapi ana yakin, ini semua ketentuan Allah. Ana redha, ana pasrah. Maafkan ana, tak dapat jumpa antum suami isteri, Azzam meminta maaf. Saat mendengar, tangis yang cuba ditahan-tahan tadi akhirnya meluncur laju keluar dari tubir mata. Johari menangis. Aisyah pergi mendapatkan Johari yang masih bercakap di telefon. Dia mengusap-usap belakang suaminya. Mukanya juga muram, bersimpati.

Ana yang patut minta maaf Azzam. Azzam, ana doakan kesihatan dan kesembuhan enta. Esok, ana datang lawat enta. Pastikan enta kuat! Ana nak tengok Azzam yang sihat! Janji?, Johari bersuara agak kuat dan tegas. Dia cuba membunuh kesedihan dan bersikap positif. Dia perlu kuat, kerana dengan kekuatan itu, dia akan memberikannya kepada Azzam.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 376

Kedengaran Azzam mengaduh perlahan. Erm. Baiklah, ana boleh janji tapi kalau enta juga janji satu perkara dengan ana..., giliran Azzam pula memintal janji. Dia semacam bermain perang psikologi dengan Johari.

Johari bingung dengan permintaan itu, tapi kerana mahu meraikan sahabatnya, dia bersetuju sahaja. Baiklah. Apa yang enta mahu?

Jika ditakdirkan Allah, ana meninggal, ana mahu enta pinang Nasuha. Jadikan dia isteri enta dan sayangi serta bimbinglah dia. Boleh?, pinta Azzam perlahan. Saat itu, suaranya yang perlahan tersekat-sekat. Dia lemah.

Johari terdiam. Terpana dengan permintaan itu. Sungguh, jika Azzam memintanya memindahkan gunung pun dia rasa itu lebih mudah daripada menjadi suami Nasuha.

Joe... enta tak sudi?, kali ini Azzam menangis. Setitis air mata keluar dari mata, tapi Johari tidak tahu. Johari tidak sedar, bahkan Johari tidak cuba memahami hasratnya itu pun. Johari terdiam lagi.

Joe... tolonglah ana... ana sudah menganggap enta sebagai saudara kandung. Dahulu, kita pernah berpisah. Tapi kali ini, ana tidak mahu kita berpisah lagi. Kahwinilah Nasuha jika ana meninggal. Bimbinglah dia dan sayangilah dia, kerana sesungguhnya ana sangat mencintainya.., sambungnya lagi. Semakin laju air matanya keluar. Seolah-olah sedang memberikan ucapan terakhir bagi sebuah perpisahan yang abadi. Entah mengapa, Azzam merasakan begitu.

Baiklah. Ana janji... tapi ingat, ana mahu enta kuat! Ana mahu enta selamat!, akhirnya Johari bersetuju, tapi dengan separuh hati. Hakikatnya, ruang hatinya sudah diisi sepenuhnya oleh Aisyah walaupun pernah satu ketika, ia penuh dengan nama Nasuha sahaja.

Azzam tersenyum di atas katil. Ibunya yang duduk di hujung menangis sejak tadi. Begitu juga dengan Ustazah Halimah. Mereka diberitahu oleh doktor bahawa pembedahan sebentar lagi punya risiko yang tinggi. Merobek kepala manusia, bukan calang-calang pekerjaan. Azzam juga tahu. Cuma, dia tidak memberitahu Johari kerana tidak mahu sahabatnya itu berduka.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 377

Terima kasih Johari. Doakan ana. Kirim salam kepada zaujah enta dan juga keluarga enta. Ana tak larat... nak rehat. Assalamualaikum..

Waalaikumussalam. InsyaAllah, Allah akan menyelamatkan enta, sahut Johari sebelum dia mencampakkan telefonnya di atas katil.

Matanya menangis. Aisyah yang duduk disebelahnya senyap. Dia memeluk suaminya, kesedihan atas berita itu. Baginya, sahabat Johari ialah sahabatnya juga. Kerana itu, walaupun dia tidak pernah mengenali Azzam, dia tahu bahawa lelaki itu sangat istimewa kerana dia ialah sahabat karib suaminya.

Azzam membalas pelukan dan mencium dahi isterinya. Satu titis air mata mengenai dahi Aisyah. Segera ia disapu. Sayang... mari kita solat hajat.. * Jam 2 pagi, satu SMS diterima, mengejutkan Johari yang baru hampir 2 jam terlena. Sengaja dia meletakkan telefon di bawah bantalnya kerana dia mahu bunyi bingit dan gegeran telefon itu mengejutkannya. Dengan mata yang sedaya upaya cuba dibuka, Johari mencapai telefon dan membaca SMS itu.

Azzam sudah kembali ke rahmatullah. Al-fatihah

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 378

BAB 49

Johari termenung di ruang tamu. Matanya dilempar ke luar rumah, melalui celah-celah tingkap yang terbuka sedikit. Pandang yang dilontar itu kosong sahaja, tanpa fikir dan tanpa zikir. Atas kepala, kipas angin sedang berputar laju. Rambut Johari bergerak, meliuk ke kiri dan kanan diagah angin. Hari itu, genap lima bulan dia berpindah ke rumah teres dua tingkat ini. Tidaklah rumah ini sehebat rumah bapanya, atau bapa mertuanya, tapi cukup untuk menarik berkat Ilahi bersama-sama tenang dan selesa yang bertandang tak pergi-pergi.

Cik abang menung apa tu? Jauhnya... sudah sampai ke negara mana tu?, tegur Aisyah sambil berseloroh. Dia berjalan perlahan menuju kearah suaminya dan terus duduk di sisinya.

Johari tersenyum kecil. Matanya dilarikan kearah perut Aisyah yang semakin membesar. Aisyah sedang mengandungkan anak sulung mereka yang pertama. Sudah masuk bulan yang keenam.

Abang fikir apa?, tanya Aisyah. Dia meraut tangan suaminya.

Tak ada apa-apa pun, balas Johari beralih. Dia melemparkan satu senyuman manis kepada Aisyah. Mereka tersenyum sama.

Alaa kak.. biasalah... orang lelaki ni kuat berangan, tiba-tiba kedengaran satu suara wanita yang lain dari arah dapur.

Aisyah ketawa kecil. Betul tu Su... akak sokong!, sahut Aisyah sambil ketawa mengekek. Nasuha menatang satu jag air oren dan sepiring keropok lekor dari dapur. Dia hanya berbaju t-shirt lengan pendek, tanpa tudung dan sarung tangan seperti biasa. Ah, untuk apa itu kerana Johari kini bukan lagi orang lain, tetapi suaminya sendiri!

Nasuha tersenyum manis kearah suami dan kakaknya, Aisyah. Dia menuangkan air ke dalam gelas dan duduk di sebelah kiri Johari pula. Johari tenang. Bibirnya menguntum senyum, memanjatkan syukur kerana Allah bukan hanya memberinya seorang isteri, tetapi dua orang.

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 379

Benarlah kata Ustaz Mujib, jika pernikahan itu didasari oleh dakwah, maka Allah pasti memberikan kita kebahagiaan yang berlipat-lipat kali ganda. Johari tersenyum mengenangkan kata-kata iu. Hari ini, jiwanya benar-benar mengiyakannya dan membenarkan kata-kata murabbinya yang seorang itu.

Ya Allah, berilah kami kebahagiaan, bisiknya dalam hati lalu menarik kedua-dua orang isterinya ke dalam pelukannya. Senyuman bahagia terukir lebar. Tanpa pudar, tanpa kurang lagi...

Alhamdulillah...

-TAMAT-

Antara Dua Bidadari (http://iqbalsyarie.blogspot.com/)

Page 380

You might also like