You are on page 1of 30

www.scribd.

com/mohd_naqib88

Sihat Tubuh Badan


(*)

____________________________
(*)

Dipetik dari buku asal : Rukunul Amal oleh Dr. Ali Abdul Halim Mahmud, terbitan Dar AtTauzi wa An-Nasyr Al-Islamiyyah (Kaherah), cetakan pertama 1994M. Ditaliq dan ditambah oleh : Mohammad Naqib bin Hamdan.
1

www.scribd.com/mohd_naqib88 Hendaklah dia melakukan pemeriksaan kesihatan ke atas badannya untuk mengetahui sama ada dia mempunyai apa-apa penyakit atau tidak. Sekiranya ada, maka hendaklah dia mencari ubat atau penawar untuk mengubatinya (1). ____________________________
(1)

Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan dari Usamah bin Syarik r.a. katanya, para Arab kampung bertanya : Wahai Rasulullah, adakah kami perlu berubat? Jawab baginda :

(( .
Maksudnya : Ya wahai hamba Allah, berubatlah. Sesungguhnya Allah tidak menurunkan suatu penyakit melainkan Dia meletakkan juga ubatnya dan penawarnya, melainkan satu penyakit. Lalu mereka bertanya : Wahai Rasulullah, apakah penyakit itu? Jawab Nabi saw :

))

)) ((
Maksudnya : Iaitu tua. [Hadis riwayat Tarmizi, katanya : Hadis ini Hasan Sohih] Para ulamak berbeza pendapat mengenai hukum berubat. Majoriti ulama berpendapat ia adalah harus dan digalakkan, tetapi sebahagian fuqaha dari mazhab Hanbali mengatakan meninggalkannya adalah lebih afdhal kerana ia lebih dekat kepada tawakkal. Tetapi Ibnu Qayyim berkata : Terdapat banyak hadis yang sohih yang menyuruh supaya kita berubat, dan ia tidaklah menafikan tawakkal, sebagaimana menghilangkan lapar, dahaga, panas dan sejuk tidak menafikan yang asalnya. Malah, hakikat tauhid itu tidak akan sempurna melainkan
2

www.scribd.com/mohd_naqib88 Hendaklah dia mengambil asbab-asbab untuk dia menguatkan badannya dengan memakan makanan yang berkhasiat dan meminum minuman yang baik daripada apa yang telah Allah halalkan dan benarkan kepada kita. Sesungguhnya Allah tidak menghalalkan sesuatu melainkan ianya baik kepada kita tanpa melakukan pembaziran atau memakan makanan yang haram , tetapi pilihlah yang pertengahan (2) . ____________________________ = dengan kita mengambil semua sebab-sebab yang dapat menghasilkan natijah seperti yang disuruh oleh-Nya.

Oleh itu, pendapat yang mengatakan ia adalah wajib, atau sekurang-kurangnya digalakkan itu lebih sesuai untuk digunapakai. [Rujuk : Al-Mausuah Al-Fiqhiyyah Al-Kuwaitiyyah 11/112-116]

(2)

Membazir atau di dalam Bahasa Arab disebut isrof, sebagaimana yang disebutkan oleh Qolyubi bermaksud : Melampaui had , seorang lelaki yang memakan benda yang tidak dihalalkan baginya, atau dia memakan benda yang halal, tetapi melebihi dari kadar yang diperlukannya. Israf ini boleh dibahagikan kepada tiga : i. ii. iii. Israf di dalam perkara kebaikan atau ibadah. Israf di dalam perkara yang mubah atau harus. Israf di dalam perkara keburukan atau maksiat.

Israf di dalam perkara kebaikan atau ibadah. Contoh israf di dalam perkara kebaikan atau ibadah adalah dia membazir di dalam berwuduk dengan mengulanginya banyak kali atau menggunakan air dengan banyak. Selain dari itu, israf di dalam solat atau puasa. Firman Allah swt :


Maksudnya : Allah inginkan perkara-perkara yang mudah untuk kamu, dan Dia tidak mahu perkara yang susah dari kamu. [Surah Al-Baqarah : 185]
3

www.scribd.com/mohd_naqib88 ............................................ .................................. ____________________________ = Ibadah disyariatkan dengan syarat ia tidak menyusahkan dan tidak sulit dari kebiasaannya. Oleh sebab itu, dibenarkan untuk berbuka puasa bagi orang yang sedang bermusafir, perempuan yang hamil atau sedang menyusukan anak, orang sakit, dan sesiapa sahaja yang takut ditimpa sebarang mudarat disebabkan puasa. Oleh itu, tidak dibenarkan dia untuk israfi atau melampau. Sabda Nabi saw :

)) ((
Maksudnya : Binasalah orang yang melampau (di dalam sesuatu perkara). [Hadis riwayat Muslim dan Abu Daud dari Abdullah bin Masud] Malah sebahagian ulama mengatakan makruh berpuasa sepanjang tahun dan qiamullail sepanjang malam. Contoh lain israf di dalam ibadah adalah bersedekah dengan semua harta yang dia ada sehingga menghalangnya dari memberi nafkah kepada keluarganya, memberi wasiat kepada orang lain sehingga mengabaikan keluarganya terkapai dan berlebihan di dalam menumpahkan darah ketika berjihad di jalan Allah swt. Israf di dalam perkara yang mubah atau harus. Makan dan minum supaya memampukannya untuk beribadah adalah wajib, iaitu kadar kenyang yang diharuskan. Dan makan sehingga kenyang supaya dia mampu melakukan tugas-tugas yang lebih adalah sunat. Manakala jika kenyang itu melebihi had, maka ia adalah makruh. Firman Allah swt :


Maksudnya : Makanlah kamu semua dan minumlah, dan jangan pula kamu membazir. [Surah Al-Araf : 31] Dan sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan dari Anas bin Malik :

www.scribd.com/mohd_naqib88 ............................................ .................................. ____________________________

)) ((
Maksudnya : Sesungguhnya diantara penbaziran itu adalah engkau makan semua benda yang engkau sukai. [Hadis riwayat Ibnu Majah, berkata Al-Hafiz Al-Bushiri : Sanadnya doif kerana Nuh bin Zakuan disepakati akan kedoifannya] Contoh lain adalah isrof pada mahar kahwin, mengkafankan atau menguruskan jenazah. Sabda Rasulullah saw mengenai mahar perkahwinan dari apa yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a. katanya : Rasulullah saw bersabda :

)) ((
Maksudnya : Sebesar-besar barakah bagi wanita itu adalah semurah-murah perbelanjaannya (maharnya). [Hadis riwayat Ahmad, Hakim, Baihaqi dan Al-Bazzar. Berkata Hakim : Hadis ini sohih di atas syarat Muslim tetapi dia tidak menyebutnya] Mengenai isrof ketika mengkafankan jenazah pula, Rasulullah saw bersabda :

)) ((
Maksudnya : Janganlah kamu melampau-lampau di dalam mengkafankan (jenazah). [Hadis riwayat Abi Daud dari Ali bin Abi Tolib. Berkata Al-Muziri : Di dalam sanadnya ada Abu Malik Amru bin Hasyim Al-Janbi. Padanya ada perkara yang tidak disepakati]

)) ((
5

www.scribd.com/mohd_naqib88 ............................................ .................................. ____________________________ = Maksudnya : Apabila salah seorang di antara kamu mengkafankan saudaranya, maka perelokkanlah kafannya. [Diriwayatkan oleh Muslim dari Jabir bin Abdillah] Iaitu; elok pada warna putihnya dan bersihnya, bukan kerana mahal harganya. Israf di dalam perkara keburukan atau maksiat. Melakukan maksiat itu sebenarnya sudah dikira sebagai israf kerana dia sudah melampau had sempadan yang ditetapkan oleh Allah swt. Namun begitu, terdapat beberapa keadaan yang membenarkan kita melakukan perkara yang diharamkan ini dengan syarat tidak melampau batas sempadan yang diletakkan. Ia adalah : i. ii. Ketika dipaksa. Contohnya dia dipaksa makan atau minum apa yang diharamkan oleh syarak. Jika tidak, dia akan dicederakan atau dibunuh. Ketika keadaan darurat atau terdesak. Contohnya dia dalam keadaan yang terlalu lapar atau dahaga dan yang ada bersamanya adalah benda yang diharamkan.

Para ulama bersepakat mengatakan orang yang di dalam keadaan ini dibenarkan untuk makan atau minum benda yang diharamkan itu , walaupun terpaksa makan bangkai, minum arak atau darah berdasarkan firman Allah swt :


Maksudnya : Maka sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak pula melampau batas (pada kadar yang dimakan itu), maka dia tidaklah berdosa. [Surah Al-Baqarah : 173] Tetapi makan atau minum benda-benda tersebut dalam keadaan darurat adalah terhad, tidak dibenarkan melampaui sempadan dan tidak israf padanya. Jika tidak, dia akan berdosa. [Rujuk : Al-Mausuah Al-Fiqhiyyah Al-Kuwaitiyyah 4/176-190]

www.scribd.com/mohd_naqib88 Hendaklah dia melakukan aktiviti-aktiviti riadah yang dapat menjamin kesihatan tubuh badannya supaya dia dapat bekerja , bergerak dan meneruskan kehidupannya seperti biasa (3). ____________________________
(3)

Diantara tujuan riadah itu adalah untuk menjadikan badan lebih kuat untuk melakukan aktiviti yang lebih berat, yang dapat meningkatkan perjalanan darah ke jantung atau menguatkan otototot. Islam sangat mengambil berat akan riadah ini. Ayat Al-Quran juga menyebutkan tentangnya. Firman Allah swt :


Maksudnya : Dan sediakanlah apa-apa sahaja yang kamu mampu dari aspek kekuatan. [Surah Al-Anfal : 60] Malah Rasulullah saw juga sangat mengambil berat akan riadah ini. Baginda saw berlumba dengan isterinya, sebagaimana yang diriwayatkan oleh isterinya Ummu Mukminin Aisyah r.a. : Aku berlumba dengannya, dan aku menang. Dan pada hari aku sedang membawa daging, kami berlumba dan dia menang. [Hadis sohih diriwayatkan oleh Abi Daud, Ibnu Majah dan Ahmad] Malah Rasulullah saw juga membenarkan isterinya untuk bermain. Diriwayatkan dari Aisyah r.a. katanya :

(( () . )) ()
Maksudnya : Aku sedang bermain dengan budak-budak perempuan di sisi Nabi. Aku mempunyai ramai kawan yang akan bermain dengan aku. Maka apabila Rasulullah saw memasuki rumah, mereka aka masuk secara curi-curi. Dia menyuruh mereka pergi kepada aku dan mereka bermain bersama-sama aku. [Hadis riwayat Bukhari, Ibnu Hibban, Ahmad dan Nasaie]
7

www.scribd.com/mohd_naqib88 Hendaklah dia menjauhi semua perkara-perkara dan kebiasaan-kebiasaan yang buruk yang dapat memudaratkan dirinya seperti berjaga sepanjang hari (tidak tidur sepanjang malam) (4), dan berlebihan dalam mengambil perangsang seperti teh, kopi dan sebagainya.

Hendaklah dia membiasakan diri dengan perkara-perkara yang baik yang dapat memberikan memberikan manfaat kepada tubuh badannya untuk bekerja : ____________________________ = Ibnu Qayyim berkata di dalam kitabnya Tibb An-Nabawi : Dan adapun jihad fisabilillah itu padanya ada pergerakan secara keseluruhan, dan ia adalah antara sebab utama untuk mendapat kekuatan, menjaga kesihatan, menguatkan jantung, badan dan membuang lebihan-lebihan yang tidak elok, menghilangkan keluhkesah, takut dan sedih. [Rujuk : Al-Mausuah At-Tibbiyyah Al-Fiqhiyyah m/s 465-467]

(4)

Firman Allah swt

)00( (9) (10)


Maksudnya : Dan Kami telah jadikan tidur kamu untuk rehat. Dan Kami telah jadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi). Dan Kami telah jadikan siang (dengan cahaya terangnya) masa untuk mencari rezeki. [Surah An-Naba : 9-11] Imam Ibnu Kathir menyebutkan di dalam kitabnya, Tafsir Al-Quran Al-Azim : Dan tidur itu sebagai pemisah untuk dari semua pergerakan, supaya dia dapat berehat dari kepenatan dan usaha mencari rezeki pada siang hari. [Rujuk : Tafsir Al-Quran Al-Azim m/s 302-303]

www.scribd.com/mohd_naqib88 Tidur awal selepas solat Isya (5). Bangun awal sebelum solat Subuh (6). ____________________________
(5)

Tidur di awal malam selepas solat Isya dan meninggalkan sembang-sembang kosong yang tidak membawa sebarang faedah melainkan jika ia dibenarkan oleh syarak seperti menyambut tetamu, menuntut ilmu atau mendamaikan antara dua orang yang sedang bergaduh. Ikutlah semua ini kerana ia dilakukan oleh Rasulullah saw, dan diantara sunnahnya adalah tidur di awal malam selepas Isya. Disebutkan di dalam Zadul Maad bahawa sesungguhnya Rasulullah saw tidur di awal malam dan bangun pada akhir malam. Tetapi kadang-kadang Baginda saw akan tidur lewat jika ada urusan yang melibatkan kaum muslimin. [Rujuk : Solatul Fajr baina Al-Muhafazoh wa At-Tafrith m/s 63]

(6)

Ini adalah supaya kita dapat menunaikan solat Subuh secara berjemaah. Diriwayatkan dari Abi Bakr Sulaiman bin Abi Hastmah bahawa Umar bin Al-Khattab mendapati Sulaiman bin Abi Hatsmah tidak datang solat Subuh secara berjemaah pada suatu hari. Lalu dia pergi ke rumahnya dan bertanya kepada Syifa Ummu Sulaiman, dan berkata : Aku tidak melihat Sulaiman pada waktu Subuh. Jawab Syifa : Dia berjaga malam dengan melakukan solat sehingga dia tertidur. Umar berkata :

)) ((
Maksudnya : Sesungguhnya jika aku menunaikan solat Subuh secara berjemaah lebih aku sukai dari aku berqiamullail (tetapi tidak solat Subuh berjemaah). [Diriwayatkan oleh Malik di dalam kitabnya, Al-Muwattho] Diriwayatkan dari Uthman bin Al-Affan r.a. katanya, Rasulullah saw bersabda :

(( . ))

www.scribd.com/mohd_naqib88 Kurangkan makan , tidak makan kecuali ketika lapar (7). ____________________________ = Maksudnya : Sesiapa yang solat Isya secara berjemaah, maka dia telah mendirikan separuh malam. Dan sesiapa yang solat Isya dan Subuh secara berjemaah, maka dia telah mendirikan seluruh malam. [Hadis sohih riwayat Tarmizi dan Abu Daud] Di dalam hadis yang lain, dari Anas bin Malik bahawa Rasulullah saw bersabda :

(( : ))
Maksudnya : Sesiapa yang bersolat kerana Allah selama empat puluh hari secara berjemaah dan dia mendapat takbir yang pertama (bersama imam), akan dituliskan untuknya dua pelepasan, iaitu pelepasan dari api neraka dan pelepasan dari sifat munafiq. [Hadis riwayat Tarmizi dan Al-Albani mengatakan ia Hadis Hasan] Oleh itu, hendaklah kita berusaha mempraktikkan kata-kata dan saranan Rasulullah saw ini. Malah kita berazam untuk mendapatkan fadhilat yang diberikan oleh Allah swt ini, insya Allah kita akan diganjari berdasarkan niat yang soleh. [Rujuk : Solatul Fajr baina Al-Muhafazoh wa At-Tafrith m/s 67-68, Sohih Sunan At-Tarmizi m/s 138 & 148]

(7)

Diantara adab makan bagi seorang muslim adalah bersederhana padanya dan tidak memenuhkannya. Ia dibahagikan kepada tiga : satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman, dan satu pertiga lagi untuk pernafasan. Ini berdasarkan hadis :

(( . ))
10

www.scribd.com/mohd_naqib88 Istiqamah (8) dalam melakukan riadah harian. ____________________________ = Maksudnya : Tidaklah sesuatu benda yang buruk itu memasuki selain perutnya. Cukuplah dia makan untuk menguatkan tulang sendinya. Jika tidak menjadi masalah, satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga lagi untuk pernafasan. [Hadis riwayat Tarmizi, katanya : Hadis Hasan Sohih] Jika kita berpada-pada ketika makan, badan akan menjadi ringan kerana dengan kenyang akan memberatkan badan dan menyebabkan malas dalam ibadat dan kerja. Bagaimana untuk mengetahui kadar satu pertiga itu? i. ii. Iaitu satu pertiga dari kadar yang mengenyangkan. Atau cukuplah dengan separuh cupak.

Tetapi hakikatnya, ia berbeza mengikut manusia. Ada yang makan banyak tetapi masih tidak mencukupi, tetapi ada juga yang makan sedikit tetapi sudah kenyang. [Rujuk : Al-Mausuah Al-Fiqhiyyah Al-Kuwaitiyyah 25/332]

(8)

Yang dimaksud itu adalah berterusan. Tetapi hakikat istiqamah sebagaimana kata-kata ulama : Makna istiqamah itu adalah tetap dengan ketaatan kepada Allah taala dan menjauhi perkara yang dilarangnya.

Sebahagian yang lain pula berkata : Istiqamah adalah satu darjat yang tertinggi dengan segala makrifat yang sempurna, keadaan dan hati yang bersih di dalam melakukan amalan. Dan membersihkan akidah dari segala bidah dan kesesatan. Dari Sufyan bin Abdillah r.a. katanya : Aku berkata kepada Rasulullah : Wahai Rasulullah, katakan kepada aku satu perkataan mengenai islam yang aku tidak akan tanya lagi kepada lain melainkan engkau. Sabda beliau :

)) ((
11

www.scribd.com/mohd_naqib88 Menjaga kebersihan (9) kebersihan badan , pakaian , rumah , tempat makan , tempat kerjanya dan lain-lain lagi. ____________________________ = Maksudnya : Katakanlah : Aku beriman kepada Allah, kemudian beristiqamahlah (tetap). [Hadis riwayat Muslim] Disebutkan di dalam Dalil Al-Falihin ketika menghuraikan hadis ini: Perbaharuilah iman kamu, dalam keadaan hati kamu ingat kepada Allah, berzikir dengan lidah dan menghadirkan makna-makna iman. Kemudian, beristiqamah melakukan perkara-perkara ketaatan dan berhenti dari melakukan segala perkara yang bertentangan. Jangan didatangkan bersama dengan istiqamah itu perkara yang bergolak-golak kerana ia berlawanan dengannya. [Rujuk : Dalil Al-Falihin 1/297-300]

(9)

Sabda Rasulullah saw dari Soleh bin Abi Hassan, katanya : Aku mendengar Said bin Abi Musayyib berkata :

(( ))
Maksudnya : Sesungguhnya Allah itu baik dan suka kepada perkara yang baik, bersih dan suka kepada perkara yang bersih, mulia dan suka kepada kemuliaan, pemurah dan suka kepada pemurah. Maka bersihkanlah halaman rumah kamu dan janganlah kamu menyerupai yahudi. [Hadis riwayat Tarmizi, Abu Isa berkata : Ini hadis gharib]

Di dalam hadis yang lain, dari Abi Malik Al-Asyari r.a. katanya : Rasulullah saw bersabda :

12

www.scribd.com/mohd_naqib88 Melakukan perkara-perkara / amalan-amalan fitrah seperti : o Berkhatan (10) ____________________________

(( )) .
Maksudnya : Kebersihan itu sebahagian dari iman, dan Alhamdulillah memenuhi Timbangan, dan Subhanallah dan Alhamdulillah memenuhi antara langit dan bumi, solat itu cahaya, sedekah itu petunjuk, sabar itu cahaya, Al-Quran boleh menjadi hujah bagi pihak engkau atau ke atas engkau. Semua manusia akan pergi, maka seseorang itu melakukan apa yang disuka (jika mahu kebaikan, dia sucikan dir, jika tidak dia biarkannya). [Hadis riwayat Muslim]
(10)

Berkhatan ialah memotong kulit yang menutupi kepala zakar supaya kotoran tidak melekat padanya, untuk memudahkan proses mencuci dari kencing, supaya tidak hilang kenikmatan ketika berjimak. Ini berkaitan dengan lelaki. Adapun perempuan, maka dia perlu memotong sedikit bahagian di atas farajnya. Berkhatan ini adalah ikutan dari zaman dahulu. Diriwayatkan dari Abi Hurairah r.a. katanya : Rasulullah saw bersabda :

)) ((
Maksudnya : Nabi Ibrahim kekasih Allah berkhatan ketika mencapai umur lapan puluh tahun, dan berkhatan dengan alat pemotong. [Hadis riwayat Bukhari] Mazhab jumhur mengatakan ia wajib, dan Asy-Syafieyyah mengatakan ia disunatkan pada hari ketujuh. Asy-Syaukani pula berkata : Tidak ditetapkan waktu yang tertentu, dan ia tidak pula wajib. [Rujuk : Fiqh As-Sunnah 1/42-43]
13

www.scribd.com/mohd_naqib88 o o o o o Bersiwak (11) Memotong kuku Mencabut bulu ketiak Mencukur bulu ari-ari Menipiskan misai (12)

____________________________
(11)

Diriwayatkan dari Abi Hurairah r.a., Rasulullah saw bersabda :

)) ((
Maksudnya : Jika bukan kerana aku tidak ingin menyusahkan umatku, nescaya aku akan menyuruh mereka (bersiwak) setiap kali ingin solat, dan setiap kali berwudhuk. [Hadis riwayat Ahmad dengan sanad hasan]

(12)

Diriwayatkan dari Abi Hurairah r.a. katanya : Nabi saw bersabda :

(( : ))
Maksudnya : Lima perkara fitrah : Memotong bulu ari-ari, berkhatan, menipiskan misai, mencabut bulu ketiak dan memotong kuku. [Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, An-Nasaie, Tarmizi dan Ibnu Majah] Tidak pula ditentukan kadar yang dikatakan sunnah itu, tetapi apa yang dimaksudkan adalah supaya janggut itu tidak panjang sehingga ia mengganggu makanan dan minuman atau tidak melekat padanya kotoran. Diriwayatkan dari Zaid bin Arqam r.a. sesungguhnya Nabi saw berkata :

)) ((

14

www.scribd.com/mohd_naqib88 o Mendahulukan yang kanan (13) ____________________________ = Maksudnya : Sesiapa yang tidak memelihara janggutnya, maka dia bukan dalam kalangan kami. [Hadis riwayat Ahmad, An-Nasaie dan Tarmizi lalu dia mensohihkannya] Disunatkan melakukan semua itu; memotong bulu ari-ari, berkhatan, menipiskan misai, mencabut bulu ketiak dan memotong kuku setiap minggu dan untuk merehatkan diri. Ini kerana membiarkan sebahagian bulu pada anggota badan akan menyebabkannya susah dan sulit. Kita hanya dibenarkan meninggalkan semua itu selama empat puluh hari, dan tidak dibenarkan selepas dari itu. Ini berdasarkan hadis dari Anas bin Malik r.a. katanya :

(( () ))
Maksudnya : Nabi saw menetapkan waktu bagi kami pada memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari tidak lebih dari empat puluh malam. [Hadis riwayat Muslim, An-Nasaie, Tarmizi, Ibnu Majah dan Ahmad] [Rujuk : Fiqh As-Sunnah 1/43-44]

(13)

Diriwayatkan dari Aisyah r.a. katanya :

)) ((
Maksudnya : Sesungguhnya Rasulullah saw suka mendahulukan yang kanan ketika memakai kasut, menyikat rambut, mengambil wudhuk, dan di dalam setiap perkara. [Hadis muttafaqun alaih] Ibnu Hajar menyebutkan di dalam kitabnya, Fathul Bari ketika menghuraikan hadis ini :
15

www.scribd.com/mohd_naqib88 o Mencukur kepala atau meninggalkannya ( tidak cukur ) (14) ____________________________ = Baginda menyebutkan memakai kasut kerana ia berkaitan dengan kaki, menyikat rambut kerana ia berkaitan dengan kepala, menyebutkan wudhuk kerana ia adalah kunci bagi pintu-pintu ibadah. Maka ia seolah-olah menyebutkan semua anggota badan.

Tambah beliau lagi : Pada hadis itu, ada galakan untuk mula menyikat rambut, mandi wajib dan cukur kepala dari kanan ke kiri, dan ia termasuk pada perkara ibadah dan berhias-hias. Padanya juga galakan mula memakai kasut dengan kaki kanan dan mencabutnya dengan kaki kiri, mula berwudhuk dengan tangan kanan, begitu juga dengan kaki kanan dan mulakan dengan bahagian kanan ketika mandi wajib. Juga digalakkan bersolat di sebelah kanan imam, dan bahagian kanan masjid dan makan dan minum dengan tangan kanan. [Rujuk : Fath Al-Bari 1/324-325]

(14)

Para ulamak empat mazhab berbeza pendapat mengenai hukum mencukur kepala ini :

Mazhab Hanafiah : Ia adalah sunnah untuk mencukur rambut bagi lelaki. Mazhab Malikiah : Cukur kepala adalah bidah yang tidak haram kerana Rasulullah saw tidak mencukur kepalanya melainkan ketika tahallul Haji. Imam Qurtubi berkata : Imam Malik benci kepada mencukur kepala melainkan orang yang sedang bertahallul ketika ihram. Ibnu Arabi pula berkata : Rambut itu adalah perhiasan dan mencukurnya adalah bidah. Boleh mencukur ubun-ubun rambut dan rambut yang menutup cuping telinga jika ia panjang lebih dari kadarnya. Mazhab Syafieyyah : Tidak mengapa untuk mencukur rambut semuanya jika dia berniat membersihkannya. Mazhab Hanabilah : Terdapat khilaf pada mazhabnya, antaranya ia adalah makruh. Ini berdasarkan hadis Nabi saw mengenai puak Khawarij :

)) ((
16

www.scribd.com/mohd_naqib88 ............................................ .................................. ____________________________ = Maksudnya : Tanda-tanda mereka adalah mereka mencukur kepala. [Hadis riwayat Bukahri dari Abi Said Al-Khudri] Dan riwayat yang lain dari Ahmad, ia tidak makruh tetapi meninggalkannya adalah lebih afdhal. Berkata Hanbal (ayah kepada Imam Ahmad) : Aku dan bapaku mencukur kepala kami ketika Abi Abdillah (Imam Ahmad) masih hidup. Dia melihat kami mencukur kepala tetapi dia tidak menghalang kami. Tetapi mereka semua bersepakat mengatakan makruh untuk mencukur sebahagian kepala dan meninggalkan sebahagian yang lain. Ini berdasarkan apa yang diriwayatkan dari Ibnu Umar r.a. :

)) ((
Maksudnya : Bahawa sesungguhnya Rasulullah saw melihat seorang ghulam mencukur sebahagian kepalanya dan meninggalkan sebahagian yang lain. Lalu baginda melarangnya. Dan di dalam riwayat yang lain :

)) ((
Maksudnya : Engkau cukur semuanya atau biarkan semuanya. [Diriwayatkan oleh Muslim, tetapi dia tidak menyebutkan lafaz ini. Ia disebutkan oleh AnNasaie] Semua hukum ini digunapakai bagi lelaki. Adapun bagi perempuan, tidak dinarkan bagi perempuan mencukur kepalanya bukan dengan sebab darurat di sisi Hanafiah dan Malikiah. Dan jika dia mencukurnya kerana sesuatu keuzuran atau sakit, maka ia tidak menjadi masalah di sisi Hanafiah dan Malikiah. Adapun Syafieah dan Hanabilah, ia adalah makruh. [Rujuk : Al-Mausuah Al-Fiqhiyyah Al-Kuwaitiyyah 18/95-96]

17

www.scribd.com/mohd_naqib88 o Memakai wangian (15) ____________________________


(15)

Disunatkan untuk kita memakai minyak wangi berdasarkan hadis dari Abi Ayyub r.a. :

)) (( :
Maksudnya : Empat perkara sunnah para rasul : Memakai inai, memakai minyak wangi, bersiwak dan berkahwin. [Hadis riwayat Tarmizi, Ahmad dan Al-Baghawi. Ia didoifkan oleh Al-Arnauth] Dan di dalam hadis yang lain :

)) (( : .
Maksudnya : Dijadikan aku menyukai dari dunia kamu : Wanita dan minyak wangi. Dan ia dijadikan penyejuk hatiku ketika solat. [Hadis riwayat Ahmad, Hakim dan Baihaqi. Hakim berkata : Ia sohih di atas syarat Muslim. Berkata Al-Iraqi : Sanadnya bagus. Ibnu Hajar pula berkata : Hasan] Memakai wangian disunatkan bagi lelaki di dalam dan luar rumah, iaitu minyak wangi dari jenis yang kuat baunya tetapi tidak jelas warnanya seperti buhhur, anbar dan uud. Dan juga disunatkan bagi wanita memakainya di dalam rumah iaitu dari minyak wangi dari jenis yang jelas warnanya tetapi tidak kuat baunya. Ini berdasarkan hadis dari Abi Hurairah r.a. :

)) ((
Maksudnya : Minyak wangi lelaki adalah apa yang kuat baunya tetapi jarang warnanya, dan minyak wangi wanita adalah yang ringan baunya tetapi jelas warnanya. [Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tarmizi, lafaz itu darinya. Dia berkata : Ini hadis hasan] Tetapi ia dilarang bagi wanita memakainya selain di dalam rumahnya yang dia tidur di dalamnya. Sabda Rasulullah saw :
18

www.scribd.com/mohd_naqib88 o Memakai celak (16) o Memuliakan rambut dan menyikatnya ____________________________

)) ((
Maksudnya ; Mana-mana wanita yang memakai minyak wangi, dia berjalan melewati suatu kaum, dan mereka membaunya, maka dia penzina. [Hadis riwayat Ahmad dan Tarmizi. Dia berkata : Ini hadis hasan sohih] Dan jika di dalam rumahnya, dia boleh memakainya mengikut kesukaannya sama ada sikit atau banyak kerana tidak larangan padanaya. [Rujuk : Al-Mausuah Al-Fiqhiyyah Al-Kuwaitiyyah 12/174]

(16)

Para ulamak empat mazhab berbeza pendapat mengenai hukum mencukur kepala ini :

Mazhab Hanabilah dan Syafieyyah : Disunatkan memakai celak dalam angka ganjil berdasarkan hadis Nabi saw :

)) ((
Maksudnya : Sesiapa yang memakai celak, hendaklah dalam angka ganjil. [Hadis riwayat Abu Daud. Ibnu Hajar menyebut : Di dalam sanadnya adalah perkara yang tidak diketahui] Imam Badr Ad-Deen Al-Aini menyebutkan di dalam Syarh Sunan Abi Daud : Apa yang dimaksudkan dengan hadis itu adalah hendaklah dia menjadikannya satu, tiga atau lima. Disuruh dengan angka ganjil kerana sabda Baginda :

)) ((
19

www.scribd.com/mohd_naqib88 ............................................ .................................. ____________________________ = Maksudnya : Sesungguhnya Allah itu ganjil (satu) dan suka kepada yang ganjil. [Hadis riwayat Bukhari dan Muslim dari Abi Hurairah] Suruhan ini hanya sunat ) (sebagaimana firman Allah :


Maksudnya : Dan tulislah (nama-nama) mereka. [Surah An-Nur : 33] Adalah lebih aula jika ia sebagai menunjukkan sesuatu

)(

. Dan beza antara

keduanya adalah : An-Nadbu untuk ganjaran di akhirat, adapun irsyad hanya untuk manfaat di dunia, tidak termasuk ganjaran pahala di akhirat kelak. Maka fahamilah. Di dalam ilmu Usul Fiqh, suruhan itu boleh digunakan lebih dari lima belas makna.

Mazhab Malikiah : Dia membenarkannya di dalam salah satu dari dua pendapatnya untuk lelaki, makruh pada pendapatnya yang lain kerana ia menyerupai wanita.

Mazhab Hanafiah : Dibenarkan bagi lelaki jika dia bukan berniat sebagai satu perhiasan. Malah pendapat yang lebih jelas, ia dilarang jika dia berniat untuk berhias dan berbangga dengannya, bukan kerana untuk kelihatan menarik. Tetapi tidak ada khilaf dikalangan mereka bahawa ia dibenarkan untuk wanita walaupun berniat untuk berhias, dan bagi lelaki jika dia berniat berubat dengannya. [Rujuk : Al-Mausuah Al-Fiqhiyyah Al-Kuwaitiyyah 12/174, Syarh Sunan Abi Daud 1/119-120]

20

www.scribd.com/mohd_naqib88 Jika seseorang itu menjaga semua perkara yang disebutkan tadi, maka badannya akan menjadi sihat dan kuat. Dia juga akan lebih dikasihi oleh Allah swt daripada orang mukmin yang lemah (17). ____________________________
(17)

Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan dari Abi Hurairah r.a. katanya : Rasulullah saw bersabda :

. (( . : . . : . ))
Maksudnya : Mukmin yang kuat itu lebih baik dan disukai oleh Allah dari mukmin yang lemah. Dan pada setiap itu, ada kebaikan. Peliharalah apa-apa yang memberi manfaat kepada engkau, mintalah pertolongan dari Allah dan janganlah engkau menjadi lemah. Jika sesuatu musibah menimpa engkau, janganlah engkau berkata : Jika aku lakukan seperti ini, nescaya akan jadi seperti ini dan ini. Tetapi katakanlah : Ia adalah ketetapan-Nya dan dia melakukan apa-apa yang dia suka. Sesungguhnya (perkataan) kalau itu membuka pintu unuk godaan syaitan. [Hadis riwayat Muslim] Imam Al-Hafidz Iyyad bin Musa menyebutkan di dalam kitabnya, Ikmal Al-Mulim bi Fawaid Muslim ketika menghuraikan hadis ini, katanya : Kekuataan yang dimaksudkan di sini ialah kekuatan yang terpuji dan membawanya kepada ketaatan, kuat anggota badan dan tegut. Maka amalannya akan banyak, qiamullailnya panjang, banyak puasanya, jihadnya dan hajinya. Boleh jadi juga kekuatan itu, kuat mentalnya. Maka dia adalah orang yang paling depan menentang musuh ketika berjihad, paling bersemangat menetang kemunkaran, bersabar di atas ujian dari musuh, bersabar menanggung kesulitan dan kesusahan demi Allah.

21

www.scribd.com/mohd_naqib88 Disebutkan di dalam ketetapan Jemaah, iaitu Wajibat Al-Akh As-Sodiq (18): Hendaklah engkau bersegera melakukan pemeriksaan kesihatan, merawat penyakit-penyakit yang ada pada engkau, mengambil berat perkara-perkara yang boleh menguatkan dan menjaga jasmani, dan menjauhi perkara-perkara yang boleh melemahkan kesihatan. Dan menjauhi dari meminum kopi susu, teh dan sebagainya, juga perangsang. Jangan mengambilnya melainkan kerana darurat, dan tidak merokok (19). ____________________________ = Boleh jadi juga kuat pada hartanya dan kaya. Dia menjadi orang yang paling banyak sedekahnya di jalan kebaikan, paling sedikit kecenderungan kepada dunia, dan berhatihati ketika mencarinya (bekerja mencari rezeki). Semua ini adalah makna yang jelas berkenaan dengan (mukmin yang) kuat itu. [Rujuk : Ikmal Al-Mulim bi Fawaid Muslim 8/157]

(18)

Boleh rujuk Wajibat Al-Akh Al-Amil, kewajipan nombor tiga, empat dan lima oleh Imam Hasan Al-Banna. [Rujuk : Majmuah Rasail Al-Imam Al-Banna m/s 285-286]

(19)

Merokok atau disebut di dalam Bahasa Arab sebagai Tadkhin adalah satu proses menggunakan daun tembakau, digunakan dalam pelbagai cara dalm yang paling popular adalah rokok, syisya dan sebagainya.

Sejarah Sejarah merekodkan bahawa pelayar terkenal, Christopher Columbus (1451-1506) yang menjumpai Amerika adalah orang pertama yang membawa tembakau dari Amerika ke Eropah. Dan seterusnya ia disebarkan ke setiap tanah jajahan bangsa eropah. Melihat kepada bahaya rokok ini pada permulaan tersebarnya tembakau, ia pernah diharamkan di Eropah sekitar dua kurun iaitu kurun ke-16 dan ke-17. Tetapi larangan ini tidak mampu menghalangnya dari tersebar.

22

www.scribd.com/mohd_naqib88 ............................................ .................................. ____________________________ = Bilangan perokok dan kematian Bilangan perokok meningkat secara mendadak hingga akhir kurun ke-20 masihi, iaitu lebih dari satu billion perokok lelaki dan 200 juta perokok perempuan, iaitu kira-kira satu perempat penduduk dunia. Dan kerugian material disebabkan rokok ini adalah sekitar 200 bilion dolar setahun. Dari segi kesannya pula, ia menjadi sebab kepada kematian 60 juta orang sekita separuh kedua dari kurun ke-20. Ia tidak hanya memberikan kesan kepada perokok sahaj, tetapi juga kepada masyarakat disekitarnya. Hukum Para ulama berbeza pendapat mengenai hukum merokok ini semenjak tembakau mula tersebar di pasaran kerana tidak ada dalil yang jelas mengenainya : HARUS : Mereka mengatakan ia tidak secara pasti akan membawa kepada mabuk atau menghilangkan deria rasa (seperti dibius), walaupun bagi orang mula-mula menghisapnya kana rasa seperti tidak sedarkan diri tetapi ia tidaklah membawa kepada haram. Ini kerana asal bagi setiap perkara adalah harus selagimana tidak ada dalil yang mengharamkannya. Maka tembakau itu hukumnya harus berdasarkan kaedah syarak ini. Antara ulama yang mengeluarkan pendapat ini adalah : 1. Dari Mazhab Hanafi : Syeikh Abdul Ghani An-Nablusi. Dia telah menulis satu risalah mengenainya iaitu As-Sulh baina Al-Ikhwan fi Ibahah Syurb Ad-Dukhan. 2. Dari Mazhab Maliki : Ali Al-Ajhuri. Dia menulis satu risalah mengenainya iaitu Ghayah Al-Bayan li Hill Syurb ma la Yughib Al-Aql min Ad-Dukhan. Juga Ad-Dusuqi dan AsSowi. 3. Dari Mazhab Syafie : Abdul Qadir bin Muhammad bin Yahya Al-Husini At-Tobari AlMakki. Dia menulis satu risalah berkaitannya iaitu Raf Alisytibak an Tanawul AtTanabak. Juga Al-Halabi, Ar-Rasyidi dan Asy-Syibramlisi. 4. Dari Mazhab Hanbali : Al-Karmi penulis kitab Dalil At-Tholib. Dia juga menulis satu risalah dinamakan Al-Burhan fi Syan Syurb Ad-Dukhan. Begitu juga dengan AsySyaukani.

MAKRUH : Sebahagiannya pula mengatakan ia makruh kerana tidak ada dalil yang jelas mengharamkannya. Ia menjadi makruh kerana baunya, dan diqiaskan dengan memakan bawang merah dan putih yang mentah, atau yang seumpamanya.
23

www.scribd.com/mohd_naqib88 ............................................ .................................. ____________________________ = Antara ulama yang mengeluarkan pendapat ini adalah : 1. 2. 3. 4. Dari Mazhab Hanafi : Ibnu Abidin, Abu As-Suud dan Al-Laknawi. Dari Mazhab Maliki : Asy-Syeikh Yusuf As-Softi. Dari Mazhab Syafie : Asy-Syarwani. Dari Mazhab Hanbali : Al-Buhuti, Ar-Rohibani dan Ahmad bin Muhammad Al-Manqur At-Tamimi.

HARAM : Mereka mengatakan ia adalah haram kerana ia memabukkan pada permulaannya dengan cepat. Kemudian, kesan itu akan berkurangan setiap kali dia mengambilnya sehinggalah satu masa, dia tidak akan merasa apa-apa. Tetapi dia akan merasa satu kelazatan yang lebih baik dari mabuk itu. Pada merokok itu juga ada kemudaratan pada anggota badan. Para doktor bersepakat mengatakan ia membawa mudarat dan menjadi punca kepada pelbagai penyakit seperti kanser paru-paru, kerongkong, lidah, bibir dan sebagainya. Ia juga menyebabkan lemah syahwat, membuang harta dan membazir itu dilarang. Al-Muktamar Al-Alamiy Al-Islamiy ketika membincangkan mengenai benda-benda yang memabukkan dan dadah, bertempat di Universiti Islam Madinah pada tarikh 30 Jamadil Awal 1402H : mengeluarkan fatwa mengharamkan penggunaan tembakau kerana ia membawa kemudaratan sebagaimana yang kami sebutkan. Antara ulama yang berpihak dengan pendapat ini adalah : 1. Dari Mazhab Hanafi : Asy-Syeikh Asy-Syirnablani dan Al-Musiri penulis Ad-Durr AlMuntaqa. 2. Dari Mazhab Maliki : Salim Sanhuri, Ibrahim Al-Laqani dan Muhammad bin Abdul Karim Al-Fakun. 3. Dari Mazhab Syafie : Najmuddin Al-Ghazi, Al-Qolyubi, Ibnu Allan dan lain-lainnya. 4. Dari Mazhab Hanbali : Asy-Syeikh Ahmad Al-Buhuti dan sebahagian ulama dari Najd. Sebahagian dari mereka telah menulis buku mengenai pengharaman rokok. Antaranya : AlLaqoni, Al-Qolyubi, Muhammad bin Abdul Karim Al-Fakun dan Ibnu Allan. Terdapat banyak hadis yang menunjukkan pengharamannya. Anataranya hadis dari Ummi Salamah r.a. katanya :

24

www.scribd.com/mohd_naqib88 ............................................ .................................. ____________________________

)) (( ()
Maksudnya : Rasulullah saw melarang semua benda yang memabukkan dan melemahkan. [Hadis riwayat Abu Daud dengan sanad yang doif] Ulama mengatakan bahawa benda yang melemahkan itu adalah apa-apa yang menyebabkan lemah dan hilang deria rasa pada anggota badan, dan boleh menjadikannya rapuh dan patah. Berkata Asy-Syeikh Alish : Para pengeksport Inggeris tidak menghantar rokok ke Negara-negara islam melainkan selepas para doktor mereka bersepakat melarangnya dari digunakan oleh perokok, Mereka menyuruh supaya berpada-pada dengan yang sedikit kerana mereka mendapati seorang lelaki yang mati disebabkan hatinya terbakar, dan dia adalah seorang perokok. Mereka mendapatinya (kesan rokok itu) pada peluhnya, urat sarafnya, malah otaknya. Jantungnya menjadi seperti span yang kering. Maka mereka melarangnya (rokok itu) dari digunakan dan disuruh supaya dijual kepada orang-orang islam kerana mudaranya. Namun begitu, Asy-Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradawi menyebutkan tentang perbezaan pendapat ini di dalam kitabnya Fatawa Muasiroh : Aku melihat khilaf yang kami naqalkan dikalangan ulama mazhab ketika munculnya fenomena merokok ini sehingga menyebabkan perbezaan hukum mengenai penggunaannya bukanlah disebabkan oleh perbezaan atau khilaf pada dalil, tetapi mereka berbeza pendapat mengenai bagaimana untuk menentukan kesannya Hakikatnya mereka bersepakat bahawa perkara yang jelas memberi mudarat kepada badan atau akal adalah haram. Tetapi mereka berbeza tentang menggunakan kaedah ini pada rokok (Adakah ia memudaratkan atau tidak?). Sebahagian mereka mengatakan ia mempunyai manfaat, dan sebahagian yang lain pula mengatakan ia memberi mudarat yang sedikit berbanding manfaat yang lebih besar. Ada juga yang mengatakan ia tidak mempunyai sebarang manfaat, tetapi tidak memberi sebarang mudarat.

25

www.scribd.com/mohd_naqib88 ............................................ .................................. ____________________________ = Maknanya, jika mereka pasti bawah adanya mudarat pada sesuatu itu (termasuk rokok), nescaya mereka akan mengharamkannya tanpa berdebat mengenainya. Oleh itu, kami katakan bahawa untuk menentukan rokok itu memberi mudarat atau tidak bukanlah bidang kuasa ulama-ulama fiqh, tetapi ia adalah bidang kuasa para pengamal perubatan dan doktor. Merekalah orang yang akan kita tanya kerana mereka mengkajinya. Firman Allah swt :


Maksudnya : Dan bertanyalah akan hal itu kepada yang mengetahuinya. [Surah Al-Furqan : 59]


Maksudnya : Dan tidak ada yang dapat memberitahu kepadamu (Wahai Muhammad akan hakikat yang sebenarnya) seperti yang diberikan oleh Allah yang Maha mendalam pengetahuannya. [Surah Fathir : 14]

Para pengamal perubatan bersepakat mengatakan bahawa rokok ini memberi mudarat kepada badan secara umum, buah pinggang, anggota pernafasan secara khususnya. Ia juga membawa kepada kanser buah pinggang sehingga menyebabkan kebanyakan cendikiawan pada tahun-tahun akhir mengatakan wajib berjaga-jaga dari merokok ini. Adapun mengenai mudarat rokok ini tidak perlu kepada pengesahan dari pakar atau pemeriksaan kimia, tetapi ia sudah menjadi perkara yang diketahui oleh umum manusia tidak kira cerdik pandai atau yang buta huruf.

26

www.scribd.com/mohd_naqib88 ............................................ .................................. ____________________________ = Beliau menambah lagi : Terdapat persoalan dilontarkan bahawa sebahagian ulama deniyyah yang merokok. Sesungguhnya mereka adalah ulama yang tidak ada ismah (tidak ada dosa). Mereka juga telah menempuhi ujian di zaman muda sehinggalah hilang semangat untuk meninggalkannya. Ada juga ulama yang berfatwa mengharamkannya tetapi mereka diuji dengan menghisapnya. Begitu juga kita lihat sebahagian doktor percaya dengan mudarat rokok ini, membincangkannya, dan menulis buku tentangnya, tetapi mereka tidak mampu meninggalkannya. Jika merokok itu dikeji bagi lelaki, ia lebih-lebih lagi dikaji bagi perempuan kerana ia merosakkan kecantikan wanita, menukar warna giginya, menyebabkan mulutnya berbau busuk. Ini kerana wanita wajib menjaga kecantikannya sebagai wanita. Nasihatku kepada perokok, hendaklah cuba membuangnya dengan semangat yang kuat dan keazaman yang teguh, walaupun secara bertahap. Dan bagi sesiapa yang lemah semangatnya, hendaklah dia mengurangkan mudaratnya semampu mungkin dan jangan menggalakkannya kepada yang lain, contohnya memberikan rokok kepada orang lain, menghidangkannya kepada tetamunya. Tetapi apa yang perlu dilakukannya adalah menjelaskan kepada mereka mudaratnya dari segi kewangan, kesihatan badan dan mental. Antara mudaratnya lagi ialah dia menjadi hamba kepada rokok itu, iaitu dia tidak mampu meninggalkannya. Hendaklah dia meminta pertolongan dari Allah supaya dia dapat bebas dari ketahihan rokok. Nasihatku kepada pemuda khususnya, hendaklah mereka menjauhkan diri mereka dari terlibat dengannya kerana ia merosakkan kesihatan, melemahkan kekuatan dan kemuncaknya sebagai remaja, tidak meninggalkan mangsa rokok itu terus tenggelam di dalam khayalan bahawa ia adalah tanda pemuda atau kebebesan individu. Bagi mereka (sebagai pemuda) yang merokok lebih senang untuk bebas darinya dan mengatasinya kerana dia masih di permulaan jalan sebelum dia terjerat dan tidak mampu meninggalkannya, susah dan dicengkam dengan kuku rokok itu kecuali mereka yang dirahmati oleh Allah swt. Bagi pihak media massa pula, mereka hendaklah menyusun rancangan memerangi rokok ini dengan segala cara dan menjelaskan keburukannya.
27

www.scribd.com/mohd_naqib88 Dan dia menjaga kebersihan semua tempat seperti tempat tinggalnya, pakaiainya, tempat makan, anggota badan dan tempat kerja. Sesungguhnya agama tertegak di atas kebersihan (20). ____________________________ = Bagi penulis, pengeluar dan penerbit filem, teater dan telemovie, mereka perlu mengelak dari menggunakan rokok sama ada secara terus terang atau tidak dalam setiap keadaan. Bagi Negara-negara pula, ia perlu merangka jalan memeranginya, membebaskan rakyat darinya walaupun ia menyebabkan kerugian kepada nagara seperti pemberhentian pekerja. Kesihatan rakyat secara jasmani dan emosi adalah lebih penting dan mahal dari jutaan dolar dan billion. [Rujuk : Al-Mausuah Al-Fiqhiyyah Al-Kuwaitiyyah 10/101-107, Al-Mausuah AtTibbiyyah Al-Fiqhiyyah m/s 166-168, Fatawa Muasiroh 1/661-662 & 668-669]

(20)

Sabda Rasulullah saw :

)) ((
Maksudnya : Agama dibina di atas kebersihan. [Hadis riwayat Tajuddin As-Subki tanpa sanad] [Rujuk : Tobaqot Asy-Syafieyyah Al-Kubro 6/289]

28

www.scribd.com/mohd_naqib88

Rujukan :
1. Dalil Al-Falihin oleh Muhammad bin Allan As-Siddiqi, terbitan Maktabah AtTaufiqiyyah (Kaherah). 2. Feqh As-Sunnah oleh Syeikh As-Sayyid Sabiq, terbitan Dar Al-Fath li Al-Ilam AlArobi (Kaherah), cetakan ketiga 1428H-2008M. 3. Ikmal Al-Mulim bi Fawaid Muslim oleh Imam Al-Hafidz Iyyad bin Musa, terbitan : Darul Wafa wa An-Nasyr Al-Islamiyyah (Mansuroh), cetakan pertama 1998M-1419H. 4. Majmuah Rasail Al-Imam Al-Banna, terbitan Dar At-Tauzi wa An-Nasyr AlIslamiyyah (Kaherah), cetakan pertama 1427H-2006M. 5. Al-Mausuah Al-Fiqhiyyah, terbitan Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Islam Kuwait, cetakan ketiga 1404H-1983M. 6. Al-Mausuah At-Tibbiyyah Al-Fiqhiyyah oleh Dr. Ahmad Muhammad Kanan, terbitan Darun Nafais (Beirut), cetakan ketiga 1431H-2010H. 7. Min Hady Al-Islam, Fatawa Muasiroh oleh Dr. Yusuf Al-Qaradawi, terbitan Dar AlQalam li An-Nasyr wa At-tauzi (Kaherah), cetakan kesebelas 1426H-2005M. 8. Rukunul Amal oleh Dr. Ali Abdul Halim Mahmud, terbitan Dar At-Tauzi wa AnNasyr Al-Islamiyyah (Kaherah), cetakan pertama 1994M. 9. Sohih Sunan At-Tarmizi oleh Al-Albani, terbitan Maktabah Al-Maarif li An-Nasyr wa At-Tauzi (Riyadh), cetakan pertama 1420H. 10. Solatul Fajr baina Al-Muhafazoh wa At-Tafrith oleh Kamal Ahmad Saad, cetakan kedua 1423H-2003M. 11. Tafsir Al-Quran Al-Azim oleh Ibnu Kathir, terbitan Dar At-Toyyibah li An-Nasyr wa At-Tauzi (Riyadh), cetakan kedua 1420H-1999M. 12. Tobaqot Asy-Syafieyyah Al-Kubro oleh Tajuddin bin Ali As-Subki, terbitan Dar Ihya AlKutub Al-Arabiah.

29

88www.scribd.com/mohd_naqib

***** *****

03

You might also like