You are on page 1of 4

www.scribd.

com/mohd_naqib88

NAZAR
1. Takrif. (i) (ii) Dari segi bahasa : Janji untuk melakukan kebaikan atau keburukan. Dari segi istilah fuqoha : Mewajibkan diri melakukan ibadat yang tidak diwajibkan oleh syarak, secara mutlak ataupun ibadat yang bergantung kepada perkara lain.

2. Dalil pensyariatan. (i) (ii) Firman Allah swt : Dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazarnya. [Al-Hajj : 29] Sabda Baginda saw, daripada Aisyah r.a., sabdanya : Barangsiapa yang bernazar untuk mentaati Allah, maka hendaklah dia mentaati-Nya. Dan barangsiapa yang bernazar untuk melakukan maksiat kepada-Nya, maka janganlah dia melakukannya. [Al-Bukhari (6317)]

3. Hukum nazar. (i) Hukum asal bagi nazar adalah makruh, sebagaimana hadis : Nabi saw melarang daripada melakukan nazar. Sabdanya : Sesungguhnya ia tidak akan menolak sesuatupun, tetapi ia hanya dilakukan oleh orang yang bakhil. [Al-Bukhari (6234) dan Muslim (1639)] Oleh sebab itu, adalah lebih afdhal seseorang itu melakukan ibadah yang mahu dilakukannya tanpa mewajibkan perkara itu ke atas dirinya, dengan menjadikannya sebagai nazar.

(ii)

4. Jenis nazar. Para ulamak membahagikan nazar ini dari pelbagai sudut. Antaranya : (i) Nazar Thoah atau Qurbah. Iaitu bernazar untuk melakukan ketaatan kepada Allah swt. Contohnya, seseorang itu berkata : Atas nama Allah, aku bernazar untuk berpuasa jika aku sembuh dari penyakitku ini atau solat dan apa-apa perkara ketaatan. Nazar jenis ini, terbahagi kepada tiga, iaitu : Mutlak, Muqoyyad dan Muallaq ala Syarth. Perinciannya selepas ini.

Hukumnya : Secara umumnya,ia wajib dilaksanakan perkara yang dinazarkan tersebut jika dia mendapat apa yang dituntutnya. Jika dia meninggalkannya, maka wajib baginya menebus nazar tersebut dengan kafarah yamin.

(ii)

Nazar Mashiah. Iaitu dia bernazar untuk melakukan maksiat kepada Allah swt. Contohnya, seseorang itu berkata : Atas nama Allah, aku bernazar untuk membunuh si fulan. Hukumnya : Haram baginya melakukan perkara tersebut, dan tidak wajib baginya menebusnya dengan kafarah yamin.

(iii)

Nazar Mubah. Iaitu dia bernazar melakukan perkara-perkara yang harus, iaitu perkaraperkara yang tidak menghasilkan dosa ataupun pahala apabila dilaksanakan atau ditinggalkan. Contohnya, dia bernazar untuk tidur, makan dan sebagainya. Hukumnya : Dia tidak wajib melakukan perkara tersebut. Malah jika dia meninggalkannya (tidak melakukannya), dia tidak wajib menebusnya dengan kafarah yamin.

5. Syarat nazar (orang yang bernazar dan perkara yang dinazarkan). (i) Syarat orang yang bernazar : a. ISLAM. Tidak sah nazar orang kafir, kerana mereka tidak ada kelayakan untuk melakukan ibadah. b. TAKLIF. Hendaklah dia baligh dan berakal. Tidak sah nazar dari kanak-kanak dan orang gila, kerana kedua-duanya tidak ada kelayakan melakukan kewajipan. c. SUKARELA. Tidak sah nazar orang yang dipaksa. Sabda baginda saw : Tidak diperkirakan daripada umatku kesilapan, kelupaan dan apa yang dipaksakan ke atasnya. [Ibnu Majah (2045) dan ia telah disahihkan oleh Ibnu Hibban] (ii) Syarat perkara yang dinazarkan : a. Hendaklah perkara yang dinazarkan itu berupa IBADAT. Tidak ada nazar pada perkara yang harus. Sabda baginda saw : Tidak ada nazar melainkan pada perkara untuk mencari keredhaan Allah. [Abu Daud (3273)] b. Perkara yang dinazarkan BUKANlah dari perkara yang sememangnya telah diwajibkan secara FARDHU AIN. Maka, jika seseorang itu bernazar untuk melakukan solat zohor, maka nazarnya terbatal kerana ia sememangnya satu kewajipan.

6. Nazar Mutlak, Muqoyyad dan Muallaq ala Syarth. a. Nazar Mutlak. Iaitu ia tidak diikatkan dengan sesuatu syarat, tempat dan masa. Contohnya : Atas nama Allah, aku akan berpuasa sehari. Hukumnya : Wajib dilaksanakan, dan disunatkan supaya ia disegerakan secepat mungkin. b. Nazar Muqoyyad. Iaitu dia mengikatkan perkara yang dinazarkan itu dengan sesuatu tempat atau masa. Contoh diikatkan dengan tempat : Atas nama Allah, aku akan solat di masjid Subang. Contoh diikatkan dengan masa : Atas nama Allah, aku akan berpuasa esok. Hukumnya : Wajib dilaksanakan di tempat tersebut (masjid Subang), dan pada masa yang ditetapkan (esok). c. Nazar Muallaq ala Syarth. Iaitu dia meletakkan sesuatu sebagai syarat untuk dia melakukakn perkara yang dinazarkannya. Contohnya : Atas nama Allah, jika aku sihat dari penyakit ini, aku akan berpuasa sehari. Hukumnya : Wajib dilakukan jika terjadinya syarat (sihat dari penyakit) itu. 7. Kafarah Yamin. Jika dia bernazar atau bersumpah dan lalu dia melanggarnya, wajib ke atasnya menebus dengan Kafarah Yamin. Firman Allah swt : . . . maka bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dari jenis makanan yang sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu, atau memberi pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba. Kemudian sesiapa yang tidak dapat (menunaikan denda yang tersebut), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah denda penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah. Dan jagalah - peliharalah sumpah kamu . . . [Al-Maidah : 89] Jika orang yang bernazar itu dari kalangan orang yang berkemampuan, maka dia boleh memilih antara tiga perkara yang disebutkan di dalam ayat tadi. (i) (ii) (iii) Membebaskan hamba perempuan yang beriman dan bebas dari sebarang kecacatan. Memberi makan sepuluh orang miskin, setiap seorang dari mereka mendapat satu cupak dari makanan asasinya (lebih kurang 544 gram), Memberi pakaian kepada sepuluh orang miskin, iaitu apa-apa yang layak dinamakan sebagai pakaian.

Dia hanya perlu memilih salah satu dari tiga perkara di atas. Tidak digalakkan melakukan kesemuanya. Tidak dibenarkan baginya memberi makan kepada lima orang miskin dan memberi pakaian lima orang miskin yang lain. Adapun jika dia tidak berkemampuan, seperti seorang fakir atau miskin, atau tidak menjumpai hamba untuk dibebaskan, atau tidak menjumpai orang miskin untuk diberikan makanan atau pakaian, maka hendaklah dia berpuasa tiga hari. Dan adalah afdhal baginya berpuasa berturutturut. Tetapi jika tidak berturut-turut, tidak ada masalah.

Wallahualam. Ditulis oleh Al-Faqir Muhammad Naqib bin Hamdan, penuntut di Universiti Al-Azhar cawangan Dumyat.

www.scribd.com/mohd_naqib88
_______________________ Rujukan : 1. 2. 3. 4. 5. Al-Quran Al-Karim. Al-Fiqh Al-Islami wa Adillatuhu oleh Dr. Wahbah Az-Zuhaili. Al-Fiqh Asy-Syafie Al-Muyassar oleh Dr. Wahbah Az-Zuhaili. Al-Fiqh Al-Minhaji, edisi terjemahan terbitan PMRAM. Tafsir Ayat Al-Ahkam oleh Dr. Al-Qashabi Mahmud Zalath.

You might also like