You are on page 1of 2

DOA SEMPENA MESYUARAT PIBG

Ya Allah Ya Karim ,
Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul kerana-Mu Ya
Allah
Kami berkumpul untuk mengisi keredhaan-Mu dalam seluruh
hidup kami
Kami berkumpul untuk bermusyawarah, bertukar-tukar
pendapat dan menyumbangkan buah fikiran, tenaga dan
sokongan ke arah memajukan lagi sekolah ini , demi
kebaikan anak-anak kami .
Ya Allah , Ya Munzilal Barakat ,
Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan
usaha-usaha kami) sekolah ini akan menjadi sekolah yang
cemerlang, terbilang , sekolah yang disegani dan dihormati,
sekolah yang akan melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya
di dunia mahupun di akhirat.
Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbalalamin ,
Perbaikilah segala kesilapan kami , jernihkanlah hubungan
antara kami , jinakkan dan lembutkanlah hati-hati kami dan
tunjukkanlah kami jalan yang membawa keselamatan dan
keharmonian dalam menyelesaikan masalah yang timbul di
antara pihak pentadbir, guru-guru dan juga ibu bapa penjaga
pelajar di sekolah ini.
Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwalikram ,

Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu


pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemahlembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan
indahkanlah diri kami dengan kesihatan.

You might also like