You are on page 1of 2

MENGKRITIK,MENGHUKUM,MERUNGUT...

3 benda yang tidak dapat dipisahkan.Sikap suka mengkritik,menghukum,dan merungut.Biasanya sikap ini wujud dalam kalangan ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Wajar atau tidak sikap ini, nilailah sendiri setelah anda membaca petikan artikel yang telah muncul sebagai tajuk rencana dalam majalah People's Home Journal.Petikan artikel ini adalah ringkasan yang telah dimuatkan dalam Reader's Digest: AYAH LUPA ( FATHER FORGETS ) oleh W. Livingston Larned Dengarlah, anakku! Aku mengatakan hal ini ketika kau terbaring tidur.Di pipimu ada bekas cakaran kecil dan di dahimu yang lebar terdapat rambut keritingmu yang basah. Secara diam-diam aku memasuki bilikmu.Beberapa ketika sebelum itu, sewaktu aku membaca surat khabar di bilik bacaan, tiba-tiba aku didatangi rasa kesal yang amat sangat.Dengan perasaan bersalah itu, aku mendekati katilmu. Dalam diri aku berkecamuk fikiran : aku bertindak kasar terhadapmu,anakku. Aku membentakmu sewaktu kau memakai pakaian untuk pergi ke sekolah kerana kamu hanya mencuci muka sahaja. Aku menghukum kamu kerana tidak membersihkan kasutmu. Aku marah-marah sewaktu kamu menyelerakkan barang-barangmu di lantai. Pada waktu sarapan aku juga menemui kesalahanmu. Kamu selerakkan barang-barang. Kamu tumpahkan makananmu.Kamu letakkan dagumu di meja. Keju yang kamu sapukan pada roti terlalu tebal. Dan sewaktu kamu pergi bermain dan aku mahu pergi bekerja menaiki keretapi, kamu berpusing, melambai-lambaikan tangan dan berteriak, "Selamat jalan,Ayah!" Dahiku berkerut, lalu menjawab, "pusingkan bahu kamu!" Pada waktu petang berulang lagi perkara seperti itu. Sewaktu aku sampai di jalan, aku melihat kamu sedang bermain guli sambil berlutut. Sarung kakimu berlubang-lubang. Aku memarahimu di hadapan teman-temanmu dan menyuruhmu berjalan pulang di hadapanku. Sarung kaki itu mahal - dan sekiranya kamu membelinya dengan wangmu sendiri, kamu tentu akan lebih berhati-hati! Anakku, ingatlah bahawa kata-kata ini adalah daripada seorang ayah! Ingatkah kamu,waktu aku membaca di bilik bacaan, kamu datang dengan ketakutan dan wajahmu kelihatan seolah-olah mengalami kesakitan? Waktu itu aku sibuk membaca, kamu ragu-ragu berada di pintu. "Apa yang kamu mahu?" sergah aku. Kamu tidak berkata apa-apa,tetapi terus berlari ke arahku dan merangkul kuat-kuat lalu menciumku. Tangan mungilmu merengkuh dengan kelembutan yang diberikan oleh Tuhan dalam dirimu, bahkan tidak boleh diacuhkan oleh seseorang yang sama sekali tidak memberikan perhatian. Dan kemudian kamu pergi naik,naik ke tingkat atas. Tidak lama selepas itu, Anakku, suratkhabar yang aku baca terjatuh dan tiba-tiba aku berasa cemas sekali. Apakah kebiasaan yang merasuk diriku? Kebiasaan mencari-cari kesalahan, memaksa - inilah hadiahku kepadamu sebagai anak lelaki. Itu bukan kerana aku tidak menyayangimu; melainkan aku sangat mengharapkan masa mudamu. Aku mengukur dirimu dengan ukuran yang berlaku pada masaku. Dan demikian banyak yang baik dan lembut serta benar dalam perwatakanmu. hatimu yang kecil ternyata mencakupi luas sekali, seluas cakerawala. Ini ternyata ketika kamu secara spontan bergegas berlari dan menciumku sebagai ucapan selamat malam. Malam

ini, hanya kamu yang aku fikirkan, Anakku. Aku telah berada di katilmu dalam kegelapan dan aku berlutut di situ, malu kepada diriku sendiri! Ini memang suatu penyesalan yang lemah: aku tahu kamu tidak akan mengerti ini semua sekiranya aku katakan kepadamu. Tetapi esok aku akan bersungguh-sungguhmenjadi seorang ayah! Aku akan berpadu denganmu, menderita apabila kamu menderita dan tertawa jika kamu tertawa.Lidah akan ku tahan,kalau ada kata-kata yang kurang sabar. Aku akan terus mengucapkannya seakan-akan ianya adalah suatu kebiasaan: Beliau masih kanak-kanak,Anak kecil! Aku khuatir sekiranya telah memperlakukanmu sebagai seorang dewasa.Namun ketika aku memandangmu sekarang,anakku, tidur meringkuk dan kelihatan letih di sebalik selimutmu,aku menyedari bahawa kamu masih kanak-kanak. Kelmarin kamu masih didukung oleh ibumu,kepalamu di bahunya. Aku telah menuntut terlalu banyak. Seringkali terdengar ibu bapa mengherdik atau memarahi anak-anak mereka walaupun atas sebab-sebab yang remeh-temeh. Ada juga ibu bapa yang sering membandingkan anak-anak dengan rakan-rakan sebaya. "Cuba kamu tengok si Ana,anak jiran sebelah,ibunya tidak pernah marah-marah macam mak.Kamu ni, pemalas.Tiap hari mak terpaksa membebel" Apa agaknya perasaan si anak ketika itu? Adakah dia akan terus mengubah sikapnya? Cara yang lebih baik adalah memberi galakan kepada anak-anak untuk melakukan sesuatu yang bermanfaat. Jangan memperlakukan anak-anak kecil seperti orang dewasa.

You might also like